GAYA KEPIMPINAN DAN MOTIVASI 1.GAYA KEPIMPINAN 1.1 DEFINISI 1.

KEPIMPINAN adalah proses mempengaruhi ahli-ahli untuk mencapai matlamat pemimpin dan organisasi 2. Pengurusan merujuk kepada proses sosial untuk mendapatkan kerjasama penyertaan dan penglibatan ahli-ahli dalam sesebuah matlamat atau objektif yang paling berkesan .(Drucker 1997) 3. Pengurusan merupakan satu proses merancang , mengelompok , memimpin dan mengawal daya usaha ahli-ahli serta menggunakan sumber –sumber lain untuk mencapai matlamat tertentu. (Stoner 1984) GAYA KEPIMPINAN 1. Gaya kepimpinan merujuk kepada pendekatan dan kaedah yang digunakan oleh seseorang pemimpin untuk mempengaruhi pengikut atau pekerjanya. GAYA KEPIMPINAN AUTOKRATIK 1. Melibatkan pembuatan keputusan oleh seorang ketua sahaja 2. Pengikut atau pekerja tidak diberi peluang langsung untuk memberi pandangan atau idea mereka 3. Gaya kepimpinan yang kurang memberi kebebasan kepada pekerja , tegas dan mengikut peraturan 4. Pekerja mesti produktif dan pekerja yang didapati melanggar peraturan akan dihukum 5. Dapat memastikan segala kerja yang dirancang berjalan dengan lancer dan matlamat dapat dicapai 6. Kepimpinan ini cenderung kepada ketidakpuasan pekerja dan kadar pusingan lantik henti pekerja yang tinggi GAYA KEPIMPINAN DEMOKRATIK ( PARTISIPATIF) 1. Memberi kebebasan kepada pekerja untuk menyumbang idea dan membuat keputusan bersama. 2. Setiap keputusan dibincang bersama antara ketua dengan subordinat dan keputusan akhir dibuat oleh pemimpin atau pengurus. 3. Kebaikan kepimpinan ini ialah ketua dan pekerja dapat bekerjasama untuk membuat keputusan yang terbaik 4. Kelemahan kepimpinan ini ialah proses membuat keputusan akan menjadi lambat dan mungkin menyebabkan organisasi gagal merebut sesuatu peluang

1.2

GAYA KEPIMPINAN LAISSEZ – FAIRE / BEBAS 1. Memberi kuasa sepenuhnya kepada pekerja organisasi untuk membuat keputusan. 2. Pemimpin memberikan sepenuhnya kepercayaan kepada subordinatnya dan setiap keputusan tanpa merujuk kepadanya. Subordinat bebas membuat sebarang keputusan. 3. Pemimpin seperti ini adalah tidak tegas dan kurang mengenakan tekanan terhadap pekerja 4. Kebaikan kepimpinan ini ialah kepuasan pekerja terhadap pekerjaannya akan meningkat atas kepercayaan yang diberi oleh ketua dan peluang menggunakan idea sendiri dalam membuat keputusan 5. Kelemahan kepimpinan ini adalah keadaan yang tidak terkawal kerana penyalahgunaan kuasa kebebasan yang diberi untuk kepentingan peribadi. Matlamat juga sukar dicapai akibat perbezaan pendapat semasa membuat keputusan GAYA KEPIMPINAN PENYERTAAN 1. Pekerja dianggap sebagai rakan kongsi dalam usaha mencapai sesuatu matlamat yang telah ditetapkan 2. Pihak pengurusan dan pekerja akan bertindak bersama supaya organisasi sentiasa berada dalam keadaan bertenaga dan mampu menghadapi cabarancabaran semasa serta masa depan GAYA KEPIMPINAN BIROKRATIK 1. Setiap operasinya berlandaskan kepada sistem dan peraturan-peraturanyang telah diwujudkan. 2. Mengamalkan peraturan dan tatacara melaksanakan tugas yang terperinci 3. Pemimpin atau pengurus bertindak mengikut prosedur, tatacara dan peraturan yang ditetapkan 4. Dalam menjalankan tugas seseorang pekerja perlu lalui kerenah birokrasi. Contoh , seorang pekerja yang ingin memohon cuti rehat, perlu mengisi borang permohonan cuti dan perlu berjumpa dengan ketuanya mendapatkan tandatangan kelulusan cuti tersebut.

1.3

KAJIAN TENTANG GAYA KEPIMPINAN

.1.Pemimpin akan berusaha untuk menjalinkan perhubungan yang baik dengan pekerja dengan memberi peluang kepada mereka untuk membuat keputusan dan menyelesaikan sesuatu masalah bersama. Kajian McGregor (Teori X dan Teori Y) .Kepemimpinan ini cenderung kepada rasa tidak puashati dikalangan pekerja kerana mereka tidak diberi peluang untuk membuat keputusan dan menjadi sasaran luahan perasaan ketua mereka.Perhatian berat yang berikan menyebabkan pekerja berpuas hati 3.Ia amat mementingkan perhubungan baik dengan pekerjanya .Ia mengambarkan seorang pemimpin yang amat serius terhadap pencapaian matlamat organisasi .Pemimpin akan menggunakan pendekatan yang tegas semasa berkomunikasi dengan pekerja bagi mencapai matlamat organisasi . b) Gaya Kepemimpinan Berorientasikan Pekerja .Kepimpinan ini memberi peluang dan kebebasan kepada pekerja untuk menyuarakan pendapat mereka .Kepimpinan ini adalah tegas dan kurang memberikan peluang kepada pekerja untuk menyuarakan pendapat mereka b) Gaya Pertimbangan (Consideration) . Kajian Universiti Michigan Terdapat dua gaya kepimpinan yang lazimnya diamalkan oleh pemimpin yang berjaya : a) Gaya Kepemimpinan Berorientasikan Pengeluaran . Kajian Universiti Ohio Terdapat dua gaya kepimpinan yang lazimnya diamalkan oleh pemimpin yang berjaya : a) Gaya Penggunaan Struktur (Initiating Structure) .Kepimpinan cenderung memberikan penekanan terhadap pencapaian matlamat organisasi dan pematuhan peraturan dalam organisasi . .Kepimpinan ini mementingkan perhubungan yang baik dengan pekerja dan sentiasa menghulurkan bantuan kepada pekerja yang memerlukan 2.

Berdasarkan andaian negatif ini pemimpin harus mengamalkan sikap tegas.Menggambarkan perhubungan yang baik antara pemimpin denganpekerja tetapi pemimpin gagal mempengaruhi pekerjanya untuk berusaha dan mencapai matlamat organisasi.a) Pemimpin Teori X .Berdasarkan andaian positif ini. memarahi pekerja. mengenakan tekanan terhadap pekerja dan menghukum pekerja supaya matlamat organisasi tercapai b) Pemimpin Teori Y . iii) Gaya Kepemimpinan Pengurusan Sederhana - Menggambarkan pemimpin yang agak matang dalam menjaga perhubungannya dengan pekerja agar mereka berusaha untuk mencapai matlamat organisasi iv) Gaya Kepemimpinan Autokratik .Menggambarkan pemimpin yang terlalu memberi kebebasan kepada pekerjanya sehingga tingkahlaku pekerja tidak dapat dikawal dan menyebabkan organisasi gagal mencapai matlamat ii) Gaya Kepemimpinan Sokongan . pemimpin harus sentiasa menjalinkan perhubungan yang baik dengan pekerja. boleh dipercayai dan sentiasa mematuhi peraturan. . i) Gaya Kepemimpinan Laisser-faire . tidak suka bekerja. Kajian Blake dan Monton Blake dan Monton telah menjalankan kajian terhadap gaya kepemimpinan yang diamalkan oleh firma kecil dan sederhana. Hasil kajian mereka menunjukkan terdapat 81 gaya kepemimpinan yang diamalkan oleh pemimpin di seluruh dunia.Pekerja mesti diberi peluang atau kebebasan untuk menyumbang idea mereka semasa proses membuat keputusan. bersedia memikul tanggungjawab.Pemimpin ini mengandaikan pekerja adalah malas. membantu pekerja dan memotivasikan pekerja . sentiasa melarikan diri daripada tanggungjawab dan tidak suka mematuhi arahan . 4.Pemimpin mengandaikan pekerja adalah rajin.

- Menggambarkan pemimpin yang sangat tegas dengan perlakuannya bagi memastikan pencapaian matlamat organisasi. cirri-ciri pemimpin yang berjaya adalah seperti berikut : a) Sentiasa peka terhadap produktiviti dan matlamat organisasi dengan memberikan penekanan terhadap sumbangan pekerja b) Prihatin terhadap pencapaian dan produktiviti pekerja dengan memberikan ganjaran dan penghargaan yang berpatutan kepada pekerja yang berjaya c) Berpandangan jauh dengan memberikan keutamaan terhadap masa depan organisasi dalam usaha untuk mencapai wawasan yang ditetapkan. Pendekatan ini cenderung perasaan tidak puas hati dalam kalangan pekerja v) Gaya Kepemimpinan Demokratik - Menggambarkan pemimpin yang mampu menjalinkan perhubungan yang baik dengannya dan pada masa yang sama berupaya untuk mempengaruhi pekerja supaya berusaha untuk mencapai matlamat organisasi 1. rajin. Misalnya merancang pembangunan jangka panjang organisasi d) Sentiasa berusaha untuk membaiki dan memajukan diri supaya diri supaya menjadiikutan pekerja bawahannya. Pengurus boleh menyertai program latihan atau mendapatkan tunjuk ajar daripada individu yang lebih berpengalaman e) Berdisiplin. berdikari dan sentiasa bekerja kuat untuk memajukan diri dan organisasi f) Bertanggungjawab dan jujur supaya mendapat kepercayaan atau sokongan tinggi daripada pekerja terhadap sebarang tindakan yang diambil atau keputusan yang dibuat. PERBEZAAN ANTARA PEMIMPIN DENGAN PENGURUS .4 CIRI-CIRI PEMIMPIN YANG BERJAYA Mengikut kajian yang dijalankan mengenai kepimpinan.

DIMENSI Perancangan PEMIMPIN Menetapkan hala tuju iatu visi dan misi organisasi Peranan Memainkan peranan mengurus. iaitu melaksanakan fungsi pengorganisasian dan penstafan dan berusaha untuk mencapai matlamat yang ditetapkan Mengarah dan mempengaruhi pekerja dengan menggunakan autoriti atau kuasa rasmi Memastikan aktivti organisasi berjalan pada landasan yang betul iaitu melaksanakan fungsi pengawalan Tidak berani mengambil risiko dan tidak menyalahkan diri sendiri apabila sesuatu yang tidak baik berlaku di tempat kerja Kurang prihatin terhadap isu peribadi pekerja dan pencapaian pekerja dan lebih mementingkan pencapaian matlamat organisasi 2. MOTIVASI . motivasi kepimpinan dan inspirasi kepada pekerja melalui kaunseling serta jalinan perhubungan yang baik Komitmen Menyelesaikan masalah yang berlaku antara pekerja dan menganalisis serta menangani perubahan yang berlaku Tanggungjawab Bertanggungjawab dan sanggup menanggung beban apabila berlaku kesilapan di tempat kerja iaitu akauntabiliti Keperihatinan Prihatin terhadap isu peribadi pekerja dan pencapaian pekerja dan mewujudkan hubungan interpersonal yang baik PENGURUS Merancang. mengagih sumber dengan cekap dan berkesan serta berusaha untuk mencapai matlamat yang lebih baik daripada yang telah ditetapkan Gaya Memberikan dorongan. iaitu menyusun. iaitu melaksanakan fungsi perancangan Menyusun dan mengorganisasi.

7. Motivasi juga melibatkan sesuatu proses yang memberikan kuasa dan arahan yang menggerakkan tingkah laku seseorang. motivasi adalah proses yang terjadi dalam diri yang menjadi daya penggerak dan memberikan tenaga bagi tingkahlaku di dalam diri seseorang yang dapat mewujudkan perasaan. Dirumuskan. 2. keinginan dan tujuan yang ingin dicapai. 9. Wikipedia mendefinisikan motivasi sebagai suatu proses untuk menggalakkan sesuatu tingkahlaku supaya dapat mencapai matlamat-matlamat yang tertentu. 2004). Motivasi ialah penggerak kepada kemahuan dan keinginan hendak berjaya ataupun hendak mencapai sesuatu. Motivasi boleh juga dikatakan sebagai rangsangan untuk kejayaan seseorang ataupun rangsangan hendak mengelakkan diri daripada kegagalan 5. Certo (1997). 2.2 PROSES MOTIVASI . Motivasi berasal daripada perkataan Inggeris iaitu motivation yang bermakna bersemangat. Motivasi juga berkait rapat dengan keinginan untuk mencapai kecemerlangan dalam setiap usaha yang dilakukan (Mohamad Zaaba dan Zuraida Haji Ismail.1 PENGERTIAN MOTIVASI 1. 8. Motivasi adalah sesuatu yang ada (ataupun tiada) dalam diri dan minda yang akan menentukan kejayaan ataupun kegagalan dalam apa jua perkara yang dilakukan.2. motivasi bererti dorongan atau keperluan yang memimpin kepada sesuatu tindakan. Menurut Sternberg (2001). 6. 3. 4. Keadaan dalaman yang menyebabkan seseorang individu bergelagat mengikut cara yang dapat memastikan tercapainya matlamat.

GANJARAN 1. Hasil atau kepuasan yang dapat memenuhi keinginan dan kehendak diri samaada secara langsung atau tidak langsung. Setiap perubahan sifat. 2.1997) KEPERLUAN 1. Tindakan atau kaedah yang digunapakai oleh individu bersepadanan dengan ganjaran yang diterima.3 JENIS-JENIS MOTIVASI .KEPERLUAN TINGKAHLAKU GANJARAN MAKLUMBAL AS Model Proses Motivasi (Daft. Setiap manusia ada keinginan dan kemahuan yang perlu dipenuhi bagi mencapai kepuasan diri. 2. MAKLUMBAL AS 1. Mencapai kesempurnaan dalam kehidupan dan memuaskan kehendak yang tidak terbatas. TINGKAHLAKU 1. kelakuan dan perwatakan dalam usaha memenuhi setiap kemahuan dan keinginan diri bagi mencapai sesuatu matlamat atau tujuan.

dan seterusnya membentuk suasana dan iklim persekitarannya. atau tabii manusia.MOTIVASI 1) MOTIVASI INTRINSIK  Jenis motivasi ini dikaitkan dengan faktor dalaman diri seperti keperluan. atau untuk dipuji. atau untuk mendapatkan perhatian seseorang yang disayangi. 1996)  Menurut Deci (1975). Ia juga merupakan ciri semula jadi manusia. rasa ingin tahu. 2) MOTIVASI EKSRINSIK  Jenis motivasi ini dikaitkan dengan faktor luaran diri atau faktor persekitaran seperti hadiah atau ganjaran. dia tidak memerlukan apa-apa insentif atau hukuman untuk melakukannya kerana aktiviti itu sendiri sudah dapat memenuhi kepuasan dan keperluan dalaman individu itu. EKSTRINS IK INTRINSI K . hukuman. untuk cuba mengatasi segala cabaran dalam proses mendapatkan sesuatu yang diingininya (Reeve.  Apabila seseorang itu mempunyai keinginan yang intrinsik. Jenis motivasi ini dikenali sebagai motivasi dalaman (intrinsik). dan rasa kepuasan diri. tekanan sosial.  Motivasi ekstrinsik adalah berlawanan dengan motivasi intrinsik di mana aktiviti yang dibuat adalah bertujuan untuk mendapatkan ganjaran. atau untuk mengelak daripada hukuman. minat. atau apa sahaja sebab selain daripada untuk pemenuhan kendiri. motivasi intrinsik dapat diterangkan sebagai suatu keadaan psikologi yang diakibatkan apabila individu menganggap diri mereka berkebolehan dan dapat menentukan sesuatu dengan sendiri.

Keperluan Teori Hierarki Maslow Abraham Maslow (1943) menyatakan bahawa keperluan asas perlu dipenuhi sebelum seseorang individu focus untuk mencapai keperluan-keperluan yang lain.2. Teori hierarki (Maslow) b. Ini boleh ditunjukkan melalui teori hierarki: Bil 1 2 3 4 5 Jenis keperluan Fizikal Keselamatan Sosial Penghormatan Aktualisasi diri Ciri-ciri keperluan asas seperti makan. Abraham Maslow menyatakan keperluan dalaman mencerminkan perlakuan yang dipamerkan seseorang individu.4 TEORI MOTIVASI Terdapat pelbagai teori motivasi yang telah dibincangkan dan dibahaskan. Keperluan ingin dihargai dan menghargai melalui hasil sesuatu perkara yang dilakukan. minum dan tempat tinggal yang diperlukan setiap manusia. 1. Keperluan ingin orang lain melihat potensi dan bakat . persahatan dan komunikasi berkesan. Keperluan ingin disayangi dan menyayangi. Antaranya ialah: a. Keperluan yang meliputi keselamatan diri dan keluarga dari ancaman serta jaminan hidup. Teori dua faktor (Herzberg) c.

Teori dua faktor Herzberg Herzberg (1968) menyatakan terdapat beberapa faktor di tempat kerja yang menyebabkan kepuasan bekerja manakala terdapat beberapa faktor yang mengakibatkan ketidak puasan hati. Motivator di mana prestasi. hubungan interpersonel. . a. 2. persekitaran kerja. Teori Maslow menyatakan yang keperluan manusia hanya akan lengkap dan mempunyai tahap motivasi yang tinggi apabila telah mencapai kelima-lima keperluan ini. c. 1.yang ada dalam diri sendiri supaya prestasi dapat dikekalkan. polisi dan pentadbiran. penghargaan dan minat terhadap kerja yang dilakukan diambil kira. Terdapat dua faktor dalam penyelidikan Herzberg iaitu: Hygiene factor yang melibatkan organisasi. b. Kesemua faktor diambil berat namun tidak dapat meningkatkan motivasi semasa bekerja tetapi tanpa kriteria tersebut kehidupan seseorang boleh terjejas. gaji serta risiko diberhentikan.

III. Hasilnya. Menentukan samada hubungan antara pekerja dan pemimpin baik atau tidak. I. Menentukan samada objektif organisasi tercapai atau Memotivasikan pekerja semaksimum yang mungkin. f. pekerja meningkat melalui motivasi Jika kedua-dua faktor ini digabungkan dan dijalankan serentak akan menghasilkan pekerja yang mempunyai motivasi yang tinggi semasa bekerja dan sentiasa memperbaiki diri. Teori keperluan David McClelland (1961) menyatakan tiga jenis keperluan motivasi iaitu sekutu. IV. kuasa dan pencapaian yang baik. tidak.d. bertanggungjawab dan kurang rasa tidak puas hati sewaktu bekerja. II. motivasi dalaman pekerja itu sendiri. . Kesan kepada organisasi: Moral organisasi yang berubah kepada lebih positif. Mereka yang mempunyai ketiga-tiga aspek ini adalah pemimpin yang baik. e.

individu yang mahukan kuasa untuk mengawal orang lain demi kepentingan sendiri dan juga kebaikan sesuatu yang lebih besar. Pencapaian objektif lebih penting daripada ganjaran II. Berterusan memperbaiki diri sendiri dan tidak pernah puas. 4. IV. 2. mencabar diri untuk VI. 5. Golongan kedua. sekutu di mana golongan ini menjaga hubungan dengan orang lain dan cuba meminta persetujuan dari pujian dari orang lain. V. . Mementingkan tanggungjawab dan mencapai sesuatu yang lebih hebat. Golongan ini menghindari perkara yang mempunyai peluang untuk gagal. di mana matlamat mampu dicapai walaupun sukar. Terdapat tiga teori yang dibincangkan oleh David McClelland dalam kajian beliau iaitu sekutu. Golongan pertama.1. Rasional dalam menetapkan matlamat. Ganjaran wang dianggap sebagai pengukur kejayaan bukan matlamat akhir. kuasa dan pencapaian yang baik. 3. orang yang mementingkan pencapaian sentiasa cuba untuk memperbaiki diri dan mengekalkan momentum tersebut. Golongan ketiga. Kepuasan diri lebih bermakna dari pujian orang lain III. Ciri-ciri yang mengamalkan teori ini adalah: I.

1. Input (kerja) Proses Output (hasil) Usaha Kerja keras toleransi Pekerja perlu merasakan sumbangan mereka seimbang di antara input dan output Gaji Pencen Pujian dan terima kasih . Teori kesamaan diasaskan oleh John Stacey Adam seorang ahli psikolgi yang mempunyai persamaan dengan Teori Maslow dan Teori Herzberg berkaitan motivasi dalam sesebuah organisasi. 2. Teori yang membincangkan kesamarataan dan kewajaran yang diamalkan dalam sesebuah organisasi mencetuskan motivasi yang tinggi di dalam diri individu.Teori Kesamaan (equity) John Stacey Adam (1963) menyatakan pekerja berusaha untuk mempertahankan ekuiti antara input (kerja yang dilakukan) dan (output) hasil yang mereka terima hasil dari usaha mereka.

maka akan wujud persekitaran kerja yang kurang menyenangkan di kalangan individu berkenaan. Apabila individu merasakan input (kerja yang dilakukan) seimbang dengan output (hasil yang diperolehi). Teori hala tuju ini merumus kepada kesanggupan untuk mencapai hala tuju yang ditetapkan di dalam sesebuah organisasi ialah motivasi kerja. . Jika timbul rasa ketidakpuasan hati. Teori Hala Tuju (goal setting) Edwin Locke (1960) menyatakan tugasan yang spesifik dan mencabar beserta respon yang positif akan menyumbang kepada hasil kerja yang baik. 2. 4.3. individu akan gembira dan motivasi dalam melakukan pekerjaan mereka.

3. 6. Hala tuju yang ditetapkan perlu realistik dan mencabar diikuti ganjaran yang setimpal menyumbang kepada hasil kerja yang memuaskan. Mempunyai tarikh akhir supaya kerja dapat disiapkan dalam masa yang ditetapkan. 5. . Cara penetapan matlamat dalam teori hala tuju: Bil 1 2 3 4 Aspek Keputusan sehala Spesifik Boleh diukur Tarikh akhir Ciri-ciri Penetapan satu hala tuju sahaja yang perlu dicapai pekerja. Hala tuju yang ditetapkan jelas dan spesifik. 4. Teori hala tuju meningkatkan motivasi pekerja untuk mengambil bahagian dan diguna pakai dalam sesebuah oraganisasi.Matlamat yang jelas dan spesifik membantu dalam mencapai objektif yang ditetapkan sesebuah organisasi. Hala tuju yang ditetapkan boleh diukur supaya mencapai objektif.

.7. b. Meningkatkan motivasi pekerja dan usaha serta meningkatkan kualiti kerja individu yang terlibat. Kelebihan teori hala tuju: a. 8. Kelemahan teori hala tuju: a. b. Tiada bukti yang menunjukkan teori hala tuju meningkatkan kepuasan bekerja. Matlamat tidak tercapai jika pekerja kurang ilmu pengetahuan dan kemahiran dalam melakukan tugasan yang diberikan. Menggalakkan pekerja menyiapkan tugasan dengan cepat dan efektif melalui insentif yang diberikan.

1. . Teori peneguhan atau dikenali teori pengubahsuaian tingkah laku menjelaskan individu akan mengulang perlakuan yang digemari dan menjauhi perbuatan yang tidak disukai.Teori Peneguhan (Reinforcement) Burrhus Frederic Skinner (1969) menyatakan teori peneguhan ialah perubahan tingkah laku individu berdasarkan sesuatu yang digemari atau bermakna kepada diri individu terbabit.

motivasi ditingkatkan dengan cara pujian dan galakan.2. kenaikan gaji dan lain-lain Apabila pekerja berhenti melakukan kesilapan. Mengurangkan kesilapan yang dilakukan individu dalam sesebuah organisi . Teori peneguhan menjelaskan empat situasi digunakan dalam organisasi yang dapat meningkatkan motivasi pekerja. Bil 1 2 3 4 Kaedah Positif Negatif Hukuman Pengurangan Ciri-ciri Meningkatkan motivasi pekerja dengan cara pujian. Pekerja dihukum apabila melanggar undang-undang atau melakukan sesuatu kesilapan.

positif dalam menilai seseorang peningkatan 5 6 Positif Pujian Pujian menyumbang motivasi pekerja. Teori pengubahsuaian berdasarkan: kelakuan dapat meningkatkan motivasi pekerja Bil 1 Ciri-ciri Penetapan yang jelas Ganjaran Kriteria objektif Pekerja memahami objektif yang telah ditetapkan dalam sesebuah organisasi dan mencapai objektif tersebut. teori hala tuju dan banyak lagi. . Pemimpin yang baik boleh menggunakan semua teori yang difikirkan sesuai seperti teori Maslow. 2. Ganjaran yang ditawarkan objektif yang ditetapkan. sesuai dengan mengikut 2 3 4 Cara pengubahsuaian Penerapan teori yang kelakuan kesesuaian individu. Pemimpin yang baik tidak akan menggunakan teori yang telah dibincangkan sebaliknya menggunakan kaedah sendiri untuk meningkatkan motivasi pekerja. Ganjaran bermakna diubah Usaha yang benar-benar mendatangkan impak dalam sesebuah organisasi layak diberikan ganjaran. Sentiasa individu.3. kepada Teori Motivasi Efektif 1.

Robert M. Quality of Work Life. Seorang ketua atau pemimpin perlulah bijak dalam membuat keputusan bagi meningkatkan motivasi individu dalam sesebuah organisasi. W. (1989). Human Resources Management (9th Edition) Pearson Education International 6. Strategic Management: Concepts and Cases. What is leaders of tomorrow see.Key to a Change Initiative http://EzineArticles.Noe. R. New York : McGraw-Hill Publishing Co.Cascio. david.com/?expert=Stephen_Warrilow 7. (10th Edition) Francis Marion University. Pearson Education International. Wayne Mondy. South Carolina.3.F. Fred r. Dumaine. 2. Pemimpin yang fleksibel mampu meningkatkan motivasi pekerja dan memimpin sesebuah organisasi dengan baik. 4. “Managing Human Resources : Productivity. Equity Theory And Employee Motivation http://www. Bibliografi: 1. 3. 4. Fortune. Florence.com/editorials/6-24-2006-100325. Pengajian Perniagaan Kertas Satu.asp . Profits (2nd Edition). Oxford Fajar Bakti 5. Mokhtar Pet Mohd Asri Norazman (2010). B.buzzle. (1989). Acquired Needs Theory .Goal Seeking Achievers .

maslow's hierarchy of needs http://tutor2u.asp 10 .netmba.htm 11.wikipedia.com/reinforcement-theory-motivation.8.org/wiki/B.net/business/people/motivation_theory_maslow.org/wiki/definasi_motivasi 12._F. Wikipedia. Herzberg's Motivation-Hygiene Theory(Two Factor Theory) www.( 2009) `definasi motivasi’ http://ms. Reinforcement Theory of Motivation http://www. the free encyclopedia (2010) “B F Skinner” http://en. ensiklopedia bebas. Skinner ISI KANDUNGAN Bil 1 2 3 4 5 6 7 8 Gaya kepimpinan Kajian gaya kepimpinan Ciri pemimpin berjaya Perbezaaan pemimpin dan pengurus Pengertian motivasi Proses motivasi Teori motivasi Bibliografi Kandungan Muka surat 1–2 3–5 5 6 7 8 10 – 17 18 .wikipedia.com/mgmt/ob/motivation/herzberg 9. Wikipedia Bahasa Melayu. Motivation in theory .managementstudyguide.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful