You are on page 1of 3

MATRIKS SOALAN-SOALAN LAZIM (FREQUENTLY ASKED QUESTIONS – FAQ) BIL 1.

SOALAN Apakah yang dimaksudkan dengan penyelarasan tarikh tamat Lesen Memandu Kompeten (CDL) mengikut tarikh lahir? Apakah rasional pelaksanaan insiatif tarikh tamat lesen CDL mengikut tarikh lahir pemegang lesen? JAWAPAN Ianya bermaksud apabila lesen memandu pemegang lesen tamat tempoh, tarikh tamat kuat kuasa pembaharuan lesen memandu tersebut akan diselaraskan dari tarikh tamat semasa kepada tarikh tamat mengikut tarikh lahir pemegang lesen CDL pada tahun berikutnya. Rasionalnya inisiatif ini ialah: i. untuk memberi kemudahan kepada pemegang lesen untuk mengingati tarikh membaharui lesen memandu mereka; ii. untuk mengurangkan kes pemegang lesen tidak aktif dan rayuan untuk memperbaharui Lesen Memandu tamat tempoh melebihi 3 tahun; dan iii. sebagai alternatif kepada sistem penyampaian notis peringatan yang telah dilaksanakan JPJ. Pelaksanaan inisiatif ini hanya melibatkan lesen memandu CDL sahaja. Inisiatif ini akan dilaksanakan mulai 20 November 2011. Perkhidmatan bagi urusniaga ini disediakan di kaunter pejabat JPJ negeri/cawangan yang boleh diperolehi melalui aktiviti; i. pembaharuan lesen CDL; ii. penukaran lesen PDL ke CDL; iii. menambah kelas Lesen CDL dengan kombinasi pembaharuan CDL; atau iv. mendapatkan salinan lesen dengan kombinasi pembaharuan CDL. Selain itu, perkhidmatan pembaharuan lesen CDL ini juga boleh dilakukan di pejabat Pos, Syarikat penyedia perkhidmatan eKerajaan (eKhidmat - MyeG, KOMMS, mySpeed) melalui kiosk dan internet serta kaunter perkhidmatan di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). Nota : Pelaksanaan dikaunter JPN mulai Disember 2011 6. Siapakah pemegang lesen yang terlibat? i. Pelaksanaan inisiatif ini akan melibatkan semua pemegang lesen CDL (warga negara dan bukan warga negara) termasuklah mereka yang akan menukar lesen PDL ke lesen CDL. ii. Bagi mereka yang lesen CDL masih mempunyai baki tempoh kuatkuasa melebihi 4 tahun, penyelarasan tempoh tamat lesen CDL mengikut tarikh lahir hanya boleh dibuat apabila baki tempoh tamat lesen adalah kurang daripada 4 tahun memandangkan tempoh pelanjutan tidak boleh melebihi 5 tahun.

2.

3. 4. 5.

Apakah jenis lesen memandu yang terlibat dalam inisiatif ini? Bilakah inisiatif ini mula berkuat kuasa? Di manakah perkhidmatan bagi transaksi pembaharuan lesen CDL mengikut tarikh lahir boleh dibuat?

7.

Apakah terdapat perubahan struktur atau kadar baru yang dikenakan bagi pelaksanaan inisiatif ini kepada pemegang lesen?

Pelaksanaan inisiatif ini tidak melibatkan perubahan kepada struktur fi Lesen Memandu CDL sedia ada dan dikekalkan seperti berikut:(a) (b) RM20 setahun bagi lesen kelas A, B dan C; dan RM30 setahun bagi lesen selain kelas A, B dan C

8.

Adakah pihak kerajaan memberikan apa-apa insentif bagi pelaksanaan sistem pembaharuan lesen CDL mengikut tarikh lahir?

a) Bagi pelaksanaan inisiatif sistem CDL baru ini, kerajaan bersetuju: i. memberikan insentif kepada setiap pemegang lesen CDL warga Negara sahaja. ii. Pelarasan dengan amaun percuma atau rebet 50% kepada pemegang lesen CDL warga negara Malaysia. iii. Pelarasan dengan amaun percuma, rebet atau berdasarkan tempoh (bulan) hanya diberi sekali sahaja b) Bagi pemegang lesen CDL bukan warga negara Malaysia, fi yang dikenakan adalah berdasarkan kadar purata mengikut tempoh lesen CDL yang dipohon digenapkan mengikut bulan kelahiran.

9.

Bagaimanakah cara pengiraan kadar lesen CDL mengikut tarikh lahir berdasarkan insentif diberikan Kerajaan?

Bagi pemegang lesen CDL warga negara yang tempoh pembaharuannya di antara tarikh tamat kuatkuasa lesen hingga tarikh lahir adalah di antara 12 hingga 18 bulan, Kerajaan akan menanggung fi lesen bagi tempoh lanjutan tersebut sekiranya tempoh tersebut kurang daripada 6 bulan di mana tarikh tempoh kuatkuasa Lesen CDL mereka akan diselaraskan secara automatik mengikut tarikh lahir. Bagi penyelarasan tarikh tamat Lesen CDL dengan tarikh lahir yang mana tempohnya melebihi 18 bulan tetapi kurang daripada 24 bulan, fi yang akan dikenakan adalah seperti berikut: (a) RM30 bagi lesen kelas A, B dan C; dan di mana RM20 adalah kadar sedia ada bagi tempoh 1 tahun dan RM10 adalah bayaran bagi baki tempoh seterusnya yang melebihi 6 bulan tetapi kurang daripada 12 bulan. (b) RM45 bagi lesen selain kelas A, B dan C di mana RM30 adalah kadar sedia ada bagi tempoh 1 tahun dan RM15 adalah bayaran bagi baki tempoh seterusnya yang melebihi 6 bulan tetapi kurang daripada 12 bulan.

Ilustrasi kiraan tarikh lahir dan amaun adalah seperti berikut: Dengan andaian tempoh sah lesen sedia ada ialah 20/02/2011 ~ 19/02/2012. Jenis lesen/kelas ialah CDL kelas D. Tempoh pembaharuan yang di mohon ialah 1 Tahun dan tarikh lahir pemegang lesen ialah pada 10/10/1980. Berdasarkan sistem sedia ada, tempoh sah lesen baru yang sepatutnya pada 20/02/2012 ~ 19/02/2013. Jadi perbezaan tempoh di antara tarikh tamat tempoh lesen baru dengan tarikh lahir yang seterusnya ialah pada 20/02/2013 ~ 10/10/2013 atau 7 bulan 20 hari. Dengan pelaksanaan inisiatif ini, fi yang dikenakan ialah RM30 bagi 1 tahun mulai 20/02/12 sehingga 19/02/13 dan fi RM15 bagi baki tempoh antara 20/02/13 hingga 10/10/13. Oleh yang demikian, tarikh tamat tempoh baru mengikut tarikh lahir pemegang lesen ialah pada 10/10/2013. 10. Adakah tempoh tertentu ditetapkan kerajaan kepada pemegang lesen CDL untuk mendapatkan insentif yang diberikan? Jika sekiranya tarikh tamat lesen CDL saya adalah sebulan sebelum tarikh lahir saya, adakah perlu saya menunggu sehingga tiba tarikh lahir saya untuk memohon pembaharuan lesen memandu? Apakah implikasi bagi pemegang lesen CDL yang lewat membaharui lesen mereka selepas pelarasan kali pertama tarikh lahir dibuat? Kerajaan tidak menetapkan tempoh tertentu untuk mendapatkan insentif ini. Setiap pemegang lesen CDL sedia ada dan pemegang lesen CDL baru layak menerima sekali (1) sahaja insentif tersebut. Seseorang pemegang lesen tidak perlu menunggu sehingga tarikh lahir. Pembaharuan lesen CDL boleh dibuat sebelum atau pada tarikh tamat lesen memandu dan sistem akan secara automatik memberikan tempoh kuat kuasa lesen memandu mengikut tarikh lahir tahun berikutnya. i. Di bawah sistem baru ini, tarikh tamat tempoh lesen memandu akan sentiasa diselaraskan secara automatik dengan tarikh lahir. ii. Sekiranya pemegang Lesen CDL masih lagi terlupa atau lewat memperbaharui lesen memandu mereka selepas penyelarasan kali pertama dibuat, syarat fi pembaharuan dikenakan akan berdasarkan kadar biasa mengikut jadual pembaharuan (2, 3, 4, dan 5 tahun). iii. Kadar ini dikenakan bagi menyelaraskan semula tempoh pembaharuan tersebut mengikut tarikh lahir dan memastikan tempoh berkuatkuasa Lesen CDL yang diperbaharui tidak kurang setahun sebagaimana yang ditetapkan di bawah subSeksyen 27 (5) Akta Pengangkutan Jalan 1987. i. Bagi pemegang Lesen CDL yang tarikh lahirnya ialah pada 29 Februari, tarikh tamat kuatkuasa Lesen CDL mereka ialah pada 28 Februari dan tarikh kuatkuasa baru bagi pembaharuan adalah pada 1 Mac. ii. Sekiranya mereka memilih tidak menggunakan tarikh ini, maka mereka hendaklah memperbaharui Lesen CDL bagi tempoh 4 tahun iaitu berdasarkan tahun lompat yang berikutnya.

11.

12.

13.

Adakah pemegang lesen CDL yang lahir pada 29 Februari atau pada tahun lompat juga diselaraskan?