LANGKAH-LANGKAH UNTUK MENGURANGKAN KEMALANGAN JALAN RAYA

Kemalangan jalan raya yang disebabkan oleh salah laku jalan raya akan akan membawa kerugian besar kepada masyarakat dan negara. Oleh kerana itu pihak yang berkenaan seharusnya mengambil tindakan untuk mengatasi masalah ini. Secara pokoknya, masalah salah laku jalan raya merupakan satu masalah yang berpunca daripada sikap pemandu jalan raya. Bertolak dari situ maka saluran penyelesaian masalah salah laku boleh berbunyi “3 P” iaitu * Pendidikan * Perundangan * Penyelidikan Huraian mengenai ketiga-tiga pekara ini adalah seperti berikut. PENDIDIKAN Oleh kerana masalah salah laku jalan raya merupakan satu masalah sikap, maka pendidikan memainkan peranan yang terpenting untuk membentuk sikap pengguna yang baik dan sekali gus mengelakkan berlakunya salah laku jalan raya. Untuk tujuan mengurangkan masalah salah laku jalan raya, pengguna jalan raya harus dididik supaya mempunyai kesedaran keselamatan jalan raya, dan juga mempunyai sahsia diri yang betul sebagai seorang pengguna jalan raya. Pendidikan untuk mengurangkan salah laku jalan raya perlu dilaksanakan dari semasa ke semasa iaitu sebelum seseorang itu menjadi pemandu, semasa dia menerima latihan pemandu dan setelah dia sah menjadi pemandu. Maka pendidikan ini boleh disampaikan melalui tiga saluran iaitu: * melalui sekolah dasar dalam matapelajaran moral, * melalui sekolah memandu * melalui komunikasi awam seperti televisyen. Secara lebih khusus lagi, fungsi yang dimainkan oleh pendidikan moral di sekolah untuk mengurangkan salah laku jalan raya ialah memberikan pendidikan moral yang dasar supaya ia akan diterapkan dalam penggunaan jalan raya. Contohnya, pelajar boleh menerapkan prinsip hormat-menghormati yang dipelajari dalam sekolah ke dalam penggunaan jalan raya dengan sentiasa menghormati hak pengguna jalan raya yang lain. Bagi sekolah memandu ia boleh memainkan fungsi dalam pekara ini dengan memberikan pendidikan memandu yang lebih berkhusus dan membentuk sahsiah diri yang betul, khusus bagi seorang pemandu. Manakala bagi komunikasi awam pula ia berperanan untuk mengingatkan pengguna jalan raya mengenai moral jalan raya dari semasa ke semasa.

PERUNDANGAN Perundangan merupakan satu langkah yang penting untuk menyelesaikan masalah salah laku jalan raya. Tanpa perundangan, pemandu-pemandu yang jahat dan “tidak masuk ajar” akan terus mengancam keselamatan jalan raya. Perundangan termasuk dua bahagian yang besar iaitu: * Pembentukan undang-undang * Penguatkuasaan undang-undang Pembentukan undang-undang merupakan asas kepada perundangan. Undang-undang yang dibentuk seharusnya mempunyai kesan psikologi ke atas pengguna jalan raya yang jahat dan praktikal pula kepada pihak polis untuk dilaksanakan. Dengan ada undangundang yang membawa hukuman yang menakutkan maka sebahagian besar pengguna jalan raya akan takut terlibat dalam salah laku. Bagi sekelintir kecil pengguna jalan raya yang keras kepala dan mengancam keselamatan awam maka dibawah undang-undang ia boleh dihalang untuk terus demikian dengan mekanisme kepenjaraan. Undang-undang tidak akan sempurna sekiranya ia tidak dilengkap dengan penguatkuasaan undang-undang. Penguatkuasaan yang baik sememangnya boleh meningkatkan kewibawaan undang-undang dan kesannya terhadap keselamatan awam. Untuk itu pihak berkuasa haruslah dilengkapi dengan pelbagai kemudahan. PENYELIDIKAN Penyelidikan tidak boleh menyelesaikan masalah salah laku jalan raya secara langsung. Tetapi ia boleh membantu kita menyelesaikan masalah ini dengan lebih baik dalam jangka masa yang panjang. Secara kasarnya penyelidikan yang harus dibuat untuk menyelesaikan masalah salah laku jalan raya adalah di bawah bidang seperti di bawah. * Ilmu kaji kejenayahan (criminology) * Pengurusan jalan raya Ilmu kaji kejenayahan penting untuk kita memahami salah laku jalan raya yang berat seperti keganasan jalan raya. Dengan pemahaman yang lebih mendalam mengenai pekara ini maka, adalah lebih mudah untuk kita menyelesaikan masalah ini. Pengurusan jalan raya merupakan satu bidang yang luas. Ilmu ini diyakini boleh membantu mengurangkan salah laku pemandu kerana dengan adanya sistem trafik yang terurus, maka tekanan jiwa para pemandu akan menjadi kurang dan seterusnya salah laku mereka juga akan kurang. [sunting] Kesimpulan

Salah laku jalan raya merupakan pekara yang berkaitan dengan sikap pengguna jalan raya. Dari segi etika pekara ini berpunca daripada keperibadian pengguna jalan raya yang buruk, penyusunan tatatingkat nilai yang bermasalah dan juga pelbagai masalah psikologi yang memecahkan benteng moral pemandu. Bagi menyelesaikan masalah salah laku jalan raya, pihak yang berkenaan seharusnya tidak mengambil pendekatan penyelesaian mudah seperti berkempen. Sebaliknya, pihak berkenaan seharusnya mengambil pendekatan menyeluruh seperti mengambil pendekatan “ 3 P”, iaitu pendidikan, pengundangan dan penyelidikan. Akhir sekali, pengguna jalan raya disaran supaya lebih berbudi bahasa dan sentiasa mengelakkan diri daripada terlibat dalam salah laku jalan raya.

FAKTOR-FAKTOR YANG MENYEBABKAN KEMALANGAN JALAN RAYA
Salah laku jalan raya Salah laku jalan raya bermaksud tindak tanduk pengguna jalan raya yang salah, dan mungkin membawa kepada kemalangan jalan raya. Dalam konteks etika salah laku jalan raya biasanya berkait dengan sikap pengguna jalan raya dan bukan kemahiran pengguna jalan raya itu sendiri. Salah laku jalan raya merupakan sesuatu yang mengancam keselamatan jalan raya. Terdapat kajian yang mengatakan bahawa faktor manusia merupakan faktor tunggal dalam 57% daripada kemalangan jalan raya. Daripda itu, masalah ini haruslah diberi perhatian daripada pelbagai pihak. Kecuaian memandu Kecuaian memandu bermaksud kelalaian atau ketidakberhati-hatian yang dilakukan semasa memandu. Perkara ini merupakan satu salah laku kerana perlakuan ini boleh menyebabkan kecelakaan kepada diri pemandu itu sendiri dan juga kepada pengguna jalan raya yang lain. Maka dari etika teleologi, perlakuan ini menepati kriteria sebagai satu kesalahan kerana ia membawa kepada lebih keburukkan daripada kebaikan Kecuaian memandu secara kasarnya berlaku daripada tiga punca, iaitu: * Tekanan jiwa * Memandu sambil buat kerja lain * Kemabukan Tekanan jiwa boleh menyebabkan seseorang itu tidak dapat menumpukan perhatian kepada kerja memandu. Dalam keadaan ini, minda si pemandu itu mungkin dipenuhi oleh pemikiran mengenai masalah yang menrunsingkan sehinggakan si pemandu itu tidak dapat menumpukan perhatian kepada kerja memandu. Maka dengan itu, kemalangan

jalan raya mungkin akan berlaku. Contohnya, seorang pemandu yang sedang runsing fikirannya mungkin tidak sedar bahawa kerata depannya sudah berhenti dan terus langgar. Di sini mungkin ada yang mengatakan bahawa orang yang mencetuskan kemalangan jalan raya atas sebab tekanan jiwa, seharusnya tidak perlu menanggung tanggungjawab moral, kerana ini kemalangan tidak berlaku atas niat pemandu itu sendiri. Pekara ini mungkin benar dari segi etika deontologi Kant. Tetapi dari sudut yang lain, si pemandu masih boleh dianggap bersalah kerana membiarkan dirinya memandu dalam keadaan tertekan dan berbahaya sehinggalah menyebabkan berlakunya kecelakaan. Di sini menunjukkan masih terdapat ruang untuk si pemandu untuk berusaha bagi mengelakkan berlakunya kemalangan. Malah, dalam kursus memandu itu sendiri telah dimaklumi bahawa harus mengelakkan memandu dalam keadaan tekanan jiwa. Memandu sambil buat kerja lain merupakan satu bentuk kecuaian memandu. Kerja-kerja yang biasanya dibuat bersambil memandu termasuklah bersembang, makan, merokok, mendengar radio, membaca SMS, malah menulis SMS. Perlakuan ini adalah sangat bahaya terutama bagi perlakuan membaca dan menghantar SMS semasa memandu. Kerja-kerja di atas walaupun tidak memerlukan banyak penumpuan tetapi ini tidak bermaksud ia boleh dilakukan semasa memandu kerana ia sedikit sebanyak akan menjejaskan tumpuan pemandu. Memandu sebenar penuh dengan pekara luar dugaan. Contohnya, anda mungkin tidak dapat menduga bahawa terdapat sebuah kereta keluar daripada lorong tepi sehingga menghalang laluan anda. Sekiranya pekara ini berlaku semasa anda membaca SMS, maka kemungkinan besar anda akan terus langgar kereta itu. Alasan yang biasanya diberikan oleh pemandu untuk memandu sambil buat kerja lain termasuklah terlalu bosan, kesuntukkan masa dan kecemasan. Walaupun alasan-alasan ini mempunyai lojiknya sendiri tetapi perlakuan mereka ini tetap menyalahi prinsip moral. Pemberian alasan sedemikian sebenarnya menunjukkan bahawa terdapat masalah hirarki nilai dalam diri mereka. Dalam konteks ini, pemandu-pemandu tersebut tidak meletakkan nilai keselamatan di atas nilai-nilai yang lain. Contohnya bagi mereka yang memberi alasan “kesuntukkan masa” bagi memandu sambil bercakap telefon sebenarnya telah meletakkan nilai ekonomi di atas nilai keselamtan. Memandu dalam keadaan mabuk nyata satu kecuaian yang besar. Lebih-lebih lagi perlakuan ini adalah salah dari segi undang-undang. Perlakuan ini adalah sangat bahaya kerana orang yang mabuk tidak berakal malah tidak sedar diri. Pemandu yang memandu dalam keadaan mabuk sebenarnya adalah salah dari segi moral kerana bersikap tidak bertanggungjawab. Di sini tiada banyak pertikaian mengenai tanggungjawab moral yang ditanggung oleh pemandu mabuk kerana ternyata mereka adalah salah. [sunting] Memandu secara terburu-buru Memandu secara terburu-buru bermaksud memandu dalam gaya yang cepat dan bergegas-gegas. Pekara ini boleh ditafsir sebagai satu kesalahan mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 iaitu “memandu secara melulu dan berbahaya

tetapi tindakan mereka itu tidak mempunyai sebarang nilai keselamatan. Adalah sukar menerangkan mengapa manusia itu menikmati kelajuan kenderaan. tidak berpanjangan malahan dapat memudaratkan nyawa diri mereka serta pengguna jalan raya yang lain. Keperibadian mereka sebenarnya telah tercemar oleh sikap buruk seperti di bawah: * Menunjuk-nunjuk * Kecetekan melayan nafsu sensasi * Tidak menghargai nyawa Semua pemandu yang memandu secara terburu-buru sebenarnya sedikit sebanyak mempunyai sikap menunjuk-nunjuk ini. Sikap tidak menghargai nyawa merupakan satu lagi sikap yang ditunjukkan oleh pemandu yang memandu secara terburu-buru. Cara memandu yang terburu-buru boleh mendatangkan keseronokkan dari segi sensasi. Walaupun tindakan mereka itu bukan bertujuan untuk membunuh orang. selera kasar. Peribadi mereka dikatakan cetek kerana mereka mengejar keseronokan yang merupakan sensasi fizikal. Pekara ini menunjukkan peribadi mereka mengahadapi kecetakkan dari segi melayan nafsu sensasi. sombong. Pemandu-pemandu yang memandu secara terburu-buru sedikit sebanyak bertujuan untuk menikmati kelajuan. Maka dari sudut ini. dapat dikatakan bahawa . Layanan mereka terhadap nyawa manusia secara demikian ternyata salah kerana nyawa manusia merupakan sesuatu yang harus dihargai dan dilindungi.hingga mengancam keselamatan pengguna jalan raya lain” dan boleh dihukum penjara hingga lima tahun atau denda minimum RM5. Tetapi agaknya “rasa kegentingan” itu satu kenikmatan bagi mereka yang memandu secara terburu-buru. Pekara ini perlu diselidik dengan lebih mendalam lagi secara psikologi. angkuh dan pongah. Mereka adalah terlalu kagum dengan kemahiran memandu mereka sehinggakan tidak tertunggu-tunggu untuk diperlihatkan oleh orang ramai. Malah ia adalah sangat berlawanan dengan sikap kesopanan yang biasanya didukung oleh masyarakat timur seperti Malaysia. Dengan kata lain mereka tidak berniat membunuh tetapi pada masa yang sama juga tidak berniat untuk menyelamatkan nyawa. Oleh itu. kertas kerja ini tidak akan menerangkan pekara ini secara lebih mendalam. Maka dari segi ini kita boleh mengatakkan bahawa sikap dan perlakuan mereka adalah tidak bermoral. Sikap menunjuk-nunjuk ini sebenarnya merupakan satu sifat kejahatan (vice). Ia sangat berkaitan dengan sifat-sifat keji seperti bongkak. Pemandu yang suka akan akan gaya memandu sedemikian biasanya menghadapi masalah dalam keperibadian diri mereka.000 atau kedua-duanya. Sikap ini terserlah juga dari segi kebiasaan mereka memasang muzik yang kuat semasa memandu serta kegemaran mereka mengubahsuai kereta kepada bentuk yang mongel. Perlakuan mereka seperti ini menunjukkan mereka tidak ternanti-nanti untuk meminta perhatian ramai. Mereka telah membiarkan nyawa manusia bergoyang-goyang antara hidup dan mati.

sebat malah hukuman bunuh. Pendapat beliau ini disokong dengan fakta bahawa bahawa pada tahun 1995. * Pada 25 Januari 2005. * Pada 25 Februari 2005. seorang jurutera MAS telah diparang mati oleh seorang samseng jalan yang membawa kereta mewah. Kesesakan jalan raya menyebabkan pemandu menjadi tidak sabar. Sebaliknya beliau mengatakan bahawa kesedaran perlindungan diri yang . tekanan jiwa seperti tekanan jiwa daripada perkerjaan dan kesesakkan jalan raya tidaklah merupakan punca berlakunya keganasan jalan raya. Untuk itu beliau telah mengalami kecederaan di bahagian lengan dan telah menerima rawatan jahitan luka sebanyak 100 jahitan. Prof Madya Dr Aminuddin Mohd Yusof. Biasanya pemangsa dalam kes keganasan jalan raya dikenali sebagai samseng jalan. seorang pemuda telah diserang orang dengan pisau seni lukis kerana beliau nyaris terlanggar orang yang berkenaan. terdapat 171 kes pembuli jalan raya yang dilaporkan kepada polis di Kuala Lumpur. cepat marah. Punca berlakunya keganasan jalan raya yang dapat dikesan sepanjang kajian ini adalah seperti berikut: * Tekanan jiwa * Kesedaran perlindungan diri yang melulu Menurut Pengerusi Pusat Pengajian Psikologi dan Pembangunan Manusia. * Pada 9 April 2003 di Gelang Patah. Contoh-contoh di atas menunjukkan bahawa keganasan jalan raya sememangnya lumrah di negara Malaysia. Univeristi Kebangsaan Malaysia (UKM). Katanya. seorang AJK pemuda UMNO telah dibunuh oleh samseng jalan * Pada 13 Februari 2005. pendapat mengenai tekanan jiwa itu sebagi punca utama berlakunya keganasan jalan raya tidak pula dipersetujui oleh pakar Psikologi Kejenayahan.memandu secara terburu-buru merupakan satu salah laku dari segi etika. Menurut beliau. Pekara ini merupakan satu jenayah yang berat dan boleh membawa hukuman penjara. seorang pemuda dari Balakong nyaris membunuh orang kerana ia menyerang orang dengan penukul besi.Contoh-contoh bagi kes keganasan jalan raya sejak 3 tahun lalu yang berlaku di Malaysia adalah seperti berikut: * Pada 8 April 2003 di Puchong seorang pemuda telah dibelasah kerana pihak berkenaan tidak puas hati akan tindakannya memotong kereta. tekanan akibat kesesakan jalan raya di bandar besar menjadi faktor penting yang melahirkan pembuli. agresif dan tidak dapat mengawal perasaan apabila berlaku perkara tidak diingini walupun berpunca dari kemalangan kecil. Encik Lok Jian Sin 骆建兴. Walau bagaimanpun. [sunting] Keganasan jalan raya Keganasan jalan raya merujuk kepada kegiatan mencederakan orang lain malah membunuh orang lain secara segaja dan sedar yang berlaku di antara pengguna jalan raya atas perselisihan yang berkaitan dengan masalah pengangkutan.

Tambahan lagi. orang bandar selalunya terlalu menjaga ruangan perlindungan (defensible space) sehingga ia terlalu sensitif akan sesiapa yang menembusinya. tradisi dan budaya yang ada sambil mereka meneruskan pembelajaran mereka. Ini diperkuatkan lagi dengan adanya teknologi dan peralatan bantuan pembelajaran yang canggih di sini. 06:13:31 TAMBAH INGATAN DAN TUMPUAN. Maka di sini kita boleh buat satu kesimpulan bahawa masalah keganasan jalan raya sebenarnya melibatkan masalah kebatinan yang agak rumit dan ini bukan satu masalah moral semata-mata. penduduk Malaysia yang berbilang kaum dan mesra memudahkan pelajar asing untuk mengenali lebih mendalam perihal berkaitan penduduk. Maka pemandu-pemandu itu akan senang bereaksi ganas kerana terlalu ingin untuk melindungi diri. serta beberapa cawangan kampus universiti luar negara yang tersohor. Selain itu keganasan jalan raya itu juga sangat berkaitan dengan sifat kejantanan dan sikap tunjuk kuasa yang ada pada kaum lelaki. Kini. para pelajar dan cerdik pandai dari serata dunia membentuk komuniti pelajar yang menyumbang pelbagai budaya dan bahasa di Malaysia. Salah satu sebab penting Malaysia menjadi destinasi pengajian pilihan utama ialah kadar sara hidup yang rendah serta tahap kualiti kehidupan yang tinggi. KURANGKAN STRES DENGAN EGENIUS Malaysia semakin terkenal di kalangan pelajar asing sebagai destinasi pilihan utama bagi pengajian tinggi dan lanjutan. Malaysia mempunyai lebih dari 600 institusi pengajian awam dan swasta yang menawarkan pengajian di tahap pra-universiti hingga tahap universiti.wikipedia. Terdapat juga beberapa buah institusi pengajian tinggi tempatan yang telah berjaya . Dalam keadaan ini.melulu adalah punca utama berlakunya keganasan jalan raya. December 2009. Ini termasuk institusi pengajian tempatan dengan gabungan pelbagai pusat pengajian luar negara.org/wiki/Salah_laku_jalan_raya No comments INSTITUSI PENDIDIKAN SEBAGAI PEMANGKIN SEKTOR PELANCONGAN Monday. Dipetik daripada Wikipedia http://ms. 28. Kelayakan yang diterima dari cawangan-cawangan seperti ini adalah setaraf dengan kelayakan yang diterima di kampus induk pusat pengajian tersebut.

beberapa buah pusat pengajian tinggi antarabangsa telah bergabung bagi mewujudkan program berkembar dengan institusi pengajian tinggi di Malaysia dan kini. institusi seperti Monash. Sebagai contoh. kos pembedahan pemintasan jantung (CABG) lazimnya adalah di antara USD6. PELANCONGAN KESIHATAN Kepakaran perubatan di Malaysia adalah antara yang terbaik di dunia dan kebanyakan hospital persendirian di negara ini mempunyai taraf dan kualiti yang diiktiraf antarabangsa. Kelebihan yang boleh diperolehi di Malaysia sekiranya mereka ingin menghabiskan tempoh pembelajaran ialah penjimatan kos pengajian tanpa menjejaskan kualiti pengajian. Malaysia mempunyai pilihan meluas bagi pengajian yang berkualiti tinggi pada kos yang amat berpatutan serta kursus-kursus yang ditawarkan telah diiktiraf antarabangsa. Antaranya termasuk perkhidmatan perubatan kritikal serta rawatan kosmetik dan pemulihan. Di Malaysia juga terdapat institusi pengajian tinggi berprestij yang telah lama bertapak seperti Universiti Malaya di Kuala Lumpur dan Universiti Sains Malaysia di Pulau Pinang. Caj perubatan dan kos penginapan hospital di sini amat kompetitif berbanding negara maju yang lain dan tahap kepakaran yang ada merupakan antara yang tertinggi di dunia.000. tetapi juga memberi peluang kepada mereka untuk menikmati percutian di destinasi yang paling indah dan mempesona di dunia. kini terdapat beribu pelajar dari lebih kurang 100 buah negara yang sedang belajar di institusi-institusi pengajian tinggi di Malaysia. . Hasilnya. Kesemua pusat perubatan di sini perlu mendapat kelulusan dan lesen dari Kementerian Kesihatan. Pelajar yang sedang membuat pertimbangan untuk belajar di Malaysia tetapi belum membuat sebarang keputusan berpeluang mengambil bahagian di dalam beberapa program pelancongan pelajar yang akan mendedahkan mereka kepada negara ini. Tambahan lagi. Program ini bukan sahaja berjaya membantu pelajar membuat keputusan mengenai pengajian mereka. Ini termasuk standard MS ISO9002 dan pengiktirafan Kualiti Kesihatan dari Persatuan Perubatan Malaysia (MSQH). mendekati penduduknya dan pilihan pusat-pusat pengajian tinggi yang ditawarkan.menempah nama di persada dunia seperti Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dan Universiti Multimedia. New Zealand dan United Kingdom. Nottingham dan lain-lain menawarkan pilihan kepada para pelajar untuk memilih samada menyempurnakan seluruh pengajian mereka di Malaysia atau di negara luar seperti Australia. Dengan berkembangnya reputasi Malaysia sebagai destinasi pilihan untuk penjagaan kesihatan dan rawatan perubatan.000 hingga USD7. semakin ramai pelawat tiba dari serata dunia mencari penawar untuk pelbagai masalah kesihatan.

Pakar perubatan di sini terdiri dari para profesional yang mempunyai kelayakan bertaraf antarabangsa dan dibantu oleh kakitangan separa-perubatan yang terlatih. Malaysia mempunyai segala-galanya. ia perlu dibuang jauh dari sudut pemikiran kita dan sebaliknya membina semangat “Malaysia Boleh” dari serba-serbi. Misalnya kereta. Malaysia sebenarnya telah banyak menghasil dan mengeluarkan pelbagai barangan serta produk sendiri. peti sejuk.Barangan elektronik seperti televisyen. kita perlu mengikis sikap ego yang sememangnya pun tidak menguntungkan. perkara yang paling menarik bagi pelawat yang menerima rawatan perubatan di Malaysia ialah tempoh rehat dan penyembuhan yang dihabiskan di sini. lawatan jangkamasa panjang menjadi pilihan menarik bagi pelawat asing.Mungkin sudah tiba masanya bagi rakyat kita tidak lagi mengagungkan barangan luar. malahan sesetengah produk keluaran negara kita dijamin lebih baik lagi. . malahan kenderaan keluaran negara kita telah banyak yang menembusi pasaran luar negara.Ini tidak termasuk barangan berasaskan kain seperti pakaian. lebih-lebih lagi kerana terdapat beberapa pusat perubatan di sini yang terletak berhampiran pantai atau kawasan pelancongan yang terkenal. Tambahan lagi.Terdapat pelbagai pilihan pusat perubatan persendirian yang lengkap dengan peralatan canggih dan pegawai perubatan yang berpengetahuan tinggi. Namun demikian. barangan keluaran tempatan kini sudah setanding dengan produk luar dari segi kualitinya. pengkateteran jantung dan MRI. Kesemua pusat perubatan ini dilengkapi kemudahan mengenalpasti dan merawat penyakit. kita telah merintis lebih awal industri automotif. Hidangan makanan disertakan dan kos penginapan hospital adalah berdasarkan tahap perkhidmatan yang diperlukan kerana ada pusat perubatan yang menawarkan khidmat pelayan persendirian dan jururawat sepenuh masa.Demikian juga sikap prejudis memandang rendah barangan tempatan. Sebut saja jenis produk. penghawa dingin dan kipas juga semakin banyak jenama buatan Malaysia membanjiri pasaran.Dalam menghadapi cabaran globalisasi. Kemudahan bermalam juga disediakan untuk pasangan atau teman pesakit. Pesakit berpeluang bersiar-siar dan menikmati aktiviti pelancongan sambil mereka menunggu tempuh untuk sembuh. antara lain termasuk bilik endoskopik. termasuk soal kualiti dan standard barangan sendiri. Kebanyakan hospital di Malaysia menawarkan pelbagai jenis pilihan penginapan dari yang selesa hingga yang mewah. pusat haemodialisis. Kemungkinan sesetengah pesakit lebih cepat sembuh jika mereka bersiar-siar atau mengambil masa untuk pergi membeli-belah! BELILAH BARANGAN BUATAN MALAYSIA Sebagai negara membangun. termasuk bilik persendirian dan bilik serangkai. Sebabnya. Lawatan ke tepi pantai boleh diatur. dengan kos perkhidmatan yang rendah serta taraf kehidupan yang tinggi di sini.

CARA-CARA UNTUK MENGGALAKKAN PEMBELIAN BARANGAN BUATAN MALAYSIA: Tindakan yang penting sebenarnya ialah perubahan dari segi mentaliti dan sikap orang kita sendiri. Cara seterusnya. Kedua. Seterusnya ialah peranan Media. Pihak media boleh memberi sokongan kepada kerajaan dalam usaha-usaha menerajui isu pembelian barangan buatan Malaysia. . ia akan mengelak aliran keluar wang negara ini. Jika rakyat Malaysia mengutamakan barangan buatan tempatan. Fomca dengan kerjasama semua gabungan persatuan pengguna di seluruh negara perlu mengumpul senarai bahan itu untuk diedarkan kepada pengguna. kita dapat menjimatkan RM1. Ini menunjukkan tahap kejayaan yang telah dicapai oleh kerajaan dan rakyat dalam pengeluaran barangan tempatan.Berikutan itu."Berikutan itu. Tabiat pembaziran dan berbelanja melebihi kemampuan pendapatan dikalangan rakyat negara ini yang turut menyimbang kepada penurunan ringgit disebabkan merek mudah memperolehi kemudahan kredit. ia membawa manfaat serampang dua mata kepada pelbagai pihak.Selagi sikap dan mentaliti tidak diubah dan kita terus mengagungkan barangan luar. Langkah yang dicadangkan di atas dapat membantu kerajaan menggalakkan rakyat membeli barang buatan tempatan. "Senarai itu boleh diperolehi daripada pelbagai sumber termasuk Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna.pelbagai jenis produk telah dihasilkan oleh pengusaha untuk menandingi produk luar negara. Lembaga Pemasaran pertanian Persekutuan (Fama) dan syarikat-syarikat terbabit yang mengeluarkan barangan berkenaan.9 bilion setahun untuk mengimport bahan itu.Rakyat Malaysai perlu mengutamakan barangan buatan Malaysia serta mengikis sikap prejudis terhadap barangan tempatan.Pertama. untuk beralih kepada barangan tempatan. pengguna dan rakyat perlu diberikan maklumat mengenai barangan buatan Malaysia dalam usaha membantu kerajaan mengatasi masalah kejatuhan nilai ringgit sekarang. terutama makanan. rakyat perlu mengubah tabiat berbelanja dengan mengamalkan tabiat berhemat dalam perbelanjaan seperti menabung untuk mengurangkan kesan hutang. Berikutan itu. rakyat perlu mengubah tabiat berbelanja. ia menggalakkan pembangunan industri tempatan yang berkaitan untuk menghasilkan produk lebih berkualiti dan berdaya saing. Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti). Dengan mengutamakan barangan tempatan. Pihak media perlu bersedia membantu kerajaan dalam usaha membangunkan semangat pembelian barangan buatan Malaysia daripada segi mengadakan halaman khas untuk berita-berita yang berkaitan barangan buatan malaysia. maka selagi itulah kita tidak dapat mengembangkan produk tempatan negara ini. Rakyat dan pengguna tempatan tidak diberikan maklumat lengkap serta tidak tahu mana satu barangan buatan tempatan atau diimport bagi memudahkan mereka membuat pilihan. serta kurang bergantung kepada produk import.

Di kawasan bandar. swasta dan rakyat perlu mengutamakan produk berteknologi tinggi rekaan anak tempatan bagi membolehkan reka cipta tersebut berkembang maju dan lebih berkualiti Usaha Kajian dan Pembangunan (Research and Development atau R&D) perlu diberi perhatian dan galakan oleh kerajaan dan swasta. Semua pihak. agensi kerajaan dan pihak swasta perlu memberikan keutamaan dan mengiktiraf pencipta tempatan yang menghasilkan produk berteknologi tinggi. hadiah-hadiah dan peruntukan berlu disediakan kepada para pengkaji untuk mengkaji dan menghasilkan produk ciptaan tempatan. Kesimpulannya. Jika bukan kita rakyat Malaysia yang mengutamakan dan memilih barangan buatan tempatan. Rakyat perlu memberi peluang dan galakan kepada anak. R&D tidak dapat berkembang jika hasilnya tidak diberi pengiktirafan dan kerelaan untuk mencuba pakai. Tetapi penduduk-penduduk di luar bandar serta kawasan dalaman terpaksa menghadapi masalah harga yang tinggi kerana kekurangan infrastruktur dan sistem pengedaran yang kurang efisien. sekto swasta dan NGO harus memainkan peranan masing-masing.anak tempatan dengan cara membeli serta menggunakan produk ciptaan mereka yang setanding dengan produk import. infrastruktur serta sistem pengedaran mempunyai implikasi besar ke atas harga barang tempatan. Justeru itu. Adalah malang bagi kita jika kita mendewa-dewakan barangan dari luar sedangkan barangan tersebut ada di negara kita. Pegawai kerajaan yang bertugas dalam agensi-agensi yang berkaitan pengeluaran. Diharapkan kempen belilah barangan buatan Malaysia ini dapat dijalankan secara berterusan kerana sudah menjadi tabiat masyarakat kita yang mudah lupa dan perlu pula digerakkan melalui kempen. Dalam hal ini. tabiat rakyat dan pemimpin perlu diubah. promosi dan pemasaran barangan buatan Malaysia perlu memberi perhatian serius kepada tugas mereka dan sekadar bekerja melepaskan batuk di tangga.Institusi kerajaan. semua agensi. Ini akan dapat memperkenalkan barangan buatan Malaysia kepada seluruh rakyat dan sebagai usaha untuk membantu merangsang ekonomi negara. sekali gus membuang rasa sangsi terhadap keupayaan mereka. Kempen ini harus dijalankan sepanjang tahun dengan promosi untuk semua jenis barang buatan Malaysia. dengan infrastruktur yang baik rakyat mudah mendapatkan barangan buatan Malaysia dengan harga yang berpatutan.Semua pihak perlu memberi galakan kepada pembangunan kemajuan sains dan teknologi terutama berhubung kait dengan pelbagai produk peralatan dan jentera yang dapat digunakan oleh rakyat negara ini.Usaha mengadakan Kempen Beli Barangan Malaysia haruslah diadakan secara berterusan. Kempen ini perlu diperluaskan ke seluruh negara untuk memberi impak kepada sektor ekonomi. Pegawaipegawai kerajaan yang berkenaan perlu memberi perhatian serius kepada perkara ini dan mencari jalan untuk menangani masalah ini. siapa lagi? Dipetik dan diubahsuai daripada laman web Pusat Maklumat Rakyat .

Orang kini mengirim berita pantas melalui e-mail dan sms – dua istilah yang sudah pun menjadi sebahagian perbendaharaan kata kita. Perkataan terbaru sering memasuki perbendaharaan kata kita. Salah satu yang bakal disedut melalui proses osmosis itu nanti ialah menerusi pencabulan bahasa. Seperti yang telah disaksikan kebelakangan ini. kesan kemajuan global telah banyak mengubah cara hidup lama. Istilah Infotenmen. cara bertindak dan cara hidup. masyarakat Malaysia. Pandangan yang cenderung ke arah fenomena ini mungkin akan dipertikai tetapi pada amatan kebanyakan pemerhati ianya pasti berlaku. khususnya orang Melayu. kebanyakannya disajikan oleh media sampai terus ke bilik tidur dengan nisbah yang lebih ketara daripada yang disajikan secara tempatan. Atau sebaliknya. Pada tahun 2020. Dan pada tahun 2020 Malaysia dijangka menjadi sebuah negara maju. Alat-alat canggih pengguna dipasarkan secara meluas lalu menggantikan peralatan lama. Cara hidup kita di Malaysia dan juga di merata dunia akan turut berubah. Unsur-unsur ini tidak semestinya membina jati diri atau yang membina bangsa yang dikehendaki kerana proses yang ada pada masa itu ialah yang sesuai dipanggil osmosis di mana proses nilai kuat lagi berpengaruh menyedut nilai lemah yang kurang berpengaruh. misalnya. berita dan maklumat. Bahasa Melayu dituturkan separuh . Satu-satunya yang baru ialah hidup dengan komputer dan internet. Kehidupan masyarakat Malaysia. kebudayaan dan cara hidup yang mencorakkan sifat kemelayuan mereka. iaitu sekitar 15 tahun dari kini tentunya serba-serbi berjalan pantas. kualiti hidup dan jati diri bangsa. Hiburan. sentiasa mengukur pencapaian mengikut KDNK. Kita sedang diterap dan dicorakkan oleh nilai-nilai dan amalan dunia global dengan hebatnya. misalnya. yang menimbulkan kontroversi dalam penggunaan istilah bahasa Melayu juga merupakan satu istilah baru yang dipertikaikan walaupun Menteri Penerangan telah menghujahkan alasan-alasan penggunaannya di Parlimen. ketinggian bangunan yang kita bina dan lain-lain pencapaian fizikal. seperti yang diramal. meninggalkan tarafnya sebagai negara membangun. Teknologi informasi dan komunikasi pada masa itu akan secanggih mungkin. kadangkala tanpa perlu ditapis atau dihalusi terlebih dahulu. semuanya akan berubah. dan sehubungan itu ramai yang berurus niaga melalui internet. pertumbuhan ekonomi sebenar. Perhitungan ini banyak disandarkan kepada pembangunan fizikal dan terlalu sedikit kepada asas-asas jiwa dan penjiwaan.CABARAN BAHASA MELAYU DALAM ERA GLOBALISASI Oleh:Datuk Seri Utama Rais Yatim NEGARA TELAH melangkah ke alaf baru empat tahun lalu. akan dipenuhi pembaharuan demi pembaharuan. Segala macam ilmu pengetahuan akan lebih pantas diperolehi. Banyak penyakit yang tidak terubat pada masa ini mungkin beroleh penawar yang mujarab di zaman itu. akan lebih terdedah kepada unsur-unsur baru. Cara berfikir. Kita.

kemampuan bahasa Melayu sebagai lingua franca di kepulauan Melayu. Dari tahun 1999 hingga 2003 terdapat secara rambang sekitar 94 rencana utama termasuk kertas-kertas simposium dan konvensyen yang memperkatakan tentang bahasa Melayu dari pelbagai sudut dan aspek. pendidikan negara mulai disalut dengan kaedah-kaedah baru dengan perantaraan media baru iaitu bahasa Inggeris. Nisbah perkataan baru yang di ceduk dari bahasa Inggeris lalu jadi sebahagian bahasa rojak kita. itu pun adunan bahasanya dalam keadaan lintang-pukang seolah-olah sekerat ular sekerat belut. bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dan bahasa ilmu. Mereka leka dengan perkelilingan baru — keluarga. sukan. sekali pun tahap yang dicapai setakat ini masih di paras 18%. kelunturan bahasa Melayu dan pelbagai lagi tajuk pokok yang kesemuanya menyentuh tentang pusaka perhubungan Melayu ini. Mereka kian lama kian jauh dari apa yang dahulunya boleh dikesan sebagai belia Melayu. Survival bahasa Melayu di peringkat yang maju dan beridentiti lantas juga mencerminkan bangsa Melayu khasnya dan bangsa Malaysia amnya. akan tersua amalan asas mereka. bahasa Melayu dalam konteks pembudayaan bahasa persuratan. Tajuk-tajuk yang digemari ialah masalah bahasa rojak. Sementara itu golongan Korporat Melayu cuba berlumba-lumba mendapatkan hak mereka dari “kuih” ekonomi yang ada. Sebenarnya usaha memperkasakan Bahasa Melayu semacam sudah dilupai. Tetapi boleh dikatakan kesemuanya membuat rungutan atau dengusan yang negatif tentang keadaan terumbang-ambing beberapa aspek bahasa Melayu itu. Malangnya tiada satu pun di antara rencana-rencana itu yang memuji atau memberi markah tinggi kepada usaha memperkasakan bahasa Melayu. Dan secara ketara. tempat kerja dan tumpuan-tumpuan hidup yang lain lantas dipengaruhi unsur-unsur global yang telah dipopularkan melalui media. Cuma kali ini ditambah sedikit dengan kaitannya dengan senario global. dagangan antarabangsa dan hiburan muzik serta wayang gambar hollywood dan bollywood. keupayaan bahasa Melayu dalam dunia moden. Jelaslah 12% lagi masih di awangan dan belum menepati janji serta aspirasi kita yang digurindamkan pada tahun 1971 dahulu. Cuma bangsa Malaysia adalah igauan politik yang hendak dicapai tetapi Bangsa Melayu sudah ada dan nyata. seolah-olah seperti bidalan terpijak pergi terlanda pulang. Boleh juga dikatakan bahawa piel atau sikap yang ada . hiburan. Kebelakangan ini sudah begitu banyak pihak memperkatakan tentang Bahasa Melayu. Sebenarnya memperkatakan tentang bahasa Melayu hakikatnya ialah kita memperkatakan satusatunya aspek asas orang Melayu itu sendiri. Dalam perkelilingan beginilah masyarakat Malaysia hidup di negara ini. Dan dalam perkelilingan beginilah kita kembali memperkatakan nasib bahasa Melayu (BM).Melayu separuh Inggeris. Jika diamati generasi muda Melayu di pusat-pusat Bandar. Bersediakah kita mempertahankan diri agar jati diri dan kesinambungan bina bangsa terjamin? Sebenarnya soalan ini tidak akan dapat dijawab secara tepat dan kalau dijawab pun ianya belum pasti akur kepada apa yang mungkin terjadi. Dunia siber sudah bertapak dalam hidup kita. di kalangan sektor swasta pertuturan adalah lebih kurang 70% dalam bahasa Inggeris dan hanya 30% dalam bahasa Melayu.

Pengalaman begini memakan masa dan merentas zaman. Sesuatu yang bermain-main dalam fikiran secara umumnya disebut bayangan dan secara khususnya disebut sebagai citra dalam Bahasa Sanskrit dan atau imej dalam alih Bahasa Inggeris. Tajuk ini walaupun pernah dibincangkan dalam beberapa polemik yang terdahulu lebih banyak menimbulkan masalah daripada jawapan. Misalnya apabila kita berfikir tentang kuda. Ilmu yang terbawah ialah ilmu empirikal (misalnya . Bahasa sebagai alat komunikasi antara manusia mempunyai berbagai-bagai fungsi. wujud empat tahap keilmuan. gambaran dan menjelmakan perbuatan. perbincangan kita semacam belum tegak sudah berlari. Ertinya setelah membayangkan konsep "kuda" dalam fikiran. Ia berkait rapat dengan soal jati diri orang Melayu dan bangsa Malaysia amnya. Bahasa saintifik membawa pengertian bahasa yang logik yakni yang berfungsi dan bersifat tersendiri tetapi yang melibatkan erti tepat. ilmu laduni (intuitive knowledge) iaitu ilmu terus daripada Allah dan ilmu tertinggi ialah ilmu makrifat yakni ilmu tentang Ilahi yang merupakan ilmu yang tertinggi dalam hierarki ilmu. Pendeknya sesuatu yang bermain-main dalam fikiran kita dapat kita ungkapkan melalui bahasa. Ia berfungsi mengungkapkan perasaan. Ia berfungsi menyampaikan kehendak mental. Ia juga suatu masalah pembudayaan yang amat berat dan rumit.ilmu sains dengan berbagai-bagai cabang ilmunya). Dengan bunyi glottal atau vokal manusia melahirkan bunyi itu.ialah sikap tangkap muat atau taking things for granted dalam kiasan bahasa Inggerisnya. rasa hati dan gerak hati. kita menuturkan sebagai kuda atau menulisnya dalam istilah-kata "Kuda". Ia berfungsi mengungkapkan konsep. kita jelmakan ianya dalam bentuk lisan atau tulisan sebagai kuda. Perkataan baru sebelum diterima pakai sebagai sebahagian bahasa sesuatu masyarakat itu mengalami ujian ‘penerimaan’ atau ‘penolakan’.Setiap tahap ilmu mempunyai kata. Dalam konteks inilah sayang sekali konsep tepat pengertian dan tepat penghasilan tidak didalami sebelum kita mengaku kalah lalu bahasa Melayu tidak mampu menjadi wahana sains dan matematik. Bahasa Melayu dalam era global adalah suatu tajuk yang sangat mencabar dan penuh permasalahan. Ini adalah kerana bahasa Melayu itu sendiri sedang menghadapi cabaran dan rintangan yang hebat di dalam negara sendiri. Bahasa (kata istilah dan konsepnya) cukup penting dalam mengungkapkan tahap-tahap ilmu yang tertentu. Dalam hierarki mempelajari sesuatu ilmu. Proses menerima atau menolak ini bergantung kepada sekuat mana jati diri bangsa penuturnya. diikuti tahap yang paling tinggi iaitu ilmu rasional ( ilmu falsafah dan ilmu pemikiran kreatif). Misalnya bahasa yang di ungkapkan pada tahap ilmu empirikal adalah bahasa saintifik. Jika lemah maka lebih banyaklah kata-kata yang diimport sekalipun di dalam himpunan kata-kata bangsa sudah sedia ada kata-kata sendiri. Jika tidak. Bercakap pasal bahasa Melayu di era global semestinya memerlukan kita membincangkan terlebih dahulu beberapa isu bahasa secara domestik. Citra atau imej muncul dalam bentuk simbol atau perkembangan. . istilah dan konsepnya yang tersendiri.

cerpen dan penyemarakan bahasa menjadi amalan biasa sehingga apabila menjelang tahun 1985 penulisan novel. Perubahan dasar bahasa ilmui. Kita menerpa dan melompat ke hadapan tanpa menyusun langkah. mencari yang hilang. Penjiwaan bahasa: Bagi tempoh tahun-tahun 1960’an Isu bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan menjadi perkara hangat dan isu yang membakar semangat perjuangan orang Melayu dan rakyat Malaysia. Penyakit lama akan hinggap kembali. Di sinilah barangkali tepat dikatakan: “koyak baju kerana lenggang. “Apa khabar” juga sudah dipulas oleh Assalamualaikum. Utiliti atau sifat perlu-guna bahasa Melayuv. maka aspek praktisnya juga turut lemah. Lemahnya penjiwaan adalah terasas kepada tuntutan perkelilingan. Masalah bahasa rojakiii. penulisan novel. Bila jiwa sudah lemah dalam sesuatu amalan. pesuk songkok kerana lonjak”. Antara “Hi” dan “Hello” dan “showtime” pepatah-petitih sudah dilupai. Jika polemik hanya tertumpu kepada hujah yang secara asasnya tidak yakin kepada bahasa ibunda sendiri sebagai bahasa ilmu tentulah ubat yang dicari tidak akan menyembuhkan penyakit. bahasa Indah Melayu dan pada amnya pembudayaan bahasa Melayu turut merana. Bahasa Melayu itu sendiri mengalami edaran zaman dan evolusi. Kempen Bahasa Kebangsaan anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka di bawah pimpinan Tuan Syed Nasir Ismail masih diingati sebagai yang terhebat dan berkesan. maka hasil penjiwaannya juga turut berkurangan.Isu-isu bahasa : Pada amnya terdapat 7 isu pokok yang berkaitan bahasa Melayu dalam konteks bina bangsa (nation building):i. Unsur-unsur dan amalan yang merosakkan bahasa Melayuvi. Kerosakan ini semua adalah akibat badan yang buruk pinta. Bahasa Jiwa bangsa sesungguhnya sebahagian dari jiwa nasionalisme orang Melayu. Lemah penjiwaan ini hanya dapat diatasi dan diperkukuh semula jika hala tuju jiwa bangsa tadi bersedia memungut yang cicir. Penekanan kepada bahasa Melayu dari sudut perguruan khusus sudah kurang mendapat perhatian. Masalah penjiwaan bahasa Melayuii. Kini ianya cuma jadi sejarah. sajak terus beroleh tempat di kalangan pembaca. Perumpamaan Melayu semacam menjadi pusaka murah. Sastera Melayu. Kini orang Melayu tak pandai sangat berkata halus lagi. Bila pengkhususan pengajaran bahasa berkeadaan sedemikian. Masalah pemakaian dan keutamaan bahasa Melayuiv. Akta Bahasa Kebangsaan 1963vii. cerpen. Maktab Perguruan Bahasa Lembah Pantai semenjak 1959 hingga awal 1980’an terus menjadi kilang guru bahasa Melayu yang berkesan dan disegani. Rangkap lama mengingatkan kita: Jangan disalai ciku kedondong . Sementelahan pula istilah Melayu itu sendiri mengikut Perkara 160 Perlembagaan negara mewajibkan seseorang itu berbahasa Melayu selain beragama Islam dan mengamalkan adat istiadat Melayu sebelum layak diiktiraf sebagai seorang Melayu. Begitu penting dan utama bahasa Melayu sehingga UMNO sendiri menerapkannya ke dalam fasal 3 perlembagaannya tentang bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan. Buku Kiliran Budi dan Ilmu Mengarang Melayu karya Pendeta Za’ba sudah disaluti habuk kerana tidak dirujuk lagi. Secara rambang keutuhan bahasa Melayu tidak banyak dipertikaikan sehingga 1986. penulisan kreatif Melayu. kerjasama penyeragaman Bahasa Melayu-Bahasa Indonesia. Sistem ejaan.

Hanya yang berbeza ialah rojak lebih sedap dimakan tetapi bahasa rojak menyebabkan kita sakit telinga mendengarnya dan paling parah. “ISDN”. “html”. Masalah bahasa rojakKini kita sudah diserang penyakit campur-aduk seperti yang disebutkan di atas. Tidak perlu bagi saya menyatakan perkataan-perkataan itu kerana umum sudah pun mengetahuinya. Paling mudah bagi kita mendengar melalui radio atau TV sekarang ungkapan-ungkapan seperti “e-mail”. Bahasa rojak wujud dalam sesuatu ayat yang diselang-selikan dengan bahasa asing sehingga campurannya itu semacam hidangan rojak. Istilah atau perkataan baru itu bolehlah diambil jika tiada perkataan yang sama maksudnya dalam bahasa Melayu. sedangkan perkataan-perkataan asing sudah pun dipinjam semenjak beratus-ratus tahun dahulu lagi. Inggeris. Pihak yang mengatakan bahawa apa salahnya diambil perkataan asing. Sekarang pun kita secara harian mendengar dialog seperti berikut: “Hei. “hardware”.. “software”. Cina dan sebagainya. Portugis. Sebaliknya bahasa Inggeris. hari ini birthday I lah” “Dalam hal ini you yang paling best” “How are you today. Warga emas juga diheret sama. “sms” “internet”. Jika diamati.. Ini memang boleh diterima tetapi peminjaman itu berasas kepada beberapa syarat dan ketertiban demi menjaga keutuhan bahasa Melayu:i. Yang merunsingkan ialah kepekaan dan rasa prihatin masih belum tertera di pemikiran yang bertanggung jawab di bidang penggunaan bahasa. Jika dalam bahasa sendiri ada perkataan . bangsa Melayu malu dipalunya. malah memang benar seperti katakata Pendeta Za’ba dalam buku klasiknya Ilmu Mengarang Melayu bahawa dalam bahasa Melayu sedia terdapat sekian banyak perkataan yang asalnya adalah dari pelbagai punca: Sanskrit. Belanda. Awal-awal lagi boleh diperakukan. it’s showtime” “Inilah showtime yang ori…” Ungkapan-ungkapan dalam dialog ini dipetik dari siaran radio dan TV kita. “computer” “website” dan sebagainya.harap OK lah” “You dah breakfast kah” “Hei. Penyakit campur-aduk inilah yang menyebabkan berkembangnya bahasa rojak. tetapi ianya sukar dikuatkuasakan terhadap individu yang sudah memilih tatabahasa yang baru untuk bercakap antara seorang dengan seorang yang lain. kawan-kawan. Ada beberapa petua sebelum masyarakat harus membenarkan bahasanya dirasuk bahasa rojak yang tidak indah dan tidak mencerminkan jati diri. Di samping pengawasan di media barangkali boleh dilakukan. contoh-contoh ini boleh dituruti oleh ratusan contoh lain yang rata-rata membuktikan bahawa bahasa lisan kita sudah rosak keunggulannya. Mandarin dan Tamil tidak tertarik dengan amalan campur-aduk ini ke tahap yang dialami bahasa Melayu. Arab. Parsi. Jelas tiada pengawasan oleh pihak-pihak tertentu sehingga berterusan wujudnya bahasa rojak dalam kehidupan kita sehari-hari.Salailah ikan atas para Jangan salahkan ibu mengandung Salahkan badan yang buruk pinta. mencedok perkataan asing untuk dimuatkan ke dalam sesuatu ayat bahasa Melayu memang tidak dihalang. Di kaki lima dan di kedai kopi dialog generasi muda begitu juga. ii.

kenapa kita perlu tiru hak orang? Dalam pengertian ini. mereka cuba menyelitkan sepatah dua perkataan Inggeris dalam perbualan dengan tujuan supaya orang menganggapnya boleh speaking atau ‘tinggi’ tahap pendidikannya. termasuk pemimpin yang tidak berpendidikan aliran Inggeris. Peniruan atau pengambilan kata perbendaharaan orang lain harus menambah ilmu dan jati diri kepada masyarakat. Personaliti media utama. ori dengan asli. boleh diperakukan bahawa ianya wujud nyata di kalangan masyarakat kita. atau. kita dapat bayangkan betapa besar dan dahsyatnya kemungkinan pencabulan berlaku di bidang-bidang lain kehidupan kita. misalnya kita tak perlu ambil birthday sedangkan hari jadi atau hari kelahiran ada dalam bahasa Melayu. lantaran mereka rata-rata dianggap tidak mempunyai kelulusan akademik yang tinggi. Sebaliknya mereka mungkin beranggapan bahawa imej yang mereka perolehi dengan menyelitkan perkataan Inggeris di celah-celah ayat Bahasa Melayu akan meninggikan imej mereka walaupun ini tentunya berupa pendekatan bersifat makjujad (hypocrite).Apabila bahasa berubah dan diubah soalan yang muncul ialah: siapa yang ubah dan kenapa? Jawabnya tentu terletak pada hakikat bahawa ianya diubah sedemikian cara kerana penuturnya berasa bahasa ibundanya tidak lagi cukup untuk melahirkan maksudnya sehingga ia terpaksa menggunakan perkataan-perkataan asing. Jati diri tidak . institusi kawalan kerajaan harus mengutamakan percakapan bahasa Melayu yang betul. Jika demikian cara dan kaedah yang paling berkemungkinan untuk menangani bahasa rojak yang memuramkan imej bahasa kita ialah dengan menjayakan program-program latihan lisan yang membina amalan komunikasi.ii. Juga terdapat di beberapa kalangan. Tetapi kenapa tidak dilakukan sebegitu? Ini semua adalah petanda yang bakal membawa kepada kelunturan. mungkin asuhan bahasa Melayu mereka di sekolah tidak sampai ke tahap mantap. Pihak pengembang dan pemaju bahasa ibunda harus bertindak dan membetulkan sesuatu ungkapan atau perkataan yang dirasakan menceroboh bahasa sendiri. hari ini hari jadi saya (aku)lah”. Ini bukan sekadar ramalan seorang idealis atau yang semata-mata bersifat tulen tak menentu. tetapi pandangan ini bertapak pada alam nyata: Sekilat ikan di air. Gejala bahasa rojak tidak akan hapus kerana pembudayaan bahasa ibunda belum wujud sepenuhnya di negara ini. Mekanisme penahanan atau mengehadkan penerapan luaran ini tidak cukup ada pada kita sekalipun agama itu tampaknya patut lebih berkesan sebagai penangkis. kilat cermin ke muka. Ia harus dijalankan di semua institusi persekolahan dan pengajian tinggi. Secara amnya kita terdedah dan terlalu terbuka kepada anasir-anasir luar. Showtime boleh diganti dengan masa persembahan atau saat persembahan. seperti yang laksanakan Astro pada masa ini. dan ini penting. pemimpin. Semua ungkapan di atas tadi boleh belaka dituturkan secara Melayu 100%. Malangnya kuasa membetulkan ini tiada pada sesiapa atau mana-mana pihak pada masa ini. atau dengan bahasa Melayu rojak mereka berasa boleh mencapai kepuasan berkomunikasi. Walaupun gejala ini barangkali kecil bilangannya.yang sesuai. sudah tahu jantan betina Kilat beliung ke kaki.Sebenarnya ungkapan sekerat belut-sekerat ular tadi: “Hei.iii. Manakala siaran pantas dari satelit atau multimedia yang lain bertambah pesat. hari ini birthday I lah” boleh dituturkan sebagai “Hei.

Bahasa Melayu tetap menyusul dari belakang kerana dari segi keutamaan global bahasa Inggeris beroleh keutamaan. Status ini tidak perlu dipertikaikan lagi. amalan tradisi Melayu seperti sopan-santun.dikaitkan dengan pentingnya bahasa ibunda dipersadakan.Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dijamin di bawah Perkara 152 Perlembagaan Malaysia. Juga akan ada anak-anak masyarakat Cina dan India Malaysia yang bercakap dalam bahasa Melayu dan berfikir dalam bahasa Cina dan India.iv. Amalan Islam yang mengambil kira tamadun yang berevolusi. seperti yang telah diketahui. Sekarang pun kecenderungan ini sudah berlaku. hormat-menghormati dan sebagainya akan lebih membimbing. Ini termasuklah asuhan Islam positif yang perlu dibudayakan terusmenerus. bahasa Inggeris sudah nyata akan merobah cara berfikir dan juga cara bertindak di samping cara menimba ilmu serta jenis ilmu yang bakal ditimba. Dalam erti kata sebenar. yang halus. Bila ini berlaku. Utiliti atau sifat perlu guna bahasa Melayu adalah lumrah manusia iaitu jika sesuatu itu tidak berapa menepati tuntutan kegunaan atau utilitinya. Cuma kemajuan dan kepesatannya mungkin terjejas akibat dasar mengglobalkan bahasa Inggeris dan bukan Bahasa Melayu. Masalah pemakaian dan keutamaan bahasa MelayuDari segi bahasa. Pendeknya mesti diteruskan apa yang selama ini dikenali sebagai “asuhan budi”. . Juga tidak dapat dinafikan bahasa Mandarin dan Tamil akan beroleh tempat yang lebih signifikan melalui langkah-langkah pembudayaan bahasa mereka. Bahasa Melayu akan disadur banyak oleh terma-terma dan sintaksis Inggeris. bibit-bibit budaya yang indah. Penutur bahasa Melayu mesti bersedia untuk perubahan-perubahan ini. cara hidup baru itu nanti bakal merubah pemakaian tatabahasa Melayu. Khususnya dalam hal ini nilai-nilai yang dijalin dan disajikan melalui Islam Hadhari akan lebih diminati. Satu muafakat bangsa mesti diadakan. Seharusnya. Malah bermimpi dalam bahasa Inggeris juga kebiasaan. Mereka yang bersifat sebagai pengamal keaslian (purist) mungkin akan berduka kerana bahasa lama akan secara perlahan menghilang. Ia juga bahasa rasmi Parlimen Malaysia. Bahasalah menjadi penjalin dan penjana bangsa. soal adab dan tamadun tidak harus dikelasduakan. Peranan dan posisi bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dari sudut ini tidak akan meningkat tanpa peningkatan industri buku yang seharusnya diperjuangkan. Akan wujud sekian ramai anak Melayu yang nanti berfikir dalam bahasa Inggeris kemudian bercakap dalam bahasa Melayu. perkara atau barang itu akan kurang disimpan.Bahasa Melayu. Mewujudkan Kementerian Kebudayaan kesenian dan Warisan hanya sebahagian daripada usaha ke arah itu. Barangkali falsafah “Rukunegara” yang membentuk masyarakat Dasar Ekonomi Baru (DEB) boleh disemarakkan semula. kurang dipakai dan kurang keperluannya. Di samping Bangsa Malaysia hendak diwujudkan. konsep dan amalan budi-bahasa.iii. kekeluargaan. struktur dan gaya baru pula akan muncul. akan lebih terdedah kepada pelbagai pindaan informal yang dicetuskan oleh dan melalui media elektronik. Kejuruteraan sosial (social engineering) tidak boleh dihentikan atau dicanai oleh pemikiran seseorang sahaja. Oleh kerana bahasa perisian pada masa itu rata-rata Inggeris. khususnya oleh pengaruh komunikasi serta aliran alam siber. yang murni perlu dikekalkan tetapi berbudi bahasa dan mengamalkan nilai-nilai murni bermakna kita tidak minta dibuli atau dipijak.

ialah bahasa yang ditulis dan dijadikan sebagai wahana komunikasi surat-menyurat. Kurangnya latihan atau mata pelajaran berkaitan karya-karya besar sastera bangsa sendiri. Di sini sudah jelaslah kedudukan BM sebagai bahasa ilmu. mahasiswa dan petugas awam. bahasa yang dipelajari di sekolah untuk menimba ilmu. d. beberapa sebab dapat diperhatikan: a.Dalam satu aspek bahasa Melayu mungkin tergolong kepada keadaan ini jika bahasa ilmu terus menerus disalur oleh bahasa Inggeris. Sebaliknya pula jika anak-anak Melayu tidak berlumba-lumba pula untuk menguasai bahasa Inggeris. Bahasa rojak akan berterusan dituturkan dan dilaungkan. Tetapi soalnya. Kurangnya tenaga pengajar yang komited dengan pembudayaan bahasa atau pembahasaan sebagai satu bidang kajian atau mata pelajaran. siapa akan baca lantaran buku-buku ini dengan mudah diperolehi dalam bahasa Inggeris. mereka akan tercicir terus dalam usaha menimba ilmu semasa. b. bahasa indah.000 mahasiswa dalam pelbagai jurusan sains mengaji di universiti dan institusi pengajian tinggi Barat yang bahasa pengantarnya ialah Inggeris. bahasa Arab juga menghadapi permasalahan yang sama. sekalipun buku-buku aeronautik. Ini bererti sekian banyak istilah bahasa Inggeris akan menerpa masuk kepada perbendaharaan kata BM. selain melalui ucapan. Sementara itu amalan-amalan di peringkat pimpinan. Mereka belum mampu menimba ilmu moden dengan bahasa ibunda mereka. Pembelajaran dalam bidang the Arts yang tidak disaring dan dikemas. Ini adalah kerana jika zaman moden dunia hendak disertai oleh warga Malaysia melalui kebangkitan global. Sebagai bahasa ilmu BM dikhuatiri tidak akan terlalu membangun kecuali dasar pembukuan negara diubah dengan erti kata semua teks ilmu moden dan usang diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu. kurang latihan pertuturan yang baik yang melibatkan anak-anak sekolah. Unsur-unsur yang merosakkan bahasa Melayu. elektronik dan lain-lain diterjemahkan. Keadaan serba-salah ini sebenarnya tidak harus digusarkan. Lagipun sebagai lingua franca negara ini BM akan tetap digunakan sebagai wahana komunikasi. f. Kurangnya asuhan bahasa baik. bahasa Inggeris tidak dapat dinyahkan lagi. kimia. e. kaji cuaca. Jika bahasa mesyuarat juga bercampur-aduk dengan selingan . Mungkin dalam bahasa tulisan sedikit sagu hati akan diperolehi kerana nahu semasa akan terus digunakan. c. Sementara keadaan bahasa Melayu lisan boleh dikatakan dalam keadaan kurang memuaskan berbanding BM tulisan. Justeru saban tahun sekitar 20. v. kepegawaian dan urusan-urusan rasmi juga dilihat orang sebagai unsur-unsur yang mempengaruhi dan merumitkan penggunaan BM yang baik. Tetapi hakikat yang satu lagi ialah bahawa bahasa Melayu masih diperlukan sebagai syarat lulus dan cukup syarat dalam peperiksaan dengan kelulusan dalam bahasa Melayu. Bahasa Melayu yang dituturkan pada hari ini. Kurangnya asuhan melibatkan bahasa indah dan cara berfikir objektif dalam pembahasaan dan pertuturan. kejuruteraan. Sebagai perbandingan.

vi. Jika dicari di mana hilangnya. umpamanya. Dewan Bahasa dan Pustaka. Malah jika terdapat penggunaan bahasa pada iklan papan tanda. anggota masyarakat bermaharajalela dengan pembahasaan salah. Sebaik-baiknya beberapa pindaan harus dilakukan dalam usaha memberi sedikit kuasa penguatkuasaan kepada satu-satunya agensi bahasa di negara ini. Itu pun dengan jualan yang kurang dari 7. Akta Bahasa Kebangsaan 1963Cinta rakyat kepada Bahasa Kebangsaan meluap-luap sehingga mereka yang mulanya memperleceh Bahasa Kebangsaan akhirnya diam dan mula segan dan hormat terhadap bahasa ibunda orang Melayu itu. Perubahan dasar: Benarkah ia melemahkan Bahasa Melayu?Pada suatu hakikat memang boleh diterima bahawa dasar 2002 yang mewajibkan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengajaran matematik dan sains merobah satu lagi pancang seri yang selama ini menjadi kebiasaan dalam pengajaran kedua-dua mata pelajaran tersebut di Sekolah Kebangsaan. Apabila Singapura merdeka dari Persekutuan Malaysia pada 1965 Bahasa Melayu lantas dijadikan bahasa rasminya. vii. misalnya. . Fenomena “pencapaian dan kecapaian” pada tahun 1996 seharusnya boleh diatasi dengan segera oleh DBP tetapi lantaran ketiadaan peranan yang jelas dari segi membetulkan bahasa yang disalahgunakan. Sebelum anjakan dasar ini dibuat dua tahun lalu. misalnya.bahasa rojak. Tetapi realiti perkara ini memerlukan penilaian objektif dan bukan subjektif. sebaliknya. Akta itu hanya sekadar mengisytiharkan peruntukan Perkara 152 perlembagaan Persekutuan. Pencapaian sains dan matematik di sekolah-sekolah berbahasa Mandarin. Ia tidak memperuntukkan sebarang provisi penalti terhadap sesiapa yang mencabul bahasa atau yang tidak mengamalkan penjiwaan bahasa. Ini adalah kerana pengajaran bahasa Inggeris di SRJK lebih mantap dan berkesan sedangkan di Sekolah Rendah Kebangsaan adalah di sebaliknya. tidak dapat berbuat apa-apa melainkan menasihatkan pihak yang berkenaan. Ini memalukan. akhbar yang pada satu masa dulu berfungsi sebagai pencetus nasionalisme Melayu kini sudah jadi edisi sekali seminggu. Pada satu hakikat ini mungkin benar tetapi pada pengertian khususnya Akta ini hanya bersifat deklatori. terus meningkat. Penguatkuasaan yang dihajati benar ialah apabila disuai penggunaan yang telah disalahgunakan. Ini disebabkan kualiti pengajaran menyumbang kepada pencapaian anak-anak di SRJK. Biro Bahasa Perancis di bawah Kementerian Kebudayaan berkuasa membetulkan sesuatu penyelewengan bahasa Perancis. Pada tahun 1963 Akta Bahasa Kebangsaan diluluskan Parlimen. Banyak pihak beranggapan bahawa Akta bahasa Kebangsaan 1963 adalah tulang belakang kepada maju atau mundurnya bahasa Melayu. Matematik dan Sains memang ketara sedangkan penguasaan sains dan matematik di kalangan bukan Melayu berada di tahap baik. yakni menyatakan apa yang sudah jelas dan nyata daripada hal bahasa Melayu itu. bagaimana penggunaan bahasa baik dapat dicapai? Sementara itu akhbar Utusan Melayu berkeadaan mati segan hidup tak mahu lantaran orang Melayu sendiri bersikap dingin terhadap tulisan Jawi. Dewan Bahasa dan Pustaka. Kesalahan bahasa papan tanda juga sedemikian. puncanya ialah pembelajaran bangsa.000 naskhah seminggu. DBP tidak boleh berbuat apa-apa sedangkan di Perancis. keciciran anak-anak Melayu dalam Bahasa Inggeris. jika dipintas di mana hanyutnya. Menurut pihak berkuasa di syarikat Utusan.

Bahasa apa ini? Inilah dia bahasa rojak rasmi.Apa akan berlaku jika amalan lama tidak dianjak? Pertama anakanak Melayu akan terus berada di tahap lama. sains dan matematik. Pendekatan kita demi BM zaman depan mesti bersandar kepada situasi menang. hala tuju dan apresiasi yang berterusan. Kenapa tidak dipakai saja istilah “Lorong pacu segera” atau “Lorong tekan & pacu” Sudahkah kita betul-betul menggeledah kamus bahasa ibunda sebelum sewenang-wenang menggunakan “touch ‘n go” Jika tiada azam . Inilah yang dikatakan pandai meniru tetapi tidak menuras. Dari satu sudut ini kenampakan sebagai suatu kerugian tetapi dari segi sebenar jika diimbangi ia boleh menjadi rangsangan baru. Dengan lain pengertian. Ini bergantung kepada kualiti para guru itu sendiri. Asas pendidikan kita harus kuat. iaitu kita tidak harus terus berasa hilang tenaga dalam menghadapi cabaran global. Tetapi pencapaian mereka di bidang-bidang berkenaan terus meningkat sekalipun pencapaian bahasa Inggeris mereka cuma di peringkat sederhana. mereka akan terus lemah pencapaian B Inggeris.Banyak bidang yang boleh terus diperjuangkan: meningkat dan memperhebatkan dasar buku nasional. Ini merupakan sikap mengalah dan pesimis. Rumusan TindakanTampak sebagai penting iaitu penggunaan bahasa Melayu perlu dijana semula dan dikempenkan semula. Inilah juga kerja yang memalukan bangsa. Sekurang-kurangnya bahasa Inggeris mereka selepas ini akan bertambah baik lantas secara teorinya mereka akan lebih profisyen dan boleh menimba ilmu lain dengan lebih mudah. sesungguhnya bermacam-macam projek bahasa boleh diteruskan. Tetapi bahasa Melayu tidak boleh dianggap bahawa lantaran bahasa Inggeris dipilih untuk menyegarkan pengajian matematik dan sains maka BM akan terus lemah dan menghilang. meningkatkan kerjasama bahasa serantau.Juga akan berlaku ialah bahasa Melayu akan kekurangan peranan dalam pengajaran dua ilmu tersebut. Yang penting ialah kita mesti terus memupuk rumpun yang ada dan memperkayakannya dengan bimbingan. “Lorong Touch ‘n Go”. Tetapi ini bergantung kepada kualiti pengajaran bahasa itu kepada murid-murid. menerbitkan buku-buku bermutu dunia dan serantau. Sekolah. Peranan Maktab Perguruan Bahasa tidak boleh dipandang ringan. Untuk itu pembudayaan bahasa harus nyata.Justeru sampai kini sekolah-sekolah ini enggan menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengajaran sains dan matematik. pembudayaan bahasa perlu diusahakan terus-menerus. NGO dan kumpulan-kumpulan lain harus bersekutu dan bekerjasama memperjuangkan kembali perkara nasional yang amat penting ini.Di plaza tol lebuh raya kini terdapat bahasa tanda yang berbunyi. agensi-agensi Kerajaan. universiti. Jika kualiti pengajarannya melonjak maka pencapaian di kedua-dua subjek itu juga akan turut melonjak. Untuk menghalang bahasa Melayu daripada diselangi perkataan dan nilai luar secara melulu tidak akan membawa kita ke mana-mana. Dalam hal ini pendekatan paling baik ialah mewujudkan kumpulan pengajar yang fasih dan berilmu tinggi. Para pengucapnya mesti dalam keadaan sedar (conscious) selalu supaya megah dan berasa senang berbahasa Melayu dengan baik. Kesimpulan boleh dibuat pada peringkat ini. mengamalkan dasar cintakan bahasa sastera.

Tepuk dada. Selain itu. tanya selera. tidak sopan’. Keluarga dan Masyarakat khasnya melaungkan suara-suara perjuangan mereka. . Sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Istilah Sumbang mahram Istilah yang dilihat dari aspek keagamaan pula “sumbang mahram adalah merupakan perhubungan jenis antara seorang lelaki dan perempuan yang dilarang bernikah oleh adat dan agama”. kemaluan-kemaluan (genital-genital) antara orang dewasa dan kanak-kanak. Dalam pada itu. kita juga nanti akan dipanggil bangsa touch ‘n go. Dipetik daripada Blog Bahasa Melayu SPM http://bmpmrspm. dari segi istilah juga melihat sumbang mahram adalah “pencabulan seks yang berlaku di kalangan anggota keluarga di mana perkahwinan sesama sendiri ditegah atau dari segi konteks Islamnya muhrim atau mahram.html No comments MASALAH SUMBANG MAHRAM Masalah Sumbang Mahram Fenomena sumbang mahram boleh dikatakan sebagai satu fenomena yang masih hangat di Malaysia. Definisi Sumbang Mahram Mengikut pengertian Kamus Dewan perkataan ‘sumbang’ membawa erti ‘tidak mematuhi adat (kebiasaan. melanggar adat. dubur-kemaluan (anal genital) iaitu liwat.com/2009/08/cabaran-bahasa-melayu-dalam-era. Banyak juga Pertubuhan-Pertubuhan Bukan Kerajaan dan juga Kementerian Pembangunan Wanita. Ia termasuklah mulut-kemaluan (oral genital). Pencabulan seks ini bermaksud sebarang kegiatan seksual yang tidak difahami dan tidak direlakan oleh mangsa perlakuan seks atau perlakuan seks yang melanggar norma sosial. acapkali berita tentang terjadinya sumbang mahram terhias di dada-dada akhbar. dari perkataan sumbang juga terdapat beberapa frasa iaitu ‘sumbang balai melintang’ yang bermaksud ‘berzina dengan orang yang tidak boleh dikahwini (pada agama dan adat). A.perjuangan yang kental untuk menggunakan bahasa sendiri lantaran istilahnya cukup dalam bahasa sendiri. Perkataan ‘mahram’ pula adalah merupakan variasi kepada perkataan ‘muhrim’ yang membawa erti ‘laki-laki dan perempuan yang diharamkan berkahwin menurut agama Islam’. onani bersama. Ini terutama sekali kerana mangsa yang terlibat adalah seringkali merupakan kanak-kanak perempuan atau gadis di bawah umur. ‘Sumbang kadim’ yang bererti ‘berzina dengan keluarga yang rapat’ dan ‘sumbang pati’ juga membawa erti ‘ berzina dengan saudara sendiri’. kesopanan dan lain-lain). B.blogspot. mendedahkan kemaluan (exhibitionism) dan menggunakan kanak-kanak untuk tujuan lucah.

. Faktor-Faktor Pendorong Terdapat berbagai-bagai faktor yang dikatakan boleh mendorong kerana terjadinya perbuatan sumbang mahram ini. pelaku sumbang mahram pula adalah seringkali merupakan lelaki-lelaki yang mempunyai perhubungan yang rapat dengan mangsa. Ini mungkin kerana tidak ada laporan yang dibuat berkaitan dengan kajian tersebut. Pulau Pinang (1996). Konsep Sumbang Mahram Konsep sumbang mahram adalah berbeza-beza mengikut fahaman agama dan budaya sesuatu masyarakat itu sendiri. Seksyen 2 Akta/Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Wilayah Persekutuan (1997). adat atau kebiasaan yang berkait bagi lelaki dan perempuan tersebut. Sementara itu. Seksyen 2 Enakmen Jenayah Syariah (1992) untuk Negeri Sembilan. Faktor-faktor itu pula terbahagi kepada dua: a) Dalaman Faktor dalaman yang menjadi pendorong kepada terjadinya sumbang mahram. Mereka adalah termasuk bapa kandung. D. pelaku sumbang mahram adalah merupakan gadis-gadis atau kanak-kanak perempuan yang meningkat remaja. Jika ditinjau sepintas lalu. Mangsa kejadian sumbang mahram adalah merupakan gadis-gadis atau kanak-kanak perempuan yang meningkat remaja. abang ipar dan juga datuk. E. bapa saudara. Selangor (1995). Johor (1997) dan Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) 2001 pula telah mentakrifkan sumbang mahram sebagai perbuatan atau siri perbuatan yang dianggap bertentangan dengan hukum syarak di antara seorang lelaki dan seorang perempuan yang ditegah berkahwin.C. sumbang mahram didefinisikan sebagai “apabila seorang lelaki atau perempuan melakukan persetubuhan dengan orang lain di mana hubungan lelaki dan perempuan itu adalah tidak dibenarkan di bawah undangundang. Sementara itu. Undang-undang Berkaitan Sumbang Mahram Mengikut Undang-Undang Sivil Malaysia. Belum ada laporan atau siasatan yang dilakukan terhadap pesalah perempuan. lelaki yang kerap mengalami tekanan emosi akibat perasaan rendah diri. untuk berkahwin dengan orang itu”. Di Mahkamah Syariah pula. hukum agama. bapa tiri. di antaranya adalah lelaki yang gagal berhubung dan menyalurkan naluri serta nafsu seks secara formal. sumbang mahram di dalam negara seringkali menekankan kepada hubungan tidak wajar yang terjadi di antara seorang lelaki dan perempuan yang tidak boleh berkahwin menurut adat dan agama. Perak dan Sarawak pula telah memberikan takrifan sumbang mahram sebagai perbuatan atau siri perbuatan yang bertentangan dengan Hukum Syarak di antara seorang lelaki dan seorang perempuan yang diharamkan berkahwin sama ada di kalangan muabbad (haram nikah buat selama-lamanya) atau ghairu muabbad (haram nikah buat sementara).

pengaruh negatif media. pengetahuan agama yang cetek atau kurang penghayatan agama. kesibukan tugas menyebabkan tiada masa untuk pasangan dan anak-anak dan sikap kurang bertanggungjawab. Antara faktor-faktor tersebut adalah tahap ekonomi yang rendah dan keadaan rumah yang sempit. keruntuhan institusi keluarga. penyalahgunaan teknologi maklumat dan ada juga keadaan di mana si ibu sedar tentang apa yang terjadi tetapi tidak berdaya untuk menegahnya kerana sebab-sebabnya yang tersendiri seperti takutkan suami atau sedar tentang kesilapan dirinya yang telah mengabaikan keperluan suami dan anakanaknya. b) Luaran Faktor luaran juga banyak memainkan peranan di dalam mempengaruhi seorang pelaku di dalam melakukan perbuatan percabulan ini.4% dan pelaku pula berumur di antara 18 hingga 65 tahun. keinginan seks yang tidak tercapai dengan pasangannya. kurang kawalan atau pemantauan ibu bapa di dalam atau di luar rumah. rasa malu kerana pandangan rendah daripada masyarakat sekeliling dan tidak tahu kepada siapa dan bagaimana untuk melaporkan kejadian. Namun begitu statistik yang didapati berkemungkinan adalah tidak tepat kerana terdapat kemungkinan kes-kes kejadian tidak dilaporkan atas beberapa sebab seperti diancam oleh pelaku. berikut adalah statistik kes sumbang mahram di antara 1997 hingga 2002: Jadual Kes Sumbang Mahram di Malaysia TAHUN JUMLAH KES 1997 247 1998 317 1999 275 2000 213 2001 246 2002 298 Biarpun jumlah kes yang dicatatkan masih berada di bawah angka 300. Statistik Sumbang Mahram Di Malaysia Statistik menunjukkan bahawa kanak-kanak dan remaja lelaki sering dicabuli di luar kawasan rumah sementara gadis dan kanak-kanak perempuan seringkali dicabuli dalam atau sekitar kawasan rumah. F.taksub kepada seks. keakraban perhubungan di antara adik-beradik.9% daripada mangsa yang terlibat. Sementara itu mangsa pula adalah merupakan gadis-gadis di antara umur 11 hingga 15 tahun dan mewakili 54. namun ia mungkin tidak menggambarkan apa sebenarnya terjadi kerana kebanyakan kes yang . Menurut Polis Diraja Malaysia (2003). 30% dari kes rogol adalah melibatkan perbuatan sumbang mahram dan pelaku yang paling kerap adalah ayah kandung (48%) sementara bapa tiri pula 24.

kecederaan tubuh badan akibat dikasari. berkelakuan jauh lebih dewasa (kurang sesuai dengan umur mereka) atau berkelakuan yang terlalu kebudak-budakan ponteng sekolah dan mutu pelajaran yang merosot. bengkak atau berdarah. jangkitan penyakit kelamin. perubahan emosi menyebabkan mangsa sukar berhubung dengan rakan sebaya dan masyarakat sekeliling. bayi sering kali akan mengalami kecacatan mental yang teruk. terlibat dengan aktiviti yang tidak sihat seperti penagihan dadah. mengelak bertentang mata dan suka bersendirian. Terdapat juga kesan-kesan yang boleh diperhatikan dari segi tingkah laku dan perwatakan seperti perubahan emosi atau perasaan yang keterlaluan. berat badan naik mendadak akibat ketidakseimbangan hormon atau selera makan yang berubah secara tiba-tiba.dilaporkan adalah yang melibatkan gadis bawah umur. melahirkan perasaan sayang dengan cara yang kurang sesuai. gemar asingkan diri. mempunyai harga diri yang rendah. perasaan ingin tahu terhadap seks yang amat tinggi. G. keyakinan diri dan maruah yang rendah. Kesan-Kesan Sumbang Mahram Terdapat berbagai-bagai kesan yang akan timbul akibat dari perbuatan sumbang mahram. 86% kelahiran adalah tidak cukup bulan. kehamilan yang tidak diingini ini akan memberikan kesan yang amat mendalam kepada ibu dan anak tadi. takut kepada seseorang atau sesuatu tempat atau bersendirian. tidak sempurna dan kebanyakannya meninggal dunia sewaktu atau di peringkat awal kehidupan dan kecacatan genetik seperti penyakit jantung congenital. Antara kesan-kesan yang biasa ditunjukkan adalah tingkah laku seksual yang keterlaluan seperti bertukar-tukar pasangan. menunjukkan tanda kematangan yang awal serta cenderung mengajar rakan sebayanya tentang seks. Oleh kerana undang-undang di Malaysia tidak mengizinkan pengguguran dilakukan. . Kebarangkalian untuk kecacatan teruk pula adalah 25%. b) Kesan Terhadap Masyarakat Hasil dari perbuatan sumbang mahram kadangkala akan menyebabkan kehamilan yang tidak diingini berlaku. perubahan jadual tidur dan gangguan tidur di samping sering mengadu sakit perut. a) Kesan Terhadap Mangsa Terdapat kesan-kesan fizikal yang seringkali juga menjadi petunjuk terhadap penderaan seksual yang berlaku pada kanak-kanak tersebut. sistem dalaman tubuh serta kecacatan alat kelamin. rasa bersalah mendorong mangsa menyisihkan diri dan kadangkala mempunyai kecenderungan untuk membunuh diri dan mengalami gangguan makan dan tidur kerana cenderung menyeksa dirinya sendiri. kesan dari kejadian tadi akan terbawabawa hingga ke peringkat remaja dan dewasa. perasaan dendam menyebabkan mangsa menjadi pendera kanak-kanak. pekak-bisu dan kecacatan sistem saraf pusat. tidak suka disentuh. Antara kesan-kesan yang mungkin terjadi kepada ibu dan bayi malang tadi adalah tekanan jiwa yang teruk akan menjejaskan kandungan dan berakhir dengan kelahiran bayi cacat. Seandainya tidak ditangani dengan sempurna. Antaranya adalah kecederaan pada kemaluan dan dubur.

Selain daripada kesan-kesan terhadap kehamilan. kebajikan generasi yang dilahirkan terabai. tidak percaya kepada orang lain serta masalah penagihan dadah dan ketagihan arak yang menjurus kepada masalah kesihatan yang berkaitan. merenggangkan hubungan kemasyarakatan. pengulangan perbuatan penderaan. tetapi juga mengakibatkan kepada timbulnya berbagai-bagai masalah psikologi dan mental yang boleh merosakkan generasi yang akan datang. cemas. kemungkinan nikah sesama mahram. Antaranya adalah dengan memberikan kemahiran keibubapaan yang secukupnya untuk pasangan suami isteri. hilangnya perasaan sayang. obesiti atau anoreksia. terdapat juga kesan negatif kepada ekonomi negara seperti terpaksa menanggung perbelanjaan yang besar untuk program pemulihan dan pencegahan. Antaranya ialah nama baik dan maruah keturunan yang tercemar. hina dan dicela oleh masyarakat. menyumbang kepada masalah sosial masyarakat dan berlakunya pengabaian tanggungjawab. menjejaskan imej masyarakat Islam dan Malaysia amnya. Selain daripada itu. Ini memberi kesan kepada keadaan kesihatan keseluruhan rakyat yang mana terdapat lebih ramai kelahiran cacat serta timbulnya pelbagai penyakit yang kronik. terdapat juga kesan keseluruhan terhadap masyarakat. mempraktikkan ajaran agama yang kukuh di kalangan anggota keluarga terutama sekali tentang nilai-nilai kehidupan yang patut . Kerajaan akan terpaksa menyalurkan lebih banyak dana untuk membendung atau membantu pesakit sedangkan sepatutnya perkara itu boleh dielakkan daripada berlaku. histeria. memberi penerangan bahawa mangsa sumbang mahram adalah tidak bersalah dan menanamkan keyakinan untuk meneruskan hidup baru. penjagaannya. ketakutan. Selain dari itu. agresif dan kecelaruan personaliti. meluangkan masa untuk bersama dengan anak-anak dan mengawasi mereka. membantutkan pembangunan negara serta kurangnya sumber tenaga yang berkualiti. H. pelacuran atau kehidupan yang dipengaruhi oleh seks. memberikan pendidikan seks di sekolah yang memberi penekanan kepada pengenalan bahagian badan. masalah personaliti termasuklah perasaan bersalah. murung dan kehilangan maruah diri. pengawalannya dan mengenali batas perhubungan di antara lelaki dan wanita. tidak sah taraf untuk anak yang lahir dari hubungan sumbang mahram dan lemah mental. meningkatkan keruntuhan institusi keluarga di samping penambahan kepada masalah sosial sedia ada. melambatkan proses pembentukan keluarga dan masyarakat. Keluarga juga mengalami kesan dari kejadian sumbang mahram. daya pengeluaran negara terjejas kerana sumber tenaga yang lemah. antaranya ialah melambatkan proses pembangunan masyarakat. Akibat dari perbuatan sumbang mahram ini bukan sahaja meliputi kehilangan maruah diri. anak yang mewarisi sifat keji ibu bapa (pelaku sumbang mahram). hormat dan mesra sesama ahli keluarga. pcychosis yang kronik. disisih masyarakat. terdapat juga kesan-kesan psikologi jangka panjang yang tidak sihat seperti percubaan membunuh diri. Langkah-Langkah Untuk Menangani Sumbang Mahram Terdapat beberapa langkah yang boleh diambil untuk membendung kejadian sumbang mahram dari terus berleluasa.

ponteng kelas. Sejarah Awal Gengsterisme Penghijrahan masyarakat Cina dan India ke Malaya pada abad ke-18 dianggap sebagai titik permulaan tertubuhnya kumpulan geng di Malaysia. mengadakan pusat rujukan khidmat berterusan yang merupakan tempat di mana pasangan muda membuat rujukan tentang perkahwinan dan keibubapaan. December 2009. 459 daripada 1560 buah sekolah menengah berhadapan dengan pelajar berisiko terlibat dengan gengsterisme. mengadakan khutbah nikah yang khusus untuk menimbulkan keinsafan di dalam diri seorang lelaki dan peringatan tentang tanggungjawab dirinya terhadap isteri. anak-anak dan juga anakanak tiri yang sepatutnya dilindungi olehnya. sama ada yang berpendapatan rendah ataupun yang sebaliknya di samping penguatkuasaan undang-undang yang lebih ketat untuk pesalah sumbang mahram dan juga undang-undang untuk melindungi mangsa. Mereka yang paling aktif adalah dari kumpulan Ang Bin Hoay yang cuba mendapatkan ahli melalui sistem Kapitan iaitu menyatukan ahli untuk memastikan kepentingan mereka terpelihara. Ia dilihat bukan sahaja berkemampuan menghalang pencapaian pelajar remaja malahan boleh mengganggu-gugat perkembangan remaja dalam arus pembangunan negara. Dalam kalangan masyarakat India pula. Aktiviti kumpulan-kumpulan ini tidak lagi berpusatkan kepada memelihara kepentingan ahli semata-mata tetapi mula melakukan aktiviti yang menyalahi undang-undang dan bersifat jenayah seperti mencuri. Ada kumpulan yang menyamai aktiviti ini seperti mendapatkan wang perlindungan manakala ada pula yang bergaduh semata-mata kerana isu wanita. pendidikan dan kemudahan prasarana untuk membendung gejala-gejala sosial dari terus berleluasa. pelabelan istilah geng bermula sejak tahun 1960an apabila ramai remaja India mula terlibat dengan aktiviti yang menjurus kepada jenayah terutama dengan pengaruh dari kumpulan etnik Cina. No comments GANGSTERISME Tuesday. ketagihan alkohol dan rogol.diikuti. 22. B. 08:26:33 di kalangan remaja dewasa ini. Ia perlu ditangani kerana gengsterisme boleh mempengaruhi pembabitan pelajar di dalam kegiatan lain seperti penagihan dadah. rancangan bersepadu yang membabitkan perumahan. A. Faktor Penyebab Gengsterisme . Ini termasuklah rumah berbilik tiga untuk keselesaan penduduk. Migrasi masyarakat Cina terutamanya dari wilayah Kwantung dan Fukian akibat keadaan politik serta pernah menyertai aktiviti penggulingan Dinasti Manchu menyebabkan Malaya turut diresapi aktiviti ini. Pada tahun 2000. kekerasan. membunuh dan mengancam keselamatan orang ramai untuk mempertahankan kedudukan mereka sebagai kumpulan berpengaruh. keciciran sekolah.

Masalah lebih rumit di kalangan keluarga yang mempunyai bapa atau ibu tunggal. Berpegang kepada ideologi kumpulan menyebabkan masing-masing menunjukkan kesetiaan kepada ahli kumpulan dan sering bersama membantu mengatasi sebarang masalah baik yang melibatkan pergaduhan. kewangan atau mempertahankan kesalahan ahli kumpulan sekiranya kegiatan mereka berjaya dikesan. Aktiviti mereka bersifat memberontak seperti mengganggu pengajaran guru-guru. Ini berbeza dengan bapa tunggal yang lazimnya dilabel sebagai sukar memberi kasih sayang apatah lagi jika mengabaikan tanggungjawab dan peranan sebagai ketua keluarga. Lantaran itu. merosakkan harta benda sekolah. Mereka yang terlibat di dalam aktiviti ini adalah remaja yang masih tidak mempunyai haluan dan terkapai-kapai mencari jalan kehidupan mereka. remaja ini mencari pilihan lain sebagai tempat untuk mendapatkan perhatian. Mereka hilang tumpuan kerana sikap inferioriti di kalangan mereka sendiri berbanding dengan pelajar yang rajin dan tekun berusaha. Desakan keluarga dan kesempitan hidup boleh mendorong mereka tidak memberi perhatian sepenuhnya ke atas pendidikan mereka dan menganggap keciciran dan ponteng sekolah merupakan amalan yang biasa. b) Pengaruh Rakan-Rakan Rakan sebaya mempunyai pengaruh yang kuat ke atas kehidupan seseorang kerana kesilapan bergaul dengan rakan-rakan yang salah boleh menyebabkan seseorang remaja terkeluar dari kehidupan yang betul malahan penngaruh kuat rakan-rakan ini akan menyebabkan sebilangannya diambil menjadi anggota kumpulan geng ini. Keadaan sosial ini boleh mempengaruhi pendidikan anak-anak dari keluarga ini. c) Kekuatan Diri Sendiri Sikap remaja sendiri penting untuk mengelakkan diri mereka daripada terbabit di dalam gengsterisme. Ada ibu bapa yang tidak mempunyai pilihan melainkan bekerja untuk menampung kos sara hidup dan mencari nafkah untuk meneruskan kehidupan. Pendapatan dari pekerjaan sering tidak mencukupi dan mengharapkan ahli keluarga lain menampung perbelanjaan kehidupan.a) Institusi Kekeluargaan Arus pemodenan yang pesat di dalam negara penting untuk pembangunan dan peningkatan taraf hidup tetapi sifat sesetengah ibu bapa yang lebih berkecenderungan untuk mengumpul kekayaan dan bekerja di luar rumah menyebabkan remaja ini terabai atau tidak diberi tumpuan sepenuhnya. misalnya di kalangan rakan-rakan. Ada remaja yang tidak takut untuk bergiat aktif di dalam aktiviti gengsterisme kerana sikap ibu bapa sendiri yang mengabaikan tanggunggjawab mereka ke atas anak-anak mereka. Penderitaan ini tidak difahami oleh golongan remaja walaupun mereka sedar namun sukar untuk mendapat bimbingan memandangkan kehidupan keluarga yang mendesak perlu diatasi dengan pengorbanan masa bekerja. ketagihan rokok. Ketiadaan ‘role model’ yang sesuai juga dianggap faktor pendorong pembabitan mereka . dadah dan alkohol. ponteng sekolah.

Aksi. C. pada waktu yang sama ia boleh membawa penontonnya ke jalan yang salah terutama di kalangan remaja yang cepat terpengaruh seolah-olah apa yang dilihat itu merupakan satu realiti dalam kehidupan. masa rehat. rumah pangsa dan flat kos rendah. Pembentukan personaliti melalui media massa dianggap sukar dibendung kerana walaupun diakui media merupakan alat yang boleh mendidik pendengar dan penontonnya. f) Sekolah Sungguhpun sekolah bukan punca yang menyebabkan gengsterisme. g) Didikan Agama Kekurangan didikan agama turut mendorong peningkatan aktiviti gensterisme. e) Media Massa Perkembangan hari ini menunjukkan bahawa media massa memainkan peranan yang sangat penting di dalam mempengaruhi pergerakan remaja. d) Kesan Persekitaran Tempat tinggal yang tidak selesa dengan ahli keluarga yang ramai di rumah yang kecil dan sempit serta pendapatan harian atau bulanan yang kecil boleh menyebabkan remaja ini lebih seronok meluangkan masa di luar rumah. maka secara langsung ia boleh menghindar remaja tersebut dari terperangkap di dalam kegiatan gengsterisme. Ada pula dilabel sebagai ahli sesebuah geng kerana kawasan tempat tinggal mereka yang dianggap aktif dengan jenayah kumpulan gengsterisme. masa selepas persekolahan atau ketika pelajar ponteng kelas. pertuturan dan tingkah lakuyang ditayangkan di media elektronik dan media cetak menjadi ikutan sehingga seolah-olah pelakon tersebut menjadi ‘role model’ bagi golongan remaja. jika didikan agama kukuh di dalam diri individu. Secara umumnya. Ada pula yang sengaja menggunakan gelaran kawasan mereka untuk menimbulkan rasa takut di kalangan remaja di sekolah mereka. Ada ketua geng yang memberi kekuatan kepada remaja di kawasan tersebut untuk bergaduh kerana memastikan sokongan mereka serta menterjemahkan kuasa ke dalam bentuk tindakan gengsterisme. Ini jelas di kawasan perumahan setinggan. Langkah Mengatasi Masalah Gengsterisme . tetapi sekolah boleh menjadi tempat pertemuan ketua dan ahli-ahli kumpulan ketika sebelum kelas bermula. Keluarga yang kurang pendidikan ini juga boleh menyebabkan anak remaja mereka tidak terikat dengan nilai keagamaan serta pembentukan akhlak yang baik lantas terbabas ke dalam kumpulan bergeng ini.di dalam gengsterisme.

Sekolah boleh mengadakan hubungan langsung dengan ibu bapa terutama pelajar yang dikesan bermasalah atau disyaki terlibat dengan kumpulan gengsterisme. Ibu bapa mesti belajar mengetahui aktiviti yang dianggotai oleh anak mereka dan pada waktu yang sama. Walaupun masing-msing sibuk dengan pekerjaan dan kerjaya mereka serta mengejar kekayaan. Di samping itu. kepentingan anak juga mesti diberi tumpuan. b) Peranan Sekolah Sekolah mempunyai tanggungjawab yang besar untuk mengatasi kemelut gengsterisme dengan melentur masalah yang timbul dari peringkat awal lagi supaya dapat menyekat dari mempengaruhi pelajar yang lain. Antaranya: a) Peranan Ibu Bapa Ibu bapa memainkan peranan yang sangat penting di dalam konteks pembangunan sahsiah dan proses sosialisasi anak mereka. ibu bapa telah dengan secara langsung menjadi idola kepada anak-anak mereka. Ibu bapa yang mengambil inisiatif ini wajar mengadakan perbincangan atau diskusi dengan anak-anak mereka bukan setakat mengetahui kecenderungan mereka tetapi juga berbincang mengenai perkembangan remaja semasa supaya anak-anak mempunyai ruang untuk meluangkan pandangan dan pada waktu yang sama memahami pandangan orang tua mereka. guru kelas. mengenali individu yang menjadi rakan kepada anak remaja mereka. Aktiviti persatuan. guru disiplin dan warden asrama. terbabit secara langsung di dalam aktiviti bukan sahaja di rumaha tetapi juga di sekolah. c) Peranan Masyarakat Gengsterisme mesti dilihat sebagai masalah berterusan yang melibatkan bukan hanya . kelab dan organisasi beruniform perlu sentiasa diperbaharui supaya ia memenuhi citarasa pelajar yang mahu aktif dan mencuba sesuatu yang baru dan pada waktu yang sama mempertahankan pencapaian akademiknya. Usaha ini akan membolehkan tempat kunjungan mereka dikenal pasti serta apakah bentuk aktiviti atau kegiatan yang disertai oleh anak mereka.Terdapat beberapa langkah yang boleh diambil oleh pelbagai pihak untuk membantu sekurang-kurangnya mengurangkan masalah gengtserisme kalaupun tidak dapat menghapuskannya sama sekali. sebagai satu tindak balas resiprokal. Keprihatinan yang ditunjukkan oleh ibu bapa akan membolehkan mereka memainkan peranan yang lebih besar iaitu menjalin hubungan dengan pihak sekolah termasuk mengambil berat mengenai perkembangan anak mereka di sekolah melalui komunikasi dengan guru besar. Kokurikulum di sekolah juga mampu memainkan peranan besar di dalam mengadun sahsiah seseorang pelajar. Dengan ini. sumbangan ibu bapa boleh disalurkan melalui penglibatan di dalam Persatuan Ibu Bapa dan Guru-Guru (PIBG) dan terbabit secara aktif di dalam aktivit di antara pelajar sekolah dan ibu bapa. Sekolah boleh menganjurkan kem atau program tertentu yang berterusan untuk memerhati atau memantau kegiatan pelajar berisiko ini.

d) Peranan Kerajaan Kerajaan memain peranan penting menangani masalah gengsterisme ini. ditambah lagi dengan kenyataan . Keluarga dan Masyarakat boleh mengubah persepsi ke atas pelajar yang sering dilayan secara negatif kebelakangan ini akibat tindakan atau kelakuan segelintir pelajar berisiko. Kementerian Penerangan. Kesepaduan kementerian-kementerian termasuklah Kementerian Pelajaran.pemerhatian dari pihak sekolah semata-mata. No comments MASALAH SEKS SEBELUM NIKAH DALAM KALANGAN REMAJA A. STD dan kehamilan yang tidak dirancang. media boleh mengurangkan siaran sebegini atau sekurang-kurangnya keprihatinan media ditunjukkan melalui penayangan program yang bersifat pembentukan kepribadian remaja yang unggul. Rancanganrancangan sebegini yang harus diutamakan agar remaja menonton ‘role model’ yang baik yang boleh menjadi ikutan mereka. Kesemua alasan ini. terutamanya pengalaman seksual yang awal didapati berhubung kait dengan tingkah laku seksual yang lebih berisiko dan masalah-masalah psikososial yang lain. Inisiasi seksual awal (melakukan seks pada usia yang terlalu muda) juga didapati berhubung kait dengan cara gaya hidup dewasa yang kurang matang. Senario Seks Sebelum Nikah di Malaysia Fokus terhadap aktiviti seksual remaja penting kerana tingkah laku dan pengalaman seksual. Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan Kementerian Pembangunan Wanita. Langkah yang radikal boleh diambil oleh kerajaan dengan secara perlahan-lahan mengurangkan penyiaran filem berunsur ganas dan jenayah. Masyarakat juga boleh memainkan peranan mereka jika isu ini mahu diatasi sepenuhnya. Walaupun untuk menghentikan siaran yang ganas dan bersifat jenayah kurang adil untuk industri media massa. contohnya. Badan-badan luar terutama badan sosial atau organisasi beruniform boleh melibatkan diri mereka dengan sepenuhnya sebagai agen luar yang bertanggungjawab. Tindakan keras perlu diambil supaya aktivitinya dapat dibendung. Pembabitan pelajar yang berjaya mesti ditonjolkan supaya mereka menjadi idola kepada pelajar yang lain. Mereka boleh menjadi pengantara di antara sekolah dan pelajar. Undang-undang yang ketat menerusi tindakan kerajaan akan mampu menyedarkan pelajar bahaya pembabitan di dalam aktiviti gengsterisme. e) Peranan Media Masalah gengsterisme juga boleh diatasi jika media memainkan peranan yang lebih proaktif. Ia juga merupakan indikator yang penting bagi tingkah laku berisiko yang berpanjangan. Kementerian Belia dan Sukan.

Hujah ini mengatakan menjauhkan diri dari agama dan tuhan (detachment from religion) dan nilai moral yang rendah adalah sebab utama kenapa remaja-remaja melakukan seks terlalu awal. Aktiviti heretoseksual dikebanyakan negara barat didapati berhubung kait dengan cinta. B. Rangsangan Seksual Sebahagian remaja perempuan menjadikan cinta sebagai sebab utama mereka menjadi aktif seks. Kementerian Kesihatan 1992). akan memberi impak yang besar terhadap pertumbuhan penduduk dunia pada masa depan adalah alasan-alasan yang kukuh untuk dilakukan kajian tentang setakat mana pengetahuan remaja tentang seks. intimasi dan untuk jadi rapat dengan orang lain.8% remaja telah melakukan seks (Second National Health and Morbidity Survey. Banyak juga kajian-kajian di barat yang telah melaporkan sering pergi ke gereja dan kuat agama adalah faktor penting dalam membentuk sikap terhadap seks. Takat Keagamaan atau Relegiositi Remaja yang tidak menganuti apa-apa agama merupakan golongan yang paling cenderung melakukan hubungan seks dan remaja yang melakukan seks pada umur yang sangat muda didapati kurang religios dah lebih toleran terhadap devian. Kajian-kajian psikologi yang lepas juga telah menunjukkan remaja yang religios atau “alim” kurang cenderung menjadi aktif dari segi tingkah laku seks (lees sexually active). Hujah-hujah politik dan moral sering mengatakan hakisan nilai-nilai adalah punca utama kepada trend remaja mula mengadakan seks pada umur yang masih muda. Apabila mencapai umur 18 tahun. Maklumat tentang perkara ini juga signifikan untuk pembuatan polisi-polisi psikososial yang sesuai dan relevan untuk membantu dan membimbing para remaja menjalani hidup yang sihat. 1996). Kementerian Kesihatan 1997). Remaja melihat cinta sebagai faktor yang menghalalkan aktiviti seks dan memperspeksikan aktiviti seks satu . 84% telah mula berpegang tangan. Satu lagi kajian telah dijalankan pada akhir tahun 1996 ke atas 30. Satu kajian telah dijalankan di Malaysia pada tahun 1992 mendapati 52% remaja yang berumur antara 17-24 tahun telah mempunyai lebih dari satu pasangan seks dan separuh daripada mereka telah melakukan seks di luar nikah (Kajian Kesihatan dan Cara Gaya Hidup. Jelasnya kajian-kajian ini telah menunjukkan bahawa peratusan remaja yang melakukan seks sebelum nikah pada usia yang muda telah meningkat di negara kita. 85% telah berkucup dan 83% telah bercumbu (Lembaga Penduduk dan Keluarga Kebangsaan.bahawa golongan remaja yang merupakan 20% dari jumlah penduduk dunia. 233 orang pelajar sekolah menengah (Umur di antar 13-18 tahun) yang mendapati 1. 40 % remaja yang berumur antara 13-19 tahun mula dating ketika berumur antara 13 dan 15 tahun. Sekuat mana kepercayaan remaja Islam yang seks sebelum nikah itu satu dosa? Adakah kepercayaan-kepercayaan ini tergambar dalam tingkah laku mereka? Adakah dengan mempunyai takat relegiositi yang tinggi akan menghalang remaja dari melakukan seks sebelum nikah? C. Majoriti orang melayu (65%) adalah beragama Islam tetapi malangnya inisiasi seks ketika usia masih terlalu muda sangat nyata dan secara perlahan-lahan meningkat.

hukuman kepada seks sebelum nikah ialah remaja yang telibat diusir dari kampung malah dipinggirkan oleh masyarakat dan dikutuk oleh agama. 71% lakukan seks kerana sudah terangsang. Remaja lelaki didapati lebih belajar seks dari kawan-kawan. Dari segi peratusan menurut jantina. Satu lagi perbezaan yang signifikan ialah mahukan pengalaman seks di mana remaja lelaki banyak melaporkan sebab ini bagi tingkah laku seks mereka berbanding dengan remaja perempuan. Teman lelaki atau perempuan adalah faktor peramal (predictor) yang signifikan dalam menentukan aktiviti seks remaja. 35% dari VCD.Terdapat dua perbezaan signifikan di antara remaja lelaki dan perempuan. Sebab-sebab Melakukan Seks 75% remaja melakukan seks sebelum nikah kerana ingin tahu dan ingin merasa seks. Dalam kajian yang dibuat oleh Jas Laile Suzana Jaafar terhadap 115 orang remaja Melayu (13-20 tahun) di Kuala Lumpur mendapati 43% remaja melaporkan yang mereka mula dating ketika berumur 13-15 tahun dan 36% ketika mereka berumur 16-17 tahun. remaja lelaki paling banyak melaporkan belajar dari kawan (46%). Pada zaman dahulu. manakala remaja perempuan paling banyak melaporkan dari teman lelaki (46%). 44% memberitahu mereka mula belajar tentang seks dari kawan-kawan. Para remaja memerlukan bimbingan dalam memperkembangkan hubungan peribadi yang akrab (close personal relationships) dengan rakan-rakan dari jantina yang berlawanan. E. transisi yang pesat dari hubungan yang bersifat casual ke hubungan seksual akan berlaku. kes-kes seks sebelum nikah masih berlaku. Didapati lebih ramai remaja lelaki yang melaporkan alasan ini untuk tingkah laku melakukan seks berbanding dengan remaja perempuan. manakala remaja perempuan dari teman lelaki mereka. Kesimpulan Walaupun remaja Melayu secara umumnya dilihat sebagai lebih konservatif dari segi seks berbanding dengan Barat dan terikat pada nilai-nilai agama dan adat-adat yang secara relatifnya ketat. Dating menawarkan satu laluan bagi aktiviti seksual dan apabila satu-satu hubungan dating telah menjadi stabil. manakala remaja perempuan mengatakan sebagai bukti cinta (17%). ibu bapanya juga akan menanggung malu dan menghadapi konsekuan psikososial seperti dipulau oleh orang kampung. Dating ketika usia masih muda dan mempunyai hubungan yang agak stabil telah didapati berhubung kait dengan aktiviti seksual dan mempunyai teman lelaki atau perempuan menawarkan dan mewujudkan satu tekanan kepada remaja untuk melakukan seks. remaja lelaki lebih banyak mengatakan ingin tahu dan sudah terangsang sebagai alasan melakukan seks (38% bagi kedua-duanya). Dari segi peratusan menurut jantina. Perbezaan yang pertama ialah menyentuh soal melakukan seks kerana sudah terangsang. 29% dari teman wanita atau lelaki dan 27% dari majalah-majalah berunsur lucah (lihat Jadual 1). D. 64% mahukan pengalaman seks.luahan atau ekspresi cinta. . 61% ingin membuktikan rasa cinta dan 58% ingin memuaskan kehendak pasangan. Remaja yang kuat agama kurang cenderung untuk melakukan hubungan seks dan remaja yang mula melakukan seks sejak usia yang muda cenderung untuk tidak berminat dengan agama. Bukan sahaja remaja.

Peringkat-peringkat tersebut ialah permulaan (initiation). Faktor-faktornya termasuklah tahap pendidikan yang rendah. rangsangan teman lelaki. Risiko seseorang remaja untuk kekal menjadi perokok bermula dengan percubaan pertamanya. penggunaan bermasalah (problem use) dan pergantungan (dependency). Jika dilihat. Peringkat yang pertama iaitu permulaan. bilangan remaja perempuan yang merokok telah bertambah dari 4 peratus ke 8 peratus. merujuk kepada faktor-faktor yang mempengaruhi dan mendorong remaja untuk merokok. maka mustahil sesuatu pendidikan itu akan berjaya kerana yang merangsangkan itu akan mencemarkan didikan yang diberikan. Dalam tahun 2000 dan 2004.t. 4 juta orang meninggal dunia setiap tahun akibat penyakit berkaitan dengan penggunaan tembakau dan menjelang penghujung tahun 2020. Fakta yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Sementara itu. Jumlah remaja lelaki yang merokok berusia 12 hingga 18 tahun pula adalah sebanyak 30 peratus. Ini kerana. terdapat perokok di kalangan ahli keluarga. . akhlak dan mewujudkan suasana yang baik yang boleh mendorong kepada perlakuan baik dan menghalang suasana-suasana yang boleh merangsang kepada seks adalah perkara-perkara asas yang paling penting dalam menjauhi remaja daripada seks sebelum nikah. Terdapat tiga peringkat yang membawa kepada ketagihan nikotin di kalangan remaja. No comments MASALAH MEROKOK DALAM KALANGAN REMAJA dunia. Usia remaja merupakan fasa yang paling sensitif kepada permulaan tingkah laku merokok. menyatakan setiap hari. sangat sedikit remaja yang berjaya meninggalkan tabiat merokok apabila mereka telah mula merokok. Elemen-elemen penting dalam pendidikan Islam iaitu pendidikan keimanan.w. berbanding dengan remaja yang tidak mencuba. Perubahan demi perubahan dalam diri remaja bersama transisi zaman kanakkanak ke alam dewasa membawa kepada pelbagai keinginan untuk mencuba perkaraperkara yang baru termasuklah merokok. lebih kurang 45 hingga 59 remaja di bawah umur 18 mula merokok di negara kita. Jika pendidikan iman dan akhlak sahaja ditekankan tetapi perkara yang merangsangkan seks tidak dibuang. Disebabkan inilah kita akan mendapati tidak ramai perokok tetap mula merokok di usia dewasa. Remaja yang mencuba untuk merokok akan lebih cenderung untuk terus merokok sehingga dewasa. nikotin boleh membawa kepada sindrom ketagihan yang sama dengan ketagihan heroin dan kokain. bilangan remaja perempuan yang merokok semakin bertambah. internet dan cinta telah mengatasi kepercayaan mereka. Penggunaan rokok dalam usia remaja dilihat sebagai tingkah laku untuk bereksperimen sebelum remaja tersebut kekal menjadi perokok apabila dewasa.Aspek rangsangan memainkan peranan penting walaupun remaja percaya kepada balasan Allah s. dianggarkan kadar kematian akan mencecah 10 juta orang. VCD lucah. kawan.

pola tingkah laku merokok ini akan kekal dan penglibatan seseorang dalam tingkah laku merokok ini akan menjadi lebih serius. dan mempelajari bagaimanakah cara bertingkah laku yang bersesuaian (Musgrave. apabila media menggambarkan tingkah laku tersebut sebagai satu tingkah laku yang bergaya dan sebagai ekspresi penentangan jiwa mereka. Lalu ia membawa kepada kecenderungan untuk mempunyai tingkah laku yang sama di kalangan remaja dalam satu kumpulan. remaja sebenarnya sudah mengalami ketagihan nikotin. Ideanya ialah akan terdapat kumpulan-kumpulan remaja yang boleh dikategorikan sebagai kumpulan merokok dan tidak merokok. apabila remaja merasakan merokok dapat memberi kelegaan dan menenangkan diri mereka. tingkah laku merokok ini terus akan menjadi tabiat yang tidak dapat dibuang. Proses sosialisasi mempengaruhi pembentukan tingkah laku dan personaliti remaja. individu belajar tentang nilai dan norma dalam budaya. Sekiranya tidak ada kawalan. Individu akan terdorong untuk mengikuti perkara-perkara yang . Namun begitu. Kecenderungan remaja untuk merokok atau tidak merokok adalah berdasarkan kekerapan dan jangka masa mereka berhubungan dengan individu yang merokok. artis dan filem juga berperanan dalam peringkat pertama ini. Remaja yang merokok mungkin berasa lebih yakin dengan diri mereka atau merasa lebih disukai oleh orang lain disebabkan oleh tingkah laku tersebut. Peringkat kedua.sama ada ibu bapa atau adik-beradik dan terdapat perokok di kalangan rakan sebaya. Lama-kelamaan. Pengaruh media. fizikal juga memainkan peranan apabila terdapat remaja perempuan yang percaya dengan merokok mereka dapat kekal langsing. sekatan dan hukuman kepada tingkah laku merokok. remaja yang merokok mahu dilihat sebagai seorang yang berdikari dan bebas untuk melakukan apa yang disukai. 1988). Untuk itulah. Remaja menjadikan tingkah laku tertentu seperti merokok ini sebagai tunjang kepada identiti kumpulan mereka. iaitu penggunaan bermasalah merujuk kepada keadaan remaja yang akan merokok apabila mereka bersama rakan-rakan atau ketika mereka bosan dan gelisah. akhirnya nikotin bertindak sebagai cara untuk remaja berhadapan dengan tekanan dan masalah seharian. Apabila berada di peringkat ini. keluarga dan rakan-rakan berada dalam kategori utama yang boleh mempengaruhi tingkah laku remaja seperti merokok. Hubungan yang lebih rapat dan lebih lama yang muncul dalam diri remaja adalah sangat penting dalam proses pembelajaran sosial. yang menyebabkan mereka berasa tidak selesa dan murung sekiranya mereka tidak merokok. Jika status perokok dan bukan perokok dilihat penting dalam menentukan identiti sosial kumpulan. Peringkat permulaan merokok ini kemudiannya akan membawa kepada peringkat ketagihan. Peringkat pergantungan bermula apabila remaja yang merokok merasakan tingkah laku tersebut sebagai satu keseronokan. Proses ini membolehkan seseorang itu mengenal diri sendiri dan mempelajari apa yang dipercayai oleh orang lain di sekelilingnya. Pada peringkat permulaan. Melalui proses inilah. Remaja akan terdorong untuk merokok. maka ahli-ahli sesebuah kumpulan selalunya akan berkongsi tingkah laku yang sama. Konsep kendiri yang dibina oleh remaja dalam diri mereka adalah penting dalam menentukan identiti sosial dan kumpulan. Remaja yang ketagihan nikotin akan mencari rokok sebagai satu cara mereka melepaskan rasa rungsing dan kebimbangan.

pengaruh ibu bapa sebagai agen sosialisasi mula diganti dengan peranan rakan-rakan. remaja memperolehi pengesahan sosial dan interaksi sesama rakan sekumpulan. Kedua-dua agen ini seolah-olah berantai dan saling mempengaruhi. Kedua-dua agen ini memainkan peranan yang amat besar dalam membentuk tingkah laku dan tabiat merokok di kalangan remaja. Tingkah laku merokok di kalangan remaja juga membuatkan remaja berasa memperoleh kebebasan dan autonomi. Apabila tingkah laku tersebut dilihat sebagai norma dan kebiasaan. Sebagai agen sosialisasi utama. Sebagai agen sosialisasi. Tekanan lain yang turut dihadapi oleh remaja agar menghisap rokok juga berlaku secara langsung. Selain itu. remaja merokok disebabkan mereka mahu menjadi sebahagian daripada kumpulan. Rakan-rakan menjadi tempat untuk remaja berkongsi interaksi sosial dan mengatasi ketakutan. Ibu atau bapa yang merokok memberi gambaran awal kepada anak-anak bahawa tingkah laku tersebut adalah sebahagian daripada norma yang biasa dalam keluarga. juga sebenarnya bermula dengan peranan keluarga. Keluarga berperanan mengawal pemilihan rakan sebaya anak-anak. Dalam hal ini. Keluarga merupakan agen sosialisasi utama bermula dari awal kelahiran sehinggalah seseorang itu dewasa. remaja sebenarnya berasa tertekan untuk turut merokok sekiranya rakanrakan di sekeliling mereka adalah perokok. sebaliknya ia saling mempengaruhi. Walaupun tidak dipaksa secara langsung oleh rakan-rakan untuk merokok. Dengan turut sama merokok. keluarga dan rakan-rakan memainkan peranan yang sangat penting dalam membentuk tingkah laku dan kendiri seseorang remaja. maka anak-anak akan menjadi lebih cenderung untuk turut serta. agen sosialisasi yang kedua iaitu rakan-rakan. tingkah laku ahli keluarga terutamanya ibu bapa menjadi contoh dan ikutan oleh anak-anak. Kajian mendapati tingkah laku merokok di kalangan adik beradik yang lebih tua mendorong remaja untuk turut sama merokok. dan untuk mengelakkan mereka daripada tersisih. rakan-rakan menjadi tempat untuk remaja bersama-sama cuba untuk keluar daripada kawalan orang dewasa dan peraturan-peraturan. Keluarga dan rakan-rakan merupakan dua kumpulan agen sosialisasi terpenting selain sekolah dan media. Remaja sering berhadapan dengan rakan-rakan yang akan menggalakkan mereka agar mencuba merokok. Remaja bukanlah satu entiti yang berasingan dengan kedua agen ini. Keluarga yang . Remaja mungkin akan dipaksa dan juga diusik sekiranya enggan berbuat demikian.dianjurkan oleh budaya masyarakat di sekeilingnya. Pengaruh keluarga dalam menentukan tingkah laku merokok telah menarik minat ramai pengkaji-pengkaji isu sosial. Sosialisasi juga membolehkan individu mengenal dirinya dan belajar menempatkan dirinya dalam masyarakat. Jika tingkah laku merokok oleh ahli keluarga menjadi ikutan oleh remaja kerana kebiasaan melihat tingkah laku tersebut seharian. Rakan sebaya ini juga mempunyai keluarga dan dipengaruhi oleh tingkah laku keluarga mereka. pengaruh oleh rakan-rakan pula lebih menjurus kepada tekanan. Terdapat banyak kajian yang menyatakan hubungan antara tingkah laku merokok dengan faktor keluarga. kekeliruan dan masalah. Apabila seseorang itu meninggalkan alam kanakkanak dan memasuki alam remaja.

000 2002 RM 88.sensitif akan cenderung untuk mengenali rakan sebaya remaja dan boleh mempengaruhi keputusan remaja untuk memilih rakan mereka. memberi tajaan kepada aktiviti-aktiviti sukan dan di pusat-pusat hiburan. membawa kepada usaha kerajaan melancarkan Kempen Tak Nak iaitu kempen kesedaran yang disasarkan kepada golongan remaja pada 9 Februari 2004. Sebagaimana kerajaan melihat kepentingan menjadikan golongan remaja sebagai sasaran kempen anti merokok. . kita sering melihat promosi demi promosi oleh industri ini yang dibuat dalam persekitaran sosial yang digemari oleh remaja. tabiat ini akan meningkatkan risiko pembentukan awal penyakit kardiovaskular. penglibatan awal remaja dalam tingkah laku merokok juga berkait dengan peningkatan risiko penyakit kardiovaskular dan gangguan kepada kadar kolesterol. 22 September 2004. 2000-2003 Tahun RM 2000 RM 70. Remaja yang merokok juga mempunyai kadar kecergasan yang lebih rendah berbanding dengan remaja yang tidak merokok. berkahak dan secara keseluruhannya mempunyai tahap kesihatan yang rendah. Seseorang yang telah membentuk tabiat merokok pada usia yang muda akan mempunyai tahap ketagihan nikotin yang lebih serius berbanding dengan mereka yang bermula merokok pada usia yang lebih tua. ibu bapa berperanan mengenal pasti sama ada anak-anak mereka berkawan dengan golongan yang merokok ataupun tidak. YAB Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi dalam ucapannya di perasmian kempen tersebut menganjurkan agar golongan dewasa dapat memberi teladan dengan berhenti merokok. Kebimbangan kepada pertambahan jumlah perokok di negara kita. pitam. Kempen ini bertujuan mencegah keinginan golongan remaja untuk merokok dan menyangkal tanggapan bahawa tabiat merokok adalah suatu yang diterima dalam masyarakat.000 Jumlah RM 332. Tingkah laku merokok yang kerap di kalangan remaja akan membawa kepada masalah kesihatan semasa dan juga kelak apabila dewasa. Sebagai contoh.000 2001 RM 94. Tabiat merokok seawal usia remaja akan mengurangkan kadar tumbesaran paru-paru untuk berfungsi pada kadar maksimum. industri tembakau pula sebaliknya terlebih dahulu telah melihat kepentingan golongan ini dalam usaha mengukuhkan pasaran mereka. batuk. Jika tingkah laku merokok berlarutan sehingga dewasa.000 2003 RM 80. Untuk itu.000 Sumber: Bernama. Remaja yang merokok akan sering mengalami sesak nafas. Jadual Perbelanjaan Kempen Anti Merokok oleh Kerajaan. Untuk mengawal atau mengelakkan remaja merokok. Selain dari itu. Kerajaan sebenarnya telah membelanjakan sejumlah wang yang banyak untuk kempen anti merokok sejak tahun 2000 lagi. Tahap kecergasan seseorang perokok itu adalah berkadar langsung dengan jangka masa dan kekerapan merokok.

Pendidikan ini merangkumi kesedaran kepentingan kehidupan yang berkualiti. Perubahan definisi merokok sebagai diterima secara sosial perlu bermula dengan pendidikan.Perkara sebeginilah yang menyebabkan golongan remaja memberi gambaran yang positif kepada tingkah laku merokok ini. Kempen yang berterusan mungkin dapat membantu usaha mengurangkan jumlah perokok remaja sementara kawalan dan penguatkuasaan secara fizikalnya menyukarkan remaja untuk mendapatkan bekalan rokok. Dan perkara ini bermula daripada pendidikan isi rumah. Ibu bapa dan keluarga perlu menyedari keunggulan jiwa dan kekuatan remaja untuk tidak terlibat dengan tabiat merokok.15 bilion perokok di seluruh dunia. perkara ini bukanlah petunjuk yang kukuh kepada perubahan sikap dan definisi yang diberikan oleh remaja kepada tingkah laku merokok. Golongan kanak-kanak dan remaja terus-terusan didedahkan dengan kaedah pemasaran oleh syarikat-syarikat tembakau yang mampu mempengaruhi tingkah laku remaja. Lebih 80% daripada angka ini adalah dari negara-negara yang berpendapatan rendah dan . kalangan remaja bukanlah satu isu kelompok tertentu atau dalam jangka masa tertentu sahaja. Terdapat lebih kurang 1. bukannya sebagai satu bentuk ketagihan yang berbahaya dan perlu dijauhi. Perlu ditanam dalam diri remaja bermula dari keluarga bahawa kebolehan untuk tidak terlibat atau meninggalkan tabiat merokok sebagai sesuatu yang membanggakan. Kaedah pengiklanan yang mempromosikan gaya hidup bergaya misalnya mampu menggalakkan remaja berkeinginan untuk turut serta. bebas daripada sebarang bentuk ketagihan. Perkara utama yang penting untuk diusahakan ialah perubahan kepada definisi yang diberikan oleh remaja terhadap tingkah laku tersebut. Keluarga perlu mempunyai maklumat dan kesedaran tentang bahaya merokok dan melihat tingkah laku tersebut lebih daripada perspektif budaya dan kesihatan. Para remaja sering mengaitkan diri mereka sebagai perokok sosial yakni mereka merokok untuk mendapat tempat dalam persekitaran sosial mereka dan tidak percaya bahawa mereka sebenarnya telah ketagih kepada rokok. Golongan remaja merupakan pasaran utama kepada produk tembakau. No comments MASALAH MEROKOK bilion orang dalam abad ini. Ini berkaitan dengan percubaan awal merokok bermula pada usia awal remaja. sangat bergantung dengan pendekatan dan tingkah laku seharian isi rumah. di usia yang muda mereka sudah boleh memilih gaya hidup yang berkualiti dan tidak tunduk dengan tekanan dan pengaruh. Cabarannya ialah untuk membolehkan remaja mendefinisikan tingkah laku tidak merokok sebagai keupayaan mereka untuk memilih gaya hidup. Ini telah memudahkan lagi promosi pasaran tembakau kerana remaja mengaitkannya dengan cara bersosial. Namun. Remaja perlu dibakar semangat mereka bagi meyakinkan mereka.

Bilangan remaja perempuan yang merokok semakin bertambah. Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia.000 daripadanya adalah toksik. seorang mati akibat penggunaan tembakau. Separuh daripada perokok jangka masa panjang akan mati akibat penggunaan tembakau yang menyebabkan kanser paru-paru.sederhana. Terdapat lebih daripada 4. yang mana 2. Secara purata.000 bahan kimia dalam asap tembakau. Secara keseluruhannya. 30% daripada remaja lelaki berumur 12 hingga 18 tahun merokok. dengan hampir dua pertiga lelaki yang merokok. Lebih kurang 15 bilion rokok dijual setiap hari atau 10 juta setiap minit. Berdasarkan Kajian Morbiditi dan Kesihatan Kebangsaan Ke-2 yang dijalankan oleh . setiap lapan saat. adalah diramalkan bahawa 1 bilion orang akan mati sekiranya corak merokok sekarang ini berterusan! Penyakit-penyakit yang berkaitan dengan tabiat merokok membunuh seorang daripada 10 orang dewasa di seluruh dunia. penyakit jantung dan penyakit paru -paru yang kronik. lebih kurang 45 hingga 50 remaja di bawah umur 18 tahun mula merokok. Setiap hari.000 kanak-kanak di seluruh dunia mula merokok setiap hari secara kasar. Di kalangan negara-negara Pertubuhan Kesihatan Sedunia. setiap batang rokok yang dihisap akan memendekkan sekurang-kurangnya lima minit hayat seseorang. tembakau menjadi satu daripada penyebab paling utama terhadap kematian di seluruh dunia. 30% daripada semua kematian berkaitan kanser adalah daripada tabiat merokok. kajian dalam tahun 2004 mendapati bahawa hampir seorang daripada lima orang remaja adalah perokok. Tabiat merokok dipercayai akan menyebabkan hampir setengah juta kes penyakit koronari (jantung). Kes kanser paru-paru telah bertambah dengan kadar 17% setahun. separuh daripada mereka di negara-negara Asia. 60. Senario dan Tabiat merokok di Malaysia: Fakta sepintas lalu Hampir separuh daripada lelaki Malaysia merokok. Dalam abad ke-21.000 hingga 100. 63 adalah karsinogenik dan selebihnya adalah bahan-bahan yang boleh menyebabkan kerengsaan. atau menyebabkan empat juta kematian. Hasil daripada dua kajian ke atas remaja yang dijalankan dalam tahun 2000 dan 2004. Di kalangan golongan remaja di seluruh dunia berumur 13 hingga 15 tahun dianggarkan seorang daripada lima orang adalah perokok. bilangan remaja perempuan yang merokok telah bertambah dari 4% hingga 8%. Rantau Pasifik Barat yang mana merangkumi Asia Timur dan Pasifik mempunyai kadar tabiat merokok yang tertinggi. 90% daripada semua kematian akibat kanser paru-paru adalah disebabkan oleh tabiat merokok. Adalah dianggarkan bahawa lebih kurang 100 juta orang mati disebabkan oleh penggunaan tembakau di abad ke-20.

kokain dan heroin secara kasarnya adalah sama. penyalahgunaan dadah. rempit. alkohol. Amerika Syarikat. gangsterisme. pelacuran. namun banyak yang melaporkan bahawa adalah lebih sukar untuk berhenti menggunakan tembakau. telah melaporkan bahawa nikotin menghasilkan tindak balas kimia dalam badan yang sama dengan yang dihasilkan oleh heroin dan kokain. Kementerian Kesihatan malaysia http://www.Kementerian Kesihatan Malaysia dalam tahun 1996. pembuangan bayi dan telah sampai ke peringkat membunuh. Di samping itu terdapat juga gejala sosial dalam aspek meninggalkan atau tidak memahami ajaran agama seperti tidak solat. tabiat merokok menyebabkan kematian lebih kurang 10. Perspektif Untuk mengatasi ancaman di mana semakin ramai remaja (10 tahun ke atas) dan bilangan perokok wanita yang semakin meningkat dalam kadar yang sangat membimbangkan Mempergiatkan usaha untuk membenteras dan mencegah masalah ketagihan rokok perlu dilaksanakan segera dan berterusan Bertindak secara lebih agresif bagi menangani ancaman masalah kesihatan ini secara bersungguh-sungguh memandangkan peratusan yang sangat tinggi kematian akibat penyakit yang berpunca dari ketagihan rokok.satu buletin yang ditaja oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia.my/taknak/KempenTakNak. adalah 13 kali ganda jika dibandingkan dengan kanak-kanak tidak kerap merokok. Dalam satu kajian yang dijalankan oleh Pusat Mengenai Ketagihan dan Penyalahgunaan Substan di Universiti Columbia. Dipetik daripada laman web Bhg. berbanding dengan pelbagai dadah haram yang lain. Kadar berbalik dependen yang cuba untuk berhenti menggunakan nikotin. dalam edisi bulan Julai-Ogos 1995. tidak tahu mengangkat hadas . bagi orang dewasa yang mula merokok sebelum berusia 15 tahun. merosakkan harta benda sekolah dan awam.gov. Menurut satu kajian. Tabiat merokok adalah satu penagihan Tembakau mengandungi sejenis bahan penyebab ketagihan yang dipanggil nikotin.000 orang setahun. pergaulan bebas.infosihat. nikotin dianggap sebagai satu ambang dadah yang dikaitkan dengan penggunaan bahan haram. mencuri. buli. menurut buletin tersebut. melihat atau menonton bahan lucah. Kajian ini juga menunjukkan bahawa kanak-kanak yang merokok setiap hari. kemungkinan dia menjadi penagih dadah. seks luar nikah. tidak berpuasa.php No comments MASALAH GEJALA SOSIAL MASALAH GEJALA SOSIAL Antara gejala sosial yang berlaku dalam kalangan remaja adalah ponteng sekolah dan kelas. Pendidikan. kemungkinan beliau menjadi seorang penagih dadah adalah tiga kali ganda. Sebarang kempen yang memfokus kepada pencegahan dari tabiat merokok merupakan usaha dan keutamaan nasional dan menjadi teras kepada program kesihatan negara. merokok. World Health .

tidak tahu membaca al-Quran dan sebagainya. Pada pertengahan tahun 1970-an. Kepesatan pembangunan perindustrian negara menyebabkan berlakunya migrasi golongan muda dari kawasan luar bandar ke bandar untuk memenuhi permintaan tenaga buruh di sektor tersebut. Walaupun ketiga-tiga jenis bahan rangsangan tersebut bukanlah jenis dadah yang sebenar tetapi tujuan penggunaannya adalah sama iaitu untuk menjadikan diri berada dalam keadaan khayal. masalah penagihan dadah yang tidak pernah berkurangan ditambah pula dengan masalah penagihan alkohol. Namun. A. peperangan ke atas musuh utama ini masih berjalan sehingga sekarang. Fenomena tersebut juga dikenali sebagai “budaya lepak” dan ia menjadi satu masalah sosial negara yang menarik perhatian kerajaan untuk bertindak tegas kepada golongan remaja terbabit. perhimpunan golongan “hipi” di Woodstock. Malah. Imej devian yang dibawa oleh remaja yang berkumpul secara beramai-ramai tanpa hala yang pasti itu merupakan satu proses penyesuaian diri dengan pengaruh muzik yang mereka dengar dan dianggap up to date. Penggunaan bahan ransangan seperti gam dan ubat batuk itu . Pengaliran budaya tersebut ke negara ini telah memberi impak yang negatif kepada masyarakat Malaysia kerana kehidupan mereka sering kali dikaitkan dengan masalah dadah. Pelan Induk Perindustrian Negara Pertama diperkenalkan dan Dasar Pensyarikatan serta Penswastaan dilaksanakan. Ketika itu juga. salah satu nama simbolik untuk dadah yang selalu digunakan oleh remaja pada masa tersebut adalah stone. Penularan budaya “hipi” terutama dalam kalangan remaja Bandar pada penghujung tahun 1960-an jadi merebak sehingga awal tahun 1970-an.besar. masalah penagihan dadah bentuk baru seperti menghidu gam dan petrol serta penggunaan ubat batuk secara berlebihan bermula. Amerika Syarikat sekitar tahun 1969 secara tidak langsung memulakan satu lembaran baru dalam episod kehidupan remaja di Malaysia dan isu pergolakan sosial remaja mula muncul di negara ini pada tahun tersebut. masalah penagihan dadah dalam kalangan remaja mula menyerang negara sehingga kerajaan mengambil langkah untuk mengisytiharkan dadah sebagai musuh nombor satu negara. Budaya ini menjadi kegilaan remaja pada masa itu sebagai langkah melarikan diri daripada realiti kehidupan sebenar yang perlu mereka tempuhi. negara dikatakan masih baru menerima kemerdekaan dan isu-isu sosial remaja sangat jarang diperkatakan. Pada pertengahan tahun 1980-an pula. Budaya ini amat jauh bertentangan dengan norma kehidupan yang dipraktikkan oleh masyarakat timur. ramai remaja melepak di kompleks membeli-belah sambil mendengar lagu irama rock dan berimej “punk” dan “Mohican” . Budaya “hipi” juga dikatakan sebagai penjajahan mental remaja manusia supaya terus terikat dengan budaya kolonial yang dibawa sebelum ini. Seiringan dengan itu masalah bohsia dan bohjan atau kegiatan seks bebas dalam kalangan remaja mula dihadapi oleh negara. Latar Belakang Gejala Sosial di Malaysia Pada tahun 1960-an. Bersama-sama dengan pengaruh “hipi”. Malah. Ia digemari oleh remaja kerana harganya murah dan mudah didapati. Kemelesetan ekonomi dunia yang menyebabkan kadar pengangguran dan kemiskinan penduduk meningkat. Kesannya. Ini disebabkan pengikut budaya “hipi” dan penagihan dadah dikatakan agak sinonim kemunculan kumpulan muzik yang memuja dadah dalam nyanyian mereka seperti Rolling Stone merangsangkan lagi pertumbuhan masalah dadah di kalangan remaja di Malaysia.

Peningkatan yang ketara sebanyak 90 peratus dikenal pasti berlaku khususnya sepanjang tempoh tahun 1994. sejumlah 278 kes telah direkodkan. anak-anak remaja kehilangan perhatian dan tumpuan yang sepatutnya diberikan oleh ibu bapa. penderaan kanak-kanak. tepung. Ia berpunca daripada kegiatan “bohsia” dan “bohjan” yang wujud pada pertengahan tahun 1980-an dahulu yang mengamalkan seks bebas tanpa batasan. Remaja pada peringkat umur yang terlalu muda dan terlanjur mengambil jalan mudah menyelesaikan masalah malu dan takut mereka dengan membuang anak sendiri di tempat pelupusan sampah. tidak pernah ada satu pun rancangan Malaysia yang dibuat menyentuh secara spesifik tentang perkara menangani masalah sosial. sungai. Salah satu cabaran Wawasan 2020 ialah mewujudkan masyarakat yang bermoral dan beretika sepenuhnya yang mempunyai warganegara yang kukuh dalam nilai agama dan kejiwaan serta didorong oleh tahap etika paling tinggi. kemajuan perindustrian dan penghijrahan penduduk. RM-7 sendiri meletakkan matlamat menangani gejala sosial di kalangan remaja sebagai satu rangka dasar penting yang mesti yang mesti dilaksanakan kerajaan. sehingga pertengahan tahun 1990an. Pelan Induk Perindustrian Negara Kedua serta RM-7 dilancarkan dan masalah kegiatan seks bebas remaja diganti pula dengan aktiviti pelacuran bawah umur. kawasan pembinaan dan sebagainya. 1995 dan 1996. dragon dan serbuk). Pada awal tahun 1990. sayur dan tahi kambing). stone. Rangka dasar bagi menangani masalah sosial yang terkandung dalam RM-7 dinyatakan seperti berikut: "Kemajuan perindustrian dan peningkatan pembandaran serta penghijrahan luar bandar ke bandar telah mengakibatkan berlakunya peningkatan tingkah laku sosial yang negatif. semak. Walhal. Pada masa yang sama. kerajaan melancarkan Dasar Pembangunan Nasional sebagai ganti kepada Dasar Ekonomi Baru serta menjadikan Wawasan 2020 sebagai pemacu pembangunan negara untuk menjadi sebuah negara maju. pot.tadi secara langsung mengikat diri remaja untuk mencuba dadah-dadah lain yang lebih berat dan berbahaya seperti ganja (ia juga dikenali sebagai dam. extacy dan syabu turut dikesan dalam kehidupan sosial remaja. Dalam . gaya hidup yang tidak sihat serta ketegangan dalam keluarga telah mula timbul. Walau bagaimanapun. Kemakmuran pertumbuhan ekonomi negara ketika itu dikatakan penyebab utama fenomena ini berlaku. lepak. Dalam tahun 1991-1996. heroin (juga dikenali sebagai chok. penagihan dadah berbentuk pil psikotik atau pil khayal seperti amphetamine. Selain itu. Sebelum ini. Pada tahun 1996. Kenyataan tersebut tidak terlalu prejudis atau dibuat secara semberono tetapi mempunyai asas yang kukuh dan ada kewajarannya memandangkan bentuk keluarga tradisional telah bertukar kepada keluarga nukleas di bandar dan kaum wanita mulai memasuki pasaran kerja secara beramai-ramai menyebabkan ikatan kekeluargaan semakin longgar. ketika kerajaan melancarkan matlamat ini masalah pembungan bayi sedang hebat berlaku di Malaysia. teh dan fit) dan morfin (atau dipanggil quenn. fenomena kegiatan seks bebas dan pembuangan bayi di kalangan remaja masih berlarutan. Masalah sosial seperti penagihan dadah. jenayah juvana. Namun. Malah. Rancangan Malaysia Ketujuh (RM-7) dengan jelas mengaitkan fenomena sosial remaja ini dengan faktor seperti kepesatan perbandaran.

Dalam konteks ini. Gadis daripada etnik Cina dan Melayu didapati paling ramai melibatkan diri dalam aktiviti pelacuran di Malaysia. Oleh yang demikian. Pendidikan agama dan moral akan dipergiatkan bagi memupuk tingkah laku yang baik dan menggalakkan gaya hidup sihat". klip-klip gambar dan video lucah boleh . 871 kes penderaan kanakkanak dan 4774 kes lari dari rumah telah dilaporkan. 17 600 kes penagihan dadah. Kajian yang dibuat oleh Lukman Z. Para remaja mengambil kesempatan untuk melayari laman-laman web lucah ketika ibu bapa tiada di rumah atau ketika ibu bapa mereka tidur. Pada penghujung 1990-an Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) berkembang dan begitu pesat di Malaysia. belia dan ibu bapa. Sokongan institusi akan dikaji semula bagi membolehkan tumpuan yang lebih besar dan penyelarasan program pencegahan dan pemulihan bagi kumpulan sasaran khusus seperti kanak-kanak. Dengan perkembangan teknologi telefon bimbit. Mohamad dan Zuriana Zahrin terhadap 60 orang gadis remaja bawah 21 tahun yang ditahan di pusat pemulihan akhlak kerana kesalahan melacurkan diri mendapati sebahagian besar remaja yang menjadi pelacur (85. Perkembangan internet walaupun banyak faedahnya daripada segi capaian ilmu pengetahuan dan komunikasi tetapi telah mendedahkan masyarakat kepada bahan pornografi atau lucah dan golongan remaja tidak terkecuali daripada menerima kesan buruk ini.3%) yang berusia 12-14 tahun. Dari tahun 1989-1999. Internet telah semakin banyak dipasang dan digunakan di rumah-rumah. Kuala Lumpur dan Johor mencatatkan jumlah tangkapan gadis pelacur tertinggi berbanding negeri-negeri lain. seks bebas yang bertujuan untuk keseronokan tadi bertukar kepada perkhidmatan seks berbayar dan mereka secara langsung bergelar “bohsia berbayar” atau dalam kajian pelacuran dikenali sebagai pelacur meskipun mereka masih di bawah umur. 8938 kes AIDS.0%) berada dalam lingkungan 15-20 tahun.tahun 1994. Keadaan ini ditambah buruk lagi dengan penjualan video cereka padat (VCD) lucah yang boleh dikatakan mudah didapati di bandar-bandar besar. kini. situasi ini mungkin lebih teruk dan masalah ini boleh merosakkan moral generasi akan datang jika langkah tidak diambil untuk mengatasinya. pemberian seks secara percuma oleh gadis-gadis remaja yang bergelar “bohsia” melalui pergaulan bebas didapati tidak lagi diamalkan memandangkan kepesatan pembangunan ekonomi negara menuntut mereka “menghargai” kehidupan melalui penampilan gaya hidup yang lebih mewah. Situasi sebegini amat memeranjatkan kerana pada usia yang begitu muda mereka berani mengambil risiko yang tinggi dalam usaha mengejar kemewahan hidup. Kegawatan ekonomi yang melanda negara semenjak pertengahan tahun 1997 menjadikan aktiviti pelacuran remaja semakin meningkat sehingga ke hari ini. Bahkan di ketika ibu bapa sedang jaga pun masih ada yang melayarinya kerana banyak ibu bapa yang tidak mahir dengan komputer dan internet membolehkan para remaja berkenaan menggunakan cara hide windows ketika ibu bapa datang ke arah mereka. kerajaan akan menubuhkan satu jawatankuasa peringkat tinggi antara agensi untuk menggubal dasar dan program bagi meningkatkan lagi pembangunan sosial dan keluarga. Sehubungan itu. Dengan mengambil kira kes yang tidak dilaporkan. Kini masalah ini semakin berleluasa di mana videovideo lucah dengan mudah boleh dimuat turun daripada internet secara mudah. Namun. terdapat segelintir mereka (13.

Kanak-kanak yang hilang iii. Ada kalanya mereka mendapat info tentang tentang seks dan laman web lucah daripada pengguna ruangan chatting yang nakal walaupun mereka tidak berniat untuk mencarinya.dihantar melalui telefon bimbit.Penuntut asing di institusi pengajian tinggi di negara kita i. Filem sebagai satu Fokus soalan Format Sejauh manakah benarnyaUmum penyataan itu. Hasil daripada chatting ada kalanya membawa kepada pertemuan antara pasangan yang pernah berchatting dan hal ini banyak berlaku dalam kalangan remaja. ada remaja perempuan yang telah dirogol setelah bertemu dengan teman chatting dan ada yang melakukan hubungan seks setelah berkali-kali bersembang tentang seks dan melakukan cyber sex di ruangan chatting Analisis Soalan Karangan Peperiksaan Percubaan STPM Negeri-negeri 2010 Bil. Negeri Kedah Isu i. Penguasaan penjawat awam wanita dalam perkhidmatan iii. Keadaan ini telah menyebabkan penyebaran bahan-bahan lucah dalam kalangan remaja semakin sukar dikawal. Pendatang asing tanpa izin iv. Selangor Kesulitan yang dihadapi olehMemorandum pengguna dan langkah untuk menanganinya Faktor kesannya pertambahan danUmum 3. Salah satu lagi yang membuka jalan kepada pendedahan terhadap info dan bahan-bahan lucah dalam kalangan remaja ialah aktiviti chatting melalui ruangan sembang maya. Ini menyebabkan mereka tidak segan untuk bersembang tentang sebarang hal termasuklah yang berkaitan dengan seks. Ada yang disebabkan oleh rasa ingin tahu mengambil kesempatan untuk bertanya hal-hal seks kepada orang yang lebih berpengalaman.Kemalangan maut semakin meningkat menjelang musim perayaan i. Sejauh manakah anda bersetujuUmum dengan penyataan itu? Faktor dan kesan Laporan 2. Kebimbangan para peniaga barangan asli terhadap barangan tiruan iv. Komunikasi cara elektronik iii. Negara Perindustrian Baru iv. Bencana alam ii. Bincangkan kesannya Umum Bincangkan sebab kemasukanUmum pendatang asing tanpa izin perlu dihadkan Punca-punca dan cadangan untukLaporan mengatasinya. Masalah pembuangan bayi yang berpunca daripada kepincangan keluarga ii. Remaja dapat “bersembang” dengan sesiapa sahaja tanpa terlebih dahulu mengenali orang berkenaan. Akibatnya. Keganasan rumah tangga berpunca daripada tekanan hidup ii. 1. Pahang Punca-punca dan cadangan Laporan Punca-punca dan langkah-Umum langkah untuk menanganinya Mampukah MalaysiaUmum mencapainya pada tahun 2020 Huraikan peranan filem dalamUmum .

4. Rukun Negara masyarakat Kesulitan yang dihadapi oleh paraMemorandum peniaga dan cadangan untuk menanganinya. Kelantan i. Artis yang mempunyai kelompok peminat dan arti yang tidak boleh dijadikan ikutan iii. Gejala keruntuhan akhlak dalam kalangan remaja berpunca daripada perkembangan media elektronik iii. Remaja perlu mempunyai hala tuju dalam kehidupan mereka iv. Kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi semakin terancam Kesan kekurangan air bersihUmum kepada hidupan di muka bumi dan cadangan untuk menangani masalah itu. Kepentingan dan langkah-langkahCeramah untuk meningkatkan penghayatan remaja terhadap Rukun Negara Langkah-langkah untukUmum memantapkan ekonomi negara Sejauh manakah anda bersetujuUmum dengan penyataan itu? Usaha-usaha untuk membentukUmum remaja menjadi warganegara yang berguna kepada masyarakat dan negara. Sejauh manakah anda bersetujuUmum dengan pendapat tersebut? 5. Pertumbuhan ekonomi negara ii. Terengganu elemen seni budaya i. Punca-punca masalah itu danLaporan langkah-langkah untuk memartabatkan bahasa Melayu . Kegiatan lumba motosikal secara haram ii. Masalah kekurangan air bersih iv.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful