1.

0

Pengenalan Kemajuan dalam bidang sains dan teknologi telah banyak mencipta alat atau kaedah

saintifik untuk diaplikasikan dalam sistem pendidikan. Pada zaman yang serba mencabar ini,pendidikan memainkan peranan yang penting sebagai pemangkin kepada masyarakat yang berilmu dan berakhlak. Pendidikan merupakan usaha dalam mewujudkan proses pengajaran dan pembelajaran agar pelajar dapat mengembangkan potensi diri untuk memiliki kekuatan spritual keagamaan,keperibadian,kecerdasan,akhlak mulia serta ketrampilan yang diperlukan untuk diri dan masyarakat.Teknologi baru hari ini menawarkan peluang untuk memperbaharui kandungan pembelajaran dan kaedah pengajaran serta memperluaskan laluan pembelajaran. Secara tidak langsung dapat memberikan alternatif dalam pemilihan media pengajaran dan pembelajaran masa kini.Atan Long ( 2005 ) berpendapat setiap mata pelajaran perlu disampaikan dengan menggunakan kaedah-kaedah yang tertentu supaya pembelajaran murid-murid berlaku dengan berkesan dan mudah difahami. ABBM merupakan alat atau bahan yang penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi menentukan kejayaan dan dapat merangsang keinginan pelajar untuk mengetahui sesuatu dan menjadikan gaya pembelajarn lebih menarik dan lebih baik.Keberkesanan guru yang mengajar di bilik darjah tidak akan tercapai dengan baik tanpa sokongan alat bahan bantu mengajar yang kreatif,cantik dan menarik. Alat bahan bantu mengajar yang digunakan perlu diinovasikan yang membawa maksud memperkenalkan sesuatu yang baru atau memperbaharui sesuatu yang telah sedia ada dengan diberi wajah baru. Mok, S.S. (1991) pula, penggunaan ABBM membolehkan pendidik menyampaikan pelajaran dengan lebih mudah, lebih menarik dan lebih berkesan manakala pelajar pula dapat memahami pelajaran dengan lebih bermakna.Para pelajar juga dapat menumpukan perhatian terhadap pembelajaran seterusnya dapat memberikan kesan yang baik terhadap proses P&P. Penggunaan ABBM bukan sahaja boleh meransang minda pelajar tapi juga memberi peluang kepada pelajar menggunakan alat-alat tersebut sebagai kemahiran dan pengalaman baru. Dalam penyampaian sesuatu isi pelajaran, penggunaan ABBM yang sesuai dan menarik adalah penting bagi menentukan kejayaan dan keberkesanan P&P, menimbulkan rangsangan serta keinginan pelajar untuk mengetahui sesuatu yang menjadi motivasi kepada mereka untuk terus belajar.

1. Membolehkan pelajar menghubungkait diantara benda konkrit dengan fakta fakta yang abstrak. iv.1 Kepentingan ABBM Mok. M. Memudahkan guru menyampaikan pengajarannya. Dapat menguatkan kefahaman dan mempercepatkan perkembangan perbendaharaan kata. Merangsangkan minat pelajar supaya menumpukan perhatian kepada pelajaran. Membekalkan dasar perkembangan pembelajaran dan menjadikan pembelajaran lebih kekal. ii. Menyediakan dasar kukuh untuk perkembangan kefahaman dan corak pemikiran serta mengurangkan gerakbalas lisan yang tidak diperlukan daripada pelajar. vi. ABBM adalah seperti berikut: i.S. guru tidak perlu menghuraikan sesuatu dengan menggunakan banyak perkataan. vii. . Membantu pelajar menjalankan aktiviti pengayaan dan pemulihan. Dengan penggunaan ABBM seperti model. Menyediakan pengalaman baru yang tidak dapat diperoleh dengan mudah oleh cara-cara lain dan menjadikan pembelajaran pelajar lebih mendalam dan pelbagai. guru tidak perlu lagi menulis maklumatmaklumat di papan hitam. J (2005) pula. Dengan adanya ABBM. kepentingan iv. iii. iii. Manakala menurut Kamaruddin (1986) dalam Zakaria. Pelajar biasanya boleh mengingat sesuatu yang berbentuk konkrit lebih lama daripada bahan-bahan abstrak. v. (2008). S. ii. menyatakan bahawa kepentingan ABBM terhadap sistem pengajaran dan pembelajaran seperti berikut: i. v. Memberi ransangan dan minat pelajar. Membantu guru menyampaikan pelajarannya dengan tepat. Membantu pelajar mengukuhkan ingatan.

Atan Long ( 2001 ) menyatakan garis panduan dalam pemilihan ABBM. Menurut Phelps (1995). Schurman (1995). grafik.2 Penggunaan ABBM Seseorang guru mestilah bijak menyesuaikan penggunaan ABBM dengan isi kandungan yang akan diajar kepada pelajar. iii. . Tentukan sumbangan yang dapat diberikan oleh ABBM itu kepada pengajaran berkenaan berhubung dengan abjektif pengajaran yang hendak diajar Nilaikan sumbangan ABBM kepada pengajar melalui percubaan. Manakala. Pada hakikatnya. i.Ubahsuaikan cara penggunaannya berdasarkan penilaian ini. berinteraksi. pula mentakrifkan multimedia sebagai penggunaan komputer untuk memaparkan dan menggabungkan teks. video dan bunyi dalam satu perisian yang direkabentuk yang mementingkan interaksi antara pengguna dan komputer. Rancangkan bagaimana ABBM itu dapat digabungkan penggunaanya dengan pengajaran untuk menambah pengalaman pembelajaran murid-murid. 1. Aturkan supaya ABBM itu dapat digunakan oleh murid-murid dengan sebaik-baiknya supaya tidak menggangu proses pengajaran dan pembelajaran. animasi. Hofstetter (1995). suara dan animasi dalam sebuah perisian komputer yang interaktif. multimedia adalah kombinasi teks. iv. video.3 Penggunaan Multimedia Sebagai ABBM Multimedia ialah satu perkataan yang selalu kita dengar pada masa kini apabila memperkatakan tentang penggunaan komputer dalam pendidikan. Kaji maklumat daripada pelbagai sumber berkenaan dengan cara penggunaan sesuatu ABBM untuk mendapatkan kesan yang memuaskan. teks. v. audio dan video dengan hubungan dan alatan yang membenarkan pengguna belayar. multimedia sudah lama digunakan dengan meluasnya dalam pendidikan cuma istilah multimedia tidak wujud sehingga beberapa tahun ini. mencipta dan berkomunikasi. mendefinasikan multimedia sebagai kombinasi grafik. ii. Multi bermaksud banyak atau pelbagai manakala medium pula bermaksud alat atau perantara komunikasi (Kamus dewan. Pendapat beliau disokong lagi oleh pendapat Schurman dan Hofstetter. grafik.1. bunyi dan video sudah lama digunakan di dalam pengajaran dan pembelajaran. teks. 2005). Sebenarnya. Perkataan multimedia adalah berasal daripada dua perkataan iaitu multi dan medium.

ii) Format yang interaktif dan meransang. teks dan animasi untuk tujuan mewujudkan suasana yang interaktif. synthesizer dan juga kamera video. pemacu CDROM. iii) Pengekalan informasi yang berkesan.3 Model ASSURE Model reka bentuk pengajaran yang dipilih adalah model Assure. animasi. Pendapat lain berkenaan multimedia ialah. N. vi) Meningkatkan minat dan motivasi pelajar.Daripada pernyataan ketiga-tiga pendapat tersebut dapatlah disimpulkan bahawa unsurunsur dalam multimedia terdiri daripada video. Sesebuah komputer yang boleh menggunakan klip video. data dan teks bersama-sama keupayaan interaktif sesebuah komputer. gambar-gambar pegun dan bergerak. video dan imej. tetapi apabila program itu membolehkan pengguna mengendalikan pergerakan perisian dengan membuat pilihan yang berbeza-beza. S. ianya disebut sebagai multimedia. multimedia merupakan sebuah persembahan. rakaman suara. penggunaan multimedia dapat mengatasi kelemahan yang ada pada proses pengajaran yang dilaksanakan secara tradisi. 1.A. (1995). menurut Collin.Berdasarkan definisi yang diberikan di atas dapatlah disimpulkan bahawa multimedia ialah suatu kaedah penyebaran maklumat dan juga satu teknologi komputer yang direkabentuk khusus dengan menggabungkan bunyi. animasi dan teks serta pula boleh mengendalikan peranti-peranti seperti perakam video. grafik. (2004). v) Membolehkan pelajar belajar mengikut keperluan sendiri. Sekiranya program tersebut menghasilkan bunyi. maka ianya dIsebut sebagai multimedia interaktif. grafik. audio. pemaincakera video. imej.2 Kelebihan Penggunaan Multimedia sebagai ABBM Menurut Ahmad. permainan atau aplikasi yang menggabungkan beberapa media yang berlainan. iv) Memudahkan dan mempercapatkan proses pengajaran dan pembelajaran. 1. Antara kelebihan penggunaan multimedia sebagai ABBM terhadap proses pengajaran dan pembelajaran: i) Komunikasi maklumat yang efektif.Model tersebut merupakan satu rujukan kepada guru di mana guruboleh merancang secara sistematik supaya alat dab bentuk mengajar yang digunakan benar-benar memberi kesan kepada proses pengajara dan .

U. Ciri-ciri umum ini boleh diperolehi semasa sesi suai kenal antara guru dengan murid pada hari pertama persekolahan dan guru daripada pemerhatian guru semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Terdapat beberapa langkah penting dalam model reka bentuk pengajaran ASSURE yang sesuai digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Terdapat enam langkah utama dalam model reka benuk pengajaran ASSURE iaitu : A . 1. R – require learner participation (memerlukan penglibatan pelajar) dan E .pembelajatan. Analisis pengetahuan atau pengalaman sedia ada muridmurid dapat membantu guru menyediakan pengajaran yang bermanfaat kepada murid-murid. umur.state objectives (menyatakan objektif). media dan bahan sumber). Model ASSURE merupakan sebuah model rancangan pengajaran yang berasaskan bilik darjah. Hal ini adalah bagi membantu guru menyediakan pengajaran yang berkesan dan pelajar dapat membina . Ini dikenali sebagai entry point. S . Oleh itu.utilize media and materials (menggunakan media dan bahan). guru perlu mengetahui tahap pengetahuan dan pengalaman sedia ada yang dimiliki oleh murid-muridnya terlebih dahulu sebelum beralih kepada langkah yang seterusnya. terdapat tiga perkara yang boleh dibuat analisis oleh guru iaitu ciri-ciri pelajar. bakat. Dalam proses menganalisis ciri-ciri pelajar. guru perlu mengenal pasti ciri-ciri umum yang terdapat pada seseorang murid seperti jantina. budaya dan kelas atau taraf ekonomi. gaya pembelajaran petempatan / daerah / kawasan. Setiap pelajar membawa pengalaman dan pengetahuan yang tertentu ke dalam bilik darjah. media and materials (memilih kaedah. pengetahuan dan pengalaman sedia ada mereka serta gaya pembelajaran pelajar tersebut.3. Menurut Gagne (1985).analyze learners (menganalisis pelajar) Bagi langkah pertama iaitu menganalisis pelajar.1 A .analyze learners (menganalisis pelajar). pemilihan bahan bolehlah berasaskan unsur budaya etnik berkenaan. pembelajaran berlaku sebagai satu proses perkembangan secara berperingkat. Jika pelajar berasal dari satu kumpulan etnik yang sama. Perancangan pengajaran yang rapi dan tersusun akan menghasilkan pengajaran yang berkesan.select methods.Kami memilih model reka bentuk pengajaran ASSURE kerana model tersebut sesuai untuk digunakan dalam merancang proses pengajaran dan pembelajaran.evaluate and revise (melakukan penilaian dan pengubahsuaian). S .

pengetahuan sedia ada. objektif serta maklum balas yang akan diberi. Sesuatu kaedah yang sesuai perlu dipilih bersesuaian dengan ciri-ciri murid-murid. foto. Sebagai contoh : i. media dan bahan.pengetahuan secara konstruktivis selain membantu guru mengesan pengetahuan pelajar melalui ujian pra atau melalui soal jawab. audio. Pemilihan media adalah mengenai bentuk format media yang akan digunakan seperti gambar. Siapa yang hendak mencapai objektif tersebut? ii. Pertama ialah pemilihan kaedah yang paling sesuai.select methods. Sesuatu perancangan pengajaran dan pembelajaran yang mengambil kira gaya pembelajaran akan menjadikan sesuatu pembelajaran menjadi lebih berkesan. Objektif-objektif pembelajaran secara khusus perlu dinyatakan dengan jelas bagi memastikan aplikasi yang kan dibangunkan mempunyai hala tuju yang terpimpin serta menepati kehendak. 1.3. guru perlu menyatakan objektif pelajaran yang akan dicapai oleh murid dan sesuai dengan kehendak pelajar serta menetapkan perubahan tingkahlaku yang akan berlaku pada pelajar. Gaya pembelajaran murid-murid merupakan trait psikologi berkaitan dengan cara dan gaya individu menanggap. Ketiga ialah memilih.state objectives (menyatakan objektif) Bagi langkah kedua iaitu menyatakan objektif pembelajaran secara khusus. gaya pembelajaran serta objektif. berinteraksi dan bertindak balas secara emosi dengan persekitaran pembelajaran. Pemilihan media perlulah mengambil kira kumpulan pelajar. slaid. Ianya merujuk kepada cara yang paling sesuai dan berkesan untuk individu menguasai pembelajaran. Bagaimana objektif hendak dicapai dan berapakah ukuran tahap minimum yang hendak dicapai. terdapat tiga langkah proses pemilihan yang perlu dijalankan. keupayaan. 1. Apa objektif yang hendak dicapai? iii.3.2 S . media and materials (memilih kaedah.3 S . media dan bahan sumber) Bagi langkah ketiga iaitu memilih kaedah. mengubah suai . Gaya pembelajaran individu mempengaruhi cara seseorang individu memproses maklumat serta membentuk persepsi. video serta video interaktif. Kedua ialah format media yang dipilih.

3.3. kuiz.6 E .require learner participation (memerlukan penglibatan pelajar) Bagi langkah kelima iaitu penglibatan pelajar dalam pembelajaran. sesuatu sesi refleksi guru bersama murid-murid perlu dijalankan bagi membolehkan murid-muird memberikan respon terhadap sesi pengajaran dan pembelajaran yang telah dijalankan secara individu. latih tubi. Antara langkah . Terdapat beberapa langkah yang perlu dibuat sebelum media dan bahan sumber boleh digunakan dalam proses pengajran dan pembelajaran. Penggunaan gambar. Oleh itu.atau menghasilkan sumber pengajaran dan pembelajaran. perbincangan serta komen. video dan animasi dapat mencetuskan perbincangan kumpulan. sesuatu pembelajaran yang melibatkan pelajar secara aktif akan menghasilkan perubahan tingkah laku yang diharapkan.langkah yang perlu dilakukan adalah seperti semak / pratonton / kaji bahan sumber sebelum digunakan. Pemilihan media dan bahan sumber yang sesuai dapat membantu dan mengekalkan penglibatan pelajar. lengkap dan cukup. gambar bersiri.evaluate and revise (melakukan penilaian dan pengubahsuaian) Bagi langkah keenam iaitu melakukan penilaian dan pengubahsuaian. 1.3. rancang penggunaan bahan sumber. Ia adalah bertujuan bagi memasti dan mengenalpasti kelemahan yang terdapat dalam sesuatu sesi pengajaran dan pembelajaran agar . Contoh penglibatan aktif pelajar adalah seperti membuat latihan. persoalan penting adalah bagaimana sesuatu media dan bahan sumber dapat dimanfaatkan oleh guru dan pelajar. sesuatu sesi pengajaran dan pembelajaran perlu dinilai bagi mendapatkan maklum balas dari pelajar dan memastikan keberkesanannya.5 R . 1. Guru perlulah memastikan suasana proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan adalah sesuai. sediakan bahan dengan betul. 1. perbincangan. mengadakan sesi pemerhatian.utilize media and materials (menggunakan media dan bahan) Bagi langkah keempat iaitu menggunakan media dan bahan. efektif serta menarik minat pelajar. penjanaan idea dan penglibatan aktif pelajar. Pemilihan bahan sumber adalah merujuk kepada isi pelajaran yang difokuskan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.4 U. sediakan persekitaran yang sesuai dengan menyusun bahan dan sumber agar mudah dicapai serta menggunakan bahan sumber secara optimum dan proses pengajaran dan pembelajaran. simulasi.

8. Memastikan bahan media yang digunakan adalah sesuai dengan peringkat umur dan persekitaran pelajar. Kemudahan alatan teknologi yang kurang dan tidak lengkap. Pelajar juga akan tertarik dengan pengajaran guru. Pembelajaran akan lebih berkesan dengan adanya bahan media yang sesuai semasa pengajaran guru. Adakah objektif akan tercapai? ii. 9. Aplikasi dalam model ini dalam pembelajaran mempunyai objektif yang jelas. 4. Penggunaan model ini akan menggalakkan para guru sentiasa menggunakan alat bantu bahan mengajar (ABBM) dalam proses pengajaran dan pembelajaran (PnP). Adakah media tersebut dapat membantu dalam proses pembelajaran? iii. Kelemahan Menggunakan Model ASSURE Terdapat beberapa kelemahan dalam menggunakan Model ASSURE ini iaitu: 1. 7. 2.penambahbaikan dapat dilakukan pada masa akan datang. 2. 3. Guru kurang mahir menggunakan apa jua alatan teknologi semasa maka pengajaran akan menjadi kurang berkesan dan mencapai objektif pengajaran pembelajaran. Model ASSURE bukan hanya berpusatkan guru tetapi ia juga berpusatkan kepada pelajar. Adakah pelajar dapat mengendalikan media dengan betul? iv. 6. 3. 5. Guru lebih mahir dalam menggunakan alat berteknologi seperti komputer dan sebagainya. Antara fungsi penilaian yang lain juga adalah bagi menjawab persoalan-persoalan seperti : i. Adakah suasana pembelajaran yang terhasil selesa dan kondusif? Kebaikan Menggunakan Model ASSURE Terdapat beberapa kebaikan dalam menggunakan Model ASSURE ini iaitu: 1. Penyediaan bahan media dalam Reka Bentuk Pengajaran tidak bersesuaian dengan analisis pelajaran. Proses pengajaran menjadi lebih berkesan kerana pengajaran yang bersistematik. . Hubungan di antara guru dan pelajar akan menjadi erat kerana model ASSURE ini menitikberatkan penglibatan pelajar dalam pembelajaran.

Guru kurang kreatif dalam menyediakan reka bentuk pengajaran yang bersesuaian dengan analisis pelajaran. 6.4. latih tubi dan sebagainya selepas pengajaran. 5. Guru kekurangan masa mengajar model ASSURE kerana model ini memerlukan penglibatan pelajar seperti mengadakan perbincangan. kuiz. . meneliti dan menyemak semulabahan pengajaran sebelum menggunakannya. soal jawab. Guru terpaksa mengeluarkan banyak tenaga dan usaha untuk menyediakan.

Ciri-ciri umum yang boleh dianalisis bagi tajuk ini ialah jantina. terdapat tiga perkara yang boleh dibuat analisis iaitu ciri-ciri umum pelajar. Ciri pertama bagi model ini adalah menganalisis pelajar. guru tersebut mengajar subjek untuk pelajar dari kelas yang bawah dimana pelajarnya agak lemah dalam pelajaran dan lemah dalam subejk peperangan sejarah dunia. Sebagai contoh. Seandainya diadakan sesi soal jawab. pengetahuan dan pengalaman sedia ada serta gaya pembelajaran pelajar. guru bolehlah bertanya dan berbincang dengan murid mengenai tajuk Konflik Antarabangsa bagi memanggil semula ingatan murid terhadap terhadap tajuk tersebut.Menghuraikan enam langkah model ASSURE untuk membina pakej pembelajaran bagi satu sub topik pelajaran : Mata Pelajaran: Sejarah Tunjang : Malaysia Dalam Kerjasama Antarabangsa Tajuk : Konflik Antarabangsa Menganalisis Pelajar Dalam langkah membuat analisis terhadap murid-murid. Contohnya berdasarkan temubual dari guru Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Gading. Asasnya. sebelum sesuatu subjek pembelajaran dibangunkan guru harus mengenalpasti pelajar sama ada dari segi umur. latar belakang sosioekonomi dan sebagainya. guru bolehlah memasukkan beberapa soalan pengetahuan am berkaitan dengan tajuk bagi menguji tahap pengetahuan murid-murid. . guru menanya dan berbincang dengan murid mengenai perang dunia pertama atau perang dunia kedua. jadi penyediaan bahan yangtepat adalah penting bagi menarik minat pelajar selain memudahkan kerja guru dalam menyampaikan maklumat. Tahap pengetahuan dan pengalaman pelajar mengenai tajuk Konflik Antarabangsa boleh diuji melalui sesi soal jawab atau ujian pra bertulis. Seandainya ujian pra bertulis diadakan. Maka sudah pastilah tayangan video merupakan pilihan yang tepat untuk peperangan. Sekiranya guru berdepan dengan pelajar yang pasif maka guru harus membangunkan konsep subjek pembelajaran yang sesuai supaya pembelajaran pelajar tidak membosankan. kemahiran dan pengetahuan sedia ada juga perlu diambilkira supaya slide pembelajaran yang dibangunkan mencapai sasaran guru. Aras pengetahuan. taraf sosio ekonomi dan petempatan / daerah / kawasan.

proses menganalisis pelajar amat penting kerana melalui maklumat awal dan latar belakang pelajar. bagaimana hendak capai dan ukuran tahap minimum yang hendak dicapai. slide pembelajaran tersebut mampu mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang seronok di dalam bilik darjah. Menyatakan Objektif Objektif yang dibuat perlulah dinyatakan secara khusus yang menepati kehendak siapa yang hendak capai.menghuraikan peranan dan sumbangan Malaysia dalam pertubuhan serantau. murid-murid akan dapat menanggap. . Tidak terhad setakat itu. murid-murid dapat menghuraikan asas-asas penggubalan dasar luar malaysia. berinteraksi dan bertindakbalas secara emosi apabila melihat poster tersebut. Contohnya.Jika kita mengkaji ciri pertama ini. Bagi tajuk Konflik Antarabangsa.merasionalkan perubahan dasar luar Malaysia daripada proBarat kepada berkecuali. objektif pembelajaran boleh dibahagikan kepada objektif kognitif dan objektif afektif. guru boleh menyampaikan maklumat dengan mudah dan menarik. dapat dilihat murid-murid akan menanggap bahawa kesan daripada peperangan sesama sendiri adalah merugikan bangsa dan masyarakat. Mereka juga akan berinteraksi bersama rakan-rakan mereka mengenai poster tersebut selain menunjukkan reaksi muka dan emosi yang takut akibat melihat kesan-kesan yang terjadi dari peperangan dunia pertama dan dunia kedua kepada ekologi dan kehidupan manusia. Smaldino et. Guru juga boleh menganalisis gaya pembelajaran pelajar tentang tajuk Konflik Antarabangsa melalui penggunaan media bercetak seperti poster yang menunjukkan kesan peperangan . Melalui penggunaan poster tersebut. Contoh bagi objektif kognitif. Sistem pengajaran dan pembelajaran yang baik mampu mendorong pelajar untuk memahami dan mengenalpasti maklumat atau isu-isu pembelajaran berkaitan topik dengan mudah. al (2005) turut menyokong bahawa sekiranya guru dapat mengetahui latar belakang pelajar. guru dapat menghasilkan slide yang baik dan benarbenar sesuai dengan latar belakang pelajar. apa yang hendak capai. Contoh bagi objektif afektif ialah murid-murid dapat menerapkan semangat patriotik dan cintakan negara dalam diri mereka.

Alat bahan dan bantu mengajar yang dapat digunakan dalam pengajaran tajuk Konflik Antarabangsa ini adalah komputer dan OHP kerana komputer berfungsi sebagai pemudahcara bagi guru dan pelajar. Kaedah penerangan adalah Amalan biasa bagi menerangkan idea-idea. Sistem tutorial ini melibatkan penerangan secara terus dan dikawal sendiri penggunaan sistem oleh pelajar tersebut. Alasan –alasan yang digunakan oleh Adolf Hitler untuk menduduki Jerman pada tahun 1930-an 2. Bincangkan peristiwa-peristiwa yang membawa kepada Perang Dunia Pertama Contoh media yang dapat digunakan dalam pengajaran tajuk Konflik Antarabangsa adalah seperti video mengenai kisah perang dunia pertama ataupun perang dunia kedua. Media dan Bahan Sumber Bagi tajuk Konflik Antarabangsa. Dari sudut pendidikan. Cth. faktor-faktor dan peristiwa penting.Ianya adalah untuk menjelaskan keadaan sesuatu masalah dan disertai dengan alat bantu mengajar yang lain seperti menggunakan media. alat berkomunikasi dan juga dijadikan sebagai alat bahan bantu mengajar.Memilih Kaedah. contoh kaedah yang dapat dijalankan adalah kaedah penerangan. papan putih. Menggunakan Media dan Bahan . teknologi berkomputer ini dikatakan mempunyai empat fungsi utama iaitu tutor. Tayangan video ini akan membolehkan murid-murid lebih memahami dan nampak dengan jelas pelbagai aspek Perang Dunia. Jenis Penerangan terbahagi kepada dua bahagian iaitu : 1. Deskriptif Menjelaskan proses-proses struktur atau prosedur-prosedur. demonstrasi secara realiti atau dalam bentuk simulasi. Komputer diklasifikasikan sebagai tutor kepada pelajar apabila sistem ini menyalurkan informasi. alat pencarian maklumat. Interpretatif Memberi fokus dan penekanan dari segi maksud. ohp dll. pernyataan atau isu-isu Cth. Sebagai contoh terbaik pembelajaran yang menggunakan sistem komputer adalah perisian pendidikan.

lengkap dan cukup untuk digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Guru perlu menyediakan persekitaran yang sesuai dengan menyusun model tersebut agar mudah dicapai dalam sesi main peranan. Selain itu. menarik serta melibatkan semua orang murid. Memerlukan Penglibatan Pelajar . Perlu dipastikan bahawa isi yang disampaikan adalah ringkas tetapi padat. Bagi mencapai tujuan ini. guru perlulah mengkaji alat bahan bantu mengajar iaitu komputer riba dan OHP sama ada masih berada dalam keadaan elok atau sebaliknya sebelum digunakan. Pengajaran yang berkesan tercapai apabila objektif pengajaran tercapai tetapi objektif pengajaran hendaklah sesuai dengan tahap intektual pelajar. saya telah memperoleh pelbagai pengetahuan . Melakukan Penilaian dan Pengubahsuaian Selepas tamat sesi pengajaran dan pembelajaran subjek Sejarah yang bertajuk Konflik Antarabangsa. aktiviti yang melibatkan murid perlulah bersifat baru. rancang penggunaan model-model tersebut. REFLEKSI Daripada tugasan kerja kursus Teknologi dalam Pengajaran dan Pembelajaran yang telah saya terima dan selesaikan. Selepas itu.Bagi pengajaran tajuk Konflik Antarabangsa. Penggunaan model-model tersebut perlulah secara optimum dalam sesi penerangan. guru perlulah melakukan sesi refleksi bersama dengan murid-murid.Contoh penglibatan murid-murid dalam pembelajaran tajuk Konflik Antarabangsa ini adalah didalam seisi soal jawab di mana pelajar akan menglibatkan diri dalam proses soal jawab. menarik serta efektif. sebagai contoh model tersebut digunakan dalam seisi penerangan. Guru boleh mengajukan beberapa soalan kepada murid-murid bagi mengetahui apa yang telah diperolehi oleh murid-murid daripada sesi pengajaran dan pembelajaran yang telah dijalankan. Kemudian. boleh diadakan sesi pemerhatian video berkenaan serta sesi perbincangan selepas selesai proses pengajaran dan pembelajaran. Guru perlulah memastikan suasana proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan sesuai. Jangan biarkan isi yang ingin disampaikan adalah meleret kerana hal ini akan membuat murid-murid berasa bosan. Sesi refelsi ini juga dapat membantu guru menilai kelemahan yang terdapat dalam pengajarannya. guru perlu menyediakan bahan yang betul.

sebelum memulakan sesuatu sesi pengajaran. Selain daripada itu. penggunaan model reka bentuk pengajaran ASSURE adalah lebih baik berbanding model-model yang lain kerana ianya lebih lengkap dan bersistematik. Hal ini seterusnya dapat membantu guru merancang cara-cara atau strategi-strategi pengajaran yang lebih berkesan kepada murid-muridnya agar tiada seorang pun daripada murid-muridnya yang tercicir daripada beroleh ilmu. . keenam-enam langkah yang terdapat dalam model ASSURE adalah sangat penting bagi dijalankan oleh guru dalam setiap pengajaran hariannya di dalam kelas. Langkah menganalisis pelajar adalah sangat penting kerana dari situ seseorang guru dapat mengetahui tahap keupayaan seseorang muridnya serta ciri-ciri yang terdapat pada dirinya. berkesan dan memberi kelainan agar murid-murid tidak berasa bosan. Sesungguhnya. saya dapat mempraktikkan penggunaan model reka bentuk pengajaran ASSURE di sekolah. Hal ini adalah kerana bahan sumber dapat menjadikan sesuatu proses pengajaran guru menjadi lebih menarik. Model reka bentuk pengajran ASSURE amat menekankan penggunaan bahan sumber dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Bagi saya. seseorang guru perlu terlebih dahulu menganalisis murid-muridnya. Sebagai kesimpulannya. Diharapkan agar apabila saya menjadi seorang guru kelak. saya juga beroleh sedikit pengetahuan mengenai kepentingan penggunaan bahan sumber dalam proses pengajaran dan pembelajran. setiap guru perlulah mengguna dan mempraktikkan model reka bentuk pengajaran ASSURE apabila mengajar di kelas. Perkara inilah yang sering terlupa atau terabaikan oleh guru-guru disekolah pada masa sekarang. Antaranya.mengenai kebaikan model reka bentuk pengajaran ASSURE.

pelajar-pelajar tesebut lebih senang memahami tajuk tersebut dengan menggunakan ayat-ayat penerangan yang ringkas dan tidak berjela-jela dan menukarkan ayat-ayat penerangan yang penjang lebar tersebut kepada kaedah peta minda di mana ianya lebih ringkas dan hanya menerangkan isi-isi penting sahaja. Mereka juga gemar melihat visual daripada membaca dan menghafal teori. Maka.Johor. daripada temubual tersebut . Perang Dunia Kedua. SMK Sri Gading. Kemunculan Blok Dunia dan juga Perang Dingin. Batu Pahat. Menurut beliau lagi.beliau mengatakan pelajar-pelajar di bawah pengajaran beliau. Peranan Guru • Penerangan mempunyai struktur yang jelas dan menarik • Keberkesanan bergantung kepada minat dan kesungguhan guru • Melibatkan aspek peribadi guru seperti : .kami telah menukarkan ayay-ayat yang panjang lebar ayatnya kepada kaedah yang lebih ringkas dan senang difahami iaitu peta minda dan menggunakan video. sukar memahami dan kurang berminat untuk mempelajari tajuk Konflik Antarabangsa yang merangkumi sub topik-subtopik yang lain iaitu Perang Dunia Pertama.Berdasarkan temubual Cikgu Saliza selaku guru subjek sejarah Tingkatan 4 & 5.

.Corak dan gaya muka Suara. pergerakan tangan Kekakuan dan nada suara.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful