You are on page 1of 2

Jelaskan faktor-faktor atau keadaan-keadaan yang

mendorong pembentukan masyarakat majmuk di Tanah


Melayu.

● Pendahuluan:
Masyarakat majmuk terdiri daripada pelbagai bangsa yang tinggal dalam satu kawasan politik tetapi
hidup terpisah kerana mengamalkan cara hidup, adat dan kepercayaan berbeza.Di Tanah Melayu
masyarakat majmuk wujud disebabkan penghijrahan imigran cina dan india.
● Faktor-faktor/ sebab-sebab
*Bijih timah dan getah
-Perkembangan pesat oleh perusahaan bijih timah memerlukan tenaga buruh yang ramai dan pada ketika
itu kerajaan British kekurangan tenaga buruh kerana melayu hanya tertumpu kepada kegiatan pertanian
makanan.Keadaan ini mendorong kerajaan British untuk membawa masuk banyak buruh cina dari nagara
cina.selain itu,bekalan buruh dari cina pada masa itu sangat murah.Begitu juga perkembangan dalam
perusahaan getah mendorong kerajaan British membawa masuk buruh dari india dan golongan ini
tertumpu kepada sektor perladangan getah serta membawa masuk budaya kehidupan mereka ke Tanah
Melayu.
*Dasar British
-British mengalakkan kemasukan buruh cina dan india.Tujuannya adalah untuk mengimbangi kaum
melayu dan memudahkan pihak British menguasai ekonomi tanpa sebarang ganguan. Hal ini dapat
dilihat dari dasar yang diperkenalkan oleh British iaitu dasar pecah dan perintah yang bertujuan untuk
menyekat orang Melayu bergiat dalam sektor ekonomi moden.Usaha ini dilakukan atas sebab menguasai
ekonomi Tanah Melayu bagi menjayakan revolusi perindustrian di negara mereka.
*Petempatan
-ketiga-tiga kaum ini mempunyai lokasi petempatan yang berbeza dan tingal terasing antara satu sama
lain.Orang cina tinggal di kawasan perlombongan di bandar seperti Ipoh,Taiping dan Kuala
Lumpur.Orang india pula tinggal di kawasan ladang getah atau estet-estet dimana kawasan tersebut
terpencil daripada tempat tinggal orang cina dan Melayu.Orang Melayu tinggal di kampung dan pinggir
bandar.petempatan yang berbeza menyebabkan mereka tidak berhubung antara satu sama lain.
*Kegiatan ekonomi penduduk
-Masyarakat di Tanah Melayu di kenali melalui kegiatan ekonomi kerana setiap kaum mempunyi
kegiatan ekonomi yang berlainan.orang cina tertumpu pada kegiatan melombong,orang india bekerja
sebagai pekerja ladang dan orang melayu kekal sebagai nelayan dan petani.
*sosio budaya
-ketiga-tiga kaum ini juga mengamalkan budaya yang tersendiri. Masyarakat cina dan india telah
mengamalkan dan mengekalkan budayahidup mereka dari cina dan india untuk di amalkan di Tanah
Melayu.Mereka telah menubuhkan persatuan-persatuan bagi mempertahankan dan melindungi amalan
budaya mereka serta menjalankan aktiviti kebudayaan mereka.Dari segi agama,orang melayu beragama
islam,cina buddha,kristian manakala india beragama hindu.
*pendidikan yang berbeza
-oleh kerana masyarakat melayu,cina dan indiasentiasa curiga mencurigai dalam segala aspek,mereka
telah menubuhkan institusi pendidikan berteraskan kepada kaum mereka.Pendidikan melayu berasaskan
kepada budaya melayu dan islam.Bagi masyarakat cina mereka telah mendirikan sekolah cina dengan
berkiblat kepada negara china.Begitu juga dengan masyarakat india mereka menggunakan bahasa
Tamil,guru-guru,sukatan pelajaran dan buku-buku dibawa dari india.
● Kesimpulan:
-Dapat disimpulkan bahawa perkembangan bijih timah dan getah mengakibatkan imigran cina dan india
ke Tanah Melayu.Kehadiran mereka membentuk masyarakat majmuk.

******************SARANRAJ 6RI 2008*****************