SEMINAR KEBANGSAAN PENDIDIKAN SAINS DAN MATEMATIK  

MISKONSEPSI MATEMATIK – SATU REFLEKSI Dr. Jamil Ahmad Universiti Kebangsaan Malaysia Norlia Goolamally Norhashimah Saad Open University Malaysia

11 – 12 OKT 2008 

 
ABSTRAK Matematik adalah satu mata pelajaran yang penting di sekolah dan ia juga merupakan antara mata pelajaran yang kompleks. Andaian dan harapan guru terhadap proses penerimaan kognitif pelajar daripada pengajaran guru adalah tinggi. Guru mengharapkan pelajar boleh mengasimilasikan dan mengakomodasikan pengajaran guru dalam kelas. Hakikatnya guru tidak sedar tentang masalah pelajar dalam mempelajari dan memahami konsep-konsep matematik khususnya. Miskonsepsi merupakan satu 'penyakit’ yang terselindung dan tersembunyi dalam kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran matematik dan sekiranya tidak diperbetul dan tidak dipulihkan akan menyekatkan perkembangan pemikiran logika matematika pelajar. Tambahan pula dengan dasar PPSMI yang dimulakan pada tahun 2003 pelbagai lagi masalah pengajaran guru dan juga pembelajaran pelajar timbul. Oleh yang demikian, tujuan kertas kerja ini adalah untuk membuka ruang kepada guru-guru untuk membuat refleksi terhadap miskonsepsi pelajar. Secara mudahnya untuk membuat refleksi adalah melalui dokumen analisis. Dalam hal ini satu kajian dijalankan untuk memeriksa miskonsepsi yang berlaku dalam kalangan pelajar Tahun 5 di sebuah Sekolah Kebangsaan di kawasan pinggir bandar Kuala Lumpur. Jawapan pelajar yang tertulis dalam buku latihan pelajar telah dianalisis oleh pasukan penyelidik untuk mengkaji miskonsepsi yang berlaku. Dapatan kajian boleh diguna pakai oleh guru untuk menganalisis dan mensintesis proses pengajaran mereka bagi tujuan peningkatan pengajaran dan pembelajaran matematik para pelajar.

Pengenalan

Matematik adalah mata pelajaran abstrak yang melibatkan penggunaan rumus, peraturanperaturan langkah kerja, algorithm dan teorem-teorem yang kerap digunakan (Short & Spanos 1989). Mata pelajaran ini mempunyai bahasa tersendiri yang khusus, walaupun kerap dikatakan bahasa matematik adalah ringkas tetapi ia mempunyai maksud yang khusus dan tepat bagi mempelajari matematik. Bahasa matematik yang khusus melibatkan penjelasan pola-pola, hubungan, hukum-hukum dan rumus-rumus yang perlu diingati. Oleh yang demikian, bahasa memainkan peranan yang penting dalam memindahkan maklumat yang diperolehi oleh guru kepada pelajar (MacGregor & Moore 1991). Sekiranya kaedah penyampaian guru tidak dapat diterima oleh pelajar maka proses pembelajaran tidak akan berjaya. Seterusnya pelajar akan membuat pelbagai andaian dan pemikiran yang tidak betul tentang matematik. Sikap terhadap matematik juga memainkan peranan yang penting dalam mengekalkan fokus pelajar terhadap perkara yang guru mengajar. Setiap pelajar secara amnya mempunyai latar belakang yang tersendiri iaitu dari segi latar belakang keluarga dan pergaulan. Guru berdepan dengan pelajar yang membawa ilmu dan pengalaman yang dipelajari dari luar yang kemungkinan bercanggah dengan apa yang guru sampaikan semasa sesi pengajaran. Sekiranya ilmu yang bercanggah ini tidak diperbetulkan makan ia akan membentuk miskonsepsi dalam ilmu yang ingin disampaikan. Miskonsepsi adalah sesuatu kepercayaan atau pegangan yang terbentuk apabila pelajar mempelajari sesuatu perkara yang tidak betul (Champagne, Klopfer & Gunstone 1982; McDermott 1984; Resnick 1983).Miskonsepsi boleh juga terjadi apabila guru mengajar sesuatu perkara yang tidak betul, kemungkinan tanpa disedari oleh guru. Contohnya, guru mengajar pelajar jalan pintas untuk kira darab sesuatu nombor dengan angka 10 , maka jawapannya adalah dengan menambahkan sifar pada nombor itu. Seterusnya pelajar akan mengingati ajaran guru, tetapi bagaimana pula sekiranya kalau kira darab angka 10 dengan suatu nombor perpuluhan, adakah caranya sama?
Anjuran Bersama: Persatuan Pendidikan Sains Dan Matematik Johor, Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia & Jabatan Pendidikan Negeri Johor 

1

Paling tidak guru perlu memulihkan miskonsepsi pelajar supaya proses pengajaran dapat berjalan dengan lancar. Tidak dapat dinafikan bahawa matematik itu sendiri satu mata pelajaran yang susah diterima oleh pelajar.” (Norlia & Jamil 2008) Guru mempunyai peranan yang utama dalam pengajaran dalam kelas mereka sendiri. Penyemakan buku latihan pelajar dapat memberi gambaran yang jelas tentang berlaku miskonsepsi pelajar. Terdapat pelbagai kaedah untuk melihat miskonsepsi pelajar yang dapat dijalankan oleh guru di dalam bilik darjah. Fakulti Pendidikan. Analisis jawapan-jawapan pelajar ini akan mengemukakan Anjuran Bersama: Persatuan Pendidikan Sains Dan Matematik Johor. Walau bagaimana pun adakah pengajaran dalam Bahasa Inggeris itu hanya untuk memuaskan hati guru atau beberapa pihak yang tertentu sahaja sedangkan perkara asasnya iaitu. “Teachers should have the enthusiasm and spirit to transform every challenge into an opportunity to improve students’ ability in mathematics. Tanpa disedari miskonsepsi terhadap mata pelajaran matematik atau miskonsepsi dalam mempelajari matematik akan terus berlaku. didapati bahawa guru menjalankan pelbagai strategi untuk berdepan dengan kepelbagaian pelajar dalam usaha meningkatkan pencapaian pelajar dalam matematik. daerah. Mohd Kidin dan Jamil 2007). mereka juga cuba menyelesaikan masalah dalam kelas. adalah dalam membuat penilaian secara lisan. Dalam usaha untuk meningkatkan pencapaian matematik beberapa perkara perlu diselidiki. guru boleh membuat refleksi awal sebelum pengajaran. ditambah pula dengan pengajaran dalam Bahasa Inggeris yang memerlukan kecekapan dan kefasihan berbahasa bagi kedua-dua pihak iaitu sama ada pelajar atau pun gurunya. seperti yang ditegaskan oleh Norlia dan Jamil (2008). Guru-guru yang efektif adalah mereka yang membuat persediaan yang lebih awal tentang proses pengajaran yang akan disampaikan dan bukanlah semata-mata semasa sesi pengajaran sedang berjalan. Berdasarkan kepada perkara-perkara tersebut di atas. Bagi seorang guru yang mempunyai sifat yang positif setiap cabaran dijadikan sebagai peluang bagi mereka untuk mempertingkatkan pengajaran dan memajukan diri mereka sendiri. Setiap pembelajaran akan mengubahkan tingkah laku dan sikap pelajar. pengajaran guru di dalam bilik darjah sememangnya mudah tidak diberi perhatian oleh pelajar kecuali guru membuat sesuatu untuk membetulkan keadaan ini.SEMINAR KEBANGSAAN PENDIDIKAN SAINS DAN MATEMATIK   11 – 12 OKT 2008  Kecekapan guru dalam pengetahuan kandungan pedagogikal adalah sangat penting di samping penggunaan bahasa yang tersusun bagi mengelakkan pelajar daripada membuat andaian atau miskonsepsi terhadap apa yang mereka ajar (Tikunoff 1983). we are not expected to know what our students are thinking of the concepts we introduce in class but we have to probe and identify the misconceptions that needs to be corrected. sentiasa bertanggungjawab dan melakukan penilaian kendiri dalam proses pengajaran dan pembelajaran (Norlia. pelajar masih belum dapat mengukuhkan konsep matematik yang diajar oleh guru. Tujuan menganalisis soalan-soalan ini adalah sebagai satu tindakan refleksi untuk membekalkan maklumat kepada guru tentang pembelajaran yang pelajar terima daripada guru. teachers need to encourage an environment where it is OK to be wrong. Universiti Teknologi Malaysia & Jabatan Pendidikan Negeri Johor  2 . menganalisis soalan ujian dan juga menyemak buku latihan pelajar. Guru-guru yang reflektif mendalami segala isu dalam kelas. Adakah guru dapat memeriksa dan mengenalpasti miskonsepsi pelajar yang terus berlaku dan menebal sehingga mereka melanjutkan pelajaran ke peringkat menengah? Dalam profesion perguruan. guru berdepan dengan pelbagai cabaran sama ada dari dalam bilik darjah mahupun dari pihak atasan iaitu sama ada pihak pengurusan sekolah. Dalam kajian yang telah dijalankan oleh Norlia dan Jamil (2008). Secara terang perubahanperubahan dalam pembelajaran matematik dapat dilihat melalui kerja-kerja penyelesaian masalah matematik dalam buku pelajar. Untuk menjayakan proses pengajaran dan pembelajaran. As teachers. Guru berjaya mengajar matematik dalam Bahasa Inggeris kepada pelajar yang mempelajari Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua dengan mempelbagaikan kaedah penyampaian mereka dan mereka berjaya juga untuk mengekalkan perhatian pelajar dalam kelas. jabatan atau kementerian. Guru-guru yang bertindak sebagai pengamal yang reflektif dan kritikal membantu pelajar mereka belajar dengan tenang dan mudah. In order to promote mathematics learning in class. kerja kumpulan. Antaranya.

SEMINAR KEBANGSAAN PENDIDIKAN SAINS DAN MATEMATIK   11 – 12 OKT 2008  beberapa dapatan dan pandangan tentang pemilihan kaedah jawapan mereka. Analisis ini adalah daripada jawapan pelajar sekolah rendah Tahun 5 yang diperolehi pada awal tahun ini. Universiti Teknologi Malaysia & Jabatan Pendidikan Negeri Johor  3 . Dapatan Analisis Dokumen. Analisis soalan 1 Anjuran Bersama: Persatuan Pendidikan Sains Dan Matematik Johor.Buku latihan pelajar Tahun 5 Contoh 1 Jadual 1. Fakulti Pendidikan.

Analisis soalan 2 Anjuran Bersama: Persatuan Pendidikan Sains Dan Matematik Johor.SEMINAR KEBANGSAAN PENDIDIKAN SAINS DAN MATEMATIK   Contoh 1&2 Perkara Dari segi bahasa ‘In each box’ ‘All together’ Analisis/Komen 11 – 12 OKT 2008  Pelajar tidak memahami bahawa soalan menyatakan ‘dalam satu kotak’ Pelajar tidak memahami istilah all together dalam bahasa Inggeris. Pada mereka all together hanya melibatkan proses kira campur (miskonsepsi bahasa) Pelajar terus membuat kiraan tanpa memikirkan langkah kerja yang sesuai untuk penyelesaian masalah iaitu dengan menggunakan 4 langkah dalam Model Polya. Fakulti Pendidikan. Universiti Teknologi Malaysia & Jabatan Pendidikan Negeri Johor  4 . Langkah kerja Contoh 2   Jadual 2.

Pembetulan yang dibuat juga berlaku kesilapan pengiraan. Anjuran Bersama: Persatuan Pendidikan Sains Dan Matematik Johor.SEMINAR KEBANGSAAN PENDIDIKAN SAINS DAN MATEMATIK   Contoh 2 Perkara 11 – 12 OKT 2008  Analisis/Komen Kefahaman yang serupa berlaku kepada pelajar ini. Analisis soalan 3 Contoh 3 Perkara Operasi kiratolak Analisis/Komen Soalan a dan b pelajar telah memperolehi jawapan kerana secara kebetulan setiap nombor boleh ditolak dengan mudah. pelajar mengalami kekeliruan. Proses pinjaman tidak dapat dilaksanakan. Contoh 3   Jadual 3. Universiti Teknologi Malaysia & Jabatan Pendidikan Negeri Johor  5 . Bagi c) pelajar tidak memperolehi jawapan walaupun telah menyusun semula nombor mengikut urutan besar kepada kecil. Pelajar menyamakan pengiraan operasi kiratolak dengan kiratambah. Pelajar salah konsep dalam melaksanakan pengiraan bagi operasi kiratolak. Fakulti Pendidikan. Semakan dan pembetulan hanya dibuat oleh rakan sebaya atau kemungkinan besar pelajar sendiri yang membuat semakan dan pembetulan.

Fakulti Pendidikan. Analisis soalan 4 Contoh 4 Perkara Operasi kiratolak Analisis/Komen Dapatan yang serupa didapati bagi operasi kiratolak di mana algorithm pengiraan adalah satu kesilapan yang besar. Bagi soalan berbentuk penyelesaian masalah. Bagi c) kiraan salah tetapi tidak dipangkah salah. Pelajar yang menyemak buku rakannya tidak mengetahui cara untuk memastikan sama ada jalankerja rakannya betul atau pun salah. Universiti Teknologi Malaysia & Jabatan Pendidikan Negeri Johor  6 . Contoh 5 Anjuran Bersama: Persatuan Pendidikan Sains Dan Matematik Johor. pelajar tidak menulis kefahaman mereka setelah membaca soalan.SEMINAR KEBANGSAAN PENDIDIKAN SAINS DAN MATEMATIK   Contoh 4 11 – 12 OKT 2008  Jadual 4. Pelajar memahami kaedah menjawab soalan walau bagaimanapun telah berlaku kesilapan konseptual di mana pengiraan digunakan cara memanjang ke bawah.

Contoh 6 Jadual 6. Universiti Teknologi Malaysia & Jabatan Pendidikan Negeri Johor  7 . Analisis soalan 5 Contoh 5 Perkara Soalan masalah berbentuk Analisis/Komen Pelajar tidak dapat menjawab kiraan tolak dengan betul dan rakan pelajar telah menulis pembetulan jawapan di sebelah.SEMINAR KEBANGSAAN PENDIDIKAN SAINS DAN MATEMATIK   11 – 12 OKT 2008  Jadual 5. Pelajar tidak memahami soalan berayat dalam Bahasa Inggeris dan kemudiannya tidak memahami konsep kiratolak di mana nombor besar ditolak daripada nombor kecil. Fakulti Pendidikan. Analisis soalan 6 Anjuran Bersama: Persatuan Pendidikan Sains Dan Matematik Johor.

SEMINAR KEBANGSAAN PENDIDIKAN SAINS DAN MATEMATIK   Contoh 6 Perkara Soalan masalah berbentuk Analisis/Komen 11 – 12 OKT 2008  Pelajar tidak mengenalpasti maklumat yang di beri dan tidak memahami soalan berayat dalam Bahasa Inggeris. Fakulti Pendidikan. Kira tolak dijalankan untuk mencari apakah baki sahaja.dengan itu pelajar menulis jumlah roti sebagai 268501). Contoh 8 Anjuran Bersama: Persatuan Pendidikan Sains Dan Matematik Johor. Universiti Teknologi Malaysia & Jabatan Pendidikan Negeri Johor  8 . Tidak dapat kelihatan penulisan langkah kerja tentang kefaham pelajar berhubung dengan masalah yang perlu diselesaikan. Analisis soalan 7 Contoh Perkara 7 Penyelesaian masalah pembekalan roti Analisis/Komen Pelajar tidak mengetahui tentang angka sebenar bilangan roti (termasuk dalam pengiraan l iaitu huruf pertama bagi loaves. Contoh 7 Jadual 7. Pelajar juga membuat kesilapan dari segi pengiraan roti untuk satu bulan bagi bulan Julai.

SEMINAR KEBANGSAAN PENDIDIKAN SAINS DAN MATEMATIK   11 – 12 OKT 2008  Jadual 8. Tidak dapat menulis six tenths sebagai perpuluhan 6 sebaliknya sebagai 06. Fakulti Pendidikan. Analisis soalan 8 Contoh Perkara 8 Perpuluhan Analisis/Komen Pelajar tidak dapat menghubungkan konsep pecahan kepada perpuluhan.10 10 Contoh 9 Anjuran Bersama: Persatuan Pendidikan Sains Dan Matematik Johor. Universiti Teknologi Malaysia & Jabatan Pendidikan Negeri Johor  9 .

4 10 9 atau atau kepada bentuk yang lebih 8 6 9 Contoh 10 Write these numbers in order of sizes.625 0.3753 0. ada juga pelajar yang menganggap perpuluhan sebagai nombor bulat.SEMINAR KEBANGSAAN PENDIDIKAN SAINS DAN MATEMATIK   Jadual 9.625 0. pecahan nombor bercampur. Kesilapan berulang menunjukkan bahawa kekeliruan dari segi pengetahuan konseptual dan bukan pengetahuan procedural.25 hanya nilai puluh sahaja. Analisis soalan 10 Contoh Perkara 10 Menyusun nombor perpuluhan dari kecil ke besar Analisis/Komen Pelajar memilih 0.125 0.625 dan seterusnya.25 dan yang paling besar ialah 0.25 lebih kecil daripada 0.125 memasuki nilai ratus manakala 0.25 0.625.3753 sebagai nombor perpuluhan terkecil kerana nombor ini paling jauh dari 0.3753 sebagai nilai yang terkecil: pemilihan 0.25 0.125 kerana 0. Universiti Teknologi Malaysia & Jabatan Pendidikan Negeri Johor  10 . from smallest to largest: 1/2 3/8 5/16 5/8 1/4 Answer: Smallest 5/16 3/8 5/8 ¼ ½ Largest Anjuran Bersama: Persatuan Pendidikan Sains Dan Matematik Johor. from smallest to largest: 0.125 0.5 Largest Jadual 10. Ada yang mengatakan bahawa nombor paling kecil ialah 0.3753 0.pecahan tak wajar.5 dan kerana lebih banyak nombor dalam perpuluhan ini. Analisis soalan 9 Contoh Perkara 9 Pecahan 11 – 12 OKT 2008  Analisis/Komen Dapat dikenalpasti bahawa pelajar kurang memahami tentang konsep pecahan. Contoh 11 Write these fractions in order of sizes.5 Answer : Smallest 0. Ini diikuti oleh 0. Pelajar tidak dapat menurunkan mudah. 0. Selain daripada itu. Fakulti Pendidikan.

Perkara-perkara yang perlu dikemukakan dalam perbincangan ini adalah seperti berikut: a) didapati bahawa buku pelajar yang dianalisis tidak disemak oleh guru matematik mereka. Fakulti Pendidikan. Pelajar mempunyai kefahaman konseptual yang sangat rendah tentang tajuk-tajuk yang diajar oleh guru. Kesimpulan Secara keseluruhan dua jenis soalan yang telah dianalisis daripada beberapa tajuk Tahun 5. pelajar telah menunjukkan bahawa mereka tidak dapat membina konsep yang betul seperti dalam menjawab soalan-soalan kira tolak dan beberapa soalan-soalan pecahan dan perpuluhan yang telah dianalisis. Dapatan ini menunjukkan bahawa sama ada pelajar mempunyai gerak hati (intuition) mereka sendiri dalam menjawab soalan matematik atau pun pendekatan pengajaran guru dalam memupukkan konsep matematik dalam minda pelajar tidak kesampaian. Pelajar melihat penyelesaian sebagai mencari jawapan berapa keping kek akan diperolehi sekiranya di potong kepada 8 bahagian dan seterusnya. Analisis secara mendalam mendapati beberapa kelemahan yang ketara.. Dalam soalan berayat matematik. Ini ditambah pula dengan ketidakcekapan dalam bahasa yang digunakan dalam soalan yang diberi. Kelemaham ini mungkin berasal daripada kelemahan pelajar itu sendiri atau pun berlaku kerana pendekatan pengajaran guru yang tidak menekankan kepada pembinaan konsep. Perkataan seperti ’. dapat dikenalpasti bahawa pelajar tidak memahami Bahasa yang digunakan dalam soalan-soalan yang berbentuk ayat matematik... Guru tidak membekalkan Anjuran Bersama: Persatuan Pendidikan Sains Dan Matematik Johor. Pendekatan pengajaran guru tidak berjaya untuk mencabar gerak hati atau andaian pelajar yang salah dan ini menyebabkan peningkatan miskonsepsi dalam kalangan pelajar menahan pembinaan kekangan tambahan bagi pelajar dalam menjawab soalan kerja rumah mereka. Beberapa perkara perlu dibincangkan setelah jawapan pelajar dianalisis. How many are there all together?’dan pecahan six tenths….. Analisis soalan 11 Contoh Perkara 11 Menyusun pecahan dari kecil ke besar 11 – 12 OKT 2008  Analisis/Komen Sebab 5/16 adalah lebih kecil daripada 1/2.. Dapatan menunjukkan bahawa masalah yang dihadapi oleh pelajar adalah perkara yang serius. Pembetulan kepada soalan-soalan yang dibuat oleh pelajar tidak dibuat secara teratur. c) Analisis daripada setiap soalan telah dibincangkan dalam Jadual 1 hingga Jadual 11.10. kalau memotong kek kita akan dapat 16 keping kecil berbanding kalau kita memotong kek kepada 2 bahagian.There were 56 oranges in each box.. tidak dapat dilihat pemikiran atau perancangan awal yang dibuat oleh pelajar tentang kefahaman mereka tertulis dalam buku latihan sebelum mereka menjalankan pengiraan. Pelajar tidak memahami soalan yang dibentuk dalam Bahasa Inggeris. b) Secara khusus. Secara amnya pengetahuan pelajar adalah sangat terbatas dalam mempelajari matematik.. Universiti Teknologi Malaysia & Jabatan Pendidikan Negeri Johor  11 .. Pembetulan adalah dibuat oleh rakan pelajar yang menyemak buku mereka. Nombor pada numerator tidak diambil kira dalam penentuan susunan ini. Apabila menjawab soalan-soalan matematik secara terus. Ditafsirkan sebagai 06.. Ini menjadi satu halangan bagi pelajar untuk menunjukkan jalan kerja yang betul.. Buku-buku ini telah disemak oleh rakan pelajar dalam kelas mereka. Kerja-kerja pembetulan oleh individu berkenaan tidak dipandang penting dalam membetulkan soalan yang salah. Soalan-soalan yang dibincangkan adalah soalan yang berbentuk penyelesaian matematik secara terus dan soalan yang berbentuk ayat matematik.SEMINAR KEBANGSAAN PENDIDIKAN SAINS DAN MATEMATIK   Jadual 11.

Dengan kepelbagaian sekolah dan pelajar. konsepsi dan miskonsepsi pelajar dari segi umur dan latar belakang mereka) e) mengetahui setiap orang pelajar dan gaya pembelajaran mereka Guru perlu sedar bahawa untuk menjadi seorang guru yang efektif bukan dengan sekelip mata tetapi harus mengharungi pelbagai cabaran dalam karier mereka. Fakulti Pendidikan. Penggunaan langkah-langkah penyelesaian seperti dalam Model Polya tidak dapat dikesan dalam jawapan pelajar.SEMINAR KEBANGSAAN PENDIDIKAN SAINS DAN MATEMATIK   11 – 12 OKT 2008  satu kaedah pengiraan yang sepatutnya diajar kepada pelajar dalam penyelesaian masalah berayat. guru berdepan dengan pelbagai kerenah dan ragam pelajar. Anjuran Bersama: Persatuan Pendidikan Sains Dan Matematik Johor. Untuk memudahkan setiap langkah dalam profesion ini. Universiti Teknologi Malaysia & Jabatan Pendidikan Negeri Johor  12 . dengan itu menimbulkan masalah dalam menyusun pecahan mengikut saiz d) pelajar tidak mempunyai kebolehan untuk memanjangkan pengetahuan mereka tentang operasi nombor kepada pecahan. Swafford & Findell 2001). Perkara yang sangat diharapkan dalam pengajaran matematik adalah kemahiran berfikir secara logik dan analitik serta memberi justifikasi kepada setiap langkah kerja yang ditunjukkan oleh pelajar (Ball & Bass 2003). Mengikut Schulman (1987). Perbincangan dapatan analisis jawapan pelajar terhadap soalan-soalan dari tajuk pecahan adalah selari dengan dapatan kajian yang dijalankan oleh Steve dan Olive pada tahun 2002. Perjalanan karier seorang guru menanti tindakan-tindakan yang berani daripada guru. Proses membaiki pembelajaran pelajar bergantung kepada kebolehan guru matematik yang mengajar mereka. Walau pun pelajar membawa pengetahuan matematik bersama mereka ke dalam kelas. guru haruslah sentiasa mempunyai sifat yang positif dan bersemangat untuk melihat dan mereflek pengajaran mereka demi meningkatkan kefahaman pelajar (Kilpatrick. Guru perlu bersikap inovatif dan kreatif untuk menjadikan setiap cabaran menjadi peluang untuk kerjaya mereka. Tidak terdapat sebarang perancangan awal seperti peta minda atau catatan ringkas sebelum proses pengiraan dilakukan. kebanyakan ilmu matematik yang mereka pelajari adalah di sekolah dan bergantung kepada siapa yang mengajar mereka. Pelajarpelajar kita yang mempelajari Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua sudah pasti berdepan dengan pelbagai masalah untuk memahami pengajaran guru. Analisis jawapan yang didapati adalah seperti berikut iaitu: a) para pelajar tidak dapat mengecam bahawa denominator yang besar menunjukkan pecahan yang kecil b) pelajar memahami bahawa denominator membahagikan sesuatu nombor tetapi mereka tidak mengetahui bahawa denominator membahagikan mengikut saiz yang sama besar c) pelajar tidak mempunyai visi yang jelas tentang saiz sesuatu pecahan. terdapat beberapa kategori pengetahuan yang diperlukan untuk menyampaikan pengajaran dalam kelas iaitu termasuk: a) pengetahuan kandungan matematik b) pengetahuan pedagogi secara am seperti pengurusan bilik darjah dan strategi-strategi pengajaran c) pengetahuan tentang kurikulum serta penilaian d) pengetahuan kandungan pedagogi iaitu kaedah-kaedah pengajaran mata pelajaran supaya ia mudah difahami oleh orang lain. Tambahan pula pada ketika ini apabila pengajaran disampaikan dalam Bahasa Inggeris. guru matematik perlu lebih berwaspada dalam setiap proses pengajaran kerana boleh berlaku miskonsepsi dari segi bahasa. (memahami tentang kelemahan dan kekuatan pelajar. Bukan secara automatis guru-guru boleh mengajar dengan berkesan. Para pelajar sepatutnya digalakkan membuat gambaran ringkas untuk membina kefahaman apabila melaksanakan perancnagan kerja mereka.

Jamil Ahmad. 1983. Division of Behavioral and Social Sciences and Education. 1987. Ini adalah kerana miskonsepsi bukan dapat dibetulkan dengan cara latih tubi atau drill tetapi ia perlu diselidiki secara mendalam bagaimana miskonsepsi itu berlaku. McDermott. Setiap miskonsepsi atau pun kesilapan pelajar akan dapat diperbetulkan bersama oleh guru dan pelajar. Mathematics Learning Study Committee. & Spanos. J. D. Teaching mathematics in the multicultural classroom. J. 2001. Findell. 2003. Fakulti Pendidikan. Resnick. 57. Jamil Ahmad. Adding it up: Helping children learn mathematics. L. 2007. 1991.gov/contentdelivery/servlet/ERICServlet?accno=ED317086 Shulman. (ERIC Document Reproduction Service No. J. 26-27 August 2008. Research in science and technological Education. Short.. Making mathematics reasonable in school. Champagne. G. 2002. & Olive. Guru yang membenarkan pelajar untuk membincangkan tentang mengapa berlakunya kesilapan konsep atau kesilapan pengiraan akan dapat menghasilkan pembelajaran yang lama dan kekal dalam minda pelajar.. Center for Education. Availableonline: http://www. In D. Norlia Goolamally. Melbourne. R.E. Guru seharusnya berhenti seketika dan reflek tentang apa yang berlaku dalam sesi pengajaran mereka.SEMINAR KEBANGSAAN PENDIDIKAN SAINS DAN MATEMATIK   11 – 12 OKT 2008  Sekiranya guru sentiasa berhati-hati dan bertanggungjawab dalam setiap tindakan yang mereka lakukan. H. 37: 2432 MacGregor. Research on conceptual understanding of physics. Physics today. 1989. Marriot Hotel. Action Research: Creating Connections Within The Classroom Practice. Universiti Teknologi Malaysia & Jabatan Pendidikan Negeri Johor  13 . J. Swafford.Gunstone. Proceedings International Conference Asian Association of Open Universities (AAOU) 2007. Science. Harvard Educational Review.ed. Putrajaya. Knowledge and teaching: Foundations of the new reform. Steffe.L. Australia: University of Melbourne. 27-44). Anjuran Bersama: Persatuan Pendidikan Sains Dan Matematik Johor. L.R. Putrajaya. & Moore.A. P. Limited English proficiency students and misconception in Mathematics: A case study. Reston: VA: national Council for Teachers of Mathematics.B.. L. D. L. Mohd Kidin Shahran.2November 2007 Marriot Hotel. Pembetulan miskonsepsi hanya akan berjaya sekiranya guru dapat menembusi setiap miskonsepsi pelajar yang sudah menjadi satu kepercayaan kepada pelajar. 1(2):173-183. (1984). Naive knowledge and science learning. & Klopfer. DC: National Academy Press. 1-22. The problem of fractions in the elementary school. Norlia Goolamally. L. ED317086). 30 October. Perbincangan secara terbuka tentang kesilapan yang pelajar lakukan dapat membantu setiap orang pelajar dalam kelas. M. A research companion to Principles and Standards for School Mathematics (ms. 1983. & Bass. Washington. mereka akan dapat membantu pelajar dalam proses pembelajaran matematik.E. Proceedings International Conference on the education of learner diversity (ICELD) 2008. B.S. Rujukan: Ball. Guru yang berjaya memulihkan pelajar daripada berlakunya miskonsepsi secara berterusan bukan sahaja membantu pelajar dalam pembelajaran tetapi mereka juga memudahkan urusan pengajaran dan pembelajaran dalam kelas mereka. 2008.eric. 220:477-478. Mathematics and science learning: A new conception. ERIC Digest. DC: ERIC Clearinghouse on Language and Linguistics. Teaching mathematics to limited English proficient students. Kilpatrick. Washington.

Universiti Teknologi Malaysia & Jabatan Pendidikan Negeri Johor  14 . Reston. 128-132). 1985. Fakulti Pendidikan. Applying significant bilingual instruction in the classroom.) Putting research into practice in the elementary grrades: Readings from Journals of the National Council of Teachers of Mathematics (pp. Anjuran Bersama: Persatuan Pendidikan Sains Dan Matematik Johor.SEMINAR KEBANGSAAN PENDIDIKAN SAINS DAN MATEMATIK   11 – 12 OKT 2008  Chambers (Ed. VA: The NCTM. Rosslyn: National Clearinghouse for Bilingual Education. W. Tikunoff.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful