SKOR “A” BAHASA MELAYU SPM

Diselenggarakan oleh Cikgu Mohd. Noor Abdullah – SMKGemereh, Segamat.

TEKNIK MENJAWAB SOALAN PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN BAHASA
(30 MARKAH) Soalan-soalan dalam bahagian ini biasanya mengandungi enam pecahan sebagaimana yang berikut. 3 (a) membina ayat – 6 markah 3 (b) menganalisis ayat atau mencerakinkan ayat atau menukarkan ayat cakap ajuk/cakappindah atau menyambungkan ayat atau menukarkan ayat aktif/ayatpasif –6 markah 3 (c) mengesan kesalahan penggunaan ejaan dan imbuhan – 6 markah 3 (d) mengesan kesalahanpenggunaan kata atau istilah atau kesalahan bahasa – 6 markah 3 (a) peribahasa – 6 markah PANDUAN DAN CARA MEMBINA AYAT SOALAN 3(a) : MEMBINA AYAT Antara kelemahan sebilangan besar pelajar dalam bahagian membina ayat ialah mereka gagal membina ayat seperti yang dikehendaki dalam skema pemarkahan. Hal ini demikian kerana terdapat pelajar yang melanggar peraturan yang ditetapkan. Untuk membaiki kelemahan ini pelajar disarankan agar memahami beberapa panduan yang berikut dahulu, sebelum menjawab soalan membina ayat. 1. Ayat yang dibina hendaklah matang dan sesuai dengan tahap pelajar. 2. Mestilah lengkap strukturnya (subjek dan predikat) dan tidak tergantung. 3. Jangan gunakan perkataan yang diuji sebagai nama khas atau peribahasa. 4. Jangan bina ayat yang tidak logik dan tidak menunjukkan pemahaman terhadap perkataan yang diuji 5. Pelajar boleh memberikan makna perkataan tetapi hendaklah dalam ayat yang lengkap 6. Jangan bina ayat yang kelihatan seperti satu ayat tetapi sebenarnya dua atau lebih ayat. 7. Jangan tambah / buang / ubah imbuhan pada perkataan yang diuji. 8. Jika menggunakan ayat cakap ajuk, pastikan peraturan menulis ayat itu dipatuhi. 9. Jika tidak yakin ayat yang dibina itu tepat, calon boleh membina 2 ayat bagi perkataan yang diuji. 10. Markah akan dipotong bagi kesalahan ejaan dan tatabahasa. 11. Pelajar wajar membina ayat dalam lingkungan 10 – 15 patah perkataan.

1

Kesimpulannya: * Setiap ayat yang dibina hendaklah mematuhi kehendak soalan, misalnya tidak menambah atau menukar imbuhan. Ayat yang dibina haruslah dapat menunjukkkan pengetahuan pelajar tentang makna kata. Selain itu ayat itu hendaklah gramatis. * Seboleh-bolehnya, ayat yang dibina biarlah setara dengan kebolehan dan kematangan calon SPM atau pelajar tingkatan lima, bukannya ayat yang terlalu mudah dan ringkas. Contoh soalan:
Tulis satu ayat daripada perkataan di bawah sup aya jelas menunjukkan maksudnya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa, dan nama khas. a. lalu b. berlalu c. mel al ui d. jalan e. berj al an f . p e r j a l a n a n [6 markah] Contoh jawapan :

a. lalu - Hanya kenderaan berat sahaja yang boleh lalu di jalan itu kerana banjir masih belum surut lagi. - Dua malam yang lalu , kami bermesyuarat untuk membincangkan cara cara meningkatkan kawalan keselamatan di kampung ini. - Semenjak dia sembuh daripada penyakit demam panas yang dihidapinya sebulan dahulu, dia kelihatan lemah dan kurang berupaya akibat tidak lalu makan. b. berlalu - Selepas memulangkan beg pakaian saya yang tertinggal di dalam teksinya semalam, pemandu teksi itu pun berlalu meninggalkan rumah kami. - Keadaan cuaca sudah kembali tenang dan ribut kencang yang melanda kawasan kediaman kami sejak malam tadi sudahpun berlalu . - Biarpun peristiwa banjir besar itu sudah berlalu kira-kira setahun lamanya, namun segala kenangan pahit yang yang kami alami tetap segar dalam ingatan.

2
Diselenggarakan oleh Cikgu Mohd. Noor Abdullah SMKGemereh Segamat. Johor.

c. melalui - Sebelum sampai ke perkampungan masyarakat orang asli itu kami terpaksa melalui jalan yang berbukit-bukit dan berliku-liku. - En. Rahmat telah mengemukakan tuntutan untuk mendapatkan hak penjagaan anak-anaknya melalui peguamnya di mahkamah. - Patik sekalian tiada kuasa melalui titah tuanku kerana patik sekalian telah bersumpah untuk tidak menderhaka kepada tuanku. d. jalan - Tidak ada jalan pintas bagi kita untuk mencapai kejayaan dalam apa-apa sahaja bidang yang kita ceburi kecuali dengan ketekunan dan usaha yang bersungguh-sungguh. - Untuk mengelakkan kami tersesat, kami meminta bantuan anggota polis untuk menunjukkan jalan ke Universiti Malaya. - Semua pelajar dinasihati supaya membaca novel itu berulang kali dan memahamkan jalan ceritanya sebelum menjawab soalan-soalan yang disediakan. d. berjalan - Oleh sebab tidak terdapat sebarang kemudahan pengangkutan, kebanyakan pelajar yang tingal di kawasan pedalaman negeri itu terpaksa berjalan kaki ke sekolah. - Persidangan Ketua-ketua Negara Asean yang akan berlangsung di Putrajaya pada awal bulan hadapan, dijangka akan berjalan lancar tanpa bantahan mana-mana pihak terutamanya parti pembangkang. - Sebelum bertolak ke Pulau Langkawi pada pagi itu, Abu dinasihati oleh ibunya supaya membawa sedikit bekalan makanan kerana dia hendak berjalan jauh.

e. perjalanan - Kami sempat singgah untuk menghilangkan dahaga di kawasan rehat Rawang ketika dalam perjalanan pulang ke rumah kami di Ipoh, selepas menziarahi datuk dan nenek yang tingal di Kuala Lumpur. - Pegawai-pegawai koperasi bertanggungjawab mentadbir perjalanan koperasi dengan jujur di samping mengamalkan sikap bersih, cekap dan amanah. - Perjalanan menggunakan bas ekspres dari Kuala Lumpur ke Johor Bahru melalui lebuh raya, akan mengambil masa kira-kira empat jam.

3
Diselenggarakan oleh Cikgu Mohd. Noor Abdullah SMKGemereh Segamat. Johor.

LATIHAN 1

(a) Tulis satu ayat bagi tiap-tiap perkataan daripada pasangan perkataan di bawah untuk menunjukkan bahawa anda faham akan perbezaan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa dan nama khas. ( i ) gemal a - gemalai ( i i ) selesa - selesai (iii) tua - tuai [6 markah] (i) [6 markah] gemala : maksud - batu yang bercahaya dan mempunyai hikmat ayat - En. Wahab terpaksa menanggung kerugian beribu-ribu ringgit apabila ditipu oleh seorang bomoh yang mendakwa memiliki sebiji batu gemala yang boleh memberikan kesenangan kepada kehidupannya. gemalai : maksud - melambai-lambai atau berayun-ayun; lemah dan manis (gerak tubuh), melenggok-lenggok manis (gerak tubuh seseorang gadis). ayat - Aksi penari-penari yang lemah gemalai ketika menarikan tarian tradisonal itu telah memukau ribuan penonton yang hadir untuk menyaksikan persembahan kebudayaan tersebut. (ii) selesa : maksud - tidak sempit, lega, luas atau kesempatan, peluang atau (berasa) enak, sedap, senang. ayat - Ramai penonton yang mengeluh dan berasa tidak selesa ketika menyaksikan persembahan itu kerana keadaan dewan yang sempit dan penuh sesak.

selesai : maksud - sudah dikerjakan danjadi, siap (dibuat) atau berakhir,habis, tamat atau tidak berbaki lagi (wang) habis, jelas (hutang), ayat - Kami meneruskan perjalanan pulang ke kampung selepas selesai menunaikan solat maghrib di masjid Shah Alam.

4
Diselenggarakan oleh Cikgu Mohd. Noor Abdullah SMKGemereh Segamat. Johor.

hampir semua kuih yang dijual di gerainya laku dan habis dibeli orang. . (i) laku (ii) perang (iii) tawar (i) laku: . sudah lanjut usia (tidak muda lagi).Selama berada di pusat asuhan ini. ayat (ii) . . [6 markah] LATIHAN 2 (a) Tulis dua ayat daripada setiap perkataan yang berikut supaya jelas menunjukkan perbezaan maksud dan penggunaannya.Selepas berbincang dengan tuai rumah.Orang tua itu lebih suka menghabiskan masa dan saki baki usianya dengan melakukan amal ibadat di masjid.Oleh sebab Mak Wan pandai melayan dan mengambil hati para pelanggan. ayat . kanak-kanak yang berkenaan akan di latih untuk mengamalkan tingkah laku yang baik . Noor Abdullah SMKGemereh Segamat. .sudah hampir masak dan boleh dip etik (buah-buahan) ayat (i) .pisau pemotongpadi atau mengetam padi .Buah-buah mangga yang sudah cukup tua itu dipetik dan diperam dahulu beberapa hari supaya masak sebelum dipasarkan.sudah lama hidup. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan. Johor. sentiasa bersopan santun dan bertatasusila.ketua rumah panjang kaum Iban di S arawak .” ujar Pak Yob menasihati rakannya Sarip. menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagaiperibahasa dan nama khas. 5 Diselenggarakan oleh Cikgu Mohd. tuai: maksud . . kami dibenarkan tinggal di rumah panjang itu selama beberapa hari untuk memudahkan kami menjalankan kajian terhadap tumbuh-tumbuhan herba yang terdapat di dalam hutan di sekitar kawasan tersebut.(iii) tua: maksud .”Aku rasa lebih baik engkau tuai sahaja kesemua padi yang ada di sawahmu ini dengan segera kerana aku bimbang hujan akan berlarutan sehingga dua atau tiga hari lagi dan sawah ini akan ditenggelami air banjir.

Johor.(ii) perang: . Pelajar hendaklah memahami maksud perkataan dan mengetahui golongan kata bagi perkataan yang menjadi soalan. Hal ini demikian. rumput rampai dan semak samun yang tumbuh di kebunnya itu bertukar warna menjadi perang dan kekuning-kuningan. kerana buku itu terlalu tebal. Pelajar perlu memahami cara membina ayat berdasarkan perkataan atau pasangan perkataan yang diberi supaya ayat-ayat yang akan dibina itu gramatis dan menunjukkan pemahaman pelajar tentang maksud perkataan tersebut. Fahami dan ikuti lagi beberapa panduan tambahan yang berikut sebelum membina ayat.”Saya tidak sempat selak dan semak buku itu helai demi helai. cikgu telah menyenaraikan beberapa panduan untuk menjawab soalan 3 (a) iaitu membina ayat. Noor Abdullah SMKGemereh Segamat.Selepas disembur racun.” Awak hendaklah memasangkan selak pintu dan tingkap rumah ini kemas-kemas agar tidak mudah terbuka apabila ditiup oleh angin.Kebanyakan orang pelarian yang menjadi mangsa perang antara dua kumpulan pemerintah di negara itu hidup melarat dan mengharapkan bantuan daripada negara-negarajiran.. . terutamanya untuk membina dua ayat berdasarkan satu perkataan. 6 Diselenggarakan oleh Cikgu Mohd.” pesan Mak Uda kepada anaknya Anim sebelum dia keluar ke pekan pagi tadi.” kata Pei Woon kepada Puan Kwan [6 markah] PANDUAN TAMBAHAN: CARA MEMBINA AYAT SOALAN 3(a) : MEMBINA AYAT Dalam catatan sebelum ini. Pelajar juga telah didedahkan dengan beberapa contoh ayat yang dibina daripada perkataan tertentu. 1. Maksud: tidak ada yang tinggal lagi. (iii) selak: . . bagi memastikan tiada sebarang keroskan dan tiada halaman yang tertinggal. . Contoh: Semua wang peninggalan arwah suaminya telah habis digunakan untuk perbelanjaan sara hidup anak-anaknya yang masih kecil. tetapi jelas menunjukkan perbezaan maksud dan penggunaannya Contoh perkataan yang diberi : (a) habis i.

Contoh ayat yang gramatis: i) Jurulatih pasukan bola sepak itu dijangka akan menjalankan latihan untuk pemainpemain pasukannnya semula . selepas lima hari mereka tersesat dalam hutan tersebut. Pelajar disarankan supaya membina ayat majmuk dengan struktur yang betul sama ada dalam bentuk pasif ataupun bentuk aktif. Maksud: selesai Contoh : Cikgu Lau telah menyemak buku-buku latihan muridnya hingga sebelum dia bercuti sempena Tahun Baru Cina.. Noor Abdullah SMKGemereh Segamat. Johor. iii) Maksud: paling Contoh : Jurujual memberitahu kami bahawa itulah pakaian yang kedai tersebut. apabila beliau kembali dari luar negeri pada awal bulan hadapan. ii) Cikgu Zakiah memastikan murid-muridnya menulis semula karangan yang bertajuk” Cara-cara Mengisi Masa lapang ”agar mereka dapat membetulkan kesalahan-kesalahan tatabahasa. Contoh ayat yang tidak gramatis: i) Jurulatih pasukan bola sepak itu dijangka akan menjalankan semula latihan untuk pemainpemain pasukannya. 3. sampai bila kita boleh tahan hidup tanpa makanan dan minuman seperti ini?” kata Omar kepada Soon Keat. habis habis murah dijual di (iv) Maksud: kalau begitu / (tidak begitu) maka. Contoh perkataan yang diberi: (a) semula Maksud: diulang sekali lagi. awal bulan yang berikut. apabila beliau kembali dari luar negeri pada awal bulan hadapan. Setiap kata yang diberi mesti ditulis dalam satu ayat sahaja. Pastikan anda membina ayat yang gramatis. (v) Maksud: a) akhir (hujung) bulan. tiada markah yang diberi walaupun ayat yang dibina itu betul dari segi maksudnya dan tidak terdapat kesalahan tatabahasa. Ayat yang dibina hendaklah lengkap strukturnya. ii)Cikgu Zakiah memastikan murid-muridnya menulis karangan yang bertajuk ”Cara-cara Mengisi Masa Lapang” semula .ii. 2. . Contoh: Kerajaan negeri Pahang berharap akan dapat menyempurnakan pembayaran membayar wang ikhsan kepada mangsa banjir di semua daerah yang terlibat sebelum habis bulan ini. Sekiranya pelajar menulis dua ayat atau membina ayat yang kelihatan seperti satu ayat tetapi sebenarnya dua atau lebih ayat. mengandungi subjek dan predikat serta mempunyai unsur keterangan atau frasa keterangan agar maksud kata dan penggunaannya jelas. Contoh: ” Habis. agar mereka dapat membetulkan kesalahan-kesalahan tatabahasa.. 7 Diselenggarakan oleh Cikgu Mohd.

mereka kembali semula ke kampung dan meneruskan kehidupan mereka sebagai petani atau menjalankan kerja-kerja persendirian yang belum tentu akan mendatangkan pendapatan yang cukup untuk menyara diri dan keluarga mereka. telah mula saya tulis pada hujung tahun 2003 dan siap sepenuhnya pada bulan September tahun 2005.Contoh perkataan yang diberi: (a) semula Maksud : balik (spt sediakala). pastikan peraturan menulis ayat itu dipatuhi. iaitu kata yang mempunyai imbuhan awalan. iaitu kata yang tidak berimbuhan.” kata Zahid mengingatkan tunangnya Surinah. ayat pasif diri pertama atau ayat pasif diri kedua. . kembali (spt dahulu): Contoh kesalahan : Ramai penduduk desa yang berhijrah ke bandar untuk mencuba nasib dan mengubah kehidupan mereka. sebelum beliau menamatkan pengajarannya pada hari semalam. Sekiranya kata yang diberi itu kata terbitan. ”ujar En. Jika menggunakan ayat cakap ajuk. Contoh perkataan yang diberi: (a) tulis Maksud: catat (i) Ayat perintah: Contoh: ”Jangan tulis apa-apa maklumat pun pada muka surat pertama buku latihan awak. 4. 8 Diselenggarakan oleh Cikgu Mohd. Noor Abdullah SMKGemereh Segamat. agar lebih gramatis. Johor. Contoh perkataan yang diberi: (a) terang Contoh ayat yang salah: Maksud: bercahaya atau tidak gelap Ayat: Orang tua itu sentiasa berdoa dan memohon kepada Tuhan. ”pesan Cikgu Zaliha kepada pelajar-pelajarnya. Oleh sebab mereka tidak sanggup menghadapi cabaran arus pemodenan di bandar. pelajar boleh menulis ayat perintah atau ayat arahan . Talib kepada para pemberita yang menemu ramahnya tadi. agar semua anaknya terang hati dan berjaya dalam peperiksaan. Terang hati ialah simpulan bahasa. akhiran. pelajar tidak boleh menggugurkan imbuhan atau menukar imbuhan pada kata terbitan yang tersebut. Sekiranya kata yang diberi itu daripada jenis kata dasar. (i) Ayat pasif diri pertama: Contoh: ”Novel yang memenangi hadiah sayembara anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka 2006 itu. Jangan gunakan perkataan yang diuji sebagai nama khas atau peribahasa. Catatan : Perkataan terang tidak boleh digunakan sebagai peribahasa dalam ayat. sisipan atau apitan. 5. maka pelajar tidak boleh menambahkan imbuhan pada kata itu. (ii) Ayat pasif diri kedua: Contoh: ”Simpanlah buku diari harian itu di tempat yang selamat kerana semua catatan yang telah awak tulis dalam buku itu akan menjadi kenangan terindah pada suatu masa kelak. Bagi kata dasar golongan kata kerja.

bukan sahaja untuk menampung permintaan rakyat tempatan malah untuk dieksport keluar negara. 6. 9 Diselenggarakan oleh Cikgu Mohd. maksudnya.bergurau JAWAPAN LATIHAN 1 (i) menumpang Mangsa-mangsa kejadian ribut taufan itu turut kehilangan rumah serta harta benda mereka dan terpaksa menumpang di rumah saudara-mara mereka dahulu buat sementara waktu sehingga kerajaan menyediakan kediaman baru yang lebih selamat. dll). nyata (benar) Ayat : Kuliah subuh bersempena sambutan awal Muharam yang disampaikan oleh Imam Azmi di masjid pada pagi itu sangat terang dan bernas. Binalah ayat yang matang dan setara dengan kebolehan pelajar tingkatan lima. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan.Ayat: Lagu Negaraku yang menjadi lagu kebangsaan negara kita telah diubahsuaikan daripada sebuah lagu lama berjudul Terang Bulan . Elakkan membina ayat yang tidak logik dan tidak menunjukkan pemahaman terhadap maksud perkataan yang diuji.terbias (iii) berguru . Contoh ayat yang betul: Maksud: bercahaya atau tidak gelap Ayat : Cahaya lampu yang awak gunakan untuk membaca itu tidak cukup dan boleh menyakitkan mata. terang Maksud: jelas (kata-katanya. Catatan : Perkataan Terang Bulan ialah kata nama khas. LATIHAN 1 (a) Tulis satu ayat bagi tiap-tiap perkataan daripada pasangan perkataan di bawah untuk menunjukkan bahawa anda faham akan perbezaan maksud dan penggunaannya. (i) menumpang . Noor Abdullah SMKGemereh Segamat. menampung .menampung (ii) terbiar . menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa dan nama khas. Para petani di negara ini diseru agar berusaha bersungguh-sungguh bagi melipatgandakan hasil pertanian. Johor.

Hang Tuah lima bersaudara sempat berguru dengan Sang Adi Putra ketika mereka mengiringi pemergian Sultan Mansor ke Majapahit. (i) ikut (ii) ikutan (iii) berikut (iv) mengikut (v) mengikuti (vi) pengikut JAWAPAN LATIHAN 2 (i) ikut :”Aw kelakuandanpergerakananak-anakkita asi dan usah biarkan mereka ikut serta melakukan perkara-perkara yang berunsur vandalisme atau jenayah. menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagaiperibahasa dan nama khas. (iii) berguru - bergurau - LATIHAN 2 (a) Tulis satu ayat bagi tiap-tiap perkataan di bawah untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. (iii) berikut : ”Peralatan yang berikut ini perlu kamu sediakan sebelum masuk ke bilik pembedahan itu. 10 Diselenggarakan oleh Cikgu Mohd. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan. terbias Cahaya bulan yang terang memancar ke permukaan air lalu terbias ke atas menyebabkan pemandangan di tepi pantai itu begitu indah. ( i i ) ikutan :Kelakuandangelagatartisselalunyam enjadi ikutan remaja masa ini. ”nasihat penghulu kepada penduduk kampung itu. .” saranan Doktor Zuraidah kepada pembantu-pembantunya selepas mengadakan sesi taklimat sebentar tadi. Dua beradik yang baru ditemukan selepas berpisah kira-kira lima belas tahun yang lalu itu. Noor Abdullah SMKGemereh Segamat. asyik bersembang dan bergurau senda sepanjang malam.(i i ) terbiar Sejak kematian isterinya orang tua itu hidup melarat dan terbiar tanpa bantuan mahupun perhatian daripada sesiapapun termasuk anak-anaknya sendiri. Johor.

8. ( v i i ) m e n g i k u t i : Para mahasiswa fakulti undang-undang itu begitu tekun mengikuti kuliah yang disampaikan Profesor Samsudian. 2. Pelajar boleh menggunakan struktur ayat cakap ajuk dengan mematuhi tanda bacanya. cara dan kesan dalam ayat yang dibina. Noor Abdullah SMKGemereh Segamat. PANDUAN TAMBAHAN MEMBINA AYAT-AYAT Peringatan: 1. Bina satu ayat sahaja bagi setiap perkataan yang dikemukakan. Bagi memastikan pelajar dapat membina ayat-ayat yang jelas maknanya serta Diselenggarakan oleh Cikgu Mohd. Hanya ayat yang lengkap dan gramatis sahaja yang akan diberi pertimbangan markah.(iv) mengikut : Semua pengguna jalan raya diminta supaya mengikut jalan pintas. Pelajar boleh memberikan makna perkataan yang diberi dengan tepat untuk memperoleh markah. 3. tujuan. . 4. Johor. 5. Bagi menunjukkan maksud dan pengunaan perkataan yang diberi dengan tepat pelajar boleh menggunakan unsur sebab. 7. 6. 9. (viii) pengikut ajaran sesat yang telah ditangkap oleh pihak : Beberapa orang pengamal dan pengikut Jabatan Agama Islam Negeri Johor baru-baru ini akan dihadapkan ke mahkamah tidak lama lagi. Elakkan sebarang kesalahan ejaan dan kesalahan tanda baca. Elakkan menambah sebarang imbuhan lain atau mengubah imbuhan yang sedia ada pada perkataan yang berkenaan. Pelajar tidak boleh membina lebih daripada satu ayat untuk menjelaskan maksud dan penggunaan perkataan yang berkenaan. Jangan menggunakan perkataan yang berkenaan sebagai peribahasa. Pelajarjuga diingatkan agar tidak menggunakan perkataan yang berkenaan sebagai kata nama khas. 1. iaitu melalui jalan Bandar Muazam dan terus menuju ke Kuantan bagi mengelakkan mereka terperangkap dalam kejadian banjir yang melanda bandar Pekan.

Datuk saya pegawai polis ii. Pola Pola 1 Pola 2 Pola 3 Pola 4 Subjek Frasa Nama En. Menurut Tatabahasa Dewan. Pada umumnya terdapat empat pola ayat dasar dalam bahasa Melayu. Contoh ayat tunggal (satu klausa) ialah sebagaimana yang di atas. Johor.gramatis. berikut ini diterangkan beberapa panduan untuk kegunaan pelajar. Diselenggarakan oleh Cikgu Mohd. Anak sulungnya sungguh bijak iv. Saibi Frasa Nama Ibunya Frasa Nama Bayi itu Frasa Nama Kereta saya Predikat Frasa Nama pengetua sekolah Frasa Kerja sedang memasak Frasa Adjektif comel sungguh Frasa Sendi Nama di bengkel Ringkasnya empat pola ayat dasar itu adalah sebagaimana yang berikut: Frasa Nama + Frasa Nama + Frasa Nama + Frasa Nama + Contoh: i. Noor Abdullah SMKGemereh Segamat. . Ayat di atas terdiri daripada satu subjek dan satu predikat dan dikenali sebagai ayat tunggal kerana terdiri daripada satu klausa (klausa terdiri daripada satu subjek dan satu predikat). a) Ayat tunggal ialah ayat mudah dan terdiri daripada satu klausa sahaja. Klausa ialah binaan yang terdiri daripada subjek dan predikat. ayat boleh terbentuk daripada satu perkataan atau susunan beberapa perkataan yang pengucapannya dimulakan dan diakhiri dengan kesenyapan. Rumahnya di bandar Nilai (FN + FN) (FN + FK) (FN + FA) (FN + FS) ayat tunggal dan Frasa Nama Frasa Kerja Frasa Adjektif Frasa Sendi Nama Ayat-ayat dalam Bahasa Melayu dibahagikan kepada duajenis iaitu ayat majmuk . Bapa Reena sedang menulis iii. serta mengandungi intonasi yang sempurna.

Bapa Reena. 12 Predikat pegawai polis sedang menulis sungguh bijak di bandar Nilai Diselenggarakan oleh Cikgu Mohd. Noor Abdullah SMKGemereh Segamat. Rumahnya.Subjek Datuk saya. Johor. Anak sulungnya. .

Ke Johor Bahru ibu Umairah pagi semalam. ayat tanya. Ada dua jenis ayat tanya. Johor. Mereka sedang mengulang kaji pelajaran . Ibu Umairah ke Johor Bahru pagi semalam. 4. Di bawah pokok kereta itu. Dimandikannya kucing itu.Tolong tuliskan nama anda pada borang ini. Kucing itu dimandikannya (b) Ayat tunggal songsang: 1. Abang hendak pulang sekarang juga? 4. 3. Contohnya: 1.Kedudukan subjek dan predikat dalam ayat menentukan jenis ayat itu. Pondok usang di hadapan rumah saya itu roboh. sama ada ayat itu ayat biasa atau ayat songsang . 3. Ayat biasa ialah ayat yang subjeknya mendahului predikat. Ayat perintah boleh dibahagikan kepada empat jenis berikut: (i) Ayat suruhan . 3. Contoh setiap jenis ayat ini adalah seperti berikut: (a) Ayat Penyata: Ayat penyata mempunyai tujuan menyatakan atau memberikan keterangan tentang sesuatu hal. 2. (iii) Ayat silaan . Jenis-jenis Ayat Tunggal Ayat tunggal dapat dibahagikan pula kepada empat jenis. Dia mengecat rumah 4. Kereta itu di bawah pokok. ayat perintah. (d) Ayat seruan: Diselenggarakan oleh Cikgu Mohd.Sila letakkan semua fail itu di atas meja saya. (b) Ayat Tanya: Ayat yang digunakan untuk tujuan menanyakan sesuatu hal. Jenis ayat ini dapat juga di kenal pasti berdasarkan gaya pengucapan atau intonasinya. Pasukan koir sekolah kami memang hebat. (iv) Ayat permintaan . Perhatikan contoh ayat tunggal biasa dan ayat tunggal songsang yang berikut: (a) Ayat tunggal biasa: 1. Di manakah rumah awak? 2. Dia belajar di Universiti Malaya? 3. Mengecat rumah dia.Gosok gigi awak dahulu sebelum tidur. 4. Mesyuarat ahli jawatankuasa kantin akan diadakan pada hari esok. 2. iaitu ayat penyata. . Sekarang jugakah abang hendak pulang? (c) Ayat perintah: Ayat ini diucapkan dengan tujuan untuk menimbulkan sesuatu tindakan. (ii) Ayat larangan . (i) Ayat tanya dengan kata tanya (ii) Ayat tanya tanpa kata tanya 1. manakala ayat songsang ialah ayat yang predikatnya mendahului subjek. dan ayat seruan.Jangan membuat tuduhan tanpa usul periksa. Ayat jenis ini disebut juga ayat berita atau ayat keterangan . Noor Abdullah SMKGemereh Segamat. 2.

. 3. 3. 2. awak telah berjaya! 2. digunakan kecuali pada kata makan dan minum). dan mengandungi kata kerja yang mengutamakan objek asal sebagai judul atau unsur yang diterangkan. bagi ayat pasif diri ketiga. (ii) Sudahkah awak membaca novel tulisan A. 1. 4. Amboi. Berikut ialah contoh ayat-ayat aktif: 1.. ayat perintah atau ayat seruan. kata kerja aktif (kata kerja yang berimbuhan meN-.. Karangan pelajar tersebut saya semak. 6. Tahniah. seperti gembira.. garangnya! 3. (iv) Wah. Aduh.. Almari dikunci oleh Puan Nurul. awak kelihatan sungguh ceria sejak akhir-akhir ini! (v) Jangan memuji saya berlebih-lebihan.Ayat seruan diucapkan dengan membawa nada atau intonasi seruan untuk tujuan melahirkan suatu perasaan. sakit dan sebagainya. (i) Murid yang miskin itu sudah diberi biasiswa. Ayat aktif terdiri daripada ayat aktif transitif dan ayat aktif tak transitif. dan kata kerja pasif diri pertama dan diri kedua (kata kerja yang tidak berimbuhan) digunakan dalam ayat pasif diri pertama dan diri kedua. Kenal pasti jenis-jenis ayat berikut. ayat tanya. Johor. Dalam ayat aktif. Bendera itu awak naikkan semalam. Berikut ialah contoh ayat-ayat pasif: 1. marah. Samad Said itu? (iii) Jamaliah baru sahaja melapor diri untuk bertugas di sekolah ini tadi. 4. Diselenggarakan oleh Cikgu Mohd. Tentukan sama ada ayat tersebut ialah ayat penyata. iaitu ragam ayat aktif dan ragam ayat pasif. Rumput dipotong oleh Pak Omar. Ragam ayat aktif ialah ayat yang mengandungi kata kerja yang mengutamakan subjek asal sebagai judul atau unsur yang diterangkan. hairan. Noor Abdullah SMKGemereh Segamat. Puan Nurul mengunci almari (aktif transitif) Pak Omar memotong rumput ( aktif transitif) Saya menyemak karangan pelajar tersebut (aktif transitif) Awak menaikkan bendera itu semalam ( aktif transitif) Murid-murid tadika itu sedang bermain ( aktif tak transitif) Hawa termenung sepanjang malam ( aktif tak transitif) Ayat pasif pula terbentuk asalnya daripada ayat aktif transitif. sakitnya kakiku! @@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@ Ayat Aktif dan Ayat Pasif Ayat-ayat tunggal dalam bahasa Melayu terdiri daripada dua ragam. 5. 2. manakala kata kerja pasif (kata kerja yang berimbuhan di-. LATIHAN 1.

. Kita berasa terkilan apabila melihat kemasukan warga asing ke negara ini yang semakin bertambah walaupun kerajaan sudah mengambil tindakan yang sewajarnya. (i) Kampung itu dilanda banjir besar. Tukar ayat-ayat pasif di bawah ke bentuk ayat aktif tanpa mengubah maksud asal ayat-ayat tersebut. Hal ini berpunca daripada sikap tidak bertanggungjawab sebilangan kecil rakyat kita sendiri kerana mereka bukan sahaja telah memberikan peluang pekerjaan kepada warga asing. Kenal pasti jenis-jenis ayat berikut. (vi) Bekalan makanan dan keperluan harian untuk mangsa banjir tersebut turut disumbangkan oleh sektor swasta. (iii) Murid-murid kelas tadika itu berkejar-kejaran di padang sekolah. ayatperintah atau ayat seruan. (v) Semua umat Islam wajib bertawakal kepada Allah. Bantuan wang ihsan untuk meringankan beban kesusahan yang dialami oleh mangsa banjir disalurkan oleh kerajaan. Noor Abdullah SMKGemereh Segamat. [6 markah] @@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@ JAWAPAN LATIHAN (1) 1. [6 markah] 4. (ii) Ibunya masih belum pulang dari pejabat. (i) Pelajar yang cacat penglihatan itu gigih sungguh. Diselenggarakan oleh Cikgu Mohd. Tulis semula ayat-ayat di bawah supaya menjadi enam ayat tunggal tanpa mengubah maksud asal ayat-ayat tersebut. (i) Perahu kami gunakan untuk memindahkan mangsa banjir. (v) Mangsa banjir turut dibantu berpindah ke tempat yang selamat oleh orang ramai. (iv) Dia menulis rencana itu di bilik bacaan.(vi) Syabas. 3. malah menyeludupkan warga asing masuk ke negara ini. Tentukan sama ada ayat tersebut ialah ayat penyata. Johor. ayat tanya. Tukar ayat bersusunan biasa di bawah kepada ayat bersusunan songsang tanpa mengubah maksud asalnya. (ii) Harta benda mereka yang hanyut tidak dapat diselamatkan oleh orang kampung. teruskan usaha murni awak! [6 markah] 2.

awak kelihatan sungguh ceria sejak akhir-akhir ini! – Ayat Seruan . (i) Gigih sungguh pelajar yang cacat penglihatan itu (ii) Masih belum pulang dari pejabat.Kerajaan sudah mengambil tindakan yang sewajarnya. 6. [6 markah] JAWAPAAN LATIHAN (2): 2. JAWAPAN LATIHAN (4) 4.Hal ini berpunca daripada sikap tidak bertanggungjawab sebilangan kecil rakyat kita sendiri. (ii) Orang kampung tidak dapat menyelamatkan harta benda mereka yang hanyut. (iii) Berkejar-kejaran di padang sekolah murid-murid kelas tadika itu. teruskan usaha murni awak! – Ayat Seruan . (iv) Wah. JAWAPAN LATIHAN (3) 3.Mereka telah memberikan peluang pekerjaan kepada warga asing. Kita berasa terkilan apabila melihat kemasukan warga asing ke negara ini. 2. 5.Ayat Penyata . . 1. (i) Banjir besar melanda kampung itu. Johor. (iii) Kami menggunakan perahu untuk memindahkan mangsa banjir. Diselenggarakan oleh Cikgu Mohd. ibunya. Kemasukan warga asing ke negara ini semakin bertambah. (iv) Di bilik bacaan dia menulis rencana itu . Tulis semula ayat-ayat di bawah supaya menjadi enam ayat tunggal tanpa mengubah maksud asal ayat-ayat tersebut. – Ayat Perintah / Larangan (vi) Syabas. (iv) Orang ramai turut membantu mangsa banjir berpindah ke tempat yang selamat (v) Kerajaan menyalurkan bantuan wang ihsan untuk meringankan beban kesusahan yang dialami oleh mangsa banjir. (vi) Sektor swasta turut menyumbangkan bekalan makanan dan keperluan harian untuk (vii) mangsa banjir tersebut. – Ayat Penyata . Samad Said itu ? – Ayat Tanya .(i) Murid yang miskin itu sudah diberi biasiswa. (iii) Jamaliah baru sahaja melapor diri untuk bertugas di sekolah ini tadi. (ii) Sudahkah awak membaca novel tulisan A. (v)Jangan memuji saya berlebih-lebihan. Tukar ayat bersusunan biasa di bawah kepada ayat bersusunan songsang tanpa mengubah maksud asalnya. (v) Wajib bertawakal kepada Allah semua umat Islam.Mereka menyeludupkan warga asing masuk ke negara ini. 3. Tukar ayat-ayatpasif di bawah ke bentuk ayat aktif tanpa mengubah maksud asal ayat-ayat tersebut. Noor Abdullah SMKGemereh Segamat. 4.

.

nak menjadi hendak . dan ayat seruan . Menukarkan cakap ajuk kepada cakap pindah bermaksud menukarkan suatu teks berbentuk perbualan atau dialog kepada suatu teks yang berbentuk laporan biasa 4. Kata ganti nama diri dan kata tunjuk ditukarkan kepada kata ganti diri dan kata tunjuk yang sesuai. 5. ayat larangan. 2. Pelajar boleh menggunakan beberapa panduan yang berikut untuk memudahkan tugasan. pada hari ini menjadi pada hari itu dan sebagainya. 1. dah menjadi sudah dan sebagainya. sama ada jenis ayat penyata atau ayat tanya atau ayat seruan atau ayat perintah (ayat suruhan. Pelajar digalakkan menomborkan setiap ayat dalam petikan yang dibaca untuk memastikan ayat-ayat yang akan ditukarkan mengikut urutan dan susunannya. Lazimnya kata ganti diri pertama dan kata ganti diri kedua akan ditukar kepada kata ganti diri ketiga. perlu ditukarkan menjadi pada waktu itu . Contohnya.PANDUAN DAN CARA MENJAWAB SOALAN MENUKARKAN AYAT CAKAP DAN CAKAP PINDAH 3(b) 1. ayat perintah. pelajar perlu membaca petikan itu dengan teliti dan kemudian melaksanakan tugasan dengan membina ayat-ayat yang gramatis. Baca petikan yang diberi sepintas lalu untuk mendapatkan gambaran dan pemahaman maksud petikan . Contohnya perkataan sekarang . 2. perkataan semalam ditukarkan menjadi hari sebelumnya . tak menjadi tidak . Cakap ajuk ialah ayat atau petikan yang berbentuk perbualan atau dialog. Pastikan juga semua kata tanya dan kata seru akan digantikan dengan kata lain yang lebih sesuai. 1. manakala semua ayat tanya. Contohnya ni ditukarkan kepada ini. kata ganti diri kami ditukarkan menjadi mereka . Cakap pindah pula ialah ayat atau petikan biasa yang berbentuk laporan 3. 1. sama ada dalam bentuk cakap ajuk atau bentuk dialog atau bentuk cakap pindah. di sini menjadi di situ dan sebagainya. Hal ini akan memudahkan pelajar untuk menentukan cara yang paling tepat untuk menukarkan ayat. ayat silaan dan ayat permintaan ). Setiap ayat yang ditulis hendaklah membawa maksud yang sama dengan maksud yang terdapat dalam petikan atau dialog yang asal. kata ganti diri saya ditukarkan menjadi dia. Semua kata singkatan dalam petikan akan ditukarkan ke dalam bentuk kata yang lengkap atau penuh. Untuk menukar cakap ajuk ke cakap pindah atau menulis dialog daripada petikan yang diberi. 6. Menukarkan cakap pindah kepada cakap ajuk bermaksud menukarkan suatu teks yang berbentuk laporan kepada suatu teks berbentuk perbualan atau dialog. Kata yang digunakan untuk menunjukkan masa juga perlu ditukarkan. Kata tunjuk ini ditukar menjadi itu. Kenal pasti jenis-jenis ayat yang hendak ditukarkan kepada pindah atau cakap ajuk itu.

jadi tak perlulah saya ke kantin untuk membeli makanan. Kata tanya bila digantikan dengan masa.dalam cakap ajuk atau dialog perlu ditukarkan menjadi ayat penyata dalam cakap pindah. Lagipun saya dapat menjimatkan wang saku yang diberi oleh ayah saya pada setiap hari. Dengan itu dia juga dapat menjimatkan wang saku pemberian ayahnya pada setiap hari. Cikgu Khai : Bagus betul tindakan ibu awak. Dengan rasa rendah diri Najib memohon maaf daripada Cikgu Khai dan menyatakan yang dia sebenarnya ada membawa makanan yang dibekalkan oleh ibunya. (6 markah) Contoh jawapan bagi soalan 1: Cikgu Khai memulakan perbualan sambil menyatakan rasa ingin tahu sebab-sebab Najib tidak membeli makanan di kantin sekolah pada waktu rehat. Najib : Kami orang susah cikgu. Sikap dan tabiat awak ni sepatutnya menjadi contoh dan amalan pelajar-pelajar lain. bagaimana digantikan dengan cara atau ingin tahu. Sebenarnya saya ada membawa dibekalkan oleh ibu saya. Najib menjelaskan bahawa mereka orang susah. Kata seru wah! digantikan dengan perasaan hairan. Bapa saya seorang buruh kasar sementara ibu saya pula tidak bekerja. semasa rehat makanan : Mengapa awak tidak membeli makanan di kantin sekolah tadi? : Maafkan saya cikgu. Contoh soalan . perkataan helo! ditukarkan dengan menegur atau menelefon dan sebagainya bergantung kepada kesesuaiannya menurut petikan. Awak beruntung kerana sejak awal lagi awak sudah dididik dengan amalan berjimat-cermat. . Cikgu Khai memuji tindakan itu sambil menyatakan bahawa Najib merupakan seorang anak yang beruntung kerana telah dididik dengan amalan berjimat-cermat sejak awal lagi. menyebabkan dia tidakperlu ke kantin untk membeli makanan. Cikgu Khai mengiakan kata-kata sambil menegaskan yang sikap dan tabiat Najib itu sepatutnya menjadi contoh dan amalan pelajar-pelajar yang lainnya. kata seru amboi! digantikan dengan kata sambil memuji atau berasa terkejut. Kata tanya apa digantikan dengan apa-apa. Cikgu Kha i : Betul tu Najib. Bapanya seorang buruh kasar sementara ibunya pula tidak bekerja. Najib.. Jika dia tidak berjimat-cermat tentu kehidupan mereka akan menjadi lebih susah.1 Tulis semula dialog di bawah dalam bentuk cakap pindah Cikgu Khai Najib yang . Contoh soalan 2 Tukarkan petikan perbualan dalam bentuk cakap ajuk yang berikut ini ke dalam bentuk cakap pindah. Kalau saya tidak berjimat-cermat tentu kehidupan kami akan menjadi lebih susah.

“Ha Ikram ! Selamat pagi. bukan?” Jalil bersuara lantang. Takkan tak kenal suara saya ni. Liza dengan anak-anak Jaliljuga berada di Pontian. Jalil turut memberitahu Ikram bahawa Liza sudah mengandung lagi dan pada ketika itu sudah masuk bulan kelima. Suara sayup dari dalam kedengaran menyuruh Ikram masuk. Ikram seterusnya ingin kepastian sama ada isteri Jalil. Engkau macam mana? Nak aku carikan ke?” Jalil berbisik sambil mengangkat ibu jari. Tahniah! Bakal dapat adik lagilah si Hafiz tu. bos!” Suara Ikram riang. Ikram seterusnya menjelaskan sebenarnya dia sudah sampai ke bandar Pontian itu sejak tiga hari yang lalu. Bila sampai? Kalau aku tak silap engkau sepatutnya melapor diri besok. menyapa Ikram sambil membalas ucapan selamat pagi dengan suara yang lantang. Ikram memutar tombol. (Dipetik dan diubahsuaikan daripada novel RESTU karya Ismail Kassan) Contoh jawapan bagi soalan 2: Pintu pejabat bilik Pegawai Daerah diketuk perlahan. Secara berseloroh Jalil mengusik Ikram sambil menyatakan yang dia sudah ada dua orang anak sedangkan Ikram pula masih belum beristeri. Ikram mengucapkan tahniah kepada Jalil atas perkembangan itu sambil menyatakan yang Hafiz bakal akan memperoleh adik lagi. Bosan aku duduk di rumah tu. Jalil ingin tahu masa sebenar Ikram tiba di situ. kerana sepanjang pengetahuannya Ikram hanya patut melaporkan diri pada keesokan harinya. ”Aku dah dapat dua orang junior. Dengan suara yang nyaring Ikram mengucapkan selamat pagi kepada bosnya. Jalil seakan-akan terkejut. Jalil menjelaskan bahawa isterinya Liza berkeadaan sihat sementara anaknya Hafiz sudah belajar di tadika. Pintu dibukaperlahan. Pintu dibuka perlahan. Dua saha bat lama itu bersalaman dan berpelukan mesra. Aku datang jumpa kau ni saja nak tanya khabar! Eh Liza dengan anak-anak kau ada di Pontian ni?” ”Liza sihat! Si Hafiz tu dah masuk tadika sekarang. Sambil berbisik Jalil menawarkan diri untuk mencarikanjodoh Ikram LATIHAN 1 Tukarkan petikan dialog berikut kepada bentuk cakap pindah Aman Najwa Aman Najwa Aman : Helo! Boleh saya bercakap dengan Najwa? : Najwa sedang bercakap ni. “Sebenarnya aku dah sampai ke bandar Pontian ni sejak tiga hari yang lalu. Ikram memutar tombol. Ada apa menelefon saya pagi-pagi ni? : Awak dah baca surat khabar hari ini? Ada berita baik untuk awak.Pintu pejabat bilik Pegawai Daerah diketuk perlahan.” ”Oh. dah lima bulan. Dengan suara yang menggambarkan keriangan diiringi senyuman yang berseri. : Maafkan saya Aman kerana saya tak berapa cam suara awak. Liza mengandung lagi. Ikram menyatakan lagi yang dia berasa bosan untuk duduk di rumah lalu datang menemui Jalil untuk bertanyakan khabar. diiringi senyuman berseri. Suara sayup dari dalam kedengaran menyuruh masuk. ” Riang suara Ikram. ”Selamat pagi. Siapa di sana? : Ini Amanlah. Dua sahabat lama itu bersalaman dan berpelukan mesra. .

“Terima kasih Afendi.Nama awak telah disenaraikan untuk mengikuti Program Latihan Khidmat Negara pada awal bulan depan. ”Tegas Afendi. tetapi awak mesti memberitahu saya alasan-alasan yang munasabah hingga menyebabkan awak selalu terlewat hadir ke sekolah. Najwa : Harap-harap ramai lagi kawan sekolah kita ditempatkan di kem yang sama ya Aman. “Awak lewat lagi hari ini Lau Kong. Nanti saya kena hukum. “ Tolonglah saya Afendi. “Sudahlah tu. Tolonglah saya. Nanti apabila ada masa lapang saya akan memberitahu awak sebab-sebab saya selalu hadir lewat. Nama awak turut disenaraikan atau tidak? Aman : Ada. “Baiklah. Johor. Kita ditempatkan di kem yang sama iaitu di Kem Seri Ledang. ”Afendi mengakhiri perbualan. Tangkak. Sekarang ini mari kita masuk ke bilik darjah dan mula belajar. ”Tambah Lau Kong dengan nada sebak dan suara yang tersekat-sekat. . Najwa : Betulkah begitu Aman? Seronoknya saya mendengar. kerana memahami masalah saya. LATIHAN 2 Tukarkan petikan perbualan dalam bentuk cakap ajuk yang berikut ini ke dalam bentuk cakap pindah.” Kata Afendi sambil membuat catatan. ”Lau Kong merayu simpati. Jangan laporkan kesalahan saya kepada Cikgu Syah. Takut nanti kita tertinggal pelajaran pula. Masuk hari ini sudah tiga hari berturut-turut awak datang lewat.

(i) Pengetua sekolah itu akan bersara. ayat tanya. Johor. Noor Abdullah SMKGemereh Segamat.PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN BAHASA ANALISIS AYAT Salah satu kemahiran bahasa yang menjadi komponen penting dalam Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu ialah kemahiran menganalisis ayat. ayatperintah atau ayat seru. ayat tanya. iaitu ayat penyata. b) Ayat tanya pula ialah ayat yang digunakan untuk mendapatkan maklumat daripada orang lain. JENIS-JENIS AYAT Ayat dalam bahasa Melayu terdiri daripada empat jenis. meminta pertolongan. (iv) Sila masuk ke dalam dewan itu untuk mengikuti taklimat yang berkenaan. Pemahaman tentang aspek analisis ayat perlu dikuasai oleh pelajar untuk membolehkan pelajar menggunakan ayat-ayat bahasa Melayu dengan betul. (vi) Amboi. a) Ayat yang digunakan untuk menyatakan perasaan dikenali sebagai ayat seru dan ayat ini diakhiri dengan tanda seru. a) Ayat penyata ialah ayat yang digunakan untuk menyatakan sesuatu perkara atau ayat yang digunakan untuk memberitahu orang lain tentang sesuatu. dan ayat seru. Terdapat empat jenis ayat perintah. (ii) Siapakah yang menghantar murid itu pulang ke rumahnya? (iii) Jangan membazirkan masa awak dengan hanya berbual-bual kosong sahaja. Ayat-ayat ini dikategorikan demikian berdasarkan tujuan sesuatu ayat diucapkan atau ditulis. . dan ayat silaan. a) Ayat perintah pula digunakan untuk menyuruh. (v) Kami singgah untuk menunaikan solat asar di masjid tersebut. ayat permintaan. Ayat ini diakhiri dengan tanda tanya (tanda soal) dalam penulisan. iaitu ayat suruhan. Semua ayat ini diakhiri dengan tanda noktah dalam penulisan. Ayat jenis ini akan diakhiri dengan tanda noktah dalam penulisan. dan mempelawa orang lain. banyaknya awak berbelanja pada bulan ini! Contoh jawapan: (i) Ayatpenyata (ii) (i) Ayatperintah – permintaan (iv) Ayat perintah – silaan Ayat tanya (v) Ayatpenyata (vi) Ayat Seruan 21 Diselenggarakan oleh Cikgu Mohd. di samping dapat menjawab soalan-soalan berkaitan tatabahasa dengan mudah dalam peperiksaaan. ayat larangan. melarang. Latihan umum: Baca ayat-ayat di bawah dengan teliti dan nyatakan sama ada ayat itu ayatpenyata. ayat perintah.

Bahagian predikat ayat pula lazimnya terdiri daripada frasa nama. dan frasa sendi nama. (iv) Murid itu akan melanjutkan pelajaran di luar negeri. (i) Pertandingan akhir bola sepak antara sekolah peringkat negeri akan diadakan pada hujung minggu ini. . subjek mendahului predikat. (vi) Kemenangan dalam pertandingan ini merupakan hadiah paling berharga kepada semua pemain. (iv) Sabar ialah sifat yang perlu dimiliki oleh seseorang pemimpin. tetapi dalam ayat susunan songsang. (iii Sebilangan besar penduduk yang terlibat dengan masalah banjir di kampung itu telah menerima bantuan daripada kerajaan . frasa kerja. Selain itu. Lazimnya. (v) Niesreena mengucapkan terima kasih kepada semua guru yang telah mengajarnya . Contoh jawapan: (i) Subjek (iv) Subjek (ii) Predikat (v) Subjek (iii)Predikat (vi) Predikat 22 Diselenggarakan oleh Cikgu Mohd. Contoh bahagian subjek ayat ialah: (i) Kami membersihkan bilik darjah pagi tadi. (iii) Dia merupakan murid yang aktif dalam aktiviti kokurikulum. (ii) Kebersihan dan keceriaan bilik darjah perlu diberikan keutamaan oleh semua murid. Latihan: Baca ayat-ayat di bawah dan nyatakan sama ada bahagian yang bergaris itu subjek atau predikat . (ii) Kejayaannya itu telah mengharumkan nama sekolahnya . Dalam susunan ayat biasa. . (v) Membaca merupakan hobi kami sekeluarga pada masa lapang. predikat mendahului subjek. terdapat segolongan kata adjektif dan kata kerja yang berfungsi sebagai kata nama atau frasa nama dan boleh menjadi subjek ayat. (iii) Mereka memerlukan bimbingan dan sokongan daripada ibu bapa dan keluarga (iv) Bersemangat sungguh pemain-pemain itu menjalani latihan. bahagian subjek terdiri daripada kata nama. (v) Bersikap sambil lewa ialah tabiat yang merugikan. Noor Abdullah SMKGemereh Segamat. (ii) Semua pemain yang terlibat telah menjalani latihan intensif sejak beberapa bulan yang lalu . frasa adjektif. Johor.BINAAN AYAT – Subjek dan Predikat Ayat terbina daripada subjek dan predikat. kata gantinama atau frasa nama. Contoh bahagian predikat ayat ialah: (i) Murid yang mendapat keputusan cemerlang itu ialah anak encik Khairun .

di samping berfungsi sebagai predikat. FRASA ADJEKTIF DALAM AYAT Kata nama atau frasa nama juga boleh berfungsi sebagai objek dan sebagai pelengkap dalam ayat. (iii) En. kami mengadakan perbincangan secara berkumpulan di perpustakaan awam. . Perhatikan contoh ayat-ayat yang berikut: (i) Peminat-peminat bola sepak berbaris di luar stadium sejak awal pagi lagi. (i) Pengurus syarikat itu memberikan sijil penghargaan kepada beberapa orang pekerja yang telah menunjukkan prestasi kerja yang cemerlang.KEDUDUKAN FRASA NAMA.. Contoh kata nama atau frasa nama sebagai objek dan sebagai pelengkap ialah: (i) Cik Wahidah mengundang penyanyi itu ke rumahnya semalam. (i) Pada setiap hujung minggu. Frasa sendi nama juga boleh berfungsi sebagai frasa keterangan dalam ayat. Noor Abdullah SMKGemereh Segamat. (ii) Semua pelajar perlu belajar bersungguh-sungguh sekiranya ingin mencapai kejayaan. (objek) (ii) Cik Wahidah ingin menjadi penyanyi terkenal . pelengkap ataufrasa keterangan. Shah membeli rumah besar itu untuk isterinya. Kata nama atau frasa nama menjadi objek apabila wujud selepas kata kerja transitif aktif dan menjadi pelengkap apabila wujud selepas kata kerja tak transitif. Contoh jawapan: (i) Frasa keterangan (iii) Pelengkap 23 Diselenggarakan oleh Cikgu Mohd. kata adjektif atau frasa adjektif juga boleh menjadi pelengkap kepada kata kerja tak transitif dalam ayat. (pelengkap) (iii) Kalidevan mengesat peluh yang mengalir di dahinya (objek) (iv) Dia bermandikan peluh selepas membanting tulang di kebunnya sepanjang hari. Johor. (ii) Wajah gadis itu semakin ceria apabila mengetahui permohonannya untuk melanjutkan pelajaran ke universiti diluluskan. (pelengkap) Selain berfungsi sebagai sebahagian predikat dalam ayat. Contoh kata adjektif atau frasa adjektif yang berfungsi sebagai pelengkap ialah: (i) Kesesakan jalan raya di bandar itu akan beransur reda selepas tengah malam. Latihan: Baca ayat-ayat di bawah dengan teliti dan tentukan sama ada perkataan yang bergaris itu objek. (ii) Kami bersiar-siar di ruang legar bangunan hotel mewah tersebut .

kata sendi nama . kata nama am . kata nama am . iaitu: kami = mengulang kaji = pelajaran = di = perpustakaan = awam = pada = hujung = minggu = Contoh soalan: Baca ayat-ayat di bawah dan nyatakan golongan kata bagi setiap kata yang bergaris dalam ayat-ayat tersebut. Contoh ayat “ Kami mengulang kaji pelajaran di perpustakaan awam pada hujung minggu” terdiri daripada pelbagai golongan kata. kata kerja transitifaktif . Oleh sebab itu. semua penduduk yang tinggal di kawasan yang rendah.(ii) Objek (iv) Frasa keterangan GOLONGAN KATA DALAM AYAT Lazimnya ayat terbentuk daripada banyak perkataan yang terdiri daripada beberapa golongan kata seperti kata nama. Noor Abdullah SMKGemereh Segamat. kata adjektif . terutamanya di kawasan yang berdekatan sungai dikehendaki berpindah ke pusat pemindahan banjir dengan segera . Johor. Contoh jawapan: hujan = akan = penduduk = berpindah = ke = banjir = segera = mengelakkan = buruk = mereka = kata nama am kata bantu kata nama am kata kerja tak transitif kata sendi kata nama am. Pelajar perlu mengetahui setiap golongan kata yang membentuk sesuatu ayat. hujan lebat dijangka akan berterusan sepanjang minggu ini. Hal ini demikian bagi mengelakkan kejadian yang lebih buruk menimpa mereka. kata adjektif kata kerja transitif kata adjektif kata gantinama diri ketiga kata ganti diri ketiga . kata nama am . kata sendi. . kata sendi nama . kata kerja. dan kata tugas. 24 Diselenggarakan oleh Cikgu Mohd. kata adjektif. Menurut ramalan kaji cuaca. kata nama am .

Subjek: Predikat: (ii) Semua penduduk disarankan agar tidak membuang sampah secara sesuka hati. Subjek: Predikat: (v) Kami berasa amat bangga dengan pencapaian pemain badminton yang berkenaan. Statistik terkini menunjukkan bahawa peratus kemiskinan di bandar meningkat secara mendadak. . Subjek: Predikat: (iii) Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan dan Keselamatan Penduduk taman perumahan yang berkenaan turut menggesa para penduduk agar sentiasa mengutamakan kebersihan.LATIHAN 1. kemiskinan agak sinonim dengan masyarakat luar bandar. Namun. Noor Abdullah SMKGemereh Segamat. Subjek: Predikat: [6 markah] 2. tanpa disedari kemiskinan juga membelenggu masyarakat kota yang kian dihimpit oleh peningkatan kos sara hidup yang semakin serius. 25 Diselenggarakan oleh Cikgu Mohd. Johor. (i) Sampah sarap yang bersepah di sekitar kawasan perumahan itu telah dibersihkan oleh pekerja-pekerja syarikat pembersihan itu. Baca ayat-ayat di bawah dengan teliti dan nyatakan golongan kata bagi setiap perkataan yang bergaris. Subjek: Predikat: (vi) Para pemain yang melakukan latihan secara intensif pada setiap hari itu dibimbing oleh jurulatih yang disediakan oleh Majlis Sukan Negeri. Di Malaysia. Subjek: Predikat: (iv) Dua orang pemain badminton sekolah ini telah dipilih untuk mewakili negeri Johor ke pertandingan peringkat kebangsaan tidak lama lagi. Baca ayat-ayat di bawah dengan teliti dan nyatakan subjek dan predikat dalam ayat-ayat tersebut.

Untuk itu. Baca ayat yang diberi dengan teliti dan kenal pasti perkataan yang mempunyai kesalahan ejaan dan kesalahan imbuhan. terdapat kesalahan penggunaan ejaan dan imbuhan. Kenalpasti dan betulkan kesalahan-kesalahan itu dengan menulis ayat itu semula tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya. 26 Diselenggarakan oleh Cikgu Mohd. iaitu satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan imbuhan. . Johor. Pelajar perlu mengenal pasti perkataan yang mempunyai kesalahan ejaan dan imbuhan untuk diperbetul kesalahannya. Lazimnya ada tiga ayat yang dikemukakan dan dalam setiap ayat terdapat dua kesalahan. Noor Abdullah SMKGemereh Segamat. LATIHAN: Untuk menguji penguasaan ejaan anda. tandakan ejaan yang betul bagi perkataan yang berikut: Adegan Akupungtur Disipilin Eksklusif Eletrik baik pulih Komplek Matlamat Otomobil Facsimile Protein Stesyen uar-uar was-was walhal Adigan akupunktur Disiplin Ekseklusif Elektrik Baikpulih Kompleks Matalamat automobil faksimili protein stesen war-war waswas wal hal afdhal akademik aneka ragam anti-bakteria antarabangsa hak cipta penguatkuasa juru ukur fasal lagenda maksimum samudra pendita seksefon sayugia afdal akedamik anika ragam antibakteria antara bangsa hakcipta penguat kuasa juruukur pasal legenda maksima samudera pendeta saksofon seyogia PANDUAN MENJAWAB SOALAN Contoh arahan: Dalam setiap ayat di bawah. i.PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN BAHASA KESALAHAN EJAAN DAN IMBUHAN Salah satu soalan yang menjadi komponen soalan 3 dalam Kertas 2 mata pelajaran Bahasa Melayu peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia ialah soalan yang mengehendaki pelajar mengenal pasti dan membetulkan kesalahan ejaan dan imbuhan yang terdapat dalam ayat-ayat yang diberi. pelajar perlu mengetahui ejaan perkataan yang betul dan penggunaan imbuhan yang sesuai bagi perkataan tertentu.

iii. Antara perkataan itu ialah: Ejaan yang salah Ejaan yang betul anih aneh awit awet barungan barongan calun calon gembeling gembleng kagit kaget ketrampilan keterampilan lakun lakon lapur lapor pamir pamer pelusuk pelosok perabut perabot pelupur pelopor tulin tulen (ii) Ejaan Kata Pinjaman Hurufawal dalam kata dasar bagi kata pinjaman dikekalkan apabila menerima imbuhan. Johor. Terdapat kata-kata pinjaman daripada bahasa Indonesia dan bahasa serumpun yang tidak mematuhi keselarasan vokal. Kekalkan struktur ayat dan maksud ayat yang asal. Noor Abdullah SMKGemereh Segamat. Antaranya ialah: i. kesalahan keselarasan vokal. Tulis ayat yang diberi semula dan baiki kesalahan itu dengan ejaan dan yang betul. kesalahaan menggunakan tanda baca dan lain-lain. kesalahan mengeja kata pinjaman. iii. . iv. kesalahan mengeja perkataan kerana berlaku pengimbuhan. Contohnya ialah: Kata dasar Kata terbitan proses memproses protes memprotes program memprogramkan taat mentaati tafsir pentafsir tadbir pentadbiran tauliah pentauliahan takrif mentakrifkan kategori mengkategorikan komputer mengkomputerkan 27 Diselenggarakan oleh Cikgu Mohd. ii. imbuhan KESALAHAN EJAAN Terdapat banyak faktor yang menyebabkan kesalahan ejaan berlaku.ii. (i) Kesalahan Keselarasan Vokal Pelajar sepatutnya dapat membezakan perkataan yang mematuhi keselarasan vokal dengan kata-kata yang tidak mematuhi keselarasan vokal.

-kan 28 Diselenggarakan oleh Cikgu Mohd. . Sebagai peringatan kata sendi nama di tidak boleh digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menerangkan waktu. ditulis. Akhiran .-an. Apabila akhiran . disemak. dilaksanakan. frasa nama atau sebelum kata nama arah.. maka di dianggap sebagai kata sendi nama dan dieja terpisah dengan kata nama. . Apabila di hadir sebelum kata nama. Johor. Contoh penggunaan di-.. Contoh: Penggunaan yang salah Di pagi yang hening Di zaman moden Di waktu malam Di hari yang sama Di kurun ke-19 Penggunaan yang betul Pada pagi yang hening Pada zaman moden Pada waktu malam Pada hari yang sama Pada kurun ke-19 Kedua: Pelajar juga perlu membezakan antara penggunaan akhiran .. Di-. sebagai imbuhan ialah: diajar . dianggap sebagai imbuhan apabila digabungkan dengan kata kerja dan perkataan yang menerima imbuhan itu dieja sebagai satu perkataan. di Sungai Danga.kritik mengkritik klasifikasi mengklasifikasikan kafir mengkafirkan komersial mengkomersialkan (iii) Kesalahan Mengeja Perkataan kerana Pengimbuhan Pertama: Pelajar perlu membezakan antara di-. dan sebagainya.. di makmal sains... frasa nama atau kata nama arah yang mengikutinya..... di atas bumbung rumah. diambil alih. diagihkan.-kan dan akhiran .-kan digunakan untuk membentuk kata kerja. Contoh penggunaan di sebagai kata sendi nama ialah: di bandar. dipertanggungjawabkan. masa atau zaman. dijadikan. di dalam bilik bacaan dan sebagainya.sebagai imbuhan dan di sebagai kata sendi nama.... Noor Abdullah SMKGemereh Segamat. di luar gelanggang.

akhiran . Contohnya: mengganggu. u. Noor Abdullah SMKGemereh Segamat. Contoh perkataan yang menerima akhiran .. hasutan halangan. dicampuradukkan. dimaklumkan. menjayakan..-an diimbuhkan dengan kata kerja untuk membentuk kata nama. sepakan. akan bertukar menjadi meng. 29 Diselenggarakan oleh Cikgu Mohd... dilaporkan. Johor. Contohnya: mengambil. cabaran garisan. balingan catatan. mengikut. Contoh kata yang menerima akhiran . menggoda. Sekiranya. galakan. mengomel.. mengolah... memasakkan. Sementara itu apabila kata itu bukan berakhir dengan huruf k .. maka akan wujud dua huruf k. kata yang diimbuhkan itu berakhir dengan huruf k. ketukan. mengkhianati. o... mengubat. e. mencampuradukkan.–an : angkatan asuhan balasan. dijayakan. . Hal ini berlaku kerana imbuhan meN -. dimasakkan dan sebagainya. mengkhususkan. tolakan dan sebagainya. maka akan wujud satu hurufk sahaja dalam perkataan itu. mengekor.. Ketiga: Pelajar sering melakukan kesalahan apabila mengeja perkataan yang kata dasarnya bermula dengan huruf a. jeritan. gerakan.. h.. Sebaliknya. maka wujud satu hurufk sahaja dalam perkataan tersebut. memaklumkan. g. gh dan kh dan menerima imbuhan awalan meN-. i. mengajar. pekikan.kan ialah: melaporkan.diimbuhkan pada kata yang ejaannya berakhir dengan huruf k . mengheret. mengeratkan.. g dan gh maka wujudlah dua Bagi perkataan yang kata dasarnya dimulai dengan huruf hurufg. mengindahkan. mengupah. dan sebagainya. menghidu. .

berlari-larian. mengeyakan. Kenal pasti dan betulkan kesalahan itu dengan menulis ayat-ayat itu semula tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya. kura-kura. mengepos. Contohnya: mengebom. dan sebagainya. anti-Israel. Johor. menggunakan. menggulai.apabila diimbuhkan pada kata dasar yang mempunyai satu suku kata. dan sebagainya. mengehadkan. * Tanda sempang digunakan untuk memisahkan antara imbuhan dengan kata nama khas. budak-budak. penggandaan berentak (bebas. ke-477. imbuhan dengan angka. pro-Islam. Terdapat beberapa perkataan yang perlu menggunakan tanda sempang apabila dieja. dan penggandaan berimbuhan. berentak konsonan. mengepam. ke-7. Contoh perkataan yang menerima imbuhan dan perlu diberi tanda sempang ialah: Insya-Allah. sama ada perkataan Melayu mahupun kata pinjaman. Noor Abdullah SMKGemereh Segamat. 1980-an. dan angka dengan imbuhan. Contoh perkataan berganda ialah: sekolah-sekolah. 30 Diselenggarakan oleh Cikgu Mohd. Keempat: Masih ramai pengguna bahasa Melayu yang kurang menyedari bahawa awalan meng menjadi menge. mengghairahkan. mengghaibkan. mengecat. lalu-lalang. LATIHAN 1 Dalam setiap ayat di bawah. mengekhaskan. dan berentak vokal). (iv) Kesalahan Menggunakan Tanda Baca Penggunaan tanda sempang (-) yang betul. kehendak-Nya.mengganas. dan sebagainnya. Antaranya ialah: * Tanda sempang digunakan apabila mengeja perkataan berganda sama ada penggandaan penuh. mengekod dan sebagainya. terdapat kesalahanpenggunaan ejaan dan imbuhan. menggandakan. . gunung-ganang. bukit-bukau. hamba-Mu. Hal ini perlu disedari oleh pelajar agar tidak melakukan kesilapan. mengesyorkan. mengelap. kuih-kuih.

(iii) Pihak penganjur pertandingan tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kemalangan atau kecederaan yang di alami oleh peserta yang mengambil bahagian. terdapat kesalahanpenggunaan ejaan dan imbuhan. Kenal pasti dan betulkan kesalahan itu dengan menulis ayat-ayat itu semula tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya. Johor. [6 markah] LATIHAN 2 Dalam setiap ayat di bawah. Noor Abdullah SMKGemereh Segamat. direbus kelinik (iii) Peminat-peminat bola sepak yang membanjiri stadium itu sejak awal pagi lagi merasa hampa apabila diberi tahu bahawa pertandingan bola sepak itu terpaksa ditangguhkan atas sebab-sebab keselamatan. Diselenggarakan oleh Cikgu Mohd. . (ii) Cikgu Sharina meminta kebenaran pengetua untuk membawa anaknya ke untuk mendapatkan rawatan di pagi itu.(i) Kebanyakkan perabot yang terdapat di dalam pejabat pengurus bank itu dari Brazil. diimpot (ii) Pelajar yang ingin menyertai perkemahan pasukan badan beruniform itu dikehendakki mendapatkan kebenaran daripada ibu bapa mereka terlebih dahulu. (i) Pekerja dikilang tersebut sedang memeroses isi buah nanas yang sudah dengan air gula untuk dijadikanjem.

Catatan dan latihan tambahan Kesalahan Ejaan dan Imbuhan Dalam bahasa Melayu terdapat pelbagai imbuhan yang boleh digunakan untuk membentuk kata-kata baru daripada sesuatu kata dasar. Namun begitu masih ramai pelajar yang keliru untuk menggunakan beberapa imbuhan tertentu. akhiran. Johor. Pelajar perlu faham bahawa imbuhan yang digunakan mempunyai fungsi tertentu dan mendukung makna tertentu. dan sisipan. tetapi dapat membawa makna baru pada kata terbitan yang dibina. Ada empatjenis imbuhan yang lazim digunakan. iaitu: awalan. Contohnya: 31 Diselenggarakan oleh Cikgu Mohd. Penggunaan imbuhan bukan sahaja dapat mengubah golongan kata. apitan. Noor Abdullah SMKGemereh Segamat. .

.. -kan dan meN-. -i = Objek Bernyawa Rumus Kakak mengirimkan sepucuk surat kepada ibu.. menaiki : Selepas berjalan kaki selama beberapa jam... Untuk melihat perbezaan antara imbuhan itu. Kakak mengirimi ibu sepucuk surat... -kan dan meN-. -kan digunakan sebelum objek yang tidak bernyawa.. Emak membuat secawan air the untuk ayah...(a) Penggunaan imbuhan meN-... -kan = Objek Tidak Bernyawa = kepada men-. meN-. -kan = Objek Bernyawa men-.-kan dan meN-.. Noor Abdullah SMKGemereh Segamat. manakala imbuhan meN-..... .. Abang Lee membeli sehelai tali leher untuk ayah. -i. perhatikan ayat-ayat yang berikut: i) menaikkan : Para peniaga digesa agar tidak menaikkan harga barangan keperluan harian sesuka hati. menjalani : Puan Dahlia akan membawa semua pekerjanya menjalani pemeriksaan kesihatan bagi memastikan mereka benar-benar sihat dan bebas daripada sebarang penyakit.. -i digunakan sebelum objek yang bernyawa... Contoh lain Jika kata dasar dapat menerima apitan meN-. (ii) menemukan : Program ”Cari Waris” yang dianjurkan oleh persatuan belia kampung itu berjaya menemukan Praveena dengan ibu kandungnya yang telah terpisah sejak lima belas tahun yang lalu. (iii) menjalankan: Walaupun berada di kawasan pedalaman... kami terpaksa menaiki bot dan menungkah arus sungai yang deras sebelum tiba di perkampungan orang asli. -kan (penanda kausatif) kepada Kalidevan..-i Masih ramai pelajar yang gagal untuk membezakan antara penggunaan imbuhan meN.... -kan dan meN-. menemui: Pengetua akan menemui keluarga pelajar yang malang itu untuk mengucapkan takziah atas peristiwa sedih yang telah menimpa mereka di samping menghulurkan sedikit sumbangan daripada pihak sekolah.. Emak membuatkan ayah secawan air teh. Johor.. Muthu menghadiahkan sebuah motosikal meN-. men-.. . . -kan (penanda benefaktif) meN-.. men-.. AYAT DUA OBJEK Terdapat juga kata dasar yang dapat menerima apitan meN-. = Objek Tidak Bernyawa = untuk Rumus Abang Lee membelikan ayah sehelai tali leher. Muthu menghadiahi Kalidevan sebuah motosikal... ekoran kenaikan harga minyak di pasaran sekarang ini. Contoh lain 32 Diselenggarakan oleh Cikgu Mohd. En. -i En.. Imbuhan meN-. guru-guru di sini tidak menghadapi masalah untuk melaksanakan tugas kerana mereka sentiasa mendapat kerjasama daripada ibu bapa pelajar dan penduduk kampung.

apabila diimbuhkan pada kata adjektif.. tidak perlu diberikan akhiran ... Contoh perkataan itu ialah : aku = ekor = mengaku. Sebaliknya. daftar = mendaftar.. gamat = menggamatkan.. Contoh perkataan yang mengelirukan pelajar ialah: Kata dasar agak betul cantik enak galak layak masak naik pajak rosak Kata kerja terbitan mengagak membetulkan mencantikkan mengenakkan menggalakkan melayakkan memasakkan menaikkan memajakkan merosakkan Kata nama terbitan agakan pembetulan kecantikan keenakan galakan kelayakan masakan kenaikan pajakan kerosakan (c) Penggunaan imbuhan meng-. Johor. (d) Penggunaan imbuhan mempeR-. mengekor. ganda = menggandakan.....(b) Penggunaan imbuhan menN-..-kan seperti yang dilakukan apabila mengimbuhkannya dengan kata nama atau dengan kata kerja. maka wujud satu k.. Penggunaan imbuhan meng-.. -kan dan .... gaji = menggaji..-an Antara contoh imbuhan kata kerja ialah meN-.. dan diper-. Untuk membentuk kata kerja bagi kata yang tidak berakhir dengan hurufk. 33 Diselenggarakan oleh Cikgu Mohd. bagi membentuk kata nama dengan kata yang berakhir dengan k. dan diper.dengan kata adjektif Satu perkara penting yang perlu disedari oleh pelajar ialah imbuhan mempeR. Namun begitu huruf ’ g’ tidak akan digugurkan walaupun diimbuhkan dengan kata yang bermula dengan huruf ’ g’. digunakan untuk membentuk kata kerja. gergaji = menggergaji.. dan sebagainya.... . maka satu k sahaja digunakan dan bagi kata yang berakhir dengan k. canai = mencanai. kan dan contoh imbuhan kata nama ialah . maka dua k digunakan.–an.. Noor Abdullah SMKGemereh Segamat.

diperindah. . lihat dan kaji soalan yang telah dikemukakan dalam peperiksaan lalu dan rujuk jawapan yang disediakan. memperdalam. (ii) Satu penerangan ringkas tentang bahaya dadah dan pameran beberapa jenis dadah akan diadakan bersempena majlis pelancaran kempen antidadah peringkat sekolah pada minggu hadapan. (iii)Majlis Mesyuarat Agong Persatuan Ibu Bapa dan Guru yang dijadualkan pada penghujungan bulan ini akan dirasmikan oleh Pegawai Pelajaran Daerah Segamat. Noor Abdullah SMKGemereh Segamat. mempercantik.Contohnya: memperbanyak. (ii) Keterampilan berbahasa dalam kalangan penuturjati bahasa Melayu mestilah diperkukuhkan dari masa ke semasa. terdapat kesalahan penggunaan ejaan dan imbuhan. memperelok. [6 markah] b) Dalam setiap ayat di bawah. (ii)Satu penerangan ringkas tentang bahaya dadah dan pamiran beberapa jenis dadah akan diadakan bersempena majlis pelancaran kempen anti dadah peringkat sekolah pada minggu hadapan. diperkecil dan sebagainya. dipererat. diperkukuh. a) Dalam ayat-ayat di bawah terdapat dua penggunaan ejaan dan imbuhan yang salah. Johor. dipermudah . (iii) Kerajaan menggalakkan orang ramai menyertai program kemasyarakatan supaya hubungan antara kaum dapat dipererat . (i) Mak Misah sentiasa menasihatkan anak-anaknya supaya memelihara sopan-santun dan tata susila serta tidak melibatkan diri dalam kegiatan-kegiatan yang boleh menjejaskan nama baik keluarga. memperbesar. (i) Sebuah syarikat pemaju perumahan bumiputera telah ditugaskan untuk mengambilalih urusan pembinaan sebuah projek perumahan di kampung itu. Sebagai peneguhan. (i) Kerajaan menggalakan orang ramai menyertai program kemasyarakatan supaya hubungan antara kaum dapat dipereratkan. 34 Diselenggarakan oleh Cikgu Mohd. diperlebar . Kenalpasti dan betulkan kesalahan itu dengan menulis ayat-ayat itu semula tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya. memperbetul. Kenalpasti kesalahan tersebut dan betulkannya dengan menulis ayat itu semula tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya. yang terbangkalai sejak dua tahun yang lalu. [6 markah] Contoh Jawapan : (i) MakMisah sentiasa menasihati anak-anaknya supaya memelihara sopan santun dan tatasusila serta tidak melibatkan diri dalam kegiatan-kegiatan yang boleh menjejaskan nama baik keluarga.

anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan imbuhan. yang telah terbengkalai sejak dua tahun yang lalu. (iii) Majlis Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru yang dijadualkan pada penghujung bulan ini akan dirasmikan oleh Pegawai Pelajaran Daerah Segamat. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat. (iii) Dalam soalan itu terdapat arahan yang menghendakki pelajar menuliskan bahasa.[6 markah] Contoh Jawapan: (i) Sebuah syarikat pemaju perumahan bumiputera telah ditugaskan untuk mengambil alih urusan pembinaan sebuah projek perumahan di kampung itu. (ii) Keterampilan berbahasa dalam kalangan penutur jati bahasa Melayu mestilah diperkukuh dari semasa ke semasa. Johor. [6 markah] LATIHAN c) Dalam ayat-ayat di bawah terdapat duapenggunaan ejaan dan imbuhan yang salah. Anda tidakperlu menyalin ayat itu semula. 35 Diselenggarakan oleh Cikgu Mohd. anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. sebagai pesediaan untuk menghadapi pertandingan akhir badminton peringkat negeri. (i) Para pemain badminton sekolah diminta melipat gandakan latihan. . pada hujung bulan ini. untuk maksud peri [6 markah] d) Dalam ayat-ayat di bawah terdapat dua penggunaan ejaan dan imbuhan yang salah. Noor Abdullah SMKGemereh Segamat. Bagi setiap ayat. (ii) Latihan-latihan intensif yang mereka jalankan sekarang ini adalah di bawah bimbingan juru latih yang disediakan oleh Majlis Sukan Daerah. Anda tidakperlu menyalin ayat itu semula. (ii) Setiap rakyat Malaysia seharusnya fasih bertutur dalam bahasa Melayu menunjukan kecintaan mereka terhadap bahasa resmi negara. (i) Setiap warga negara hendaklah berganding bahu dan bersama-sama memikul tanggungjawab untuk mempastikan keamanan dan keharmonian negara ini dapat dikekalkan pada sepanjang masa .

dia juga suka mengemas rumah. Layang-layang itu tersangkut pada tiang telefon h. f. Ada beberapa persamaan antara perwatakan ibu dan ayah Khadijah . d. Arahan tersebut datang dari pegawai atasan syarikat itu. j. n. j. o. . l. e. k. kemudian semak jawapan yang diberi. Rahman membeli sebentuk cincin untuk tunangnya. Nirwana membuang sampah ke dalam tong sampah. Rahman membeli sebentuk cicncin bagi tunangnya. Selain ( perkataan daripada digugurkan ) memasak. a. Tiap yang bernyawa pasti akan mati. Di dalam hal ini. Jawapan contoh: a. Pihak kami mengucapkan terima kasih di atas kerjasama yang awak hulurkan. Mereka saling bermaafan di pagi hari raya. Arahan tersebut datang daripada pegawai atasan syarikat itu. b. Setengah orang tidak menggemari masakan yang pedas. Pekerja-pekerja itu memulakan kerja pembersihan daripada sudut kanan dewan itu. g. saya sangat tidak bersetuju. Oleh sebab dia tidak sihat. a. Selain daripada memasak. c. Oleh kerana dia tidak sihat. Sesetengah orang tidak menggemari masakan yang pedas. diajuga suka mengemas rumah. Betulkan kesalahan yang telah anda kenal pasti. Nirwana membuang sampah di dalam tong sampah. saya sangat tidak bersetuju. Mereka saling bermaafan pada hari raya. Johor. d. l. dia tidak akan menyertai pertandingan itu. Wanita itu selalu termenung kerana teramat rindukan anaknya. Wanita itu selalu termenung kerana teramat rindu akan anaknya k. Noor Abdullah SMKGemereh Segamat. [6 markah] Kesalahan penggunaan Kata Tugas Masih ramai penutur bahasa Melayu yang melakukan kesalahan penggunaan kata tugas. Pihak kami mengucapkan terima kasih atas kerjasama yang awak hulurkan. p. Ada beberapa persamaan di antara perwatakan ibu dan ayah Khadijah . Dalam hal ini. h. dia tidak akan menyertai pertandingan itu. Surat ini dikirimkan pada siapa? b. f. m. i. Surat ini dikirimkan kepada siapa? i. Berguni padi di kilang itu belum diproses. d. Berguni-guni padi di kilang itu belum diproses.(iii) Jika pasukan ini berjaya menjadi johan dalam pertandingan tersebut semua pemain akan menerima hadiah yang lumaian seperti wang tunai dan pakej pelancong ke Pulau Langkawi. c. b. c. Layang-layang itu tersangkut di tiang telefon g. Telitikan kesalahan pengunaan kata tugas dalam ayat-ayat berikut. 36 Diselenggarakan oleh Cikgu Mohd. Setiap yang bernyawa pasti akan mati. Pekerja-pekerja itu memulakan kerja pembersihan dari sudut kanan dewan itu. e.

Saya tidak dapat mengecam siapa yang datang ke rumah saya di malam itu. Kementerian Pendidikan Malaysia berhasrat untuk melahirkan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan pendidikan dirantau ini . Noor Abdullah SMKGemereh Segamat. Agenda perbincangan itu sudah diserahkan kepada pengerusi untuk disemak dan akan disebarkan kepada semua ahli persatuan. ii. Tulis ayat-ayat di bawah semula dengan menggantikan kata atau istilah tersebut. Kapal terbang yang membawa kumpulan haji itu baru sahaja berlepas dari Lapangan Terbang Antara bangsa Kuala Lumpur. i. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula. 37 Diselenggarakan oleh Cikgu Mohd. ii. [6 markah] . menjadikan Malaysia sebagai [6 markah] LATIHAN 1: Dalam setiap ayat di bawah terdapat dua kesalahan penggunaan kata atau istilah dan kesalahan bahasa. Kementerian Pelajaran Malaysia berhasrat untuk pusat kecemerlangan pendidikan di rantau ini. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. i.Saya tidak dapat mengecam siapa-siapa yang datang ke rumah saya pada malam itu. iii.Contoh Soalan 1: Dalam ayat-ayat di bawah terdapat penggunaan kata atau istilah yang tidak sesuai. Johor. Bagi setiap ayat. Pegawai-pegawai penguatkuasa telah merampas berpuluh kotak cakera padat cetak rompak dari kedai itu. iii. Bapa saya memeriksa semua fail-fail yang diingini oleh ketua jabatannya semalam iii. anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. . [6 markah] Contoh Jawapan : i. Bapa saya memeriksa semua fail yang diinginkan oleh ketua jabatannya semalam . ii.

Pihak pengurusan pusat membeli-belah itu sentiasa mengadakan jualan lelong barang-barang terpakai untuk mengambil perhatian orang ramai. [6 markah] PERIBAHASA DAN PERUMPAMAAN MELAYU MAKSUD DAN PENGGUNAAN Aspek pengetahuan tentang peribahasa dan penggunaan peribahasa Melayu terdapat dalam soalan mata pelajaran Bahasa Melayu Kertas 2 peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia. Johor. Perumpamaan Simpulan Bahasa Bidalan PERIBAHASA Pepatah Kata-kata Hikmat Perbilangan Pengertian umum : 38 Diselenggarakan oleh Cikgu Mohd. Bagi setiap ayat. Untuk itu dalam siri kali ini cikgu akan bincangkan serba sedikit maklumat tentang peribahasa untuk kegunaan pelajar. Noor Abdullah SMKGemereh Segamat. kata-kata hikmat dan simpulan bahasa. Berbagai jenis kuih-muih yang dijual oleh Mak Cik Siti di gerai itu habis dibeli oleh pengurus kilang tersebut. perbilangan. i. Dalam peribahasa terkandung pepatah.LATIHAN 2 Dalam setiap ayat di bawah terdapat dua kesalahan penggunaan kata atau istilah dan kesalahan bahasa. iii. perumpamaan. Sebenarnya masih ramai pengguna bahasa Melayu. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. terutamanya para pelajar yang keliru dengan konsep peribahasa. . anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Masih ramai peserta-peserta yang akan mengambil bahagian dalam pertandingan akhir nyanyian lagu-lagu asli itu belum menyenaraikan diri mereka. bidalan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula. ii. (rujuk soalan 3e).

yakni mengambil masa sedikit untuk menyelesaikannya supaya kerja itu dapat disiapkan dengan sempurna. (a) Peribahasa yang mempunyai maksud selapis mudah difahami kerana maksud peribahasa itu amat jelas. tegal biasa.Bidalan : ”Cakap-cakap bijaksana yang ringkas yang telah melekat di mulut orang ramai dari beberapa zaman. begitujuga waktu mereka pulang kerumah. segan berkayuh perahu hanyut. kita hendaklah membuatnya dengan teliti. ketika mereka menunggang motosikal untuk datang ke sekolah. peribahasa yang mempunyai maksud selapis terdiri daripada pepatah. Perumpamaan : ”Bidalan yang menyebutkan maksudnya dengan diumpamakan atau dikiaskan kepada lain perkara sahaja dan tidaklah dinamakan perumpamaan jika perkataannya tidak mengiaskan atau mengumpamakan seperti itu.” 39 Diselenggarakan oleh Cikgu Mohd.” * Pepatah : Pepatah dan bidalan tidak mempunyai perbezaan yang besar. bidalan. Johor. terdapat dua jenis peribahasa iaitu. seperti kata peribahasa Melayu ” Bersatu teguh.. - Ayat contoh : Sebagai rakyat negara ini kita perlu bekerjasama dan hidup bersepakat bagi memastikan kesejahteraan dan keamanan negara. manakala peribahasa yang mempunyai maksud berlapis ialah perumpamaan dan simpulan bahasa. Ayat contoh: Cikgu Mahmood menasihati para pelajar agar sentiasa mengamalkan prinsip biar lambat asalkan selamat. sebagaimana yang dinyatakan dalam peribahasa itu sendiri. mati dikandung tanah. tangkai jering dan lain-lain. (ii)Bersatu teguh..” * * Za ’ba. Bezanya pepatah mementingkan pengajaran dan pendidikan. .” * Contohnya alah bisa. dan perbilangan. kita akan menjadi lemah. * Perbilangan : ”Cakap-cakap bidalan yang telahjadi seperti undang-undang seperti ”hidup dikandung adat. Contohnya: (i) Biar lambat asalkan selamat: Maksudnya ialah apabila hendak melakukan sesuatu pekerjaan.” Simpulan Bahasa : ”Rangkaian perkataan yang telah tetap terbeku dalam susunan khas dan dipakai dengan erti yang khas seperti buah tangan. bercerai roboh: Maksudnya kalau kita bersatu padu kita akan menjadi kuat tetapi kalau kita bercerai berai. Dalam bahasa Melayu. walaupun dicakapkan dengan lurus sahaja atau dengan kias yakni diumpamakan kepada perkara lain. Contohnya. bercerai roboh. Pelita Bahasa Melayu Penggal III. ” Malu bertanya sesat jalan. Noor Abdullah SMKGemereh Segamat. kaki bangku.

seperti melakukan amalan bergotong royong. (v) Buah tangan : maksudnya oleh-oleh atau hadiah berupa barangan yang dibawa ketika menziarahi atau mengunjungi seseorang. hidup berkumpulan atau hidup bermasyarakat sesuatu kerja yang berat hendaklah dilakukan bersama-sama. sebagaimana yang dipraktikkan di negara ini.(iii) Di mana ada kemahuan. begitu juga dengan kerja yang ringan juga perlu dilakukan bersama-sama. Noor Abdullah SMKGemereh Segamat. Contohnya: (i) Atas pagar : maksudnya tidak tetap pendirian atau tidak menyebelahi mana-mana pihak. (iv) Berat sama dipikul. kita pasti akan beroleh cara untuk mendapatkannya. pasti akan berjaya kerana di mana ada kemahuan di situ adajalan . akhirnya beliau berjaya menjadi usahawan makanan segera yang terkenal. Johor. Kebanyakan peribahasa jenis ini menggambarkan kejadian yang berlaku dalam kehidupan harian dan kemudian dikaitkan dengan sifat manusia atau keadaan manusia. (iii) Beri muka : maksudnya memberikan peluang atau kesempatan yang keterlaluan atau terlalu memanjakan seseorang. 40 Diselenggarakan oleh Cikgu Mohd. (b) Peribahasa yang mempunyai maksud berlapis agak sukar untuk difahami. bersungguh-sungguh atau telah membuat keputusan muktamad. namun jika sesorang itu tekun berusaha dan sentiasa mencuba untuk mengatasi cabaran dan halangan. (iv) Besar hati : maksudnya berasa bangga atau berasa gembira. Ayat contoh : Untuk menjejakkan kaki ke menara gading bukanlah semudah yang disangkakan. (v) Sedikit-sedikit lama-lama menjadi bukit: mengerjakan sesuatu akhirnya berjaya juga. (ii) Ayam tambatan : maksudnya orang harapan dalam sesuatu pasukan atau kumpulan yang melaksanakan tugas atau menyertai pertandingan. Ayat contoh : Peribahasa yang menyatakan ” Berat sama di pikul ringan sama dijinjing ” hendaklah dijadikan pedoman untuk membina kehidupan keluarga dan masyarakat yang harmoni. Hal ini demikian kerana kadangkala terdapat penggunaan perkataan lama yang jarang-jarang digunakan pada masa ini atau terdapat penggunaan perkataan yang tidak pernah didengar oleh pelajar. . maksudnya ialah sabar dan tekun Ayat contoh: Modal yang dikumpulkan oleh Puan Sharina untuk memulakan perniagaannya ini ibarat sedikit-sedikit lama-lama menjadi bukit . ringan sama dijinjing: Maksudnya dalam kehidupan adik beradik. (vi) Bulat hati : maksudnya lurus hati atau teguh pendirian. di situ ada jalan: Maksudnya jika kita benar-benar berhasrat kepada sesuatu. dan disertai usaha yang gigih.

goyang kaki. . (i) macam isi dengan kuku: dua orang yang tidak dapat dipisahkan antara satu sama lain. (xi) Hati batu : maksudnya orang yang keras hati dan sukar mengubah pendiriannya. bak. (xii) Ikat perut : berjimat-jimat dalam kehidupan. (xiii)Jalan buntu : tidak menemukan cara untuk menyelesaikan masalah (xiv) Kaki bangku: bermakna orang yang tidak pandai bermain bola sepak. Peribahasa jenis perumpamaan pula mempunyai kata umpama. terdapat banyak simpulan bahasa lain seperti anak buah. mata duitan. (xvi)Mulut tempayan: maksudnya ialah orang yang tidak dapat menyimpan sesuatu rahsia kerana dia akan mendedahkan rahsia itu kepada orang lain. gila-gila bahasa. Selain simpulan bahasa di atas. menahan lapar akibat desakan kemiskinan. darah daging. dan sebagainya yang digunakan oleh masyarakat Melayu untuk mengungkapkan sesuatu maksud secara tepat atau berkias. (vi) seperti kera mendapat bunga: orang yang tidak tahu menghargai pemberian orang. (ix) Durian runtuh : maksudnya mendapat keuntungan secara tiba-tiba. tidak kekal atau segera hilang – kasih sayang . 41 Diselenggarakan oleh Cikgu Mohd. dan macam. campur tangan. (viii)Dalam tangan : maksudnya sesuatu yang pasti akan dimiliki. tidak dapat makan. (x) Gulung tikar : maksudnya mengalami kerugian yang teruk sehingga muflis. (v) seperti mencurahkan air ke daun keladi : sia-sia memberikan nasihat kepada orang yang tidak mahu mendengarnya atau tidak mahu mengikut kata. laksana. makan angin. lintah darat. isi hati. ringan tulang. (ii) bagai minyak dengan air : perihal orang yang bermusuhan dan tidak sehaluan. bagai. (iv) seperti embun di hujung rumput: perihal sesuatu yang bersifat sementara.(vii)Campur tangan : maksudnya melibatkan diri dalam hal atau urusan orang lain. mustahil dapat dicampurkan menjadi satu. Contoh perumpamaan ialah : (i) bagai aur dengan tebing: perihal anggota masyarakat yang suka tolong-menolong dan bantu-membantu antara satu sama lain. kutu embun. seperti. terang hati. buah hati. main mata. Johor. harimau berantai. Perumpamaan juga menyatakan kejadian dan perkara yang berlaku di alam ini dan ditujukan kepada manusia sebagai sindiran atau pengajaran. (xv) Mulut murai: membawa maksud orang yang suka bercakap banyak. Noor Abdullah SMKGemereh Segamat. (iii) laksana bulan dipagar bintang : keadaan seseorang yang cantik yang semakin terserlah apabila dikelilingi oleh orang yang cantikjuga.

sama-sama merasai keadaan yang susah dan senang. mereka akan berbaik-baik semula... Catatan : Maklumat ringkas tentang peribahasa dan penggunaan peribahasa Melayu sebagaimana yang dinyatakan di atas hanyalah sebahagian kecil daripada ruang lingkup peribahasa Melayu yang begitu meluas penggunaannya.. dan sukar menerima pandangan orang lain.... (ii) Kesediaan anggota tentera kita berjuang mempertahankan tanah air daripada serangan musuh perlu diberi sanjungan. orang yang licik (ix) ibarat telur sesangkak........ Noor Abdullah SMKGemereh Segamat.(viii) macam belangkas: hal keadaan sepasang kekasih yang sentiasa berdua-duaan sepanjang masa dan di mana-mana sahaja. Isikan tempat kosong dalam ayat yang berikut ini dengan peribahasa yang sesuai...... (viii) sepandai-pandai tupai melompat.. Kami akan berusaha lagi sedaya upaya kami untuk memastikan pertelagahan itu tidak berpanjangan. Walaupun begitu kami tetap tidak akan . 2 Baca ayat-ayat di bawah ini dengan teliti dan kemudian kem ukakan peribahasa yang menggambarkan situasi yang terdapat dalam ayat-ayat tersebut. Lazimnya apabila suasana sudah reda... Pelajar disarankan agar mendalami aspek peribahasa dari segi maksud dan penggunaannya bukan sekadar untuk menjawab soalan soalan yang dikemukakan dalam mata pelajaran Bahasa Melayu Kertas 2.. Johor... sukar digoyah kesetiaannya........... Mereka rela terkorban daripada mengalami kekecewaan melihat negara ini dijajah oleh kuasa asing kerana mereka berpegang kepada prinsip.... malah penggunaannya boleh diserlahkan ketika menulis karangan dalam Kertas 1..... .. (i) Pertelingkahan yang berlaku dalam kalangan adik beradik atau kaum keluarga lazimnya tidaklah berpanjangan dan tidak sampai ke peringkat memutuskan hubungan. - Soalan contoh: 1.. akhirnya jatuh ke tanah juga: melakukan kejahatan akan dapat ditangkap juga pada suatu masa kelak.... 42 Diselenggarakan oleh Cikgu Mohd....... paha kanan terasa sakit juga. Usaha kami untuk mengadakan perbincangan bagi menyelesaikan pertelagahan yang berlaku antara kedua-kedua orang ketua kampung itu menemui . pecah sebiji pecah semuanya : perihal permuafakatan yang sangat akrab.... Kalau dicubit paha kiri...... kerana mereka bersikap .

[6 markah] 43 Diselenggarakan oleh Cikgu Mohd. Peribahasa Melayu ada menyebutkan [6 markah ] 3. rosak susu sebelanga. (i) titik peluh (ii) berat sama dipikul. (iii) sebab nila setitik. Mudah-mudahan sikap ini akan menjadi amalan hidup apabila mereka dewasa kelak. (i) khabar angin (ii) mencurahkan air ke daun keladi. Bina satu ayat dengan menggunakan peribahasa di bawah supaya menunjukkan maksudnya dengan jelas. untung batu tenggelam. Huraikan maksudperibahasa yang berikut ini. Johor. Noor Abdullah SMKGemereh Segamat.(iii) Ibu bapa digesa untuk menyemaikan sikap suka menabung ke dalam diri anak-anak sejak mereka kecil lagi. [6 markah] 4. (iii) untung sabut timbul. . ringan sama dijinjing.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful