Kemusykilan Bahasa 1. Yang manakah yang betul penggunaan bahasanya ?

(a) Beliau sedang menerangkan tentang faedah berjimat cermat,atau (b) Beliau sedang menerangkan faedah berjimat cermat. Jawapan : Kata kerja transitif harus diikuti terus oleh objek.Oleh hal yang demikian,ayat yang betul ialah ayat (b). 2. Adakah penggunaan sehubungan dengan itu betul ? Bagaimanakah dengan sehubungan itu ? Jawapan : Kita harus melihat apakah erti sehubungan .Erti sehubungan ialah sama hubungan .Kerana itu, sehubungan dengan itu bermaksud sama hubungan dengan itu .Kerana itu jugalah, sehubungan itu salah kerana tidak bermakna. 3. Yang manakah betul, berpeleseran atau berpelesiran Jawapan : Yang betul ialah berpelesiran . 4. Adakah perkataan memperbaiki betul ? Jawapan : Dalam bahasa Melayu,salah satu fungsi imbuhan memper- adalah untuk mengungkapkan maksud menjadikan lebih lagi .Apabila kita gunakan memperbaiki ,itu bermakna kereta itu sudah baik tetapi kita hendak menjadikannya lebih baik lagi.Oleh itu,perkataan yang sesuai ialah membaiki 5. Apakah sebabnya perkataan ternak dan terjemah apabila ditambah dengan imbuhan me- menjadi menternak dan menterjemah ?Bukankah huruf t harus dihilangkan seperti tulis menjadi menulis . Jawapan : Jika mengikut peraturan pengimbuhan dalam bahasa

Melayu,huruf t memang harus dihilangkan apabila perkataan-perkataan yang bermula dengan huruf tersebut diberi imbuhan awalan me-.Namun begitu,bagi sesetengah perkataan seperti ternak dan terjemah sudah luas penggunaannya dan dianggap betul. Satu lagi contoh seumpama ini ialah perkataan percaya .Apabila diberi imbuhan me-,bentuk terbitan yang betul seharusnya memercayai .Tetapi kita tidak pernah mendengar orang menggunakan memercayai melainkan mempercayai sahaja.Oleh itu,ada kekecualian bagi beberapa perkataan tertentu. 6. Saya sering keliru tentang penggunaan adalah .Bilakah kita boleh menggunakannya? Apakah pedoman yang dapat kita gunakan dalam hal ini ? Jawapan : Dalam ayat, penggunaan adalah hanya boleh ,diikuti oleh kata sendi dan kata sifat.Ada kalanya,kata adalah tidak perlu hadir dan digunakan sebagai penegas sahaja.Misalnya : (a) Satu lagi usaha yang akan dijalankan adalah untuk menerbitkan risalah yang akan disebarkan kepada orang ramai. (b) Keputusan panel hakim adalah muktamad. Dalam ayat (a) adalah perlu ada tetapi dalam ayat (b) penggunaannya hanya sebagai penegas dan boleh ditiadakan. 7. Bolehkah ini kerana digunakan dalam ayat semasa membuat karangan atau rumusan ? Jawapan : Penggunaan ini kerana diungkapkan seperti yang berikut : Hal ini demikian kerana timbul sebagai akibat pengaruh Ayat yang lebih baik

struktur bahasa Inggeris This is because

8. Adakah penggunaan oleh kerana dalam ayat di bawah betul ? Oleh kerana merokok adalah salah satu gejala Jawapan :Perkataan kerana tidak perlu didahului oleh oleh .Sepatutnya kita gunakan kerana sahaja ataupun oleh sebab sebagai kata hubung.Perkataan sebab tergolong sebagai kata nama dan perlu didahului oleh oleh untuk dapat berfungsi sebagai kata hubung. 9. Ada pendapat mengatakan bahawa penggunaan Para hadirin dan Para hadirin sekalian betul.Mengapakah kedua-duanya dianggap betul ? Jawapan : Dalam bahasa Melayu, kata nama yang sudah dijamakkan tidak boleh didahului oleh kata penanda jamak lagi.Oleh hal yang demikian, salahlah kalau kita katakan semua pelajar-pelajar , sekalian muridmurid , sekalian para hadirin dan sebagainya.Dalam contoh-contoh yang diberikan, pelajar-pelajar , murid-murid dan para hadirin sudah merupakan kata jamak dan tidak perlu diberi penanda jamak lagi. Walau bagaimanapun, penanda jamak yang datang sesudah kata jamak tidak salah dalam bahasa Melayu,malah boleh dianggap sebagai penegas.Itulah sebabnya kita boleh mengatakan,misalnya pelajar-pelajar semua , murid-murid sekalian , para hadirin sekalian , tuan-tuan dan puan-puan sekalian , dan sebagainya. 10. Ada dua jenis penggunaan pun dalam bahasa Melayu.Bilakah kita harus menjarakkan penggunaan perkataan pun dan bila pula harus kita mendekatkan perkataan pun dengan perkataan yang mendahuluinya. Jawapan : Dalam bahasa Melayu, ada 13 perkataan yang telah ditetapkan ejaannya supaya ditulis serangkai dengan pun ,iaitu : Adapun, andaipun, biarpun, kendatipun, mahupun, sekalipun, walaupun, ataupun, bagaimanapun, kalaupun, lagipun, meskipun, sungguhpun.

Buku itu bukan sahaja sesuai untuk kanak-kanak. kedudukan kata nafi yang berbeza itu bertujuan untuk memberikan penekanan kepada unsur yang berbeza dalam ayat. Buku itu sesuai bukan sahaja untuk kanak-kanak. Buku itu sesuai bukan sahaja untuk kanak-kanak.justeru saya menolong dia.tetapi juga untuk orang dewasa.Makna justeru ialah malahan atau bahkan.tetapi untuk orang dewasa juga. 12. Buku itu bukan sahaja sesuai untuk kanak-kanak.kedua-dua ayat betul. Misalnya: Saya tidak pernah mengkhianati dia. tetapi untuk orang dewasa juga. yang diberi penekanan ialah perihal sesuainya buku itu. 2. manakala dalam ayat ( 2 ). Ayat yang manakah yang betul ? 1. tetapi juga untuk orang dewasa. Dalam ayat (1 ). Oleh hal demikian. justeru atau justeru itu ? Jawapan :Sebenarnya perkataan justeru dengan maksud oleh itu itu salah penggunaannya. Yang manakah yang betul. unsur yang ditekankan ialah kesesuaian buku itu untuk kanak-kanak. Bolehkah jelaskan penggunaan kata nafi bukan dan kata nafi tidak ? Jawapan : Kata nafi bukan boleh menjadi unsur . 13.Walau bagaimanapun. Jawapan :Dalam hal ini. lebih tepat lagi jika kata penegas juga diletakkan pada akhir ayat seperti yang berikut : 1(a).Namun. pun yang bererti juga ditulis terpisah. 11. 2(a).

. Kata naïf tidak pula ialah unsur naïf bagi frasa kerja dan frasa adjektif.nafi bagi frasa nama dan frasa sendi nama. Contohnya : 1.Manakala beristirahat bermaksud berehat. 15. Jadi. 4. Contohnya : 3. 14. Kereta api itu bukan dari Ipoh.Istirahat bermaksud rehat. 16. kata bandar dan raya boleh berdiri sendiri dan masing-masing mempunyai makna. 2. ejaan yang tepat ialah bandar raya.Kata tersebut ialah kata serapan daripada bahasa Arab. Namun. Apakah perbezaan bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan ? Jawapan : Bahasa rasmi ialah bahasa yang digunakan dalam urusan rasmi kerajaan dan pentadbiran negara. bagi kata nama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur ialah contoh penggunaan ejaan yang salah tetapi dikecualikan kerana telah terdaftar secara sah. Ejaan yang manakah yang tepat istirehat atau istirahat ? Jawapan : Ejaan yang tepat ialah istirahat. Projek itu bukan usaha saya.Kesalahan sebegini seharusnya dihindarkan kerana akan menimbulkan kekeliruan. Bapanya tidak pergi ke sawah hari ini. Manakala bahasa kebangsaan ialah bahasa yang utama bagi sesebuah negara yang berdaulat. Tolong jelaskan tentang ejaan bandaraya dan bandar raya ? Jawapan :Dalam bahasa Melayu. Kenyataannya itu tidak benar.

kata ini sepatutnya dieja agung . contohnya mesyuarat agung.17. Contohnya: ( I ) perbuatan yang berulang-ulang: tergelak-gelak melambai-lambai tersenyum-senyum tersengih-sengih ( ii ) perbuatan yang berpanjangan: berangan-angan . Yana manakah yang betul agung atau agong ? Jawapan : Dalam bahasa Melayu. tetapi ada kekecualiaan hanya untuk Yang diPertuan Agong yang menggunakan vokal o untuk kata agong. memperhambakan pula bermaksud menjadikan diri sebagai hamba kepada seseorang. Apakah perbezaan antara memperhamba dan memperhambakan ? Jawapan : memperhamba bermaksud menjadikan orang lain sebagai hamba. Contohnya: Encik Sabri memperhamba Mat Timah di rumahnya. Oleh itu. Apakah fungsi bentuk penggandaan dalam bahasa Melayu ? Jawapan : Dalam bahasa Melayu penggandaan mempunyai beberapa makna.pemimpin agung. 18. mengikut hukum keselarasan vokal. vokal a akan berpasangan dengan vokal u (a-u). Contohnya: Hang Tuah memperhambakan dirinya kepada raja. 19.seniman agung.

apabila kita menggunakan perkataan tersebut perlu menulis ayat seperti dinyatakan itu. Pemain-pemain bola sepak itu saling berkejaran antara satu sama lain untuk mendapatkan bola. .mengata-ngata tergila-gila ( iii ) perbuatan yang bersungguh-sungguh: bercerai-berai bertungkus-lumus memporak-peranda ( iv ) perbuatan yang saling berbalasan: bersalam-salaman berpeluk-pelukan berkasih-kasihan 20. Jawapan :Ayat itu dikatakan salah kerana kata kerja yang digunakan dalam ayat tersebut perlu ditulis seperti yang berikut : Pemain-pemain bola sepak itu berkejar-kejaran antara satu sama lain untuk mendapatkan bola. Kita perlu menulis ayat seperti di atas kerana berkejar-kejaran membawa maksud saling berbalasan.Oleh itu. Atau. Mengapakah ayat di bawah dikatakan salah ? Pemain-pemain bola sepak itu berkejaran antara satu sama lain untuk mendapatkan bola.

Contohnya: Yang di.Caranya ialah jika antibergabung dengan perkataan yang terdiri daripada kata nama am. Yang mana satu betul ais krim. Sebaliknya.ada dua cara.Boleh saudara menjelaskan penggunaan imbuhan pinjaman antikepada saya ? Saya kurang faham .terdapat beberapa kekecualian tentang penggunaan di.bergabung dengan perkataan yang terdiri daripada kata nama khas.kepada saya ? Jawapan :Penggunaan di dalam bahasa Melayu secara umumnya berfungsi sebagai imbuhan awalan kata kerja pasif dan berfungsi sebagai kata sendi nama bagi menunjukkan tempat.Sila rujuk Kamus Dewan untuk kepastian.jika anti.maka kita perlu menulis seperti yang berikut : antidadah antikerajaan Perkataan dadah dan kerajaan merupakan kata nama am. Jawapan :Penggunaan anti.Pertuan Agong Yang Dipertua Majlis Diraja 23.21. 22.Namun begitu.ais-krim atau aiskrim ? Jawapan :Ejaan yang betul ialah aiskrim.maka kita perlu menulis seperti yang berikut : . Bolehkah saudara menjelaskan penggunaan di.

Kita pergi dengan bas atau dengan kereta / v.Kemudian . i. Kita pergi dengan bas atau kereta ? iv.anti-Israel anti-Amerika Syarikat Perkataan Israel dan Amerika Syarikat ialah kata nama khas bagi tempat. iii. Ancaman itu datang dari dalam dan luar negara. 24.Perkataan-perkataan tersebut dianggap salah kerana kata dasar bagi bentuk terbitan itu ialah kata ganda. . Mengapakah perkataan menghuruharakan.kita perlu menulis perkataan tersebut seperti yang berikut : menghuru-harakan memporak-perandakan menggembar-gemburkan 25. ii. memporakperandakan dan menggembargemburkan dianggap salah ? Jawapan :Sebelum menjawab. Ancaman itu datang dari dalam dan dari luar negara.saudara pasti dapat mengetahui jawapannya. Ali melihat ke atas dan ke bawah.Jadi. ke-10. 26.kita tulis Sukan SEA X sahaja. iaitu memerlukan tanda sempang (-) jika hendak menulisnya. Oleh itu.saya menasihati saudara supaya mengenal pasti jenis kata dasarnya dahulu. Yang mana satu betul ke 10.ke-X dan ke X ? Jawapan :Cara menulis yang betul ialah ke-10 dan huruf roman X tidak perlu ada tanda sempang sebelumnya. Ayat yang manakah betul dari segi penggunaan kata sendi namanya bagi ayat-ayat di bawah ? Tolong jelaskan.

dapatlah kita rumuskan bahawa ayat i. Ali melihat ke atas dan bawah. Bolehkah kata sendi oleh digugurkan bagi ayat-ayat di bawah ? i. Baju itu sudah dijahit semalam oleh ibu.vi. Mengapakah yang perlu diletakkan dalam ayat di bawah ? Agenda mesyuarat adalah seperti yang berikut : Jawapan :Perkataan yang perlu disisipkan dalam ayat tersebut kerana perkataan seperti tergolong dalam kata sendi nama. kata sendi oleh pada binaan oleh + FN yang letaknya selepas kata kerja boleh digugurkan tanpa menjejaskan makna atau struktur ayat. Sampah sarap sudah dibakar ayah pagi tadi. Jawapan :Bagi menjawab soalan ini.kata sendi nama pada unsur kedua.Sebaliknya.kata sendi nama pada unsur kedua tidak boleh digugurkan kalau kata sendi nama dalam bentuk setara itu ialah ke.ii.iii.ayat vi tidak tepat penggunaaanya.saya merujuk Tatabahasa Dewan Edisi Baharu pada muka surat 406.iv dan v itu betul. 28.secara pilihan boleh digugurkan. 27.Namun demikian. .Bagaimanapun. Baju itu sudah dijahit ibu semalam.Oleh itu. ii.kata yang sepatutnya mengikutinya mestilah kata nama. Sampah sarap sudah dibakar pagi tadi oleh ayah.Penerangan yang diberikan ialah penggabunggan frasa sendi nama dengan kata hubung dan dan atau. maka oleh tidak boleh digugurkan. ii. sekiranya binaan oleh + FN itu terletak jauh daripada kata kerja. Jawapan :Untuk ayat pasif yang menggunakan kata kerja pasif di-.Sebenarnya ayat asal bagi ayat di atas ialah. Jadi.Contohnya: i.

ayat tersebut telah menjadi gramatis kerana kata sendi seperti telah diikuti oleh kata nama. Apakah perbezaan antara pelanggaran dengan perlanggaran ? Jawapan :Mengikut Kamus Dewan pada muka surat 759.menyerbu dan sebagainya).Oleh hal yang demikian.kenderaan dengan orang dan lain-lain) Contohnya. Apakah perbezaan antara dedaun dengan tetamu dari segi makna ? Jawapan :Gandaan separa seperti dedaun dan pepohon membawa maksud jamak atau . Contohnya. 31. Pelanggaran askar Israel terhadap penduduk Palestin itu telah dapat dipatahkan. 30. 29.Agenda mesyuarat adalah seperti agenda yang berikut: Kata agenda boleh digugurkan dan yang akan berfungsi sebagai kata ganti nama.kata perlanggaran pula membawa maksud perihal berlanggar(antara kenderaan. Mengapakah ejaan perabot bukan perabut dan laporan bukan lapuran kerana hukum keselarasan vokal bahasa Melayu ialah a-u ? Jawapan : Dua perkataan itu tidak mengikut hukum keselarasan vokal bahasa Melayu sepatutnya kerana perkataan-perkataan itu ialah kata pinjaman daripada bahasa Indonesia. Van itu terlibat dalam perlanggaran dengan sebuah kereta di Jalan Tampoi.kata pelanggaran bermaksud perihal melanggar (menyerang. Sebaliknya.

Dedaun itu layu apabila kekurangan air. Mengkaji semula dan mengkaji berfungsi sebagai kata kerja transitif dan sistem dan fenomena berfungsi sebagai objek yang mengikuti kata kerja transitif. (betul) d.Banyak lagi contoh perkataan seperti ini iaitu reconstruct. Dedaun-dedaun itu layu apabila kekurangan air. Kerajaan bersetuju untuk mengkaji semula sistem gaji kakitangan awam yang dipraktikkan sekarang.Adakah frasa itu betul dari segi tatabahasa ?Bagaimana pandangan saudara ? Jawapan :Frasa mengkaji semula yang saudara kemukakan itu sebenarnya terjemahan terus daripada bahasa Inggeris yang berawalan re.Saya berikan contoh di bawah sebagai perbandingan. Mengapakah kita tidak menggunakan mesin basuh baju atau mesin jahit baju ? .membina semula dan mengira semula.(betul) c.Oleh itu. Lihat perbezaan yang berikut : a.tetamu. a.(betul) 32.jika kita menulis ayat menggunakan frasa tersebut dianggap gramatis.iaitu review. Apabila perkataan itu diterjemahkan dalam bahasa Melayu.Manakala. 33. b.lelaki dan lelabu membawa maksud tunggal atau satu.maka menjadi kesatuan yang tidak boleh dipisahkan itu mengkaji semula.re-count dan sebagainya.(salah) b. Saya kurang faham tentang penggunaan frasa mengkaji semula dalam ayat yang sering saya jumpa apabila membaca akhbar. Saintis itu sedang mengkaji fenomena El-Nino. Lelaki-lelaki itu kacak belaka. Ramai tetamu yang hadir di rumah Abu.banyak.

gelanggang.dalam lingkungan lebih sesuai daripada di lingkungan.Namun. 34. atau .Dalam Kamus Dewan.berdasarkan analogi itu.aspek keringkasan diutamakan. Jawapan : Jika adik menulis ayat seperti itu.Jawapan : Kita tidak menggunakan frasa mesin basuh baju dan mesin jahit baju kerana kita telah menggunakan frasa mesin basuh dan mesin jahit.kalangan bermaksud lingkungan.ayat itu dianggap tidak gramatis.mari kita gunakan kaedah analogi seperti yang berikut .Perkataan baju tidak digunakan kerana dalam penciptaan istilah.penggunaan di kalangan dan dalam kalangan dianggap betul.Ayat tersebut perlu ditulis seperti yang berikut : a1.Saya sering keliru tentang penggunaan perkataan banyak dalam ayat seperti yang berikut : a.lingkaran.Tambahan pula. Bagi menentukan ketepatannya. di kalangan guru dalam kalangan guru di lingkungan guru dalam lingkungan guru Jadi.kalangan bermaksud 1. 35. Kilang itu memerlukan banyak pekerja wanita. Kilang itu banyak memerlukan pekerja wanita.golongan 2.dalam konteks yang dibincangkan. Yang manakah yang betul antara di kalangan dengan dalam kalangan? Jawapan : Penggunaan frasa sendi nama di kalangan dan dalam kalangan dapat diselesaikan jika kita mengenal pasti maksud sebenar kalangan. lingkungan.mesin itu tidak membasuh baju sahaja atau menjahit baju sahaja.Rumusannya. Saya seorang pelajar tingkatan dua.

semak.Objek dalam ayat tersebut ialah pekerja. Contoh: rendang rendang makna 1: sejenis lauk yang dibuat daripada daging rendang makna 2: rendah dan banyak daun serta cabang Perkataan lain misalnya. Kilang itu memerlukan pekerja wanita yang banyak.Fenomena ini tidak terdapat dalam bahasa Melayu. 36.homonim dan homofon ? Jawapan : Homograf ialah perkataan yang sama ejaannya dengan perkataan lain tetapi berbeza maknanya. Apakah perbezaan antara ayat di bawah ? . Contoh : ketam Satu makna ketam ialah sejenis kepiting yang berkaki enam dan bersepit.Kata ketam juga bermakna sejenis alat untuk melicinkan kayu dan papan. Rumusannya. Apakah itu homograf.perang dan sebagainya. Homonim pula bermaksud perkataan yang sama bunyi atau ejaannya dengan perkataan lain tetapi berbeza maknanya.kata memerlukan tergolong dalam kata kerja transitif yang mesti diikuti terus oleh objek. Homofon bermaksud perkataan yang sama bunyi dengan perkataan lain tetapi berbeza maknanya. Contohnya : meat(daging) dengan meet(berjumpa) cut(memotong) dengan card (kad) Seen(nampak) dengan scene (pemandangan) 37.a2.

40.subjeknya ialah Kementerian Dalam Negeri. b.jika ayat itu menunjukkan perbandingan. Tambak Johor terletak di antara Johor Bahru dengan Singapura.a. Jawapan : Perbezaan antara kedua-dua ayat tersebut ialah kedudukan subjek dalam ayat. 39.Mengapakah ayat b.Sebaliknya. Jawapan : Dalam ayat pertama Johor Bahru dengan Singapura menunjukkan kedudukan fizikal atau arah.selain daripada dan hingga ke dikatakan tidak baku ? Jawapan : Jawapan bagi masalah yang dikemukakan ialah kata sendi nama tidak boleh hadir berturut-turut. Di antara Johor Bahru dengan Singapura . Mengapakah selain dari. Bagaimanakah kita hendak mengenal sesuatu kata ? .Dalam ayat pertama.subjeknya ialah kegiatan ajaran sesat. a.tingkat tiga lebih ramai pekerja.Jadi.banyak perbezaannya.Kata sendi nama mesti diikuti oleh kata nama sahaja. b. 38.Johor Bahru dengan Singapura dalam ayat kedua menunjukkan perbandingan.Lihat ayat di bawah.gunakan antara bukan di antara.Manakala ayat kedua pula. Guru saya mengatakan bahawa penggunaan di antara mestilah diikuti perkataan yang menunjukkan kedudukan fizikal atau ada ruang . Kementerian Dalam Negeri menyatakan bahawa kegiatan ajaran sesat dapat dibendung jika masyarakat memberikan kerjasama. Menurut Kementerian Dalam Negeri. Antara tingkat dua dengan tingkat tiga. dikatakan salah ? a. kegiatan ajaran sesat dapat dibendung jika masyarakat memberikan kerjasama.

Saya sering melihat perkataan memperkasakan digunakan di dalam majalah ataupun surat khabar. 42.huruf awal itu akan lenyap.t.Sekarang kita analogikan perkataan-perkataan .Hal ini demikian kerana kata dasarnya perkasa . Dalam hal ini.kita tidak boleh menulis memerkasa atau memperkasa .kata adjektif dan kata tugas(terdapat pelbagai kata).yang bergabung dengan kata yang huruf awalnya p.kita perlulah menggabungkan kata-kata tersebut dengan kata yang lain.Oleh itu.Apabila perkataan ini menerima imbuhan meN-.Saya ingin bertanya adakah perkataan itu sepatutnya memerkasa . Bagaimanakah hendak membezakan antara pengajaran dengan pemelajaran ? Jawapan :Perkataan pengajaran dan pemelajaran berasal daripada kata akarnya ajar .Jawapan : Dalam bahasa Melayu.maka kita perlu menulisnya sebagai memperkasakan . Kata bilangan biasanya di hadapan kata nama semua pelajar Kata bantu biasanya di hadapan kata kerja telah berkahwin Kata penguat di hadapan kata adjektif amat cantik 41.berlaku kekecualiaan jika berbalik pada peraturan awalan meN.Lihat analogi ini. Bagi mengenal jenis kata.kata kerja.Antaranya.k. dan s. memperkasa atau memperkasakan ? Jawapan :Perkataan memperkasakan ialah bentuk terbitan bagi kata dasar perkasa yang bermaksud gagah.kata dapat digolongkan kepada empat jenis iaitu kata nama.

Contohnya : Ali menyepak batu itu.proses mempelajari 43.tersebut untuk mengetahui terjadinya perkataan tersebut.frasa sendi dan frasa kerja. Contohnya: Perkara itu menyangkut masalah negara. unsur yang menjadi pelengkap boleh terdiri daripada frasa nama.Sementara itu. (frasa sendi sebagai pelengkap) Gadis itu pandai menari.(batu itu sebagai objek) Batu itu disepak oleh Ali. .objek dapat dikenal oleh kehadiran akhiran kan dan i serta awalan meN. (frasa nama sebagai pelengkap) Lelaki itu bertubuh sasa.segala sesuatu yang berkaitan dengan mengajar pemelajaran .Selain itu.perihal mengajar. Apakah perbezaan antara objek dengan pelengkap dalam penggunaan kata kerja ? Jawapan : Objek ialah frasa nama yang berada di belakang kata kerja transitif dan berfungsi sebagai subjek jika ayat tersebut diubah menjadi ayat pasif. ajar mengajar pengajaran ajar mempelajari pemelajaran pengajaran .sebagai pembentuk kata kerja transitif.frasa adjektif. (frasa adjektif sebagai pelengkap) Cikgu Ujang tinggal di rumah itu.(batu itu sebagai subjek) Pelengkap pula ialah unsur yang menjadi pencukup pada sesuatu kata kerja tak transitif.

Kata dasar tersebut termasuklah kata nama. Apakah perbezaan apitan ke-an yang tergolong dalam kata nama.memperbanyak. Jawapan : Sebelum menjawab soalan tersebut.Contohnya: Kata nama Kata kerja Kata adjektif Kedaulatan kedatangan kemalasan Kepahlawanan kejatuhan kebenaran Kerajaan kemasukan kedinginan Apitan ke-an yang tergolong dalam kata kerja dalam ayat pasif terbit -an dengan kata kerja.dan kata adjektif untuk membawa maksud hal atau keadaan yang terkandung dalam kata dasar.kata adjektif dan kata daripada gabungan ke- .digunakan.suka saya nyatakan bahawa fungsi kamus adalah untuk memasukkan senarai kata yang pernah dituturkan oleh masyarakat Melayu untuk diberikan maksud.Oleh itu.jika awalan rangkap mempeR. Mengapakah mempercepatkan dikatakan salah dari segi tatabahasa sedangkan di dalam Kamus Dewan ada dimasukkan kata ini sebagai entrinya.Contoh lain adalah seperti memperkemas.(frasa kerja sebagai pelengkap) 44.maka kata yang bergabung dengan awalan ini tidak perlu diapitkan dengan akhiran kan.kata kerja.kata adjektif dan kata kerja dalam ayat pasif ? Jawapan : Bentuk apitan ke-an yang tergolong dalam kata nama boleh bergabung dengan kata dasar tertentu tanpa melibatkan sebarang perubahan huruf.Namun begitu.memperluas dan sebagainya. 45.Dari segi tatabahasa. kata yang betul ialah mempercepat bukan mempercepatkan .kamus tidak mengutamakan aspek tatabahasa kerana mengutamakan makna kata.

Dalam ayat di atas.KN(inti) + Penerang boleh digugurkan sehingga yang tinggal dalam frasa nama itu hanya bahagian penerangnya yang biasanya bukan daripada kata nama. -an biasanya bergabung dengan kata dasar daripada jenis kata nama yang umumnya menerangkan sifat sesuatu . Apakah maksud melestarikan ? Jawapan :Saudara boleh merujuki Kamus Dewan pada halaman 571.Contohnya: Semalam jiran saya kecurian. Bersenam boleh menyihatkan badan.ayat sebenarnya seperti contoh di bawah : 1a.Contohnya: Kemelayuan Kearaban Kecinaan 46. Kata adjektif terbitan kebangsa. Kegiatan bersenam boleh menyihatkan badan.Maksud melestarikan ialah menetapkan atau mengekalkan.menunjukkan subjek ayat mengalami perbuatan seperti kata dasar. 2a.nama. Jawapan : Ayat tersebut dikatakan betul kerana kata nama yang terkandung dalam binaan frasa nama. Mengapakah ayat di bawah ini dikatakan betul ? Bukankah subjeknya merupakan kata kerja ?Tolong jelaskan. Dia kehujanan di jalan. Badannya berpeluh kerana kepanasan.Apitan ke- -an yang membentuk kata kerja pasif. Bersedekah dituntut oleh Islam. 1. 47. 2. Amalan bersedekah dituntut oleh Islam.

Kegiatan bersenam berfungsi sebagai frasa nama yang mengandungi kegiatan sebagai inti dalam frasa nama tersebut. 48.malahan berfungsi sebagai nama yang digugurkan daripada frasa nama + yang seperti dalam contoh-contoh berikut: 1. Benarkah perkataan yang tidak berfungsi sebagai penanda relatif dalam ayat majmuk sahaja? Jelaskan kepada saya. 2.Perkataan yang bukan sahaja berfungsi sebagai penanda relatif dalam ayat majmuk. Jawapan : Memang benar seperti yang dikatakan oleh saudara itu. Bangunan yang tinggi itu bangunan Maybank.Kata nama kegiatan dalam ayat tersebut boleh digugurkan. .Lihat rajah pohon yang berikut : A SP FN FK KN (inti) penerang Kegiatan bersenam boleh menyihatkan badan Bagi ayat 2a. keadaan yang sama juga berlaku seperti ayat 1a.dan bersenam sebagai penerang. Orang yang tinggal di kawasan itu kebanyakannya Melayu.

menjadi lelangit. dan s akan bertukar menjadi m bagi p. Jawapan : Kata nama yang diberikan itu apabila hendak ditukarkan dalam bentuk gandaan separa.n bagi t.dan ny kerana bunyi pertama dalam kata dasar p.t. Saya lihat dalam bahasa Melayu.Bunyi bahasa seperti ini disebut homorganic.n.popohon dan kukura ?.pohon dan kura tidak menjadi lalangit.dapat terbakar oleh api.sisiku. Mengapakah penggandaan separa kata nama langit.kata dasar yang bermula dengan huruf-huruf p. Yang tinggi itu bangunan Maybank.ng bagi k.pepohon dan kekura.Oleh itu. 50.perlu mengalami perubahan menjadi vokal tengah.ng. 2a.iaitu e pepet. 1a.t. 51.Mengapakah perkara ini boleh berlaku ? Jawapan : Huruf-huruf dalam kata dasar itu akan luluh menjadi m. siku.perkataan mempan pula membawa maksud dapat dilukai dengan senjata. mapan dan mempan ? Jawapan : Perkataan yang dimasukkan entrinya dalam Kamus Dewan ialah mapan yang bermaksud mantap ataupun stabil.k. dan ny bagi s.Bukankah penggandaan separa melibatkan suku kata pertama dalam kata dasar tersebut.dan s telah digantikan dengan bunyi sengau yang dilafazkan pada tempat yang sama daerah artikulasinya iaitu dua bibir.perkataan mampan tidak wujud sama sekali. . Yang mana satu yang betul antara mampan . Yang tinggal di kawasan itu kebanyakannya Melayu.Sebaliknya.k. 49.Selain itu.sesiku.Ayat 1 dan 2 menjadi seperti ayat di bawah jika kata nama orang dan bangunan digugurkan.

54. Perkataan-perkataan di bawah ini dikatakan lewah. 55.kasih sayang yang berasal daripada kasih dan sayang serta jimat cermat yang asalnya jimat dan cermat.mendalami memperakui .menguasai memperdalami .menyetujui memperhalusi .Bagaimana kita harus menulis perkataan-perkataan tersebut ? memperkuasai memperdalami memperakui mempersetujui memperhalusi Jawapan : Bagi memastikan jawapan yang betul.ibu bapa yang berasal daripada ibu dan bapa. Yang mana satu yang betul antara mensunatkan dengan menyunatkan ? .52.Perkataan-perkataan tersebut perlu dtuliskan seperti yang berikut : memperkuasai . Apakah maksud leksikon ? Jawapan : Leksikon bermaksud daftar kata yang terkandung dalam sesebuah kamus.anda bolehlah membuka Kamus Dewan pada halaman 201.memperakukan mempersetujui .menghalusi 53. Apakah maksud rangkai kata parataksis ? Jawapan : Dua perkataan atau lebih yang digugurkan kata hubung gabungan dan .Contohnya.

? Jawapan : Huruf yang baharu dalam bahasa Melayu .dan .a Mereka telah mengambil keputusan untuk bertolak pada keesokan hari. harus hadir sebagai unsur yang menghubungkan dua ayat atau dua bahagian ayat.Ayat pertama telah memisahkan manakala dengan noktah.Lihat contoh di bawah : qada .Oleh itu. Jawapan : Perkataan manakala berfungsi sebagai kata hubung yang membawa maksud pertentangan. Bagaimanakah kita hendak mengimbuhkan perkataan X-ray dengan awalan meN. 58b. Sebaliknya.v.penggunaan manakala untuk menguhubungkan dua ayat tidak tepat. mensunatkan membawa maksud menjadikan hukumnya sunat .Bolehkah saudara menjelaskan kepada saya penggunaan manakala dalam ayat di bawah : 58.maka kedua-dua ayat tersebut hendaklah disatukan.Kedua-duanya betul.Jikalau manakala hendak digunakan. Penggunaan kata manakala mengelirukan saya. menyunatkan bermaksud mengkhatan. manakala kumpulan kedua pula memutuskan untuk meneruskan perjalanan.Jawapan : Kata dasar bagi kedua-dua bentuk terbitan itu ialah sunat . 56.dan x.mengx-ray 57.Manakala kumpulan kedua pula memutuskan untuk meneruskan perjalanan. Mereka telah mengambil keputusan untuk bertolak pada keesokan hari.Tetapi. tidak mengalami sebarang perubahan apabila bertembung dengan awalan.iaitu q.pemveto x-ray .mengqada veto .

Yang menjadi kemusykilan kepada saya ialah perkataan menghindarkan dan menghindari.ringan tulang merupakan susunan terbalik bagi frasa nama. Dari segi binaannya.dengan kata adjektif ringan. Harap saudara dapat memberikan penjelasan.misalnya: 58c.ini merupakan susunan frasa nama.siku buruk. 59.Kata adjektif ini hadir selepas kata nama. Guru Bahasa Melayu saya telah mengajarkan penggunaan apitan meN-kan dan meN-i.seperti yang terdapat dalam ayat 58b. 58.Sebaliknya gunakan cara lain.dipisahkan dengan koma.pecahkan ayat tersebut menjadi dua ayat.iaitu mengikut peraturan yang disebut hukum D-M. kumpulan kedua pula memutuskan untuk meneruskan perjalanan.dan kepala besar. terlalu panjang.iaitu unsur yang diterangkan(D) mendahului unsur yang menerangkan (M).ringan tulang merupakan simpulan bahasa. Apakah perbezaan tulang ringan dengan ringan tulang ? Tolong jelaskan.tetapi janganlah digunakan perkataan manakala .dalam hal ini adalah untuk menerangkan kata nama. Mereka telah mengambil keputusan untuk bertolak pada keesokan hari. .Ringan tulang tidak membawa maksud tulang yang ringan tetapi bererti rajin bekerja.Fungsi kata adjektif. Demikian juga dengan contoh tangan panjang.Sebaliknya.Simpulan bahasa ialah sejenis bahasa kiasan yang lazimnya dibentuk dengan menggabungkan dua perkataan bagi menghasilkan satu makna khusus. Jawapan : Dalam rangkaian perkataan tulang ringan.Frasa ini terdiri daripada kata nama tulang sebagai kata inti. Jikalau difikirkan ayat 58a. Sebaliknya.kerana dalam hal ini susunannya ialah kata adjektif diikuti kata nama.

menjauhkan diri daripada Lihat contoh ayat yang berikut : 59a.Jawapan : Untuk menjawab soalan saudara.Edisi Ketiga (1998). Kita perlu menghindari dadah dalam kehidupan seharian.mengelak supaya terbias daripada. Apakah perbezaan ayat-ayat yang berikut ini ? 60a.kita perlu melihat makna menghindarkan dan menghindari di dalam kamus. Jawapan:Ayat pertama dalam soalan di atas terkandung di dalamnya perkataan disembahyangkan membawa maksud sembahyanglah kamu sebelum orang lain mengerjakan sembahyang untuk kamu (kerana kamu sudah mati dan tidak dapat mengerjakan sembahyang sendiri).Menurut Kamus Dewan. 61.menyingkirkan) . Kita peril menghindarkan diri daripada dadah. Sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangkan. 59b.terkandung di dalamnya perkataan disembahyangi yang bermaksud sembahyanglah kamu mendapat kesan perbuatan sembahyang yang dikerjakan oleh orang lain . Adakah ayat yang saya kemukakan di bawah ini betul ? Harap dapat membantu saya.Sebaliknya. Sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangi. 60. mengelakkan(menjauhkan. menghindarkan Daripada menghindari .dalam ayat kedua. 60b.

Jawapan :Perkataan menamai dan menamakan tecatat di dalam Kamus Dewan(1998). 62. Mereka dari Johorkah ? *62b. Penduduk kampung itu bersetuju agar menamai tempat itu dengan Desa Murni. ternyata salah. dan b. Adib menulis suratkah ? . b.jelas menunjukkan ayat c. Penduduk kampung itu bersetuju untuk menamai tempat itu Desa Murni. c. pula dapat dibaiki menjadi ayat seperti yang berikut : 61a.menggelari memberikan sesuatu nama sebagai menamakan menggelarkan. 61b.a. Penduduk kampung itu bersetuju agar menamakan tempat itu Desa Murni. Mengapakah ayat di bawah ini dikatakan salah ? *62a. Penduduk kampung itu bersetuju agar menamakan Desa Murni untuk tempat itu.Bagi ayat a.menyebutkan Berdasarkan makna yang diberikan. Penduduk kampung itu bersetuju untuk menamakan Desa Murni kepada tempat itu. muka surat 919. menamai membubuh (memberi) nama kepada.

*62c. Pemuda itu siapakah ? Jawapan :Ayat yang dikemukakan oleh saudara itu tergolong dalam ayat tanya.Namun begitu, ayat-ayat tersebut tidak baku dari segi tatabahasa.Saudara,apabila partikel kah diletakkan dalam ayat,maka predikat mestilah dikedepankan.Hal ini demikian kerana partikel kah berfungsi sebagai pementing predikat.Oleh itu,ayat 62a. dan 62b. hendaklah ditulis seperti yang berikut : 62a. Dari Johorkah mereka ? 62b. Menulis suratkah Adib ? Begitu juga bagi ayat 62c. yang harus ditulis seperti yang berikut ; 62c. Siapakah pemuda itu ? 63. Saya kurang faham akan fungsi yang dalam ayat.Boleh saudara jelaskan kepada saya ? Jawapan :Kata yang tergolong dalam kata sandang.Pada masa yang sama kata yang juga mempunyai dua tugas,iaitu : (a) untuk membentuk frasa nama, (b) untuk membezakan makna. Oleh sebab fungsi pertama adalah untuk membentuk frasa nama,maka dengan penyertaan yang,sesuatu kata yang terdiri daripada pelbagai kelas kata dapat bertukar menjadi frasa nama.Contohnya : seorang(kata bilangan) yang seorang(frasa nama) leper(kata adjektif) yang leper(frasa nama) dikejar(kata kerja pasif) yang dikejar(frasa nama) menjamin(kata kerja transitif) yang menjamin (frasa nama)

berlari(kata kerja tak transitif) yang berlari(frasa nama) Kata yang berfungsi sebagai pembeza makna pula dapat dilihat seperti ayat berikut : (a) Jaket hitam di dalam almari itu kepunyaan Adib.(Maksud ayat ini ialah bahawa di dalam almari ada hanya sehelai jaket hitam yang dipunyai oleh Adib.) (b) Jaket yang hitam di dalam almari itu kepunyaan Adib.(Maksud ayat ini pula ialah bahawa di samping jaket hitam kepunyaan Adib,ada sehelai atau beberapa helai jaket lain yang bukan kepunyaan Adib dan warnanya lain daripada hitam.) 64. Mengapakah guru saya mengatakan bahawa ayat di bawah ini salah ? *64a. Tuhan yang menentukan nasib manusia. *64b. Yang manakah betul ? Jawapan : Guru anda telah memberikan jawapan yang betul.Ayat yang dikemukakan adik itu ialah ayat songsang.Untuk pengetahuan adik,apabila frasa nama yang menggunakan kata yang sebagai subjek diletakkan di belakang dalam ayat songsang,maka partikel lah sebagai pementing predikat mestilah ada.Jadi,ayat yang betul ialah ; 64a. Tuhanlah yang menentukan nasib manusia. Sementara itu,ayat yang kedua pula telah menggunakan kata tanya mana yang disertai kata sandang yang bagi menjadi frasa nama sebagai predikat ayat,maka frasa adjektif mestilah disertai kata yang supaya menjadi frasa nama untuk bertugas sebagai subjek.Oleh itu,ayat yang betul; 64b. Yang manakah yang betul ?

65. Bolehkah saudara membezakan makna imbuhan ter- bagi ayat-ayat berikut ? 65a. Pintu kereta itu terbuka. 65b. Buku tebal ini terbaca juga olehnya. 65c. Batu itu tersepak olehku. Jawapan :Ayat-ayat yang dikemukakan itu dikenali sebagai ayat pasif.Hal ini demikian kerana subjek diutamakan dalam ayat atau dengan kata lain menjadi penderita.Kata kerja terbuka dalam ayat 65a. bermakna dalam keadaan sudah dibuka,manakala dalam ayat 65b. pula,kata kerja terbeli maknanya dapat dibaca.Ayat 65c. yang mempunyai kata kerja tersepak bermakna tidak sengaja disepak .Imbuhan ter- dalam ketiga-tiga ayat di atas tergolong dalam kata kerja pasif. 66. Bagaimanakah cara menyebut yang betul bagi perkataan nasionalisme dan dinamo ? Jawapan :Dalam perkataan nasionalisme huruf e yang terdapat dalam huruf yang akhir itu terdiri daripada huruf e pepet.Oleh itu,cara menyebut yang betul ialah [ na + sio + na + lis + mx ] bukan [ na + sio + na + lis + ma ]. Bagi perkataan dinamo pula, cara menyebut yang betul ialah [ di + na + mo ] bukan [ dai + n + mo ]. 67. Cuba berikan cara yang mudah untuk membezakan e pepet dengan e taling. Cara yang biasa saya gunakan ialah perkataan emak dan enak.Perkataan emak menggunakan e pepet manakala perkataan enak pula menggunakan e taling.Cuba anda sebutkan betul-betul kedua-dua perkataan itu tentu ada perbezaannya.

kadi 69.sunah sayyid . Saya pelajar tingkatan lima di salah sebuah sekolah di Bandar raya Johor Bahru.hajah khadi .Bolehkah kita terjemahkan perkataan tersebut sebagai kedai besar atau kedai mega ? Jawapan :Saya merujuk kepada Daftar Istilah Semasa.terdapat semacam kecenderungan di kalangan sebilangan penduduk di negara kita yang menggunakan perkataan Inggeris iaitu megamall terutama untuk pasar raya.ada dinyatakan istilah megamall .Dalam bahasa Melayu istilah itu menjadi .Pada helaian 18.68.Adakah ejaan yang saya senaraikan ini betul ? Kalau salah tolong betulkan.Saya keliru tentang ejaan bagi perkataan Arab yang sudah digunakan dalam masyarakat Melayu secara meluas.Jilid II yang dikeluarkan Dewan Bahasa dan Pustaka.sayid saidina .Ramadan hajjah .reda ramadhan .sayidina redha . sunnah sayyid saidina redha ramadhan hajjah khadi Jawapan : Kesemua ejaan yang anda senaraikan itu salah.1998.Ejaan yang betul adalah seperti yang berikut : sunnah . Sejak akhir-akhir ini.

Selain itu. Teliti ayat di bawah ini: a. 71.barbeku 72. Gambaran itu mampu memaparkan sekali imbas perkara-perkara yang hendak ditonjolkan.megapura.Resipi bermaksud keterangan berkenaan ramuan-ramuan dan cara memasak sesuatu makanan. resipi juga bermaksud cara atau kaedah mencapai sesuatu tujuan. .Apakah maksud perkataan tersebut ? Jawapan :Dari segi istilah.kategori classification . Saya sering mendengar perkataan jerayawara disebutkan oleh guru Bahasa Melayu. jerayawara asalnya daripada bahasa Inggeris iaitu roadshow . 70. Yang manakah yang betul antara resepi dengan resipi ? Jawapan : Ejaan yang tepat ialah resipi kerana perkataan ini asalnya daripada recipe dalam bahasa Inggeris.nuget steamboat .stimbot category . 73.Antaranya : nugget .kafeteria barbecue . Bolehkah saudara menyenaraikan beberapa perkataan bahasa Inggeris yang telah diMelayukan ? Jawapan : Banyak perkataan bahasa Inggeris yang telah dimelayukan.klasifikasi cafeteria .

atau 74b. Hasil soal selidik didapati bahawa 40% penduduk di kampung itu tergolong dalam lingkungan keluarga miskin.Oleh itu. Adakah ayat di bawah ini tepat atau perlu dibaiki ? a.memadai jika saudari memilih satu sahaja seperti yang berikut : 74a. Jawapan :Ayat yang anda kemukakan itu mempunyai cirri lebihan iaitu salah satu atau satu daripada .iaitu hasil soal selidik dengan bahagian predikatnya.Objek dalam ayat tersebut ialah perkara-perkara yang hendak ditonjolkan . gambaran itu mampu memaparkan perkara-perkara yang hendak ditonjolkan.sekali imbas. Jawapan :Ayat yang diberi itu tidak sempurna kerana tidak ada keserasian antara subjek. a. atau 73b.Cara yang betul untuk membetulkan ayat itu adalah dengan menukarkan kata .mampu memaparkan perkara-perkara yang hendak ditonjolkan.jelaskan. Salah satu daripada ciri tersebut akan dibicarakan secara terperinci. Benarkah ayat di bawah ini dikatakan ada cirri lebihan atau lewah ? Jika benar. Gambaran itu. 75. Satu daripada ciri tersebut akan dibicarakan secara terperinci. Sekali imbas.Mengapakah ayat di atas dianggap salah ? Jawapan :Ayat tersebut dikatakan salah kerana penggunaan kata kerja transitif memaparkan yang perlu diikuti oleh objek.Ayat ini dapat dibaiki dengan memindahkan frasa sekali imbas sebelum predikat ataupun sebelum subjek seperti yang berikut : 73a. Salah satu ciri tersebut akan dibicarakan secara terperinci. 74.

Daripada hasil soal selidik.bunyi duit syiling jatuh ke atas lantai desing . Jawapan :Bunyi-bunyi yang disebutkan itu ialah kata onomotopia. Mengapakah kita harus menggunakan dari segi dan tidak daripada segi ? Jawapan :Perkataan segi seperti sudut dapat tergolong dalam dua kategori. desing .bunyi besi dipalu dentang .bagi mengelakkan kekeliruan. Hasil soal selidik menunjukkan bahawa 40% penduduk di situ tergolong dalam lingkungan keluarga miskin. Saya ringkaskan kata-kata yang dikemukan seperti yang berikut : dentam .bunyi seperti benda besar jatuh.Tatabahasa Dewan menggolongkan kedua-dua perkataan ini sebagai tempat.kerkup dan lebum apabila membaca cerpen.Kita ambil contoh bunyi telefon dikatakan sebagai berdering dan jam pula akan timbul kata berdetik. dentang . 77.Namun begitu.Bolehkah saudara jelaskan apakah bunyi-bunyi tersebut. denting .didapati bahawa 40% penduduk di situ tergolong dalam lingkungan keluarga miskin.didapati dengan kata menunjukkan .bunyi nyaring besi diketuk denting .bunyi tiupan angin kerkup . atau 75b.Lihat contoh ayat yang saya kemukakan di bawah : 75a.Cara yang kedua adalah dengan menambahkan perkataan daripada . segi dan sudut dapat dianggap tempat dan dapat dianggap unsur abstrak juga.bunyi seperti barang keras digigit lebum . Saya sering terjumpa perkataan dentam . . 76.iaitu kata yang lahir daripada bermacam-macam bunyi di sekitar kita.

tiusyen dan tuisyen .biasanya perkataan daripada bahasa Inggeris yang ditukarkan menjadi bahasa Melayu.iaitu tuition yang bermaksud bimbingan.Dari segi pengejaan perkataan.78. Zamri berhujah dengan lantangnya.ejaannya dikekalkan mengikut ejaan asal dalam bahasa Inggeris.Fungsi nya adalah sebagai penekan dan pembenda.Biasanya.orang ramai sudah tidak menganggap itu keadaan yang mencemaskan. Pokok rambutan itu nampaknya akan berbuah lebat. Penggunaan ironi semasa menulis karangan boleh dilakukan mengikut konteks ayat. Jawapan :Perkataan ironi bermaksud keadaan atau kejadian yang menunjukkan pertentangan atau kesan sebaliknya antara sesuatu yang dijangkakan dengan yang menjadi atau hakikatnya. Saya sering terkeliru tentang perkataan tusyen .Yang manakah yang betul ejaannya ? Jawapan :Ejaan yang tepat ialah tuisyen . tion dalam bahasa inggeris akan menjadi syen dalam bahasa Melayu. Saya ingin bertanya kepada saudara.Contohnya : 79a.Apakah fungsi -nya dalam ayatayat berikut ? 80a. 79.Perkataan ini asalnya daripada bahasa Inggeris . Jawapan :Bentuk kata nya yang digunakan dalam ayat tersebut dipanggil kata pascakata.Bentuk kata nya yang . Saya kurang faham akan maksud ironi . 81b.iaitu bentuk kata yang hadir selepas perkataan. 80.Perubahan hanya beberapa huruf tertentu mengikut kesesuaian sebutan dalam bahasa Melayu. Ironinya.Bilakah kita boleh menggunakan perkataan ini semasa menulis karangan.jika masalah jerebu berlaku.

Bagi ejaan maha meru perlu ditukar menjadi mahameru kerana dianggap sebagai imbuhan awalan.Contohnya.Maha dalam binaan ini tidak bertaraf imbuhan tetapi satu perkataan yang utuh.Maha bermaksud paling atau tahap terbesar. 81.tertinggi dan teragung.awalan maha merupakan awalan daripada bahasa Sanskrit yang telah lama terserap ke dalam sistem tatabahasa bahasa Melayu.berfungsi sebagai penekan adalah untuk memberikan penegasan kepada kata yang bergabung dengannya. Lantang tergolong dalam kata adjektif.Bentuk kata -nya memberikan penegasan kepada perkataan nampak . Bolehkah saudara tentukan ejaan yang tepat bagi perkataan perkataan di bawah yang menggunakan awalan maha.Mengikut kelaziman. Sebaliknya. ejaan daripada jenis maha + kata adjektif dieja berasingan.ayat yang dikemukakan dalam 80a. 82. Benarkah ayat di bawah ini mengandungi satu objek ? .ejaan yang perlu diperbetul menjadi maha mulia dan maha agung.Oleh itu. maha meru mahaguru maharaja mahasiswi mahamulia mahaagung maha besar Jawapan :Saudara yang bertanya.bagi fungsi pembenda pula ialah sesuatu perkataan yang bukan daripada kata nama akan menjadi kata nama jika bergabung dengan -nya.Apabila bergabung dengan nya maka bertukar menjadi kata nama.Contoh yang jelas ialah -nya yang terdapat dalam ayat 80b.

menghebahkan atau menyiar-nyiarkan khabar.Contohnya : 81c. Pak Lebai menamai tempat itu sebagai Tanjung Langsat.Apakah maksud perkataan itu dan adakah ejaannya betul ? Jawapan : Ejaan sebenar bagi perkataan itu ialah menguar-uarkan bukan mengwar-warkan. Selain itu. kita juga boleh meletakkan perkataan sebagai di hadapan pelengkap itu. Bolehkah saudara membezakan antara perkataan aspirasi dengan inspirasi dari segi makna? Jawapan :Jika kita merujuk kepada Kamus Dewan.Frasa Tanjung Langsat hanya berfunsi sebagai pelengkap kepada objek kata kerja dan tidak boleh dijadikan objek tepat.Kata aspirasi pula boleh ditemukan pada halaman 69 yang membawa maksud keinginan yang kuat(untuk mencapai. 83. Jawapan :Benar apa yang dikatakan oleh saudara.81a. 84.Jika ada cuba jelaskan.Maksudnya ialah ilham atau bisikan hati. Pak Lebai menamakan Tanjung Langsat untuk tempat itu. meneriak sesuatu untuk memberitahu orang ramai 2. Pak Lebai menamai tempat itu Tanjung Langsat. .Contohnya : *81b.Ayat tersebut hanya mengandungi satu objek .kata inspirasi dimasukkan entrinya pada halaman 494.Makna bagi perkataan menguar-uarkan ialah 1. 85. Saya selalu mendengar penyampai di TV3 menggunakan perkataan mengwar-warkan .mengadakan sesuatu) selain cita-cita.iaitu frasa tempat itu. Adakah persamaan dan perbezaan pada akhiran kan dan i dalam bahasa Melayu.

dekat pada tempat atau orang 86.Jawapan :Persamaan akhiran kan dan i ialah kedua-dua akhiran ini membawa maksud kausatif atau menyebabkan jadi.membuat untuk orang lain naiki .Contohnya : bancuhkan . Jawapan :Perkataan hemah boleh diketahui maksudnya apabila kita buka Kamus Dewan pada halaman 449 yang mendukung maksud budi pekerti.perbezaan antara kedua-dua akhiran itu ialah akhiran -kan mengandungi unsur benefaktif atau melakukan sesuatu untuk manfaat orang lain manakala akhiran I mengandungi unsur lokatif atau tempat.menyebabkan jadi sudah Sebaliknya.Contoh penggunaannya dalam ayat adalah seperti yang berikut : 86a.menyebabkan jadi rendah baiki . Razak seorang pemuda yang baik.menyebabkan jadi baik sudahi . Saya keliru tentang penggunaan hemah dan hemat .naik ke atas suatu tempat dekati .Tolong jelaskan.membancuh untuk orang lain buatkan . .menyebabkan jadi kecil rendahkan .Contohnya : kecilkan . tinggi hemahnya dan bersih tutur katanya.

2. 88. 86c. Apakah perbezaan antara bahasa rasmi dengan bahasa kebangsaan ? . Perkataan wacana pula bermaksud 1.jimat. Hari ini. 87.cermat. dengan penuh perhatian(minat).pengamatan.disampaikan.berjaga-jaga.beringatingat.kita dapat menyaksikan betapa sukarnya untuk mengumpulkan khalayak bagi tujuan memeriahkan dan menjayakan wacana ilmu. keseluruhan tutur yang merupakan suatu kesatuan. tidak boros atau membazir (dalam membelanjakan wang atau menggunakan sesuatu). Jawapan : Perkataan wahana dapat ditemukan maksudnya pada halaman 1541. kesatuan fikiran yang utuh. Sila jelaskan perbezaan antara wahana dengan wacana kepada saya.Maksud bagi perkataan itu ialah saluran atau perantaraan(yang memungkinkan sesuatu dilakukan. RTM seharusnya menjadi wahana komunikasi ilmu dan sekali gus menjadi wahana komunikasi budaya yang berkesan.hati-hati. 86d. 3.Contohnya : 87a.pertuturan.Kamus Dewan.Perkataan hemat pula bermaksud 1.sama ada dalam bentuk lisan atau tulisan.dengan teliti.atau dicapai).percakapan.Saya kurang arif tentang perkataan tersebut. Kalau ingin kaya kita harus berbelanja dengan hemat. Pegawai penyelidik itu bekerja dengan hemat. Usul itu pada hemat saya bertentangan dengan objektif syarikat.ucapan. pemerhatian.cermat.Contohnya : 87b.Contoh penggunaan perkataan hemat dalam ayat adalah seperti yang berikut : 86b. 2.

dapat dan mesti. Lukisan itu terlalu amat cantik. Kata bantu yang boleh berderetan adalah seperti yang berikut : Kata bantu aspek kata bantu ragam belum + pernah harus + mahu masih + belum harus + dapat masih + sedang mesti + mahu Ssdah + pernah mesti + dapat telah + pernah 90.Sebaliknya.Hal ini demikian kerana perkara ini ada diberikan contoh pada muka surat 390 di dalam Tatabahasa Dewan.manakala bahasa kebangsaan pula ialah bahasa yang utama bagi sesebuah negara yang berdaulat. 90c. Sikapnya sungguh kurang sopan.masih.kata bantu ragam pula termasuklah hendak.Kata bantu aspek termasuklah perkataan sudah.Edisi Baharu. iaitu kata Bantu aspek dan kata bantu ragam.telah.pernah. Betulkah ayat-ayat di bawah ini apabila kata penguat hadir berderetan ? 90a.sedang. mahu harus. Jawapan :Dua unsur penguat boleh hadir berderetan sebelum kata adjektif.Benarkah begitu ?Jika benar tolong nyatakan kata bantu yang boleh hadir berderetan itu . Jawapan : Kata bantu terbahagi kepada dua. 90b. 89. . Kek itu sungguh amat sedap.Jawapan :Bahasa rasmi merujuk kepada bahasa yang digunakan dalam urusan rasmi kerajaan dan pentadbiran negara. boleh. Guru saya mengatakan ada kata bantu yang boleh hadir secara berderetan.belum dan akan.

Yang manakah yang betul ? Jawapan :Saya menggunakan rumus kata bilangan tentu seperti satu.menjadikan lebih hebat. mempertingkatkan menjadikan lebih tinggi atau lebih besar lagi(kedudukan.membesarkan. 3/2001.Bagaimanakah penggunaannya . Penggunaan dua jam suku dan dua suku jam.penghawa dingin atau penyaman udara ? Jawapan :Jawapan yang betul ialah penyaman udara. 92. 94.hasil pengeluaran .taraf.mutu.91. Kami menunggunya selama dua jam suku. 93.memperhebat. Contohnya : 92a. Harga baju ini sepuluh ringgit setengah.yang lebih tepat ialah dua jam suku. 92b. pendingin hawa.kedua-dua perkataan itu hampir sama maksudnya.Yang manakah yang betul . Saya selalunya keliru dengan penggunaan frasa kali pertama dan pertama kali .memperhebat.Perkara ini telah dikemukakan oleh pihak DBP melalui Lembar Bahasa Bil.dan lain-lain). Jadi. Yang manakah yang betul. Apakah perbezaan maksud antara meningkatkan dengan mempertingkatkan ? Jawapan :Perkataan meningkatkan dan mempertingkatkan diberi definisi yang jelas misalnya di dalam Kamus Dewan pada halaman 1454 seperti yang berikut : meningkatkan meninggikan kedudukan.dua.Oleh itu. dan tiga tidak boleh berderetan dengan kata bilangan pecahan seperti suku atau setengah .

yang paling tepat dalam sesuatu ayat.dirgahayu. Jawapan :Saya ringkaskan penerangan dengan memberikan maksud kata dan penggunaannya dalam ayat seperti yang berikut : mandiri . kendala .kendala. 95. . Ayat :Dia masih dapat mandiri dan menjalani kehidupan seperti orang lain walaupun mengalami kecacatan sejak dilahirkan.baginda banyak menerima perutusan tahniah dan ucapan dirgahayu daripada rakyat. Inilah kali pertama saya melawat ke Zoo Negara. 94b.hambatan Ayat :Hasrat Pak Ali membina rumah yang besar tergendala kerana disongsong oleh pelbagai kendala. Bolehkah saudara membantu saya menggunakan kata-kata mandiri.tidak terikat (bergantung pada) pihak lain. Pertama kali saya menjejakkan kaki ke Universiti Malaya adalah pada tahun 1989. Jawapan :Kedua-dua frasa yang diberi itu betul penggunaanya bergantung pada penekanan sama ada pertama atau pada kali .campur aduk dan kacau Ayat :Karangan yang ditulis oleh David sukar difahami kerana bahasa yang digunakannya terlalu rancu.aral.rintangan.halangan. rancu .panjang umur Ayat :Setiap kali tibanya Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong.dalam keadaan mampu mengurus keperluan sendiri.rancu.gapura dan mandala.(mudah-mudahan ) lanjut usia.Lihat contoh yang berikut : 94a.tentang bahasa yang tidak teratur. dirgahayu .dapat berdiri sendiri.

dari segi makna memang sudah jelas dan tidak perlu dipertikaikan lagi.mak cik (b) pakcik .pak cik Jawapan :Cara mengeja perkataan yang dikemukakan itu adalah seperti yang berikut : mak cik . 96.lingkungan.Selain itu. 97.Pada masa yang sama. mandala .pintu gerbang Ayat :Ukiran pada gapura pada bahagian hadapan bangunan itu mempamerkan kehalusan seni yang unik.daerah Ayat :Buku yang ditulis oleh pengarang itu menampilkan mandala permasalahan bahasa.yang manakah yang betul cara penulisannya ? (a) makcik . Saya masih kurang mantap dalam penggunaan banyak dan ramai .bulatan. Jadi.tumbuh-tumbuhan dan sebagainya. Antara perkataan yang berikut . Banyak orang banyak ragam.saya sering menggunakan peribahasa Melayu sejak sekian lama yang berbunyi : Banyak udang banyak garam.apabila membincangkan isu ini.Boleh saudara menjelaskanya ? Jawapan : Perkataan banyak digunakan untuk merujuk manusia. banyak juga digunakan untuk merujuk binatang.gapura .Perkataan ramai pula hanya digunakan untuk merujuk manusia.

Contohnya: Beberapa orang guru besar dari Johor Bahru akan dinaikkan pangkat.Beliau menambah bahawa tidak ada satu disiplin yang mati atau menjadi kacau dengan adanya pelbagai teori yang berlainan.pak cik Tambahan bagi penggunaan mak cik dan pak cik . apabila kita merujuk kepada guru besar secara umum.beliau juga menyentuh tentang perkembangan bahasa Melayu itu sendiri.apabila kita menggunakan mak cik atau pak cik sebagai nama khas.Huruf besar digunakan apabila kita merujuk kepada orang tertentu yang bertugas sebagai guru besar.maka dieja Mak Cik Limah atau Pak Cik Hamid.sering mempertikaikan satu pihak atau pihak yang lain. 98.nescaya kita dapati bahawa setiap disiplin ada teori-teori berlainan.Bermula dengan teori ahli bahasa Barat seperti Leonard . saya mengambil sedikit inti pati tulisan Awang Sariyan.1995. Dalam majlis itu.Dalam menjawab pertanyaan ini. Antara lain beliau menjelaskan bahawa wujudnya beberapa teori memang suatu kenyataan.Banyak guru terutamanya.November. Adakah huruf besar untuk guru besar dalam tersebut betul ?Bilakah sepatutnya guru besar ditulis dengan huruf besar ? Jawapan :Penggunaan huruf besar dalam Guru Besar adalah betul. Selain itu.Sebut apa-apa disiplin ilmu. 99.Guru Besar telah menyampaikan ucapan.Pelita Bahasa. Mengapakah dalam bahasa terlalu banyak mazhab ? Tidakkah perkara ini mengganggu pengembangan bahasa itu sendiri ? Jawapan :Hal ini sering saya temukan apabila mengadakan ceramah tentang tatabahasa.kita gunakan huruf kecil sahaja.Sebaliknya.

menganggap dua(Tuhan) memperdua .Kemudian. 101.manakala perkataan kudap atau kudapan ialah dialek Perak yang memberi maksud makan atau minum pada masa rehat pada sebelah pagi. Noam A.tergolong dalam golongan tukang fitnah.banyak lagi teori yang lain yang tidak begitu meresap dalam perkembangan linguistik Melayu. Antara lain yang diperkatakan ialah : orang yang melihat adanya kelainan pendapat antara ahli bahasa tertentu sebagai suatu dosa.menambah jadi dua menduakan .membahagi dua(untung.bergema pula teori baru yang dikenal sebagai analisis wacana.C.Bloomfield. menduakan dengan memperdua ? Jawapan :Perbezaan antara ketiga-tiga perkataan di atas ialah : menduai .tetapi individu tertentu yang belum menguasai tradisi bahasanya.muncul juga nama Prof.Kemudian. Jelas bahawa yang salah bukan teori atau mazhab.C. Saya sering mendengar atau melihat perkataan kudapan dan merarau .menjadikan dua. 100. Chomsky yang mencetus teori linguistik transformasigeneratif.Dari manakah perkataan itu berasal dan apakah maksudnya yang sebenar ? Jawapan :Rarau atau merarau ialah kata yang diambil daripada bahasa Iban yang bermaksud makan pada waktu tegah hari.sedang ia sendiri tidak berijtihad memilih satu pendapat berasaskan penelitian dan pemikiran . Fries dengan teori strukturalnya. Apakah perbezaan antara menduai .Selain itu.hasil dan .

b.penggunaan oleh tidak boleh digugurkan. Surat itu dituliskan oleh abang saya.ayat itu sepatutnya ditulis seperti yang berikut . c. Sebaliknya. Peniaga itu memperdua hasil keuntungan perniagaannya dengan isterinya. 102. Batu yang berat itu terangkat Badang. Jawapan :Perkataan terangkat dalam ayat a. ialah kata kerja pasif. b. Encik Baba menduai isterinya dengan mengahwini seorang wanita Indonesia.mengusahakan ternak Contoh ayat adalah seperti yang berikut : a. Jawapan :Ayat yang dikemukakan itu salah dari segi penggunaan kata kerja pasif.Jadi. 103. pula ialah kata kerja tak transitif.sila jelaskan. Pesakit itu terbaring di atas katil.sebagainya. .Contohnya: *a.bagi kata kerja tak transitif pula diikuti oleh pelengkap. .Jika oleh digugurkan . a.Kata kerja pasif yang sepatutnya ialah ditulis tanpa membubuh akhiran kan.bagi ayat-ayat di bawah ? a.manakala kata terbaring dalam ayat b.bagi perkataan kata kerja pasif berawalan ter.Dalam ayat b. di atas katil dianggap sebagai pelengkap. Apakah jenis kata yang berawalan ter. Batu yang berat itu terangkat oleh Badang.maka maksud ayat akan berubah. Adakah ayat di bawah ini betul ? Jika salah. Orang Islam tidak boleh menduakan Allah kerana dianggap syirik.Alasannya.

b. Ayah sedang membaikkan motosikal yang rosak. Ayat aktif : Abang saya menulis surat itu.proses ini timbul apabila kita kita hendak menghasilkan ayat terbitan melalui proses peluasan frasa nama sebagai subjek.(salah) Ayat pasif : Surat itu dituliskan oleh abang saya. Ayah sedang membaiki motosikal yang rosak.mari kita gunakan kaedah transformasi ayat.Hal ini demikian kerana ada sebilangan kecil kata kerja yang menerima apitan meNdan meN-kan . Sebagai penerangannya.(betul) Ayat pasif : Surat itu ditulis oleh abang saya.(betul) Ayat aktif : Abang saya menuliskan surat itu.Contoh lain ialah : c.Biasanya.Apakah proses itu ? Jawapan :Proses relativisasi ialah suatu proses memancangkan ayat ke dalam satu ayat yang lain sebagai frasa relatif kepada subjek ayat yang menerima pancangan.penggunaannya saling berganti tanpa membezakan makna.Contohnya : -i . Kami cuba melupakan peristiwa pahit itu.(salah) 104.Surat itu ditulis oleh abang saya. Yang manakah ayat yang betul ? a. Kami cuba melupai peristiwa pahit itu. 105. c.Saya ada terbaca tentang proses relativisasi dalam ayat. Saya seorang guru Bahasa Melayu di salah sebuah sekolah di daerah ini. Jawapan :Kedua-dua ayat yang dikemukakan itu betul.

  * Orang yang budak sakit itu sudah sihat. Jawapan :Jika dilihat penggunaan apa-apa dalam ayat tersebut.ada entri perkataan Malaysia dimasukkan. Perlu diingat di sini.maka proses tersebut tidak dapat dilakukan. Dia tidak dapat memberikan apa-apa keputusan. pada huruf pertama . b.iaitu salah satu kelompok kata nama .dari segi penggunaan kata kerja transitif yang mesti diikuti objek juga tidak tiada sebarang kesilapan. 107.proses relativisasi hanya boleh berlaku hanya apabila kedua-dua subjek frasa nama itu sama atau beridentiti sama.Hal ini demikian kerana apa-apa tergolong dalam kelompok kata ganti tak tentu.Pada halaman tersebut.jika perkataan Malaysia hendak dimbuhkan secara apitan. 106.Oleh itu.   Kanak-kanak yang menangis itu saudara saya. Adakah ayat yang saya kemukakan di bawah ini betul ?Jika salah sila jelaskan. Budak itu sakit.a.tiada kesalahan yang dilakukan.susunan Hukum DM masih dipatuhi sama ada kita mengatakan keputusan apa-apa atau apa-apa keputusan . Contoh : Orang itu sudah sihat. Kanak-kanak itu saudara saya.Jika tidak sama. maka huruf M . a. Bagaimanakah kita hendak mengeja perkataan Malaysia yang dibubuh imbuhan apitan ? Jawapan :Saya merujuk Kamus Dewan pada muka surat 851 untuk menjawab pertanyaan saudara.Rumusannya. kanak-kanak itu menangis.Selain itu.

penaklukan menyiarkan .Walau bagaimanapun. Sebagai contoh : memasukkan .Contohnya : Malaysia pemalaysiaan Malaysia kemalaysiaan Malaysia memalaysiakan 108.Hal ini timbul kerana ada yang mengatakan peN.ditulis sebagai m sahaja.perkataan pembelajaran dicipta sebagai padanan bagi kata Inggeris learning melalui proses pengimbuhan yang tidak selaras dengan pola pembentukan kata dalam bahasa Melayu.pemasukan menaklukkan . Sepatutnya.Boleh terangkan kepada saya ? Jawapan :Masalah penggunaan pembelajaran dan pemelajaran memang sudah lama dibincangkan oleh pengkaji bahasa.apabila dimbuhkan dengan kata dasar yang bermula huruf b .akan menjadi pem.misalnya antara pengimbuhan meN den peN. Dalam bahasa Melayu.perkataan pemelajaran tidak melibatkan proses pengimbuhan yang sama. Saya keliru tentang penggunaan pembelajaran dan pemelajaran .proses pembentukan kata ini yang mengikut rumus bahasa Melayu yang betul adalah seperti yang berikut : Kata Dasar KKTT KKT Kata terbitan ajar Belajar mempelajari pemelajaran satu Bersatu mempersatukan Pemersatuan oleh Beroleh memperoleh pemerolehan .ada hubungan yang rapat.penyiaran Sebenarnya.

iaitu : ejen 1. orang (syarikat dsb) yang menjalankan perniagaan untuk orang lain.Jika saudari merujuk Kamus Dewan.Adakah perkataan itu sama maksudnya atau sebalik-nya ? Jawapan :Saya juga pada suatu masa dahulu agak keliru dengan keduadua perkataan ini.maka kita harus berusaha kembali kepada bentuk yang betul. 2.wakil penjual. tunaaksara tunakarya tunawicara tunawisma tunasusila tunarungu Jawapan : Tuna ialah awalan daripada bahasa Sanskrit yang bermaksud tidak mempunyai. orang yang diupah untuk melakukan sesuatu. 109. tunaaksara bermaksud buta huruf tunakarya bermaksud penganggur tunawicara bermaksud bisu tunawisma bermaksud tidak mempunyai tempat tinggal tunasusila bermaksud pelacur tunarungu bermaksud pekak 110. Saya ditugaskan oleh guru untuk mencari maksud bagi perkataan di bawah. .Saya harap saudara boleh membantu saya. Saya sering keliru tentang penggunaan perkataan ejen dan agen .halaman 327 ada diterangkan maksud ejen .Oleh sebab kita tahu bahawa telah berlaku kesilapan tanggapan yang mengakibatkan timbulnya bentuk * pembelajaran tadi.

berkenderaan dan pengendera bati . Kebajikan.bersebati.sebatian dan menguap.Bagi perkataan sebatian pula asalnya ialah bati .iaitu dengan cara menulis dalam bentuk nombor atau menulis dengan cara huruf. Apakah kata dasar bagi perkataan-perkataan yang saya kemukakan di bawah ini.kesebatian dan penyebatian uap .Nombor 12 dan seterusnya hendaklah ditulis dalam bentuk nombor sahaja.Perkataan menguap pula berasal daripada kata dasar uap . 112.sebatian.kebajikan kendera . Bagaimanakah kita hendak menulis nombor dalam penulisan karangan.tiga .sebati.dua.nombor 1 hingga 11 bolehlah ditulis dalam bentuk huruf untuk menjadi satu. bagi tujuan meminimumkan jumlah kata.kenderaan. Apakah perbezaan antara ayat (a) dengan ayat (b) seperti yang . Jawapan :Kebajikan berasal daripada kata bajik .Perkataan agen pula pada halaman 12 yang bermaksud sesuatu yang menyebabkan berlakunya tindak balas(proses dsb).Lihat kata terbitan bagi setiap perkataan tersebut seperti yang berikut : bajik .Adakah kita hendak menulis dalam bentuk nombor atau huruf ? Jawapan :Cara menulis perkataan bernombor ada dua cara.kenderaan.menyebatikan.Namun begitu. 111.menguap.berkendera. dan sebelas.manakala kenderaan berasala daripada kata kendera . Saya harap saudara jelas tentang penggunaan perkataan tersebut. 113.mengenderai.

Saya seorang guru.Setiap kali membaca majalah tentang bahasa.misalnya : Ibu bapa Ali telah meninggal.Dalam ayat tersebut pengertian yang boleh dibuat ialah ibu kepada bapa (iaitu nenek) Ali telah meninggal dunia atau kedua-dua ibu bapa Ali telah meninggal dunia.Sebaliknya.Yang manakah yang betul ? . Biasanya. ketaksaan atau ambiguity bermaksud sifat binaan atau konstruksi yang dapat diberi lebih daripada satu tafsiran. 115.Perbezaan kedua ialah dari segi subjeknya.Pertama. Jawapan :Terdapat dua perbezaan antara ayat (a) dengan ayat (b).saya sering menemukan perkataan ketaksaan dan kepersisan . 114.Dalam ayat (a) Ali berfungsi sebagai subjek.Contoh ayat : Kepersisan daya fikiran masyarakat di Malaysia dapat diukur pada mutu bahasa Melayu yang dikuasai.dalam ayat (b) Ali merupakan subjek terbitan kata kerja pasif teringat .Ayat (a) teringat tergolong dalam kata kerja aktif manakala teringat dalam ayat (b) pula tergolong dalam kata kerja pasif.dalam membincangkan isu bahasa. Saya sering keliru tentang ejaan yang tepat antara personafikasi dengan personifikasi semasa mengkaji gaya bahasa karya sastera.berikut ? (a) Ahmad teringat akan kekasihnya.halaman 561. (b) Ahmad teringat oleh kekasihnya.Edisi Baharu.dari segi kata kerja. kepersisan bermaksud ketepatan atau kejituan .Bolehkah saudara menjelaskannya kepada saya ? Jawapan :Perkataan ketaksaan ada dinyatakan dalam Tatabahasa Dewan .Ayat (b) berasal daripada ayat aktif Kekasihnya mengingati Ali.kepersisan merujuk kepada ketepatan penggunaan sesuatu kata atau ayat mengikut konteks tertentu.

atau peluasan.saya diberitahu ada pula ayat terbitan dalam bahasa Melayu. Peristiwa itu sangat menyedihkan.Jika betul .Ayat (a) merupakan ayat asal manakala ayat (b0 pula telah mengalami proses pengguguran frasa nama sebagai objek selepas kata kerja yang membawa makna adjektif.  Bangunan bank dijaga oleh .mempesonakan dan sebagainya. Saya ingin bertanya sama ada ayat yang saya kemukakan di bawah ini betul atau salah. (b) Keputusannya amat menggembirakan.Jawapan : Ejaan yang tepat ialah personifikasi bukan personafikasi . Jawapan :Memang benar wujud ayat terbitan apabila kita mempelajari bahasa Melayu.Dalam bahasa Melayu penerbitan ayat ini dapat dilakukan melalui proses transformasi yang mengakibatkan pengguguran. Sepanjang pengetahuan saya.mengapa ? (a) Keputusannya amat menggembirakan mereka.Benarkah ayat terbitan wujud ?Jelaskan.Contohnya : (a) Awak semua keluar dari sini !   Keluar dari sini ! ( pengguguran ) (b) Pengawal itu menjaga bangunan bank.menggembirakan.menghairankan.memilukan.Contoh kata kerja yang lain termasuklah menakjubkan. mendukacitakan. Jawapan :Kedua-dua ayat yang anda kemukan itu betul.Lihat contoh berikut : Peristiwa itu sangat menyedihkan (kami). 117.penyusunan semula.Ayat terbitan bermaksud penerbitan sesuatu ayat berpunca daripada ayat yang lain.Baru-baru ini. 116.saya hanya mengetahui wujudnya kata terbitan iaitu melalui proses pengimbuhan.

Namun begitu. ( peluasan ) 118.jika ayat (b) digugurkan unsur keterangannya iaitu di Johor Bahru maka maksud ayat tidak akan sempurna.sila nyatakan.Oleh itu. Guru itu baru lulus.   Guru yang baru lulus itu akan sampai esok. Bolehkah ayat-ayat berikut dipasifkan ? Jika boleh. (a) Beliau memandang saya ketika beliau berdiri di situ. 119.Sebaliknya. (d) Fatin akan membeli buku itu kalau ayah membenarkannya.Dalam ayat (a) kata kerja tak transitifnya ialah berserban manakala dalam ayat (b) pula kata kerja tak transitifnya ialah berada . Jawapan :Ayat-ayat yang dikemukan itu tergolong dalam ayat majmuk .Keterangan dalam ayat (a) iaitu setiap hari boleh digugurkan tanpa menjejaskan maksud ayat tersebut. Persamaan ayat (a) dan ayat (b) ialah dari segi penggunaan kata kerja tak transitif. Jawapan :Sebelum kita membincangkan perbezaan ayat-ayat tersebut.Perbezaan antara ayat (a) dengan ayat (b) adalah dari segi jenis ayat aktif tak transitif. ( penyusunan semula ) (c) Guru itu akan sampai esok. Apakah perbezaan antara ayat-ayat yang saya kemukakan di bawah ini ? (a) Pak Abu berserban setiap hari. Ayat (a) ialah ayat aktif tak transitif dengan keterangan yang boleh digugurkan.pengawal itu.kedua-dua ayat tersebut tergolong dalam ayat aktif tak transitif. (c) Akhbar itu melaporkan bahawa wabak taun telah merebak di situ.ayat (b) pula ialah ayat aktif tak transitif dengan keterangan yang tidak boleh digugurkan. (b) Lembu yang menanduk kereta saya itu menanduk kereta Ravi pula. (b) Pak Abu berada di Johor Bahru.elok rasanya kita lihat persamaannya.

aktif. 120. (a) Hadiah ini untuk awak. Guru saya mengatakan bahawa kata sendi nama untuk dan bagi boleh saling ditukar ganti dalam ayat.Lihat contoh yang saya kemukakan ini. (b) Kereta Ravi pula ditanduk oleh lembu yang menanduk kereta saya itu. Yang manakah yang betul bagi ayat-ayat di bawah ini. .(salah jika menggunakan bagi ) (b) Ayah membeli kereta untuk ibu. (e) Buku itu akan dibeli oleh Fatin kalau ayah membenarkannya atau Fatin akan membeli buku itu kalau dibenarkan oleh ayah.Perbezaan antara kedua-dua ayat tersebut ialah cara menyebutnya iaitu melalui intonasi. (b) Saya menebang pokok itu.Jika ayat majmuk itu mengandungi kata kerja transitif. (c) Bahawa wabak taun telah merebak di situ dilaporkan oleh akhbar itu.Benarkah pendapat ini.Ayat pasif biasa ialah Pokok itu saya tebang.Namun begitu. (a) Saya dipandang oleh beliau ketika beliau berdiri di situ. Jawapan :Penggunaan untuk dan bagi dalam ayat-ayat tertentu memang boleh ditukar ganti tanpa menjejaskan maksud ayat. (a) Saya tebang pokok itu.(salah jika menggunakan bagi ) 121. Jawapan :Kedua-dua ayat yang anda kemukakan itu betul dalam bahasa Melayu.Ayat (a) ialah ayat pasif songsang yang telah mengalami proses transformasi songsang.penggunaan untuk lebih tepat berbanding bagi .Lihat ayat pasif yang saya berikan di bawah ini.kita boleh menjadikan ayat itu sebagai ayat pasif. bagi ayat yang menyatakan maksud bahagian yang ditentukan atau diperuntukkan .Ayat (b) pula ialah ayat aktif kerana mengandungi kata kerja transitif iaitu menebang dan objeknya pokok itu.

salah satu fungsi imbuhan memper. Jawapan :Kata kerja transitif harus diikuti terus oleh objek. 4.menjadi menternak dan menterjemah ?Bukankah huruf t harus dihilangkan seperti tulis menjadi menulis . sehubungan dengan itu bermaksud sama hubungan dengan itu . Yang manakah yang betul penggunaan bahasanya ? (a) Beliau sedang menerangkan tentang faedah berjimat cermat.Erti sehubungan ialah sama hubungan . Adakah perkataan memperbaiki betul ? Jawapan :Dalam bahasa Melayu.itu bermakna kereta itu sudah baik tetapi kita hendak menjadikannya lebih baik lagi. 3. Yang manakah betul.atau (b) Beliau sedang menerangkan faedah berjimat cermat.Oleh hal yang demikian. 2.Apabila kita gunakan memperbaiki . Adakah penggunaan sehubungan dengan itu betul? Bagaimanakah dengan sehubungan itu ? Jawapan :Kita harus melihat apakah erti sehubungan . Jawapan :Jika mengikut peraturan pengimbuhan dalam bahasa . berpeleseran atau berpelesiran Jawapan :Yang betul ialah berpelesiran .ayat yang betul ialah ayat (b).1. Apakah sebabnya perkataan ternak dan terjemah apabila ditambah dengan imbuhan me.perkataan yang sesuai ialah membaiki 5.adalah untuk mengungkapkan maksud menjadikan lebih lagi .Oleh itu.Kerana itu.Kerana itu jugalah. sehubungan itu salah kerana tidak bermakna.

Melayu.bentuk terbitan yang betul seharusnya memercayai .bagi sesetengah perkataan seperti ternak dan terjemah sudah luas penggunaannya dan dianggap betul. Saya sering keliru tentang penggunaan adalah . 7.kata adalah tidak perlu hadir dan digunakan sebagai penegas sahaja.ada kekecualian bagi beberapa perkataan tertentu. (b) Keputusan panel hakim adalah muktamad.Namun begitu.Bilakah kita boleh menggunakannya? Apakah pedoman yang dapat kita gunakan dalam hal ini ? Jawapan :Dalam ayat. penggunaan adalah hanya boleh .Ada kalanya.Misalnya : (a) Satu lagi usaha yang akan dijalankan adalah untuk menerbitkan risalah yang akan disebarkan kepada orang ramai.Oleh itu. Dalam ayat (a) adalah perlu ada tetapi dalam ayat (b) penggunaannya hanya sebagai penegas dan boleh ditiadakan. Bolehkah ini kerana digunakan dalam ayat semasa membuat karangan atau rumusan ? Jawapan : Penggunaan ini kerana diungkapkan seperti yang berikut : Hal ini demikian kerana timbul sebagai akibat pengaruh Ayat yang lebih baik struktur bahasa Inggeris This is because .diikuti oleh kata sendi dan kata sifat.huruf t memang harus dihilangkan apabila perkataan-perkataan yang bermula dengan huruf tersebut diberi imbuhan awalan me-.Apabila diberi imbuhan me-. 6.Tetapi kita tidak pernah mendengar orang menggunakan memercayai melainkan mempercayai sahaja. Satu lagi contoh seumpama ini ialah perkataan percaya .

Walau bagaimanapun.Perkataan sebab tergolong sebagai kata nama dan perlu didahului oleh oleh untuk dapat berfungsi sebagai kata hubung.misalnya pelajar-pelajar semua . penanda jamak yang datang sesudah kata jamak tidak salah dalam bahasa Melayu.Bilakah kita harus menjarakkan penggunaan perkataan pun dan bila pula harus kita mendekatkan perkataan pun dengan perkataan yang mendahuluinya.Mengapakah kedua-duanya dianggap betul ? Jawapan : Dalam bahasa Melayu. murid-murid sekalian .Itulah sebabnya kita boleh mengatakan. tuan-tuan dan puan-puan sekalian . biarpun. Ada pendapat mengatakan bahawa penggunaan Para hadirin dan Para hadirin sekalian betul.malah boleh dianggap sebagai penegas. mahupun. kendatipun. pelajar-pelajar .Dalam contoh-contoh yang diberikan. dan sebagainya. walaupun. andaipun. salahlah kalau kita katakan semua pelajar-pelajar . Jawapan : Dalam bahasa Melayu.Oleh hal yang demikian. Adakah penggunaan oleh kerana dalam ayat di bawah betul ? Oleh kerana merokok adalah salah satu gejala Jawapan : Perkataan kerana tidak perlu didahului oleh oleh . sekalian para hadirin dan sebagainya.iaitu : Adapun. ada 13 perkataan yang telah ditetapkan ejaannya supaya ditulis serangkai dengan pun . kata nama yang sudah dijamakkan tidak boleh didahului oleh kata penanda jamak lagi. . murid-murid dan para hadirin sudah merupakan kata jamak dan tidak perlu diberi penanda jamak lagi.8. 9. 10. sekalipun. Ada dua jenis penggunaan pun dalam bahasa Melayu.Sepatutnya kita gunakan kerana sahaja ataupun oleh sebab sebagai kata hubung. sekalian muridmurid . para hadirin sekalian .

Misalnya: Saya tidak pernah mengkhianati dia. unsur yang ditekankan ialah kesesuaian buku itu untuk kanak-kanak. Ayat yang manakah yang betul ? 1. Dalam ayat (1 ).Namun. yang diberi penekanan ialah perihal sesuainya buku itu.justeru saya menolong dia. tetapi untuk orang dewasa juga. 12. kalaupun.tetapi juga untuk orang dewasa. kedudukan kata nafi yang berbeza itu bertujuan untuk memberikan penekanan kepada unsur yang berbeza dalam ayat.ataupun. Buku itu bukan sahaja sesuai untuk kanak-kanak. meskipun. Walau bagaimanapun.tetapi untuk orang dewasa juga. justeru atau justeru itu ? Jawapan : Sebenarnya perkataan justeru dengan maksud oleh itu itu salah penggunaannya.Makna justeru ialah malahan atau bahkan. Buku itu bukan sahaja sesuai untuk kanak-kanak. pun yang bererti juga ditulis terpisah.kedua-dua ayat betul. lebih tepat lagi jika kata penegas juga diletakkan pada akhir ayat seperti yang berikut : 1(a). 2. Buku itu sesuai bukan sahaja untuk kanak-kanak. sungguhpun. 13. Oleh hal demikian. bagaimanapun. Bolehkah jelaskan penggunaan kata nafi bukan dan kata nafi tidak ? . Buku itu sesuai bukan sahaja untuk kanak-kanak. lagipun. Yang manakah yang betul. 2(a). 11. tetapi juga untuk orang dewasa. manakala dalam ayat ( 2 ). Jawapan : Dalam hal ini.

Jadi. Bapanya tidak pergi ke sawah hari ini.Kesalahan sebegini seharusnya dihindarkan kerana akan menimbulkan kekeliruan. Contohnya : 1. 2. Manakala bahasa kebangsaan ialah bahasa yang utama bagi sesebuah negara yang berdaulat. Kata naïf tidak pula ialah unsur naïf bagi frasa kerja dan frasa adjektif. Tolong jelaskan tentang ejaan bandaraya dan bandar raya ? Jawapan : Dalam bahasa Melayu. Kenyataannya itu tidak benar. ejaan yang tepat ialah bandar raya. . Kereta api itu bukan dari Ipoh. bagi kata nama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur ialah contoh penggunaan ejaan yang salah tetapi dikecualikan kerana telah terdaftar secara sah. 14. Ejaan yang manakah yang tepat istirehat atau istirahat ? Jawapan : Ejaan yang tepat ialah istirahat. kata bandar dan raya boleh berdiri sendiri dan masing-masing mempunyai makna. 15. Contohnya : 3. Projek itu bukan usaha saya. Namun. 4.Jawapan : Kata nafi bukan boleh menjadi unsur nafi bagi frasa nama dan frasa sendi nama.Manakala beristirahat bermaksud berehat. 16.Istirahat bermaksud rehat. Apakah perbezaan bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan ? Jawapan : Bahasa rasmi ialah bahasa yang digunakan dalam urusan rasmi kerajaan dan pentadbiran negara.Kata tersebut ialah kata serapan daripada bahasa Arab.

pemimpin agung. Apakah perbezaan antara memperhamba dan memperhambakan ? Jawapan : memperhamba bermaksud menjadikan orang lain sebagai hamba. Apakah fungsi bentuk penggandaan dalam bahasa Melayu ? Jawapan : Dalam bahasa Melayu penggandaan mempunyai beberapa makna. 19. memperhambakan pula bermaksud menjadikan diri sebagai hamba kepada seseorang. Oleh itu.17. tetapi ada kekecualiaan hanya untuk Yang diPertuan Agong yang menggunakan vokal o untuk kata agong. Contohnya: ( I ) perbuatan yang berulang-ulang: tergelak-gelak melambai-lambai tersenyum-senyum tersengih-sengih ( ii ) perbuatan yang berpanjangan: . Yana manakah yang betul agung atau agong ? Jawapan : Dalam bahasa Melayu.seniman agung. Contohnya: Encik Sabri memperhamba Mat Timah di rumahnya. vokal a akan berpasangan dengan vokal u (a-u). contohnya mesyuarat agung. kata ini sepatutnya dieja agung . mengikut hukum keselarasan vokal. Contohnya: Hang Tuah memperhambakan dirinya kepada raja. 18.

berangan-angan mengata-ngata tergila-gila ( iii ) perbuatan yang bersungguh-sungguh: bercerai-berai bertungkus-lumus memporak-peranda ( iv ) perbuatan yang saling berbalasan: bersalam-salaman berpeluk-pelukan berkasih-kasihan 20. Atau. apabila kita menggunakan perkataan . Pemain-pemain bola sepak itu saling berkejaran antara satu sama lain untuk mendapatkan bola. Mengapakah ayat di bawah dikatakan salah ? Pemain-pemain bola sepak itu berkejaran antara satu sama lain untuk mendapatkan bola. Kita perlu menulis ayat seperti di atas kerana berkejar-kejaran membawa maksud saling berbalasan.Oleh itu. Jawapan : Ayat itu dikatakan salah kerana kata kerja yang digunakan dalam ayat tersebut perlu ditulis seperti yang berikut : Pemain-pemain bola sepak itu berkejar-kejaran antara satu sama lain untuk mendapatkan bola.

jika anti.tersebut perlu menulis ayat seperti dinyatakan itu.Caranya ialah jika antibergabung dengan perkataan yang terdiri daripada kata nama am.Namun begitu.kepada saya ? Jawapan : Penggunaan di dalam bahasa Melayu secara umumnya berfungsi sebagai imbuhan awalan kata kerja pasif dan berfungsi sebagai kata sendi nama bagi menunjukkan tempat.bergabung dengan perkataan yang terdiri daripada kata nama khas. Boleh saudara menjelaskan penggunaan imbuhan pinjaman antikepada saya ? Saya kurang faham .maka kita perlu menulis seperti yang berikut : . Sebaliknya. Jawapan : Penggunaan anti. Contohnya: Yang di.Pertuan Agong Yang Dipertua Majlis Diraja 23.maka kita perlu menulis seperti yang berikut : antidadah antikerajaan Perkataan dadah dan kerajaan merupakan kata nama am.Sila rujuk Kamus Dewan untuk kepastian. 22.ais-krim atau aiskrim ? Jawapan : Ejaan yang betul ialah aiskrim. Yang mana satu betul ais krim. 21. Bolehkah saudara menjelaskan penggunaan di.terdapat beberapa kekecualian tentang penggunaan di.ada dua cara.

Kita pergi dengan bas atau dengan kereta / v. iaitu memerlukan tanda sempang (-) jika hendak menulisnya.Perkataan-perkataan tersebut dianggap salah kerana kata dasar bagi bentuk terbitan itu ialah kata ganda. Ayat yang manakah betul dari segi penggunaan kata sendi namanya bagi ayat-ayat di bawah ? Tolong jelaskan. Ancaman itu datang dari dalam dan luar negara. memporakperandakan dan menggembargemburkan dianggap salah ? Jawapan : Sebelum menjawab.Jadi. ii. Oleh itu. i.kita tulis Sukan SEA X sahaja. Yang mana satu betul ke 10. Mengapakah perkataan menghuruharakan. .saudara pasti dapat mengetahui jawapannya.anti-Israel anti-Amerika Syarikat Perkataan Israel dan Amerika Syarikat ialah kata nama khas bagi tempat. Ali melihat ke atas dan ke bawah. ke-10. Kita pergi dengan bas atau kereta ? iv.Kemudian .saya menasihati saudara supaya mengenal pasti jenis kata dasarnya dahulu.ke-X dan ke X ? Jawapan : Cara menulis yang betul ialah ke-10 dan huruf roman X tidak perlu ada tanda sempang sebelumnya. 24. 26.kita perlu menulis perkataan tersebut seperti yang berikut : menghuru-harakan memporak-perandakan menggembar-gemburkan 25. iii. Ancaman itu datang dari dalam dan dari luar negara.

Bolehkah kata sendi oleh digugurkan bagi ayat-ayat di bawah ? i.vi.kata yang sepatutnya mengikutinya mestilah kata nama.secara pilihan boleh digugurkan. ii. Baju itu sudah dijahit ibu semalam.Oleh itu.iv dan v itu betul.ayat vi tidak tepat penggunaaanya.kata sendi nama pada unsur kedua tidak boleh digugurkan kalau kata sendi nama dalam bentuk setara itu ialah ke.kata sendi nama pada unsur kedua.Sebaliknya. Baju itu sudah dijahit semalam oleh ibu. Jawapan : Untuk ayat pasif yang menggunakan kata kerja pasif di-. Sampah sarap sudah dibakar ayah pagi tadi. Jawapan : Bagi menjawab soalan ini.ii.dapatlah kita rumuskan bahawa ayat i.Penerangan yang diberikan ialah penggabunggan frasa sendi nama dengan kata hubung dan dan atau. sekiranya binaan oleh + FN itu terletak jauh daripada kata kerja. ii. Ali melihat ke atas dan bawah.Namun demikian. Sampah sarap sudah dibakar pagi tadi oleh ayah. Mengapakah yang perlu diletakkan dalam ayat di bawah ? Agenda mesyuarat adalah seperti yang berikut : Jawapan : Perkataan yang perlu disisipkan dalam ayat tersebut kerana perkataan seperti tergolong dalam kata sendi nama. maka oleh tidak boleh digugurkan.Bagaimanapun.Contohnya: i.iii. 28.saya merujuk Tatabahasa Dewan Edisi Baharu pada muka surat 406.Sebenarnya ayat asal bagi ayat di atas ialah. kata sendi oleh pada binaan oleh + FN yang letaknya selepas kata kerja boleh digugurkan tanpa menjejaskan makna atau struktur ayat. 27. . Jadi.

kata perlanggaran pula membawa maksud perihal berlanggar(antara kenderaan.menyerbu dan sebagainya).ayat tersebut telah menjadi gramatis kerana kata sendi seperti telah diikuti oleh kata nama. Sebaliknya. 29.kenderaan dengan orang dan lain-lain) Contohnya. 31. Van itu terlibat dalam perlanggaran dengan sebuah kereta di Jalan Tampoi. Mengapakah ejaan perabot bukan perabut dan laporan bukan lapuran kerana hukum keselarasan vokal bahasa Melayu ialah a-u ? Jawapan : Dua perkataan itu tidak mengikut hukum keselarasan vokal bahasa Melayu sepatutnya kerana perkataan-perkataan itu ialah kata pinjaman daripada bahasa Indonesia. 30. Contohnya.Oleh hal yang demikian.Agenda mesyuarat adalah seperti agenda yang berikut: Kata agenda boleh digugurkan dan yang akan berfungsi sebagai kata ganti nama. Apakah perbezaan antara pelanggaran dengan perlanggaran ? Jawapan : Mengikut Kamus Dewan pada muka surat 759. Apakah perbezaan antara dedaun dengan tetamu dari segi makna ? Jawapan : Gandaan separa seperti dedaun dan pepohon membawa .kata pelanggaran bermaksud perihal melanggar (menyerang. Pelanggaran askar Israel terhadap penduduk Palestin itu telah dapat dipatahkan.

jika kita menulis ayat menggunakan frasa tersebut dianggap gramatis.Saya berikan contoh di bawah sebagai perbandingan. Dedaun itu layu apabila kekurangan air.membina semula dan mengira semula.Adakah frasa itu betul dari segi tatabahasa ?Bagaimana pandangan saudara ? Jawapan : Frasa mengkaji semula yang saudara kemukakan itu sebenarnya terjemahan terus daripada bahasa Inggeris yang berawalan re.Banyak lagi contoh perkataan seperti ini iaitu reconstruct.maka menjadi kesatuan yang tidak boleh dipisahkan itu mengkaji semula. Kerajaan bersetuju untuk mengkaji semula sistem gaji kakitangan awam yang dipraktikkan sekarang.iaitu review. (betul) d. a. Mengapakah kita tidak menggunakan mesin basuh baju atau mesin jahit baju ? Jawapan : Kita tidak menggunakan frasa mesin basuh baju dan mesin jahit .Manakala.tetamu. Dedaun-dedaun itu layu apabila kekurangan air.Oleh itu. Saya kurang faham tentang penggunaan frasa mengkaji semula dalam ayat yang sering saya jumpa apabila membaca akhbar. Lelaki-lelaki itu kacak belaka.(salah) b. Ramai tetamu yang hadir di rumah Abu. 33. Lihat perbezaan yang berikut : a.maksud jamak atau banyak. b.re-count dan sebagainya. Apabila perkataan itu diterjemahkan dalam bahasa Melayu. Mengkaji semula dan mengkaji berfungsi sebagai kata kerja transitif dan sistem dan fenomena berfungsi sebagai objek yang mengikuti kata kerja transitif.(betul) c.lelaki dan lelabu membawa maksud tunggal atau satu.(betul) 32. Saintis itu sedang mengkaji fenomena El-Nino.

Yang manakah yang betul antara di kalangan dengan dalam kalangan? Jawapan : Penggunaan frasa sendi nama di kalangan dan dalam kalangan dapat diselesaikan jika kita mengenal pasti maksud sebenar kalangan. di kalangan guru dalam kalangan guru di lingkungan guru dalam lingkungan guru Jadi.kalangan bermaksud lingkungan.baju kerana kita telah menggunakan frasa mesin basuh dan mesin jahit. 34. .dalam lingkungan lebih sesuai daripada di lingkungan.Rumusannya. Kilang itu memerlukan pekerja wanita yang banyak. lingkungan. Saya seorang pelajar tingkatan dua.Namun.lingkaran. Kilang itu memerlukan banyak pekerja wanita.penggunaan di kalangan dan dalam kalangan dianggap betul. Jawapan : Jika adik menulis ayat seperti itu.berdasarkan analogi itu.aspek keringkasan diutamakan. Kilang itu banyak memerlukan pekerja wanita.Tambahan pula.Perkataan baju tidak digunakan kerana dalam penciptaan istilah.golongan 2.kalangan bermaksud 1. atau a2.Ayat tersebut perlu ditulis seperti yang berikut : a1.Saya sering keliru tentang penggunaan perkataan banyak dalam ayat seperti yang berikut : a.mesin itu tidak membasuh baju sahaja atau menjahit baju sahaja.dalam konteks yang dibincangkan.gelanggang. Bagi menentukan ketepatannya.Dalam Kamus Dewan. 35.ayat itu dianggap tidak gramatis.mari kita gunakan kaedah analogi seperti yang berikut .

semak. Kementerian Dalam Negeri menyatakan bahawa kegiatan ajaran sesat dapat dibendung jika masyarakat memberikan kerjasama. Menurut Kementerian Dalam Negeri. Apakah perbezaan antara ayat di bawah ? a.homonim dan homofon ? Jawapan : Homograf ialah perkataan yang sama ejaannya dengan perkataan lain tetapi berbeza maknanya. Homofon bermaksud perkataan yang sama bunyi dengan perkataan lain tetapi berbeza maknanya.perang dan sebagainya. b.Rumusannya. 36.Fenomena ini tidak terdapat dalam bahasa Melayu.Objek dalam ayat tersebut ialah pekerja. Contoh : ketam Satu makna ketam ialah sejenis kepiting yang berkaki enam dan bersepit. Homonim pula bermaksud perkataan yang sama bunyi atau ejaannya dengan perkataan lain tetapi berbeza maknanya.kata memerlukan tergolong dalam kata kerja transitif yang mesti diikuti terus oleh objek. kegiatan ajaran sesat dapat .Kata ketam juga bermakna sejenis alat untuk melicinkan kayu dan papan. Contohnya : meat(daging) dengan meet(berjumpa) cut(memotong) dengan card (kad) Seen(nampak) dengan scene (pemandangan) 37. Contoh: rendang rendang makna 1: sejenis lauk yang dibuat daripada daging rendang makna 2: rendah dan banyak daun serta cabang Perkataan lain misalnya. Apakah itu homograf.

Johor Bahru dengan Singapura dalam ayat kedua menunjukkan perbandingan.jika ayat itu menunjukkan perbandingan.kata dapat digolongkan kepada empat jenis iaitu kata nama.banyak perbezaannya.selain daripada dan hingga ke dikatakan tidak baku ? Jawapan : Jawapan bagi masalah yang dikemukakan ialah kata sendi nama tidak boleh hadir berturut-turut. Jawapan : Dalam ayat pertama Johor Bahru dengan Singapura menunjukkan kedudukan fizikal atau arah. Tambak Johor terletak di antara Johor Bahru dengan Singapura. a. b. Bagaimanakah kita hendak mengenal sesuatu kata ? Jawapan : Dalam bahasa Melayu.subjeknya ialah Kementerian Dalam Negeri.Mengapakah ayat b.Kata sendi nama mesti diikuti oleh kata nama sahaja.Dalam ayat pertama. 40. Mengapakah selain dari.Lihat ayat di bawah. Guru saya mengatakan bahawa penggunaan di antara mestilah diikuti perkataan yang menunjukkan kedudukan fizikal atau ada ruang .Manakala ayat kedua pula. 39.kata adjektif dan kata tugas(terdapat . dikatakan salah ? a. Antara tingkat dua dengan tingkat tiga.dibendung jika masyarakat memberikan kerjasama.kata kerja. 38.Jadi.gunakan antara bukan di antara. Di antara Johor Bahru dengan Singapura .Sebaliknya.tingkat tiga lebih ramai pekerja.subjeknya ialah kegiatan ajaran sesat. Jawapan : Perbezaan antara kedua-dua ayat tersebut ialah kedudukan subjek dalam ayat.

Apabila perkataan ini menerima imbuhan meN-.pelbagai kata).maka kita perlu menulisnya sebagai memperkasakan .Hal ini demikian kerana kata dasarnya perkasa . Kata bilangan biasanya di hadapan kata nama semua pelajar Kata bantu biasanya di hadapan kata kerja telah berkahwin Kata penguat di hadapan kata adjektif amat cantik 41. Saya sering melihat perkataan memperkasakan digunakan di dalam majalah ataupun surat khabar.Oleh itu.yang bergabung dengan kata yang huruf awalnya p.t. dan s. ajar mengajar pengajaran ajar mempelajari pemelajaran . Dalam hal ini. Bagi mengenal jenis kata.kita tidak boleh menulis memerkasa atau memperkasa .Sekarang kita analogikan perkataan-perkataan tersebut untuk mengetahui terjadinya perkataan tersebut.Antaranya. Bagaimanakah hendak membezakan antara pengajaran dengan pemelajaran ? Jawapan : Perkataan pengajaran dan pemelajaran berasal daripada kata akarnya ajar .Lihat analogi ini.Saya ingin bertanya adakah perkataan itu sepatutnya memerkasa .kita perlulah menggabungkan kata-kata tersebut dengan kata yang lain.berlaku kekecualiaan jika berbalik pada peraturan awalan meN.huruf awal itu akan lenyap. memperkasa atau memperkasakan ? Jawapan : Perkataan memperkasakan ialah bentuk terbitan bagi kata dasar perkasa yang bermaksud gagah.k. 42.

Contohnya : Ali menyepak batu itu.frasa adjektif.(batu itu sebagai objek) Batu itu disepak oleh Ali.Selain itu. (frasa adjektif sebagai pelengkap) Cikgu Ujang tinggal di rumah itu.(batu itu sebagai subjek) Pelengkap pula ialah unsur yang menjadi pencukup pada sesuatu kata kerja tak transitif.perihal mengajar. (frasa sendi sebagai pelengkap) Gadis itu pandai menari.segala sesuatu yang berkaitan dengan mengajar pemelajaran . Contohnya: Perkara itu menyangkut masalah negara.sebagai pembentuk kata kerja transitif.pengajaran . (frasa nama sebagai pelengkap) Lelaki itu bertubuh sasa. (frasa kerja sebagai pelengkap) 44. Mengapakah mempercepatkan dikatakan salah dari segi tatabahasa sedangkan di dalam Kamus Dewan ada dimasukkan kata ini sebagai . Apakah perbezaan antara objek dengan pelengkap dalam penggunaan kata kerja ? Jawapan : Objek ialah frasa nama yang berada di belakang kata kerja transitif dan berfungsi sebagai subjek jika ayat tersebut diubah menjadi ayat pasif.frasa sendi dan frasa kerja.Sementara itu. unsur yang menjadi pelengkap boleh terdiri daripada frasa nama.objek dapat dikenal oleh kehadiran akhiran kan dan i serta awalan meN.proses mempelajari 43.

kata adjektif dan kata kerja dalam ayat pasif ? Jawapan : Bentuk apitan ke-an yang tergolong dalam kata nama boleh bergabung dengan kata dasar tertentu tanpa melibatkan sebarang perubahan huruf.Contoh lain adalah seperti memperkemas.Kata dasar tersebut termasuklah kata nama.memperbanyak.entrinya.maka kata yang bergabung dengan awalan ini tidak perlu diapitkan dengan akhiran kan. .menunjukkan daripada gabungan kenama.Contohnya: Semalam jiran saya kecurian.kata adjektif dan kata -an yang membentuk kata kerja pasif.kata kerja. Jawapan : Sebelum menjawab soalan tersebut.Namun begitu.Oleh itu. Dia kehujanan di jalan.Dari segi tatabahasa.memperluas dan sebagainya. kata yang betul ialah mempercepat bukan mempercepatkan .suka saya nyatakan bahawa fungsi kamus adalah untuk memasukkan senarai kata yang pernah dituturkan oleh masyarakat Melayu untuk diberikan maksud.jika awalan rangkap mempeR.dan kata adjektif untuk membawa maksud hal atau keadaan yang terkandung dalam kata dasar.digunakan. Apakah perbezaan apitan ke-an yang tergolong dalam kata nama.Contohnya: Kata nama Kata kerja Kata adjektif Kedaulatan kedatangan kemalasan Kepahlawanan kejatuhan kebenaran Kerajaan kemasukan kedinginan Apitan ke-an yang tergolong dalam kata kerja dalam ayat pasif terbit -an dengan kata kerja.Apitan ke- subjek ayat mengalami perbuatan seperti kata dasar. 45.kamus tidak mengutamakan aspek tatabahasa kerana mengutamakan makna kata.

Maksud melestarikan ialah menetapkan atau mengekalkan.Badannya berpeluh kerana kepanasan. Kegiatan bersenam berfungsi sebagai frasa nama yang mengandungi kegiatan sebagai inti dalam frasa nama tersebut. Apakah maksud melestarikan ? Jawapan : Saudara boleh merujuki Kamus Dewan pada halaman 571. 47. 1.dan bersenam sebagai penerang.KN(inti) + Penerang boleh digugurkan sehingga yang tinggal dalam frasa nama itu hanya bahagian penerangnya yang biasanya bukan daripada kata nama. Bersedekah dituntut oleh Islam.Dalam ayat di atas. 2. Mengapakah ayat di bawah ini dikatakan betul ? Bukankah subjeknya merupakan kata kerja ?Tolong jelaskan. Kegiatan bersenam boleh menyihatkan badan. 2a. Bersenam boleh menyihatkan badan. Amalan bersedekah dituntut oleh Islam. Kata adjektif terbitan kebangsa. Jawapan : Ayat tersebut dikatakan betul kerana kata nama yang terkandung dalam binaan frasa nama.Lihat rajah pohon yang berikut : -an biasanya bergabung dengan kata dasar daripada jenis kata nama yang umumnya menerangkan sifat sesuatu .ayat sebenarnya seperti contoh di bawah : 1a.Kata nama kegiatan dalam ayat tersebut boleh digugurkan.Contohnya: Kemelayuan Kearaban Kecinaan 46.

.Perkataan yang bukan sahaja berfungsi sebagai penanda relatif dalam ayat majmuk. Orang yang tinggal di kawasan itu kebanyakannya Melayu. 1a. Benarkah perkataan yang tidak berfungsi sebagai penanda relatif dalam ayat majmuk sahaja? Jelaskan kepada saya. Bangunan yang tinggi itu bangunan Maybank. Ayat 1 dan 2 menjadi seperti ayat di bawah jika kata nama orang dan bangunan digugurkan. keadaan yang sama juga berlaku seperti ayat 1a. Jawapan : Memang benar seperti yang dikatakan oleh saudara itu. 48. Yang tinggal di kawasan itu kebanyakannya Melayu.malahan berfungsi sebagai nama yang digugurkan daripada frasa nama + yang seperti dalam contoh-contoh berikut: 1. 2.A SP FN FK KN (inti) penerang Kegiatan bersenam boleh menyihatkan badan Bagi ayat 2a.

perkataan mempan pula membawa maksud dapat dilukai dengan senjata. siku.Selain itu. mapan dan mempan ? Jawapan : Perkataan yang dimasukkan entrinya dalam Kamus Dewan ialah mapan yang bermaksud mantap ataupun stabil.t.Bagaimana kita harus menulis perkataan-perkataan tersebut ? memperkuasai memperdalami . Saya lihat dalam bahasa Melayu.Bunyi bahasa seperti ini disebut homorganic.dapat terbakar oleh api. 50.menjadi lelangit.perkataan mampan tidak wujud sama sekali. Jawapan : Kata nama yang diberikan itu apabila hendak ditukarkan dalam bentuk gandaan separa.ng. Mengapakah penggandaan separa kata nama langit. dan ny bagi s.sesiku. 49.Bukankah penggandaan separa melibatkan suku kata pertama dalam kata dasar tersebut. Yang tinggi itu bangunan Maybank. Yang mana satu yang betul antara mampan .Sebaliknya.2a. 52.dan s telah digantikan dengan bunyi sengau yang dilafazkan pada tempat yang sama daerah artikulasinya iaitu dua bibir.ng bagi k. 51.kata dasar yang bermula dengan huruf-huruf p. Perkataan-perkataan di bawah ini dikatakan lewah.t.n.popohon dan kukura ?. dan s akan bertukar menjadi m bagi p.pohon dan kura tidak menjadi lalangit.Mengapakah perkara ini boleh berlaku ? Jawapan : Huruf-huruf dalam kata dasar itu akan luluh menjadi m.pepohon dan kekura.perlu mengalami perubahan menjadi vokal tengah.Oleh itu.n bagi t.dan ny kerana bunyi pertama dalam kata dasar p.sisiku.k.iaitu e pepet.k.

mendalami memperakui .memperakukan mempersetujui .menyetujui memperhalusi . 54. menyunatkan bermaksud mengkhatan.Kedua-duanya betul. .menghalusi 53. Sebaliknya. mensunatkan membawa maksud menjadikan hukumnya sunat .kasih sayang yang berasal daripada kasih dan sayang serta jimat cermat yang asalnya jimat dan cermat.Contohnya. Yang mana satu yang betul antara mensunatkan dengan menyunatkan ? Jawapan : Kata dasar bagi kedua-dua bentuk terbitan itu ialah sunat .anda bolehlah membuka Kamus Dewan pada halaman 201.menguasai memperdalami .ibu bapa yang berasal daripada ibu dan bapa. Apakah maksud leksikon ? Jawapan : Leksikon bermaksud daftar kata yang terkandung dalam sesebuah kamus.memperakui mempersetujui memperhalusi Jawapan : Bagi memastikan jawapan yang betul.Perkataan-perkataan tersebut perlu dtuliskan seperti yang berikut : memperkuasai . 55. Apakah maksud rangkai kata parataksis ? Jawapan : Dua perkataan atau lebih yang digugurkan kata hubung gabungan dan .

Jawapan : Perkataan manakala berfungsi sebagai kata hubung yang membawa maksud pertentangan.dan x.Jikalau manakala hendak digunakan. Mereka telah mengambil keputusan untuk bertolak pada keesokan hari. Jikalau difikirkan ayat 58a.mengqada veto .Lihat contoh di bawah : qada .? Jawapan : Huruf yang baharu dalam bahasa Melayu .Oleh itu.Ayat pertama telah memisahkan manakala dengan noktah. harus hadir sebagai unsur yang menghubungkan dua ayat atau dua bahagian ayat. manakala kumpulan kedua pula memutuskan untuk meneruskan perjalanan.Tetapi.mengx-ray 57.Sebaliknya gunakan cara lain.v. terlalu panjang. tidak mengalami sebarang perubahan apabila bertembung dengan awalan. 58b.pemveto x-ray .penggunaan manakala untuk menguhubungkan dua ayat tidak tepat.Bolehkah saudara menjelaskan kepada saya penggunaan manakala dalam ayat di bawah : 58.Manakala kumpulan kedua pula memutuskan untuk meneruskan perjalanan.pecahkan ayat tersebut menjadi dua ayat.56.a Mereka telah mengambil keputusan untuk bertolak pada keesokan hari.tetapi janganlah digunakan perkataan manakala .maka kedua-dua ayat tersebut hendaklah disatukan. Bagaimanakah kita hendak mengimbuhkan perkataan X-ray dengan awalan meN.seperti yang terdapat dalam ayat 58b.dan dipisahkan dengan koma.misalnya: . Penggunaan kata manakala mengelirukan saya.iaitu q.

dan kepala besar. 58.dalam hal ini adalah untuk menerangkan kata nama. Mereka telah mengambil keputusan untuk bertolak pada keesokan hari. Jawapan : Untuk menjawab soalan saudara.kita perlu melihat makna menghindarkan dan menghindari di dalam kamus.58c. Sebaliknya.ringan tulang merupakan susunan terbalik bagi frasa nama.Menurut Kamus Dewan.iaitu unsur yang diterangkan(D) mendahului unsur yang menerangkan (M). kumpulan kedua pula memutuskan untuk meneruskan perjalanan.Frasa ini terdiri daripada kata nama tulang sebagai kata inti. Demikian juga dengan contoh tangan panjang. Jawapan : Dalam rangkaian perkataan tulang ringan.Edisi Ketiga (1998).kerana dalam hal ini susunannya ialah kata adjektif diikuti kata nama. Harap saudara dapat memberikan penjelasan.Yang menjadi kemusykilan kepada saya ialah perkataan menghindarkan dan menghindari. Guru Bahasa Melayu saya telah mengajarkan penggunaan apitan meN-kan dan meN-i. Dari segi binaannya.Ringan tulang tidak membawa maksud tulang yang ringan tetapi bererti rajin bekerja. Apakah perbezaan tulang ringan dengan ringan tulang ? Tolong jelaskan.dengan kata adjektif ringan. . 59.iaitu mengikut peraturan yang disebut hukum D-M.Fungsi kata adjektif.Kata adjektif ini hadir selepas kata nama.Sebaliknya.siku buruk.ini merupakan susunan frasa nama.Simpulan bahasa ialah sejenis bahasa kiasan yang lazimnya dibentuk dengan menggabungkan dua perkataan bagi menghasilkan satu makna khusus.ringan tulang merupakan simpulan bahasa.

menyingkirkan) menghindari . Apakah perbezaan ayat-ayat yang berikut ini ? 60a. Kita perlu menghindari dadah dalam kehidupan seharian. Penduduk kampung itu bersetuju agar menamai tempat itu dengan .mengelak supaya terbias daripada. Jawapan : Ayat pertama dalam soalan di atas terkandung di dalamnya perkataan disembahyangkan membawa maksud sembahyanglah kamu sebelum orang lain mengerjakan sembahyang untuk kamu (kerana kamu sudah mati dan tidak dapat mengerjakan sembahyang sendiri).terkandung di dalamnya perkataan disembahyangi yang bermaksud sembahyanglah kamu mendapat kesan perbuatan sembahyang yang dikerjakan oleh orang lain . b. 61.menjauhkan diri daripada Lihat contoh ayat yang berikut : 59a. Sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangkan. Kita peril menghindarkan diri daripada dadah.menghindarkan Daripada mengelakkan(menjauhkan. Sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangi. a. Adakah ayat yang saya kemukakan di bawah ini betul ? Harap dapat membantu saya. 60.dalam ayat kedua. Penduduk kampung itu bersetuju agar menamakan Desa Murni untuk tempat itu. 60b.Sebaliknya. 59b.

ayat-ayat tersebut tidak baku dari segi tatabahasa. Mengapakah ayat di bawah ini dikatakan salah ? *62a. Jawapan : Perkataan menamai dan menamakan tecatat di dalam Kamus Dewan(1998). Mereka dari Johorkah ? *62b.apabila partikel kah diletakkan dalam ayat.Namun begitu. Penduduk kampung itu bersetuju untuk menamai tempat itu Desa Murni. Penduduk kampung itu bersetuju untuk menamakan Desa Murni kepada tempat itu.Desa Murni. Penduduk kampung itu bersetuju agar menamakan tempat itu Desa Murni.menyebutkan Berdasarkan makna yang diberikan. muka surat 919. menamai membubuh (memberi) nama kepada. Adib menulis suratkah ? *62c.Bagi ayat a.jelas menunjukkan ayat c. 61b. dan b. c.Saudara. 62.maka . pula dapat dibaiki menjadi ayat seperti yang berikut : 61a. Pemuda itu siapakah ? Jawapan : Ayat yang dikemukakan oleh saudara itu tergolong dalam ayat tanya.menggelari memberikan sesuatu nama sebagai menamakan menggelarkan. ternyata salah.

sesuatu kata yang terdiri daripada pelbagai kelas kata dapat bertukar menjadi frasa nama. 62c.Contohnya : seorang(kata bilangan) yang seorang(frasa nama) leper(kata adjektif) yang leper(frasa nama) dikejar(kata kerja pasif) yang dikejar(frasa nama) menjamin(kata kerja transitif) yang menjamin (frasa nama) berlari(kata kerja tak transitif) yang berlari(frasa nama) Kata yang berfungsi sebagai pembeza makna pula dapat dilihat seperti ayat berikut : .Pada masa yang sama kata yang juga mempunyai dua tugas. Siapakah pemuda itu ? 63.predikat mestilah dikedepankan.ayat 62a.maka dengan penyertaan yang. hendaklah ditulis seperti yang berikut : 62a. Saya kurang faham akan fungsi yang dalam ayat. dan 62b.Boleh saudara jelaskan kepada saya ? Jawapan : Kata yang tergolong dalam kata sandang. (b) untuk membezakan makna.iaitu : (a) untuk membentuk frasa nama. Oleh sebab fungsi pertama adalah untuk membentuk frasa nama. Menulis suratkah Adib ? Begitu juga bagi ayat 62c. yang harus ditulis seperti yang berikut . Dari Johorkah mereka ? 62b.Hal ini demikian kerana partikel kah berfungsi sebagai pementing predikat.Oleh itu.

*64b. 64b.ayat yang kedua pula telah menggunakan kata tanya mana yang disertai kata sandang yang bagi menjadi frasa nama sebagai predikat ayat.Untuk pengetahuan adik. Tuhanlah yang menentukan nasib manusia. Mengapakah guru saya mengatakan bahawa ayat di bawah ini salah ? *64a.) (b) Jaket yang hitam di dalam almari itu kepunyaan Adib.(a) Jaket hitam di dalam almari itu kepunyaan Adib.maka partikel lah sebagai pementing predikat mestilah ada. Bolehkah saudara membezakan makna imbuhan ter. . Yang manakah yang betul ? 65.Oleh itu.(Maksud ayat ini ialah bahawa di dalam almari ada hanya sehelai jaket hitam yang dipunyai oleh Adib.ayat yang betul ialah .ayat yang betul. Tuhan yang menentukan nasib manusia. Pintu kereta itu terbuka.Jadi.apabila frasa nama yang menggunakan kata yang sebagai subjek diletakkan di belakang dalam ayat songsang.ada sehelai atau beberapa helai jaket lain yang bukan kepunyaan Adib dan warnanya lain daripada hitam.maka frasa adjektif mestilah disertai kata yang supaya menjadi frasa nama untuk bertugas sebagai subjek. Sementara itu.bagi ayat-ayat berikut ? 65a. Yang manakah betul ? Jawapan : Guru anda telah memberikan jawapan yang betul.Ayat yang dikemukakan adik itu ialah ayat songsang.(Maksud ayat ini pula ialah bahawa di samping jaket hitam kepunyaan Adib. 64a.) 64.

Oleh itu.Ayat 65c.Saya keliru tentang ejaan bagi perkataan Arab yang sudah digunakan dalam masyarakat Melayu secara meluas.Perkataan emak menggunakan e pepet manakala perkataan enak pula menggunakan e taling.65b.Cuba anda sebutkan betul-betul kedua-dua perkataan itu tentu ada perbezaannya. Buku tebal ini terbaca juga olehnya. 66. 67. . Bagi perkataan dinamo pula.dalam ketiga-tiga ayat di atas tergolong dalam kata kerja pasif. Jawapan : Ayat-ayat yang dikemukakan itu dikenali sebagai ayat pasif.Imbuhan ter. cara menyebut yang betul ialah [ di + na + mo ] bukan [ dai + n + mo ]. 68. Cara yang biasa saya gunakan ialah perkataan emak dan enak. Cuba berikan cara yang mudah untuk membezakan e pepet dengan e taling.Adakah ejaan yang saya senaraikan ini betul ? Kalau salah tolong betulkan. 65c.kata kerja terbeli maknanya dapat dibaca.cara menyebut yang betul ialah [ na + sio + na + lis + mx ] bukan [ na + sio + na + lis + ma ]. bermakna dalam keadaan sudah dibuka.Hal ini demikian kerana subjek diutamakan dalam ayat atau dengan kata lain menjadi penderita. pula.Kata kerja terbuka dalam ayat 65a. Saya pelajar tingkatan lima di salah sebuah sekolah di Bandar raya Johor Bahru. yang mempunyai kata kerja tersepak bermakna tidak sengaja disepak . Bagaimanakah cara menyebut yang betul bagi perkataan nasionalisme dan dinamo ? Jawapan : Dalam perkataan nasionalisme huruf e yang terdapat dalam huruf yang akhir itu terdiri daripada huruf e pepet.manakala dalam ayat 65b. Batu itu tersepak olehku.

sayid saidina .Ejaan yang betul adalah seperti yang berikut : sunnah .Pada helaian 18.Apakah maksud perkataan tersebut ? .sayidina redha .Jilid II yang dikeluarkan Dewan Bahasa dan Pustaka. 70.Dalam bahasa Melayu istilah itu menjadi megapura.sunah sayyid .terdapat semacam kecenderungan di kalangan sebilangan penduduk di negara kita yang menggunakan perkataan Inggeris iaitu megamall terutama untuk pasar raya. Sejak akhir-akhir ini.Bolehkah kita terjemahkan perkataan tersebut sebagai kedai besar atau kedai mega ? Jawapan : Saya merujuk kepada Daftar Istilah Semasa.reda ramadhan .sunnah sayyid saidina redha ramadhan hajjah khadi Jawapan : Kesemua ejaan yang anda senaraikan itu salah.ada dinyatakan istilah megamall .Ramadan hajjah .hajah khadi .1998.kadi 69. Saya sering mendengar perkataan jerayawara disebutkan oleh guru Bahasa Melayu.

Objek dalam ayat . Bolehkah saudara menyenaraikan beberapa perkataan bahasa Inggeris yang telah diMelayukan ? Jawapan : Banyak perkataan bahasa Inggeris yang telah dimelayukan.kafeteria barbecue . resipi juga bermaksud cara atau kaedah mencapai sesuatu tujuan.Selain itu.Antaranya : nugget . Mengapakah ayat di atas dianggap salah ? Jawapan : Ayat tersebut dikatakan salah kerana penggunaan kata kerja transitif memaparkan yang perlu diikuti oleh objek.stimbot category . Yang manakah yang betul antara resepi dengan resipi ? Jawapan : Ejaan yang tepat ialah resipi kerana perkataan ini asalnya daripada recipe dalam bahasa Inggeris.barbeku 72.Resipi bermaksud keterangan berkenaan ramuan-ramuan dan cara memasak sesuatu makanan. 73. Gambaran itu mampu memaparkan sekali imbas perkara-perkara yang hendak ditonjolkan. 71.nuget steamboat . Teliti ayat di bawah ini: a.kategori classification .klasifikasi cafeteria . jerayawara asalnya daripada bahasa Inggeris iaitu roadshow .Jawapan : Dari segi istilah.

jelaskan. 75. gambaran itu mampu memaparkan perkara-perkara yang hendak ditonjolkan.sekali imbas. Sekali imbas. Jawapan : Ayat yang anda kemukakan itu mempunyai cirri lebihan iaitu salah satu atau satu daripada . Satu daripada ciri tersebut akan dibicarakan secara terperinci.Cara yang betul untuk membetulkan ayat itu adalah dengan menukarkan kata didapati dengan kata menunjukkan . Hasil soal selidik didapati bahawa 40% penduduk di kampung itu tergolong dalam lingkungan keluarga miskin. a. Benarkah ayat di bawah ini dikatakan ada cirri lebihan atau lewah ? Jika benar. atau 73b.Lihat contoh ayat yang saya kemukakan di bawah : .Oleh itu. atau 74b. Salah satu ciri tersebut akan dibicarakan secara terperinci.tersebut ialah perkara-perkara yang hendak ditonjolkan .mampu memaparkan perkara-perkara yang hendak ditonjolkan.memadai jika saudari memilih satu sahaja seperti yang berikut : 74a. 74.Ayat ini dapat dibaiki dengan memindahkan frasa sekali imbas sebelum predikat ataupun sebelum subjek seperti yang berikut : 73a. Adakah ayat di bawah ini tepat atau perlu dibaiki ? a.iaitu hasil soal selidik dengan bahagian predikatnya. Gambaran itu. Jawapan : Ayat yang diberi itu tidak sempurna kerana tidak ada keserasian antara subjek.Cara yang kedua adalah dengan menambahkan perkataan daripada . Salah satu daripada ciri tersebut akan dibicarakan secara terperinci.

Saya ringkaskan kata-kata yang dikemukan seperti yang berikut : dentam . dentang . 76. Jawapan : Bunyi-bunyi yang disebutkan itu ialah kata onomotopia.Perkataan ini asalnya daripada .iaitu kata yang lahir daripada bermacam-macam bunyi di sekitar kita.75a. denting . atau 75b.bunyi seperti barang keras digigit lebum .bunyi tiupan angin kerkup .bunyi nyaring besi diketuk denting . segi dan sudut dapat dianggap tempat dan dapat dianggap unsur abstrak juga. Hasil soal selidik menunjukkan bahawa 40% penduduk di situ tergolong dalam lingkungan keluarga miskin.Tatabahasa Dewan menggolongkan kedua-dua perkataan ini sebagai tempat.Namun begitu. Daripada hasil soal selidik.bunyi seperti benda besar jatuh. tiusyen dan tuisyen .bagi mengelakkan kekeliruan. 78.didapati bahawa 40% penduduk di situ tergolong dalam lingkungan keluarga miskin.kerkup dan lebum apabila membaca cerpen.bunyi besi dipalu dentang .Bolehkah saudara jelaskan apakah bunyi-bunyi tersebut.Kita ambil contoh bunyi telefon dikatakan sebagai berdering dan jam pula akan timbul kata berdetik.bunyi duit syiling jatuh ke atas lantai desing . Mengapakah kita harus menggunakan dari segi dan tidak daripada segi ? Jawapan : Perkataan segi seperti sudut dapat tergolong dalam dua kategori. Saya sering terkeliru tentang perkataan tusyen . Saya sering terjumpa perkataan dentam . desing .Yang manakah yang betul ejaannya ? Jawapan : Ejaan yang tepat ialah tuisyen . 77.

Perubahan hanya beberapa huruf tertentu mengikut kesesuaian sebutan dalam bahasa Melayu.biasanya perkataan daripada bahasa Inggeris yang ditukarkan menjadi bahasa Melayu. 80. Saya ingin bertanya kepada saudara.orang ramai sudah tidak menganggap itu keadaan yang mencemaskan.Bentuk kata -nya memberikan penegasan kepada perkataan nampak . tion dalam bahasa inggeris akan menjadi syen dalam bahasa Melayu.Dari segi pengejaan perkataan.Bentuk kata nya yang berfungsi sebagai penekan adalah untuk memberikan penegasan kepada kata yang bergabung dengannya. Penggunaan ironi semasa menulis karangan boleh dilakukan mengikut konteks ayat. Ironinya.Contohnya : 79a. Zamri berhujah dengan lantangnya.Apakah fungsi -nya dalam ayatayat berikut ? 80a.jika masalah jerebu berlaku. Jawapan : Perkataan ironi bermaksud keadaan atau kejadian yang menunjukkan pertentangan atau kesan sebaliknya antara sesuatu yang dijangkakan dengan yang menjadi atau hakikatnya.Biasanya.ayat yang dikemukakan dalam 80a. Pokok rambutan itu nampaknya akan berbuah lebat. Saya kurang faham akan maksud ironi .ejaannya dikekalkan mengikut ejaan asal dalam bahasa Inggeris.Fungsi -nya adalah sebagai penekan dan pembenda. 81b. .Bilakah kita boleh menggunakan perkataan ini semasa menulis karangan.bahasa Inggeris .iaitu tuition yang bermaksud bimbingan.Contohnya. 79. Jawapan : Bentuk kata nya yang digunakan dalam ayat tersebut dipanggil kata pascakata.iaitu bentuk kata yang hadir selepas perkataan.

Jawapan : Benar apa yang dikatakan oleh saudara.bagi fungsi pembenda pula ialah sesuatu perkataan yang bukan daripada kata nama akan menjadi kata nama jika bergabung dengan -nya.awalan maha merupakan awalan daripada bahasa Sanskrit yang telah lama terserap ke dalam sistem tatabahasa bahasa Melayu.Bagi ejaan maha meru perlu ditukar menjadi mahameru kerana dianggap sebagai imbuhan awalan.Maha bermaksud paling atau tahap terbesar. Lantang tergolong dalam kata adjektif. Pak Lebai menamai tempat itu Tanjung Langsat.Ayat tersebut hanya mengandungi satu objek . Bolehkah saudara tentukan ejaan yang tepat bagi perkataan perkataan di bawah yang menggunakan awalan maha.Sebaliknya.Oleh itu.tertinggi dan teragung.Apabila bergabung dengan nya maka bertukar menjadi kata nama.Frasa Tanjung Langsat . maha meru mahaguru maharaja mahasiswi mahamulia mahaagung maha besar Jawapan : Saudara yang bertanya. 82.Mengikut kelaziman. Benarkah ayat di bawah ini mengandungi satu objek ? 81a.ejaan yang perlu diperbetul menjadi maha mulia dan maha agung.Maha dalam binaan ini tidak bertaraf imbuhan tetapi satu perkataan yang utuh.Contoh yang jelas ialah -nya yang terdapat dalam ayat 80b. ejaan daripada jenis maha + kata adjektif dieja berasingan.iaitu frasa tempat itu. 81.

Pak Lebai menamai tempat itu sebagai Tanjung Langsat. Adakah persamaan dan perbezaan pada akhiran kan dan i dalam bahasa Melayu.Contohnya : .Contohnya : 81c.Maksudnya ialah ilham atau bisikan hati.Jika ada cuba jelaskan. meneriak sesuatu untuk memberitahu orang ramai 2.Contohnya : *81b.Makna bagi perkataan menguar-uarkan ialah 1. kita juga boleh meletakkan perkataan sebagai di hadapan pelengkap itu. Saya selalu mendengar penyampai di TV3 menggunakan perkataan mengwar-warkan .Apakah maksud perkataan itu dan adakah ejaannya betul ? Jawapan : Ejaan sebenar bagi perkataan itu ialah menguar-uarkan bukan mengwar-warkan. 84. Jawapan : Persamaan akhiran kan dan i ialah kedua-dua akhiran ini membawa maksud kausatif atau menyebabkan jadi. 85. menghebahkan atau menyiar-nyiarkan khabar. 83.mengadakan sesuatu) selain cita-cita.kata inspirasi dimasukkan entrinya pada halaman 494. Selain itu.hanya berfunsi sebagai pelengkap kepada objek kata kerja dan tidak boleh dijadikan objek tepat.Kata aspirasi pula boleh ditemukan pada halaman 69 yang membawa maksud keinginan yang kuat(untuk mencapai. Bolehkah saudara membezakan antara perkataan aspirasi dengan inspirasi dari segi makna? Jawapan : Jika kita merujuk kepada Kamus Dewan. Pak Lebai menamakan Tanjung Langsat untuk tempat itu.

membancuh untuk orang lain buatkan .menyebabkan jadi rendah baiki . pemerhatian. 2.beringatingat.cermat. dengan penuh perhatian(minat).cermat.hati-hati. 3.menyebabkan jadi sudah Sebaliknya. 86c.pengamatan. tinggi hemahnya dan bersih tutur katanya.Tolong jelaskan. Razak seorang pemuda yang baik.menyebabkan jadi kecil rendahkan .membuat untuk orang lain naiki . tidak boros atau membazir (dalam membelanjakan wang atau menggunakan sesuatu). Jawapan : Perkataan hemah boleh diketahui maksudnya apabila kita buka Kamus Dewan pada halaman 449 yang mendukung maksud budi pekerti.perbezaan antara kedua-dua akhiran itu ialah akhiran -kan mengandungi unsur benefaktif atau melakukan sesuatu untuk manfaat orang lain manakala akhiran I mengandungi unsur lokatif atau tempat.menyebabkan jadi baik sudahi .Contoh penggunaan perkataan hemat dalam ayat adalah seperti yang berikut : 86b.dengan teliti.dekat pada tempat atau orang 86.berjaga-jaga.Contohnya : bancuhkan .naik ke atas suatu tempat dekati . Pegawai penyelidik itu bekerja dengan hemat.kecilkan . Kalau ingin kaya kita harus berbelanja dengan hemat. .Contoh penggunaannya dalam ayat adalah seperti yang berikut : 86a.jimat. Perkataan hemat pula bermaksud 1. Saya keliru tentang penggunaan hemah dan hemat .

Kamus Dewan.sama ada dalam bentuk lisan atau tulisan. kesatuan fikiran yang utuh. 87. 2.kita dapat menyaksikan betapa sukarnya untuk mengumpulkan khalayak bagi tujuan memeriahkan dan menjayakan wacana ilmu.Benarkah begitu ?Jika benar tolong nyatakan kata bantu yang boleh hadir berderetan itu .atau dicapai).Saya kurang arif tentang perkataan tersebut. keseluruhan tutur yang merupakan suatu kesatuan.disampaikan.manakala bahasa kebangsaan pula ialah bahasa yang utama bagi sesebuah negara yang berdaulat.Maksud bagi perkataan itu ialah saluran atau perantaraan(yang memungkinkan sesuatu dilakukan.86d. Hari ini. Usul itu pada hemat saya bertentangan dengan objektif syarikat. Apakah perbezaan antara bahasa rasmi dengan bahasa kebangsaan ? Jawapan : Bahasa rasmi merujuk kepada bahasa yang digunakan dalam urusan rasmi kerajaan dan pentadbiran negara.Contohnya : 87b. RTM seharusnya menjadi wahana komunikasi ilmu dan sekali gus menjadi wahana komunikasi budaya yang berkesan.percakapan. .pertuturan.ucapan. Sila jelaskan perbezaan antara wahana dengan wacana kepada saya. 89. Perkataan wacana pula bermaksud 1. Guru saya mengatakan ada kata bantu yang boleh hadir secara berderetan. Jawapan : Perkataan wahana dapat ditemukan maksudnya pada halaman 1541.Contohnya : 87a. 88.

iaitu kata Bantu aspek dan kata bantu ragam. Lukisan itu terlalu amat cantik. Yang manakah yang betul.Jawapan : Kata bantu terbahagi kepada dua.kata bantu ragam pula termasuklah hendak.penghawa dingin atau penyaman udara ? Jawapan : Jawapan yang betul ialah penyaman udara.Sebaliknya. Kata bantu yang boleh berderetan adalah seperti yang berikut : Kata bantu aspek kata bantu ragam belum + pernah harus + mahu masih + belum harus + dapat masih + sedang mesti + mahu Ssdah + pernah mesti + dapat telah + pernah 90.Yang manakah yang betul ? .Kata bantu aspek termasuklah perkataan sudah. 3/2001. boleh. 91. pendingin hawa. Jawapan : Dua unsur penguat boleh hadir berderetan sebelum kata adjektif.Edisi Baharu. Kek itu sungguh amat sedap.sedang.telah. Penggunaan dua jam suku dan dua suku jam. mahu harus. 90b. 92. 90c. Sikapnya sungguh kurang sopan.belum dan akan. dapat dan mesti.masih.pernah.Hal ini demikian kerana perkara ini ada diberikan contoh pada muka surat 390 di dalam Tatabahasa Dewan.Perkara ini telah dikemukakan oleh pihak DBP melalui Lembar Bahasa Bil. Betulkah ayat-ayat di bawah ini apabila kata penguat hadir berderetan ? 90a.

dan tiga tidak boleh berderetan dengan kata bilangan pecahan seperti suku atau setengah .Bagaimanakah penggunaannya yang paling tepat dalam sesuatu ayat. Apakah perbezaan maksud antara meningkatkan dengan mempertingkatkan ? Jawapan : Perkataan meningkatkan dan mempertingkatkan diberi definisi yang jelas misalnya di dalam Kamus Dewan pada halaman 1454 seperti yang berikut : meningkatkan meninggikan kedudukan.Lihat contoh yang berikut : 94a. memperhebat. Jadi.Oleh itu. 92b. Inilah kali pertama saya melawat ke Zoo Negara.hasil pengeluaran .kedua-dua perkataan itu hampir sama maksudnya.membesarkan. Contohnya : 92a.yang lebih tepat ialah dua jam suku.mutu. 94.dan lain-lain). 93.Jawapan : Saya menggunakan rumus kata bilangan tentu seperti satu. . Saya selalunya keliru dengan penggunaan frasa kali pertama dan pertama kali .memperhebat. Harga baju ini sepuluh ringgit setengah.dua.taraf.Yang manakah yang betul .menjadikan lebih hebat. Kami menunggunya selama dua jam suku. Jawapan : Kedua-dua frasa yang diberi itu betul penggunaanya bergantung pada penekanan sama ada pertama atau pada kali . mempertingkatkan menjadikan lebih tinggi atau lebih besar lagi(kedudukan.

daerah .tentang bahasa yang tidak teratur.rancu.hambatan Ayat : Hasrat Pak Ali membina rumah yang besar tergendala kerana disongsong oleh pelbagai kendala. Ayat : Dia masih dapat mandiri dan menjalani kehidupan seperti orang lain walaupun mengalami kecacatan sejak dilahirkan.aral. dirgahayu . Jawapan : Saya ringkaskan penerangan dengan memberikan maksud kata dan penggunaannya dalam ayat seperti yang berikut : mandiri .dapat berdiri sendiri.panjang umur Ayat : Setiap kali tibanya Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong.pintu gerbang Ayat : Ukiran pada gapura pada bahagian hadapan bangunan itu mempamerkan kehalusan seni yang unik. 95.bulatan. kendala .94b.gapura dan mandala. rancu . gapura . Bolehkah saudara membantu saya menggunakan kata-kata mandiri. mandala .baginda banyak menerima perutusan tahniah dan ucapan dirgahayu daripada rakyat.campur aduk dan kacau Ayat : Karangan yang ditulis oleh David sukar difahami kerana bahasa yang digunakannya terlalu rancu. Pertama kali saya menjejakkan kaki ke Universiti Malaya adalah pada tahun 1989.tidak terikat (bergantung pada) pihak lain.halangan.(mudah-mudahan ) lanjut usia.dirgahayu.rintangan.lingkungan.kendala.dalam keadaan mampu mengurus keperluan sendiri.

Saya masih kurang mantap dalam penggunaan banyak dan ramai .tumbuh-tumbuhan dan sebagainya. 97.Boleh saudara menjelaskanya ? Jawapan : Perkataan banyak digunakan untuk merujuk manusia.Selain itu.apabila membincangkan isu ini. Antara perkataan yang berikut .mak cik (b) pakcik . Jadi.dari segi makna memang sudah jelas dan tidak perlu dipertikaikan lagi.saya sering menggunakan peribahasa Melayu sejak sekian lama yang berbunyi : Banyak udang banyak garam.Ayat : Buku yang ditulis oleh pengarang itu menampilkan mandala permasalahan bahasa. banyak juga digunakan untuk merujuk binatang.pak cik Jawapan : Cara mengeja perkataan yang dikemukakan itu adalah seperti yang berikut : mak cik pak cik Tambahan bagi penggunaan mak cik dan pak cik .yang manakah yang betul cara penulisannya ? (a) makcik . .apabila kita menggunakan mak cik atau pak cik sebagai nama khas. Banyak orang banyak ragam. 96.Pada masa yang sama.maka dieja Mak Cik Limah atau Pak Cik Hamid.Perkataan ramai pula hanya digunakan untuk merujuk manusia.

Sebut apa-apa disiplin ilmu.Kemudian. Antara lain yang diperkatakan ialah : .C.November.sering mempertikaikan satu pihak atau pihak yang lain.banyak lagi teori yang lain yang tidak begitu meresap dalam perkembangan linguistik Melayu.Selain itu. Adakah huruf besar untuk guru besar dalam tersebut betul ?Bilakah sepatutnya guru besar ditulis dengan huruf besar ? Jawapan : Penggunaan huruf besar dalam Guru Besar adalah betul.Kemudian. Noam A. Dalam majlis itu.bergema pula teori baru yang dikenal sebagai analisis wacana.C. Mengapakah dalam bahasa terlalu banyak mazhab ? Tidakkah perkara ini mengganggu pengembangan bahasa itu sendiri ? Jawapan : Hal ini sering saya temukan apabila mengadakan ceramah tentang tatabahasa. apabila kita merujuk kepada guru besar secara umum.nescaya kita dapati bahawa setiap disiplin ada teori-teori berlainan.Pelita Bahasa. saya mengambil sedikit inti pati tulisan Awang Sariyan.Dalam menjawab pertanyaan ini.beliau juga menyentuh tentang perkembangan bahasa Melayu itu sendiri.Sebaliknya. 99. Selain itu.kita gunakan huruf kecil sahaja.muncul juga nama Prof.Beliau menambah bahawa tidak ada satu disiplin yang mati atau menjadi kacau dengan adanya pelbagai teori yang berlainan.Bermula dengan teori ahli bahasa Barat seperti Leonard Bloomfield.98.1995. Antara lain beliau menjelaskan bahawa wujudnya beberapa teori memang suatu kenyataan.Contohnya: Beberapa orang guru besar dari Johor Bahru akan dinaikkan pangkat. Fries dengan teori strukturalnya. Chomsky yang mencetus teori linguistik transformasigeneratif.Huruf besar digunakan apabila kita merujuk kepada orang tertentu yang bertugas sebagai guru besar.Guru Besar telah menyampaikan ucapan.Banyak guru terutamanya.

Orang Islam tidak boleh menduakan Allah kerana .mengusahakan ternak Contoh ayat adalah seperti yang berikut : a.menambah jadi dua menduakan .orang yang melihat adanya kelainan pendapat antara ahli bahasa tertentu sebagai suatu dosa.menganggap dua(Tuhan) memperdua .manakala perkataan kudap atau kudapan ialah dialek Perak yang memberi maksud makan atau minum pada masa rehat pada sebelah pagi. Apakah perbezaan antara menduai .hasil dan sebagainya. Encik Baba menduai isterinya dengan mengahwini seorang wanita Indonesia.tetapi individu tertentu yang belum menguasai tradisi bahasanya.tergolong dalam golongan tukang fitnah. Jelas bahawa yang salah bukan teori atau mazhab. b.Dari manakah perkataan itu berasal dan apakah maksudnya yang sebenar ? Jawapan : Rarau atau merarau ialah kata yang diambil daripada bahasa Iban yang bermaksud makan pada waktu tegah hari.sedang ia sendiri tidak berijtihad memilih satu pendapat berasaskan penelitian dan pemikiran . 101.membahagi dua(untung.menjadikan dua. 100. Saya sering mendengar atau melihat perkataan kudapan dan merarau . menduakan dengan memperdua ? Jawapan : Perbezaan antara ketiga-tiga perkataan di atas ialah : menduai .

Kata kerja pasif yang sepatutnya ialah ditulis tanpa membubuh akhiran kan. Adakah ayat di bawah ini betul ? Jika salah.dianggap syirik.Alasannya. 103.bagi kata kerja tak transitif pula diikuti oleh pelengkap.mari kita gunakan kaedah transformasi ayat. Jawapan : Ayat yang dikemukakan itu salah dari segi penggunaan kata kerja pasif. 102. Peniaga itu memperdua hasil keuntungan perniagaannya dengan isterinya. . ialah kata kerja pasif. pula ialah kata kerja tak transitif. Surat itu ditulis oleh abang saya. b.maka maksud ayat akan berubah. Apakah jenis kata yang berawalan ter. Surat itu dituliskan oleh abang saya. di atas katil dianggap sebagai pelengkap. Batu yang berat itu terangkat oleh Badang. c.penggunaan oleh tidak boleh digugurkan. Sebagai penerangannya. Sebaliknya. Pesakit itu terbaring di atas katil. a. Jawapan : Perkataan terangkat dalam ayat a.bagi perkataan kata kerja pasif berawalan ter.bagi ayat-ayat di bawah ? a.Jika oleh digugurkan .ayat itu sepatutnya ditulis seperti yang berikut .Jadi.manakala kata terbaring dalam ayat b. Batu yang berat itu terangkat Badang.sila jelaskan.Contohnya: *a.Dalam ayat b. .

Ayah sedang membaikkan motosikal yang rosak.   Kanak-kanak yang menangis itu saudara saya. b. Kami cuba melupakan peristiwa pahit itu. Jawapan : Kedua-dua ayat yang dikemukakan itu betul.Contoh lain ialah : c.proses ini timbul apabila kita kita hendak menghasilkan ayat terbitan melalui proses peluasan frasa nama sebagai subjek.Apakah proses itu ? Jawapan : Proses relativisasi ialah suatu proses memancangkan ayat ke dalam satu ayat yang lain sebagai frasa relatif kepada subjek ayat yang menerima pancangan. Ayah sedang membaiki motosikal yang rosak.Saya ada terbaca tentang proses relativisasi dalam ayat.Hal ini demikian kerana ada sebilangan kecil kata kerja yang menerima apitan meNdan meN-kan .(betul) Ayat pasif : Surat itu ditulis oleh abang saya. Saya seorang guru Bahasa Melayu di salah sebuah sekolah di daerah ini. Yang manakah ayat yang betul ? a.(salah) 104.Biasanya. Kanak-kanak itu saudara saya.(betul) Ayat aktif : Abang saya menuliskan surat itu. c.(salah) Ayat pasif : Surat itu dituliskan oleh abang saya. b.Contohnya : a.penggunaannya saling berganti tanpa membezakan makna. Kami cuba melupai peristiwa pahit itu. kanak-kanak itu menangis. -i .Ayat aktif : Abang saya menulis surat itu. 105.

dari segi penggunaan kata kerja transitif yang mesti diikuti objek juga tidak tiada sebarang kesilapan. Bagaimanakah kita hendak mengeja perkataan Malaysia yang dibubuh imbuhan apitan ? Jawapan : Saya merujuk Kamus Dewan pada muka surat 851 untuk menjawab pertanyaan saudara. Contoh : Orang itu sudah sihat.Pada halaman tersebut.susunan Hukum DM masih dipatuhi sama ada kita mengatakan keputusan apa-apa atau apa-apa keputusan . Adakah ayat yang saya kemukakan di bawah ini betul ?Jika salah sila jelaskan.maka proses tersebut tidak dapat dilakukan. Dia tidak dapat memberikan apa-apa keputusan.Jika tidak sama.   * Orang yang budak sakit itu sudah sihat.Rumusannya.Oleh itu. pada huruf pertama ditulis sebagai m sahaja.Hal ini demikian kerana apa-apa tergolong dalam kelompok kata ganti tak tentu.tiada kesalahan yang dilakukan.jika perkataan Malaysia hendak dimbuhkan secara apitan.proses relativisasi hanya boleh berlaku hanya apabila kedua-dua subjek frasa nama itu sama atau beridentiti sama. Jawapan : Jika dilihat penggunaan apa-apa dalam ayat tersebut.iaitu salah satu kelompok kata nama . maka huruf M . 106.Contohnya : Malaysia pemalaysiaan Malaysia kemalaysiaan . Budak itu sakit.Selain itu. a.ada entri perkataan Malaysia dimasukkan. 107.Perlu diingat di sini.

penyiaran Sebenarnya.Hal ini timbul kerana ada yang mengatakan peN.akan menjadi pem.ada hubungan yang rapat.Boleh terangkan kepada saya ? Jawapan : Masalah penggunaan pembelajaran dan pemelajaran memang sudah lama dibincangkan oleh pengkaji bahasa.pemasukan menaklukkan . . Sepatutnya.penaklukan menyiarkan .perkataan pemelajaran tidak melibatkan proses pengimbuhan yang sama. Dalam bahasa Melayu.apabila dimbuhkan dengan kata dasar yang bermula huruf b . Sebagai contoh : memasukkan .perkataan pembelajaran dicipta sebagai padanan bagi kata Inggeris learning melalui proses pengimbuhan yang tidak selaras dengan pola pembentukan kata dalam bahasa Melayu. Saya keliru tentang penggunaan pembelajaran dan pemelajaran .Malaysia memalaysiakan 108.misalnya antara pengimbuhan meN den peN.maka kita harus berusaha kembali kepada bentuk yang betul.proses pembentukan kata ini yang mengikut rumus bahasa Melayu yang betul adalah seperti yang berikut : Kata Dasar KKTT KKT Kata terbitan ajar Belajar mempelajari pemelajaran satu Bersatu mempersatukan Pemersatuan oleh Beroleh memperoleh pemerolehan Oleh sebab kita tahu bahawa telah berlaku kesilapan tanggapan yang mengakibatkan timbulnya bentuk * pembelajaran tadi.Walau bagaimanapun.

109. Saya ditugaskan oleh guru untuk mencari maksud bagi perkataan di bawah.Saya harap saudara boleh membantu saya. tunaaksara tunakarya tunawicara tunawisma tunasusila tunarungu Jawapan : Tuna ialah awalan daripada bahasa Sanskrit yang bermaksud tidak mempunyai. tunaaksara bermaksud buta huruf tunakarya bermaksud penganggur tunawicara bermaksud bisu tunawisma bermaksud tidak mempunyai tempat tinggal tunasusila bermaksud pelacur tunarungu bermaksud pekak 110. Saya sering keliru tentang penggunaan perkataan ejen dan agen .Adakah perkataan itu sama maksudnya atau sebalik-nya ? Jawapan : Saya juga pada suatu masa dahulu agak keliru dengan keduadua perkataan ini.Jika saudari merujuk Kamus Dewan,halaman 327 ada diterangkan maksud ejen ,iaitu : ejen 1. orang (syarikat dsb) yang menjalankan perniagaan untuk orang lain,wakil penjual; 2. orang yang diupah untuk melakukan sesuatu. Perkataan agen pula pada halaman 12 yang bermaksud sesuatu yang menyebabkan berlakunya tindak balas(proses dsb).

Saya harap saudara jelas tentang penggunaan perkataan tersebut. 111. Bagaimanakah kita hendak menulis nombor dalam penulisan karangan.Adakah kita hendak menulis dalam bentuk nombor atau huruf ? Jawapan : Cara menulis perkataan bernombor ada dua cara,iaitu dengan cara menulis dalam bentuk nombor atau menulis dengan cara huruf.Namun begitu, bagi tujuan meminimumkan jumlah kata,nombor 1 hingga 11 bolehlah ditulis dalam bentuk huruf untuk menjadi satu,dua,tiga , dan sebelas.Nombor 12 dan seterusnya hendaklah ditulis dalam bentuk nombor sahaja. 112. Apakah kata dasar bagi perkataan-perkataan yang saya kemukakan di bawah ini. Kebajikan,kenderaan,sebatian dan menguap. Jawapan : Kebajikan berasal daripada kata bajik ,manakala kenderaan berasala daripada kata kendera .Bagi perkataan sebatian pula asalnya ialah bati .Perkataan menguap pula berasal daripada kata dasar uap .Lihat kata terbitan bagi setiap perkataan tersebut seperti yang berikut : bajik - kebajikan kendera - berkendera,mengenderai,kenderaan,berkenderaan dan pengendera bati - sebati,bersebati,menyebatikan,sebatian,kesebatian dan penyebatian uap - menguap. 113. Apakah perbezaan antara ayat (a) dengan ayat (b) seperti yang berikut ? (a) Ahmad teringat akan kekasihnya.

(b) Ahmad teringat oleh kekasihnya. Jawapan : Terdapat dua perbezaan antara ayat (a) dengan ayat (b).Pertama,dari segi kata kerja.Ayat (a) teringat tergolong dalam kata kerja aktif manakala teringat dalam ayat (b) pula tergolong dalam kata kerja pasif.Perbezaan kedua ialah dari segi subjeknya.Dalam ayat (a) Ali berfungsi sebagai subjek.Sebaliknya,dalam ayat (b) Ali merupakan subjek terbitan kata kerja pasif teringat .Ayat (b) berasal daripada ayat aktif Kekasihnya mengingati Ali. 114. Saya seorang guru.Setiap kali membaca majalah tentang bahasa,saya sering menemukan perkataan ketaksaan dan kepersisan .Bolehkah saudara menjelaskannya kepada saya ? Jawapan : Perkataan ketaksaan ada dinyatakan dalam Tatabahasa Dewan ,Edisi Baharu,halaman 561. ketaksaan atau ambiguity bermaksud sifat binaan atau konstruksi yang dapat diberi lebih daripada satu tafsiran,misalnya : Ibu bapa Ali telah meninggal.Dalam ayat tersebut pengertian yang boleh dibuat ialah ibu kepada bapa (iaitu nenek) Ali telah meninggal dunia atau kedua-dua ibu bapa Ali telah meninggal dunia. kepersisan bermaksud ketepatan atau kejituan . Biasanya,dalam membincangkan isu bahasa,kepersisan merujuk kepada ketepatan penggunaan sesuatu kata atau ayat mengikut konteks tertentu.Contoh ayat : Kepersisan daya fikiran masyarakat di Malaysia dapat diukur pada mutu bahasa Melayu yang dikuasai. 115. Saya sering keliru tentang ejaan yang tepat antara personafikasi dengan personifikasi semasa mengkaji gaya bahasa karya sastera.Yang manakah yang betul ? Jawapan : Ejaan yang tepat ialah personifikasi bukan personafikasi . 116. Saya ingin bertanya sama ada ayat yang saya kemukakan di bawah

Dalam bahasa Melayu penerbitan ayat ini dapat dilakukan melalui proses transformasi yang mengakibatkan pengguguran.Lihat contoh berikut : Peristiwa itu sangat menyedihkan (kami).memilukan. ( penyusunan semula ) .Jika betul .Contoh kata kerja yang lain termasuklah menakjubkan. (b) Keputusannya amat menggembirakan.Ayat (a) merupakan ayat asal manakala ayat (b0 pula telah mengalami proses pengguguran frasa nama sebagai objek selepas kata kerja yang membawa makna adjektif.Ayat terbitan bermaksud penerbitan sesuatu ayat berpunca daripada ayat yang lain.Benarkah ayat terbitan wujud ?Jelaskan. Jawapan : Kedua-dua ayat yang anda kemukan itu betul.menghairankan.saya hanya mengetahui wujudnya kata terbitan iaitu melalui proses pengimbuhan. Sepanjang pengetahuan saya.penyusunan semula.ini betul atau salah.saya diberitahu ada pula ayat terbitan dalam bahasa Melayu.menggembirakan. mendukacitakan.  Bangunan bank dijaga oleh pengawal itu. atau peluasan.Contohnya : (a) Awak semua keluar dari sini !   Keluar dari sini ! ( pengguguran ) (b) Pengawal itu menjaga bangunan bank.Baru-baru ini.mempesonakan dan sebagainya. 117.mengapa ? (a) Keputusannya amat menggembirakan mereka. Jawapan : Memang benar wujud ayat terbitan apabila kita mempelajari bahasa Melayu. Peristiwa itu sangat menyedihkan.

Guru itu baru lulus. (b) Pak Abu berada di Johor Bahru. (b) Lembu yang menanduk kereta saya itu menanduk kereta Ravi pula.Jika ayat majmuk itu mengandungi kata kerja transitif. Bolehkah ayat-ayat berikut dipasifkan ? Jika boleh. (c) Akhbar itu melaporkan bahawa wabak taun telah merebak di situ. Jawapan : Sebelum kita membincangkan perbezaan ayat-ayat tersebut. Persamaan ayat (a) dan ayat (b) ialah dari segi penggunaan kata kerja tak transitif.jika ayat (b) digugurkan unsur keterangannya iaitu di Johor Bahru maka maksud ayat tidak akan sempurna.elok rasanya kita lihat persamaannya. ( peluasan ) 118.Oleh itu.Keterangan dalam ayat (a) iaitu setiap hari boleh digugurkan tanpa menjejaskan maksud ayat tersebut.Namun begitu.Perbezaan antara ayat (a) dengan ayat (b) adalah dari segi jenis ayat aktif tak transitif.Dalam ayat (a) kata kerja tak transitifnya ialah berserban manakala dalam ayat (b) pula kata kerja tak transitifnya ialah berada .ayat (b) pula ialah ayat aktif tak transitif dengan keterangan yang tidak boleh digugurkan.sila nyatakan.kita boleh menjadikan ayat itu sebagai ayat pasif.   Guru yang baru lulus itu akan sampai esok. (d) Fatin akan membeli buku itu kalau ayah membenarkannya. Jawapan : Ayat-ayat yang dikemukan itu tergolong dalam ayat majmuk aktif.Lihat ayat pasif yang saya berikan . 119.Sebaliknya.kedua-dua ayat tersebut tergolong dalam ayat aktif tak transitif. Ayat (a) ialah ayat aktif tak transitif dengan keterangan yang boleh digugurkan. (a) Beliau memandang saya ketika beliau berdiri di situ. Apakah perbezaan antara ayat-ayat yang saya kemukakan di bawah ini ? (a) Pak Abu berserban setiap hari.(c) Guru itu akan sampai esok.

Guru saya mengatakan bahawa kata sendi nama untuk dan bagi boleh saling ditukar ganti dalam ayat.Perbezaan antara kedua-dua ayat tersebut ialah cara menyebutnya iaitu melalui intonasi.Ayat (b) pula ialah ayat aktif kerana mengandungi kata kerja transitif iaitu menebang dan objeknya pokok itu. . (b) Saya menebang pokok itu. (a) Saya tebang pokok itu.Lihat contoh yang saya kemukakan ini. Yang manakah yang betul bagi ayat-ayat di bawah ini. Jawapan : Kedua-dua ayat yang anda kemukakan itu betul dalam bahasa Melayu. Jawapan : Penggunaan untuk dan bagi dalam ayat-ayat tertentu memang boleh ditukar ganti tanpa menjejaskan maksud ayat.(salah jika menggunakan bagi ) 121. (b) Kereta Ravi pula ditanduk oleh lembu yang menanduk kereta saya itu.Ayat pasif biasa ialah Pokok itu saya tebang.penggunaan untuk lebih tepat berbanding bagi . (a) Hadiah ini untuk awak. 120. (e) Buku itu akan dibeli oleh Fatin kalau ayah membenarkannya atau Fatin akan membeli buku itu kalau dibenarkan oleh ayah.di bawah ini.Ayat (a) ialah ayat pasif songsang yang telah mengalami proses transformasi songsang.Namun begitu.Benarkah pendapat ini.(salah jika menggunakan bagi ) (b) Ayah membeli kereta untuk ibu. (a) Saya dipandang oleh beliau ketika beliau berdiri di situ. (c) Bahawa wabak taun telah merebak di situ dilaporkan oleh akhbar itu. bagi ayat yang menyatakan maksud bahagian yang ditentukan atau diperuntukkan .

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful