Pendidikan Masa Lepas, Masa Kini dan Masa Depan Ke Arah Melahirkan Modal Insan yang Berketrampilan: Satu

Interpretasi Kesan Psikologi Melalui Analisis Hermeneutik Pedagogi

Suppiah Nachiappan (DR) Kway Eng Hock Roslinda Mustapha Hazalizah Hamzah
Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim, Perak, Malaysia.

E-mail: suppiah@upsi.edu.my
Tel: 05-4506044 / Fax: 05-4583607

Tema: Pendidikan Masa Kini dan Masa Depan Subtema: Asas Pendidikan (Psikologi Pendidikan) Anjuran Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia & Alumni Suluh Budiman Universiti Pendidikan Sultan Idris Abstrak Kajian ini adalah untuk menginterprestasikan pendidikan masa lepas, masa kini dan masa depan ke arah melahirkan modal insan yang berketrampilan. Analisis Hermeneutik Pedagogi (Pedagogi Hermeneutic Analysis) sebagai metodologi kualitatif dan interpretif digunakan untuk menginterprestasikan kesan psikologi melalui hubungan pendidikan sejak sebelum merdeka sehinggalah sekarang dan pada masa depan ke arah melahirkan modal insan yang berketrampilan melalui dasar pendidikan yang dinamik. Kesan psikologi yang dapat diinterpretasikan adalah seperti pengenalan identiti bangsa, perpaduan, pemantapan perpaduan, perubahan dinamik pelajar untuk melahirkan warganegara yang berilmu pengetahuan, celik ICT, berkemahiran, berakhlak mulia, berinovatif dan berketrampilan pada masa akan datang.

1.0

Pengenalan Pembentukan negara bangsa Malaysia yang maju dan mempunyai nilai perpaduan yang

tinggi bukan sahaja perlu berasaskan ekonomi yang berdaya tahan tetapi juga kepada pengagihan sumber kekayaan yang lebih adil. Di samping pertumbuhan dan kedinamikan ekonomi yang perlu dicapai, ketidakseimbangan peluang ekonomi dan sumber pendapatan tidak harus dibiarkan berlarutan sehingga menggugat pembangunan negara. Menjelang wawasan 2020, tidak wajar ada golongan yang tercicir daripada arus kemajuan negara. Pada waktu yang sama, budaya, pemikiran dan nilai yang menjadi pegangan rakyat serta institusi sosial perlu diperkukuhkan sejajar dengan hasrat negara untuk maju mengikut acuannya sendiri. Dalam usaha mencapai negara maju, pembentukan negara bangsa menjadi semakin mencabar terutamanya dalam era globalisasi. Globalisasi bukan sahaja berkuasa menggerakkan modal, barangan dan manusia, tetapi juga berupaya mengubah gagasan, budaya, nilai dan jati diri secara transnasional. Gagasan, budaya, nilai dan jati diri sesebuah negara bangsa akan lenyap sekiranya bangsa tersebut lalai dan menerima sewenang-wenangnya segala yang dibawa oleh arus globalisasi. Selaras dengan hasrat negara mencapai wawasan 2020, Malaysia berusaha mencapai kemajuan seimbang daripada segi politik, ekonomi, sosial, politik, kebudayaan dan kerohanian. Justeru itu pembentukan masyarakat yang bersatu padu dan mempunyai keyakinan diri yang tinggi adalah perlu disamping berpegang teguh kepada nilai agama, moral dan etika dalam menikmati kehidupan yang demokratik, liberal dan bertoleransi, perkongsian ekonomi yang mampu bersaing, dinamik, tangkas dan berdaya tahan. Perubahan pesat dunia hari ini menuntut Malaysia untuk segera berubah agar mampu melonjak ke tahap maju. Oleh itu Malaysia cuba berusaha mengetengahkan bidang pendidikan yang masih memerlukan penambahbaikan dan perhatian khusus agar melakukan lonjakan terakhir untuk mencapai status negara maju yang dicita-citakan dalam wawasan 2020. Pendidikan ialah proses perubahan individu dari segi mental, fizikal, emosional, moral dan kerohanian bagi membolehkan ia menyesuaikan dirinya dengan keadaan semasa dan setempat supaya dapat menghadapi cabaran dalam pelbagai bidang politik, ekonomi, sosial dan sebagainya. Mahu atau tidak, inilah dikatakan proses hidup yang terikat kepada tekanan

masyarakat semasa dan setempat selain tuntutan universal. Maka pendidikan dianggap sebagai pembudayaan yang menjadi asas kepada ketamadunan bangsa untuk terus menongkah arus perkembangan ketamadunan dunia. Justeru itu, pendidikan dilihat sebagai wadah terbaik dalam melahirkan generasi yang dinamik, progresif, cemerlang, berakhlak dan berhemah tinggi. Melalui pendidikan, kematangan golongan muda akan terserlah dari aspek keintelektualan ilmu, kewarasan akal, kemurnian budi, kecerdasan fikiran dan keterampilan sahsiah. 2.0 Latar belakang kajian Kajian ini menghubungkan kaitan antara bidang pendidikan dan juga aspek-aspek pembangunan yang meliputi pembangunan modal insan, perubahan dasar-dasar dalam sistem pendidikan sehinga kini yang mula memperkenalkan Dasar Ekonomi Baru (DEB), Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) dan Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA). Pembangunan Modal Insan “Untuk membangunkan modal insan, kita mahu memberi ilmu pengetahuan yang secukupnya, kita mahu mendidik mereka menjadi bangsa yang berpekerti mulia, mempunyai hemah yang tinggi, berjiwa besar, cintakan negara dan mereka juga mempunyai kekuatan jasmani dan kekuatan rohani. Kita mestilah menjadi rakyat yang cintakan negara ini rakyat yang bersemangat, bersedia bekerja dengan kuat, bekerja dengan rajin serta menjadi rakyat yang mengamalkan budi bahasa yang bermutu tinggi”. Petikan di atas merupakan petikan perutusan Hari Kemerdekaan Ke-48 tahun 2005 oleh Mantan Perdana Menteri Malaysia Ke-5, Tun Abdullah Haji Ahmad Badwi. Dalam petikan tersebut, Mantan Perdana Menteri memberi penekanan berkaitan pembangunan modal insan. Pembangunan modal insan ini merupakan teras utama pembangunan dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9). Pembangunan modal insan ini dilihat sebagai usaha kerajaan untuk meningkatkan pertumbuhan ekonomi dan membentuk masyarakat yang berkualiti dan berdaya saing. Pembangunan modal insan ini dilaksanakan secara holistik merangkumi

kepakaran dan kelebihan maklumat sahaja tetapi melihat kepada ciri-ciri pembangunan insan yang menerapkan sifat-sifat amanah. Becker dalam Zahir Zainudin. rohani dan intelek berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan. Pembangunan modal insan ini merupakan suatu cara untuk mengenal pasti dan mengkategorikan kebolehan dan kemahiran seseorang dalam memberi sumbangan kepada negara. profesional. berketerampilan dan berkeupayaan untuk mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga. jujur. pengkaji Barat berpendapat bahawa modal insan adalah berkait rapat dengan ekonomi dan negara kerana masyarakat tidak dapat dipisahkan daripada pengetahuan. b) Memperkasakan sekolah kebangsaan sebagai sekolah pilihan utama rakyat Malaysia yang berbilang kaum bagi meningkatkan perpaduan negara. pembangunan modal insan dari segi konteks pembudayaan ilmu boleh dilihat dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi jasmani. Bagi melaksanakan pembangunan modal insan ini. nilai dan etika positif dan progresif melalui pendidikan. bertamadun. Modal insan boleh didefinisikan dari pelbagai perspektif. Manakala dari perspektif Islam. Apabila seseorang itu diberi penekanan yang sewajarnya berkenaan pengetahuan dan kemahiran tertentu. bertanggungjawab. emosi. berakhlak mulia. . latihan. kemahiran. Menurut Gary S. mereka dapat memberi pulangan kepada ekonomi masyarakat dan negara. masyarakat dan negara. modal insan ini tidak hanya dilihat dari sudut kemahiran. latihan dan pembelajaran sepanjang hayat (Rancangan Malaysia Ke-9). cergas dan progresif. berakhlak mulia. kesihatan ataupun nilai. terdapat lapan teras Dasar Pembangunan Modal Insan yang telah digariskan iaitu : a) Melaksanakan penambahbaikan terhadap sistem penyampaian pendidikan dan latihan supaya ianya berkualiti dan relevan dengan keperluan semasa. Di Malaysia ini. Ia bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan. Sama ada melalui perspektif Barat atau Islam.pemerolehan pengetahuan dan kemahiran atau modal intelek termasuk keupayaan keusahawanan dan pengetahuan sains dan teknologi (S&T) serta memiliki sikap.

dan h) Memperluaskan dan memperkemaskan forum perbincangan dan perundingan antara kerajaan. yang mempunyai pengetahuan dan keupayaan sains dan teknologi yang kukuh serta memiliki kemampuan memperoleh dan menggunakan pengetahuan. Ini boleh dilihat dalam usaha kerajaan Malaysia melaksanakan program pendidikan untuk seluruh warganegaranya. budaya prestasi tinggi. kerajaan akan terus giat membangunkan modal insan untuk memacu transformasi ke arah ekonomi berasaskan pengetahuan. individu yang berpendidikan dan berkemahiran berpotensi memiliki modal insan yang tinggi untuk dirinya. Ia bagi mengubah corak . Modal insan yang berkualiti merupakan elemen paling kritikal dalam mencapai Misi Nasional yang kedua iaitu meningkatkan keupayaan pengetahuan dan inovasi negara serta memupuk “minda kelas pertama.” Sepanjang tempoh RMK-9. e) Menyediakan lebih banyak peluang dan akses kepada pendidikan latihan dan pembelajaran sepanjang hayat yang berkualiti di semua peringkat. masyarakat dan negara. f) Membangunkan masyarakat inovatif dan kreatif. sistem nilai-nilai murni serta menghargai tradisi dan warisan. ibu bapa dan masyarakat dalam pembangunan modal insan. sektor swasta. d) Membangunkan universiti bertaraf antarabangsa dan memastikan pendidikan dan latihan di peringkat tertiari memenuhi keperluan pasaran. Ini kerana. termasuk mempertingkatkan kualiti pengajaran. g) Memperkukuhkan perpaduan nasional dan membangunkan masyarakat yang mempunyai perspektif progresif. Ini kerana. kemahiran dan produktiviti seseorang individu itu dalam bidang pendidikan. Pelaburan modal insan ini dapat meningkatkan kebajikan ekonomi dan mengurangkan kemiskinan negara. Malaysia juga telah membuat pelaburan yang banyak dalam melaksanakan dan meningkatkan pembangunan modal insan ini.c) Melaksana langkah bagi merapatkan jurang prestasi antara sekolah luar bandar dan bandar. pada abad ke-21 ini. prasarana dan kemudahan serta menempatkan guru berpengalaman di sekolah luar bandar. pembangunan ilmu. modal insan dapat meningkatkan taraf hidup. Pembangunan modal insan amat penting dalam konteks pendidikan.

Penggunaan Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua juga . DEB telah dilaksanakan oleh kerajaan untuk menguruskan proses pembangunan negara melalui pewujudan persekitaran sosio-ekonomi yang menyediakan peluang-peluang untuk memajukan semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum. bermula dari tahun 1970 hingga tahun 1990. Wujudnya ketegangan antara golongan yang berharta dan yang tidak berharta adalah berpunca daripada isu kemiskinan. Matlamat utama dasar ini adalah untuk mencapai perpaduan negara dan integrasi nasional dalam konteks serampang dua mata melalui pembasmian kemiskinan semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan menyusun semula masyarakat untuk mengurangkan dan menghapuskan identifikasi mengikut kaum. Sistem Pendidikan Kebangsaan mengalami banyak perubahan. Dasar Ekonomi Baru (DEB) Dasar Ekonomi Baru (DEB) merupakan satu program sosio-ekonomi di Malaysia yang diperkenalkan oleh Mantan Perdana Menteri Malaysia. manakala di Sarawak pada tahun 1990. Pendidikan telah diberi keutamaan untuk menangani masalah ketidakseimbangan dalam masyarakat dengan menyediakan peluang-peluang pendidikan yang samarata untuk semua kaum di Malaysia ini.hidup. Dasar ini wujud ekoran peristiwa berdarah pada 13 Mei 1969 yang telah mendedahkan manifestasi sebenar perasaan etnik di Malaysia ini. lokasi geografi dan fungsi ekonomi. sikap dan amalan seseorang individu itu untuk mencapai sesuatu matlamat dalam hidupnya. Orang Melayu didapati lebih menghadapi kemiskinan berbanding kaum Cina dan India. Tun Abdul Razak Dato’ Hussein pada tahun 1970 dalam Rancangan Malaysia Kedua (RMK-2). DEB dirancang sebagai satu program jangka panjang yang akan berjalan selama 20 tahun. antaranya Bahasa Melayu dijadikan sebagai bahasa pengantar utama yang dilaksanakan sepenuhnya pada peringkat menengah di Semenanjung Malaysia dan Sabah pada tahun 1982. pemikiran. Oleh yang demikian. Semasa pelaksanaannya. Orang Melayu juga masih jauh ketinggalan dan kurang mampu bersaing dengan kaumkaum lain walaupun Malaysia mengalami pertumbuhan ekonomi yang baik. Dasar Ekonomi Baru ini juga merupakan satu cabang falsafah pembangunan yang menekankan kepada keseimbangan antara perkembangan ekonomi dan pembangunan sosial.

bermoral dan beretika tinggi selain daripada melahirkan modal insan berpengetahuan. ekuiti dalam pendidikan. Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) Pelaksanaan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) selaras dengan wawasan Malaysia iaitu menuju Wawasan 2020 ke arah menjadi sebuah negara maju yang mengikut acuan sendiri. membudayakan sains dan teknologi dan pembelajaran sepanjang hayat. Dengan ini. Selain itu. Mata pelajaran Sivik diperkenalkan bagi menyemai semangat jati diri di kalangan pelajar. berkesan dan bertaraf dunia. Kementerian Pelajaran mempunyai tanggungjawab yang amat besar dalam membangunkan modal insan yang bersifat menyeluruh. PIPP juga seiring dengan Misi Nasional di mana memberi penekanan tinggi ke atas pembangunan modal insan ‘Minda Kelas Pertama’ sebagai pendekatan utama bagi melonjak ke status negara maju. Oleh itu. berkemahiran dan berketerampilan. Walau bagaimanapun. . Kementerian Pelajaran merancang untuk melaksanakan dasar-dasar pembangunan pendidikan bagi mencapai matlamat pendidikan. Pembangunan sistem pendidikan kebangsaan berlandaskan 4 teras utama iaitu akses kepada pendidikan. kualiti dalam pendidikan dan kecekapan dan keberkesanan pengurusan pendidikan. meningkatkan kreativiti. progresif. inovasi dan budaya belajar. Maka.turut diberi tumpuan. sekolah rendah kerajaan dan bantuan kerajaan yang menggunakan bahasa Cina atau bahasa Tamil sebagai bahasa pengantar terus dikekalkan. emosi. berdasarkan teras utama ini. menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan pendidikan dan meningkatkan martabat pendidikan Malaysia pada peringkat antarabangsa. rohani dan intelek (JERI). selaras dengan Akta Pelajaran 1961. Pendidikan Sains dan Teknikal diberi lebih penekanan pada peringkat menengah bagi menghasilkan tenaga kerja mahir. peranan pendidikan amat penting dalam menjayakan teras Misi Nasional terutama bagi Teras 2 dan Teras 3 iaitu meningkatkan keupayaan pengetahuan dan inovasi negara serta memupuk ‘minda kelas pertama’ dan menangani masalah ketidakseimbangan sosioekonomi yang berterusan secara membina dan produktif. menyediakan sistem pendidikan yang lebih cekap. Antaranya ialah memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh bagi melahirkan insan yang seimbang daripada segi jasmani.

Sekolah 100 tahun (Centennial). kelompok kurang upaya. Dalam pendekatan pertama juga. Selain itu. Kewujudan NKRA selaras dengan dasar pendidikan negara untuk melahirkan modal insan kamil daripada sistem pendidikan kita iaitu menerusi pembelajaran dan pengajaran. Perluasan ke semua jenis sekolah dan lokasi akan ditingkatkan untuk memastikan semua pelajar mendapat akses ICT khususnya capaian kepada internet. ia bagi memastikan semua pelajar menguasai kemahiran membaca. Bagi pendekatan Kedua pula. Sedangkan bidang-bidang ini dianggap penting yang boleh membantu . menulis dan mengira (3M) dan tidak ada pelajar yang tercicir daripada sistem pendidikan akibat kemiskinan. Sekolah Bestari serta sekolah-sekolah Putrajaya dan Cyberjaya. Dalam pendekatan ini. Manakala matlamat PIPP pula adalah untuk menghasilkan pendidikan berkualiti untuk semua. Sekolah Menengah Teknik (SMT). apa yang ditekankan dalam NKRA adalah usaha untuk melonjakkan pencapaian dalam beberapa bidang kecil yang belum tercapai pencapaiannya. National Key Result Area (NKRA) NKRA merujuk sebagai National Key Result Area di mana kerajaan menetapkan untuk memulakan transformasi dalam memperkukuhkan keberkesanan dalam sistem penyampaian.PIPP merupakan satu dokumen perancangan pembangunan yang meliputi tiga aspek utama iaitu infrastruktur. Orang Asli dan suku minoriti lain. Dua pendekatan utama telah dikenalpasti sepanjang tempoh RMK ke-9 iaitu Pendekatan Pertama ialah menyelesaikan tugas yang masih belum selesai dan kesamarataan peluang pendidikan. Sekolah Berasrama Penuh (SBP). kaum. Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK). pengisian dan tenaga manusia. Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA). ia adalah bagi memastikan rakyat menpat peluang pendidikan yang adil dan saksama tanpa mengira lokasi. Cuma. Selain itu. Kementerian Pelajaran juga akan mengenalpasti sekolah-sekolah dalam kluster Sekolah Kebangsaan (SK). Manakala Indeks Kunci Prestasi bukan sahaja dijadikan kayu pengukur untuk memastikan kerajaan akan sentiasa memahami keperluan rakyat Malaysia. Sekolah Premier. ia memberi penekanan terhadap kecemerlangan Institusi Pendidikan. berada di kawasan luar bandar dan pedalaman. Kementerian Pelajaran akan memberi perhatian khusus ke atas sekolah yang telah mencapai tahap cemerlang dengan mengekalkan kecemerlangan dan mampu mempertingkatkan kecemerlangan ke tahap yang lebih tinggi.

menambah bilangan kelas prasekolah di kawasan miskin Bandar. kerajaan akan memberi tumpuan kepada empat sub utama dalam memperluaskan akses kepada bidang pendidikan yang berkualiti dan berkemampuan dalam melahirkan modal insan. Jika kanak-kanak tersebut berkeperluan khas. luar Bandar. kerajaan memberi penekanan dalam literasi dan numerasi (LINUS). Bagi Sub Ketiga pula. sekolah-sekolah yang terpilih juga digesa untuk meningkatkan kualiti pencapaian institusi pendidikan melalui peningkatan . masalah pendengaran. dan identiti tersendiri. Sub yang pertama. dan kurang upaya secara fizikal. Sub yang Kedua. mempunyai pelbagai kecacatan. Selain itu. Dalam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) pendidikan. ia adalah satu keadaan di mana setiap kanak-kanak harus menguasai kemahiran literasi dan numerasi selepas mengikuti tiga tahun pendidikan rendah pada akhir tahun 2012.meningkatkan pencapaian dalam soal pelajaran. dan pedalaman. Kerajaan menetapkan untuk meningkatkan kadar penyertaan kanak-kanak yang berumur dari empat tahun dan lima tahun kepada 87% menejelang 2012 sekaligus meningkatkan kualiti pendidikan prasekolah dengan menjadikan prasekolah swasta dan agensi-agensi lain sebagai sebahagian daripada sistem pendidikan kebangsaan. dengan kewujudan sekolah berprestasi tinggi. meningkatkan Perkongsian Pintar Kerajaan-Swasta dalam pendidikan Prasekolah. ia didefinisikan sebagai murid bermasalah pembelajaran. pengukuhan dari peringkat pra sekolah. menyeragamkan bantuan kepada murid prasekolah kerajaan. pelaksanaan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK). Bagi mencapai NKRA yang dikehendaki. Tujuan Pra Sekolah dimasukkan ke dalam sub NKRA adalah kerana satu usaha untuk meningkatkan prestasi pelajaran anak-anak walaupun mereka belum ke sekolah. masalah penglihatan. terencat akal. Maka kurikulum khas literasi dan numerasi dibentuk untuk kanak-kanak berkeperluan khas ini. meningkatkan kualiti guru dan pembantu guru. Maksudnya. dan mewujudkan sistem maklumat prasekolah Kebangsaan. kerajaan berhasrat untuk mengangkat kualiti sekolah-sekolah yang terbaik dengan mewujudkan sekolah berprestasi tinggi yang mempunyai karakter. Terdapat tujuh teras untuk meluaskan akses kepada pendidikan prasekolah yang berkualiti dan berkemampuan iaitu penubuhan Jawatankuasa Penyelarasan Prasekolah Kebangsaan dan Bahagian Prasekolah dan PERMATA Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). masalah pertuturan. peluasan akses kepada pendidikan berkualiti dan berkemampuan diutamakan.

Di samping itu.0 Penyataan masalah Kajian ini dijalankan bagi mengkaji bagaimana pendidikan masa lepas. Walaupun telah terdapat banyak kemajuan dan perubahan yang dilakukan kepada pembangunan negara dalam pelbagai bidang. namun ia . Dengan ini. serta merancang. ia memastikan visi dan misi diterjemahkan. Kerajaan mensasarkan dengan membuka 2% tawaran kepada Pengetua atau Guru Besar bagi menerima ganjaran pada tahun 2010. Kerajaan memperkenalkan penilaian berasaskan pencapaian untuk menilai Pengetua dan Guru Besar (PGB) dengan menawarkan ganjaran yang menarik kepada PGB yang melepasi sasaran serta membantu PGB yang lemah. sekolah-sekolah ini diharap akan dapat melonjakkan kecemerlangan pelajar ke peringkat paling tinggi dan sekaligus dapat mengharumkan nama negara di samping dapat melahirkan generasi yang berketerampilan. Seterusnya. menyelaras dan menilai aktiviti pengajaran dan pembelajaran di sekolah. sebagai agen perubahan utama dan mewujudkan persekitaran yang kondusif. perlulah menyediakan persekitaran sekolah yang kondusif dan menyokong proses pengajaran dan pembelajaran di dalam dan di luar bilik darjah. 3. bagi mencapai kemenjadian murid. Bagi terma agen perubahan utama pula.tahap autonomi dan akauntabiliti. Analisis mendapati setiap pemimpin sekolah mempunyai impak yang signifikan ke atas kecemerlangan murid iaitu kepimpinan instruksional. Dalam kepimpinan instruksional. ia sekaligus dapat merapatkan jurang antara sekolah-sekolah di dalam sistem. Bagi Sub Keempat adalah terdapat tawaran baru kepada pemimpin sekolah. ia berperanan dalam pembangunan guru. tujuan diadakan tawaran ini adalah untuk meningkatkan kualiti keberhasilan murid menerusi peningkatan prestasi pemimpin sekolah di Malaysia. membenarkan sekolah melaksanakan inovasi dalam pengurusan masing-masing iaitu pemusatan dalam aspek kurikulum dan anggota perkhidmatan. sekolah berprestasi tinggi ini juga dapat dijadikan inspirasi kepada sekolah-sekolah lain untuk membangunkan kecemerlangan tahap yang lebih tinggi melalui bimbingan dan jaringan antara sekolah-sekolah tersebut. Sekolah juga dijadikan medium untuk menghasilkan pelajar yang cemerlang dan sebagai tempat untuk melatih pelajar cemerlang bertaraf antarabangsa dan yang menjadi personaliti unggul dalam semua bidang. masa kini dan masa depan melahirkan modal insan yang berketrampilan. Maka. Manakala bagi mewujudkan persekitaran yang kondusif. selaras dengan matlamat sekolah.

Tambahnya lagi “kurikulum pendidikan mungkin perlu diubahsuai sejajar dengan k-ekonomi supaya rakyat Malaysia berpendidikan”. Di samping itu. Pengkaji ingin melihat sejauhmana pendidikan dapat membantu melahirkan modal insan yang berketrampilan yang memberi kesan piskologi kepada guru dan . Ini menunjukkan pendidikan sangat penting dalam usaha ekonomi negara dalam menghadapi cabaran luaran dengan menyediakan garis panduan hala tuju negara pada dekad akan datang berikutan keadaan ekonomi sejagat yang tidak menentu. masa kini dan masa depan ke arah melahirkan modal insan yang berketrampilan menggunakan psikologi melalui analisis Hermeneutik Pedagogi. usaha dan perancangan tersebut yang dihadapi pada tahun 2010 menyebabkan peruntukkan perbelanjaan Kementerian pelajaran dikurangkan dan cabaran kepada menteri ialah untuk meneruskan segala aktiviti secara lebih cekap dengan meletakkan keutamaan (priority) pelaksanaan program yang dirancang tanpa menjejaskan kualiti pendidikan. Selain itu masalah sosial seperti ancaman keistimewaan orang Melayu. 4. perpecahan disebabkan perselisihan politik dan soal kemiskinan juga menjadi cabaran yang menuntut kepada dasar penyusunan semula lebih berkesan. Tan Sri Awang Had Salleh berkata. Perkara ini penting sebagai pelan jangka panjang yang bakal meletakkan negara dalam keadaan lebih bersedia menghadapi cabaran global. Namun. perkembangan ekonomi berasaskan pengetahuan atau k-ekonomi dan persekitaran ekonomi serantau yang belum pulih sepenuhnya berikutan tercetusnya krisis kewangan pada tahun 1997/1998 dan sekaligus menjadi cabaran kepada rangka RRJP3. Malah.sedikit sebanyak memberi kesan kepada bidang pendidikan di mana perlu membuat penambahbaikan dari pelbagai sudut. Menurut tokoh pendidikan.0 Objektif kajian Dalam kajian ini diinterprestasikan pendidikan masa lalu. cabaran yang jelas terpaksa digalas oleh semua pengurus pendidikan khususnya pada peringkat institusi pendidikan ialah untuk berfikir dan bertindak bagi mengekal dan meningkatkan pencapaian berdasarkan tahap keberhasilan yang ditetapkan dengan menggunakan sumber yang terhad. Kementerian telah merancang pelbagai usaha untuk meningkatkan kecemerlangan pendidikan dan menambahbaik sistem pendidikan negara. “adalah menjadi harapan supaya RRJP3 memberi tumpuan kepada sektor pendidikan jika Malaysia mahu mencapai status negara maju”.

0 Tinjauan literatur Kepentingan pembangunan modal insan dalam pendidikan Kajian ini menunjukkan pendidikan dapat mengeluarkan modal insan dan modal insan tidak akan dapat dicapai tanpa pendidikan. 4. Untuk tujuan ini. kemajuan dan kemakmuran negara. masalah pengangguran perlu dielakkan.3 Untuk memastikan objektif pengajaran dan pembelajaran tercapai selaras dengan falsafah pendidikan untuk pembangunan modal insan. . 4. 4.2 Untuk mengkaji ciri-ciri modal insan yang diperlukan.4 Untuk mengkaji bagaimana perwatakan dan keupayaan pelajar yang memenuhi konsep modal insan dapat memberi sumbangan kepada negara.1 4. mahsiswa yang dilahirkan mampu memenuhi peluang pekerjaan yang disediakan. Bagi memastikan pembentukan modal insan tercapai. Kajian ini dijalankan berdasarkan kepada objektif-objektif berikut: 4. memastikan kurikulum sesuai dengan keperluan semasa dan mengelakkan pembaziran sumber manusia. Ciri-ciri modal insan yang berketrampilan adalah dilengkapi dengan ilmu dan kemahiran yang menggambarkan perwatakan dan keupayaan indvidu pelajar baik dari segi dalama mahupun luaran.6 Untuk memastikan dasar-dasar pendidikan dan rangka dalam bidang pendidikan diaplikasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran untuk mencapai matlamat melahirkan golongan kelas pertama 5. Konsep modal insan menumpukan kepada perkembangan potensi.5 Untuk mengenalpasti kesinambungan pendidikan dari zaman dulu hingga kini mampu melahirkan generasi yang mempunyai nilai yang tinggi. 4. kemahiran atau tenaga manusia yang digunakan untuk mencapai matlamat pembangunan. Untuk mengenalpasti kepentingan-kepentingan membangunkan modal insan kelas pertama.pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran .

Laporan-laporan berkaitan pendidikan terus digubal bagi memastikan perpaduan antara kaum tercapai. Dalam merealisasikan harapan tersebut. pembudayaan. berdaya kreatif dan mempunyai kebolehan pasaran. Maka segala aspek keseimbangan dan peluang untuk mendapatkan pendidikan diwujudkan tanpa mengira kaum. sejarah sistem pendidikan di Malaysia telah diinterpretasikan melalui kaedah analisis hermeneutik yang dilihat dari sudut pandangan psikologi yang meliputi kesannya kepada emosi. kini dan depan Halatuju pendidikan masa lepas memfokuskan kepada kemahiran secara tidak formal bagi memenuhi tuntutan kehidupan di samping keseimbangan dari segi kerohanian melalui penubuhan sekolah-sekolah pondok dan madarasah. akhlak dan jati diri di samping kompeten dalam sains. proses penerimaan maklumat dan sebagainya terhadap melahirkan modal insan yang berketrampilan. . Apabila pembangunan modal insan minda kelas pertama dapat dilahirkan. Perubahan dasar pendidikan berlaku semasa kedatangan penjajah dimana dasar pecah dan perintah sedikit sebanyak telah membantu kepada pembasmian buta huruf dalam kalangan penduduk di Tanah Melayu ketika itu. Penekanan diberikan dalam bidang penguasaan ilmu pengetahuan. motivasi. Justeru itu adalah penting bagi membangunkan pelajar yang idealisme demi membuat perubahan ke arah kesempurnaan. Halatuju pendidikan masa lepas. diharapkan golongan ini berkemampuan memberi sumbangan dalam mencapai status negara maju. Persoalannya disini adakah setiap perubahan yang dilakukan itu mampu melahirkan golongan generasi yang mempunyai nilai yang tinggi dari segi semua aspek bagi menjamin kejayaan negara. modal intelektual. sikap progresif dan pengenalan nilai. disiplin. Selain itu kemasukan bahasa asing seperti Bahasa Inggeris meningkatkan tahap kemahiran berkomunikasi dalam kalangan masyarakat. perwatakan. etika dan moral.Ia berfokuskan kepada sistem nilai. konsep kendiri. Dasar pendidikan masa lalu hingga ke sekarang memperlihatkan kita bahawasanya sistem pendidikan di Malaysia mengalami beberapa perubahan pada setiap zaman akibat daripada pembentukan perlembagaan negara pihak yang memerintah. sahsiah.

Modal insan yang berkesan bukan sahaja digunakan untuk pembangunan negara. beberapa pelan rancangan terus dirangka dalam sistem pendidikan sebagai persediaan terhadap cabaran persaingan hebat globalisasi seperti Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) dalam penyampaian yang berkualiti dan berkemampuan. 3. Pengurangan julmlah pengangguran Memastikan kurikulum sesuai dengan keperluan semasa Membantu penggunaan sumber manusia secara maksimum agar tidak berlaku pembaziran.Selepas kemerdekaan negara. sistem pendidikan di Malaysia perlu sentiasa dikaji dan dinilai semula agar relevan dan memenuhi kehendak negara pada masa hadapan. Dalam artikel yang ditulis oleh Hasnah Husin (2011) berjudul Membentuk Modal Insan telah memperlihatkan bagaimana sistem pendidikan negara dapat mencapai objektif bagi melahirkan modal insan untuk pembangunan negara pada masa akan datang. Pelbagai penyelidikan dijalankan antara institusi pengajian tinggi dengan pihak-pihak tertentu bagi . Ini bagi pembaziran tenaga manusia pada masa akan datang. halatuju sistem pendidikan terus diubahsuai bagi tujuan penambahbaikan sehingga wujudnya idealisme-idealisme ke arah pembentukan rancanganrancangan pendidikan yang berkualiti seperti Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) dan Dasar Ekonomi Baru (DEB). Industri pengajian tinggi dan memastikan tidak berlaku industri perlu mempunyai kerjasama yang erat agar yang mengutamakan pendidikan sebagai proses transformasi dalam mengukuhkan keberkesanan mahasiswa yang dikeluarkan mampu memenuhi peluang pekerjaan yang disediakan. Antaranya ialah: 1. malahan modal insan penting dalam membentuk sebuah masyarakat yang aman damai. Bagi memastikan pembangunan modal insan dapat tercapai secara menyeluruh. Beberapa aspek perlu diberi perhatian bagi memastikan matlamat dalam pendidikan tercapai. berjiwa penyayang dan bebas dari gejala sosial. 2. Bagi mencapai pembangunan modal insan tersebut.

Mewujudkan rakyat minda kelas pertama adalah satu cabaran yang perlu difikirkan terutama oleh institusi pendidikan. Rakyat yang kurang kesedaran sivik. cetek pemikirannya dan mengutamakan hiburan semata-mata sudah pasti tidak mampu untuk memiliki minda kelas pertama. Kita perlu menambah nilai terhadap apa jua yang dilaksanakan. sistem pendidikan di negara ini perlu memberi tumpuan terhadap meningkatkan ilmu dan kemahiran dalam pelbagai bidang kepada pelajar. kreativiti dan inovasi serta memupuk minda kelas pertama. Ianya merangkumi aspek-aspek kemahiran generik yang melibatkan .mengetahui kehendak industri dari segi tenaga kerja yang meliputi kemahiran yang diperlukan. Institui pendidikan negara khususnya di peringkat pengajian tinggi perlu menyediakan persekitaran yang menggalakkan atau menjana lebih banyak usaha penyelidikan dan pembangunan (R&D). masyarakat dan negara. pekerjaan. Selain itu. Usaha ini bagi mendedahkan generasi masa kini terhadap isu-isu globalisasi dan secara tidak langsung dapat membentuk pemikiran kreatif dan mampu membuat perubahan seiring peredaran zaman dalam kalangan graduan IPT. tingkah laku. perancangan masa depan dan sebagainya. cara berfikir dan kelakuan. akhlak dan sebagainya. pihak Kementerian Pengajian Tinggi telah memperkenalkan kemahiran insaniah (KI) (soft skills). Pengetahuan dan kemahiran adalah sebahagian daripada modal insan. pengkhususan. Justeru itu. Subjek mengenai globalisasi perlu disentuh dalam setiap kurikulum. Pemupukan mida kelas pertama hanya akan wujud sekiranya insan yang mempunyai kualiti dalam semua aspek kehidupannya baik dari segi pendidikan. Bagi menjana graduan yang memiliki kemahiran yang seimbang dan menyeluruh sama ada dari sudut kualiti intelektual mahupun ketrampilan insaniah yang merangkumi aspek sikap. Kerajaan telah menggariskan teras kedua daripada lima Misi Nasional iaitu untuk meningkatkan keupayaan pengetahuan. pihak berwajib perlu melaksanakan usaha penambahbaikan sistem pendidikan secara menyeluruh. Kebergantungan negara kepada mutu modal insan pada masa hadapan bukan sahaja dari segi intelek tetapi juga kepada keperibadian. Era globalisasi menuntut agar modal insan yang dilahirkan nanti boleh berdikari dan tidak bergantung kepada bantuan orang lain. kesedaran sivik yang tinggi serta tahu apa peranannya kepada agama.

kepimpinan. Pandangan Weinsheimer (1991) dianggap lebih menyeluruh kerana beliau membayangkan bahawa Hermeneutik bererti suatu teori dan praktis bagi aspek interpretasi. sistem pendidikan perlu menyediakan infrastruktur bagi membolehkan individu memperkembangkan ilmu dan bukan hanya menjadikan ilmu yang dimiliki sebagai aset di perpustakaan semata-mata. esei. kerjasama berpasukan. Dengan pelbagai aktiviti yang dijalankan melalui ko-kurikulum secara tidka langsung dapat menjana kerjasama berpasukan. iaitu sebagai contoh. komunikasi dan pembelajaran berterusan. membuat keputusan. . Sesuatu teks. 6. Analisis lebih berbentuk interpretif dan fokus utama adalah untuk melakukan tafsiran dan interpretasi ke atas apa juga yang dihasilkan oleh manusia yang mempunyai implikasi makna (meaning).elemen kognitif yang berkaitan dengan kemahiran bukan akademik seperti nilai positif.0 Metodologi Kajian (Analisis Hermeneutik Pedagogi) Hermeneutik mengutamakan teks sebagai bahan kajian tertentu dan cuba menginterpretasikan dan memahami ciri-ciri rasionaliti pemikiran manusia dan maksud yang terkandung di dalamnya (Loganathan . disiplin dan gaya kepimpinan dalam kalangan pelajar. Menurut Suppiah (2003) analisis yang mendalam terhadap elemen di bawah sedar yang tersirat di dalam teks akan membolehkan akan membolehkan pengkaji mencapai suatu pemahaman yang bermakna. Kaedah Hermenutik adalah satu daripada kaedah yang menganalisis teks (hasil penulisan) yang tertua digunakan oleh para penyelidik. Sebagai usaha penambahbaikan. Tidak dinafikan aktiviti ko-kurikulum dapat melahirkan insan yang sihat tubuh badan. Kegiatan ini mendatangkan faedah dan pada masa yang sama modal insan dapat dijana melalui aktiviti yang dijalankan. mental dan fizikal. 1992/1995). Pemahaman ini adalah metateks yang boleh memberikan makna kepada teks atau hasil penulisan pelajar. cerpen atau catatan hasil temu bual yang mengandungi pelbagai maksud yang tersirat yang tidak boleh ditanggap melalui pembacaan sekali lalu sahaja. perlu disedari juga peranan kegiatan ko-kurikulum dalam sistem pendidikan negara. Ia digunakan untuk menginterprestasikan kitab injil dalam kajian Greek lama. Selain itu.

and since all correct thinking is based on correct speaking. Admittedly. misrepresentations. all there are related to dialectics. maka pengkaji terpaksa bersugguh-sungguh menyelami unsur yang tersembunyi di dalam Struktur Dalaman untuk membongkarkan kebenaran di sebalik teks yang dikajinya.makna dan rujukan. much harm may have been done by the lack of rules for proper interpretation”. Since the art of speaking and the art of understanding stand in relation to each other. Struktur luaran merujuk kepada perkara yang tersurat. hermeneutics is a part of the art of thinking. (Schleiermarcher. Friedrich D. speaking being only the puter side of thinking. Apabila teks sukar difahami. Kita juga boleh melihat pendapat lain berkenaan Hemerneutik dimana: “General hermeneutics is related to critism as to grammar and since there can be no communication or even acquisition of knowledge without all there. iaitu teks sebagai bahan yang dikajinya. 1710-1759). Hermeneutik dari konteks sains sosial merujuk kepada: . Dilthey (1976) menyatakan bahawa. Johann Martin. (Chladenius. 1768-1836). for these have caused much evil in the world. yang dapar dikesan dengan mudah secara langsung daripada teks yang dikaji.Skopnya menjangkau sehingga mana seseorang ingin mendalami untuk memahami maknanya. sains Hermeneutik melibatkan seni membaca suatu teks untuk mengetahui dan memahami dengan penuh keinginan makna yang tersembunyi. Manakala. E. Ciri berikut ialah kewujudan Struktur Luaran dan Struktur Dalaman secara serentak. Ada beberapa ciri yang berkaitan dengan analisi Hermeneutik. Teks merupakan segala produksi manusia yang berkemampuan untuk memperlihatkan serta menganalisis tingkah laku dan pemikiran manusia. “Hermeneutics teaches us accordingly to discover and avoid misunderstandings. and is therefore philosophical”. Md Salleh Yaapar (1995) melihat teks sebagai mempunyai fungsi semantik atau .

7. (Kesan Psikologi – Identiti bangsa) Zaman Pramerdeka (Sebelum 1957) Sebelum negara mencapai kemerdekaan. Sehubungan itu. Laporan Barnes (1951)-menyemak dan memperbaiki keadaan pendidikan kaum melayu. Laporan Razak (1956)-meletakkan asas bagi perkembangan dan sistem pendidikan untuk memupuk perpaduan melalui sistem peperiksaan yang sama bagi semua sekolah. iaitu sekolah Melayu. Menjelang kemerdekaan. dan d. c. selari dengan corak pemerintahan pecahperintah yang diamalkan penjajah Inggeris. mengutamakan perpaduan .“Capability”which we acquire to the extent that we come to ‘master’ a natural language-with the art of understanding the meaning of linguistic communication and in the case of distrupted communicationof making it understandable. Sistem pendidikan zaman Zaman Pasca Merdeka (1957-1970) Sebaik mencapai kemerdekaan. timbul kesedaran untuk mewujudkan satu sistem persekolahan. buku dan guru masing-masing. b. 1929) Interpretasi menggunakan analisis Hermeneutik Teks asal PIPP Teks yang yang diinterpretasikan Melalui Analisis Hermeneutik Pedagogi (Kesan Psikologi) i) Pendidikan Masa Dulu Sistem pendidikan zaman pramerdeka dianggap penting kerana Malaysia mulai mengenal identiti bangsa Malaysia dengan pemerintah Inggeris. kurikulum. Ordinan Pelajaran (1952)-mengesyorkan sekolah kebangsaan sebagai corak Sistem Persekolahan Kebangsaan. usaha ditumpukan untuk pasca merdeka mewujudkan satu sistem pelajaran kebangsaan. Inggeris. pendidikan yang wujud adalah terasing. Hanya dalam sekolah Inggeris sahaja kanak-kanak pelbagai kaum dapat belajar bersama tetapi sistem persekolahan tersebut tidak dipersetujui majoriti penduduk. but also the meaning contained in written forms of expression or in nonlinguistic symbol systems. Setiap kaum menubuhkan sekolah mereka.0 Dapatan dan perbincangan kajian (Jurgen Habermas. Cina dan Tamil yang menggunakan bahasa pengantar. so far as such meanings can in principle be ‘recorded’ in speech”. Laporan Fenn-Wu (1951)-menyemak pendidikan kaum cina. Understandable of meaning focuses on the semantic content of speech. Beberapa jawatankuasa telah ditubuhkan untuk mengkaji sistem persekolahan pada masa itu dan menghasilkan laporan-laporan berikut: a.

(DEB. Walau bagaimanapun. Mata Pelajaran Sivik diperkenalkan bagi menyemai semangat jati diri dalam kalangan pelajar. Penggunaan Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua juga turut diberi perhatian. Perakuan Laporan Razak dikaji semula oleh Jawatankuasa Rahman Talib pada tahun 1960. Pada tahun 1980-an. sekolah rendah kerajaan dan bantuan kerajaan yang menggunakan bahasa cina atau bahasa tamil sebagai bahasa pengantar terus dikekalkan. Kadar ini terus meningkat apabila terdapat perubahan dasar yang melanjutkan pendidikan universal kepada 11 tahun secara berperingkat mulai tahun 1992. (Kesan Psikologi – berfokus perpaduan) Sistem pendidikan zaman zaman Dasar Ekonomi Baru mengukuhkan perpaduan pelbagai bangsa dan budaya masyarakat Malaysia melalui pembasmian kemiskinan. program sokongan pendidikan seperti skim pinjaman buku teks (SPBT). Sistem pendidikan mengalami banyak perubahan. 1971-1990) bermatlamat untuk mengukuhkan perpaduan negara melalui pembasmian kemiskinan dalam kalangan semua kaum dan penyusunan semula masyarakat. manakala di Sarawak pada tahun 1990. selaras dengan Akta Pelajaran 1951. rancangan makanan tambahan (RMT) dan program kesihatan dipertingkatkan. antaranya bahasa melayu dijadikan sebagai bahasa pengantar utama yang dilaksanakan sepenuhnya pada peringkat menengah di semenanjung Malaysia dan Sabah pada tahun 1982. asrama desa dan asrama harian. pendidikan diberikan keutamaan untuk menangani masalah ketidakseimbangan dalam masyarakat dengan menyediakan peluang pendidikan yang sama untuk semua kaum. sekolah berasrama penuh (SBP). biasiswa. televisyen pendidikan. semakan semula perlaksanaan dasar pendidikan oleh Jawatankuasa Kabinet mengkaji perlaksanaan dasar pelajaran (1979) telah menggariskan cadangan pendekatan dan strategi baru untuk memantapkan sistem pendidikan. peluang pendidikan untuk warganegara ditingkatkan dengan menambahkan kemudahan fizikal dan insfrastruktur terutama di luar bandar.Ordinan Pelajaran 1957 digubal berdasarkan perakuan Laporan Razak (1956) yang mengutamakan perpaduan dan menjadi teras dasar pendidikan kebangsaan. Dasar pendemokrasian pendidikan bermula pada tahun 1962 dengan memberi penekanan kepada pendidikan universal selama sembilan tahun apabila peperiksaan pemilihan masuk ke sekolah menengah. usaha pelbagai bangsa dan budaya masyarakat Malaysia. (Kesan Psikologi – pemantapan perpaduan melalui pendidikan berteraskan Falsafah Pendidikan kebangsaan) . Pada tahun 1979. Dalam tempoh ini. Untuk mengurangkan jurang perbezaan peluang pendidikan antara golongan kaya dengan miskin. Zaman Dasar Ekonomi Baru (1971-1990) Perlaksanaan Dasar Ekonomi Baru. Selain itu juga. Laporan jawatankuasa ini menjadi asas kepada penggubalan Akta Pelajaran 1961 yang menggariskan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama pada semua peringkat pendidikan serta penggunaan kurikulum dan peperiksaan yang sama untuk semua pelajar. Pendidikan sains dan teknikal diberi lebih penekanan pada peringkat menengah bagi menghasilkan tenaga kerja mahir.

menaiktarafkan kelayakan guru-guru daripada sijil Sistem pendidikan zaman zaman Dasar Pembangunan Negara mengukuhkan ketrampilan modal insan (pelajar) pelbagai bangsa dan budaya masyarakat Malaysia melalui penggubalan akta dan perundangan. peningkatan akses dalam pendidikan khususnya peringkat tertiari. banyak lagi perubahan berlaku dalam bidang pendidikan termasuk: a.memastikan tahap akademik yang tinggi. Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996bermatlamat menjadikan Malaysia pusat kecemerlangan pendidikan. Selain itu. Akta Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara (pindaan 2000) membenarkan pinjaman kepada pelajar di Institusi Pengajian Tinggi dan Swasta. (Kesan Psikologi – perubahan dinamik untuk melahirkan pelajar sebagai modal insan yang berketrampilan) . dan h. Falsafah Pendidikan Kebangsaan telah digubal pada tahun 1988 bagi memperteguhkan hala tuju dan matlamat pendidikan negara. Akta Institut Teknologi Mara (Pindaan) 2000membolehkan ITM dinaiktaraf menjadi universiti. Akta Universiti dan Kolej Universiti (pindaan) 1996memperluas autonomi dalam pengurusan dan kewangan kepada universiti awam bagi menentukan program ke arah kecemerlangan dalam pendidikan.merekaraya kurikulum dibuat dan ini menyaksikan lahirnya Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) pada tahun 1983 dan diikuti dengan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) pada tahun 1989. Falsafah ini menekankan pendidikan yang menyeluruh dan bersepadu bagi membentuk pelajar yang seimbang daripada segi jasmani. emosi. Asas perundangan bagi perlaksanaan dasar pendidikan diperkukuhkan melalui penggubalan dan pindaan akta berikut: a. c. b.Kuasa Menteri Pelajaran Dan Penginstitusan Prasekolah. Akta Perbadanan Tabung Tinggi Negara 1996menyediakan peruntukan pinjaman pelajar dan skim tabungan bagi meningkatkan akses kepada pendidikan tinggi. jaminan kualiti tinggi dan kawalan mutu pendidikan terpelihara dalam penyediaan pendidikan tinggi swasta. Akta Pendidikan 1996-menggantikan Akta Pelajaran 1961 khususnya peruntukan kuasa. Akta Lembaga Akreditasi Negara 1996. Akta Majlis Pendidikan Pendidikan Tinggi Negara 1996-membolehkan penubuhan sebuah majlis untuk menentukan dasar dan menyelaras pembangunan pendidikan tinggi. f. c. d. e. Zaman Dasar Pembangunan Negara (1991-2000) Dekad terakhir abad ke-20 menyaksikan perubahan pesat dalam pendidikan negara. g. perkembangan ICT dalam pendidikan termasuk penubuhan Sekolah Bestari pada tahun 1999. rohani dan intelek. b.

KPM menyediakan program pembangunan pendidikan yang dapat melahirkan warganegara yang berilmu pengetahuan. Zaman Dasar Wawasan Negara (2000-2010) Pada abad ke-21. dasar dan program utama seperti berikut: a. berkemahiran dan berakhlak mulia. Sekolah Wawasan dan Sekolah Model Khas ditubuhkan dalam Rancangan Malaysia ke-8 (RMK-8). Semua ini adalah hasil perancangan yang terkandung dalam dokumen pembangunan pendidikan (20012010) KPM. e. b. penubuhan kolej matrikulasi. pengukuhan. d. • Celik ICT: ICT merujuk kepada Teknologi Komunikasi dan Maklumat. celik ICT. Pemberian Bantuan one-off RM120 kepada murid sekolah rendah daripada keluaraga miskin pada tahun 2002-2003 bagi perlaksanaan Pendidikan Wajib (bajet 2002 dan 2003). • Berakhlak mulia: Mempunyai budi pekerti dan tabiat yang baik dan mengamalkan nilai-nilai murni dalam hidup. dan g. berkemahiran dan berakhlak mulia) . Bayaran Insentif Subjek Pendidikan (BISP) diperkenalkan pada tahun 2003. Pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris dilaksanakan pada tahun 2003 (Keputusan Jemaah Menteri. menaiktarafkan Maktab Perguruan Sultan Idris kepada Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). KPM juga meneliti semuala program yang dirancang bagi penyegaran. penyusunan semula dan penggubalan baru. berkemahiran dan berakhlak mulia. Bantuan ini digantikan dengan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM) . Oleh itu.kepada diploma. • Berkemahiran: Mahir merujuk kepada ilmu kecekapan untuk melakukan sesuatu secara teknikal. (Kesan Psikologi – perubahan dinamik untuk melahirkan warganegara yang berilmu pengetahuan. 2002). f. d. Celik ICT bermaksud mengetahui dan mengenal serta dapar mengaplikasikan ilmu dan kemahiran ICT dalam kehdiupan. Akta Pendidikan 1996 (Pindaan 2002) memperuntukkan pendidikan wajib bagi pendidikan rendah yang dilaksanakan secara berperingkat mulai tahun 1 pada 1 Januari 2003. negara menghadapi cabaran baru kesan daripada globalisasi. Dengan mengambil kira pelbagai perubahan dan cabaran alaf baru ke-21. penambahbaikan dan pemantapan sistem pendidikan diperlihatkan dalam perundangan. pembaharuan. Program Bimbingan dan Kaunseling diperkukuhkan dengan memperuntukkan seorang kaunselor bagi setiap 500 pelajar mulai tahun 2003 (Keputusan Jemaah Menteri. penubuhan kolej komuniti. liberalisasi. 2002). Negara juga menghadapi cabaran untuk membangunkan ekonomi berasaskan pengetahun atau K-ekonomi. penghantaran dan perkembangan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT). celik ICT. celik ICT. e. c. Sekolah Pusat. menaiktarafkan Sekolah Menengah Vokasional Kepada Sekolah Menengah Teknik. ii) Pendidikan Masa Kini Sistem pendidikan zaman zaman Dasar Wawasan Negara mengukuhkan ketrampilan modal insan (pelajar) menyahut cabaran globalisasi dengan menyediakan program pembangunan pendidikan yang dapat melahirkan warganegara yang berilmu pengetahuan.

Sekolah Agama Rakyat dan Sekolah Agama Negeri didaftarkan sebagai sekolah agama bantuan kerajaan mulai 2005 (Keputusan Jawatankuasa Tan Sri Murad Mengenai Sekolah Agama Rakyat dan Sekolah Agama Negeri. SPBT diperluaskan kepada anak-anak semua pegawai pendidikan mulai 2006 (Pengumuman Timbalan Perdana Menteri di Majlis Sambutan Perayaaan Hari Guru Peringkat Kebangsaan. m. 2003). Perubahan Dasar Sekolah Antarabangsa ke arah menjadikan sekolah antarabnagsa di Malaysia berdaya saing di rantau Asia (Keputusan Jemaah Menteri. k.50 kepada RM10. 2004). h. g.00 untuk sekolah menegah mulai 2006 (Keputusan Jemaah Menteri. 2005). Program j-QAF diperkenalkan pada tahun 2005 dan diperluaskan pada tahun 2006 bagi memastikan murid Islam menguasai Jawi. Al-Quran. Anugerah Pengetua JUSA C dan Guru Gred Khas C diperkenalkan pada tahun 2005 bagi meningkatkan pangkat kepada guru di sekolah (Keputusan Jemaah Menteri. 2005). 1998-2003). Aktiviti kokurikulum dijadikan syarat kelayakan kemasukan ke institusi pengajian tinggi awam mulai 2006 (Keputusan Jemaah Menteri. 2005). o. Aktiviti kokurikulum diperbaiki dengan penambahan peruntukan per kapita pelajar daripada RM2. p. Program Pensiswazahan Guru bagi memenuhi dasar menyediakan 50 peratus guru sekolah rendah dan 100 peratus guru sekolah menengah siswazah terlatih menjelang tahun 2010 dengan memberi kelonggaran guru mengikuti program ijazah melalui pelbagai kaedah termasuk Pendidikan Jarak Jauh.00 untuk sekolah rendah dan RM12. j. Menaiktarafkan maktab perguruan kepada Institusi Pendidikan Guru (IPG) yang boleh menganugerahkan ijazah dilaksanakan mulai tahun 2006 (Keputusan Jemaah Menteri. Mata Pelajaran Vokasional (MPV) diperkenalkan di Sekolah Menengah Harian pada tahun 2004 (Berasaskan Program Sekolah Ke Kerjaya di bawah pembiayaan Bank Dunia. mulai 2004 (Keputusan Jemaah Menteri. 2005). Skim Baucer Tuisyen (SBT) memberi bantuan Tuisyen kepada murid sekolah rendah Tahun 4 hingga 6 yang miskin dan berpencapaian rendah dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Bahasa Inggeris. n. Bahasa Arab dan Fardhu Ain apabila tamat sekolah rendah (Keputusan Jemaah Menteri. l. . 2003). 2005). Sains dan Matematik mulai 2004 (Keputusan Jemaah Menteri. i. 2005). Program Pemulihan dimantapkan dengan memperuntukkan guru pemulihan (Keputusan Jemaah Menteri.f. 2003).

dan menambah baik norma perjawatan daripada 1. Kerjasama antara KPM dan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM) dalam aspek latihan dan keluaran guru. patriotik dan cintakan negara serta menjunjung warisan budaya dan kesenian bangsa. dan q. KPM akan melengkapkan Sekolah Kebangsaan dengan kemudahan pendidikan yang mencukupi. Sistem pendidikan Masa Depan merealisasikan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) yang meliputi tiga aspek utama iaitu infrastruktur. aspek disiplin. Justeru. Sekolah Menengah. Pembangunan modal insan ini telah diselenggarakan di bawah Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) telah memberi tumpuan kepada sistem nilai. Fasa tersebut juga telah mengetengahkan bidang pendidikan yang masih memerlukan penambahbaikan dan perhatian khusus agar dapat melakukan lonjakan terakhir untuk mencapai status negara maju yang dicita-citakan dalam wawasan 2020. Merintis dan menerajui perubahan demi melonjakkan sistem dan institusi pendidikan ke tahap dunia pada tahun 2020. Sekolah Rendah. Matrikulasi dan Pendidikan Guru. dengan pembahagian ini KPM dipertanggungjawabkan kepada pembangunan Prasekolah. perancangan pendidikan masa depan dengan memperkasakan sekolah kebangsaan (rendah dan menengah) agar sekolah-sekolah itu menjadi pilihan rakyat. pengisian dan tenaga manusia. Namun perubahan pesat dunia hari ini menuntut Malaysia untuk segera berubah agar mampu melonjak ke tahap maju. Memastikan akses. membina negara bangsa melalui pendidikan bertujuan untuk melahirkan warganegara dari awal persekolahan dengan ciri-ciri glokal. Dalam tempoh 15 tahun akan datang KPM berhasrat membangunkan modal insan dengan ciri-ciri individu dan masyarakat Bangsa Malaysia yang maju. 2006). Pelan Induk Pembanguan Pendidikan (PIPP) merupakan satu dokumen perancangan pembangunan yang meliputi tiga aspek utama. ekuiti dan kualiti yang menjadi tunjang agenda pendidikan dapat diteruskan. banyak kemajuan telah dicapai dalam pelbagai bidang. kreatif serta boleh dipasarkan. Sepanjang fasa 15 tahun pertama. Perubahan paling signifikan dalam sejarah perkembangan pendidikan negara ialah penubuhan KPTM pada tahun 2004. pengisian dan tenaga manusia.7 (Keputusan Jemaah Menteri. sahsiah. patriotik dan cintakan negara serta menjunjung warisan budaya dan kesenian bangsa. inovatif. Seterusnya. iii) Pendidikan Masa Depan Malaysia kini berada pada peringkat pertengahan dan sedang memasuki fasa 15 tahun yang kedua ke arah mencapai wawasan 2020. akhlak dan jati diri pelajar bagi melahirkan tenaga kerja yang kompeten dalam sains dan teknologi. iaitu infrastruktur.2006). (Kesan Psikologi – perubahan dinamik untuk melahirkan warganegara yang memperkasa jati diri sebagai pelajar yang inovatif dan berketrampilan dalam semua bidang yang diceburi) . Selaras dengan usaha itu. Pendidikan masa depan yang telah dirancang oleh kerajaan berteras kepada membina Negara bangsa melalui pendidikan bertujuan untuk melahirkan warganegara dari awal persekolahan dengan ciri-ciri glokal.5n (n bilangan kelas) kepada 1.

KPM akan berusaha merapatkan jurang pendidikan dengan membangunkan infrastruktur dan kemudahan khususnya di luar bandar seperti Sabah dan Sarawak. KPM juga akan memperbanyakkan bantuan kepada pelajar miskin. a) Pendidikan masa dulu Pada peringkat awal sebelum falsafah pendidikan kebangsaan dibentuk. mengurangkan jurang digital serta menempatkan guru terlatih. Hala tuju pendidikan pada masa . Selain itu. Justeru itu. Selain itu. kita dapat lihat setiap perubahan itu disusuli dengan dasar-dasar dan kerangka pendidikan yang dibangunkan untuk mencapai matlamat agar selaras dengna falsafah pendidikan kebangsaan. keperluan khas. hala tuju dan falsafah pendidikan di Tanah Melayu berbentuk pra-merdeka yang terbahagi kepada dua peringkat iaitu era masyarakat tradisional dan era masyarakat penjajahan. kumpulan minoriti. Perkembangan pendidikan era masyarakat tradisional ialah menghasilkan sekolahsekolah pondok dan madrasah yang berteraskan agama Islam. Perbincangan Sistem pendidikan di Malaysia sering mengalami perubahan sejajar dengan perkembangan ilmu dan kemahiran yang pesat terutamanya pada zaman dunia tanpa sempadan. memartabatkan profesion keguruan bagi memastikan profesion itu dihormati dan dipandang tinggi sesuai dengan amanah yang dipertanggungjawabkan dalam pembinaan generasi masa depan. Ciri-ciri pendidikan era masyarakat tradisional ialah pembelajaran secara turun-temurun yang diwarisi. Seterusnya sebagai teras keempat.berkualiti. Namun kesinambungan perubahan yang berlaku membawa kepada satu idealisme baru dalam bidang pendidikan iaitu melahirkan pelajar yang mempunyai modal insan minda kelas pertama sebagaimana yang termaktub dalam Rancangan Malaysia ke-9 yang dibentangkan oleh Mantan Perdana Menteri Tun Abdullah Hj Ahmad Badawi. terkini dan guru terlatih mengikut opsyen serta bilangan staf sokongan mengikut keperluan. Hala tuju pendidikan pada era masyarakat tradisional berbeza dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu berasaskan proses pembelajaran untuk melahirkan insan yang berkebolehan dalam aspek teknik dan praktikal. pendidikan pada masa itu berpaksikan kepada falsafah pendidikan Islam yang mampu melahirkan masyarakat yang menjiwai dan mengaplikasikan agama dalam kehidupan harian.

Sekalipun dasar yang dilaksanakan menyebabkan jurang perkauman itu luas. sekolah vernakular Cina dan sekolah vernakular Tamil. Penubuhan sekolah Inggeris pula berteraskan falsafah untuk mengembangkan agama Kristian dan ideologi penjajah Inggeris. Manakala hala tuju sistem pendidikan Tamil telah mengalami perubahan kerana dasar pentadbiran Inggeris yang memberi bantuan dan kemahiran. Landasan yang digunakan pada era penjajahan adalah mengikut dasar penjajah iaitu dasar pecah dan perintah. Kurikulum Baru Sekolah Rendah dilaksanakan pada tahun 1987). dasar ekonomi baru diperkenalkan bagi merapatkan jurang sosio ekonomi antara kaum. Dalam melahirkan modal insan yang berketrampilan. Kurikulum sekolah Melayu tidak berkembang selain mendapat pendidikan dasar selama empat tahun. Skim pinjaman buku teks dan rancangan makanan tambahan juga dilaksanakan. beberapa Laporan seperti kajian Ordinan Pelajaran (1952). Laporan Barnes (1950). Terdapat lima jenis pendidikan yang berbeza iaitu orang Barat telah menubuhkan sekolah Inggeris. dan Laporan Razak (1956) telah membawa perubahan yang besar dalam hala tuju dan falsafah pendidikan di Malaysia. Pada era 1971-1990. Falsafah pendidikan Cina lebih cenderung untuk meningkatkan kemahiran dan penguasaan dalam bidang Matematik. Laporan Fenn-Wu (1951). Falsafah pendidikan sekolah Melayu berbentuk kemahiran yang sengaja disalurkan mengikut dasar untuk mengekalkan masyarakat Melayu sebagai kaum tani. sekolah Melayu. Era penjajahan telah mengubah sistem pendidikan tradisional dengan amat ketara. Pada tahun 1982. namun ilmu yang diberi kepada masyarakat dapat membasmi masalah golongan buat huruf dengan memperkenalkan kemahiran 3M (Mengira. Akibat ketidakseimbangan pihak Inggeris dalam pendidikan. ilmu dan kemahiran adalah penting dalam pembentukan identiti bangsa Malaysia sebagaimana yang telah diwujudkan semasa zaman pemerintahan Inggeris. Bahasa Melayu juga diperkenalkan sebagai bahasa pengantar utama. sekolah pondok. membaca dan menulis) disamping kemahiran-kemahiran yang diperlukan dalam memastikan kelangsungan hidup. Falsafah Pendidikan . Kedatangan Inggeris telah mengubah corak pendidikan era tradisional yang berorientasikan keperluan identiti kaum. sains dan sebagainya.itu lebih menekankan aspek teknik dan praktikal berbanding Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menekankan potensi individu secara menyeluruh dalam semua aspek.

Langkah ini diambil bagi menyemai semangat jati diri pelajar dan semangat patriotik yang tinggi bersama tanpa ada sikap kepentingan kepada kaum masing-masing. antara usaha lain adalah penambahbaikan kemudahan fizikal dan infrastruktur di luar bandar. Bagi memastikan pendidikan menyeluruh dan bersepadu dapat dicapai. Selain itu. Pada peringkat ini pembasmian kemiskinan menjadi cabaran utama dan dalam masa yang sama penghasilan tenaga kerja mahir sangat diperlukan. pemantapan perpaduan melalui pendidikan berteraskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dilakukan dengan menyediakan peluang pendidikan yang sama untuk semua kaum dengan mengekalkan penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dan Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua. langkah inisiatif diambil dengan meningkatkan pendapatan dan menambah peluang pekerjaan tanpa mengira kaum. Justeru itu. rohani dan intelek. Zaman terus berlalu menyaksikan banyak peubahan berlaku dalam bidang pendidikan. Justeru itu. Setahun berikutnya iaitu pada tahun 1988. emosi. Setiap usaha yang dilakukan untuk mencapai keseimbangan dalam bidang pendidikan telah berjaya menyatukan perpaduan pelbagai bangsa dan budaya masyarakat Malaysia. Ini hanya dapat direalisasikan dengan mempercepatkan proses penyusunan semula masyarakat bagi memperbaiki keadaan ekonomi yang tidak seimbang antara kaum supaya dapat mengurang dan menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi ekonomi. Sistem pendidikan zaman dasar ekonomi baru menekankan kepada keseimbangan antara perkembangan ekonomi dan pembangunan sosial bagi mengukuhkan lagi perpaduan pelbagai bangsa dan budaya masyarakat Malaysia. Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah dilaksanakan bagi menerap matlamat di dalam Falsafah Kebangsaan Malaysia. Zaman pasca merdeka telah memperkenalkan dasar pendemokrasian pendidikan yang menggariskan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama pada semua peringkat pendidikan serta penggunaan kurikulum dan peperiksaan yang sama untuk semua pelajar. Zaman dasar pembangunan negara membawa sistem pendidikan kepada pengukuhan . Laporan-laporan pendidikan yang dihasilkan bagi memastikan peluang pendidikan diberi kepada semua masyarakat tanpa mengira latar belakang.Kebangsaan diperkenalkan bagi menjadi landasan pendidikan di Malaysia. falsafah pendidikan digubal bagi pembentukan yang seimbang dari segi jasmani.

sebanyak RM 450 juta peruntukkan telah disalurkan melalui Pakej Rangsangan Ekonomi Pertama di mana kerajaan telah membekalkan pelbagai kemudahan pendidikan untuk membela dan memulihkan sekolah yang berada dalam keadaan daif yang memerlukan pembaikan segera. Malaysia mencapai pembangunan pesat. Ini bertepatan dengan halatuju dan falsafah pendidikan untuk melahirkan warganegara yang berilmu pengetahuan.B Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam ucapan beliau pada hari Perutusan Tahun Baru (2010). Dimensi baru dalam pelaksanaan Dasar Wawasan Negara adalah . berkemahiran dan berakhlak mulia. Menurut Y. b) Pendidikan Masa Kini Sistem Pendidikan Kebangsaan diperkemaskan lagi sejajar dengan perkembangan dunia tanpa sempadan iaitu zaman ledakan teknologi maklumat.ketrampilan modal insna pelbagai bangsa dan budaya masyarakat Malaysia melalui penggubalan akta dan perundangan yang bersangkutan dengan pendidikan. memperkukuhkan perpaduan dan membangun potensi pelajar secara seimbang. Setelah menyedari kepentingan pendidikan sebagai wahana untuk melahirkan modal insan yang berketerampilan. Berdasarkan kepada Dasar Wawasan Negara. penyusunan semula masyarakat dan pembangunan yang seimbang. Melalui Dasar Wawasan Negara pula. Pemeluasan kepada akses pendidikan yang berkualiti tidak akan lengkap tanpa memastikan pelajar menikmati kemudahan pendidikan yang selesa. celik IT.A. strategi dan dasar rangka RRJP3 sebelum ini berjaya menyumbang ke arah pengukuhan dan pemodenan asas industri. Kesannya. Negara menghadapi cabaran globalisasi pada alaf ke-21 menyebabkan Malaysia harus bersaing dalam memperkasakan pembangunan pendidikan dari sudut politik. kemahiran dan tahap kesihatan yang baik dan dapat menyeimbangkan ilmu akademik dan kerohanian dalam diri. satu Rangka Rancangan Jangka Panjang Ketiga bagi tempoh 2001 hingga 2010 telah dilancarkan. maklumat. kerajaan sentiasa memberikan keutamaan kepada agenda pendidikan. Modal insan adalah pelajar yang dilengkapi dengan pengetahuan. walaupun dilanda krisis kewangan pada tahun 1997/1998. Pada zaman ini perubahan yang berlaku adalah bersifat dinamik bagi melahirkan pelajar sebagai modal insan yang berketrampilan. ekonomi dan sosial. idea-idea. Era ini telah menggabungkan teras kritikal dasar pembangunan yang lepas iaitu Dasar Ekonomi Baru dan Dasar Pembangunan Negara bagi mencapai perpaduan nasional melalui pembasmian kemiskinan tanpa mengira kaum.

mencapai matlamat penyertaan bumiputera dalam sektor utama ekonomi. membasmi kemiskinan di kalangan kelompok kecil yang miskin. c) Pendidikan Masa Depan Dalam era ini juga. Program Bimbingan dan Kaunseling (Keputusan Jemaah Menteri. memartabatkan . memperkasa sekolah kebangsaan. Ini merupakan perubahan paling ketara dalam sejarah perkembangan pendidikan negara maka dengan pembahagian ini. Enam teras strategik yang termaktub dalam PIPP adalah membina negara bangsa. menjadikan sektor pertanian. serta banyak lagi program-program pendidikan yang diperluaskan.membangunkan Malaysia sebagai negara yang mempunyai masyarakat berasaskan pengetahuan. matrikulasi dan pendidikan guru dipertanggungjawabkan di bawah bidang kuasa Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). dasar dan program utama pendidikan bagi menghadapi pelbagai perubahan dan cabaran alaf ke-21 ini antaranya : Akta Pendidikan 1996 (pindaan 2002). Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris diperkenalkan pada tahun 2003 (Keputusan Jemaah Menteri. digantikan dengan Kumpulan Wang Amanah Pelajar (KWAPM) pada tahun 2004. membangunkan modal insan. 2002). dan mengorientasikan semula pembangunan sumber manusia bagi menyokong pembentukan masyarakat yang berasaskan pengetahuan (Mok. Al-Quran. Bahasa Arab dan Fardu Ain apabila tamat sekolah rendah (Keputusan Jemaah Menteri. pemberian bantuan one-off RM 120 kepada murid sekolah rendah daripada keluarga miskin pada tahun 2002 . sekolah rendah. 2008). Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM) telah ditubuhkan. 2002). pembangunan pendidikan prasekolah. Pada tahun 2004. sekolah menengah.2003 (Bajet 2002 & 2003). pembuatan dan perkhidmatan lebih dinamik. Skim Baucer Tuisyen (SBT) diperkenalkan pada tahun 2004. Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006 – 2010 (PIPP) telah diperkenalkan untuk memantapkan halatuju dan falsafah pendidikan negara. Program j-QAF diperkenalkan pada tahun 2005 dan diperluaskan pada tahun 2006 bagi memastikan murid Islam menguasai jawi. Penambahbaikan dan pemantapan halatuju dan falsafah pendidikan diperkemaskan dalam perundangan. menjana pertumbuhan yang didorong oleh sumber dan kekuatan dalam negeri. Bayaran Insentif Subjek Pendidikan (BISP) diperkenalkan pada tahun 2003. merapatkan jurang pendidikan di luar bandar. 2003).

Program LINUS juga dilaksanakan dengan membawa niat murni Kementerian Pelajaran Malaysia untuk memastikan pendidikan yang diberikan menerusi sistem sedia ada mampu menjadikan kanak-kanak di negara ini menguasai kemahiran membaca. dan memperkenalkan tawaran baru iaitu Bai’ah kepada pemimpin sekolah dengan hasrat untuk meningkatkan profesionalisme dalam pengurusan dan kecemerlangan sekolah. Selain itu. Penambahbaikan dalam perundangan. Pendidikan dilihat sebagai wacana terbaik dalam melahirkan generasi yang dinamik. Kesimpulannya sistem pendidikan negara telah mengalami evolusi penting sejajar dengan pembangunan dan kemampuan negara. Kementerian pelajaran telah melaksanakan Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) yang merupakan transformasi dalam sistem pendidikan negara. Pada peringkat ini. cemerlang. Dalam setiap Rancangan Malaysia tersebut. kerajaan menitikberatkan perpaduan negara dan pendidikan merupakan salah satu aspek terpenting bagi memastikan kemajuan negara terus terancang.profesion keguruan dan melonjakkan kecemerlangan institusi pendidikan. Kementerian pelajaran ingin memastikan semua murid normal bolah menguasai asas kemahiran literasi dan numerasi selepas tiga tahun mengikuti pendidikan rendah. Pembentukan golongan muda yang lengkap dengan pelbagai aspek penting dalam memacu kelangsungan pembangunan negara. Sesungguhnya dasar pendidikan negara kita berpandukan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang bermatlamat untuk melahirkan insan yang kamil dan seimbang. menulis dan mengira dalam tempoh tiga tahun selepas memasuki gerbang persekolahan sekolah rendah. memperbanyak sekolah berprestasi tinggi. dasar dan program utama pendidikan ditekankan supaya halatuju dan falsafah pendidikan negara dapat dilaksanakan dengan jayanya. Di jangka pada akhir tahun 2012. Dengan langkah ini.0 Cadangan dan kesimpulan . progresif. Pengenalan NKRA Pendidikan ialah sebahagian daripada proses transformasi dalam sistem pendidikan negara yang akan melonjakkan lagi kecemerlangan pendidikan di negara ini yang meliputi kawasan bandar mahupun luar bandar. berakhlak dan berhemah tinggi. sistem pendidikan di negara kita akan terus berkembang dan memberikan keuntungan kepada rakyat Malaysia. 8. halatuju dan falsafah pendidikan negara lebih bersifat global dalam melahirkan masyarakat yang mampu berdaya saing.

berkemahiran menyelesaikan masalah. sekali lagi ianya ditukar. Modal insan yang ingin dihasilkan perlu mampu berfikir secara kritis dan kreatif. emosi. berkeperibadian mulia. rohani dan intelek. Selain itu. Kita dapat lihat sejauhmana perlaksanaan PPSMI dalam merealisasikan keupayaan pelajar bagi menguasai Bahasa Inggeris tercapai. pihak sekolah dan institusi pengajian tinggi perlu mengaplikasikan konsep ‘JERI’ kepada pelajar agar selaras dengan matlamat falsafah pendidikan kebangsaan yang menekankan aspek jasmani. perpaduan dan pembangunan . relevan dan berfaedah untuk tempoh yang panjang. Dalam hanya beberapa tahun perlaksanaannya. Selain itu. Apabila Malaysia mencapai kemerdekaan pada tahun 1957 terdapat beberapa cabaran dan di antara yang paling mendesak ialah pembinaan identiti negara. mempunyai ketahanan serta kebolehan untuk berhadapan dengan persekitaran dunia global yang sering berubah-ubah. Justeru itu. berpengetahuan dan berkemahiran tinggi bagi mengisi keperluan negara maju 2020. Kadar pembangunan ekonomi negara telah melampui perubahan sikap masyarakat keseluruhannya. seharusnya isu politik tidak dilibatkan dalam pendidikan agar dasar-dasar yang ditetapkan selaras dengan matlamat falsafah pendidikan kebangsaan dalam melahirkan generasi modal insan yang mempunyai minda kelas pertama. berketrampilan.Antara langkah-langkah bagi memastikan modal insan yang berketrampilan dapat dilahirkan secara berterusan melalui pendidikan ialah menetapkan dasar-dasar yang benar-benar berkesan. 9. dalam kementerian sendiri perlu memastikan setiap pemimpin yang terlibat mempunyai latar belakang pendidikan yang tinggi agar segala dasar yang diusulkan ataupun sebarang idea yang dicetuskan dalam sistem pendidikan dapat mencapai matlamatnya. akhirnya ianya dibubarkan dan digantikan dengan MBMMBI. Pendidikan memainkan peranan penting dalam usaha membangunkan modal insan yang mempunyai jati diri yang kukuh. berkeupayaan mencipta peluang-peluang baru.0 Rumusan Memang ternyata di antara zaman jajahan dengan zaman selepas kemerdekaan telah banyak kemajuan dan pembangunan dalam bidang pendidikan terutama teknik dan vokasional. Begitu juga cadangan untuk memansuhkan peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) untuk mengurangkan kebergantungan kepada sistem pendidikan yang berorientasikan peperiksaan. Perlaksanaannya amat sukar dan setelah beberapa usaha dilakukan bagi memastikan idea ini dapat disesuaikan dengan guru dan pelajar.

erti derita dan kelaparan.asas dalam bidang ekonomi dan sosial. Secara tidak langsung mereka akan membina. berakhlak mulia. Dengan menyusuri kekayaan khazanah pemikiran dan sikap kritis masyarakat terdahulu terhadap kehidupan dan persekitaran. maka generasi pelajar sedikit sebanyak telah mempelajari dan mewarisi kekayaan mentifak. Di samping artifak kebudayaan dan peradaban bangsa dan berkeupayaan menjadikannya sebagai idealisme kehidupan moden yang berkecenderungan mempertahankan suara kebenaran dan keadilanm memahami makna derita kalangan terbanyak dan masyarakat marhaen merempat. celik ICT. Cabaran-cabaran yang dihadapi oleh negara dalam tahun-tahun 70-an dan 80-an lebih berbentuk kepada pembangunan ekonomi khususnya yang berkaitan dengan bidang sains dan teknologi yang meningkatkan permintaan kepada keperluan tenaga mahir. erti perjuangan dan pegnorbanan dan sebagainya. . berinovatif dan berketrampilan pada masa akan datang. perpaduan. pemantapan perpaduan. Pembentukan sosioekonomi dan kebajikan juga merupakan cabaran yang perlu dihadapi untuk pembangunan ekonomi terutama dalam membasmi kemiskinan. perubahan dinamik pelajar untuk melahirkan warganegara yang berilmu pengetahuan. berkemahiran. memperkukuh dan membangunkan keperibadian unggul berorientasikan kepimpinana pendidik yang seterusnya berkeupayaan mendidik. Kesan Psikologi yang dapat diinterpretasikan adalah seperti pengenalan identiti bangsa.

org/wiki/Dasar_Ekonomi_Baru. Suppiah. Pulau Pinang.0 Bibliografi Dilthey. Md Salleh Yaapar. Loganathan. (2003). 1995 (Tanpa Terbit). Dasar Ekonomi Baru dalam http://ms. New Delhi dan di Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan. Universiti Sains Malaysia. Cambridge University Press. W. Suppiah.P. capaian 17 September 2011 University . Imageri Dalam Esei: Kajian Hermeneutik Esei-Esei Terpilih Pelajar Sekolah Menengah Atas. (1995). Universiti Sains Malaysia. Selected Writings (Terj. (1997). H.10. Diedit) Rickman. Tesis Sarjana Pendidikan. Pedagogic Hermeneutics and The Unification of Positive Hermeneutic Sciences. Tesis Doktor Falsafah. Paper presented at the International Seminar of Asian Bishops’ Association.wikipedia. India. Proses Kognitif Dalam Penulisan Esei Melalui Analisis Hermeneutik. Weinsheimer. November. (1991). Mysticism & Poetry: A Hermeneutical Reading of Poems of Amie Hamzah. Yale Press. (1976). (1995). Universiti Sains Malaysia. (1992). Nachiappan. Nachiappan. J. International School of Dravidian Linguistics. Philosophical Hermeneutics and Literary Theory. Hermeneutic Analysis of Discourse. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Loganathan.

Pembangunan Modal Insan Dalam Wawasan 2020.html.blogspot.pdf.my/modalinsan/index. capaian 13 September 2011.30pm http://kulanzsalleh. http://www. http://zahirzainudin. .penerangan.15 a. http://www. 2011.html. capaian pada Julai 30.gov. 10.org. Pendidikan dan Pembinaan Modal Insan dalam Malaysia Ke-9 capaian dalam 17 http://www.Dasar Ekonomi Baru dalam http://pmr.epu.html.gov.php/maklumat- kenegaraan/237-dasar-ekonomi-baru-. capaian pada 22 Ogos 2011. capaian 17 September 2011.my/html/themes/epu/html/rm9/bahasa/Bab11.com/2008/08/pendidikan-dan-pembinaan-modal-insan.pmo.com/bidang-keberhasilan-utama-negara-nkra-pendidikan/ .gov.my/index.pemudaumno.my. 2008. 11. capaian 13 September 2011 Rancangan September 2011 Zahir Zainudin.m.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful

Master Your Semester with Scribd & The New York Times

Special offer: Get 4 months of Scribd and The New York Times for just $1.87 per week!

Master Your Semester with a Special Offer from Scribd & The New York Times