AG10303 GEOGRAFI FIZIKAL

TAJUK SOALAN: BIDANG KAJIAN MENGENAI AIR (HIDROLOGI) SANGAT PENTING PADA MASA KINI. JELASKAN. PENSYARAH: DR. TAHIR BIN MAPA.

AHLI KUMPULAN:

1. HARDIMAN BIN JASLAN 2. JUMARDIN BIN SAREYA 3. JULIAH BINTI JUSTIN 4. MOHD IZAMI BIN JALANI 5. SITI AN-NUR ARSYI BINTI LAJIMIN 6. AINA FARHANA BINTI AZAHARI 7.LORISA YUDIN 8. SYAUFI BIN LINGGI 9. WAN AHMAD IZHANZAKI WAN MANSOR

BA10110114 BA10170558 BA10160490 BA10160490 BA10160533 BA10160452 BA09110445 BA 10160543 BA10160545

PENGENALAN

Hidrologi secara amnya adalah satu kajian tentang air. Hidrologi bermaksud ciri-ciri sains, agihan dan kesan air kepada permukaan bumi, dalam tanah dan atmosfera. Hidrologi adalah sains yang berhubung kait dengan air, kejadiannya, agihan dan peredarannya, sifat fizikal dan kimia serta interaksinya dengan persekitaran. Menurut (Wison, 1992), pergerakan air semula jadi dikenali sebagai kitaran hidrologi. Saban hari kajian tentang air menjadi semakin popular dan meluas menjadi semakin penting seiring dengan perkembangan serta kemajuan negara. Hidrologi ialah satu proses pengawalan keadaan air larian permukaan. Hidrologi merupakan kajian mengenai air yang sangat luas skopnya dari segi kuantitatif dan kualitatif. Dalam profesion kejuruteraan, hidrologi kuantitatif lebih diberi keutamaan kerana ia melibatkan projek berkaitan infrastruktur. Walaubagaimanapun, hidrologi kualitatif penting bagi menjelaskan proses berlakunya sesuatu kejadian (Ayob Katimon, 2003). Hidrologi berasal daripada perkataan Greek iaitu hidro atau ‘hudor’ yang bermaksud air, manakala logi pula berasal dari perkataan latin iaitu ‘logia’ yang bermaksud kajian. Perkataan ini kemudiannya digabungkan dan menjadi hidrologi iaitu kajian secara saintifik mengenai kitaran air seperti sungai, laut, tasik, kolam dan sebagainya. Manakala hidrologi menurut (Guide to Hydrological Practices, World Meteorological Organization, 1974) adalah satu bidang ilmu yang berhubungan dengan keterdapatan dan penyebaran air di atas, pada, dan di bawah permukaan bumi, termasuk sifat-sifat kimia dan fizikalnya, serta interaksinya dengan lingkungan. Hidrologi, menurut (Linsley, 1975) adalah cabang dari ilmu geografi fizik yang berurusan dengan air di muka bumi dengan sorotan khusus pada sifat, fenomena dan agihan air di daratan. Seluas 510,000x10 km persegi atau 71% kawasan di dunia ini diliputi dengan air. Kaedah yang umum digunakan untuk mengkaji hidrologi ialah kaedah stokastik kerana variabiliti curah hujan, arus sungai sebagai pembolehubah rawak. Kaedah yang kedua pula ialah kaedah deterministik iaitu proses aliran permukaan dan infiltrasi ditinjau dari sudut pandang deterministik fizikal berdasarkan persamaan aliran impuls diandaikan Onan (1996).

2

810 59.310 4. secara puratanya.Penggunaan Air di Malaysia Di Malaysia.450 6.130 1.520 3.250 Banjir (RIBU) 74% 47% 56% 85% 76% 32% 49% 85% 71% 55% Domestik (RIBU) 19% 53% 43% 15% 24% 68% 23% 15% 29% 42% P’lombong an (%) 7% 0% 1% 0% 0% <1% 28% <1% 0% 3% California Nebraska Texas Arkansas Colorado Kansas Florida Wyoming Montana United States 3 .310 3.090 2.990 1. kita memerlukan 16 billion meter padu setahun iaitu : • pertanian – 78% (perairan menggunakan 40% dari nilai ini) • • Industri dan domestik – 20% Penggunaan domestik/awam o Di bandar – 300 – 400 liter/orang/hari o Di negara membangun – 50 –100 liter/orang/hari State Pengairan ( RIBU) 9.480 7.

curahan/kerpasan dan air larian.Jadual : Statistik menunjukkan keperluan air bagi setiap negara terpilih. Lautan membentuk 70 4 . Rajah1 : Kitar Hidrologi Terdapat tiga fasa penting berlakunya kitaran hidrologi melibatkan proses pengewapan/sejatan dan pemeluwapan.

Kitaran ini melibatkan pelbagai ruang iaitu ruang hidrosfera. Selain itu. 2005). atmosfera. cecair.peratus daripada permukaan bumi maka sebahagian besar proses sejatan berlaku di lautan. kitaran hidrologi turut melibatkan sistem edaran air yang melibatkan pelbagai simpanan dan laluan untuk air tersebut beralih dan bertukar dari satu tahap ke tahap yang lain. Germer et al. biosfera dan litosfera (Chappell et al. Rajah 2 : kitaran hidrologi Persamaan kitaran hidrologi Δ Simpanan Air = Σ Aliran Masuk – Σ Aliran Keluar 5 . 2001. embun dan salji. dan pepejal yang kemudiannya bergerak meninggalkan tanah ke udara dan seterusnya turun ke tanah sebagai kerpasan seperti hujan. Kitaran ini tidak mempunyai titik permulaan dan penamat yang mutlak kerana jumlah air di Bumi sentiasa sama cuma bentuknya sahaja yang berubah-ubah. Kitaran hidrologi merujuk kepada pertukaran air yang berterusan dalam pelbagai bentuk seperti wap.

kitaran air juga akan berakhir di lautan setelah melalui empat medium iaitu hidrosfera. Wapwap air tersebut akan tersejat atau dibawa oleh tiupan angin ke atmosfera yang akan berkumpul menjadi awan. Kitaran hidrologi tidak mempunyai tempat permulaan dan penamat yang mutlak tetapi adalah lebih mudah jika dimulakan dari lautan. sungai atau tasik menerima tenaga haba yang tinggi daripada matahari.inc. Air laut tersejat ke atmosfera melalui proses sejatan yang berlaku apabila tekanan wap pada permukaan air lebih tinggi daripada tekanan udara di dalam atmosfera yang belum mencapai tahap tepu. Wap-wap air atau awan ini pula akan dialirkan secara melintang oleh angin ke bahagian daratan. salji dan embun. ann arbor press. wap-wap air ini akan turun semula sebagai kerpasan iaitu sama ada dalam bentuk hujan.Black .hlmn.1 Seterusnya. Sejatan juga memerlukan tenaga haba yang cukup bagi memulakan proses tersebut. apabila permukaan lautan. Di bahagian 1 Peter E. Oleh itu. litosfera dan biosfera.1. 6 . apabila wap-wap air ini mencapai satu tahap tepu. atmosfera.1996. Bermula dari lautan.Dan Ds / dt = I – O Di mana: I = Kadar alir masuk O = Kadar alir masuk S = Simpanan t = Masa tahanan KONSEP KITARAN HIDROLOGI Kitaran hidrologi adalah merupakan satu konsep yang ringkas namun terdapat beberapa proses yang perlu difahami. molekul-molekul air akan bertukar kepada wap-wap air.watershed hydrology(second edition).

sejatan boleh dibahagikan kepada: 2 David deming. Sejatan adalah proses yang berterusan.McGraw. Air dari permukaan bumi atau lautan akan disejatkan ke udara. pintasan. 5 ton tumbuhan (berat kering) akan mengeluarkan 2000 ton air melalui sejat transpirasi manakala.23 juta liter air sejat transpirasi dalam masa 3 bulan dan semua ini bergantung dari sumber sejatan. Sejatan (Evaporation) Sejatan adalah proses pemindahan cecair air ke atmosfera. Air ini seterusnya mengalami proses pemeluwapan (condensation) dan bertukar menjadi cecair dalam bentuk manik-manik awan. sebahagian daripada kerpasan ini juga akan menyusup ke dalam tanah dan mengalir sebagai air bawah tanah yang menuju ke laut.Hill Higer Education. Kitaran hidrologi melibatkan dua proses utama iaitu proses mendatar dan proses menegak.daratan pula. 7 . Selain itu. 1. susupan dan yang digunakan oleh tumbuhan. Proses yang sama akan berulang semula yang dimulakan daripada proses sejatan. Proses mendatar terbahagi kepada tiga iaitu larian air permukaan yang merupakan baki air hujan yang mengalir di permukaan bumi setelah ditolak dengan yang mengalami sejatan.2 PROSES-PROSES DALAM KITARAN HIDROLOGI. batang pokok dan sebagainya. Di bawa oleh angin ke tempat lain sebelum menjadi cukup berat untuk jatuh ke bumi sebagai kerpasan (precipitation). introduction to hydrogeology. ranting.2002. akan berhenti apabila atmosfera mencapai tekanan wap tepu (saturation vapor pressure). 1 ekar ladang jagung akan mengeluarkan 1. kerpasan ini akan dialirkan dalam pelbagai cara sama ada melalui larian air permukaan atau dialir oleh sistem sungai ke laut selepas dipintas oleh kanopi tumbuhan iaitu daun-daun pokok.

sejatan salji dan air batu 4. pintasan silara. Pintasan juga terdapat beberapa jenis iaitu pintasan aliran batang. 8 . N. sejatan pintasan vegetasi 5. sejat transpirasi (evapotranspiration) Faktor-faktor yang mempengaruhi sejatan adalah sinaran matahari. Pintasan yang menyumbang lebih banyak kepada proses pintasan adalah aliran batang. hujan batu. suhu udara. jumlah aliran batang dikatakan tinggi di kawasan yang beriklim sederhana berbanding dengan kawasan yang beriklim tropika. daun-daun dan jatuhan langsung. sejatan permukaan air 2. Bidin. sejatan permukaan tanah 3. tidak terus sampai ke permukaan bumi. kelembapan bandingan. luas permukaan. salji. Setelah simpanan kanopi penuh. Pintasan (interception) Kerpasan yang lazim adalah hujan. Hujan yang berlaku di kawasan berhutan. tetapi dipintas oleh kanopi. maka jumlah aliran batang yang dikutip juga akan menjadi tinggi kerana masa hujan turun dan kelebatan hujan adalah sangat mempengaruhinya. sejatan di atmosfera 6. barulah air hujan tadi jatuh ke bumi. Kajian ini membuktikan jika jumlah hujan kasar adalah tinggi. kelajuan angin. Penyerakan cahaya matahari dan suhu cenderung untuk meningkatkan jumlah simpanan air oleh daun.3 Jumlah aliran batang dikaitkan dengan suhu dan jumlah hujan. Hampir 100% hujan yang turun ke laut akan jatuh ke laut. 2001. Modelling rainfall and canopy controls on net-precipitation beneath selectively-Logged Tropical Forest. 2.A. W. 1982). Plant Ecology 153: 215-229. & Tych. dan embun. K. Jadi keadaan ini wajar berlaku kerana kadar sejatan meningkat dengan pertambahan suhu (Linsley et al.1. dan tekanan udara. Aliran batang akan bertambah dengan pertambahan jumlah hujan kasar dan akan berkurangan dengan pertambahan suhu. Dan fenomena ini dipanggil sebagai proses kerpasan. Pintasan menyebabkan air akan terhalang daripada jatuh secara langsung ke permukaan tanah. 3 Chappell. Selain itu..

1997). Nilai air larian permukaan ialah jumlah hujan dalam tadahan setelah dikurangi oleh jumlah susupan. Proses ini berlaku apabila intensiti hujan melebihi kadar penyusupan dan keupayaan sejatan. tasik dan seterusnya ke laut secara aliran graviti (Noguchi et al. Penyusupan Proses kemasukan air ke dalam tanah dinamakan sebagai penyusupan. keupayaan susuan dan terus ke dalam sungai dan tasik. kenaikan kapilari Hujan yang turun ke bumi akan jatuh ke atas tumbuh-tumbuhan dan juga ke permukaan tanah kosong. Di sempadan ini air mengalir ke bawah tanah dan akan keluar sebagai mata air ke sungai dan tasik. sebaran balik air tanah: simpanan air tanah 2. Air larian adalah aliran air di permukaan tanah melalui alur. Proses ini dipengaruhi oleh keliangan. Proses yang mempengaruhi penyusupan: 1. Air-air ini akan terus bergerak sehingga sampai ke zon ketepuan pada permukaan air bumi dan dikenali sebagai air bumi.Ini adalah kerana suhu di kawasan beriklim sederhana adalah rendah dan tidak banyak mempengaruhi jumlah sejatan. Apabila air sampai ke bumi. Air larian Air larian merupakan komponen yang penting daam kitaran hidrologi (Wilson. dan intensiti hujan. Terdapat 9 . Sebahagian air yang jatuh ke permukaan bumi akan mengalir terus di atas permukaan bergantung kepada ketepuan tanah. penelusan – pengaliran air terus ke zon ketepuan 3. dan sungai dan kadar air larian bergantung kepada kecerunan dan keadaan permukaan. 4. 3. Kadar penyusupan berkurangan sehingga ke satu kadar yang tetap. Secara semulajadi. tekstur. 1974). sebahagiannya menyusup ke dalam tanah hingga ke lapisan tidak telap air. Lapisan-lapisan permukaan tana yang berliang ini akan membenarkan air untuk menyusup masuk ke lapisan bawah tanah. sejatan dan sejatpeluhan. keadaan permukaan. air larian permukaan akan menuju ke sungai.

Komponen transpirasi ini diperlukan untuk penyejukan. jenis tumbuhan dan jenis tanah. PET boleh dianggarkan berdasarkan persamaan: PET = 0. dan atmosfera. J.4 5. & Shamsuddin.65 X bacaan besen sejatan 6. hujan perenggan dan 4 Othman.beberapa faktor yang mempengaruhi kadar penyusupan air ini. Dilihat dari sudut produktiviti tanaman. kawasan berair. Secara amnya. Liang-liang yang membolehkan pergerakan air adalah sangat kecil. dan juga salji. Kerpasan (precipitation) Proses kerpasan yang merujuk kepada lembapan yang mengalami pemeluwapan dan jatuh semula ke permukaan bumi sebagai cecair atau pepejal yang jatuh ke permukaan bumi yang dianggap sebagai kerpasan ialah sepeti hujan.ET Mengukur kehilangan air dari tanah disebabkan oleh kehilangan wap air adalah mudah tetapi menetukan kehilangan air terus dari tanah (sejatan) dan kehilangan melalui permukaan daun (transpirasi) adalah susah. Kadar sejat-transpirasi potensi (PET) boleh menunjukkan betapa cepat air hilang dari sistem tanah-tanaman yang ditanam padat jika kandungan air tanah tetap pada kadar optima. Antaranya ialah keamatan hujan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 1982. hujan orografi. Kerpasan memainkan peranan yang sangat penting kepada pelbagai kegiatan manusia. Sejat-transpirasi (Evapotranpiration) . pengangkutan nutrien dan fotosintesis. hujan batu. terdapat 4 jenis hujan iaitu hujan berolak. Sains Tanih. Aliran air bumi berlaku dalam lapisan boleh lelap. Y. kedua-dua proses digabungkan menjadi sejat-transpirasi. kelajuan angin yang mempengaruhi perbezaan tekanan wap air antara tanah. hujan gerimis. PET biasanya ditentukan oleh angkubah iklim seperti suhu. sejat-transpirasi adalah proses yang membazirkan air Tetapi dari satu sudut yang lain. tutupan awan. Malaysia. 10 . Oleh itu. kelembapan bandingan. daun.

Imbangan hidrologi pada skala makro merupakan kajian imbangan air global. Manakala outputnya pula ialah ialah wap-wap air yang dikeluarkan melalui sejat peluhan iaitu gabungan antara sejatan di permukaan air. Disamping itu. embun dan lain-lain. Pada peringkat ini. Jumlah air yang diterima oleh permukaan bumi dalam bentuk kerpasan adalah sama banyak dengan yang akan dibebaskan semula ke atmosfera menerusi proses sejat-peluhan. kolam dan laut. sejatan dari lembapan tanih dan pepeluhan oleh tumbuhan disamping air yang digunakan oleh manusia dan haiwan. Kejadian jenis-jenis hujan ini adalah bergantung kepada proses di mana wap air menyejat ke atmosfera dan penyejukan bagi membentuk titisan hujan. sungai. sejatan yang mengalami larian permukaan dan juga yang disimpan di dalam tanah sebagai storan. input air yang diterima oleh seluruh permukaan bumi adalah melalui kerpasan seperti hujan termasuk hujan batu. IMBANGAN HIDROLOGI. Storan pula merupakan air yang disimpan didalam akuifer sebagai air bawah tanah dan simpanan permukaan di dalam tasik.hujan puting beliung. Pada umumnya. Konsep imbangan air merujuk kepada keseimbangan antara jumlah air yang diterima dari atmosfera oleh permukaan bumi adalah sama dengan jumlah air yang keluar ke atmosfera. salji. imbangan hidrologi adalah jumlah air yang diterima di satu-satu kawasan iaitu sebagai INPUT adalah sama banyak dengan jumlah yang disimpan iaitu STORAN dan yang dikeluarkan dari kawasan tersebut iaitu OUTPUT. imbangan hidrologi ini boleh dikaji melalui skala makro atau mikro. 11 .

tasik dan laut yang akhirnya mengalir limpahkan ke kawasan yang 12 . fenomena banjir akan berlaku. Selain itu. storan. kolam. Output pula akan dikeluarkan melalui proses sejat peluhan. imbangan hidrologi pada skala mikro ini dikenali sebagai “ keseimbangan Dinamaik” kerana sifatnya yang sentiasa berubah-ubah. hujan tau lembangan saliran merupakn input air yang kemudiannya akan disimpan di dalam sungai. negeri atau kawasan yang kecil seperti lembangan saliran atau kawasan tadahan hujan. Dalam imbangan hidrologi pada skala mikro ini. Hal ini menyebabkan berlakunya fenomena kemarau di sesebuah tempat. empangan dan lain-lain takungan selain daripada simpanan kekal sebagai air bawah tanah. kadar sejatan adalah melebihi daripada kerpasan iaitu hujan yang turun di kawasan tersebut. Kesannya. Konsep imbangan air negatif merujuk kepada kekurangan air yang dialami oleh sesebuah kawasan dalam jangka masa yang tertentu. Konsep imbangan positif merujuk kepada jumlah kerpasan yang melebihi kadar sejatan air ke atmosfera untuk tempoh yang lama. Manakala imbangan hidrologi pada skala mikro pula dapat dilihat melalui imbangan air tempatan. konsep imbangan hidrologi boleh dikaji meliputi skala wilayah. Banjir merupakan satu keadaan limpahan air atau kenaikan aras air sehingga melebihi daya tampung sesebuah saluran seperti sungai. paya.Imbangan hidrologi pada skala makro ini dapat dikaji berdasarkan garis lintang benua dan nilai jumlah air untuk setiap perubahan bentuk lembapan dalam sesuatu kitaran hidrologi. Hal ini menunjukkan bahawa dalam jangka masa tertentu nilai input. Fenomena kemarau merupakan suatu keadaan di mana jumlah sejat peluhan yang melebihi jumlah kerpasan yang turun dalam satu jangka masa yang panjang. Dalam skala ini. IMBANGAN AIR NEGATIF. dan output akan berubahubah hasil daripada perubahan senulajadi atau diubah oleh manusia atau gabungan antara keduaduanya. Dalam konsep ini. tasik. IMBANGAN AIR POSITIF.

banjir laut juga disebabkan oleh air pasang besar yang berlaku apabila kedudukan matahari. banjir kilat terjadi akibat daya tampung sistem saliran di bandar seperti parit. Hidrologi merupakan satu aset penting dalam pembangunan Negara dan kehidupan seharian manusia. muara dan delta-delta serta tanah pamah di pinggir pantai. bulan dan bumi adalah selari. Selain itu. longkang tidak dapat menerima isi padu larian air permukaan yang tinggi kesan daripada hujan lebat di kawasan bandar. Banjir ini biasanya disebabkan oleh dua unsur utama iaitu hujan lebat yang turun dalam tempoh masa tertentu dan pencairan salji yang giat dalam masa yang singkat. Kejadian hujan lebat yang berterusan dan pencairan salji secara besar-besaran merupakan faktor yang menyebabkan berlakunya banjir tasik ini. banjir laut. konkrit dan sebagainya yang menghalang proses susupan air ke dalam tanah.berdekatan terutamanya di kawasan tanah rendah. banjir tasik. Disamping itu. Justeru itu. Larian air permukaan yang tinggi di kawasan bandar disebabkan oleh permukaan bumi yang dilitupi dengan tar. Kesan daripada banjir ini. Banjir sungai berlaku apabila isipadu air sungai adalah lebih besar berbanding kemampuan alur-alur sungai untuk ditampung lalu mengalir limpah melebihi tebing dan membanjiri kawasan rendah sebelum sampai ke laut. Banjir terbahagi kepada empat jenis mengikut lokasi kejadian iaitu banjir sungai. dan banjir kilat. KEPENTINGAN HIDROLOGI. kajian dalam bidang hidrologi amat penting untuk dijalankan. Banjir tasik pula berlaku apabila paras air dalam tasik meningkat naik melebihi daya tampung tasik-tasik tersebut. 13 . air laut akan melimpahi kawasan hilir sungai. aspalt. Manakala banjir laut pula merupakan gelombang ombak yang besar yang menyebabkan kenaikan arasa laut secra mendadak. Ia berpunca daripada pergerakan tektonik di dasar laut seperti gempa bumi. Limpahan air ini selalunya berlaku dalam tempoh tertentu dan bersifat semantara.

kegunaan industri. Selain itu. kajian hidrologi juga penting bagi menganalisa aktiviti manusia sebagai agen utama sumber air seperti meransang hujan. kegunaan atau keperluan harian penduduk dan isi rumah seperti memasak. Empangan Muda di Kedah dan Empangan Kemubu di Kelantan dibina untuk membekalkan air kepada kawasan tanaman padi sawah. Bagi kepentingan domestik. Bhd. dan sebagainya. Kegunaan domestik ini diuruskan dan disediakan oleh Jabatan Bekalan Air (JBA) yang mana di bawah pentadbiran kerajaan negeri masing-masing. kegunaan pengangkutan dan kegunaan rekreasi. Disamping itu. dengan adanya sumber air yang terhasil daripada kitaran hidrologi. Selain itu. 14 . ekopelancongan dan sukan air. Kebiasaanya. minuman. Sebagai contoh. keputusan kajian yang terdahulu juga boleh dijadikan sebagai sumber atau bahan rujukan dan pengetahuan kepada pihak-pihak tertentu sebagai kegunaan pada masa hadapan. empangan dibina melalui projek-projek pengairan untuk pertanian (irrigation) khusus kepada tanaman padi sawah. Misalnya. di Kelantan. empangan dapat dibina yang mana bertujuan untuk membekalkan sumber air dan mengawal input atau output air kepada kawasan tanaman khususnya tanaman padi sawah yang dijalankan sebanyak dua kali setahun.Salah satunya adalah kepentingan bidang kajian hidrologi ini ialah semua parameter yang diperolehi daripada analisis hidrologi dapat digunakan dalam kajian-kajian hidrologi yang seterusnya pada masa akan datang. Kepentingan air (hidrologi) bukan asing lagi dan amat penting terhadap manusia. mengurangkan sejatan. Sebagai contoh. Dengan adanya parameter-parameter yang terdahulu maka kajian mengenai hidrologi akan dapat diperbaiki dan ditingkatkan lagi dari masa ke semasa. membasuh. Terdapat banyak kepentingan yang wujud pada masa kini terutamanya untuk kegunaan dalam kegunaan domestik. membekalkan kuasa hidroelektrik. sumber air (hidrologi) merupakan salah satu keperluan asas yang penting dalam kehidupan semua masyarakat. kepentingan sumber air (hidrologi) juga sangat penting terhadap bidang pertanian. mengubah dan mengawal penggunaan tanah dan rupa bentuk muka bumi. Terdapat juga sesetengah negeri telah menswastakan pengurusan dan bekalan airnya seperti di PUAS di Selangor dan Air Kelantan Sdn. kegunaan pertanian. mengawal kadar penyusupan dan aliran permukaan serta pengambilan penyedutan air bumi. seperti yang kita ketahui.

air terjun. sumber air juga penting kepada manusia dalam membekalkan kuasa elektrik iaitu untuk keperluan industri dan penduduk melalui sumber hidroelektrik yang dijana menggunakan sumber air. 15 . selat. Sumber alternatif ini sangat penting kerana sumber kuasa ini murah. Sungai sebagai sistem pengangkutan air yang murah dan mudah. industri pembuatan kertas. Empangan Cenderoh di Perak. Di samping itu. dan sebagainya. Lata Iskandar dan sebagainya. Sungai Kinabatangan di Sabah dan Laut China Selatan merupakan laluan atau jalan pengangkutan utama masyarakat di kawasan pedalaman. Empangan Bakun di Sarawak dan Empangan Pergau di Kelantan. stesen janakuasa di Empangan Kenyir di Terengganu. Sebagai contoh. bersih. ekopelancongan dan sukan air kepada manusia. aktiviti berkelah di kawasan jeram. Sebagai contoh. Biasanya sesebuah Negara yang melakukan proses perdagangan menggunakan kapal dagang melalui jalan laut bagi mengangkut barang-barang seperti minyak. sungai. tidak memerlukan kos yang tinggi serta merupakan jalan pengangkutan utama di kawasan pedalaman yang sukar dihubungi jalan darat. terusan yang wujud hasil daripada sistem hidrologi digunakan sebagai jalan pengangkutan untuk mengangkut barangan. kawasan air terjun yang wujud ialah seperti Lata Kijang. Kepentingan lain ialah dengan adanya sumber air wujud juga kegunaan rekreasi. Selain itu air atau sungai dan laut menjadi laluan penduduk khususnya di kawasan pedalaman untuk sesuatu kawasan. Sebagai contoh. Sebagai contoh. banyak pembinaan chalet-chalet terapung. Hal ini demikian kerana sumber air digunakan sebagai bahan pencuci untuk pelbagai jenis industri dan penyejukan enjin atau generator. resort dan rumah rehat serta pusat sukan air seperti aktiviti berkayak. Di Malaysia. Sektor perkilangan juga memerlukan bekalan air bersih dan berterusan untuk menjalankan pemprosesan sesuatu bahan. Ini dapat dibuktikan dengan adanya contoh yang nyata seperti Sungai Pahang. sumber air penting kepada manusia dalam aspek kegunaan industri. Biasanya sumber air dijana di peringkat hulu sungai iaitu melalui sistem empangan yang membekalkan kuasa elektrik hidro. Kepentingan sumber air pada masa kini semakin meluas termasuklah dalam sektor pengangkutan. Melalui jalan laut juga hubungan diplomatik dapat dijalankan. barangan kargo dan sebagainya. Air Terjun Kota Tinggi. Sungai Rajang di Sarawak. dan bersifat berterusan.Seterusnya. industri petrokimia dan industri membuat air mineral dan membuat kiub ais.

penyerapan dan penyiaran. Aktiviti-aktiviti manusia seperti pertanian. Hal ini secara tidak langsung akan mempengaruhi kelembapan udara sekitar yang menyebabkan udara menjadi kering dan berlaku gangguan terhadap proses pemeluwapan dan hujan. perhutanan dan pembandaran seringkali dikaitkan dengan perubahan kepada ciri-ciri sebuah hidrograf bagi sesuatu kawasa tadahan seperti simpanan air. 16 . pertanian dan pembandaran mempunyai ciri-ciri fizikalnya yang tersendiri yang mana memberi kesan kepada kadar alir puncak. Faktor penyahutanan juga memberi gangguan kepada kitaran hidrologi apabila berlakunya proses pemindahan litupan tumbuhan hutan asal iaitu hutan dara. Dewan Bahasa dan Pustaka. Kawasan perhutanan.FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KITARAN HIDROLOGI. Penyahutanan ini boleh berlaku secara semula jadi ataupun kesan daripada aktiviti manusia. Kementerian Pendidikan Malaysia. Antara faktor-faktor yang mempengaruhi kitaran hidrologi ialah aktiviti pembalakan. penghasilan air dari segi kualiti dan kuantiti serta pembentukan hidrograf. Malaysia. Pengantar Hidrologi. susupan dan air bawah tanah. Pemusnahan hutan secara besar-besaran telah menyebabkan proses transpirasi iaitu perpeluhan tumbuhan berkurangan. Keadaan ini seterusnya akan mengurangkan proses pintasan tumbuhan. Kuala Lumpur. 1994.5 Pemusnahan hutan secara semulajadi adalah seperti petir dan kemarau yang 5 Wan Ruslan Ismail.

kualiti kitaran ehidrologi di kawasan perindustrian adalah tidak bersih kerana air hujannya merupakan hujan asid. 1978. aktiviti perindustrian juga telah mempengaruhi kitaran hidrologi. Kebanyakan kawasan bandar dilitupi dengan permukaan kalis daripada bangunan-bangunan dan kemudahan lain seperti tempat letak kereta. penyahutanan akibat daripada aktiviti manusia pula ialah pembukaan tanah secara besar-besaran seperti pembukaan kawasan perladangan. kadar susupan berkurang dan seterusnya mengganggu sistem akuifer dan aliran bawah tanah. empangan kuasa hidroelektrik di tasik Kenyir dan Batang Ai Mampu. Disamping itu.boleh menyebabkan kebakaran hutan seperti yang berlaku di hutan Indonesia. 1989) dan menyebabkan berlakunya fenomena banjir kilat. Sebagai contohnya. Selain itu. A. Terj. Keadaan ini telah membantutkan kitaran hidrologi. kloroflorokarbon dan sebagainya yang bertindak sebagai nukleus higrokopik. lapangan kapal terbang dan lain-lain kemudahan. Bahan pencemar ini mampu menyerap wap-wap air dalam proses pemeluwapan untuk turun sebagai air hujan yang mengakibatkan kemasukan air kepada kitaran hidrologi meningkat. Geografi Fizikal. Pembinaan ini telah mengurangkan kadar larian air permukaan kerana kawasan-kawasan cerun bukit telah ditenggelami air menjadi sebuah tasik buatan yang besar. Hal ini mengurangkan jumlah pintasan dan pemeluwapan serta ketersampaian air hujan pada permukaan tanah lebih cepat.6 Selain itu. Manakala. Faktor yang seterusnya pula ialah pembinaan empangan hidroelektrik. Perubahan ini menyebabkan gangguan ke atas prosesproses larian air permukaan. infiltrasi. penyusupan. sejat-peluhan dan simpanan dalam kitaran 6 Strahler. 17 .N. Ini secara tidak langsung akan meningkatkan isipadu air larian permukaan (Viessman. Semakin tinggi kadar pencemaran maka semakin banyak nukleus higrokopik yang wujud. Aktiviti pertanian yang telah menyebabkan perubahan vegetasi iaitu perubahan terhadap spesis tumbuhan semula jadi yang dilakukan oleh manusia melalui aktiviti penerokaan hutan untuk dijadikan kawasan pertanian. aktiviti pembandaran yang merupakan proses menggantikan kawasan litupan tumbuhan hutan dengan kawasan hutan konkrit juga turut mempengaruhi kitaran hidrologi. monoksida. perumahan dan sebagainya. aspalt dan sebagainya yang telah meyebabkan liang-liang pori tanah tertutup. Aktiviti ini banyak membebaskan bahan pencemar ke udara seperti karbon dioksida. Kesan daripada fenomena ini telah meningkatkan jumlah keseluruhan larian air permukaan. Proses ini melibatkan aktiviti penurapan muka bumi dengan tar. Kesannya. New York: John Wiley & Sons Inc. bitumen.

lembapan tanih serta akiufer mengalami kekurangan air dan proses transipirasi tumbuhan berkurangan. Hal ini menyebabkan banyak takungan air di kawasan lekukan atau permukaan apabila hujan berlebihan turun dan tidak seimbang dengan proses sejatan. hakisan dan lain-lain. Ini mengakibatkan kenaikan suhu lautan pasifik yang boleh menyebabkan kemarau berlaku. kolam. kemarau.1989). melemah dan menghentikan tiupan angin timuran yang selama ini membawa hujan lebat. Kesan daripada aktiviti pembandaran yang dilakukan oleh manusia telah menyebabkan hutan semula jadi bertukar menjadi hutan batu. Salah satu daripada kesan gangguan ke atas kitaran hidrologi ialah imbangan air negatif atau lebih dikenali sebagai fenomena kemarau. Seterusnya faktor El-nino iaitu sejatan melebihi kerpasan yang telah mengubah. Dan juga fenomena La-nina iaitu jumlah kerpasan melebihi sejatan yang bermakna kandungan wapwap air dalam udara adalah tinggi menyebabkan persekitaran menjadi lebilh sejuk turut mempengaruhi kitaran hidrologi. KESAN DARIPADA GANGGUAN KE ATAS HIDROLOGI. Pengaliran air yang laju daripada kawasan saliran akan mengurangkan masa tahanan dan penyerapan yang mana hasilnya akan merendahkan kandungan air di bawahnya (Viessman.hidrologi. dan sebagainya. Hal ini disebabkan pembinaan banyak bangunan dan penurapan muka bumi dengan aspalt dan bitumen yang menyebabkan kadar susupan air berkurangan dan simpanan air dalam sistem akuifer 18 . tanah runtuh. Ini telah meningkatkan simpanan air permukaan seperti tasik. sungai. Kesan daripada el-nino juga telah mengurangkan peratus kelembapan udara dan kebarangkalian untuk hujan turun adalah amat tipis sehingga menyebabkan air di kawasan tadahan berkurang. Keadaan ini seterusnya menyebabkan perubahan fizikal ke atas lembangan saliran yang akhirnya mengakibatkan berlakunya banjir. Keadaan suhu yang panas ini menyebabkan udara menjadi lebih kering. biasanya penyediaan saliran diperlukan untuk mengairi hasl tanaman namun. Dalam sektor pertanian. Fenomena kemarau merujuk kepada kekurangan air yang dialami oleh sesebuah kawasan dalam satu tempoh masa tertentu iaitu kadar sejatan melebihi daripada kerpasan. Ini akan meningkatkan aliran puncak dan isipadi larian permukaan. saliran yang dibuat akan mempercepatkan kadar aliran.

Misalnya. akibat kehadiran tenaga keupayaan yang tinggi. Pada mula kita akan mendapati dengan adanya aliran sungai yang laju. tasik dan laut dan simpanan air dalam storan simpanan air juga semakin sedikit sedangkan output wap. Contohnya. Hakisan juga menyebabkan kualiti air merosot (Shari. Hakisan sungai biasanya akan berlaku dibahagian peringkat muda sungai dan proses hakisan sungai mempunyai kaitan dengan peringkat sungai. air sungai akan mula bergerak dengan laju bersama tenaga keupayaan yang ada sehingga ianya adalah mampu untuk menghakis dasar sungai melalui hakisan jenis mendalam. Tahap pencemaran yang tinggi juga menjejaska kapasiti sungai dan meningkatkan potensi untuk berlaku banjir.wap air akibat proses sejatpeluhan adalah lebih tinggi. justeru apabila berlakunya input air yang mendadak seperti daripada hujan lebat tadi akan menyebabkan sungai dan cawangannya tidak mampu menampung isipadu air tersebut lalu mengalir-limpah sebagai banjir sungai. 1999). fenomena banjir atau imbangan air positif yang bermaksud kerpasan melebihi sejatan juga merupakan kesan daripada gangguan kitaran hidrologi. hujan lebat yang turun secara berterusan telah membekalkan air yang berlebihan sehingga tidak dapat ditampung oleh sistem saliran di permukaan bumi. Keadaan ini akan mengakibatkan pembentukan lurah ’v’. Kadar hakisan yang meningkat akibat kegiatan guna tanah akan menghasilkan mendapan. Disamping itu.berkurangan. gangguan ke atas kitaran hidrologi juga boleh menyebabkan berlakunya hakisan sungai. Hal ini menyebabkan air keluar melimpah ke kawasan yang lebih rendah seperti dataran banjir dalam tempoh masa yang tertentu. Keadaan ini secara tidak lansung telah mengurangkan input air kepada sungai. Proses sejat peluhan ini disebabkan oleh keadaan Bandar yang panas kesan daripada aktiviti pembandaran yang pesat. Selain itu. 19 . Keupayaan alur sungai untuk menampung air adalah terhad pada satu-satu masa tertentu.

Fungsi campuran bertonit ini adalah untuk mengangkut keluar tanah yang telah dikorek disamping menstabilkan dinding telaga yang dibina. kawasan yang berpotensi perlulah dikenal pasti terlebih dahulu seterusnya kawasan tersebut digerudi dan airnya dipam keluar untuk disalirkan ke loji pembersihan sebelum diagihkan untuk kegunaan penduduk. Disamping itu. menjana kuasa elektrik hidro. Melalaui penanaman litupan bumi ini proses hakisan sungai akan dapat dikurangkan. Secara tidak lansung. Langkah yang seterusnya ialah pembinaan empangan-empangan yang besar. penanaman litupan bumi juga dapat mengurangkan kadar hakisan sungai. membekalkan air kepada penduduk dan sebagainya.LANGKAH-LANGKAH MENGATASI LEBIHAN AIR Antara langkah yang boleh diambil bagi mencegah seterusnya mengatasi masalah hidrologi ialah dengan memajukan sumber air tanih. seterusnya air dipamkan keluar oleh mesin pengepam. Penggunaan sumber air tanih ini lebih mudah diperolehi dan murah. tumbuhan sebenarnya mempunyai fungsi untuk menghalang proses-proses hakisan yang 20 . Melalui langkah ini. Proses penggerudian akan menggunakan campuran bertonit dan air yang digerakkan oleh enjin. pembinaan empangan ini boleh mengawal fenomena banjir disamping membekalkan air kepada kawasan pertanian. Hal ini kerana. Pembinaan empangan ini bertujuan untuk menakung dan menyimpan air hujan yang berlebihan daripada curahan hujan yang lebat mahupun pencairan salji yang giat.

Terdapat 2 proses yang biasa digunakan untuk menghasilkan air minuman daripada air laut iaitu proses penyulingan kilat dan proses pemeruapan. Keadaan ini akan membantu mengurangkan halaju air dan seterusnya mengurangkan proses-proses hakisan pada bahagian alur sungai. Selain itu.akan berlaku mencengkam tanah manakala dahan-dahan pokok yang condong ke dalam aliran sungai pula akan melambatkan lagi pergerakan aliran air.kaedah ini dikenali sebagai kaedah teknologi membran.kaca dan besi. 21 .pengunaan membran yang memisahkan garam daripada air laut untuk diminum. Merujuk kepada aktiviti mengaktifkan awan dengan semburan larutan garam untuk mengalakkan atau meningkatkan lembapan bandingan bagi menghasilkan lembapan. penerokaan air bawah tanah.Membran dihasilkan daripada bahan polimer serta bahan bukan organic seperti lumina (sejenis alumunimum oksida) silica atau seramik.Teknologi membran didefinisikan sebagai selaput nipis yang boleh mempunyai sikap memilih . Air yang tedapat dilapisan akuifer diterokai dengan menggunakan kaedah telaga tiub dan sebagainya. LANGKAH MENGATASI KURANGAN AIR Antara langkah yang fleksibel dalam mengatasi permasalahan ini adalah melalui pembenian awan. penghutanan semula iaitu menanam tumbuhan yang berperanan dalam mengalakkan proses kerpasan dan menyumbang wap-wap air melalui proses transpirasi. Selain itu.Akar tumbuhan mengalakkan proses serapan air ke permukaan tanah dan juga melalui Penyahgaraman air laut yang merupakan satu kaedah mengasingkan garam daripada air laut.

Crockford. Hydrology Process 14: 2903-2920.. 2002. J. D. H. J. Introduction To Hydrogeology. 1991.. J. & Richardson. RUJUKAN Archard.H. & Malingreau.. McGraw. Richards. Gangguan terhadap hidrologi akan menjejaskan salah satu proses-proses dan kesannya akan berlaku kurangan atau lebihan air pada jangka masa panjang. 2002. Gallego. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka Brandt. Science 297: 999-1002. Mayaux. F.. Pengenalan Mekanikal Tanih. M. 2000.H. 22 .-J. David Deming. Hidrologi memerlukan pemuliharaan dan pemeliharaan yang baik bagi menjamin kuantiti dan kualiti kitaran hidrologi.. Stibig.D. R. H. BC.Hill Higer Education.. Bujang. Proceedings of the Forest Hydrology Watershed Management Conference.-P. & Shukri.KESIMPULAN Konklusinya. Vancouver. J. Eva. 1987. Determination of deforestation rates of the world’s humid tropical forests. Hidrologi secara umumnya melibatkan proses-proses yang tersusun dan sentiasa berlaku setiap hari. ground cover and climate. Hidrologi sangat penting dalam kehidupan seharian dan menjadi keperluan dalam semua aspek pada masa kini. The Effect of Different Types of Forest Management on the Transformation of Rainfall Energy by the Canopy in Relation to Soil Erosion. IAHS Publication 167: 213-222. Ahmad. stemflow and interception: Effect of forest type.P. T. P. K. kitaran hidrologi merupakan salah satu cabang dalam kajian geografi dan merupakan satu proses yang melibatkan kitaran air. Partitioning of rainfall into throughfall.

A. Kajian Angkutan Sedimen Dan Beban Dasar Sungai Di LembanganSungai Hijau Bukit Fraser. Elsenbeer. Bio-Kejurutryaan & Kelestarian Ekosistem. Dlm Jumaat H. Isa. (Pnyt). (Pnyt). & Moraes. & Iroume´. Muhammad Barzani Gasim & Zaini Sakawi. Zuriati Zakaria. 2001. Huber. Brazil). Hydrology 248: 78-92. 1987. S. Herwitz. Mohd Ekhwan Toriman. Variability of annual rainfall partitioning for different sites and forest covers in Chile. Noorazuan Md Hashim. Dlm A. Latif.CRC press taylor & Francis group.. South-Western Amazonia (Rondônia. Throughfall and temporal trends of rainfall redistribution in an open tropical rainforest. Penerbit UKM. Muhammad Barzani Gasim. J. Penerbit UKM. Wong Ka Mei & Hani Ab Rani. Malaysia 23 . Zaidi M. Noorazuan Md Hashim dan Laily Din. S. 2001. 2009. Biologi dan sosio-ekonomi. Noor Farizam Othman. 2009. Nor Azlina Abd Aziz & Mohd Khairul Amri Kamarudin. Enviromental Hydrogeology. Temporal Variation in the Sediment Yield the Tasik Chini Feeder Rivers and the Influences of Human Activities. A.M. H. hlm 221-235 Germer. Assaad. Mushrifah Idris.Fakhrya. Earth Surface Processes and Landform 12: 425-432. Hydrology and Earth Systems Science 10: 383-393. 2006. Bukit Fraser: Persekitaran Fizikal. Nor Rohaizah Jamil. Jalaluddin M. Adam.R. Saad. Kamarudin Mat Salleh. Raindrop impact and water flow on the vegetative surface of trees and the effects on stemflow and throughfall generation. Pua Hock Wei.

Kuala Lumpur. James W. Philip E. 24 . Pengantar Hidrologi. Malaysia. Pahang. Wan Ruslan Ismail.Peter E. Strahler.N. Terj. Kementerian Pendidikan Malaysia. Geografi Fizikal. 1994.inc. Dewan Bahasa dan Pustaka.Black . Implikasi Struktur Kunci Air ke atas Aktiviti Pelancongan dan Penduduk di Sekitar Sungai Chini dan Tasik Chini.Memon. A. 1978. 1(1) Julai – Disember. Ann Arbor Press. Jurnal e-Bangi.1996. Mostafa M. Basher A. Watershed Hydrology(second edition) .Lamoreaux Sulong Mohamad & Mohamad Ekhwan Toriman 2006.Soliman. New York: John Wiley & Sons Inc.Lamoreaux.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful