Sekolah Selamat……...

Buku Sekolah Selamat Sekolah Kebangsaan Besout 4
Kecederaan Semasa Belajar
Definisi Langkah-langkah keselamatan yang seharusnya dilakukan semasa berlakunya kecederaan terhadap pelajar ketika belajar dalam kelas, makmal, pusat sumber, bengkel dll. Polisi Bebas daripada berlakunya kecederaan serius. Objektif. 1. Mempunyai panduan bertindak dengan cara yang betul apabila berlaku kecederaan semasa belajar. 2. Mengelak daripada berlakunya kecederaan yang lebih serius. 3. Menghindari daripada berlakunya kecederaan semasa belajar. Rasional 1. Supaya tidak berlaku gangguan semasa P&P. 2. Membolehkan pelajar memberi tumpuan sepenuhnya semasa P&P. 3. Langkah mencegah daripada berlakunya kecederaan semasa P&P. Tanggungjawab pelajar 1. Mematuhi peraturan penggunaan bilik darjah, makmal, pusat sumber, bengkel dll. 2. Mematuhi arahan guru. 3. Menjaga keselamatan diri ketika berada di dalam makmal, bengkel, bilik darjah dll. 4. Melaporkan segera kepada guru jika berlaku kerosakan dalam makmal, bilik darjah, bengkel dll. Sebagai contoh soket elektrik rosak dan sebagainya. 5. Tidak bergaduh dalam kelas, makmal, pusat sumber, bengkel dll. semasa P&P. 6. Tidak bising semasa P&P berjalan.

SK Besout 4

1

Sekolah Selamat……...

Tanggungjawab guru 1. Mempastikan peraturan penggunaan bilik makmal, bengkel, pusat sumber, bilik darjah dll. ada dan diberitahu kepada pelajar serta dipamerkan di tempat-tempat yang boleh nampak terus. 2. Senantiasa mengingatkan pelajar tentang prosedur keselamatan semasa berada dalam bilik makmal, bengkel, dll. 3. Memeriksa peralatan dalam kelas, bengkel, makmal, pusat sumber samada berfungsi dan selamat digunakan. Jika berlaku kerosakan, laporkan segera kepada pihak berkenaan atau pihak pentadbiran sekolah. 4. Mempastikan pelajar tidak masuk ke dalam makmal dan bengkel tanpa kehadiran guru. Langkah pencegahan 1. Setiap makmal, bengkel, pusat sumber, bilik darjah, dll, mesti memaparkan peraturan penggunaan bilik. 2. Pelajar tidak dibenarkan masuk ke makmal , bengkel, dan pusat sumber atau mana-mana lokasi mengadakan P&P (luar bilik darjah-contoh pondok, di bawah pokok kayu dll.) tanpa kehadiran guru.

Kebakaran
Definisi Kebakaran merupakan kejadian apabila api terhasil dan tidak terkawal. Jenisjenis kebakaran ialah kebakaran kecil dan kebakaran besar. Kebakaran kecil melibatkan kos kerosakan sedikit contohnya pembakaran terbuka. Kebakaran besar melibatkan kos yang tinggi contohnya letupan dapur asrama. Polisi Sekolah ingin mencapai matlamat “Zero kebakaran”. Objektif 1. Mengelak berlakunya kebakaran. 2. Memastikan keselamatan warga sekolah dan harta benda sekolah selamat daripada kebakaran. 3. Memberi kesedaran agar semua warga sekolah berhati-hati apabila menggunakan bahan mudah terbakar.

SK Besout 4

2

Sekolah Selamat……...

Rasional 1. Masih ramai yang tidak mengambil berat tentang keselamatan apabila menggunakan bahan mudah terbakar dan barangan elektrik. 2. Kurang pengetahuan ketika menggunakan peralatan pencegahan kebakaran. 3. Kurang kesedaran bahaya kebakaran di kalangan warga sekolah. 4. Tidak terlalu bergantung kepada jabatan Bomba, dan boleh mengambil tindakan segera apabila berlaku kebakaran. Langkah –langkah pencegahan 1. Taklimat langkah-langkah keselamatan apabila berlaku kebakaran pada waktu perhimpunan sekolah. Sebulan sekali. 2. Latihan kebakaran sekurang-kurang 3 kali setahun. 3. Menyediakan peralatan pemadam yang mencukupi dan berfungsi. 4. Demonstrasi kaedah memadam kebakaran oleh Jabatan bomba Slim River. 5. Plan laluan selamat dipamerkan di setiap kelas, bilik khas, dan tempattempat strategik.

Pergaduhan
Definisi Pergaduhan merujuk kepada perselisihan pendapat antara dua atau lebih pihak sehingga mencapai tahap tindakan agresif samada secara lisan atau secara tindakan fizikal. Contohnya memukul, menumbuk, menampar, mencaci dan sebagainya. Polisi Terhindar daripada berlakunya pergaduhan samada di kalangan warga sekolah atau warga sekolah dengan masyarakat sekitarnya. Objektif 1. Menghindari daripada berlakunya pergaduhan di sekolah. 2. Bertindak dengan cara yang betul jika berlaku pergaduhan. Rasional 1. Perlunya prosedur tindakan apabila pergaduhan di kawasan sekolah. 3

SK Besout 4

Sekolah Selamat……...

2. Menyediakan prosedur tindakan yang betul jika berlaku pergaduhan. 3. Memahami tanggungjawab mencegah daripada berlakunya pergaduhan di kawasan sekolah. Tatacara Tindakan Guru (Tanggungjawab semua guru termasuk Guru Besar). 1. Mengenalpasti pelajar terlibat 2. Mengumpul maklumat dan saksi yang mencukupi. 3. Membuat siastatan. 4. Memberitahu pihak pentadbiran sekolah. 5. Memberi peluang kepada pelajar terlibat untuk membela diri. 6. Lembaga disiplin bersidang untuk menentukan jenis kesalahan dan hukuman yang sewajarnya. 7. Memaklumkan kepada penjaga. 8. Merekod dalam buku rekod/SSDM disiplin. 9. Melapor kepada PPD, dan JPN jika perlu. 10.Membuat penambahbaikan supaya insiden tidak berulang lagi. 11.Membuat pemantauan. Tatacara Tindakan Pelajar (Tanggungjawab pelajar) 1. Melapor serta-merta kejadian kepada guru/guru disiplin/Guru Besar jika berlaku pergaduhan. 2. Menghentikan pergaduhan sedaya yang boleh jika tiada guru pada ketika kejadian berlaku. 3. Mendapatkan saksi yang melihat kejadian. 4. Bersedia menjadi saksi dan membuat laporan bila, siapa terlibat dan tempat berlaku secara bertulis. 5. Jangan menurut kehendak emosi marah, belas dendam atau prejudis. 6. Bersedia memaafkan rakan seperjuangan. 7. Menghormati dan mematuhi peraturan sekolah. 8. Menyelesaikan masalah bermula di sekolah. Bukan menyelesaikannya di luar sekolah. Langkah Pencegahan 1. Taklimat peraturan dan hukuman jika terlibat dalam pergaduhan. 2. Ketatkan sistem merit dan demerit. 3. Taklimat ibu bapa/penjaga menangani kes gansterisem dan pergaduhan. 4. Pengesanan pelajar berpotensi bermasalah bergaduh.

SK Besout 4

4

Sekolah Selamat……...

Keracunan Makanan
Definisi Keracunan merjuk kepada gangguan sistem fizikal badan manusia disebabkan samada terhidu, tersentuh atau termakan bahan kimia beracun daripada makmal, bengkel atau berpunca daripada makanan yang dimakan yang tidak bersih atau mengandungi racun. Polisi Bebas daripada insiden keracunan. Objektif 1. Mencegah daripada berlaku keracunan , dan mengambil tindakan betul jika berlaku keracunan di sekolah. 2. Sedar bahaya kimia berracun dan berhati-hati setiapkali berada di makmal atau bengkel. 3. Tahu tindakan yang perlu dibuat jika berlaku keracunan. Tanggungjawab Pelajar 1. Melaporkan serta-merta kepada guru jika insiden keracunan berlaku. 2. Menyimpan sampel/contoh kimia atau makanan yang dipercayai punca keracunan. 3. Membaca dan mematuhi peraturan bilik makmal, stor atau bengkel, kantin dan dewan makan. 4. Membantu menyelematkan pelajar yang mengalami keracunan. 5. Jaga kebersihan diri. 6. Makan makanan yang dimasak dan bersih. 7. Patuhi arahan doktor. 8. Jangan masuk ke bilik makmal, stor, atau bengkel tanpa arahan atau kehadiran guru. Tanggungjawab guru 1. Senantiasa mengingatkan pelajar tentang bahaya keracunan. 2. Jangan benarkan pelajar masuk ke makmal, bengkel atau stor tanpa kehadiran guru terlebih dahulu. 3. Menyediakan peraturan penggunaansetiap bilik makmal, bengkel, stor, atau dewan makan.

SK Besout 4

5

Sekolah Selamat……...

4. Melaporkan kepada pihak pengurusan sekolah jika berlaku insiden keracunan. 5. Menyiasat punca kejadian keracunan. 6. Mengambil sampel kimia atau makanan yang dipercayai punca keracunan. 7. Memberi rawatan awalan kepada mangsa jika perlu. 8. Menghantar pelajar menadapatkan rawatan di hospital jika perlu. Langkah Pencegahan 1. Setiap Makmal, bengkel stor, kantin, dan dewan makan ada peraturan keselamatan keracunan dan dipaparkan untuk makluman umum/pengguna. 2. Taklimat tentang bahaya keracunan oleh pegawai Perubatan dari hospital daerah Slim River atau guru kesihatan. 3. Label bilik yang mengandungi kimia berbahaya dengan perkataan beramaran ” Bahaya Kimia Beracun-Jangan Menghidu, Memakan atau Menyentuh Bahan Kimia” 4. Taklimat langkah-langkah yang perlu diambil jika berlaku keracunan. 5. Setiap bilik perlu pamerkan prosedur tindakan jika berlaku keracunan.

Pencerobohan Orang Luar
Definisi Pencerobohan orang luar merupakan perbuatan menceroboh masuk kawasan sekolah samada secara individu atau berkumpulan tanpa kebenaran atau tanpa urusan dengan pihak sekolah. Contoh gangguan seperti cacian, balas dendam, gangster, ajakan bergaduh, ajakan melakukan seks, ugutan, surat layang, kecurian, dan serangan secara fizikal. Polisi Bebas daripada kejadian pencerobohan orang luar. Objektif 1. Memberi kesedaran kepada masyarakat luar dan ibu bapa bahawa kawasan sekolah adalah kawasan larangan dan tidak memasuki kawasan sekolah secara sesuka hati. 2. Mewujudkan kawasan sekolah yang selamat.

SK Besout 4

6

Sekolah Selamat……...

3. Memberi kesedaran waspada kepada warga sekolah tentang gangguangangguan/pencerobohan orang luar. 4. Membantu pihak pentadbir sekolah mengawasi kawasan sekolah daripada dicerobohi orang luar. 5. Tahu tindakan yang perlu dilakukan jika berlaku pencerobohan kawasan sekolah. Rasional. 1. Sejak akhir-akhir ini terpapar dimedia cetak ataupun elektronik, bahawa kawasan sekolah sering menjadi sasaran kepada penceroboh-penceroboh luar. 2. Berlaku kes ancaman terhadap pelajar dan guru daripada orang luar. 3. Perlunya ada prosedur pencegahan dan tindakan jika berlaku pencerobohan orang luar. Tanggungjawab Pelajar 1. Lapor kepada guru serta merta. 2. Kenali penceroboh dari segi fizikal, asal alamat, bangsa. 3. Jauhi daripada penceroboh. 4. Jangan panik atau berteriak. 5. Bertenang. 6. Dapatkan saksi yang mencukupi yang melihat penceroboh. 7. Catat masa, tempat, tarikh dan tindakan penceroboh. 8. Kunci pintu bilik dan jangan benarkan penceroboh masuk. Tanggungjawab Guru 1. Melaporkan segera kepada pentadbir sekolah jika seseorang memasuki kawasan sekolah tanpa kebenaran atau dalam keadaan mencurigakan. 2. Mengutamakan keselamatan pelajar pada ketika penceroboh memasuki kawasan sekolah. 3. Menghubungi pihak polis atau pihak berkenaan jika keadaan memerlukan. 4. Mematuhi arahan pentadbir sekolah tentang apa-apa langkah yang dilaksanakan oleh sekolah demi mempastikan kawasan sekolah selamat. 5. Menjalankan tugas (sebagai guru bertugas) mengikut jadual yang ditetapkan. 6. Menghubungi ibu bapa/ penjaga pelajar.

SK Besout 4

7

Sekolah Selamat……...

Tanggungjawab ibu bapa/ penjaga 1. Senantiasa mengingatkan anak jagaannya tentang keselamatan diri dari ancaman penceroboh. 2. Bekerjasama dengan pihak sekolah berhubung dengan usaha menjaga keselamatan pelajar di sekolah 3. Menggunakan PIBG sebagai saluran untuk membincangkan hal-hal keselamatan pelajar pada keseluruhannya. 4. Mematuhi peraturan sekolah. Tanggungjawab masyarakat Luar 1. Mematuhui peraturan-peraturan yang terdapat pada papan tanda di kawasan sekolah. 2. Mendapatkan kebenaran dari pihak jaga gate/pintu sekolah terlebih dahulu sebelum masuk berurusan dengan pihak sekolah. 3. Menulis nama pada buku rekod lawatan samada di pondok jaga atau di pejabat sekolah. 4. Memakai kad kebenaran masuk yang disediakan oleh jaga pintu sekolah. 5. Mematuhi arahan pihak sekolah. Langkah pencegahan 1. Taklimat kepada semua warga sekolah sebulan sekali tentang: i. Carta aliran tindakan yang perlu jika berlaku pencerobohan. ii. Langkah pencegahan. iii. Menyelamatkan diri jika berhadapan dengan penceroboh berbahaya. iv. Peraturan sekolah tentang orang luar yang berurusan dengan sekolah. v. Undang-undanh jenayah. 2. Taklimat kepada ibu bapa tentang peranan mereka dalam konsep sekolah selamat. 3. Latihan kecemasan kes pencerobohan sekolah. 4. Jadual bertugas/memantau guru dan pentadbir bertugas harian dan pada waktu cuti. 5. Demonstrasi mempertahankan diri jika berhadapan dengan penceroboh berbahaya. 6. Dapatkan nombor talipon polis daerah Slim River. 7. Pagar sekolah diperiksa sebulan sekali. 8. Pemantauan jaga sekolah.

SK Besout 4

8

Sekolah Selamat……...

9. Pintu utama sekolah mesti dikunci mengikut waktu yang ditetapkan. 10.Jaga atau staf sekolah yang dilantik perlu mengunci pintu bilik-bilik khas, makmal, stor, bengkel, bilik pejabat, bilik guru, kelas, perpustakaan dan sebagainya mengikut waktu yang ditetapkan. Buku laporan harian disediakan.

Bencana Alam
Definisi Bencana alam bermaksud bahaya atau kemalangan yang berlaku disebabkan bencana alam seperti banjir, ribut, kilat, tanah runtuh, puting beliung, gempa bumi dan sebagainya. Polisi Berusaha menghindari daripada kemalangan akibat bencana alam. Objektif 1. Mempunyai panduan yang betul dan berkesan menangani bencana alam yang berlaku di kawasan sekolah. 2. Menimbulkan kesedaran kepada warga sekolah tentang pentingnya berhati-hati terhadap ancaman bencana alam. Rasional 1. Berlaku kes kemalangan disebabkan bencana alam seperti gegaran kecil, banjir, tanah runtuh dll. 2. Ada panduan bertindak sekiranya berlaku kemalangan disebabkan bencana alam. Tindakan guru bertugas/ guru 1. Menyelamat pelajar yang terlibat dalam bencana alam. 2. Melaporkan kepada pihak pentadbiran sekolah serta merta jika berlaku bencana alam di sekolah. 3. Melaporkan kepada pihak berkenaan seperti bomba,polis hospital dll jika berlaku bencana alam di kawasan sekolah. 4. Memantau kawasan sekolah. 5. Menghantar mangsa bencana alam ke hospital dengan segera.

SK Besout 4

9

Sekolah Selamat……...

Tindakan pelajar. 1. Senantiasa waspada terhadap bencana alam yang mungkin berlaku di kawasan sekolah. 2. Melaporkan serta merta kepada Guru Besar/guru/ penjaga jika berlaku bencana. 3. Mematuhi arahan guru. 4. Mematuhi amaran pada papan tanda. 5. Membantu menyelamat rakan yang terlibat dengan kemalangan bencana jika guru belum ada. 6. Mematuhi peraturan sekolah. Langkah Pencegahan 1. Memantau dan mengenalpasti kawasan berisiko bencana alam di kawasan sekolah. 2. Papan tanda amaran kawasan yang berbahaya. Contoh tanah runtuh. 3. Menyediakan pelan laluan keselamatan jika berlaku bencana alam. 4. Taklimat kepada pelajar tentang perlunya berwaspada terhadap ancaman bencana alam di kawasan sekolah serta langkah keselamatan jika berlaku bencana alam.

SK Besout 4

10

Sekolah Selamat……...

KESELAMATAN MENJALANKAN AKTIVITI KOKURIKULUM Definisi kokurikulum adalah merupakan sebarang aktiviti yang dijalankan di luar kelas yang tidak melibatkan waktu pembelajaran. Objektif 1. Tidak ada kemalangan berlaku semasa menjalankan aktiviti kokurikulum. 2. Memastikan aktiviti yang dijalankan , dirancang dengan mengambilkira tatacara keselamatan dan mematuhi dasar Kementerian Pendidikan. 3. Memastikan pengurusan peralatan dan diri pelajar mengikut tatacara yang disediakan. Rasional 1. Satu tatacara tindakan yang dapat menjadi panduan semua pihak perlu disediakan untuk menjaga keselamatan semua pihak. 2. Guru menghadapi masalah apabila murid yang di bawah jagaaannya mendapat kemalangan disebabkan masalah kesihatan yang sepatutnya boleh dikesan dengan lebih awal. Tindakan guru Bertugas/Penasihat 1. Peka terhadap surat pekeliling yang diedarkan serta memahami isi kandungannya. 2. memberi kesedaran dan kefahaman kepada pelajar tentang pentingnya keselamatan diri semasa menjalankan aktiviti kokurikulum melalui: i. Poster ii. Perhimpunan Mingguan iii. Ceramah iv. Bengkel v. Pengajaran dam Pembelajaran dalam kelas vi. Tayangan video vii. Edaran 3. Menerima aduan pelajar dan mengambil tindakan susulan. 4. Mengedarkan borang kebenaran ibu bapa/ penjaga untuk dipenuhkan dan dikumpulkan semula sebelum aktiviti dijalankan. 5. Memanfaatkan sepenuhnya Jawatankuasa Permuafakatan, Jawatankuasa Keselamatan dan PIBG dalam merancang langkah keselamatan murid semasa menjalankan aktiviti kokurikulum.

SK Besout 4

11

Sekolah Selamat……...

6. Mengadakan peraturan yang jelas tentang keselamatan murid dalam aktiviti kokurikulum. 7. Memeriksa sebarang peralatan yang akan digunakan sebelum dan selepas aktiviti dijalankan. 8. Memastikan aktiviti yang dilakukan mengikut kesesuaian dan kemampuan murid. Tindakan Pelajar 1. melaporkan taraf kesihatan diri kepada guru. 2. memakai pakaian dan kasut yang sesuai sewaktu aktiviti dijalankan. 3. mengikut arahan guru sepanjang aktiviti dijalankan. 4. melaporkan dengan segera sebarang masalah yang timbul sepanjang aktiviti dijalankan. 5. mengikut aktiviti yang dijalankan dengan mengutamakan aspek keselamatan. 6. Tidak boleh memulakan aktiviti fizikal tanpa arahan guru. 7. menjalankan aktiviti dalam kawasan yang ditentukan. 8. Sekiranya berasa tidak selesa atau di luar kemampuan diri semasa aktiviti pergerakan, anda harus berhenti dan memberitahu guru. 9. Anda hendaklah melaporkan segala kerosakan alat kepada guru yang bertugas jika ada alatan yang rosak selepas digunakan. Jika terdapat alatan yang rosak, jangan gunakan dan laporkan segera kepada guru. 10.Sekiranya berlaku kemalangan, ikut tatacara menghadapi kemalangan dan berikan rawatan mengikut jenis kemalangan. Peranan ibu bapa 1. Mengambil tahu aktiviti kokurikulum yang diikuti oleh anak jagaan masing-masing. 2. Mengetahui masa bermula dan berakhirnya sesuatu aktiviti. 3. Meneliti dan mengisi borang -borang yang disediakan oleh pihak sekolah yang berkaitan dengan aktiviti yang dijalankan. 4. Menandatangani borang pengesahan kebenaran untuk menjalankan aktiviti. 5. Menyediakan bahan keperluan anak jagaan sepanjang aktiviti dijalankan 6. Menyediakan pakaian yang sesuai untuk anak menyertai aktiviti. 7. Mengambil tahu tempat aktiviti dijalankan. 8. Mengenalpasti guru-guru yang menguruskan aktiviti dan menyimpan nombor telefon guru berkenaan / pihak sekolah.

SK Besout 4

12

Sekolah Selamat……...

9. Memastikan ada surat pengesahan doktor jika anak tidak sesuai untuk mengikuti sebarang aktiviti.

SK Besout 4

13

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful