You are on page 1of 3

http://guruselamanya.wordpress.

com/2011/01/21/punca-punca-banjir-kilat/

Banjir kilat ialah banjir yang berlaku dengan serta-merta atau dengan tidak disangka-sangka. Banjir kilat adalah antara bencana alam yang kerap berlaku di negara kita dan boleh mendatangkan beberapa kesan buruk terhadap semua hidupan sehingga boleh membawa kematian.

Banjir kilat berlaku disebabkan oleh beberapa faktor. Antaranya ialah akibat hujan yang berterusan. Hujan yang berterusan tanpa berhenti-henti selama beberapa jam akan menyebabkan banjir berlaku. Di kawasan-kawasan rendah, air hujan akan dialirkan ke sungai. Air yang memenuhi sungai akan melimpah keluar sehingga menyebabkan kawasan tanah rendah dipenuhi air.

Proses pembandaran menyebabkan banyak kawasan yang dipermoden. Kawasan-kawasan tanah rendah telah ditebus guna dengan mengambil tanah dari kawasan bukit. Ada juga anak-anak sungai yang ditimbus untuk dijadikan tapak bangunan. Aktiviti-aktiviti seperti ini merupakan faktor penyebab berlakunya banjir kilat kerana apabila hujan turun, air akan mengalir dari kawasan bukit ke kawasan yang rendah dan kemudian bertakung, maka lama-kelamaan air akan bertambah dan banjir kilat akan berlaku.

Hakisan sungai yang kerap berlaku juga boleh mendatangkan banjir kilat. Faktor semula jadi berlaku apabila hujan turun dengan lebat, air akan mengalir deras and menghakis tebing-tebing sungai. Akhirnya tanah tebing akan runtuh dan membentuk satu mendapan di dasar sungai. Seterusnya sungai akan menjadi cetek. Begitu juga dengan aktiviti manusia yang suka membuang sisa-sisa domestik seperti sampah-sarap dan sisa-sisa industri ke dalam sungai boleh menyebabkan sungai menjadi cetek dan pengaliran air tersekat. Apabila hujan lebat turun, sungai tersebut tidak dapat megalirkan air hujan yang banyak. Akhirnya air sungai akan melimpah ke tebing dan dengan ini banjir akan berlaku.

Hutan yang berperanan menyerap air hujan juga semakin berkurangan. Hal ini menyebabkan air hujan terus turun ke bumi tanpa diserap oleh tumbuhan. Hujan yang turun dengan lebat menyebabkan air mengalir dengan banyak ke dalam sungai. Apabila sungai tidak dapat menampung air hujan dalam jumlah yang banyak, maka berlakulah banjir kilat.

Masalah banjir kilat yang sering melanda bandar pula adalah disebabkan kekurangan sistem perparitan yang sempurna. Parit yang dibina terlalu kecil dan cetek serta sering tersumbat. Apabila berlaku hujan lebat parit tersebut tidak dapat menampung sejumlah air yang banyak, maka air melimpah keluar dari parit menyebabkan banjir kilat berlaku.

Hujan dan banjir merupakan fenomena alam yang berlaku secara semula jadi dan membawa rahmat kepada manusia, tetapi jika kita tidak mengambil lankgah-langkah untuk memelihara kelangsungan alam serta tidak melakukan aktiviti pembangunan dengan terancang, maka masalah banjir kilat akan

http://berita-harian-online.com/sampah-punca-banjir-saya-pun-salah-seorang-yang-kena/

SHAH ALAM: Perbuatan segelintir penduduk suka membuang sampah selain berlaku mendapan akibat pertembungan Sungai Pelumut dan Sungai Damansara dikenal pasti sebagai antara punca banjir kilat yang melanda Kampung Melayu Subang dekat sini, pagi Sabtu lalu.

Pegawai Perhubungan Awam Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Shahrin Ahmad berkata, masalah banjir kilat tidak ada kena mengena dengan pelepasan air dari empangan seperti di dakwa penduduk, malah empangan berhampiran kampung itu tidak pernah wujud. Beliau berkata, beberapa hari selepas kejadian, MBSA dengan kerjasama Jabatan Pengaliran dan Saliran (JPS) Selangor serta JPS Daerah Petaling ke kampung tersebut untuk memantau keadaan. Kami juga melakukan sesi dialog bersama penduduk untuk memberitahu masalah dihadapi oleh kampung terbabit dan kini JPS dalam usaha mengeluarkan mendapan di sungai itu, katanya. Shahrin juga menyatakan, MBSA akan terus mengadakan mesyuarat berkala dengan JPS sehingga masalah di Kampung Melayu Subang selesai dan akan terus memantau keadaan termasuk di kawasan sekitar agar masalah banjir kilat tidak berlaku. Penduduk sebelum ini mendakwa, mereka seperti di aniaya apabila ada pihak yang cuba melepaskan air dari empangan berhampiran berikutan mengalami banjir paling teruk apabila air naik sehingga ke paras pinggang dan ada juga beberapa kawasan yang naik sampai ke dada baru-baru ini. Tinjauan Harian Metro ke kampung berkenaan mendapati banyak barang berharga penduduk termasuk perabot, kereta dan barangan elektrik rosak menyebabkan mereka mengalami kerugian. Seorang mangsa Rahimah Mansor, 53, berkata kejadian itu berlaku ketika semua penduduk sedang tidur dan hanya menyedari banjir selepas air naik ke rumah hingga membasahi mereka. Katanya, dia berasa terkejut dengan keadaan terbabit kerana tidak pernah mengalami banjir besar seperti itu yang memusnahkan harta benda 500 buah rumah penduduk. Banjir ini adalah paling teruk apabila air naik sehingga ke paras pinggang dan ada juga beberapa kawasan yang naik sampai ke dada.

Saya kecewa dengan masalah yang berlaku, dan berharap ada pihak yang tampil menyelesaikan masalah banjir di sini kerana selama 24 tahun menetap di kampung itu masalah banjir tidak pernah surut, katanya.

Sumber : Harian Metro

You might also like