1.0 PENGENALAN Setiap negara mempunyai bahasa kebangsaannya sendiri. Bahasa kebangsaan Malaysia ialah bahasa Melayu.

Oleh itu, semua warga Malaysia perlu menghormati dan mempertahankan bahasa Melayu kerana bahasa itu ialah bahasa kebangsaan mereka. Fakta yang tidak dapat disangkal atau dipertikaikan oleh sesiapa pun ialah darihal kedudukan bahasa Melayu sebagai kebangsaan negara. Kedudukan bahasa itu sangat jelas di sisi perlembagaan. Kedudukan dan peranan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan telah termaktub dalam Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan. Isu penggunaan bahasa Melayu pada masa ini semakin membimbangkan. Sebagai contoh penggunaan bahasa Melayu oleh media elektornik yang disifatkan Persatuan Pendidik Bahasa Melayu (PPBMM) semakin merosot kualitinya. Menurut Presidennya Prof Madya Dr Hashim Othman, pelbagai kesalahan bahasa yang berterusan dikesan dalam pelbagai program televesyen dan radio khususnya stesen swasta sejak akhir-akhir ini. Contoh kesalahan paling kerap ialah penggunaan kata ganti nama pembesar dan pemimpin negara yang disebut tanpa rasa sopan dan hormat. Penggunaan kata ganti µkita orang¶, µkorang¶, dan µdiaorang¶ yang merujuk kepada ganti nama µkami¶, µkalian¶ dan µmereka¶, yang kini meluas diguna dalam drama terbitan stesen televisyen berbayar. Kesalahan bahasa itu jika tidak dibendung akan membawa impak buruk terhadap perkembangan bahasa Melayu kerana pengaruh media elektronik terhadap penonton dan pendengar khususnya kanak-kanak adalah sangat besar. Penggunaan bahasa Melayu yang tinggi berupaya menjadi contoh kepada pelajar dan masyarakat. Usaha mendaulatkan Bahasa Melayu di segenap lapangan merupakan tindakan murni yang bukan sahaja menepati undang undang tertinggi negara iaitu Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukan kedudukan istimewa Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan di dalam perkara 152.

1

Untuk terus mengekalkan kedaulatan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.Usaha ini harus dilihat sebagai satu jihad untuk menguat dan mengekalkan identiti serta jati diri bangsa dan negara Malaysia. Kemerosotan bahasa Melayu dari segi penguasaan dan penggunaanya perlu dinilai dan diberikan perhatian serius. Boulevard dan Parcel´ digunakan secara meluas di Putrajaya. Jikalau budaya berbudi bahasa dijadikan kempen. maka sudah tentu kempen memartabatkan bahasa Melayu juga harus dijalankan kerana salah satu budaya orang Malaysia adalah bertutur seta bangga dengan bahasa kebangsaan. Parsi dan Urdu. Keputusan yang diambil oleh Datuk Seri Dr Rais Yatim untuk menukarkan istilah-istilah asing yang digunakan pada nama jalan dan tempat di Putrajaya harus diberikan pujian serta wajib untuk dilaksanakan. Sikap acuh tidak acuh dan malu untuk bertutur di dalam bahasa kebangsaan semakin ketara kepada generasi muda pada hari ini. Bahasa Melayu merupakan bahasa kelima terbesar di dunia dan menjadi antara bahasa berpengaruh yang berperanan di dalam penyebaran agama Islam selain bahasa Arab. 2 . Kurangnya keperihatinan serta kesedaran sivik kebanyakan anak muda sekarang terhadap pelbagai isu-isu yang berlaku termasuk isu kedaulatan bahasa kebangsaan adalah suatu yang membimbangkan. adalah tidak cukup sekadar diajurkan program-program bagi memperkasakan penggunaan bahasa Melayu di peringkat kementerian dan jabatan sahaja malah ia perlu mengakar ke segenap lapisan masyarakat terutamanya di institusi-institusi pendidikan Kempen dan gerkan massa untuk memartabatkan bahasa Melayu perlu dijalankan dan wajar mendapat perihatian semua pihak. Sebagai sebuah negara berdaulat dan mengiktiraf peranan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. kita tentu hairan apabila istilah-istilah asing seperti ³Presint.

Kepentingan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara ini berpaksikan pada Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan. Sebuah badan berkanun. dalam Laporan Penyata Razak dan Laporan Rahman Talib telah menegaskan bahawa bahasa Melayu dijadikan sebagai bahasa pengantar utama dalam sistem pendidikan negara. 1999). selain daripada Akta Bahasa Kebangsaan dan Akta Pendidikan yang sedia ada. Akta Pendidikan menegaskan peranan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama di sekolah-sekolah. Mohd. Menurut Hj.2. kerajaan telah menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan negara kita. Sebelum wujudnya Akta Pendidikan. bentuk angka dan bahasa dalam borang rasmi kerajaan. Pada tahun 1970. Cara ini dapat memperkukuhkan kedudukan dan taraf bahasa Melayu sehingga mampu menjadi wadah serta dapat menyaingi bahasa-bahasa maju yang lain. iaitu Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) adalah bertanggungjawab untuk memaju dan memperkayakan bahasa Melayu kita (Kamarudin Husin & Siti Hajar Abdul Aziz. (1983) Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67 (disemak 1971) mula berkuatkuasa pada April 1963. sama ada di peringkat rendah mahupun menengah. Khusairi Hj. ataupun di peringkat universiti. bahasa Melayu secara berperingkat-peringkat telah menggantikan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengatar di sekolah-sekolah. Abdullah. termasuk sekolah-sekolah jenis kebangsaan. Akta ini mengandungi tiga seksyen. kesepaduan rakyat mestilah 3 . Akta ini jelas memperuntukan bahasa kebangsaan hendaklah digunakan bagi maksud-maksud rasmi. Menyedari hakikat ini. iaitu meliputi aspek-aspek tulisan.1 Bahasa Kebangsaan ³Bahasa Jiwa Bangsa´ dengan jelas menunjukkan kepentingan bahasa dalam proses memupuk perpaduan antara kaum.0 MEMARTABATKAN BAHASA MELAYU 2.Untuk mempertahankan martabat bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan rasmi negara.

seperti terkandung dalam Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan.3 Bahasa Melayu Dalam Pendidikan Sejak tahun 1983 hingga tahun 1991 penggunaan bahasa Melayu dalam pendidikan baik di peringkat sekolah rendah. menengah. maktab dan universiti terlaksana dengan lancar. barulah dilakukan tahap-tahap seterusnya. penubuhan satu bahasa kebangsaan juga timbul daripada desakan kebangsaan yang mahukan bahasa penjajah diambil alih oleh bahasa bumiputera iaitu bahasa Melayu. Dasar bahasa di Malaysia meletakkan kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi. pembinaan dan peluasan penggunaannya. Dasar ini memenuhi konsep perancangan taraf bahasa. 2. iaitu dengan harapan bahawa bahasa itu dapat menjadi dasar bagi satu identifikasi kebangsaan. iaitu propaganda. dan menobatkan bahasa Melayu sebagai sarana komunikasi yang berkesan dalam sektor-sektor penting negara (Kamarudin Husin & Siti Hajar Abdul Aziz. Penggunaan satu bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan akan berjaya mencerminkan jalinan hubungan rakyat Malaysia yang sejati.sentiasa digembleng. Di samping memenuhi keperluan sebagai lambang penyatuan. 1999).2 Dasar Bahasa Pemilihan satu bahasa kebangsaan bagi negara Malaysia timbul sebab perlunya diadakan satu lambang penyatuan. Dengan adanya dasar bahasa yang menentukan pemilihan bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi. memupuk ciri-ciri pengenalan rakyat yang relatif seragam. Peranan bahasa sebagai faktor penyatuan disalurkan melalui sistem pelajaran kebangsaan. 2. Bahasa Melayu sudah dapat berfungsi dengan baik sebagai bahasa pengantar ilmu serta dapat 4 . iaitu untuk menyaksikan satu rupa bangsa yang bersatu. Dasar bahasa kebangsaan merupakan asas terpenting bagi perkembangan bahasa Melayu di Malaysia. Dasar bahasa negara ini juga dianggap bermula dengan idealisme.

Kemasyarakatan dan agama.mengungkapkan dan menghuraikan konsep ilmu yang abstrak dan jelas. Ekonomi. pembinaan istilah saintifik. Berdasarkan begitu banyak buku teks. Bahasa Melayu hari ini sudah mencapai taraf bahasa ilmu yang lengkap dengan ciri keintelektualan dan kesempurnaan. Bahasa Melayu sudah mampu berfungsi sebagai bahasa akademik dan lengkap dengan laras-laras bahasa. 5 . seperti pembinaan bahasa. Sejak Dewan Bahasa dan Pustaka ditubuhkan pada tahun 1956. istilah. pembentukan sistem ejaan baharu. Kejuteraan. Kedoktoran. 2002). di samping Sastera. menerusi penyertaan bersama dalam Majlis Bahasa Brunei-Indonesia-Malaysia (MABBIM) yang mewarisi Majlis Bahasa Indonesia-Malaysia (MBIM) sebelum itu. Dewan Bahasa dan Pustaka bersifat produktif dalam pembinaan bahasa Melayu dari segi penstandardan dengan negara-negara berbahasa Melayu yang lain. menyempurnakan dan mengembangkan bahasa Melayu supaya dapat memainkan peranannya dengan sempurna dalam dunia pendidikan di negara ini bukan sedikit. penyusunan buku tatabahasa dan pembinaan sebutan baku telah pun dilaksanakan dengan jayanya. majalah. kamus. Teknologi. maktab dan universiti. tugas-tugas yang dipertanggungjawabkan ke atasnya. dan bahan-bahan bacaan yang sudah diterbitkan dalam bahasa Melayu untuk kegunaan di sekolah-sekolah. dan UndangUndang. Peranan Dewan Bahasa dan Pustaka dalam membina. perbendaharaan kata dan istilah untuk memperkatakan pelbagai hal baharu dalam aneka bidang ilmu serta ilmu sains. Penerbitan pelbagai jenis buku dan jurnal turut membantu menjayakan peranan bahasa Melayu dalam pendidikan di negara ini. secara tuntasnya bahawa bahasa Melayu sudah pun berjaya memainkan peranan dalam pendidikan di negara ini (Abdul Hamid Mahmood. penyediaan kamus umum definitif.

6 . Asimilasi ilmu ini diteruskan lagi dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) yang mula dilaksanakan pada tahun 1988 melalui pembelajaran pelbagai displin ilmu dengan pengantar bahasa Melayu. Usaha untuk mencapai matlamat ini seharusnya bermula pada peringkat sekolah lagi kerana sistem persekolahan di negara kita menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantarnya. kecekapan berbah asa dan kepekaan terhadap variasi bahasa Melayu dalam pelbagai situasi. bersedia menimba ilmu dan mempunyai akhlak yang tinggi. sistem bahasa dan gaya bahasa yang indah serta unsur dan nilai budaya yang tinggi. di samping memberi pendidikan untuk pembinaan sahsiah diri serta pemupukan kemahiran berfikir. berbahasa. menulis dan mengira menggunakan pengantar bahasa Melayu. Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) yang dilaksanakan di sekolahsekolah sepenuhnya mulai tahun 1983 telah menitikberatkan penguasaan kemahiran asas membaca. berketrampilan. Matlamat dan Objektif Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu KBSM ini lebih memberatkan penguasaan bahasa Melayu yang bermutu bersandarkan ketetapan tatabahasa.4 Bahasa Melayu Dalam Pendidikan Sekolah Keseluruhan usaha untuk menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmiah yang berkesan bagi melahirkan bangsa Malaysia yang intelek tidak akan berjaya selagi rakyat tidak dapat menguasai bahasa Melayu dengan baik.2. Ia juga bertujuan melahirkan pelajar yang aktif. Tumpuan dan penekanan adalah untuk membimbing pelajar ke arah pemupukan semangat kewarganegaraan dan mengamalkan nilai murni masyarakat Malaysia yang universal (Kamarudin Husin & Siti Hajar Abdul Aziz. 1999).

2. Teknologi. dan bahasa Jepun.5 Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Ilmu Dengan µBahasa Melayu Sebagai Bahasa Ilmu¶ dimaksudkan peranan Bahasa Malaysia sebagai pengantar ilmu pengetahuan atau sebagai alat menyampaikan ilmu pengetahuan moden. bahasa Melayu dapat mencapai taraf kecendiakawan dan bahasa sainstifik. Kejuteraan. termasuk sains dan teknologi. perindustrian ringan dan berat. maka perlulah bahasa Melayu mempunyai perbendaharaan kata. dan kesempurnaan bahasa. ia perlu mempunyai dua ciri penting. Satu-satu bahasa yang mencapai taraf bahasa ilmu. istilah dan laras bahasa yang sesuai untuk mengukapkan konsep dan pemikiran yang kompleks dan abstrak. Perancangan bahasa Melayu secara bertahap-tahap melalui sistem pendidikan kebangsaan. Dicerna sebagai bahasa elit dan bahasa cerdik pandai yang bertanggungjawab membentuk pemikiran masyarakat dan pembangunan negara. istilah. bahasa Perancis. iaitu keintelektual bahasa. bahasa Jerman. Sebagai bahasa ilmu bahasa Melayu harus mempunyai perbendaharaan kata. pengurusan perakaunan dan perangkaan (Abdul Hamid Mahmood. dan Undang-Undang di samping sastera dan agama. perniagaan saham. Misalnya apabila memperkatakan konsep ekonomi. Dengan demikian. Bahasa melayu direncanakan menjadi bahasa yang ekspresif dalam pelbagai bidang ilmu. 2002). Kedoktoran. dan laras bahasa yang cukup dan sesuai untuk menyatakan konsep dan pemikiran tentang hal-hal perdagangan. 7 . Maksud kekuatan bahasa Melayu seharusnya setanding dengan kekuatan bahasa Inggeris dalam memperkatakan konsep dan pemikiran ilmu moden. Bahasa Melayu perlu duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan bahasa-bahasa antarabangsa yang lain seperti bahasa Inggeris. Ekonomi. yang sudah lama berperanan sebagai bahasa ilmu moden dengan jayanya. iaitu ilmu Sains.

bahasa Melayu mempunyai dua peranan penting. frasa. telah berjaya menghasilkan ahli ilmu yang terdidik dalam bahasa Melayu. kini perkataan bahasa Inggeris sering digunakan. Oleh itu. sekurang-kurangnya pada peringkat ijazah pertama.dan penegasan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar. alat komunikasi masyarakat serta sebagai alat perpaduan dalam negara berbilang bangsa dan agama (Dato¶ Hj. Sebagai bahasa ilmu. bahasa Melayu harus dapat berperanan sebagai bahasa pengantar ilmu pengetahuan moden dalam bidang sains dan teknologi. iaitu keintelektual bahasa dan kesempurnaan bahasa. ia harus betul strukturnya agar maksud yang hendak disampaikan dapat difahami . Jika dahulu perbendaharaan kata bahasa Melayu banyak dipengaruhi oleh perkataan bahasa Arab dan Sanskrit. Sistem tatabahasa pula dimaksudkan dengan segala aspek tatabahasa sama ada dari segi ayat. iaitu sebagai bahasa yang mampu mendukung perkembangan ilmu dan pemikiran bangsa dalam segala lapangan dan sebagai alat yang dapat membentuk dan mengembangkan identiti kebangsaan. keintelektual bahasa ini dapat dicapai terutamanya melalui perbendaharaan kata dan sistem tatabahasa. Bahasa Melayu pada hari ini dapat memperkatakan tentang bidang yang berbeza daripada apa yang mampu dilakukan oleh bahasa Melayu suatu masa dahulu. Hassan Ahmad. bahasa Melayu telahpun digunakan sebagai bahasa ilmu sejajar dengan peranannya sebagai pendukung perkembangan ilmu dan sekaligus telah menjadi bahasa penting dan utama dalam bidang keilmuan moden pada hari ini. klausa. 1986). ejaan. Menurut Kamarudin Husin & Siti Hajar Abdul Aziz (1999). Sebagai bahasa ilmu. Penekanan juga harus diberikan kepada aspek imbuhan dan ejaan kerana kesilapan dalam 8 . terutamanya dalam bidang ilmu pengetahuan moden. Dari segi penggunaan ayat misalnya. sifat perbendaharaan kata bahasa Melayu juga turut mengalami perubahan. Dalam hubungan ini. sebutan dan seumpamanya. Sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara. sesuatu bahasa itu perlu mempunyai dua ciri penting.

dan ini menjadikan bahasa Melayu menjadi lebih penting. Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan menyatakan bahawa bahasa rasmi digunakan untuk semua urusan rasmi di peringkat kerajaan persekutuan. notis. Pemimpin-pemimpin politik yang berkuasa mempunyai pengaruh yang besar untuk mencorakkan masa depan bahasa. Kita tidak harus menolak pentingnya mempelajari bahasa Inggeris. perancangan dan pelaksanaan bahasa baku dijalankan. Ini adalah untuk meletakkan bahasa Melayu sebagai bahasa yang bertaraf tinggi dan ada kelarasan dalam penggunaannya. bahasa Melayu ditetapkan menjadi sarana komunikasi dalam bidang pentadbiran. Dengan menghayati dan menghormati semangat perlembagaan itu. Yang tidak harus berlaku ialah bahasa Inggeris itu mengatasi taraf serta nilai bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar pentadbiran dan pendidikan. Inilah idealisme yang tersirat di sebalik pendaulatan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi.6 Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Rasmi Sebagai bahasa rasmi. surat.penggunaannya boleh mengubah maksud sebenar sesuatu ayat yang dihasilkan itu. Mereka perlu mempunyai political will untuk menentukan 9 . 2. kerajaan negeri dam juga badan berkanun. memorandum. ini dapat menambahkan keyakinan bahawa potensi bahasa Melayu dapat berfungsi sebagai bahasa yang dapat menyatupadukan rakyat. dan dokumen -dokumen lain mesti ditulis dalam bahasa Melayu.7 Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Perpaduan Bahasa Melayu sebagai bahasa perpaduan tidak boleh diperkecilkan. Untuk itu. 2. Keadaan pembangunan ekonomi mengakibatkan jurang sosial yang bertambah besar. setiap pelaksana dasar kerajaan wajib menggunakan bahasa Melayu dalam semua urusan rasmi. Bagi menangani perkara ini terutamanya dari aspek sebutan. minit mesyuarat.

Apabila bercakap mengenai perpaduan bahasa kebangsaan adalah penghubungnya.8 Martabat Bahasa Jiwai Bangsa Kedudukan tinggi bahasa Melayu dalam Perlembagaan telah ditelan oleh arus gelombang politik melayu sendiri yang tidak mengendahkan bahasa ini. Walaupun dianggap sebagai 10 .supaya bahasa Melayu berfungsi untuk mampu mencapai keseimbangan yang rasional serta menguntungkan. Suatu yang sangat tidak adil apabila pejuang bahasa Inggeris menganggap pejuang bahasa Melayu sebagai ³cauvinis´. Sementara kalangan golongan politik Melayu harus memanfaatkan gelombang yang ada untuk menyakinkan bahawa memartabatkan bahasa Melayu tidak memufliskan negara ini. ini agenda perjuangan semua rakyat. Mengankat kedudukan bahasa Melayu bukanlah mahu mengambil kedudukan bahasa lain tetapi meletakkan semula bahasa Melayu dalam Perlembagaan. Tetapi yang ironinya orang Melayu masih lagi kecil dalam penguasaan ekonomi. Pejuang bahasa sejak generasi Usman Awang. Pengajaran subjek sains dan matematik dalam bahasa Inggeris hanya satu isu sahaja dalam menentukan jangka hayat bahasa Melayu. Bahasa Melayu adalah bahasa warganegara di negara ini. antara unsur-unsur antarabangsa dengan kebangsaan. Perjuangan memartabat bahasa Melayu tidak ada kena mengena dengan kaum. Ashraf hingga sekarang ini tidak pernah jemu menggerakkan usaha menyelamatkan bahasa Melayu. Bahasa Melayu menjadi kata kunci kepada segala usaha menangkis prasangka antara kaum terutama apabila melibatkan soal bahasa dan budaya. bukan bahasa m ilik orang Melayu sahaja. 2. Suatu yang paling memalukan kalangan politik Melayu apabila mereka gagal menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa kebang saan seperti yang termaktub dalam Perlembagaan. Bahasa Melayu tidak lagi menjadi faktor untuk menentukan jatuh bangun politik Melayu kerana politik Melayu dikuasai oleh ekonomi.

Senario ini membayangkan seolah-olah tiada kesinambungan antara ilmu yang dipelajari di sekolah dengan penggunaannya dalam kehidupan seharian. Masih terdapat urusan yang menggunakan bahasa Inggeris seperti dalam bidang pengiklanan.³cauvinis bahasa´mereka ini terus percaya bahawa persetujuan menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan bukan satu kesilapan generasi lampau. 2. Cuma semangat kental mereka wajar disokong secara bersungguh-sungguh oleh penggerak gelombang politik Melayu. Menurut Dr. mesyu arat atau penyediaan cadangan perniagaan. Penggunaan bahasa penjajah itu lebih kepada pernyataan status atau untuk menunjukkan tahap pendidikan penuturnya. ³Dasar Memartabatkan Bahasa Melayu dan Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI) merupakan bukti kesungguhan kerajaan menjulang bahasa itu ke tahap yang tertinggi. penggunaan Bahasa Kebangsaan itu perlu diperluaskan di luar lingkungan pendidikan mencakupi semua urusan sama ada rasmi dan tidak rasmi tanpa kompromi. Mashudi Bahari. Urusan surat menyurat dan dokumentasi juga kebanyakannya dalam bahasa Inggeris. perundangan khususnya yang melibatkan perjanjian sewa beli dan juga dalam komunikasi awam. tida terma yang tepat dalam bahasa Melayu dijadikan alasan untuk menghalalkan tindakan tersebut. Natijahnya. apabila golongan ini memegang jawatan penting dalam sesebuah organisasi mereka cenderung mengutamakan bahasa 11 . Ia menjurus kepada bidang baru yang berkaitan sains dan teknologi. Terdapat juga agensi dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang mengagungkan bahasa asing itu terutamanya dalam pembentangan kertas kerja. Selalunya. Mereka perlu membaca kembali slogan Bahasa Jiwa Bangsa yang tidak pernah lupus jangka hayat.9 Budayakan Bahasa Melayu Memartabatkan bahasa Melayu bukan setakat dalam sistem pendidikan.

Inggeris. dan sebahagian lagi menyatakan tidak. kursus bahasa Melayu juga diadakan untuk kakitangan jabatan atau institusi masing-masing seperti Wacana Akademik Bahasa Melayu. Pengakuan pelajar tentang soal galakan ini didapati berbeza-beza mengikut institusi. Bukan menidakkan kepentingan bahasa Inggeris tetapi komuniti masyarakat Malaysia harus mengutamakan bahasa Melayu. kursus pengayaan diri mata pelajaran bahasa Melayu dan sebagainya. mereka memang digalakan oleh pihak jabatan atau institusi supaya menggunakan bahasa Melayu. Sedangkan. Yusof et al. 2. pelajar-pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia memang kurang digalakkan oleh tenaga pengajar mereka supaya menggunakan bahasa Melayu. 12 . (1992) sebahagian daripada pelajar menyatakan bahawa mereka memang digalakkan supaya menggunakan bahasa Melayu. Di samping itu.10 Galakan Penggunaan Bahasa Melayu di Institut Pengajian Tinggi Menurut Ahmad Mohd. Yang nyata ialah pelajar-pelajar Universiti Malaya lebih digalakkan oleh tenaga pengajar mereka supaya menggunakan bahasa Melayu. Di kalangan tenaga pengajar pula. Beberapa jenis galakan telah diberi dan galakan yang paling ketara adalah menyediakan bahan-bahan rujukan dalam bahasa Melayu. Begitu juga halnya dengan pelajar-pelajar Universiti Teknologi Mara.

13 . itu adalah persetujuan dan kesepakatan bersama oleh pelbagai kaum di negara ini. Memartabatkan bahasa Melayu adalah tanggungjawab bersama dan ianya tidak hanya tertumpu pada sesetengah pihak. Untuk menyokong hujah itu mereka pun menudinglah kepada sekian banyak tokoh korporat yang berjaya dengan penguasaan bahasa Inggeris. Perlembagaan yang menyebut tentang kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan bukan digubal dan diluluskan oleh satu pihak. Maknanya selepas disebut dalam Perlembagaan.0 KESIMPULAN Kita kena realistik untuk memastikan kedudukan dan masa depan bahasa Melayu terbela tidaklah semudah meletakkan kepada tanggungjawab Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Usaha memartabatkan bahasa kebangsaan adalah tanggungjawab kolektif pelbagai pihak terutama sekali kalangan ahli politik Melayu. Ada di kalangan sesetangah pihak yang sewenang-wenang menakutnakutkan rakyat khususnya orang Melayu bahawa kemajuan datang dengan bahasa Inggeris. Puisi Keranda 152 tulisan Allahyarham Usman Awang mesti dibaca semula bagaimana ledakan kebahasaan masa lalu melihat masa depan bahasa Melayu yang berlaku pada hari ini. Pelbagai langkah dilaksanakan untuk memartabatkan bahasa Melayu ke arah zaman kegemilangannya. Malah kena hayati juga slogan keramat Bahasa Jiwa Bangsa yang telan dimandulkan oleh kuasa politik Melayu sendiri. Kita semua tidak boleh menyalahkan dan meletakkan kelemahan kepada Dewan Bahasa dan Pustaka sahaja apabila bahasa Melayu menjadi bahasa kelas tiga di negara ini. Tetapi pada hakikatnya perjuangan memartabatkan bahasa Melayu ini tidak pernah meminggirkan bahasa Inggeris. Sebaliknya mereka yang menggerakkan gelombang politik Melayu yang lebih mempunyai ruang dan kuasa untuk memastikan kedudukan bahasa Melayu di tempat selayaknya. Sebaliknya tumpuan kepada bahasa Inggeris yang meminggirkan bahasa Melayu.3. Bahasa Melayu adalah bahasa ilmu perlu dimanfaatkan untuk mengembleng usaha mengangkat kembali martabat bahasa Melayu.

Bahan Daripada Akhbar dan Majalah Azmy Mohamed. (1992). Dewan Bahasa dan Pustaka: Kuala Lumpur. Yusof et al. Hj. Kamarudin Hj. Khusairi Hj. Percetakan Zafar Sdn. Bhd: Kuala Lumpur. Guru dan Bahasa Melayu. Dr. Bahasa Kebangsaan (A). (2002). Hari Pejuang Bangsa´152´: Medan Bincang Arah Tuju Bahasa Melayu. Bhd: Kuala Lumpur. Budayakan Bahasa Melayu Tanda Patriotik. Husin & Siti Hajar Hj.0 BIBLIOGRAFI Ahmad Mohd. Abdul Hamid Mahmood. Utusan Malaysia diperolehi 1/08/2010 Zaidi Ismail. Utusan Malaysia diperolehi pada 1/8/2010 Ku Seman Ku Hussain. Majalah Dewan Bahasa keluaran April 2010 14 . Mohd. Abdullah. Laporan Kaji Selidik Penggunaan Bahasa Melayu dalam Bidang Kehakiman dan Undang-Undang. Kumpulan Budiman Sdn. Martabatkan Bahasa Jiwai Bangsa.4. Prof. Pelaksanaan Bahasa Malaysia Sebagai Bahasa Pengantar Pelajaran. Abdul Aziz. (1999). (1983). Dewan Bahasa dan Pustaka: Kuala Lumpur.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful