You are on page 1of 1

Semasa Perang Dunia II, Vietnam dikuasai oleh Tentera Jepun.

Kerajaan Vichy Perancis berkerjasama dengan pihak Jepun yang menghantar bala tentera ke Indo-China sebagai pasukan berkuasa di kawasan tersebut. Kerajaan Vichy Perancis menjadi kerajaan boneka kerana kuasa pemerintahan sebenarnya di tangan pihak Jepun. Pemerintah Vichy Perancis mentadbir Indochina sehingga tahun 1944 apabila Kerajaan Vichy Peranchis tumbang selepas Tentera Berikat menakluki Perancis dan Jeneral Charles de Gaulle diangkat sebagai Pemimpin Perancis. Setelah kerajaan Vichy Perancis tumbang, pemerintah Jepun menahan Pentadbirpentadbir Perancis dan memalukan pembesar-pembesar kolonial di khalayak ramai. Pihak Jepun kemudiannya menggalakkan kebangkitan pergerakan nasionalis di kalangan rakyat Vietnam. Pada pengakhir Perang Dunia II, Vietnam diberikan kemerdekaan oleh pihak Jepun. Ho Ch Minh kembali ke Vietnam untuk membebaskan negaranya daripada dijajah oleh kuasa asing. Dia menubuhkan pergerakan penentang, dan menerima bantuan kumpulan OSS (yang akan berubah menjadi CIA kelak). Pada penghujung Perang Dunia II, pergerakan Viet Minh di bawah pimpinan Ho Ch Minh berjaya membebaskan Vietnam daripada belenggu penjajah, Tetapi kejayaan itu untuk masa yang singkat sahaja. Pihak Tentera Jepun telah menawan pemerintah Perancis dan memberikan Vietnam satu bentuk kemerdekaan sebagai sebahagian daripada rancangan Jepun "membebaskan" bumi Asia daripada penjajahan Barat. Banyak bangunan awam diserahkan kepada kumpulan-kumpulan nasionalis.

You might also like