You are on page 1of 8

PEMANASAN GLOBAL

Penyusutan lapisan ozon
Pencemaran udara akan menyebabkan berlaku pemanasan global akibat penyusutan lapisan ozon yang melindungi bumi daripada sinaran terus cahaya matahari. Pendedahan secara terus kepada cahaya matahari boleh menyebabkan kanser kulit. Pancaran matahari yang terik juga menyebabkan berlakunya pencairan kepada ais di bahagian kutub bumi dan menyebabkan berlakunya ketidakseimbangan ekosistem di dunia pada masa kini.

Kesan rumah hijau dan pemanasan global
Kesan yang paling ketara dan sedang hangat dibincangkan oleh seluruh negara kini adalah kesan pemanasan global yang disebabkan oleh kesan rumah hijau. Kenaikan suhu bumi dan penipisan lapisan ozon menjadi punca kepada pemanasan global yang dapat dirasakan oleh seluruh dunia. Kenaikan suhu bumi disebabkan oleh pembebasan gas-gas karbon dioksida dan terkumpul di dalam udara. Gas karbon dioksida yang terlalu banyak menyebabkan haba di bumi terperangkap dan akhirnya suhu bumi meningkat dan persekitarannya menjadi panas. Penyusutan lapisan ozon juga menyebabkan kejadian pemanasan global ini. Kesanya adalah permukaan bumi menjadi panas, ekosistem terganggu, banjir berlaku secara kerap dan juga berlakunya kejadian alam yang tidak normal.

KESAN-KESAN PENCEMARAN UDARA Hujan asid Hujan asid berlaku disebabkan oleh penggabungan gas sulfur dioksida dan nitrogen oksida dengan air hujan seterusnya menjadi asid sulfurik dan asid nitrik. Ia juga boleh menghakis pakaian. Haiwan Haiwan akan terancam atau mati akibat dari pencemaran udara. . Asid ini akan terkumpul di dalam awan dan bergerak ke tempat-tempat lain. asid tersebut juga meresap ke dalam tanah dan menyebabkan kualiti tanah berkurang dan menjadikannya tidak subur. Asid tersebut akan turun bersama-sama dengan hujan dan menimpa hidupan yang terdapat di dunia. Ini disebabkan dari udara yang memasuki paru-paru haiwan dan makanan dari sumber tumbuhan yang tercemar kesan pencemaran udara. Kesanya. Selain itu. ia membunuh tumbuh-tumbuhan dan juga hidupan air. kertas dan bahan binaan bangunan.

klorosis (pertukaran warna). dan pertumbuhan terbantut.Tumbuhan Kesan kepada tumbuhan adalah seperti mengalami kerosakan seperti nekrosis (keguguran daun). Kesihatan manusia . Kesan ini akan menyebabkan bumi kekurangan sumber makanan dan ekonomi sebahagian daripada penduduk juga terganggu.

penyakit lelah dan mengurangkan fungsi paru-paru. . Ia adalah tiga kali lebih tinggi daripada jumlah kematian yang disebabkan kemalangan kenderaan. Habuk. wap atau bahan-bahan lain juga menghalang penglihatan mata dan juga menjejaskan mata manusia. Gas-gas seperti karbon monoksida akan meracuni sistem pengangkutan oksigen dalam darah akan melambatkan tindak balas manusia dan kesan seterusnya menyebabkan mengantuk.Bahan tercemar seperti nitrogen oksida boleh menyebabkan edema dan pendarahan pulmonari.Kajian Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyatakan sebanyak tiga juta manusia mati setiap tahun disebabkan oleh pencemaran udara.Kesan utama pencemaran udara kepada manusia adalah sistem pernafasan. asap. Bahan tercemar seperti gas ozon boleh menimbulkan kerengsaan menyebabkan inflamasi paru-paru dan keupayaan bergerak. kabus.

PUNCA-PUNCA PENCEMARAN UDARA (2) PEMBAKARAN TERBUKA Pembakaran pokok tua di kawasan ladang untuk tujuan penanaman semula banyak partikel jelaga. Partikel jelaga ini boleh diterbangkan pada jarak yang jauh oleh angin dan inilah punca jerebu yang kerap menyelubungi ruang udara Malaysia. Api dari pembakaran ini bukan sahaja menghasilkan asap yang mencemarkan tetapi ia juga memusnahkan segala fauna dan flora di sekitarnya. .

Peralatan rumah seperti penyembur aerosol yang mengandungi CFC juga adalah punca pencemaran udara. Loji-loji janakuasa jenis ini mempunyai tahap kecekepan antara 35 dan 40 peratus di mana tenaga selebihnya bertukar menjadi haba.AKTIVITI HARIAN Isi rumah menyumbang kepada pencemaran melalui penggunaan tenaga untuk mesin dan perkakas elektrik seperti peti sejuk. Peti sejuk dan penyaman udara bukan sahaja menggunakan banyak tenaga tetapi alat-alat ini juga mencemarkan udara apabila cecair penyejuk yang digunakan melepaskan Klorofluorokarban (CFC) ke udara seterusnya menipiskan lapisan ozon. minyak dan arang batu. PUNCA-PUNCA PENCEMARAN UDARA PENJANAAN KUASA Hampir kesemua tenaga elektrik dihasilkan dengan membakar bahan api fosil seperti gas asli. . Malaysia menjana 86 peratus keperluan tenaga elektriknya melalui loji janakuasa konvensional manakala baki 14 peratus dihasilkan oleh stesen janakuasa hidro. Pada masa ini.

kenderaan motor adalah penyumbang utama kepada pencemaran udara. Penggunaan pengangkutan awam akan mengurangkan impak pencemaran ke atas alam sekitar. pemindahan luar bandar ke bandar dan kekurangan kemudahan pengangkutan awam yang cekap. tahap teknologi enjin dan juga jumlah tenaga yang diperlukan.KENDERAAN MOTOR Masyarakat moden amat bergantung kepada pengangkutan bermotor seperti kereta. . Angka ini akan terus meningkat dari tahun ke tahun dengan meningkatnya pendapatan. Di dalam sektor pengangkutan. yang menghasilkan asap dan bunyi bising yang membawa kesan buruk kepada keadaan setempat. 14 juta kenderaan berdaftar digunakan di Malaysia. jenis sumber tenaga. lori dan keretapi. Setiap pergerakan kenderaan motor menggunakan tenaga yang banyak dan hampir kesemuanya dihasilkan dengan membakar bahan api fosil. Dalam tahun 2004. Kualiti udara persekitaran amat bergantung kepada jenis sistem pengangkutan yang digunakan. angka ini dua kali ganda berbanding dengan sedekad lalu.

Namun kadar pengeluaran yang kian meningkat telah menyebabkan penambahan pada pelepasan pencemaran gas organik dan bukan organik. Pelbagai jenis industri menghasilkan bahan cemar yang berbeza. . Sesetengah bahan pencemar. pembangunan premis atau zon industri tanpa perancangan teliti dan kawalan akan mengakibatkan pencemaran bunyi dan getaran. Aktiviti di tapak pembinaan dan bunyi kipas ekzos di kilang-kilang adalah antara contoh-contoh aktiviti yang menghasilkan paras bunyi yang tinggi. bahan kimia dan juga habuk. Selain pelepasan bahan toksik ke udara. kimia dan juga getah. terutamanya elektronik. terutamanya karbon dioksida adalah merupakan gas rumah hijau yang amat memudaratkan boleh mengakibatkan perubahan iklim seluruh dunia. Contohnya industri kimia melepaskan pencemar yang mengandungi pelbagai kompaun yang berasaskan nitrogen dan sulfur. manakala kilang penapis minyak mengeluarkan asap yang mengandungi sulfur dioksida dan hidrokarbon. Industri logam pula bertanggungjawab mencemarkan udara dengan sulfur dioksida dan habuk toksik.AKTIVITI PERINDUSTRIAN & PEMBANGUNAN Perkembangan ekonomi Malaysia bergantung kepada industri pembuatan.