You are on page 1of 16

1 Pengenalan Penggunaan stail pengajaran yang sesuai dalam proses pengajaran dan pembelajaran memberi kesan yang mendalam

bagi seseorang pelajar dalam pendidikan fizikal. Stail pengajaran yang berbeza mendatangkan pengaruh yang berbeza dalam aspek-aspek seperti suasana pengajaran dan pembelajaran serta kebolehan guru memenuhi keperluan pelajar dari segi perkembangan psikomotor, kognitif dan afektif. Menurut Siedentop yang dinyatakan dalam Bailey dan Macfadyen (2000), stail pengajaran merupakan satu set taktik pengajaran yang digunakan secara konsisten dan jelas kelihatan dalam pengaruh guru terhadap pelajar. Mosston dan Ashworth telah mengenal pasti 11 jenis stail pengajaran berdasarkan cara membuat keputusan yang merangkumi bagaimana mengorganisasikan pelajar dan bagaimana sesuatu topik disampaikan. Jenis-jenis stail ini boleh dikategorikan kepada stail secara langsung (direct style) dan stail secara tidak langsung (indirect style). Stail secara langsung berpusatkan guru di mana guru bertanggungjawab membuat keputusan. Stail perintah dan stail reciprocal tergolong dalam stail secara langsung. Stail secara tidak langsung berpusatkan pelajar dan guru sebagai fasilitator (dalam Bailey & Macfadyen, 2000). Stail perintah (command style) adalah satu proses pengajaran dan pembelajaran yang membolehkan pelajar menghasilkan pergerakan yang tepat dengan panduan yang diberikan. Dalam stail perintah, guru berperanan membuat kesemua keputusan. Sementara itu, pelajar dikehendaki menuruti semua keputusan yang dibuat. Perhubungan langsung dan rapat antara guru dan pelajar perlu berterusan dalam setiap pergerakan demi mencapai sesuatu objektif yang dirancang (Mosston & Ashworth, 2002). Stail perintah sesuai digunakan pada peringkat awal pembelajaran sesuatu pergerakan terutama dalam situasi yang amat menitikberatkan aspek keselamatan. Contohnya pada peringkat awal pengajaran kemahiran berenang. Stail ini juga sesuai digunakan ketika masa penyampaian pengajaran adalah terhad dan memerlukan iklim bilik darjah yang berdisiplin. (Mohnsen, 1997).

2 Objektif Stail Perintah Penggunaan stail perintah dalam proses pengajaran dan pembelajaran terdapat beberapa objektif yang ingin dicapai oleh seseprang guru, antaranya: i) Ketepatan tindak balas Ketepatan tindak balas menentukan pencapaian objektif pengajaran dan pembelajaran yang ditetapkan. Dalam stail perintah guru akan memberikan arahan atau perintah dengan jelas dan pelajar akan bertindak mengikut arahan yang diberikan. Contohnya, dalam permainan tenis, guru mengarahkan pelajar melakukan servis maka semua pelajar akan melakukan servis seperti mana yang diarahkan. ii) Kepatuhan kepada model Dengan menggunakan stail perintah akan jelas kelihatan sejauh mana pelajar menunjukkan pergerakan yang didemonstrasikan. Contohnya, pelajar mengikut dan meniru pergerakan guru yang dianggap sebagai model dalam membuat aktiviti hantaran bola jaring. iii) Pemeliharaan standard estetik Standard estetik akan terpelihara apabila pelajar meniru secara bulatbulat setiap perlakuan sama ada berpandukan demonstrasi model atau tayangan video dengan tepat tanpa pengubahsuaian. Contohnya, pelajar melakukan teknik melompat tinggi dengan tepat setelah menonton tayangan video dan mendengar arahan yang diberikan oleh guru.. iv) Keseragaman Keseragaman dapat dilihat apabila semua pelajar mengikuti perintah yang diberikan oleh guru. Contohnya semua pelajar melakukan aktiviti tekan tubi selama satu minit bersama-sama sehingga tamat masanya apabila diarahkan oleh guru.

3 v) Keselamatan Penonjolan faktor keselamatan amat jelas dalam stail perintah. Ini disebabkan semua pelajar akan melakukan aktiviti seperti yang diperintah guru dan mereka sentiasa di bawah pemerhatian guru. vi) Untuk mendapatkan tindak balas segera terhadap rangsangan Semua pelajar akan memberikan maklum balas serta merta atas arahan yang dikeluarkan oleh guru. Contohnya, guru mengarahkan semua pelajar berbaris mengikut jantina, maka semua pelajar akan bertindak mengikut arahan. vii) Menggunakan masa dengan efisyen Masa pengajaran dan pembelajaran dapat digunakan secara maksima dalam stail perintah kerana hanya berlakunya komunikasi sehala. Semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan, guru mengeluarkan arahan dan pelajar melaksanakannya. Ini akan mengelakkan pembaziran masa. viii) Penonjolan semangat kumpulan Semua aktiviti akan dijalankan serentak dan seragam secara kelas atau dalam kumpulan. Ini akan mewujudkan semangat berkumpulan yang kuat tanpa sebarang perbezaan. ix) Meliputi banyak material Dalam masa pengajaran yang terhad, penggunaan stail perintah memberi ruang kepada guru menggunakan lebih banyak material kerana masa dapat digunakan secara maksima.

4 Ciri-ciri Stail Perintah Stail perintah merupakan perhubungan secara langsung antara rangsangan guru dan tindak balas pelajar. Setiap pergerakan pelajar dilaksanakan berdasarkan rangsangan model dengan lokasi, keadaan lokasi, masa permulaan dan masa penamat, langkah dan irama dan sebagainya yang ditentukan oleh guru. Dengan itu, dapat disimpulkan bahawa ciri-ciri stail perintah adalah seperti berikut: i) ii) iii) iv) v) Berpusatkan guru. Komunikasi sehala. Proses pengajaran dan pembelajaran berlaku tanpa perbincangan. Guru sebagai model yang diikuti. Pelajar sebagai pelaksana keputusan atau arahan.

5 Peranan Guru Dan Pelajar Semasa pelaksanaan stail perintah, guru dan pelajar mempunyai peranan masingmasing demi mencapai objektif yang ditetapkan. Peranan guru termasuk: i) ii) iii) iv) v) Guru membuat penerangan mengenai apa yang perlu dilakukan ketika bersemuka dengan pelajar. Guru berperanan penting dalam membuat segala keputusan. Guru bertanggungjawab memberikan gerak balas segera kepada pelajar supaya setiap tugasan dapat dipelajari dengan tepat dan cepat. Guru memberikan tugasan kepada pelajar dalam pelbagai cara berdasarkan tujuan pada waktu itu dan dalam langkah tertentu. Guru sebagai model untuk dicontohi. Oleh itu tindak balas perlakuan yang tepat dan selaras bagi setiap siri dalam setiap langkah akan memudahkan pembelajaran. Peranan pelajar termasuk: i) ii) Pelajar melakukan setiap pergerakan atau aktiviti yang telah diterangkan oleh guru. Demi mencapai objektif arahan guru, pelajar boleh mempelbagaikan pergerakan berpandukan tujuan pada waktu itu dan dalam langkah tertentu. iii) Pelajar berperanan bertindak dengan pantas atas reaksi atau arahan yang diberikan oleh guru. pencapaian sesuatu objektif pengajaran dan

6 Kaedah Pelaksanaan Stail Perintah Terdapat 3 peringkat dalam pelaksanaan stail perintah iaitu: i) Peringkat pra-impak Tujuan set pra-impak adalah untuk membuat rancangan pengajaran dan pembelajaran. Semasa merancang, kesemua keputusan dalam anatomi stail ini adalah berpandukan perlakuan pengajaran dan pembelajaran yang khusus berdasarkan objektif pembelajaran. Keputusan merancang bolehlah digambarkan dalam ringkasan mengajar. ii) Peringkat impak Peringkat ini merupakan masa pelaksanaan secara bersemuka. Tujuan peringkat ini adalah untuk menarik perhatian pelajar supaya melibatkan diri secara aktif dan melaksanakan keputusan yang telah dibuat di peringkat set pra-impak. Peringkat ini lebih tertumpu pada perlakuan sama ada perlakuan guru atau pelajar. Adalah pentingnya bagi guru menyusun isi kandungan dengan teliti dan berurutan. Bagi pelajar pula, mereka perlu mengetahui hasil pembelajaran yang ingin dicapai dalam tugasan dan hubungan antara guru dan pelajar. Terdapat 3 aspek yang penting bagi membolehkan hasil pembelajaran sesuatu pelajaran tercapai iaitu: a) b) c) isi kandungan perlakuan prosedur yang logik

Dalam menyampaikan isi kandungan, guru menunjukkan keseluruhan atau sebahagian tugasan. Di sini arahan yang diberi mungkin berbeza-beza mengikut sesuatu tujuan. Ini adalah bertujuan membina model sesuatu perlakuan. Guru boleh membuat demonstrasi melalui pita video, gambar atau menggunakan pelajar sebagai model perlakuan. Di samping itu, guru juga harus menjelaskan setiap pergerakan atau secara terperinci agar dapat difahami pelajar.

7 iii) Peringkat pasca impak Peringkat ini adalah bertujuan mendapat maklum balas daripada pelajar tentang pelaksanaan tugasan dan peranan yang dimainkan oleh pelajar.

Contoh Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Berdasarkan Stail Perintah

i) Peringkat Pra Impak Ringkasan Mengajar Bil. Pelajaran: 2 Masa: 40 minit Tunjang pembelajaran: Kemahiran Bidang pembelajaran: Olahraga-Padang Unit/Fokus: Kemahiran Asas Merejam Lembing Pengetahuan sedia ada pelajar: Pelajar telah mengenali anatomi lembing dan keselamatan dalam melaksanakan aktiviti merejam lembing. Objektif pembelajaran: Di sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran pelajar dapat a) Psikomotor membuat rejaman lembing dengan menggunakan teknik kemahiran asas rejaman yang betul. b) Kognitif menyatakan teknik asas merejam lembing. c) Afektif bekerjasama semasa melakukan aktiviti merejam lembing. Strategi mengajar : Stail perintah KBKK/Nilai/Kemahiran Proses Sains: Menganalis perlakuan diri sendiri semasa melakukan aktiviti asas merejam lembing. Persediaan Pelajar: Pakaian sukan yang lengkap. Persediaan Guru: Lembing, skitel, wisel dan bola keranjang. Penilaian kendiri:

ii) Peringkat Impak Fasa Permulaan: a) Pelajar membuat ladam kuda menghadap guru sambil melakukan aktiviti memanaskan badan seperti yang ditunjukkan oleh guru. Fasa Perkembangan: a) Pelajar melakukan aktiviti kumpulan: melutut sambil melontar bola dan melompat sambil melontar bola. b) Guru menerangkan teknik memegang lembing. c) Pelajar melakukan teknik asas merejam lembing secara statik (berdiri dan merejam).

9 d) Pelajar melakukan teknik asas merejam lembing secara dinamik (ritma 3 langkah pergerakan dan merejam). Kemuncak a) Pelajar melakukan teknik asas merejam lembing secara dinamik (ritma 5 langkah pergerakan dan merejam). b) Pelajar melakukan rejaman yang sebenar.

iii) Peringkat Pasca Impak Fasa Penutup: a) Pelajar membuat separuh bulatan menghadap guru dan melakukan aktiviti menyejukkan badan. b) Guru mendapat maklum balas daripada pelajar tentang aktiviti yang telah dijalankan.

10 Perkembangan Saluran Fizikal, Mental, Emosi Dan Sosial Saluran fizikal Perkembangan saluran fizikal dengan menggunakan stail perintah adalah tinggi. Guru yang menggunakan stail ini dalam pengajaran dan pembelajaran akan sentiasa memastikan setiap pelajar melibatkan diri secara aktif dalam setiap tugasan yang diberi. Maka dengan itu, perkataan pasif adalah tidak kongruen dengan stail ini. Pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan stail ini turut menjamin pergerakan yang berulang-ulang untuk memurnikan setiap perlakuan bagi sesuatu kemahiran.

Saluran mental Pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan stail perintah akan menyekat perkembangan mental di kalangan pelajar. Di sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran, kebanyakan masa pelajar mendengar arahan dan meniru tunjukcara daripada guru untuk melakukan sesuatu tugasan. Disebabkan enggan mengingkar perintah daripada guru, pelajar kekurangan masa untuk berfikir. Tambahan pula, mereka tidak diberi peluang untuk menyatakan pendapat dan menunjukkan kreativiti masing-masing. Lantaran itu, perkembangan kreativiti pelajar turut terbantut.

Saluran emosi Perkembangan saluran emosi dalam pengajaran dan pembelajaran stail perintah agak rendah. Dalam stail perintah hanya berlakunya komunikasi sehala dan biasanya guru yang bertanggungjawab dalam membuat segala keputusan. Bagi pelajar yang kurang keyakinan untuk meluahkan pendapat akan berasa selesa semasa proses pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan. Ini disebabkan mereka hanya perlu menuruti segala arahan yang diberikan oleh guru. Namun ini akan menimbulkan masalah seperti mereka akan terus mendiamkan diri dan kurang keyakinan diri. Bagi pelajar yang kreatif dan suka memberi cadangan akan berasa tidak puas hati atau bosan sekiranya

11 guru asyik menggunakan stail perintah. Oleh itu guru haruslah mempelbagaikan stail pengajaran yang digunakan. Walau bagaimanapun, stail perintah memberi peluang kepada pelajar memupuk sikap cuba menerima atau menuruti arahan, perintah atau pendapat orang lain. Dengan itu, secara tidak langsung akan memupuk tabiat mengawal emosi diri dan tidak cepat panas badan akibat kedegilan diri. Di samping itu, pelajar dapat mempelajari cara mendisiplinkan diri melalui stail perintah. Contohnya, dalam latihan gimnastik, disiplin diri amat penting untuk mengelakkan kemalangan. Seseorang yang berdisiplin juga mahir dalam menguruskan masa. Akibatnya pelajar yang sedemikian akan sentiasa berada dalam keadaan tenang dan tidak akan terburu-buru dalam apa jua urusan.

Saluran sosial Pengajaran stail perintah ini mengutamakan arahan guru secara mutlak. Pelajar langsung tidak diberi peluang untuk mengeluarkan idea dan pendapat tersendiri. Ini akan menyebabkan pelajar menjadi pengikut yang tidak berpendirian sendiri secara tidak langsung. Hal ini bukan sahaja mengurangkan interaksi antara pelajar-pelajar malah tiada komunikasi antara guru-pelajar. Komunikasi sehala yang dipupuk dalam stail ini seterusnya akan meminimumkan saluran sosial yang menggalakkan interaksi antara dua pihak. Nilai-nilai sosial yang dapat dipelajari dalam stail lain seperti pemupukan semangat bekerjasama, bertimbang rasa, toleransi, cara berkomunikasi dan menggalakkan perkembangan pemikiran kreatif individu tidak wujud dalam stail perintah walaupun keperluan nilai-nilai ini penting dalam kehidupan bermasyarakat kita.

12 Kekuatan Stail Perintah Stail pengajaran ini mempunyai beberapa berikut: i) Stail perintah dapat mengelakkan kepesongan kandungan pengajaran Stail pengajaran perintah akan memeliharakan kandungan pelajaran penyampaian guru tanpa sebarang perubahan sekiranya pelajar mengikutinya dengan sepenuhnya. Stail ini juga dapat mengelakkan kesalahfahaman pelajar terhadap penyampaian guru terutamanya bagi pelajaran yang mengutamakan keselamatan aktiviti. Keadaan ini adalah berpunca daripada pengajaran guru diterima sepenuhnya oleh pelajar tanpa interaktif antara guru dan pelajar. ii) Stail perintah dapat mengawal kelas secara berkesan Keberkesanan pengajaran dengan stail ini adalah jelas sekali bagi saiz kelas yang besar. Stail ini membantu guru menyampaikan pelajaran atau maklumat dengan berkesan dalam kelas yang lebih besar. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran pelajar akan mengikuti perintah guru demi melancarkan lagi proses pembelajaran di samping penggunaan masa dengan baik. iii) Stail perintah dapat melakukan persembahan fizikal dengan berkesan Berdasarkan pengajaran daripada guru, stail perintah dapat melakukan persembahan fizikal pelajar melalui peniruan secara berkesan. Guru bertanggungjawab dalam pembetulan kesilapan semasa peniruan selain dari memastikan penerimaan kemahiran pembelajaran pelajaran dengan betul. iv) Stail perintah dapat menghasilkan keseragaman Dengan stail ini, pelajar akan menguasai sesuatu kemahiran melalui peniruan dan menghasilkan keseragaman. Aktiviti yang dijalankan oleh guru melalui perintah sama ada gambar, video ataupun model secara kekuatan yang disenaraikan seperti

13 berulang akan ditiru atau ditransform oleh pelajar dan seterusnya menghasilkan keseragaman hasil pembelajaran. v) Stail perintah memudahkan pembelajaran pelajar Stail ini mementingkan pengikutan pelajar dalam pembelajaran. Pelajarpelajar dikehendaki menurut dan meniru arahan secara bersama. Ini akan memudahkan pembelajaran tentang isi kandungan yang disampaikan terutamanya pelajar yang lemah penguasaan kemahiran sesuatu pelajaran. vi) Stail perintah dapat memadatkan kandungan pengajaran Isi pelajaran dapat disampaikan dengan padat dan bernas kepada pelajar disebabkan oleh penggunaan masa dengan efisyen dalam stail ini. Penyampaian guru akan lebih berkesan dengan membahagikan kemahiran kepada unit-unit yang lebih kecil seperti ansur maju memandangkan stail pengajaran ini sekiranya diaplikasikan dengan betul akan mempunyai pengurusan masa yang baik.

Kelemahan Stail Perintah Terdapat beberapa kelemahan stail perintah dalam pengajaran latihan fizikal, antaranya adalah seperti berikut : i) Stail perintah mementingkan komunikasi sehala Dalam pengajaran guru, pelajar hanya mengikuti perintah dan melakukan arahan di mana komunikasi sehala berlaku. Pelajar menjalankan aktiviti mengikut perintah tanpa perubahan, mereka langsung tidak berpeluang untuk berbincang dengan guru dan mengemukakan pendapat. ii) Stail perintah tidak mengambil kira perbezaan individu Pengajaran dengan menggunakan stail ini selalunya menganggap semua pelajar mempunyai tahap kecerdasan yang sama, iaitu perintah atau arahan dikeluarkan tanpa mengira perbezaan individu pelajar. Keberkesanan pembelajaran mungkin menjadi berkurangan disebabkan oleh pelajar yang lemah atau kurang cerdas.

14

iii)

Stail perintah tidak mementingkan saluran emosi atau sosial Perkembangan kognitif pelajar akan terbantut disebabkan stail ini yang tidak mementingkan pemikiran kreatif para pelajar dan menjana idea baru mereka tersendiri. Tidak ada interaksi dua pihak untuk membolehkan pelajar bertukar-tukar pendapat dan meluahkan masalah kepada guru. Pelajar yang tidak berpeluang berkomunikasi dan berbincang dengan rakan mereka semasa pengajaranpembelajaran. Saluran emosi dan sosial yang tidak dipandang berat oleh guru akan menyebabkan buah fikiran mereka terbantut dan seterusnya akan memendamkan pendapat atau masalah sehingga tamatnya pengajaran guru.

iv)

Stail perintah menggalakkan penyalahgunaan kuasa guru Penyalahgunaan kuasa kerap berlaku dalam corak pengajaran stail perintah. Kuasa guru mungkin disalahgunakan disebabkan pengawalan pergerakan lebih-lebih lagi mungkin mencela pelajar. Perasaan negatif menjadi semakin menebal ini akan mendesak pelajar menolak corak pengajaran guru dan mengancam keberkesanan pembelajaran-pengajaran.

v)

Stail perintah menyekat perkembangan kreativiti pelajar Perkembangan kreativiti pelajar mungkin terhalang dalam penggunaan stail ini. Kreativiti pelajar tidak dapat ditonjolkan disebabkan oleh pelajar hanya mengikut dan meniru arahan tanpa diberi peluang untuk memberi pendapat individu pelajar vi) Stail perintah kurang berjaya dalam memotivasikan pelajar Komunikasi dua hala yang menggalakkan saling bertukaran buah fikiran dan meluahkan masalah kepada guru memang tidak wujud dalam stail ini. Stail perintah tidak menjanjikan kejayaan kerana hubungan guru dan pelajar hanya menerima dan menjalankan perintah. Justeru itu, stail yang agak keras ini tidak akan memberi motivasi yang berkesan kepada segelintir pelajar.

15

Penutup Setiap stail pengajaran mempunyai cara penyampaian tersendri yang dapat dilaksanakan secara berkesan dalam pembelajaran dan pengajaran atau sebaliknya. Dengan menyedari hakikat ini, adalah menjadi perkara penting dalam peningkatan pencapaian objektif pelajaran sekiranya terdapat pemahaman yang mendalam tentang setiap stail pengajaran. Dalam stail perintah, guru seharusnya peka atau sedar sensitiviti semulajadi dalamnya. Semasa penyampaian stail ini, bahasa yang jelas lagi tepat, terancang dan berkesan serta mudah difahami perlu digunakan dalam arahan yang diberi. Selain daripada itu, ia juga seharusnya mengambilkira pelbagai perkara seperti objektif, emosi, fizikal, dan intelek pelajar serta keperluan sesuatu arahan. Kekeliruan dan kesalahtaksifan dapat dielakkan dengan penggunaan bahasa yang sesuai dan seterusnya menyumbang kepada keyakinan pelajar tentang apakah yang seharusnya mereka melakukan berdasarkan sesuatu arahan guru. Pelbagai masalah sampingan seperti kegagalan melaksanakan sesuatu tugas atau mungkin mendatangkan kecederaan atau menimpa kemalangan pelajar sekiranya terdapat kesilaptaksiran sesuatu perintah. Stail Perintah yang sesuai dan berkesan penting dalam memupuk semangat bekerjasama sesama pelajar, motivasi, sahsiah pelajar yang berkepercayaan kepada diri sendiri dan seterusnya membina keyakinan atas kepakaran serta kebolehan guru tersebut. Guru yang melaksanakan stail ini seharusnya membuat persediaan awal dan telah menguasai ciri-ciri serta kemahiran dengan baik demi berupaya menangani segala masalah atau kelemahan yang bakal timbul. Pada keseluruhannya, stail perintah memang merupakan suatu teknik pengajaran yang baik dan berkesan dalam pendidikan fizikal seperti perlaksanaannya dalam pengajaran Pendidikan Jasmani dan Sains Sukan sekiranya ia diaplikasikan secara maksimum dengan gaya penyampaian yang sesuai dan betul.

16 Rujukan American Alliance For Health, Physical Education, Recreation And Dance (AAHPERD) (1999). Effective teaching principles for lifelong, individualized health related fitness. United States of America: Human Kinetics. Bailey, R. & Macfadyen, T. (2002). Teaching physical education. London: Continuum. Kementerian Pendidikan Malaysia (2001). Sukatan PelajaranKurikulum Bersepadu Sekolah Menengah: Pendidikan Jasmani. Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum. Mohnsen, B. S. (1997). Teaching middle school physical education. United States: Human Kinetics. Mosston, M. & Ashworth, S. (2002). Teaching physical education (5th ed.). San Francisco: Benjamin Cummings. Schempp, P.G. (2003). Teaching sport and physical activity: In sights on the road to excellence. United States: Human Kinetics.