KAE 303: APREASIASI MUZIK & NYANYIAN KANAK-KANAK

TAJUK:TOKOH TERKENAL DALAM BIDANG MUZIK BERSERTA PENDEKATAN MEREKA

NAMA: NORSAKINAH BT ABD RAHMAN NO.MATRIK:D20111048023 SEMESTER: 1 (2011/2012) PROGRAM: PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK NAMA PENSYARAH: PN AZILA BT ALIAS

1

PENGENALAN Muzik adalah sebahagian daripada alam kehidupan pelajar yang tidak boleh dipisahkan. emosi dan sosial pelajar itu sendiri. mental. Sifat cenderung kepada muzik yang sedia ada pada pelajar mempunyai peranan tertentu dalam proses perkembangan diri dari segi kualiti diri dan sahsiahnya. Selain itu. Penglibatan pelajar secara aktif dalam kegiatan muzik akan dapat membina pertumbuhan dan perkembangan fizikal. nilai estetika dan etika tertentu. muzik juga merupakan satu budaya kepada masyarakat.Zoltan Koldaly pembelajaran berperigkat dan Cark Orff pembelajaran berdasarkan pengalaman muzik. kreativiti. Pelajar sentiasa memberi respon kepada muzik dan akan merasa senang hati apabila dapat melahirkan ekspresi diri apabila mendengar muzik. Oleh itu terdapat beberapa tokoh muzik yang terkenal yang telah memperkenalkan pelbagai pendekatan muzik masing-masing seperti Emile Jacques Dalcroze melalui pendekatan pembelajaran pergerakan irama. Peranan guru adalah ke arah memperkembangkan sifat-sifat yang merangkumi aspek emosi. 2 . dunia bagi pelajar adalah kosong. Tanpa muzik. Asas muzik iaitu irama dan ton juga terdapat dalam amalan pertuturan dan interaksi harian. pengalaman muzik yang menarik akan membantu meningkatkan minat pelajar terhadap mata pelajaran lain. Selain daripada itu.

TOKOH MUZIK YANG DIPILIH CARL ORFF DR.SHINICHI SUZUKI 3 .

Beliau pernah bertugas dengan tentera pada perang dunia pertama. 4 .TOKOH MUZIK 1) CARL ORFF Lahir pada 10 Julai 1895 di Munich. Beliau mendapat pendidikan di Munich Academy of Music hingga 1914.Jerman. Minat Orff yang mendalam dalam tarian elah mencetuskan idea untuk menggabungkan tarian dan muzik untuk dijadikan sebagai asas pendidikan muzik. Berasal daripada keluarga Bavarian yang aktif dalam tentera. Antara penerbitan Orff Schulkwerk yang terkenal ialah „Musik fur Kinder‟ yang diterjemahkan sebagai muzik untuk kanak-kanak.sebuah sekolah untuk tarian dan muzik. Beliau merupakan seorang composer German yang memperkenalkan satu pendekatan yang unik dalam pendidikan muzik. Penglibatan beliau dalam pendidikan muzik hanya bermula pada awal tahun 1992an apabila kawan beliau Dorothee Gunther yang merupakan seorang penari. Beliau kemudian menjadi penyelia muzik di Gunther-Schule.

Orff juga percaya bahawa kanak-kanak harus mengalami pergerakan dan irama muzik sebelum mereka disuruh untuk memahaminya secara teori. then intellectualize" yang bermaksud kanak-kanak harus dibenarkan untuk mengalami dunia muzikal sebelum mereka diajar tentang elemen-elemen muzikal dalam bentuk notasi. Tambahan. Orff percaya bahawa irama adalah elemen muzik yang paling penting. SESI PEMBELAJARAN MUZIK PERCAKAPAN PERGERAKAN BERMAIN ALAT MUZIK 5 . Orff percaya bahawa transisi daripada percakapan kepada aktiviti berirama dan kemudian kepada nyanyian adalah transisi pembelajaran yang paling natural untuk kanak-kanak. Pendekatan Orff yang mengikut transisi ini juga digunakan setelah seorang kanak-kanak telah memperkembangkan kemahiran untuk bermain alat muzik. Falsafah asas Orff adalah kepercayaan bahawa kanak-kanak dapat mempelajari sesuatu melalui pembelajaran yang aktif dimana imitasi dan explorasi membawa kepada keupayaan kanak-kanak untuk mengimprovisasi dan akhirnya mampu mambaca dan menulis notasi yang dikenali sebagai literasi muzik. beliau merujuk kepada muzik yang dihasilkan oleh kanak-kanak yang tidak memerlukan latihan yang khusus. Irama diajar dahulu sebelum elemen-elemen muzik yang lain.FALSAFAH & PRINSIP Orff pernah berkata "Experience first. Apabila Orff merujuk kepada elemental music.

I.kanak-kanak diberikan kebebasan untuk bergerak dan guru hanya memainkan peranan sebagai pemerhati. tin kosong dan sebagainya.seperti pergerakan besar.kanak-kanak digalakkan untuk menjelajahi kualiti pergerakkan.ringan.Alat-alat yang digunakan tidak semestinya menggunakan alat muzik yang khusus malah boleh menggunakan senduk dan periuk. licin dan sebagainya. EXPLORASI (mencari sendiri) Proses explorasi melibatkan pergerakkan. Dalam explorasi bunyi pada tahap ini. 6 . Contohnya bunyi kenderaan.kanak-kanak digalakkan bermain dan menerokai jenis-jenis bunyi dan kualiti setiap bunyi. corak irama dalam drum. bunyi kayu.bunyi kayu diketuk. Kemudian exporasi bunyi berkembang kepada tahap bunyi teratur seperti.PENDEKATAN ORFF Proses pembelajaran Orff merangkumi empat komponen utama iaitu: 1) Explorasi (mencari sendiri) 2) Imitasi (mengajuk balik) 3) Improvisasi 4) Literasi Setiap proses ini mempunyai pendekatannya yang sendiri.Dalam kelas explorasi. Mereka diajar untuk mengenali bunyi yang kuat atau keras. bunyi yang lembut.kecil. bunyi logam dan bunyi detar.bunyi ketukan pada ritma yang sama dan sebagainya. Ia merangkumi tiga aspek iaitu: a) Explorasi Ruang Dalam explorasi ruang. b) Explorasi Bunyi Exporasi ini bermula dengan penerokaan bunyi-bunyi di sekeliling kanak-kanak.

kanak-kanak pada usia yang muda mula belajar sesuatu yang baru melalui imitasi.Sebagai contoh.Guru dalam kelas Orff memainkan peranan penting sebagai „Role Model‟ kepada murid-muridnya. Ini adalah permulaan yang baik untuk mengajar kanak-kanak notasi. kanak-kanak diajar untuk menyusun bunyi-bunyi ini untuk membentuk frasa-frasa. guru menepuk satu bar ritma dan kanak-kanak dikehendaki untuk menepuk balik ritma yang sama.Sebagai contoh simbol batu boleh digunakan untuk melambangkan bunyi yang keras dan simbol bintang boleh digunakan untuk melambangkan bunyi yang terang.Dalam explorasi bentuk. II.Guru harus pastikan bahawa aktiviti-aktiviti muzikal yang dibuatnya haruslah betul kerana ia akan diikut oleh murid-muridnya. 7 .Setiap bunyi mempunyi simbol yang direka oleh kanak-kanak atau guru untuk melambangkannya. Dalam explorasi bentuk.c) Explorasi Bentuk Explorasi ini berlaku secara serentak dengan explorasi ruang dan bunyi. Menurut Orff. Bunyi dan pergerakkan disatukan dalam explorasi bentuk. IMITASI Imitasi adalah proses dimana kanak-kanak belajar untuk mengimitasi apa yang didengar atau dilihat. Maka proses ini adalah sangat penting dalam pembangunan dan perkembangan muzikal seseorang kanak-kanak.pergerakan diatur menjadi corak-corak ini kemudian dijadikan tarian.

IV.Menurut Orff.Proses membaca dan menulis notasi muzik dalam pendekatan Orff tidak diajar secara sistematik. 8 . IMPROVISASI Improvisasi adalah matlamat utama dalam Pendekatan Orff. proses improvisasi boleh berlaku dalam peringat permulaan seseorang kanak-kanak diperkenalkan kepada alam muzikal seperti bunyi. mereka juga haruslah menghayati dan mempunyai pengalaman bunyi-bunyi muzikal dahulu sebelum mereka diajar untuk membaca skor dan not-not muzik. sebagaimana kanak-kanak hanya belajar untuk membaca selepas mereka belajar untuk bercakap.III.Improvisasi juga menunjukkan tahap pemahaman muzikal seseorang kanak-kanak.Menurut Orff pembelajaran notasi hanya harus berlaku setelah kanak-kanak tersebut telah melalui proses explorasi dan imitasi selama beberapa tahun. LITERASI Literasi adalah tahap dimana kanak-kanak diajar untuk membaca skor muzik. bentuk. Setiap kelas notasi harus berlaku mengikut kemampuan pelajar dan bukannya usia mereka. Ini akan memberikan pelajar tersebut pengalaman yang asas tentang bunyi. ritma dan sebagainya. Menurut Orff. kerana ia memainkan peranan yang amat penting kearah mencipta pembangunan muzikal yang menyeluruh dalam seseorang kanak-kanak.Mereka harus diajar untuk membuat corak-corak improvisasi yang mudah untuk memperkembangkan daya imaginasi mereka. irama dan melodi muzik tanpa mempelajarinya secara teori.Menurut Orff. improvisasi adalah kemahiran muzikal yang amat penting kerana ia dapat memperkembangkan daya muzikal dan kreativiti dalam seseorang murid.

KELEBIHAN PENDEKATAN ORFF 1) Membolehkan kanak-kanak mempelajari sambil berasa seronok melalui penglibatan yang aktif dalam aktiviti muzikal.nyanyian. 11) Mendorong kanak-kanak supaya menganggap pertuturan. 9 . 9) Penilaian dilakukan kanak-kanak itu sendiri. 10) Pegabung jalinan dengan matapelajaran lain seperti pembelajaran bahasa atau pendidikan jasmani. 8) Kanak-kanak mempelajari daripada yang mudah kepada yang sukar iaitu secara berperingkat dan berturutan. 3) Pembelajaran secara penemuan dan sampingan. 2) Penglibatan kanak-kanak mengikut muzik secara semulajadi dan mengikut kemampuan dan citarasa mereka. 4) Aktiviti muzik mudah dan mengikut kemampuan kanak-kanak. 7) Alat muzik yang direka tidak memerlukan tahap kecekapan yang tinggi dan kemahiran muzikal yang tinggi. 6) Kanak-kanak diberi peluang banyak untuk mengalihkan gerak balas psikomotor daripada gerakan fizikal kepada alat muzik secara bebas. 5) Kanak-kanak tidak dibebankan atau dibelenggu dengan aspek-aspek formal dalam muzik.gerakan dan permainan mereka sebagai aktiviti yang sama.

2) Pendekatan lebih tertumpu kepada kebudayaan tempatan sahaja. 10 . 4) Penggunaan kos terlalu tinggi tetapi ianya boleh diatasi dengan menggunakan alat rekaan sendiri. 3) Fokus pendekatan kurang dari muzik tulen.KELEMAHAN PENDEKATAN ORFF 1) Hanya sesuai untuk peringkat kanak-kanak sahaja.

Suzuki mninggal dunia pada 26 Januari 1998 di Matsumoto. Beliau berkahwin denganWaltraud Prage. Suzuki pernah menjadi pelajar kepada Ko Ando dan Karl Klingler.beliau merupakan pengasas pendidikan muzik antarabangsa dan juga telah memperkenalkan falsafah yang dikenali sebagai Talented Education. Dr. Beliau belajar bermain violin ketika berusia 17 tahun setelah mendapat inspirasi daripada rakaman album Mischa Elman (Schubert‟s Ave Maria0.SHINICHI SUZUKI Beliau dilahirkan di Nagoya. Beliau merupakan pemain di Imperial Conservatory dan juga mengajar di Imperial School of Music dan Kunitachi Music School di Tokyo. Jepun pada 17 Oktober 1898. 11 .penyanyi soprano 1928.2) DR. Beliau juga menjadi presiden di Tiekoku Music School. Beliau juga telah mnjadi pengasas kepada Saino Kyoiku Kinku-kai pada 1950 dan mengajar bermain violin menggunakan metod dan falsafah. pengasas dan pemimpin Tokyo String Orchestra. Bapa beliau merupakan seorang pembuat violin terkemuka di Jepun malah merupakan orang yang pertama yang memiliki kilang membuatViolin di Jepun. Dr. Beliau telah membentuk Suzuki Quartet bersama tiga orang adik-beradik lelakinya. Tambahan pula.

Beliau juga berkata. Kerjasama perlu ditekankan bagi mengelakkan persaingan. disiplin dan juga daya tahan dirinya. Ibu bapa perlu meluangkan masa bagi membantu Pembelajaran dan Pengajaran (P&P).kebolehan muzik bukan satu bakat semulajadi tetapi satu kebolehan yang boleh dikembangkan melalui latihan atau didikan yang betul. 12 . Prinsip Suzuki pula mengatakan bahawa kanak-kanak sepatutnya diberi pendekatan tentang muzik bermula sejak dari usia bayi iaitu 3 bulan dengan membuat gerakan dalam langkahlangkah yang kecil bagi membina keyakinan. hasrat sebenar adalah untuk membentuk seorang warganegara yang baik dan manusia yang mulia. Suzuki. Beliau juga percaya bahawa seorang kanak-kanak yang mendengar muzik yang semenjak lahir dan mempelajari muzik sendiri. Suzuki juga dalam falsafahnya mengatakan mengajar muzik bukanlah tujuan utama namun. Suzuki berpendapat bahawa semua kanak-kanak berupaya mempelajari muzik. Dr.FALSAFAH & PRINSIP SUZUKI Dr. Beliau juga percaya bakat seseorang kanak-kanak tidak terhad. Penglibatan ibu bapa iaini membina keyakinan. Mendengarkan rakaman dari repertoire Dr. Kanak-kanak mendengar dan mengajuk sebelum aspek muzikal ditekankan. Seterusnya dapat memperkembangkan tahap kemahiran pelajar dan dapat mewujudkan dorongan yang kuattrhadap pelajar. kanak-kanak itu mengembangkan kepekaan.

PENDEKATAN SUZUKI Pendidikan adalah berdasarkan bakat dan fokus kepada pendidikan muzik kepada kanak-kanak iaini permainan alat muzik. murid-murid akan belajar bagaimana melihat. Sokongan terhadap keyakinan dan penghargaan bagi membentuk displin diri. Pendekatan beliau juga lebih menekankan pendengaran. Manakala bagi pengulangan (repletion) memerlukan murid-murid memainkan semula skor-skor lagu yang telah dipelajari pada perngkat awal agar tidak melupakan sahaja lagu-lagu yang telah dipelajari dahulu. 13 . Pendekatan Suzuki mmberi fokus kepada sistem imitasi dan pengulangan dalam pengajaran violin. Kaedah ini dinamakan “mother-tongue”.peniruan dan bermain muzik dalam kumpulan. Kanak-kanak juga dapat dipupuk melalui pembelajaran muzik yang bersistematik. Ia nya dimulakan 2 atau 3 tahun. Dalam sistem imitasi. mendengar dan menghafal skor-skor muzik.

7) Inspirasi dan keseronokkan merupakan tunjang kepada pendekatan Suzuki.peningkatan mereka lebih cepat berbanding kaedah biasa. 6) Mempunyai komunikasi dan kerjasama antara guru dan ibu bapa. 5) Menggalakkan guru untuk memastikan murid-murid mendapat alat muzik yang bersesuaian dengan ukuran fizikalnya. 8) Latihan secara berkumpulan. 2) Dapat mengembangkan dan membentuk disiplin diri serta bakat sebagai satu cara untuk membentuk sikap. 4) Membentuk semangat dalam muzik (enthusiasm). Oleh itu.bagi murid-murid yang mementingkan peninkatan yang cepat dalam pembelajaran violin. 9) Lebih sesuai untuk era moden sekarang. 3) Dapat menanam sifat penghargaan dalam diri kanak-kanak. 14 .KELEBIHAN PENDEKATAN SUZUKI 1) Kanak-kanak dapat memainkan skor lagu yang sukar lebih daripada tahap kecekapannya.

KELEMAHAN PENDEKATAN SUZUKI 1) Cara permainan muzik yang lebih kaku (robotic) 2) Guru Muzik yang terlatih dan memenuhi syarat Pendekatan Suzuki sahaja yang layak mengajar. Ibu bapa terpaksa membayar yuran yang lebih mahal untuk memperoleh khidmat yang bermutu tinggi. 3) Sesetengah orang mempertikaikan pendekatan Suzuki bahawa untuk jangka panjang. 15 . murid mungkin kekurangan elemen sebagai pemuzik (musicianship). Oleh itu.

kita harus bersikap kreatif dalam hal-hal perkaedahan dengan berpandukan pendekatan Orff dan Suzuki agar membantu murid-murid dapat mempelajari muzik dengan lebih mudah. bermain alat muzik dan sebagainya secara langsung.KESIMPULAN Sebagai kesimpulannya. 16 . keduaduanya mempunyai persamaan iaitu muzik harus dipelajari oleh kanak-kanak dengan menggunakan kaedah yang sama semasa mereka mempelajari bahasa ibunda mereka atau lebih dikenali sebagai the „mother tongue approach‟. jika kita lihat pada pendekatan Orff dan Suzuki. menyeronokkan agar dan memberi pengalaman seperti dalam nyanyian. Selain itu. teknik imitasi juga digunakan oleh kedua-dua tokoh muzik sebagai cara pembelajaran muzik. Sebagai bakal pendidik muzik.

M.). New York: Schirmer Books. 17 . D. (2003). P. (1992). E. .Loh. & Zimmerman.Hargreaves. Great Britain: Associated Board. (1989). .Taylor. Kuala Lumpur: PPK. . In R. J. Development theories of music learning.Kementerian Pendidikan Malaysia.RUJUKAN . Colwell (Ed. (1991). Sukatan pelajaran pendidikan muzik sekolah rendah (semakan). A handbook of music theory. P. K. Kuala Lumpur: Penerbit Muzikal. Handbook of research on music teaching and learning. The AB guide to music theory (Part 1).

17 18 ... Suzuki…………………………………………………....4-10 Falsafah & Prinsip Pendekatan Kelebihan pendekatan Kelemahan pendekatan b) Dr.3 Carl Orff………………………………………………………...KANDUNGAN 1) 2) a) Pengenalan………………………………………………………2 Tokoh pilihan ………………………………………………….11-15 Falsafah & Prinsip Pendekatan Kelebihan pendekatan Kelemahan pendekatan 3) 4) Kesimpulan…………………………………………………16 Rumusan………………………………………………….

19 .

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful