FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA SARJANA MUDA PENGAJARAN HBEF1503 MASYARAKAT DAN TAMADUN

NAMA PELAJAR : DAYANG MAZNAH BINTI JAAFAR NO. KAD PENGENALAN : 790831-12-5816 NO.MATRIK : 790831125816001 NOMBOR TELEFON : 0138721489 TUTOR : ENCIK SHARIF SALLEH PUSAT PEMBELAJARAN : PUSAT PEMBELAJARAN KOTA KINABALU SEMESTER SEPTEMBER / 2011

Manusia juga mencorakkan kehidupan dengan pelbagai cara.17 1.HBEF 1503 MASYARAKAT DAN TAMADUN ISI KANDUNGAN BIL PERKARA MUKA SURAT 1 2 3 4 5 6 7 8 9 Isi Kandungan Pendahuluan Konsep Budaya Konsep Tamadun Fungsi Budaya Kepelbagaian Budaya Contoh-Contoh Budaya Baik / Tepat Kesimpulan Rujukan I 1 2–6 7–8 9 9 – 13 13 – 14 14 – 15 16 .0 Pendahuluan Walaupun dari segi biologi. Cara hidup akan melahirkan budaya (contohnya daripada aktiviti 2 . tetapi perlakuan manusia amat berbeza. manusia tidak banyak berbeza dari haiwan primat. Ini kerana manusia dapat menggunakan akal fikiran dan peralatan dalam kehidupan seharian.

Tamadun dan budaya berbeza antara satu sama lain. Berdasarkan perbezaan ini. Secara umumnya menurut Kamus Dewan Edisi Keempat. Tylor. undang-undang. Dalam bahasa Melayu. kesenian. Malahan sesuatu tamadun itu melambangkan bangsa. agama dan budaya. Dalam intepretasi lain difahamkan bahawa budaya itu daripada rangkaian “daya” dan “budi” yang dapat dikatakan segala yang berupa cipta. budaya didefinisikan juga sebagai tamadun dan peradaban ataupun kemajuan fikiran. pendek kata di bawah satu tamadun yang besar terdapat pelbagai budaya yang diamalkan oleh masyarakat atau pengamalnya. budaya itu berasal daripada perkataan “budi”. Kebudayaan itu bermaksud segala hasil dari ciptaan itu. iaitu kata Sanskrit yang bermaksud akal. akal budi iaitu cara berfikir dan berkelakuan. kepercayaan.1 Konsep Budaya Pelbagai konsep budaya yang diberikan oleh ahli akademik dan juga pengkaji sosiologi serta antropologi.HBEF 1503 MASYARAKAT DAN TAMADUN harian) yang melambangkan tamadun bangsanya sendiri yang membentuk jati diri dan identiti sesuatu tamadun. Budaya adalah merupakan satu cara hidup namun ia terbatas kepada satu komuniti bangsa tertentu sahaja. rasa dan penggunaan fikiran manusia. Budaya itu ialah perlakuan-perlakuan manusia yang berkaitan dengan akal fikiran. mendefinisikan budaya sebagai satu sistem yang kompleks yang termasuk di dalamnya pengetahuan. dalam bukunya yang diterbitkan dalam tahun 1871. Tamadun pula dalam sesuatu situasi tertentu mengandungi beberapa bentuk budaya yang berlainan seperti yang wujud dalam tamadun Islam dan juga Barat. Melalui definisi ini dapat disimpulkan menjadi satu kenyataan bahawa kebudayaan terdiri daripada segala jenis tingkah laku yang dipelajari dan dari segi praktiknya ciri-ciri utama 3 .B. 1. adat dan sebarang kemahiran dan kebiasaan lain yang ada pada manusia yang menjadi anggota masyarakat. Konsep tamadun itu lebih luas berbanding dengan budaya. akhlak. Menurut E. Budaya adalah kata singkat daripada kebudayaan.

Pelbagai pengertian dan pendapat ahli antropologi yang diberikan. Herskovits dan Bronislaw Malinowski. norma. iaitu Selo Soemardjan dan Soelaiman Soemardi pula memegang kebudayaan sebagai alat penghasilan karya seni. segala sesuatu yang terdapat di dalam sesebuah masyarakat mempunyai hubungkait atau boleh ditentukan oleh kebudayaan yang dimiliki masyarakat itu sendiri. menjelaskan kebudayaan ialah sebagai satu cara hidup yang tersendiri. keagamaan selain penghasilan seni dan intelektual yang membentuk ciri-ciri khas sesebuah masyarakat. nilai. Dan dapatlah disimpulkan bahawa budaya adalah keseluruhan cara hidup manusia termasuk hasil ciptaan dan pemikiran yang sesuai dengan kehendak rohani dan jasmani yang menjadi 4 . menurut Andreas Eppink pula. ilmu pengetahuan serta struktur-struktur kemasyarakatan. Ahli antropologi dari alam Nusantara. Sementara itu. kebudayaan ialah keseluruhan pengertian. Ralp Linton (1945) pula berpendapat bahawa kebudayaan ialah segala yang dipelajari dan diulangi dalam sesebuah masyarakat iaitu warisan sosial ahli-ahli masyarakat. rasa dan penciptaan di dalam masyarakat.HBEF 1503 MASYARAKAT DAN TAMADUN pengkajian kebudayaan selalu dinyatakan sebagai sesuatu yang ditumpukan kepada adat istiadat dan cara. Clyde Kuckohn (1949). Menurut Melville J. Menurut Malinowsky dalam bukunya “A Scientific Theory of Culture” mengkelaskan budaya sebagai suatu tindak balas terhadap keperluan manusia. Herskovits seterusnya memandang budaya sebagai sesuatu yang diperturunkan daripada satu generasi ke generasi seterusnya dan konsep ini disebut sebagai organik lampau (atau ringkasnya superorganik).

proses mempelajari kebudayaan dinamakan sosialisasi. budaya “tidak kelihatan”. Budaya dikongsi adalah salah satu ciri kebudayaan dalam satu kumpulan masyarakat. Contohnya.HBEF 1503 MASYARAKAT DAN TAMADUN amalan untuk kesejahteraan hidup sesuatu kelompok masyarakat. Ciri budaya yang kedua ialah budaya dipelajari. Tingkahlaku. budaya saling berubah. budaya adaptif dan maladaptive dan budaya bersifat integritif. budaya mempengaruhi proses-proses biologi. bayi yang sama dibesarkan dalam masyarakat lain pula. masyarakat yang tinggal di tempat yang berlainan akan mempunyai budaya yang berlainan. Kita tidak menyedarinya kerana budaya itu telah mempengaruhi setiap tindakan dan pemikiran kita kerana ia telah menjadi tabiat yang dilakukan secara automatik. Budaya tidak kelihatan adalah ciri budaya yang ketiga. Oleh yang demikian. Tambahan pula dalam masyarakat berbilang kaum di Malaysia. pendidikan iaitu sekolah. bahasa rasmi ini dipelajari di institut-institut . budaya dipelajari. Ferraro(2006) menyenaraikan lapan ciri-ciri budaya iaitu budaya dikongsi. adat resam dan bahasa yang telah biasa kita lakukan. bayi yang dilahirkan ke dalam masyarakat dan membesar di dalamnya belajar dan amalkan adat resam dan kebudayaan masyarakatnya. kesejagatan budaya. Sekiranya. Sebagai contoh. Selain itu. Kegemaran kepada makanan inilah telah membawa ahli-ahli masyarakat bersama. adat resam dan bahasa tersebut adalah hasil daripada proses pembelajaran. idea atau kelakuan dalam konteks budaya tersebut. adalah sesuatu perbuatan yang bukannya terbentuk dari naluri. budaya adalah sesuatu yang dipelajari. Pelbagai bentuk tingkahlaku. kegiatan memberus gigi pada setiap pagi hari telah menjadi kelakuan biasa dalam rutin harian kita sehinggakan kita tidak perlu lagi berfikir 5 Begitu juga dengan bahasa. Ini bermaksud bahawa ahli-ahli masyarakat yang berkongsi sesuatu budaya maklum tentang maksud sesuatu objek. Sebagai contoh. Budaya tidak kelihatan bermaksud budaya itu telah sebati dengan jiwa kita sebagai insan sosial sehinggakan ia tidak kelihatan. orang-orang Malaysia gemar makan nasi lemak dengan sambal tumis udang ataupun sate.

Oleh itu. Budaya sering melalui proses perubahan dari masa ke semasa. negara kita Malaysia mempunyai pelbagai bangsa dan agama mengikut sistem kepercayaan yang menggariskan nilai-nilai moral dan cara hidup yang tersendiri. Kesejagatan budaya adalah merupakan ciri budaya yang keenam. Agama mungkin berbeza tetapi yang penting adalah panduan tentang moraliti dan perlakuan baik. Banyak perkara-perkara asas yang dikongsi bersama tidak kira di mana kita berada. tidur. berkumuh dan sebagainya. 6 . Inovasi yang diterima pakai oleh masyarakat secara meluas akan mencetus perubahan budaya. kita seharusnya memastikan bahawa makanan yang dihidangkan sesuai menurut kepercayaan agama mereka. masyarakat Melayu sangat mementingkan sama ada makanan mereka halal atau tidak. Contohnya. Inilah yang dikatakan kesejagatan budaya iaitu ekspresi luaran mungkin berbezabeza tetapi konsep teras yang ingin disampaika adalah sama. minum. Budaya juga mempengaruhi proses-proses biologi iaitu makan. budaya MTV yang berasal daripada industri muzik Amerika Syarikat telah banyak mempengaruhi tingkah laku remaja secara global. Ciri budaya yang kelima ialah budaya saling berubah. kerana budaya yang kita amalkan tidak kelihatan. Peraturan inilah yang juga digunakan sebagai garis panduan bagi seseorang itu bertindak dalam pergaulannya sebagai individu sesama insan sosial yang lain. jika kita mengadakan rumah terbuka dan ingin menjemput rakan-rakan berbangsa Melayu. Kita merujuk kepada budaya kita untuk melaksanakan proses-proses biologi menurut norma-norma yang diterima pakao oleh masyarakat kita. Namun demikian. oleh secara tidak langsung kita akan menganggap bahawa amalan budaya kita sama sahaja dengan amalan budaya yang lain.HBEF 1503 MASYARAKAT DAN TAMADUN mengenainya untuk mengarahkan diri kita untuk bertindak. Perubahan ini boleh berlaku melalui dua cara iaitu inovasi dan difusi budaya. Inovasi merujuk kepada idea-idea baru yang boleh digunakan untuk memajukan sesebuah masyarakat. Sebagai contoh. berlindung. Difusi budaya pula berlaku apabila elemen-elemen dalam sesuatu budaya itu merebak kepada budaya-budaya yang lain. Sebagai contoh.

aspek negatif boleh membawa kepada kehancuran masyarakat manusia. merupakan satu budaya yang diterima secara global. Aspek ini saling mempengaruhi antara satu sama lain. Sebagai contoh. tabiat merokok yang merokok Namun demikian. Sebagai contoh. Budaya memungkinkan manusia mengawal dan menggunakan alam persekitarannya untuk kepentingan diri sendiri. sistem perubatan. pendidikan. merupakan budaya maladaptif kerana ia boleh menjejaskan kesihatan dan turut akibat tertekan dengan kebimbangan kehilangan sumber pendapatan. Berlainan pula dengan budaya maladaptif iaitu tidak menyumbang kepada kelangsungan masyarakt manusia. Manusia primitif pada masa dahulu. agama. mencemarkan udara. keluarga. Sesuatu perubahan kepada mana-mana aspek budaya akan mencetuskan perubahan pada aspek-aspek yang lain.2 Konsep Tamadun 7 . Dalam jangka masa panjang. Misalnya. perlu mendapatkan sumbersumber dari alam semula jadi untuk terus hidup. Pelbagai aspek yang saling berkait rapat antara satu sama lain adalah merupakan budaya yang sebenar. negara yang mengalami kemelesetan ekonomi akan turut Institusi keluarga mungkin akan goyah menjejaskan aspek-aspek budaya yang lain. keluarga. kepimpinan teknologi. kerajaan. 1.HBEF 1503 MASYARAKAT DAN TAMADUN Sifat adaptif adalah salah satu ciri budaya yang memastikan kelangsungan masyarakat manusia. Sifat adaptif inilah yang memastikan manusia terus kekal dan dominan di muka bumi. Ciri budaya yang seterusnya ialah budaya yang bersifat integratif. seni hiburan dan keupacaraan. manusia telah mencipta peralatan untuk memburu binatang dan sebagainya. Budaya terdiri daripada aspek-aspek seperti ekonomi.

Berdasarkan Kamus Dwibahasa Oxford Fajar Edisi Ketiga. kesenian. Dari aspek bahasa Arab. Arnold J. tradisi dan istitusi yang diwarisi dari satu generasi ke satu generasi. kesenian. menurut Christian Pelras (1993:687). Edward L. penciptaan skrip tulisan.undang. Dalam aspek bahasa Melayu. Selain itu. tamadun dianggap sebagai kehidupan manusia yang dicirikan melalui kemajuan berunsurkan kebendaan dan aspek pemikiran yang tinggi. Farmer pula mendefinisikan tamadun sebagai satu unit budaya yang merangkumi norma-norma sosial. nilai hidup dan sebagainya. Dalam buku Tamadun Melayu Jilid 2.A. mudun dan maddana. tamadun adalah melambangkan pencapaian manusia di dalam kehidupan seperti pembangunan kota dan seni bina. struktur tamadun dan lain-lain. mentafsirkan tamadun sebagai satu pencapaian pemikiran dan gaya kebudayaan yang melahirkan institusi politik. istilah yang hampir sama dengan tamadun ialah culture and civilization.J Beg. Toynbee. Perkataan civilization dalam bahasa Inggeris berasal dari bahasa Greek iaitu civitas yang bermaksud bandar. 8 . agama dan polotik. Rohaniah dapat dilihat dari segi agama. undang. agama undang-undang dan juga politik. tamadun atau kebudayaan meliputi segala aspek kehidupan manusia dan bermasyarakat. kesusanteraan. manakala lahiriah merujuk kepada bandar. tidak hanya aspek rohani. Istilah Tamadun banyak digunakan dalam penulisan Tamadun Islam. mental dan sosial tetapi juga jasmani. Menurut M.HBEF 1503 MASYARAKAT DAN TAMADUN Perkataan tamadun boleh diertikan dalam pelbagai konteks. Ini membawa maksud bahawa tamadun merupakan suatu kehidupan manusia yang semakin maju dari segi rohaniah dan lahiriah atau pembukaan bandar. tamadun berasal daripada perkataan madain.

2. Istilah madaniyah seringkali digunakan menjurus kepada aspek pembangunan fizikal sematamata. telah menyenarai beberapa ciri-ciri tamadun iaitu kemajuan teknologi. istilah thaqafah pula lebih merujuk kepada pencapaian umat manusia dalam aspek sosiobudaya.HBEF 1503 MASYARAKAT DAN TAMADUN Haji Ishak Saat (2007) dalam bukunya bertajuk Kajian Sosial Akademik. Pembangunan yang pincang ini akhirnya mempengaruhi keruntuhan tamdun kebendaan sesuatu masyarakat itu. pembangunan sosiobudaya juga amat perlu dititikberatkan.0 Fungsi Budaya Budaya adalah keseluruhan cara hidup manusia termasuk hasil ciptaan dan pemikiran yang sesuai dengan kehendak rohani dan jasmani yang menjadi amalan untuk 9 . agama dan kepercayaan. mempunyai pembahagian tugas dalam kerjaya dan taraf kerjaya yang berbezabeza. terdapat pembangunan masyarakat kota. Antara pembangunan sosiobudaya tersebut adalah bahasa. tulisan dan bahasa dan budaya dan kesenian. istilah lain yang hampir sinonim makna dengan tamadun ialah madaniyah dan thaqafah. nilai dan adat resam. urbanisasi. masyarakat menjadi pengeluar barangan. membina bangunan unik dan berseni dan pakaian. agama. Pembangunan kebendaan sesuatu masyarakat itu dapat dikenali dengan adanya beberapa petanda yang menjadi asas kepada pembangunan sesuatu tamadun kebendaan itu. struktur sosial. Manakala. Oleh itu. Antaranya ialah wujud bentuk pemerintahan yang mewakili golongan pemimpin dan rakyat. Sesuatu pembangunan yang hanya terhad kepada pembangunan kebendaan sahaja tidak dianggap benar-benar bertamadun. Menurut Shukri Ahmad pula dalam buku Tamadun Islam:suatu sorotan. sistem ekonomi. sistem pemerintahan dan ekonomi.

negara Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai pelbagai kaum yang mempunyai budaya. Bronislaw Malinowski mengatakan ada 4 unsur pokok yang meliputi sistem norma sosial yang memungkinkan kerja sama antara para anggota masyarakat untuk menyesuaikan diri dengan alam sekelilingnya. ekonomi dan sosial. Manakala. Masyarakat yang yakin 10 . 3. Budaya kebendaan adalah seperti peralatan yang dapat memberi simbol dan makna kepada orang lain dalam erti kata yang lain bersifat konkrit. ensiklopedia bebas. sistem ekonomi. Sebagai contoh. Manakala. organisasi ekonomi. Menurut Shamsul Amri Baharuddin (2007). iaitu alat-alat teknologi. keluarga dan kekuasaan politik. budaya bukan kebendaan ialah kepercayaan. Di antara fungsi budaya ialah untuk memenuhi keperluan hidup masyarakat. Fungsi budaya dalam kehidupan masyarakat bertamadun amatlah penting. kita telah dapat mengetahui bahawa betapa pentingnya budaya dalam kehidupan bermasyarakat yang aman damai. alat-alat dan lembaga-lembaga atau petugas-petugas untuk pendidikan (keluarga adalah lembaga pendidikan utama) dan organisasi kekuatan (politik). adat resam dan ciri-ciri keistimewaan yang tersendiri. Kepelbagaian budaya ini telah membentuk satu identiti Malaysia yang harmonis dan bersama-sama berganding bahu untuk mengekalkan keamanan dan kestabilan dalam aspek politik.0 Kepelbagaian Budaya Merujuk kepada Wikipedia bahasa Indonesia. sebagai pengaturcara dalam hubungan manusia. galakan kepada manusia untuk mencipta dan sebagai alat penyatuan dan pengenalan identiti. Dengan contoh yang diberikan di atas. budaya dapat dibahagikan kepada dua jenis iaitu budaya bersifat kebendaan dan budaya yang bersifat bukan kebendaan. adat istiadat dan undang-undang. Herskovits menyebutkan kebudayaan memiliki 4 unsur pokok. sebagai panduan kepada masyarakat untuk bertingkah laku. Melville J.HBEF 1503 MASYARAKAT DAN TAMADUN kesejahteraan hidup sesuatu kelompok masyarakat.

Kamus Pelajar (1993) pula memberi takrifan bangsa sebagai kumpulan manusia yang sama asal usulnya serta serupa sifatnya. Menurut Kamus Dewan (1999). adat resam dan jantina. amalan positif atau negatif masyarakat tersebut bergantung kepada sejauh mana sistem budaya yang dilaksanakan dan kekuatan unsur-unsur yang terdapat di dalam budaya. Kepercayaan juga adalah sesuatu 11 . Cina dan India di Malaysia yang hidup bersama sejak dahulu dan telah membetuk identiti Malaysia yang ada kini. kerjasama dan toleransi dalam bilik darjah yang menjamin kesejahteraan dan keharmonian murid. Menurut Kamus Dewan (1994). Pergaulan bebas dan tidak berkelompok dalam satu masyarakat juga akan menentukan pola kehidupan masyarakat. nilai dan aspirasi yang sama. yang bersatu pada satu wilayah dan mempunyai keterikatan dengan wilayah tersebut. kepercayaan. Contohnya.HBEF 1503 MASYARAKAT DAN TAMADUN kepada budayanya akan menunjukkan rasa hormat dan patuh kepada amalan dan larangan yang terdapat dalam budaya tersebut. Masyarakat merupakan sekelompok besar manusia yang hidup saling berhubungan dan bergantungan berasaskan satu budaya serta bidang tertentu dan mempunyai matlamat yang sama. kepercayaan merupakan keyakinan atau akuan mengenai Seseorang yang menaruh kepercayaan akan berasa pasti terhadap sesuatu perkara yang berkenaan. bangsa merupakan sekumpulan orang yang mempunyai ciri-ciri kebudayaan. struktur masyarakat. Melayu. Kepelbagaian budaya juga boleh dilihat dari segi bangsa. Justeru. bahasa. Bangsa merupakan suatu kelompok manusia yang dianggap memiliki identity bersama. Kepelbagaian budaya yang kedua ialah struktur masyarakat atau kelas sosial. kebenaran berlakunya sesuatu perkara. murid golongan bawahan dapat bergaul dan berinteraksi dengan murid golongan atasan tanpa mengira budaya dan masyarakat lain. Hubungan yang baik juga dapat memupuk nilai persahabatan. Kepercayaan adalah merupakan kepelbagaian budaya yang ketiga. Secara langsung. Struktur masyarakat atau kelas social berperanan untuk mewujudkan perpaduan dalam kalangan masyarakat. Contohnya. satu suasana pembelajaran yang kondusif akan terbentuk.

Manakala. roh dan penunggu serta kesan negatif. Kedua. Dan ketiga.HBEF 1503 MASYARAKAT DAN TAMADUN yang dipercayai dan diterima dalam kehidupan masyarakat. kepercayaan dan norma sendiri. melestarikan kebudayaan dan penerusan pemikiran. Antara contoh kepercayaan masyarakat Melayu adalah seperti kepercayaan kepada pawang. Nilai dalam masyarakat boleh mempengaruhi norma masyarakat tersebut. tanah. Terdapat beberapa nilai masyarakat. air. Begitu juga dengan masyarakat India yang mengaitkan dewa dewi. Semangat yang berada dan hidup di dalam fenomena alam seperti langit. xonsentrisme iaitu anggapan bahawa budaya masyarakat lain adalah lebih baik daripada masyarakat sendiri. Bahasa dikatakan menjadi alat komunikasi untuk manusia bekerjasama. tidak boleh bersiul atau menyanyi di dapur dan banyak lagi. Masyarakat Cina juga turut mempercayai alam semesta dikuasai oleh semangat yang kekuatannya adalah luar biasa. unsur jahat seperti hantu. dukun dan bomoh. Kepelbagaian budaya juga boleh dilihat dari aspek bahasa. unsur alam. Sebagai contoh. Bahasa juga berfungsi untuk memenuhi pelbagai 12 . tumbuhan. masyarakat Melayu banyak meninggalkan pelbagai kepercayaan yang mengandungi pelbagai pantang larang. Melalui bahasa kita dapat membentuk identiti kelompok dan penyatuan dalam masyarakat. gunung dan fenomena lain. Kepercayaan dan pantang larang tersebut bertujuan untuk mendidik tetapi disampaikan seara halus supaya tidak menyinggung perasaan mereka yang ditegur malah dapat memperkayakan adat dalam masyarakat. Kepercayaan memberi halatuju manusia tentang kehidupan. relativisme iaitu sesuatu budaya tidak boleh dinilai secara arbitari dengan menggunakan nilai. nilai merupakan prinsip-prinsip yang menentukan apakah yang sesuai dan bermoral dalam sesebuah masyarakat. antaranya adalah etnosnetrik iaitu menilai budaya masyarakat lain berpandukan nilai. kepercayaan dan norma sendiri. Manakala. dengan kaedah yang Cole (1998) berpendapat bahasa adalah satu set simbol dan aturcara-aturcara yang disusun bersama bermakna dengan sistem komunikasi yang kompleks. contoh pantang larang masyarakat Melayu adalah melarang anak duduk di atas bantal. matahari. tunjuk ajar dan nasihat yang berguna kepada anak cucunya yang masih mentah dalam kehidupan harian. menjahit di waktu senja. Nilai dan kepercayaan adalah saling berkaitan.

Masyarakat India pula mempunyai adat resam yang mengamalkan adat Valaikaapu iaitu adat ketika wanita India mengandung sulung menjangkau usia tujuh hingga sembila bulan. beberapa adat resam yang diamalkan adalah mementingkan anak lelaki. Tujuannya juga untuk memberi nama kepada bayi yang beru dilahirkan. Adat juga adalah piawai iaitu adapat atau kelaziman yang diharapkan daripada anggota masyarakat. orang Melayu bertutur dalam bahasa Melayu tetapi dialek antara negeri membezakannya. Walaupun 13 . Cina dan India mempunyai adat resam masing-masing. feelings and behavior that identify one as either male or female”. Aspek adat resam juga boleh dilihat sebagai kepelbagaian budaya. Orang Cina Pulau Pinang dan Melaka menggunakan Hokkein. sementara orang Cina Kuala Lumpur. dipakaikan sebentuk gelang tangan yang dinamakan Suulkaappu. Adat resam kelahiran seperti melenggang perut diamalkan ketika wanita hamil tujuh bulan. “the term gender describes masculinity and feminity – the thoughts. adat dapat dilihat pada tiga aspek iaitu adat resam kelahiran. Orang India bertutur dalam bahasa Tamil yang diambil dari negeri Tamil Naidu. Adat resam adalah sesuatu cara yang telah ditentukan untuk melakukan sesuatu yang telah diakui oleh masyarakat. Contohnya bagi masyarakat Melayu. Ipoh dan Seremban berbahasa Hakka. meminang dan bertunang bertujuan untuk mengenali pasangan dengan lebih mendalam sebelum dinikahkan. Sebagai contoh di Malaysia. Bagi adat perkahwinan. Di Malaysia. turu mempunyai kesan (isbat) kepada pelaku sama ada positif atau negatif. terdapat pula unsur dialek yang mempengaruhi bahasa yang digunakan. untuk menyatakan perasaan (fungsi ekspresif) atau menaakul kebijaksanaan (fungsi kognitif). nama terdiri daripada tiga perkataan dengan dimulai dengan nama keluarga. setiap masyarakat Melayu. perkahwinan dan kematian. adat kematian adakah kenduri arwah yang diadakan dan diurus oleh waris atau saudara untuk disedekahkan kepada arwah. Bagi adat resam Cina pula. Kepelbagaian budaya juga boleh dilihat dari aspek jantina (gender). Menurut Butler dan Manning (1998). Manakala.HBEF 1503 MASYARAKAT DAN TAMADUN tujuan bagi menggambarkan suasana atau menyampaikan maklumat penutur dengan pendengar (fungsi komunikatif) supaya pendengar menyambut (fungsi apelatif). Dalam kumpulan yang menggunakan bahasa sebagai alat komunikas.

Contoh kedua ialah dari aspek perayaan. Terdapat kepelbagaian budaya dalam kehidupan masyarakat.0 Contoh-contoh Budaya Baik dan Tepat Tiap-tiap budaya mempunyai sistem nilainya yang tersendiri berdasarkan pandangan dan penghayatannya. 5. masih terdapat perbezaan ketara di antara mereka. Oleh yang demikian. Nilai-nilai dalam masyarakat akan terus diwarisi hingga kepada generasinya melalui proses sosialisasi.0 Kesimpulan 14 . budaya adalah sesuatu cara hidup yang boleh dipelajari. Campuran jantina di dalam bilik darjah memberi peluang murid-murid dari segi jantina serta meluaskan lagi ruang persefahaman dan toleransi. tidak hairanlah sesuatu budaya masyarakat boleh diterimapakai oleh masyarakat lain kerana ia tidak membawa kesan yang negatif. Namun demikian. pada masa kini. Salah satu contoh bagi budaya yang baik ialah dari aspek pakaian. Perempuan lebih cepat matang tetapi pada satu tahap umur tahap kematangan adalah sama. Lelaki secara fitrahnya bersikap keras dan agresif berbanding perempuan yang lebih bersopan santun dan berhemah. 4. bukan sahaja masyarakat Melayu yang memakai pakaian tersebut tetapi juga masyarakat Cina dan India serta bangsa asing. Namun begitu. Ini kerana Baju Kurung menunjukkan ciri-ciri yang sopan iaitu tidak mendedahkan tubuh badan. Pakaian Baju Kurung adalah merupakan pakaian bagi budaya masyarakat Melayu.HBEF 1503 MASYARAKAT DAN TAMADUN ada persamaan antara lelaki dan perempuan.

Fungsi budaya dalam kehidupan adalah untuk memenuhi keperluan hidup. Pengertian tamadun membawa konsep yang sangat luas dan kompleks. kesusasteraan. sebagai panduan untuk bertingkah laku. Budaya merujuk kepada satu cara hidup yang diamalkan kebanyakan orang samaada dari segi pemikiran. adat kerana ia merujuk kepada pencapaian menyeluruh manusia dalam pembangunan pentadbiran. masyarakat 15 Ini Kepelbagaian budaya ini boleh dilihat dari segi bangsa. budaya adaptif dan maladaptif dan budaya bersifat integritif. Terdapat beberapa ciri budaya seperti yang disenaraikan oleh Ferraro(2006) iaitu budaya dikongsi. sistem tulisan dan juga . resam dan jantina. nilai kepercayaan. pemikiran dalam bidang ilmu pengetahuan. cara pemikiran. budaya “tidak kelihatan”. moral dan adat resam. Budaya merupakan antara faktor yang melahirkan sesuatu masyarakat dan bangsa yang dinilai berdasarkan di atas kejayaan dan kekuatan tamadun yang dibangunkan. agama. struktur masyarakat. kepercayaan. perbandaran. Masyarakatnya mampu berkembang daripada pelbagai sudut sosial dan sains. Budaya merupakan warisan sosial manusia. Melalui perkembangan sosial dan sains. Dalam kehidupan masyarakat terdapat pelbagai kebudayaan. budaya saling berubah. pandangan dan tabiat berfikir seseorang itu. kepimpinan dan undangundang. sebagai galakan manusia mencipta dan sebagai alat penyatuan dan pengenalan identiti. budaya mempengaruhi proses-proses biologi. Sesebuah tamadun lahir hasil daripada interaksi manusia atau masyarakatnya yang melahirkan satu cara hidup. perasaan dan tingkah laku yang boleh diwarisi. budaya dipelajari. mengatur hubungan manusia. bahasa. kesejagatan budaya.HBEF 1503 MASYARAKAT DAN TAMADUN Budaya dari segi bahasa merupakan satu cara yang diamalkan dalam kehidupan bermasyarakat kini.

Titas Kertas 2. Petaling Jaya : Fajar Bakti. Rujukan Azhar Hj Mad Aros (2000). Kuala Lumpur: DBP 16 . Ilmu sejarah dan pensejarahan. Ketamaduan setiap kumpulan manusia atau masyarakat mempunyai identiti yang melambangkan jati diri dan falsafah kehidupan yang maju dan selari dengan pegangan agama dan norma-norma masyarakat. Masyarakat yang tidak mempunyai budi pekerti dan sopan santun yang tinggi adalah masyarakat yang tidak bertamadun kerana ia meruntuhkan ketamadunan mereka sendiri. Arba’iyah Mohd Noor (2002).HBEF 1503 MASYARAKAT DAN TAMADUN sesebuah tamadun mewujudkan kesatuan budaya dan kesenian yang mewakili ketamadunan mereka sendiri.

Bhd. Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman Sdn. Tamadun Melayu jilid Satu. Kajian Sosial Akademik. (n. (n.scribd. Haji Ishak Saat. Tamadun Islam: Suatu Sorotan. Budaya. Kamus Dewan (Edisi Keempat).d. Lucy Mair (1989). Antropologi Sosial Permulaan. Rahman Al-Ahmadi (1993). Diperoleh daripada laman web http://ms.d. 2011. Konsep Budaya.docstoc.wiki/Budaya. Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn. pada Okt 10. Diperolehi daripada laman web http://www. A. Kuala Lumpur : DBP. 2011. Pahang Darul Makmur: PTS Publications & Distributor Sdn.).HBEF 1503 MASYARAKAT DAN TAMADUN Budaya dan Tamadun (n.).d. (2007). (n. 2011. Budaya dan Pembelajaran. 17 . Wikipedia Bahasa Indonesia. Munif Zarirruddin Fikri Nordin & Solahuddin Ismail (2002).com/doc/12919304/Tamadun-Dan-Kaitannya-DenganKebudayaan-Dan-Kesenian.). pada Okt 10. pada Okt 10. 2011. Bhd. Kuala Lumpur : DBP. Syed Ismail Mustapa. Rahman Khudzri Wan Abdullah. Aziz Deraman dan Abd. Tamadun dan Kaitannya dengan Kebudayaan dan Kesenian. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.wikipedia.net/keronuex/nota-lengkap-modul-titasnew.).com/docs/6370651/Arnold J_Toynbee.slideshare. Wan Ab. Terjemahan Azemi Salim. Diperolehi daripada laman web http://www.org. Diperolehi daripada http://www. Bhd.d. Ahmad Subki Miskon (2010). Ismail Hussein. pada Okt 10.

Tamadun Melayu teras tamadun Malaysia.org/wiki/Tamadun. 2011 daripada http://www.scribd. pada Okt 18.com/doc/25338646/Bab-3-Tamadun-Melayu 18 . (nd). Tamadun.HBEF 1503 MASYARAKAT DAN TAMADUN Wikipedia (2009).wikipedia. Zainal Abidin Borhan dan Ahmad Hakimi Khairuddin. 2011. Diperoleh pada Okt 25. Diperoleh daripada laman web http://ms.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful