You are on page 1of 34

1

PENDAHULUAN

Pengenalan
Dalam literatur, Cratty (1973), Marten (1977), Weinberg dan Gould (1999) telah
mendapati bahawa tahap kebimbangan yang serius akan menyebabkan kemerosotan
pencapaian dan prestasi sama ada bagi atlet sendiri ataupun pasukannya. Kebimbangan
ini akan menggagalkan kesemua perancangan yang diatur oleh sesuatu pasukan. Turut
dinyatakan juga panduan-panduan yang boleh digunakan oleh seseorang jurulatih untuk
mengurangkan tahap kebimbangan yang dialami oleh atletnya.
Kebimbangan merupakan satu perasaan bersiIat negatiI yang wujud melalui perasaan
takut, gemuruh, gugup, gementar, bimbang, kekhuatiran dan menghubungkan
pengaktiIan atau kebangkitan dari segi tubuh badan (Weinberg, 1999). Kebimbangan
juga mempunyai kompenen seperti kebimbangan kognitiI dan kebimbangan somatik
(Weinberg, 1999). Kebimbangan merupakan konsep yang amat penting dalam teori
psikoanalitik. Ia memainkan peranan penting bagi meningkatkan personaliti di samping
berIungsi secara dinamik terhadap personaliti. Menurut Martens (1977) menerusi
bukunya The Problem Of Anxiety, (1973), telah mendeIinisikan kebimbangan sebagai
satu keadaan yang kurang selesa, diiringi oleh rembesan hormon, sebagai satu amaran,
simtom yang direka secara teratur untuk menyingkirkan keadaan yang kurang selesa,
satu situasi yang merbahaya. Kebimbangan mungkin menjadi Ienomena utama dan
masalah neurosis.
2

$etiap individu akan mengalami tahap kebimbangan yang berlainan terhadap situasi-
situasi tertentu. Cratty (1973) menyatakan bahawa individu yang tidak pernah berasa
takut atau bimbang merupakan individu yang cacat personaliti. $emasa pertandingan,
perasaan bimbang bukan hanya dialami oleh jurulatih, penyokong dan penonton.
Perasaan ini boleh dimaniIestasikan oleh perasaan ketidakpastian serta tanda-tanda
Iizikal seperti perut memulas, tapak tangan berpeluh, rasa sejuk atau denyutan jantung
pantas (Cratty, 1973).
Kebimbangan merupakan suatu keadaan di mana wujud perasaan takut atau gementar
terhadap sesuatu perkara yang berlaku atau akan berlaku sama ada pada diri sendiri atau
pada orang yang ada pertalian dengan kita. $ekiranya kebimbangan dapat dikawal
melalui sistem biologi, ini bermakna perubahan dasar dalam organisasi peradaban akan
berterusan dan kebarangkalian kegembiraan individu akan bertambah. Kebimbangan
merupakan Ienomena psikologi yang boleh merebak. Menurut Walker (1975),
kebimbangan dirujuk sebagai reaksi individu terhadap situasi yang dianggap menggugat
kesejahteraan. Tambahan pula kebimbangan juga merupakan jenis reaksi kognitiI yang
dicirikan atau ditandakan oleh keraguan sendiri ($pielberg dan $arason, 1975)
Mengikut taIsiran $pielberg (1966), kebimbangan adalah satu keadaan emosi yang
wujud dan dicirikan oleh keIahaman dan ketegangan atau pengaruh untuk menganggap
sesuatu situasi itu mengancam dan bertindak balas terhadap rangsangan atau situasi pada
tahap kebimbangan yang berlainan. Persediaan psikologi para atlet penting sebelum
bertanding kerana kebimbangan merupakan reaksi perasaan pertama dari berbagai-bagai
Iaktor tekanan dalam pertandingan. Oleh itu, terdapat pengalaman emosi yang agak
3

kekal pada atlet akibat daripada penyertaan dalam sebarang aktiviti itu terutamanya
semasa dalam suasana pertandingan ($traub, 1980).
Dalam perspektiI sukan, imageri memainkan peranan penting untuk meningkatkan
prestasi terutamanya dalam pertandingan dalam pertandingan yang penting. Menurut
Hardy, Jones dan Gould (1997), imageri merupukan kompenen utama dalam setiap
persedian mental atlet untuk sesuatu sesuatu pertandingan, sama ada secara tersusun atau
tidak tersusun. Kemahiran imageri tersusun membolehkan atlit berlatih memenuhi
pelbagai keperluan seperti membina keyakinan, belajar kemahiran baru dan relaksasi.
Penggunaan imageri dalam sukan dengan tersusun akan mendapat hasil terbaik untuk
prestasi.
Imageri membantu mengatasi pelbagai masalah mental dan emosi semasa pertandingan.
Melalui bayangan yang dilakukan, seseorang atlet lebih bersedia menghadapi
pertandingan. Imageri terhadap sesuatu lakuan positiI akan membantu atlet dalam
meningkatkan prestasi. Ini diperoleh melalui peneguhan lakuan yang dilakukan dan juga
pembelajaran motor berlaku. Imageri membolehkan atlet untuk menghadapi sebarang
kemungkinan yang akan berlaku semasa pertandingan.
Bayangan yang dilakukan dapat meningkatkan keyakinan diri untuk menghadapi
pertandingan. Bayangan yang dilakukan akan membina keyakinan kukuh untuk
melakukan kemahiran terbaik semasa pertandingan. Ini menjadikan atlet untuk lebih
berkeyakinan dan mampu mengatasi tekanan luaran dan dalaman semasa pertandingan.
4

$ecara kesimpulannya, kaedah imageri ini sesuai untuk dilakukan oleh atlet dan perlu
didedahkan oleh jurulatih kepada atlet untuk mengurangkan tahap kebimbangan mereka
semasa menghadapi pertandingan. Melalui teknik bayangan ini, atlet akan berasa lebih
yakin akan kemampuan dan pengukuhan kemahiran dapat dilakukan agar atlet dapat
mencapai prestasi kemuncak semasa pertandingan.
#efleksi Pengajaran dan Pembelajaran.
Pada praktikum Iasa 2 yang lalu di $K $T Alphonsus Julau, saya mendapati tahap
kebimbangan murid sebelum pertandingan amat tinggi sebelum sesuatu pertandingan
tersebut dimulakan. Tahap kebimbangan ini saya perhatikan mempengaruhi prestasi
sebenar murid tersebut. Ini dapat diperhatikan melalui catatan masa yang di ambil oleh
semua atlet olahraga tersebut. Pada peringkat latihan, kebanyakan atlet dapat
menunjukkan prestasi sebenar mereka tetapi semasa pertandingan sebenar prestasi
mereka menurun.
Apabila melihat keadaan ini, saya telah melakukan soal jawab secara lisan bersama atlet
tersebut selepas sesuatu acara tersebut tamat. Kebanyakan atlet menjawab yang mereka
berasa takut ketika beraksi. Perasaan takut mereka ini ialah diakibatkan tahap
kebimbangan mereka pada tahap yang tinggi.
Oleh itu, untuk tajuk kajian tindakan pada kali ini saya ingin mencari kaedah yang
berkesan untuk mengurangkan tahap kebimbangan atlet untuk mencapai prestasi
kemuncak mereka.

3

#efleksi Nilai Pendidikan.
Berdasarkan hasil pembacaan dan pengalaman yang telah saya alami ketika menjalani
Iasa praktikum dari yang pertama hinggalah yang ketiga, saya telah didedahkan dengan
nilai pendidikan yang merujuk kepada seorang guru. Nilai merupakan sesuatu yang
abstrak dan tidak dapat diukur.
Nilai mungkin tidak dapat ditunjukkan secara Iizikal tetapi boleh dilihat dari siIat yang
dizahirkan dengan perilaku seseorang. Nilai merupakan satu set pegangan yang asas
bagi membentuk sahsiah, sikap dan kelakuan seseorang individu. $et pegangan ini
menentukan kriteria perlakuan yang baik ataupun sebaliknya.
Nilai juga dapat ditakriIkan sebagai kehendak dan keinginan yang mendorong seseorang
atau sesebuah institusi untuk bertindak mengikut pemilihan berasaskan norma-norma
utama meliputi perilaku dan amalan masyarakat. Oleh yang demikian, nilai merupakan
aspek penting dan perlu diterapkan ke dalam pendidikan melalui sesi pengajaran dan
pembelajaran bagi menyemai sikap, sahsiah dan perlakuan yang positiI kepada
masyarakat.
Dalam kajian ini, nilai yang dapat diterapkan ialah kebolehan murid untuk mengawal
kebimbangan ataupun emosi mereka dengan membayangkan apa yang akan berlaku
ketika perlawanan berlangsung. Melalui kaedah imageri juga, atlet dapat
mengaplikasikan nilai kebolehan untuk menyelesaikan masalah dalam pelajaran di
dalam kelas selain daripada masalah ketika pertandingan.

6

4kus Kajian
Isu Kajian
Bagi kajian yang akan dilakukan saya pada kali ini berIokuskan kepada masalah
kebimbangan atlet yang berlaku sebelum pertandingan. Kebanyakan atlet sekolah rendah
mengalami masalah kebimbangan yang tinggi ketika mengalami pertandingan dan ini
memberikan kesan kepada prestasi mereka. Oleh yang demikian, diharap kajian ini dapat
mengenal pasti keberkesanan teknik imageri dalam pengurangan tahap kebimbangan
murid. Melalui kajian ini juga kita dapat mengenal pasti cara yang paling berkesan
dalam usaha untuk meningkatkan prestasi murid yang mempunyai tahap kebimbangan
yang tinggi ke tahap yang paling optimum.

Kebolehtadbiran untuk kajian ini mudah untuk ditadbir kerana tidak memerlukan
peralatan yang banyak kerana kajian ini merupakan kajian tentang psikologi atlet.
Kebolehtadbiran kajian membolehkan pelaksanaan kajian dijalankan dengan lancar.
$elain itu, kajian ini banyak menggunakan arahan untuk penggunaan kaedah imageri
dan susunan arahan telah diketahui agar dapat menjalankan arahan bayangan yang betul
agar kaedah imageri dapat di praktikkan oleh atlet semasa pertandingan.

Kepentingan kajian ini dapat membantu atlet untuk mengurangkan tahap kebimbangan
sebelum pertandingan dan meningkatkan tahap prestasi murid menggunakan kaedah
yang betul untuk mengawal kebimbangan sebelum pertandingan. Oleh yang demikian,
7

kajian ini merupakan kajian yang penting untuk dijalankan dan diharap dapat membantu
$K. Kampung Bahagia Jaya untuk meningkatkan mutu sukan sekolah tersebut kerana
atlet sekolah tersebut mempunyai bakat yang harus diasah dari kecil.

Kebolehgunaan kajian ini dapat digunakan di seluruh sekolah rendah di negara ini.
$elepas kajian ini dijalankan, guru pendidikan jasmani di sekolah dapat mempraktikkan
kaedah imageri untuk mengawal kebimbangan atlet supaya tahap kebimbangan atlet
tidak terlalu tinggi dan murid dapat mencapai prestasi kemuncak ketika beraksi dalam
sesebuah aktiviti sukan.

Kawalan bagi kajian ini juga senang dikawal dari segi pentadbirannya. Manakala sampel
yang digunakan dikawal untuk menerima rawatan yang sama agar dapat mengesan
keberkesanan kaedah imageri ini dalam mengurangkan tahap kebimbangan sebelum
pertandingan. $ampel yang diambil merupakan atlet di $K Kampung Bahagia Jaya,
$ibu. $ampel terdiri daripada murid tahap dua dan sampel merupakan atlet yang
mewakili sekolah dalam kejohanan olahraga, sepak takraw dan bola jaring.

Kolaborasi yang dilakukan dalam kajian ini dilakukan bersama guru pendidikan jasmani
$K. Kampung Bahagia Jaya, $ibu bersama dengan atlet sekolah yang mewakili sekolah
dalam kejohanan olahraga, pertandingan sepak takraw peringkat bahagian $ibu dan juga
atlet bola jaring yang mewakili sekolah.

8

Kerelevenan kajian ini sesuai di jalankan di $K. Kampung Bahagia Jaya kerana atlet di
sekolah tersebut mengalami tahap prestasi sukan yang kurang memberansangkan
disebabkan Iaktor kebimbangan sebelum pertandingan. Oleh itu kajian ini amat sesuai
untuk dilakukan di sekolah ini.

Analisis Tinjauan Literatur Masalah
Berdasarkan kepada $ilva dan $tevens (2002) kebimbangan tret adalah merujuk kepada
personaliti seseorang individu di mana ia bersiIat stabil dan mereka sering mentaIsirkan
situasi persekitaran dengan perasaan risau atau bimbang yang boleh meningkatkan tahap
kebangkitan ,rous,l). Ini menunjukkan kebanyakan masyarakat mempunyai tahap
kebimbangan tret yang sederhana dan sedikit sahaja yang tinggi atau rendah tahap
kebimbangan tret. Manakala kebimbangan seketika merujuk kepada tahap kebimbangan
semasa yang terhasil dari persepsi individu terhadap bentuk tekanan yang terdapat di
persekitaran pada waktu itu ($haharudin 2001).
Terdapat dua jenis kebimbangan seketika iaitu kebimbangan kognitiI seketika dan
kebimbangan somatik seketika. Kebimbangan kognitiI seketika merupakan komponen
mental kebimbangan seketika yang merujuk kepada proses mental yang bersiIat kognitiI
yang berlaku akibat dari taIsiran terhadap situasi semasa seperti perasan risau, takut,
kecewa, gementar dan lain-lain. Manakala kebimbangan somatik seketika merujuk
kepada asapek Iisiologikal dan aIektiI individu yang terbabit kesan dari kebimbangan
kognitiI yang wujud dari dalam individu tersebut yang menyebabkan peningkatan
denyutan jantung, kadar nadi, peredaran darah, perpeluhan, pernaIasan, kerap buang air
kecil dan lain-lain. Bagi individu yang dikategorikan sebagai A-tr,it, sekiranya beliau
9

mentaIsirkan bahawa tekanan yang wujud dipersekitarannya cukup menekan, maka
individu tersebut akan bertindak atau memberikan respons yang akan meningkatkan lagi
tahap kebimbangan serta kebangkitan Iisiologikalnya. Kebimbangan itu
dimaniIestasikan oleh rasa tertekan , takut, peningkatan kadar nadi serta tangan atau
badan mengeletar. Kesannya individu tersebut rasa semakin tertekan dan takut serta
aksinya pula tidak menentu.
Menurut (Fisher 1984) situasi pertandingan biasanya menyebabkan atlet mengalami
kebimbangan seketika samada kebimbangan kognitiI atau kebimbangan somatik yang
terpaksa di hadapi dan ditangani dengan berkesan bagi mempamerkan prestasi terbaik.
Kebimbangan luaran melibatkan reaksi terhadap situasi-situasi tekanan dan cemas yang
mana ia adalah bersiIat sementara, tekanan tersebut akan berkurangan selepas
pertandingan berakhir (Wann,1997).
Menurut $pilberger pada tahun 1996, kegelisahan adalah perasaan yang terdapat dalam
manusia. Hal ini terjadi di bawah keadaan menjengkelkan. Kelebihan kecemasan boleh
menyebabkan abnormal Iungsi tubuh badan. $emua orang merasa tahap kebimbangan
yang berbeza dan siIat Iisiologi sangat memainkan peranan penting dalam situasi.
Berdasar kepada Marchant, Morris, Anderson (1998) di dalam ourn,l of Sport
Beh,;ior punca-punca kebimbangan seketika di kalangan atlit ialah takut kepada
kegagalan (Gould, Horn & $preeman, 1983: Kroll, 1979; Passer, 1983; Reiney &
Cunningham, 1988; $canlan & Lethwaite 1984), ego atau takut dinilai (Fisher & Zwart,
1982; Gould & Weinberg, 1985; Pierce & $tretton, 1981; Rainey & Cunningham), tahap
10

kemahiran pemain (Heckhausen, 1990; Hembree,1988; Kroll, 1979), kurangnya
persediaan Iizikal (Cohn, 1990. Jones, $wain & Cale, 1990) hilang kawalan (Kroll,
1979), pencapaian lepas (Jones, $wain & Cale, 1990; Martens & Gill 1976; $canlan,
1978) gangguan luaran dan konsentrasi (Krane, Joyce & RaIeld, 1994), umur
(Hammermeister & Burton, 1995), cara mengatasi (Williams & Krane, 1992),
pengalaman bertanding dalam sukan (Fenz & Jones, 1972; Gould, PetlichkoII &
Weinberg 1984), Iasilitasi sosial (Cohn, 1990; Flood & Endler, 1980) pre-disposition (A
trait) (Cooley, 1987; Martens, Vealey & Burton, 1990; Poteet & Weinberg 1980;
$canlan & Passer 1979; Weinberg & Genuchi, 1980; Williams &Krane 1992), ancaman
yang dijangka (Lox, 1992; Martens et al., 1990), keutamaan hasil percei;ed import,nt
(Lox, 1992; Martens et al., 1990), pencapaian semasa (Highlen & Bennet, 1979;
McAuley, 1985), matlamat pertandingan ( contoh tahap kesukaran tugasan) (Jones,
$wain, & Cale, 1990), tahap pertandingan (Dowthaite & Amstrong, 1984; Gruber &
Beuchamp, 1979), situasi kritikal semasa pertandingan (Krane, Joyce & RaIeld, 1984),
bertanding dalam situasi yang serba kekurangan ( Cohn, 1990; Marchant, 1992), ques
persekitaran ( Martens et al.,1990), jenis sukan (sukan kontak, sukan bukan kontak,
individu, berkumpulan, skor objektiI, skor subjektiI) (Krane & Williams, 1987; $imons
& Martens, 1979), tekanan ibu bapa (Pierce & $tratton, 1981) dan stres dalam
kehidupan seharian ($canlan, $tein & Ravizza, 1988) serta jantina (Krane dan Williams,
1994).
Berdasarkan Williams (2001) atlet perlu mengetahui tahap optimum kebangkitan dan
mengawal kebimbangan mereka untuk mencapai pe, perform,nce. Melalui program
atau latihan kemahiran psikologi yang dijalankan boleh menguatkan mental atlet.
11

Latihan kemahiran psikologi yang boleh dipraktikkan mengurangkan kebimbangan
somatik ialah relaksasi otot secara progresiI, kawalan pernaIasan, biofeedb,c dan
mengurangkan kebimbangan kognitiI ialah rel,x,tion response, latihan autogenik.
Manakala Cogniti;e-,ffecti;e stress m,n,gement tr,ining, Stress Inocul,tion Tr,ining
dan Hynopsis merupakan teknik yang diperkenalkan untuk pengurusan kebimbangan
somatik dan kebimbangan kognitiI atlet (Weinberg 2003).
Manakala dalam kajian kali ini, penyelidik akan mengupas keberkesanan kaedah
imageri. Untuk menguasai kemahiran mental imageri ini memerlukan usaha,
konsentrasi, disiplin dan latihan yang cukup. Imageri adalah satu teknik mental yang
boleh digunakan untuk memperoleh kemahiran, meningkatkan kemahiran dan
menyelesaikan masalah di dalam mindanya sebelum sesuatu pertandingan dan
pemulihan kecederaan. Kaedah imageri inilah yang akan digunakan sebagai rawatan
kepada kebimbangan atlet sebelum pertandingan.
Imageri mental juga boleh digunakan sebagai imbas balik untuk mengulang tayang
keseluruhan atau sebahagian daripada prestasi yang telah dilakukan. Imbas kembali
digunakan untuk menekankan sama ada aspek aspek positiI atau negatiI. Mengesan
kelemahan dan kesilapan dan diganti dengan respons respons yang betul. Biasanya
imbas kembali digunakan selepas sesuatu acara.
Imageri juga digunakan untuk mengamati atau memeriksa rutin atau kemahiran untuk
mengesan masalah dan membetulkannya dalam sesi latihan atau pertandingan. Atlet
boleh menggambarkan dari pelbagai sudut pada kadar normal dalam. imageri untuk
mengesan di mana masalah itu berlaku. $etelah dikenal pasti masalah tersebut, maka
12

atlet itu bolehlah menggunakan latihan sebahagian kepada keseluruhan dalam latihan
imagerinya sehingga ianya dilakukan dengan konsisten.
Manakala untuk mengukur tahap kebimbangan atlet tersebut, saya dapati borang Sport
Competition Anxiety Test mudah untuk digunakan kerana ianya tidak terlalu banyak
skala jawapan. Hanya 3 jawapan sahaja yang harus di isi oleh atlet sebelum memulakan
sesuatu pertandingan. Borang soal selidik ini telah di hasilkan oleh Martens,Vealey dan
Burton pada tahun 1990. Untuk menjalankan ujian ini, pastikan setiap sampel mendapat
ransangan yang sebenar ataupun situasi sebenar untuk mengetahui tahap kebimbangan
sebenar mereka. Penerangan perlu diberikan kepada atlet bagaimana untuk mengisi
borang soal selidik tersebut. Tiada masa yang ditetapkan untuk menjawab soalan agar
atlet dapat memberi jawapan yang sebenar keatas soalan yang akan diberikan dalam
borang tersebut.







13

bjektif Kajian
Pengenalan
Menurut kamus dewan edisi keempat (2005), objektiI ialah sesuatu yang khusus yang
ingin dicapai seperti matlamat dan tujuan yang berasaskan kenyataan atau Iakta sebenar
tanpa dikuasai atau dipengaruhi oleh perasaan atau prasangka sendiri.
$elain itu, objektiI juga boleh ditakriIkan sebagai sesuatu yang mengenai hal atau pokok
yang dibicarakan sahaja yang tidak termasuk pendapat individu. (Kamus Bahasa
Malaysia Edisi Pelajar: 1980)
Pendapat lain pula mengatakan objektiI kajian adalah untuk mengembangkan,
menunjukkan dan mengesahkan sesebuah pendekatan baru. (B. $cneiderman dan
G.W.RubloII, 1957)

bjektif Kajian
ObjektiI kajian adalah matlamat utama yang menjadi Iokus dalam kajian serta menjadi
penentu lingkungan kajian. Kajian ini dijalankan adalah untuk mencari inisiatiI untuk
mengatasi masalah kebimbangan sebelum pertandingan yang dialami oleh atlet $k.
Kampung Bahagia Jaya, $ibu. ObjektiI umum bagi kajian ini ialah untuk mengurangkan
tahap kebimbangan sebelum pertandingan atlet $k. Kampung Bahagia Jaya, $ibu.
Manakala objektiI khusus bagi kajian ini yang pertama ialah untuk memberi pendedahan
kepada atlet untuk menggunakan kaedah imageri untuk mengatasi masalah kebimbangan
14

sebelum pertandingan. ObjektiI khusus yang kedua ialah untuk meningkatkan keyakinan
atlet untuk menghadapi situasi sukar dan mengekalkan tahap kecemerlangan prestasi
sukan. ObjektiI khusus yang ketiga ialah untuk meningkatkan pencapaian keputusan
sukan $k. Kampung Bahagia Jaya.













13

Pers4alan kajian
$oalan kajian adalah isu-isu yang dikenal pasti oleh pengkaji yang timbul di kalangan
murid-murid untuk dijalankan kajian seterusnya oleh pengkaji akan berlandaskan punca-
punca isu untuk mencari cadangan penambahbaikan kepada kajian ini tadi barulah ia
akan disukat tahap pencapaian yang dikehendaki.
Kajian ini dijalankan dengan tujuan untuk mencari jawapan kepada beberapa persoalan
yang berkaitan dengan masalah kebimbangan yang dialami oleh atlet sebelum
pertandingan yang akan mempengaruhi prestasi sebenar atlet tersebut.
1. Adakah tahap kebimbangan atlet sekolah rendah berada pada tahap yang tinggi
sebelum pertandingan?
2. Adakah kaedah imageri dapat mengurangkan tahap kebimbangan atlet sebelum
pertandingan?







16

Kumpulan Sasaran
Pengenalan
Pada peringkat ini, pengkaji akan memerhatikan kumpulan sasaran kepada kajian yang
dijalankan. Kumpulan sasaran ini mengambarkan kepada responden yang terlibat
sepanjang kajian dilakukan di sesebuah sekolah. Kumpulan sasaran boleh terdiri
daripada para guru-guru mahupun murid-murid.
Dalam kajian ini, pengkaji telah memilih untuk mengambil semua atlet sekolah yang
akan mewakili sekolah untuk pertandingan peringkat sekolah. Kesemua atlet tersebut
terdiri daripada atlet yang mewakili sukan sepak takraw, bola jaring dan olahraga.
Kesemua atlet tersebut terdiri daripada murid yang berumur diantara 10 tahun hingga 12
tahun dimana sedang menduduki tahap 2 sekolah rendah. $ampel terdiri daripada atlet
12 orang atlet perempuan dan 18 atlet lelaki. Jumlah sampel yang digunakan ialah 30
orang sepanjang kajian ini dijalankan. Dalam kajian ini, tiada kumpulan kawalan yang
diwujudkan.





17

Tindakan yang dijalankan
Pengenalan
Peringkat ini akan mengutarakan berkenaan dengan beberapa tindakan yang telah
dirancang oleh penulis untuk menjalankan kajian. Tindakan yang dijalankan adalah
berdasarkan situasi dan jadual.
Metodologi kajian mempunyai maksud yang luas berkaitan dengan prosedur dan cara
pengolahan data bagi menyelesaikan atau menjawab persoalan penyelidikan. Menurut
Azizi Yahya dan rakan-rakannya (2007), metodologi kajian merujuk kepada pengukuran
dan pengumpulan data. Ia dijalankan setelah pengkaji mengenalpasti masalah,
mentakriIkan matlamat dan objektiI serta membentuk hipotesis. Di samping itu,
metodologi kajian juga berkaitan dengan teknik penyelidikan dan alat kajian yang akan
digunakan dalam sesuatu penyelidikan. ProI. Madya Dr. $aat Md. Yasin (2006) telah
menyatakan bahawa metodologi kajian adalah merujuk kepada penggunaan saintiIik
secara Iormal dan sistematik untuk mengkaji masalah-masalah dalam bidang ilmu
tertentu seperti bidang pendidikan. Metodologi kajian perlu dirancang dengan baik agar
dapatan yang telah diperolehi adalah sah. Oleh itu, kajian yang sistematik perlu
dirancang bagi memastikan keberkesanan kaedah imageri dalam mengurangkan
kebimbangan atlet sebelum pertandingan.
Pr4sedur Tindakan
Dalam kajian yang dijalankan pengkaji untuk menguji tahap keberkesanan kaedah
imageri untuk mengawal kebimbangan sebelum pertandingan mempunyai beberapa
18

prosedur yang harus di ikuti agar tiada bias yang akan berlaku semasa menjalankan
kajian ini. Jadual 1 menunjukkan tindakan yang dijalankan oleh penyelidik sepanjang
kajian dijalankan.
adual 1: Tindakan yang dijalankan 4leh penyelidik



Taklimat ringkas berkenaan borang
soal selidik yang akan diagihkan.
$ituasi pertandingan sebenar
diwujudkan oleh penyelidik untuk
memastikan tiada ralat dalam
jawapan atlet semasa menjawab
borang $CAT
u[lan pra dllakukan menggunakan
borang 5pott competltloo Aoxlety
1est (SCA1)
$esi rawatan dijalankan.
Ujian pasca dilakukan
menggunakan borang Sport Anxiety
Test ($CAT)
aLa dlkumpul darlpada u[lan pra
dan pasca unLuk dlanallsls unLuk
mengeLahul keberkesanan kaedah
lmagerl erbandlngan anLara
Lahap keblmbangan sebelum dan
selepas sesl rawaLan dl[alankan
dlLlLlk beraLkan
19

Sesi rawatan.
$esi rawatan yang dijalankan oleh penyelidik dijalankan sebanyak 9 sesi dan mengambil
masa selama 15 minit untuk setiap sesi itu dijalankan. $esi rawatan ini dijalankan
sebelum atlet mengikuti sesi latihan Iizikal mengikut aktiviti sukan yang diceburi.
Untuk sesi latihan imageri ini, latihan akan dijalankan di dalam suasana yang sunyi dan
jauh daripada gangguan untuk memberi keselesaan kepada atlet untuk Iokus kepada
arahan yang diberikan penyelidik ketika menjalankan latihan imageri ini. Pastikan atlet
dalam keadaan yang selesa sepanjang menjalani latihan ini. Bagi kajian ini, penyelidik
telah memilih makmal komputer untuk menjalankan sesi latihan imageri kerana makmal
tersebut dilengkapi sistem penghawa dingin dan kerusi yang selesa untuk atlet
mengekalkan tumpuan terhadap latihan imageri. $elain itu, tempat ini merupakan
kawasan yang sunyi kerana ianya tertutup.
Penyelidik juga memberi saranan kepada setiap atlet untuk melakukan kaedah imageri
ini dilakukan sebelum tidur dengan membayangkan situasi pertandingan dan prestasi
yang terbaik kerana latihan ini boleh dilakukan oleh atlet itu sendiri dalam keadaan yang
sunyi.
Menurut Tony.M, Michael.$, dan Anthony P.Watt (2005) dalam buku imagery in sport
mengatakan bahawa teknik imageri ini juga sesuai dilakukan oleh atlet ketika masa rehat
sesuatu pertandingan , sebelum dan selepas menjalani latihan Iizikal, sebelum tidur dan
ketika mengalami kecederaan. Oleh itu, guru atau jurulatih haruslah memberi
pendedahan kepada atlet untuk mengaplikasikan kaedah ini kepada atlet agar
20

kebimbangan murid ketika, sebelum dan selepas pertandingan dapat dikawal untuk
mencapai prestasi kemuncak atlet.
Ketika latihan ini dijalankan, pastikan semua atlet menutup mata untuk memberi
tumpuan kepada arahan yang diberikan dan elakkan atlet dan pastikan atlet tidak tidur
ketika menjalankan latihan ini. Arahan yang diberikan kepada atlet semasa latihan
pastikan merangkumi kesemua deria atlet untuk melatih atlet mengetahui bagaimana
untuk mengaplikasikan teknik imageri ini.
Arahan ketika latihan imageri diberikan.
Berikut merupakan contoh arahan yang boleh digunakan oleh jurulatih atau guru untuk
memberi latihan imageri kepada atlet mereka untuk meningkatkan keyakinan sebelum
pertandingan bermula ataupun sedang berlangsung.
I. Duduk dalam keadaan yang selesa.
II. Tutup mata anda.
III. Bayangkan anda sedang berjalan menuju ke kawasan pertandingan dengan
sorakan dan tepukan gemuruh oleh penonton yang datang menyaksikan
pertandingan tersebut.
IV. Anda melangkah masuk ke arena pertandingan dengan lagak sebagai seorang
jaguh yang tidak mampu untuk dikalahkan oleh mana-mana atlet ketika itu.
V. Ketika anda melangkah ke atas padang, anda dapat merasakan kelembutan tiupan
angin dan terasa kepanasan matahari yang bersinar ketika itu.
21

VI. Ketika itu juga anda dapat mendengar sorakan daripada orang yang anda sayang
ataupun orang yang anda kenali memangil dan menjerit nama kamu. Kamu yakin
dengan langkah kamu pada hari itu.
VII. Ketika memulakan perlawanan, anda dapat merasakan yang anda melakukan
pergerakan seperti bintang sukan yang teragung seperti Lionel Messi, Usain Bolt
dan banyak lagi.
VIII. Ketika anda mendengar bunyi tiupan wisel dan bunyi perlepasan daripada pistol
pelepas anda memulakan perlawanan dengan yakin dan melakukan larian dengan
yakin dan tidak melakukan apa-apa kesilapan.
IX. Jika anda ialah seorang pelari, anda merupakan orang yang pertama melintasi
garisan penamat manakala jika anda seorang pemain bola sepak. Anda
melakukan hantaran yang tepat dan menjaringkan gol dengan aksi yang sangat
menarik. Manakala jika anda merupakan pemain sepak takraw, anda telah
mengumpan bola yang cantek dan melibas bola tersebut dengan bergaya dan kuat
kepada pihak lawan.
X. $ekarang buka mata anda. Apakah yang dapat anda bayangkan ketika anda
mengalami situasi seperti tadi? Adakah anda membayangkan perkara yang
negatiI atau sebaliknya?

Berikut merupakan jadual pelaksaan kepada kajian yang telah dijalankan mengikut carta
gantt.
22

adual 2: Tindakan yang dijalankan
Bil Perkara
Pelaksanaan (Mingguan)
Catatan
M1 M2 M3 M4
1 Tinjauan masalah.
2 Penyediaan borang ujian.
3 Melakukan ujian pra
4 Mengumpul data dan menganalisis
data

5 Memberi rawatan
6 Melakukan ujian pasca
7 Mengumpul dan menganalisis data.
8 Membuat perbandingan tahap
kebimbangan sebelum rawatan dan
selepas rawatan

9 Menyediakan laporan kajian.
10 Menyemak laporan kajian.
11 Menghantar laporan akhir.


23

Kaedah kuantitatif
Menurut Mohamad Najib Abdul GhaIar (1999), soal selidik selalu digunakan untuk
mengetahui sikap seseorang menggunakan soalan bebas-jawab, senarai semak dan skala
radar. Menurut Oppenheim (1966), soal selidik selalu digunakan untuk mengukur
konsep tentang sikap, persepsi dan pandangan, selain daripada keterangan latar
belakang. Antara kelebihan soal selidik ialah boleh mencapai responden yang berada di
lokasi yang jauh atau sebagainya sekiranya menggunakan perkhidmatan pos. $elain itu,
kelebihan soal selidik juga ialah kos yang rendah berbanding pengumpulan data dengan
kaedah lain. Kelebihan lain soal selidik juga ialah mengambil masa yang sedikit untuk
mengumpul data berbanding kaedah lain ( $abitha Marican 2005).
Pemilihan reka bentuk kajian ini kerana data numerik lebih meyakinkan penyelidik dan
pengguna tentang Ienomena secara logik diselidik. $elain itu, penaakulan kuantitatiI
juga dianggap mempunyai nilai kebolehpercayaan dan kesahan yang lebih tinggi.
Borang soal selidik tentang pengukuran tahap kebimbangan sebelum pertandingan iaitu
borang $CAT ($port Competition Anxiety Test) telah dipilih untuk mengukur tahap
kebimbangan atlet di $ekolah Kebangsaan Kampung Bahagia Jaya $ibu.
Kaedah kuantitatiI akan dilaksanakan dengan pengedaran borang soal selidik. Menurut
$abitha Marican (2005), soal selidik ialah satu set soalan atau item dalam bentuk tulisan.
Ia merupakan satu alat yang dibentuk khusus untuk mengumpul maklumat untuk tujuan
analisis yang dapat menjawab persoalan kajian. Responden merujuk pada individu yang
menjawab soalan di dalam borang soal selidik tersebut.
24

Cara mengumpul data.
Instrumen
Instrument kajian merupakan alat yang digunakan untuk mengukur variable kajian (Nor
Azizah $alleh 2006). Alat kajian yang akan digunakan dalam kajian kali ini ilaha borang
soal selidik yang diubah suai daripada bahasa inggeris ke bahasa melayu. Intrumen
menentukan jenis data yang diperolehi dan ini mempengaruhi jenis analisis penyelidik
(Azizi Yahaya dan rakan-rakannya 2007).
Dua kriteria penting perlu dipastikan ialah kesahan dan kebolehpercayaan berkaitan
instrument tersebut. Untuk alat yang telah sedia ada, indeks kesahan dan
kebolehpercayaan mungkin disertakan bersama oleh pembina instrument dalam laporan
mereka. Jika instrumen yang digunakan dibina sendiri oleh penyelidik. Ujian rintis perlu
dijalankan untuk mencari kesahan dan kebolehpercayaan intrumen tersebut.
Instrumen yang digunakan ialah satu borang soal selidik yang telah dibina oleh Martens,
Vealey dan Burton pada tahun 1990. Borang soal selidik yang digunakan ialah borang
Sport Competition Anxiety Test ($CAT). Borang ini mengandungi 15 soalan yang harus
dijawab oleh atlet sebelum pertandingan dan tiada ketetapan masa untuk menjawab
soalan tersebut. $kala yang digunakan untuk menjawab soalan dalam borang ini
mengandungi 3 jawapan iaitu jarang, kadang-kadang dan kerap kali. $oalan yang
digunakan ialah berdasarkan perasaan responden sebelum pertandingan dan berkaitan
dengan kebimbangan mereka pada masa itu. Kebolehpercayaan kepada soalan ini
23

bergantung kepada ketegasan yang digunakan untuk mengelola ujian untuk
mendapatkan jawapan yang jujur daripada responden.















26

Analisis dan interpretasi data

Menurut Mohd Majid.K (1993), pemprosesan data merupakan teknik utama untuk
mengumpul, pengolahan, penganalisisan, penyimpanan dan pengeluaran data. Maklumat
pemprosesan data ialah untuk mendapatkan maklumat yang berguna dan bermakna.
MentaIsir data adalah proses memberi penerangan tentang objek, peristiwa atau pola
daripada data yang telah diperolehi. Maklumat-maklumat tersebut boleh
dipersembahkan dalam bentuk jadual, graI, carta dan sebagainya ($aleha 2000).
Teknik penganalisan data juga boleh dilakukan dengan menggunakan teknik potongan
data iaitu meliputi proses memilih, menIokuskan, meringkaskan dan menukar data
mentah kepada data yang bermakna. Kedua adalah dengan mempamerkan data dalam
bentuk yang bermakna seperti graI, jadual, carta, carta pai dan lain-lain. Manakala
teknik yang ketiga adalah dengan membuat kesimpulan. Bermula daripada awal kajian
lagi, pemerhati perlu membuat keputusan apakah yang diperhatikan, penerangan dan
penyataan terhadap data yang ingin dikumpul sepanjang pemerhatian (Azizi Yahaya dan
rakan-rakannya 2007)
Untuk itu, instrumen yang akan digunakan oleh pengkaji ialah $oal $elidik SCAT yang
telah digunakan secara meluas untuk mengukur tahap kebimbangan ahli-ahli sukan. $oal
selidik SCAT yang dipilih dan digunakan bersesuaian dengan tajuk kajian pengkaji
dalam konteks mengukur kebimbangan atlit di Malaysia khasnya atlit sekolah rendah.
$oalan-soalan dalam soal selidik ini ditetapkan oleh M,rtens, Je,ley d,n Burton p,d,
27

t,hun 1990 dan bukan rekaan penyelidik, sebanyak 15 soalan yang diberkaitan dengan
pertandingan sukan akan ditanya dalam soal selidik ini dan diterjemahkan dalam Bahasa
Malaysia oleh penyelidik. $etiap soalan yang dipersoalkan mempunyai 3 pilihan iaitu,
Jarang`, Kadang-Kadang` dan $elalu`. Jumlah skor dari 24 hingga 30 menunjukkan
tahap kebimbangan yang tinggi, 17 hingga 23 menunjukkan tahap kebimbangan yang
sederhana dan manakala jumlah skor dari 14 hingga 16 menunjukkan tahap
kebimbangan yang rendah.
Bagi kajian kali ini, pengkaji telah menggunakan 'PA$W $tatistics 18 untuk digunakan
mengintepretasi data yang telah dikumpul. Data untuk ujian pra dan pasca dimasukkan
kedalam program untuk mencari ujian T untuk melihat keberkesanan kaedah imageri
dalam pengurangan masalah kebimbangan. Perbandingan diantara ujian pra dan pasca
dapat dilihat dimana nilai min kedua-dua ujian akan dibandingkan.







28

Dapatan kajian
Jadual 3 merupakan skala likert untuk borang soal selidik yang digunakan ketika
menjalankan ujian pra dan pasca.
adual 3: Skala Likert untuk b4rang SCAT.
$kor Borang $CAT Analisis
Kurang daripada 17 Anda mengalami kebimbangan yang rendah.
17 hingga 24 Anda mengalami kebimbangan sederhana
Lebih daripada 24 Anda mengalami kebimbangan yang tinggi

Dalam kajian ini, kesemua pernyataan mempunyai markah kecuali item nombor 1, 4, 7
dan 10 tidak mempunyai markah. Berikut merupakan dapatan kajian untuk ujian pra
yang telah dijalankan.
Carta 1: Ujian Pra

29

Melalui carta 1 tersebut, dapat disimpulkan bahawa kebimbangan atlet tahap 2
mempunyai tahap kebimbangan yang tinggi sebelum pertandingan. Carta pai tersebut
merupakan data yang dikumpul untuk ujian pra.
Carta 2: Ujian Pasca

Melalui carta 2 tersebut, ujian pasca memperlihatkan penurunan tahap kebimbangan
dimana sampel menunjukkan penurunan dalam tahap kebimbangan yang tinggi dimana
hanya terdapat 2 sampel yang masih mengalami kebimbangan yang tinggi berbanding
ujian pra memperlihatkan 26 sampel mengalami tahap kebimbangan yang tinggi.
Perbandingan diantara kedua carta dapat dilihat dimana carta pada ujian pasca
menunjukkan kesemua atlet mempunyai kebimbangan sederhana sebelum menjawab
instrumen kajian.

30


adual 4: Ujian T berpasangan

Paired SampIes Statistics

Mean N Std. Deviation Std. Error Mean
Pair 1 Pra 2.8667 30 .34575 .06312
Post 1.9333 30 .44978 .08212


Melalui jadual 4 tersebut, dapat dilihat dengan jelas bahawa kedua-dua ujian pra dan
pasca menunjukkan nilai min yang berbeza dimana penurunan tahap kebimbangan
berlaku selepas rawatan diberikan kepada atlet. Nilai Min untuk ujian pra (M2.8667)
manakala nilai min untuk ujian pasca (M1.9333) menunjukkan penurunan skor kepada
intrument $CAT yang telah diberikan untuk ujian pra dan pasca.







31

Keputusan Kajian
Dalam bab ini, persoalan kajian yang wujud akan dijawab berdasarkan pemerolehan data
yang telah dianalisis. Hasil kajian ini akan dapat dilihat tentang kebimbangan yang
wujud dikalangan atlet sebelum pertandingan akan berkurangan selepas rawatan kaedah
imageri diberikan kepada sampel.
Pers4alan kajian 1
Adakah tahap kebimbangan atlet sekolah rendah berada pada tahap yang tinggi sebelum
pertandingan?
adual 5: Ujian pra

Pra

requency Percent Valid Percent
Cumulative
Percent
Valid Tahap kebimbangan
sederhana
4 13.3 13.3 13.3
Tahap kebimbangan Tinggi 26 86.7 86.7 100.0
Total 30 100.0 100.0



Untuk menjawab persoalan yang pertama ini, pengkaji telah mengukur tahap
kebimbangan atlet dengan mengadakan ujian pra kepada kesemua sampel yang terdiri
daripada 30 orang atlet. Jadual 5 tersebut, dapat disimpulkan bahawa tahap kebimbangan
atlet sebelum pertandingan berada pada tahap yang tinggi dimana bilangan atlet yang
32

mengalami tahap kebimbangan yang tinggi mencatat bilangan yang tinggi dimana 26
orang atlet telah menunjukkan skor berada pada tahap yang tinggi.
Pers4alan kajian 2
Adakah kaedah imageri dapat mengurangkan tahap kebimbangan atlet sebelum
pertandingan?
adual 6: Ujian T Berpasangan
Paired SampIes Statistics

Mean N Std. Deviation Std. Error Mean
Pair 1 Pra 2.8667 30 .34575 .06312
Post 1.9333 30 .44978 .08212



Paired SampIes Test

Paired Differences
t df
Sig. (2-
tailed) Mean
Std.
Deviation
Std. Error
Mean
95% Confidence nterval
of the Difference
Lower Upper
P
a
i
r

1
Pra - Post .93333 .58329 .10649 .71553 1.15114 8.76
4
29 .000

Melalui jadual 6 diatas, persoalan kajian kedua dapat dijawab dimana keputusan ujian
pra menunjukkan penurunan min untuk ujian pra dan pasca yang telah dilakukan. Min
untuk ujian pra (M2.8667) manakala min untuk ujian pasca (M1.9333). Ini dapat
33

membuktikan bahawa penurunan kepada min untuk skor tahap kebimbangan yang telah
dilakukan menunjukkan atlet telah mengalami penurunan dalam tahap kebimbangan
yang dialami sebelum pertandingan. Melalui ujian T bepasangan tersebut juga kita dapat
melihat kedua-dua ujian menunjukkan signiIikan yang tinggi dimana nilai signiIikan
ialah 0.000 telah dicatatkan.













34

Cadangan Kajian Seterusnya
Berdasarkan kepada keputusan-keputusan yang diperolehi daripada hasil kajian ini,
beberapa cadangan disarankan untuk pengkaji di masa akan datang agar dapat
melengkapkan lagi kajian serta memastikan keberkesanan kaedah imageri ini dalam
mengurangkan tahap kebimbangan. Antara cadangan penambahbaikan ialah dengan
membanding beza tahap kebimbangan sampel lelaki dan perempuan. Adakah terdapat
pengaruh daripada jantina dalam mempengaruhi keputusan kajian keatas keberkesanan
kaedah imageri ini.
$eterusnya, penyelidik boleh menjalankan kajian ini keatas beberapa buah sekolah yang
mempunyai latar belakang keluarga yang berbeza untuk menguji tahap keberkesanan
kaedah rawatan yang sesuai berdasarkan latar belakang murid yang berada di sekolah
yang berbeza seperti sekolah yang berada di kawasan bandar dan luar bandar. $ampel
yang diambil juga boleh diperbanyakkan lagi untuk mendapatkan data yang lebih
berkualiti daripada sampel yang besar.
Cadangan yang terakhir kepada penyelidik ialah dengan memilih jenis sukan seperti
sukan individu ataupun berkumpulan kerana terdapat perbezaan diantara tahap
kebimbangan untuk sukan individu dan sukan berpasukan.

You might also like