SULIT

*

1

NAMA : _________________________ KELAS: _________________________

JABATANPELAJARANNEGERISABAHJABATANPELAJARANNEGERISABAHJABATANPELAJARANNEGE NO. KP:__________________________ JABATANPELAJARANNEGERISABAHJABATANPELAJARANNEGERISABAHJABATANPELAJARANNEGE JABATANPELAJARANNEGERISABAHJABATANPELAJARANNEGERISABAHJABATANPELAJARANNEGE JABATANPELAJARANNEGERISABAHJABATANPELAJARANNEGERISABAHJABATANPELAJARANNEGE ANGKA GILIRAN:________________ JABATANPELAJARANNEGERISABAHJABATANPELAJARANNEGERISABAHJABATANPELAJARANNEGE JABATANPELAJARANNEGERISABAHJABATANPELAJARANNEGERISABAHJABATANPELAJARANNEGE JABATANPELAJARANNEGERISABAHJABATANPELAJARANNEGERISABAHJABATANPELAJARANNEGE JABATANPELAJARANNEGERISABAHJABATANPELAJARANNEGERISABAHJABATANPELAJARANNEGE JABATANPELAJARANNEGERISABAHJABATANPELAJARANNEGERISABAHJABATANPELAJARANNEGE JABATANPELAJARANNEGERISABAHJABATANPELAJARANNEGERISABAHJABATANPELAJARANNEGE BAHASA MALAYSIA JABATANPELAJARANNEGERISABAHJABATANPELAJARANNEGERISABAHJABATANPELAJARANNEGE JABATANPELAJARANNEGERISABAHJABATANPELAJARANNEGERISABAHJABATANPELAJARANNEGE JABATANPELAJARANNEGERISABAHJABATANPELAJARANNEGERISABAHJABATANPELAJARANNEGE KERTAS 1 JABATANPELAJARANNEGERISABAHJABATANPELAJARANNEGERISABAHJABATANPELAJARANNEGE JABATANPELAJARANNEGERISABAHJABATANPELAJARANNEGERISABAHJABATANPELAJARANNEGE JABATANPELAJARANNEGERISABAHJABATANPELAJARANNEGERISABAHJABATANPELAJARANNEGE (Dua jam) JABATANPELAJARANNEGERISABAHJABATANPELAJARANNEGERISABAHJABATANPELAJARANNEGE

910/1

STPM 2008

JABATAN PELAJARAN NEGERI SABAH
EXCEL 2 SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA

Arahan kepada calon: JANGAN BUKA KERTAS SOALAN DIBENARKAN BERBUAT DEMIKIAN. INI SEHINGGA ANDA

Ada enam puluh soalan dalam ujian ini. Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan: anda dikehendaki memilih jawapan yang tepat sekali dan menandakan jawapan itu pada Borang Jawapan Aneka Pilihan yang berasingan. Baca arahan pada Borang Jawapan Aneka Pilihan itu dengan teliti. Jawab semua soalan. Markah tidak akan ditolak bagi jawapan yang salah: jumlah markah anda dalam ujian ini ialah bilangan soalan yang dijawab dengan betul.

Kertas soalan ini terdiri daripada 17 halaman bercetak. © JPN SABAH 2008

SULIT*

2

Soalan-soalan 1 hingga 3 berdasarkan petikan di bawah ini. Tentu ramai yang bersetuju apabila Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan menyatakan bahawa orang ramai semakin melupai permainanpermainan tradisional. Benarkah kanak-kanak era IT tidak tahu lagi bermain congkak, gasing, guli, teng-teng, layang-layang, dan banyak lagi permainan kesukaan ayah dan datuk mereka ketika kecil dahulu? Dalam hal ini, usaha untuk mempopularkan dan menghidupkan permainanpermainan tradisional berkenaan perlu digiatkan semula. Kita bimbang sekiranya tidak ada pihak yang mengambil berat fenomena ini, tidak lama lagi permainanpermainan tradisional tersebut akan pupus di muka bumi. Hal ini tentu menyedihkan. Membudayakan permainan tradisional seumpama congkak, gasing dan yang lainnya bukanlah satu kerja mudah. Zaman sudah berubah dan masa telah berlalu. Permainan-permainan tradisional tersebut seolah-olah sudah tidak relevan dengan keadaan sekarang. Kekurangan ruang di rumah pangsa atau pangsapuri tidak memungkinkan permainan gasing, guli dan lebih-lebih lagi layang-layang dilaksanakan. Congkak, teng-teng, dan batu seremban mungkin boleh dilakukan di dalam rumah kerana permainan ini tidak memerlukan ruang yang luas. Masalahnya sekarang ialah bagaimana alat permainan ini dapat diperoleh dengan mudah. Alat ini kini hanya mudah diperoleh di kedai-kedai antik atau di tempat-tempat pelancongan dan harganya di luar kemampuan orang biasa. Mereka yang mampu membeli peralatan permainan congkak lebih suka menjadikannya sebagai perhiasan dan bukannya permainan. Perkara yang lebih penting difikirkan ialah permainan-permainan tradisional ini tidak mempunyai nilai komersil. Ketika orang ramai berebut mementingkan nilainilai kebendaan, perkara yang tidak mendatangkan nilai wang ringgit tentunya akan diketepikan. Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan wajar mengatur program untuk mengkomersilkan permainan-permainan tradisional tersebut. Tanpa menyuntik nilai komersil pada gasing, congkak, dan sebagainya, masyarakat akan lebih tertarik untuk bermain komputer dan pelbagai permainan moden lain yang lebih menarik dan mencabar minda. Ketika negara mencanangkan arus kemajuan IT, sentimental terhadap permainan tradisional ini dengan sendirinya boleh mati. Oleh itu,usaha yang lebih serius diperlukan untuk mempopularkan permainan ini. (Dipetik dan diubah suai daripada Minda, September 2001) 1 Apakah kesan sekiranya tidak ada pihak yang mengambil berat untuk menghidupkan permainan tradisional? A B C D Khazanah tradisi Melayu akan pupus. Industri membuat congkak akan mengalami kerugian. Orang-orang tua kehilangan nostalgia masa lampau mereka. Permainan ini tidak dapat diperkenalkan di peringkat antarabangsa.

STPM 910/1 *Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat.

[LIHAT SEBELAH]

SULIT*

3

2 Berikut merupakan faktor-faktor yang menyukarkan usaha membudayakan permainan tradisional kecuali A B C D zaman telah berubah. kekurangan tempat bermain. harganya di luar kemampuan orang biasa. alat permainan itu tidak dapat diperolehN dengan mudah.

3 Langkah terbaik yang boleh dilakukan oleh Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan untuk mengelakkan kepupusan permainanpermainan tradisional ini adalah dengan A B C D menggalakkan permainan-permainan itu dipertandingkan. mewajibkan permainan-permainan tersebut di sekolah-sekolah. mengatur program untuk mengkomersilkan permainan-permainan tersebut. membuka kedai-kedai menjual barangan tersebut di tempat-tempat pelancongan.

Soalan-soalan 4 hingga 6 berdasarkan carta di bawah ini.

PERNIAGAAN SRI IMPIAN Syarikat Ceria Syarikat Cendana

Keluaran

Keluaran

Roti Susu

Biskut

Gula

Pekerja

Plastik Kertas Alat-alat Cetak

Eksport

Bunei

Thailand

Indonesia

Hong Kong

STPM 910/1 *Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat.

[LIHAT SEBELAH]

SULIT*

4

4

Antara yang berikut, yang manakah benar tentang Syarikat Ceria? A B C D Anak Syarikat Cendana. Hasil eksportnya ialah kertas. Tenaga buruhnya adalah daripada Syarikat Cendana. Hasil pengeluarannya dieksport ke semua negara Asia Tenggara.

5

Perniagaan Sri Impian ialah syarikat perniagaan yang menghasilkan barangbarang A B C D industri berat. barangan elektrik. barang-barang keperluan harian. barang makanan dan keperluan syarikat.

6

Persamaan antara Syarikat Ceria dengan Syarikat Cendana ialah I II III IV A B C D menghasilkan barangan yang sama. anak syarikat Perniagaan Sri Impian. mempunyai kakitangan yang berbeza mengikut kemahirannya. hasil keluarannya dieksport ke beberapa buah negara di Asia Tenggara. I dan II I dan III II dan IV III dan IV

Soalan-soalan 7 hingga 10 berdasarkan petikan di bawah ini. Masalah disiplin dan gejala negatif di sekolah banyak diperkatakan oleh masyarakat Malaysia. Walaupun pelbagai langkah dan strategi telah diambil oleh pihak yang bertanggungjawab tetapi masalah tersebut semakin berleluasa dan membimbangkan pelbagai pihak terutama kerajaan. Kementerian Pendidikan Malaysia pada hujung tahun 2003 mengenal pasti 76,300 pelajar atau 1.09 peratus daripada tujuh juta pelajar di negara ini terbabit dengan masalah disiplin. Tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa setiap negeri mempunyai pelajar sekolah yang bermasalah dan memerlukan perhatian semua pihak. Kegiatan pelajar sekolah menengah dalam aktiviti kongsi gelap, lumba motosikal haram, peras ugut, rogol, mencuri, dan membunuh telah banyak dilaporkan oleh pihak polis melalui media massa. Pendek kata, bukan sahaja pelajar sekolah sudah berani melanggar peraturan sekolah malah undang-undang negara. Dalam setahun, banyak pelajar sekolah menengah dibuang sekolah kerana melibatkan diri dalam kegiatan salah laku dan samseng. Kumpulan samseng yang membabitkan pelajar sekolah dibahagikan kepada tiga kategori, iaitu kongsi gelap, kumpulan samseng dan kumpulan pelajar nakal di sekolah.

STPM 910/1 *Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat.

[LIHAT SEBELAH]

SULIT*

5

Kongsi gelap ialah organisasi yang dianggotai oleh ahli yang mempunyai kecenderungan melakukan pelbagai salah laku yang terikat oleh ‘peraturan dan undang-undang’ tersendiri serta mengamalkan upacara angkat sumpah. Kumpulan samseng pula terdiri daripada individu yang bergabung untuk tujuan jenayah. Kumpulan pelajar nakal di sekolah ialah mereka yang bermasalah dan sering melakukan modus operandi pelbagai salah laku berunsur kongsi gelap atau meniru perbuatan sedemikian. (Dipetik dan diubahsuaikan daripada Dewan Masyarakat, Januari 2004) 7 Mesej yang hendak disampaikan oleh penulis dalam petikan di atas ialah A B C D 8 kumpulan pelajar nakal di sekolah. peraturan dan undang-undang di sekolah. masalah disiplin dan gejala negatif di sekolah. kegiatan lumba haram dalam kalangan pelajar.

Kegiatan salah laku pelajar berdasarkan petikan di atas dapat dikategorikan sebagai A B C D kes juvana. kes samseng. kes jenayah sivil. kes kongsi gelap.

9

Masalah disiplin dan gejala negatif di sekolah, boleh dirumuskan sebagai A B C D masalah kongsi gelap di sekolah tidak membimbangkan. masalah pelajar di sekolah memerlukan perhatian semua pihak. sekolah perlu dipersalahkan berhubung dengan masalah disiplin sekolah. pelajar sekolah melanggar peraturan kerana undang-undang sekolah terlalu longgar.

10

Keterangan yang tidak benar tentang kongsi gelap ialah A B C D mengamalkan upacara sumpah. kongsi gelap merupakan aktiviti kenakalan pelajar di sekolah. melibatkan aktiviti-aktiviti jenayah di dalam dan luar sekolah. organisasi yang mempunyai peraturan dan undang-undang tersendiri.

11

Berikut merupakan bahasa-bahasa di Kepulauan Austronesia Bahagian Timur yang disebut sebagai bahasa-bahasa Pasifik, kecuali A B C D Bahasa-bahasa Farmosa Bahasa-bahasa Polinesia Bahasa-bahasa Melanesia Bahasa-bahasa Mikronesia

STPM 910/1 *Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat.

[LIHAT SEBELAH]

SULIT*

6

12

Antara batu bersurat yang berikut, yang manakah tidak menggambarkan penggunaan bahasa Melayu pada abad ke-7? A B C D Minye Tujuh Karang Brahi Talang Tuwo Kota Kapur

13

Antara yang berikut, yang manakah ciri bahasa Melayu Klasik? I II III IV A B C D Menggunakan tulisan kawi Sering menggunakan bahasa dalam Sering menggunakan ayat songsang Banyak menggunakan ayat aktif berbanding ayat pasif I dan II I dan IV II dan III III dan IV

14

Antara yang berikut, yang manakah bukti yang menunjukkan bahawa kedudukan bahasa Melayu bertambah kukuh dan penting pada zaman kerajaan Acheh? I II III IV A B C D Catatan pedagang Eropah tentang bahasa Melayu. Surat-surat Sultan Acheh kepada pemerintah Inggeris. Karya-karya sastera Islam ditulis dalam bahasa Melayu. Penggunaan kata pinjaman bahasa Jawa dalam bahasa Melayu. I , II, dan III I, II, dan IV I, III ,dan IV II, II,I dan IV

15

Penggunaan kata-kata seperti bicara, sutera, dahaga, seroja, asmara dan purnama dalam bahasa Melayu menunjukkan bahawa bahasa itu dipengaruhi oleh… A B C D bahasa Arab bahasa Belanda bahasa Portugis bahasa Sanskrit

STPM 910/1 *Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat.

[LIHAT SEBELAH]

SULIT*

7

16

Usaha-usaha kodifikasi dalam perancangan bahasa melibatkan… I II III IV A B C D penyeragaman tatabahasa penciptaan istilah teknikal pemilihan variasi yang standard penyeragaman semula perancangan I dan II I dan IV II dan III III dan IV

17

Penyataan yang benar tentang bahasa Melayu moden ialah ...... I II III IV A B C D menunjukkan kesinambungan daripada bahasa Melayu Klasik. menjadikan bahasa Inggeris sebagai asas pemodenan. mengalami perancangan dari segi fungsi. lebih bertumpu pada peminjaman daripada bahasa serumpun. I dan II I dan III II dan IV III dan IV

18

Tujuan penubuhan Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 1956 ialah… I II III IV A B C D menyelaraskan ejaan menerbitkan risalah swasta menyusun dan menerbitkan kamus memaju dan memperkaya bahasa kebangsaan I dan II I dan IV II dan III III dan IV

19

Pilih ayat-ayat di bawah ini yang menepati penggunaan bahasa halus. I II III IV . A B C D Orang rumah Encik Salim bekerja sebagai pengurus di Syarikat Maju. Mak Som telah menghembuskan nafas yang terakhir petang semalam. Patik memohon limpah perkenan Tuanku bagi merasmikan majlis ini. Pak Samad selalu membuta pada waktu tengah hari selepas penat bekerja di ladang. I dan II I dan IV II dan III III dan IV

STPM 910/1 *Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat.

[LIHAT SEBELAH]

SULIT*

8

20 • Mempunyai istilah khusus • Disampaikan secara objektif • Memperlihatkan kematangan dan keintelektualan

Ciri-ciri di atas memperlihatkan laras bahasa… A B C D 21 Pelajar-pelajar seharusnya menunjukkan sikap rajin berusaha dan bertanggungjawab untuk mencapai kejayaan yang cemerlang. Kejayaan yang dicapai oleh anak-anak merupakan hadiah yang tidak ternilai kepada ibu bapa. akademik perundangan media massa kesusasteraan

Petikan di atas memperlihatkan retorik… A B C D 22 pemerian pemujukan pendedahan penghujahan

Pilih laras iklan daripada contoh-contoh ayat seperti yang berikut. A B C D Internet, sumber maklumat yang tiada batas sempadan. ASTRO mendapat sambutan hangat daripada orang ramai. Mesin pengira ini dapat menyelesaikan kerumitan kira anda. Tidak merugikan, teknologi terkini yang menemukan anda dengan dunia luar.

23

Pilih padanan yang betul tentang rujukan hormat seperti yang berikut.

Orang yang disapa A B C D Ketua Mufti Toh Puan Ketua Hakim Negara

Rujukan hormat Jabatan Yang Mulia Yang Berusaha Yang Berhormat Yang Amat Arif

STPM 910/1 *Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat.

[LIHAT SEBELAH]

SULIT*

9

24

Pilih penyataan yang betul tentang kajian fonetik . I II III IV A B C D Menumpukan kajian terhadap bunyi daripada sudut akustik. Bertujuan untuk menentukan lambang sesuatu bunyi. Mengenal pasti fon-fon bagi sesuatu bunyi dalam sesuatu bahasa. Bermatlamat untuk menentukan sistem ejaan bagi sesuatu bahasa. I dan II II dan III III dan IV I dan IV

25

Di manakah kedudukan konsonan [w] dalam cara sebutan dan daerah sebutan yang berikut? Cara sebutan Bibir Letupan Getaran Separuh vokal Gusi Daerah sebutan Lelangit keras

Lelangit lembut

B A C D

26

Pilih pasangan perkataan yang kesemuanya mempunyai konsonan pinjaman. A B C D fasih, pantas zuriat, takbir tarikh, isyarat azimat, mengaji

27

Bunyi yang terhasil dengan menyebut vokal depan luas dan digeluncurkan ke arah vokal belakang sempit terdapat dalam perkataan A B C D kaloi amboi taulan permai

28

Antara yang berikut, yang manakah prinsip yang digunakan dalam menentukan keselarasan vokal ? I II III IV Kata dasar berakhir dengan suku kata terbuka. Kata dasar berakhir dengan suku kata tertutup. Keselarasan hanya melibatkan dua huruf vokal pada kata dasar. Bagi kata dasar yang lebih daripada dua suku kata, keselarasan hanya melibatkan dua suku kata akhir. I dan II I dan III II dan IV III dan IV
[LIHAT SEBELAH]

A B C D

STPM 910/1 *Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat.

SULIT*

10

29 • • Berfungsi menampan aliran udara. Tidak bergerak sewaktu penghasilan bunyi bahasa

Organ pertuturan yang dikaitkan dengan maklumat di atas ialah A B C D 30 • • Bunyi ini terhasil apabila tengah lidah dirapatkan pada lelangit keras. Lelangit lembut yang diturunkan membenarkan udara keluar melalui rongga hidung. gusi gigi bibir lelangit keras

Bunyi yang terhasil dengan cara di atas ialah A B C D 31 angsa kenal garam tanya

Pilih pasangan perkataan yang kesemuanya mempunyai vokal depan separuh sempit. A B C D ikan - pahit emas - perut ukur - dusun tauge - petak

32

Pilih kata majmuk yang dieja dengan betul. I II III IV A B C D aku-janji semulajadi pesuruhjaya mata pelajaran I dan II I dan IV II dan III III dan IV

STPM 910/1 *Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat.

[LIHAT SEBELAH]

SULIT*

11

33

Pilih ayat-ayat yang mempunyai ejaan yang salah? I II III IV A B C D Dia mendapat tempat ke tiga dalam pertandingan itu. Kita perlu mengkaji latar belakangnya sebelum bertindak. Pihak yang antikerajaan harus disedarkan secara berkesan. Campurtangan politik menyulitkan penyelesaian masalah itu. I dan II I dan IV II dan III III dan IV

34

Pada ayat yang manakah yang terdapat penggunaan kata hubung pancangan komplemen? A B C D Rahmat amat rajin tetapi adiknya pemalas. Adiknya yang bongsu datang ke rumah saya. Dia memberitahu saya bahawa perkara itu adalah fitnah. Najihah membaca buku sementara menanti kedatangan ayahnya.

35

Antara yang berikut, ayat yang manakah mengandungi kata berapitan meN…-kan yang membawa makna kausatif? I II III IV Salmah memasakkan tetamunya makanan yang istimewa. Datuk menceritakan pengalaman hidupnya semasa pemerintahan Jepun. Penduduk kampung membersihkan kawasan kediaman mereka secara bergotong-royong. Ketua pengawas menaikkan bendera kebangsaan apabila “Lagu Negaraku” dinyanyikan. I dan II I dan IV II dan III III dan IV

A B C D 36

Pilih ayat yang mengandungi imbuhan memper-…-kan yang betul? A B C D Ibu memperisterikan anak terunanya yang baru pulang dari luar negara. Pekerja itu mempercepatkan kerjanya supaya dia dibenarkan pulang awal. Usaha memperkembangkan penggunaan bahasa Melayu di rantau Asia Tenggara perlu digiatusahakan. Majlis Bandaran Alor Gajah telah memperindahkan kawasan itu sempena lawatan Ketua Menteri Melaka.

STPM 910/1 *Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat.

[LIHAT SEBELAH]

SULIT*

12

37

Yang manakah antara ayat yang berikut menggunakan kata sendi nama dengan betul? I II III IV A B C D Lokman menerima surat dari Sabah. Wai Leng menerima hadiah daripada ibunya. Kumathi menghempaskan bukunya pada meja. Ajay Singh menyerahkan wang itu pada ayahnya. I dan II I dan III II dan IV III dan IV

38

Antara yang berikut, ayat yang manakah mengandungi penggunaan kata sendi daripada yang betul? I II III IV A B C D Syarifah lebih tinggi daripada kakaknya. Serangan itu datang daripada dalam dan luar kota Rumah barunya itu diperbuat daripada batu yang diimport. Hamdan belajar daripada pukul sembilan hingga pukul dua belas. I dan II I dan III II dan IV II dan IV

39

Yang manakah antara ayat yang berikut mengandungi unsur partikel? I Adakah pemberian ini ikhlas? II Pasangan kekasih itu berlari-larian di tepi pantai. III Mengada-ada sungguh dia, apatah lagi kalau emaknya ada. IV Kami akan tetap berjuang biarpun nyawa menjadi taruhannya. A B C D I dan II I dan III II dan IV III dan IV

40 Kebanyakan siswazah yang telah menamatkan pengajian mereka mahu bekerja sendiri. Kedua-dua kata yang berhuruf condong di atas termasuk dalam golongan ….. A B C D kata bantu kata pemeri kata penguat kata sendi nama

STPM 910/1 *Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat.

[LIHAT SEBELAH]

SULIT*

13

41

Pilih ayat yang menggunakan kata kerja tak transitif tanpa pelengkap dengan betul. I II III IV A B C D Banjir besar itu beransur surut. Kami tidur berbantalkan lengan. Padi sedang menguning di sawah. Pemuda itu sedang tersenyum seorang diri. I dan II I dan III II dan IV III dan IV

42

Antara yang berikut ayat majmuk pasif yang manakah betul binaannya? A B C D Budak kecil itu kena marah. Baju dan seluar itu belum berbasuh. Barang itu sudah Ali ambil semalam. Baju Maimon gosok sementara lauk dimasak oleh Leha.

43

Antara ayat berikut, yang manakah merupakan ayat tunggal? I II III IV A B C D Mereka menonton wayang yang mendapat sambutan orang ramai. Jangan dibiarkan anak-anak berseorangan pada waktu malam. Orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa. Anaknya itu pulang ke kampung berhari raya. I dan II I dan III II dan IV III dan IV

44

Antara frasa sendi nama dalam ayat berikut yang manakah betul penggunaannya? I II III IV A B C D Hamid telah gagal dalam peperiksaan sebab dia tidak berusaha. Rumah saya terletak di antara rumah Zaleha dan rumah Ahmad. Perselisihan di antara kedua-dua negara itu masih belum tamat. Tetamu jemputan telah masuk di dalam dewan. I dan II I dan IV II dan III III dan IV

STPM 910/1 *Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat.

[LIHAT SEBELAH]

SULIT*

14

45

Antara yang berikut, yang manakah ayat yang mengandungi predikat nama terbitan? A B C D Cerita pemuda itu rekaan semata-mata. Perlanggaran itu mengorbankan dua nyawa. Pertandingan itu bermula pada pukul lapan pagi. Bahasa Malaysia ialah bahasa kebangsaan negara kita.

46 Sejak lebih lima puluh tahun lalu, rakyat negara ini telah mengecapi nikmat kemerdekaan. Unsur keterangan predikat bagi ayat di atas ialah A B C D 47 rakyat negara ini nikmat kemerdekaan sejak lebih lima puluh tahun lalu rakyat negara ini telah mengecapi

Antara yang berikut, ayat manakah yang gramatis? I II III IV A B C D Keputusan sebulat suara telah dibuat di dalam mesyuarat itu. Mereka membincangkan tentang perkara itu dengan teliti. Beliau mempelajari hal itu daripada pengalamannya. Dia mengalihkan pandangannya ke arah kakak saya. I dan II I dan III II dan IV III dan IV

48

Antara ayat berikut, ayat manakah yang mengalami pengguguran frasa nama? A B C D Bendera Malaysia dan lagu kebangsaan lambang negara. Pusat beli-belah dan taman permainan jauh dari sini. Kesopanan dan budi bahasa sangat mulia. Dia dan isterinya masih di kampung.

49

Daripada ayat-ayat berikut, pilih ayat tanya tertutup. I II III IV A B C D Adakah awak anak pelakon terkenal itu? Bilakah bapa kamu pulang dari Jepun? Ibu kamu seorang guru? Di manakah kamu tinggal? I dan II I dan III II dan IV III dan IV

STPM 910/1 *Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat.

[LIHAT SEBELAH]

SULIT*

15

50

Pilih ayat yang menggunakan frasa kerja dengan unsur keterangan cara. A B C D Penceramah motivasi itu sedang berbicara tentang cara-cara untuk mengurus masa. Saiful sedang melukis gambar pemandangan di tepi sawah. Azman menangkap ikan dengan menggunakan pukat. Ziela pergi melancong ke Indonesia bersama suaminya

51

Pilih ayat aktif transitif yang betul. I II III IV Salmah menghadiahi ibu sepasang baju kebaya. Datuk melarang kami daripada mendekati kawasan bekas lombong itu. Para pengguna digalakkan membeli barang buatan Malaysia oleh kerajaan. Pihak polis berjaya menumpaskan kegiatan lumba haram di kawasan tersebut. I dan II I dan III II dan IV III dan IV

A B C D 52

Pilih ayat yang mengandung frasa adjektif yang menerima kata penguat bebas. A B C D Rumah Nurliza cantik sekali. Air yang dibuatnya agak manis. Kanak-kanak itu sangat berani. Faizal merupakan pelajar yang paling pintar di kelasnya.

53

Antara yang berikut, yang manakah ayat pasif yang betul binaannya? I II III IV A B Makanan ini belum kumakan. Keputusan ini akan saya umumkan dengan segera. Maklumat yang disampaikan oleh kami adalah benar. Kenderaan yang mereka tumpangi baru sahaja berlepas. I dan II I dan IV C D II dan III III dan IV

54 Burung merpati itu hinggap di dahan pokok bunga raya.

Frasa yang bergaris dalam ayat di atas ialah A B C D Kata kerja transitif aktif Kata kerja tak transitif Kata kerja pasif Kata hubung

STPM 910/1 *Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat.

[LIHAT SEBELAH]

SULIT*

16

55

Antara yang berikut, yang manakah ayat majmuk pancangan keterangan? I II III IV A B C D Sesetengah pihak berpendapat bahawa kawasan itu tidak selamat untuk didiami. Pelajar-pelajar digalakkan untuk beriadah agar dapat menenangkan fikiran. Para penonton terpegun ketika melihat persembahan teater itu. Zali bijak dan berdisiplin orangnya. I dan II I dan IV II dan III III dan IV

56

Pilih ayat yang mempunyai objek sipi. A B C D Baginda menganugerahkan bintang kehormatan kepada pahlawan itu. Penjaja itu menjual barangan seludup. Dia menganggap saya lawannya. Ibu menghadiahi kakak rantai.

57

Antara yang berikut, yang manakah contoh kiasan melompat? I II III IV A B C D Kaki botol Kaki seluar Menjahit baju Tubuh membadak I dan II I dan IV II dan III III dan IV

58 Pelekat = Kain sarung = Gam Pedal = Pengayuh = Organ pada burung

Berdasarkan pernyataan di atas, perkataan pelekat dan pedal ialah contoh A B C D antonim sinonim hiponim homograf

STPM 910/1 *Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat.

[LIHAT SEBELAH]

SULIT*

17

59 Jenis peribahasa Pepatah Bidalan Simpulan bahasa Perumpamaan Contoh Jangan digenggam bara api, terasa hangat dilepaskan Bak manik putus tali Buaya darat Zaman beralih, musim bertukar

I II III IV

P Q R S

Pilih padanan yang betul antara jenis peribahasa di atas dengan contohnya. I Q S Q S II S P S P III R Q P R IV P R R Q

A B C D

60

Antara yang berikut, yang manakah penyataan yang betul tentang homonim? A B C D Mempunyai makna yang sama. Mempunyai makna yang berbeza. Mempunyai kesamaan ejaan tetapi berbeza makna. Mempunyai kesamaan bunyi dan ejaan tetapi berbeza makna.

STPM 910/1 *Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat.

[LIHAT SEBELAH]

SULIT*

18

Jawapan Set 2 1 A 2 B 3 C 4 C 5 D 6 C 7 C 8 D 9 B 10 C 11 B 12 A 13 C 14 C 15 D 16 B 17 B 18 B 19 A 20 A 21 B 22 D 23 D 24 B 25 A 26 C 27 C 28 B 29 B 30 A 31 D 32 D 33 B 34 C 35 D 36 A 37 A 38 B 39 B 40 A 41 D 42 B 43 C 44 A 45 A 46 C 47 D 48 A 49 B

50 51 52 53 54 55 56 57 58 59 60

C A C A B C D C D D D