SULIT

*

942/1

STPM 2008 GEOGRAFI KERTAS 1 ALAM SEKITAR FIZIKAL
(Tiga jam)

PEPERIKSAAN EXCEL JABATAN PELAJARAN SABAH

SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA

Arahan kepada calon: Jawab empat soalan. Markah kepujian akan diberikan kepada anda sekiranya anda menggunakan peta-peta lakar dan gambar-gambar rajah yang sesuai. Markah kepujian akan diberikan juga untuk contoh-contoh yang khusus dan teliti yang dikaji melalui kajian luar dan kajian tempatan yang dibuat sendiri. Semua penghitungan hendaklah diserahkan bersama dengan jawapan anda. Markah untuk tiap-tiap soalan diberikan dalam tanda kurung []. Sekiranya bahan-bahan yang perlu diperiksa dibuat pada peta-peta rangka dunia, helaian itu hendaklah dipisahkan daripada kertas soalan dan diserahkan bersama dengan jawapan anda.

________________________________________________________________________ © Jabatan Pelajaran Sabah STPM 942/1 Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. [Lihat sebelah SULIT*

SULIT*

2

1. a) Apakah yang dimaksudkan dengan putaran bumi? b) Huraikan empat fenomena yang berlaku hasil putaran bumi

[5] [8]

c) Terangkan bagaimana manusia boleh menjana haba daripada sumber-sumber semula jadi. [12]

2. a) Apakah yang dimaksudkan dengan tenaga endogenik?

[5]

b) Huraikan tiga proses endogenik yang mewujudkan pelbagai bentuk muka bumi. [10] c) Jelaskan tiga pengaruh bentuk muka bumi hasil proses endogenik terhadap aktiviti manusia. [10]

3. a) Nyatakan tiga perbezaan antara kesotan tanih dengan gelongsoran tanih.

[6]

b) Huraikan empat faktor fizikal yang mempengaruhi proses pergerakan jisim. [9] c) Terangkan tiga aktiviti manusia yang boleh menyebabkan berlakunya pergerakan jisim? ATAU a) Apakah yang dimaksudkan dengan arus pesisir pantai? b) Jelaskan lima faktor fizikal yang mempengaruhi proses geomorfologi di pinggir pantai. [5]

[10]

[10]

c) Huraikan lima aktiviti manusia yang boleh menyebabkan kemerosotan persekitaran pinggir pantai. [10]

4. Peta 1 menunjukkan taburan tekanan udara di Asia dalam unit milibar (mb). a) Dengan menggunakan Peta 1, plotkan isobar untuk menunjukkan taburan tekanan udara di Asia. [10] b) Huraikan bagaimana perbezaan tekanan udara mempengaruhi kejadian bayu darat dan bayu laut. [9] c) Nyatakan pengaruh bayu terhadap kehidupan manusia. [6]

SULIT*

3

5. a) Bagaimana proses penipisan ozon berlaku di ruang stratosfera. b) Huraikan empat punca yang menyebabkan penipisan lapisan ozon. c) Jelaskan enam kesan penipisan lapisan ozon terhadap alam sekitar.

[5] [8] [12]

6. a) Apakah yang dimaksudkan dengan infiltrasi? b) Huraikan lima faktor yang mempengaruhi kapasiti infiltrasi.

[5] [10]

c) Jelaskan lima aktiviti manusia yang boleh mempengaruhi kadar infiltrasi tanah. [10]

7. a) Apakah yang dimaksudkan dengan autotrof? b) Huraikan proses aliran tenaga dalam siratan makanan bagi ekosistem tasik. c) Jelaskan lima aktiviti manusia yang boleh mengganggu ekosistem tasik.

[5] [10] [10]

8. Berdasarkan kajian luar yang anda jalankan di sebuah kawasan tanah tinggi, a) Nyatakan salah satu proses geomorfologi yang berlaku di kawasan tersebut dan jelaskan maksudnya. b) Huraikan empat kepentingan kawasan tanah tinggi tersebut terhadap alam sekitar.

[5]

[8]

c) Terangkan tiga masalah alam sekitar fizikal yang wujud akibat pembangunan yang pesat di tanah tinggi tersebut. [6] d) Jelaskan tiga langkah untuk mengatasi masalah alam sekitar tersebut. [6]

4 Peta 1 untuk Soalan 4

5

SKEMA ALAM SEKITAR FIZIKAL (SET 2) 1. a) Apakah yang dimaksudkan dengan putaran bumi? [5] b) Huraikan empat fenomena yang berlaku hasil putaran bumi [8] c) Terangkan bagaimana manusia boleh menjana haba daripada sumber-sumber semula jadi. [12]

a) Putaran bumi merujuk kepada bumi yang berputar di atas paksinya yang condong pada sudut 23½ º pada satah tengah dari barat ke timur.

b) b1 Kejadian siang dan malam b2 Kejadian pasang surut air laut b3 Biasan angindan arus lautan b4 Perbezaan zon waktu 4 X2 = 8m c) c1 Tenaga haba daripada matahari Panel-panel atau sel diperbuat daripada besi, aluminium dll, dipasang di kawasan lapang / bumbung rumah c2 Bahan api fosil Pembakaran arang batu, petroleum dan gas asli c3 Tenaga haba daripada angina Kincir-kincir angin dipasang untuk menggerakkan air bawah tanah untuk minuman ternakan c4 Air sungai Pembinaan empangan untuk menggerakkan turbin – tenaga elektrik c5 Tenaga ombak / pasang surut Menggerakkan duck- menghasilkan elektrik c6 Tenaga geotermal Tenaga air panas menghasilkan tekanan wap untuk menggerakkan turbin c7 Tenaga biojisim – pemnbakaran bahan-bahan organik dalam insinerator c8 Lain-lain mineral yang boleh menghasilkan haba mana-mana 6 X 2 = 12m

1

2. a) Apakah yang dimaksudkan dengan tenaga endogenik? [5] b) Huraikan tiga proses endogenik yang mewujudkan pelbagai bentuk muka bumi. [10] c) Jelaskan tiga pengaruh bentuk muka bumi hasil proses endogenik terhadap aktiviti manusia. [10] a) Tenaga endogenik adalah proses dalaman iaitu pergerakan bumi relatif menghasilkan aliran haba dan material / bahan di sub permukaan / dari bawah kerak bumi digerakkan oleh reputan radioaktif dan radiogenik.

b) b1. Letusan gunung berapi - terbentuk apabila magma melalui percampuran bahan kimia galian silica pada suhu yang tinggi. Magma mengandungi bahan dalam bentuk pepejal , cecair dan gas. Suhu dan tekanan yang tinggi menyebabkan sebahagian daripada magma mengalir ke permukaan bumi sebagai lava (terobosan) dan sebahagiannya membeku di dalam rekahan (rejahan)di bawah permukaan bumi.

b2. Pembentukan gunung lipat - berlaku apabila strata rata yang berlapis terdedah kepada tekanan himpitan dan mampatan. Proses ini menghasilkan bongkah antiklin ( ke atas)an bongkah sinklin (ke bawah). b3. Pembentukan lurah gelinciran - apabila strata batuan mengalami regangan di luar keupayaan untuk kekal sebagai satu unit blok dan tergelincir di antara satu sama lain.Di zon gelinciran ini kerap kali berlaku gempa bumi dll. 3 x 3 + 1 = 10m c. c1 Sistem gunung lipat/ banjaran gunung membentuk legeh sesuatu lembangan sungai dan menjadi kawasan tadahan/ tujuan domestik/ pelancongan/ pertanian tanah tinggi, cth : Banjaran Titiwangsa c2 Krater / tasik kawah - merupakan lekukan tasik akibat letusan gunung berapi sesuai untuk pelancongan, perikanan cth : Danau Toba Indonesia c3 Lava bes (terobosan) - sesuai untuk pertanian cth: Pulau Jawa c4 Lurah gelinciran - memajukan industri pelancongan cth: Lurah Gelinciran Afrika Timur c5 Geiser - tenaga terma / pelancongan mana-mana 3 x 3 + 1 = 10 m

2

3. a) Nyatakan tiga perbezaan antara kesotan tanih dengan gelongsoran tanih. [6] b) Huraikan empat faktor fizikal yang mempengaruhi proses pergerakan jisim. [9] c) Terangkan tiga aktiviti manusia yang boleh menyebabkan berlakunya pergerakan jisim? [10]

Perbezaan a1 Kawasan a2 Kadar pergerakan a3 Kesan

Kesotan tanih Cerun yang landai Sangat perlahan Objek seperti tiang elektrik dan pagar menjadi condong

Gelongsoran tanih Cerun yang curam Cepat Tanah @ batuan runtuh dikaki ceru 3 X 2 = 6m

b) b1 Kecerunan b2 Jenis batuan b3 Hujan b4 Litupan tumbuh-tumbuhan b5 Gegaran mana-mana 4 X2 + 1 = 9m

c) c1 Pertanian / pertanian pindah di cerun bukit. Tumbuhan litupan bumi ditebang, dibakar menyebabkan kurang cengkaman akar. c2 Penternakan - berlaku ragutan berlebihan c3 Perlombongan / kuari di cerun bukit c4 Pembinaan jalan raya – peneresandan pemotongan bukit c5 Pembinaan petempatan di kawasan tanah tinggi / cerun bukit c6 Pembalakan di kawasan cerun bukit / tanah tinggi c7 Lain-lain kegiatan mana-mana 3 X 3 + 1 = 10m

3

ATAU a) Apakah yang dimaksudkan dengan arus pesisir pantai? [5] b) Jelaskan lima faktor fizikal yang mempengaruhi proses geomorfologi di pinggir pantai. [10] c) Huraikan lima aktiviti manusia yang boleh menyebabkan kemerosotan persekitaran pinggir pantai. [10]

a) Arus pesisir pantai merujuk kepada arus yang bergerak selari dengan garis pantai mengikut arah tiupan angin lazim yang membawa muatan ke pantai dengan keadaan sudut serong manakala lurutannya berkeadaan sudut tepat dengan garis pantai.

b) b1 Faktor jenis ombak – ombak pembina menimbum pasir, ombak pembinasa membawa keluar pasir, kelikir dll. b2 Keadaan cerun pantai – curam atau landai b3 Bahan pantai (pasir, kelikir, batu lada dan kelodak) b4 Arah kedatangan ombak – menyerong atau bersudut tepat dengan pantai b5 Orientasi pantai sama ada terlindung atau terdedah b6 Bekalan bahan mendak – kalau kurang bekalan akan berlaku hakisan, kalau bekalan sentiasa ada atau berlebihan – pemendapan berlaku. (dipengarui oleh arus pesisir b7 Litupan tumbuhan (paya bakau) mana-mana 5 X 2 =10m

c) c1 Pembinaan benteng, cerucuk, pemecah ombak dll – pemendapan pinggir pantai (mungkin dimendapkan di kawasan yang tidak sesuai) c2 Perlombongan pasir / pengorekan pasir – hakisan pinggir pantai, c3 Penebangan hutan bakau – hakisan pinggir pantai c4 Aktiviti pelancongan – pemcemaran sampah sarap c5 Pembuangan sisa minyak, kimia dll oleh kegiatan industri perkilangan c6 Penambakan dan pembangunan – kemusnahan ekosistem laut mana-mana 5 X 2 = 10m

4

4. Peta 1 menunjukkan taburan tekanan udara di Asia dalam unit milibar (mb). a) Dengan menggunakan Peta 1, plotkan isobar untuk menunjukkan taburan tekanan udara di Asia. [10] b) Huraikan bagaimana perbezaan tekanan udara mempengaruhi kejadian bayu darat dan bayu laut. [9] c) Nyatakan pengaruh bayu terhadap kehidupan manusia. [6] a)

a1 Tajuk a2 Petunjuk a3 Memilih sela kelas yang sesuai Kurang tepat / sesuai – 1 m a4 Menyambungkan garisan senilai secara interpolasi dengan tepat

1 1 2

6 X1

5

b) Kenal pasti masa berlaku – bayu laut (siang) dan bayu darat (malam) 1m b1 Bayu laut – kesan pemanasan matahari yang berbeza daratan (pepejal) lebih cepat panas berbanding lautan (cecair) - sel tekanan udara rendah wujud di daratan - sel tekanan udara tinggi wujud di lautan - wujud daya kecerunan tekanan udara di laut dan daratan menyebabkan udara bergerak dari laut ke daratan b2 Bayu darat – daratan lebih cepat sejuk berbanding lautan pada waktu malam - sel tekanan udara tinggi wujud di daratan - sel tekanan udara rendah wujud di lautan - wujudnya daya kecerunan tekanan udara di daratan dan laut menyebabkan udara bergerak dari daratan ke laut 2 bayu X 4m + 1m = 9m

c) c1 Kegiatan perikanan pinggir pantai c2 Meningkatkan aktiviti social dan rekreasi di pinggir pantai c3 Memajukan pelancongan di kawasan pinggir pantai kerana kelembapan udara dan penyederhanaan suhu oleh bayu laut c4 Menggalakkan industri desa seperti pengeringan ikan, sotong, membuat belacan, membuat tikar mengkuang, batik 3 x 2 = 6m

5. a) Bagaimana proses penipisan ozon berlaku di ruang stratosfera. b) Huraikan empat punca yang menyebabkan penipisan lapisan ozon. c) Jelaskan enam kesan penipisan lapisan ozon terhadap alam sekitar.

[5] [8] [12]

a) a1 Penggunaan gas CFC secara berlebihan a2 Gas CFC naik ke atmosfera bertindak balas dengan sinaran ultra ungu lalu terurai menjadi atom klorin a3 Atom-atom klorin bertindakbalas dengan molekul-molekul ozon menyebabkan molekul ozon terurai membentuk molekul oksigen dan atom oksigen a4 Atom oksigen bertindak balas dengan atom klorin menghasilkan klorin monoksida a5 Pengurangan molekul ozon berlaku 5 X 1 = 5m

6

b) b1 Industri yang membebaskan gas CFC seperti industri pencuci @ pelarut b2 Penggunaan baja nitrogen menghakis lapisan ozon b3 Kapal terbang supersonik membebaskan nitrogen oksida yang menipiskan lapisan ozon b4 Penggunaan alat pemadam api membebaskan gas halon yang menghakis lapisan ozon b5 CFC yang dibebaskan oleh penyembur aerosol, peti sejuk dan alat pendingin udara mempercepatkan proses penghakisan lapisan ozon mana-mana 4 X 2 = 8m

c) Kesan fizikal cf1 Sinaran ultra ungu yang berlebihan sampai ke permukaan bumi cf2 Peningkatan suhu secara globa cf3 Pencairan ais benua dan ais pergunungan tinggi cf4 Meningkatkan kadar luluhawa dan hakisan cf5 Mengubah tiupan angin cf6 Mengganggu keseimbangan kitar hidrologi cf7 Membantut pertumbuhan tumbuh-tumbuhan Kesan manusia cm1 Kancer kulit dan katarak mata cm2 Melemahkan imunisasi manusia cm3 Mengubah DNA manusia (sekurang-kurang satu kesan fizikal dan kesan manusia) 6 X 2 = 12m

6. a) Apakah yang dimaksudkan dengan infiltrasi? [5] b) Huraikan lima faktor yang mempengaruhi kapasiti infiltrasi. [10] c) Jelaskan lima aktiviti manusia yang boleh mempengaruhi kadar infiltrasi tanah. [10]

a) Proses / penyusupan atau penyerapan air secara menegak ke lapisan dalam tanih melalui liang-liang tanih hingga ke aras mata air / akuifer Atau formula: Infiltrasi = Jumlah kerpasan – sejahpeluhan + air larian permukaan

7

b) b1 Intensiti hujan b2 Struktur geologi permukaan b3 Litupan permukaan b4 Keporosan dan ketelapan b5 Sifat air perkolasi b6 Profil tanah

5 X 2m = 10m

c) Menambah kadar infiltrasi c1 Penggunaan baja organik c2 Membajak tanah c3 Sistem perparitan di kawasan tanah rata c4 Projek tanam semula hutan c5 Memelihara cacing tanah Mengurang kadar infiltrasi c6 Aktiviti penyahutanan c7 Pertambahan permukaan bertar dan konkrit c8 Tarahan cerun 5 X 2 = 10m

7. a) Apakah yang dimaksudkan dengan autotrof? b) Huraikan proses aliran tenaga dalam siratan makanan bagi ekosistem tasik. c) Jelaskan lima aktiviti manusia yang boleh mengganggu ekosistem tasik. a) Autotrof merujuk kepada segala jenis tumbuhan yang berupaya memproses makanan sendiri dengan bantuan cahaya matahari melalui proses fotosintesis

[5] [10] [10]

b) b1 Matahari – tenaga dipindahkan kepada tumbuhan untuk fotosintesis – disimpan dalam bentuk kabohaidrat, protien, lemak, dan asid tumbuhan b2 Pengguna primer memakan zooplankton dan cacing, tenaga digunakan untuk membiak dan bergerak b3 Pengguna sekunder mamakan daging sahaja seperti ikan kecil, tenaga digunakan untuk bergerak dan membiak b4 Pengguna tertiar memakan daging dan tumbuhan seperti ikan besar, tenaga digunakan untuk bergerak, membesar dan membiak b5 Pengurai yang terdiri daripada organisma mikro seperti bakteria, mengurai dan mereputkan haiwan dan tumbuh-tumbuhan yang telah mati, bahan yang reput itu boleh digunakan oleh tumbuhan sebagai baja dan nutrien 5 X 2 = 10m

8

c) c1 Pertanian – bahan kimia, racun makhluk perosak dan rumpai c2 Pelancongan – pembuangan bahan buangan c3 Perlombongan – minyak dan bahan mendak c4 Pengangkutan – minyak dan bunyi bising c5 Industri – sisa toksik c6 Ternakan – najis babi c7 Lain-lain – perikanan 5 X 2 = 10m

8. Berdasarkan kajian luar yang anda jalankan di sebuah kawasan tanah tinggi, a) Nyatakan salah satu proses geomorfologi yang berlaku di kawasan tersebut dan jelaskan maksudnya. b) Huraikan empat kepentingan kawasan tanah tinggi tersebut terhadap alam sekitar. c) Terangkan tiga masalah alam sekitar fizikal yang wujud akibat pembangunan yang pesat di tanah tinggi tersebut. d) Jelaskan tiga langkah untuk mengatasi masalah alam sekitar tersebut.

[5] [8] [6] [6]

a) a1 Gerakan jisim Semua jenis pergerakan bahan yang terluluhawa menuruni cerun akibat tarikan graviti tanpa bantuan agen geomorfologi secara langsung a2 Hakisan Proses pengukiran permukaan bumi dan pemindahan bahan oleh agen-agen Hakisan seperti air yang mengalir, hujan, angin, glasier dan ombak. mana-mana 1 X 5 = 5m b) b1 Kawasan tadahan hujan b2 Habitat fauna b3 Bekalan oksigen b4 Destinasi pelancongan dan ekopelancongan b5 Kawasan sumber pembalakan b6 Kawasan pengeluaran sayur-sayuran dan bunga-bungaan b7 Sumber ubatan dan penyelidikan b8 Kawasan petempatan mewah mana-mana 4 X 2 = 8m

9

c) c1 Hakisan c2 Tanah runtuh c3 Kehilangan kawasan tadahan air c4 Peningkatan suhu c5 Kemusnahan habitat c6 Kepupusan hidupan liar mana-mana 3 X 2 = 6m

d) d1 Perundangan – terdapat undang-undang mengawal pembangunan seperti Kanun Tanah Negara 1965, Akta Kualiti Alam Sekitar 1974, Akta Pemuliharaan d2 Garis panduan – Garis Panduan Topografi, Garis Panduan Pembangunan di Kawasan Tanah Bukit 1997 d3 Perancangan guna tanah d4 Kempen dan kependidikan d5 Langkah-langkah kesrukturan – hutan rizab, penyimenan mengawal cerun mana-mana 3 X 2 = 6m

10