Perbandingan dan perbezaan Sejarah Melayu (Sulalatus Salatin) dan Hikayat Raja-raja Pasai: Sejarah Melayu (Sulalatus

Salatin) dan Hikayat Raja-raja Pasai merupakan karya sejarah yang meriwayatkan sesuatu keluarga diraja. Di dalam karya-karya ini pengarang membicarakan tentang asal-usul dinasti raja itu dari awal hingga akhir. Ia juga banyak mengungkapkan pemikiran berhubung masyarakat dengan pemimpinnya. Secara keseluruhannya, apa yang ditonjolkan oleh karya ini ialah sesebuah kerajaan itu boleh runtuh apabila pemimpinnya membelakangkan prinsip keadilan, sebaliknya pemimpin yang adil dan baik budi pekertinya akan disenangi oleh rakyat dan kerajaanya akan terus berada dalam kegemilangan. Ia sebenarnya memperlihatkan perkembangan peradaban tamadun manusia, maju mundur ataupun jatuh bangun sesebuah negara bangsa seolah-olah sesuatu yang tidak dapat dielakkan. Kerajaan yang gemilang itu akhirnya pincang dan tumbang angkara insan yang tidak beretika dan tidak bermoral. Kemerosotan nilai yang mendasari prinsip kemanusiaan dan serangan luar akhirnya menghancurkan sesebuah kerajaan. Perihal ini boleh kita lihat dengan lebih terperinci dalam pembukaan, perkembangan dan kemerosotan atau kejatuhan kerajaan Sejarah Melayu (Sulalatus Salatin) dan Kerajaan Raja-raja Pasai.

A. Pembukaan, Perkembangan dan Kegemilangan i. Terdapat wasiat yang mengandungi ilmu kepimpinan dan mendorong kepada kebaikan

Pembukaan dan perkembangan Melaka dimulakan dengan kisah negeri Melaka dibuka dan kisah Nabi Muhamad s.a.w. mengislamkan Raja Kecil Besar yang kemudian bergelar Sultan Muhamad Syah. Dalam Zaman kegemilangan Melaka, terdapat Wasiat dan wa’ad. Wa’ad merupakan perjanjian saling bekerjasama telah dibuat di antara raja dan keluarganya yang diwakili oleh Sang Sapurba dan Demang Lebar Daun. Kandungan wa’ad antara raja-raja itu menetapkan (h.19-20) a. Rakyat : Rakyat sedia jadi hamba raja. Raja hendaklah melihara mereka. Jika rakyat salah, jangan diberi malu. Kalau salah besar boleh dihukum bunuh menurut hukum syarak. b. Raja : Minta rakyat jangan derhaka kepada raja jikalau ia zalim sekali pun. c. Raja dan Rakyat: Jikalau raja tidak menurut janji maka rakyat juga tidak akan menurut janji itu. Dalam teks Sejarah Melayu ini dapat dikesan dengan jelas sejauh mana wa’ad itu dipatuhi. Dalam zaman kebangkitan dan kegemilangan Melaka ternyata antara raja-rakyat adanya kerjasama yang kental dan konsisten demi kerana memelihara wa’ad tersebut. Dalam kerajaan Sejarah Melayu, hampir tiap-tiap orang raja atau bendahara yang menyedari mereka akan meninggal dunia akan memberi wasiat kepada anak dan keluarganya sebelum meninggal dunia. Isi kandungan wasiat-wasiat di atas itu, semuanya berpesan supaya melakukan kebaikan dan meninggalkan kejahatan. Contohnya dalam wasiat Sultan Mahmud Syah berwasiat kepada pembesarnya supaya melantik anakandanya menjadi raja menggantikannya selepas kematiannya. baginda berpesan kepada anaknya supaya banyak-banyak bersabar. Jika membuat sesuatu pekerjaan hendaklah bermesyuarat dengan para pembesar. Jika menjalankan hukuman hendaklah berlaku adil kepada sekalian rakyat, jangan sama sekali mendengar fitnah dan hendaklah melakukan penyiasatan sebelum menjatuhkan sebarang hukuman (h.219). Begitu juga dengan wasiat Sultan Alauddin Syah kepada anaknya seperti di bawah: “Adapun raja-raja itu umpama api, segala perdana menteri umpama kayu, kerana api itu jikalau tiada kayu tiada akan nyala..ra'ayat itu umpama akar, raja itu umpama pohonnya; jikalau tiada akar nescaya pohon tiada akan dapat berdiri. Demikian raja-raja itu dengan segala ra'ayatnya...jikalau kau bunuh ia (ra'ayatmu) dengan tiada dosanya, bahawa kerajaanmu binasa” Begitulah puitis, mendalamnya dan bermaknanya mesej yang disampaikan oleh Sultan Alauddin Syah kepada anaknya Sultan Mahmud Syah yang bakal mewarisi takhta setelah ayahandanya meninggal.

.Pada 1409 Zheng He diutuskan pergi ke Siam untuk menegah persengketaan antara SiamMelaka.’ Petikan Hikayat Raja Pasai Dalam wasiat ini. hubungan Melaka dengan Inderagiri berlaku di masa Sultan Mansur Shah. Dalam wasiat-wasiat tersebut mengandungi pengajaran menurut perspektif ajaran Islam... baik-baik engkau memelihara dalam Kerajaan mu ini akan segala pekerjaan amar Allah dan amar Rasulullah .. Sultan Malikul Tahir memberi wasiat kepada anakandanya Sultan Ahmad (h.karna dunia ini negeri yang fana tiada akan kekal adanya. Sultan Malikul Saleh berwasiat kepada dua orang menterinya.. Mengikut Sejarah Melayu. ii. Sultan Malikul Saleh member wasiat kepada anakanda baginda Sultan Malikul Tahir dan sultan Malikul Mansur (h. Sultan Mansur Syah member wasiat kepada anakandanya Raja Husin yang akan menggantinya memerintah Melaka(h. Dan perbanyak oleh mu sabar mu pada segala pekerjaan yang tiada patut pada syarak dan jangan engkau meniayai dan membinasakan segala hamba Allah tiada dengan sebenarnya. Seri Nara Diraja memberi wasiat kepada Bendahara Paduka Raja supaya menjaga anakanaknya. Kemasyuran Pasai ialah pada zaman pemerintahan Sultan Ahmad Perumudal Perumal yang sampai ke kemuncak zaman kegemilangannya.126) e. Maharaja Ming menghadiahkan Maharaja Melaka berbagai cenderamata kepada Melaka.(h.mengajarkan mereka ilmu.50) c. telah mencorakkan sistem semak dan imbang terhadap kuasa Raja. tidak menyeleweng serta mematuhi perintah-perintah dan hukum-hukum yang telah dimaktubkan. cahaya mata ku dan buah hati ku... negeri itu berkembang maju dengan pesatnya.. Contohnya bersahabat dengan Siam selepas Siam gagal menakluki Melaka dan telah bersahabat dengan negeri China selepas raja China terkena tulah disembah oleh Melaka.. Oleh sebab kebijaksananan raja-raja yang memerintah Pasai.. Saling hormat-menghormati dan menjalinkan hubungan serta kerjasama yang baik Kerajaan Melaka telah bersahabat dengan negeri-negeri Melayu yang menjadi jirannya melalui penaklukan atau perkahwinan.. Hai anak ku. Selain itu Betara Majapahit menganugerahkan Jambi dan Tungkal kepada Hang Jebat serta Siantan kepada Hang Tuah. Sayid Semayamuddin dan Sayid Ali Ghiyatuddin supaya menjaga cucunya agar mereka tidak bergaduh ..Tahun 1411. Maharaja Melaka Parameswara bersama permaisuri. diperkukuhkan pula dengan pegangan agama... gagah. putera dan pengiringpengiringnya melawat China di zaman Dinasti Ming. Selama sebulan Parameswara berada di China dan diberi jamuan besar-besaran. Dalam teks Hikayat Raja-Raja Pasai ini terdapat dua kisah wasiat. dan jika pada satu pekerjaan hendaklah engkau mesyuarat dengan segala menterinya yang tuha-tuha dan jangan segera engkau berbuat sesuatu pekerjaan hingga baiklah mesyuarat mu dengan segala menteri hulubalang mu. Buku Sejarah Melayu tulisan Tun Seri Lanang ada mencatatkan perkahwinan Puteri Hang Li Po dengan Sultan Melaka.. diperlihatkan prinsip teguh yang mengutamakan integriti. Wasiat Sultan Mahmud Syah kepada anakandanya sultan Alauddin Riayat Syah (h. Sultan Mansur Shah berangkat ke Majapahit berkahwin dengan Raden Galuh. . Sebelum mangkat . Betara Majapahit telah bersetuju menganugerahkan Inderagiri kepada Sultan Mansur Shah.104) d. 25)” Wasiat Sultan Malikul Mahmud kepada Sultan Ahmad berbunyi.Tun Beraim Bapa anak Sultan Ahmad merupakan pahlawan Pasai yang amat masyur. Kuasa Raja dan kedudukan Raja tidak dipertikaikan selagi Raja memperlihatkan sifat-sifat yang dapat dihormati. Mitos pembukaan negeri dan asal usul raja-raja Pasai menggambarkan betapa hebatnya raja-raja Pasai dan negeri Pasai itu. bijaksana dan berperikemanusiaan.. Wasiat Sultan Malikul Saleh kepada menteri dan cucu-cucunya dan wasiat Sultan Malikul Mahmud kepada puteranya Sultan Ahmad Perumudal Perumal.maka bahawasanya mereka itu jadi kafir (h.. ‘Hai anak ku. dan jangan menderhaka terhadap mereka .. jangan tiada engkau turut seperti pesan ku ini.. jangan aniaya dan jalankan pentdbiran negeri menurut lunas-lunas Hukum Islam kerana “Barang siapa tiada menghukumkan dengan barang hukum Islam yang diturunkan Allah.Antara wasiat-wasiat yang lain tersebut adalah seperti berikut: a..218-219) Pembukaan kerajaan Pasai pula dimulakan dengan cerita pembukaan negeri Samudera dan Pasai dan asal-usul keturunan raja-raja Pasai.44) b. Puteri Hang Li Po diislamkan.Hendaklah memelihara rakyat. Perhubungan baik Melaka dengan China boleh dilihat dalam Era Zheng He dan Kesultanan Melaka . akhirat juga negeri yang baka.

Baginda pada mulanya bergelar Merah Silu dan telah bertukar nama kepada Sultan Malikul Saleh selepas memeluk Agama Islam. Hang Lekiu dan Hang Kasturi. Pemerintah dan pembesar berwibawa dan bijaksana serta rakyat yang bermoral Pada zaman keagungan Melaka. Batu nisan tersebut berasal dari Gujarat (India). Bahkan melalui catatan kunjungan Ibnu Batutah seorang utusan dari Sultan Delhi tahun 1345 dapat diketahui Samudra Pasai merupakan pelabuhan yang penting dan istananya disusun dan diatur secara India dan patihnya bergelar Amir. Baginda digambarkan sebagai seorang raja yang gagah. Salah satu bukti dari hasil peninggalan budayanya. Selain itu. Sememangnya itulah idaman Hang Tuah kerana baginya itulah segala pengertian kewujudannya. Kepimpinan Sultan Mansyur Syah pula melahirkan beberapa pahlawan agung Melaka seperti hang Tuah. Kepimpinan baginda mencontohi pemimpin Islam Khalifah Umar al. Selain sultan-sultan yang berwibawa. beras dan emas dari Pasai Rakyat biasa umpanya tetap mematuhi perintah ketua atau pembesar di atasnya. Kedua-dua kerajaan ini bertukar-tukar pendapat tentang perkara yang berkaitan dengan hukum agama Islam. berupa batu nisan Sultan Malik al-Saleh dan jirat Putri Pasai. ia telah diperintah oleh tiga orang Sultan yakni Sultan Mudzaffir Syah.w. Hal ini berarti kerajaan Samudra Pasai bersifat terbuka dalam menerima budaya lain iaitu dengan memadukan budaya Islam dengan budaya India. Umpanya apabila mengetahui Bendahara Tun Mutahir akan dibunuh oleh Sultan Mahmud Syah. Hubungan masyarakat ketika itu adalah baik.Hubungan dengan Pasai terjalin apabila Megat Iskandar Syah (1414-1424) mengahwini puteri Pasai dan memeluk agama Islam. Bendahara Paduka Raja dan Laksamana Hang Tuah. Sultan Muzaffar Shah juga bijak bertindak ketika menghadapi serangan Siam. Beliau menjalankan pemerintahanannya berasaskan ajaran . dan Sultan juga sangat hormat pada para tamu yang datang. iii. Beliau telah meluaskan wilayahnya hingga digelar Pembina Empayar. bahkan tidak jarang memberikan tanda mata kepada para tamu. Pengikut ini kemudiannya tidak jadi menentang.Ini digambarkan oleh Tun seri Lanag dalam Sejarah Melayu. akhirnya baginda mematuhi kehendaknya. Hang Lekir. Melaka wujud sebagai negara terbesar kerana wujudnya ikatan serangkai yang sangat utuh antara Sultan Mansur Syah. Mereka juga sanggup mendengar dan menerima nasihat daripada Bendahara dan Laksamana. kerajaan sekitar Melaka telah mendapat bejalan seperti lada hitam. pada masa pemerintahan Sultan Ahmad (Sultan Malik alTahirII ) Pasai berkembang pesat dan terus menjalin hubungan yang baik dengan kerajaankerajaan Islam di India mahupun Arab. Pada zaman pemerintahan Sultan Mansyur Syah. seorang ulama juga sangat dihormati sehinggga Sultan Melaka sendiri menghormatimya. pengikutnya beliau cuba menentang pembunuhan ini tetapi dilarang oleh Tun Mutahir kerana menderhaka namanya. Baginda juga mengadakan hubungan diplomatik dengan China yang Pada zaman pemerintahan baginda. Baginda sanggup keluar menyamar pada waktu malam untuk meronda dan melihat sendiri keadaan dalam negerinya.a. Di samping itu juga kehidupan masyarakatnya diwarnai dengan semangat kebersamaan dan hidup saling menghormati sesuai dengan syariat Islam. terdapat rasa hormat-menghormati dan saling menyayangi di kalangan mereka . Sultan Alauddin Riayat Shah (1477-1488) seorang pemimpin yang mementingkan keamanan dan pentadbiran Negara. Dalam kerajaan Pasai pula. Hal ini berlaku apabila guru baginda Sultan Mahmud Syah iaitu Maulana Yusoff enggan membenarkan baginda mengadap guru tersebut degan menunggang gajah. Sultan Muzaffar Shah (1446 . kerajaan Melayu Melaka juga mempunyai pembesar-pembesar yang cekap dan berwibawa mentadbir Negara. Melalui hubungan diplomatik ini. Sultan Mansur Syah dan Sultan Alauddin Riayat Syah. Dalam kerajaan Pasai pula terdapat pemerintah yang menjalankan segala hal dengan mengikut perintah Allah.1459) telah berjaya menyelesaikan masalah perpecahan di kalangan Tun Perak dan Bendahara Tun Ali. Sultan biasa melakukan musyawarah dan bertukar fikiran dengan para ulama. Hubungan antara Sultan dengan rakyat terjalin baik.Hubungan kedua-dua kerajaan ini telah mewujudkan perasaan hormat-menghormati dan tolong menolong. Hang Jebat. Kerajaan Pasai mengembangkan sikap keterbukaan dan kebersamaan. Masyarakat pada kerajaan itu begitu kaya dengan budaya dan budi bahasanya. Walaupun beliau telah dua kali difitnah berlaku sumbang di dalam istana dan setiap kali itu beliau dikenakan hukuman bunuh tetapi beliau menerima hukuman dengan tangan terbuka atas sebab nyawa dan dirinya sememangnya hak tuannya dan boleh diperlakukan apa jua. Tun Perak adalah Bendahara Melaka yang berani dan bijaksana. Tokoh paling mashur yang sering dikaitkan dengan cita luhur taat setia feudal dalam sejarah kebudayaan Melayu adalah Hang Tuah. Raja-raja Melayu yang berwibawa itu menjalankan pentadbiran negeri bersama Bendahara dan Laksamana. Kemajuan dalam bidang ekonomi membawa kesan positif pada kehidupan sosial masyarakat Kerajaan Pasai. Baginda adalah raja yang menerima ajaran dari Nabi Muhammad s.Khatab.

Mereka telah membuat helah dengan mencari kerbau menyusu dan dibiarkan berhari-hari tidak menyusu. Dalam catatan jurnal Ibnu Batutah. seperti berbuat jahat dengan isteri pembesar-pembesarnya yang menyebabkan hilangnya rasa hormat pembeaer-pembesar berkenaan kepadanya. Akibat Sultan membunuh Bendahara kerana fitnah dan laksamana dibuang negeri kerana membawa fitnah. Ramai pembesar negeri yang tidak menghormati Sultan Mahmud. Besar. Tun Beraim Bapa memakan cucur peniaram yang beracun lalu mati. Sebagai gundik iaitu isteri tidak rasmi kepada raja. Beliau mampu mencabut pokok besar dan melontarkan pada tembok setebal tujuh hasta dan merobohkannya. Dalam zaman pemerintahan sultan Mahmud. supaya disegani dan tidak berani diserang oleh orang asing. Ini semua terjadi kerana perangai Sultan Mahmud yang sangat buruk. wasiat dan wa’ad ini tidak dipedulikan lagi.Semasa minum. Walau bagaimanapun. terdapat juga pahlawan yang setia. bijak berkata-kata dengan halus tetapi tegas. gagah dan berani iaitu Tun Beraim Bapa. Tun Beraim Bapa dituduh menderhaka kepada raja dan dihukum bunuh. Selain itu . terdapat dua wasiat iaitu Wasiat Sultan Malikul Saleh kepada menteri dan cucu-cucunya dan wasiat sultan Malikul Mahmud kepada puteranya Sultan Ahmad Perumudal Perumal. KEJATUHAN DAN KEMEROSOTAN i. Pemerintahn yang lemah. Dalam perlagaan anak kerbau Periaman menghisap buah pelir kerbau jantan Majapahit kerana lapar susu. tinggi dan gagah. zalim. Dalam jamuan perpisahan orang-orang jawa diberi minuman di dalam buluh tajam. dan pandai bertindak menyelamatkan diri. Akhirnya kerana nilai taat setia kepada raja atau bapanya. Tidak mengikut wasiat. Selesai solat. Watak Tun Fatimah pula terserlah sebagai seorang yang tidak mudah digoda. Dalam keadaan mencemaskan ini Tun Beraim Bapa terpaksa bertindak berani untuk melindungi adiknya daripada kerakusan bapa mereka. Inilah cara kedua-dua orang pembesar yang bijaksana dan tidak jemu menggunakan akal untuk menentang musuh.” Selain itu.Kerbau Majapahit kalah. Implikasi daripada keadaan yang kucar-kacir dan haru–biru itu negeri Melaka berada dalam keadaaan yang amat lemah di bawah Sultan Ahmad yang dibenci Nadim.terdapat juga pembesar yang sentiasa rajin dan bijak menggunakan akal sebelum bertindak seperti Patih Suatang dan patih Ketemenggungan. Dia tegas menjaga maruah walaupun diusik oleh pahlawan muda yang gagah seperti Tun Beraim Bapa.mereka ditikam dengan buluh itu. beliau menulis: “Sultan sangat rendah hati dan berangkat ke masjid untuk solat Jumaat dengan berjalan kaki. Kata-kata penolakannya halus tetapi tajam. Baginda juga menunjukkan kepahlawanan kerana cintakan tanah airnya. yakni adik perempuan Tun Beraim Bapa. wasiat ini tidak diikuti dengan sebaiknya dan ingkaran ini telah membawa kepada kecelakaan kepada Sultan dan kerajaan tersebut. ii. perbahasan dan muzakarah mengenai Islam sehingga menyebabkan Samudera Pasai menjadi pusat tumpuan pengajian Islam ketika itu.Islam dan sentiasanya bertakwah untukNYA. Segala cubaan membunuh gagal dan berjaya dipatahkan oleh keperwiraan dan kesaktian Tun Beraim Bapa. Semasa peperintahannya. Sultan dan rombongan mengelilingi kota untuk melihat keadaan rakyatnya. namun dia mempunyai harga diri serta maruah yang tinggi. Pasai berkembang dengan baik dan berada dalam keamanan. Jadi . beliau berpandangannya. Sultan Ahmad Perumudal Perumal ingin mengahwini anak perempuannya sendiri. Kisah seterusnya. Tun Beraim Bapa boleh dianggap sebagai seorang tokoh superman melayu. Mengenai peribadi dan corak pemerintahan Sultan berkenaan. tidak berperikemanusiaan dan tidak bermoral Sultan Mahmud Syah dan Sultan Ahmad Syah ialah raja-raja Melaka yang bukan sahaja tidak bijak tetapi kejam dan zalim. Dia bijak bertindak menyelamatkan diri iaitu melompat membawa bunga gubahannya ke dalam istana sehingga tidak tertangkap oleh Tun Beraim Bapa. Sikapnya yang berani dan cinta akan tanah air ditonjolkan apabila baginda berani menunggang kuda terbang yang dikatakan gila dan belum pernah dikenderai oleh sesiapa. Tun Beraim Bapa mengambil keputusan membunuh diri ini atas dasar taat kepada raja. Dalam Hikayat Raja-Raja Pasai. Mereka mengadakan protes secara individu dengan berbagai-bagai cara. Sultan Mahmud adalah penganut Mazhab Syafie yang giat menyelenggarakan pengajian. B. Perhubungan antara raja-rakyat sudah tidak ada disiplin lagi. kedudukannya tidaklah begitu dihormati seperti isteri rasmi. Zaman pemerintahan Sultan Mahmud Syah (bersultan di mata dan beraja di hati) dengan Bendahara Seri Maharaja yang asyik dengan kekayaan dan Laksamana Khoja Hasan yang mata duitan.

Pemerintahannya yang tidak adil. lagi sangat berhias. Apakah yang menyebabkan tidak adanya kerjasama yang erat dan kukuh antara pihak raja (Sultan Mahmud ) dan rakyat (Bendahara Seri Maharaja) pada zaman keagungan Melaka? Banyak faktor yang mempengaruhi ketidakstabilan perhubungan raja-rakyat pada masa itu tetapi dua persoalan yang penting iaitu kekayaan dan nafsu seks amat menarik untuk dibincangkan. sekiranya Feringgi tidak menyerang Melaka pun negeri itu kan hancur kerana sebabsebab lain lantaran pergolakan dalaman yang sangat buruk itu. Bendahara tidak menjodohkan anaknya Tun Fatimah dengan Sultan Mahmud yang sedang duda sebaliknya dijodohkan dengan Tun Ali. pelbagai rupa dan warna. 3) untuk menjadi contoh teladan dan iktibar kepada generasi kita orang Melayu zaman ini. Beliau juga menganggap Sultan dapat dibuat apa sahaja kerana Sultan itu anak saudaranya.yang begitu gagah dan masyhur dapat ditewaskan oleh musuhnya dalam masa yang paling singkat sahaja. Amalan hidup jelas jauh berbeza dengan pemerintah sebelumnya. berdendam. anak Bendahara mesti menjadi isteri Sultan. Kelemahan-kelemahan Sultan Mahmud itu dilanjutkan oleh anaknya Sultan Ahmad. Sultan Mahmud digambarkan lebih suka hidup berfoya-foya. Apabila Bendahara Seri Maharaja memakai. pada sehari enam kali bersalin pakaian. Shellabear. pincang. sudah berbaju. Baginda tidak dapat mengawal nafsunya. Keadaan ini jelas seperti peristiwa di bawah. Baginda terlibat dengan berbagai-bagai skandals seks dengan Tun Dewi. membazir harta yang dimiliki dengan jawatan dan sebagainya.dapat diduga. bersebai. hasad dengki. Asalnya negeri Melaka itu daripada mitos seekor pelanduk putih menendang anjing perburuan Raja Iskandar hingga jatuh ke air (h. Betapa besarnya musibah menimpa kerajaan Melayu Melaka akibat tidak ada perpaduan antara raja-rakyat demi mematuhi wa’ad yang termeterai antara raja-rakyat itu dapat dikesan. dia akan dibunuh orang. lalu naik duduk ke buaian. bajunya yang hadir juga seribu banyaknya.G. Walaupun Bendahara Seri Maharaja digambarkan sebagai seorang yang berkaliber. tetapi Bendahara enggan menerima nasihat itu. berkeris. Puteri Gunung Ledang. destar yang sudah terikat pada kelebut dua tigapuluh. Beliau sanggup menerima rasuah daripada Nina Sura Dewana . menyerahkan hal ehwal negara kepada orang terdekat atau pembesar semata-mata menyebabkan kerajaan ini mula lemah dan hilang arah tujunya. namun tetap mengamalkan gaya hidup yang terlampau mewah. Pada zaman itu Melaka telah mencapai puncak kegemilangannya kerana kemakmuran negerinya. Keengganan beliau itu dipengaruhi oleh sikapnya yang sombong kerana kekayaannya. Pembesar-pembesar negeri yang tamak seperti Bendahara Seri Maharaja Tun Mutahir dan lain-lain telah memonopoli Kekayaan tersebut. Oleh sebab sangkaan yang demikian. Jika kita hendak mewujudkan kerajaan Melayu yang berkekalan hendaklah memenuhi wa’ad tersebut. Tetapi akan Bendahara Seri Maharaja pun terlalu baik rupanya. Sebab itu Melaka hancur dalam masa yang sangat pendek berbanding dengan masa perkembangannya yang mengambil masa yang amat panjang. rasuah. 155). meniduri isteri pembesar sewaktu suaminya keluar menjalankan tugas negara dan sebagainya. Bendahara Seri Maharaja Tun Mutahir juga asyik dengan mengumpul harta sahaja dan orang-orang Temenggung melakukan penganiayaan kepada peniaga-peniaga untuk mendapatkan rasuah. Keadaan ini membuatkan ramai pembesar negeri benci kepadanya. Tetapi kegagahan sedemikian itu tidak dapat bertahan lama jika kerjasama antara raja-rakyat tidak erat dan kukuh. Seri Mas Ayu dan juga melakukan kezaliman serta kekejaman sewenang-wenangnya.54) menandakan Melaka akan menjadi Negara besar. Sultan Mahmud pula dipengaruhi dengan kejahatan nafsu seks. kombinasi daripada dua fenomena ini mewujudkan raja dan negeri Melaka yang gagah. Pelbagai tindakan Sultan dan pembesar yang memerintah yang terlalu yakin dengan kekayaan dan kekuasaan yang ada telah mengarahkan mereka kepada penyalahgunaan kuasa. Barangkali. semuanya sudah dipakai belaka. 1977. kesenangan dan kekuasaan yang dimiliki kadangkadang disalahertikan. seorang raja besar dunia Islam. gambaran kemewahan. cermin besar setinggi sedia. Pada zaman itu. Raja-raja Melaka berasal daripada raja Iskandar Zulkarnain. Bendahara Paduka Raja telah berwasiat jika berfikiran demikian. Jadi. berkain. Sebab itu dia tidak dapat meletakkan nilai martabat dirinya pada kedudukan yang wajar. keluar waktu malam ke rumah pelacur. Hal ini jelas apabila Tun Biajid bertembung dengan dengan Sultan Mahmud. Melaka. hal. Hal ini telah diperingatkan oleh Raja Dibaruh yang mengikut adat Melayu. Baginda hanya menghormati sejumlah kecil pembesar yang muda-muda sahaja dan tidak menghiraukan pembesar yang tua-tua. . (W. persoalan seperti inilah yang dikatakan oleh pengarang teks ini yang menjadi ‘mutiara (mutiara) segala cetera dan cahaya segala peri umpamaan’ (h. Akibat tidak ada kerjasama antara raja-rakyat itu.

disuruhnya robohkan. Shellabear. 143). pergi ke Morib kerana Morib pegangannya. Maka segala orang muda-muda Tun Hasan Temenggung pun pergilah dengan pertanda merentang tali. Misalnya peristiwa di bawah. segala permintaan orang-orang ini biasanya akan diperkenankan. dan seterusnya membawa tragedi Bendahara difitnah ingin menderhaka lalu dijatuhi hukuman bunuh oleh Sultan Mahmud yang memang berdendam kerana isu Tun Fatimah dikahwinkan dengan orang lain. Maka pada suatu malam Sultan Mahmud pergi ke rumah Tun Biajid. kalau ia menyorong pada Datuk Bendahara nescaya alah aku. Laksamana Khoja Hasan terlibat menerima rasuah. terdapat beberapa orang lagi yang disayangi oleh Sultan Mahmud. Tun Ali Berudu seorang. Contohnya. perdana menteri dan jawatan tertinggi iaitu bendahara ialah kerana kewibawaan menguruskan pelbagai hal berkaitan dengan kepentingan kerajaan dan negara. 1991. bertemulah dengan Tun Biajid baru datang dari Morib diiringkan segala orangnya. keluarga. hal. dan yang dikasihi baginda Tun Ali Hati seorang dan Tun Mai Ulat Bulu seorang. 192). (W. Shellabear. 1977. Maka segala saudagar itu menyorong ada yang seratus.G. baiklah aku pada malam ini pergi pada Bendahara. Maka diambilnya oleh segala orang muda-muda Tun Hasan Temenggong. diperbahaginya ramai-ramai dengan segala oertanda. Telah hari malam. maka Nina Sura Dewana pun fikir pada hatinya. . Selain daripada itu. misalnya. G. hal. Tun Muhammad Unta seorang.Sekali peristiwa Sultan Mahmud Syah bermain dengan isteri Tun Biajid. ada yang dua ratus. Maka Raja Mendeliar dan Nina Sura Dewana pun bermohon pada Bendahara Seri Maharaja lalu kembali ke rumahnya. 192). Shellabear. Maka Tun Biajid pun tahulah Sultan Mahmud bermain dengan isterinya itu. dan segalaorang-orang muda tiga belas orang. segala hamba raja dua puluhtiga. itulah makanannya. ‘Adapun bahwa Raja Mendeliar itu orang kaya. Tun Ali Kesar seorang. Baginda juga melayani pembesar dengan tidak sama rata. Hal ini berlaku rentetan dari pertelingkahan antara Raja Mendeliar dan Nina Sura Dewana. maka baginda pun hendak kembali. Telah hampir dinihari. mewah maju dan seumpamanya menyebabkan manusia mula lalai dan hilang pertimbangan modal insan. dan perbuatan inilah yang menjadikan teladan klasik pembunuhan dalam Sejarah Melayu. hanya rapat dengan yang muda-muda sahaja . Hubungannya dengan pembesar tua renggang. Tatkala itu Tun Biajid tiada di rumah. pedagang di negeri Melaka. Bendahara Seri Maharaja. hal. Shellabear. 1977. Pendek kata Sultan Mahmud terpengaruh dengan nafsu seks hingga hilang maruah dirinya sebagai Sultan. hal. ada yang tigapuluh. Rasuah dan pelbagai kelemahan pengurusan pemerintahan berlaku juga. itulah teman baginda bermain gurau jenaka. Maka oleh segala orang muda-muda. (W.’ (W. G. Pada zaman itu juga. Fenomena ini mula kelihatan sejak awal pemerintahan Sultan Mahmud. perasaan pilih kasih dan kepentingan sahabat handai telah mengatasi kebolehan dan kemampuan semasa perlantikan pembesar negara atau pegawai kerajaan. empatpuluh kepada seorang. G. 1977. anak Laksamana Hang Tuah. pada tengah rumah saudagar kaya-kaya itu direntanginya tali. Tun Muhammad Rahang seorang. iaitu Tun Perak dinaikkan ke jawatan penghulu. Suasana aman damai. Pemilihan kerana kebolehan ataupun kewibawaan seseorang tidak dilihat sebagai penting sepertimana zaman pemerintah terdahulu. Jikalau demikian. 201). pengikut dan sebagainya. Adapun akan Sultan Mahmud tiada kasih akan segala hulubalang dan orang-orang besar. Pembesar pula menggunakan kedudukan untuk kepentingan peribadi. (W. Keputusan biasanya berlandaskan kepentingan individu ataupun puak semata-mata. Golongan inilah biasanya yang boleh mempengaruhi beberapa keputusan penting dalam beberapa urusan negara.

Keruntuhan moral raja dan pembesar–pembesar Melaka ini memuncak apabila Sultan Mahmud membunuh Bendahara Seri Maharaja “Tun Habib Abdul Majid ". 1977. 205). Petikannya seperti. 1977. tiada terkemudian seketika. Maka oleh Sultan Mahmud diambil baginda sirih daripada puan baginda. tiga waktu akan musnah sebuah kerajaan. . Maka segala kelakuan itu kedengaran ke bawah Sultan mahmud. 1977. mewakili golongan rakyat terburai.Maka Sultan Mahmud pun diam menengar kata hamba raja itu.Melaka berada dalam keadaan yang amat lemah. Maka baginda menoleh belakang. bapa pula membunuh anak kerana percanggahan kuasa dan kepentingan. sebab tiada kasih akan segala pegawai dan segala orang besar-besar.Sultan Mahmud sangat menyesal kerana membunuh Bendahara Seri Maharaja yang tidak bersalah. ketiga Hang Isa Pantas. membunuh Seri Nara Diraja. . 1977. Melaka pula diperintah oleh Sultan Ahmad dan Bendahara Tepuk yang hanya gagah makan nasi. hal. Dengan kematian Bendahara tersebut. iaitu Bendahara Paduka. yakni ertinya. 144) Tragedi demi tragedi yang berlaku jelas melemahkan kerajaan Melayu Melaka. kedua Tun Umar. Maka pada suatu malam. …. Shellabear. Oleh kerana hasad dengki. maka Sultan Mahmud pergi ke rumah seorang perempuan. semuanya baik. 145). si anak tidak lagi mentaati bapanya. kononnya Bendahara hendak menderhaka dan tidak mahu sembahkan Tun Fatimah yang cantik kepada Sultan. hal. dilihat oleh baginda Tun Isap. dan tiada terdahulu seketika jua pun. … . melainkan orang muda-muda dan hamba raja tersebut itu juga dikasihi baginda. Sultan Mahmud telah mengarahkan Tun Isap supaya membunuh Tun Ali Sandang ( anak kepada Seri Nara Diraja). keempat Hang Husin Jong. Shellabear. Seterusnya . (W. Laksamana Khoja Hassan dan Raja Mendeliar. lagi murah. dan jalinan hubungan baik dengan golongan pemerintah (istana) khasnya raja dan para pembesar istana. kerana zaman itu orang yang dikasihi raja. Lihat petikan berikut.Tun Hasan Temenggung dan Tun Ali Suami Tun Fatimah kerana mendengar fitnah oleh Kitul. kerana didapati berdua-duaan di rumah Tun Dewi . terjadi tragedi “penderhakaan pertama” dalam pensejarahan Melayu. Modal insan yang pincang. mewakili golongan pemerintah dengan Demang Lebar Daun. Hang Tuah difinah tiga kali angkara perasaan hasad dengki melihat kehebatan demi kehebatan yang dicapai mengikut prosedur yang normal. pertama-tama Seri Dewa Raja. apabila ajal seseorang mereka itu. Ini jelas apabila Sultan Mahmud Syah mengarahkan agar anakandanya Sultan Ahmad dibunuh.padahal ketika itu Sultan ada niat jahat dengan Tun Dewi. hal. Adapun Sultan Ahmad itu. Maka didapatinya baginda Tun Ali Sandang ada di sana. Tun Dewi namanya. Kematiannya disebut "Marhum Padang Saujana. Maka tiada berkenan baginda akan pekerti ananda itu. maka Sultan Mahmud pun berbalik. dianugerahkan pada Tun Isap. minda disaluti dengan fitnah merosakkan dan menumbangkan kerajaan Melayu Melaka. tetapi suatu celanya. Maka Tun Isap fikir pada hatinya. Sejak mengalami kekalahan. negeri Melaka tidak mempunyai pembesar yang bijaksana yang dapat menjalankan pentadbiran negeri dengan baik dan cekap. Shellabear. G. Pengganti Tun Mutahir lemah. Tragedi ini juga memperjelaskan bahawa perjanjian (waadat) kesetiaan dan ketaatan yang diikat kukuh antara Sang Sapurba. Rentetan dari fitnah terhadap Hang Tuah. Ketiga-tiga fitnah yang ditaburkan terhadap Hang Tuah dikaitkan dengan perbuatan bermukah dengan perempuan.Ia turun takhta dan melarikan diri di Ulu Melaka. disebut Hang Jebat) menyerlahkan hakikat bahawa unsur ini tidak mengenal batas nilai dan status diri seseorang insan itu. Dalam suasana Melaka yang daif itu dengan mudah sahaja Feringgi dapat mengalahkanya. G. 20). hal. entah Yang Dipertuan menyuruh membunuh Tun Ali gerangan?’ (W. Umurnya tua dan tak hiraukan masalah petani mahupun peniaga yang datang. Maka disuruh baginda …. … (W. Maka Sultan Ahmad pun mangkatlah. Tragedi Hang Tuah difitnah dan Hang Kasturi (dalam Hikayat Hang Tuah. kerana sangat kasih baginda akan Seri Dewa Raja. ‘Apa gerangan ertinya Yang Dipertuan memberi sirih dari puan ini? Pada bicara aku. G. (Lihat intisari waadat.Melaka kehilangan kusasa kesultanannya buat selama-lamanya.

Walau bagaimanapun . Terdapat beberapa lagi perkara lain yang membangkitkan kemarahan Sultan Ahmad terhadap anaknya Tun Beraim Bapa. Kejatuhan dan keruntuhan Pasai juga berpunca dari sikap buruk dan nila moral yang rendah oleh pembesar dan Sultan ketika itu. Sultan Ahmad Perumudal Perumal mempunyai nafsu terlampau kerana berahi akan anak daranya sendiri iaitu Tun Takiah Dara dan Tun Medan Peria. Namun Tun Beraim Bapa yang tidak mahu derhaka . Sultan Ahmad Perumudal Perumal tersedar dari tidur dan mengatur strategi agar Tun Beraim Bapa dibunuh. Bagi mengelakkan kejadian buruk berlaku. Sementara Sayid Semayamuddin dibunuh.Tetapi Sultan Ahmad cemburu mendengar hal itu lalu membunuh Tun Abdul Jalil. Sultan Malikul Mahmud sanggup melakukan kekejaman terhadap adiknya sendiri yang hanya mengambil seorang gundik. Tuan Puteri Gemerencang berasa sedih dan memohon pada allah agar karamkan ghurabnya di Jambu air supaya dia dapat bertemu dengan Tun Abdul Jalil. Kematian Tun Beraim Bapa akibat dari perbuatan jahat Sultan Ahmad telah menyebabkan Pasai kalah. Tun Beraim Bapa membawa dua adik perempuannya itu ke Tukas untuk tinggal bersamanya. telah makan cucur peniaram yang beracun itu lalu jatuh sakit dan akhirnya mati . Baginda tidak menyiasat dengan sebaiknya dan terus memarahi Perdana Menteri Sayid Semayamuddin kerana menyangka tidak menahan perbuatan sumbang adindanya itu. Contohnya Sultan Malikul Mansur yang tidak mempunyai kesabaran dan juga tidak mengikut nasihat menterinya Sayid Semayamuddin. Sultan Ahmad menyuruh Tun Beraim Bapa membuang batang yang melekat pada perahu Sultan Ahmad dan menyuruh Tun Beraim Bapa makan cucur peniaram beracun . ia berjaya melepaskan diri. bak kata sesal dahulu pendapatan. Sultan Malikul Mansur datang ke Pasai dan mengambil seorang perempuan dari istana Pasai. Demikianlah dahsyatnya malapetaka yang diakibatkan oleh kekayaan dan nafsu seks yang tidak terkawal. Namun.Ratu Majapahit mengerah pendekar-pendekar menyerang Pasai. namun. Terdapat lagi Kejadian lain yang menonjolkan kezaliman Sultan Ahmad. Sultan Maikul Mahmud juga bertindak terburuburu. kepalanya dibuang ke laut. Baginda semakin hiba dan jatuh sakit. .Baginda mengadakan majlis berkhatan anaknya Sultan Ahmad Perumudal Perumal dan menjemput Sultan Malikul Mansur dan Perdana Menteri Samudera Sayid Semayamuddin.kerana kesaktian dan kegagahan Tun Beraim Bapa. Tun Beraim Bapa telah bergurau sakan dengan Tun Fatimah Lempau semasa berada di istana ayahnya di Pasai hingga istana Pasai bergoncang . Baginda berwasiat agar puteranya Sultan Ahmad Perumudal Perumal menjadi raja Pasai. Sultan ahmad Perumudal Perumal lari ke Menduga. Walau bagaimanapun. wasiat itu ditinggalkan. Perihal Sultan Ahmad membunuh anaknya Tun Abdul Jalil diibaratkan sebagi “badak makan anak”. Perkara tersebut ialah gendang perang dari Tukas mengganggu tidur Sultan Ahmad di Pasai. Ini menyebabkan Sultan Ahmad semakin marah dan mahu merealisasikan nafsu serakahnya. Antara strateginya ialah menyuruh Tun Beraim Bapa menyelam di Sungai Pasai dan menyuruh hulubalang menetak sekiranya timbul. sesal kemudian tak berguna. oleh kerana tidak sabar dan amat mengikut nafu. mewujudkan dendam yang tidak berkesudahan. Tuan Puteri Gemerencang menyukai Tun Abdul Jalil . Sultan Malikul Mansur ditangkap dan dibuang ke negeri Temiang.Akibat daripada pertembungan dua anasir keji ini yakni kekayaan dan nafsu yang tidak terkawal. akhirnya baginda berasa amat sesal. Oleh kerana perasaan tidak puas hati dan marah. Semasa Sultan Malikul Mahmud sedang berburu. Baginda telah meninggal dunia di atas makam Sayid Semayamuddin. Sultan Ahmad Perumal Perumal pada mulanya mengikut wasiat bapanya. Doanya dimakmulkan Allah. badannya disula di Kuala Pasai.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful