SKEMA JAWAPAN SEJARAH KERTAS 2

SOALAN 1

j2k

BINCANGKAN SISTEM POLITIK DI NEGERI-NEGERI SEBELUM CAMPUR TANGAN BRITISH PADA TAHUN 1874.

MELAYU

A) PENGENALAN (2@3M) 1. Semua Negeri-Negeri Melayu kecuali Negeri Sembilan mempunyai sistem politik yang sama. Sistem politik di Negeri-Negeri Melayu adalah berasaskan kepada sistem politik Kesultanan Melayu Melaka. 2. Sebelum campur tangan British, sistem politik di Negeri-Negeri Melayu boleh dibahagikan kepada tiga peringkat iaitu Negeri, Daerah atau Jajahan dan Kampung. Sementara sistem politik di Negeri Sembilan pula berasaskan Adat Pepatih.

B) ISI (20 M) 1. Peringkat Negeri (10m) a. Dalam sistem politik Melayu tradisional, unit politik yang paling besar ialah Negeri. Pada abad ke-19, perkataan Negeri dirujuk kepada satu kawasan yang merdeka di bawah pemerintahan sendiri. Sesebuah Negeri terletak di kawasan muara sungai. Kedudukan yang strategik ini amat berguna untuk membolehkan seseorang pemerintah mengawal setiap pergerakan keluarmasuk penduduk ataupun pedagang luar. b. Pentadbiran Negeri Melayu diketuai oleh Sultan, Raja ataupun Yang DiPertuan Besar. Sultan atau Raja merupakan pemegang kuasa politik tertinggi dalam pentadbiran sesebuah Negeri. c. Bagi melaksanakan pentadbiran Negeri, Sultan dan Raja dibantu oleh pembesar. Pembesar menjadi tulang belakang pentadbiran sesebuah Negeri Melayu kerana mereka menolong Raja / Sultan mentadbir Negeri masingmasing. Gelaran pembesar bagi setiap Negeri Melayu adalah berbeza. d. Contohnya di Perak, Sultan di bantu oleh pembesar 4 yang terdiri daripada Raja Bendahara, Penghulu Bendahari, Temenggung Paduka Raja dan Menteri Paduka Tuan. Di Pahang pula Sultan di bantu oleh pembesar 4 yang terdiri daripada Orang Besar Indera Maharaja Perba Jelai, Orang Kaya Indera Segara Temerloh, Orang Kaya Indera Pahlawan Chenor dan Orang Kaya Indera Syahbandar. Di Kelantan Sultan Kelantan dibantu oleh pembesar yang terdiri daripada Raja Bendahara, Raja Temenggung, Perdana Menteri dan Engku Besar Jeram. Di Kedah pula Sultan Kedah di bantu oleh Seri Paduka

1

Maha Menteri, Seri Paduka Laksamana, Paduka Maharaja Temenggung Anggota Besar, dan Seri Maharaja Putra Dewa. e. Sementara sistem politik di Negeri Sembilan pula berasaskan kepada Adat Pepatih. Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan dibantu oleh Undang 4 bagi melaksanakan pentadbiran Negeri yang terdiri daripada Undang Johol, Jelebu, Rembau, dan Sungai Ujong. f. Bagi mengukuhkan kedudukan Sultan atau Raja dalam pentadbiran Negeri, Sultan atau Raja seringkali dikaitkan dengan konsep Daulat. Kedaulatan seseorang Sultan diperkukuhkan melalui penggunaan bahasa dalam, warna kuning dan peralatan kebesaran seperti cop mohor, nobat, serunai, nafiri, tombak, keris dan lain-lain.

j2k

g. Pelantikan seseorang Sultan atau Raja bagi meneruskan pentadbiran negeri di semua Negeri Melayu kecuali Perak dilakukan berasaskan sistem warisan atau keturunan. Menurut sistem warisan, apabila seseorang Sultan atau Raja mangkat, putera sulong Sultan daripada Permaisuri berdarah Raja ataupun adik lelakinya sekiranya baginda tidak mempunyai waris akan berhak mewarisi takhta kerajaan. Bakal pengganti Sultan digelar Raja Muda ataupun Tengku Mahkota. Mereka akan dilantik sebagai Sultan sebelum jenazah Sultan dimakamkan. h. Sementara di Perak, perlantikan seorang Sultan atau Raja bagi mentadbir negeri dilakukan melalui sistem giliran. Melalui sistem ini bakal Sultan hendaklah terlebih dahulu memegang jawatan Raja DiHilir, Raja Bendahara dan Raja Muda. Perlantikan yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan pula dilakukan oleh Undang 4 di kalangan putera Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan.

2. Peringkat Daerah (6m) a. Bagi melicinkan pentadbiran, setiap negeri dipecahkan pula kepada beberapa Daerah atau Jajahan. b. Pentadbiran Daerah atau Jajahan diketuai oleh Pembesar Daerah ataupun Ketua Jajahan. Mereka di gelar Orang Besar-Besar. c. Pembesar Daerah atau Ketua Jajahan dilantik oleh Sultan melalui surat tauliah yang mempunyai cop mohor. Mereka akan melaksanakan tugas dan mempunyai kuasa penuh dalam Daerah/Jajahan pentadbiran masing-masing. Kawasan pentadbiran mereka bergantung kepada kawasan yang diperuntukan dalam surat tauliah yang dikurniakan oleh Sultan atau Raja. Pembesar Daerah atau Jajahan bertanggungjawab kepada Sultan/Raja. d. Dalam sistem politik masyarakat Melayu tradisional, kedudukan pembesar Daerah adalah sangat penting. Ini disebabkan oleh pembesar Daerah sangat rapat dengan rakyat. Oleh yang demikian, mereka sangat berkuasa dan

2

penting sebagai perantaraan antara Sultan dan rakyat. Justeru itu terdapat kes-kes di mana pembesar Daerah lebih kaya dan berkuasa daripada Sultan. Contohnya di Perak, pembesar Daerah berhak memilih bakal Sultan dan berkuasa menyingkirkan Sultan yang mereka tidak sukai. e. Pembesar Daerah di benarkan memungut cukai di daerah yang diperuntukan kepada mereka sebagai pendapatan mereka. Sebahagian kecil daripada cukai tersebut akan diserahkan kepada Sultan sebagai tanda taat setia. Contohnya, Sultan Perak akan diberikan sebanyak RM6.00 bagi tiap-tiap bahara bijih timah yang dieksport dari mana-mana daerah di Perak oleh pembesar Daerah. f. Kekuasaan dan pengaruh pembesar Daerah adalah berdasarkan kepada jumlah pengikutnya.

j2k

g. Antara Pembesar Daerah ialah Long Jaafar dan Ngah Ibrahim di Larut, Dato Maharaja Lela di Pasir Salak, Dato Sagor di Kampung Gajah, Raja Jumaat di Lukut, Raja Abdullah di Kelang, Dato Bahaman di Semantan dan sebagainya.

3. Peringkat Kampung (4m) a. Kampung merupakan unit politik masyarakat Melayu tradisional. yang paling kecil dalam sistem politik

b. Pentadbiran kampung diketuai oleh penghulu atau Tok Kweng di Kelantan. c. Mengikut adat, penghulu dipilih berdasarkan keturunan. Mereka yang dipilih akan dilantik oleh Sultan dengan cara menganugerahkan surat tauliah. d. Penghulu akan menjadi perantara antara pembesar Daerah dengan penduduk kampung. e. Penghulu tidak dibayar gaji, tetapi memperolehi pendapatan daripada hasil cukai yang dipungut daripada penduduk kampung. f. Sementara di Terangganu semasa pemerintahan Sultan Omar pada abad ke19 penghulu bertanggungjawab terus kepada baginda.

C) KESIMPULAN (2@3M) 1. Sistem politik Melayu tradisional yang berasaskan kepada kerajaan Kesultanan Melayu Melaka telah memberikan Sultan dan Raja kuasa mutlak untuk mentadbir sesebuah Negeri Melayu. Bagi melicinkan pentadbiran, Negeri telah dipecahkan kepada beberapa daerah yang diketuai oleh pembesar-pembesar Daerah dan Kampung yang diketui oleh penghulu.

3

2. Namun selepas campur tangan British, sistem politik di Negeri Melayu telah dibahagikan kepada empat peringkat iaitu Negeri, Daerah/Jajahan, Mukim dan Kampung. 3. Sultan tidak mempunyai kuasa dalam pentadbiran negeri. Peranan Sultan telah diambil alih oleh Residen British. Sementara pentadbiran Daerah pula diambil alih oleh pegawai Daerah British. Pentadbiran peringkat Mukim dan Kampung pula di ketuai oleh pembesar Melayu yang sanggup berkerjasama dengan British.

j2k

4

SOALAN 2 BINCANGKAN PENGARUH AGAMA ISLAM MELAYU TRADISIONAL DI TANAH MELAYU BRITISH. A) PENGENALAN (2@3 M) 1. Agama Islam telah dibawa masuk ke Tanah Melayu pada abad ke-15 melalui kerajaaan Kesultanan Melayu Melaka dan seterusnya dikembangkan ke seluruh Tanah Melayu serta dianuti oleh masyarakat Melayu tempatan. 2. Agama Islam telah mempengaruhi setiap aspek kehidupan masyarakat Melayu tradisional di Tanah Melayu sebelum kedatangan British pada abad ke-19. 3. Kedatangan Islam telah membawa perubahan kepada masyarakat Melayu di Tanah Melayu dalam bidang politik, perundangan, adat dan kebudayaan, semangat jihad dan pendidikan. TERHADAP MASYARAKAT SEBELUM KEDATANGAN

j2k

B) ISI (20M)

PENGARUH AGAMA TRADISIONAL

ISLAM

TERHADAP

MASYARAKAT

MELAYU

1) Politik a. Kedatangan agama Islam telah memperkenalkan konsep kesultanan yang berbeza dengan konsep beraja yang dipengaruhi oleh unsur agama HinduBuddha. Konsep Dewa Raja yang menganggap Raja sebagai bayangan tuhan di muka bumi telah digantikan dengan Sultan sebagai Khalifah Allah di muka bumi. b. Agama Islam juga turut memperkukuhkan kedudukan dan taraf raja-raja Melayu. Raja dalam masyarakat Melayu tradisional telah digantikan dengan gelaran Sultan yang menjadi penaung kepada agama Islam dan bertindak sebagai Ketua Agama Islam di Negeri-negeri Melayu. c. Sementara pemimpin-pemimpin Islam pula telah dilantik sebagai penasihat sultan dalam semua perkara yang berkaitan dengan hukum syarak ataupun mengenai agama Islam. Mereka menerima anugerah daripada Sultan seperti Imam Maharaja, Maharaja Kadi, Dato Mufti dan Seri Utama.

5

d. Di Terengganu, golongan agama digelar Tokku. Keturunan mereka dikenali sebagai Engku atau Tuan.

j2k

2) Perundangan a. Hukum Syarak telah dijadikan sebagai sistem perundangan di negeri-negeri Melayu tradisional. Hukum syarak telah dijadikan sistem perundangan secara meluas di Perak, Terengganu, Pahang dan Johor. b. Hukum Syarak yang dilaksanakan di negeri-negeri Melayu pada abad ke-19 termasuklah undang-undang jenayah yang melibatkan hukum bagi kesalahan mencuri, samun, membunuh, berzina dan liwat. Sementara undang-undang muamalat pula melibatkan hukuman bagi kesalahan menjual-beli, hutangpiutang, sewa tanah, hukum berhuma, berladang, menternak dan larangan melakukan kerja-kerja mungkar seperti meminum arak dan tuak. c. Contohnya, pada abad ke-19, Terengganu melaksanakan hukum Syariah/ Undang-Undang Islam. Hukuman yang dijatuhkan ialah kesalahan mencuri dikudungkan tangan, yang bersalah dipenjarakan, yang membunuh dihukum bunuh dan kesalahan-kesalahan Mal akan didenda.

3) Adat-istiadat a. Selepas kedatangan Islam beberapa adat dan undang-undang tempatan telah disesuaikan dengan hukum syarak. b. Contohnya, Adat Perpatih telah dibawa masuk ke Tanah Melayu pada abad ke-17. Selepas kedatangan Islam, Adat Pepatih telah disesuaikan dengan unsur-unsur ajaran Islam. Begitu juga dengan Adat Temenggung. Kedua-dua adat ini telah menggunakan hukum syarak yang berasaskan Mazhab Shafie. c. Sementara adat-istiadat yang dahulunya dipengaruhi oleh unsur agama Hindu telah digantikan unsur agama Islam seperti adat persandingan, pertabalan, pijak tanah, melenggang perut, berkhatan dan sebagainya. d. Upacara mengkhatam Al-Quran telah diadakan bagi meraikan kanak-kanak yang tamat mengaji Al-Quran, kenduri arwah dan kesyukuran serta adat berkampung yang mengkehendaki semua penduduk kampung lelaki mengerjakan sembahyang Jumaat adalah merupakan unsur-unsur Islam. e. Adat bercukur turut diadakan dan dimulakan dengan berzanji dan marhaban iaitu bacaan mengenai kisah-kisah kelahiran dan kebesaran Nabi Muhammad. Adat ini diakhiri dengan bacaan tahlil dan doa selamat sebagai mengucap syukur kepada Allah.

6

f.

Sementara upacara pengkebumian pula dilakukan dengan bacaan talkin dan diakhiri dengan doa oleh imam atau orang alim.

j2k

g. Kumpulan-kumpulan hadrah dan kompang pula akan mempersembahkan lagu-lagu bagi memuji kebesaran dan kemuliaan Nabi Muhammad pada majlis sambutan maulidul Rasul. h. Perayaan-perayaan yang diadakan di istana turut dipengaruhi oleh unsur Islam. i. Adat-istiadat dan perayaan-perayaan di Istana akan dimulakan dan diakhiri dengan bacaan Al-Quran dan doa. Sementara pegawai-pegawai agama seperti Imam memainkan peranan penting dalam setiap Majlis dan perayaan di Istana.

j.

k. Imam adalah orang yang membaca doa dalam setiap majlis dan perayaan di istana. l. Imam akan duduk di Balairong bersama-sama dengan pembesar. Ini bermakna agama Islam telah diberikan penghormatan dan kemuliaan yang amat tinggi pada masa ini.

4) Kepercayaan a. Agama Islam juga turut memperkenalkan konsep tauhid iaitu menafikan kewujudan banyak tuhan. Ia bermula dengan keesaan tuhan dan konsep ibadat yang luas. Faktor ini telah berjaya menarik minat penduduk-penduduk tempatan terhadap agama Islam. b. Agama Islam juga turut memberi penekanan kepada fahaman akliah/rasional. Fahaman ini telah berjaya mengubah pemikiran masyarakat Melayu daripada mempercayai unsur-unsur tahyul kepada kepercayaan yang bersifat akliah atau rasional. c. Selepas kedatangan Islam, pandangan masyarakat Melayu juga telah berubah daripada tokoh-tokoh Hindu, ahli sihir dan bomoh kepada tokohtokoh Islam.

5) Pendidikan a. Kedatangan Islam juga turut mempengaruhi perkembangan pendidikan di Tanah Melayu. b. Kanak-kanak Melayu dikehendaki mempelajari bahasa Arab, membaca AlQuran, belajar sembahyang dan fardu ain. Guru-guru agama biasanya keturunan Arab yang digelar Sayid ataupun Syeikh.

7

j2k

c. Kelas-kelas agama akan diadakan di rumah guru agama pada waktu malam. Dari sini lahirlah sistem pendidikan pondok. d. Sekolah-sekolah pondok ini akan mengajar mata pelajaran Tauhid, Fekah, Tafsir Al-Quran, Ilmu Mantik, Tasawwuf, Akhlak, Sejarah Islam dan sebagainya. e. Tujuan penubuhan sekolah-sekolah pondok ialah untuk melahirkan pelajar yang berakhlak tinggi, berpengetahuan Islam dan beribadat dengan betul. Pengajian di sekolah-sekolah pondok ini adalah merupakan pendidikan yang tertinggi di negeri-negeri Melayu sehingga tahun 1850-an.

6) Kesenian a. Pengaruh Islam juga dapat dilihat dalam bidang kesenian melalui ukiranukiran di dinding-dinding masjid, kubah masjid, menara azan, tempat berwuduk, madrasah, batu nisan dan sebagainya. b. Terdapat juga tulisan dan ukiran yang bercorak bunga geometri dan ayat-ayat Al-Quran dan Hadith yang menghiasi rumah dan bangunan.

7) Bahasa dan Kesusasteraan a. Kedatangan agama Islam turut menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu pengetahuan. b. Bahasa kuno yang menggunakan huruf-huruf dari India telah digantikan dengan tulisan Arab iaitu Jawi. c. Dengan adanya tulisan jawi, ilmu pengetahuan dan Kesusasteraan Melayu telah mengalami perkembangan pesat. Banyak buku-buku telah dihasilkan dengan menggunakan tulisan Jawi. d. Melalui pengaruh Islam, Bahasa Melayu telah berkembang maju dengan pelbagai istilah yang dipinjamkan dari Arab dan Parsi.

8) Konsep Jihad a. Konsep Jihad yang muncul selepas kedatangan Islam telah memainkan peranan penting dalam membina tenaga dan menggerakkan tindakan terhadap Imperialisme. b. Contohnya di Kedah, selepas Kedah ditakluki Siam, usaha-usaha telah dilakukan oleh Sultan Ahmad Tajuddin dan puteranya untuk mengambil semula Kedah daripada kerajaan Siam yang telah dilakukan melalui Perang Jihad terhadap musuh yang bukan Melayu atau kafir. Selama hampir dua

8

dekad putera-putera Sultan Kedah serta alim ulama menyertai penentangan terhadap Siam. Saudagar Islam di NNS turut memberi sokongan secara diam-diam.

j2k

9. Ekonomi a. Islam juga mempengaruhi sistem ekonomi masyarakat Melayu tradisional. b. Baitulmal telah diperkenalkan yang berfungsi sebagai perbendaharaan Negara dan hasilnya diperoleh daripada zakat dan sedekah. c. Islam menggalakkan umatnya rajin bekerja dan mencari rezeki yang halal dan melarang perbuatan mengemis. d. Menggalakkan berdagang dan mengamalkan unsur-unsur yang halal semasa berniaga. e. Amalan riba, penindasan dan penipuan adalah dilarang. f. Islam juga menggalakkan nilai-nilai murni dalam ekonomi seperti berjimat cermat dan berusaha bersungguh-sungguh

C) KESIMPULAN (2 @ 3 M) a. Agama Islam mempunyai pengaruh dan kesan yang penting dalam masyarakat Melayu serta menjadi amalan seharian dalam kehidupan. b. Namun begitu, selepas kedatangan British ke Tanah Melayu, British telah mengubah amalan kehidupan seharian masyarakat Melayu sama ada dalam bidang politik, perundangan, ekonomi, sosial dan sebagainya.

9

SOALAN 3 JELASKAN PERLUASAN KUASA BRITISH DI NEGERI-NEGERI MELAYU UTARA ANTARA TAHUN 1897 SEHINGGA TAHUN 1909.

j2k

A) PENGENALAN (2 @ 3 M) 1. Hubungan antara British dengan Siam pada abad ke 19 keseluruhannya ditentukan oleh perjanjian Burney pada tahun 1826. Melalui perjanjian ini, British telah mengakui Kedah sebagai jajahan takluk Siam, manakala kedudukan Kelantan dan Terengganu tidak dinyatakan dengan terang. 2. Pada akhir abad ke 19, kerajaan British ingin meneruskan hubungan baik dengan Siam untuk melindungi kepentingan perdagangannya di Siam. Pada masa yang sama, Perancis yang menduduki Indo-China cuba memperluas pengaruhnya di Siam. 3. Persaingan antara Inggeris – Perancis telah berkurangan pada akhir ke 19, dengan termaktubnya Pengisytiharan Inggeris – Perancis pada 15 Januari 1896. Pengisytiharan ini telah menjamin kemerdekaan Lembah Menam Chao Phraya dan secara tidak langsung telah melindungi kepentingan British di Siam dan Tanah Melayu. Ini bermakna selepas Pengisytiharan Inggeris- Perancis, British boleh memberi perhatian terhadap Negeri-negeri Melayu Utara (NMU).

B) ISI (20 M) 1. Perjanjian Rahsia atau Sulit Inggeris – Siam 1897 ( 4 M) a. Pada 6 April British telah menandatangani Perjanjian Rahsia dengan Siam. British menandatangani perjanjian tersebut bagi memastikan tidak ada kuasa Eropah yang lain terutama Jerman dapat menguasai NMU. b. Melalui perjanjian ini, secara tidak langsung Siam telah mengakui peranan dan kedudukan British di NMU. Inggeris seolah-olah diakui oleh Siam mempunyai kuasa di negeri-negeri tersebut. c. Ini disebabkan Siam bersetuju tidak akan menyerahkan sebarang kawasan di selatan Siam termasuk NMU kepada mana-mana kuasa asing tanpa keizinan British. Melalui perjanjian ini pihak British akan membantu Siam sekiranya kawasan-kawasan tersebut diancam oleh kuasa-kuasa asing. d. Perjanjian ini merupakan tahap permulaan bagi dasar British yang aktif terhadap NMU.

2. Pengisytiharan Inggeris – Siam 1902 (8 M) Sebab- sebab: a. Kebimbingan terhadap kuasa barat yang lain: i. Pada tahun-tahun 1880an beberapa buah kuasa Eropah berlumba-lumba untuk mendapatkan kawasan di Asia Tenggara. Kemungkinan campur

10

tangan kuasa asing yang lain terutamanya Jerman di NMU amat membimbangkan British.

j2k

ii. selepas penyatuannya oleh Bismark, Jerman telah muncul sebagai sebuah kuasa besar dan cuba menyaingi Britain, tetapi Jerman tidak mempunyai sebarang penempatan di Asia Tenggara. iii. Antara tahun 1899 –1900. Jerman dikatakan telah membuat beberapa percubaan untuk mendapatkan Pulau Langkawi daripada kerajaan Siam. iv. Sementara Rusia pula sedang mengenakan tekanan ke atas Bangkok supaya menyerahkan Teluk Siam dan Ujong Salang kepadanya untuk dijadikan pengkalan arang batu. v. Pada tahun 1901 Amerika Syarikat sedang berusaha untuk mendapatkan konsesi kawasan perlombongan bijih timah di pulau-pulau di sekitar perairan Terengganu. vi. Inggeris tentu sekali tidak sanggup membiarkan mana-mana kawasan di NMU jatuh ke tangan kuasa-kuasa Eropah yang lain. b. Rusuhan di Negeri-negeri Melayu Utara. i. Semenjak peringkat awal lagi, sultan-sultan NMU tidak suka berada di bawah naungan Siam. Mulai abad ke 19, Siam telah menjalankan dasar mengetatkan kekuasaannya ke atas NMU yang telah mengakibatkan tercetusnya rusuhan di NMU.

ii. Raja Abdul Kadir dari Patani dan Sultan Muhammad ke IV dari Kelantan telah meminta bantuan British. Sekiranya British tidak membantu pemerintah-pemerintah tersebut, terdapat kemungkinan mereka akan mendapatkan bantuan daripada kuasa-kuasa Eropah yang lain. c. Kegiatan R. W. Duff di Kelantan. i. Pada tahun 1900, R.W. Duff, seorang bekas anggota polis di NMU telah berjaya mendapatkan kawasan seluasa kira-kira 7770 km persegi daripada Sultan Kelantan untuk dimajukan.

ii. Beliau telah menubuhkan Perkongsian Pembangunan Duff yang tidak diiktiraf oleh Kerajaan Siam. Kerajaan Siam mendakwa mempunyai hak ke atas Kelantan dan tidak membenarkan Duff melaksankan projekprojeknya. iii. Tindakan ini telah mendorong Duff meminta sokongan kerajaan British untuk menentang bantahan Siam. Duff mengugut sekiranya British tidak menyokong permintaanya, maka beliau akan mendapatkan bantuan daripada kuasa Eropah yang lain seperti Perancis dan Jerman.

11

d. Peranan Frank Swettenham: i. Frank Swettenham yang memainkan peranan mempengaruhi keputusan kerajaan British untuk melaksanakan dasar yang lebih aktif terhadap NMU.

j2k

ii. Beliau telah memberitahu pejabat luar negeri British bahawa Siam tidak berupaya menguruskan hal-ehwal luar NMU yang berkemungkinan besar akan cuba mendapatkan bantuan kuasa-kuasa Eropah yang lain. iii. Frank Swettenham berpendapat British harus memperluas pengaruhnya di negeri Kelantan dan Terengganu yang kaya dengan sumber-sumber bahan galian. Malahan hampir kesemua perdagangan di kedua-dua negeri tersebut dijalankan dengan Singapura. iv. Beliau mencadangkan bahawa kepentingan British harus dipelihara sama ada melalui rundingan dengan negeri-negeri berkenaan bagi mendapatkan hak-hak menguruskan hal-ehwal luar negeri mereka atau pun rundingan dengan pihak Siam untuk melantik pegawai-pegawai British di NMU.

Syarat-syarat Pengisytiharan Inggeris – Siam 1902. a. Pengisytiharan Inggeris –Siam ditandatangani pada 5 Oktober 1902. b. Syarat-syarat Pengisytiharan:i. Siam akan mengawal hubungan luar negeri Kelantan dan Terengganu.

ii. Seorang penasihat berbangsa Inggeris akan dilantik oleh Siam bagi membantu Sultan dalam semua hal pentadbiran kecuali mengenai soal agama dan adat resam Melayu iii. Kelantan dan Terengganu tidak boleh menyerahkan konsesi kepada kuasa asing tanpa izin Siam iv. British mengakui ketuanan Siam ke atas Terengganu dan Kelantan. c. Pengisytiharan ini merupakan langkah penting dalam proses perluasan kuasa British ke atas NMU. Sultan Kelantan menerima perlantikan penasihat British pada tahun 1903, manakala Kedah pada tahun 1905, tetapi Sultan Terengganu tidak bersetuju berbuat demikian.

3. Perjanjian Bangkok 1909 (8 M) Sebab-sebab perjanjian: a. Pakatan Inggeris – Perancis 1904 i. Pada April 1904, Inggeris telah menandatangani perjanjian pakatan Inggeris – Perancis, Pakatan ini telah menamatkan persaingan antara Inggeris dan Perancis.

12

ii. Pakatan ini memberi implikasi secara tidak langsung terhadap dasar Inggeris di NMU. Pakatan ini telah menamatkan kebimbingan British terhadap perluasan pengaruh Perancis di NMU yang akan menjejaskan kepentingan British di Siam

j2k

b. Keputusan untuk membina landasan kereta api i. Pada awal abad ke 20, Siam telah mengambil keputusan untuk membina landasan kereta api yang akan menghubungkan Bangkok dan Kedah dengan bantuan buruh dan modal dari Jerman. ii. British bimbang langkah tersebut akan mengakibatkan campur tangan Jerman di Kedah. c. NMU tidak menguntungkan Siam. i. Menjelang tahun 1904, Siam telah menyedari bahawa NMU tidak menguntungkannya. Pada tahun 1904 Kedah menghadapi masalah kewangan selepas mengadakan majlis perkahwinan diraja secara besarbesaran. Siam terpaksa memberi pinjaman sejumlah RM 2 juta kepada Kedah. d. Pemerintahan Siam di NMU tidak diterima oleh pemerintah dan rakyat tempatan. i. Pihak Siam juga mendapati adalah terlalu sukar untuk mengendalikan NMU. Mulai abad ke 19, pemerintahan Siam di NMU tidak diterima oleh pemerintah dan rakyat tempatan. ii. Sultan-sultan di NMU berusaha bersungguh-sungguh untuk membebaskan negeri mereka dari naungan Siam. Contohnya Sultan Terengganu enggan menerima penasihat yang dilantik oleh kerajaan Siam sebagai memenuhi pengisytiharan Inggeris – Siam 1902. iii. Siam juga bersedia menyerahkan NMU kepada Inggeris sekiranya Inggeris bersedia menyerahkan kembali hak wilayah asingannya di Siam. e. Kepentingan perdagangan dan pelabuhan British; i. British juga bersedia mengambil alih NMU, memandangkan NMU mempunyai potensi bagi perkembangan perdagangan dan pelabuhan British.

Syarat-syarat Perjanjian Bangkok ( 9 Julai 1909 ). a. Perlis, Kedah, Kelantan, dan Terengganu diserahkan kepada British. b. British pula menyerahkan kembali hak wilayah asingan di Siam. c. Kerajaan British di Tanah Melayu akam memberi pinjaman sebanyak 4 juta kepada Siam untuk membina landasan kereta api dari sempadan Tanah Melayu ke Bangkok. d. British juga akan menanggung semua hutang keempat-empat negeri Melayu berkenaan.

13

C) KESIMPULAN ( 2 @ 3 M) 1. Dengan termaktubnya perjanjian Bangkok dan penerimaan penasihat British oleh Johor pada tahun 1914. maka tamatlah proses perluasan kuasa British di Tanah Melayu. 2. Perjanjian Bangkok 1909 juga merupakan satu peristiwa sejarah yang menentukan sempadan antara Tanah Melayu dan Siam.

j2k

14

j2k

SOALAN 4
SEJAUH MANAKAH PERASAAN TIDAK PUASHATI GOLONGAN PEMERINTAH MENYEBABKAN TERCETUSNYA KEBANGKITAN MASYARAKAT PERIBUMI TERHADAP PENTADBIRAN BRITISH DI PERAK DAN PAHANG PADA PENGHUJUNG ABAD KE-19.

A) PENGENALAN. (2@3 M) 1. Sistem Residen yang merupakan satu sistem pentadbiran secara tidak langsung di Negeri-Negeri Melayu mula diperkenalkan di Perak pada tahun 1874 melalui Perjanjian Pangkor. Menjelang tahun 1888, Sistem Residen telah dilaksanakan di Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang. 2. Sistem Residen yang dilaksanakan di Negeri-Negeri Melayu pada penghujung abad ke-19 telah mendapat tentangan hebat masyarakat peribumi terutamanya di Perak dan Pahang. 3. Faktor terpenting tercetusnya penentangan terhadap Sistem Residen di Perak dan Pahang ialah perasaan tidak puas hati golongan pemerintah. Walau bagaimanapun terdapat juga faktor-faktor lain yang mempengaruhi penentangan orang Melayu terhadap Sistem Residen di Perak dan Pahang pada penghujung abad ke-19.

B) ISI (20 M) FAKTOR PENENTANGAN DI PERAK. (10 M) 1. Perasaan tidak puas hati golongan pemerintah. a. Perlantikan J.W.W. Birch sebagai Residen Perak selepas 10 bulan Perjanjian Pangkor dan pengenalan pelbagai pembaharuan di Perak menyebabkan Sultan Abdullah tidak puas hati. b. Tindakan Birch membatalkan hak pungutan cukai Sultan Abdullah dan pembesar Perak tanpa bayaran ganti rugi yang mencukupi. c. Penghapusan sistem pengabdian hutang menimbulkan kemarahan Sultan dan pembesar Perak. d. Pembatalan pajakan Sultan Abdullah kepada Lee Cheng Tee seorang saudagar Singapura hak memungut cukai kastam di hilir Sungai Perak selama 10 tahun dengan nilai 26,000 ringgit setahun.

15

e. Raja Ismail dan pembesar di Hulu Perak tidak mengiktiraf Raja Abdullah sebagai Sultan Perak. Justeru itu Raja Ismail enggan menyerahkan peralatan kebesaran DiRaja Perak yang perlu bagi pertabalan seorang Sultan kepada Raja Abdullah. f. Ngah Ibrahim tidak puas hati dengan kedudukannya sebagai pembesar Larut. Beliau tidak dapat bertindak dengan bebas seperti dahulu kerana terpaksa mematuhi nasihat penolong Residen iaitu Kapten Speedy.

j2k

g. Perasaan tidak puas hati ini menyebabkan Sultan Abdullah dan pembesar Perak enggan bekerjasama dengan Birch, malahan mereka telah bersatu menentangnya. h. Faktor perasaan tidak puas hati golongan pemerintah bukanlah merupakan faktor tunggal orang Melayu Perak menentang pentadbiran British, malahan terdapat juga faktor-faktor lain.

2. Kelemahan peribadi Birch. a. J.W.W. Birch tidak mempunyai pengalaman dan pengetahuan mengenai adat-istiadat orang-orang Melayu. b. Birch juga tidak tahu berbahasa Melayu. c. Birch juga bersikap sombong dan bongkak dan menganggap dirinya sahaja yang bijak dalam pentadbiran. d. Birch tidak menggunakan diplomasi dan tolak ansur ketika berhubung dengan Sultan dan pembesar Melayu. Birch juga seringkali membelakangi Sultan Abdullah ketika mengeluarkan arahan atau perintah. e. Dalam usaha untuk menguatkuasakan peraturan-peraturan baru, Birch seringkali bertindak keterlaluan dan biadap.

3. Perasaan tidak puas hati rakyat. a. Birch juga turut memperkenalkan beberapa peraturan baru di Perak yang telah menimbulkan kemarahan rakyat. b. Antaranya Birch telah memperkenalkan cukai baru ke atas bot dan padi. c. Penduduk-penduduk Perak juga diwajibkan membeli lesen untuk membawa senjata, memotong kayu, dan mengambil daun nipah.

16

d. Birch juga memperkenalkan undang-undang awam dan jenayah bagi memastikan peraturan baru dipatuhi.

j2k

4. Kesilapan Sir William Jervois. a. Sir William Jervois telah dilantik sebagai Gabenor Negeri-Negeri Selat pada bulan Mei 1875 bagi menggantikan Sir Andrew Clarke. b. Beliau telah membuat keputusan untuk mengambil alih pentadbiran Negeri Perak melalui perlantikan pegawai British atas nama Sultan. c. Sultan Abdullah dan pembesar Perak akan dibayar memuaskan bagi penyerahan kuasa pentadbiran Perak. pencen yang

d. Pada 11 September 1875, beliau mendesak Raja Ismail supaya menyerahkan peralatan kebesaran Diraja Perak kepada beliau tetapi ditolak oleh Raja Ismail. e. Sir William Jervois juga memaksa Sultan Abdullah menyerahkan kuasa pentadbiran Perak kepada pegawai Inggeris. Sultan Abdullah akhirnya terpaksa menandatangani pengisytiharan penyerahan pentadbiran Perak kepada British pada 2 hb. Oktober 1875.

FAKTOR PENENTANGAN DI PAHANG. (10 M) 1. Perasaan tidak puas hati golongan pemerintah. a. Pengenalan sistem Residen dan penubuhan Majlis Mesyuarat Negeri menyebabkan Sultan Ahmad kehilangan banyak kuasa dan hak keistimewaan. Semua keputusan dalam Majlis Mesyuarat Negeri dibuat oleh Residen. Sultan hanya menandatangani surat-surat perintah sahaja. b. Tindakan British memaksa Sultan Ahmad melantik putera sulongnya iaitu Tengku Mahmud sebagai pemangku Raja yang berkuasa penuh. c. Tindakan British memperkenalkan pelbagai peraturan baru yang diluluskan oleh Majlis Mesyuarat Negeri pada 31 Disember 1889. d. Penghapusan hak pemungutan cukai pembesar-pembesar dalam daerah pentadbiran masing-masing. e. Penubuhan daerah – daerah baru yang diletakkan di bawah pentadbiran pegawai British yang digelar sebagai pemungut cukai dan majistret telah mengambil alih tugas yang sebelum ini dilaksanakan oleh pembesar daerah.

17

j2k

f. Tindakan Residen British mengambil alih peranan pembesar Pahang sebagai penasihat Sultan dalam Majlis Penasihat Istana melalui penubuhan Majlis Mesyuarat Negeri. g. Dato Bahaman tidak puas hati kerana beliau tidak dibenarkan memungut cukai dan ditawarkan elaun sebanyak 70.00 ringgit sebulan. Beliau juga menentang penubuhan balai polis di Lubuk Trua tanpa kebenarannya. h. Sementara Tok Gajah tidak puas hati apabila rayuannya untuk menambahkan elaun dan penangguhan cukai tanah kepada orang Melayu ditolak oleh Majlis Mesyuarat Negeri. i. Tok Raja pula tidak pula hati mengenai syarat yang dikeluarkan oleh Sultan atas arahan Residen mengenai tanah yang tidak bertuan akan dipajak oleh pelombong British.

2. Perasaan tidak puas hati rakyat. a. Pengenalan beberapa peraturan baru oleh British di Pahang menyebabkan rakyat tidak puas hati. b. Antaranya pengenalan sistem lesen dan permit bagi memungut hasil hutan, tidak dibenarkan memakai keris, mengenakan cukai ke atas tanah yang diperolehi dan melaksanakan sistem kerah bagi projek-projek awam selama 2 bulan dalam setahun.

3. Sentimen bencikan orang asing di kalangan rakyat. a. Tidak puas hati dengan kehadiran orang asing terutamanya pasukan polis yang terdiri daripada orang-orang Sikh dan orang Eropah serta Cina yang terlibat dalam perusahaan perlombongan. b. Sikap sombong dan jahil orang asing terhadap adat resam tempatan telah menyinggung perasaan orang-orang Melayu. c. Perasaan anti-asing jelas terlihat apabila Dato Bahaman dan Mat Kilau seringkali menyerang pedagang Cina di Pahang.

18

4. Penahanan beberapa orang Melayu. a. Penahanan orang-orang Melayu oleh pasukan polis British atas kesalahan memungut hasil hutan tanpa permit merupakan sebab serta merta meletusnya kebangkitan Rakyat Pahang.

j2k

5. Kelemahan peribadi J.P. Rodger. a. J.P. Rodger seorang yang tidak pandai menggunakan diplomasi dan tolak ansur ketika berurusan dengan Sultan Ahmad dan pembesar Pahang. b. Beliau telah bertindak melaksanakan pelbagai peraturan baru tanpa menghiraukan perasaan Sulatan, pembesar dan rakyat Pahang.

C) KESIMPULAN (2@3 M) 1. Jelaslah bahawa faktor perasaan tidak puas hati golongan pemerintahan merupakan faktor terpenting meletusnya penentangan masyarakat peribumi Perak dan Pahang terhadap pentadbiran British pada penghujung abad ke-19. 2. Walau bagaimanapun, terdapat faktor-faktor lain yang mencetuskan penentangan tersebut.

19

SOALAN 5 HURAIKAN PERKEMBANGAN PARTI KOMUNIS MALAYA ( PKM ) DI TANAH MELAYU DARI TAHUN 1930 SEHINGGA 1954.

j2k

A)

PENGENALAN (2@3 M) 1. Ideologi Komunis dikemukakan oleh Karl Marx di Eropah pada penghujung abad ke-19. Ideologi ini memperjuangkan kewujudan masyarakat tanpa kelas iaitu tidak ada orang yang terlalu kaya atau terlalu miskin. 2. Di Tanah Melayu ideologi komunis mula tersebar pada tahun 1920-an. Beberapa orang pemimpin komunis Indonesia telah menyebarkan fahaman ini di Singapura di kalangan orang Melayu. 3. Di kalangan orang Cina disalurkan melalui kewujudan Parti Kuomintang dan Nanyang yang berpusat di Singapura. 4. Pada tahun 1930 Parti Komunis Malayu ditubuhkan dan mula menjalankan kegiatan aktif dan berbentuk radikal. 5. PKM bertujuan untuk menggulingkan kerajaan British dan menubuhkan sebuah Republik Komunis Malaya dengan bantuan kaum buruh dan tani dengan melancarkan pemberontakan bersenjata.

B) ISI (20 M )

1. Tahap PKM Sebelum Perang Dunia Kedua (1930-1940) a. Matlamat PKM ialah untuk menubuhkan sebuah Republik Komunis Malaya. Semenjak Penubuhannya, PKM bergerak di bawah tanah kecuali pada tahun 1945-48 b. PKM telah menerima tamparan yang hebat sejurus ditubuhkan. Pada bulan Jun 1931, polis Singapura telah menangkap seorang egen Comintern, Joseph Dacroux. Beliau memberi maklumat penting mengenai PKM kepada polis Singapura yang mengakibatkan penangkapan beberapa orang pemimpin PKM. c. Namun demikian PKM dapat memulihkan diri. Ahli-ahli PKM telah berjaya menyusup ke dalam kesatuan-kesatuan sekerja, sekolah swasta dan pertubuhan belia Cina. d. Kemelesetan ekonomi dunia pada awal tahun 1930 membolehkan PKM mendapat sambutan daripada pekerja-pekerja. e. Pada tahun 1936 -1937 PKM melancarkan beberapa pemogokan. Pemogokan yang paling hebat berlaku di Batu Arang yang melibatkan kira-kira 6000 orang buruh mengambil alih lombong arangbatu di kawasan berkenaan.Akibatnya, Kerajaan British telah menangkap dan menghantar pulang pemimpin-pemimpin kesatuan sekerja ke China. Kerajaan British

20

bertindak dengan melancarkan Ordinan Pembuangan yang menyebabkan 20 orang pemimpin kanan PKM yang bergiat dalam kesatuan sekerja dibuang negeri pada tahun 1937 . f. Kegagalan pemogokan ini menyebabkan PKM mulai hilang pengaruh Pengaruh PKM di kalangan orang Cina kemudiannya bertambah semula apabila ianya memainkan peranan yang penting dalam memeupuk parasaan antiJepun.

j2k

g. Selepas serangan Jepun ke atas Negara China pada tahun 1937, PKM telah memperjuangkan nasionalisme Cina dengan mengumpul wang bagi membiayai peperangan di Negara China. h. Menjelang tahun 1939, PKM mempunyai kira-kira 37,000 orang ahli di Singapura dan di Tanah Melayu . Kebanyakan ahli PKM terdiri daripada kaum Cina terutamanya puak Hailam. Tahun 1940 : Trade Unions Enactment berjaya mengawal kesatuan sekerja. Kesannya, pengaruh PKM semakin merosot

i.

2. Tahap Semasa Perang dunia kedua Perkembangan PKM dari tahun 1941 1945 a. Kedudukan dan perjuangan PKM semakin mantap semasa Perang Dunia Kedua. PKM bersifat anti-Jepun dan bekerjasama dengan British menentang kemasukan Jepun ke Tanah Melayu. b. British telah mengiktiraf PKM sebagai pertubuhan yang sah pada Disember 1941 dan membebaskan semua pemimpin yang ditangkap.

c. Kekejaman Jepun ke atas orang cina telah memberi kesempatan PKM meluaskan pengaruh di kalangan orang-orang cina. Ramai orang cina melarikan diri ke kawasan pinggir hutan dan menyertai MPAJA yang dianggap sebagai pelindung orang cina. d. British memberi bantuan kepada MPAJA yang di bawah pimpinan Lai Teck ketika itu melalui Force 136 termasuklah senjata dan peluru, ubatan, makanan, pakaian, dan latihan ketenteraan di Sekolah Latihan Khas 101 di Singapura.

e. PKM juga mendapat bantuan bekalan makanan, ubatan, pakaian, serta maklumat tentang Jepun daripada ahli-ahli Min Yuen (Gerakan Rakyat). Min Yuen berpusat di bandar-bandar, kampung-kampung dan kawasan pinggir hutan. Keahliannya hampir setengah juta orang. f. Dengan adanya bantuan British, PKM menubuhkan unit-unit rahsia yang terdiri daripada 8 rejimen dengan kekuatan 1000 orang setiap pasukan. Tujuannya melancarkan revolusi bagi membentuk Republik Komunis Malaya selepas Jepun menyerah kalah. g. Walau bagaimanapun , MPAJA tidak pernah menghadapi sebarang pertempuran hebat dengan tentera Jepun sehingga Jepun menyerah kalah pada bulan ogos 1945. Walaupun PKM bekerjasama dengan British

21

semasa pendudukan Jepun PKM tetap mempunyai cita-cita tersembunyi untuk menubuhkan Republik Komunis Malaya.

j2k

3. Tahap Perkembangan PKM Selepas Perang Dunia Kedua dari tahun 1945 – 1948 a. Tahun 1945-1848 memperlihatkan PKM berjuang secara berpelembagaan dan bercita-cita untuk membentuk sebuah negara Komunis. b. Selepas peperangan tamat, PKM muncul sebagai sebuah parti yang kuat. c. Oleh kerana kelewatan British kembali ke Tanah Melayu berlakunya kekosongan pentadbiran selama lebih kurang dua minggu. Kesempatan ini diambil oleh PKM (Bintang 3 ) keluar dari hutan merampas senjata-senjata Jepun dan melakukan kekejaman terutama membalas dendam terhadap orang Cina dan Melayu yang bekerjasama dengan Jepun dahulu. d. 12 September 1945, British tiba di Tanah Melayu dan memperkenal Pentadbiran Tentera British (BMA). e. MPAJA dibubarkan dan anggotanya diminta menyerahkan senjata mereka. Hanya 6800 orang anggota MPAJA sahaja yang menyerah senjata . Sejumlah besar senjata disembunyikan di dalam hutan. f. Walaupun begitu, PKM terus diiktiraf pertubuhan yang sah kerana jasajasa bekerjasama dengan British menetang Jepun.

g. Bagi menjayakan cita-citanya PKM bergiat aktif dalam kesatuan-kesatuan sekerja dan menubuhkan Persatuan Buruh Baru (New Democratic Youth League). h. PKM mengambil beberapa langkah untuk merealisasikan matlamat penubuhan Republik Komunis Malaya: i. menyusun satu gerakan untuk mendapatkan bantuan kewangan dan barang keperluan daripada Min Yuen. ii. Bekerjasama dengan gerakan-gerakan radikal seperti AMCJAPUTERA untuk mendapatkan kekuasaan melalui perlembagaan. iii. Menyelaraskan ideologi komunis di sekolah-sekolah malam cina dan menghasut kesatuan-kesatuan sekerja supaya melancarkan mogok . iv. PKM membentuk barisan bersatu iaitu membentuk perikatan dan menyusup masuk kedalam kesatuan sekerja dan parti-parti nasional. i. Antara tahun 1946 – 1947 PKM telah melancarkan kira-kira 300 hingga 360 pemogokan besar. Tujuan utama PKM mengadakan pemogokan ialah untuk menghalang dan merosakkan usaha-usaha pemerintahan British untuk memulihkan kembali kedudukan ekonomi dan sosial yang telah musnah akibat peperangan.

j.

k. Kerajaan British mula bimbang dengan kegiatan radikal PKM dan menguatkuasakan undang-undang baru untuk melemahkan PKM. l. Masalah dalaman PKM di mana Lai Teck setiausaha PKM dituduh mengkhianati PKM turut melemahkan parti. Seramai 29 orang telah

22

terbunuh di Batu Caves. Lai Teck juga dituduh gagal mengambil alih pemerintah Tanah Melayu selepas kekalahan Jepun dan dia telah melarikan diri bersama wang parti. Keadaan ini telah mengoncangkan kedudukan PKM dengan melemahkan semangat anggota PKM. m. Ahli PKM telah berpecah dua, iaitu sebahagian menyokong Lai Teck dan sebahagian menyokong Chin Peng.

j2k

4. Tahap Perkembangan PKM dari tahun 1948-1951 a. Chin Peng telah mengantikan Lai teck sebagai ketua PKM. Beliau seorang yang radikal dan bertindak dengan mengubah dasar berpelembagaan PKM kepada melancarkan revolusi bersenjata. b. Tindakan ini hasil dari Keputusan Persidangan Pemuda Komunis Antarabangsa Culcutta 1948 yang meminta dilancarkan gerakan gerila di seluruh dunia. c. Keganasan dimulakan dengan pemogokan buruh telah merebak di Tanah Melayu. Pemogokan ini disertai perbuatan-perbuatan jenayah seperti membakar kilang-kilang getah, menetak beribu-ribu pokok getah, membunuh pekerja estet, dan pengurus ladang. d. PKM telah menggelarkan diri mereka sebagai Tentera Pembebasan Rakyat Malaya . Pada masa darurat juga , Min Yuen diperkenalkan. Tujuan Min Yuen ,supaya dapat membekalkan makanan dan barangan keperluan seperti pakaian dan ubat-ubatan di samping egen perisik bagi pihak komunis. e. Pada 12 Jun 1948, komunis telah membunuh tiga orang pemimpin Kuomintang di Johor. 15 Jun 1948 pula komunis telah menembak mati dua orang pengurus dan seorang penolong pengurus ladang getah berbangsa Eropah di Sungai Siput, Perak. f. Peristiwa pembunuhan memaksa Edward Gent (Pesuruhjaya Tinggi Persekutuan Tanah Melayu ) mengisytiharkan ‘darurat negeri’ di Perak dan Johor. Pada 19 Jun 1948 seluruh Tanah Melayu diisytiharkan darurat. Semasa Darurat berbagai-bagai langkah untuk membanteras komunis di jalankan. g. PKM dan beberapa buah persatuan yang dianggap berbahaya kepada negara telah diharamkan. British juga telah melaksanakan Undang-undang Darurat pada 7 Julai 1948. h. Di antara tahun 1948 – 1951 , PKM telah melancarkan serangan-serangan ke atas kawasan lombong, balai polis, ladang-ladang dan orang awam. i. Taktik peperangan yang digunakan ialah perang gerila iaitu secara serangan dan lari. Akibatnya ramai orang terkorban dan banyak harta benda telah dimusnahkan oleh PKM. Tindakan PKM telah berjaya melumpuhkan kedudukan ekonomi T. Melayu. Sir Henry Gurney, Pesuruhjaya tinggi Inggeris telah dibunuh pada 6 Okt 1951 dalam perjalanan Bukit Fraser. Ekoran daripada peristiwa pembunuhan itu, kerajaan Inggeris telah mengambil langkah yang lebih

j.

23

tegas untuk mementang PKM. Kegiatan PKM telah disekat dan ramai daripada pemimpin-pemimpin PKM ditangkap.

j2k

5. Tahap Perkembangan PKM dari tahun 1951-1954 a. Serangan ganas yang dilancarkan oleh PKM mendapat kritikan daripada orang ramai kerana orang yang tidak berdosa turut menjadi korban. b Pada bulan Februari Jeneral Temppler telah dilantik menjadi Pesuruhjaya Tinggi . Beliau bertindak dengan memperkuatkan lagi tenteranya dan melancarkan Perang Psikologi. Perang Psikologi telah berjaya melemahkan keanggotaan PKM dengan menawarkan pemberian pengampunan, hadiah dan wang tunai serta syarat-syarat kewarganegaraan yang longgar kepada anggota PKM yang menyerah diri.

c. Menjelang tahun 1954, perjuangan bersenjata komunis mengalami kekalahan. PKM telah menyedari bahawa mereka tidak akan berjaya dengan cara pemogokan. Maka pada tahun 1955 PKM bersetuju berunding dengan Ketua Menteri Tanah Melayu iaitu Tunku Abdul Rahman. Walaupun rundingan itu gagal, namun pada tahun 1960 dengan rasminya darurat diumumkan tamat.

C) KESIMPULAN (2@3 M ) 1. Langkah yang berterusan kerajaan British melemahkan perjuangan dan kegiatan PKM 2. Kegiatan PKM mula kurang mendapat sokongan dan sambutan daripada penduduk Tanah Melayu yang yakin dengan ketegasan pihak British dan langkah menubuhkan Persekutuan Tanah Melayu. 3. PKM masih meneruskan perjuangan secara gerila biarpun bilangan ahlinya semakin mengecil. 4. Rundingan Baling pada 1955 menandakan ambang kejatuhan PKM apabila rundingan dalam pertemuan ini menemui kegagalan. 5. PKM semakin terhimpit apabila Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957 dan darurat ditamatkan pada 31 Julai 1960.

24

SOALAN 6 BINCANGKAN CORAK PEMERINTAHAN DEMOKRASI BERPARLIMEN YANG DIAMALKAN OLEH KERAJAAN MALAYSIA.

j2k

A)

PENGENALAN (2 @ 3 M) 1. Negara demokrasi lahir berasaskan kedaulatan rakyat. 2. Malaysia mengamalkan sistem pemerintahan demokrasi berparlimen sejak tahun 1957 selepas mencapai kemerdekaan. 3. Walaupun demokrasi berparlimen menekankan kebebasan bersuara, namun kebebasan 100% tidak diamalkan di Malaysia. 4. Parlimen mempunyai kuasa menjalankan pemerintahan melalui undangundang yang digubal.

B) ISI (20 M) 1. Parlimen Malaysia terdiri dari tiga komponen iaitu Yang Di Pertuan Agong, Dewan Rakyat dan Dewan Negara. Kuasa parlimen diperuntukkan melalui Perlembagaan Negara. 2. Fungsi utama parlimen ialah menggubal undang-undang. Parlimen juga merupakan badan penggubal undang-undang meminda atau membatalkan undang-undang tertinggi di Malaysia. Setiap undang-undang mesti diluluskan oleh ketiga-tiga komponen Parlimen. 3. Parlimen juga bertanggungjawab mengawal kuasa eksekutif supaya tidak disalahgunakan. Parlimen menentukan kadar cukai dan mengawal kelulusan anggaran belanjawan negara. 4. Parlimen akan bersidang apabila dibuka oleh Yang di Pertuan Agong. Baginda akan memberi titah ucapan di Dewan Rakyat dan Dewan Negara. Ucapan baginda akan dibahaskan di Parlimen selama beberapa hari. Ianya disebut sebagai perbahasan usul terima kasih. Yang di Pertuan Agong juga berkuasa menangguhkan sidang Parlimen dan membubarkan dewan. 5. Rakyat merupakan salah satu dari tiga komponen Parlimen – Fungsi Dewan Rakyat ialah menggubal undang-undang Malaysia, mengenakan cukai dan mengawal badan eksekutif melalui kelulusan anggaran belanjawan. negara. Dewan rakyat juga menyediakan satu forum di mana dasar-dasar kerajaan boleh dipersoalkan dan diperdebatkan. 6. Dewan rakyat terdiri dari ahli yang dipilih melalui pilihanraya. Umur minimum bagi pengundi dan ahli Dewan Rakyat ialah 21 tahun. Setiap ahli Dewan Rakyat akan memegang jawatan selama 1 penggal iaitu 5 tahun. Dewan Rakyat diketuai oleh Yang di Pertuan Agong. Speaker Dewan Rakyat mempengerusikan persidangan Dewan Rakyat serta menentukan tatatertib dan peraturan dewan rakyat. Speaker Dewan dibantu oleh dua timbalan speaker yang dilantik di kalangan ahli Dewan Rakyat. Dewan Rakyat mempunyai seorang Setiausaha yang dilantik oleh Yang di Pertuan Agong.

25

7. Dewan Negara merupakan salah satu dari tiga komponen Parlimen Malaysia. 69 ahli Dewan Negara dilantik dan dikenali sebagai senator. 43 ahli dilantik oleh Yang di Pertuan Agong dan 26 lagi dipilih oleh Dewan Undangan Negeri dan 13 buah negeri. Ahli terdiri daripada warganegara Malaysia yang berbakti dengan cemerlang atau mencapai taraf tinggi dalam perkhidmatan awam, perdagangan, perusahaan, pertanian, kebudayaan atau mewakili kaum minoriti. 8. Setiap ahli Dewan Negara berumur 30 tahun ke atas memegang jawatan selama 3 tahun bagi satu penggal dan boleh dilantik semula untuk penggal kedua. Yang di Pertuan Dewan dan timbalannya dilantik di kalangan anggota. Manakala Setiausaha Dewan dilantik Yang di Pertuan Agong. 9. Peranan Dewan Negara ialah membahaskan rang undang-undang yang diluluskan oleh Dewan Rakyat secara lebih mendalam dan teliti tetapi tidak boleh membatalkannya. Dewan Negara hanya boleh melambatkan kelulusan rang undang-undang tersebut selama 1 bulan bagi rang udang-undang kewangan dan setahun bagi rang undang-undang lain. 10. Yang di Pertuan Agong juga merupakan komponen parlimen. Jawatan ini diwujudkan sejak tahun 1957. baginda merupakan Ketua Negara. baginda menjadi lambang kedaulatan dan taat setia seluruh rakyat. Baginda dilantik di kalangan Raja-raja Melayu. Memegang jawatan selama 5 tahun secara bergilirgilir. Baginda memiliki kuasa eksekutif tertinggi seperti yang diperuntukkan oleh Perlembagaan Malaysia. Kuasa eksekutif dijalankan oleh Kabinet yang diketuai oleh Perdana Menteri. 11. Antara tugas Yang di Pertuan Agong ialah: a. Pemerintah tertinggi angkatan tentera Malaysia. b. mempunyai kuasa memberi pengampunan bagi setiap hukuman. c. memberi tauliah kepada duta-duta negara yang akan dihantar bertugas di luar negara dan menerima tauliah duta asing. d. pemerintah tertinggi angkatan tentera. e. ketua agama negeri yang tidak bersultan semua raja-raja 9 buah negeri yang layak. 12. Menjadi Yang di Pertuan Agong kecuali baginda menolak pencalonan, uzur, tidak waras dan belum cukup umur. Yang di Pertuan Agong dilantik oleh Majlis RajaRaja dan diuruskan oleh penyimpan mohor besar Majlis Raja-raja. Yang di Pertuan Agong tidak boleh didakwa di mana-mana mahkamah. Baginda tertakluk kepada beberapa larangan tertentu seperti tidak boleh memegang jawatan bergaji, terlibat secara aktif dalam perniagaan. baginda berkuasa bertindak ikut kuasa budi bicara seperti melantik Perdana Menteri, membubar atau menangguhkan sidang parlimen atau memanggil Persidangan Majlis Raja untuk membincangkan tentang kedudukan raja-raja Malaysia.

j2k

) KESIMPULAN (2@3 M) 1. Parlimen Malaysia mempunyai 3 komponen iaitu Yang di Pertuan Agong, Dewan Rakyat dan Dewan Negara. 2. Kuasa ketiga-tiga komponen tadi diputuskan melalui perlembagaan Malaysia.

26

SOALAN 7 BANDINGKAN SISTEM PEMBESAR DI THAILAND DAN MYNMAR SEBELUM CAMPUR TANGAN BARAT

j2k

A) PENGENALAN (2 @ 3M) 1. Pembesar ialah pegawai kerajaan yang dilantik oleh raja/maharaja untuk memegang jawatan tertentu dan menjalankan tugas dalam bidang kuasa yang diberikan kepadanya. 2. Dalam sIstem pemerintahan beraja di Asia Tenggara, kedudukan pembesar sangat penting. Dari segi hiraki pentadbiran pembesar berada pada kedudukan kedua selepas raja/maharaja. 3. Terdapat pelbagai gelaran tertentu yang diberikan kepada pembesar berdasarkan pangkat dan kedudukannya yang melambangkan ketinggian jawatan seseorang pembesar itu. Begitu juga dengan pembesar di Myanmar dan Thailand, mereka ada hiraki dan peranan masing-masing.

B. ISI (20 M)

1. Pembesar Myanmar (10 M) a. Di Myanmar, golongaan pembesar dibahagikan berdasarkan pangkat dan kekayaan. Kelompok pembesar bertanggung jawab memastikan pemerintahan kerajaan berjalan dengan baik dan lancar.Mereka menjadi tiang penyokong kerajaan yang penting. b. Terdapat empat orang pembesar yang paling tinggi tarafnya yang menguasai kerajaan pusat iaitu Wungyi (menteri), Wundauk (Menteri Muda), Atinwun ( Pegawai Istana ) dan pembesar lain. c. Wungyi dianggap mempunyai taraf yang tertinggi dan dikatakan menjalankan tugas raja. Wungyi akan dibantu oleh menteri-menteri kelas kedua yang dikenali sebagai Wundauk atau menteri muda termasuklah Hlutdaw. d. Pentadbiran istana juga akan dibantu oleh Hlutdaw, yang bukan hanya meluluskan semua perintah di raja malahan dia masih mempunyai kuasanya sendiri dan membuat keputusan-keputusan bebas yang biasanya akan diperkenan oleh raja e. Bilangan Atinwun pula seramai empat hingga lapan orang. Mereka bertanggung jawab mengawal dan mengendalikan petugas-petugas istana.Walaupun Atinwun mempunyai darjah yang lebih rendah daripada Wundauk tetapi lebih berkuasa kerana bertugas di istana dan mempunyai hubungan yang rapat dengan raja, ada kalanya mereka mempengaruhi dasar dan perintah raja.Contohnya zaman Thibaw, golongan Atinwun sangat berkuasa sehingga mengambil alih peranan yang sepatutnya dilaksanakan oleh Hlutdaw.

27

f.

Myanmar juga mempunyai pembesar daerah yang berpusat di daerah-daerah tertentu yang dikenali sebagai Myowun (Gabenor),bertanggung jawab terhadap pentadbiran daerah. Mereka melaksanakan tugas-tugas awam dan ketenteraan.

j2k

g. Terdapat juga jawatan Ketua Bandar yang dikenali sebagai Myothugyi. Mereka melaksanakan tanggung jawab dan menyelesaikan masalah yang berkaitan kampong atau Bandar mereka.Mereka merupakan perantara antara rakyat dengan raja serta membantu mengekalkan keamanan Negara.Mereka sangat berpengaruh dikalangan rakyat jelata. Pendapatan mereka diperolehi daripada System Myosa iaitu hasil cukai yang dikutip dari kawasan yang terletak di bawah pengaruh masing-masing. h. Myowun dibantu oleh tuan-tuan tanah yang dikenali sebagai Myosa.Pembesar yang memegang jawatan terendah dalam system pentadbiran daerah ialah Ywa thugyi (Ketua kampung) yang bertanggung jawab untuk memungut cukai dan menjalankan pentadbiran undang-undang i. Di, Myanmar, golongan bangsawan terdiri daripada keluarga di raja yang memegang jawatan dalam perkhidmatan awam malahan juga ada di antara mereka yang menjadi pengiring raja

2. Pembesar Thailand (10 M) a. Di Thailand pembesar turut membentuk satu bahagian penting dalam keseluruhan pemerintahan.Golongan pembesar biasanya terdiri daripada keluarga bangsawan yang digelar Chao dibahagikan kepada beberapa jabatan atau krom. Ketua krom berfungsi sebagai Menteri Kanan kepada raja Thai. b. Antara jabatan yang paling berprestij ialah Krom Mahattai atau Jabatan Hal Ehwal Pentadbiran Awam, Krom Kalahan atau Jabatan Pertahanan dan Krom Khlang atau Jabatan Kewangan dan Hubungan Luar. c. Di setiap jabatan terdapat 4 jawatan pembesar yang lebih rendah yang terdiri daripada krom muang (Jabatan ibu kota) Krom Na ( Jabatan Tanah ) yang mengurus hal ehwal tanah, Krom Wang yang mengurus hal istana Krom Khlang.Ketua disetiap jabatan dikenali sebagai Chao. d. Golongan Chao bertanggung jawab mengutip cukai, menjaga keamanan serta menyelesaikan kes jenayah kecil e. Putera raja biasanya akan memegang jawatan kanan dalam kerajaan Thailand .Contoh semasa pemerintahan Raja Chulalongkorn;Putera Devawongse menjadi Menteri Luar negeri; Putera Damrong menjadi Menteri Dalam Negeri dan Putera Rabi menjadi menteri keadilan f. Semasa pemerintahan Raja Pradjadipok, Menteri perang disandang oleh Putera Bovaradej dan Menteri Perdagangan dipegang oleh Putera Purachatra.

g. Pembesar peringkat wilayah terdiri daripada golongan bangsawan yang digelar Khunnang.Jawatan ini dilantik terus oleh raja dan diwarisi turun temurun.

28

h. Selain melicinkan pentadbiran kerajaan,matlamat mereka ialah menguasai sumber tenaga manusia bagi menjamin kuasa politik, ekonomi dan sosial mereka

j2k

C) KESIMPULAN (2 @ 3M) 1. Tidak dapat dinafikan golongan pembesar sangat dihormati oleh masyarakat dahulu. Golongan pembesar memainkan peranan utama dalam politik ekonomi dan sosial. 2. Perluasan kuasa barat di Myanmar dan Thailand turut mempengaruhi kedudukan pembesar. Campur tangan kuasa barat menyebabkan pembesar tempatan hilang kuasa politik dan kedudukan

Catatan Jawapan pelajar mesti menunjukkan unsur perbandingan. Jika tiada perbandingan markah tidak boleh melebihi 10 markah (termasuk pengenalan dan kesimpulan)

29

SOALAN 8 HURAIKAN ADAT YANG DIAMALKAN DI CHINA DAN INDIA PADA ABAD KE-19.

j2k

A) PENGENALAN (2@3M) 1. Masyarakat tempatan di Asia mempunyai sistem masyarakat yang tersusun sebelum abad ke-19 lagi. 2. Sistem bermasyarakat yang berasaskan hukum adat menjadi garis panduan dalam kehidupan seharian 3. Adat merupakan amalan dari generasi ke generasi dan menjadi satu kesalahan jika tidak diamalkan 4. Terdapat pelbagai adat yang diamalkan oleh masyarakat China dan India sebelum kedatangan kuasa Barat.

B) ISI (20 M)

1. AMALAN ADAT DI CHINA (10 M) a. Adat berkenaan bayi/anak kecil i. Masyarakat Cina tradisional mula mengamalkan adat sejak mereka dilahirkan sehinggalah pada hari kematian mereka. ii. Kehidupan mereka dilingkungi oleh adat dan setiap adat dipatuhi. haruslah

iii. Mengikut masyarakat Cina, semasa seseorang bayi dilahirkan, anak tersebut telah berumur satu tahun dan semasa anak tersebut berumur satu tahun dia dikira berusia dua tahun. iv. Masyarakat Cina amat menitikberatkan soal pendidikan adat sejak kanakkanak lagi. v. Mereka ditekankan dengan ajaran Confucius dan menghormati keluarga.

b. Adat wanita hamil i. wanita hamil tidak dibenarkan menyertai sebarang majlis sosial seperti perkahwinan dan pengebumian dari mula proses kehamilan sehingga ke seratus haris selepas tempoh bersalin. ii. Wanita yang baru melahirkan anak perlu berehat dan mengambil banyak makanan yang berkhasiat

iii. Mereka dilarang mengambil sayur-sayuran dan buah-buahan mentah untuk menggelakkan daripada jatuh sakit. iv. Larangan ini bertujuan untuk menjaga kesihatan ibu dan anak yang baru dilahirkan.

30

c. Adat berkaitan anak lelaki i. Masyarakat Cina memberi keutamaan kepada kaum lelaki dan dianggap penting dalam sesebuah keluarga kerana mereka akan mengekalkan nama keluarga. ii. Bagi anak perempuan yang berkahwin pula, secara tidak langsung mereka akan memutuskan hubungan dengan keluarga dan menggunakan nama keluarga suaminya. iii. Oleh itu, kelahiran anak lelaki disambut dengan begitu meriah berbanding dengan kelahiran anak perempuan.

j2k

d. Adat membebat kaki anak perempuan i. Anak perempuan akan sentiasa dikawal dan tinggal di rumah sahaja. ii. Untuk memastikan kawalan ke atas anak perempuan ini dilaksanakan, kaki anak anak gadis akan dibebat antara tingga hingga lapan tahun. iii. Keadaan ini akan menyebabkan pertumbuhan kaki menjadi tidak seimbang dan mereka hanya mampu melangkah pendek ketika berjalan.

e. Adat perkahwinan i. Menurut adat ini, pihak pengantin perempuan tidak akan mengadakan majjlis perkahwinan. ii. Majlis perkahwinan hanya akan diadakan oleh pihak pengantin lelaki sahaja. iii. Malahan, dalam masyarakat Cina, perkahwinan telah diatur sejak kecil untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan.

f.

Mementingkan perkahwinan i. Masyarakat Cina amat mementingkan perkahwinan kerana perkahwinan akan melahirkan generasi baru yang bakal mengantikan generasi lama. ii. Oleh itu, anak adalah perkara kekeluargaan Cina. yang penting dalam hubungan

iii. Masyarakat Cina percaya kesalahan terbesar seorang anak ialah tidak melahirkan generasi akan datang dan perkara ini akan menghapuskan keturunan generasi orang tuanya kerana setelah mereka meninggal dunia kelak, tidak akan ada persembahan bagi memuja roh mereka. iv. Oleh itu, sesiapa yang tidak mempunyai anak dianggap memalukan generasi yang terdahulu daripadanya.

g. Adat kowtow i. Adat ini merupakan satu cara menghormati raja ketika menghadap raja. ii. Rakyat akan meniarap sembilan kali dihadapan maharaja sebagai penghormatan kepada pemerintah.

31

iii. Adat ini juga diguna pakai kepada orang Barat yang datang ke negeri Cina. iv. Duta-duta dari negara Portugis, Belanda, dan England dikehendaki melakukan kowtow di hadapan maharaja.

j2k

2. AMALAN ADAT DI INDIA (10 M) a. Mengamalkan adat berdasarkan pengaruh agama Hindu i. Pengaruh agama Hindu banyak mempengaruhi kehidupan seharian masyarakat India. ii. Misalnya, mencecah madu yang dicampur dengan minyak sapi ke bibir bayi yang dilakukan oleh golongan Brahmin.

b. Adat wanita hamil i. Wanita hamil harus menjaga dirinya agar tidak melanggar segala pantang larang kerana perbuatan ibu tersebut akan mempengaruhi anak dalam kandungannya. ii. Oleh itu, ibu yang hamil tidak boleh melakukan perbuatan yang tidak baik seperti mengumpat, bergaduh, dan sebagainya. iii. Hal ini bertujuan untuk melindungi ibu dan anaknya daripada dipengaruhi oleh kuasa jahat.

c. Adat Sutte i. Adat ini diamalkan apabila seseorang isteri kematian suaminya. Adat ini merupakan pengorbanan diri oleh balu-balu Hindu dengan merelakan diri mereka dibakar bersama mayat suami semasa upacara pengebumian. ii. Adat ini diamalkan sebagai membuktikan kesetiaan seseorang isteri terhadap suami. iii. Namun adat ini telah dihapuskan oleh William Bentinck melalui akta tahun 1829.

d. Adat Thuggee i. Adat Thuggee dilakukan golongan Thug di wilayah Timur Laut India. Adat ini merupakan satu sistem rompakan dan pembunuhan di jalan raya. ii. Amalan ini dijalankan oleh kumpulan-kumpulan agama bersenjata yang menyamar diri dan mencekik pengembara sehingga mati atas nama Dewi Kali. iii. William Bentinck telah membentuk sebuah badan untuk menghapuskan golongan Thug ini pada tahun 1829. iv. Akibatnya beratus-ratus golongan Thug telah berjaya dibunuh dan lebih daripada tiga ribu Thug ditangkap pada tahun 1831 hingga 1837.

32

e. Adat pembunuhan bayi perempuan i. Masyarakat India tidak gemar akan kelahiran bayi perempuan kerana mereka bersifat patrilinal, iaitu mengutamakan anak lelaki berbanding anak perempuan. ii. Bagi mengatasi masalah ini, mereka telah melakukan adat pembunuhan bayi perempuan .

j2k

iii. Pembunuhan ini dilakukan semasa bayi masih kecil lagi iaitu semasa bayi tersebut ingin menyusu, ibu bayi itu akan meletakkan racun pada puting susu dan menyusukan bayinya. iv. Hal ini dilakukan bertujuan untuk mengelakkan ibu bapa daripada menanggung penderitaan seperti pemberian dowri apabila anak mereka berkahwin kelak.

f. Adat tidak membenarkan perkahwinan semula balu i. Dalam adat ini balu-balu dilarang daripada berkahwin semula selepas kematian suami mereka. ii. Mereka juga tidak boleh menghias diri dan hanya boleh memakai sari berwarna putih sahaja. iii. Mereka juga tidak boleh menghadiri perayaan keluarga dan tidak dibenarkan pulang ke rumah keluarga sendiri. iv. Bagaimanapun pada tahun 1853, Lord Dalhousie memperkenalkan Akta Perkahwinan Semula Balu . Namun akta ini tidak dapat diterima oleh masyarakat India.

g. Adat Pemberian Dowri i. Sebelum perkahwinan dijalankan pihak perempuan akan meminang pihak lelaki. ii. Pihak lelaki akan menetapkan kepada keluarga pengantin perempuan untuk memberikan dowri. Pemberian dowri wajib diberikan mengekalkan perkahwinan. oleh pihak perempuan untuk

iii.

C. KESIMPULAN (2@3 M) 1. Adat memainkan peranan penting dalam kehidupan masyarakat di China dan India Adat dijadikan panduan dan sempadan yang harus diikuti oleh setiap ahli bagi mewujudkan keamanan dan kesejahteraan dalam masyarakat.

2.

Catatan Adat-adat lain jika tepat dan berkaitan hendaklah diberi markah.

33

SOALAN 9 BANDINGKAN PROSES PENGILHAKAN BARAT DI INDIA DAN VIETNAM PADA ABAD KE-19.

j2k

A) PENGENALAN (2 @ 3M) 1. Kemajuan pesat dalam bidang perindustrian dan perdagangan mendorong kuasa kuasa Barat berlumba-lumba melaksanakan dasar imperialisme iaitu memperluaskan pengaruh politik di seluruh dunia. 2. Pada abad ke-19, kuasa-kuasa imperialisme Barat berusaha meluaskan pengaruh politik dan ekonomi serta membentuk empayar yang luas di Asia kerana kaya dengan keperluan bahan mentah yang diperlukan kilang-kilang industri mereka. Negara-negara itu juga menyediakan pasaran yang lebih luas bagi lebihan barangan hasil keluaran kilang-kilang mereka. 3. Kaedah perluasan kuasa Barat ini ada berbagai-bagai cara sama ada secara peperangan, perjanjian ataupun secara pengilhakan. 4. Antara negara yang terlibat dengan perluasan kuasa Barat melalui kaedah ini ialah India oleh British dan Vietnam yang diilhakan oleh Perancis. 5. Tindakan pengilhakan yang dilakukan adalah didorong oleh kepentingan perdagangan. 6. Di India dan Vietnam walaupun cara campurtangannya adalah sama iaitu secara pengilhakan, namun proses pelaksanaannya adalah berbeza. Perluasan kuasa melalui kaedah pengilhakan melibatkan kekerasan seperti peperangan, ugutan, perjanjian dan sebagainya.

B) ISI (20 M):

1. Pengilhakan kuasa British di India (10 M):

a. Dasar pengilhakan Lord William Bentick (1824-1835) i. Semasa Lord William Bentick menjadi Gabenor Jeneral India, beberapa wilayah telah diilhakan oleh beliau.

ii. Beliau menggunakan alasan penyalahtadbiran untuk mengilhakan Cacar,Coorg dan Mysore. iii. Raja Cacar mangkat tanpa waris. Atas permintaan penduduk tempatan,Bentick mengilhakan kawasan tersebut. iv. Di Coorg dan Mysore, Bentick menggunakan alasan penyalahtadbiran pembesar tempatan untuk menjalankan pentadbiran dengan adil dan stabil. Penduduk tempatan menyokong tindakan Bentick

34

b. Dasar pengilhakan Lord Ellenborough (1836- 1846) i. Lord Ellenborough telah mengilhakan wilayah Sind dan Gwalior ii. Sejak tahun 1809 , Sind telah menjalinkan hubungan dengan British. Pada tahun 1823, satu perjanjian telah ditandatangani antara Sind dan British. Melalui perjajian ini pedagang dan saudagar Inggeris dibenarkan menggunakan sungai dan jalanraya, tetapi kapal dan tentera bersenjata tidak boleh menggunakan negeri tersebut iii. Syarat ini telah dicabuli semasa peperangan Afghan di mana Lord Auckland telah mengarahkan tenteranya berbaris melalui Sind iv. Ellenborough ingin merampas wilayah Sind dengan membuat beberapa tuduhan . Charles Napier telah dihantar untuk menyiasat. Beliau mengadakan satu perjanjian baru dengan Amir Sind. Amir-Amir dipaksa menyerahkan bahagian yang lebih besar di wilayah mereka serta melepaskan hak mereka untuk membuat wang mereka sendiri. Hanya mata wang British yang diakui sebagai mata wang sah. v. Tindakan itu menyebabkan Amir marah dan bertindak menyerang residensi British. Amir telah ditewaskan dalam peperangan di Miani dan Dabo. Sind telah dirampas dan diletakkan dalam Empayar British di India. vi. Ellenborough juga telah mengilhakan wlayah Gwalior dan Paniar setelah kematian Daulat Rao Sindhia, Ketua Puak Maratha yang digeruni.

j2k

c) i.

Dasar Pengilhakan Lord Dalhousie (1846-1856) Lord Dalhousie melaksanakan dasar pengilhakan melalui tiga kaedah iaitu hak menakluki kuasa agung oleh Syarikat Hindia Timur British, “Doctrin of lapse” (Undang-undang lesap waris) dan keinginan untuk melanjutkan kebaikan-kebaikan tanpa faedah yang dibawa oleh pemerintah British ke atas wilayah-wilayah yang dibelenggu masalah penyelewengan atau penyelewangan pemerintah tempatan

ii. Melalui kaedah hak menakluki kuasa agung , beliau telah menakluk Punjab dengan mengisytiharkan perang ke atas kaum Sikh dan mengalahkan mereka di Gujerat. Punjab telah diilhakan. iii. Kaedah Docrin of lapse paling kerap digunakan Dalhousie. Menurut doktrin ini, mana-mana pemerintah yang yang tidak meninggalkan waris keturunannya untuk meneruskan pemerintahan selepas mangkat , maka negeri atau wilayah itu akan jatuh ke bawah kuasa agung dengan sendirinya.Beliau tidak mengiktiraf hak seseorang pemerintah untuk melantik seorang waris yang bukan keturunannya. Contohnya di Jhansi, pelantikan anak angkat sebagai pewaris dianggap tidak sah oleh British. Wilayah-wilayah lain yang dilhakan cara ini ialah Satara,Jaitpur, Baghat, dan Samalpur. iv. Kaedah “kebaikan untuk diperintah” berlaku atas alasan penganiayaan , kezaliman dan ketidakadilan politik dalam sesebuah

35

negeri. Misalnya, Qudh telah diletakkan dibawah naungan SHTI . Pentadbiran Qudh dikuasai oleh Nawab Khan dalam keadaan huruhara dan amalan rasuah berleluasa. Dalhousie mengadakan perjanjian dengan Qudh. Dalam perjanjian itu, SHTI akan mengambilalih Qudh, manakala Nawab akan dibenarkan mengekalkan gelaran dan dibayar 15 juta rupee. Apabila Nawab enggan menandatangani perjanjian tersebut, Lord Dalhousie telah mengambil keputusan menjalankan dasar pengilhakan atas alasan penyelewengan pemerintah tempatan

j2k

2. Pengilhakan kuasa Perancis di Vietnam (10 M): a. Pengilhakan Tourane dan Saigon i. Perancis menjalankan hubungan baik dengan Vietnam semasa pemerintahan Maharaja Gia Long.

ii. Namun begitu pengganti-pengganti Gia Long tidak menjalinkan hubungan baik dengan Perancis, sebaliknya mereka bertindak melakukan kekejaman terhadap mubaligh-mubaligh Kristian dan membuat undang-undang yang melarang kemasukan mubalighmubaligh Kristian ke Vietnam. iii. Permusuhan Perancis-Vietnam telah memuncak pada zaman pemerintahan Maharaja Tu Duc. Pada masa pemerintahan beliau kegiatan anti-Kristian semakin meluas dan kejadian pembunuhan mubaligh Kristian semakin bertambah. iv. Kegiatan ini menyebabkan Raja Perancis Napoleon III telah mengambil tindakan menakluki Vietnam dengan menggunakan peristiwa pembunuhan Bishop Diaz, seorang paderi Sepanyol di Tongking, sebagai alasan menyerang Vietnam. v. Pada 31 Ogos 1858, Perancis menyerang Tourane bersama angkatan Perancis-Sepanyol di bawah pimpinan Rigault ge Genouilly dan pada 2 September 1858 Tourane jatuh ke tangan Perancis. Seterusnya Perancis menyerang Saigon yang merupakan kawasan penanaman dan pengumpulan padi yang utama di Vietnam. Saigon telah jatuh ke tangan Perancis pada 17 Febuari 1859. vi. Peristiwa ini menyebabkan seluruh selatan Vietnam jatuh ke tangan Perancis.Tu Duc akhirnya mengaku kalah, dan menandatangani perjanjian dengan Perancis pada Jun 1862 b. Pengilhakan Tongking i. Kepentingan ekonomi menyebabkan Perancis terlibat di Tongking sebagai jalan meluaskan perniagaannya di Negara China melalui Sungai Merah.Perancis juga merasa bimbang dengan persaingan kuasa barat yang lain seperti Jerman, Itali dan Amerika Syarikat. Penindasan Maharaja Tu Duc juga telah memaksa Perancis menakluki Tongking.

36

ii. Sewaktu Perancis bertapak di Cochin-China , keadaan huru-hara telah tercetus di Tongking akibat kemasukan orang-orang pelarian. iii. Perdana Menteri Perancis telah memutuskan untuk menamatkan keadaan huru-hara di Vietnam dan menjadikannya sebagai naungan Perancis. iv. Pada bulan April 1882, angkatan laut Perancis tiba di Hanoi. Perancis menakluki Tongking pada tahun 1883.

j2k

C) KESIMPULAN (2 @3 M) 1. Perancis dan British telah berjaya menggunakan kaedah pengilhakan untuk meluaskan kuasa di Vietnam dan India. 2. Campurtangan Perancis dan British telah menyebabkan perubahanperubahan berlaku dalam politik, ekonomi dan sosial di Vietnam dan India. 3. Cara perluasan kuasa ini menyebabkan wujudnya perasaan tidak puas hati rakyat tempatan yang membawa kepada berlakunya tindak balas seperti Dahagi India 1857.

Catatan Jawapan soalan ini mesti memperlihatkan unsur perbandingan antara dua negara tersebut, jika tiada perbandingan jawapan tidak boleh lulus termasuk pengenalan dan kesimpulan. Markah maksimum 10M.

37

SOALAN 10 BANDINGKAN USAHA-USAHA PEMBAHARUAN SEMASA PEMERINTAHAN MAHARAJA TUNG CHIH DENGAN MAHARAJA MEIJI DI JEPUN.

j2k

A) PENGENALAN (2@3M) 1. Maharaja Tung Chih menaiki taktha ketika masih kecil.Beliau memerintah dari tahun 1862 hingga 1875.Pemodenan di China dipelopori oleh pegawaipegawai kanan Manchu atas nama Maharaja Tung Chih. 2. Manakala Maharaja Meiji menaiki takhta pada usia 15 tahun 3. Kedua-dua negara ini menghadapi ancaman dari luar. Pemerintahnya berusaha memulihkan dan membangunkan negara masing-masing.

B) ISI (20M) Usaha-Usaha Pembaharuan Maharaja Tung Chih (10 markah) - dilakukan dalam 2 peringkat iaitu peringkat pusat dan wilayah 1. Peringkat pusat a. Hubungan diplomatik i. China telah memulihkan hubungan diplomatik dengan kuasa-kuasa barat Pada 11 Mac 1861 Kerajaan Manchu telah menubuhkan Pejabat Hal-Ehwal Luar Negeri (Tsungli Yamen). Putera Kung dilantik untuk mengetuai dan Horatio Nelson seorang pegawai Inggeris sebagai Inspector General Kerajaan Manchu telah membenarkan penubuhan Pejabat Perwakilan Asing di Peking serta penubuhan Pejabat Kedutaan China di Luar Negara. Wakil kerajaan Manchu dihantar ke Eropah, Britian, Amerika Syarikat, Perancis, Russia dan lain-lain. Sementara Pejabat Kedutaan China telah ditubuhkan di London (1877), Berlin (1877),

ii.

iii. Bagi memastikan hubungan dengan kuasa barat berjalan lancar, Kerajaan Manchu melantik 2 orang Pesuruhjaya Perdagangan di Nanking dan Tientsin bagi mengurus masalah hubungan perdagangan dengan barat. b. Pendidikan i. Kerajaan Manchu menggalakkan pegawai-pegawainya mempelajari bahasa asing serta menimba sebanyak ilmu pengetahuan barat supaya dapat berurusan dengan orang-orang barat dengan lebih cepat, berkesan serta dapat mengeratkan hubungan.Beberapa buah maktab bahasa ditubuhkan seperti Tung-Weng Kuan.

38

ii.

Penubuhan maktab ini menandakan bermulanya Pendidikan barat di China. Pada awalnya bahasa Inggeris sahaja yang diajar Kemudian diperluaskan kepada bahasa Rusia, Perancis, Jerman, dan Jepun. Selain bahasa, maktab ini juga mengajar matapelajaran matematik, astronomi, sains, ekonomi, politik dan undang-undang barat.

j2k

iii. Maktab ini juga berfungsi sebagai pusat penyelidikan dan penterjemahan buku-buku asing. iv. Kerajaan Manchu juga mengalakan pelajar-pelajarnya melanjutkan pelajaran ke luar negara seperti Ke Amerika, Britian dan Perancis

2. Peringkat Wilayah a. Ketenteraan i. Pemimpin China berpendapat bahawa pemodenan bidang ketenteraan amat perlu untuk mengembalikan dan memulihkan kekuatan Negara China agar setanding dengan negara Barat.

ii. Menurut Yang Wu, China lemah bukan disebabkan corak kebudayaan dan sistem politik tetapi disebabkan ketiadaan penggunaan senjata dan teknik ketenteraan yang moden. Oleh itu, pemimpin Manchu seperti Putera Kung berpendapat bahawa untuk menguatkan China mereka perlu memodenkan angkatan tentera berasaskan teknologi barat. iii. Bagi memulakan proses pemodenan beberapa gudang senjata dan limbungan kapal dibina. Selain itu kilang senjata api terbesar iaitu Kilang Senjata Kiangnan yang ditubuhkan oleh Tseng Kuo-fan dan Li Hung Cheng di Shanghai. Kilang ini juga menyediakan sebuah sekolah tentera yang memberikan latihan ketenteraan dan pusat terjemahan buku-buku ketenteraan. iv. Bagi memperhebat permodenan ketenteraan, beberapa maktab tentera ditubuhkan. Antara maktab tentera laut dan darat.Angkatan Tentera Laut telah ditubuhkan untuk mempertahankan perairan Negara China v. Kerajaan Manchu juga menghantar pegawai China ke Eropah untuk mempelajari sains ketenteraan.

b. Ekonomi ii. Kerajaan Manchu menjana beberapa projek ekonomi berdasarkan prinsip “Penyeliaan Kerajaan dan Pengelolaan Saudagar-saudagar”. Ini bermakna sebahagian keuntungan akan dimiliki oleh kerajaan iii. Antara projek ekonomi ialah menubuhkan China Merchants Steam Navigation Company, Syarikat Perlombongan Arang Batu, Kilang-kilang Tekstil (Kilang Kain Kapas Shanghai), Lombong-lombong Besi Ta-Yeh, Kilang kertas, Membina landasan kereta api Shanghai ke Tientsin, menubuhkan telegraf, sistem perhubungan seperti pos dan penerbitan akhbar dan memajukan bidang pertanian.

39

Usaha-Usaha Pembaharuan Maharaja Meiji (10 markah) 1. aspek pentadbiran / politik a. mewujudkan pemusatan pentadbiran i. menghapuskan sistem feudal secara rasmi pada tahun 1871 ii. pada tahun 1868 wakil kerajaan Meiji telah mengumumkan di willayahwilayah tentang pemusatan kerajaan bagi melaksanakan pemerintahan secara langsung di Jepun iii. pada tahun 1869, daimyo-daimyo Satsuma, Chosu, Tosu danHizen menyerahkan wilayah dan keistimewaan feudal mereka kepada Maharaja Meiji. iv. Negara Jepun dibahagikan kepada beberapa daerah di bawah gabenor yang dilantik oleh kerajaan pusat. v. Kerajaan Meiji memberikan daimyo pencen tahunan.

j2k

b. memperkenalkan sistem pemerintahan monarki berperlembagaan i. Jemaah Menteri dibentuk pada tahun 1885 ii. Ito Hirobumi adalah Perdana Menteri pertama iii. Majlis Penasihat Raja dibentuk pada tahun 1888. iv. Parlimen Jepun, iaitu Diet yang terdiri daripada Dewan Pertuanan dan Dewan Rakyat ditubuhkan v. Pada tahun 1890, Parlimen Maharaja pertama kali bersidang vi. Pilihanraya kebangsaan yang pertama berlangsung pada Julai 1890. vii. menggalakkan penubuhan parti-parti politik viii. Parti Jiyuto terbentuk pada tahun 1881 dan Parti Kaishinto pada tahun 1882.

c. mengutamakan bidang ketenteraan i. menubuhkan tentera darat moden pada tahun 1870 di bawah Aritomo. ii. pada tahun 1871, beberapa maktab tentera ditubuhkan. iii. Pelatih-pelatih Jerman dan Perancis diambil mengendalikan latihan ketenteraan.

2. aspek ekonomi a. menggalakkan perkembangan ekonomi i. melancarkan aktiviti dan perkembangan perindustrian ii. Meiji memainkan peranan penting dalam perancangan, pembiayaan dan pencarian bahan-bahan mentah dan pasaran b. Sistem cukai moden dibentuk c. Mata wang baru diperkenalkan d. menjual perusahaan-perusahaan yang maju kepada pihak swasta dengan harga yang muran i. pihak swasta diberikan bantuan pinjaman e. menggunakan kepakaran barat f. Sistem kewangan diperkemaskan i. menubuhkan bank-bank seperti Bank Tokyo, Bank Jepun dan Bank Yokohama

40

3. aspek sosial a. memperkenalkan sistem pendidikan moden pada tahun 1872 i. Kementerian Pelajaran ditubuhkan pada tahun 1871 ii. pendidikan rendah Jepun berasaskan model Amerika Syarikat iii. mewajibkan pendidikan rendah selama tiga tahun iv. menubuhkan Universiti Tokyo v. maktab teknikal ditubuhkan bagi membekalkan kemahiran teknikal yang sangat perlu bagi pembangunan kebendaan. vi. menghantar pelajar-pelajar Jepun melanjutkan pelajaran dalam ilmu sains barat seperti di negara Britain, Jerman, Perancis dan Amerika Syarikat. b. memodenkan sistem perhubungan i. Jalan kereta api dari Tokyo ke Yokohama dibina pada tahun 1871, dari Osaka ke Kobe pada tahun 1874 dan dari Osaka ke Kyoto pada tahun 1877. ii. sistem telegraf dan perkhidmatan pos diwujudkan.

j2k

C). KESIMPULAN (2 @ 3M) 1. Maharaja Tung Chih dan Maharaja Meiji sangat berusaha memodenkan negara masing-masing 2. Jepun lebih berjaya muncul sebagai sebuah negara yang terlalu moden dan berjaya dalam bidang perindustrian 3. Jepun juga telah muncul sebagai sebuah kuasa imperialis dunia yang berjaya menduduki hampir seluruh negara-negara Asia. 4. Tetapi berbeza di China, pemodenan yang dilaksanakan oleh Maharaja Tung Chih mengalami kegagalan. 5. Buktinya setelah 35 tahun melaksanakan pemodenan akhirnya China mengalami kekalahan di tangan Jepun dalam Perang China – Jepun pada tahun 1894 – 1895.

41

SOALAN 11 BINCANGKAN FAKTOR-FAKTOR YANG MENCETUSKAN REVOLUSI CHINA 1911 DAN REVOLUSI SIAM 1932. A) PENGENALAN (2@3 M). 1. Revolusi China 1911 merupakan perjuangan bersenjata yang bertujuan menumbangkan kerajaan Manchu. Revolusi ini dipimpin oleh Dr Sun Yat Sen telah berjaya menumbangkan kuasa mutlak raja. Revolusi Siam meletus pada tahun 1932 tanpa pertumpahan darah. Revolusi ini dipimpin oleh Pridi Panamyong telah berjaya menamatkan kuasa autokratik raja dan raja diletakkan di bawah perlembagaan. Kedua-dua Revolusi ini didorong oleh perasaan tidak puas hati rakyat terhadap pemerintah.

j2k

2.

3.

B)

ISI (20 M)

1.

Revolusi China (10 M)
a. Pegawai-pegawai China melakukan penipuan di peringkat wilayah. Pungutan cukai di wilayah sebahagian kecil diserahkan kepada kerajaan pusat. b. Rasuah bermaharajalela. Cukai-cukai yang dikenakan kepada rakyat 5 kali ganda dari yang ditetapkan. c. Tentera Manchu memalukan. Kalah di dalam Perang Candu I dan II. Kalah dengan Perancis pada tahun 1884. Perang China-Jepun 1894-1895 dan Boxer 1900. Perjanjian-perjanjian yang ditandatangani untuk menamatkan perang merugikan China. Akibatnya China ditawan. Oleh itu, Manchu patut digulingkan. d. Ganti rugi peperangan menyebabkan China terpaksa memikul beban hutang. China terpaksa membayar 200 juta tael kepada Jepun selepas Perang China-Jepun. Pemberontakan Boxer menyebabkan China terpaksa membayar 450 juta tael kepada asing. Ini tidak termasuk Perang Candu I dan II. e. Bilangan penduduk China bertambah dari 377 juta kepada 430 juta orang antara tahun 1885 – 1911. Pertambahan penduduk tidak selari dengan pertambahan tanah pertanian. Akibatnya rakyat China bertambah miskin. f. Bencana alam seperti banjir dan kemarau yang merosakkan tanaman menambahkan lagi kesengsaraan rakyat China.

g. Kerajaan Manchu mengenakan cukai tinggi untuk membayar hutang luar negeri, ganti rugi peperangan dan membiayai pembinaan jalan kereta api. Tambahan pula pendapatan petani merosot akibat kemasukan barang-barang asing. Petani tidak mampu membayar cukai tinggi, mereka terpaksa menjual tanah kepada orang kaya.

42

h. Sentimen anti-Manchu di kalangan orang China. Orang Manchu bukan China asli tetapi mereka datang dari Manchuria dan menggulingkan Dinasti Ming pada tahun 1664. Orang China tidak mahu tunduk kepda kerajaan Manchu. Cogan kata mereka “Hapuskan Manchu, Kembalikan Dinasti Ming”. i. Orang Manchu juga tidak memberi tempat kepada orang China di dalam pentadbiran. Mereka curiga dengan kesetiaan orang China. Jabatan kerajaan dimonopoli oleh orang Manchu. Kegagalan pembaharuan 100 hari. Pada pertengahan kedua abad ke-19, Manchu menghantar pelajarpelajar ke luar negeri. Mereka terpengaruh dengan ideologi-ideologi baru seperti demokrasi, sosialisme, liberalisme, kebebasan dan hakhak asasi manusia. Kejayaan Perancis, Gerakan Penyatuan Jerman dan Itali, kejayaan Peter The Great serta kejayaan Meiji telah menjadikan ilham kepada pelajar-pelajar untuk melancarkan revolusi.

j2k

j. k.

l.

m. Dr Sun Yet Sen memainkan peranan penting dalam gerakan menjatuhkan kerajaan Manchu dengan digantikan kerajaan Republik. n. Dr Sun dengan Tiga Prinsip Rakyat sebagai falsafah revolusi, iaitu nasionalisme, demokrasi dan kebajikan sosial dapat mempengaruhi rakyat. Antara 1895 – 1911, Dr Sun dan pengikut-pengikutnya melancarkan 10 pemberontakan. Walau bagaiamanapun, pemberontakan itu gagal tetapi maruah kerajaan Manchu mulai merosot. Kekacauan bermula apabila kerajaan Manchu cuba memiliknegaraan perkhidmatan kereta api pinjaman dari kuasa asing. Lantaran kereta api yang menghubungkan Canton-Hankow dan Hankow-Chengtu, memberi peluang kepada kuasa asing menguasai sistem pengangkutan dan kedaulatan wilayah Negara China.

o.

2. Revolusi Siam 1932 a. Institusi Monarki di Thailand mulai merosot semasa pemerintahan Raja Vajiraudh (1910 – 1925). Beliau tidak berminat dalam politik. Kabinet tidak berfungsi Vajiravudh lebih berminat dalam bidang kebudayaan dan suka berfoya-foya. Rakyat mula mengkritik raja. b. Raja Vajiravudh bersikap pilih kasih. Kebanyakkan menteri era Chullalongkorn telah dipecat dan digantikan dengan golongan pendidikan luar negeri yang sealiran dengan beliau. c. Raja Vajiravudh membazirkan wang negara sehingga kerajaan hampir muflis. Raja Vajiravuddh berusaha mengukuhkan lagi kuasa Monarki mutlak.

d.

43

e.

Penubuhan Pasukan Harimau Liar menimbulkan perasaan tidak puas hari golongan tentera sehingga golongan tentera cuba menggulingkan Vajiravudh dalam tahun 1912 dan 1917 tetapi gagal. Kuasa Monarki sekamin merosot pada zaman Raja Prajadhipok (1925 – 1934). Beliau memecat menteri-menteri yang dilantik oleh Raja Vajiravudh dan digantikan dengan putera-putera Raja, sehingga pegawai-pegawai awam merasa tidak puas hati. Raja Vajiravudh melaksanakan beberapa langkah yang tidak popular. Beliau memecat dan mengurangkan pegawai istana dari 3000 kepada 300 orang sahaja. Bayaran gaji dikurangkan dan cukai baru diperkenalkan sehingga menyebabkan golongan pegawai awam dan tentera tidak berpuas hati. Pasukan Harimau Liar dibubarkan. Orang-orang China mendomisasikan ekonomi Thailand menguruskan monopoli perdagangan raja-raja Thailand. dan

j2k

f.

g.

h.

i.

Krisis politik berlaku antara menteri peperangan (Putra Punachatra) dengan memonopoli perdagangan (Putra Punachatra) melemahkan lagi sistem Monarki. Perkembangan pendidikan barat sejak zaman Mongkut dan Chulalongkorn telah melahirkan golongan intelek berpendidikan barat di Thailand. Golongan ini terpengaruh dengan idea politik moden dari barat yang bersifat anti monarki dan memperjuangkan demokrasi. Golongan ini terlibat memimpin revolusi Thailand bagi memajukan negara tersebut. Kemelesetan ekonomi dunia pada tahun 1920-an dan 1930-an memberi kesan besar kepada Thailand. Thailand menghadapi kekurangan belanjawan yang memaksa kerajaan menjalankan langkah berjimat cermat dan menjadikan kerajaan monarki makin lemah dan tidak popular.

j.

k.

C)

KESIMPULAN (2@3 M) 1. Kedua-dua revolusi telah berjaya menjatuhkan kerajaan monarki di China dan Thailand. 2. Sistem pemerintahan ala barat diperkenalkan. 3. Revolusi juga mendorong kepada perebutan kuasa yang sering berlaku di Thailand dan China.

44

SOALAN 12

j2k

HURAIKAN BENTUK PEMERINTAHAN DI JEPUN DAN INDIA SELEPAS PERANG DUNIA KEDUA.

B. PENGENALAN (2 @ 3M)

1. Selepas Perang Dunia Kedua , beberapa buah negara telah diberikan kemerdekaan oleh penjajah. Di India, kerajaan British akhirnya memberi kemerdekaan mengikut Akta Kemerdekaan India 1947 yang diluluskan oleh Parlimen Britain pada 15 Ogos 1947. Bentuk pemerintahan di India ialah sistem republik demokratik yang bercorak persekutuan seperti Amerika Syarikat

2. Jepun pula telah menyerah kalah secara rasmi kepada Amerika Syarikat pada bulan September 1945. Amerika Syarikat telah menduduki Jepun dengan diketuai oleh Jeneral Douglas McArthur di bawah jentera pentadbiran Supream Commander of Allied Powers (SCAP). SCAP merupakan sebuah badan khas yang diwakili oleh semua ahli tentera Berikat. Pentadbiran SCAP dijalankan oleh MacArthur dan tentera Amerika dengan bantuan pasukan tentera British.

C. ISI (20 M)

1. Bentuk pemerintahan di Jepun (10 markah)

a. SCAP telah menyusun semula sistem pemerintahan Jepun dengan memperkenalkan sistem parlimen mengikut perlembagaan 1947

b. Maharaja dijadikan sebagai simbol perpaduan manakala kedaulatan diserahkan kepada rakyat

c. Sebuah kabinet ala-British dibentuk dengan seorang Perdana Menteri dilantik oleh maharaja dari kalangan parti yang telah memenangi pilihan raya. Perdana Menteri akan menubuhkan kabinet dengan persetujuan maharaja.

45

d. Pilhanraya

diadakan

bagi

memilih

ahli-ahli

dewan

atau

Badan

j2k

Perundangan. Semenjak tahun 1947, kerajaan Jepun bercorak sekular dan demokrasi berparlimen. Semua rakyat berunur 20 tahun dan ke atas berhak untuk mengundi.

e. Parlimen (Badan Perundangan)

dikenali sebagai

Diet

yang terdiri

daripada dua dewan iaitu Dewan Rendah dan Dewan Tinggi. Ahli Dewan Rendah merupakan ahli yang dipilih daripada 117 daerah dan akan berkhidmat selama 4 tahun. Umur minimum ahlinya ialah 25 tahun. Manakalan Ahli Dewan Tinggi pula dipilih daripada pilihanraya

kebangsaan dan daerah tempatan. Umur minimum ahlinya ialah 30 tahun. Dewan rendah lebih berkuasa dan boleh mengatasi Dewan Tinggi.

f.

Jepun terbahagi kepada 46 daerah tempatan, iaitu satu do-Hokkaido, satu to-Tokyo, dua fu-Osaka dan 42 ken atau prefektur. Setiap daerah tempatan ini mempunyai gabenor dan sistem perundangan tersendiri. Setiap daerah tempatan terdapat bandaraya, bandar dan kampung. Setiap unit ini mempunyai ketua eksekutif seperti Datuk Bandar dan ahli perhimpunan tempatan yang dipilih oleh rakyat. Badan-badan awam tempatan ini mempunyai hak mentadbir hal-ehwal masing-masing dan mempunyai kuasa dalam bidang pendidikan, cukai dan perjalanan pentadbiran.

2. Bentuk pemerintahan di India (10 markah)

a. Tiga badan utama dalam sistem pemerintahan di India terdiri daripada eksekutif, perundangan dan kehakiman. Badan Eksekutif di ketuai oleh Presiden dan kuasa dijalankan oleh Perdana Menteri.

b. Presiden dipilih oleh parlimen dan dewan perundangan negeri yang mempunyai kuasa eksekutif termasuk Ketua Tertinggi Angkatan Tentera serta melantik Perdana Menteri dan Kabinet.

c. Mengikut Perlembagaan 1950, terdapat 3 unit

penting dalam

perundangan India iaitu Presiden, Dewan Negeri (Rajya Sabha) dan Dewan Rakyat (Lok Sabha). Rajya Sabha mempunyai keahlian seramai 250 orang. Semua ahlinya dipilih melalui pilihanraya kecuali 12 orang

46

dipilih oleh perundangan negeri untuk tempoh enam tahun. 12 orang yang lain dilantik oleh Presiden daripada kalangan pakar dalam bidang-bidang tertentu. Lok Sabha mempunyai keahlian maksimum 500 orang dan diberi tempoh enam tahun setiap penggal.

j2k

d. India yang merupakan Negara kesatuan dibahagikan kepada beberapa buah negeri. Kerajaan pusat berkuasa untuk mengatur sempadan negeri, membentuk serta menghapuskan negeri. Pada tahun 1956, kerajaan pusat berkuasa mengorganisasikan negeri.

e. Setiap negeri diketuai gabenor yang dilantik oleh presiden untuk tempoh lima tahun. Sepuluh buah negeri mempunyai dua dewan iaitu Dewan Perundangan (Vidhan Parishand) dan Perhimpunan Kebangsaan (Vidhan Sabha). Negeri-negeri lain hanya mempunyai satu dewan. Setiap negeri dibahagi kepada daerah,daerah kecil dan taluk atau tehsil. Daerah diketuai oleh yang bertindak sebagai pemungut cukai dan majistret bagi mengekalkan keamanan serta peraturan.

C) KESIMPULAN (2 @ 3M)

1. Bentuk pemerintahan di Jepun dan India adalah berbeza selepas Perang Dunia Kedua. Jepun yang mengalami kekalahan dalam perang, telah

mengalami perubahan pentadbiran yang besar selepas dikuasai oleh SCAP. Bentuk pemerintahan demokrasi berparlimen di Jepun adalah dipengaruhi oleh bentuk pemerintahan British. Di India pula, bentuk pemerintahan lebih bercorak kesatuan di bawah kuasa seorang Presiden.

2.

Kuasa maharaja di Jepun adalah tertakluk kepada perlembagaan manakala institusi maharaja di India terus berkubur dengan perlantikan Presiden sebagai ketua Negara.

3.

Namun, sistem

pemerintahan demokrasi telah dilaksanakan di kedua-

dua negara selepas perang dunia kedua sehingga kini.

47

Master your semester with Scribd & The New York Times

Special offer for students: Only $4.99/month.

Master your semester with Scribd & The New York Times

Cancel anytime.