1.

0 PENDAHULUAN
Apa itu nuklear? Menerusi sumber daripada Utusan Malaysia, istilah 'nuklear' merujuk kepada asas dalaman atau nukleus atom dan tenaga nuklear adalah tenaga yang dijana daripada tindak balas dalam nukleus atom.(Utusan Malaysia, 14 Julai 2008). Ada dua jenis tindak balas nuklear yang boleh digunakan untuk menjana tenaga, iaitu tindak balas pembelahan nukleus (nuclear fission) dan tindak balas pelakuran nukleus (nuclear fusion). Melalui sumber daripada Kamus Dewan, nuklear bermaksud tenaga yang terhasil daripada tindak balas atom atau nukleusnya. (Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, edisi ke-4)

Loji-loji janakuasa nuklear yang terdapat di dunia adalah berasaskan tindak balas pembelahan nukleus, sedang loji nuklear berasaskan pelakuran nukleus kini masih dalam proses penyelidikan dan pembangunan dan dijangka tidak akan dapat digunakan dalam tempoh setengah abad akan datang kerana kesukaran teknologinya. Proses penjanaan tenaga elektrik menggunakan tenaga nuklear melibatkan kitaran bahan api yang dimulai dengan perlombongan uranium, yang merupakan sumber utama untuk menyediakan tenaga nuklear. Selepas itu, ia akan menjalani proses penukaran uranium, pengayaan uranium, penukaran semua uranium, fabrikasi bahan api dan diikuti dengan penggunaan dalam loji janakuasa nuklear. Kemudian diikuti dengan penyimpanan sementara bahan api nuklear terpakai, sebelum diproses menjadi bahan api nuklear terpakai dan akhir sekali rawatan dan pelupusan akhir sisa nuklear aras tinggi.

Uranium biasanya diperolehi daripada negara-negara seperti Australia, Kazakhstan, Kanada dan Amerika Syarikat (AS). Menurut sumber Agensi Nuklear Malaysia (ANK), penjanaan elektrik melalui loji janakuasa nuklear mampu menjamin keselamatan perbekalan tenaga negara." Walaupun tenaga nuklear adalah lebih baik dari satu aspek iaitu membekalkan tenaga yang tetap, tetapi ia juga mempunyai kekurangan dari segi jaminan keselamatan dan beberapa perkara lain. (Dewan Masyarakat, 1979)

Tenaga nuklear mula ditemui oleh ahli fizik bernama Henri Becquerel pada tahun 1896, ketika beliau mendapati bahawa kepingan fotografi yang disimpan di dalam gelap berdekatan dengan uranium telah berubah kehitaman seperti kepingan sinar X, yang baru sahaja ditemui pada tahun 1895. Tenaga nuklear dibebaskan oleh tiga proses eksoterma, iaitu ‘Pereputan Radioaktif’, yang melibatkan satu proton atau neutron dalam nucleus radioaktif yang mereput lalu membebaskan samada zarah-zarah, sinaran electromagnet (seperti sinar gamma), neutrino, pembelahan nuklear (yang membelah satu

1

nucleus berat menjadi dua nukleus yang lebih ringan) dan pelakuran nuklear (yang menggabungkan dua nukleus atom untuk membentuk satu nukleus yang lebih berat. Pereputan radioaktif adalah satu tindakbalas yang berlaku secara spontan, rawak dan semula jadi. Pembelahan nuklear pula, yang tidak berlaku secara semula jadi, telah digunakan secara meluas dalam penjanaan tenaga elektrik sejak 1950-an dahulu. Sementara itu, pelakuran nuklear boleh berlaku secara semula jadi seperti dalam Matahari, dan secara buatan. Walaupun proses ini telah dibuktikan boleh dilakukan secara buatan, namun terdapat beberapa masalah seperti kawalan ke atas tindak balas yang perlu di atasi sebelum proses ini boleh dilakukan secara besar-besaran. (Adams, 2010) Keradioaktifan telah wujud secara semula jadi, tetapi perkara itu tidak diketahui sehinggalah akhir kurun ke-19, sedangkan di dalam al-Quran, sudah ada satu surah dikenali al-Hadid, yang memperkatakan mengenainya. Istilah al-Hadid merujuk kepada logam besi. Di dalam keadaan semula jadi, besi wujud sebagai satu sebatian dengan logam dan galian lain, antaranya logam radioaktif seperti uranium, plutonium dan radium. Apa yang menarik ialah firman Allah dalam ayat 25 Surah al-Hadid yang bermaksud: Pada besi itu, terdapat kekuatan yang amat kuat yang boleh memusnahkan manusia."

Kejadian letupan bom atom di Hiroshima dan Nagasaki membuktikan kebenaran ayat ini sebagai bukti kekuasaan Allah yang menjadikan pada besi itu kekuatan yang terlalu besar. Setengah kilogram uranium dapat menghasilkan tenaga haba satu mega watt sehari. Bayangkanlah, jika sebuah negara itu mempunyai berjuta tan uranium yang disimpan untuk tujuan peperangan nuklear. Hakikat keradioaktifan hanya diketahui pada akhir kurun ke-19 membabitkan dua perkara besar yang berlaku ketika itu, yang membenarkan penemuan radioaktif. Pertama, sinar-X yang ditemui pada 1985 oleh Wilhem Konrad Rontgen, yang didapati berupaya menghasilkan pendarflour pada kaca tiub sinarX. Kedua, kajian oleh Henri Becquerel, yang mendapati bahawa, apabila kalium uranil sulfat diuja oleh sinaran ultra ungu, ia akan menghasilkan pendarflour. (Mustika Embun, April 2006) Stesen kuasa nuklear pertama dibuka pada 1950-an, teknologinya dianggap sebagai salah satu pencapaian besar dalam sains moden. Hari ini, banyak orang berpendapat, usaha membuat kuasa nuklear adalah kesilapan yang akan menimbulkan masalah besar bagi planet dan manusia. Namun, dengan pengendalian berhati-hati, ia boleh memberi manfaat. Sebenarnya, masih ada harapan kuasa nuklear digunakan secara selamat dan terkawal. Kuasa ini banyak kegunaannya dalam bidang perubatan. Kemajuan berterusan bermakna kita boleh mengesan dan merawat penyakit serius termasuk barah.

2

manfaat yang diperolehi daripadanya serta perkembangan peralatan sedemikian yang merupakan gabungan pelbagai disiplin bidang sains dan teknologi dalam penciptaannya. Rusia dan Amerika Syarikat dengan mewujudkan pusat Nuklear Malaysia yang ditubuhkan pada 1972 sebagai Pusat Penyelidikan Tenaga Atom Tun Dr Ismail (PUSPATI). adalah hasil tindak balas termonuklear. Satu perkara yang pasti ialah. (Wikipedia. sektor perindustrian dan juga penggantian. Secara ringkas tentang teknologi 3 .com) 2. Kemudian selepas dipindahkan ke bawah Kementerian Sains. MINT sekali lagi diberi identiti baru sebagai Agensi Nuklear Malaysia (Nuklear Malaysia) sehingga sekarang. Kita harus benar-benar memahami sifat tenaga nuklear dan teknologi moden yang digunakan untuk memanfaatkannya. Pelbagai manfaat yang diperoleh daripada perkembangan penggunaan teknologi nuklear pada masa kini dengan menekankan dari sudut bidang yang diharuskan seperti penggunaan dalam sektor perubatan. Namun mungkin tidak ramai yang mengetahui dengan mendalam tahap teknologi yang membolehkan alat tersebut berfungsi. Pada 10 Ogos 1994. Kemudian pada 1983 ia dinamakan Unit Tenaga Nuklear (UTN) apabila ia diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri. Malaysia juga turut melakar sejarah untuk bersaing dengan negara-negara maju yang lain seperti Jepun. Pada 28 September 2006. kita sekarang hidup dalam apa yang dikatakan sebagai zaman nuklear. Sesetengah orang menyebutnya sebagai tenaga yang bukan semulajadi sungguhpun cahaya dan haba yang diterima setiap hari daripada matahari. ramai yang mengetahui secara umum alat pengimejan bioperubatan (biomedical imaging) dan mungkin pernah melalui prosedur yang menggunakan alat tersebut seperti imbasan Sinar-X dan juga ultrasound. Kita harus belajar daripada kesilapan lalu dan jangan membiarkan rasa takut menghalang kemajuan.Banyak perkara menakutkan mengenai tenaga nuklear.0 KEBAIKAN DAN KEGUNAAN TEKNOLOGI NUKLEAR. (replacement) sebagai sumber tenaga baru. barulah ia bergelar Institut Penyelidikan Teknologi Nuklear Malaysia (MINT). sektor pertanian. Teknologi dan Alam Sekitar pada Oktober 1990. BIDANG PERUBATAN Kini. Turut hadir ditekankan daripada aplikasi teknologi nuklear yang tidak diharuskan syarak seperti penggunaan bahan-bahan nuklear sebagai senjata pemusnah.

Pengimejan Sinar-X lazimnya dibuat dengan satu sumber sinaran dan pengesan terdiri daripada filem foto. Kadangkala situasi keadaan badan yang tidak normal hanya diketahui setelah melalui sesuatu pembedahan. Roentgen pada tahun 1895 (Sinar-X juga dinamakan Sinar Roentgen).pengimejan dalam perubatan. diagnosis hanya dapat dibuat secara tidak langsung melalui gejala atau simptom penyakit ataupun melalui biopsi (analisis sampel daripada badan). lemak dan udara akan 4 . Bahagian badan yang lebih tumpat seperti tulang akan kelihatan lebih cerah kerana lebih menyerap Sinar-X sebaliknya bahagian yang kurang tumpat seperti otot. Penemuan ini melayakkan Roentgen menerima Hadiah Nobel pertama dalam bidang fizik pada tahun 1901. Antara manfaat umum terbesar pengimejan perubatan adalah membolehkan diagnosis dilakukan tanpa sebarang prosedur yang memerlukan pembedahan.01 hingga 10 nanometer (nm) dan tenaga antara 120 voltan elektron (eV) hingga 120 (keV). Walaubagaimanapun tidak semua radiasi bersifat mengion seperti Sinar-X. Pengimejan bioperubatan moden boleh dikatakan bermula dengan penemuan Sinar-X oleh W. Sinar-X adalah gelombang elektromagnet yang mempunyai panjang gelombang antara 0. spt: Molekul kuprum sulfat akan ~ menjadi ion kuprum dan ion sulfat). Sinar-X yang digunakan untuk tujuan pengimejan bioperubatan adalah sinar ’berkekuatan tinggi’ yang mempunyai tenaga antara 12 hingga 120 kV. Contohnya seperti radiasi ultrasound dan Magnetic Resonance Imaging (MRI) yang tidak bersifat mengion (bertukar kepada ion. sintilator ataupun yang terkini diod semikonduktor. namun pengimejan bioperubatan membolehkan penyakit kronik seperti kanser diketahui lebih awal. Diagnosis sedemikian masih wujud dan masih digunakan. Maka dari segi panjang gelombang ia berada antara Sinar Gamma yang lebih bertenaga dan Sinar Ultraungu (UV). yang lazimnya disebut sebagai radiologi. Sebelum adanya teknologi tersebut.C. Istilah radiologi digunakan disebabkan teknologi ini melibatkan penggunaan radiasi.

Prinsip sama juga digunakan di dalam angiografi di mana satu kateter (catheter) halus dimasukkan ke dalam saluran darah. Flouroskopi biasanya digunakan bersama ejen kontras untuk melihat bahan tersebut dibawa di dalam badan.kelihatan gelap. Ia dinamakan radionuklida buatan (artificial radionucleid) dan penemuan ini diterbitkan oleh pasangan Frederic dan Irene Joliot-Curie pada bulan Februari 1934 dalam penerbitan jurnal terkenal iaitu Nature. Proses ini juga disebut sebagai radiografi unjuran kerana imej tulang dan organ akan bertindih antara satu sama lain. 2011) Variasi pada radiografi adalah flouroskopi di mana imej unjuran dibentuk pada pengesan yang terdiri daripada paparan flourescent. Penciptaan kamera TV menggantikan paparan flourescent pada tahun 1950-an. Perubatan nuklear melibatkan sumbangan daripada saintis dalam pelbagai bidang yang terdiri daripada pakar-pakar dalam bidang fizik. Imej akan sentiasa terbentuk maka ia seolah-olah adalah suatu ‘wayang’ Sinar-X. Mereka mendapat inspirasi dari kajian terdahulu yang dimulakan oleh Roentgen. radionuklida buatan pencetus perubatan nuklear. (Murray. 2009) Angiogram menunjukkan saluran darah di sekitar otak Contoh imej Sinar X Selain daripada itu. Becquerel dan ibu-bapa Irene sendiri iaitu 5 . Seterusnya Thomas Edison mencipta flouroskop pertama yang dipasarkan. H. bagi mengesan saluran darah menggunakan Sinar-X. kejuruteraan dan perubatan. Bidang perubatan berasaskan teknologi nuklear boleh dikatakan bermula dengan penemuan dan hipotesis bahawa bahan seperti aluminium boleh diubah supaya ia membebaskan radiasi. kimia. (Ashrani Aizuddin. Proses ini ditemui oleh Roentgen pada 8 November 1895. Flouroskop terkini menggunakan kamera video berasaskan Charge Couple Device (CCD) dan membolehkan imej dimanipulasi secara digital.

imej badan pada satah bulatan tersebut dapat dibentuk dan seterusnya satah-satah berlainan disusun untuk membentuk imej 3 dimensi. Kuhl turut menggunakan radionuklida yang membebaskan positron (antizarah kepada elektron). Apabila positron bertemu dengan elektron. penganggaran lokasi tisu yang menyerap radionuklida 6 . Becquerel dan pasangan Curie telah menerima hadiah Nobel dalam bidang fizik pada tahun 1903. Proses pembentukan imej ini dinamakan sebagai sintigrafi (scintigraphy). Walau bagaimanapun. Kedua-dua foton ini akan dikesan oleh dua pengesan yang bertentangan pada bulatan sekitar pesakit.E. Seterusnya pemprosesan secara tomografi dibuat untuk membentuk imej. Kamera gamma tercipta pada tahun 1960-an oleh H. tomografi turut digunakan oleh D. Sintigraf kalenjar tiroid menggunak iodin-123 yang membawa kepada nama alternatifnya sebagai kamera Anger. Pasangan Joliot-Curie mengulangi pencapaian ibu-bapa dan mertua dengan penerimaan hadiah Nobel dalam bidang kimia pada tahun 1935 atas penemuan radionuklida buatan tersebut. disebabkan adanya dua sinar gamma dibebaskan pada arah bertentangan daripada satu-satu lokasi. Pada masa yang sama. Seterusnya technetium-99m yang ditemui pada tahun 1937 mula dipopularkan pada tahun 1960-an dan menjadi radionuklida yang paling banyak digunakan dalam perubatan nuklear sehingga hari ini. Ini dinamakanTomografi Terhitung Pembebasan Foton Tunggal (single photon emission computed tomography. Ia juga merupakan imej unjuran. sebelum kedua-duanya akan saling memusnah atau membinasa antara satu sama lain. Kuhl pada tahun 1960-an untuk membentuk imej. SPECT). maka imej tisu-tisu yang menyerap radionuklida akan bertindih antara satu sama lain. Dengan memutarkan sebuah pengesan (yang sama dengan kamera gamma) dalam bulatan sekitar pesakit. 2011) Di dalam bidang perubatan nuklear. Seperti radiografi unjuran menggunakan Sinar-X.pasangan Pierre dan Irene Curie. Pembinasaan ini membebaskan dua foton sinar gamma pada arah yang bertentangan antara satu sama lain. Anger. (Ashrani Aizuddin. dalam pengimejan perubatan nuklear terdapat sebuah pengesan yang dipanggil kamera sintilasi/gamma. Antara radionuklida yang terawal digunakan adalah iodin-131. Ia telah dipopularkan oleh sebuah rencana dalam Jurnal Persatuan Perubatan Amerika pada 7 Disember 1946 tentang rawatan metastasis kanser kelenjar tiroid pada seorang pesakit. ia akan membentuk positronium sementara dalam suatu tempoh.

27 yr): Formerly used for external beam radiotherapy. Iodine-125 (60 d): Used in cancer brachytherapy (prostate and brain). Erbium-169 (9. Lutetium-177 (6.6 h): Used in TAT for cancers. also diagnostically to evaluate the filtration rate of kidneys and to diagnose deep vein thrombosis in the leg.tersebut adalah lebih jitu berbanding dengan SPECT. Its half-life is long Radioisotopes in Medicine 7 . A strong gamma emitter. Tl-208. SPECT PET Isotopes used in medicine: Bismuth-213 (46 min): Used for targeted alpha therapy (TAT).4 MeV). Iron-59 (46 d): Used in studies of iron metabolism in the spleen. Cobalt-60 (5. now used more for sterilising Dysprosium-165 (2 h): Used as an aggregated hydroxide for synovectomy treatment of arthritis. especially cancers. with decay products Bi-212. but used for beta therapy.4 d): Use for relieving arthritis pain in synovial joints. Lead-212 (10. also in diagnosis of abnormal liver function. Iodine-131 (8 d)*: Widely used in treating thyroid cancer and in imaging the thyroid. It is also widely used in radioimmuno-assays to show the presence of hormones in tiny quantities.7 d): Lu-177 is increasingly important as it emits just enough gamma for imaging while the beta radiation does the therapy on small (eg endocrine) tumours. Iridium-192 (74 d): Supplied in wire form for use as an internal radiotherapy source for cancer treatment (used then removed). Po-212. as it has a high energy (8. Kaedah ini dinamakan Tomografi Pembebasan Positron (positron emission tomography – PET). renal (kidney) blood flow and urinary tract obstruction. Chromium-51 (28 d): Used to label red blood cells and quantify gastro-intestinal protein loss.

meskipun nuklear merupakan teknologi berbahaya kepada manusia. Pemanfaatan teknik nuklear pada tanaman boleh digunakan untuk pembaikan jenis-jenis tanaman melalui mutasi dengan radiasi. Menurut penyelidik dari Indonesia. Oleh kerana itu.BIDANG PERTANIAN Teknologi nuklear merupakan salah satu teknologi moden yang berkembang pesat dalam bidang pertanian. MINT menjalankan penyelidikan dan pembangunan teknologi ke arah pembentukan proses. Di Malaysia dan Indonesia. Pengawai Penyelidik Kanan MINT. serta khidmat baru dan peningkatan proses. Ita Dwimahyani menyatakan tujuan pembangunan penelitian serta penyelidikan teknik nuklear untuk kebaikan tanaman adalah untuk memberi sumbangan kepada kerajaan dalam usaha meningkatkan hasil tanaman. produk serta khidmat nasihat yang ada. Di samping itu. Malaysia. Dr. 8 . sering terdapat pro dan kontra berkenaan dengan teknik ini. kepakaran serta keupayaan tempatan dalam teknologi nuklear dan yang berkaitan serta penggunaannya terutama dalam hal di mana teknikini merupakan teknik yang paling sesuai dan akan meningkat di masa akan datang. kegiatan penyelidikan aplikasi teknik nuklear dalam bidang pertanian khususnya untuk kebaikan tanaman telah dilakukan Badan Tenaga Nuklir Nasional (Indonesia) dan Institut Penyelidikan Teknologi Nuklear Malaysia. MINT (Malaysia). Rusli Ibrahim menyatakan banyak kajian yang dijalankan menjurus kepada membangunkan bidang pertanian dan industri asas tani di negara kita. tetapi mempunyai kesan positif apabila dapat memanfaatkan sifat-sifat hakiki daripada tenaga ini untuk tujuan yang diharuskan syarak dan undang-undang. produk.

Biasanya mutasi boleh dipercepatkan melalui induksi oleh agen mutasi sama ada secara kimia atau fizikal. Teknik berkenaan telah dikenal pasti bagi menghasilkan tumbuhan mutan (sesuatu yang terhasil daripada proses mutasi) untuk meningkatkan penghasilan makanan. pemilihan mutagen. kajian sampingan agro. Proses mutasi tidak biasa berlaku dalam alam sekitar biasa dan jika terjadi ia memakan masa yang agak lama pada kadar yang rendah. Kultur tumbuhan biasanya dijalankan secara in-vitro (dalam 9 . radiasi boleh dilakukan secara akut dalam masa yang singkat dengan kadar dos yang tinggi. Kultur tisu tumbuhan merupakan terminologi yang digunakan bagi merujuk kepada pelbagai teknologi in-vitro yang digunakan. (Khairunnisa Sulaiman. radiasi digunakan untuk menghasilkan tumbuhan yang lebih berkualiti.teknik yang telah dibangunkan termasuklah mutasi aruhan. agen fizikal yang sering digunakan untuk pembaikan pertanian terdiri daripada sinar gamma dan sinar-X. Manakala bagi tumbuhan vegetative seperti buah-buahan dan bunga-bungaan keratin batang digunakan atau dilakukan secara in-vitro. Bagi tanaman seperti padi. kajian racun serangga. kaedah. Di MINT. pengurusan pengairan. Dalam kes-kes tertentu. pembiakanmutasi termasuk pemilihan tanaman. kacang tanah dan kacang soya. secara amnya. 2004) Mutasi merupkan satu proses di mana gen atau mana-mana turutan DNA mengalami perubahan dalam strukturnya. bahagian yang dirasai dan teknik menggunakannya. sensitiviti. Misalnya. selepas pemilihan biji benih terbaik dibuat.Teknik. biji benih merupakan bahagian yang popular dan berpotensi diradiasi dengan sinar gamma yang dihasilkan daripada unsur Cobalt-60. kendalian lepas tuai dan pengawetan makanan. Teknik berkenaan telah dibangunkan pada 1960-an dan boleh digunakan untuk menghasilkan tumbuhan dalam bilangan yang banyak daripada bahan yang sedikit.

(Khairunnisa Sulaiman. pokok renek dan lain-lain lagi. Medium tertentu berkenaan terdiri daripada garam bukan organic. sumber tenaga iaitu sukrosa. mikro nutrient dan vitamin). rasa lebih enak dan ciri-ciri yang lebih menarik. MINT telah berjaya menghasilkan beberapa tumbuhan mutan baru seperti pisang. pokok rendah. khusus bagi tanaman hiasan seperti perubahan warna bunga seperti perubahan warna bunga dan daun. 2004) 10 . hormon penggalak pertumbuhan dan agar sebagai medium.balang bertutup) dengan medium tertentu dalam keadaan terkawal. organic (makro nutrient. Setakat ini. Ini penting bagi membolehkan tumbuhan terhasil daripada sel tunggal. matang awal. dan juga tanaman hiasan yang mempunyai ciri-ciri yang lebih berkualiti seperti hasil yang tinggi. padi. kacang tanah. Bahan eskplan seperti kalus boleh didedahkan kepada mutagen kimia atau fizikal agar berlaku perubahan genetik. Teknologi nuklear turut digunakan untuk menghasilkan lembu klon.

Ia kini dikendalikan oleh Agensi Nuklear Malaysia yang terletak di Bangi.000 years) Chlorine-36: Used to measure sources of chloride and the age of water (up to 2 million years) Lead-210: Used to date layers of sand and soil up to 80 years Tritium (H-3): Used to measure 'young' groundwater (up to 30 years) Artificially-produced radioisotopes: 11 . kejuruteraan reaktor dan kejuruteraan nuklear. penggunaan teknologi nuklear membolehkan pengeluaran sarung tangan getah.Dalam industri minyak dan sektor marin.BIDANG PEMBUATAN Dalam bidang pembuatan. (Faizal Aziz. Ia digunakan dalam aktiviti penyinaran neutron serta eksperimen pancaran neutron. 2010) Naturally-occurring radioisotopes: Carbon-14: Used to measure the age of water (up to 50. teknologi Non Destructive Testing -NDT (Ujian Tanpa Musnah) yang menggunakan sumber tenaga nuklear melalui peralatan seperti Sinar Gamma dan Sinar X digunakan untuk mengesan kecacatan atau kerosakan yang berlaku pada paip-paip minyak atau gas. Selain itu ia juga digunakan untuk kajian tentang reaktor itu sendiri yang terdiri daripada fizik reaktor. Malaysia memiliki satu-satunya reaktor nuklear yang dikenali sebagai Reaktor TRIGA PUSPATI (Pusat Penyelidikan Tenaga Atom Tun Doktor Ismail yang ditubuhkan 27 tahun dahulu yang kini dikenali sebagai Agensi Nuklear Malaysia ). resin dan sebagainya yang memberi sumbangan besar pada industri sarung tangan di Malaysia. Teknologi ini dipelopori oleh Agensi Nuklear Malaysia dan beberapa syarikat swasta yang lain.hidraulik haba (thermalhydraulic) dan core analysis.

4 PENJANA TENAGA ELEKTRIK BARU 12 .Radioisotopes in Industry 2.

Penghasilan tenaga elektrik dengan menggunakan tenaga nuklear tidak akan mencemarkan udara.Baru-baru ini Perdana Menteri Malaysia telah mengumumkan bahawa Malaysia akan menggunakan tenaga nuklear sebagai penjana tenaga elektrik negara. methane. Keadaan ini pastinya merupakan satu berita baik kerana bahan api fosil semakin berkurangan. (Hafizatul Sarah. Dengan itu. Teknologi Hijau dan Air telah mengenal pasti lokasi pembinaan loji nuklear negara pertama. 13 . Dalam hal ini. Berdasarkan perkembangan ini maka jelas bahawa penggunaan tenaga nuklear dalam penghasilan tenaga elektrik semakin mendapat perhatian. Dikatakan. penggunaan tenaga nuklear semakin menjadi pilihan misalnya. Ini kerana logi tenaga nuklear tidak akan membebaskan gas-gas rumah hijau seperti karbon. Tenaga nuklear dikatakan dapat menjana tenaga dalam jumlah yang banyak dan pada satu jangka masa yang panjang berbanding penjanaan tenaga elektrik menggunakan bahan api fosil seperti petroleum dan arang batu. ozon dan CFC semasa beroperasi dan dengan itu tidak mencemarkan udara. Ini kerana penggunaan bahan uranium (bahan utama logi tenaga nuklear) akan menghasilkan lebih banyak tenaga untuk jangkasama yang panjang. Vietnam dan Indonesia juga sudah mulai menuju ke arah penghasilan tenaga elektrik berasaskan tenaga nuklear. di peringkat serantau juga. Tenaga nuklear dipilih kerana ia dianggap "effisien dan efektif" apatah lagi dalam keadaan dunia masa kini yang menunjukkan bahawa penggunaan petroleum dan arang batu untuk menjana elektrik negara sebagai tidak lagi sesuai kerana kenaikan harga kedua-dua sumber tersebut dan juga tekanan terhadap alam sekitar akibat penggunaan bahan api fosil tersebut. Teknologi nuklear kini mampu bersifat sebagai pengganti kepada sumber tenaga elektrik yang baru. Malah. 2011) Tenaga nuklear juga dikatakan sangat mesra alam. Thailand dijangkakan mula menggunakan tenaga nuklear menjelang tahun 2012. negara Thailand. Kementerian Tenaga. Loji ini dijangka mula beroperasi pada tahun 2021. satu tan uranium boleh menghasilkan lebih banyak tenaga berbanding penggunaan beberapa million tan arang batu atau beberapa million barrel minyak. ia akan membantu mengurangkan kesan rumah hijau. Vietnam pada tahun 2018 dan Indonesia pada tahun 2016.

2010) Tenaga nuklear menghasilkan 15 peratus kuasa elektrik yang dijanakan di dunia. Sumber lain. hendak atau tidak.tenaga gantian ini membawa maksud sumber tenaga yang tidak berasaskan pembakaran bahan fosil atau pemecahan atom. kita sedar bahawa kuasa ini memerlukan kawalan yang berhati-hati dan mahal bagi memastikan keselamatan awam di samping beberapa masalah jangka panjang. sebagaimana petroleum dan arang batu boleh mencapai tahap sukar didapati (scarce) maka begitu jugalah uranium pada satu masa nanti. Tenaga gantian ini juga dikenali sebagai tenaga hijau iaitu melibatkan manipulasi alam untuk menjana tenaga elektrik. mempunyai masalah tersendiri. Berkaitan dengan alternatif. tenaga dan wang ringgit boleh digunakan untuk mengkaji kebolehgunaan tenaga nuklear maka usaha. terutamanya pembakaran bahan fosil. menghasilkan sama banyak tenaga dengan 20.sebaik mungkin dijalankan kajian untuk melihat kebolehgunaan tenaga gantian ini sebagai tenaga penjana elektrik negara. (Azrina Sobian." Jika usaha. akan tiba masanya manusia terpaksa bergantung kepada tenaga gantian. Bagi menggantikan tenaga nuklear. Oleh itu. pembinaan logi nuklear juga tidak memerlukan kawasan yang besar dan dalam jangka masa panjang. angin. Pada stesen kuasa elektrik. geotermal. bahan api fosil tidak kekal dan mungkin akan kehabisan menjelang pertengahan abad akan datang. Amnya. ombak dan hidroelektrik. Jika kita mahu terus menggunakan tenaga. Lagipun. Jika ini berjaya dilakukan maka barulah boleh diakui "Malaysia sebagai pelopor revolusi bumi hijau. Pada negara lain pula.000 tan arang batu yang dibakar. kuasa nuklear adalah sumber tenaga elektrik yang utama. tenaga nuklear akan menghasilkan tenaga elektrik yang lebih murah kerana kos operasinya yang rendah. Ini kerana. Pada sesetengah negara. 14 . Ini pastinya satu berita baik kepada pengguna. tenaga dan wang ringgit yang sama juga seharusnya ditumpahkan untuk menghasilkan tenaga hijau. Tenaga tersebut adalah tenaga suria.Selain itu. Sebagai contoh. sememangnya terdapat alternatif atau pilihan lain dalam menghasilkan tenaga elektrik. Sekurang-kurangnya terdapat lima bentuk tenaga gantian dalam dunia. reaktor penyelidik hanya menyediakan sedikit sumbangan pada bekalan elektrik. tenaga yang dinamakan sebagai tenaga gantian. Selepas keghairahan awal tentang tenaga nuklear berkurangan. maka kita terpaksa bergantung kepada sumber alternatif. satu tan uranium yang digunakan sebagai bahan api untuk reaktor nuklear.

operasi loji-loji jana kuasa nuklear adalah jauh lebih selamat berbanding pendedahan manusia kepada sumber sinaran dan keradioaktifan semula jadi dan buatan manusia yang lain. Satu kajian yang dibuat ke atas kemalangan jiwa dalam sektor tenaga di dunia mengikut sumber tenaga menunjukkan penggunaan sumber tenaga nuklear merekodkan kemalangan jiwa yang paling sedikit. Dari kajian yang telah dibuat.5 peratus di antara tahun 1970 dan 2006 iaitu dari 6181 ke 15.Kuasa nuklear adalah salah satu alternatif yang mempunyai potensi untuk digunakan. Tenaga nuklear sebagai tenaga alternatif untuk bekalan elektrik bermula seawal 1954. 2011) 3. Kegunaan sinaran dalam bidang lain agak kurang menimbulkan perbalahan. keperluan tenaga dunia kini kian meningkat dari tahun ke tahun dengan kadar peningkatan sebanyak 2. Secara keseluruhannya. 2006) Memetik laporan yang dikeluarkan oleh IAEA. kita harus mengambil langkah selamat untuk memastikan tidak berlaku kesan sampingan tidak diingini.311 GWa.0 KEBURUKAN DAN KESAN TEKNOLOGI NUKLEAR 3. (Mustika Embun. penjanaan elektrik menggunakan nuklear hanya menyumbang sebanyak 6%. bilangan kemalangan nuklear adalah lebih kecil berbanding dengan industri dan aktiviti manusia yang lain. terutama dalam bidang perubatan. Dari keperluan ini.1 SEKTOR KETENTERAAN Sejarah telah menceritkan tentang tragedi pengeboman Bandaraya Hiroshima dan dan Nagasaki pada 6 dan 9 Ogos 1945 merupakan permulaan detik hitam penggunaan teknologi nuklear dalam peradaban manusia. (Suzalie Mohammed. Namun. Tiada sesiapapun yang boleh mengenepikan kemajuan diagnosis dan rawatan yang dicapai oleh perubatan nuklear. Fakta dari peristiwa pengguguran bom atom tersebut mencatatkan kematian akibat ledakan seramai 140 ribu nyawa serta merta dan ratusan ribu lagi yang terkorban selepas ledakan akibat radiasi sinaran dan kesan 15 .

Jika kemalangan ini berlaku. Jepun (1999) dan United Kingdom (2000). tenaga nuklear menghasilkan radiasi. 2009) 16 . sumber uranium masih banyak tetapi ia juga akan berkurangan jika terus digunakan. Tokai Mura. Dikatakan bahawa. akan bertahan untuk satu jangka masa yang lama sebelum ia mencecah tahap selamat kepada manusia. Sebagai contoh. bahan radioaktif yang terhasil daripada aktiviti penjanaan tenaga elektrik menggunakan tenaga nuklear juga amat berbahaya dan kos menguruskannya juga amat tinggi. kemalangan reaktor nuklear di Chernobyl pada April 1986. Bahan radioaktif ini. Chernobyl. Walaupun buat masa ini. ia juga akan habis pada satu masa nanti. Ini kerana. Kekurangan lain yang juga sering dikaitkan dengan penggunaan tenaga nuklear ialah risiko kemalangan di loji tenaga nuklear. New Mexico pada tahun 1942. Uranium dikategorikan sebagai bahan api tidak boleh diganti (non renewable energy) sama seperti petroleum dan arang batu. hanya dua kali bom atom digugurkan iaitu di Hiroshima dan Nagasaki sekaligus menamatkan Perang Dunia ke-2. 2010) 3. (Faizal Aziz. jika dilepaskan ke alam sekitar. masyarakat terus dihantui dengan tragedi yang membabitkan nuklear apabila mengaitkannya dengan insiden kebocoran reaktor nuklear diThree Mile Islands. Selain itu. Amerika Syarikat pada 1979. Oleh itu. Ukraine (1986). Tenaga nuklear bergantung kepada bahan uranium. Sejarah bom nuklear atau bom atom bermula apabila Amerika Syarikat memulakan projek menghasilkan bom atom yang dikenali sebagai Projek Manhattan di Los Alamos. Ujian bom atom pertama dilakukan di tapak ujian Alamogodro di daerah yang sama.terbakar. tragedi letupan reaktor nuklear ini merupakan yang terburuk dalam sejarah dunia. Sepanjang sejarah. (Murray. Radiasi ini sangat berbahaya kepada tubuh badan manusia kerana radiasi itu boleh merosakkan sel badan. masalahnya sangat besar dan kesannya akan mengambil masa yang panjang untuk hilang. Selain malapetaka Hiroshima dan Nagasaki. Letupan ini telah membebaskan 300 kali lebih bahan radioaktif berbanding peristiwa pengeboman Bandar Hiroshima.2 ANCAMAN BAHAN RADIOAKTIF Tenaga nuklear boleh memberi kesan tidak baik kepada kesihatan manusia.

Mohd Sani Badron dalam kertas kerja beliau yang bertajuk"Kewajipan Menguasai 17 . Timur dan Barat Eropah.Radioaktif itu tersebar luas hingga ke bahagian Barat Kesatuan Soviet. terdapat satu prinsip penting yang menyatakan bahawa "ditegah untuk membuat sesuatu usaha melainkan setelah mengenal syarat-syaratnya". (Azrina Sobian.0 KESIMPULAN / PENUTUP Berdasarkan penjelasan tentang kebaikan dan keburukan teknologi nuklear nyata bahawa terdapat banyak cabaran yang perlu diambil kira jika tenaga nuklear ingin digunakan. menunjukkan bahawa berlaku 56 kematian serta-merta. Bagi menjelaskan lagi perkara ini Dr. kontaminasi teruk berlaku di kawasan-kawasan Ukraine. Walaupun penggunaan tenaga nuklear punya beberapa faedah. 9000 daripadanya dijangkakan akan mati akibat pelbagai jenis penyakit kanser. Manakala.6 juta orang yang telah terdedah kepada radiasi letupan itu. Belarus. Satu laporan yang disediakan oleh International Atomic Energy Agency (IAEA) and World Health Organization (WHO). dianggarkan dalam 6. dan Rusia hingga memaksa lebih daripada 336.000 orang penduduk dipindahkan dari rumah-rumah mereka. British Isles dan Timur Amerika Utara. seadil dan secara sangat terperinci agar implementasi rancangan ini tidak membawa mudarat sama ada kepada manusia mahupun alam secara keseluruhan. Dalam pandangan hidup Islam. daerah-daerah Scandinavia. namun timbangan baik-buruknya harus dilakukan sebaik. Di samping itu. 2010) 4.

2010) Selain daripada prinsip yang disebutkan ini. di dalam al-Quran kita telah diingatkan bahawa. kedegilan untuk menceburi bidang itu akan menyebabkan si tukang jahit ditimpa malang kerana mungkin dimarahi pelanggan kerana gagal menyiapkan tempahan atau merosakkan tempahan yang dihantar. maka janganlah berani menceburkan diri dalam bidang itu.. Dengan paparan ayat ini maka dapat kita simpulkan. dan baikilah perbuatan kamu kerana sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya" (Surah al-Baqarah. bahawa jika tidak tahu ilmu jahitan. maka sebelum menjadi tukang jahit. berdasarkan prinsip yang disebutkan di atas.. dalam kes si tukang jahit sebentar tadi." Dengan itu. segala ilmu berkaitan dengannya wajiblah diperoleh terlebih dahulu sebelum memulakan kerjaya ini. (Azrina Sobian.". dapat kita sebutkan bahawa. 18 . setiap daripada kita adalah dilarang melakukan sesuatu melainkan kita telah benar-benar memiliki ilmu berkaitan dengan perkara yang ingin dilakukan itu. Sebagai contoh. 2:195). jika kita ingin menjadi tukang jahit. secara mudahnya. Tambah beliau lagi "[hal] ini dilaksanakan Saidina Umar dalam sistem pendidikannya sehingga tiadalah berniaga di pasar kaum Muslim melainkan mereka yang memahami perniagaan berlandaskan Islam hingga tidak lagi keliru mengenai sebarang perkara yang boleh menerbitkan penindasan terhadap golongan pembeli seperti riba. Samalah halnya dalam isu tenaga nuklear ini. Sebelum implementasi program ini hendak dilaksanakan maka segala bentuk maklumat tentang baik-buruknya untuk negara dan masyarakat Malaysia wajiblah dikaji sedalam-dalamnya. ialah dicegah menjalankan perniagaan melainkan sesudah mempelajari kaifiat dan syarat-syarat mu'amalat bagi seseorang peniaga". jika kemudaratan program ini jelas maka seeloknyalah ia ditangguh atau dicari alternatif yang lain.janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam kebinasaan. Ini kerana.Sains: Fardu ‘Ayn-kah atau Fardu Kifayah?" menyebut bahawa "[satu] contoh yang pernah dikemukakan oleh al-Khawarizmi dalam Mubid al-Humum wa Mufid al-‘Ulum. Ketetapan ini sememangnya amatlah wajar bagi mengelakkan si tukang jahit merosakkan tempahan baju yang dihantar pelanggan. Bukankah ini hanya membinasakan diri si tukang jahit tersebut? Dalam isu tenaga nuklear ini pula.

5. SYSYEMS AND APPLICATION NAMA PENGARANG : RAYMOND LEROY MURRAY TEMPAT TERBITAN : UNITED KINGDOM TAHUN TERBITAN PENERBIT : SIXTH EDITION (2009) : BUTTERWORTH HEINEMANN NAMA BUKU : NUCLEAR ENERGY~ POWER FROM THE ATOM NAMA PENGARANG : TROON HARRISON ADAMS TEMPAT TERBITAN : CANADA 19 .0 RUJUKAN NAMA BUKU : NUCLEAR ENERGY~ CONCEPTS.

(2010). A. Asas Tenaga Nuklear. M. Tajuddin. Tenaga Nuklear Penjana Elektrik Malaysia Masa Depan. Dewan Masyarakat~ Nuklear Sumber Tenaga Alternatif. R. H. Faisol. Nuclear Energy~ Power From The Atoms. Embun. Adams. Dewan Masyarakat~ Tenaga Nuklear Dan Keselamatan Am. 20 . (2008). (2009). Article .0 LAMPIRAN Murray. Systems and Applications. Malaysia: Dewan Bahasa Dan Pustaka. Nuclear Energy~ Concepts. N. A. (03 April 2006). Malaysia: Dewan Bahasa Dan Pustaka. (2006). Utusan Malaysia . Canada: Crabtree Publishing Company. K. T. Sarah. (1979). United Kingdom: Butterworth Heinemann.TAHUN TERBITAN PENERBIT : 2010 : CRABTREE PUBLISHING COMPANY NAMA BUKU : MAJALAH ESTIDOTMY NAMA PENGARANG : KHAIRUNISA BINTI SULAIMAN TEMPAT TERBITAN : KUALA LUMPUR TAHUN TERBITAN PENERBIT : OKTOBER 2004 : UTUSAN PUBLISHER NAMA BUKU : MAJALAH DEWAN MASYARAKAT NAMA PENGARANG : MOHAMMAD FAISOL KELING TEMPAT TERBITAN : KUALA LUMPUR TAHUN TERBITAN PENERBIT : JULAI 2006 : DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA 6. M. L. R.

2011. S. A.Agensi Nuklear Malaysia. 2011. Kuala Lumpur: Utusan Publisher.org Radioisotopes in Industry. Teknologi Untuk Pertanian.majalahsains. (2010. April 2).world-nuclear.com Hafizatul. Retrieved Julai 19.world-nuclear. Januari 26). from Majalah Sains. In T. A.Com: http://www. Tenaga Nuklear Sebagai Penjana Tenaga Elektrik. (2010. Teknologi Nuklear dan Malapetaka Bom Atom. Perkembangan Teknologi Pengimejan Dalam Perubatan. from Wikipedia: http://www.majalahsains. Retrieved Julai 13. Ministry of Science.org Khairunissa.com Radioisotopes in Medicine. Retrieved Jun 26. from Majalah Sains. T. (N. 21 . Februari). Malysia. (2011. Azrina. (2011. 2011. Radioaktif. (20 Mei 2010).com Ashrani. 2011. Retrieved Jun 28. Retrieved Julai 22. M. a. (09 Mac 2011).Com: http://www.wikipedia. Artikel Bahasa Melayu . estidotmy. Malaysia Negara Kuasa Nuklear . Ogos 5). Mac 27). S. Asidin. S. (2011. Performer) Ulasan Berita RTM. from World Nuclear Association: http://www. M. Jun 12). Suzalie. Artikel Bahasa Malaysia . Kuala Lumpur. from World Nuclear Association: http://www. 2011. Faizal. (2010. (27 Oktober 2004). R.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful