You are on page 1of 7

BAB 4: BARIUM TITANATE NANOPARTIKEL 4.

1 PENGENALAN Barium titanate, BaTiO3 yang mempunyai struktur perovskite telah menunjukkan sifat-sifat

yang unik termasuklah pemalar dielektrik yang sangat tinggi. Barium titanate mempunyai struktur kristal seperti kristal tunggal (single crystal) dan polihabluran (polycrystalline) barium titanate dan mempunyai fasa-fasa yang berlainan pada suhu tertentu: struktur tetragonal (<132), struktur kubus (<132), struktur heksagon (<1432) dan menjadi cecair pada suhu 1625. Pada saiz nano serbuk barium titanate, terdapat struktur kristal tunggal dan pemalar dielektriknya akan menurun dengan mendadak. Dalam fasa-fasa tersebut, barium titanate yang berstruktur kubus mempunyai struktur perovskite yang sempurna dan tidak memberikan sebarang kesan feroelektrik. Dalam erti kata lain, 132 merupakan suhu Curie bagi barium titanate kehilangan sifat feroelektriknya. Maka, barium titanate berstruktur tetragonal telah digunakan sebagai dielektrik seramik dalam kapasitor seramik multi-lapisan. Barium titanate yang berstruktur perovskite tetragonal menyebabkan strukturnya berpolar dan bersifat feroelektrik menyebabkan pemalar dielektriknya yang tinggi. Namun begitu, semasa saiz barium titanate dihasilkan dalam saiz nano akan mempunyai benda asing seperti kumpulan hidroksil dan karbonat lalu menyebabkan penurunan pemalar dielektriknya dengan banyak. Untuk menghasilkan serbuk nano barium titanate yang mempunyai pemalar dielektrik yang tinggi, terdapat dua faktor yang harus dipenuhi oleh kekisi barium titnate, iaitu nisbah c/a yang rendah dan isipadu unit sel (cell volume) yang tinggi[2]. Nisbah c/a kekisi barium titanate ditunjukkan dalam gambar 1 di bawah.

Gambar 1: Kekisi kubus (sebelah kiri) dan kekisi tetragonal (sebelah kanan) bagi struktur perovskite barium titanate[2]. Tetapi keadaan ini berubah selepas Wada et al. mendapati bahawa terdapat satu pemalar dielektrik yang tinggi akan berlaku pada tahap saiz serbuk nano barium titanate yang tertentu jika penguraian terma dua tahap dilakukan ke atas barium titanyl oxalate tetrahydrate (BTOT). Pemalar dielektrik yang didapati oleh kumpulan tersebut ialah 15000 yang tertumpu pada serbuk nano barium titanate yang bersaiz 68 nm 70 nm [3, 4]. Untuk mendapatkan saiz serbuk yang lebih seimbang, kaedah dua tahap terma panguraian (2 steps thermal decomposition) telah diikuti dengan rawatan selepas, atau lebih dikenali sebagai penyepuhlindapan(annealing). Dalam kaedah ini, saiz serbuk nano yang lebih seimbang didapati pemalar elektrik yang lebih rendah daripada kaedah yang sebelumnya, iaitu sebanyak 5000 pada saiz 140 nm [1, 2, 5]. Pada saiz serbuk nano 140 nm, barium titanate mempunyai struktur partikel yang unik, iaitu struktur komposit yang terdiri daripada kubus dan tetragonal. Ramai penyelidik mendapati bahawa struktur komposit barium titanate ini akan menghasilkan dielektrik barium titanate yang tinggi [3, 6]. Gambar 2 di bawah menunjukkan strutur komposit barium titanate yang terdiri daripada 3 lapisan, iaitu lapisan struktur cubic, kecerunan lapisan ketegangan kekisi (gradient lattice strain layer, GLSL) dan lapisan struktur tetragonal.

Gambar 2: Lapisan- lapisan struktur barium titanate yang berbeza [6]. Daripada Gambar 2, serbuk barium titanate bersaiz 20 nm hanya berstruktur kubus menyebabkannya kehilangan sifat feroelektrik. Manakala bagi saiz serbuk yang semakin

bertambah, lapisan GLSL akan bertambah juga. Terdapatnya kajian menyatakan bahawa lapisan GLSL ini menyebabkan pemalar dielektrik yang sangat tinggi tetapi akan diturunkan nilainya oleh lapisan luar komposit yang berstruktur kubus. Manakala bagi serbuk nano yang bersaiz 140 nm, barium titanate mempunyai lapisan struktur kubus yang nipis dan lapisan GLSL yang tinggi. Ini merupakan sebab pemalar dielektriknya mencecah 5000. Dalam produk kami, serbuk nano barium titanate akan dihasilkan melalui kaedah penguraian terma dua tahap dan diikuti dengan penyepuhlindapan(annealing) pada BTOT. Dengan pemprosesan yang dibincangkan di bawah, purata saiz serbuk nano barium titanate akan dihasilkan pada saiz 140 nm. Barium titanate yang bersaiz 140 nm akan mempunyai pemalar dielektrik yang tinggi sebanyak 5000 disebabkan struktur lapisan komposit partikelnya, nisbah c/a kekisi yang rendah dan volume sel yang tinggi. Jadual 1 di bawah telah menunjukkan bahawa saiz partikel yang bersaiz 140 nm akan mempunyai nisbah c/a yang rendah, iaitu 1.00653 dan isipadu unit sel yang tinggi, iaitu 64.539 angstrom.

Jadual 1: Perbandingan nisbah c/a dan isipadu unit sel antara saiz partikel 40 nm, 140 nm dan 430 nm[2].

4.2 PEMPROSESAN SERBUK NANO BARIUM TITANATE barium titanyl oxalate tetrahydrate, [BaTiO(C2 O4 )2 . 4H2 O] dan rawatan terma selepas Partikel barium titanate bersaiz nano dihasilkan melalui penguraian terma dua tahap pada penyepuhlindapan(annealing). Dengan kaedah ini, barium titanate yang dihasilkan mempunyai ketulenan yang tinggi dan kecacatan strutur (structure defect) yang rendah. Pada tahap pertama terma penguraian, barium titanyl oxalate akan dipanaskan pada suhu 500 selama 3 perantaraan, Ba2 Ti2 O5 . CO3 (Intermediate compound) yang berstruktur amorfus akan berlaku. jam di dalam udara dengan menggunakan relauan vakum. Seterusnya, pembentukan sebatian

Pada tahap kedua terma penguraian, suhu sebanyak 650 dan keadaan vakum 1 Pa akan dilaksanakan ke atas sebatian perantaraan tersebut untuk menghasilkan barium titanate bersaiz nano yang berbeza (22 - 500 nm). Selepas itu, rawatan terma selepas akan dilakukan pada suhu 850 dalam udara ke atas barium titanate tersebut. Serbuk nano barium titanate yang mempunyai purata saiz 140 nm akan terhasil dan mempunyai pemalar dielektrik yang setinggi 5000[1, 2, 5]. Jadual 2 di bawah menunjukkan taburan pemalar dielektrik pada setiap saiz nano barium titanate yang tertentu.

Jadual 2: Taburan pemalar dielektrik pada setiap saiz nano barium titanate yang tertentu [1].

4.3 PENYERAKAN SERBUK NANO BARIUM TITANATE Penyerakan serbuk barium titanate akan dilakukan melalui surfaktan dan pengawalan pH larutan acid melalui penitratan. Seperti keadaan bagi aluminium oksida, cas permukaan harus dikawal dengan perubahan pH. Titik cas kosong bagi barium titanate adalah ph 7 [7]. Maka, untuk mendapatkan koloid barium titanate, fasa penyebar (dispersed phase) yang menyebar dalam medium penyebaran (dispersion medium) dengan baik, surfaktan telah dipraktikkan dalam penyebaran tersebut. surfaktan yang telah dipilih adalah sodium dodecyl sulfate (SDS) kerana SDS boleh memainkan peranan sebagai dopan dalam pempolimeran polipyrrole [8, 9]. Maka, SDS yang berlebihan tidak perlu mengempar keluar dan menjimatkan masa serta kos. Gambar 3 di bawah menunjukkan bentuk barium titanate yang dikelilingi oleh SDS.

Gambar 3: Bentuk barium titanate yang dikelilingi oleh SDS.

Untuk menjadikan cas permukaan barium titanate positif, barium titanate akan ditaburkan ke dalam larutan natrium klorida (medium polar dan neutral) yang telah dititratkan dengan ferum klorida ke pH yang lebih rendah daripada pH 7, biasanya dalam lingkungan pH 5 6. Tambahan pula, surfaktan SDS terdapat dalam larutan tersebut yang yang mempunyai kepala anionic (polar) dan ekor yang hidrofobik. Semasa barium titanate ditaburkan, rawatan sonifikasi akan dikenakan untuk menggalakkan penyebaran barium titanate dalam larutan tersebut. Selepas barium titanate tersebar, permukaannya akan menjadi positif dan menolak partikel yang positif antara satu sama lain. Selepas itu, surfaktan akan mendekati permukaan tersebut dan bergabung untuk menjadikan permukaan barium titante secara hidrofobik. Teknik sonifikasi yang digunakan dalam membantu penyebaran barium titanate dengan baik. Ini disebabkan terdapatnya ikatan elektrostatik di antara partikel-partikel barium titanate

yang kuat. Dengan menggunakan teknik sonfikasi melalui mandi sonifikasi (sonification bath), getaran gelombang akan cuba memutuskan ikatan tersebut [10, 11]. Rawatan sonifikasi sebanyak 60 W akan dijalankan selama 15 minit. Lalunya, cas permukaan partikel yang terdedah kepada pH tertentu akan menjadi positif. Seterusnya, surfaktan akan memainkan peranannya untuk melekat pada permukaan partikel tersebut. Melalui kaedah ini, permukaan barium titanate yang bersifat hidrofobik akan menyebar dengan baik dalam larutan asid lemah tersebut yang bersifat hidrofilik.

RUJUKAN 1. 2. 3. 4. 5. Hoshina, T., et al., Size and temperature induced phase trasition behaviors of barium titanate. Journal of Applied Physics, 2006. 99: p. 54311-54318. Yashima, M., et al., Size effect on the crystal structure of barium titanate nanoparticles. Journal of Applied Physics, 2005. 98: p. 14313-14320. Wada, S., et al., Origin of Ultrahigh Dielectric Constant for Barium Titanate Nanoparticles. Jouurnal of the Korean Physical Society, 2007. 51: p. 878-881. Hoshina, T., et al., Particle size and temperature dependence of THz-region dielectric p[roperties for BatiO3 nanoparticles. Ferroelectrics, 2007. 353: p. 55-62. Kobayashi, Y., et al., Size effect on crystal structure of barium titanate nanoparticles prepared by a sol-gel method. Journal of Sol-Gel Science and Technology, 2004. 29: p. 49-55. 6. 7. Hoshina, T., et al., Composite structure and size effect of barium titanate nanoparticles. Applied Physics Letters, 2008. 93: p. 192914-192916. Lopez, M.C.B., B. Rand, and F.L. RIiley, Polymeric stabilisation of aqueous suspension lof barium titanate. Part I: Effect of pH. Journal of European Ceramin Society, 2000. 20: p. 1579-1586. 8. Pailleret, A., et al., Surface reactivity of polypyrrole/ iron-oxide nanoparticles: electrochemical and CS-AFM investigation. Journal of Solid State Electrochemistry, 2007. 11: p. 1013-1021.

9.

Yuan, W.L., et al., Thin polypyrrole films formed on mica and alumina with and without surfactant present: characterization by scanning probe and optical microscopy. Thin Solid Films, 2001. 385: p. 96-108.

10.

Paik, U., S. Lee, and A. Hackley, Influence of Barium Dissolution on the Electrokinetic Properties of Colloidal BaTiO3 in an aqueous medium. Journal of American Ceramic Society, 2003. 86: p. 1662-1668.

11.

Chang, S.J., et al., An efficient approach to derive hydroxyl groups on the surface of barium titanate nanoparticles to improve its chemical modification ability. Journal of Colloid and Interface Science, 2009. 329: p. 300-305.