KANDUNGAN

PENGHARGAAN SOALAN TUGASAN PENDAHULUAN PENGURUSAN BILIK SENI PENGURUSAN RUANG PSV BERKONSEPKAN FUTURISTIK PELAN LANTAI BILIK SENI HURAIAN PELAN LANTAI BILIK SENI A. RUANG CETAKAN B. BILIK AKSES ICT C. STOR D. RUANG PEJABAT SENI E. BILIK AIR / TANDAS F. TAMAN ILHAM G. KORIDOR H. RUANG UTAMA PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN I. BLOK PAMERAN

J. RUANG TEMBIKAR K. RUANG TEKSTIL IKLIM BILIK PSV DARI ASPEK FIZIKAL, EMOSI DAN SOSIAL PENUTUP REFLEKSI BIBLIOGRAFI 1

-

PENGHARGAAN Setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang memberikan

sumbangan, ilham dan idea serta buah fikiran untuk menyiapkan kerja kursus Kajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual Kurikulum Baru Sekolah Rendah PSV 3104 ini terutamanya pensyarah pembimbing iaitu Puan Rashihah bt. Muhammad. Tidak lupa kepada rakan-rakan PGSR ambilan November 2009 / 2013 yang telah memberi kerjasama yang baik ketika sesi perbincangan Sesi perbincangan banyak memberi sumbangan idea yang amat berharga. Ketika sesi perbincangan juga dapat meneliti beberapa kekurangan dan kelemahan. Kemudian, perlu kepada penambah baikan terhadap bahan rujukan dan olahan terhadap tugasan ini. Terakhir, kepada mereka yang sentiasa berkorban memberikan sokongan dan dokongan untuk mencari ilmu terutama isteri dan anak-anak yang sangat faham proses pembelajaran ketika cuti. Cuti perlu dikorbankan untuk diri sendiri. Tiada istilah untuk bercuti panjang ketika sebegini. Proses pembelajaran ketika cuti sudah pasti ruang untuk cuti sukar untuk diraikan secara bersama. Namun, demi kepentingan dan

harapan, maka ilmu perlu dituntut sepanjang hayat untuk masa hadapan bersama. Kesukaran akan dapat dirungkai sekiranya mendapat berkat dan restu daripada semua pihak. Antaranya pensyarah pembimbingan, ibu bapa, keluarga, rakan-rakan dan semua pihak yang memberi sokongan di sebalik tabir. Kesenangan akan dapat dinikmati setelah bebanan dapat dipikul di pundak. Kenikmatan akan dapat dirasa

2

setelah berjaya. 3 . Kepuasan akan terkesan di hati setelah melihat kejayaan yang telah menyebelahi.

4 .

dan dan visual berfikir secara berkomunikasi yang secara kemahiran mencari. Kedua-dua bahagian ini diharapkan dapat membantu murid dalam menguasai pelbagai pendidikan kemahiran keputusan mengaplikasi pengurusan. teknologi. budaya teknik bahan kegiatan proses mengutamakan Ini kajian-kajian semasa penghasilan. seni Antara ialah kemahiran kemahiran berkesan. penerokaan. 5 .PENGENALAN Kurikulum Bidang Pendidikan Seni Seni Visual disusun berdasarkan dan dua bidang Seni iaitu Penghasilan Visual serta Sejarah Apresiasi Visual. bertujuan menerapkan penyelidikan di kalangan murid. Semua selepas kedua-dua pengajaran harus Dalam penghasilan idea. terancang. dan pewujudan penggunaan seni perkembangan alat dan pembelajaran melalui sebelum. yang akan dikuasai kritis murid dan melalui kreatif. ini guru perlu dan kemahiran. bekerjasama kemahiran mengintegrasikan pembelajaran. membuat pilihan tepat. Bagi membolehkan murid menguasai bidang seni kemahiran-kemahiran ini visual. melibatkan secara tertentu. dalam kegiatan idea. kemahiran kemahiran menginterpretasi dan maklumat.

peranan guru amat penting dalam pengurusan terutamanya dalam menghasilkan ruang atau bilik studio khusus yang memberi impak yang maksimum kepada murid. kepada Sejarah seni Apresiasi kehidupan seni dan memberi dalam tumpuan pengalaman Perbandingan harian budaya kebangsaan. dijalankan kepada domain dalam Pengajaran bentuk teori guru pendekatannya asalkan bergantung tiga kebijaksanaan iaitu. adalah dilihat melibatkan benda-benda dapat dan diimaginasi bagi menggalakkan perkembangan persepsi dan daya intuisi. nilai. 6 . Ini kerana kekuatan Pendidikan Seni Visual di sesebuah sekolah terletak kepada guru dan tempat operasi iaitu Bilik/Studio dan dan untuk pembelajaran praktikal tetapi Pendidikan Pendidikan Seni Seni Visual Visual. mengendalikannya meliputi dan pengetahuan.Dalam mencapai matlamat Pendidikan Seni Visual dan juga matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan ini. kemahiran Perkara kegiatan yang kreatif ditegaskan yang dalam bidang penghasilan yang seni visual disentuh. bagi visual dengan budaya luar dalam juga digalakkan seni memperlihatkan keseimbangan pendedahan bidang termasuk kraf kebangsaan demi mengenali seni visual dalam evolusi budaya kebangsaan. Dengan ini diharapkan fahaman nyata dan abstrak dapat diselaraskan dan pemupukan Bidang minat terhadap dan dalam Pendidikan Seni Seni Visual dan Visual dapat dikembangkan.

Suasana dalam bilik seni ini sepatutnya menjadi daya penarik dan menjadi sumber ilham bukan sahaja kepada pelajar dan guru bahkan kepada seluruh masyarakat sekolah dan pelawat. Selain hasil kerja pelajar.PENGURUSAN BILIK SENI Pengurusan bilik seni merupakan satu aspek utama dalam konteks proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni. contoh-contoh hasil kraf tempatan dan lain-lain lagi yang sesuai juga dipamerkan dalam bilik seni. Guru Pendidikan Seni hendaklah memainkan peranan penting dalam aspek ini. Bahan-bahan seni yang dipamerkan hendaklah disusun mengikut jenisnya seperti: • • • • • unsur seni menggambar / melukis warna lukisan alam semulajadi seni huruf dan sebagainya. Guru Pendidikan Seni hendaklah sentiasa berusaha bersama-sama guru-guru seni yang lain untuk mewujudkan keadaan dan suasana yang sesuai. 7 .

perabot perlu sesuai dengan P&P PSV. 2. Singki Air . komunikasi Visual.Stor adalah tempat terkawal menyimpan bahan dan alat untuk kegunaan P&P. buku-buku dan lain=lain.Alat P&P seperti LCD projektor. seperti carta. Bahan P&P . 7.Guru-guru pendidikan seni . mempunyai ciri kebersihan. Stor .yakni bilik/studio yang menarik apabila masuk. Sebaiknya semua bidang perlu ada dipamerkan: Bidang Seni Halus.teredapat bahan P&P yang sesuai di letakkan ditempat-tempat yang sesuai. Bahagian Pameran . menarik dan menekankan aspek-aspek keselamatan. Misalnya mesin-mesin yang digunakan untuk membina tembikar. 3. Kraf dan reka bentuk. Perabot yang sesuai . 8 . terutamanya guru panatia/guru kanan juga perlu mewujudkan bilik seni yang standard. Printer dan lain-lain 5. Standard di sini bermaksud ianya mempunyai fasiliti yang lengkap. Bengkel kasar dan bengkel halus. aspek-aspek yang perlu di beri perhatian yang sewajarnya adalah seperti berikut : 1. Komputer. 6. Trapuitik . Antara ciri-cirinya ialah ada bahagian P&P teori. gergaji elektrik dan sebagainya. klin. Alat P&P . Peralatan PSV . Di dalam pengurusan bilik seni. keindahan. Bilik/studio seni perlu menampilkan suasana yang menyeronokkan apabila masuk. 4.Alat-alat yang digunakan untuk Penghasilan Produk.bahagaian pameran terbahagi kepada dua iaitu satu yang kekal dan satulagi semasa hasil dari kerja-kerja pelajar.Sebaiknya ada beberapa singki air untuk membantu proses P&P. 8. mesra pengguna dan terasa selesa.

Sebaiknya di bilik/studio PSV juga terletaknya pejabat seni kerana memudahkan segala pengurusan PSV samada darisegi pengurusan Fail dan pengurusan P&P. jadual pengagihan tugas dan jadual waktu penggunaan bilik seni. Justeru.9. perlu ada satu arena yang kondusif dan sesuai serta lengkap prasarana juga infrastruktur supaya bakat-bakat seni dapat digilap. Papan Maklumat . Terdapat beberapa ruang utama didalam bilik seperti ruang 9 . PENGURUSAN FUTURISTIK RUANG PENDIDIKAN SENI VISUAL BERKONSEPKAN Seiring dengan era globalisasi. Untuk itu saya telah melengkapkan satu pelan lantai yang futuristik.iaitu Notis Board. dengan harapan dapat diterima pakai oleh pencinta-pencinta seni berkarya dan meluahkan hasil-hasil karya mereka apabila berada di ruang pendidikan seni visual futuristik ini. pendidikan seni juga turut berubah kearah kesenian yang lebih kontemporari. 10. maklumat notis semasa. Sebagaimana yang telah kita sedia maklum melalui peredaran masa dan zaman. telah berlaku banyak perubahan di sekeliling kita tanpa kita sedari. 11. Konsep bilik seni yang saya bawakan adalah lebih kontemporari dengan mengekalkan keperluan asas di dalam bilik seni. Murid-murid semakin kreatif dalam menterjemahkan idea secara lisan tulisan mahupun melalui seni khususnya melalui subjek Pendidikan Seni dan Visual. Poster keselamatan perlu ada agar guru dan pelajar sentiasa berhati-hati semasa menggunakan peralatan dan bahan PSV.

ruang pejabat seni. ruang cetakan .utama pengajaran dan pembelajaran. stor dan sebagainya. Semuanya ini bertujuan untuk memberi keselesaan yang optimum kepada pengkaryapengkarya yang menggunakan ruang futuristik yang saya ciptakan ini. Tidak dapat dinafikan bahawa setiap kejayaan yang dicapai itu memerlukan sokongan dari perkaraperkara yang lain iaitu ruang pembelajaran yang dapat mencetuskan idea-idea hebat melalui penggunaan ruang atau prasarana yang kontemporari. ruang tembikar. 10 . ruang tekstil. ruang akses ict.

wood engraving print. etsa.HURAIAN PELAN LANTAI BILIK SENI A. lino cut print. 2) Cetak dalam (Intaglio) dry print. Teknik cetak dengan teknologi moden adalah seperti offset dan digital print. RUANG CETAKAN Ruang cetakan penting agar pelajar dapat mencetak hasil-hasil seni mereka. B. RUANG AKSES ICT 11 . Dengan ini ruangan cetakan banyak membantu pelajar menghasilkan karya-karya seni hasil gabungan teknologi moden dan konvensional. sugartint 3) Sablon (Silk screen). mizotint. wood cutprint. Pelbagai alat cetakan yang menggunakan teknologi canggih mahupun yang bersifat konvensional disediakan di ruangan ini. Pelajar boleh mempelajari teknik cetak konvensional seperti 1) Cetak tinggi (relief print).

Begitulah juga sewaktu komputer itu akan dimatikan. Pendingin hawa ini juga telah dilaraskan secara automatik mengikut keselesaan pengunjung-pengunjung yang berada di dalam bilik tersebut. Untuk menjaga kebersihan bilik ini.Ruang ini digunakan untuk mendapatkan sebarang maklumat yang dikehendaki oleh pengguna-pengguna khususnya maklumat yang berkaitan dengan pendidikan seni dan visual. C. Stor penyimpanan alatan amat diperlukan sama sekali. Ruang ini boleh memuatkan antara 10 hingga 15 orang pada satu-satu masa. Ini kerana di dalam bilik seni ini guru perlu menyediakan pelbagai stok alatan serta bahanbahan keperluan dalam kuantiti yang banyak. Seperti yang telah dinyatakan tadi. Komputer-komputer yang digunakan juga berkonsepkan futuristik dan tidak dapat dilihat kecuali dengan menekan butang untuk mengeluarkan skrin komputer dan seterusnya dapat digunakan. bilik ini adalah berkonsepkan futuristik maka rak kasut yang terdapat di sini juga dapat dikawal hanya dengan menekan butang yang disediakan dan rak kasut tadi akan masuk ke dalam satu ruangan yang tidak dapat dilihat lagi. 12 . Selain itu juga terdapat pelbagai jenis alatan serta bahan untuk kegunaan pelajar contohnya ialah berus dalam pelbagai saiz. rak kasut disediakan dan pengunjung-pengunjung boleh meletakkan kasut pada arak kasut yang telah disediakan. Ruang ini juga dilengkapi dengan pendingin hawa untuk keselesaan yang optimum. STOR Stor berada bersebelahan dengan ruang pejabat seni. Stor ini digunakan untuk menyimpan pelbagai barangan yang diperlukan sewaktu sebarang proses membuat aktiviti yang diperlukan. komputer ini akan masuk semula ke dalam ruangan yang tidak dapat dilihat lagi. Ini bertujuan untuk menjimatkan ruang dan melindungi jangka hayat komputer supaya dapat bertahan lebih lama lagi.

Di ruang pejabat ini juga digunakan sebagai tempat menerima. Oleh itu alat dan bahan ini perlu diasingkan dan disimpan ditempat yang selamat. gunting.cat dalam pelbagai warna dan jenis seperti cat minyak. folio-folio dan hasil kerja pelajar di atas rak kayu yang dibina di dalam stor. Selain itu. perkara ini dapat diatasi dengan begitu penyelenggaraan. cat air. Walau bagaimanapun oleh kerana peralatan yang digunakan adalah canggih. pengendalian dan pengeluaran stok. cat paster. Stor yang tidak dijaga dengan rapi akan menyebabkan penggunaannya terganggu kerana sudah pasti ada habuk. merekod. maka habuk dan kekotoran hampir tidak berlaku di bilik ini kerana ada alat pengesan yang dapat mengesan sebarang kekotoran dan mudah. Ianya juga berfungsi sebagai tempat untuk melaksanakan penerimaan. mengesah dan memperakukan barang yang diterima daripada pembekal. jadual tugasan disediakan supaya setiap kali stor ini digunakan kekemasan stor akan sentiasa terpelihara. lilin. kotoran dan yang seumpamanya. pisau dan sebagainya. Untuk menjaga kebersihan stor ini supaya sentiasa kemas. stor juga boleh digunakan untuk menyimpan alat atau bahan seperti buku-buku. Stor ini juga dilengkapi dengan peralatan yang serba canggih untuk memudahkan semua aktiviti yang berlaku di dalam stor ini. E. RUANG PEJABAT SENI Ruang pejabat seni juga penting untuk melaksanakan aktiviti pengkeranian. BILIK AIR/TANDAS 13 . D.

arnab juga serangga seperti rama-rama yang berwarna-warni. F. pengguna cuma perlu menghulurkan tangan untuk mengeluarkan air.Keperluan asas didalam bilik seni juga dititikberatkan. Semua tandas di sini juga berkonsepkan futuristik dan mesra pengguna. Tidak lupa juga dengan pergerakan ikan-ikan yang berenang-renang di dalam kolam yang lengkap dengan landskap yang cantik. Murid-murid atau pengunjung-pengunjung yang datang boleh berehat atau menenangkan fikiran melalui dua buah sudut alam yang disediakan di situ. beburung yang berterbangan di dalam sangkar juga kilauan rerama yang dapat memberi inspirasi kepada semua. Sudut alam itu merangkumi kawasan taman yang menghijau dan terdapat kolam ikan juga beberapa jenis haiwan seperti beburung. Bilik air dan tandas ini juga dilengkapi dengan exhaustfan untuk menyedut udara panas. Suasana ini sudah pasti memberi ketenangan kepada pengunjung-pengunjung yang hadir apabila melihat keletah arnab-arnab yang berlari-lari. Revolusi reka bentuk kepala paip menunjukkan satu inovasi baru diadaptasikan di sini. TAMAN ILHAM Ruangan ini terletak di kawasan luar bilik seni dan berfungsi sebagai kawasan untuk bersantai setelah penat bekerja atau membuat pelbagai aktiviti. 14 . Kepala paip ini sungguh berkesan untuk mengurangkan pembaziran air ketika tidak digunakan dan juga memudahkan pengguna kerana tidak perlu memusing kepala paip sekiranya tangan licin atau berminyak. Kepala paip diaplikasikan dengan teknologi sensor. Bilik air dan tandas yang selesa disediakan untuk sesiapa sahaja yang menggunakan bilik seni.

kawasan ini juga untuk mendapat kenalan baru apabila pengunjung-pengunjung datang ke ruangan ini sambil berehat dan bertukar-tukar fikiran tentang perkara-perkara yang ingin dikongsikan bersama. tong sampah.Di samping dapat berehat dan menenangkan fikiran. Ruangan ini mempunyai bumbung berkaca yang membolehkan cahaya dari atas menerjah masuk. KORIDOR Dinding koridor ini boleh digunakan oleh pelajar melukis mural yang boleh dipadam dan digunakan kembali mengikut keperluan. pentas persembahan murid serta beberapa kelengkapan lain yang bersesuaian. RUANG UTAMA PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Ruang ini terletak di kawasan tengah bilik menjadi tempat berlangsungnya aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Bilik ini boleh menempatkan lebih kurang 40 orang murid juga peserta dalam satu sesi pengajaran dan pembelajaran. Oleh kerana konsep bangunan ini bercorak futuristik maka perabot-perabot yang digunakan juga adalah yang canggih dan terkini. Dengan adanya ruang khas untuk pelajar melukis mural. H. Walau bagaimanapun di kawasan ini juga ada disediakan sistem pendingin hawa untuk memberi keselesaan kepada pengunjung-pengunjung. Sebagai contoh kerusi yang digunakan oleh murid15 . kerusi. kabinet menyimpan barangan. Didalam ruang ini ditempatkan meja. Dengan ini mural-mural selalu bertukar ganti dan dibuat mengikut design atau ilustrasi terkini. G. ianya memudahkan lagi hasil-hasil seni pelajar dipamerkan secara tidak langsung .

gasing dan sebagainya. Ini akan memberi keselesaan dan keseronokan apabila berada di atas kerusi tersebut. Objek-objek ini mampu untuk 16 . Rak kayu yang diletak ditengahtengah ruang pameran dapat mempamerkan beberapa hasil 3 dimensi pelajar seperti arca. boneka. Walau bagaimanapun terpulang kepada guru tersebut sama ada mahu menggunakan akses tersebut atau tidak. anyaman. Ianya memudahkan sesiapa sahaja yang berkunjung untuk melihat hasil-hasil seni pelajar yang dipamerkan. Seterusnya dengan adanya papan pameran gantung juga dapat mempamerkan hasil pelajar seperti mobail. Kerusi guru juga tidak kurang hebatnya kerana selain daripada selesa. seni ukiran kayu. diorama. Selain itu juga guru boleh mempamerkan hasil kraf tradisional seperti tembikar. I. BLOK PAMERAN Blok pameran ini berada di tengah-tengah bilik seni di dalam ruangan utama pengajaran dan pembelajaran.murid boleh dilaraskan mengikut saiz dan ketinggian murid atau peserta-peserta yang menggunakan kerusi tersebut. topeng. model dan origami. model dan sebagainya. guru juga boleh bergerak dalam bilik tersebut tanpa berjalan kerana kerusi ini ada akses kawalan yang membolehkan kerusi ini bergerak dengan lancar. stabail. Pentas di dalam bilik ini juga disesuaikan dengan baik sekali supaya semua murid yang menggunakan bilik tersebut dapat melihat dengan jelas sesuatu bentuk aktiviti yang dijalankan dari pelbagai sudut. assemblaj. Pentas ini juga digunakan untuk sebarang presentation daripada murid mahupun daripada tenaga pengajar.

Ruang ini juga tidak jauh beza penggunaannya dengan ruang tembikar. Ruang ini dilengkapi dengan alatalat untuk membuat tembikar seperti tanah liat. J. Di dalam bilik ini terdapat ketuhar pemanas. K. ampaian untuk menjemur kain juga peralatan lain yang bersesuaian. Dari sehelai kain putih yang kosong sehinggalah menjadi sehelai kain yang lengkap dengan pelbagai corak melalui proses menekap. tempat mencelup kain. Jika pada masa dahulu bilik memproses tekstil menggunakan cara manual.meransangkan deria pelajar disamping memberi peluang kepada pelajar untuk melihat dan menyentuh objek tersebut. RUANG TEMBIKAR Bilik seni ini juga dilengkapi dengan ruang tembikar. Dari segi saiz dan struktur ruangnya adalah sama. alat acuan menekap kain. melukis secara ‘free hand’ dan pelbagai teknik terkini mengikut teknologi sekarang iaitu menggunakan komputer. mesin acuan. tanur 17 . Ruang tekstil juga menggunakan tingkap automatik pada sebelah atas dinding untuk mendapatkan pengudaraan yang sistematik. Proses untuk menghasilkan tekstil yang lengkap bermula di ruang ini. proses dan produknya adalah berbeza. RUANG TEKSTIL Tidak jauh dari ruang tembikar. di ruang ini pula terdapat ke dua-dua cara sama ada secara manual atau menggunakan komputer. terletak ruang tekstil. Ini bertujuan untuk menampilkan kelebihan dan juga kekurangan apabila kita menggunakan cara manual mahupun dengan menggunakan komputer. mesin ketuhar. meja untuk menekap kain. cuma dari segi peralatan.

Ruang ini khusus untuk peserta-peserta membentuk tembikar yang diingini. Setiap ruang di dalam bilik seni ini dihalang oleh dinding. Semua akses hanya dengan menekan butangbutang kawalan yang sangat mudah dioperasi. STRUKTUR BINAAN DAN KEMUDAHAN-KEMUDAHAN LAIN Struktur binaan bilik hendaklah menekankan aspek-aspek keselamatan. Bahan binaan bangunan juga perlu mempunyai ketahanan yang tinggi dalam menyerap haba. Semua ini adalah antara konsep futuristik yang terdapat dalam ruang ini untuk kemudahan dan keselesaan murid-murid juga pengguna-pengguna yang menggunakan ruang ini. ini penting kerana aktiviti di bilik seni terutama di ruang tembikar menggunakan banyak bahan api. Selain daripada alat-alat tembikar. Selain itu bahan binaan itu juga seharusnya dapat membataskan pergerakan api ke bahagian lain dengan cepat. ruang ini juga dilengkapi dengan sudut pameran tembikar untuk dipamerkan kepada pengunjung yang hadir. Pada dasarnya struktur bangunan yang terdapat bilik seni mestilah mempunyai ketahanan yang baik dan dapat mengelak daripada kebakaran berlaku. batu-bata yang berasaskan aluminium silikat untuk tujuan pembinaan dan lainlain bahan yang berkaitan. Dinding ini dibina dengan bahan yang kalis bunyi untuk mengelakkan daripada berlakunya 18 . Ini dapat dicegah melalui penggunaan bahan kalis api. Oleh kerana ruang ini tidak sesuai untuk dipasangkan pendingin hawa maka tingkap kawalan automatik dibina di bahagian atas dinding dengan tujuan memberi ruang untuk pengudaraan yang lebih sistematik.. Ciri-ciri keselamatan juga sangat diutamakan di sini seperti pemadam api yang dikawal secara automatik dan pantas.elektrik.

Bagi penggunaan sinki. Oleh kerana bilik seni ini merupakan kawasan yang berisiko tinggi berlaku kemalangan. pengguna hanya perlu menghulurkan tangan dan air akan keluar dengan sendiri sama ada air biasa atau air yang bersuhu panas dimana ianya menggunakan teknologi sensor. Sinki ini juga boleh disorokkan seandainya tidak perlu digunakan. Peralatan kecemasan yang disediakan bertujuan untuk menghadapi sebarang kemungkinan yang bakal berlaku sewaktu proses mencanting dan seumpamanya. Kabinet yang terdapat di sini akan masuk ke dalam dinding sewaktu tidak digunakan dan akan keluar semula seandainya perlu digunakan. maka di sini juga disediakan peralatan kecemasan. merangkumi keadaan fizikal 19 . Ruang untuk menyimpan peralatan kecemasan ini adalah tahan daripada segala bentuk bencana seperti kebakaran dan sebagainya. Di dalam bilik seni ini juga ada disediakan sinki untuk membasuh alat-alat yang telah digunakan dan disimpan semula ke dalam kabinet. EMOSI DAN SOSIAL Iklim bilik darjah dalam konteks pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual sama ada di bilik seni ataupun di sebuah bilik darjah biasa.suasana bising yang boleh mengganggu setiap aktiviti yang dijalankan di dalam bilik seni ini. Ini semua adalah untuk menjimatkan ruang dan memberi keselesaan kepada pengguna-pengguna. IKLIM BILIK PENDIDIKAN SENI VISUAL DARI ASPEK FIZIKAL.

Keadaaan cahaya dan udara studio yang cukup dapat membangkitkan suasana yang segar dan membawa keselesaan kepada murid. rak pameran dan alat bantu mengajar yang mengalakkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran.dan suasana pembelajaran yang sesuai dan kondusif untuk sesuatu pelajaran. (a) Aspek fizikal Dari aspek fizikal. gambar. susunan perabot adalah teratur dan sesuai untuk aktiviti yang akan dijalankan. guru seni hendaklah berusaha menentukan bahawa bilik darjah atau bilik seni adalah bersih. khasnya dalam bilik darjah. (ii) Suasana di studio Pendidikan Seni yang dihiasi dan diatur kemas dengan carta. Murid yang dapat berinteraksi dalam 20 . Sudut seni untuk pameran contoh-contoh hasil kerja pelajar perlu ada dan diuruskan dengan menarik dan kemaskini. (iii) Saiz studio yang mempunyai ruang yang cukup untuk bergerak dapat memberi keselesaan kepada murid-murid menjalankan aktiviti kumpulan dan permainan. (b) Aspek Sosial Suasana sosial merujuk kepada perhubungan dan corak interaksi di antara murid dengan murid. (v) Keadaan kebersihan dan keindahan bilik darjah pula dapat meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Ianya dapat dilakukan dengan cara-cara berikut: (i) Penyusunan meja kerusi murid mengikut kumpulan. (iv) Tingkap-tingkap dan pintu yang mencukupi akan membolehkan cahaya masuk dan udara beredar bebas dalam studio.

peramah dan lucu serta menjalankan tugas dengan adil. bertanggungjawab. dan (iv) menghasilkan suasana persekitaran yang memberi keyakinan untuk berkarya. Mereka akan melalui sosiometri dalam penguasaan berinteraksi dalam sesuatu kumpulan dan disinilah proses pengajaran dan pembelajaran akan berlaku. (c) Aspek emosi Suasana emosi merujuk kepada perasaan murid-murid terhadap guru mereka. Suasana emosi ini akan menimbulkan jenis-jenis tingkah laku murid yang ditentukan oleh sifat guru dan gaya mengajarnya. iii) membentuk suasana yang meransang kreativiti. Anda boleh mewujudkan suasana ‘rapport’ dan disenangi oleh murid dengan: (i) memenuhi kehendak fisiologi iaitu memuaskan deria. untuk keperluan berfikir.pembelajarannya akan mudah menguasai ilmu yang dipelajari. (iii) mewujudkan suasana interaksi sesama murid. (ii) berfungsi sebagai pemangkin untuk mengembangkan minat. PENUTUP 21 . suasana emosi bilik darjah yang kondusif biasanya ditimbulkan oleh guru yang mempunyai sifat penyayang. Aspek emosi ini akan dapat: (i) menarik minat murid. Mengikut kajian. (ii) memenuhi kehendak mental. dan (v) menggalakkan pendedahan kepada kepelbagaian budaya. masyarakat dan guru-guru. mengamalkan sikap demokrasi dan tidak memilih kasih. kreativiti dan inovatif. (iv) memudahkan komunikasi antara guru dan murid. bakat. bertimbang rasa.

Sebagai guru PSV kita boleh berusaha untuk mewujudkan suasana dan iklim bilik yang kondusif dan dapat meningkatkan lagi kreativiti pembalajaran dan pengajaran. Guru perlulah kreatif. inovatif dan kontemporari dalam mendidik pelajar selaras dengan arus kemajuan masa kini. Dengan empat bidang yang merangkumi menggambar. 22 .Studio atau bilik seni visual futuristik amat penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran seni. Situasi teraputik ini jelas menunjukkan bahawa ketenangan dan kejauhan dari gangguan dan kebisingan dapat mewujudkan mood dan suasana pembelajaran yang memberansangkan dan dapat menarik minat pelajar ke arah PSV. Guru sebagai sumber aspirasi negara. Pengurusan bilik seni penting dalam membantu peningkatan mutu pendidikan. membentuk dan memuat binaan dan kraf tradisional diharap murid dapat menghayati warisan seni visual serta mengamalkan dalam kehidupan sehariannya. Binaan yang unik serta kedudukan bilik yang jauh jaraknya dari kebisingan dan gangguan dari pihak luar amat sesuai dan menarik. membuat rekaan dan corak. Pengurusan bilik seni yang baik dapat membantu pelajar menguasai ilmu pendidikan visual dengan berkesan.

saya memulakan tugasan saya dengan menyediakan nota ringkas daripada maklumat yang telah saya dapat dan juga membuat Pelbagai pengalaman dan ilmu pengetahuan yang saya dapat melalui tugasan yang telah diberikan. Saya memulakan tugasan sebaik sahaja taklimat diberikan. Antaranya ialah dari segi menilai aras atau peringkat kognitif sesuatu soalan. Setelah mengumpul maklumat secukupnya dari buku dan internet. mesra dan bimbingan yang diberikan memudahkan lagi usaha saya menyiapkan tugasan ini. Tugasan yang telah diberikan ini perlu dilakukan secara individu. Saya juga begitu bertuah dan berbesar hati kerana mendapat rakan tugasan yang menunjukkan komitmen yang baik sepanjang menjalankan tugasan yang diberikan. Secara ringkasnya. Kerjasama. Domain taksonomi bloom juga banyak membantu dalam proses menyediakan soalan untuk menilai tahap kefahaman murid. Sekalung ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada pensyarah pembimbing saya iaitu kerana telah banyak memberi dorongan dan sokongan kepada saya dalam usaha menyelesaikan tugasan ini. Saya bertanggungjawab untuk mencari maklumat domain taksonomi bloom yang mana boleh digunakan oleh guru dalam proses penilaian terhadap pelajar mereka.REFLEKSI Bersyukur ke hadrat illahi kerana dengan limpah dan kurnia-Nya dapat juga saya selesaikan tugasan yang telah diberikan. domain taksonomi bloom 23 . tunjuk ajar.

Encik Amir Hamzah yang telah banyak memberi tunjuk ajar dan garis panduan tentang tugasan ini. Sekian terima kasih.banyak membantu guru dalam proses penilaian terhadap murid-murid dan juga boleh diaplikasikan dalam pelbagai cara. Setelah mempelajari dan mendalami subjek ini. ………………………. saya amat berterima kasih kepada ahli kumpulan yang banyak membantu dalam usaha mencari maklumat tentang tugasan ini dan juga tidak dilupakan kepada pensyarah pembimbing kami. (Wan Mohd Khairu bin Wan Muda) 24 . saya dapat simpulkan bahawa tugasan ini memberikan saya seribu satu maklumat dan pendedahan tentang taksonomi bloom dan peringkatnya. Disediakan oleh. Dengan ini.

kraftangan.my www.com sd15.com/2009/11/seramik.com/doc/52689900/Kreativiti-Seni-dalam-Pendidikan www.com/2009/11/pengurusan-studiobilik-seni-di-sekolah.com/blogs/index.com/2010/04/seni-mencanting-batik.html norsaritanaini.webs.wordpress.htm cecimaginary.html ikn.scribd.prosestekstilmudah.edu.html malaysiana.my/files/sp_pseni_kbsr.scribd.com/2010/05/09/kursus-mencanting-batik/ shimnadazone.com/2011/04/07/lawatan-ke-ikn-rawang/ bahagianrekaan.pdf itukamibudakseni.blogspot.com/2011/12/bengkel-rekaan-dan-operasi-pengeluaran.pnm.com/doc/46051845/Proses-Mencanting www.BIBLIOGRAFI pgsrpsv.blogspot.com/hello-world/ www.sksenai.blogspot.scribd.html albert.com/doc/20577766/Seni-Tekstil-Dan-Contoh-Tekstil-Di-Malaysia 25 .my/04/0402batik.blogspot.com/2011/02/pendidikan-seni-visual-3-kod-26113.gov.com/doc/42317699/TOPIK-10 www.tembikar.senivisual.html www.php?blog=11&title=pengenalanpsv&more=1&c=1&tb=1&pb=1 www.scribd.

26 .

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful