You are on page 1of 13

Topik 2

X

Teknologi Perisian Muzik

HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. 2. 3. 4. 5. Menyenaraikan jenis-jenis perisian CAL muzik; Menerangkan perisian muzik latihan dan latih tubi; Menjelaskan perisian muzik tutorial; Menghuraikan aplikasi perisian CAL dalam bilik darjah; dan Menganalisa perisian muzik.

X

PENGENALAN

Bertemu kita kembali dalam Topik 2. Sebelum itu, saya ingin bertanya satu soalan kepada anda semua. Adakah anda fikir teknologi muzik memainkan peranan yang besar dalam pembelajaran muzik? Para pelajar sekelian, penggunaan teknologi muzik sebenarnya telah terbukti begitu berkesan di dalam pendidikan muzik. Berpandukan kepada sistem asas yang terdiri dari perkakasan dan perisian, ia mampu memberikan guru dan murid integrasi kemahiran muzik seperti latihan pendengaran, teori muzik, latihan memainkan peralatan muzik serta membuat komposisi seiring dengan konsep pendidikan muzik. Dalam topik ini, anda akan bersama-sama saya menerokai penggunaan teknologi perisian muzik. Jadi jom kita teruskan!

2.1
x x x

PERISIAN CAL MUZIK

Dalam bahagian ini, kita akan mempelajari: Jenis-jenis perisian CAL muzik Perisian muzik latihan dan latih tubi Perisian muzik tutorial

perisian ini masih dianggap tidak lengkap sehinggalah terciptanya perisian Cakewalk Pro Audio yang dapat menyokong sistem audio digital dengan sepenuhnya. Penggunaan awalnya adalah untuk aplikasi DOS dan kemudiannya telah diubahsuai untuk aplikasi Windows. kita lihat dahulu jenis-jenis perisian CAL muzik. Di peringkat awal pemasaran.01 yang memaparkan CAL Windows. Rajah 2.1: Dua versi perisian Cakewalk yang pernah popular di peringkat awal pemasaran. Perisian Cakewalk secara asasnya adalah merupakan sekuenser MIDI (Musical Instrument Digital Interface) yang telah dicipta pada tahun 1991.1 menunjukkan anda perisian Cakewalk yang pernah popular di peringkat awal pemasaran. Cakewalk Pro mempunyai had penggunaan sebanyak 25 trek bersama 1 MIDI Output manakala Cakewalk Express pula dilengkapi dengan peralatan seperti sound card. terdapat dua versi perisian Cakewalk yang popular. . Walaupun kedua-dua perisian ini mampu menggerakkan WAV file.1 Jenis-jenis Perisian CAL Muzik Sebelum kita belajar dengan lebih mendalam. Rajah 2. Anda tentu pernah mendengar tentang perisian CAL tetapi tahukah anda apa itu CAL? CAL (Cakewalk Application Language) merupakan aplikasi bahasa yang digunakan bagi mengawal program perisian Cakewalk. Aplikasi bahasa adalah merupakan hasil intepretasi dari „kod sumber‰ ke „kod bit‰ dan ini adalah berlainan dari kod utama perisian program yang kebiasaannya dihimpunkan bersama „kod mesin‰ pada perisian tersebut.1. Rajah 2.2 menunjukkan perisian Cakewalk Professional Versi 3.22 X TOPIK 2 TEKNOLOGI PERISIAN MUZIK 2.

2 Perisian Muzik Latihan dan Latih Tubi Sekarang kita lihat pula perisian muzik latihan dan latih tubi. . kebanyakan perisian muzik latihan dan latih tubi tertumpu kepada alat muzik keyboard.01 berserta CAL Windows 2.TOPIK 2 TEKNOLOGI PERISIAN MUZIK W 23 Rajah 2.3 di bawah. Perisian „NotePlay for Windows‰ umpamanya memaparkan 36 tahap latih tubi di dalam bentuk melodik dan harmonik bertujuan untuk membentuk kelajuan serta ketepatan kedua-dua belah tangan pelajar seperti Rajah 2.4). Jika anda perhatikan.1.3: Contoh perisian „NotePlay For Windows‰ Selanjutnya kita tengok kepada perisian „Concerto Accompanist‰ (Sila lihat Rajah 2.2: Cakewalk Professional 3. Rajah 2.

1 Semasa sesi tutorial akan datang. anda harus ingat bahawa perisian ini dapat membimbing latihan serta memberi pelbagai bentuk maklumat secara terus kepada para pelajar.3 Perisian Muzik Tutorial Apabila anda melihat perisian muzik tutorial. perisian ini dapat memberikan penerangan tentang unsur-unsur penting berkaitan dengan „Circle Of Fifths‰. .24 X TOPIK 2 TEKNOLOGI PERISIAN MUZIK Pic digunakan untuk membantu mengesan kedudukan asal muzik iringan tersebut.5. Perisian ini juga mampu untuk menerangkan kepada anda dengan lebih lanjut tentang sesuatu topik perbincangan. Contohnya boleh dilihat dalam Rajah 2. Sensitiviti bunyi pula membolehkan Orkestra MIDI untuk bermain secara kuat atau lembut mengikut kepada cara ia dimainkan oleh pengguna. sementara tempo dapat mengawal kecepatan atau kelambatan muzik itu mengikut kehendak pelajar. Perisian ini juga mempunyai kawalan bunyi secara individu untuk setiap alat muzik di dalam MIDI Orkestra itu bagi mendapatkan imbangan bunyi yang fleksibel.4: Contoh perisian „Concerto Accompanist‰ AKTIVITI 2. Perisian „Music Lesson‰ umpamanya akan dapat memberi maklumat tentang teknik-teknik penyambungan MIDI serta pilihan-pilihan lain yang terdapat di dalam program tersebut. 2. bincangkan tentang perisian muzik latihan dan latih tubi bersama rakan-rakan sekelas.1. Sebagai contoh. Rajah 2.

5: Contoh perisian muzik tutorial Ciri-ciri lain yang menarik tentang perisian ini ialah ia dapat menimbulkan suasana pembelajaran seperti di dalam bilik darjah.TOPIK 2 TEKNOLOGI PERISIAN MUZIK W 25 Rajah 2. Ia juga dapat menyimpan rekod pencapaian seseorang pelajar bagi membantu guru memantau serta merancang pelajaran seterusnya. perisian ini mempunyai jam loceng bagi menentukan had masa sesuatu latihan yang dijalankan di samping menyemak jawapan pelajar sama ada betul ataupun salah.6 menunjukkan kepada anda tentang contoh laporan pencapaian pelajar dalam muzik. Rajah 2. Setiap pelajar akan diagihkan dengan fail tersendiri dan apabila pelajar tersebut memulakan sesi baru. Pelajar pula akan dapat menilai kelemahan mahupun kekuatan mereka di dalam topik-topik yang dipelajari. Rajah 2. perisian ini akan terus membawa pelajar kepada tutorial yang berkenaan. Sebagai contoh.6: Contoh laporan pencapaian pelajar dalam muzik .

Berpandukan kepada permukaan interaktif serta teknologi „Expression Engine‰ dan „Dimension Pro‰.7: Perisian „ Cakewalk Studio Instruments . Apple Garage Band.2 APLIKASI PERISIAN CAL DALAM BILIK DARJAH Perisian seperti „Cakewalk Studio Instruments‰ (lihat Rajah 2. Perisian ini juga mempunyai koleksi pra-rakaman pelbagai bentuk irama-irama kreatif yang dapat digunakan terus oleh pelajar di dalam lagu-lagu yang dimainkan. pengguna hanya perlu klik kepada ikon sesuatu alat muzik bagi mendapatkan bunyi peralatan tersebut. gitar bes serta piano elektrik bagi membentuk „rhythm section‰ yang lengkap serta dapat berfungsi secara tersendiri. Rajah 2. Perisian ini boleh juga digabungkan dengan lain-lain perisian muzik seperti Cakewalk Music Creator.7) akan dapat memberi peranan yang lebih besar kepada komputer di dalam memainkan beberapa alat muzik MIDI seperi dram. Pelajar juga boleh memainkan alat-alat muzik tersebut dengan menggunakan keyboard komputer mahupun keyboard MIDI.26 X TOPIK 2 TEKNOLOGI PERISIAN MUZIK 2. Magix Music Maker serta Sony Acid Music Studio di dalam memainkan pelbagai peralatan muzik.

dram MIDI. anda perlulah: (a) (b) (c) Peka kepada perkembangan teknologi terkini serta keperluan-keperluan khusus bagi mencapai sesuatu matlamat.3 INTEGRASI KE DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (P&P) Teknologi perisian muzik tidak mampu untuk menggantikan guru atau alat-alat muzik konvensional. Memperluaskan pengetahuan serta kefahaman struktur serta stail pelbagai genre muzik supaya dapat menilai komposisi serta persembahan yang berkualiti tinggi.TOPIK 2 TEKNOLOGI PERISIAN MUZIK W 27 2.4 GURU SEBAGAI FASILITATOR Sebagai seorang guru. mixer dan juga alat-alat rakaman dan efek yang sering digunakan di dalam teknologi muzik masa kini. komposisi dan juga latihan. Mereka bentuk strategi serta kaedah terkini pengajaran serta pembelajaran teknologi muzik. 2. dan Memahami fungsi-fungsi peralatan yang digunakan seperti mikrofon. malah perlu memainkan peranan sebagai seorang fasilitator yang mempunyai kemahiran serta pengetahuan yang mendalam tentang teknologi muzik. Walau bagaimanapun. (b) (c) (d) keyboard MIDI. . Antara objektif yang dapat diperoleh hasil daripada integrasi ini adalah seperti: (a) Penerokaan bunyi-bunyian secara terus serta pembentukan bunyi-bunyian baru dengan menggunakan efek seperi reverb. teknologi ini begitu berkesan untuk diintegrasikan dengan pelbagai sumber dan aktiviti di dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Ia juga tidak dapat digunakan sebagai satu-satunya landasan untuk pengajaran dan pembelajaran. echo dan sebagainya. dinamik dan artikulasi bagi membuat komposisi serta persembahan muzik sama ada secara bersendirian mahupun berkumpulan. Pembentukan serta penghalusan idea-idea muzik berdasarkan kepada unsur-unsur muzik seperti tempo. Penerokaan ini bukan sahaja terhad kepada bunyi asal daripada alat-alat muzik yang dimainkan tetapi pengubahsuaian bunyi-bunyi tersebut berdasarkan kepada muzik sintesis sebagai landasan bagi aktiviti-aktiviti improvisasi. Mengenal pasti sumber maklumat yang berkaitan. anda tidak seharusnya mengehadkan tugasan hanya di dalam bilik darjah. Menjadi seorang fasilitator.

1 menunjukkan kepada anda apa itu perisian aplikasi dan juga perisian dedikasi. Jadual 2.8): Rajah 2. ibu bapa dan juga masyarakat sekeliling berpandukan kepada teknologi semasa. Secara amnya. Menggunakan teknologi muzik bagi pembangunan jati diri serta produktiviti pelajar. latihan pendengaran serta improvisasi.5 MENGANALISA PERISIAN MUZIK Bagaimanakah caranya anda boleh menganalisis perisian muzik? Membuat banding beza merupakan satu caranya. latihan teori.8: Dua kumpulan perisian muzik yang digunakan dalam pendidikan muzik Jadual 2.1: Perisian Aplikasi dan Perisian Dedikasi Perisian Aplikasi Perisian yang dicipta bagi menjalankan aplikasi muzik secara am seperti menulis notasi muzik serta membuat komposisi. Perisian dedikasi ini pula dibahagikan kepada tiga kategori seperti yang dapat anda lihat dalam Rajah 2. (Sila lihat Rajah 2. Walau bagaimanapun perisian ini masih boleh digunakan di dalam aktiviti pendidikan muzik. perisian muzik yang digunakan di dalam pendidikan muzik dapat dibahagikan kepada dua kumpulan. Perisian Dedikasi Perisian yang direka bentuk bagi menjalankan aktiviti pendidikan muzik seperti permainan keyboard. 2. .9. Menggunakan teknologi muzik sebagai medium untuk membuat penilaian ke atas tahap pencapaian pelajar. dan Membangunkan sistem komunikasi dengan murid.28 X TOPIK 2 TEKNOLOGI PERISIAN MUZIK (d) (e) (f) (g) Mengintegrasi teknologi muzik di dalam kurikulum pendidikan dengan berkesan.

aktiviti muzik teori serta latihan pendengaran seperti mengenal pasti skel. mod. pic serta ritma. kord.5.10: Contoh perisian teori 2. Rajah 2.5. tanda kunci. . tanda masa.TOPIK 2 TEKNOLOGI PERISIAN MUZIK W 29 Rajah 2. dan Improvisasi. jeda.1 Perisian Teori Pernah mendengar tentang perisian teori? Perisian teori ini menyediakan latihan. melodi.2 Perisian Latihan dan Persembahan Perisian ini dapat dibahagikan kepada dua kategori iaitu: x x Latihan.9: Tiga kategori perisian dedikasi 2.

Rajah 2.5.12).11: Contoh perisian latihan dan persembahan 2.30 X TOPIK 2 TEKNOLOGI PERISIAN MUZIK Kategori latihan adalah lebih menjurus kepada muzik klasik manakala kategori improvisasi pula memberi penekanan kepada muzik pop dan jazz. Perisian ini akan membolehkan komputer bertindak sebagai suatu alat muzik tanpa memerlukan sebarang peralatan MIDI untuk berfungsi.11 menunjukkan contoh perisian latihan dan persembahan: Rajah 2. Tetikus serta papan kekunci (keyboard) pula akan membantu mengawal bunyi yang akan dikeluarkan.3 Perisian Eksplorasi Berlainan dari perisian-perisian yang diterangkan kepada anda sebelum ini. Rajah 2.12: Contoh perisian eksplorasi . perisian eksplorasi ini menggunakan komputer dan synthesizer di dalam membentuk suatu suasana pembelajaran yang unik (Sila lihat Rajah 2.

Tambahannya lagi. Pelajar juga dapat memilih tahap latihan yang diinginkan dan pendekatan ini dapat memberi fleksibiliti yang begitu berkesan kepada mereka. Jika kita lihat kepada perisian tutorial. ia pada lazimnya dapat memberi maklumat kepada pelajar di samping membuat penilaian terus tentang kefahaman tersebut. ia didapati begitu berkesan di dalam membentuk kemahiran kognitif seseorang pelajar. Pelajar akan dapat berinteraksi dengan komputer dan akan mendapat maklum balas secara langsung tentang pencapaian mereka.5.5 Kelemahan dalam Perisian Muzik Adakah anda rasa perisian muzik mempunyai kelemahan? Kelemahan utama yang dapat kita lihat adalah tertumpu kepada cara pengendalian perisian oleh pengguna. Perisian latihan dan latih tubi pula dapat memberi maklum balas kepada pelajar tentang hasil kerja yang telah dilakukan di samping memberi beberapa cadangan pembaikan. masalah latihan pendengaran serta memahami peraturanperaturan harmoni. Berlainan daripada perisian tutorial dan perisian latihan dan latih tubi. 2. Ditambah dengan masalah virus komputer yang masih tidak dapat dibendung dengan sistematik. kebanyakan pengeluar perisian muzik hanya akan memberi informasi asas di dalam media cetak ataupun di layar internet. Perisian ini adalah begitu efektif di dalam membentuk fakta-fakta pengetahuan muzik seperti terma muzik. perisian muzik tidak akan dapat dimanfaatkan dengan sepenuhnya dan akhirnya perisian tersebut hanya akan diabaikan begitu sahaja. Walaupun perisian ini mengambil masa yang agak panjang untuk menguasainya. Informasi yang diberikan adalah terlalu ringkas dan tidak telus dan pengguna juga tidak berpeluang untuk mencuba perisian tersebut terlebih dahulu sebelum . perisian ini memerlukan kepakaran guru untuk menentukan teknik-teknik penggunaan serta objektif pengajaran dan pembelajaran. Pelajar akan dapat membuat rakaman serta pengubahsuaian ke atas komposisi yang dibuat dan ini memberi peluang kepada pelajar untuk menerokai pelbagai bunyibunyian baru seperti yang dipraktikkan di dalam industri. Perisian ini begitu kerap digunakan di dalam pendidikan muzik khususnya di dalam mata pelajaran „latihan pendengaran‰ di mana perisian akan dapat membuat penilaian serta memberi tunjuk ajar di pelbagai peringkat.4 Kesesuaian Perisian dengan Topik dan Konsep Sekarang kita akan melihat pula kesesuaian sesuatu perisian dengan topik dan juga konsep.TOPIK 2 TEKNOLOGI PERISIAN MUZIK W 31 2. Perisian aplikasi yang secara asasnya adalah tertumpu kepada rakaman dan notasi muzik dapat juga digunakan di dalam pendidikan muzik.5.

Sebagai contoh penulisan notasi menggunakan perisian akan menghasilkan tulisan yang kemas serta kemudahan mendengar-balik hasil penulisan tersebut tetapi teknik penulisan ini biasanya akan memakan masa yang lebih panjang berbanding dengan teknik penulisan notasi secara tradisi. Kelemahan atau kerumitan sebenar mengendalikan perisian tersebut hanya akan diketahui selepas penggunaan perisian tersebut. Masalah yang timbul adalah kebanyakan pengguna ini akan menggunakan program sedia-rakam untuk komposisi mereka dan hasilnya adalah stereotaip dan tidak membina kreativiti mereka dengan sepenuhnya. Masalah ini kerap ditemui sama ada di dalam perisian teori. Perisian „Concerto Accompaninist‰ mampu menyediakan muzik iringan di samping menganalisis pic. x . Ia dapat digunakan bukan sahaja sebagai alat bantuan pengajaran muzik tetapi juga sebagai media pengantar utama. latihan dan latih tubi serta perisian aplikasi.32 X TOPIK 2 TEKNOLOGI PERISIAN MUZIK membelinya. Dua versi perisian Cakewalk yang popular di peringkat awal pemasaran ialah Cakewalk Pro dan Cakewalk Express. Ini mungkin dapat membantu anda dalam menjawab soalan peperiksaan nanti. Perisian bagi komposisi pula banyak memberi peluang kepada pengguna untuk berkarya dengan lagu-lagu ciptaan sendiri walaupun mereka tidak mempunyai pengetahuan yang khusus di dalam bidang muzik. Dilema pengguna selalunya adalah berkisar kepada persoalan: Adakah harga yang dibayar berpatutan dengan produk yang ditawarkan atau adakah fungsifungsi yang disediakan di dalam perisian tersebut terlalu mudah atau sebaliknya serta menepati atau tidak kehendak pengguna? AKTIVITI 2. x Teknologi muzik melalui perkakasan komputer dan perisian telah mengubah persepsi serta pendekatan pendidikan muzik.2 Ambil satu kertas dan lukiskan satu peta minda ringkas tentang apa yang telah anda pelajari dalam topik ini. tempo serta sensiviti bunyi di dalam bahagian piano yang dimainkan.

S. Tonal harmony with an introduction to twentiethcentury music. Perisian muzik yang digunakan di dalam pendidikan muzik dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu perisian aplikasi dan perisian dedikasi. x x x x x CAL (Cakewalk Application Language) Perisian aplikasi Perisian „Cakewalk Studio Instruments‰ Perisian „Concerto Accompanist‰ Perisian dedikasi Perisian ekplorasi Perisian latihan dan persembahan Perisian muzik latihan dan latih tubi Perisian muzik tutorial Perisian teori Kostka. Perisian seperti „Cakewalk Studio Instruments„ akan dapat memberi peranan yang lebih besar kepada komputer di dalam memainkan beberapa alat muzik MIDI. perlu ada keseimbangan di antara perkembangan teknologi ini bersama dengan nilai-nilai estetik muzik itu sendiri. D. E. Analisis perisian muzik boleh dibuat dengan cara banding beza. & Payne. (2000).TOPIK 2 TEKNOLOGI PERISIAN MUZIK W 33 x Kebanyakan perisian muzik latihan dan latih tubi tertumpu kepada alat muzik keyboard. Walau bagaimanapun di dalam mengejar keghairahan ini. London: ABRSM . Ruang untuk perkembangan dan penyelidikan lanjut di bidang ini juga masih terbuka luas. Perisian muzik tutorial dapat membimbing latihan serta memberi pelbagai bentuk maklumat terus kepada para pelajar. Taylor. (1989). United States: McGraw Hill. The AB guide to music theory.