You are on page 1of 4

LAMPIRAN 1

PANDUAN AGENDA MESYUARAT JPMS SEKOLAH (Data Berakhir Januari, Jun Dan Oktober).

1. Mesyuarat JPMS melibatkan perbincangan berkenaan dengan data sekolah yang dimasukkan dalam EMIS
Online. Data EMIS terbahagi kepada empat komponen utama : a. Sekolah i. Profil am ii. Pengurusan sekolah iii. Kedudukan sekolah iv. Kawasan v. Bangunan vi. Bilik vii. Kuarters guru viii. Peralatan ix. Kemudahan sukan x. Tandas xi. Kenderaan xii. Tempat letak kenderaan b. Maklumat Asrama (Sekolah Mempunyai Asrama) i. Bangunan asrama ii. Bilik-bilik asrama iii. Peralatan

c. Maklumat Staf (pengesahan dan verifikasi data dibuat sebelum mesyuarat dengan semua guru
dan staf)

Cadangan pengesahan dan verifikasi data

1. Melalui edaran maklumat diri yang telah di cetak dari EMIS Online kepada
semua staf dan dipungut semula untuk proses semakan,pengemaskinian dan penyelarasan data EMIS. i. Guru 1. 2. 3. 4. 5. Peribadi Perkhidmatan Kelulusan akademik Kelulusan ikhtisas Latihan

LAMPIRAN 1
6. 7. 8. Elaun Mata pelajaran ajar Sejarah perkhidmatan

9. Kokurikulum 10. Tugas khas


ii. Bukan Guru 1. 2. 3. 4. 5. 6. d. Peribadi Perkhidmatan Kelulusan Latihan Elaun Sejarah perkhidmatan

Enrolmen Dan Kelas i. Enrolmen & kelas ii. Murid yatim iii. Murid pemulihan/kia iv. Murid inklusif v. Murid kelas elektif vi. Murid pol vii. Murid ke tingkatan peralihan viii. Murid ke thn 1 dari / tanpa prasekolah ix. Murid beragama islam x. Murid mengulang xi. Pemegang biasiswa xii. Penghuni asrama xiii. Murid mendaftar thn 1 xiv. Murid cicir (berhenti sekolah) xv. Murid cicir (masuk sistem lain) xvi. Murid bukan warganegara xvii. Kelas cantum

LAMPIRAN 1 2. Pengesahan data EMIS yang dimasukkan dan dikemaskini oleh guru data sekolah dalam mesyuarat
Jawatankuasa Pengurusan Maklumat Sekolah (JPMS).

Perlaksanaan JPMS dan EMIS Di Peringkat Sekolah

1. Setiap ahli Jawatankuasa Pengurusan Maklumat Sekolah memainkan peranan dalam mengesahkan dan
membekalkan data yang terlibat secara langsung dengan bidang tugas masing-masing di peringkat sekolah. Guru data boleh memaparkan EMIS Online kepada AJK untuk pengesahan. Contohnya Unit HEM membekalkan enrolmen pelajar terkini kepada guru data untuk dikemaskini dalam EMIS.

2. Cadangan menyemak maklumat guru dan staf : a. Data maklumat guru dan staf boleh diedarkan untuk disahkan oleh guru dan staf berkenaan serta
dipungut kembali bagi tujuan pengemaskinian sekiranya terdapat sebarang perubahan maklumat. Sebarang perubahan maklumat yang hendak dilakukan mestilah dirujuk kesahihannya dengan pihak pentadbiran sekolah (melalui rujukan fail dan kerani sekolah ) . b. Semakan maklumat guru dengan fail peribadi guru di pejabat dengan mendapat kebenaran dari pihak pengurusan sekolah.

3. Segala komponen maklumat data EMIS hendaklah dikemaskini mengikut data semasa sebelum tarikh akhir
kutipan data EMIS.

4. Utiliti semakan data EMIS boleh dibentangkan dan ralat-ralat sepatutnya telah dibersihkan oleh guru data.
(Penerangan ralat yang disemak hendaklah dijelaskan dengan sebaik-baiknya oleh guru data kepada AJK JPMS).

5. Lampiran pengesahan sekolah EMIS Online dipaparkan kepada AJK untuk semakan bersama. 6. Headcount guru dan staf mengikut gred dan perjawatan hendaklah disemak dan diselaraskan antara data EMIS
dan Headcount semasa. Dokumen yang perlu dihantar ke PPD selepas setiap berakhirnya kutipan data EMIS :

a. Lampiran pengesahan data EMIS. b. Minit mesyuarat JPMS ( Bulan Januari, Jun dan Oktober sahaja) 7. Tarikh akhir dokumen perlu dihantar ke PPD adalah 5 hari setelah berakhirnya tarikh kutipan data EMIS untuk
memudahkan laporan di peringkat PPD dan JPN dibuat berkenaan dengan perlaksanaan mesyuarat JPMS sekolah-sekolah negeri Johor.

8. Segala dokumen berkaitan dengan semakan data EMIS yang dilaksanakan setiap kali kutipan data hendaklah
difailkan di peringkat sekolah untuk memudahkan semakan semula semasa pemantauan JPMS dan pengauditan data EMIS sekolah.

9. Di peringkat negeri Johor, data EMIS dipungut sebanyak 6 kali setahun iatu pada bulan Januari, Mac, April,
Jun, Ogos dan Oktober. Minit mesyuarat JPMS yang perlu dihantar oleh pihak sekolah adalah hanya pada bulan Januari, Jun dan Oktober selaras dengan kutipan peringkat kementerian.

10. Walaubagaimanapun, terdapat perancangan daripada Bahagian Perancangan Dan Penyelidikan Dasar
Pendidikan (EPRD), KPM untuk membuat kutipan data EMIS secara bulanan pada masa hadapan.

LAMPIRAN 1 11. Oleh itu, adalah amat penting untuk sekolah-sekolah negeri Johor sentiasa mengemaskini data EMIS pada
setiap bulan bagi memastikan data EMIS negeri Johor adalah yang data yang terkini dan sahih agar dapat memenuhi permintaan data sekolah samaada di peringkat KPM/JPN/PPD.

12. Segala definisi variabel di dalam EMIS boleh dirujuk kepada buku Manual Definisi Variabel EMIS 4.1 yang
telah diedarkan ke sekolah ( Boleh didownload di portal emis ). Data EMIS Online sekolah hendaklah dimuat turun pada berakhirnya setiap bulan untuk simpanan pihak sekolah bagi rujukan data EMIS mengikut bulan. Data yang dimuat turun adalah dalam bentuk text file dan disimpan dalam fail EMIS sekolah. Untuk memudahkan penyimpanan data, data EMIS boleh diburnkan dalam CD atau dalam apa jua bentuk storan data yang lain mengikut pihak pengurusan sekolah.

EMIS ONLINE: PENGHANTARAN MINIT MESYUARAT JPMS DAN PENGESAHAN DATA


Ditulis oleh Unit Teknologi & Maklumat Selasa, 14 Jun 2011 08:36 TINDAKAN>>PENGETUA DAN GURU BESAR SEKOLAH DAERAH MUAR/LEDANG Sila maklumkan kepada guru data untuk menghantar satu salinan minit mesyuarat JPMS dan pengesahan data bagi bulan Jun. Disertakan bersama panduan agenda mesyuarat JPMS. Terima kasih.