Etika Profesion Perguruan dan Pembangunan Sahsiah

| 128

UNIT 9 ETIKA PROFESION PERGURUAN DAN PEMBANGUNAN SAHSIAH
SYED SOFIAN SYED SALIM, Ph.D MUHAMMAD NASIR BISTAMAM, Ph.D

HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir unit ini, anda diharap dapat: 1. Menerangkan maksud etika. 2. Membincangkan konsep etika kerja Kementerian Pelajaran Malaysia. 3. Mengaitkan kod etika perguruan dengan amalan guru di sekolah. 9.1 PENGENALAN

Rajah 9.1 Adakah ini merupakan etika seorang insan yang bergelar guru ?

Pada pendapat anda. perubatan. Media juga turut melaporkan kes-kes lain seperti guru memukul murid. guru besar menyembunyikan kes-kes disiplin. Pendedahan-pendedahan salah laku guru-guru boleh mengakibatkan kewibawaan profesion perguruan tergugat pada mata umum. kaunseling.2 Inikah guru yang para pelajar nanti-nantikan? Sebagai seorang guru. sebanyak 41 kes keruntuhan moral membabitkan guru dilaporkan (Utusan Malaysia. 2002) Guru perlu mempunyai tatasusila yang tinggi dan berkomitmen menjalankan tugas sebagai pendidik yang baik. anda mungkin boleh memahami situasi dan pandangan masyarakat terhadap guru seperti dalam Rajah 9. akauntan.1 dan 9. Jadi ia adalah salah satu kerjaya (profesion) sebagaimana halnya dengan kerjaya-kerjaya yang lain dalam masyarakat seperti guaman. terpuji dan dapat menjadi model yang unggul kepada pelajar-pelajarnya (Hasan. ibu bapa pelajar. mengapakah keadaan sebegitu berlaku dalam kalangan guru? P erguruan bermaksud pekerjaan sebagai guru. guru menyebarkan ajaran anti kerajaan dan sebagainya yang telah menarik perhatian umum serta menguji kredibiliti profesion perguruan.2 di atas. rakan sejawat dan masyarakat dan Negara. kejuruteraan.Etika Profesion Perguruan dan Pembangunan Sahsiah | 129 Rajah 9. 18 September 2008) termasuklah perbuatan sumbang mahram dan bersekedudukan. perniagaan dan sebagainya. guru sepatutnya tidak mengambil kesempatan di atas apa yang berlaku terhadap pelajar tetapi sebaliknya membantu mereka menyelesaikan masalah yang dihadapi. ia tertakluk kepada pelbagai syarat yang dikenakan seperti kod etika dan sebagainya yang bertujuan melahirkan modal insan guru yang berkualiti. Hal ini bertentangan dengan peranan dan tatasusila dan kod etika perguruan di Malaysia yang menyatakan guru perlu mematuhi kod etika perguruan iaitu menjalankan tanggungjawabnya guru kepada pelajar. Selain itu terdapat kes di mana guru . Sebagai sebuah kerjaya keguruan. berketerampilan. Jelasnya. Sepanjang tahun 1995 hingga tahun 2008.

Persoalannya sekarang adakah para guru tahu dan mengamalkan etika perguruan yang ada. Kejayaan dalam melahirkan guru yang beretika bergantung kepada sejauh mana guru komited dengan etika perguruan yang telah digariskan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Bakalbakal guru harus mengetahui kod etika profesion perguruan serta mematuhinya demi menjamin martabat profesion perguruan dipandang mulia. Hal ini bertentangan dengan tanggung jawab guru yang sepatutnya tidak menyebarkan sesuatu ajaran yang boleh merosakkan kepentingan pelajar. ‘Kami guru Malaysia.. masyarakat atau Negara (Utusan Malaysia.. yakin bahawa tujuan utama pendidikan ialah berusaha menuju ke arah pembentukan warganegara yang berilmu. Ikrar di bawah merupakan satu bentuk penyataan etika secara jelas yang dipersetujui untuk dipatuhi oleh guru sekiranya terlibat dalam profesion perguruan. dengan menyedari betapa besarnya tanggungjawab membimbing anak muda untuk mencapai kemajuan sepenuh-penuhnya. Selepas anda selesai. . 18 September 2008). yang taat setia... Sekiranya anda mengetahuinya.. Sejauhmanakah anda mengetahui kod etika perguruan yang telah diwartakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia? b. Etika Profesion Perguruan penting untuk menjadi panduan guru-guru dalam menjalankan tugas mendidik.. Penghayatan dan pengamalan etika-etika ini akan memartabatkan lagi kedudukan guru sebagai profesion yang dimuliakan oleh masyarakat sejak dahulu.Etika Profesion Perguruan dan Pembangunan Sahsiah | 130 menyebarkan sesuatu yang menjejaskan keselamatan negara. buat refleksi dapatan tersebut dengan menjawab soalan berikut: a. Etika inilah yang menjadi landasan yang perlu diikuti dan dihayati oleh para guru di Malaysia.’ Dari penyataan ikrar dan kod etika perguruan di atas. maka dengan ini kami menerima tatasusila berikut sebagai panduan. Etika yang dipegang oleh Kementerian Pelajaran Malaysia ialah berlandaskan ‘Tatasusila Profesion Perguruan’. Mari sama-sama kita fikirkan mengenai kepentingan menjadi guru yang beretika dan keperluan mengikuti etika perguruan yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. guru sesungguhnya mempunyai beban yang berat untuk dilaksanakan bagi melahirkan modal insan yang berkualiti dan berketerampilan. yang bertanggungjawab dan berkebolehan. sejauh manakah anda mematuhi kod etika perguruan berkenaan? . Oleh yang demikian.

yang bererti juga adat kebiasaan atau cara hidup seseorang dengan melakukan perbuatan yang baik (kesusilaan). yang membawa maksud watak kesusilaan atau adat kebiasaan (custom).2 Pengertian Etika E tika (etimologi). to be good or bad or in some similar way‘ (Sains normatif mengenai perilaku manusia dalam masyarakat dimana sains ini menentukan sesuatu perilaku sebagai betul atau salah. Etika dan moral lebih kurang sama pengertiannya. juga etika melihat secara khusus mengenai tingkah laku manusia yang dikira patut atau tidak patut dilakukan selaras dengan norma-norma dan nilai-nilai yang diterima oleh semua masyarakat pelbagai kaum di Malaysia. Etika biasanya berkait rapat dengan perkataan moral yang merupakan istilah dari bahasa Latin. Oleh itu berdasarkan pengertian di atas jelas bahawa etika berkaitan dengan pembuatan keputusan bagi semua jenis tindakan di mana tindakan-tindakan tersebut membawa seseorang itu untuk berinteraksi dengan orang lain secara berprotokol. Menurut para sarjana. . Manakala menurut The Oxford School Dictionary (1994). Manakala moral pula menurut Keith (2006). dan menghindari perkara-perkara tindakan yang buruk (Keith. kaedah-kaedah dan ukuran-ukuran bagi tingkah laku manusia yang baik dan buruk yang boleh atau tidak boleh diikuti. 2006). Sistem dasar ini meliputi aspek-aspek moral yang baik dan yang buruk. nilai-nilai. adat kebiasaan manusia dalam pergaulan antara sesamanya dan menegaskan mana yang benar dan mana yang buruk. ia merupakan aturan-aturan yang disepakati bersama oleh ahli-ahli yang mengamalkan kerjaya tertentu seperti guaman. Jadi jelas bahawa etika dan moral adalah saling berkaitan dan tidak dapat dipisahkan. serta yang betul dan yang salah dengan tujuan memberi garis panduan kepada ahli-ahli berkenaan. berkhemah dan berkesan. iaitu ‘Mos’ dan dalam bentuk jamaknya ‘Mores’. Morals itself is defined as concerned with goodness or badness of character or disposition or with the distinction between right or wrong. Di samping itu. berasal dari bahasa Yunani adalah ‘Ethos’. Science of Morals. merujuk ‘to that part of human behavior that can be evaluated in terms of right or wrong’. pengubatan dan sebagainya (Hasan Langgulung. iaitu moral atau moralitas untuk penilaian perbuatan yang dilakukan. tetapi dalam kegiatan sehari-hari terdapat perbezaan. Mengikut William (1971). bernegara hingga pergaulan hidup peringkat global diperlukan suatu sistem yang mengatur bagaimana seharusnya manusia bertingkah laku. Hal inilah yang mendasari kesuburan dan perkembangan etika dalam masyarakat kita. Dalam pergaulan hidup bermasyarakat.Etika Profesion Perguruan dan Pembangunan Sahsiah | 131 9. etika ialah ‘The normative science of the conduct of human beings living in societies – a sciene which judges this conduct to be right or wrong. 2002). etika tidak lain adalah aturan perilaku. sempurna. Etika berkaitan dengan norma-norma. keguruan. Dari aspek kerjaya pula. sedangkan etika adalah untuk pengkajian sistem nilai-nilai yang berlaku. baik atau buruk dan lain-lain). Etika juga merupakan suatu sistem yang berkaitan dengan dasar akhlak dan tingkah laku bagi sesuatu kumpulan manusia atau organisasi.

1994). Tuliskan secara ringkas. Prinsip moral atau set prinsip moral (The Oxford School Dictionary. etika merujuk kepada tingkah laku betul berasaskan Al-Quran dan ketakwaan kepada Allah. Tanggungjawab dan akibat tingkah laku seseorang atau profesion terhadap masyarakat.3 Senario di bilik darjah yang melibatkan etika perguruan . adat atau tingkah laku atau kesusilaan (Kamus Dewan. 2005).Etika Profesion Perguruan dan Pembangunan Sahsiah | 132 Kesimpulannya. Etika : _____________________________________________________________________________ Moral : _____________________________________________________________________________ Rajah 9. etika merupakan: 1. apakah yang anda faham tentang konsep etika dan moral. 2. Dari persepktif Islam. 3. Satu sistem dasar akhlak. 4.

apakah yang boleh anda fikirkan berkenaan sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas jika dikaitkan dengan etika perguruan? Catatkan secara ringkas apa yang anda fikirkan berkenaan etika guru dalam gambar tersebut.4 Etika Kerja Kementerian Pelajaran Malaysia .3 ETIKA KERJA KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA Etika Kerja Kementerian Pelajaran Malaysia adalah berdasarkan prinsip-prinsip berikut: Rajah 9.3.Etika Profesion Perguruan dan Pembangunan Sahsiah | 133 Berdasarkan Rajah 9. _____________________________________________________________________________________ _____________________________________________________________________________________ 9.

Etika Profesion Perguruan dan Pembangunan Sahsiah | 134 Secara berpasangan bincangkan setiap etika kerja yang digariskan oleh Pelajaran Malaysia berdasarkan contoh-contoh yang sesuai. rakan sejawat dan ibu bapa pelajar. Nilai-nilai tersebut ialah: Rajah 9. Setiap profesion menetapkan nilai-nilai asas yang perlu ditaati oleh semua insan yang menjalankan pekerjaan tersebut.5 ETIKA PROFESION PERGURUAN Bermaksud satu set tingkah laku atau tanggungjawab guru terhadap masyarakat dan negara. Kementerian 9. Setiap badan profesional mempunyai kod etika masing-masing. Laporan Suruhanjaya DiRaja Mengenai Perkhidmatan Perguruan .4 NILAI-NILAI UTAMA ETIKA KERJA KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA Walaupun banyak terdapat nilai-nilai mulia. pelajar.5 Etika Kerja Kementerian Pelajaran Malaysia 9. Kementerian Pelajaran telah berusaha sejak dari dahulu lagi untuk menjadikan bidang perguruan ini sebagai satu kerjaya yang profesional. tetapi tujuh nilai utama menjadi fokus Etika Kerja Kementerian Pelajaran Malaysia.

Tangungjawab utama seseorang guru ialah terhadap murid-muridnya. Dia haruslah menumpukan separuh perhatian terhadap keperluan tiap-tiap muridnya. h. . Dalam semua hubungan dan tugas seseorang guru hendaklah menjalankannya dengan jujur. asal keluarga. Dia haruslah mendidik dan mengambil tindakan secara adil terhadap semua murid tidak kira bangsa. persatuan atau persendirian. masyarakat awam dan negara. Dia haruslah bertugas sebagai ‘pengganti ibu bapa’ dalam usaha untuk membentuk tingkah laku murid-murid ke arah matlamat. j.matlamat yang diterima oleh masyrakat. Dia harus mengesan dan menerima perbezaan individu dalam kalangan murid-muridnya dan memandu mereka memperkembangkan potensi mereka dari segi jasmani. c. l. k. intelek. 1971). d. m. Dia haruslah bertingkah laku terhadap murid-muridnya sebegitu rupa yang boleh membawa jatuhnya darjat profesion perguruan. telah mencadangkan supaya diadakan Etika Profesion Perguruan (EPP) bagi Pembentukan Tatasusila Guru. o. Dia haruslah tidak menerima apa-apa bayaran daripada murid-muridnya untuk pelajaran atau pengajaran tambahan yang dijalankan semasa waktu sekolah atau cuti sekolah melainkan bayaranbayaran yang disahkan. i.Etika Profesion Perguruan dan Pembangunan Sahsiah | 135 Malaysia Barat (Laporan Aziz. Dia haruslah menanamkan sikap yang baik terhadap murid-muridnya supaya mereka dapat berkembang menjadi warganegara yang taat setia dan berguna. Dia haruslah bertingkah laku sebegitu rupa supaya menjadi contoh yang baik terhadap muridmurid. tempat asal. Seorang guru tidak harus bertingkah laku sebegitu rupa sehingga boleh mencemarkan sifat profesionnya dan yang akan menyebabkan hilang kepercayaan orang ramai terhadap profesion perguruan. warna. n. Dia haruslah tidak bertingkah laku begitu rupa yang boleh membawa kepada jatuhnya maruah diri dan kehilangan amanah berhubung dengan kewangan. agama. Antara etika profesion perguruan yang perlu diikuti dan ditaati adalah: a. bahasa. daya cipta dan rohani. Kepentingan murid-muridnya haruslah mengatasi semua kepentingan lain seperti kepentingan-kepentingan masyarakat. akademik dan status-status lain. Dia harus menghormati hak tiap-tiap murid supaya maklumat-maklumat sulit mengenai diri murid-murid tidak diberitahu kepada orang atau agensi lain yang tidak berkenaan. b. jantina. e. g. p. intelek. Dia haruslah tidak menyatakan atau membuat sesuatu yang boleh mengurangkan keyakinan diri murid-muridnya dan ibu bapa pelajar. f. kepercayaan politik. Dia haruslah tidak mengajar sesuatu yang boleh merosakkan kepentingan murid-murid. Dia haruslah memberi perhatian dan pengajaran untuk semua murid tidak kira bangsa dan agama dan kepercayaaan.

bincangkan empat (4) sumpah janji oleh guru Malaysia terhadap negara. Dia haruslah tidak mengiklankan dirinya untuk kerja-kerja tuisyen atau pengajaran persendirian. v. http://www.____________________________________________________________________________ . s. keagamaan.____________________________________________________________________________ 3.____________________________________________________________________________ 4. politik persendirian terhadap muridmuridnya. ____________________________________________________________________________ 2.youtube. t. r.com/watch?v=BfAGv__vcTs Empat Aspek Sumpah Janji Guru Malaysia Terhadap Negara 1. u. Dia tidaklah harus mengiklankan dirinya dengan cara membesar-besarkan namanya untuk mendapatkan sesuatu pangkat dalam profesion perguruan. iaitu berdasarkan kecekapan. Berdasarkan laman web di bawah. Dia tidak harus menjatuhkan nama baik guru-guru lain.Etika Profesion Perguruan dan Pembangunan Sahsiah | 136 q. Dia haruslah tidak memaksakan kepercayaan. Dia haruslah tidak meminta atau menerima hadiah daripada ibu bapa murid-murid atau ahli-ahli masyarakat dalam manjalankan tugas-tugas profesionnya. Untuk mendapatkan pekerjaan atau kenaikan pangkat dia haruslah menggunakan cara-cara yang sah sahaja.

Jelaskan setiap tanggung jawab tersebut beserta contoh-contoh yang sesuai. dan ibu bapa. masyarakat dan negara.          Profesionalisme Integriti Kejujuran intelektual Neutraliti Akauntabiliti Berpakaian Berbahasa Pengurusan masa dan ketepatan waktu Membuat keputusan .6 ASPEK-ASPEK YANG TERKANDUNG DALAM ETIKA PERGURUAN Berikut di bawah merupakan aspek-aspek penting yang terkandung dan menjadi rujukan dalam pembentukan Etika Perguruan Malaysia.Etika Profesion Perguruan dan Pembangunan Sahsiah | 137 A Berdasarkan kepada Etika Perguruan. terdapat 4 tanggungjawab utama seorang guru iaitu tanggungjawab terhadap pelajar.3 Tanggungjawab utama guru 9. Rajah 9. rakan sejawatan.

2 Tahun 1985 1.Etika Profesion Perguruan dan Pembangunan Sahsiah | 138 B Tanggungjawab guru bukan sekadar mengajar di bilik darjah. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. Mereka juga perlu bertindak secara profesional mengikut Kod Etika Perguruan yang telah termaktub.2 Tahun 1985 . 6/1985: Peraturan Pakaian Guru Di Sekolah/Pensyarah Di Maktab Perguruan. Waktu hadir ke sekolah. Pekeliling Perkhidmatan Bil. Politeknik. 5. Waktu hadir ke kelas. Jabatan Pelajaran Negeri Dan Kementerian Pelajaran. Bil 2/1982: 1. Berdasarkan peraturan 4(2). Semak buku latihan murid.Pakaian Masa Bekerja Dan Semasa menghadapi Upacara-upacara rasmi Bagi Pegawai-Pegawai Awam. 6/1985 dan Pekeliling Perkhidmatan Bil. 3. Lain-lain Pegawai Dan Kakitangan Perkhidmatan pelajaran Di Pejabat Pelajaran Daerah Atau Bahagian. Etika Pengurusan Masa SPI. huraikan apa perkara yang sama sekali tidak boleh dilakukan oleh guru dalam profesion keguruan? 9. . Mengajar ikut jadual waktuWaktu tidak mengajar(free period) 4. memberikan bimbingan. 2. 2.7 Etika dan Pekeliling Sebagai Sumber Rujukan Pembentukan Etika Perguruan Etika Pakaian Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.

c. refleksi P&P. d. Tatakelakuan/Larangan Peraturan 4 (2) a. Menggunakan kakitangan jabatan/alat/barang-barang jabatan untuk hal-hal persendirian f.mutu/piawai dan semakan seperti senarai semak.U. Mencemar memburukkan nama baik perkhidmatan awam seperti. Menyebelahi / memberi keutamaan kepada saudara mara/rakan-rakan dalam menimbangkan sesuatu permohonan c.00 Jadual Waktu Peraturan 6 (1) dan Peraturan 6(2) a. menghantar anak. Peraturan 6 (1): Mengadakan serta merta jadual semua mata pelajaran yang diajar.(A) 531 Seksyen 8 (1) yang dikenakan penalti RM 500.U.(A) 531 Seksyen 8(1) Menyediakan Rancangan Tahunan berdasarkan Sukatan Pelajaran dan Rancangan Tahunan terkini yang sedang digunapakai.penyeliaan dan penilaian program/aktiviti. melakukan gangguan seksual  Menggunakan wang tabung amanah untuk kegunaan sendiri  Membuat bayaran tanpa menyemak kerja telah siap atau belum  Mengemukakan sijil sakit palsu . Menggunakan kenderaan pejabat untuk kegunaan sendiri dan balik ke pejabat. Guru hendaklah mengajar ikut sukatan pelajaran dan jadual waktu yang diluluskan (mesti ditandatangani). bilik guru. Sekiranya tidak akur adalah bersalahan mengikut P.Etika Profesion Perguruan dan Pembangunan Sahsiah | 139 Tanggungjawab Asas Guru P. Kawalan kerja. Menguruskan tender / sebutharga yang terdiri dari saudara mara. laluan utama. b. GB/Pengetua sesuatu sekolah hendaklah mempamerkan salinan jadual waktu sekolah bagi penggal persekolahan semasa yang ditandatangani olehnya pada tempat yang mudah dilihat di pejabat. e.22. Menguruskan perniagaan / pelaburan sendiri / isteri / anak / saudara mara / rakan-rakan dalam waktu pejabat / tugas rasmi. b. kantin. pemantauan. bilik gerakan-VIN dipenjara 3 bulan atau denda RM 5 ribu b. Peraturan 6 (2): Mengadakan serta merta untuk pemeriksaan jadual waktu penggal semasa persekolahan.U.kerja setiap hari yang telah dilaksanakan. Sukatan Pelajaran P. Mengadakan senarai semak kerja.(A) Peraturan 11 a.  Berjudi di pejabat  Disabitkan kesalahan jenayah/mahkamah syariah  Kesusahan berat kerana berhutang  Menerima keraian dari orang yang ada urusan rasmi.

memakai baju berlengan pendek dan memakai kasut sukan yang tidak sesuai dengan urusan rasmi. Lelaki: Tidak memakai tali leher dengan kemas dan teratur. datang lambat. i. b.8 ISU-ISU DALAM ETIKA PERGURUAN Cetek pengetahuan mengenai FPK. keluar sekolah waktu pejabat bagi menguruskan hal peribadi seperti ke pasar. Psikologi Pendidikan. temujanji hal-hal peribadi. berjubah. h. j.Etika Profesion Perguruan dan Pembangunan Sahsiah | 140 g. Kerap ponteng. kawan tolong punch. Antara isu yang sering dibicarakan ialah: Pakaian a. Semua ini anda boleh perolehi di KPM/JPN/PPD dan Sekolah tempat anda bertugas. Perempuan: Memakai pakaian kurang sopan dengan baju tidak berlengan dan skirt yang pendek. Etika Perguruan. Objektif mata pelajaran dan Penilaian Perintah Am (Bab A hingga G) menyebabkan timbulnya pelbagai isu dalam kerjaya perguruan. pakaian vietnam/siam bukan pakaian kebangsaan Rambut a. Tanda Nama a. Kokurikulum. . dasar Pendidikan Negara.  Membawa keluar fail peringkat jabatan tanpa kebenaran ketua jabatan. tanpa kebenaran dan tanpa sebab yang munasabah Ingkar perintah. Tidak memakai tanda nama Kehadiran a. Mengambil cuti rehat di saat perkhidmatannya diperlukan. Tidak hadir tanpa cuti. tidak diurus dan berbau. Rambut melebihi kolar baju.Teknologi Pendidikan. berniaga. Seperti:  Membantah atau melawan pegawai atasan.  Keluar negara tanpa kelulusan. Menghasut kakitangan kerajaan supaya jangan berusaha dalam menjalankan tugas. dapatkan segala Peraturan/Pekeliling/Akta yang berkaitan dengan etika perguruan. 9. Kurikulum. Hasil kutipan tersebut perlulah anda laporkan dalam bentuk folio. menipu waktu kehadiran.  Masih tidak hadir setelah ketua jabatan mengarahkan supaya kembali bertugas Secara berpasangan.

Menerusi kod etika. Pekeliling . Etika 2. 5. Duduk bersilang kaki. RUMUSAN Oleh sebab kod etika itu adalah nilai-nilai sejagat perguruan di Malaysia. Kecemerlangan sesuatu profesion boleh dilihat menerusi sejauh mana kod etikanya boleh dihayati. 3. bukan sekadar diketahui dan dihafalkan. Hasil kerja a. Lambat menyiapkan tugas-tugas seperti membina soalan. c. Tidak boleh ditegur dan mengugut perilakunya yang kurang beradab untuk tindakan disiplin/perkhidmatan. Tidak memberi hormat kepada rakan atau ketua jabatan. 6. Kod Etika Perguruan dianggap penting kerana: 1. Kod Etika 3. Kod etika merupakan garis panduan untuk bertindak dan bertingkah laku. 4. Guru dapat melihat keunikan etika yang diamalkan sama ada di negara ini ataupun di negara lain. Kandungan yang dinyatakan dalam Kod Etika Perguruan di negara ini berbeza dengan kod etika di negara lain.Etika Profesion Perguruan dan Pembangunan Sahsiah | 141 Adab a.menghantar markah ujian. guru dapat meningkatkan lagi imej profesion perguruan sesuai dengan kehendak dan aspirasi negara dan masyarakat. b. dipertahankan dan dikuatkuasakan. Berbahasa kesat kerana menganggap diri hebat dan lebih pandai dari ketua. Sahsiah 5. Perofesion 6. maka ia perlu dihayati dan diamalkan. Kod Etika Perguruan menyatakan dengan jelas tentang tanggungjawab guru. tidak hantar buku rekod mengajar. diamal. tidak mengisi rekod kehadiran murid. d. 2. KATA KUNCI 1. Moral 4.

(2005) Etika perguruan: Jaminan peningkatan profesionalisme. G. Terangkan empat tanggungjawab guru berdasarkan kod etika perguruan. (1971). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. New York: South Western Educ Pub. Peralihan paradigma dalam pendidikan Islam dan sains sosial. London: Methuen. . Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. d. 18 September 2008 William. L. Apakah bentuk-bentuk tanggungjawab seorang guru terhadap rakan sejawat dalam profesion perguruan? b. Surat-surat Pekeliling Ikhtisas Kementerian Pelajaran Malaysia Utusan Malaysia. Keith.Etika Profesion Perguruan dan Pembangunan Sahsiah | 142 PENILAIAN KENDIRI a. An introduction to ethics. Pengenalan tamadun Islam dalam pendidikan. Ethics in the workplace. The Oxford School Dictionary (1994). (2006). Bagaimanakah seorang guru yang baik sentiasa dapat mengekalkan akauntibiliti mereka dalam profesion perguruan? c. Hasan Langgulung (2002). Hasan Langgulung (1986). Serdang: Penertbit Universiti Putra Malaysia. Jakarta: Gaya Media Pratama Kamus Dewan (2005). Huraikan mana-mana empat Kod Etika Perguruan yang telah anda pelajari. RUJUKAN Foo Say Fooi. London: Oxford University Press.

 Mengelakkan diri dari mengeluarkan kata-kata dan melakukan sesuatu yang boleh menjejaskan kepercayaan ibu bapa. c. b . dan ibu bapa.  Memupukkan sikap dalam diri pelajar dengan nilai yang membantu dan membimbing mereka untuk menjadi warganegara yang taat setia . Tanggungjawab Terhadap Rakan Sejawatan  Tidak membuat sebarang kenyataan atau ulasan yang boleh mencemarkan nama baik seseorang guru.Etika Profesion Perguruan dan Pembangunan Sahsiah | 143 JAWAPAN SERTA MAKLUM BALAS A Berdasarkan kepada Etika Perguruan.  Berpegang kepada tingkah laku yang sopan yang diterima oleh masyarakat dan menjalani kehidupan sehari-hari dengan baik. terdapat 4 tanggungjawab utama seorang guru iaitu tanggungjawab terhadap pelajar. Jelaskan setiap tanggungjawab tersebut beserta contoh-contoh yang sesuai. Tanggungjawab Seorang Guru a.  Menggunakan maklumat yang diterima daripada ibu bapa secara teliti dan bijaksana.  Merahsiakan segala maklumat sulit dan tidak akan membocorkannya. Tanggungjawab Terhadap Ibu Bapa  Mewujudkan hubungan mesra dan kerjasama yang erat. keturunan dan agama.  Perawakan yang baik dari segi pakaian. politik. Tanggungjawab Terhadap Pelajar  Mengutamakan kebajikan dan keselamatan pelajar. Tanggungjawab Terhadap Masyarakat Dan Negara  Tidak menyebarkan sesuatu ajaran yang boleh mencemarkan nama baik negara ataupun yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Rukunegara. masyarakat dan negara. . rakan sejawatan. emosi. sosial.  Memberi maklumat kepada ibu bapa demi kepentingan anak-anak mereka.  Adil terhadap setiap pelajar tanpa mengira faktor-faktor ekonomi. pertuturan serta memberi contoh yang baik kepada pelajar. jasmani. mental.  Membantu rakan sejawatan terutamanya mereka yang baru menyertai profesion perguruan. menghormati orang-orang yang lebih tua dan menghormati adanya perbezaan kebudayaan keturunan dan agama. d. bertanggungjawab dan berguna.

Menguruskan tender/sebut harga yang terdiri dari saudara mara.  Membuat bayaran tanpa menyemak kerja telah siap atau belum. Menggunakan kakitangan jabatan/alat/barang-barang jabatan untuk hal-hal persendirian. Menyebelahi/memberi keutamaan kepada saudara mara/rakan-rakan dalam menimbangkan sesuatu permohonan. menghantar anak. huraikan apa perkara yang sama sekali tidak boleh dilakukan oleh guru dalam profesion perguruan? Peraturan 4(2) Seorang Pegawai Tidak Boleh a.  Keluar negara tanpa kelulusan.  Menggunakan wang tabung amanah utk kegunaan sendiri. e. Berdasarkan peraturan 4(2). Pergi berburu di padang datar Dapat rusa berbelang kaki Kalau berguru kepalang ajar Bagaikan bunga kembang tak jadi . Mencemar memburukan nama baik perkhidmatan awam seperti:  Berjudi di pejabat. Seperti.  Menerima keraian dari org yg ada urusan rasmi.  Mengemukakan sijil sakit palsu. Menghasut kakitangan kerajaan supaya jangan berusaha dalam menjalankan tugas. d. Mengambil cuti rehat di saat perkhidmatannya diperlukan. j. tanpa kebenaran dan tanpa sebab yang munasabah.  Disabitkan kesalahan jenayah/mahkamah syariah. h. b.Etika Profesion Perguruan dan Pembangunan Sahsiah | 144 B Tanggungjawab guru bukan sekadar mengajar di bilik darjah. Tidak hadir tanpa cuti. f. c.  Membantah atau melawan pegawai atasan.  Masih tidak hadir setelah ketua jabatan mengarahkan supaya kembali bertugas. Mereka juga perlu bertindak secara profesional mengikut Kod Etika Perguruan yang telah termaktub. g. i. melakukan gangguan seksual.  Kesusahan berat kerana berhutang. Ingkar perintah. Menguruskan perniagaan/pelaburan sendiri/isteri/anak/saudara mara/rakan-rakan dalam waktu pejabat/tugas rasmi.  Membawa keluar fail terperingkat jabatan tanpa kebenaran ketua jabatan. Menggunakan kenderaan pejabat untuk kegunaan sendiri pergi ke dan balik ke pejabat.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful