BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan Selaras dengan pendidikan Negara, kaedah pengajaran dan pembelajaran dalam pendidikan juga mempengaruhi tahap atau mutu pemahaman pelajar dalam pelajaran. Pencapaian yang cemerlang oleh seseorang pelajar dipengaruhi oleh banyak faktor, salah satu daripadanya adalah suasana belajar. Oleh itu, dalam era teknologi baru ini, pendidikan memerlukan teknik pengajaran yang bermutu dan berkesan dalam konsep pemahaman pelajaran pelajar. Bidang pendidikan amat memerlukan teknologi pendidikan ataupun kaedah mengajar yang terkini bagi memudahkan dan menambahkan lagi minat pelajar dalam pelajaran kerana ia mungkin boleh mengurangkan kebosanan pelajar kepada bidang yang mereka ceburi. Kementerian Pelajaran berusaha untuk menerapkan kemahiran berfikir dalam kalangan pelajar dengan memberi penekanan kepada proses kognitif dalam isi pelajaran dan pengetahuan. Proses kognitif seperti yang terkandung dalam kurikulum dikembangkan melalui isi kandungan yang dipelbagaikan dari segi pendekatan, strategi berfikir serta mempunyai kualiti intelek yang tinggi. Dalam konteks pelaksanaan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM), guru harus melakukan penerapan nilai murni, dan penggunaan bahan yang merentas pelbagai disiplin dalam proses pengajaran (Roselan Baki, 2003). Teknik pengajaran guru juga mestilah sesuai dengan kebolehan murid dengan mengambil kira penggunaan kaedah pembelajaran berasaskan kajian masa depan, kecerdasan pelbagai dan konsep konstruktivisme untuk meningkatkan minat murid terhadap pelajaran. Secara ringkas, pendidikan Perdagangan adalah satu daripada mata pelajaran elektif untuk Tingkatan 4 dan 5 dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) di bawah Kumpulan Sastera Ikhtisas. Mata pelajaran ini dapat memperkembangkan dan mempertingkatkan lagi pengetahuan dan kemahiran asas perdagangan yang telah dipelajari dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup di Peringkat Menengah Rendah. Melaluinya juga nilai- nilai murni dan sikap positif yang berkaitan akan dapat dipupuk dan diperkukuhkan dalam kalangan pelajar.
1

Seterusnya, pendidikan Perdagangan ini dapat menjadi tunjang akar untuk masa depan negara yang gemilang iaitu dengan membangunkan tenaga manusia dan negara melalui bidang perdagangan. Pelajar-pelajar juga dapat mengetahui, memahami dan menggunakan prinsipprinsip dan amalan-amalan asas perniagaan dalam negeri dan antarabangsa. Selain itu, mengetahui dan memahami kegunaan dan penggunaan perkhidmatan-perkhidmatan yang membantu perniagaan. Pendidikan perdagangan ini juga dapat membantu pelajar untuk mengembangkan ilmu pengetahuan dan kemahiran dalam bidang perniagaan secara formal dan tidak formal. Secara kesimpulannya, pendidikan perdagangan ini dapat membantu pelajar menjadi warganegara yang bertanggungjawab, berpandangan jauh, rasional serta bijaksana dalam membuat sebarang keputusan, yakin diri, sanggup berdikari dan berani menghadapi persaingan dalam apa juga usaha yang diceburi berlandaskan sifat amanah dan jujur, untuk kesejahteraan diri, keluarga, masyarakat dan negara. Tidak dapat dinafikan bahawa terdapat segelintir pelajar yang berminat dengan mata pelajaran perdagangan ini. Maka dengan ini, pendidikan perdagangan memerlukan satu kaedah mengajar dan pendekatan baru yang boleh menarik lebih ramai pelajar untuk meminati dan seterusnya memahami. Teknik pengajaran guru perlu sesuai dengan kebolehan murid dengan mengambil kira penggunaan kaedah pembelajaran berasaskan kajian masa depan kecerdasan pelbagai dan konsep konstruktivisme untuk meningkatkan minat murid terhadap pelajaran. Penggunaan pendekatan pembelajaran koperatif merupakan satu daripada ciri pembelajaran konstruktivisme yang membolehkan murid memiliki lebih kemahiran sosial. Pembelajaran secara konstruktivisme juga membolehkan murid memperoleh beberapa kemahiran seperti lebih berfikir, lebih memahami, lebih mengingati, berkeyakinan, berinteraksi dan menyeronokkan. (Pusat Perkembangan Kurikulum 2001). Pembelajaran koperatif merupakan satu strategi pengajaran umum yang boleh dilaksanakan dalam kumpulan belajar yang kecil dimana pelajar berinteraksi sesama sendiri bagi menyelesaikan tugasan untuk mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran. Ianya melibatkan perkongsian pembelajaran atau dapatan di antara ahli-ahli dalam kumpulannya. Pembelajaran koperatif boleh disesuaikan dengan sebarang kumpulan umur dan sebarang mata pelajaran. Kaedah pengajaran yang digunakan dalam kelas menjadi salah satu faktor yang membuatkan murid menjadi pasif dan kurang berinteraksi sesama rakan dalam melakukan tugasan. Oleh itu,
2

salah satu teknik yang dapat membantu guru dan murid dalam melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran ialah menggunakan Kaedah Pembelajaran Koperatif (KPK). Menurut Salvin (1982 dalam Mohd Fadzli Ali 2007) KPK merujuk kepada kaedah pengajaran yang memerlukan murid yang terdiri daripada pelbagai kebolehan bekerjasama dalam kumpulan kecil untuk mencapai satu matlamat yang sama. Pembelajaran koperatif secara keseluruhannya mampu menilai “kebestarian” seseorang individu dengan lebih “bestari”. Kebestarian dalam penilaian pembelajaran koperatif bukan hanya bergantung pada sejauh mana seseorang pelajar dapat menterjemaahkan kembali apa yang dihafal tetapi memberi peluang menggunakan pelbagai idea rakan sebaya untuk menjana pemikiran dan mencipta idea baru yang lebih kreatif. Secara tidak langsung, ianya akan dapat meningkatkan mutu pembelajaran. Sasaran utama adalah tahap pembelajaran yang maksimum bukan sahaja untuk diri sendiri, tetapi juga untuk rakan-rakan yang lain. Lima unsur asas dalam pembelajaran koperatif iaitu saling bergantung antara satu sama lain secara positif, saling berinteraksi secara bersemuka, akauntabiliti individu atas pembelajaran diri sendiri, kemahiran koperatif, dan pemprosesan kumpulan. Pembelajaran koperatif menjadi popular pada tahun 1980-an kerana positifnya terhadap pencapaian iaitu yakin diri, kedinamikan pergaulan antara individu dan motivasi diri (Mahzan Arshad, 2008). Strategi ini juga menegaskan bahawa murid seharusnya tidak dibezakan dengan warna kulit, keturunan, agama, jantina mahupun mental masing-masing (Kamaruddin Tahir, 2005). Semangat kerjasama, tolong menolong dan bertindak sebagai satu pasukan perlu dibajai dalam diri murid agar menjadikan murid lebih faham, yakin dan seronok untuk belajar (Johnson & Johnson, 1989).

Dalam konteks ini, pembelajaran koperatif dapat dilihat sebagai satu usaha ke arah mempertingkatkan lagi pencapaian pelajar dan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif. Perkara ini terbukti apabila kaedah belajar secara berkumpulan serta memberi tumpuan di bilik darjah membolehkan Nadiah Amirah Jamil, 18, ialah penuntut Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Sardon memperoleh keputusan iaitu 19 1A bagi semua mata pelajaran yang diambil tanpa had dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia tahun 2006 (Berita Harian, Disember 2006).

3

Matlamat pendidikan Negara dapat dicapai dengan sebaiknya apabila sesebuah sekolah dapat melahirkan pelajar yang berpengetahuan dalam pelbagai bidang. Negara juga mahu menghasilkan lebih ramai pelajar yang berpengatahuan dalam perdagangan bagi melahirkan usahawan dan seterusnya boleh memajukan negara. Dengan itu, memahami konsep dalam sesuatu pelajaran yang diceburi adalah penting bagi seseorang pelajar.

1.2

Pernyataan Masalah

Tidak semua orang di dunia ini dilahirkan mempunyai kebolehan dan tahap pencapaian akademik yang tinggi. Sesetengah pelajar mungkin mudah untuk memahami pelajaran dan sesetengah lagi mungkin agak sukar. Bagi memaksimumkan tahap pencapaian akademik yang sama rata di anatara pelajar maka pelajar haruslah dikelompakkan dalam kumpulan yang mempunyai pelbagai kebolehan. Guru perlu bijak menyesuaikan tahap dan kadar pengajaran untuk memenuhi keperluan pelajar pada masa kini. Melalui aktiviti berkumpulan pelajar akan saling bergantungan untuk mencapai kejayaan. Pelajar akan saling membantu untuk memastikan kumpulan mereka yang terbaik, guru akan menekankan pembelajaran yang aktif dan berpotensi supaya mencapai pembelajaran koperatif. Tujuan kajian ini dilakukan adalah untuk menentukan sejauh manakah tahap kefahaman dan pencapaian pelajar melalui kaedah pembelajaran koperatif yang menjadi satu pendekatan dalam pengajaran dan pembelajaran. Dalam kaedah ini pembelajaran ini hanya berpusatkan kepada pelajar dan guru hanya sebagai pembimbing dan pemudah cara. Ini adalah baik bagi pelajar kerana terdapat segelintir pelajar yang malu untuk bertanya kepada guru dan melalui pembelajaran ini mereka yang segan bertanya kepada guru boleh bertanya kepada rakan-rakan yang lain.

4

1.1. Menguji keberkesanan pembelajaran koperatif dalam mata pelajaran perdagangan.5 Rasional Kajian Kajian ini secara rasionalnya amat penting bagi mengetahui tahap penerimaan pelajar dalam mata pelajaran perdagangan dan memberi kesan positif. Kaedah pembelajaran koperatif merupakan salah satu cara untuk memupuk semangat kerjasama di anatra ahli dalam kumpulan dalam proses pembelajaran dan pengajaran. i. Mengkaji sama ada perbezaan jantina mempengaruhi pencapaian pelajar yang mengikuti pembelajaran secara koperatif. ii.4 Hipotesis Kajian Hipotesis ialah satu kesimpulan awal yang dibuat oleh pengkaji bagi menentukan hasilan awal kajian yang hendak dilaksanakan atau dijalankan. Di dalam kajian ini. 1. 5 . hipotesis kajian ialah : : Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara tahap pencapaian pelajar yang menggunakan kaedah pembelajaran koperatif dengan kaedah tradisional Tidak wujud perbezaan yang signifikan dalam pencapaian mata pelajaran perdagangan bagi pelajar tingkatan 4 dari segi jantina. Melaui kaedah pembelajaran koperatif juga boleh melahirkan sikap berani di kalangan pelajar di mana bagi pelajar yang malu bertanya dengan guru. rakan dalam kumpulan boleh memberikan semangat dan keyakinan untuk bertanya dangan guru untuk mendapat jawapan yng menuaskan selain dari jawapan rakan dalam kumpulan.3 Objektif Kajian Kajian ini dilakukan berdasarkan beberapa objektif iaitu.

menurut Johnson dan Holubec (1994). kaedah pembelajaran koperatif ini dapat mewujudkan suasana yang menyeronokkan kepada pelajar. Pelajar tidak akan berasa diri mereka terasing.7 Kesignifikan Kajian 6 . Oleh itu. Hal ini kerana. Secara tidak langsung. pelajar akan saling membantu antara satu sama lain. Soalan Kajian Sejauh manakah pelajar dapat meningkatkan tahap pencapaian mata pelajaran perdagangan menggunakan kaedah pembelajaran koperatif. melalui pembentukan kumpulan seperti dalam kaedah pembelajaran koperatif ini. ii. pembelajaran koperatif adalah satu kedah pengajaran yang menggunakan kumpulan-kumpulan kecil dan menggalakkan pelajar-pelajar bersama-sama untuk memaksimumkan tahap pembelajaran individu serta rakan-rakan yang lain.6 i. bersatu di dalam kumpulan dan berani melahirkan idea yang baik untuk mencapai matlamat yang dikongsi bersama. Guru juga dapat mengetahui dengan jelas tahap kebolehan ataupun pencapaian serta kelemahan pelajar dalam sesuatu topik yang diajar di mana guru boleh memberi penekanan terhadap topik tersebut. 1. bersatu dalam sebuah kumpulan melahurkan idea yang baik. malah mereka akan berasa amat dihargai kerana terlibat dalam semua aktiviti di dalam kelas. Adakah jantina mempengaruhi peningkatan tahap pencapaian dalam mata pelajaran perdagangan? 1. Pelajar akan berasa gembira kerana pelajar akan belajar bersama-sama di dalam kumpulan. Selain itu. ia boleh menambahkan minat pelajar terhadap mata pelajaran perdagangan dan ini akan menaikkan peratus pencapaian ataupun sekurang-kurangnya kelulusan pelajar dalam peperiksaan.Dengan menggunakan kaedah pembelajaran koperatif juga guru dapat melahirkan pelajar-pelajar yang saling berkerjasama serta saling bantu membantu dengan rakan sekelas.

Ia adalah berdasarkan kepada soalan yang akan diujuji kepada pelajar terkandung dalam sukatan pelajaran perdagangan tingkatan 4 aliran sastera. Seramai 60 orang pelajar dijadiakan sampel kajian ini di mana 30 orang pelajar sebagai kawalan dan 30 orang lagi sebagai eksperimen. Perak. 1.9. Maklumat kajian membantu pihak berkenaan melakukan sesuatu agar pencapaian pelajar sentiasa meningkat dari masa ke semasa bukan sahaja dalam mata pelajaran perdagangan tetapi juga untuk setiap mata pelajaran yang ditawarkan di peringkat sekolah.9 1.Kajian yang dilakukan ini penting untuk mengetahui tahap pencapaian pelajar dan untuk menilai sejauh mana pengajaran dan pmbelajaran koperatif boleh meningkatkan pencapaian pelajar tingkatan 4 aliran sastera dalam mata pelajaran perdagangan. Kajian ini juga adalah untuk mengetahui adakah perbezaan jantina boleh mempengaruhi pencapaian pelajar dalam mata pelajaran perdagangan. Ujian pra dan pos diberikan bagi mengetahui sejauh manakah keberkesanan kaedah pembelajaran koperatif. Kumpulan eksperimen diajar menggunakan kaedah pembelajaran koperatif manakala kumpulan kawalan hanya diajar menggunakan kaedah tradisional. Guru-guru juga boleh dijadikan panduan untuk merangka strategi pembelajaran dan pengajaran yang berbeza untuk disesuaikan dengan tajuk-tajuk yang bakal diajar di sekolah. maka penyelidik menganggap bahawa kaedah pembelajaran koperatif merupakan salah satu daripada jalan penyelesaianya.8 Batasan Kajian Kajian ini dijalankan ke atas 60 pelajar tingkatan 4 di Sekolah Menegah Matang. 1. Kajian ini boleh dijadikan panduan bagi guru dan pelajar dalam pelbagaikan kaedah pembelajaran jika difikirkan sesuai dalam topik yang dipelajari. Kajian ini bertujuan untuk mengetahui sejauh mana kaedah pembelajaran koperatif boleh meningkatkan pencapaian pelajar tingkatan 4 dalam mata pelajaran perdagangan. Oleh sebab strategi pengajaran yang digalakkan oleh kurikulum baru adalah berpusatkan pelajar.1 Definsi Operasi Konsep 7 . Taiping.

Menurut Johnson dan Holubee (1994).9. Pembelajaran biasanya diertikan sebagai perubahan-perubahan tingkah laku yang progresif. Pembelajaran membawa perubahan pada diri seseorang. Perubahan merupakan satu penambahan yang baru. objektif pengajaran dan persekitaran. pengukuhan dan pengubahsuaian yang berlaku pada pelajar.3 Konsep Pengajaran Pengajaran ialah cara-cara yang digunakan untuk menyampaikan bahan yang hendak diajar. pengetahuan dan sikap. terdapat banyak 8 . tetapi perkembangan emosi. Semua elemen ini salaing mempengaruhi antara satu sama lain dalam proses pengajaran dan pembelajaran. 1. Pengajaran adalah hasil daripada interaksi antara guru. murid. mengingati. merujuk. nilai estetika dan kesenian serta ciri dalaman juga dipengaruhi oleh pembelajaran. Proses pembelajaran berlaku sepanjang hayat bermula sebaik sahaja dilahirkan. membuat keputusan dan sebagainya. sama ada perubahan ke arah kebaikan ataupun keburukan. Pengajaran adalah satu proses yang melibatkan empat elemen utama. Ia membolehkan individu-individu tersebur memenuhi minat mereka dan mencapai matlamat tertentu.2 Konsep Pembelajaran Pembelajaran dianggap sebagai perolehan maklumat dan pengetahuan. Hasil daripada pengajaran berlakulah perubahan yang relatif kekal dalam tingkah laku atau pengetahuan hasil daripada pengalaman. merumus. aktif dan mengambil bahagian dalam semua aktiviti yang dijalankan sepanjang proses tersebut. Pembelajaran menggalakkan pemerolehan pengetahuan dan kemahiran dan ini dilakukan melalui satu perlakuan dan teknik tertentu yang bersifat saintifik dan sistematik. memahami. menyoal. pembelajaran memerlukan pelajar terlibat secara langsung. umpamanya memerhati. 1. serta pembentukan sikap dan kepercayaan. iaitu objektif pengajaran. isi pelajaran. membaca. Pembelajaran merupakan proses pemerolehan kebiasaan. ia melibatkan pelbagai kegiatan. Dalam proses pembelajaran formal. Pembelajaran bukan setakat merangkumi penguasaan pengetahuan kemahiran semata-mata.Konsep ialah idea yang abstrak atau generelisasi daripada fakata atau pengalaman yang spesifik. menyemak. Sebenarnya.9. kaedah mengajar dan penilaian pencapaian. Ia melibatkan cara-cara baru untuk melakukan sesuatu kerja dan bertindak sebagai percubaanpercubaan individu mengatasi rintangan untuk menyesuaikan diri dalam situasi baru. pengetahuan sedia ada. penguasaan kemahiran dan tabiat. meninjau. sikap.

9.5 Tahap Pengkelasan yang biasa diberikan kepada pelajar berdasarkan keputusan markah yang diperolehi dalam ujian. bidang komunikasi. 1.9.9. Setiap pelajar dalam kumpulan akan bekerjasama untuk memperlengkapkan pembelajaran diri mereka sendiri dan pelajar-pelajar lain.7 Pembelajaran tradisional Satu kaedah yang biasa digunakan atau diamalkan di sekolah-sekolah iaitu guru memberikan kuliah da pelajar mendengarnya sambil mengambil nota.tafsiran tentang istilah pengajaran. 1. secara keseluruhannya. pengajaran dalam konteks masa ini boleh ditafsirkan sebagai satu proses. Melaui kaedah pembelajaran koperatif pelajar dipecahkan kepada beberapa kumpulan kecil mengikut jumlah yang dikehendaki (di antara 2 hingga 5 orang dalam satu kumpulan). Keadaan kelas adalah pasif dan tiada 9 . sains ataupun seni.6 Pembelajaran Koperatif Pembelajaran koperatif adalah hubungan di antara ahli kumpulan yang memerlukan kebebasan positif dan berfokus kepada bagaimana pelajar harus berinteraksi anata satu sama lain semasa mereka belajar dan kemahiran-kemahiran yang diperlukan untuk berinteraksi. Menurut Kamarudin dan Siti Hajar (2004) kaedah pembelajaran koperatif adalah sebagai salah satu kedah pengajaran di mana melibatkan pelajar belajar dalam kupulan yang kecil. 1. Ahli dalam kumpulan akan bekerjasama untuk menyelesaikan tugas yang diberikan.4 Pencapaian Keputusan yang diperolehi oleh pelajar dalam ujian pra dan pasca sama ada meningkat atau menurun. 1.9. Walau bagaimanapun.

10 Rumusan Dalam bab ini. keadah pembelajaran koperatif diharapkan dapat mengatasi masalah ini dan seterusnya melahirkan ramai pelajar yang berjaya dalam peperiksaan. maka ia menyukarkan pelajar untuk menguasai sesuatu topik dengan berkesan dan meningkatkan minat mereka dalam mata pelajaran perdagangan ini. Selain itu. Hal ini menyebabkan mata pelajaran perdagangan menjadi satu mata pelajaran yang dikatakan bosan oleh pelajar. Hal ini kerana mata pelajaran Perdagangan mempunyai banyak fakta dan huraianhuraian fakta yang perlu diingati oleh para pelajar. Jika tiadanya kaedah pembelajaran yang sesuai. 1. pengkaji menghuraikan tentang pengenalan kajian.interaksi yang aktif antara guru dan pelajar serta pelajar dan pelajar. penyataan masalah. objektif. bab satu ini juga merumuskan bahawa kaedah pembelajaran koperatif dapat mengukuhkan kefahaman pelajar dan meningkakan minat mereka dalam mata pelajaran Perdagangan. soalan kajian dan definisi bagi setiap istilah yang digunakan dalam kajian tindakan ini. tiada tindak balas langsung oleh pelajar. BAB 2 TINJAUAN LITERATUR 10 . Oleh sebab itu. tujuan. Secara umumnya.

Pembelajaran koperatif berlaku apabila pelajar bekerja secara berkumpulan. 11 . kadang-kadang berdasarkan gred individu.1 Pengenalan Pembelajarn koperatif boleh dilaksanakan di dalam kelas melaui cara-cara yang pelbagai bagi menarik minat pelajar belajar. Antara teknik pembelajaran koperatif yang menarik adalah Team Games Tournament (TGT). Bahagian ini juga kan menghuraikan konsep pembelajaran koperatif dengan terperinci lagi. Guru menguji dan memberi gred berdasarkan pretasi kumpulan. keyakinan diri dan hubungan kerjasama di antara ahli kumpulan. Segala bentuk dapatan. Team Assisted Induvidualization (TAI). Hasil kajian pembelajaran pelajar dapat ditingkatkan apabila pelajar dapat mengatur dan menguruskan bidang kewangan dan menguruskan masalah-masalah yang berkaitan dengan projek perniagaan mereka untuk memajukan sesuatu syarikat perniagaan yang telah telah ditubuhkan dengan jayanya. pembelajaran koperatif adalah suatu strategi pengajaran di mana pelajar-pelajar saling membantu di antara satu sama lain di dalam kumpulan kecil.Bab ini akan menghuraiakan tinjauan dari kajian-kajian yang telah dijalankan oleh penyelidik lain sebelum ini. 2. saling membantu untuk menyelesaikan masalah. berkongsi idea. Lie (2004) mengkaji strategi pembelajaran koperatif berdasarkan pembentukan kumpulan interaktif. Menurut. Menurut Effandi Zakaria (1998). Antara teknik pembelajran koperatif yang menarik minat pelajar belajar. pandangan atau idea mereka dapat diaplikasikan dalam kajian ini. Kajian ini dijalankan ke atas pelajar yang mengambil kursus perniagaan. Angela dan Joe (2003) telah mengkaji kaedah pembelajaran koperatif dan kesanya ke atas pelajar yang mengambil Matematik dan mendapati kaedah pembelajaran koperatif banyak memberi kesan yang positif terutamanya dari segi peningkatan pergaulan sosial. dan memastikan semua ahli kumpulan menguasai isi pelajaran dengan meminta bantuan daripada guru. dan Student Team Acheivement Devisions (STAD).

didapati lebih daripada separuh guru yang ditanya itu mengatakan pebelajaran secar koperatif berjaya meningkatkan pencapaian pelajar mereka.Joseph et al. Hasil kajian mendapati pembelajar secar koperatif melahirkan suasana pembelajaran yang lebih berkesan dan menberi lebih keyakinan diri kepada pelajar untuk belajar. meningkatkan pencapaian dalam sesuatu ujian. Robiah (1994) menegaskan Slavin (1986) turut mendapati bahawa pemebelajaran koperatif dapat membantu meningkatkan pencapaian akademik pelajar. Daripada temuramah yang dijalankan terhadap guru didapati lebih daripada separuh guru menggunakan kaedah pembelajaran koperatif. Beliau membuat kajian 12 . Melalui kajian ini juga didapati kaedah pembelajaran koperatif menggalakkan kemahiran sosial di kalangan pelajar.2 Kajian-kajian Lepas Berkaitan Pembelajaran Koperatif Terdapat banyak kajian yang menyokong dan bersetuju dengan pendapat bahawa kaedah pembelajaran koperatif dapat memperbaiki prestasi akademik. 2. Hasil daripada kajian mendapati skor pelajar yang menerima pembelajaran koperatif adalah lebih tinggi berbanding skor pelajar yang menerima pembelajaran tradisional. Menurut kajian yang dilakuakan oleh Urrutia dan Heller (1991). Hasil ujian mendapati pencapaian pelajar dapat ditingkatkan dan pelajar saling bergantungan antara satu sama lain. (2003) telah menjalankan kajian menggunakan kaedah pembelajaran koperatif dalam membantu pelajar-pelajar yang mempunyai tahap pencapaian yang lemah dalam pelajaran. Hasil kajian beliau mendapati kaedah pembelajaran koperatif dapat meningkatkan pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Sains Fizikal dan siakp pelajar di mana mereka didapati saling bekerjasama untuk menyelesiakan masalah dalam kumpulan dan saling menghormati. Campbell (2001) telah menjalankan kajian untuk melihat perbezaan pembelajaran secara koperatif dan tradisional. dikatakan pembelajaran koperatif sebagai satu strategi untuk menggabungkan pelajar perempuan dengan golongan minority dalam Sains Fizikal. menerapkan nilai-nilai murni dan mewujudkan suasan pembelajaran yang kondusif dan aktif.

3 Konsep Pembelajaran Koperatif 13 . Mereka belajar berkongsi. Satu kesan yang beliau perolehi ialah terdapatnya peningkatan dalam pencapaian akademik para pelajar. Baker (1998) telah membuat kajian ke atas 240 orang pelajar di Insitut Teknologi Hussein Onn yang sedang mengikuti kursus sarjana.di sebuah sekolah di Colorodo dan melihat beberapa kesan perlaksanaan kaedah pembelajaran koperatif ini.al. memberi dan mendapat bantuan dan mendengar pendapat rakan mereka. gerak kerja kumpulan diadakan supaya pelajar dapat berinteraksi sesama mereka sewaktu perbincangan-perbincangan yang dijalankan. Beliau mengajar Pengenalan Pedagogi selama satu semester menggunakan pembelajaran koperatif. Beliau juga mendapati kaedah ini sangat berkesan. Menurut Shahabuddin Hashim et. Pembelajaran dilakukan apabila beberapa individu yang mempunyai pencapaian yang sama atau berbeza duduk dalam satu kumpulan untuk membincangkan sesuatu topik dengan menggunakan strategi kognitif yang sesuai sebagaimana diarah oleh guru. kajian yang dilakukan oleh Berrill (1999) telah melakukan satu kajian terhadap 105 orang pelajar universiti yang mempunyai pencapaian tinggi. lebih bersosial dengan pelajar-pelajar lain dan berkeyakinan. Beliau mendapati bahawa pelajar lebih ramai bercakap. Selain itu. bagi menggalakkan penyertaan aktif pelajar dalam aktiviti pembelajaran. para pelajar lebih suka pengajaran yang tidak terlalu formal dan pembelajaran koperatif memenuhi syarat ini. Kumpulan pelajar ini duduk dalam kumpulan kecil untuk melengkapkan tugasan yang diberi. Menurut Rogers dan Freiberg (1994). (2007) lagi. Kaedah koperatif menggalakkan para pelajar mengajar sesama sendiri dan pelajar juga sebenarnya ingin berkongsi pendapat dengan guru dan rakan-rakan. 2. Kajian menunjukkan melalui pembelajaran koperatif. ia dapat memperbaiki perhubungan sosial dan kerjasama yang baik untuk mempamerkan hasil kerja yang lebih memuaskan. Guru akan mengawasi dan menjadi fasilitator semasa aktiviti kerja kumpulan dijalankan. Pelajar juga membina persahabatan apabila bekerja secara kumpulan.

Kedua pula ialah tanggungjawab individu. Di antaranya ialah : 14 . Kebertanggungjawaban memfokuskan kepada aktiviti yang dilakukan oleh ahli kumpulan dalam membantu antara satu sama lain untuk belajar. sekiranya pelajar diberi penghargaan kerana melakukan sesuatu yang lebih baik daripada sebelumnya. persaaman peluang untuk berjaya. akuntabiliti individu dan peluang yang sama untuk belajar. Di samping itu juga. Pelajar memberi sumbangan kepada kumpulan dengan membaiki pencapaian mereka dari semasa ke semasa. 2. Ganjaran pasukan di mana pasukan mungkin mendapat sijil atau ganjaran sekiranya mereka mencapai lebih daripada kriteria yang ditetapkan. Menurut Slavin (1990). mereka bertanggungjawab untuk memastikan bahawa setiap ahli kumpulan telah bersedia untuk menghadapi soalan-soaln kuiz atau sebarang bentuk penilaian yang laian tanpa bantuan daripada ahli kumpulannya. Semua kumpulan mungkin akan mencapai sesuatu kriteria yang ditetapkan pada minggu-minggu tertentu. Seterusnya. mereka akan lebih bermotivasi untuk belajar berbanding sekiranya mereka tidak diberi apa-apa penghargaan.4 Jenis pembelajaran koperatif Terdapat beberapa jenis strategi yang boleh digunakan dalam pembelajaran koperatif. Di mana kebertanggungjawaban bermaksud kejayaan sesuatu kumpulan bergantung kepada tahap pembelajaran individu dalam kalangan semua ahli kumpulan. Hal ini memastikan semua pelajar tidak kira sama ada mereka yang mempunyai pencapaian yang tinggi.Terdapat tiga konsep utama pembelajaran koperatif iaitu ganjaran pasukan. Kumpulan-kumpulan ini tidak bersaing untuk mengumpul sijil atau mendapatkan penghargaan.

2 Student Team Achievement Division' (STAD) Pelajar-pelajar berada dalam kumpulan kecil dan menggunakan lembaran kerja untuk menguasai suatu cabang pengetahuan.4.4 Team-Accelerated Instruction' (TAI) Ia merupakan pendekatan secara menyeluruh di mana pelajar mempunyai kebebasan bertindak dan guru boleh membentuk kelas heterogeni.1 Penyiasatan Berkelompok (Group Investigation) Setiap ahli kumpulan akan melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti sekolah untuk mendapatkan maklumat. Strategi pembelajaran ini mengintegrasikan interaksi dan komunikasi dalam bilik darjah melalui proses inkuiri akademik. Mereka saling membantu di antara satu sama lain melalui tutorial.3 Jigsaw Setiap kumpulan akan menghantar ahli untuk membentuk kumpulan pakar. Motif utama dalam Jigsaw ialah setiap pelajar dalam satu kumpulan akan menjadi pakar dalam topik tertentu dan bertanggungjawab memberi tunjuk ajar kepada rakan sekumpulan tentang apa yang telah mereka pelajari.4. 2.4.2. Semua maklumat yang telah diperolehi akan dianalisis dengan cara terperinci untuk dipersembahkan dalam bentuk yang kreatif dan menarik. 2. Selepas itu. Ini bertujuan untuk memberi peluang kepada pelajar yang rendah pencapaian supaya dapat meningkatkan tahap pencapaiannya seiring 15 .4. Ini memerlukan pelajar mengenalpasti suatu topik yang disiasat. semua ahli kumpulan pakar tadi akan kembali ke kumpulan asal masingmasing untuk berkongsi pengetahuan mereka dengan rakan sekumpulan. 2. Pelajar yang mempunyai latar belakang yang berbeza ditentukan kepada kumpulan yang heterogenus. Ahli-ahli dalam kumpulan pakar akan membincangkan sebahagian bahan akademik (yang telah disediakan oleh guru). kuiz atau perbincangan kumpulan. merancang serta menjalankan penyiasatan.

Unsur-unsur konstruktivisme telah lama dipraktikkan dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran di peringkat sekolah rendah tetapi tidak begitu ketara dan tidak ditekankan.dengan pelajar lain yang mempunyai pencapaian tinggi. Realiti yang diketahui pelajar adalah realiti yang 16 .5 Team Games Tournament' (TGT) Model TGT memfokuskan kepada guru perlu memberitahu pelajaran yang berkaitan sama ada dalam bentuk syarahan. 2. Mengikut kefahaman konstruktivisme. Pembelajaran adalah hasil daripada usaha pelajar itu sendiri. demonstrasi atau pertunjukan visual.4. Bagi setiap pertandingan. 2. Bahan-bahan TAI direka khas untuk program ini yang menggantikan buku teks sepenuhnya. Teori yang dikemukakan boleh dihubungkaitkan dengan kajian ini. meja pertandingan akan diwakili oleh 2 hingga 4 orang ahli dari setiap pasukan yang sama kebolehan akademik. Kemudian pelajar akan bekerja mengikut lembaran kerja yang disampaikan oleh guru untuk menguasai konsep. Blok binaan asas bagi ilmu pengetahuan ialah satu skema iaitu aktiviti mental yang digunakan oleh pelajar sebagai bahan mentah bagi proses renungan dan pengabstrakan. Pelajar berbincang mengenai bahan yang disampaikan oleh guru.1 Teori Konstruktivisme Teori Konstruktivisime merupakan proses pembelajaran yang menerangkan bagaimana pengetahuan disusun dalam minda manusia.5. Pelajar akan bermain suatu permainan berbentuk pertandingan di dalam bilik darjah. Pelajar perlu bina sesuatu pengetahuan itu mengikut pengalaman masing-masing. 2. ilmu pengetahuan tidak boleh dipindahkan daripada guru kepada pelajar dalam bentuk yang serba sempurna.5 Teori-Teori Berkaitan Bahagian ini menerangkan tentang teori-teori dari kajian yang telah dijalankan berkaitan dengan pembelajaran koperatif. Fikiran pelajar tidak akan menghadapi realiti yang wujud secara terasing dalam persekitaran.

Beberapa orang ahli konstruktivisme yang terkemuka berpendapat bahawa pembelajaran yang bermakna itu bermula dengan pengetahuan atau pengalaman sedia ada pelajar. Jadual 2. Apabila maklumat baru telah disesuaikan dan diserap untuk dijadikan sebahagian daripada pegangan kuat mereka.1 di sebelah menunjukkan perbandingan bilik darjah tradisional dan bilik darajah konstruktivisme. barulah kerangka baru tentang sesuatu bentuk ilmu pengetahuan dapat dibina. Untuk membantu pelajar membina konsep atau pengetahuan baru. di mana ada yang betul dan ada yang salah. guru harus mengambil kira struktur kognitif yang sedia ada pada mereka. Jadual 2. Mereka berpendapat bahawa pelajar mempunyai idea mereka sendiri hampir dalam semua perkara. Pelajar sebenarnya telah mempunyai satu set idea dan pengalaman yang membentuk struktur kognitif terhadap persekitaran mereka.1 Perbandingan Bilik Darjah Tradisional Dan Bilik Darajah Konstruktivisme 17 . Jika kefahaman dan salah konsep ini diabaikan atau tidak ditangani dengan baik.dibina sendiri. kefahaman atau kepercayaan asal mereka itu akan tetap kekal walaupun dalam peperiksaan mereka mungkin memberi jawapan seperti yang dikehendaki oleh guru.

pemerhatian. sendiri. maklumat. Peranan guru adalah interaktif. pelajar adalah penerima Bilik Darjah Tradisional Pembelajaran berasaskan penerimaan. dan pendapat serta pandangan dan juga ujian. mementingkan jawapan yang betul. Dikawal oleh auotoriti Penilaian dilakukan melalui ujian. dibina berasakan apa yang telah diketahui oleh pelajar. Pelajar belajar sendiri.5. Peranan guru adalah pemberi arahan. membantu mereka membina pengetahuan mereka Guru menyampaikan maklumat kepada pelajar.2 Teori Kolaboratif-Integrasi Teori Kolaboratif-Integrasi telah menjelaskan method pengajaran yang dikenali sebagai CLEAR. Guru mempunyai dialog dengan pelajar. Pelajar belajar dalam kumpulan._____________________________________________________________________________ _ Bilik Darajah Konstruktivisme Pembelajaran adalah interaktif. akronim bagi Cooperative Learning Exercises And Roles. Penilaian meliputi kerja-kerja pelajar. Matlamat utama CLEAR ialah:18 . 2. dikawal oleh perundingan. Proses adalah sama penting dengan produk.

2. Pencapaian akademik merupakan satu kayu ukur bagi sesuatu hasil pelajaran. Setiap kumpulan boleh mengambil giliran untuk memilih tugasan. berkongsi dapatan dan mengabungkan data-data yang diperolehi. Kadangkala guru boleh menjemput kumpulan-kumpulan untuk membentangkan tugasan mereka kepada kelas. 2. Memastikan kerjasama yang diberikan kepada kumpulan membantu dalam penilaian. secara keseluruhan didapati bahawa kaedah pembelajaran koperatif dapat membantu meningkatkan pencapaian akademik dan pelajar memberikan presepsi positif terhadap pelajaran. Adalah dicadangkan setiap kali pertemuan semua pelajar berkongsi tiga peranan iaitu perbincang. 3.1. 4. Membolehkan semua pelajar memberikan sumbangan yang baik. Mengurangkan kebosanan dan membezakan peranan setiap individu. Pengagihan peranan memaksa setiap pelajar memberi perhatian dan mendengar ketika ahli sepasukan membuat laporan tugasan mereka. BAB 3 METADOLOGI 19 . Strategi ini menolong setiap pelajar memberi sumbangan yang berterusan terhadap pembelajaran rakan sekumpulan dengan merasai bertanggungjawab untuk melaksanakan peranan tertentu. Menukar peranan pelajar dari pembelajaran pasif kepada aktif.6 Rumusan Daripada tinjauan literatur di atas. pembaca dan peserta di dalam ulasan kerja kumpulan. Ia juag menjadi matlamat yang penting dalam proses pendidikan yang akan meletakkan pelajar di mercu kejayaan. Model CLEAR mengandungi peranan yang berbeza untuk membolehkan kumpulankumpulan menetapkan penentuan tugas dan mengubahsuai garis panduan untuk mereka.

Sampel kajian dipilh berdasarkan rawak kelompok (Cluster Random Sampling). Kaedah kajian yang digunakan adalah menggunakan ujian pra dan ujia pos untuk melihat keberkesanan pembelajaran koperatif di mana ujian pra diberikan sebelum pembelajaran koperatif manakala ujian pos diberikan selepas pembelajaran koperatif. reka bentuk kajian. Ujian pra digunakan untuk mengetahui pengetahuan sedia ada pelajar manakala ujian pos diberikan selepas proses pengajaran dan pembelajaran pembelajaran koperatif. Ujian pasca ini juga mengandungi 10 soalan yang sama dengan soalan yang terdapat pada ujian pra cuma susunan nombornya sahaja telah ditukar untuk mengelakkan pelajar menghafal jawapan. 3. 10 soalan berkaitan dengan subtopic perniagaan antarabangsa iaitu dokumen perniagaan antarbangsa telah disediakan.Populasi kajian adalah 2 buah kelas pelajar tingkatan 4 aliran sastera SMK Matang. Kemudian ujian pasca dijalankan selepas sesi pengajaran subtopik dokumen perniagaan antarbangsa dengan menggunakan kaedah koperatif. satu ujian pra ditadbirkan. 20 . instrumen kajian dan cara penganalisas data. Sebelum kelas itu diajar tajuk perniagaan anatarabangsa menggunakan kaedah koperatif. Prosedur yang sama juga telah diaplikasikan kepada kelas kedua di mana pengajaran yang dibuat adalah menggunakan kaedah tradisional. Secara keseluruhanya bahagian ini menerangkan metadologi kajian yang digunakan dalam kajian ini dengan lebih terperinci.3 Populasi dan Sampel Menurut Azizi et al (2007).2 Reka Bentuk Kajian Reka bentuk kajian yang digunakan adalah dalam bentuk eksperimental. Mereka terdiri daripada pelajar tingkatan empat aliran sastera yang mengambil mata pelajaran Perdagangan. 3.3. populasi adalah satu set lengkap semua kumpulan yang memenuhi spesifikasi.1 Pengenalan Dalam bahagian ini dibincangakan mengenai sampel kajian yang digunakan. Bagi ujian pra ini.

Sampel kajian pula adalah seramai 60 orang. Namun begitu. Sampel ini tidak terbatas kepada satu bangsa sahaja dan jantina juga. Juga didapati bahawa nisbah pelajar berbangsa melayu tidak sama dengan nisbah pelajar cina dan india. 3. didapati responden adalah terdiri daripada berbagai bangsa.4 Instrumen Kajian Alat kajian yang digunakan untuk mengunpulkan data tentang keberkesanan pembelajaran koperatif dalam mata pelajaran perdagangan. Sebanyak dua buah kumpulan ini dibahagikan kepada kumpulan eksperiman dan kumpulan kawalan masing-masing seramai 30 orang. Jika diteliti. Instrumen kajian yang digunakan untuk mengumpul maklumat mengenai keberkesan kaedah pembelajaran koperatif ialah menggunakan 21 . Terdapat kerawakan dalam jantina dan bangsa. Ia adalah bertujuan supaya kesemua sampel tersebu mempunyai tahap pengetahuan sedia ada yang hampir sama.1 menunjukkan taburan sampel yang telah dipilih. Di mana kumpulan eksperimen menjalankan kaedah pembelajaran kopeartif dan kumpulan kawalan pula menjalankan kaedah pembelajaran tradisional. Jadual 3. pemilihan sampel adalah dipastikan supaya hasil kajian ini dapat digeneralisasikan.Sebanyak duah buah kelas yang mempunyai tahap pencapaian akademik yang hampir sama.1 Taburan Sampel Bangsa Melayu Cina India Jumlah Lelaki 10 15 5 30 Perempuan 8 20 2 30 Jumlah 18 35 7 60 Jadual 3.

Selepas 20 minit itu.5 Prosedur kajian Kebenaran untuk menjalankan kajian telah diperolehi daripada pihak sekolah. 3. Ini membolehkan pelajar yang pandai akan membantu pelajar yang lemah. Kumpulan eksperimen adalah kumpulan pelajar yang mengikuti pembelajaran koperatif dan kumpulan kawalan adalah kumpulan pelajar yang mengikuti pembelajaran tradisional. Pada akhir sesi pengajaran. mereka diminta menjawab soalan ujian pos selama 15 minit. Ujian pra dan ujian pos adalah soalan yang sama cuma susunan soalan yang berbeza. Bagi kumpulan kawalan pula. mereka diminta menjawab soalan ujian pos dalam masa 15 minit. Selesai sesi perbincangan. 3. Sampel bagi kedua-dua kumpulan tersebut adalah seramai 30 orang setiap kumpulan. mereka dimita membentuk kumpulan kecil dan berbincang tentang tugasan yang diberikan oleh penyelidik. Bagi kedua-dua kumpulan naskah ujian pos dan ujian pra telah dikutip pada akhir sesi pengajaran dan pembelajaran bagi tujuan analisis data. Bagi kumpulan eksperimen. Ujian pra dan ujian pos merupakan instrumen kajian yang utama. Selepas itu penyelidik menjalankan pengajaran dengan menggunakan kaedah tradisional selama 20 minit. Semua pelajar yang terlibat telah dikumpulkan di dalam kelas untuk menjalankan sesi pengajaran yang telah dirancangkan. terlebih dahulu senarai pelajar dan keputusan ujian pertengahan tahun Perdagangan diperolehi daripada guru tingkatan untuk tujuan pembahagian pelajar kepada lima kumpulan kecil.6 Analisis Data Kertas ujian pra dan pasca bagi kedua-dua kumpulan yang dikembalikan oleh semua pelajar yang terlibat dikumpulkan dan disemak bagi memastikan kesemuanya telah dijawab dengan 22 . Mereka diminta menjawab soalan ujian pra sebelum sesi pengajaran bermula.ujian pra dan ujian pos. Hal ini adalah kerana. bagi pembelajaran koperatif mereka perlu melakukan sesi perbincangan bersama rakan-rakan yang mempunyai perbezaan pencapaian. Para pelajar diminta menjawab soalan ujian pra 15 minit sebelum sesi pembelajaran bermula. mereka akan menjalani pembelajaran tradisional.

penyelidik dapat menentukan tahap pemahaman pelajar terhadap subtopik dokumen perniagaan antarbangsa ini. baik dan sangat baik melalui Jadual Skor Markah Pencapaian Pelajar seprti Jadual 3. Data-data yang diperolehi dari kertas ujian pra dan pasca berkenaan disusun dalam bentk data yang teratur bagi memudahkan proses penganalisasan data dilakukan. sederhana.2 di bawah: Jadual 3.0 data yang diperolehi. Markah jawapan bagi set soalan ujian diberi berdasarkan skema pemarkahan dan dijumlahkan dalam min dan peratusan bagi memudahkan penganalisan data. Markah soalan ujian selepasa pembelajaran menggunakan kaedah koperatif yang diperolehi akan dibandingkan dengan markah ujian pelajar yang diajar secara tradisional. Analisis data dibuat menggunakan pengaturcaraan SPSS versi 17. Manakala pelajar yang mendapat skor yang kurang dari separuh dianggap masih elmah dalam tajuk ini dan tidak memahami subtopik ini dengan jelas. Ujian t dijalankan pula untuk mencari min 23 .lengkap. Pelajar yang mendapat jumlah skor yang banyak dianggap telah dapat memahami subtopik ini dengan baik.2 Skor Markah Pencapaian Pelajar Tahap Pencapaian Sangat baik Baik Sederhana Lemah Markah 12 – 15 8 – 11 4–7 0–3 Data yang diperoleh telah dikumpul dan direkodkan. Merujuk kepada skor-skor yang didapati. Daripada setiap jumlah markah yang diperolehi oleh setiap pelajar. boleh dikategorikan kepada empat tahap pemahaman konsep iaitu berada pada peringkat lemah.

kajian ini dilakukan dengan menjadikan ujian pra dan pasca sebagai alat kajian. Di peringkat ini juga.7 Rumusan Secara kesimpulannya. pengkaji telah berjaya mengenalpasti analisis yanga akan digunakan dalam kajian ini. bab tiga ini membincangkan tentang metodologi yang akan digunakan oleh pengkaji dalam menyempurnakan kajian ini. Pengkaji perlu melakukan kajian yang terperinci iaitu bermula dengan pemilihan responden. Oleh itu. BAB 4 24 . 3. Setrusnya.bagi soalan ujian pra dan pos. mengumpul data dan sehinggalah analisis data. Selepas itu. hasil tersebut akan menetukan samaada menyokong atau menolak hipotesis yang dibina. mengkaji akan mengenalpasti analisis-analisis data yang akan digunakan untuk menganalisis data yang akan digunakan dalam bab empat.

1.2 Latar Belakang Sampel Seramai 60 orang sampel telah digunakan untuk menjalankan kajian ini. Sampel adalah dari pelajar tingkatan empat aliran sastera di Sekolah Menegah Kebangsaan Matang. Jadual 4. bab ini menghuraikan tentang analisis ujian pra dan pasca pencapaian pelajar tingkatan empat aliran sastera dalam tajuk perniagaan antarabangsa bagi subtopik dokumen perniagaan antarabangsa dan juga tentang min skor dan peratus kemajuan pelajar dalam keseluruhan ujian. Taiping di negeri Perak.1 Pengenalan Secara keseleruhannya. Sampel ini telah dibahagikan kepada dua kumpulan.DAPATAN KAJIAN 4. 4.1 25 . Taburan perbezaan biangan anatara pelajar lelaki dengan pelajar perempuan bagi kumpulan eksperimen dapat dilihat pada Jadual 4.

didapati bahawa tahap kefahaman sedia ada pelajar tentang dokumen perniagaan antarabangsa adalah dalam keadaan sederhana bagi kedua-dua kumpulan sampel.3 Analisis Ujian Pra dan Pasca Pencapaian Pelajar Ujian pra dijalankan bagi mendapatkan gambaran awal tentang pemahaman dan pengetahuan sedia ada pelajar (prior knowledge) berkenaan tajuk perdagangan bagi suptopik perdagangan. Melalui ujian pra yang telah dijalankan.2 26 . Jadual 4.Taburan Pelajar Lelaki Dan Perempuan Kumpulan Eksperimen Bangsa Melayu Cina India Jumlah Lelaki 8 5 2 15 Perempuan 4 10 1 15 4.

4 100 Berdasarkan Jadual 4. Sebanyak 10% responden dari kumpulan koperatif mendapat keputusan yang baik. terdapat juga pelajar yang mendapat markah yang dikira sebagai lemah bagi kedua-dua kumpulan. Jadi kedua-dua kumpulan ini sesuai untuk dijalankan kajian ke atas mereka. didapati bahawa nilai min bagi kedua-dua kumpulan adalah hampir sama. Ini menunjukkan bahawa tahap pencapaian mereka pada awalnya adalah sama.3 13.3 di bawah. Secara purata.3 83.2 didapati bahawa tidak terdapat responden yang mendapat keputusan yang sangat baik daripada kedua-dua kumpulan untuk ujian pra.4%. pelajar mendapat markah yang sederhana bagi kedua-dua kumpulan iaitu kumpulan koperatif sebanyak 80% manakala kumpulan tradisional seramai 83. Daripada Jadual 4.3%. Nilai siginifikan bagi ujian pra adalah 0.3 27 .Pencapaian Pelajar Dalam Ujian Pra Peratus Tahap ___________________________________________________ Kumpulan Koperatif Sangat Baik Baik Sederhana Lemah Jumlah 10 80 10 100 Kumpulan Tradisional 3. Dari kumpulan koperatif sebanyak 10% mendapat keputusan yang lemah manakala dari kumpulan tradisional sebanyak 13.861 menunjukkan bahawa tiada perbezaan yang siginifikan anatara pencapaian awal pelajar kumpulan koperatif dengan pelajar kumpulan tradisional. Jadual 4.

P=Sisihan Piawai Sig=siginifikan . kebanyakkan skor pelajar yang belajar menggunakan kaedah koperatif adalah berada pada tahap yang baik.861 t Sig.4 28 .Taburan Min Ujian Pra Bagi Kedua-dua Kumpulan Koperatif (N=30) Min S. skor pelajar yang diajar menggunakan kaedah tradisional adalah pada tahap sederhana sahaja.77 *Signifikan p<0.00 1.44 1.93 1. (2-tailed) Seterusnya uian pasca diberikan kepada kedua-dua kumpulan.P 5. Jadual 4.62 Tradisional (N=30) 4. S. Manakala. satu kumpulan diajar menggunakan kaedah pembelajaran secara koperatif manakala satu kumpulan lagi diajar menggunakan kaedah tradisional. Melalui data skor yang diperolehi.05 Nota.

kita dapat melihat perbezaan yang ketara antara markah pencapaian antara kedua-dua kumpulan.3 100 Merujuk kepada Jadual 4. Seterusnya. 70% pelajar dari kumpulan koperatif mendapat keputusan yang baik manakal 6.7 80 13.Pencapaian Pelajar Dala Ujian Pasca Peratus Tahap ___________________________________________________ Kumpulan Koperatif Sangat Baik Baik Sederhana Lemah Jumlah 70 30 100 Kumpulan Tradisional 6.3% mendapat keputusan yang lemah. 80% mendapat keputusan yang sederhana dan baki selebihnya iaitu 13.5 menunjukkan taburan min dan pencapaian bagi ujian pasca keduadua kumpulan.5 29 . Sebanyak 30% pelajar dari kumpulan koperatif mendapat markah yang sederhana sahaja. Perbandingan dibuat antara kumpulan koperatif dan kumpulan tradisional. Jadual 4.7% sahaja responden yang mendapat keputusan yang baik bagi kumpulan tradisional. Jadual 4. Bagi kumpulan tradisional pula.4 iaitu peratus pencapaian pelajar dalam ujian pasca. Berdasarkan data ini.

5 menunujukkan keseluruhan pencapaian pelajar dalam ujian pasca selepas dijalankan sama ada mengikut kaedah kopearif mahupun kaedah tradisional. (2-tailed) 5. Jika dibandingkan min antara kedua-dua kmpulan.87 *Signifikan p<0.40 Tradisional (N=30) 4.Taburan Min Dan Pencapaian Bagi Ujian Pasca Kedua-Dua Kumpulan Koperatif (N=30) Min S. didapati bahawa nilai min bagi kumpulan koperatif adalah lebih tinggi daripada nilai min kumpulan tradisional.93 1.44 15.P=Sisihan Piawai Sig=siginifikan .62 63.05 Nota.00 1.00 Jadual 4. Nilai siginfikan yang ditunjukkan dalam jadual ialah .62 t Sig.4 Min Skor Dan Peratusan Kemajuan Pelajar Dalam Keseluruhan Ujian 30 .P % Peningkatan pencapaian 5.00. nilai ini menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang siginifikan antara pencapaian pelajar yang belajar melalui kaedah koperatif berbanding dengan pelajar yang belajar menggunakan kaedah tradisional. S. 4.

Jika melihat kepada peratusan kemajuan pelajar. didapati peningkatan pemahaman pelajar perempuan adalah mat tinggi berbanding peningkatan pencapaian pelajar lelaki. Seterusnya. Hal ini meunujukkan berlaku peningkatan dalam pemahaman pelajar lelaki tersebut. 31 . nilai min itu kurang jika dibandingkan dengan nilai min bagi pelajar perempuan iaiti 4.73 8.93 bagi ujian pasca.8.27.6 Nilai Min Dan Peratus Kemajuan Pelajar Lelaki Dan Perempuan Dalam Ujian Pasca Koperatif Jantina Min Peratus (%) Lelaki Pra Pasca 5. Nilai min tersebut menunjukkan bahawa min skor dalam ujian pasca adalah lebih tinggi berbanding nilai min ujian pra.Satu jadual analisis min dan peratus bagi melihat perbezaan tahap kemajuan antara pelajar lelaki dan perempuan dengan lebih jelas.27 6. Jadual 4.93 0 27.70 0 88. ujian-t juga dijalankan bagi melihat pengaruh faktor jantina terhadap pencapaian ataupun kemajuan pelajar. nilai min ujian pasca bagi pelajar lelaki adalah 6.73 dan tinggi berbanding dengan nilai min ujian pra iaitu 5.73 4.73 bagi ujian pra dan 8.79 Perempuan Pra Pasca Melihat kepada Jadual 4. Namun begitu.

00 Jadual 4.Ujian-t dilakukan bagi melihat sama ada jantina turut mempengaruhi tahap peningkatan pencapaian pelajar dalam pembelajaran koperatif.60 *Signifikan p<0.00.P % Peningkatan pencapaian 7. Bantuan SPSS digunakan bagi menganalisis data tersebut.79 t Sig. S. hipotesis yang mengatakan bahawa tidak wujud perbezaan yang signifikan dalam pencapaian 32 .7 menunjukkan keseluruhan pencapaian pelajar lelaki dan perempuan dalam ujian pasca selepas dijalankan pengajaran secara kaedah koperatif.16 88.7 Taburan Min Dan Pencapaian Pelajar Lelaki Dan Perempuan Dalam Ujian Pasca Koperatif Koperatif (N=15) Min S. (2-tailed) -5.P=Sisihan Piawai Sig=siginifikan .40 1.05 Nota. didapati bahawa nilai min bagi kumpulan pelajar perempuan adalah lebih tinggi daripada pelajar lelaki. Nilai signifikan yang terdapat dalam jadual ialah 0.93 1. Jika dibandingkan min antara kedua-dua kumpulan. Jadi.70 Tradisional (N=15) 8. Jadual 4.35 27.

faktor jantina juga mempengaruhi tahap pencapaian dalam ujian pasca. Pelajar perempuan lebih bepat menerima cara pengajaran koperatif berbanding pelajar lelaki. Secara rumusnya. Ia jelas terbukti apabila peratus pencapaian pelajar dalam ujian pasca. dapat dilihat bahawa terdapat perbezaan yang ketara di antara peratus peningkatan pencapaian pelajar lelaki berbanding pelajar perempuan. kaedah pembelajaran koperatif dapat meningkatkan pencapaian pelajar dalam mata pelajaran perdagangan. 70% pelajar dari kumpulan koperatif mendapat keputusan yang baik manakala 6. penggunaan kaedah koperatif dalam proses pengajaran dan pembelajaran sememangnya dapat meningkatkan prestasi pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Perdagangan. Data yang dibandingkan di sini adalah peratusan pencapaian dan bukanlah markah skor pelajar.5 Rumusan Secara rumusnya.mata pelajaran perdagangan bagi pelajar tingkatan 4 dari segi jantina ditolak. 4. Hasil analisis kajian mendapati bahawa secara keseluruhannya pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Perdagangan telah meningkat setelah proses pengajaran dan pembelajaran menggunakan koperatif dijalankan. BAB 5 33 . secara keseluruhannya. Jadi.7% sahaja responden yang mendapat keputusan yang baik bagi kumpulan tradisional bagi mata pelajaran Perdagangan yang menggunakan kaedah peta minda dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Maka.

tahap pemahaman pelajar kedua-dua kumpulam terhadap tajuk perdagangan berada pada tahap sederhana sahaja. Walaubagaimanapun. Seterusnya. Selain itu.2 didapati bahawa secara kesimpulannya tahap pemahaman awal pelajar adalah sederhana bagi kedua-dua kumpulan. Jadi kajian ini sesuai unyuk dijalankan dan dapatan kajian dapat digenealisasikan.Bab ini akan membincangkan dapatan yang diperolehi dalam bab empat.2 Tahap Pencapaian Pelajar Menggunakan Kaedah Pembelajaran Koperatif Dan Tradisional Daripada analisis data yang telah dilakukan pada Jadual 4.1 Pengenalan Kajian ini dijalankan adalah untuk melihat dan membuat perbandingan antara dua kaedah pembelajaran iaitu kaedah koperatif yang agak kurang digunakan dalam kalangan sekolahsekolah menegah di Malaysia berbanding dengan kaedah tradisional yang sememangnya kaedah yang biasa digunakan di sekola-sekolah. Antara kedua-dua kaedah kaedah tersebut. kajian ini mengenal pasti yang manakah akan dapat membantu pelajar dalam kecemerlangan pelajaran mereka.07 sahaja. berdasarkan markah ujian pasca. terdapat peningkatan tahap pencapian kedua-dua kumpulan dalam ujian pasca. Secara keseleruhanya. Perbezaan yang amat sedikit.5 menunjukkan bahawa peratusan pencapaian bagi 34 . Perbezaan nilai min bagi kedua-dua kumpulan hanyalah 0.PERBINCANGAN DAN KESIMPULAN 5. ujian pra dijalankan hanyalah untuk mengetahui tahap pemahaman awal (prior knowledge) pelajar tentang topik tersebut. Hal ini menunjukkan bahawa pengetahuan awal mereka mengenai perdagangan adalah berada pada tahap yang setara. Jadual 4. tujuan kajian ini adalah untuk melihat jika terdapat perkaitan antara faktor jantina dengan tahap pencapian pelajar. Nilai min bagi kumpulan koperatif adalah lebih tinggi berbanding kumpulan tradisional. 5.

3 Pengaruh Faktor Jantina Terhadap Tahap Pencapaian Pelajar Dengan Menggunakan Kaedah Pembelajaran Koperatif Merujuk kepada jadual 4. 5. didapati bahawa perbezaan peratusan kemajuan pencapian adalah 61. Namun begitu. nilai min ujian pasca bagi pelajar perempuan adalah lebih tinggi berbanding dengan nilai min ujian pasca bagi pelajar lelaki. Antara faktor yang mungkin menyumbang kepada keadaan ini adalah sikap pelajar lelaki yang lebih suka bermain-main ketika sesi perbincangan kumpulan.min kumpulan koperatif adalah lebih tinggi berbanding denga kumpulan tradisional sebanyak 43. Dalam kajian ini menunjukkan bahawa peningkatan pencapain kumpulan koperatif adalah lebih tinggi berbanding dengan pencapaian kumpulan tradisional.09%.2 tidak terdapat perbezaan yang signifikan anta tahap pencapaian pelajar yang menggunakan kaedah pembelajaran koperatif dengan kaedah tradisional ditolak. Jadi daripada data ini dan nilai kesingfikan lebih kecil daripada 0. Hasil ini disokong oleh Kamisah (2001).6 didapati min ujian pra bagi pelajar lelaki adalah lebih tinggi daripada nilai min pelajar perempuan. Jika merujuk kepada nilai peratus kemajuan antara pelajar lelaki dan pelajar perempuan. iaitu meyatakan bahawa pelajar lebih berminat dalam kumpulan koperatif telah membuktikan hipotesis iaitu tidak terdapat perbezaan yang signifikan anta tahap pencapaian pelajar yang menggunakan kaedah pembelajaran koperatif dengan kaedah tradisional ditolak. Terdapt juga pelajar lelaki yang enggan meninggalkan kumpulan masing-masing dalam membentuk satu kumpulan yang hetregenous berbanding dengan pelajar perempuan yang terus memberikan kerjasama dan komitmen apabila diminta berbuat demikian.05 pada jadual 4. Doise dan Mugny dalam Slavin (1995) dan Johnson dan Johnson (1981) juga bersetuju dengan Piaget bahawa interaksi sosial akan menyebabkan perkembangan kognitif yang lebih 35 .33%. jadi di sini dapatlah disimpulkan bahawa pelajar perempuan mendapat kesan pembelajaran koperatif yang lebih maksimum berbanding dengan pelajar lelaki.

mengembangkan kemahiran kepimpinan.maju dan pemahaman yang lebih mendalam. Walau bagaimanapun. Namun begitu. namun ia adalah satu perkara yang tidak membimbangkan dan mampu diubah dengan usaha yang berterusan. hasil kajian telah meyelesaikan persoalan kajian dan mendapati bahawa kaedah pembelajaran koperatif dapat membantu pelajar dalam proses P&P. Hasil dari kajian menunjukkan bahawa kaedah pembelajaran koperatif telah banyak membantu pelajar dalam meningkatkan pemahaman dalam subtopik perdagangan. Terdapat sedikit perbezaan dari segi kadar penerimaan kaedah ini antara pelajar lelaki dan perempuan. Walaupun kaedah pembelajaran ini masih belum dapat dikuasi sepenuhnya oleh pelajar lelaki berbanding dengan pelajar perempuan. Secara keseluruhanya. Selain itu. pembelajaran koperatif juga memberikan pengalaman pembelajaran yang menyeronokkan. namun ia boleh dipupuk. Kaedah pembelajaran koperatif telah mengajar pelajar untuk belajar secara aktif dan tidak terlalu mengharapkan guru dan keseluruhanya adalah berpusatkan pelajar. masih ramai yang tidak memahami dan tidak mempercayai keberkesanan kaedah pedagogi ini. jelaslah bahawa pembelajaran secara koperatif ini banyak membantu pelajar-pelajar dalam meningkatkan tahap pencapaian mereka dalam mata pelajaran perdagangan. 5. Kajian-kajian lepas juga menunjukkan masih ramai pengajar di sekolah mahaupun di IPT menggunakan pendekatan syarahan sebagai satu-satunya kaedah pengajaran dan pembelajaran dalam bilik-bilik kuliah.4 Kesimpulan Dapatan kajian mengenai keberkesanan penggunaan kaedah pengajaran dan pembelajaran secara koperatif dalam tajuak perdagangan menunjukkan hasil yang positif di mana perbezaan min bagi peningkatan pencapaian berbanding dengan pelajar yang diajar menggunakan kaedah tradisional adalah hampir tiga kali ganda. mengalakkan sikap yang positif. Kepentingan 36 . meningkatkan harga diri dan boleh menerima pembelajaran secara terangkum.

serta kelebihan dalam membentuk kumpulan pelajar adalah penyusanan pembelajaran aktiviti kumpulan yang distrukturkan secara sosial. 5. Maka dengan ini juga diharapkan agar kaedah pembelajaran koperatif dapat diaplikasikan bukan sahaja di sekolah-sekoalah tetapi juga di institusi-institut=si penajian tinggi. Sebenarnya. guru-guru Perdagangan perlu mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang digunakan di dalam kelas. Selain itu. 37 . Implikasi daripada dapatan-dapatan tersebut. 5. Untuk itu pihak sekolah perlulah menyediakan kemudahan pembimbing rakan sebaya dan budaya koperatif.5 Implikasi Kajian Kajian yang dilakukan ini boleh memberikan implikasi dan kesan yang baik kepada pelbagai pihak seperti guru dan para pelajar.6 Cadangan Berdasarkan kepada dapatan kajian ini. Pihak sekolah juga perlu memainkan perana penting dalam meningkatkan pencapaian pelajar. Diharapkan cadangan kajian ini dapat dijadikan garis panduan oleh pihak-pihak yang berkenaan untuk menilai kembali perlaksanaan pembelajaran koperatif yang diadakan di sekolah-sekolah. kajian ini boleh dijadikan sebagai salah satu alternatif kepada pengajaran dan pembelajaran yang sering digunakan dalam mata pelajaran Perdagangan. beberapa cadangan dikemukakan bagi meningkatkan keberkesanan amalan pembelajaran koperatif. guru juga perlu menggunakan kaedah pembelajaran menggunakan peta minda kerana kaedah ini didapati membantu untuk meningkatkan pencapaian para pelajar. Para guru juga diberi peluang mengalami pendekatan koperatif sebelum mereka boleh menggunakannya. Guru mempunyai daya kreativiti untuk mempelbagaikan pengajaranya agar dapat menarik minat pelajarnya dan pengajaran secara streotaip perlu dielakkan sebaliknya pengajaran koperatif perlu diamalkan.

Pemupukan semangat kerjasama bertujuan untuk melahirkan individu yang mempunyai semangat berkerjasama seterusnya dapat meningkatkan pretasi pembelajaran dan hubungan sosial. latihan dan kemahiran supaya tidak ketinggalan dalam arus perdana pendidikan negara. Penggunaan teknologi sebagai pemudahacara seperti simulasi computer dan peralatan anatara muka berkomputer dapat membantu pelajar memahami perdangana yang abstrak sekaligus menjadikan proses pembelajaran itu lebih bermakna dan menarik kepada pelajar. para pelajar perlu mengikuti perubahan pada masa kini iaitu menuntut setiap individu meningkatkan ilmu pengetahuan. Cadangan kepada para pelajar agar semangat kerjasama perlu dipupuk melalui semua mata pelajaran. terdapat beberapa cadangan bagi penyelidikan selanjutnya. iaitu: 38 . Antara pendekatan yang digunakan ialah mengikuti seminar dan kursus yang dianjurkan oleh pihak sekolah. Pemupukannya juga dapat dilakukan melalui aktiviti kokurikulum dan khidmat masyarakat. 5. Sejurus dengan itu. Perak dan hanya melihat pencapaian pelajara dalam subtopik dokumen perniagaan antarabangsa sahaja.7 Cadangan Kajian Lanjutan Kajian ini hanya dibataskan kepada dua kumpulan pelajar tingkatan 4 di sebuah sekolah sahaja iaitu SMK Matang di Taiping. Selain itu juga.Pengajaran dan pebelajaran secara koperatif akan menjadi lebih menjadi menarik sekiranya ia dikaitkan dengan pembeajaran melalui kaedah penemuan yang memberi peluang kepada pelajar membina dan memahami sendiri konsep tertentu sambil diawasi oleh guru.

Jadi.8 Rumusan Penggunaan kaedah koperatif sebagai salah satu teknik dan kaedah pengajaran bagi mata pelajaran Perdagangan adalah amat berkesan dalam meningkatkan pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Perdagangan. dicadangkan bagi kajian selanjutnya.i. 5. ii. Oleh itu. peyelidik boleh menggunakan kedua-dua kaedah kuantitatif dan kualitatif. Kajian ini boleh dianggap relevan kepada topik lain mata pelajaran perdagangan. bagi kajian yang selanjutnya. Hal ini adalah disebabkan ia dapat meneroka maklumat mengenai kaedah pembelajaran dan pengajaran secara koperatif dengan lebih mendalam. Oleh itu. penyelidik boleh membina satu kajian yang melibatkan lebih ramai sampel pelajar dari seluruh negeri di Malaysia. Kajian ini hanya menggunakan sampel kajian yang terdiri daripada 60 orang pelajar sahaja. Hal ini kerana penggunaan kaedah kopeartif akan menarik minat pelajar dan memudahkan pelajar untuk mengingat fakta-fakta 39 . kajian ini hanya memfokuskan sub topik perniagaan antarabangasa bagi mata pelajaran perdagangan tingkatan 4. Ia terbukti apabila terdapat peningkatan pencapaian pelajar setelah menggunakan kaedah pengajaran dan pembelajar koperatif. replikasi kajian yang melibatkan pelajar dari tingkatan 5 akan membekalkan sokongan lanjut dalam membuat generalisasi hasil kajian. Seterusnya. iii. Hal ini supaya analisis yang lebih terperinci dapat dilakukan untuk mengetahui tahap keberkesanan penggunaan kaedah koperatif dalam proses pengajaran dan pembelajaran kepada para pelajar. Kajian ini hanya menggunakan kaedah kuantitati iaitu dengan menggunakan teknik ujian.

penting yang terdapat dalam mata pelajaran Perdagangan. Oleh itu. penyelidik berharap supaya semua pihak memainkan peranan dalam meningkatkan pencapaian pelajar melalui kaedah pengajaran dan pembelajaran yang efektif. 40 .

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful