KAMAL BIN ABDUL SALAM 0134365033

H/P

NO MATRIK : 661222-04-5457

Soalan A Bagaimanakah pernyataan tersebut membolehkan guru memainkan peranan di sekolah bagi mencapai hasrat pembinaan negara bangsa seperti diwar-warkan oleh Timbalan Perdana Menteri. Pengenalan. Menurut Kamus Dewan, negara bangsa merupakan negara berdaulat yang didiami oleh satu bangsa. Dalam konteks di Malaysia, negara bangsa dapat difahami sebuah negara yang mempunyai kedaulatan, bangsa, budaya dan integriti masyarakat yang tinggi dalam sesebuah komuniti negara tersebut. Pembinaan negara bangsa amat penting bagi sebuah negara yang berbilang kaum dan agama seperti Malaysia. “...membentuk sebuah negara yang bersatu padu serta menyanjung masa hadapan yang dikongsi bersama. Bangsa itu mestilah sejahtera, berintegrasi wilayah-wilayah dan kelompok-kelompoknya, menikmati kehidupan bersama yang sepenuhnya berasaskan persamaan hak dan keadilan, membentuk sebuah Bangsa Malaysia dengan rasa taat setia dan pengabdian yang tidak berbelah bagi terhadap bangsa tersebut.” (Tun Dr. Mahathir Mohamad - Melangkah Ke Hadapan, 1991) Pendidikan, menurut Kamus Bahasa Melayu terbitan Fajar Bakti Sdn Bhd, bermaksud sesuatu proses belajar dan juga mengajar. Pendidikan di Malaysia bukan sahaja bertujuan untuk memenuhi keperluan manusia tetapi juga untuk mewujudkan sebuah negara bangsa. Sistem pendidikan di negara ini, terutamanya selepas merdeka telah dirangka bagi pembinaan negara bangsa yang mempunyai wawasan hidup bersama berprinsipkan kepada keadilan sosial. Penekanan kepada konsep ‘Malayanization’ melalui pendidikan untuk membina satu bangsa Malaysia yang mempunyai dan taat setia dan cintakan negara serta dapat menyumbang ke arah masa depan pembangunan bangsa. Pendidikan menjadikan medium utama sebagai alat perpaduan kaum jelas dinyatakan dalam Penyata Razak 1956 dan

1

KAMAL BIN ABDUL SALAM 0134365033 H/P NO MATRIK : 661222-04-5457 merupakan cabaran paling penting untuk menjayakan matlamatnya dalam pembentukan Negara Bangsa. berjaya atau gagal dilihat dan dinilai oleh masyarakat dari sudut peribadi seseorang guru dalam membentuk dan membangunkan muridnya dalam merealisasikan pembinaan negara bangsa itu sendiri. Profesion Keguruan Dalam Pembinaan Negara Bangsa Dalam menempuh cabaran zaman. Sejajar itu. Dalam era globalisasi sekarang. masyarakat guru juga menggalas amanah yang berat kerana mereka turut berperanan membentuk akhlak serta jati diri murid. Menurut Timbalan Perdana Menteri. Matlamat kerajaan untuk membina sebuah Negara Bangsa adalah selaras dengan gagasan ‘1 2 . Menurut Kamus Dewan. peranan guru semakin mencabar dan kompleks. guru adalah antara pekerjaan yang penting dalam proses pembentukan dan pembangunan nilai manusia. ia memberi makna bahawa profesion perguruan sama ada tinggi atau rendah. guru hendaklah memastikan martabat perguruan sentiasa dipertingkatkan dari masa ke semasa ke tahap yang lebih baik dan lebih tinggi supaya terus dihormati dan seterusnya dapat merealisasikan Misi Nasional seperti yang digariskan oleh Perdana Menteri Malaysia dalam Rancangan Malaysia Ke-9. ‘profesion’ adalah pekerjaan terutamanya yang memerlukan pelajaran yang tinggi dan latihan yang khas. Profesion ini bertindak sebagai agen perubahan tingkah laku manusia melalui penyerapan ilmu pengetahuan kepada individu dan masyarakat. Manakala ‘keguruan’ membawa maksud tugas dan tanggungjawab ( kerjaya ) sebagai guru. masyarakat dan negara. membina identiti nasional dan semangat kebangsaan serta membangunkan sumber manusia bersesuaian dengan keperluan menghadapi globalisasi. Tan Sri Muhyiddin Yassin selain bertanggungjawab mengajar dan mendidik. Dari kedua-kedua pengertian tersebut. Kementerian akan terus menyokong pembinaan negara bangsa bagi memperkukuh perpaduan.

Pendidikan merupakan salah satu komponen atau asas penting yang boleh menjadi wahana kepada pencapaian matlamat membina masyarakat Malaysia yang berintegriti. Cabaran para guru sekarang amat besar iaitu untuk melahirkan bangsa Malaysia yang mempunyai keyakinan tinggi. rohani. 3 . demokratik. penyayang. Terdapat empat strategi perlaksanaannya iaitu: (i) Memantapkan perpaduan negara dan integrasi nasional. Falsafah ini kemudiannya diterjemahkan dalam sistem pendidikan negara dengan pelbagai strategi dan pendekatan. Pencapaian Diutamakan’ yang dihasratkan Perdana Menteri. Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) menghadapi cabaran besar melahirkan pelajar dengan ciri-ciri individu dan masyarakat Bangsa Malaysia. emosi dam jasmani. jati diri kukuh. serta berfikiran dan berbudaya saintifik. Malah Falsafah Pendidikan Negara secara jelas menggariskan matlamat untuk membentuk insan yang seimbang dan harmonis dari aspek intelek. Kewujudan Negara Bangsa sebenarnya tidak dapat dipenuhi tanpa pendidikan. patriotik. liberal. liberal dan bertolak ansur. (ii) Memperkasa Bahasa Kebangsaan. demokratik.KAMAL BIN ABDUL SALAM 0134365033 H/P NO MATRIK : 661222-04-5457 Malaysia. berpegang teguh kepada ajaran agama dan nilai moral dapat hidup sebagai sebuah masyarakat yang penyayang. Datuk Seri Najib Razak. Peranan pendidikan penting untuk melahirkan semangat cintakan negara. (iv) Memupuk kecintaan terhadap seni. Oleh itu. bermoral. Rakyat Didahulukan. berpegang teguh kepada ajaran agama. berbudaya saintifik dan hidup bersatu padu. Matlamat Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) dalam membina negara bangsa ialah melahirkan pelajar yang memiliki jati diri. Kita perlu bersikap adil dengan tidak menafikan bahawa agenda ini telahpun terkandung dalam sistem pendidikan kebangsaan. (iii) Memupuk kefahaman jelas tentang pendekatan Islam Hadhari. bermoral dan beretika. warisan dan budaya bangsa.

demokratik. hidup sebagai sebuah masyarakat yang penyayang. nilai budaya Malaysia harus menjadi asas kepada kemajuan negara dan bangsa. berpegang teguh kepada ajaran agama dan nilai moral. Matlamat negara untuk membina negara bangsa melalui pendidikan adalah untuk melahirkan pelajar yang memiliki jati diri yang kukuh. program kokurikulum dan sukan. Dalam sebuah Negara Bangsa. membina identiti nasional dan semangat kebangsaan serta membangunkan sumber manusia bersesuaian dengan keperluan negara. Cabaran globalisasi dan liberalisasi menuntut perubahan yang dinamik dalam sistem pendidikan. nilai dan semangat yang menjadi ciri dan hasrat Negara Bangsa tersebut. rakyatnya berkongsi identiti. Maka guru-guru bertanggungjawab untuk menyemai nilai-nilai ini sejak pelajar di bangku sekolah lagi. Antaranya melaksanakan sistem pendidikan kebangsaan yang menggunakan satu kurikulum 4 . berfikiran dan berbudaya saintifik serta hidup bersatu padu. KPM telah melaksanakan pelbagai usaha bagi memastikan matlamat perpaduan kaum dan integrasi nasional terus dipelihara dan diperkukuhkan. Peranan guru-guru amat penting untuk memastikan sumber manusia yang dihasilkan mampu berfikir secara global dan bertindak secara local untuk kepentingan negara dan bangsa. bertolak ansur. liberal. Sistem pendidikan perlu melahirkan warganegara glokal yang mampu bertindak dengan bijak untuk menghadapi cabaran dan ancaman globalisasi dan liberalisasi. jati diri yang terhasil daripada sistem pendidikan negara akan menghasilkan Negara Bangsa yang kukuh dan maju. lambang.KAMAL BIN ABDUL SALAM 0134365033 H/P NO MATRIK : 661222-04-5457 Pendidikan di negara kita sebenarnya mewujudkan jati diri yang tinggi dalam kalangan pelajar. kebudayaan. Melalui dasar ini kita sebagai pendidik perlu komited menyokong hasrat negara untuk membina Negara Bangsa Malaysia bagi memperkukuh perpaduan. Hal ini disebabkan. Harapan KPM untuk memupuk pembinaan jati diri melalui kurikulum. patriotik. Justeru.

dengan menggunakan teknologi terkini sebagai kaedah dan teknik pengajaran-pembelajaran. berakhlak mulia. memberi sumbangan kepada kemajuan negara serta mempunyai semangat perpaduan dan integrasi nasional yang tinggi antara kaum. sebanyak empat mata pelajaran.KAMAL BIN ABDUL SALAM 0134365033 H/P NO MATRIK : 661222-04-5457 kebangsaan untuk semua jenis sekolah dan satu sistem penilaian dan peperiksaan yang seragam. Melalui dasar PIPP untuk melahirkan modal insan yang berilmu dan berpengetahuan pelaksanaan konsep Sekolah Bestari telah membawa reformasi kurikulum pendidikan dalam KBSR dan KBSM. Pembinaan negara bangsa ini perlu dimulakan sekarang kerana keadaan kita yang mendepani cabaran globalisasi yang memerlukan murid-murid yang dihasilkan adalah mereka yang menguasai ilmu dan kemahiran yang tinggi bagi menjamin pembangunan negara yang berkualiti pada masa depan. Sememangnya KBSR dan KBSM dirancang untuk mencerminkan keinginan Falsafah dan Matlamat Pendidikan Kebangsaan dalam usaha untuk melahirkan masyarakat Malaysia yang sempurna dan mempunyai keperibadian yang tinggi seperti percaya kepada Tuhan. bertanggungjawab. 5 . Bahasa Melayu adalah lambang kepada pengenalan identiti bangsa Malaysia yang dikongsi bersama sejak sekian lama dan merupakan aspek utama yang menyumbang ke arah pembentukan integrasi nasional di negara ini. iaitu Bahasa Melayu. Matematik dan Sains akan diperkenalkan dalam 90 sekolah rendah dan menengah yang telah dikenal pasti sebagai sekolah bestari. setia kepada negara. Bahasa Inggeris. Mengikut rancangan Sekolah Bestari di peringkat peringkat permulaan. Pemangkin dalam pembentukkan Negara Bangsa ialah Bahasa Melayu atau lingua franca yang menjadi ‘penghubung utama’ dalam masyarakat Malaysia. Bahasa Melayu merupakan bahasa pengantar yang menjadi nadi penghubung interaksi sosial antara kaum di negara ini.

kesejahteraan dan keharmonian antara kaum juga usaha kerajaan bagi memastikan matlamat perpaduan kaum dan integrasi nasional terus dipelihara dan diperkukuhkan. Oleh yang demikian. Secara tidak langsung dapat mengukuhkan semangat patriotisme dan cintakan negara dalam kalangan kanak-kanak. kemahiran teknologi yang canggih belum dapat melindungi manusia daripada sifat-sifat buruk yang boleh meruntuhkan sesuatu negara. nilai dan kefahaman yang saksama dan adil. syarahan dan pidato serta pertandingan menulis cerpen. kemahiran EQ. Melalui aktiviti ini. emosi yang stabil dan jasmani yang sejahtera. Melalui penekanan pelajaran agama Islam guru boleh membina kekuatan dalaman iaitu kerohanian melalui aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah ataupun di luar bilik darjah. kedudukan Bahasa Melayu adalah sangat tinggi nilainya dalam sistem pendidikan di negara ini agar setiap kaum memperoleh pengetahuan. dalam kurikulum KBSR dan KBSM. berbalas pantun. kehidupan. Memperkenalkan mata pelajaran Sivik dan Kewarganegaraan pada tahun 2003 di sekolah bertujuan memberi kesedaran kepada para pelajar tentang hak dan tanggungjawab mereka dalam masyarakat pelbagai kaum serta pentingnya semangat patriotisme.mantap dan suci akan membina minda.intelek yang mampu berfikir secara kreatif dan kritis. pelajar digalakkan menyertai pertandingan deklamasi sajak. Contohnya guru menganjurkan Minggu Bahasa. pelajar dapat berinteraksi sesama mereka menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar. pelbagai program Kebahasaan dan Kesusasteraan boleh dilaksanakan di sekolah.KAMAL BIN ABDUL SALAM 0134365033 H/P NO MATRIK : 661222-04-5457 Selaras dengan tujuan kerajaan memperkasakan Bahasa Kebangsaan sebagai alat perpaduan antara kaum. Pembentukan semangat kenegaraan ini adalah sangat 6 . Maka melalui pendekatan ini guru-guru di sekolah boleh menerapkan semangat perpaduan dan kebertanggungjawaban kepada murid berbilang kaum. Kerohanian yang sihat. Kecemerlangan akedemik belum bermakna kecemerlangan Semata-mata berpaksikan kecerdasan otak. Guru perlu memberikan penerangan yang tepat dan jitu mengenai pentingnya semangat hidup bersama ini.

Melalui aktiviti–aktiviti yang dijalankan ini. Peneguhan pembentukan sikap kenegaraan di bawah rancangan KBSR dan KBSM ini boleh dilaksankan secara tidak langsung melalui aktiviti berkumpulan di mana murid–murid telah dilatih mengamalkan sikap seperti kerjasama. serta dapat mengamalkan sikap toleransi dan kerjasama dengan rakan–rakan yang lain. bertoleransi.KAMAL BIN ABDUL SALAM 0134365033 H/P NO MATRIK : 661222-04-5457 penting untuk pembangunan negara di mana para pelajar dapat menyedari pentingnya sikap kenegaraan dalam diri untuk memajukan negara. pelajar mendapat peluang berinteraksi dengan pelbagai kaum. mendisiplinkan diri. memahami budaya kaum lain. memupuk perasaan cinta dan bangga terhadap negara. Sistem pendidikan sekarang telah meletakkan demokrasi secara terpimpin melalui pengajaran dan pembelajaran. Pelajar dapat menyuarakan 7 . persatuan. permainan serta unit beruniform. Sikap ingin mempertahankan dan mencintai negara sendiri ini penting untuk melindungi negara tanpa rasa takut dan taat setia yang tiada berbelahbahagi dalam mempertahankan keselamatan serta kedaulatan negara tanpa mengharapkan bantuan orang lain. ianya meliputi aktiviti kelab. Pendemokrasian dalam sistem pendidikan di sekolah telah memberi peluang kepada pelajar berbagai kaum berinteraksi dan memberi pandangan serta persoalan semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Penerapan nilai–nilai murni ini adalah penting dalam pemupukan individu ke arah mencapai integrasi nasional dan seterusnya telah mewujud negara Malaysia yang bersatu-padu. Melalui aktiviti kokurikulum KBSR dan KBSM. Semangat untuk memelihara kemerdekaan ditanam dalam diri setelah perit jerih mendapatkan kemerdekaan daripada penjajah dihayati. Masyarakat Malaysia sentiasa menjadi bersatu padu dalam mempertahankan negara daripada serangan secara nyata dan maya daripada pihak asing. hormat menghormati dan juga bertanggungjawab. serta menyedari tentang kepentingan bersikap toleransi sebagai asas kehidupan dalam masyarakat yang berbilang kaum.

kelab dan pasukan beruniform akan mengajar mereka berbincang dan bertukar-tukar fikiran. wibawa. gotong-royong. bekas Perdana Menteri Malaysia Tun Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Badawi merupakan pemimpin pelajar semasa zaman persekolahannya. Pemimpinpemimpin negara pada masa sekarang juga kebanyakannya pernah menjadi pemimpin pelajar pada masa dahulu. latihan kecemasan dan banyak perkara lagi. Pendidikan menjadikan mereka insan yang berketerampilan. kental dan sebagainya untuk bekerja dan memimpin serta bertoleransi. melalui pendemokrasian dalam sistem pendidikan ini juga telah melahirkan pemimpin-pemimpin pelajar di peringkat sekolah dan universiti. Guru mesti menyemai sikap kerjasama. Pemilihan pemimpin pelajar di peringkat sekolah juga menekankan proses demokrasi iaitu menekankan kebolehan dan kelayakan pelajar itu untuk menjadi seorang pemimpin. Penglibatan dalam bidang kokurikulum ini dapat mengembangkan potensi pelajar itu dalam sukan dan juga kepimpinan. Perkara-perkara ini sebenarnya melatih masyarakat Malaysia yang mengamalkan demokrasi dalam pembentukan Negara Bangsa yang unggul. berkhemah. penglibatan para pelajar dalam kegiatan berpersatuan. Oleh yang demikian. Kegiatan kokurikulum yang diwajibkan ke atas setiap pelajar juga dapat membina disiplin dalam membina jati diri pelajar tersebut. Guru juga tidak pilih kasih semasa proses pemilihan dengan memberikan perhatian yang sama rata pada pelajar yang berbilang kaum. Aktiviti ini sebenarnya telah membentuk sikap kenegaraan melalui aktiviti kawat.KAMAL BIN ABDUL SALAM 0134365033 H/P NO MATRIK : 661222-04-5457 pandangan yang melibatkan pengajaran di dalam bilik darjah dan masalah pembelajaran mereka. Contohnya. Hal ini dapat dilihat melalui pemilihan ketua kelas. Selain itu. jawatankuasa kelab dan pemilihan ketua pelajar. memupuk nilai murni dan semangat kemasyarakatan serta mengajar mereka berbincang dan bertukar-tukar pendapat dalam sebuah pasukan. jawatankuasa persatuan. Kegiatan-kegiatan ini akan menggalakkan mereka bergaul mesra dan tahu menghargai 8 .

Selain itu. Sifat-sifat ini hendaklah terlihat dalam proses pengajaran dan pembelajaran dan ianya boleh menyebabkan berlakunya transformasi diri. Datuk Nicol Ann David ialah seorang pemain skuasy Malaysia yang pernah menjadi pemain skuasy wanita Nombor 1 di dunia. Beliau juga merupakan atlet Malaysia pertama yang memenangi pingat dalam sukan antarabangsa ketika itu. Anugerah ini merupakan pengiktirafan Majlis Sukan Negara kepada pencapaian cemerlang beliau pada tahun tersebut.KAMAL BIN ABDUL SALAM 0134365033 H/P NO MATRIK : 661222-04-5457 pendapat atau pandangan rakan. Jaguh-jaguh sukan negara yang dapat dilahirkan dari sekolah-sekolah sukan seperti Sekolah Sukan Bukit Jalil. Sebagai contoh. Lantaran itu sebagai seorang guru perlu mengenalpasti kebolehan murid untuk memastikan mereka tidak tercicir dan memberikan masa depan yang cemerlang kepada mereka. Jegathesan merupakan ahli sukan pertama negara ini dianugerahkan Olahragawan Kebangsaan pada tahun 1966. Pada diri pendidik ada contoh yang fitrah sifatnya dan seperti ibu bapa juga. Pengajaran tidak hanya bermaksud menjadikan pelajar tahu tentang sesuatu atau memiliki 9 . guru berada di peringkat kedua menjadikan dirinya teladan dan sumber ikutan para pelajar. Tugas guru mencari bakat-bakat yang terpendam dalam sukan. Melalui kegiatan kokurikulum guru hendaklah dapat menghapuskan benteng yang memisahkan pelajar-pelajar antara kaum. Sekolah Sukan Bandar Penawar dan lain-lain lagi. Datuk M. seni dan potensi lain ini dapat dicungkil. Kejayaan demi kejayaan yang dicapai oleh atlet negara sehingga kini membolehkan negara Malaysia dikenali serata dunia. Pada diri guru harus ada sifat muallim. murabbi dan pelbagai sifatsifat pendidik yang tinggi lain agar proses pendidikan ini dapat dilihat sebagi proses bina insan. Beliau ialah orang Asia pertama memenangi gelaran itu. dan juara (mulai 2005) "Terbuka British" dan "Kejohanan Dunia". Subjek-subjek yang diajar oleh guru juga perlu diterap elemen nilai. Matlamat akhir pendidikan ialah berlakunya transformasi diri dan penitipan adab kepada diri pelajar.

impian tanpa mengira fahaman agama. Sejajar dengan ini. Hasrat 1Malaysia ialah membina sebuah negara yang bersatu padu serta menyanjung masa hadapan yang dikongsi bersama . maju. ilmu yang diajar oleh guru harus dikaitkan dengan pembentukan watak agar ianya relevan dengan kepentingan hidup pelajar.KAMAL BIN ABDUL SALAM 0134365033 H/P NO MATRIK : 661222-04-5457 ketrampilan yang tertentu tetapi bagaimana pengetahuan menjadikannya bijaksana. menikmati kehidupan bersama yang sepenuhnya berasaskan keadilan . perpaduan yang sedia terjalin antara kaum di negara ini perlu diperkukuhkan lagi bagi mewujudkan suasana negara yang lebih aman. Konsep ini merujuk kepada kepelbagaian etnik yang hidup di negara ini saling berkongsi satu wawasan. Datuk Seri Mohd najib Tun Razak melaungkan konsep “Satu Malaysia”. Tidak ada sesiapapun akan terpinggir untuk merebut peluang yang disediakan untuk menyerlahkan segala keupayaan dan potensi masing-masing. Soalan B Bagaimanakah pembinaan Negara bangsa dapat diselarikan dengan konsep 1 Malaysia seperti yang di war-warkan oleh Perdana Menteri? Pembinaan Satu Malaysia Tepat pada masanya. matlamat. kepelbagaian budaya dan sebagainya dalam mewujudkan keharmonian negara secara berterusan. 10 . Rakyat Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum dan agama perlu menganggap diri mereka sebagai bangsa Malaysia yang berfikir dan bertindak ke arah mencapai satu matlamat. Perdana Menteri Malaysia. Oleh itu. ideologi politik. taraf kedudukan. selamat dan makmur.

Rakyat negara ini tidak seharusnya leka dan berasa selesa dengan situasi yang masih stabil. Persoalannya. tenaga dan kewangan serta mengetepikan kepentingan peribadi demi negara Malaysia. India (10 peratus) dan lain-lain (5 peratus). azam dan tekad demi kepentingan dan kemajuan negara. Kelekaan menyebabkan penyesalan yang tidak berpenghujung apabila kita sudah terlambat untuk mempertahankan kedamaian dan keharmonian seperti yang berlaku di sesetengah negara.KAMAL BIN ABDUL SALAM 0134365033 H/P NO MATRIK : 661222-04-5457 Kesungguhan dan komitmen terhadap tugas dan tanggungjawab menjadi asas atau senjata paling ampuh dalam mencapai sesuatu kejayaan. 11 . memahami Perlembagaan Persekutuan.. tetapi semangat kesatuan mereka amat mantap berbanding Semenanjung yang hanya mempunyai tiga etnik iaitu Melayu (60 peratus). Negara memerlukan rakyat yang berdedikasi dan komited untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan penuh iltizam. Seperti yang pernah dikatakan oleh Perdana Menteri. Pemimpin yang bekerja dengan penuh dedikasi dan hati yang ikhlas akan mendapat sokongan dan dihormati oleh semua lapisan masyarakat. Walaupun masing-masing mempunyai lebih daripada 30 etnik. Mesej “Satu Malaysia” perlu dihayati oleh rakyat Malaysia serta memahami maksud yang tersurat dan tersirat di sebaliknya. Malaysia juga memerlukan pemimpin yang mesra rakyat dan sanggup berkorban masa. di Sabah dan Sarawak. Sarawak dan Sabah adalah contoh satu Malaysia. tetapi sukar untuk mencontohi Sabah dan Sarawak. konsep satu Malaysia telah terpakai sekian lama. Cina (25 peratus). Golongan muda perlu kembali menghayati lima prinsip Rukun Negara. menjiwai maksud tersirat lirik lagu Negaraku serta menghormati jalur Gemilang bagi mengembalikan jati diri dan rasa cinta akan negara. sejak mereka menyertai Malaysia. Penyatuan etnik yang kini tergugat akibat kerakusan segelintir pihak yang mabuk kuasa untuk kepentingan diri sendiri mencemar persefahaman dan keamanan yang dipertahankan selama ini. kenapa? Jawapannya.

Oleh disebabkan itu. Justeru. Bahasa telah menyatukan mereka. Ini adalah perkara yang perlu dicontohi oleh kita semula. kesetiaan. kita sebagai warga pendidik perlu membuat penilaian semula tentang peranan bahasa kebangsaan ini. Kesedaran terhadap betapa berharganya keamanan negara perlu ditanam dalam jiwa setiap rakyat Malaysia bak kata pepatah “Di mana bumi dipijak. murut atau Kadazan kerana semua boleh berbahasa Melayu dengan baik. dedikasi dan kesetiaan. rendah hati. bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan begitu meluas. kebolehan. Cina dan India perlu bagi melahirkan perasaan yang muhibah dan perpaduan yang kuat dan mantap. Bahasa Melayu menjadi bahasa pengantar di sekolah membolehkan masyarakat Malaysia mempelajari Bahasa Melayu dan memahami dalam satu bahasa sebagai bahasa penghubung semua kaum. Pemimpin dan rakyat perlu memahami dan menghayati lapan nilai 1Malaysia. Bila pergi ke sana. Dayak. ketabahan. kita sukar untuk membezakan mereka Iban. pendidikan dan integiti. Golongan pendidik perlu memulakan usaha ini sedari mereka masih peringkat pra-sekolah lagi. Kejayaan yang terhasil daripada sistem pendidikan ini adalah Bahasa Melayu dijadikan bahasa ilmu dan perpaduan bagi semua kaum. iaitu budaya kecemerlangan. 12 . tidak hairan penduduk sabah dan Sarawak begitu fasih berbahasa Melayu. Keharmonian dan kedamaian yang dinikmati tidak dapat dibeli dengan wang ringgit. Rakyat Malaysia seharusnya berasa bangga dengan tanah air yang didiami ini.KAMAL BIN ABDUL SALAM 0134365033 H/P NO MATRIK : 661222-04-5457 Penggunaan satu bahasa. 1Malaysia adalah pemangkin kepada pengwujudan negara bangsa yang dapat membina Malaysia sebagai negara yang mempunyai sikap kesamaan dan kekitaan di kalangan rakyat. Komunikasi dalam Bahasa Melayu tanpa mengira kaum menunjukkan Bahasa Melayu adalah bahasa perpaduan. meritokrasi. disitu langit dijunjung”. Pengukuhan bahasa ini dalam kalangan semua kaum terutamanya Melayu. Keupayaan membina negara bangsa bergantung kepada perkongsian nilai integriti. penerimaan.

Fakulti Pengurusan dan Pembangunan Sumber Manusia. Dilayari pada 19 Jun 2009. http://www. Dilayari pada 5 Julai 2009.my/mc/welcome?.com. http://www. Kamus Dewan Edisi Keempat. Skudai. Kewarganegaraan Malaysia. Kuala lumpur.). Johor.my/pipp/dll?prd=ie&pver=6&ar=IStart.utusan. Mok Soon Sang. 13 . Paimah Atoma.al.rand=0cvtcb8n1ok23. Bhd.). Universiti Teknologi Malaysia.al. (2007). (et. (2005). http://www. Dilayari pada 25 Jun 2009. 1997.emoe. 2007. Kuala lumpur. Multimedis-ES Resources Sdn. Kuala lumpur. Kumpulan Budiman Sdn. (et.com. Bhd.KAMAL BIN ABDUL SALAM 0134365033 H/P NO MATRIK : 661222-04-5457 Bibliografi Mok Soon Sang. Hajah Noresah bt Baharom.gov.online/rencana. Peperiksaaan Penilaian Tahap Kecekapan Skim Perkhidmatan Guru. Dewan Bahasa dan Pustaka. Nota Ulangkaji dan Latihan Penilaian Tahap kecekapan.scribd.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful