FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA SARJANA MUDA PENGAJARAN

SEMESTER MEI 2011

HBML4203 KESUSASTERAAN MELAYU

NO. MATRIKULASI NO. KAD PENGNEALAN NO. TELEFON E-MEL

: : : :

660207045112002 660207-04-5112 019-3004967 norra.ismail@yahoo.com

PUSAT PEMBELAJARAN

:

OPEN UNIVERSITY MALAYSIA MELAKA

1 Watak Utama i.1 Persoalan Sampingan 2. Jeha Muka surat 1 2 3 2.4 Latar 2.2.0 2. Lahuma 2.2 2.3 Biodata Penulis Shahnon Ahmad ANALISIS PEMIKIRAN PENULIS 2.Perkara 1.0 RUMUSAN RUJUKAN 13 .3 Mesej Watak dan Perwatakan 2.1 Tempat 12 3.1 Tema Utama 2.2 Watak Pembantu i.1 Pengenalan 1.3.2 Latar Belakang Novel Ranjau Sepanjang Jalan 1.4.1 Tema dan Persoalan 2.3.2.0 PENDAHULUAN 1.

Ali Ahmad (1994) menjelaskan.1 PENDAHULUAN Pengenalan Dalam buku Pengantar Pengajian Kesusasteraan (DBP) oleh Ali Ahmad (1994) memberikan definisi kesusasteraan sebagai kehalusan atau estetika bahasa. drama. Kesusasteraan memberi pengetahuan. Selaras dengan sastera-sastera agung dunia. Sesebuah karya sastera dihasilkan untuk memenuhi sesuatu tujuan. boleh menghayati pergolakan jiwa dan emosi watak-watak yang ditonjolkan dan berketerampilan dalam penggunaan gaya bahasa sasteranya. Kesusasteraan sebagai satu kegiatan kesenian mendapat perhatian penting oleh masyarakat. mudah difahami. biografi.0 1. autobiografi. Aminudin Mansor (2011). esei dan kritikan. Menurut Muhammad Haji Salleh (1995). memberi ketenangan dan merehatkan fikiran dan memberi kepuasan setelah menikmati keindahan karya seni. Minat yang sedemikian mendalam. mengadunkan pandangan alam dan garapan seni yang tinggi. cerpen. 1 . Menurut Dr. kesusasteraan kita mestilah merupakan sumbangan untuk memahami segala aspek kemanusiaan tanpa mengetepikan estetik dan idealisme. Tujuan itu menjadi milik orang yang menghasilkannya. kesenian dan ekonomi. Genre-genre prosa dalam Kesusasteraan Melayu Moden antaranya ialah novel. menyemai nilai-nilai murni untuk diteladani. mempertahankan kehalusan kesenimanan. seni sastera menjadi nadi kepada tamadun bangsa mestilah boleh menyumbang ke arah pembinaan budaya yang besar.HBML4203 1. Melalui sastera sesiapa juga dapat dididik menjadi pemikir dan pemerhati yang tajam lagi kritis mentafsir pengalaman-pengalaman yang bermakna serta dapat mencabar daya kreatif pihak yang mengukir karya sastera. dengan analisis dalam penerokaan setiap aspek keinsanan. digunakan ketika melaksanakan kegiatan ekonomi. budaya atau pendidikan moral. iaitu atas sebab tidak ada batas yang jelas antara kegiatan-kegiatan keagamaan. khususnya bagi masyarakat lama. misalnya puisi (seperti pantun) atau perbilangan adat. Dalam hal ini. Ciri-ciri kesusasteraan mestilah memperlihatkan wawasan yang jelas dan benar. Dewasa ini kegiatan sedemikian tidak berlaku lagi. kesusasteraan merujuk pada karya-karya lisan serta juga tulisan yang membawa unsur-unsur cereka dan disampaikan melalui bahasa dan berbagai-bagai perkataan. Ini bermaksud semua hasil seni yang disampaikan melalui bahasa itu amat berguna kepada khalayak. Pada zaman lampau.

Menjadi keluarga anak tani bukannya mudah.2 Latar Belakang Novel Ranjau Sepanjang Jalan Kisahnya berkisar sebuah keluarga petani iaitu Lahuma si bapa. 1. Shahnon Ahmad (1997). Padi menjadi segala-galanya kerana merupakan sumber rezeki. Jeha si ibu dan tujuh anak perempuan mereka iaitu Sanah. Liah. Setiap musim hasil padi mesti mencukupi untuk kegunaan mereka sekeluarga. Lebar dan Kiah yang hidup pada pertengahan abad ke-20. Semek. 2 . Penulis juga boleh menggunakan pelbagai cara dan berpegang kepada hanya satu haluan pemikiran untuk melahirkan segala yang dihajatinya ke dalam sesebuah karya. Mereka mengusahakan sawah mereka dengan penuh kesusahan. Oleh sebab itu. Jenab. terdapat pengarang yang memilih untuk: a) b) c) d) Berterus terang Menggunakan cara halus dan kasar Menumpukan kepada keindahan Mementingkan isi semata-mata Karya sastera moden yang dipilih ialah novel Ranjau Sepanjang Jalan karya Shahnon Ahmad. Makanan dan wang diperolehi daripada hasil padi. Hidup dan mati mereka semuanya bergantung pada hasil padi. Haluan pemikiran atau hala tuju itulah yang dinamakan aliran. Hala tuju pemikiran Shahnon Ahmad lebih kepada berterus terang tentang kehidupan yang dilalui oleh golongan petani terutamanya bagi Lahuma sekeluarga.HBML4203 Ramai sarjana berpendapat antaranya Shahnon Ahmad menyatakan. pendidikan kesusasteraan ini penting dalam peranannya membina pemikiran dan sahsiah manusia kerana dalam kesusasteraan itu banyak mengandungi unsur-unsur mendidik nilai kemanusiaan yang tinggi. menganggap novel merupakan satu bentuk pentafsiran rencaman hidup manusia yang terbina dalam bentuk sastera cerita. Milah. Aliran yang diikuti oleh penulis novel Ranjau Sepanjang Jalan ini pula merupakan aliran realisme iaitu menumpukan perhatian kepada gambaran isu masyarakat.

Rusia. Banjir. Bila padi mula menguning. dan Denmark.3 Biodata Penulis Shahnon Ahmad Datok Shahnon Ahmad ialah penulis. Jepun. Perdana (1969). Shahnon juga menghasilkan novel-novel yang berkaitan dengan pergolakan sosial dan kejatuhan moral masyarakat kesan daripada pengaruh pemodenan seperti terlukis dalam novelnya Kemelut (1977) dan Tivi (1995). Jeha. Shahnon juga merupakan pelopor penerapan konsep Islam dalam kesusasteraan Melayu. Belanda.0 ANALISIS PEMIKIRAN PENULIS 3 . Sebelum itu Lahuma yang mengerjakan sawah mereka dan dibantu oleh Jeha. Kedah yang diwakili oleh Lahuma bersama-sama isteri. pengkritik sastera dan ahli politik. Tunggul Gerigis (1988). Mereka mempertahankan pokok-pokok padi mereka daripada banjir. Novel ini diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris. Patriarch (1991). 1. Dia merupakan penerima Anugerah Sasterawan Negara yang kedua pada tahun1982. burung tiak pula datang menyerang. serangan ketam-ketam dan burung-burung tiak menjadikan Jeha tidak boleh bertahan dan akhirnya Jeha menjadi gila dan meninggalkan pula beban mengusahakan sawah kepada anak-anaknya. memakan padi. 2. Sutan Baginda (1990) dan Shit (novel satira. Namun tenaga Jeha dan anak-anak perempuannya tidak mampu untuk menggantikan tenaga Lahuma.HBML4203 Kedaifan keluarga petani ini bertambah teruk apabila Lahuma meninggal dunia akibat terpijak onak nibung. Iceland. Novel Shahnon yang terkenal. Ranjau Sepanjang Jalan (1969) mengisahkan kemiskinan keluarga petani di Banggul Derdap. serta anak-anaknya. Jeha bersama anak-anak perempuannya pula memikul beban untuk mengerjakan sawah. Ketam-ketam mematahkan tangkai padi yang muda. Di samping itu. Shahnon juga menghasilkan novel-novel yang berkaitan dengan fenomena politik semasa yang berlaku di tanah air seperti tergambar dalam novelnya Menteri (1967). Sik. Sweden. serangan ketam dan burung-burung tiak. Setelah ketiadaan Lahuma. Umi dan Abang Syeikul (1988) dan Tuk Guru (1988) menampilkan suatu pendekatan baharu dalam menyampaikan kesedaran beragama dan pelaksanaannya. novelnya yang berunsur Islam seperti al-Shiqaq (1986). 1999). Malangnnya Jeha tidak dapat bertahan dengan segala kesusahan yang diharunginya sendirian tanpa Lahuma.

( hal: 4). murid-murid yang pernah beliau didik semasa memegang jawatan sebagai guru adalah miskin dan setiap kali berulang-alik dari Pulau Pinang ke Sik itu tidak lain yang dicapainya iaitu hanya kemiskinan sepanjang jalan. Ini kerana 6 relung sawah telah dijual seperti petikan di bawah: Bapanya dulu mempunyai dua puluh relung bendang. Sik. kesusahan dan penderitaan hidup petani-petani Melayu dalam menghadapi bencana alam. sedikit sebanyak mempengaruhi Shahnon Ahmad dalam menghasilkan karya-karya kreatifnya dari segi idea yang berkaitan dengan isu kemiskinan dalam kalangan masyarakat desa khususnya.1 Tema Tema yang terdapat dalam novel Ranjau Sepanjang Jalan ini berkisar tentang kemiskinan iaitu perjuangan. peristiwa. Yusof Hasan (1990 : 1). Tinggal empat belas relung. pengaruh daripada latar kehidupan beliau yang berasal dari kampung. Tema kemiskinan ini sebenarnya sudah sebati dengan kehidupan Shahnon. kejadian dan sebagainya. Penulis memilih tema ini berdasarkan pengalamannya sendiri semasa kecil yang tinggal di Kampung Derdap. kerana keluarganya sendiri miskin. Kedah. 4 . Di dalamnya terkandung objek.HBML4203 2. Antara penderitaan dan kesusahan yang dialami kaum petani yang diwakili oleh keluarga Lahuma dan Jeha dalam novel ini ialah luas sawah yang semakin berkurangan dan ini menunjukkan kemiskinan keluarga ini. Tema merupakan buah fikiran atau idea penulis.1.1 Tema dan Persoalan Tema ialah persoalan utama yang diungkapkan dalam sesuatu karya. sanak saudaranya miskin. Contohnya Lahuma cuma memiliki sawah 14 relung sahaja sedangkan pada awalnya keluarganya mempunyai sawah sebanyak 20 relung. Persoalan bermaksud perkara-perkara sampingan atau isi yang lebih kecil yang ada hubungannya dengan tema sesuatu karya. Menurut Mohd. Enam relung terlepas ke tangan Cina kerana jual janji. sama ada secara langsung (eksplisit) atau tidak langsung (implisit). 2.

. Bendang itu tentu tak sanggup dihabiskan olehnya dan oleh Sanah dan Milah..... .. Lahuma sudah mati. 5 ... Langkah-langkah dan gerak-gerinya masih juga terketar-ketar dan terhinggut-hinggut ketakutan. Mahu rasanya dia memicit kaki itu hingga terlompat keluar duri nibung yang tersumbat itu.. Ketam sudah datang. (hal: 217). (hal: 91).... Kesusahan yang seterusnya pula ialah bencana alam termasuk juga bencana dari binatang perosak.”Jeha Cuma mengiya saja...Tak ada Lahuma. tak adalah beras nanti untuk anak-anak (hal: 80).. Tiba-tiba timbul dari dalam semak-semak padi..... (hal: 123).. Jeha sedar tentang kedudukan yang sebenar...Mahu rasanya dia merentap pisau cukur dan memotong kaki yang reput itu. banjir dan burung tiak seperti petikan di bawah: Bahana ular tedung senduk masih liar menjelajah kehidupan Jeha sejak peristiwa di pinggir paya dekat belukar semai tempoh hari.. (hal: 45). Lahuma sakit dan mati akibat terkena duri nibung dan padi mereka diserang ketam.. Lahuma dan isterinya sahaja yang bekerja dan tiada orang lelaki lain yang boleh membantunya di sawah. Itu lebih kurang lima belas ekor burung tiak yang hitam kelabu.. Jeha sakit akibat ular tedung senduk.HBML4203 Lahuma hanya mempunyai isteri dan 7 orang anak yang kesemuanya adalah perempuan... (hal: 239). Kenyataan ini dapat dilihat seperti petikan di bawah: “Kaulah yang akan menajak kalau aku sakit... Ketam sudah mula menyerang sawah Kampung Banggul Derdap (hal: 151) Tetapi banjir di sebelahnya masih juga belum surut .. Tenaga kerja orang perempuan tidak sama dengan tenaga orang lelaki.. Contohnya.

tanggungjawab anak sulung terhadap keluarga amat penting dan amat berat.2 Persoalan Persoalan pula bermaksud perkara-perkara yang lebih kecil yang ada hubungan dengan tema. Ketaatan seorang isteri ditunjukkan melalui watak Jeha yang sentiasa berada di sisi Lahuma walaupun disaat Lahuma yang sedang menderita sakit akibat bisa onak nibung. Batang. Dalam novel tersebut terdapat pelbagai kesusahan yang dialami oleh keluarga Lahuma iaitu masalah bencana alam seperti ular tedung senduk. Banjir besar. (hal: 176). Antara persoalan yang wujud dalam novel yang dikaji ini ialah yang pertama. banjir.. Onak nibung yang membunuh Lahuma.(hal: 263) Persoalan yang kedua ialah. Lahuma dan sawah mereka. Ketam-ketam. 6 . dan burung tiak yang menyerang dan menimpa kepada Jeha. Lahuma yang disayanginya itu. (hal: 99) Lahuma dalam kubur masih juga lakinya. Kaki lakinya dicelur dan didemah lagi. ketaatan seorang isteri kepada suaminya. Watak Sanah sebagai anak sulung kepada Lahuma dan Jeha yang bertanggungjawab menjaga dan menguruskan adik-adiknya dan sawah milik keluarga mereka setelah ayahnya meninggal dunia dan emaknya menjadi gila. Persoalan yang keempat ialah. Dia teringat kepada ular tedung senduk di bekas semai.Ubat ramuan dicari tambah. ketam.. Kemarau panjang.Lintah gajah. Dipegang oleh Allah Azzawajalla. Mati hidup dan susah senang dipegang oleh Tuhan.. kesusahan yang dialami kaum petani untuk menanam padi. duri nibung.1. Burung Tiak yang banyak. Petang itu Jeha tidak turun ke sawah. berpegang teguh pada agama dan berserah kepada Tuhan semata-mata merupakan pendirian watak utama dan juga keluarganya. Rumput-rumput bulu landak.HBML4203 2.batang menerung. Jeha juga tetap setia dan beranggapan bahawa Lahuma adalah suaminya dan tiada siapa yang boleh menggantikan tempatnya walaupun Lahuma sudah meninggal dunia. Lahuma sekeluarga percaya sepenuhnya kepada Allah dan bergantung terus kepada maha penciptaNya. (hal: 1) Persoalan yang ketiga ialah.

sesebuah karya yang sempurna bukanlah dibangunkan oleh sesuatu unsur tertentu sahaja. Kedah. Tema ini selaras dengan pendapat J. 7 .Dia mahu menghadapi segala-galanya itu dengan adik-adiknya yang enam orang itu. Persoalan-persoalan berbagai unsur begini telah memberi kekuatan jalinan yang padu 2. Jeha tidak dapat menanggung seksaan itu. mendefinisikan. Menurut Ramli Isin (1984:60). Lakinya telah tidak ada. Sedangkan semasa suaminya hidup dahulu banyak pekerjaan yang melibatkan sawah mereka diuruskan oleh Lahuma dan Jeha hanya membantu sahaja. Shahnon Ahmad mengambil latar kampungnya sendiri. Di dalamnya terungkap pandangan hidup atau cita-cita pengarang yang akan turut menimbulkan motif dan persoalan-persoalan lain. tekanan jiwa dan perasaan sehingga menjadi gila. Latar merupakan kompenen yang penting dan berperanan menerangkan situasi peristiwa itu berlaku... Latar juga berfungsi menimbulkan suasana atau keadaan penceritaan menjadi lebih menarik minat pembaca dan merangsangkan mereka untuk terus membaca. Demikianlah tema utama yang menjadi fikiran atau persoalan diutarakan oleh pengarang novel ini. Rumah sudah robek-robek. Bencana sawah macam-macam dan menjadi-jadi pula tahun ini.(hal: 180).” Ranjau Sepanjang Jalan memaparkan hidup petani di Kampung Banggul Derdap. Jeha dalam novel tersebut telah mengalami gangguan jiwa kerana dia terpaksa menanggung kesengsaraan hidup bersama anak-anaknya yang ramai untuk menjaga sawah mereka setelah kematian suaminya. (hal: 222) Persoalan yang kelima yang saya kaji dalam novel ini ialah.A Cuddon (1977:679). Anaknya tujuh orang.HBML4203 Tetapi kini Sanah tidak melepaskan tangan lagi.2 Latar untuk menghasilkan karya yang sempurna. Sebagai contoh tema dan persoalan yang telah menjadi renungan penulisnya. “The theme of a work is not its subject but rather its central idea which may be stated directly or indirectly. Bendang ada empat belas relung. tetapi dari jalinan dan paduan pelbagai unsur.

Ini bermakna kata-kata abstrak itu bergantung kepada cara mana seseorang itu mentafsirkannya. 2. monolog dan bercerita biasa menampakkan realistik yang indah indah dan berkesan. ii. Penyampaian cerita secara pelbagai bentuk seperti imbas kembali. perasaan dan tingkah laku watak. menerangkan bahawa gaya bahasa itu ialah manipulasi penggunaan bahasa sesuai dengan apa yang ingin dinyatakan atau disampaikan penulis hingga membawa kesan-kesan tertentu kepada para pembaca. turut menyatakan bahawa sudut pandangan orang ketiga merupakan teknik penceritaan yang paling utama kerana ia mudah digunakan. dialog.. Permainan bahasanya dibuat dengan cara yang berkesan sekali. fikiran. i.1) Kesimpulannya.Husin (1988 : 91) menyebut latar adalah “setting” bagi sesebuah cereka.” (ha: 16 Belukar/penjuru rimba – “Bila nak tanam semai di belukar?. Bagi beliau terdapat 4 jenis latar iaitu latar tempat..1 Latar Tempat Shahnon Ahmad memperkenalkan sebuah desa yang mempunyai sawah padi yang luas dan ada juga semai di penjuru rimba untuk mereka menabur benih.(hal: 4) Perkuburan – “Kecuali keinginannya untuk pergi ke tanah perkuburan yang terletak di bahagian tenggara desa….HBML4203 2. Antara latar-latar tempat dalam novel ini ialah. Ini juga disokong oleh Kamarudin Hj. pengarang telah mewujudkan latar-latar realistik yang menggerakkan plot dan watak agar memberi kesan yang mendalam dan adanya unsur sejarah. Hashim Awang (1981:194). Ini bertepatan dengan pendapat Umar Junus (1980).” ( hal.3 Watak 8 . iii. masa.. Sudut pandangan orang ketiga yang digunakan oleh pengarang diaplikasikan semasa menyampaikan cerita yang bertindak sebagai pengarang yang tahu serba serbi mengenai peristiwa.2.. Pemilihan kata-kata abstrak yang mengkehendaki pembaca memikirkan makna secara tersendiri. menyebutnya sebagai kata-kata denotasi dan konotasi. mayarakat dan suasana.. Keris Mas (1988: 20). Sawah padi/bendang – “Aku nak turun ke bendang sebentar…. Merujuk perkara yang sama.

pakaiannya. Walaupun hidup dalam kemiskinan. (hal: 12) 9 . tetapi beliau rela menerimanya. Contohnya. Mati hidup hanya bergantung kepada padi sahja. budi bahasannya dan tabiatnya. Contoh petikan.Lahuma Watak beliau digambarkan secara langsung oleh pengarang dengan menjelaskan sifat dan ciri pewatakannya. tindak-tanduk dan gerak geri mereka untuk menuju matlamat penulis dalam menyampaikan ceritanya. Lahuma merupakan seorang yang kuat bekerja dan mementingkan kebajikan anak-anaknya.1 Watak Utama . Contoh petikan: Tuk penghulu teringat kepada Lahuma dahulu yang bekerja tanpa menghiraukan hujan panas. Di dalam novel ini. (hal: 182) Lahuma juga seorang yang sentiasa mengingati Allah dan bersyukur dengan apa yang diberi Allah kepada dirinya dan keluarganya. watak sebagai usaha penulis-penulis dengan menggunakan pelbagai teknik membuat gambaran-gambaran yang selengkapnya tentang keadaan seseorang. Shahnon Ahmad telah mencipta beberapa watak yang mendukung tema novel dengan ciri-ciri khusus dengan latar fizikal. Lahuma sedang bertimpuh di atas tikar mengkuang sambil kedua-dua belah tangannyan tercantum menadah langit………Masing-masing bermohon kepada Allah Azzawajalla. pemikiran. Walaupun menempuh berbagai-bagai dugaan hidup. (hal: 84) Watak Lahuma yang digambarkan di atas bertepatan dengan pendapat Kassim Ahamad (1964:10). Kegigihannya dalam mencari rezeki dengan mengerjakan sawah dapat dilihat sehingga kakinya tercucuk dengan duri nibung. Situasi ini dapat dilihat seperti petikan ini: Kemudian dia berjalan terhinggut-hinggut dan berjengket-jengket di atas permatang itu. 2. Menurutnya lagi pasti terdapat watak utama dan watak-watak lain. perasaan.HBML4203 Ismail Ahmad (1974:27). mendefinasikan watak dalam novel sebagai orang-orang yang ada dan mengambil bahagian dalam cerita itu. rupanya. keperluan asas seperti makanan dapat disediakan.3.

3. pada suatu tempat dan waktu (latar) dengan tujuan yang tertentu (tema) pula. Namun akhirnya dia gagal melawan dugaan hidup setelah kematian Lahuma. Emak mereka akan dibawauntuk diubati. Wanita yang telah melahirkan 7 orang anak perempuan ini sentiasa berada di sisi suaminya yang hidup dalam serba kekurangan.W. watak-watak yang ditonjolkan oleh penulis ini hidup dan dapat menjalin cerita dari satu peristiwa kepada peristiwa yang lain sehingga peristiwa tersebut terlerai dikesudahan cerita.2 Watak Pembantu i. Ini diketahui oleh semua adik-adik Sanah. kematian. watak Lahuma sebagai watak protagonis yang ideal terpaksa mengharungi masalah kehidupan serba kekurangan dan penderitaan lahiriah mahupun batiniah.T. Apa sahaja kurniaan Allah S. Dipegang oleh Allah Azzawajalla. Jeha Watak Jeha pula seorang wanita yang telah membantu Lahuma dan taat kepada suaminya. Watak yang digambarkan ini selaras dengan pendapat Othman Puteh (1988:22) yang menjelaskan watak terlibat untuk melakukan sesuatu (plot).5 Mesej Mesej yang hendak disampaikan oleh pengarang ialah manusia perlu bersedia dan sanggup menerima perubahan-perubahan dalam hidup seperti menerima takdir yang ditentukan antaranya kemiskinan. 2. (hal: 1) 10 . perlu diterima dengan penuh kesyukuran antara petikan penulis yang disampaikan ialah: Mati hidup dan susah senang dipegang oleh Tuhan.HBML4203 Pada keseluruhannya. kehilangan dan sebaganya. Contoh petikan: Emak mereka telah gila. 2. Akhirnya Jeha menjadi gila. (hal: 224) Kesimpulannya.

kita mesti lawan. Itulah satu-satunya hidup keturunan kita dari dahulu sehingga sekarang. Sebenarnya pemikiran mereka masa itu masih miskin. Malahan hanya melalui hasil pendapatan daripada menjual padi Jeha boleh mengupah orang untuk membaiki atap.” “. masyarakat tani khususnya boleh kebuluran. Tema kemiskinan petani di kawasan pendalaman yang sangat menonjol dalam novel Ranjau Sepanjang Jalan ini begitu bermanfaat untuk dihayati sesiapa sahaja tidak mengira lapisan umur.HBML4203 Shahnon juga mengambarkan bagaimana pentingnya padi kepada kehidupan penduduk Kampung Banggul Derdap walau pun hanya diceritakan melalui watak keluraga Jeha dan Lahuma sahaja. Mesti dijaga. Sawah nadi segar kita sejak datuk nenek dahulu lagi. Mati hidup bergantung kepada sawah. Makan bergantung kepada sawah. membeli baju dan kain serta membiayai anak-anaknya. tanpa padi mereka akan mati menurut Shahnon Ahmad. kekurangan modal. Jika dibiarkan ketam tersebut mematahkan batang padi maka hasil tanaman mereka akan musnah dan mereka tidak ada sumber untuk dimakan. namun jika kita melihat dewasa ini masyarakat yang rajin dan cekal begini boleh menjadi kaya kerana mereka melakukan sesuatu pekerjaan dengan bersungguh-sungguh untuk hidup. Begitu seksa hidup menjadi penduduk desa menurut Shahnon Ahmad. Antara faktor-faktor kemiskinan petani di Kampung Banggul Derdap ialah kekurangan tanah. bila ketam datang Jeha dan Lahuma akan terpaksa mengutip ketam itu tidak mengira siang dan malam supaya hasil tanaman mereka akan menjadi. “Padi mesti ditanam. anak-anak kita akan mati. Melalui novel ini kita mampu merasai keperitan dan kesusahan hidup golongan miskin. Shahnon Ahmad ingin memberitahu bahawa keperluan beras itu perlu ada untuk masyarakat desa supaya mereka tidak akan kebuluran. Melalui ancaman ketam yang menyerang padi-padi yang baru ditanam. Tetapi hal tersebut sangat jelas menungkitkan amarah bahawa tanpa padi. Biar datang seribu musuh. Petikan di bawah menggambarkan betapa pentingnya padi kepada kehidupan keluarga Lahuma .Dia mesti dipupuk dan dijaga... Itulah hidup kita. Tidak ada nasi. Sakit segar bergantung kepada kepada sawah.Anak-anak kita perlu makan siang malam. Itulah hidup anak kita. 11 .” (hal: 185) Sememangnya bagi penduduk kampung. kita wajib melawan. Biar siapa datang menyerang. kekurangan tenaga dan juga tiadanya teknologi moden pada masa itu.

sensitif dan pintarnya pemikiran Shahnon Ahmad sehingga dapat mengambarkan kesusahan hidup seluruh golongan miskin di seluruh negeri di Malaysia. Shahnon Ahmad juga ingin memberitahu kepada khalayak kesusahan yang dihadapi oleh golongan petani dalam novel Ranjau Sepanjang Jalan ini bagi menghasilkan beras seperti kata “sebutir nasi merupakan setitis peluh petani”. Dalam novel ini juga kita merasai bagaimana kedaifan hidup golongan petani digambarkan dengan jelas kerana penulis pernah melalui kehidupan tersebut.0 KESIMPULAN 12 .HBML4203 Traktor yang adapun hanya digunakan oleh penghulu kerana sewanya mahal. Dengan demikian Shahnon telah berjaya menghasilkan dengan baik segala lukisan fikiran kehidupan masyarakat desa melalui novel ini.. Apa yang ditulis dalam latar belakang desa ini adalah segala permasalahan masyarakat desa yang perlu dibantu dan perhatian dari pihak kerajaan.T. Shahnon berjaya membawa pembaca merasai kesan kemiskinan hidup tersebut dan pembaca juga seperti pemerhati sahaja dan tidak terdaya melakukan apa-apa sepanjang menghayati novel ini. Yusof Hasan (1990 : 1). sebelum Shahnon Ahmad belum pernah ada pengarang yang menyentuh isu-isu kemiskinan secara terperinci. Begitu kritis. Kehidupan desa sangat dekat dengan diri Shahnon. Jalan cerita yang sederhana inilah yang berjaya menunjukkan serba sedikit kekurangan atau kemiskinan yang dialami dalam kalangan masyarakat desa. Kelemahan golongan anita telah menambahkan lagi kesusahan hidup para petani di Kampung Banggul Derdap seperti yang menimpa Jeha yang menjadi gila setelah kematian suaminya Lahuma. Shahnon Ahmad juga menggambarkan Lahuma seorang yang sangat tabah dan redha dengan kemiskinan yang telah diwarisi dan sentiasa bersyukur dengan ketentuan Allah S. Desa adalah umpama jiwa dan nyawa kepada Shahnon Ahmad.W. Tidak terlihat adanya pemaksaan. Menurut Mohd. 3. Tambahan juga kegiatan pertanian para petani di Kampung Banggul Derdap dihalang ataupun disekat oleh unsur-unsur bencana alam dan musuh-musuh padi.

(1989).Okt.(1989). Petaling Jaya: Fajar Bakti.Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.HBML4203 Novel Ranjau Sepanjang Jalan ini merupakan sebuah novel yang mengandungi nilai estetika atau nilai keindahan yang sangat tinggi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka Jilid 32. namun mereka masih lagi mampu berpegang kuat kepada ajaran agama iaitu agama Islam.Wahab Ali. RUJUKAN Abdul Aziz Abdul Talib. Walaupun kehidupan Lahuma dan keluarganya melalui hari-hari yang penuh kesukaran dan menghadapi cabaran dalam pertanian sawah padi. Konsep Dalam Penulisan: Implikasi Daripada Sudut Pengajaran. Pada pendapat saya. Tradisi Pembentukan Sastera Melayu Moden. ternyata novel ini memperlihatkan penguasaan yang seimbang antara isi. A. teknik dan aduanan bahasa yang sangat berkesan kepada emosi dan fikiran pembaca. Bil 10. Novel ini membawa aliran realisma iaitu menumpukan perhatian kepada gambaran isu masyarakat yang terdiri daripada petani. (1988). novel ini menimbulkan beberapa permasalahan yang berkaitan dengan kehidupan golongan petani dan kesusahannya untuk menghasilkan beras sebagai makanan utama di negara ini. Mereka berdoa dan berserah kepada qada dan qadar dalam menjalani kehidupan mereka. Akhir sekali. barulah kita tahu betapa sukarnya kehidupan seorang petani dan kita akan lebih menghargai beras yang kita makan. Lakaran sebuah kisah hidup masyarakat petani yang begitu tabah dan sabar dalam menjalani kehidupan yang penuh dengan dugaan dan cabaran tergambar menerusi novel ini. Shahnon Ahmad telah memperlihatkan ketrampilannya dan menguasai persoalan yang diutarakan dengan teknik penceritaan yang menarik. Ali Ahmad. Asas Menganalisa Cereka. 13 . Setelah kita membaca dan menghayati novel ini.

HBML4203 Kesusasteraan Melayu.Aminudin Mansor. Petaling Jaya: Fajar Bakti. Utusan Online. Kuala Lumpur: Karya Bistari. Keris Mas. Penggunaan Bahan Sastera dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu. 14 . Harun Jaafar. (1988). (2011). 22 Mei 2011 Dr. Kuala Lumpur. Kaedah Pengajaran Kesusasteraan. Disertasi untuk ijazah Sarjana Pengajian Bahasa Moden. Kuala Lumpur : Icon Region Sdn Bhd. Novel-Novel Melayu Melayu Dalam Kritikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Kadir. (1982). (2011) Subjel Sastera Membina Insan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.HBML4203 Dr. (1985). Perbincangan Gaya Bahasa Sastera. (2007). (1997). (1988). Komsas Pegangan Teras Keterampilan. Nik Hassan Basri Nik Ab. Open University Malaysia. Mana Sikana. Kadir.Husin. Hamzah Hamdani. Universiti Malaya Nik Hassan Basri Nik Ab. Tanggapan Sastera. Kamarudin Hj.

Universiti Malaya.wordpress. Shahnon Ahmad. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Tg. (1979).com/ http://pusatbahasa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.go.com/Penulisan/Microsoft%20Word%20-%20Kajian_Komsas. (1985).html1.pdf http://simahmamat. (2005) b. Rahman Shaari. (2005) c.Bhd.my/6557/1/KAJIAN_MENGENAI_KESATUAN_IDEA__DALAM_DIA LOG_PENGAJARAN_DAN_PEMBELAJARAN_BIDANG_ESTETIK_DALAM_MATA_ http://jpmipgmtaa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Teknik Mengkaji Novel. Gubahan Novel. Malim: Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris. (1984). Sastera Melayu Moden. Faktor Interpretasi. Jurnal Pengajian Melayu. Kuala Lumpur: Akademi Pengajian Melayu. Memahami Istilah Sastera. Kadir. Kuala Lumpur: Karya Bistari. Ranjau Sepanjang Jalan. Syed Othman Kelantan. “Pengajaran Gaya Bahasa dalam Bahasa Melayu”. Umar Junus. (1997). http://eprints.blogspot. Nik Hassan Basri Nik Ab.HBML4203 Nik Hassan Basri Nik Ab. Stilistik Komsas.com/2008/08/jurnal-peradaban-melayu_04.depdiknas.id/lamanv4/?q=detail_artikel/1311 http://jurnalperadabanipm. (1985). Petaling Jaya: Karya Bistari. Shahnon Ahmad.0 15 .webs.usm. Kadir.

HBML4203 16 .

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful