You are on page 1of 1

2.1 Pemilihan Tapak Semaian Pemilihan kawasan yang sesuai untuk tapak semaian perlulah dipertimbangkan dengan baik.

Berapa kriteria bagi pemilihan tapak semaian yang baik adalah seperti berikut:a) Kawasan tersebut mestilah mempunyai saliran yang baik, rata atau tidak terlalu beralun (undulating). Sekiranya saliran tapak semaian tidak baik, peparitan mestilah dibuat supaya tidak terdapat iar yang bertakung jika hujan lebat terjadi. Seelok-eloknya tapak semaian mestilah berdekatan dengan sumber air yang bersih, mepunyai tanah lapisan atas yang subur atau baik dan berdekatan dengan tempat di mana koko ingin ditanam. Kawasan tapak semaian perlulah dibersih kan dari segala selut dan diparas ratakan tanah. Lorong-lorong perlulah diadakan dalam kawasan tapak semaian. Sekiranya kawasan tapak semaian berdekatan dengan kawasan binatang ternakan lembu atau ruminen, pagar perlulah dibuat di sekeliling tapak semaian. Bagi kawasan di mana berdekatan dengan serangan penyakit jejalur mati rosot (VSD), tapak semaian perlulah dibuat berjauhan dari sumber penyakit (biasanya dalam jarak 100-200m) dari kawasan terdekat. Pembinaan rumah semaian menggunakan atap plastik (plastic sheeting) boleh dibuat jika kawasan tersebut perlu digunakan, tapi pada kos yang agak tinggi.

b)

c)

d)

e)