MODEL

PEMBELAJARAN

SIMULASI

PADA

PENGAJARAN

DAN

PEMBELAJARAN SEJARAH TINGKATAN 1

A. PENDAHULUAN
Isu pengajaran dan pembelajaran (P&P) banyak dibincangkan dalam seminar atau menjadi isu utama dalam kajian. Proses P&P biasanya akan melibatkan interaksi secara bersemuka di antara guru dan pelajar (Koh Boh Boon 1992). Walau bagaimanapun dengan berlakunya perubahan dalam teknologi maklumat, aspek secara bersemuka tidak lagi relevan sepenuhnya malah P&P boleh berlaku melalui manipulasi Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) malah menjadi pemangkin dalam P&P (Ehwan Supangat 2005). Konsep pembelajaran menggunakan internet juga bukanlah sesuatu yang baru, malah kerajaan Malaysia sejak tahun 1997 telah melancarkan Sekolah Bestari (The Malaysian Smart School, 1997) sejajar dengan gagasan Multimedia Super Corridor (MSC).

Pada era digital ini konsep pengajaran dan pembelajaran sejarah banyak dibincangkan melalui seminar, jurnal dan tesis pelajar di Universiti. Perbincangan tentang P&P sejarah banyak memfokuskan kepada aspek: 1. Sumber - Penggunaan sumber yang telah didigitalkan di Internet dan proses pendigitalan. 2. Penggunaan Sumber - memfokuskan kepada strategi pembelajaran yang boleh digunakan di dalam kelas.

Walau bagaimanapun persepsi masyarakat umum menganggap sejarah sebagai mata pelajaran yang sangat membosankan yang memerlukan guru memberi sebanyak maklumat tentang masa lalu untuk diingati oleh pelajar dan mengingati semula fakta tersebut di dalam peperiksaan (H. Doreen Tan 2004).

Model pembelajaran adalah suatu rencana atau pola yang dapat digunakan untuk membentuk kurikulum (rencana pembelajaran jangka panjang), merancang

simulasi juga bermaksud cara persediaan pengalaman belajar dengan menggunakan situasi tiruan untuk memahami tentang konsep. MODEL PEMBELAJARAN SIMULASI Pengertian Model Pembelajaran Simulasi Simulasi berasal dari kata simulate yang bererti berpura-pura atau berbuat seakan-akan. 2007). Model pembelajaran simulasi juga merupakan model pembelajaran yang membuat suatu peniruan terhadap sesuatu yang realiti. Model pembelajaran dapat dijadikan pola fikiran. Lakonan atau sesi drama merupakan salah satu contoh simulasi. dan membimbing pembelajaran dikelas atau yang lain (Joyce dan Weil. iaitu guru boleh memilih model pembelajaran yang sesuai dan efisien untuk mencapai tujuan pendidikan. Model . atau keterampilan tertentu. 1980:1). Strategi pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dalam reformasi kurikulum perlu memberikan pertimbangan seimbang dari segi akademik dan bukan akademik berpaksikan ilmu pengetahuan. terhadap keadaan sekelilingnya (state of affaris) atau proses. Dalam kaedah pengajaran.bahan-bahan pembelajaran. Perubahan yang dapat membawa kepada pencapaian standard yang diharapkan dalam mata pelajaran Sejarah dapat dimulakan dengan pedagogi pendidikan iaitu pelaksanaan model pengajaran simulasi (Suhaimi. Demikian juga untuk mengembangkan pemahaman dan penghayatan terhadap suatu peristiwa yang lebih banyak mengarah kepada psikomotor. yakni memperagakan proses terjadinya suatu upacara tertentu sebagai latihan untuk upacara sebenarnya supaya tidak gagal dalam waktunya nanti. Model pembelajaran Simulasi dapat digunakan sebagai bahan mengajar dengan andaian tidak semua proses pembelajaran dapat dilakukan secara langsung pada objek yang sebenarnya. B. prinsip. teori dan aplikasi secara kontekstual dalam kehidupan mengikut kebolehan dan keupayaan pelajar (Kementerian Palajaran Malaysia 2002). maka penggunaan model pembelajaran simulasi akan sangat bermanfaat.

dan (8) melatih pelajar untuk mengembangkan sikap toleransi. (7) menumbuhkan daya kreatif pelajar. Ianya merupakan pewujudan suatu situasi yang menyerupai keadaan sebenar dengan tujuan untuk menyelesaikan sesuatu masalah sebenar dalam keadaan yang terkawal. Pendekatan simulasi dirancang agar mendekati kenyataan dimana gerakan yang dianggap kompleks sengaja dikontrol. (3) melatih memecahkan masalah. misalnya. Kementerian Pelajaran Malaysia (1990) mengariskan di antara teknik-teknik dan kaedah-kaedah pembelajaran yang boleh digunakan oleh guru ialah simulasi. Pelajar mungkin perlu membuat persediaan dalam simulasi. serta untuk memperoleh konsep keterampilan pembuatan keputusan. Model pembelajaran simulasi bertujuan untuk: (1) melatih keterampilan tertentu samaada bersifat profesional mahupun bagi kehidupan seharian (2) memperoleh pemahaman tentang suatu konsep atau prinsip. . (5) memberikan motivasi belajar kepada pelajar (6) melatih pelajar untuk mewujudkan kerjasama dalam situasi berkelompok atau berkumpulan. (4) meningkatkan keaktifan belajar. Model pembelajaran ini diterapkan didalam dunia pendidikan dengan tujuan mengaktifkan kemampuan yang dianalogikan dengan proses ‘Cybernetics’. Dalam proses simulasi ini mereka dikehendaki menyenaraikan. menganalisis situasi dan berfikir secara kritikal tentang cara mengatasi sesuatu masalah itu. Di samping itu juga pelajar dapat menguasai kemahiran seperti soal jawab. pemerolehan dan penggunaan sumber yang diperolehi.pembelajaran ini dirancang untuk membantu pelajar mengalami pelbagai proses dan kenyataan sosial dan untuk menguji reaksi mereka. dalam proses simulasi ini dilakukan dengan menggunakan simulator.

Selain dari menjadikan topik tersebut amat menarik. pembaziran dari segi masa dan kos-kos yang tidak perlu dapat .al. (1986) menyebut. pembelajaran akan berpusat kepada pelajar. ciri-ciri simulasi dapat dilihat daripada peranan guru dan pelajar. boleh membuat keputusan sendiri dan merupakan satu aktiviti yang tidak membosankan mereka. Guru akan berperanan sebagai penerang yang akan memberi penerangan dan penjelasan kepada setiap pelajar sebelum aktiviti simulasi dijalankan. pelajar menjaga disiplin diri dan pelajar akan dihargai. adalah lebih berkesan dan menarik jika menggunakan simulasi komputer daripada menggunakan gambarajah-gambarajah statik untuk menerangkan Sejarah Kegemilangan Melaka. Peranan guru juga lebih kepada sebagai fasilitator. 2007). membimbing dan memberi semangat dan motivasi kepada pelajar dan akhirnya guru akan bertindak sebagai rakan untuk berbincang dengan pelajar sepanjang aktiviti simulasi berjalan (Suhaimi. D. KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Kaedah Secara Simulasi (Simulation) Komputer boleh digunakan untuk mewujudkan satu senario di mana para pengguna boleh menerima pengalaman pembelajaran menerusi simulasi tersebut seperti ia benar-benar berlaku. membimbing aktiviti yang dijalankan agar pelajar dapat memahami peristiwa yang mereka pelajari. Adapun ciri-ciri yang terdapat pada pelajar pula ialah. Daripada ciri-ciri di atas dapat dirumuskan bahawa simulasi melibatkan pelajar untuk bertindak memainkan peranan dan tanggungjawab secara terbuka. pelajar akan dapat berlatih dalam kedaaan sebenar. kreatif. Menurutnya lagi guru juga berperanan sebagi jurulatih yang sentiasa menasihati. CIRI-CIRI SIMULASI Bruce Joyce dan Marsha Weil et. Contohnya dalam pembelajaran sejarah tentang tajuk Kegemilangan Melaka.C. pelajar akan mengeluarkan idea. mereka akan bekerja dalam satu kumpulan. mempunyai semangat bekerjasama. Kaedah ini digunakan apabila situasi sebenar tidak dapat dijalankan. Seterusnya guru akan bertindak sebagai pengadil yang akan mengadili dan mengawal aktiviti simulasi dan pergerakan pelajar.

perisian kursus. Dalam strategi pengajaran dan pembelajaran. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran guru merupakan orang yang paling hampir dengan pelajar. maka guru tidak dapat menggunakan sepenuhnya kemudahan itu dalam pengajaran mereka. peralatan tersebut tidak akan memberi kesan atau faedah. banyak peruntukkan yang disediakan oleh kerajaan untuk peralatan ICT tetapi jika guru-guru tidak menggunakannya. Tanpa kemahiran mengendali dan memanipulasi sesuatu alat. Apa yang penting. Namun. perisian komputer. . pakar kepada subjek yang diajar dan mengenali serta mengetahui masalah-masalah yang dihadapi oleh pelajar-pelajar. pengguna simulasi dapat meneroka sendiri bahan tersebut sesuai dengan keupayaan pembelajaran mereka. Guru-guru mempunyai persepsi yang sangat baik terhadap penggunaan komputer dalam pengajaran sama ada dari segi penggunaan perisian kursus atau penggunaan internet. Strategi yang baik akan menggunakan masa. kemahiran komputer guru-guru juga menjadi aspek penting. radio.dielakkan. Sesuatu strategi pengajaran menggabungkan pelbagai kaedah dan pendekatan pengajaran untuk mencapai kesan pengajaran yang optimum sekali. media teknologi digunakan sebagai satu bahan untuk mengoptimumkan hasil pembelajaran. walaupun terdapat banyak kelebihan dan kekuatan menggunakan komputer dalam pengajaran. kekangan masa yang disebabkan tugas yang begitu banyak di samping kemahiran dan pengetahuan yang terhad. segala pelaburan dan harapan hanya akan menjadi sia-sia. Memandangkan penggunaan komputer adalah penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Begitu juga dengan komputer. video. dan internet. tenaga serta kos yang paling sedikit tetapi menghasilkan kesan pengajaran pembelajaran yang paling maksimum. Antara contoh media teknologi yang digunakan ialah televisyen.

Contoh pengajaran dan pembelajaran menggunakan pendekatan latihtubi ini ialah menyuruh pengguna berlatih menaip sehingga mahir setelah ia mempelajari tentang papan kekunci. Walaupun penggunaan teknologi menghadapi pelbagai halangan. Ahmad et. apabila rangsangan diberi pengguna akan memberi respon. 2003). Penggunaan latihtubi dalam pengajaran dan pembelajaran dapat meningkatkan kemahiran dan pengetahuan pengguna. Pendidikan hari ini adalah untuk kecemerlangan masa hadapan negara. Kaedah Latihtubi (Drill and Practice) Teori pembelajaran Behaviourisme mementingkan rangsangan dan pengukuhan. para guru perlu dibantu bagi membolehkan mereka menggunakan teknologi ini dalam pengajaran. Dengan ini. Perkembangan dan kemajuan teknologi perlu diikuti dengan perubahan dalam pendidikan iaitu memanfaatkan penggunaan teknologi secara efektif dan efisien. Motivasi pengguna untuk menguasai sesuatu konsep juga dapat ditingkatkan melalui maklumbalas yang diberi oleh komputer.al. Jadi.Penggunaan media komputer dan internet mempunyai potensi untuk menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih menarik dan bermakna. Wager & Rojas. Kaedah tutorial telah digunakan di dalam hampir semua bidang mata pelajaran. . Mengikut teori ini. ia tidak akan dapat menggantikan kedudukan guru dalam erti kata yang luas. guru-guru dapat menyahut cabaran masa depan dengan lebih yakin. Begitu juga dengan koswer yang direkabentuk berdasarkan laman web untuk sekolah-sekolah bestari secara umumnya dibina berdasarkan kaedah tutorial (Hanafi. Kaedah Secara Tutorial Bahan pengajaran yang dibina berasaskan tutorial biasanya mempunyai struktur dan langkah-langkah yang tersusun. Harus diingat bahawa teknologi merupakan hanya alat bantu dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Proses latihtubi ini berdasarkan teori behavioris ini. dari mata pelajaran kemanusiaan kepada sains sosial hinggalah kepada sains fizikal (Gagne. ia sepatutnya tidak mematahkan semangat guru untuk menggunakannya dalam pengajaran dan pembelajaran. 1981). Ia adalah untuk memberi latihan dan pengulangan yang bersifat peneguhan terhadap sesuatu konsep yang telah dipelajari.

Di samping itu. Antaranya ialah ia dapat mengindividukan pelajar. Kaedah tutorial mempunyai beberapa kebaikan. Mod tutorial juga boleh meningkatkan motivasi pelajar untuk belajar. Kaedah tutorial adalah sesuai digunakan di dalam kelas yang mempunyai ramai pelajar dan pelajar-pelajarnya mempunyai keupayaan yang berbeza.Ia juga sesuai digunakan apabila guru tidak dapat memasuki kelas dan mengarahkan pelajar belajar sendiri. tunjuk cara sesuatu fenomena dan latihan atau latih tubi yang disampai dan dikawal oleh sistem.Di dalam pengajaran dan pembelajaran berteraskan TMK. Pelajar juga boleh belajar sendiri dan mengikut kemampuan sendiri dengan seliaan yang minimum oleh guru. mod tutorial ini juga sesuai digunakan sebagai pengayaan untuk pelajar-pelajar yang cerdik. kaedah tutorial digunakan untuk menyampaikan kandungan pelajaran berdasarkan susunan dan urutan yang merangkumi pendedahan kandungan. pemulihan untuk pelajar yang lemah dan apabila guru menggunakan pendekatan pembelajaran secara direktif. .

Menjelaskan hubungan luar kerajaan Melaka 4. Masjid Tanah. Maker Pen : Pada akhir aktiviti . Power Point. Menghuraikan sistem Pembesar Empat Lipatan 2. Kertas Mahjong. Menerangkan peranan kerajaan Melaka sebagai pusat pengembangan agama Islam dan Kegiatan ilmu 5. Memahami perluasaan kuasa kerajaan Melaka Kaedah Pembelajaran .Penerapan Model Pembelajaran Simulasi Pada Matapelajaran Sejarah Sekolah Matapelajaran Topik Tingkatan Bilangan Pelajar Masa Isi Kandungan : SMK Ade Putra. pelajar dapat menyatakan 1. Menyenaraikan factor yang menyumbang kemunculan Melaka sebagai pusat perdagangan 3. Melaka : Sejarah : Bab 5 – Zaman Kegemilangan Melaka : Tingkatan 1A : 35 orang : I jam 20 minit (2 waktu pembelajaran) : 1) Pentadbiran Yang Sistematik 2) Peranan Sultan Dan Pembesar 3) Pusat Perdagangan 4) Kematangan Hubungan Luar Bahan/Alatan Tujuan Pembelajaran : Tayangan Video.

. Puteri Gunung Ledang dan sebagainya. Semangat ingin tahu dan menceritakan sesuatu mula ada di kalangan mereka.Tahap Pendahuluan (5 minit) Kegiatan Guru • Guru mengucapkan salam. Contohnya: Watak Sultan Melaka yang menemui para pembesar di istana.memberikan tumpuan kepada arahan guru mereka. • Memberi tugas kepada . memeriksa kehadiran pelajar dan kebersihan kelas • Persepsi : Guru bertanya adakah pelajar pernah melihat video zaman Kegemilangan Melaka • Guru menyebut beberapa tajuk filem Melayu yang berunsur suasana zaman silam masyarakat orang Melayu. Pelajar semakin berminat dengan gambaran yang diberikan oleh guru mereka.. Ramlee). Contoh tajuk: Filem Hang Tuah (Tan Sri P. Menghayati dan memahami lakonan yang dilihat. Pelajar memberikan respon positif dengan menjawab secara penuh minat dengan pertanyaan guru. Kegiatan Pelajar Menjawab salam guru. Proses Simulasi (15 minit) • Menunjukkan atau melakonkan secara ringkas watak-watak tertentu berkaitan sesuatu isu.

Hang Tuah.Pelajar dalam simulasi dengan mengaturkan para pelajar tentang watak yang dilakonkan. Tutorial 30 minit • Mengemukakan beberapa soalan kepada pelajar selepas sesi lakonan berkenaan. • Memberi peluang kepada pelajar menghuraikan fakta isu lakonan. Menjawab soalan berpandukan pengetahuan dan pengalaman. Skrip lakonan disediakan terlebih dahulu bagi memudahkan keberkesanan lakonan pelajar. Menjelaskan sesuatu fakta /isu dengan lebih mendalam. Hang Jebat dan Bendahara. Ketua mengarahkan ahli-ahli kumpulan membuat tugas berkenaan dengan kemas. Melakonkan watak-watak yang ditetapkan kepada mereka dengan kreativiti dan bakat masing-masing. • Mengarahkan setiap kumpulan melakar peta minda ( kertas mahjong dan marker pen disediakan) • Meminta ketua kumpulan membentangkan hasil Ketua kumpulan dan ahli-ahli mereka tampil ke hadapan untuk sesi pembentangan . Pelajar tampil ke hadapan bagi memenuhi arahan guru untuk menjayakan lakonan berkenaan. Latih Tubi (Drill and Practice) (30 minit) • Meminta beberapa orang pelajar berada di hadapan kelas untuk melakonkan watak-watak tertentu seperti watak Sultan Melaka.

Kaedah simulasi dalam sesi pengajaran merupakan aspek terpenting untuk menunjukkan sesuatu perbuatan atau kegiatan.kerja kumpulan masingmasing. Bagi memastikan simulasi dijalankan dengan lancar. Guru menetapkan bentuk simulasi dan dilakukan oleh para pelajar. Topik hendaklah disesuaikan dengan tahap pengetahuan dan kemampuan pelajar. Kajian ini memberikan dapatan awal mengenai pelaksanaan model pengajaran simulasi di negara kita.php?option=com_content&view=article&id=3%3Apenggunaanict-di-dalam-pengajaran-dan-pembelajaransejarah&catid=6%3Aakademik&Itemid=3&limitstart=1 http://kukuhsilautama. Bentuk simulasi dapat digambarkan seperti sosiodrama atau permainan. namun ianya dapat memperjelaskan sesuatu isu atau topik pelajaran berkenaan dengan lebih berkesan. walau bagaimanapun keberkesanan pelaksanaannya turut berkait rapat dengan tahap kesediaan guru yang melaksanakannya.maka para pelajar perlu diberi gambaran tentang bagaimana prosedur yang akan dilakukan dan bagaimana gambaran situasi yang di inginkan. PENUTUP Salah satu kaedah pengajaran yang mungkin berkesan kepada pelajar ialah melalui pelaksanaan model pengajaran simulasi.com/2010/01/04/model-pembelajaran-simulasi/ . negara kita. Walau pun kaedah tersebut hanyalah bersifat peniruan. tersebut. Ini kerana ianya dikenalpasti dapat membantu mempertingkatkan proses pelaksanaan pendidikan di RUJUKAN http://mpkk. Beberapa aspek seperti pendedahan.wordpress.org/index. pengalaman dan tahap kesediaan guru perlu diberi perhatian.

Toronto. Boston.pdf NORAZURAH BT.edu. Selanhor : Satu Tinjauan.my/6575/1/SuhaimiMFP.IAH_DALAM_. MOHD.utm. 2011 from http://psasir. R. Sydney. ISMAIL (1996).upm. (1981).my/8929/1/FPP_1996_5_A. & Rojas.pdf http://sukrisuk.my/1150/1/24_Pages_from_PENGHASILAN_MANUAL_TEKN IK_PENGGUNAAN_KAEDAH_SIMIJLASI_(TPKS)_DI_BILIK_DAR. Retrieved Oct 24. London. Retrieved Oct 24.upm. Retrieved from http://eprints.edu. A.pdf Bruce Joyce & Marsha Weil. Warger. Educational Technology.pdf SUHAIMI BIN MUHAMAD (2007).my/8929/1/FPP_1996_5_A.http://eprints.uthm. (29). Penghasilan Manual Teknik Penggunaan Kaedah Simulas (TPKS) di Bilik Darjah Dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran bagi Matapelajaran Perniagaan di Politeknik.M. Singapore: Prentice-Hall. ARIF BIN HJ.edu.s. Planning and authoring computerassisted instruction lessons. W. 1996.. RUBAYEE (2003). 2011 from http://eprints.IAH_DALAM_.edu. 17-26. Permainan dan Simulasi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa di Kalangan Guru-Guru dan Pelajar-Pelajar Sekolah Rendah di Daerah Hulu Langat.pdf http://psasir. In Gagne. Models of Teaching. Tahap Kesediaan Guru Terhadap Pelaksanaan Model Pengajaran Simulasi Bagi Mata Pelajaran Pendidikan Islam.blogspot.my/1150/1/24_Pages_from_PENGHASILAN_MANUAL_TEKN IK_PENGGUNAAN_KAEDAH_SIMIJLASI_(TPKS)_DI_BILIK_DAR. m. Tokyo.uthm.html .com/2010/10/kaedahkoperatiftutorialpenerokaanaplik.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful