You are on page 1of 4

Ikuti Langkah-langkahnya: 1. Lukis bulatan ukuran syiling 20sen. Tandakan 1 titik di tengah bulatan.

2. Setiap kali jahit, gunakan 3 keping labuci dan 3 biji manik bulat berselang-seli. Mulakan dari atas garisan menghala ke dalam bulatan. Rapatkan manik & labuci dan cucuk jarum bersebelahan manik terakhir dengan menghala ke tengah bulatan. Keluarkan jarum bersebelahan barisan labuci pertama dan mesti di atas garisan. Ulang masukkan 3 labuci dan 3 manik berselang seli.

3. Ulang langkah 2 sehingga mengelilingi bulatan.

4. Langkah seterusnya, bagi bulatan ditengah ini boleh utk menukarkan warna labuci yang lain. Hanya perlu ulangi langkah no-2 sehingga semua ruang dipenuhi. Untuk jahitan manik bunga dahlia, kebiasaannya kita tak letak pearl besar ditengah-tengah bunga. Sebab design ni dah sedia timbul (berbanding dengan manik bunga teratai, bahagian tengahnya berlekuk spt mangkuk & perlu diisi dgn manik pearl baru naik seri)

OKmudahkan, selamat mencuba. Sebenarnya setiap kali mengajar kelas jahit manik asas, cheq-sue akan cuba curi masa utk ajarkan teknik yang lebih advance cthnya seperti jahit manik bunga teratai nih. Para peserta sangat suka bilamana bunga teratai mereka menjadi. Yang tak menjadi tu tak pernah putus asa utk terus mencuba. Di kesempatan ini sambil jahit manik pada baju raya sendiri, cheq-sue sempat ambik gambar langkah demi langkah utk jahit manik teratai. Saiz bunga teratai yg terbentuk bergantung kepada saiz bulatan yg kita lukis dan jumlah kelopak yg kita jahitkan di sekeliling bulatan tersebut. Langkah-langkah: 1. Lukiskan bulatan. Untuk saiz bunga 9 kelopak ini cheq-sue buat bulatan saiz penutup pen. Saiz ni lebih kecil daripada duit 5 sen. Tapi apabila sudah jadi bunga ia akan kembang dan jadi sebesar duit 10 sen!

2. Utk setiap kelopak cheq-sue gunakan 3 labuci besar, 1 labuci kecil dan 2 manik bulat. Cucuk jarum dari bawah kain dan keluarkan jarum di atas garisan bulatan. Masukkan labuci seperti dlm gambar di bawah. Cheq-sue lebih suka guna istilah ni: (terlangkup +

terlentang + manik + terlentang + labuci kecil terlentang + manik). Manik yg ke-2 tu kalau tak nak letak pun tak pa.

3. Kemudian turunkan labuci spt kedudukan ini menghala ke tengah bulatan dan cucuk jarum ke bawah. Keluarkan jarum di sebelah jahitan pertama di atas garisan bulatan.

4. Ulangi langkah 2 & 3 sehingga bulatan dipenuhi dengan kelopak labuci. Labuci yang terangkat dan berada di tengah bunga disusun berlapis supaya bulatan terbentuk kemas.

5. Utk tengah bunga jahitkan manik pearl. Sekiranya ruang di tengah bunga terlalu besar (cth: saiz bulatan 10 sen) maka elok dijahitkan lagi labuci spt langkah 2 & 3 sehingga semua ruang dipenuhi. Tinggalkan sedikit ruang utk jahit manik pearl pada tengah bunga.

OkHarap semua dapat memahami langkah-langkah ini. Selamat mencuba!

You might also like