Page |1

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN MATEMATIK

Matapelajaran : Tarikh: Hari Kelas: Masa: Bilangan murid: Kemahiran:

: Matematik : 14 Februari 2011 : (Isnin) : PKBP 3&4 : 0820 – 0920 ( 60 minit) : 12 orang 2 Menamakan nombor 2.1 Menamakan nombor 1-10 Tajuk: Menyebut dan menamakan nombor bulat Sub tajuk: Menyebut dan menamakan nombor bulat dalam lingkungan 1 hingga 10 Fokus: Lisan (mendengar dan bertutur) Pengetahuan sedia ada : Murid pernah melihat nombor bulat yang akan digunakan dalam sesi P&P dan pernah mendengar nama nombor bulat tersebut dalam kehidupan seharian mereka. Hasil pembelajaran Kumpulan 1: : Di akhir sesi pengajaran dan pembelajaran, murid dapat : Menyebut nombor bulat yang ditunjukkan oleh guru dengan betul sekurang-kurangnya 2 dari 3 percubaan. Contoh nombor : 1 , 2 , 3, 4, 5 Menyebut nombor bulat yang ditunjukkan oleh guru dengan betul sekurang-kurangnya 2 dari 3 percubaan. Menyambung garis putus-putus dengan sempurna untuk membentuk nombor bulat sekurangkurangnya 2 dari 3 percubaan. Contoh nombor : 1 , 2 , 3, 4, 5, 6, 7,

Kumpulan 2:

Page |2

Unsur terapi:

Terapi pertuturan (menyebut nombor bulat secara berulang kali) Terapi fizikal (aktiviti regangan badan sebelum bermain, permainan „see & throw‟) Terapi nyanyian (nyanyian) Terapi seni (mewarna dan kolaj) :Bermain mengikut peraturan permainan. : Bekerjasama dan bertolak ansur dengan kawan ketika bermain. : Membantu kawan yang lemah ketika melakukan lembaran kerja. : Mendengar dan mematuhi arahan guru. :Mengenalpasti maklumat : Mengkelaskan : Membanding dan membeza .

Penerapan nilai:

KBKK:

BBM:

:Kad nombor, Pundi kacang, Gelung, Gula-gula, lembaran kerja, sagu, tali. “Smart Board”.

Page |3 LANGKAH SET INDUKSI (10 MINIT) ISI KANDUNGAN Nyanyian lagu: “Sepuluh budak hitam” AKTIVITI P & P 1. Guru membawa murid ke makmal komputer. 2. Guru memperdengarkan lagu “Sepuluh Budak Hitam” yang dimuat turun dari Youtube menggunakan “SmartBoard”. 3. Guru membimbing murid menyanyikan lagu Sepuluh Budak Hitam”. 4. Murid menyanyikan lagu “Sepuluh Budak Hitam” dengan iringan video Youtube. 5. Guru membuat ulasan berkenaan nyanyian dan tarian. 6. Guru memperkenalkan tajuk P&P hari ini kepada murid. BBM: ~ Smart Board ~ Video yang dimuat turun dari Youtube. Teknik: ~ Nyanyian Nilai: ~ Menyanyi bersama-sama Terapi: ~ Muzik ~ Pertuturan ~ Fizikal LANGKAH 1 ( 15 minit ) Pengenalan Nombor Menggunakan Power Point. 1. Guru mempersembahkan tayangan Slaid Nombor kepada murid menggunakan “Smart Board” sebagai pengenalan. 2. Guru menayangkan nombor dan menyebut nombor tersebut kepada murid. 3. Sebagai contoh, guru menayangkan nombor 1 kepada murid dan menyebut 1 kepada murid. 4. Murid melihat nombor 1 dan mengikut guru menyebut nombor 1 dengan betul. BBM ~ Slaid Nombor ~ Smartboard TEKNIK: ~ Tunjuk cara ~ Cuba jaya TERAPI CATATAN

Pertuturan

Page |4

5. Langkah diatas seterusnya diulangi dengan menggantikan nombor 1 kepada nombor 2 dan 3 dan seterusnya hingga nombor 10.

NILAI ~ Mendengar arahan guru. ~ Usaha tangga kejayaan.

LANGKAH 2 (15 MINIT)

Permainan “See & Throw” Cara bermain bermain permainan “See & Throw”: 1.Guru menyediakan dan menyusun peralatan permainan. 2. Setiap murid akan diberikan satu pundi kacang. 3. Murid dikehendaki melemparkan pundi kacang tersebut ke dalam gelung yang bertanda nombor. 4. Sebagai contoh, guru menunjukkan kad nombor 1 kepada murid, murid dikehendaki melemparkan pundi kacang ke dalam gelung yang bertanda nombor 1. 5. Murid yang berjaya melemparkan pundi kacang ke dalam gelung yang betul akan diberikan hadiah (gula-gula).

1.Guru menyediakan segala peralatan yang akan digunakan dalam permainan „see & throw‟. 2. Guru menerangkan kepada murid cara-cara bermain permainan „see & throw‟. 3. Guru menunjukkan demonstrasi bermain permainan „see & throw‟. 4. Murid mendengar penerangan guru dan melihat demonstrasi yang dilakukan oleh guru. 5. Guru dan PPM membimbing murid bermain permainan „see & throw‟.

BBM: ~ Gelung ~ Pundi kacang ~ Kad nombor ~ Gula-gula ~ Skitel ~ Tali skipping Teknik: ~ Arahan ~ Demontrasi ~ Tunjuk cara Terapi: ~ Fizikal ~ Pertuturan Nilai: ~ Bermain mengikut peraturan permainan. ~ Sabar dalam menunggu giliran untuk bermain.

Page |5

6. Bagi murid yang tidak berjaya, guru akan membimbing murid tersebut sehingga berjaya melemparkan pundi kacang ke dalam gelung yang betul. 7. Setelah selesai nombor satu, guru akan menyuruh murid melempar pundi kacang ke dalam gelung yang bertanda nombor 2 dan 3 sehingga 10. 8. Sebelum mula bermain, guru dan murid akan melakukan sedikit regangan badan .

LANGKAH 3 (15 MINIT)

Aktiviti Pengukuhan Kumpulan 1 ~ Membuat kolaj nombor. Kumpulan 2 ~ Menyambung garis putusputus untuk membentuk nombor. ~ Mewarnakan nombor.

1.Guru memberikan lembaran kerja kepada murid. 2. Guru menerangkan kepada murid bagaimana membuat lembaran kerja. 3. Guru menunjukkan demonstrasi membuat lembaran kerja tersebut. 4.Murid mendengar penerangan guru dan melihat demonstrasi yang dilakukan oleh guru. 5. Guru dibantu PPM membimbing murid membuat lembaran kerja. 6. Guru membuat penilaian terhadap lembaran kerja murid.

BBM: ~ Lembaran kerja ~ Gam TEKNIK: ~ Arahan ~ Demontrasi ~ Tunjuk cara TERAPI: ~ Fizikal (motor halus) ~ Pertuturan ~ Seni NILAI: ~ Kesungguhan dan kerajian

Page |6 Penutup 1. Nyanyian semula lagu “Sepuluh Budak Hitam” 2. Rumusan P&P pada hari ini. 2. Guru merumuskan sesi P&P pada hari ini kepada murid. 1. Guru dan murid sama-sama menyanyikan semula lagu“Sepuluh Budak Hitam” dengan iringan video yang dimuat turun dar Youtube.

REFLEKSI : Kekuatan: Penyertaan murid hari ini 100%.Semua murid seronok dan mengambil bahagian dalam aktiviti yang saya rancang. Beberapa orang murid membuat permintaan agar bermain permainan “See & Throw” yang saya perkenalkan dalam P& P akan datang.

Kelemahan: Suasana kelas agak sukar dikawal semasa aktiviti permainan. Murid-murid berebut-rebut untuk bermain sedangkan saya telah mengingatkan mereka setiap murid ada 1 peluang bermain.

Langkah mengatasi: Memandangkan murid sangat seronok bermain atas factor keseronokkan & ganjaran yang diperolehi, saya akan memberikan ganjaran kepada murid pada bahagian penutup P&P agar suasana P&P dapat dikawal dengan baik.

Page |7

GAMBAR

Page |8

Related Interests