You are on page 1of 2

Encik Lim Kuan Ang Penyelia Sekolah Cina Negeri Kedah Jabatan Pendidikan Negeri Kedah, Kompleks Pendidikan

, Jalan Stadium 05604, Alor Setar, Kedah Tuan, SOKONGAN PERMOHONAN RAYUAN PERTUKARAN TEMPAT PERKHIDMATAN GURU KE DAERAH KUALA MUDA BAGI SEKOLAH RENDAH KE ATAS YOU TZYY KANG NO KAD PENGENALAN XXXXXX-02-XXXX Saya dengan segala hormat dan penuh takzimnya merujuk kepada Tuan perkara di atas. Terlebih dahulu saya mendoakan Tuan dan keluarga tercinta serta seluruh kakitangan kementerian dalam keadaan sihat dan walafiat. 2. untuk makluman Tuan, saya telah mendapatkan surat rayuan daripada pemohonan Encik You Tzyy Kang no kad pengenalan abcdef-gh-ijkl yang nberalamat di SJKC Min Nam, Kuala Teriang , 07100, Kedah, Langkawi berkenaan rayuan pertukaran tempat perkhidmatan guru Daerah Kuala Muda. 3. Untuk makluman Tuan juga, pemohonan kini sedang mengajar di SJKC Min Nam,Langkawi dan telah berkhidmat selama 4 tahun. Antara sebab-sebab pemohon ingin membuat pertukaran ke Daerah Kuala Muda adalah seperti berikut: Pemohonan kini terpaksa berulang alik dari Langkawi ke Kuala Muda kerana untuk menjaga ibu beliau yang kini disahkan oleh doktor yang menyatakan ibu beliau menghidap penyakit Bilaterial Knee Osteoarthritis dan akan membuat pembedahan pada xxxxxxx. Dalam keadaan begini, ibu beliau amat memerlukan penjagaan beliau, kerana dia mengalami masalah pergerakan yang menyukarkan untuk beliau menjalankan aktiviti harian. (Lampiran pengesahan doktor dikelatkan) Pemohonan juga adalah anak jati Kuala Muda yang amat berharap untuk berkhidmat kepada masyarakat di Kuala Muda.

Pada bulan January, 2012 ini beliau bercadang untuk menyambung pelajaran ke peringkat Mastae Degree of Business Administration (MBA) di Universiti Utara Malaysia, ini amat menyukarkan beliau untuk berulang alik untuk ke tanah besar. (Lampiran surat sokongan UUM dan Syarikat LKT Sdn Bhd,PG) Oleh itu saya dengan ini menyokong penuh pemohonan beliau untuk ditukarkan ke Daerah Kuala Muda berdasarkan alasan beliau yang begitu munasabah. Beliau telah membuat akuan janji dengan saya sekiranya dapat bertukar ke Kuala Muda beliau akan menjadi pendidik yang cemerlang dan berkhidmat dengan sepenuh daya dan usaha bagi membentuk generasi yang berilmu dan berakhlak. 4. Oleh itu, saya mohon sokongan daripada Tuan untuk menyokong pemohonan beliau diluluskan. Segala kerjasama dan sokongan daripada Tuan amatlah saya hargai. Sekian terima kasih. “1 Malaysia” Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan BERKHIDMAT UNTUK NEGARA. YANG BENAR, (nama ahli parlimen) __________________________ S.K YBhg Datuk Hj Isa bin Hj Abu Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Harian Kementerian Pelajaran Malaysia Aras 4, Blok E2, Kompleks E Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62604 Putrajaya (U / P : SEKTOR SEKOLAH RENDAH) En You Tzyy Kang SJKC Min Nam Kuala Teriang, 07100, Langkawi, Kedah 017-4557309