MARNI SUNWANTI BT YUSOF/KPLI-J-QAF

JAWI : PEMULIHAN & PENGAYAAN

PENDIDIK AN ILMU

TUGASAN TAKSIRAN

Sebagai seorang guru yang prihatin anda dikehendaki mengenalpasti masalah membaca dan menulis yang dihadapi murid dalam pembelajaran jawi dalam kelas anda dan.menghuraikan langkah-langkah untuk melaksanakan aktiviti pemulihan dan pengayaan untuk meningkatkan pembelajaran mereka.

Menulis satu esei pendek (2500-3000 patah perkataan) untuk menghuraikan masalah membaca dan menulis dalam pembelajaran jawi dan langkahlangkah pemulihan dan pengayaan.

MARNI SUNWANTI BT YUSOF/KPLI-J-QAF

JAWI : PEMULIHAN & PENGAYAAN

PENDIDIK AN ILMU

PENDAHULUAN

Sepanjang saya melaksanakan peranan sebagai guru j-Qaf di sek.keb. Jalan Paya Besar,Lunas; program Pemulihan Jawi adalah menjadi tanggungjawab kepada guru j-QAF untuk dilaksanakan seperti mana yang telah direncanakan di dalam buku panduan ’Perlaksanaan Model-Model pengajaran dan Pembelajaran dan Ko-kurikulum’. Dalam seminggu hanya 2 waktu atau satu jam diperuntukkan untuk kelas pemulihan jawi.

Sepanjang tempoh satu jam, murid j-Qaf telah dipisahkan daripada murid yang lain untuk belajar dengan menggunakan silibus j-Qaf. Semasa aktiviti j-Qaf berlangsung, murid-murid memberikan tindak balas yang positif dengan memberikan kerjasama sepanjang aktiviti dilangsungkan.

Kumpulan yang terpilih akan diberikan tumpuan dan mereka adalah dalam kelompok kecil yang benar-benar bermasalah dan perlu kepada kelas pemulihan jawi!

ISU

Dalam pelajaran Jawi, menguasai setiap kemahiran mengenal huruf jawi amatlah perlu dilalui oleh setiap murid apatah lagi kepada murid-murid yang lemah, terutama dalam mengenal huruf jawi tunggal. Melalui pemerhatian yang

MARNI SUNWANTI BT YUSOF/KPLI-J-QAF

saya jalankan ke atas murid-murid kelas pemulihan jawi ini, didapati mereka mengalami masalah dalam banyak perkara.
PENDIDIK AN

Antara masalah-masalahnya mereka seringkali sukar mengingat kembali apa yang telah diajar, terutama mereka keliru dengan bunyi dan bentuk-bentuk huruf jawi tunggal. Sehubungan dengan itu teknik dan metodologi yang berkesan perlu diajar supaya murid-murid ini dapat menguasai setiap kemahiran jawi yang menjadi sebahagian daripada mata pelajaran pendidikan islam.

JAWI : PEMULIHAN & PENGAYAAN

ILMU

MASALAH

Secara umumnya, murid-murid yang sentiasa menghadapi masalah pembelajaran adalah terdiri daripada murid-murid yang mempunyai I.Q yang rendah. Konsep pendidikan pemulihan di dalam KBSR dan KBSM tertumpu kepada kemahiran membaca, menulis dan mengira. Justeru itu, sebelum melaksanakan aktiviti pemulihan, seseorang guru itu harus mengenal pasti apakah masalah penguasaan kemahiran membaca, menulis dan mengira yang seringkali dihadapi oleh murid-murid. (Mok Soon Sang, 2003)

Di sini fokus utama dalam masalah penguasaan membaca jawi bagi mata pelajaran pendidikan Islam. Contoh-contoh masalah penguasaan kemahiran membaca ialah :

1. Masalah mengenal huruf tunggal yang diimlakkan. • Murid-murid sering kali keliru dengan huruf yang hampir sama, Contoh:

‫ض‬

‫ص‬

‫خ‬

‫ح‬

‫ش‬

‫س‬

MARNI SUNWANTI BT YUSOF/KPLI-J-QAF

2. Masalah membaca suku kata terbuka daripada huruf-huruf.
PENDIDIK AN

Sukar menyebut suku kata terbuka yang diimlakkan Contoh:

‫شي‬ ‫ضي‬

‫بي‬

‫كا‬

‫دو‬

‫سو‬

JAWI : PEMULIHAN & PENGAYAAN

ILMU

‫ضو‬

3. Masalah membaca suku kata tertutup yang diakhiri dengan huruf. • Sukar membaca suku kata tertutup yang diakhiri dengan huruf Contoh:

‫فففق‬ ‫كوغ‬ ‫يق‬ ‫قه‬

‫دق‬

‫بففغ‬

‫تففوغ‬

‫بيففغ‬

4. Masalah membaca perkataan-perkataan mudah dari suku kata terbuka dan tertutup.

Sukar menyebut perkataan-perkataan dari suku kata terbuka dan tertutup. Contoh:

‫مففالم‬ ‫مينوم‬

‫لوبففق‬ ‫ماكن‬

‫سففمقه‬

‫كففاجه‬

‫توكغ‬

‫فافن‬

5. Masalah menyebut perkataan dengan betul dan lancar.

Murid seringkali sukar membunyikan huruf-huruf yang diimlakkan dengan tepat dan lancar

atau semakin lama semakin membesar. اعوذ‬Murid menulis huruf ‫ ذ‬terlebih dahulu kemudian diikuti dengan huruf ‫و ع‬dan ‫. atau dari kiri ke kanan. . • Tidak boleh membezakan bentuk huruf jawi ketika menulis huruf tunggal yang serupa. atau terlalu condong ke bawah atau terlalu condong ke atas.Contoh: ‫ اعوذ‬ditulis ‫اعو ذ‬ • Tulisan tanpa ketetapan bentuk dan condong huruf seperti tulisan semakin lama semakin mengecil. JAWI : PEMULIHAN & PENGAYAAN • Tulisan yang menaik dan menurun dan tidak selari dengan garisan yang ditentukan.MARNI SUNWANTI BT YUSOF/KPLI-J-QAF Contoh: ‫كودا‬ ‫بيرو‬ ‫مولوت‬ ‫سيفوت‬ ‫كوجيغ‬ ‫مات‬ PENDIDIK AN ILMU ‫ثلجي‬ Beberapa masalah yang wujud berkaitan kemahiran menulis jawi di kalangan murid-murid pemulihan jawi ialah seperti berikut: • Tulisan yang terlalu buruk sehingga sukar untuk dibaca atau tidak boleh dibaca langsung.ا‬ • Tulisan tanpa ketentuan dan ketetapan jarak huruf atau perkataan seperti menulis satu huruf dalam perkataan lebih jauh daripada huruf-huruf yang lain.Contoh: ‫. • Mengubah bentuk huruf dengan menambahkan garis-garis tertentu pada huruf.Contoh: ‫ ذ‬ditambah ekor dihujung huruf tersebut menjadi ‫ذ‬ • Menulis dengan cara terbalik iaitu memulai dengan huruf terakhir ke huruf terawal.

di tengah dan di akhir perkataan. Ahmad Mohd Salleh (2008) menekankan bahawa aktiviti pemulihan adalah tindakan khusus yang dijalankan untuk membantu murid yang menghadapi masalah pembelajaran tertentu. aktiviti pemulihan membantu murid mengubah sikap daripada negatif kepada positif serta sikap yakin diri dan minat terhadap pelajaran. • Murid-murid juga sukar mengingat huruf-huruf jawi yang terlalu banyak. • Murid tidak dapat membezakan matapelajaran jawi dan iqra’. Selain itu. 2008). JAWI : PEMULIHAN & PENGAYAAN PENDIDIK AN ILMU • Sukar menulis bentuk huruf jawi bercantum dan keliru ketika menyambungnya sama ada di awal. Kelemahan murid yang telah dikenalpasti perlu diatasi melalui pemulihan dan kekuatannya perlu ditingkatkan melalui aktiviti pengayaan (Ahmad Mohd Salleh.MARNI SUNWANTI BT YUSOF/KPLI-J-QAF • Sukar menulis bentuk huruf jawi tunggal kerana keliru dengan cara penulisan jawi dari kanan ke kiri. Murid-murid keliru dengan bentuk huruf yang sama dan bunyi yang hampir serupa. Manakala aktiviti pengayaan boleh dilaksanakan dari masa ke semasa melalui aktiviti pelbagai atau tugasan tambahan yang diberikan kepada murid untuk diselesaikan secara individu atau kelompok bagi membantu meningkatkan . PEMULIHAN DAN PENGAYAAN Bagi memastikan pencapaian murid terus meningkatkan prestasi maka perlu diadakan program pemulihan dan pengayaan.

meluaskan pengetahuan dan pengalaman. iaitu dalam lingkungan tempoh 45 minit .Apabila cukup waktunya. 2008) BAGAIMANA MENGESAN MURID PERLU PEMULIHAN JAWI Menurut Mok Soon Sang (2003). kanak-kanak pemulihan meninggalkan kelas Jawi dalam kumpulan yang tidak melebihi 10 murid untuk mendapatkan perkhidmatan khas pemulihan dalam sebuah bilik yang disediakan khas (Lampiran A). Ia dilaksanakan dengan satu penyusunan jadual mengajar dengan mengikut jadual mengajar sedia ada. PEMULIHAN JAWI Dalam hal pemulihan jawi.Iaitu. . strategi pengesanan masalah pembelajaran murid haruslah menitikberatkan perkara-perkara berikut yang mana sama caranya mengesan murid bermasalah dalam jawi.MARNI SUNWANTI BT YUSOF/KPLI-J-QAF kemahiran.Melalui aktiviti pengayaan murid akan dapat mengembangkan minat. PENDIDIK AN JAWI : PEMULIHAN & PENGAYAAN ILMU Untuk mendapatkan maklumat mengenai apa itu pemulihan dan pengayaan serta mengetahui terperinci jenis-jenis aktivitinya. maka dijelaskan seperti. daya kreatif.( Ahmad Mohd Salleh. sikap berdikari dan bakat kepimpinan mereka. sifat ingin tahu. Seorang guru pemulihan khas di tugaskan mengelola dan mengurus kelas bimbingan khas pemulihan ini . murid-murid pemulihan tadi akan pulang ke kelas biasa masing-masing.

perkataan atau ayat. • Bentuk huruf tidak ditulis tepat. • Membaca dengan bunyi terlalu perlahan. PENDIDIK AN JAWI : PEMULIHAN & PENGAYAAN ILMU • • • Tidak boleh langsung membaca satu-satu huruf. Tidak boleh membaca ayat dengan lancar. • Manakala murid-murid yang mempunyai masalah pembelajaran dalam kemahiran menulis boleh diperhatikan dengan cara memegang alatulis. Menggunakan membaca. guru boleh mengesan masalah pembelajaran yang dihadapi oleh murid-murid. kemudian kanan ke kiri semasa membaca. Membaca sesuatu perenggan terlalu lama. Menutup muka dengan buku semasa membaca. Murid-murid yang mempunyai masalah pembelajaran dalam kemahiran membaca akan menunjukkan tanda-tanda berikut. . Mengenal pasti masalah pembelajaran murid dalam penguasaan kemahiran membaca dan menulis dengan menggunakan cara-cara berikut: A) PEMERHATIAN Melalui pemerhatian. Menggerakkan bibir semasa membaca apabila membaca berkumpulan.MARNI SUNWANTI BT YUSOF/KPLI-J-QAF 1. Tidak boleh menyebut bunyi huruf atau perkataan dengan tepat. kelemahan-kelemahan penguasaan kemahiran menulis adalah seperti berikut. jari untuk menunjukkan setiap perkataan semasa • • • • Menggerakkan kepala dari kiri ke kanan. Secara am. gaya anggota semasa menulis dan bentuk tulisan.

• • JAWI : PEMULIHAN & PENGAYAAN ILMU B) PENTAFSIRAN REKOD PRESTASI Rekod prestasi merupakan satu bentuk senarai semak yang digunakan untuk mengesan murid dalam sesuatu unit pembelajaran. guru juga boleh mengesan masalah pembelajaran murid melalui pemeriksaan dan keputusan ujian murid atau latihan harian bertulis. kecil atau condong. Jarak di antara perkataan-perkataan dalam ayat terlalu jauh. Perkataan-perkataan dalam ayat terlalu rapat. sederhana dan belum menguasai.MARNI SUNWANTI BT YUSOF/KPLI-J-QAF • • PENDIDIK AN Huruf-huruf dalam perkataan ditulis tinggi rendah atau terlalu jauh. Penilaian dibuat berdasarkan tahap penguasaan iaitu menguasai cemerlang. D) KUIZ ATAU SOAL JAWAB . Hasilnya akan memberi gambaran yang jelas tentang kelemahan penguasaan kemahiran menulis seseorang murid. Melalui rekod tersebut. C) UJIAN KERTAS DAN PENSIL/ LATIHAN HARIAN Selain pemerhatian dan pentafsiran rekod prestasi. Ejaan perkataan seringkali salah. Borang rekod prestasi ini mengandungi kemahiran-kemahiran dan catatan atau tindakan yang disusun di bahagian atas dan senarai nama murid-murid yang disusun dari atas ke bawah di sebelah kiri seperti dalam jadual 1(Lampiran B). mana-mana murid bermasalah akan dipantau sama ada boleh menguasai setiap satu kemahiran berdasarkan sukatan yang disediakan untuk program j-QAF.

Mengesan punca masalah dengan menggunakan ujian diagnostik. Penganalisian masalah.Dengan cara ini guru dapat membetulkan kesilapan murid dan memberi aktiviti pengukuhan bagi kemahiran pembacaan di kalangan murid. Senaraikan semua masalah pembelajaran yang dikenal pasti. bidang kelemahan penguasaan kemahiran membaca dapat dikesan dengan serta merta. Melalui aktiviti soal jawab yang merupakan penilaian formatif di dalam kelas. PENDIDIK AN JAWI : PEMULIHAN & PENGAYAAN ILMU 2.MARNI SUNWANTI BT YUSOF/KPLI-J-QAF Soal jawab atau kuiz merupakan cara yang paling cepat untuk mengesan masalah pembelajaran yang dihadapi oleh seseorang murid. PROSEDUR DALAM PENGELOLAAN SESI PEMULIHAN JAWI Pengenalpastia n murid. 3. Perancangan dan Penyediaan Bahan. Di dalam proses pengelolaan sesi pemulihan guru perlu mengenalpasti murid yang menghadapi masalah pembelajaran dengan memerhatikan murid- . Pengajaran dan Pembelajaran Ujian dan Penilaian Rajah A Tindakan Susulan Mok Soon Sang (2003) menyatakan bahawa peranan guru dalam merealisasikan aktiviti pemulihan dimulakan dengan langkah-langkah seperti yang tertera pada rajah A.

STRATEGI PENGAJARAN – PEMBELAJARAN PEMULIHAN . PENDIDIK AN Menganalisis masalah-masalah pembelajaran melalui ujian diagnostik. Pelaksanaan pengajaran pemulihan seperti yang dirancang dengan memberi tumpuan kepada pengajaran satu kemahiran yang tertentu. Selalunya ujian diagnostik bertulis sama ada secara objektif dan subjektif (Lampiran C). berkomunikasi dengan murid selepas pengajaran guru dan melihat hasil kerja rumah mereka. Penilaian hedaklah menguji kemahiran mengenal . penyampaian daripada konkrit kepada abstrak atau mudah kepada susah mengikut kebolehan dan bahan bantu mengajar digunakan secara berkesan. Guru melakukan penilaian setiap kali kelas dijalankan. JAWI : PEMULIHAN & PENGAYAAN ILMU Seterusnya rancangan program pemulihan dibuat antaranya aktiviti pengajaran dan pembelajaran harus ditumpukan kepada bidang kelemahan murid. guru boleh merancang tindakan susulan yang seterusnya melalui aktiviti pemulihan yang lebih berkesan. Berdasarkan hasil penilaian dan analisis yang dibuat. Hasil penilaian hendaklah direkodkan dalam borang penilaian kelas pemulihan Jawi (Lampiran D).MARNI SUNWANTI BT YUSOF/KPLI-J-QAF murid belajar dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. membaca dan menulis huruf-huruf dan suku kata yang dipelajari.

. Guru juga perlu . e) Strategi untuk murid-murid yang mempunyai masalah keupayaan visual yang kurang. PENDIDIK AN a) Strategi pengajaran-pembelajaran pemulihan secara berkumpulan. c) Strategi bimbingan rakan sebaya Murid yang dapat menguasai kemahiran boleh membantu murid yang lemah. Guru boleh memantau atau membetulkan murid-murid secara bergilir-gilir. Bahan-bahan pemulihan mesti menarik dan berwarna-warni supaya dapat menarik perhatian murid-murid. Aktiviti dijalankan apabila terdapat sekumpulan kecil murid yang menghadapi masalah pembelajaran yang berlainan. JAWI : PEMULIHAN & PENGAYAAN ILMU b) Strategi pengajaran-pembelajaran secara individu. Guru mesti memastikan yang bahan-bahan permainan/alatan mengajar adalah cukup besar supaya murid-murid boleh memegang atau memanipulasinya dengan mudah. Aktiviti dijalankan apabila terdapat sekumpulan murid yang menghadapi masalah pembelajaran yang sama. d) Strategi untuk murid-murid yang mempunyai kecergasan fizikal yang lemah. Murid-murid yang dapat menguasai kemahiran yang diajar akan diberikan aktiviti pengayaan semasa guru mengelolakan aktiviti pemulihan.MARNI SUNWANTI BT YUSOF/KPLI-J-QAF Mok Soon Sang (2003) menambah yang aktiviti pemulihan mempunyai strategi-strategi berikut.

bagi memastikan keberkesanan kelas pemulihan Jawi dan kesesuaiannya dengan kemampuan murid. Antara kaedahnya adalah: A) KAEDAH PERMAINAN Diambil daripada kata Musa Daia (1992). Apatah lagi permainan adalah sesuai dengan naluri kanakkanak. PENDIDIK AN JAWI : PEMULIHAN & PENGAYAAN ILMU f) Strategi untuk murid-murid yang mempunyai keupayaan mendengar yang lemah. guru dicadangkan banyak menggunakan kaedah yang sesuai dan memenuhi keperluan murid-murid. terang dan jelas serta pastikan apa yang hendak disampaikan itu dapat di terima oleh murid-murid. Ahmad Mohd Salleh mengatakan permainan merupakan satu cara melatih murid sebagai manusia dan ia satu teknik yang baik untuk menjadikan pengajaran di sekolah lebih menarik dan praktis.MARNI SUNWANTI BT YUSOF/KPLI-J-QAF menggunakan tulisan yang bersaiz besar supaya murid dapat membaca arahan–arahan yang disediakan oleh guru dengan mudah. Faedah bermain bukan sahaja murid akan berasa seronok tetapi mereka juga dapat membina perbendaharaan kata. Sekiranya konsep main ini dicantumkan dengan belajar. bertolak ansur serta berupaya menerima kekalahan. bekerjasama. KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Menurut Ahmad Mohd Salleh (2008). Guru mesti memberi penerangan dengan suara yang kuat. maka istilah disebut main sambil belajar. .

Antara jenis nyanyian yang dicadangkan ialah (Lampiran E). a) Permainan Bagi Huruf Tunggal: • • • • • • Boling Tenteng Main kad Keretapi Main layang . Irama lagu dapat menarik minat murid-murid untuk ikut sama dengan aktiviti dan menjadi mudah mengingati sesuatu kemahiran.layang Ahli Astronomi PENDIDIK AN JAWI : PEMULIHAN & PENGAYAAN ILMU b) Permainan Bagi Kemahiran Suku Kata : • • • • • • Sahiba Pancing ikan Harta karun Rumah merpati Tanda arah Cabutan misteri B) KAEDAH NYANYIAN Salah satu cara gabung jalin seni dalam pendidikan ialah melalui lagu atau nyanyian.MARNI SUNWANTI BT YUSOF/KPLI-J-QAF Antara bentuk-bentuk permainan yang dicadangkan dalam model kelas pemulihan jawi adalah. • • Eja dan baca Rasa Sayang Jawi .

E) KAEDAH LATIH TUBI . Ini bertujuan supaya segala yang dapat dilihat dan didengar boleh memberi kefahaman yang jelas kepada pelajar.murid diberikan satu-satu . Dalam Islam kaedah latih tubi mempunyai sejarah yang panjang. Cara ini adalah berdasarkan pengajaran cara deduktif di mana murid. Alat audio visual seharusnya digunakan untuk mempamirkan imej huruf jawi dan menbunyikan sebutan yang betul.MARNI SUNWANTI BT YUSOF/KPLI-J-QAF • • • • PENDIDIK AN Vokal dan suku kata Irama lagu tanya sama hati Irama lagu aci-aci buka pintu Irama lagu wau bulan JAWI : PEMULIHAN & PENGAYAAN ILMU C) KAEDAH PANDANG DENGAR ( AUDIO VISUAL) Penggunaan sebarang jenis audio visual seharusnya menjelaskan maksud yang hendak disampaikan. Malaikat Jibril sendiri telah menggunakan kaedah ini sewaktu mengajar Rasul Allah membaca ayat yang pertama turun ( ‫ . ) ' اقراء‬Baginda diajar membaca berulang kali. Latih tubi adalah satu cara penyampaian pengajaran yang mengulangulang fakta atau perlakuan untuk mendapatkan kemahiran. Dan lebih penting suara dan objek dan apa sahaja adalah berkaitan dengan tajuk atau masalah yang dipelajari. Cara ini dapat menarik minat kerana mereka turut serta mencuba sesuatu langkah pengajaran bersama-sama. membaca berulang kali merupakan prinsip utama dalam latih tubi. D) KAEDAH DEMONSTRASI DAN TUNJUK AJAR Kaedah ini menuntut pemerhatian murid terhadap perlakuan guru dan kemudian murid akan mengikuti gerak laku guru.

Diambil dari kata Salihan Sias (1993) pula.MARNI SUNWANTI BT YUSOF/KPLI-J-QAF rumusan. Persoalan akan diajukan . PENDIDIK AN JAWI : PEMULIHAN & PENGAYAAN ILMU F) KAEDAH SOAL JAWAB Tujuan kaedah ini adalah untuk meransang pemikiran. Ahmad Mohd Salleh (2008) menerangkan bahawa Rashidi Azizan dan Abd. kaedah menyoal dapat membangkitkan kecerdasan dan menggalakkan berfikir. Guru terlebih dahulu menerangkan pembelajaran kepada pelajar. G) IMLAK Kaedah imlak berlaku selepas kertas dan tulisan dihasilkan. Ia sebagai interaksi pengajaran-pembelajaran antara guru dengan murid. H) KAEDAH PENERANGAN DAN PEMAHAMAN. iaitu selepas kaedah hafalan diutamakan . kemudian guru mengadakan mengadakan sesi soal jawab di dalam kelas Ini adalah untuk mengetahui sejauh manakah kefahaman para pelajar. Kaedah ini memerlukan murid-murid menulis apa yang direncanakan oleh guru yang mengatur setiap kata-kata yang diungkapkan dan murid-murid mencatat setiap kata-kata yang didengari.Razak Habib (1995) berpendapat kaedah menyoal boleh digunakan dalam bentuk bacaan dan tulisan.Kaedah ini akan membuatkan murid menumpukan perhatian dan fikiran terhadap apa yang sedang diingati.Ia juga dapat mengelakkan daripada memikirkan perkara lain. penyeluruhan atau aturan dan mereka diminta menghafalnya secara berulang-ulang untuk mengingat perkara-perkara yang diajarkan itu dan untuk digunakan pada situasi-situasi yang sesuai.

Kad Huruf Tunggal ‫ش‬ ‫د‬ ‫ي‬ ‫ف‬ ‫ج‬ 2. dipegang atau dimainkan oleh murid. ‫د‬ Dal ‫ف‬ Fa ‫ج‬ Jim ‫ل‬ Lam ‫ف‬ .MARNI SUNWANTI BT YUSOF/KPLI-J-QAF kepada pelajar secara rawak.2003). Kad Huruf Tunggal dengan Ejaan. PENDIDIK AN JAWI : PEMULIHAN & PENGAYAAN ILMU BAHAN BANTU MENGAJAR SEBAGAI BAHAN PEMULIHAN Bahan bantu mengajar mesti menarik dan jelas dilihat oleh murid. (Mok Soon Sang. Berikut adalah contohcontoh bahan pemulihan bagi pelajaran jawi: 1. kemudian pelajar yang dapat menjawab akan diletakkan dalam kumpulan berasingan daripada kumpulan yang masih belum memahami. Ini akan membantu guru untuk memberi kefahaman yang lebih kepada pelajar yang kurang faham. Bagi pelajaran konsep. guru boleh menggunakan benda-benda maujud yang boleh disentuh. Sebagai contoh penggunaan warna bagi membezakan suku kata.

Kad Gambar ‫ش‬ ‫ي‬ ‫جاكوغ‬ ‫دادا‬ ‫باجو‬ ‫جاون‬ 5.MARNI SUNWANTI BT YUSOF/KPLI-J-QAF 3. Kad Permainan ‫جم‬ ‫جاري‬ ‫"بولتكن حروف " ق‬ ‫ي‬ ‫ق ف‬ ‫ج‬ ‫ح‬ ‫ل‬ ‫ق‬ ‫ت ج‬ ‫ن غ‬ ‫س ل ق ت ل ط ق ي ف س ق‬ ‫ب ت‬ 6. Kad Suku Kata dan Perkataan JAWI : PEMULIHAN & PENGAYAAN PENDIDIK AN ILMU ‫جو‬ 4. Lembaran Kerja ‫ورناكن حروف ق‬ ‫ف‬ ‫ل‬ ‫ق‬ ‫ق‬ ‫م‬ ‫ن‬ ‫ط‬ ‫ق‬ ‫ق‬ ‫ف‬ ‫ق‬ ‫ف‬ ‫ت‬ ‫ق‬ ‫م‬ ‫ت‬ ‫ق‬ ‫ت‬ ‫ق‬ ‫ق‬ ‫ف‬ ‫ق‬ ‫ف‬ ‫ب‬ .

: Penerangan. soal jawab dan permainan. MENULIS: MAIN KAD HURUF Aplikasi yang digunakan ialah secara: 1) Penerangan 2) Soal jawab permainan Bidang Tajuk Masalah Punca Masalah Kemahiran Kaedah Penyerapan : Pemulihan Jawi : Menulis dan membaca huruf ‫ س‬dan ‫ش‬ : Murid keliru dengan bentuk dan bunyi huruf ‫ س‬dan ‫ش‬ : Murid tidak dapat membezakan bunyi huruf ‫ س‬dan ‫ش‬ : Menulis dengan betul huruf tunggal jawi.MARNI SUNWANTI BT YUSOF/KPLI-J-QAF JAWI : PEMULIHAN & PENGAYAAN PENDIDIK AN ILMU LANGKAH-LANGKAH AKTIVITI PEMULIHAN: Ahmad Mohd Salleh (2008) telah mencadangkan langkah-langkah pemulihan seperti berikut. : Bahasa melayu .

Guru menyuruh murid memberikan perkataan-perkataan yang bermula dengan huruf ‫ س‬dan ‫. Guru menyuruh murid mengenalpasti bunyi huruf dengan menunjukkan kad gambar yang mengandungi perkataan yang bermula dengan ‫ س‬dan ‫. Imbaskan kad ‫س‬ dan ‫ش‬ satu persatu dengan murid membunyikan sendiri huruf-huruf tersebut. Guru menjelaskan cara dan kaedah penulisan huruf yang betul. Guru membunyikan huruf itu dan diikuti oleh murid. 6.ش‬ . 2.ش‬ 6. 3. 5. Guru menunjukkan kad huruf ‫س‬ kepada murid-murid. Ulang langkah 1 dengan kad huruf ‫ش‬ . Ulang aktiviti ini beberapa kali.MARNI SUNWANTI BT YUSOF/KPLI-J-QAF Aktiviti: JAWI : PEMULIHAN & PENGAYAAN PENDIDIK AN ILMU 1. Guru meminta murid melakar huruf tersebut di angin dan di belakang rakan. 4.

Kemudian guru meminta murid menulis huruf jawi sebagaimana yang ada pada lembaran tersebut. Guru mengedarkan lembaran kerja. aktiviti pemulihan yang sesuai dilaksanakan ialah dengan permainan kad huruf. Cadangan Aktiviti Penulisan Secara Terperinci Aktiviti-aktiviti pemulihan melalui dua peringkat pemulihan iaitu :• • Pemulihan pratulisan (Persediaan). supaya murid-murid boleh mengenal dan paling penting menulis huruf-huruf jawi tunggal. JAWI : PEMULIHAN & PENGAYAAN PENDIDIK AN ILMU ‫س‬ ‫ش‬ ‫س‬ ‫ش‬ ‫ش‬ ‫ش‬ ‫س‬ ‫س‬ ‫ش‬ ‫ش‬ Berdasarkan aktiviti contoh 1. Cadangan aktiviti-aktiviti pemulihan pratulisan a) Melakukan latihan-latihan khusus bagi perkembangan otot-otot jari dan tangan seperti: • • • • Senaman tangan dan jari Memerah span Memasukkan air ke dalam botol Menguli tanah liat . murid-murid yang menghadapi masalah pembelajaran menulis dan membaca jawi. Pemulihan mekanis (Mendirikan asas). Di samping itu juga murid-murid akan merasa seronok untuk belajar membaca jawi. 1.MARNI SUNWANTI BT YUSOF/KPLI-J-QAF 4.

Latihan membuat bentuk asas seperti bulat. Mewarna. lengkung. panjang. c) Latihan-latihan pergerakan mata seperti:• • Mengerling ke kiri dan ke kanan. Cara memegang pensil Aktiviti mengacau adunan kuih. pendek tegak. condong dan sebagainya. Menekap huruf. segiempat dan sebagainya. Mengikut acuan (stensel plate). Mata mengikut arah yang ditunjuki oleh guru. atas ke bawah dan membentuk bulatan. atas dan bawah. Menampal kolaj. Membaling dan menangkap objek. JAWI : PEMULIHAN & PENGAYAAN ILMU b) Latihan menguasai gerak tangan yang bebas seperti: • • • • • • • • • Cara duduk yangbetul. Menulis di awan. Latihan membuat garisan-garisan seperti lurus. Mengecam bentuk huruf . bujur.MARNI SUNWANTI BT YUSOF/KPLI-J-QAF • • • • • • PENDIDIK AN Mengoyak kertas Menggunting kertas. Memasukkan manik ke dalam tali Menyusun blok dan bongkah mainan. d) Aktiviti keselarasan (koordinasi) mata dan tangan seperti:• • Menyambung garisan putus-putus lurus dan bengkok dari kanan ke kiri.

d) Melukis gambar-gambar yang mirip kepada bentuk huruf seperti:• • • Gambar tiang bendera bagi huruf ‫. b) Menulis huruf mengikut acuan-acuan huruf yang disediakan guru. f) Menyalin urutuan-urutan huruf yang bersambung menjadi sukukata terbuka dan tertutup. dan seterusnya menyalin perkataan dan ayat .ا‬ Gambar mangkuk bagi huruf ‫ ب ت ث‬dan ‫ن‬ Gambar mata kail bagi huruf ‫-ل‬Gambar itik bagi huruf ‫ي‬ e) Latih tubi menulis huruf yang dicontohkan. Campuran garisan menegak dan melintang. Melukis garis melintang dari kanan ke kiri. c) Melukis bentuk-bentuk yang mirip kepada bentuk-bentuk huruf mengikut teknik yang betul seperti:• • • • Melukis bentuk bulat mengikut arah pusingan jam. Melukis garisan menegak dari atas ke bawah. Cadangan aktiviti pemulihan mekanis (mendirikan asas) a) Menekap dan menulis mengikut huruf yang ditekap.MARNI SUNWANTI BT YUSOF/KPLI-J-QAF • • • • • • PENDIDIK AN Mewarnai huruf yang sama bentuk. Membuat urutan Melakar perjalanan arnab untuk menyelamatkan dirinya daripada dimakan ular. Stensilan Menggunting Menekap JAWI : PEMULIHAN & PENGAYAAN ILMU 2.

Kemahiran Kaedah Penyerapan : Mengenal dan mengeja suku kata terbuka. ‫م‬ : Murid keliru dengan bunyi huruf konsonan yang bersambung dengan huruf vokal. Guru menyebut dan mengeja satu suku kata terbuka berpandukan kad suku kata terbuka. : Bahasa melayu Aktiviti: 1. Punca Masalah : Murid tidak dapat mengenal huruf tunggal apabila bersambung. .MARNI SUNWANTI BT YUSOF/KPLI-J-QAF MEMBACA : MAIN PANCING IKAN PENDIDIK AN JAWI : PEMULIHAN & PENGAYAAN ILMU Aplikasi yang digunakan ialah secara: 1) Latih tubi 2) Bermain 3) Soal jawab Bidang Tajuk ‫ل‬ Masalah : Pemulihan Jawi : Mengenal dan mengeja suku kata terbuka daripada dan. 2. Carta kad . mula (ejaan jawi) dan laci (ejaan jawi).madu (ejaan jawi). laju (ejaan jawi). bermain dan soal jawab. : Latih tubi.

Guru memberi lembaran kerja. Bermain permainan “Pancing Ikan” untuk menguji kemahiran murid. a) Murid membaca dan mengeja beramai-ramai (bacaan kuat) b) Murid membaca dan mengeja secara kumpulan (bacaan kuat) c) Murid membaca dan mengeja secara individu. 5. b) Cantumkan kepala ikan dan ekor ikan bagi membentuk perkataan. Alatan yang diperlukan. Guru sekali lagi memaparkan carta kad dengan. JAWI : PEMULIHAN & PENGAYAAN PENDIDIK AN ILMU 4. 6. 7. a) Permainan dijalankan secara berkumpulan/individu. a) Objek ikat dikerat dua. b) Batang pancing c) Kad suku kata terbuka d) Lembaran kerja. Berdasarkan aktiviti pancing ikan. Latih tubi menyebut dan mengeja suku kata terbuka tersebut dengan murid mengikut bacaan sehingga tamat berulang kali. Cara permainan. 8. murid yang menghadapi masalah membaca suku kata terbuka akan lebih tertarik untuk mencuba membaca huruf- .MARNI SUNWANTI BT YUSOF/KPLI-J-QAF 3. d) Kumpulan yang mendapat markah paling tinggi diberi hadiah. c) Kumpulan yang berjaya memancing dan menyusun suku kata menjadi perkataan dengan pantas dikira pemenang. Guru bersoal jawab dengan murid tentang cara menulis suku kata terbuka.

Biasanya. Dengan menggunakan kemahiran-kemahiran yang telah dikuasai. mereka akan sama-sama berpeluang menikmati pelbagai pengalaman. Melalui program pengayaan ini. pengayaan dapat memperluas pengalaman dan pengetahuan sejajar dengan kebolehan dan minat mereka. aktiviti pengayaan atau aktiviti pengukuhan.(Mok Soon Sang. seterusnya menimbulkan minat mereka dalam aktiviti pembelajaran. murid-murid dibahagikan kepada tiga kumpulan. JAWI : PEMULIHAN & PENGAYAAN ILMU PENGAYAAN Aktiviti pengayaan adalah berlainan daripada aktiviti pembelajaran kemahiran asas.MARNI SUNWANTI BT YUSOF/KPLI-J-QAF huruf jawi yang bersambung dan seterusnya merasa seronok untuk mempelajari bacaan jawi yang lebih sukar. . PENDIDIK AN Apabila murid telah menguasai kemahiran yang ditetapkan dalam sesi pemulihan. Kumpulan cerdas dan sederhana mungkin menghadapi masalah apabila dipaksa untuk belajar dan melakukan aktiviti-aktiviti yang sama dengan kumpulan lambat sehubungan dengan itu. kumpulan sederhana dan kumpulan lambat. maka murid-murid ini akan diberikan aktiviti sokongan. 2003) Rasionalnya aktiviti pengayaan kerana setiap orang murid dalam suatu kelas adalah berbeza pada keupayaan dan perkembangan mental dan biasanya di dalam satu-satu kelas. murid-murid kumpulan lambat seharusnya melalui proses pemulihan dan diberi aktiviti pengayaan yang sesuai dengan kebolehan mereka. aktiviti pengayaan diberikan kepada murid selepas murid berjaya menguasai satu atau beberapa kemahiran tertentu. iaitu kumpulan cerdas.

MARNI SUNWANTI BT YUSOF/KPLI-J-QAF Dengan adanya program pengayaan. • Memupuk daya cipta dan semangat belajar sendiri. LANGKAH-LANGKAH UNTUK MENINGKATKAN PENCAPAIAN MURID MELALUI PENGAYAAN. Meminati dan menguasai bacaan luas dengan membuat rujukan pelbagai bahan / sumber. minat. emosi. tetapi juga mengembangkan aspek fizikal. PENDIDIK AN JAWI : PEMULIHAN & PENGAYAAN ILMU OBJEKTIF AKTIVITI PENGAYAAN Eh Ah Meng (1998) menyatakan bahawa pengayaan bertujuan untuk: • Membolehkan murid menjalani aktiviti-aktiviti pembelajaran yang lebih mencabar. Menggunakan masa lapang dengan bijaksana. kebolehan. . daya cipta dan bakat individu secara menyeluruh. • • • Memperluas lagi pengalaman dan pengetahuan mereka. adalah diharapkan setiap murid bukan sahaja dapat mengalami suasana pembelajaran yang lebih menarik dan mengembirakan.

MARNI SUNWANTI BT YUSOF/KPLI-J-QAF Menurut Mok Soon Sang (2003). Begitupun untuk memastikan konsep pengayaan mampu mencapai objektifnya maka beberapa langkah perlu dititikberatkan iaitu. Murid-murid cerdas dan sederhana memerlukan sedikit bimbingan guru. Muridmurid cerdas akan akan mengajar murid-murid yang lemah. • PENDIDIK AN JAWI : PEMULIHAN & PENGAYAAN ILMU Setelah pelajar menguasai sesuatu kemahiran atau sekumpulan kemahiran. Ini memupuk sifat kerjasama serta bakat kepimpinan dan akhir sekali penghargaan diberikan kepada hasil-hasil kerja murid CONTOH-CONTOH AKTIVITI PENGAYAAN JAWI . Guru memberikan bimbingan kepada murid-murid yang lemah. Ahmad Mohd Salleh (2008) memperjelaskan saranan Mook Soon Sang (2002) bahawa pengayaan juga boleh dikendalikan secara informal. Guru berperanan sebagai penggalak dan pendorong. • Seorang guru mestilah membuat perancangan yang rapi sebelum menjalankan aktiviti pengayaan.Pengajaran rakan sebaya digalakkan. • Setelah menguasai keseluruhan kemahiran dalam satu unit pembelajaran. • Aktiviti-aktiviti pengayaan mesti sejajar dengan keperluan kognitif murid-murid. biasanya aktiviti pengayaan juga terdapat dalam buku teks sebagai aktiviti pengukuhan selepas guru sudah mengajar kemahiran asas.

MARNI SUNWANTI BT YUSOF/KPLI-J-QAF Mok Soon Sang (2003) menyatakan bahawa aktiviti pengayaan mengikut konteks KBSR dan KBSM biasanya ditumpukan kepada. Memadankan gambar dengan perkataan yang diberi. Menyesuaikan suku kata dengan gambar yang diberi. seterusnya membaca dan menulis huruf jawi yang telah bersambung. pengayaan ditumpukan kepada aspek bacaan dan tulisan. A tAktiviti . Justeru pendekatannya adalah. PENDIDIK AN 1) Bacaan (Membaca) 2) Tulisan (Menulis) 3) Kiraan (Mengira) JAWI : PEMULIHAN & PENGAYAAN ILMU Namun di dalam matapelajaran jawi. 2.aktiviti Pengayaan 1. Membunyikan huruf yang ditunjukkan. 1. Masalah utama murid-murid pemulihan jawi adalah dari aspek mengenal huruf jawi. 3. 3. • Padankan Gambar-Gambar di Bawah . Membunyikan suku kata yang ditunjukkan. 1) AKTIVITI PENGAYAAN BACAAN (MEMBACA). Memadankan kad gambar yang ejaannya bermula dengan huruf yang ditunjukkan.aktiviti Pemulihan ktivitiktiiti-aktiviKAktuk aktivitintuk Aktiviti . Membaca perkataan yang ditunjukkan. 2.

Bentuk bacaan yang sesuai ialah bentuk rencana. cerita. majalah-majalah berunsur pendidikan.فركي ككداي‬ . • Contoh Pantun ‫دفاكي هاري‬ ‫بليكن امق‬ . dialog. pantun. Kad-kad bacaan mengandungi tajuk atau tema yang pelbagai. Kad-kad bacaan boleh diperolehi daripada pasaran atau disediakan oleh guru sendiri.سكولوغ بنغ‬ . buku-buku cerita. teka-teki. ‫بوروغ هيلغ تربغن تيغكي‬ ‫. iklan dan berita.MARNI SUNWANTI BT YUSOF/KPLI-J-QAF ‫كريتا‬ PENDIDIK AN JAWI : PEMULIHAN & PENGAYAAN ILMU ‫باتو‬ ‫بوغا‬ ‫اير‬ • Bacaan tambahan Sumber-sumber bahan bacaan jawi terdiri daripada kad-kad bacaan.‫هيغكف سبنتر دداهن ماتي‬ ‫.

• Menulis huruf Contoh : Menulis tunggal bersambung dan perkataan.(Lampiran H1 & H2 ) • Uji minda bentuk silang kata. Untuk menarik minat murid-murid mengeja dan menulis perkataan.كامو دالم سنغ‬ JAWI : PEMULIHAN & PENGAYAAN ILMU • Contoh Petikan Cerita (Lampiran F ) 2) AKTIVITI PENGAYAAN TULISAN (MENULIS) Aktiviti pengayaan untuk tulisan biasanya disediakan dalam bentuk lembaran kerja.‫سموا اورغ اكن ممبنجي‬ ‫. AKTIVITI PENGAYAAN GABUNGAN BACAAN DAN TULISAN (MEMBACA DAN MENULIS) .(Lampiran G1 ) 3.‫كالو سللو سومبوغ ديري‬ ‫منجادي فنداي‬ . aktiviti pengayaan ini disediakan dalam.MARNI SUNWANTI BT YUSOF/KPLI-J-QAF ‫كالو سوده‬ ‫هيدوفله‬ PENDIDIK AN . Contoh : Silang kata Suku Kata Terbuka dan Tertutup.

Aktiviti ini boleh dimainkan secara berkumpulan.‫سكجيلن قون امت بربيسا‬ ‫.‫منجالر دتانه اتاو دداهن‬ . JAWI : PEMULIHAN & PENGAYAAN ILMU Contoh Teka-teki: I‫تورون‬ ‫دري لغيت‬ .MARNI SUNWANTI BT YUSOF/KPLI-J-QAF • PENDIDIK AN Permainan dan rekreasi Aktiviti yang mengandungi permainan dan rekreasi mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang menyeronokkan. c) Teka-teki d) Sahiba. perseorangan dan berpasangan mengikut kesesuaian seperti.‫مغسا دتلن تياد كاسيهن‬ ‫.ماتي‬ ‫ساغت قنتيغ كقد‬ ‫تنقا اي سموان‬ .كامي‬ .سوده لم اي بربقتي‬ . Aktiviti ini boleh menjadikan murid berfikir bagaimana hendak menyelesaikan beberapa masalah yang timbul daripada sesuatu permainan dengan menggunakan pelbagai cara dan strategi. b) Mencari tajuk sesuatu gambar ataupun cerita yang diberi.‫كبومي‬ ‫.‫ددالم هوتن اتاو دديسا‬ . a) Menyambungkan titik untuk membentuk huruf.

Model Pemulihan Jawi. Contohnya PENDIDIK AN serapan ilmu Bahasa Melayu seperti pantun. Semangat setiakawan dan membantu orang yang lemah juga dipupuk di dalam aktiviti berkumpulan. Begitu juga lembaran kerja dan aktiviti pengayaan adalah cenderung kepada membina fikiran murid-murid supaya lebih kreatif dan kritis seperti uji minda silang kata.MARNI SUNWANTI BT YUSOF/KPLI-J-QAF Aktiviti pengayaan adalah variasi yang mana murid-murid berpeluang didedahkan kepada cabang ilmu pengetahuan yang pelbagai. Aktiviti permainan dan rekreasi bagus untuk meransang minda dan membentuk semangat juang untuk menang contohnya permainan sahibba. . pemulihan jawi amat berkesan dilaksanakan dengan menggunakan kaedah bersesuaian sebagaimana yang terkandung di dalam “Buku Panduan Pelaksanaan j-Qaf. JAWI : PEMULIHAN & PENGAYAAN ILMU REFLEKSI Melalui pengalaman saya sendiri sebagai guru dalam latihan ( j-Qaf). teka-teki dan sebagainya manakala Pendidikan Seni seperti mewarna dan sebagainya. Semua aktiviti yang dicadangkan untuk setiap kemahiran yang ada di dalam sukatan pelajaran jawi amatlah membantu bagi mengendalikan aktiviti pemulihan.

Sebagai contoh di dalam kemahiran mengenal dan membaca suku kata terbuka. saya berikan aktiviti yang pelbagai agar mereka dapat menambahkan pengetahuan ke aras yang lebih tinggi di atas satu-satu kemahiran. PENDIDIK AN JAWI : PEMULIHAN & PENGAYAAN ILMU Manakala kaedah tunjukcara atau demonstrasi saya lakukan dengan cara melakar huruf di udara atau di belakang rakan mampu memberi keseronokkan dan belajar pada masa yang sama. Setiap aktiviti yang saya lakukan terhadap murid akan saya sudahkan dengan pemberian hadiah sebagai memotivasikan usaha dan inisiatif mereka di dalam menguasai setiap kemahiran. saya berikan aktiviti pancing ikan yang mana 10 orang murid tadi dibahagikan menjadi 2 kumpulan. Lembaran kerja diberikan dengan bentuk yang kritis supaya mereka menjadi lebih kreatif untuk menyelesaikan latihan.Mana-mana kumpulan yang pantas menyusun dan membaca suku kata paling banyak akan dikira menang. Malah kaedah latih tubi berulang kali dengan cara menunjukkan carta huruf dan bergambar dapat meransang minat mereka agar lebih cepat mengingat dan menguasai kemahiran mengenal dan membaca huruf jawi tunggal. Di samping itu. murid-murid pemulihan ini saya dedahkan dengan aktiviti yang melibatkan latihan di dalam kumpulan. Simulasi gambar dan huruf dapat menarik minat mereka untuk lebih fokus. Sebagai peneguhan dan pengayaan.MARNI SUNWANTI BT YUSOF/KPLI-J-QAF Sewaktu saya mengendalikan kelas pemulihan tahun 1 Cempaka. didapati murid-murid ini gemar kepada aktiviti belajar sambil bermain. Kumpulan ini akan berlumba untuk menyusun suku kata daripada badan ikan dan membacanya. .

• Pelajar dapat menyebut huruf-huruf jawi dengan makhraj yang betul. Pelajar akan dapat membaca suku kata terbuka dan tertutup dengan cara mengeja. Hal ini juga akan membolehkan pelajar membezakan bentuk huruf-huruf jawi yang dipelajari seterusnya memantapkan lagi ingatan dan pengenalan terhadap huruf tersebut. • Memberi pededahan kepada pelajar mengenai suku kata terbuka dan tertutup seterusnya membina perkataan-perkataan mudah. Kesan positif ini seharusnya dijadikan satu panduan dalam membantu usaha untuk memantapkan lagi panulisan jawi. • Pelajar juga dapat menulis huruf-huruf jawi mengikut arah yang betul serta dapat membezakan bentuk-bentuk huruf jawi. Daripada perkataan kepada ayat pendek dan seterusnya kepada klausa yang membentuk satu petikan. Pelajar yang tercicir daripada mengikuti pelajaran jawi akan dapat JAWI : PEMULIHAN & PENGAYAAN ILMU mengenal dan menyebut huruf jawi mengikut tahap penguasaan mereka. Pelajar dapat menulis huruf jawi seperti yang diajar. Pendedahan awal ini bertujuan menarik minat pelajar untuk mempelajari kemahiran jawi seterusnya membaca bahan penulisan jawi.MARNI SUNWANTI BT YUSOF/KPLI-J-QAF KEBAIKAN PROSES PEMULIHAN DAN PENGAYAAN JAWI PENDIDIK AN • Pelajar dapat mengenal dan menyebut huruf-huruf jawi tunggal. dengan betul seterusnya akan dapat membantu mereka dalam Pelajar juga diberi penekanan dari aspek sebutan. Penulisan yang betul iaitu daripada kanan ke kiri adalah sangat penting dalam penulisan jawi. . Pelajar diajar menyebut huruf jawi mengaplikasikannya ketika bacaan al-Quran dan pembelajaran bahasa arab.

Bilik pemulihan yang ada diletakkan di tempat yang tidak strategik apabila lokasinya ada kalanya terlalu jauh di hujung bangunan di tingkat paling atas.MARNI SUNWANTI BT YUSOF/KPLI-J-QAF • PENDIDIK AN Mengurangkan bebanan guru pendidikan Islam di sekolah dalam mencapai objektif pelajaran. Maksudnya pelajaran ialah matlamat manakala permainan pola cara untuk mencapai matlamat. Kebanyakan murid mengutamakan permainan yang dijalankan tanpa menghayati pelajaran yang cuba disampaikan. Oleh itu guru perlu merancang aktiviti yang menepati konsep ‘ belajar sambil bermain' bukan ' bermain sambil belajar '. • Tempat belajar yang terhad Perlaksanaan kelas pemulihan jawi yang dijalankan di bilik j-QAF yang terhad. JAWI : PEMULIHAN & PENGAYAAN ILMU KELEMAHAN PROSES PEMULIHAN DAN PENGAYAAN • Kaedah belajar sambil bermain Memerlukan perancangan yang rapi dan tersusun sebelum dilaksanakan. menyebut dan membaca seperti pelajar-pelajar lain. Ini kerana program tersebut memberi perhatian sepenuhnya kepada pelajar yang terlibat sehingga mereka mampu mengenal. Guru mata pelajaran Menghadkan 6 hingga 10 orang pelajar bagi seorang guru pemulihan jawi (j-QAF) akan dapat memberi penumpuan yang lebih terhadap pelajar-pelajar yang lemah terutama dalam penguasaan huruf-huruf jawi. Begitu juga dengan saiz bilik yang kecil. Tanpa penyediaan tempat yang kondunsif dan sesuai akan menyukarkan program pemulihan. .

MARNI SUNWANTI BT YUSOF/KPLI-J-QAF • Bahan bantu Mengajar dan Pengalaman Kekurangan bahan bantu mengajar sedikit sebanyak melemahkan usaha pemulihan dan menjadi faktor kepada wujudnya suasana pembelajaran membosankan. Semoga dengan cara ini. Hal ini pastinya mengundang pemasalahan yang sama. murid lebih mengambil berat dengan matapelajaran jawi dan dapat mengingati dengan lebih cepat. CADANGAN PENAMBAHBAIKAN • Tumpuan yang khusus Memberi tumpuan yang lebih untuk setiap orang murid. • Waktu Tambahan . Kehadiran guru j-QAF telah diambil kesempatan oleh guru mata pelajaran dalam konteks ini. apabila bahan bantu mengajar mencukupi tetapi guru pula tiada pengalaman dalam menggunakan bahan tersebut juga tidak memberi kesan terhadap pengajaran.. JAWI : PEMULIHAN & PENGAYAAN PENDIDIK AN ILMU • Penyerahan tugas sepenuhnya kepada guru j-QAF Masalah guru mata pelajaran menyerahkan tugas pengajaran kepada guru jQAF. Sebaliknya. Bilangan murid yang ramai sudah tentu menyukarkan guru untuk memberi perhatian sepenuhnya kepada pelajar yang lemah dan memerlukan bimbingan walaupun mengikut giliran.

Ini kerana silibus jawi hanya ditekankan pada 6 bulan pertama. RUMUSAN . PENDIDIK AN JAWI : PEMULIHAN & PENGAYAAN ILMU • Pelbagaikan kaedah dan teknik dengan Aplikasikan pelbagai kaedah dan teknik supaya murid tidak bosan pembelajaran dan pengajaran. Tempat yang luas dan kondusif member peluang agar aktiviti pemulihan berjalan lancar dan lebih ramai guru mampu melaksanakan kelas serentak.MARNI SUNWANTI BT YUSOF/KPLI-J-QAF Menambah waktu untuk kelas pemulihan jawi. Justeru. ini kerana peruntukan 2 waktu seminggu adalah tidak mencukup. manakala semester berikutnya matapelajaran jawi akan dikurangkan kepada 1 waktu dan akan ditambah dengan pendidikan syariah islam. • Tempat yang strategik dan kondusif Pihak pentadbir sekolah dapat menyediakan satu tempat pemulihan yang lebih strategik mengikut fizikal sekolah supaya kelas pemulihan berjaya. Hal ini agak menyukarkan murid dan masih ramai murid yang tidak dapat menguasai jawi dalam masa 6 bulan. Di harap guru mata pelajaran dapat bersama memantau pelajar lemah dan juga memberi tumpuan kepada pelajar lemah yang masih menunggu giliran untuk mengikuti kelas pemulihan. • Kerjasama antara guru j-QAF dan guru mata pelajaran Kerjasama erat supaya proses pemulihan dan pengayaan mencapai objektif. guru pemulihan dimestikan kreatif dan mempunyai inisiatif yang luar biasa berbanding guru kelas murid yang pandai dan pengayaan perlu disesuaikan dengan tahap murid pemulihan.

Keadaan ini berhubung rapat dengan punca-punca masalah pembelajaran sepertimana yang telah dikenalpasti. Biasanya murid-murid bermasalah ini terdiri daripada mereka yang mempunyai IQ yang rendah. Tujuan utama pendidikan pemulihan ialah untuk membantu murid-murid dalam mengembangkan diri dan menunjukkan potensi diri. Setiap masalah ada penyelesaiannya. di samping melahirkan murid yang berkemahiran dan minat untuk mencari ilmu pengetahuan.dan aras 2 mampu dicapai lebih separuh jumlah murid maka aras 3 yang kurang daripada separuh perlulah didedahkan kepada murid lemah sebagai peneguhan setelah menguasai sesuatu kemahiran . justeru adalah perkara biasa apabila proses pengajaran dan pembelajaran akan terganggu kelancarannya. Untuk menangani masalah pembelajaran membaca dan menulis ini. andai aras 1 dikuasai oleh semua murid. Pada erti kata lain. Aktiviti pengayaan diberikan kepada semua kategori murid agar mereka dapat mengaplikasikan kemahiran yang sedia ada ke aras yang lebih tinggi. JAWI : PEMULIHAN & PENGAYAAN PENDIDIK AN ILMU Fokus utama tugasan ini adalah mengenai masalah kemahiran membaca dan menulis dalam pelajaran jawi. oleh itu pendidikan pemulihan dan pengayaan perlu dilaksanaan oleh guru secara jitu.MARNI SUNWANTI BT YUSOF/KPLI-J-QAF Kemampuan dan kecerdasan setiap murid adalah berbeza. menjadi tanggungjawab guru dalam mengendalikan aktiviti pemulihan agar lebih berkesan dan dapat memberi perubahan yang positif kepada murid-murid.

Penerbit Fajar Bakti. Shah Alam.Kerjasama semua pihak sama ada guru. ibu bapa dan pihak pentadbir mampu merealisasikan usaha ini!. program pemulihan jawi dan pengayaan berjaya dilaksanakan. PENDIDIK AN JAWI : PEMULIHAN & PENGAYAAN ILMU BIBLIOGRAFI Ahmad bin Mohd Salleh (2008) Pengajian Agama Islam j-QAF.MARNI SUNWANTI BT YUSOF/KPLI-J-QAF Secara keseluruhannya. . murid itu sendiri. akan tetapi ia masih perlu diperbaiki agar murid lebih mantap dari segi perolehan ilmu jawi itu sendiri. Metadologi dan Pedagogi Pendidikan.

http://sesinarsuria.. Shah Alam.html .com/2009_03_01_archive.MARNI SUNWANTI BT YUSOF/KPLI-J-QAF Ee Ah Meng (2002) Pedagogi IV.blogspot. Penerbit Fajar Bakti. Mok Soon Sang (2003). PENDIDIK AN JAWI : PEMULIHAN & PENGAYAAN ILMU Buku Panduan Perlaksanaan Model-model Pengajaran dan Pembelajaran Dan Kokurikulum j-QAF Tahun 1.Kumpulan Budiman Sdn Bhd.Subang Jaya. Siri Diploma Perguruan.Ilmu Pendidikan untuk KPLI: Psikologi Pendidikan & Pedagogi.

MARNI SUNWANTI BT YUSOF/KPLI-J-QAF JAWI : PEMULIHAN & PENGAYAAN PENDIDIK AN ILMU .

MARNI SUNWANTI BT YUSOF/KPLI-J-QAF JAWI : PEMULIHAN & PENGAYAAN PENDIDIK AN ILMU PERMAINAN SAHIBA .

MARNI SUNWANTI BT YUSOF/KPLI-J-QAF JAWI : PEMULIHAN & PENGAYAAN PENDIDIK AN ILMU BALING TIN PANCING IKAN .

MARNI SUNWANTI BT YUSOF/KPLI-J-QAF JAWI : PEMULIHAN & PENGAYAAN PENDIDIK AN ILMU KERETAPI TENTENG .

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful