TUMBUH-TUMBUHAN SEMULAJADI DAN HIDUPAN LIAR DI MALAYSIA

Disediakan oleh: NUR ALYA AFIQAH BT AZIZAN NUR SYAMIMI BT JOHARI SAFA MASTURINA BT SUKRI ZUHAIRA BT ZULKIFLI

. Yang kedua. Biasanya perkataan " hutan " merujuk kepada tiga konsep yang berlainan. seluruh sistem komuniti yang dikuasai oleh pokok yang berfungsi. dirian pokok atau tumbuh-tumbuhan yang merupai pokok.TABURAN HUTAN DI MALAYSIA Taburan Hutan Kawasan Hutan dan Bukan Hutan Sem enanj ung 29% Sar awak 49% 12. Yang pertama. Yang ketiga.86 Sabah 22% 20.11 PENGENALAN Istilah hutan merujuk kepada suatu formasi yang dikuasai oleh pokok. seluruh komuniti tumbuh-tumbuhan dan haiwan yang dikuasai oleh pokok. termasuk substrat abiotik dan persekitaran atmosferanya.

HUTAN HUJAN TROPIKA .Bahagian Tengah Semenanjung Malaysia Pendalaman Sabah dan Sarawak .

seraya. 8. 9. Lapisan kanopi terdiri daripada pokok yang tumbuh rapat untuk menghalang sinaran matahari sampai ke lantai hutan. Tumbuhan : Jenis epifit. 5. 10. Tumbuh-tumbuhan ini bergantung kepada pokok besar hanya untuk sokongan dan mendapatkan cahaya matahari. 11. Pokok di lapisan renjung t u m b u h s a n g a t t i n g g i untuk mendapatkan cahaya matahari dan berakar banir untuk memberi sokongan dan menahan pokok daripada tumbang. 12. Hutan ini juga dikenali sebagai hutan Khatulistiwa. Hutan hujan tropika tumbuh dengan subur di kawasan yang mempunyai ketinggian kurang daripada 1 000 meter. Hutan hujan tropika merupakan hutan yang paling luas di Malaysia iaitu meliputi 70% daripada jumlah kawasan hutan di Malaysia. 2. 7. balau dan seraya. Tumbuh-tumbuhan di lantai hutan adalah jarang kerana kurang mendapat cahaya matahari. Hidupan : Ular sawa. kandis. keruing.1. harimau. 3. memanjat. Kawasan hutan ini meliputi kaki bukit atau cerun gunung di bahagian tengah Semenanjung Malaysia dan pedalaman Sabah dan Sarawak. Hutan hujan tropika juga menjadi habitat bagi dua per tiga spesies tumbuh-tumbuhan di dunia. 13. 4. Pokok : meranti. Hutan ini juga mempunyai pelbagai jenis kayu keras yang bernilai dan bermutu tinggi seperti cengal. Tumbuh-tumbuhan yang biasa terdapat di lapisan tengah ialah epifit dan parasit. meranti. parasit dan saprofit. kulat. Lapisan teratas dikenali renjung atau emergen yang terdiri daripada pokokpokok yang tinggi. orang utan dan pelanduk . Ciri-ciri hutan hujan tropika adalah: a) Bersifat malar hijau b) Tumbuh rapat-rapat c) Tumbuh berlapis-lapis 6. paku tanduk rusa.

HUTAN GUNUNG Pantai timur Semenanjung Malaysia dan pantai barat Sabah .

6. 5. Kawasan yang berada melebihi paras 3 500 meter diliputi batuan tandus seperti di puncak Gunung Kinabalu. semakin jarang tumbuhtumbuhan yang terdapat di kawasan tersebut. Keadaan ini disebabkan oleh pengaruh suhu di kawasan tersebut di mana suhu adalah rendah manakala tanih semakin nipis. Banjaran Tama AD. 3. 7. Jenis dan kepadatan tumbuh-tumbuhan adalah berbeza-beza mengikut ketinggian. . 4. Contoh kawasan hutan gunung ialah di Banjaran Titiwangsa.1. Puncak gunung biasanya ditumbuhi oleh tumbuhakulampair dan pokok-pokok kerdil. Hidupan : Kera. Semakin tinggi kawasan hutan. Banjaran Tahan dan Pergunungan Iran. rumput alpain. Pokok : oak. burung dan musang. Banjaran Crocker. Hutan gunung tumbuh subur di kawasan bertanih laterit yang terletak di ketinggian yang melebihi 1 000 meter dari aras laut. seraya. 2.

Ramin dan perapat Hidupan :Ikan.HUTAN PAYA HUTAN PAYA AIR TAWAR MASIN HUTAN PAYA AIR 1. Pokok bakau di hutan paya air masin mempunyai akar ceracak yang tumbuh di permukaan tanih berlumpur dan air adalah untuk bernafas. ketam dan udang . Pokok : Bakau. Gelam. Manakala akar jangkang yang menyokongnya daripada tumbang. 2. Hutan paya di Malaysia terdiri daripada hutan paya air masin dan hutan paya air tawar.

tinggi dan besar. tengah dan lapisan pokok renek Pokok bercampur aduk. nipah dan mengkuang. Pokok gelam. Hdupan : Ular. HUTAN PANTAI . Tiga lapisan : Kanopi.3. Hutan paya air tawar mempunyai kawasan pedalaman bersaliran buruk dan ditenggelami air. lurus . biawak dan udang.

bersaliran baik. Pokok : Kelapa.1. Hidupan : Ular. 3. tupai dan burung . ru . renek dan mengkuang laut. 2. Tumbuh-tumbuhan di hutan pantai dapat hidup walaupun ditenggelami air laut semasa air pasang. Hutan pantai terdapat di kawasan pinggir laut yang rendah. berpasir dan terdedah kepada tiupan angin dari laut. Kebanyakan hutan pantai tumbuh di kawasan pantai timur Semenanjung Malaysia.

Taman Negara. haiwan dan serangga yang terdapat di dunia. Hutan adalah sumber pendapatan seharian mereka. Ia menempatkan lebih daripada 8000 spesies flora dan 20000 spesies fauna. Hutan membekalkan makanan secara langsung atau tidak langsung kepada haiwan yang memakan buah-buahan. sarang burung dan keladi dikumpulkan oleh mereka untuk dijual di pasaran urban sebagai sumber tambahan pendapatan kepada mereka. sebagai sumber spesimen biologi yang baharu dan sebagai habitat bagi berbagai variasi flora dan fauna. Contohnya. Hutan bertindak sebagai kawasan tadahan air dalam memelihara kualiti alam sekitar dengan menyerap dan menapis air hujan sebelum menyalurkannya ke sungai-sungai. masyarakat orang asli seperti suku kaum Batek di Hutan Simpanan Kuala Tahan. pucuk daun dan bahagian pokok lain. Hutan adalah sebagai tempat perlindungan semulajadi bagi orangorang asli di kawasan pedalaman hutan. putik bunga. Di Sarawak pula. Selain itu. ia dapat memastikan bahawa bekalan air di negara kita tidak terputus sepanjang tahun. bijian. Namun demikian ia adalah habitat semulajadi kepada hampir 50% hingga 90% spesies tumbuh-tumbuhan. 80 spesies cicak dan 100 spesies serangga telah direkodkan. . Hutan meliputi hanya 12% daripada jumlah kawasan dunia. Hutan penting bukan sahaja sebagai tanah ladang yang berpotensi tetapi sebagai simpanan balak yang boleh dieksploitasi. Mereka dapat menyara hidup mereka melalui sumber hutan sejak beribu-ribu tahun dahulu. Kegiatan seharian mereka amat bergantung kepada hutan. Dengan itu. kumpulan etnik Bidayuh di Sarawak. 600 spesies burung. Di Semenanjung Malaysia. Mereka memburu bukan sahaja untuk mendapatkan sumber makanan tetapi untuk mendapatkan pakaian dan tempat perlindungan. Satu hektar tanah hutan hujan tropika di Malaysia mengandungi lebih daripada 180 jenis pokok. masih berinteraksi secara langsung dengan khazanah hutan. Justeru itu. gum ( damar ). 70% daripada kawasannya adalah diliputi oleh hutan hujan tropika. Hutan memainkan peranan yang penting dalam menjaga nilai kehidupan alam sejagat. Kebanyakan barang keluaran hutan seperti herba. ia juga adalah satu habitat yang sesuai kepada burung-burung yang datang semasa musim sejuk. 200 spesies mamalia.KEPENTINGAN DAN KEGUNAAN HUTAN DI MALAYSIA Hutan adalah satu khazanah yang berharga kepada semua orang di bumi ini tidak kira di mananya kita tinggal. terdapat lebih daripada 8000 spesies tumbuhan berbunga. 115 spesies ular.

ekosistem hutan berperanan sebagai " regulator " air dan mengawal kadar alirannya. silara pokok hutan berupaya mencegah atau menyerap air hujan antara 20 hingga 28%. Ini memandangkan permukaan dalaman daun adalah lebih besar dan mampu menyerap bahan pencemaran dengan lebih berkesan. methane. Kehilangan litupan hutan akan menyebabkan air hujan terus mengalir ke sungai-sungai dan mengakibatkan kejadian banjir kilat yang secara tidak langsung akan mendatangkan bencana kepada manusia. Pemusnahan yang berlarutan terhadap hutan akan menyebabkan berkurangnya penukaran karbon dioksida kepada organik karbon di udara. Kitar atau edaran hidrologi yang berlaku di kawasankawasan hutan akan memberi kesan kepada kualiti dan kuantiti sungai. Hutan merupakan tempat asal bagi kebanyakan tanaman makanan manusia dan . Kehadiran gas-gas seperti karbon dioksida. Ia juga akan bertindak sebagai penapis dalam menentukan kebersihan dan kejernihan air secara tidak langsung. Chlorofluorocarbons ( CFCS ). Pada masa yang sama. menyerap air hujan dan mengalirkannya perlahan-lahan ke dalam anak-anak sungai bagi mengelak kejadian banjir daripada berlaku. Selain itu. Kesemua ini dapat memelihara kualiti alam sekitar daripada dicemari dan mencegah kejadian-kejadian buruk seperti banjir kilat. Ini diimbangi oleh pernafasan ( respirasi ) tumbuhan dan haiwan serta aktiviti ungkaibina yang mengakibatkan penggunaan oksigen dan pengeluaran karbon dioksida melalui proses karbonisasi. tropospheric ozone dan nitrid oksida di atmosfera akan menyekat pelepasan tenaga sinaran daripada permukaan bumi dan menyebabkan suhu meningkat sehingga berlakunya fenomena kesan rumah hijau. ianya menyerap karbon dioksida dan mengeluarkan oksigen pada masa yang sama. Dari segi kuantitinya. Contohnya. Pokok-pokok pula berfungsi sebagai pengikat dengan cara mencengkam tanah-tanih dengan akarnya. di mana sebahagian besarnya akan kembali ke atmosfera melalui sejatan pepeluhan. hutan juga berupaya mengawal bahan cemar yang terapung di udara apabila pencemaran tidak begitu tinggi.Hutan juga bertindak sebagai penutup bumi semulajadi serta melindungi tanah-tanih daripada hakisan air dan angin. Wap air yang dibebaskan melalui proses tersebut dapat menolong melembab dan menyamankan udara. Semasa tumbuhan menjalankan proses fotosintesis . Hutan adalah sebagai sumber bahan mentah ( Lampiran 9 ). Ianya akan mempengaruhi pengurangan kadar gas dan secara tidak langsung mempengaruhi ketebalan lapisan ozon yang terdapat di atmosfera. hutan mampu memerangkap unsur plumbum yang tinggi di udara dan menyimpannya di dalam tanah. Hutan juga berfungsi sebagai agen pembersih udara melalui proses fotosintesis. Hutan juga berfungsi sebagai bunga karang ( sponge ) yang berongga. Peningkatan pemekatan karbon dioksida di udara akan mengakibatkan masalah pemanasan dunia terjadi. Hutan juga berfungsi sebagai penstabil cuaca bumi dan hampir 70% daripada penawaran oksigen dunia adalah datangnya dari hutan hujan tropika.

nyatoh dan kempas yang bernilai tinggi. Sumber kayu-kayan hutan hujan tropika di Malaysia kaya dengan taburan berbagai spesies pokok-pokok balak komersial negara seperti merbau. resin. lada hitam. bitis. cengkih. pisang . Selain itu. buah pala dan lada juga tumbuh secara liar di hutan hujan tropika pada mulanya ( Lampiran 7 ). Contohnya ubat antiMalaria dan kuinin. Ia memainkan peranan dalam pembangunan sosio-ekonomi negara . Makanan yang kita guna seharian adalah berasal dari hutan hujan tropika. betik. Biasanya ia dapat mengubati penyakit yang akan membawa kepada maut seperti penyakit kuning. Orang-orang asli pula menggunakan bahagian kulit akar Tongkat Ahli bagi mengubati demam cacar ( smallpox ) manakala serbuknya pula digunakan bagi merawat luka atau bisul serta bagi meredakan deman malaria. kayu manis. Kebanyakan daripada tumbuh-tumbuhan hutan hujan tropika mengandungi nilai-nilai perubatan terutamanya dari bahagianbahagian batang. Hutan juga adalah gedung penuh dengan pokok-pokok yang mempunyai nilai-nilai perubatan. masyarakat Melayu meminum air rebusan Tongkat Ali ( Eurycoma longifolia dan E. Minyak pokok keruing gondol ( Dipterocarpus kerrii ) pula digunakan sebagai bahan asas dalam pemprosesan minyak wangi tempatam. buah-buahan seperti limau. Pemakaian bahan ubat yang dihasilkan daripada tumbuh-tumbuhan berbeza mengikut sifat penyakit yang diubati. Antaranya termasuklah kopi. kepelbagaian flora dan spesies kayu-kayan telah membolehkan industri yang berasaskan kayu untuk menggunakan spesiesspesies kayu dijalankan secara lebih meluas. Di antara contohnya ialah bahanbahan seperti getah daripada pokok jelutong ( Dyera costulata ) pernah digunakan dalam pengeluaran gula getah pengunyah ( chewing gum ).). pencelup dan bahan-bahan dasar pengeluaran minyak yang mempunyai nilai dagangan yang tinggi. Hutan hujan tropika di Semenanjung Malaysia adalah habitat asal beberapa pokok buahbuahan tempatan seperti manggis ( Garcinia mangostana ) dan rambutan ( Hephelium lappaceum ). ). manggo dan nanas secara asalnya adalah berasal dari hutan hujan tropika.) dan medang ( Cinnamomum sp.haiwan. mempisang ( Goniothalamus sp. vanila. satu perempat daripada prekripsi dadah adalah bersumber daripada tumbuhan yang terdapat di hutan hujan tropika. akar. buah-buahan dan rempah. Hutan hujan tropika juga dapat menampung sumber bahan getah. Sektor perhutanan adalah satu sumber pendapatan negara yang penting. Di antara spesies-spesies tumbuhan lain yang sering dikaitkan dengan nilai perubatannya termasuklah daripada jenis selusuh Fatimah / kacik Fatimah ( Labisia sp. damar. Misalnya dalam kegunaan perubatan tradisional. Selain itu. pucuk. Secara anggarannya. daun dan ubi. Bunga pakma ( Rafflesia hasselti ) pula dikatakan mengandungi nilai perubatan turut mendapat harga yang tinggi di pasaran. Tumbuh-tumbuhan seperti halia. Ini telah meningkatkan kegunaan tumbuhan tempatan terutamanya dari hutan dalam bidang perubatan. Ini menjamin bekalan sumber kayukayan di negara kita untuk tujuan kegunaan tempatan mahupun untuk dieksportkan.apiculata ) sebagai sejenis tonik kesihatan untuk ibu-ibu selepas bersalin.

denda dan pampasan berkaitan dengan perhutanan. Daun-daunnya boleh digunakan untuk membuat atap dan barangan kraf manakala daun-daun muda yang masih belum terbuka ( anak daun ) digunakan bagi membuat kertas pembalut tembakau rokok. mengkuang dan pandan. Buah-buahnya pula boleh dimakan sementara tangkainya boleh diperah bagi mendapatkan nira ( palm-wine ). Isi batangnya juga berguna sebagai bahan makanan kepada binatang ternakan seperti ayam dan itik. Antara Januari hingga September 1990. Ia telah menjadi satu perusahaan yang penting yang tertumpu di kawasan luar bandar.dari segi pendapatan pertukaran asing. Bagaimanapun penekanan dan penggunaannya hanya terhad bagi jenis-jenis palma yang popular seperti rumbia. Bertam ( Eugeissona tristis ) adalah tumbuhan yang hidup di merata hutan pedalaman di Semenanjung Malaysia. damar dan lainlain. Ianya merupakan bahan utama dalam pembuatan tepung sagu daripada bahagian dalam batangnya. pelaburan dan pekerjaan. Hutan juga adalah penting sebagai sumber keluaran hasil hutan bukan kayu yang mempunyai kegunaan yang berlainan. Terdapat 28 genera dengan 150 spesies palma asli di Malaysia. . Manau ( Calamus manan ) adalah rotan yang paling popular diperdagangkan dan berharga tinggi.1 billion atau 40% daripada jumlah pendapatan eksport negara. Punca-punca eksport sektor perhutanan adalah terdiri daripada kayu gergaji. venir dan perabot. tumbuh-tumbuhan pewarna. Ia lebih tertumpu kepada aktiviti-aktiviti pengeluaran perabot bagi pasaran tempatan dan melibatkan aktiviti mengeksport barangan rotan separa proses dan siap. hasil kerajaan. Ia termasuklah rotan. Rumbia atau sagu ( Metroxylon sagu ) dan ( M. Daunnya pula boleh disisir menjadi atap dan dinding rumah. nipah dan bertam sahaja. Jumlah hasil hutan yang dipungut daripada royalti. nilai eksport balak dan barangan kayu adalah RM 2. Rotan adalah hasil hutan bukan kayu yang terpenting di Semenanjung Malaysia. kayu kumai. papan lapis. Buahnya kadang-kala diukir untuk dijadikan barang hiasan. ia juga menawarkan pekerjaan lebih daripada 62800 orang sama ada dalam kegiatan pembalakan atau kegiatan hiliran seperti kilang papan dan perabot pada tempoh itu kepada penduduk tempatan.rumphii ) ialah jenis palma yang lebih besar dan hidup di paya-paya air tawar. Bertam juga boleh dijadikan atap. Selain itu. Nipah ( Nypa fruticans ) tumbuh di sepanjang tebing-tebing sungai seluruh Semenanjung Malaysia. lesen dan perkhidmatan perhutanan pula bernilai RM 203 juta. Jumlah pelaburan industri berasaskan kayu bagi tempoh tersebut adalah melebihi RM 967 juta. premium dan sumber-sumber lain seperti hukuman. buluh.

kulit pokok punggai ( Coelostegia griffithii ). seragam. Chilocarpus dan Melodinus . penampal bahagian bot yang bocor dan juga sebagai asap penghalang nyamuk. pemetik api. Damar dikutip daripada pecahan atau luruhan kulit batang bagi membuat andang. ). Leuconotis. Dengan penggunaan mesin-mesin pemprosesan. sumber-sumber getah asli diperolehi daripada pokokpokok hutan tropika terutama daripada tumbuhan pepanjat seperti akar-akar gerit daripada famili Apocynacease. Tumbuh-tumbuhan pewarna yang paling berharga di Semenanjung Malaysia ialah daripada spesies sepang ( Caesalpinia sappan ) yang digunakan untuk mewarnakan pandan. Getah ini tidak menganjal dan akan bertukar menjadi plastik apabila dipanaskan pada suhu 820C ( 1800F ) dengan mengekalkan bentuk yang digubah ketika ianya masih panas. Misalnya. Damar Mata Kucing yang dihasilkan daripada spesies merawan ( Hopea sp. bolabola golf. Di antara genera-genera pepanjat daripada famili ini yang menghasilkan getah ialah Willughbeia. tikar. lampu penyuluh. rhu ( Casuarina sp. ). sutera. sena ( Pterocarpus indicus ) dan akar kunyit ( Fibraurea chloroleuca ). Misalnya. Rebung-rebung buluh terutamanya buluh betung ( Dendrocalamus asper ) dan beting ( Gigantochloa levis ) yang hidup liar atau ditanam boleh dijadikan sumber makanan yang berzat. Hutan juga adalah sumber getah yang penting. bayur ( Pterospermum sp. . Tumbuh-tumbuhan pewarna lain ialah mengkudu ( Morinda sp.Buluh merupakan sejenis tumbuhan yang tergolong dalam famili rumput ( Gramineae ). ketapang ( Terminalia sp. Bahan ini mempunyai beberapa kegunaan teknikal seperti membuat pemegang alat-alat pembedahan. ) dan rengas juga boleh digunakan bagi menghasilkan bermacam-macam warna. merbau ( Intsia sp. kapas dan benang. ) dan Damar Perak yang dihasilkan daripada spesies cengal ( Neobalanocarpus heimii ) lazimnya digunakan dalam industri penggilapan dan pembuatan kertas. Ini disebabkan sifat batangnya yang ringan. ). industri barangan berasaskan buluh dapat dikembangkan menjadi perusahaan yang lebih berdaya maju. Ia juga digunakan sebagai pewarna bahan makanan. Di samping kulit bakau. Kedah merupakan negeri yang terbanyak mengeluarkan buluh semantan ( Gigantochloa scortechinii ). Penggunaan buluh adalah lebih meluas. Agathis borrensis pula adalah pokok damar minyak yang digunakan sebagai kemenyan dalam upacara keagamaan dan rawatan tradisional. pemetik api dan pemampal bahagian-bahagian perahu dan perabot. Ia juga dieksport khususnya bagi pembuatan bahan penggilap gred tinggi dan pelekat selain digunakan dalam pemprosesan kulit haiwan. bahan penampal sementara gigi dan penutup corong-corong kegunaan di makmal-makmal kimia. Sebelum tanaman pokok-pokok getah ( Hevea brasiliensis ) diperkenalkan di Semenanjung Malaysia. getah gutta-perca yang didapati daripada pokok nyatoh taban merah ( Palaqquim gutta ) mempunyai ciri-ciri sebagai salah satu bahan bukan konduktor kuasa panas atau elektrik. ). tegar dan mudah diperolehi.

Beberapa jenis tumbuh-tumbuhan di hutan mengandungi unsur-unsur racun yang dapat mengakibatkan kemudaratan jika tersalah penggunaannya. langsat ( Lansium domesticum ) dan manggis ( Garcinia mangostana ). tapir. lilin lebah dan sarang burung layang-layang juga dipungut sama ada untuk tujuan makanan atau perubatan. Sesetengah tumbuh-tumbuhan mempunyai bulu atau duri halus yang boleh mengakibatkan gatal dan lecur pada kulit manusia. durian ( Durio sp. Kini sumber pemakanan dari hutan telah mula mendapat pasaran yang tinggi sebagai salah sumber makanan tempatan. jambu ( Eugenia sp. kulit harimau. rambutan ( Nephelium sp. racun serangga dan menghalau atau menghindari serangan anai-anai. Di antara jenis-jenis tumbuh-tumbuhan yang sering dimanfaatkan sebagai bahan dasar di dalam penghasilan minyak bau-bauan ini adalah kenangan. cat dan lilin. Di antara buah-buahan hutan yang dijual di pasar-pasar tempatan adalah macang ( Mangifera foetida ). pelanduk dan burung. Tahi atau najis kelawar dipungut untuk digunakan sebagai baja asli. Contohnya penaga yang boleh digunakan untuk membuat bahanbahan seperti sabun.Buah dan biji-bijian liar yang terdapat di hutan Semenanjung Malaysia menjadi sumber makanan fauna dan manusia. harimau bintang. Anamirta cocuculus ( kris ). Penaga dan pulasari pula adalah di antara . Walaupun demikian. Enau yang dikenali sebagai kabong ( Arenga pinnata ).Racun ipoh yang didapati secara menoreh kulit pokok ipoh ( Antiaris toxicaria ) paling terkenal sebagai racun untuk menyumpit atau mengumpan haiwan buruan di kalangan Orang Asli. Di antara barangan berasaskan haiwan dan haiwan-haiwan yang diburu ini termasuklah gading gajah. Di antara tumbuh-tumbuhan yang sering digunakan sebagai tuba termasuklah Derris elliptica ( tuba ). buah atau bunga tumbuh-tumbuhan. sejenis palma besar yang hidup di pinggir hutan dapat dijadikan sumber gula yang boleh dimasak bersama-sama santan kelapa dan gula Melaka. Berbagai bahan daripada binatang-binatang di hutan menjadi buruan kepada mereka yang ingin memilikinya sama ada untuk hiasan atau sebagai sumber dagangan yang lumayan. Daun-daun asam gelugor ( Garcinia atroviridis ) dan cemperai ( Champereia manillana ) pula boleh dijadikan sayur-sayuran sementara biji-biji buah hutan seperti petai ( Parkia speciosa ) dan jering ( Pithecelobium jiringa ) pula boleh digulai atau dijadikan ulam. Contohnya minyak daripada pokok sengkawang dan ketapang. daun. Diospyros wallichi ( tuba buah ) dan Barringtonia scortechinni ( putat tuba ). bunga tanjung dan keruing gondol. akar. terdapat beberapa tumbuh-tumbuhan digunakan sebagai tuba untuk menangkap ikan. badak. Kebanyakan daripada minyak-minyak kini boleh dimakan. Minyak bauan asli ialah sejenis minyak yang meruap dan terdapat lazimnya pada pada bahagian-bahagian kulit. ). Minyak-minyak ini berperisa enak dan berbau harum. sambur. Selain daripada itu. ). ). Minyak-minyak daripada sayur-sayuran terdapat secara semulajadi dalam buah-buahan dan biji-bijian tumbuh-tumbuhan. sentul ( Sandoricum koetjape ). Terdapat sumber-sumber minyak daripada tumbuhan.

jenis-jenis tumbuh-tumbuhan yang digunakan di dalam pembuatan bahan perisa dan haruman bahan makanan serta penyediaan ubat-ubatan. ). pinang hutan ( Pinanga sp. pokok-pokok renek delek ( Anisophyllea sp. ) dan berbagai spesies paku-pakis adalah merupakan antara tumbuhan hutan spesies tempat yang mampu menawarkan kesan yang lebih berkesan bagi kegunaan hortikultur hiasan dan senitaman di negara kita. herba dan paku-pakis yang berpotensi untuk didomestikasikan. Kawasan hutan yang terdiri daripada pelbagai jenis pokok. herba-herba setawar ( Costus sp. Kehadiran hutan membolehlkan penerokaan ilmu secara berkekalan. termasuk pertalian ekologi dan fisiologi yang khusus antara tumbuh-tumbuhan. tapak penempatan baru. mikroorganisma dan persekitarannya pula terdapat di hutan tropika. Dengan adanya hutan. Walaupun berbagai spesies flora dan fauna telah dijumpai. ). Memandangkan kawasan hutan adalah luas. palma. . maka dengan pembukaan hutan yang terancang. ). dipilih dan dipopularkan sebagai spesies tumbuhan yang sesuai bagi kegunaan hiasan dan senitaman. namun masih terdapat banyak lagi yang belum dikenali nama. ). hutan adalah suatu sumber tanah yang penting. ). Terdapat beberapa banyak contoh struktur tumbuh-tumbuhan dan tingkah laku haiwan yang tidak wujud di zon iklim sederhana. Dengan kepupusan sesetengah haiwan dan tumbuhan. warna dan keharuman bau adalah ciri-ciri istimewa yang terdapat pada kebanyakan tumbuh-tumbuhan kita. penaga ( Mesua sp. ). Hutan tropika mungkin mengandungi hampir separuh daripada spesies haiwan dan tumbuh-tumbuhan di dunia. Hutan juga dijadikan sebagai tempat ideal untuk hutan simpanan bagi pertumbuhan semulajadi flora dan fauna. Pokok-pokok tempatan seperti medang ( Cinnamomum sp. menyediakan berbagai keperluan asas kepada kehidupan haiwan dan manusia. termasuk beberapa banyak genus dan famili yang masih belum lagi diketahui. lumbah ( Curculigo sp. Keunikan sifat tumbesaran dengan bunga-bunga yang beranika bentuk. Selain itu. Kesimpulan : Jelas bahawa hutan adalah unsur penting untuk membentuk ciri-ciri alam semulajadi. hutan simpan adalah langkah penting untuk menjamin populasi sesuatu flora dan fauna daripada diancam dan mengalami kepupusan. haiwan. pokok renek. palmapalma palas ( Licuala sp. kawasan hutan berpotensi untuk berbagai kegunaan seperti ladang ternak. kawasan ladang baru atau sebagai tapak untuk kegiatan rekreasi dan pendidikan. ia telah memudahkan kajian-kajian terhadap flora dan fauna.

kesedaran perlu diwujudkan tentang betapa pentingnya hutan. Jika pemusnahan hutan terus berlaku.Tetapi pembangunan pesat yang berlaku telah mengancam kedudukan dan keadaan semulajadi di hutan. . Pengawalan perlu dilakukan melalui pembentukan undang-undang dan kerjasama daripada semua pihak bagi membendung pemusnahan hutan yang berterusan serta melindunginya sebagai suatu khazanah yang penting untuk generasi yang akan datang. dua pertiga daripada spesies di hutan hujan tropika akan pupus sebelum kita berjaya menemuinya menjelang 2025. Oleh itu. Ini telah mengancam kepentingan hutan dari segi ekonomi setempat dan perdagangan sedunia.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful