Tajuk 1

Perkembangan dan Penguasaan Bahasa

1. Tahap Perkembangan Bahasa Perkembangan bahasa dan pertuturan kanak-kanak dipengaruhi oleh perkembangan intelek, umur, pengaruh persekitaran, dan juga kematangan alat pertuturan. Apabila sampai pada peringkat umur tertentu kanak-kanak sudah boleh menuturkan perkataanperkataan, frasa, atau ayat mengikut tahap penguasaan bahasa mereka. Menurut Marilyn Friend (2005), masa yang paling kritikal dalam perkembangan bahasa dan pertuturan kanak-kanak adalah peringkat awal kanak-kanak. Beliau telah memberikan beberapa petunjuk penting perkembangan kanak-kanak normal seperti di bawah. Petunjuk perkembangan bahasa kanak-kanak : Umur Petunjuk perkembangan Umur 1 - Mengenal nama • Sudah boleh menyebut dua hingga tiga perkataan tambahan kepada“mama” dan “papa”. • Faham arahan mudah. Umur 1-2 : Faham perkataan “tidak”/ “no”. • Guna sepuluh hingga dua puluh perkataan, termasuk nama. • Menggabungkan dua perkataan – “Mak. Makan”. • Meniru bunyi binatang yang sudah biasa seperti lembu. • Melambai-lambai selamat jalan Umur 2-3 : Mengenal anggota badan Guna dua perkataan dalam frasa negatif - “tak mau”, “no want”. • Memahami konsep masa yang mudah - “esok”, “ semalam”. • Selesai masalah dengan bercakap, bukanya secara memukul atau menangis. • Menyesuaikan tiga atau empat warna, tahu tentang “kecil” dan “besar”. Umur 3-4 : Sudah boleh bercerita • Menguasai lebih kurang 1000 patah perkataan. • Memahami makna “kelmarin”, “makan tengah hari”. • Mula menurut arahan/perminatan –“Letak kasut di luar” Umur 4-5 : Menguasai lebih kurang 1,500 patah perkataan •

• •

Mengenal pasti segi tiga, bulatan, atau segi empat. Boleh bercakap angan-angan - “saya harap ….” • Banyak menyoal, termasuk “Mengapa…..?”

Umur 5-6 : Menguasai lebih kurang 2,000 patah perkataan • Memahami hubungan ruang seperti “atas” dan “belakang”. • Tahu alamat sendiri. • Tahu perkataan antonim mudah seperti “kecil – besar” • Membezakan tangan kanan dan kiri tanpa bantuan. • Menggunakan berbagai jenis ayat

2. Teori Pemerolehan Bahasa Teori Behavioris / Mekanis (B.F. SKINNER) Teori Behavioris menekankan kepentingan persekitaran dalam pembelajaran bahasa yang berlandaskan Teori Pelaziman Operan yang dipelopori oleh B.F.Skinner (1938). Menurut Skinner, pembelajaran bahasa kanak-kanak berlaku apabila ibu bapa atau ahli keluarga yang lain mengajar kanak-kanak bercakap dan memberi galakan dengan memberi ganjaran setiap kali kanak-kanak dapat meniru atau menyebut perkataan yang diajar itu. Ganjaran yang diberi adalah untuk mengukuhkan sesuatu perlakuan bahasa yang betul yang berjaya dilakukan oleh kanak-kanak. Di antara ganjaran yang diberikan adalah pujian seperti ”pandai”, senyuman, ciuman, tepuk tangan, pelukan, dan lain-lain yang boleh merangsang kanak-kanak bercakap. B.F. Skinner juga mengatakan bahawa manusia secara semula jadi dilahirkan dengan keupayaan mempelajari bahasa. Keupayaan bertutur adalah satu bentuk perlakuan manusia yang dikenali sebagai perlakuan bahasa yang terbentuk berdasarkan prinsip Teori Behavioris iaitu; Rangsangan tindak balas Dalam mempelajari bahasa, persekitaran mempunyai pengaruh yang sangat penting terhadap kanak-kanak. Pengaruh rangsangan persekitaran dalam bentuk bahasa dan bukan bahasa akan membantu kanak-kanak menguasai bahasa dengan lebih cepat. Manakala peneguhan yang diberi akan merangsang kanak-kanak mengulang-ulang percakapannya.

Teori Mentalis/Innatis (NOAM CHOMSKY)

Teori ini dikemukakan oleh Noam Chomsky (1959) yang mengatakan bahawa pemerolehan bahasa berlaku secara mentalis. Menurutnya, kanak-kanak dilahirkan dengan alat pemerolehan bahasa yang bersifat universal. Melalui alat ini kanak-kanak berpotensi secara semula jadi untuk mempelajari bahasa apa sahaja Chomsky mendasarkan teorinya kepada satu hipotesis iaitu Hipotesis Nurani ( The Innateness Hypothesis) yang mengatakan bahawa otak manusia telah dipersiapkan secara semula jadi (genetik) untuk berbahasa. Otak manusia telah diperlengkapkan dengan struktur bahasa sejagat yang dikenali sebagai LAD ( Language Acquisition Device). Bagi menguatkan teorinya tentang LAD, Chomsky memberikan empat kenyataan iaitu; i. proses pemerolehan bahasa semua kanak-kanak boleh dikatakan sama; ii. proses pemerolehan bahasa ini tidak ada kaitannya dengan kecerdasan (anak yang IQ-nya rendah juga juga memperoleh bahasa pada masa dan cara yang hampir sama ); iii. proses pemerolehan bahasa tidak pula dipengaruhi oleh motivasi atau emosi kanakkanak ; dan iv. tatabahasa yang dihasilkan oleh semua kanak-kanak boleh dikatakan sama. Berkaitan dengan keupayaan sejadi (innate) kanak-kanak dalam mempelajari bahasa ibundanya, Chomsky memberikan tiga hujah berikut; i. wjujudnya unsur-unsur kesejagatan dalam sesuatu bahasa iaitu kesejagatan formal yang terdiri daripada ciri-ciri tatabahasa dan kesejagatan substantif yang berupa kategori-kategori tatabahasa; ii. bentuk-bentuk ujaran yang didengari kanak-kanak tidak akan diperolehinya tanpa keupayaan sejadi; dan iii. kanak-kanak boleh menguasai bahasa ibundanya dalam tempoh 4 hingga 5 tahun dan tanpa keupayaan sejadi bahasa itu tidak akan dikuasai.

Teori Kognitif (JEAN PIAGET) Teori Kognitif berlandaskan pandangan Piaget seorang ahli psikologi berbangsa Swiss. Menurut Piaget, perkembangan bahasa kanak-kanak berkait rapat dengan perkembangan mentalnya. Malah beliau berpendapat bahawa bahasa kanak-kanak itu adalah manifestasi penting daripada perkembangan mentalnya. Untuk memperoleh penguasaan bahasa seseorang kanak-kanak perlu melalui beberapa peringkat perkembangan kognitifnya. Peringkat pertama dikatakan sebagai peringkat deria-motor iaitu kanak-kanak berumur

com/2009/04/pengenalan-bahasa. Pengetahuan digambarkan dalam pelbagai bentuk simbolik. Umur selepas 12 tahun dikatakan sebagai peringkat operasi formal.dalam lingkungan 18 bulan hingga 2 tahun. Perkembangan bahasa melibatkan proses kognitif dan proses interaksi bahasa. Seseorang menghasilkan bahasa apabila dia memerlukannya. kanak-kanak memasuki peringkat tahap pemikiran praoperasi konkrit. Peringkat ketiga adalah operasi konkrit (7 – 12 tahun) iaitu sudah dapat menguasai beberapa kemahiran seperti hukum pengekalan. Sebagai contoh cikgu Zainal melakukan aktiviti lakonan agar muridnya berinteraksi antara satu sama lain dengan menggunakan bahasa. konsep hubungan. Melalui interaksi. dan persirian. Pada peringkat ini kanak-kanak membentuk skemata atau struktur kognitif hasil daripada interaksi yang aktif dengan persekitaran. Hasil interaksi yang dilakukan akan mempengaruhi kanak-kanak untuk mempelajari sistem bahasa. Dalam lingkungan umur 4 tahun kanak-kanak sudah mula pandai bercakap dan boleh membentuk ayat serta memahami percakapan orang lain.blogspot. http://anuarsped. Dari umur 2 hingga 7 tahun. Dalam peringkat ini penguasaan bahasa kanak-kanak semakin berkembang.html Teori Interaktionis (HALLIDAY) Teori ini mementingkan aktiviti komunikasi. pengkategorian. terhasillah ayat penyata dan ayat perintah. Pandangan ahli Interaksionalis • Kanak-kanak perlu didedahkan kepada interaksi linguistik bagi menggambarkan bentuk linguistik yang jelas dan tepat Pandangan Dalam P&P • • • • • Sebagai satu alat berinteraksi dan ia melibatkan proses mental dan linguistik Mementingkan proses pembentukanhipotesis mengenai undang-undang bahasa dalam p&p Seseorang pelajar perlu menggunakanstruktur-struktur bahasa yang betul darisegi tatabahasa dan makna Guru perlu banyak memberi latihan kepada murid Menganggap penyampaian makna (semantik) penting namun struktur bahasa perlu berjalan serentak Ini membantu murid menggunakan sistem bahasa yang dipelajari dengan betu • .

Hal ini disebabkan jika perkembagan kanak-kanak diurus dengan baik. kemungkinan besar tidak dapat menguasai kemahiran bahasa dan mempelajari dengan lebih lambat jika berbanding dengan kanak-kanak biasa. Faktor-faktor yang mempengaruhi Pemerolehan bahasa. kematangan otak mereka dapat berkembang dengan normal dan tidak mempengaruhi mereka untuk menguasai kemahiran bahasa. Persekitaran . Mereka mempunyai kemahiran mendengar dan kemahiran pemprosesan maklumat yang baik. Kematangan • Faktor kematangan mempengaruhi perkembangan bahasa kanak-kanak. ibu bapa perlu mengetahui tahap persekitaran. Kematangan otak kanak-kanak yang berkembang dengan cepat dapat menguasai kemahiran bahasa.scribd. perkembangan otak kanak-kanak yang kurang matang atau tidak matang.com/doc/3951911/TEORI-PEMEROLEHAN-BAHASA-1 3. Setiap kanak-kanak mempunyai tahap perkembangan yang berlainan. jadi mereka dapat mempelajari bahasa dan memahaminya dalam tempoh yang singkat. Oleh itu. Sebaliknya. kegiatan dan rangsangan yang sesuai dengan kebolehan dan kesediaan anak mereka. • Selain itu. perkembangan perkembangan yang berlaku pada satu tahap juga akan kanak-kanak dan sedar bahawa untuk menyediakan mempengaruhi tahap seterusnya.Prinsip P&P Interaksionalis • • • Penyampaian makna bermakna dalam komunikasi Pembelajaran bahasa merupakan proses mental dan linguistik P&P perlu penumpuan terhadap aktiviti yang bermakna http://www.

Ibu bapa perlu sering mengajar dan melatih anak mereka bercakap dan membaca kerana ini dapat membantu kanak-kanak menguasai kemahiran bahasa dengan baik. iklim psikolois dan iklim belajar serta hubungan antara keluagra. sumber belajar. Biasanya disebabkan semasa dilahirkan tidak cukup bulan. • Lingkungan sekolah juga memegang peranan penting bagi perkembangan belajar kanak-kanak. Untuk sarana prasarana. Kognitif • Perkembagan otak yang tidak sempurna akan menyebabkan kognitif kanak-kanak terjejas. Keadaan belajar di sekolah akan meningkatkan kemahiran bahasa kanak-kanak. mempengaruhi pemerolehan bahasa kanak-kanak. . kekurangan oksigen semasa dilahirkan atau kelahiran yang amat sukar. pihak sekolah mestilah menyediakan suatu persekitaran pembelajaran bahasa yang selesa dan baik. Sedang kondisi dan suasana sosial psikologis dalam keluarga menyangkut keutuhan keluarga. Lingkungan sekolah ini berupa lingkungan fisik sekolah dan lingkungan sosial.• • Faktor-faktor persekitaran merangkumi keluarga dan sekolah yang mempengaruhi pemerolehan bahasa. Lingkungan fisik dalam keluarga adalah keadaan rumah. Hal ini disebabkan. Perkembangan otak yang lebih lambat akan menyebabkan pemerolehan bahasa kanak-kanak kurang memuaskan. sarana prasarana di rumah dan suasana dalam rumah atau disekitar rumah. tempat belajar. • Ibu bapa berperanan dan bertanggungjawab untuk membantu anak mereka dalam pemerolehan bahasa. Lingkungan keluarga yang berpengaruh terhadap perkembangan belajar anak berupa fisik dan sosial psikologis. dan media belajar. Keluarga merupakan lingkungan pertama dan utama yang memberikan landasan dasar bagi proses belajar pada lingkungan sekolah dan masyarakat. Lingkungan fisik meliputi linkungan sekolah. kanak-kanak mendapatkan pengetahuan lain yang lebih banyak dan kompleks di sekolah berbanding dengan keluarga.

4.• Menurut penemuan psikolinguistik kognitif. Pengetahuannya tentang dunia di sekelilingnya itulah nanti akan menjadi dasar bagi dirinya untuk pemerolehan bahasa dan bacaannya. cara mereka bermain dan contengan yang mereka lakukan membentukkan makna yang tertentu (Vygotsky. isyarat (gesture). Permulaan kanak-kanak diperhatikan melalui tingkah laku mereka. Alat-alat artikulasi dapat dilihat seperti yang berikut: • 1 2 3 4 Bibir atas Bibir bawah Gigi atas Gigi bawah 11 12 13 14 Tengah lidah Belakang lidah Akar lidah Epiglotis . perbualan. 1978). Alat artikulasi • Alat-alat artikulasi adalah alat-alat atau organ-organ yang mempunyai peranan untuk berfungsi dalam mengeluarkan bunyi-bunyi bahasa. Menurut aliran ini membuktikan bahawa apabila seseorang individu itu dilahirkan dia terus berusaha untuk mempelajari dunia di persekitarannya melalui pancainderanya. pemerolehan bahasa dan keupayaan membaca seseorang individu bermula sejak ia dilahirkan malah kanak-kanak sememangnya perkembangan telah mula belajar menulis sejak dari belajar peringkat menulis awal boleh mereka.

tengah lidah. Bahagian lidah terbahagi empat bahagian.iaitu hujung lidah. tengah dan belakang. Bibir terdiri daripada otot-otot kenyal yang boleh dibundarkan dan dihamparkan dan juga berperanan mengeluarkan bunyi yang berbagai-bagai. Kedudukan gigi hanyalah statik dan kebiasaannya digunakan sebagai penampan aliran udara dalam penghasilanbunyi. Bibir Atas dan Bibir Bawah • Bibir adalah alat artikulasi yang terletak pada bahagian luar daripada rongga mulut.5 6 7 8 9 10 Gusi Lelangit keras Lelangit lembut Anak tekak Hujung lidah Hadapan lidah 15 16 17 18 19 20 Pita suara Rongga tekak Rongga Hidung Rongga mulut Rahang Tenggorok 1. hadapan lidah. 1. Hal ini membolehkan lidah dapat membuat deskripsi pelbagai jenis penghasilan bunyi dengan adanya pembahagian-pembahagian ini. dihamparkan dan dibundarkan. • Hujung lidah merupakan bahagian yang paling berperanan dan boleh digerakkan ke mana-mana bahagian mulut untuk membuat penyekatan udara. iaitu bunyi vokal hadapan. dan belakang lidah. . • Selain itu. Bibir juga menjadi sempadan paling luar daripada rongga mulut. Lidah • Lidah ialah alat artikulasi yang terpenting dan paling aktif dalam penghasilan bunyi bahasa. bahagian hadapan lidah. Penampan aliran udara inilah yang telah menghasilkan bunyi. Gigi • Gigi juga mempunyai peranan yang penting dalam penghasilan bunyi bahasa tetapi peranannya pasif dan tidak aktif. Kedua-dua bibir (atas dan bawah) dapat digerakkan. 1. tengah lidah dan belakang lidah memainkan peranan yang penting dalam penghasilan bunyi-bunyi vokal.

Misalnya. Gusi memainkan peranan dalam penghasilan bunyi-bunyi seperti bunyi [ t ]. Justeru itu. untuk menyembunyikan bunyi [ m ] misalnya. Lelangit keras bermula dari sempadan gusi di bahagian hadapan atas rongga mulut dapat diturun naikkan untuk menutup atau membuka saluran rongga tekak terus ke rongga hidung. 1. Rupanya cembung dan menurun dari gigi ke bahagian dalam rongga mulut. manakala jika menyembunyikan bunyi [ u ] bibir menjadi bundar. Lelangit • Lelangit dapat dibahagikan kepada dua bahagian. 1. Apabila membunyikan bunyi [ i ] misalnya keadaannya menjadi terhampar. [ l ] dan sebagainya dengan bantuan hujung lidah yang berfungsi membuat penyekatan. Apabila dinaikkan. w dan v.untuk menghasilkan bunyi b. iaitu lelangit lembut dan lelangit keras. alat artikulasi ini amat penting bagi menentukan sama ada bunyi yang dikeluarkan itu bunyi sengau ataupun tidak. rongga mulutakan terbuka dan udara akan keluar melalui rongga mulut dan apabila diturunkan. bunyi yang keluar bukanlah bunyi sengau. Tulang Rahang • Tulang rahang juga terlibat dalam penghasilan bunyi-bunyi bahasa dalam menentukan kedudukan gigi dan bibir. Lelangit lembut menganjur dari sempadan lelangit keras hingga ke akhir rongga mulut.udara disekat di bibir. Bibir juga berfungsi dalam membuat sekatan kepada udarayang keluar daripada rongga mulut. rongga mulut akan tertutup dan udara terpaksa keluar melalui rongga hidung. Gusi • Gusi merupakan bahagian yang terletak di antara gigi dan lelangit keras. Apabila lelangit lembut diturunkan. bunyi yang keluar adalah sengauan manakala jika dinaikkan. [ d ]. Tulang rahang memainkan peranan utama kerana mulut akan terbuka luas jika rahang dibuka dan tertutup jika rahang ditutup. Organ ini digunakan sebagai daerah sebutan. 1. .

ia menjadi luas. glotis akan menjadi sempit atau tertutup dan apabila diregangkan. Di samping itu. Jika laluan udara itu menggetarkan pita. glottis terbuka. • Tambahan lagi. . Anak Tekak • Lokasi anak tekak terletak di bahagian belakang rongga mulut dan berhampiran dengan lelangit lembut (anak tekak bersambungan dengan lelangit lembut). pita suara direnggangkan supaya arus udara boleh melalui tanpa sekatan. Manakala jika pita suara tidak bergetar. Ruang di antara kedua-dua selaput digelar glotis.1. dalam pernafasan biasa. Anak tekak berperanan sebagai alat artikulasi bersama dengan lelangit lembut khususnya dalam menentukan sama ada sesuatu bunyi yang hendak dikeluarkan itu bunyi sengau atau tidak. misalnya [ a ]. bunyi yang dihasilkan dikatakan bunyi yang tidak bersuara. Pita suara terdiri daripada dua keping selaput yang boleh terbuka dan tertutup. anak tekak juga boleh digerak-gerakkan sama ada dinaikkan atau diturunkan. Rongga Hidung • Terletak di atas rongga mulut yang dipisahkan oleh lelangit. 1.bunyi yang dihasilkan disebut bunyi bersuara. terjadilah bunyi letupan pita suara. Dalam peti suara. maka udara dari paru-paru dapat lalu. Apabila kedua-dua selaput itu dirapatkan. 1.misalnya [s]. terdapat otot-otot selaput nipis yang dikenali sebagai pita suara. Jikalau glotis dirapatkan serapat-rapatnya dan tekanan udara dari paru-paru yang kuat menyebabkan rapatan itu dilepaskan serta merta. Makna kata. • Sewaktu pernafasan biasa. jika glotis dirapatkan tetapi tidak menutup keseluruhan ruang. Pita Suara • Peta suara terletak dalam ruang tenggorok (halkum) dan amat penting dalam penghasilan bunyi. Rongga hidung boleh dibuka atau ditutup. bergantung kepada keadaan sama ada anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan atau tidak.

➢ Selain itu.5. ➢ Murid juga mengalami kesukaran mengingati nama kawan-kawan dan anggota keluarga serta menyenaraikan waktu dan tarikh. ➢ Bahasa-bahasa yang diajar mudah dilupai oleh murid. Mereka lemah dalam mengimbas kembali pengajaran yang telah diajar di dalam kelas. ➢ Apabila ditanya soalan. Hal ini demikian murid tidak dapat menyerap dan memahami fakta-fakta tersebut di dalam minda. Menyatakan Sesuatu yang Abstrak ➢ Murid mengalami kesukaran membezakan sesuatu yang abstrak seperti perasaan. ➢ Fakta-fakta yang telah murid dengar juga sukar untuk mereka ingat selepas pengajaran. Setiap kali guru perlu mengulangi arahan dan soalan secara berkali-kali agar murid dapat menjawab dan mengikut arahan guru. murid juga tidak dapat menjawab soalan secara spontan. Memahami Perkataan Pelbagai Makna ➢ Biasanya murid yang menghadapi masalah memahami perkataan pelbagai makna mempunyai kognitif yang rendah. ➢ Keliru dan sukar membezakan perkara yang abstrak disebabkan oleh pemprosesan maklumat di dalam otak mereka. ➢ Mereka mempunyai ingatan yang lemah terutamanya dalam kemahiran bahasa. Menggunakan Ayat yang Betul dan Lengkap . ➢ Murid juga keliru dengan perkataan yang pelbagai makna dan tidak boleh menggunakan perkataan tersebut dengan betul. Masalah dalam Penguasaan Bahasa Mengingat Kembali Perkataan ➢ Sesetengah murid akan mengalami masalah dalam mencari semula perkataan. murid akan menjadi kaku dan bisu.

perlu menggunakan gaya yang berbeza supaya dapat berkomunikasi dengan berkesan. bukan bahasa sahaja aspek yang penting. ➢ Murid suka memperbanyakkan penggunaan perkataan seperti “apa tu……”. ia juga merangkumi aspek pengunaan bahasa. gaya berkomunikasi juga amat penting. ➢ Contohnya pada majlis rasmi. Cth: bapa topi. “err……”. ➢ Murid-murid suka menjawab @ menjelaskan jawapan yang tidak setampil dengan soalan yang ditanya dan ketidakbolehan mereka dalam mengeluarkan penjelasan yang lengkap dan baik walaupun mengetahui jawapan tersebut. ➢ Dalam aspek gaya berkomunikasi. Menghasilkan mesej yang kompleks . Merreka tidak dapat menggunakan bahasa (perkataan / frasa) yang betul untuk menjelaskan suatu konsep atau fakta. ➢ Pendengar yang berbeza status. ➢ Semasa berkomunikasi. (topi bapa) serta menambah dan mengurang sesuatu perkataan dalam ayat. kita perlu menggunakan gaya yang formal dan menggunakan bahasa yang lebih formal dan bersesuaian. Memberi Penjelasan ➢ Murid-murid sukar menjelaskan sesuatu dengan menggunakan bahasa. Mempelbagaikan gaya berkomunikasi ➢ Semasa berkomunikasi. ➢ Mereka sering menterbalikan ayat. ➢ Ucapan murid biasanya dituturkan dalam keadaan terbalik ataupun silap.➢ Kesukaran murid dalam menghasilkan perkataan untuk menyampaikan sesuatu pandangan atau kesukaran memahami pertuturan dan mencari perkataan yang tepat semasa bertutur. perlu menunjukkan gaya yang berpatutan dan menggunakan bahasa yang tepat.

www.blogspot. Kamus Perdana Edisi Ketiga.➢ Murid yang bermasalah dalam bahasa. perasaan. Prinsip-prinsip Intervensi Bahasa Mempelajari perkara yang mudah kepada sukar ➢ Murid perlu diajar daripada perkara yang mudah kepada yang kompleks dengan dikaitkan dengan bahasa. suatu yang abstrak.com/doc/view. ia adalah mustahil untuk menyampaikan suatu maklumat yang lengkap. ➢ Mereka tidak dapat menghasilkan mesej yang kompleks seperti melibatkan emosi. tidak akan dapat menghasilkan mesej yang kompleks.com/feeds/8212937574644113700/posts/default?startindex=26&max-results=25 Cheng Song Huat. Memaklumkan sesuatu maklumat ➢ Tanpa menggunakan bahasa. ➢ Contohnya. ➢ Guru memulakan intervensi bahasa dengan memperkenalkan perkataan terlebih dahulu kepada murid. suatu yang adjektif dan sebagainya.blogger. ➢ Contohnya saya mahu makan. Selangor: United Publishing House (M) Sdn.keepandshare.php?id=587498&da=y http://www. http://ain-sinarilmu. 2008. jika seorang penyampai ingin menyampaikan suatu suatu maklumat. penyampai perlu menggunakan bahasa yang betul supaya pendengar dapat memahami maklumat yang ingin disampaikan. ➢ Mereka hanya dapat menyatakan suatu mesej yang ringkas. Kemudian diikuti dengan konsep atau peraturan membina ayat mengikut urutan perkembangan bahasa yang normal iaitu dari mudah kepada yang lebih sukar. Bhd.com/2009/10/prinsip-prinsip-asas-intervensibahasa.html 6. . ➢ Bahasa adalah penting dalam menyampaikan suatu maklumat. ➢ Di dalam suatu ayat mesej sukar merangkumi dua atau lebih makna. Lai Choy.

Definisi Kemahiran Lisan DEFINISI KEMAHIRAN LISAN ➢ Lisan adalah pertuturan atau percakapan. . ➢ Ini bermakna kemahiran lisan merangkumi dua kemahiran penting iaitu mendengar dan bertutur. Tajuk 2 Kemahiran Lisan 1. seseorang itu perlu menguasai kedua-dua kemahiran ini. guru mengajar murid dengan perkataan seperti ’bola. ➢ Sebagai contoh. ➢ Bagi menguasai kemahiran lisan dengan baik. Malah bagi kes masalah pendengaran yang teruk (pekak). kanak-kanak tersebut tidak dapat bertutur langsung atau dikatakan sebagai bisu. Berdasarkan definisi mendengar ini. ➢ Apabila seseorang bertutur.Mengajar perkataan asas kepada yang kompleks ➢ Guru perlu mengajari muridnya penggunaan perkataan baru yang biasa digunakan dahulu dan tingkatkan penggunaan dalam konteks yang lebih sukar. baju’. iaitu: i. Lundsteen (1979) telah mendefinisikan mendengar sebagai satu proses minda yang memberi makna kepada bahasa pertuturan. ➢ Kemudian. ia bukan hanya melibatkan kemahiran bertutur sahaja tetapi juga melibatkan kemahiran mendengar. ayam. ➢ Contohnya. Contoh-contoh tersebut adalah perkara yang paling biasa pada murid dan merupakan objek yang di sekitar mereka. Pendengaran (Hearing) – iaitu proses fisiologikal yang merangkumi ketajaman pendengaran atau keupayaan mendengar. ➢ Mendengar: • • • Mendengar adalah kemahiran awal yang dikuasai oleh kanak-kanak dalam perkembangan pemerolehan bahasanya. Jalongo (1992) menyatakan bahawa kemahiran lisan melibatkan tiga perkara penting. dan persepsi pendengaran iaitu keupayaan untuk membezakan bunyi-bunyi. guru bolehlah mengajar yang lebih kompleks seperti imbuhan dan perkataan yang lagi kompleks seperti perkataan majmuk. iaitu dari sedikit kepada banyak. kanak-kanak yang mengalami masalah pendengaran akan mengalami masalah pertuturan juga.

membayangkan. ii. menghubungkan bunyi sesuatu yang sudah diketahui. Husin. Auding – iaitu tingkah laku pemahaman yang bermula daripada pendengaran dan mendengar.  Kesukaran memahami bunyi berurutan dan mengubah urutan huruf semasa menulis. dan memilih petunjukpetunjuk isyarat (cues) daripada persekitaran. Sebab itulah orang dewasa perlu menunjukkan model pertuturan yang baik kepada kanak-kanak bagi membolehkan mereka bertutur dengan berkesan.  Tidak dapat membunyikan semula dan mengingati huruf dalam perkataan serta tidak boleh menyebut perkataan bermakna. menjadi peka.ia merupakan kemahiran berinteraksi dalam suasana berbahasa manusia ( Kamarudin Hj. 2.  Ketidakupayaan membahagikan perkataan kepada suku kata atau bunyi. Masalah Mendengar  Dikriminasi auditori menyebabkan sukar belajar menggunakan kaedah fonetik. Rangsangan dan ganjaran yang diterimanya akan menggalakkannya mengulang-ulang perkataan yang disebutnya sehingalah ia dapat menguasai pertuturan yang lebih kompleks. Kemahiran bertutur dikuasai oleh kanak-kanak hasil daripada meniru atau mengajuk pertuturan orang dewasa di sekelilingnya. ➢ Bertutur: • Bertutur adalah kegiatan melafazkan bunyi-bunyi yang dilahirkan daripada • • • • alat sebutan (artikulator) . kanak-kanak akan mula berinteraksi dengan orang lain di sekelilingya. Mendengar (Listening) – merupakan bentuk tingkah laku persepsi iaitu memberi tumpuan. Strategi Mengatasi Masalah Mendengar 1. Auding termasuklah memperoleh makna daripada apa yang diudengar. dan menyimpan urutan bunyi dalam ingatan. 3. menyusun. dan menghargai apa yang didengar. iii. Apabila kemahiran bertutur sudah dikuasai.mengadun bunyi-bunyi. Membezakan bunyi: ✔ Mengenalpasti bunyi sama ada ia sama atau berbeza dengan bunyi yang lain: . 1978).

ibu dan ayah 1-3 suku kata kereta. kerusi. Mengguna dua atau tiga benda maujud. Meskipun ada banyak jenis persepsi.blogspot. anak dengan gangguan pendengaran atau persepsi visual dapat di kedudukan . Masalah Bertutur 1. 2. bola kecil dan lain-lain. baju kotor.com/2009/04/kemahiran-lisan. contoh: surat khabar. Mengecam bunyi/perkataan: ✔ Memahami bahawa setiap bunyi membawa maksud tertentu. Karena begitu banyak maklumat di kelas dan di rumah disajikan secara visual dan / atau secara lisan. matahari.Membezakan bunyi bunyi binatang / kenderaan / benda yang mengeluarkan bunyi. sama ada (1-4 suku kata) – pembaris. rendah kekuatan bunyi yang kuat dan perlahan mula dipelajari.bom 1-2 suku kata mata. pemprosesan "visual dan pendengaran" dan "persepsi visual dan pendengaran".i. ✔ Nama ahli keluarga / tumbuhan / benda persekitaran / anggota tubuh (1-2 suku kata). pendek. Kemahiran suprasegmental seperti nada panjang. serigala. dua bidang paling umum dari kesulitan terlibat dengan ketidakmampuan belajar visual dan persepsi auditori. ✔ Benda yang mempunyai 2 perkataan / frasa. ii. Membeza bunyi suara manusia dengan bunyi yang lain. Auditori Visual Visual dan pemprosesan pendengaran adalah proses pengakuan dan menafsirkan maklumat yang diambil dalam melalui indera penglihatan dan suara. seringkali digunakan bergantian. kok kok. Sumber rujukan: http://anuarsped. cermin mata.pen. jam. Sudah mengenal objek yang diminta dan memahami arahan ringkas. kelapa 1-4 suku kata matahari. sama ada (1-3 suku kata) – telefon. Contoh. tinggi. Istilah. ✔ Menggunakan 4 hingga 8 benda maujud / gambar bunyi binatang / kenderaan / benda yang mengeluarkan bunyi. ayam kucing Nama ahli keluarga/anggota badan / binatang / tumbuhan / benda persekitaran (1 suku kata) bas.html http://www.com/presentations/93362/TERAPI-PERTUTURAN http://www. Contoh: miaw.com/presentations/93684/Disleksia 4. pen biru.slideboom.slideboom.

yang kurang menguntungkan dalam situasi tertentu. Maklumat berikut ini menggambarkan dua jenis gangguan, implikasi pendidikan mereka, beberapa intervensi dasar dan apa yang harus dilakukan jika ada masalah disyaki. Visual pemprosesan gangguan Sebuah pemprosesan visual, atau persepsi, gangguan merujuk pada kemampuan terhalang untuk memahami maklumat yang diambil melalui mata. Hal ini berbeza dari masalah yang melibatkan penglihatan atau ketajaman visi. Kesulitan dengan pemprosesan visual mempengaruhi bagaimana maklumat visual diinterpretasikan, atau diproses oleh otak. 2. Auditori Memori Memori auditori adalah kemampuan untuk memproses maklumat yang disajikan secara lisan, menganalisis secara mental dan menyimpannya menjadi ingatan kemudian. Mereka yang mempunyai kapasiti yang kuat untuk memori pendengaran disebut pelajar pendengaran. Kemampuan untuk belajar dari arahan lisan dan penjelasan adalah kemahiran asas yang diperlukan sepanjang hidup. Kanak-kanak dengan kemahiran belajar lemah pendengaran sering mengalami kesulitan memahami apa ertinya kata-kata, dan boleh menunjukkan pemahaman yang tertunda bahasa. Hal ini kerana phonics memerlukan memori jangka pendek pendengaran bagi kanak-kanak untuk mengingati kata dan sepotong suara mereka bersama-sama untuk membentuk kata-kata. Selanjutnya, kerana ramai anak-anak menghadapi, masalah dengan belajar auditori ini, cenderung kepada memakan masa yang lebih lama untuk belajar membaca, dan penangguhan ini dapat dinampak pada kemudian hari dengan mengahadapi masalah membaca dan kemahiran menulis.

5. Strategi Pengajaran-Pembelajaran Bertutur Latih tubi Teknik latih tubi adalah merupakan pengulangan fakta- fakta atau kecekapan yang diajar. Tujuannya teknik ini diajar ialah untuk mencapai taraf kemahiran tersebut atau untuk melekatkan sesuatu perkaitan supaya menjadi kekal. Teknik ini perlu dielakkan dalam pengajaran mata pelajaran sains atau mata pelajaran yang bercorak kemasyarakatan, kerana latih tubi dalam mata pelajaran ini akan menggalakkan hafalan. Amat sesuai untuk mencapai sesuatu kemahiran seperti melukis peta, menyebut perkataan, atau mengingat fakta-fakta yang terpenting .Terdapat beberapa kelemahan dalam menggunakan teknik latih tubi ini antaranya ialah mengehadkan

kebebasan berfikir dan daya kreatif murid dalam sesuatu tugasan dan mungkin akan menimbulkan satu situasi yang sangat membosankan kepada murid-murid. Seterusnya ialah maklumat yang diberikan adalah bersifat tidak kekal sekiranya tidak digunakan secara berterusan. Kelemahan yang seterusnya ialah akan menjadikan pembelajaran sebagai satu tindakan mekanikal. Soal jawab Strategi soal jawab merupakan strategi yang berpusatkan pelajar iaitu berfokuskan kepada bentuk-bentuk komunikatif seperti meminta maaf, bercerita, melapor dan lainlain. Situasi ini berlaku dalam amalan masyarakat sehari-hari. Melalui pendekatan ini, penekanan tentang penyerapan bentuk gramatikal adalah bagi tujuan komunikasi. Pendekatan ini wujud disebabkan didapati pendekatan yang lain lebih mementingkan penguasaan bahasa pada peringkat membina ayat-ayat yang betul secara pencilan yang terkeluar daripada konteks wacana. Hasilnya, pelajar tidak menguasai kecekapan berkomunikasi. Dalam pendekatan komunikatif ini, beberapa prinsip perlu dipatuhi oleh guru agar pelajar dapat menggunakan bahasa yang betul dalam berkomunikasi antaranya ialah murid perlu mengetahui aktiviti yang dilakukan dan guru haruslah merancang terlebih dahulu aktiviti agar murid mengunakan bahasa dalam berkomunikasi. Nyanyian Strategi ini merupakan strategi yang berpustkan pelajar iaitu menyerapkan bahasa yang hendak diajar kepada lyric music yang digemari oleh murid. Ini dapat membolehkan murid lebih mengingati tentang pengajaran yang diajar seterusnya lebih berfokus kepadan apa yang diajar. Strategi ini juga dapat mengukuhkan peringatan murid . Choral Speaking Berbicara merupakan kompetisi paduan suara yang diadakan oleh kementerian pendidikan. kompetisi ini bertujuan untuk menggalakkan dan meningkatkan penggunaan bahasa Inggeris di kalangan pelajar. Hal ini membangun rasa percaya diri pelajar untuk bercakap, membuat, menghafal dan exprss dalam Bahasa Inggeris Speaking gabungan suara adalah tafsiran puisi atau menimbulkan kumpulan-kumpulan, yang terdiri dari apa pun dari setengah lusin hingga seratus speaker. Ini melibatkan penggunaan penuh dan bervariasi dari suara individu membentuk kumpulan. Kemungkinan pembahagian kumpulan suara utuh ke dalam terang dan gelap, lantang dan tidak lantang, lelaki dan perempuan,dan sebagainya. Individu suara mungkin digunakan sebagai solo. Perbualan • Aktiviti perbualan kebiasaannya dilakukan berdasarkan sesuatu tajuk.

• • • •

Teknik perbualan bertujuan melatih murid berkomunikasi secara sosial seperti berbual melalui telefon. Perbualan hendaklah berkisar tentang perkara yang berlaku dalam kehidupan mereka setiap hari. Murid-murid boleh diminta bercakap tentang ibu atau bapa, kawan, hobi, permainan, dan sebagainya. Perbualan boleh berlangsung antara guru dengan murid atau sesama murid. Tajuk yang guru tetapkan hendaklah sesuai dengan pengalaman murid supaya mereka dapat berbual tentang tajuk itu. Guru menjalankan aktiviti perbualan sebaik-baiknya berdasarkan sesuatu tajuk. Kemungkinan tidak semua murid akan dapat peluang berbual dengan guru tersebut, oleh kerana itu bolehlah guru menyusun atau meminta murid-murid sendiri memilih kawannya. Dalam masa perbincangan dengan guru, tidak semestinya murid itu sendiri yang menceritakan hal dirinya atau keluarganya atau lain-lain mengikut tajuk yang telah ditetapkan tetapi murid yang dilawan berbual itu akan menceritakan semula apa yang telah diceritakan oleh rakan bualannya itu. Ketika murid bercerita atau selesai bercerita, guru menyusun strategi: 1. Guru menyenaraikan isi-isi yang telah disebutkan oleh murid-murid dalam perbualan itu. 2. Pilih satu daripada isi penting yang terdapat dalam senarai itu untuk dibincangkan dengan secara lebih mendalam. Sebaiknya guru merancang tajuk dan jika tajuk itu tidak disebut oleh murid, guru bolehlah kemukakan soalan yang boleh menerbitkan tajuk yang dirancangkan itu.

Puppet • Teknik Boneka dikenali juga sebagai teknik patung atau ”puppet”. • Teknik ini adalah antara teknik yang sangat digemari oleh kanak-kanak kerana pergerakan boneka dan dialog dalam lakonan boneka ini sangat menarik dan menghiburkan. • Ada kanak-kanak berkeperluan khas yang pendiam tetapi akhirnya mahu bercakap setelah gurunya menggunakan boneka untuk bercakap dengannya dan dia juga menggunakan boneka untuk menjawab soalan guru tadi. • Guru boleh menyediakan berbagai-bagai jenis boneka seperti boneka kayu, boneka sarung tangan, boneka tali, boneka piring dan sebagainya. • Namun, boneka yang dibuat oleh murid sendiri adalah lebih bermakna kepada mereka. • Bagi mencapai objektif pengajaran lisan, guru hendaklah memberi peluang muridnya bercakap atau berlakon dengan menggunakan boneka sesama mereka. Pemintal Lidah

peringkat pra-operasi (2-6 tahun). http://iptaa. kesediaan belajar merujuk kepada apa jua perkara yang dapat disampaikan secara berkesan kepada kanak-kanak pada bila–bila peringkat perkembangan. emosi dan fizikal. The shells she sells are sea shore shells. Kesediaan Membaca Definisi Kesediaan Membaca ➢ situasi yang wujud dalam diri seseorang individu yang memungkinkannya untuk belajar atau mungkin melibatkan ciri-ciri yang menghalang pembelajarannya.• Latih tubi pemintal lidah sangat penting untuk melatih kanak-kanak menyebut sesuatu bunyi dengan betul dan tepat. mengukuhkan asas mahupun peringkat-peringkat lain yang lebih tinggi. kesediaan membaca melibatkan sebarang aktiviti sebelum sesuatu peringkat bacaan dimulakan. sama ada di peringkat mendirikan asas. Definisi dan Konsep Membaca 2. . ➢ Mengikut Bruner (1966). ➢ Piaget (1966) mengaitkan kesediaan belajar dengan peringkat pembelajaran mengikut perkembangan kognitif kanak-kanak iaitu peringkat deria motor (0-2 tahun). ➢ Secara luas. Latih tubi jenis ini hanya menumpukan kepada bunyi tertentu yang menjadi masalah kepada kanak-kanak menyebutnya. Konsep Kesediaan Membaca ➢ Kemampuan seseorang untuk menerima pengajran dari segi mental. Contoh: a) Masalah menyebut fonem /p/ Pandang pandan tepi pagar depan padang b) Masalah menyebut fonem /s/ di awal perkataan ( contoh yang sangat popular digunakan dalam bahasa Inggeris) She sells sea shells at the sea shore. peringkat operasi konkrit (7–12 tahun) dan peringkat operasi formal (selepas 12 tahun).my/Portal/download/Bahasa%20Melayu%20Pend %20Rendah/ModulPGSRBMM3104/2.edu.pdf Tajuk 3 Kemahiran Membaca 1.

kesediaan membaca merangkumi kebolehan fizikal. dan organ pertuturan yang sempurna. iaitu untuk kanak-kanak yang belum didedahkan dengan sebarang aktiviti bacaan. dan sahsiah Keadaan rumah tangga dan cara asuhan akan mempengaruhi perkembangan emosi. Sebagai contoh. tetapi juga jenis pengalaman pendidikan. motivasi. ➢ Pengalaman Kesediaan murid untuk belajar di sekolah bukan sahaja bergantung kepada kematangan. kematangan sosial dan kematangan emosi. ➢ Emosi. dan sahsiah kanak-kanak.Kematangan boleh merupakan kematangan fizikal. Pengalaman yang disusun rapi dapat menolong kanak-kanak mempunyai kesediaan yang teratur dalam mata-pelajaran tertentu. Ia merupakan faktor-faktor asas yang mempengaruhi proses pembelajarannya. emosi dan mentalnya untuk menerima pengajaran bacaan asas. telinga. ➢ Keadaan fizikal Keadaan fizikal merujuk kepada keadaan mata.➢ Secara khusus. Kanak-kanak yang cerdas akan dapat . Faktor-faktor yang Mempengaruhi Kesediaan Membaca ➢ Kematangan Kematangan ialah salah satu daripada faktor kesediaan pembelajaran. ➢ Persekitaran Persekitaran yang intelektual yang memberi pengalaman-pengalaman bermakna akan dapat merangsang otak dan menimbulkan minat membaca. Kesemua sifat-sifat ini memang sedia ada di dalam diri setiap pelajar. kematangan intelek. kanak-kanak yang terdedah dengan pelbagai jenis bahan bacaan sejak lahir. ➢ Kecerdasan Kecerdasan dan perkembangan kognitif kanak-kanak sangat mempengaruhi kemahiran membaca kanak-kanak. motivasi. sentiasa melihat orang di sekeliling membaca dan ada pula orang yang membacakan buku cerita untuknya akan lebih cepat bersedia membaca berbanding dengan kanak-kanak sebayanya yang tidak mendapat peluang yang sama. Dorongan yang diberikan oleh ibu bapa boleh mempengaruhi sikap membaca kanak-kanak.

➢ Pengamatan Kemahiran membaca memerlukan keupayaan pengamatan yang kuat. ○ Kebolehan emosi – Minatnya terhadap bahan-bahan bacaan terutama buku cerita dan akan mendengarnya. kanak-kanak perlu mendiskriminasi huruf dan juga mendiskriminasi bunyi-bunyi huruf. kehendak. kesediaan membaca merangkumi. Faktor-faktor yang Menghalang Kesediaan Membaca ➢ Konsep kematangan mental – Gangguan kepada mental akan mengakibatkan masalah kepada kebolehan membaca Aspek Kemahiran Kesediaan Membaca ➢ Bagi kanak-kanak yang belum didedahkan dengan dengan aktiviti bacaan.menguasai kemahiran membaca dengan lebih cepat berbanding dengan kanakkanak lain yang sebaya dengannya. ○ Kebolehan fizikal – Keupayaan alat-alat sebutannya menghasilkan bunyi-bunyi yang akan diajarkan.com/2010/03/pengajaran-kemahiran-bahasa-melayu_19.scribd. Semasa membaca.blogspot.com/doc/12950789/konsep-kesediaan-membaca http://dadwayne.scribd. perasaan.html http://www. dan sebagainya semasa berkomunikasi. ➢ Penguasaan Bahasa Kanak-kanak yang menguasai bahasa dengan baik akan dapat belajar kemahiran membaca dengan cepat dan dapat membaca dengan baik kerana bahasa adalah alat manusia melahirkan fikiran. iaitu daya diskriminasi penglihatan dan pendengaran.com/doc/19688863/Konsep-kesediaan-membaca . ○ Kebolehan mental – Keupayaannya mengingat apa-apa yang akan diberitahu Sumber Maklumat: http://www.

dan sebagainya. ibu bapa yang kerap berbual dengan anak mereka. kanak-kanak yang lebih mahir dalam bahasa dapat mempengaruhi kemahiran membacanya.http://ms.scribd. kehendak . kegiatan sosio budaya. Persekitaran Persekitaran yang intelektual yang memberi pengalaman-pengalaman bermakna akan dapat merangsang otak dan menimbulkan minat membaca serta meningkatkan kemahiran membaca mereka. Misalnya mendengar cerita. Persekitaran rumah banyak memainkan peranan dalam menguasai kemahiran membaca. Dengan ini. Kanak-kanak yang menguasai bahasa dengan baik akan dapat belajar kemahiran membaca dengan cepat dan dapat membaca dengan baik kerana bahasa adalah alat manusia melahirkan fikiran. Semasa membaca kanakkanak perlu mendiskriminasi huruf dan juga mendiskriminasi bunyi-bunyi huruf. Ini termasuklah tahap pendidikan ibu bapa.org/wiki/Teori_pembelajaran_dan_pengajaran http://www.dan sebagainya semasa berkomunikasi. Oleh itu. . Kanak-kanak yang cerdas akan dapat menguasai kemahiran membaca dengan lebih cepat berbanding dengan kanak-kanak lain yang sebaya dengannya. iaitu daya diskriminasi penglihatan dan diskriminasi pendengaran. Faktor-faktor yang mempengaruhi Kemahiran Membaca Kognitif Kecerdasan dan perkembangan kognitif kanak-kanak sangat mempengaruhi kemahiran membaca kanak-kanak. Keadaan rumah tangga yang dan cara asuhan akan mempengaruhi perkembangan emosi.com/doc/20747438/BONEKA-SIAP 3.wikipedia. Kemahiran membaca memerlukan keupayaan pengamatan yang kuat. Dorongan yang diberikan oleh ibu bapa boleh mempengaruhi sikap membaca kanak-kanak. motivasi. dan sahsiah kanak-kanak. kestabilan sosio-ekonomi. lawatan ke perpustakaan atau ke kedai buku. pendapatan. corak interaksi dan komunikasi ke atas pembelajaran. perasaan. secara tidak langsungnya mempengaruhi kemahiran membaca kanak-kanak.

Pihak sekolah yang menitikberatkan budaya membaca dapat mempengaruhi kemahiran membaca murid-murid. Pendapatan ibu bapa berkait rapat dengan pembelajaran kanak-kanak termasuklah kemahiran membaca mereka. Pemilihan bahan Jenis soalan yang ditanya Jenis maklum balas yang diberi Suasana pembelajaran Dorongan Pengukuhan yang digunakan. Budaya ini diamalkan pada setiap guru dan murid agar peningkatan berlaku. rumah yang diisi dengan majalah. muzik. Budaya Budaya dikaitkan dengan tingkah laku dan kebudayaan yang dihasilkan oleh kumpulan budaya itu seperti seni. f. e. Apabila bahan bacaan yang dibaca oleh pelajar menarik minatnya. membeli buku rujukan. makanan. memberi tuition. Sekolah yang menyediakan persekitaran yang sesuai bagi membaca boleh memberikan kesan psikologi kepada pelajar supaya gemar membaca dan meningkatkan kemahiran membaca. Sememangnya. Semua ini dapat meningkatkan kemahiran membaca anak-anak. termasuklah : a. d. bahasa. surat khabar dan buku mempunyai dorongan untuk meningkatkan kemahiran membaca anak-anak. Dengan ini. Misalnya. Persekitaran sekolah juga boleh mempengaruhi kebolehan membaca kanak-kanak. tabiat dan sikap suka membaca dalam kalangan kanak-kanak. Bahan Rujukan: http://cikguhaidi. aktiviti membaca dan sebagainya.Ahli keluarga khususnya ibu bapa dan adik-beradik yang lebih tua merupakan role model dalam membina tingkah laku. Sosioekonomi Sosioekonomi lebih ditujukan kepada tanggungjawab ibu bapa. membeli alat elektronik yang mengajar pembacaan. keluarga yang lebih berpendapatan boleh menyediakan kemudahan yang mencukupi untuk meningkatkan kemahiran membaca anak mereka. c. Misalnya. Peranan guru dalam mengendalikan bilik darjah banyak mempengaruhi kemahiran membaca murid. Oleh itu. guru mengalakkan murid membaca bahan bacaan dan semakin lama budaya ini boleh mempengaruhi kemahiran membaca murid. mereka dapat menguasai kemahiran membaca. prasarana dan suasana yang selesa untuk membaca dan lain-lain lagi.com/2009/10/15/strategi-pengajaran-dan-pembelajaranbahasa-melayu-part-5/ .wordpress. ini memberikan respon yang positif dan mudah baginya memberikan tindak balas. setiap hari pada waktu 10 minit sebelum kelas bermula. b.

Kaedah dan teknik mengajar bacaan yang digunakan oleh guru hendaklah sesuai dengan kebolehan membaca murid. dan seterusnya kaedah-kaedah mengajar bacaan Bahasa Melayu. daerah. punca masalah membaca. dan diikuti dengan KBSM di sekolah menengah. guru hanya perlu sesuaikan kaedah-kaedah ini dengan keupayaan murid-murid. Bagi mengajar kanak-kanak berkeperluan khas. Pelaksanaan Program Pemulihan dan Pengayaan dalam kelasKBSR tidak mencapai tahap yang dijangkakan – menyebabkan terdapat sebilangan kanak-kanak tidak dapat menguasai kemahiran asas 3M hingga ke peringkat tahap II persekolahan rendah dan di peringkat persekolahan menengah. Masalah Bacaan Masalah bacaan di kalangan pelajar sekolah sekarang mendapat perhatian umum. Dalam tajuk ini anda akan didedahkan dengan jenis kesalahan bacaan.didapati ramai pelajar kita yang masih gagal menguasai 3M. Satu usaha terbesar yang dilaksanakan adalah KBSR yang bermatlamatkan kecemerlangan pendidikan sekolah rendah.com/2009/04/tajuk-5-kemahiran-membaca-pengenalan. dan peringkat nasional. Kerisauan tentang masalah ini bukan hanya pada ibu bapa dan guru-guru sahaja malah sudah hingga ke peringkat pemimpin tertinggi negara . Kemahiran membaca adalah merentas semua mata pealajaran dan kelemahan dalam kemahiran membaca akan menyebabkan pencapaian rendah dalam pelajaran di sekolah . Berbagai-bagai usaha telah dilaksanakan di peringkat sekolah. Masalah dalam Membaca PENGENALAN Masalah membaca di kalangan murid sekolah bukanlah perkara luar biasa lagi walaupun mereka telah mengikuti pembelajaran bacaan terutamanya dalam pelajaran mata pelajaran Bahasa Melayu. negeri. Namun selepas fasa pertama KBSM. Keadaan ini amat menakutkan apabila semakin ramai pelajar kita yang gagal membaca .blogspot. Adalah menjadi tugas guru mengesan kelemahan membaca muridnya dan seterusnya menjalankan pengajaran pemulihan bacaan dengan segera.html 4. Hakikat ini diakui dalam seminar Kebangsaan KBSR pada 1989 yang merumuskan.http://anuarsped. Berbagai-bagai kaedah dan teknik mengajar bacaan boleh digunakan oleh guru untuk mengajar bacaan.

atau frasa dibaca secara terbalik atau songsang.” dibaca sebagai ” Saya sangat suka makan rojak. perkataan. Manakala meninggalkan imbuhan adalah seperti ”mengandungi” disebut ”mengandung” dan sebagainya. manakala pembalikan perkataan dalam ayat berlaku apabila perkataan diubah kedudukannya. Sebagai usaha untuk memulihkan masalah bacaan murid di sekolah randah. Contoh . ”Bala” disebut ”laba”. dan imbuhan ditinggalkan ketika membaca. contoh: ”Dia makan nasi” dibaca sebagai ” Dia nasi makan”. seperti.” e) Pembalikan (reversals) Huruf. b) Ulangan (repetition) Mengulang-ulang perkataan atau suku kata semasa membaca dan perbuatan mengulang ini bukan disebabkan oleh masalah gagap. ”Saya suka makan rojak. ”kering” disebut ”kerin”. dan begitu juga dengan pembalikan frasa. perkataan. ” dibaca sebagai ”Buku itu tebal”. Manakala terdapat perkataan yang digantikan dengan perkataan lain sehingga boleh mengubah maksud ayat. f) Tidak kenal huruf . ”Buku itu sangat tebal. misalnya “buah” disebut “buwah”. Perkataan dalam ayat juga kerap ditinggalkan semasa membaca. Jenis Masalah Bacaan Masalah bacaan yang dihadapi oleh kanak-kanak dapat dilihat melalui aktiviti bacaan nyaring. d) Tambahan (insertion) Bunyi huruf atau perkataan ditambah semasa membaca. Manakala penambahan perkataan berlaku seperti berikut. misalnya ”buah” disebut ’uah”. Kementerian Pelajaran telah memperkenalkan pprogran Kelas Intervensi Membaca dan Menulis atau KIA2M. manakala aktiviti bacaan senyap hanya dapat dilihat melalui aspek bacaan kefahaman. c) Gantian (substitute) Menggantikan huruf atau perkataan dalam ayat yang dibaca. Antara masalah bacaan yang dihadapi oleh kanak-kanak adalah seperti berikut: a) membuang/meninggalkan (omission) Bunyi huruf. misalnya ”ladang” disebut ”lalang”.walaupun sudah memasuki sekolah menengah.

f) menunjuk perkataan dengan jari ketika membaca.teragak-agak bermaksud berhenti sejenak sebelum menyebut sesuatu perkataan ketika membaca disebabkan kanak-kanak tidak pasti akan bacaannya. guru juga perlu memerhati tingkah laku yang ditunjukkan semasa murid membaca yang boleh menunjukkan murid itu bermasalah dalam bacaan. dan sebagainya. i) kedudukan mata terlalu dekat dengan bahan bacaan. Keadaan ini menyebabkan kanak-kanak akan menyebut sesuatu huruf sesuka hati atau dengan meneka sahaja dan menjadikan perkataan itu tidak bermakna atau berlainan makna. b) bacaan tersekat-sekat iaitu perkataan demi perkataan dan tidak lancar. menggeleng kepada. d) membaca terlampau cepat atau gopoh tanpa menghiraukan tanda bacaan.Masalah tidak kenal huruf merupakan punca utama kebanyakan kanak-kanak gagal membaca dengan baik. j) cuba mengelak daripada aktiviti membaca. dan k) tidak boleh membaca langsung. Kesalahan-kesalahan di atas boleh mengubah makna perkataan atau ayat yang dibaca dan perlu diberi perhatian oleh guru untuk mengatasinya. Guru mestilah peka dengan petunjuk-petunjuk tingkah laku yang ditunjukkan oleh murid-muridnya kerana tingkah laku tersebut menunjukkan murid berkenaan menghadapi masalah dalam bacaan. e) membaca terlampau lambat atau merangkak-rangkak.Antara tingkah laku yang kerap ditunjukkan adalah seperti berikut: a) membatang suku kata terlebih dahulu sebelum dapat menyebut seluruh perkataan. g) Salah sebutan Salah sebutan terjadi akibat kanak-kanak tidak mengenal huruf atau tidak tahu membunyikan sesuatu huruf sehingga sesuatu perkataan tidak bermakna lagi dalam konteks ayat berkenaan. Ia mungkin juga disebabkan oleh kecederaan yang . h) Suara terlalu perlahan dan tidak jelas atau ”blurring”. mengerut dahi. Lemah daya ingatan Ingatan di otak kadang kala mendatangkan masalah seperti sel-sel di otak tidak dapat berhubung antara satu sama lain. c) teragak-agak (hesitation) . g) tingkah laku yang tidak selesa seperti mengejip-ngejip mata. Selain itu.

Tidak berminat dengan pelajaran/ pekerjaan Faktor-faktor penyebab: 1. Hilang kemampuan jasmani 6. Semakin lemah daya ingatan/ lupa 2. Rasa janggal di tempat yang biasa dilawati 5. -Kemajuan pembacaan yang lemah 5. Trauma 4. Tidak mengendahkan kebersihan diri 7.pernah di alami oleh pesakit samaada kemalangan mahupun kecederaan terhantuk benda yang keras. Pemakanan Menambah perkataan -Tertinggal atau menambah perkataan semasa membaca -Penambahan seperti bulan-bulang,ikan-ikang dan sebagainya Mengulang perkataan -semasa membaca berulang-ulang perkataan dalam sesuatu ayat Mengeja semasa membaca -Teragak-agak semasa membaca -Menunjuk teks bacaan dengan jari ketika membaca -Tidak berupaya membaca ayat yang panjang ~ was-was dan kurang yakin salah atau betul. Kaedah Membaca Kaedah bunyi . kecederaan kepala 2. Simptom: 1. gagal mengenalpasti objek 3. Penyakit tarik sawan 3. Masalah emosi seperti kemuringan dan depresi 4.Genetik 5.

Melalui kaedah fonetik. dengan berpandukan siri cepat membaca Bacalah Anakku. Seterusnya.com/index. . wajarlah bunyi-bunyi ‘a i u’ diperkenalkan dahulu. Menurut Azman Wan Chik. tetapi mereka membaca dengan menggabung-gabungkan bunyi ‘beh’ (bagi huruf ‘b’) dan ‘aa’ (bagi huruf ‘a’). Sila dapatkan siri cepat membaca Bacalah Anakku yang telah disusun secara sistematik dalam pemilihan bunyi-bunyi huruf yang sesuai terlebih dahulu. Lebih-lebih lagi bunyi-bunyi ini lebih senang disebut oleh kanakkanak. Melalui kaedah asosiasi. Jadi buat aksi orang terkena api sambil menjerit ‘aaaaaaa panasnya!’ Melalui asosiasi ini anak dapat mengingat dan menyebut bunyi dengan lebih berkesan. 2. tidak juga menghafal suku kata ‘ba’.1. contohnya ‘b’ dan ‘a’ ‘i’ dan ‘u’ untuk membaca ‘ba’ ‘bi’ dan ‘bu’. Anak-anak dapat menyebut bunyi ‘aa’ apabila melihat huruf ‘a’ (nama huruf ‘ei’) dan bunyi ‘ii’ apabila melihat huruf ‘e’.php?option=com_content&view=article&id=148:ajar-anakanda-membaca-bagaimana-menggunakan-kaedah-fonetik-bahagian1&catid=57:tips&Itemid=30 Kaedah fonik 1. 3. anak dapat menguasai bunyi dengan lebih teratur dan berkesan. Dengan mengikut susunan siri ini. http://readnetwork. Kanak-kanak seawal usia 3 tahun dapat mengecam dan membezakan bunyi-bunyi dan bentuk-bentuk pada usia ini. Guru tidak perlu memperkenalkan semua bunyi sekaligus dan hanya beberapa bunyi asas terlebih dahulu. bunyi ‘aa’ tersebut boleh dikaitkan dengan aksi terkena api. contohnya ‘b’ ‘n’ ‘m’ ‘s’ dan ‘k’. Oleh itu dengan teknik yang betul anak-anak dapat mengenal bunyi dan mengaitkan bunyi tersebut dengan bentuk huruf yang ditunjukkan dengan cepat. Beberapa teknik mengajar bunyi boleh dilakukan oleh ibu bapa tetapi kaedah asosiasi adalah yang terbaik. anak-anak tidak akan mengeja ‘ba’ menjadi “ba” . kaedah fonik adalah untuk mengajar murid melihat hubungan antara simbol (huruf) dengan bunyi supaya kemudian mereka dapat membaca (membunyikan) perkataan-perkataan baharu yang mereka jumpa. Sehubungan itu. Oleh sebab laras bahasa Melayu terbina daripada gabungan huruf konsonan dengan huruf vokal ‘a’ ‘i’ dan ‘u’ lebih kerap. cepat dan berkekalan. dia akan menyebut bunyi ‘aa’ ‘nn’ ‘ii’ (iaitu bunyi ani) bukannya ‘ei’ ‘en’ ‘ai’ (bunyi enai). apabila anak-anak melihat huruf ‘ani’. ajar anak-anak membaca gabungan huruf konsonan dan vokal yang diajarkan . Seterusnya bunyi-bunyi konsonan lain diperkenalkan satu persatu .

’. 4. Pengajaran membaca adalah berdasarkan perkataan-perkataan yang biasa (sight words) diguna seharian yang membentuk kebanyakan pertuturan kita seperti saya. ✔ Perkenalkan beberapa perkataan dahulu dan diulang-ulang menyebutnya. Misalnya. Bunyi-bunyi huruf diajar. 3. Teknik pengajaran dimulakan dengan guru menunjukkan kad abjad kepada murid dan guru menyebut terlebih dahulu abjad-abjad tersebut untuk memperkenalkannya kepada murid. ‘ba’. guru melekatkan kad-kad abjad tersebut di papan hitam. 4. 2. C. Guru membetulkan setiap kesilapan sebutan murid sewaktu kad-kad abjad ditunjukkan. 5. hingga Z. Guru akan memilih murid secara rawak dan meminta murid tersebut mengambil kad kad di papan hitam berdasarkan apa yang disebut oleh guru.wordpress. 3. Kebiasaannya perkataan tersebut disertakan gambar dan adalah diandaikan . ‘ibu’ dan sebagainya. ‘da’.. Menurut Azman Wan Chik (1993).’. Ertinya lambang huruf terus dikaitkan dengan bunyinya. 6. kaedah abjad dianggap sebagai kaedah namanama huruf yang digunakan di dalam tulisan Melayu iaitu A.com/2009/09/10/kaedah-pengajaran-bacaan/ Kaedah seluruh/seluruh perkataan/pandang dan sebut ✔ ✔ Menyebut keseluruhan perkataan tanpa mengeja menurut suku kata. 7. main. “u” dibunyikan ‘uuuu……. Kaedah abjad 1. emak. http://cikgufais. Guru akan menyebut abjad manakala murid perlu mendengar dengan teliti dan menulisnya dalam buku. Proses ini diulang sehingga murid mampu mengenalpasti dan menulis abjad-abjad yang telah diajar. makan. lari. Kemudian. Setelah tahu hubungan tiap-tiap huruf dengan bunyinya. Selepas itu. suku kata pula dibina. 8. Seterusnya. murid diminta membuat latihan bertulis dalam buku masing-masing. Contoh : “a” dibunyikan ‘aaaa…. Murid-murid diajar menghafal nama-nama huruf secara mengikut turutan bermula dari A hingga Z. ‘batu’. Seterusnya. ‘tu’ dan sebagainya. bapa dan sebagainya.2. sekali lagi guru menunjukkan kad-kad abjad tersebut dan meminta murid untuk mengenalpasti dan menyebut abjad-abjad yang ditunjukkan dengan bantuan guru. B. digabungkan suku kata ini menjadi perkataan seperti ‘baba’.

✔ Dasar kaedah ini ialah menggunakan perkataan dari mulanya tanpa mengenalkan dan menghafalkan huruf-huruf abjad terlebih dahulu. perkataan “bunga” ditulis di tepi atau di bawah gambar bunga. Kaedah ini mementingkan bunyi perkataan atau rangkaikata berdasarkan pengalaman melalui gambar dan bunyi ayat atau cerita berdasarkan gambar. tiga atau empat huruf lalu menyebut terus. Kaedah suku kata ✔ Kaedah suku kata ini tidak memerlukan murid-murid untuk mengeja atau membatangkan ejaan. ✔ Guru kerap kali menunjukkan seluruh perkataan-perkataan seiring dengan gambar-gambar yang dilambangkannya. Kadang-kadang ini boleh digunakan sebagai kad-kad imbasan. Misalnya bagi perkataan ”rumah”. Murid-murid hanya perlu mengecam dan menghafal tulisan dan gabungan bunyi dua. Perkataan-perkataan yang diperkenalkan itu disertakan dengan gambar. ba bi bu be bo ban bin bun ben bon (untuk 2 huruf) (untuk 3 huruf) bang bing bung beng bong (untuk 4 huruf) Kaedah pelbagai deria/ kaedah VAKT VAKT: . iaitu menyebutkan keseluruhan perkataan dan melakukan pengesanan terhadap rangsangan berbentuk gambar. ✔ Contohnya. ✔ Sekiranya murid tidak dapat menyebut perkataan tertentu. Contohnya. guru boleh membantu murid dengan menyebut bunyi huruf ”r” iaitu [ r ] dan kalau perlu membunyikan suku kata [ ru ].yang murid belajar secara pandang (visual). guru digalak menggunakan fonik atau bunyi huruf. Kaedah ini tidak menggunakan aktiviti mengeja sama sekali. ✔ Kanak-kanak dilatih melakukan dua kemahiran dalam satu masa. iaitu menghubungkan satu huruf dengan satu bunyi untuk membantu pelajar menyebut perkataan tersebut.

rasa permukaan huruf dengan hujung jari (T) g.visual A .tactile ( penglihatan ) ( pendengaran ) ( sentuhan ) K . lihat huruf (V) b. murid hendaklah: a. dengar sendiri huruf yang disebut semasa membuat surihan (A) Kaedah pembelajaran masteri ✔ Pembelajaran Masteri merupakan suatu pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang memastikan semua murid menguasai hasil pembelajaran yang dihasratkan dalam suatu unit pembelajaran sebelum berpindah ke unit . b. ✔ Untuk belajar huruf melalui kaedah VAKT.kinesthetic ( pergerakan ) ✔ Kaedah ini berpegang kepada prinsip “rangsangan” dalam pembelajaran dan berdiri atas Premis bahawa rangsangan ke atas beberapa deria yang sensitif akan mengukuhkan pembelajaran .V . Guru menulis huruf cetak yang besar di atas kertas 4” x 10”. Kaedah ini menggunakan surihan (tracing)’ untuk mengajar bacaan. menggunakan talam berpasir/lumpur. Murid membuat surihan huruf dengan jari di atas kertas itu. dengar guru sebut huruf (A) c. Untuk mendapatkan kesan sentuhan semasa membuat surihan. lihat pergerakan tangan semasa tracing (V) h. ( menggunakan krayon ) c. ✔ Langkah-langkah pengajaran adalah seperti berikut: a.audio T . menyebut huruf (A) d. d. huruf dibuat daripada kertas pasir. mewarna dengan jari. huruf timbul yang besar dan lain-lain. dengar huruf yang disebut (A) e. rasa pergerakan otot semasa membuat surihan huruf (K) f.

3. Pendekatan ini memerlukan peruntukan masa yang mencukupi dan proses pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti. 2. Jadi guru harus merancang dan menggunakan pelbagai kaedah atau aktiviti p&p yang berkesan dengan mengambil kira kebolehan dan gaya pembelajaran pelajar anda. huraian Perbincangan Inkuiri Penemuan . Kaedah atau aktiviti p&p yang dicadangkan untuk pembelajaran masteri ialah kaedah atau aktiviti yang berpusatkan kepada pelajar. menarik dan menyeronokkan.pembelajaran seterusnya. 4. ✔ Kaedah P&P untuk Pembelajaran Masteri: 1. Kaedah atau aktiviti p&p yang berpusatkan kepada pelajar di mana pelajar yang melakukannya ialah: • • • • • • • • Soal jawab Latih tubi Bercerita Membuat latihan Penerangan. Berikut ialah kaedah atau aktiviti p&p yang berpusatkan kepada guru iaitu guru yang melalukannya: • • • • • • • • Syarahan Penerangan Penjelasan Huraian Demonstrasi Bercerita Pembacaan Memberi nota 5. Tiada satu kaedah atau aktiviti p&p yang terbaik untuk pembelajaran masteri kerana pelajar berbeza dalam kebolehannya dan mereka juga mempunyai gaya pembelajaran yang berlainan. penjelasan.

yang mengambil perhatian keistimewaan sifat-sifat ejaan bahasa . Jadi kerap kali kaedah ini menjadi akedah cacamurba. Guru harus ingat bahawa setiap kaedah atau aktiviti itu mempunyai kelebihan dan kekurangan. Ada yang menggunakan penujuan sintetik. situasi bilik darjah dan bahan-bahan bacaan yang digunakan.• • • • • • • • • • • • • • • • • • Bacaan Sumbang saran Demostrasi oleh pelajar Kerja amali Eksperimen Projek Kuiz Penyelesaian masalah Reka cipta Pembelajaran koperatif atau kerja kumpulan Main peranan Lakonan Simulasi Membuat nota sendiri Lawatan Pengajaran berprogram Pembelajarean berbantu komputer PAK (Pembelajaran Akses Kendiri) 6. ✔ Terdapat pelbagai lagi jenis Kaedah Eklektik ini. Bagi bahasa Melayu. ✔ Apa yang harus difikirkan dan diciptakan ialah kaedah mengajar ‘eklektik’ tetapi sistematik. agak banyak yang mengajar kurang sistematik. ada penujuan analitik dan ada pula penujuan sintetik-analitik. ✔ Kemudian jika diperhatikan betul-betul cara kaedah ini diterapkan. ialah seolaholah mereka memikirkan kaedah ini adalah yang paling sesuai untuk mengajar membaca bagi kanak-kanak Melayu kita. kerana asas gabungan itu kurang diperhatikan. Kaedah lain yang sesuai  Kaedah Eklektik ✔ Kaedah ini adalah kaedah campuran – campuran kaedah-kaedah mengikut kesesuaian murid. kesan yang didapati apabila seseorang menyebutkan Kaedah Eklektik ini.

teachersrock.http://www.com/doc/3392892/Pembelajaran-Masteri 5. faham tidaknya (seseorang) akan sesuatu yang dipelajari (dibaca dan sebagainya) 2.http://anuarsped. LAMAN WEB : 1.http://blog.html 8.com/2009/04/masalah-membaca.scribd.my/20070808/jom-kenali-kaedah-mengajar- membaca-sukukata/ 6.cepatbaca. Tahap Kefahaman Selain masalah bacaan nyaring. Berkaitan dengan kognisi 2. keupayaan memahami sesuatu 3. dan tatabahasanya di suatu pihak. Masalah tidak memahami isi bahan bacaan tentu akan mengganggu proses pembelajaran murid berkenaan. tetapi kaedah itu haruslah sistematik. kanak-kanak juga menghadapi masalah memahami apa yang dibaca. dan sebagainya. Keupayaan (kemampuan) memahami.http://sharidah-mimi.com/2009/12/strategi-pengajaran-bacaan. Definisi Kefahaman 1.blogspot.net/masteri3. merumus petikan. Memahami maksud perkataan dan ayat .com/doc/20747438/BONEKA-SIAP 4. 1. struktur suku-katanya.http://www. dan keadaan pembelajaran murid-murid Melayu di pihak lain.http://www. kuiz.com.com/doc/4853453/PBK-kemahiran-bahasa 2.htm Tajuk 4 Kemahiran Kefahaman 1.blogspot.com/docs/22588752/bahasa-kanak-kanak 3.scribd.http://www. Maksudnya kita harus menciptakan Kaedah Eklektik yang sesuai untuk mengajar membaca bahasa Melayu sebagai bahasa pertama. Hal faham akan sesuatu.html 7.scribd.Melayu.http://www. menceritakan semula.docstoc. Guru dapat mengesan masalah memaham di kalangan muridnya berdasarkan pemerhatian dan juga melalui aktiviti-aktiviti soal jawab.

why. dan yang paling penting adalah melalui teknik penyoalan seperti teknik soalan 5WH (what.2. Membuat tafsiran/ andaian Antara masalah dalam kefahaman bacaan adalah: i) gagal memahami maksud perkataan dan frasa yang berkaitan dengan waktu seperti selepas. Hubungan sebab dan akibat 4. peta. misalnya dalam ayat “Panjatlah lagi pokok itu. where. vii) tidak dapat mentafsir atau menggunakan carta. Masalah pemahaman kanak-kanak boleh diatasi melalui beberapa aktiviti pengajaran yang boleh merangsang pemahaman mereka terhadap bahan yang dibaca. . rajah. iii) gagal memahami atau membuat urutan idea atau peristiwa yang terdapat dalam bahan bacaan terutamanya apabila diminta menceritakan semula petikan yang dibaca. Antaranya adalah seperti melatih mereka membuat pemetaan semantik atau peta konsep. ii) tidak memahami maksud perkataan dalam pelbagai situasi. Membuat andaian 5. pagi. sekejap. membuat carta organisasi. when. v) gagal menghubungkan sebab dan akibat dalam bahan bacaan yang dibaca. carta alir terutamanya untuk melatih membuat urutan peristiwa. sebelum. 3. who. iv) lambat memberi tindak balas terutamanya apabila tidak memahami arahan yang dibaca. dan how). Membuat urutan idea 3. graf.” yang bermaksud melarang seseorang daripada memanjat pokok. dan sebagainya dalam buku. Strategi Pengajaran-Pembelajaran Kefahaman . Masalah pemahaman bacaan akan menjejas pencapaian dalam pelajaran secara keseluruhannya sama ada di sekolah rendah atau di sekolah menengah. menggunakan kamus untuk mendapatkan makna perkataan. sudah. dan sebagainya. vi) tidak dapat mengenal pasti perkara yang tidak munasabah (absurdities) dalam bahan yang dibaca.

serta tingkat kedalaman pemahaman itu sangat dipengaruhi oleh latar belakang skemata isi.tripod. Bahagian terpenting dari informasi non-visual yang cukup berperanan dalam proses pemahaman adalah skemata. 4.html Alat-alat berfikir seperti pemetaan semantik dan pengurusan grafik membantu kita menggunakan minda dengan lebih bijak dan berkesan.php/bahasa-seni/article/view/2492 Kegunaan : 1.com/2009/04/masalah-membaca. dimainkan oleh skemata-skemata yang dimiliki oleh seorang pembaca. Ia juga boleh membantu kita membuat pengurusan lisan .html 1.com/RM/id1. 3. Pemikiran kita menjadi lebih tersusun. dan how). http://anuarsped. pengaktifan skemata isi dapat dilakukan dengan pemetaan semantik (semantic mapping).Masalah pemahaman kanak-kanak boleh diatasi melalui beberapa aktiviti pengajaran yang boleh merangsang pemahaman mereka terhadap bahan yang dibaca. carta alir terutamanya untuk melatih membuat urutan peristiwa.blogspot. where. Antaranya adalah seperti melatih mereka membuat pemetaan semantik atau peta konsep. . jelas dan kita tidak terburu-buru melakukan sesuatu. Dengan itu. Mengembangkan isi. who. Dalam proses pemahaman. Simpanan nota ringkas. http://ramlanhamzah. mengurus pemikiran secara visual dan terkawal. .id/index. kefahaman kita tentang terhadap sesuatu dapat ditingkatkan.luas. Memanggil maklumat. menggunakan kamus untuk mendapatkan makna perkataan. membuat carta organisasi. Menurut penulis. dan yang paling penting adalah melalui teknik penyoalan seperti teknik soalan 5WH (what.um. juga berkaitan dengan proses non-visual. when. http://journal.ac. 2.why. Mengambil nota. menurut teori skemata. Pemetaan semantik Proses pemahaman selain berkaitan dengan proses visual.

Rantai urutan 3. e. saiz sesuai (saiz kertas lukisan adalah dianggap baik). . b. Bina yang unik. Kebetulan ia juga boleh dikaitkan dengan bentuk dan kekukuhan akar tumbuhan. Bina dengan riang dan positif. Pohon fikiran 7. f. 2.5. Disesuaikan/mempunyai perkaitan rapat dari bentuk saraf otak manusia. Pengkelasan (berpusat) Panduan membuat peta minda Bahan : 1. Bina dengan pantas. Ia boleh digunakan mengikut kesesuaian. Dalam keadaan selesa & tenang. d. Pen/pensel berwarna. c. Penggunaan muzik lembut mempercepat tercetusnya idea tambahan. Kitaran (berpusat) 5. cara mengingat dan cara mengolah yang amat tersendiri dan bersifat individu. Kitaran 4. Kertas kosong (warna putih adalah dicadangkan). Digunakan bagi menjana idea dalam operasi pemikiran kreatif. Pemetaan semantik: membantu pelajar dalam proses mengarang Antara bentuk peta minda adalah : 1. Pengkelasan 2. Kenalpasti konsep/idea utama. Tangga hiraki 6. Peta minda yang dihasilkan adalah penting mengikut kefahaman pembuatnya sendiri kerana ia dibuat berdasarkan kefahaman. Menyelesaikan masalah. Persediaan : a. Cuba rangsang kreativiti sendiri. Guru dan pelajar boleh membuat peta minda mengikut aktiviti yang dijalankan.

Carta organisasi Carta Organisasi tidak mempunyai definisi yang khusus. Tulis dengan huruf besar kata kunci atas tiap cabang. ” Carta Organisasi bukan sekadar bertujuan memaparkan bagaimana sesebuah organisasi itu perlu ditadbirkan mengikut struktur operasi organisasi itu tetapi carta . 2. 5.PKG/kbkk.edu. Gunakan lambang yang sesuai dengan diri. http://btpn. 3. 3. persekitaran dan sejarah kita. Saiz semakin mengecil dari isi utama ke semua isi tambahan berikutnya. Lakarkan lagi cabang-cabang yang lebih kecil dan halus sedikit dari cabang tambahan. Gunakan nombor jika perlu untuk menentukan keutamaan. 6.Langkah-langkah dalam membina peta minda : 1. Namun demikian ianya bolehlah ditakrifkan atau diertikan sebagai :“ Satu bentuk rajah grafik yang menunjukkan struktur susunan. Strategi-strategi untuk menjadikan peta minda lebih bermakna dalam ingatan : 1.htm 2. Tuliskan maklumat tambahan. 4. kedudukan tempat atau posisi seseorang individu di dakam sesuatu organisasi selaras dengan bidang kuasa ( authority) . 2. tugas dan tanggungjawabnya. minat. Cabang semakin mengecil dari cabang utama ke semua cabang-cabang tambahan berikutnya.moe. lambang atau simbol untuk menjelaskan butiran. Bentuk cabang-cabang kasar dari tajuk utama – satu cabang untuk satu isi utama. 4. Gunakan gambar.my/pspnns/Unit_PSM&HE. simbol atau gambar yang sesuai. Tulis tajuk utama di tengah-tengah kertas. Kurungkan tajuk utama dengan menggunakan bentuk. Tuliskan maklumat tambahan. 5. Gunakan anak panah/warna untuk menunjukkan perkaitan antara isi-isi atau cabang-cabang. Lakar cabang-cabang kecil yang halus sedikit dari cabang utama. 7.

aktiviti dan hierarki di dalam sesebuah organisasi. Kotak-kotak ini pula terus dihubungkan antara satu sama lain menggunakan garisan terus . Unit –unit yang berasingan ditunjukkan dalam kotak-kotak segiempat yang berasingan. atau individu-individu dan bagaimana mereka berkait antara satu sama dengan lain. 2. http://arifomar. Bagi mengatasi masalah ini. .itu perlulah menggariskan dengan jelas bidang tanggungjawab tiap-tiap anggota organisasi itu. unit-unit .html Bentuk struktur organisasi dalam kebanyakan organisasi adalah terlalu kompleks untuk difahami . Secara umumnya carta organisasi dapat menunjukkan lima aspek pengurusan berikut: a) Pembahagian Kerja b) Hubungan ketua-pekerja bawahan c) Jenis kerja yang dijalankan d) Pengumpulan bahagian-bahagian kerja e) Tingkat pengurusan Ini dapat membantu kefahaman struktur yang menunjukkan fungsi. Carta aliran Alatan logik popular yang menunjukkan secara grafik jujukan operasi atau aliran kerja yang akan dilaksanakan bagi menyelesaikan sesuatu masalah. Garisan ini juga dapat menunjukkan rantaian perintah dan saluran rasmi komunikasi antara unit dalam organisasi. Setiap individu itu perlulah diberikan peranan yang khusus supaya tidak berlaku pertindihan tugas dan kekeliruan yang akan menghalang dan mejejaskan kelicinan perjalanan organisasi itu. Cara organisasi merupakan gambarajah yang menunjukkan fungsi-fungsi jabatan .com/2008/12/organisasi-adalah-lebih-dari-apa-yang. carta organisasi digunakan untuk menjelaskan sistem atau susunan pengorganisasian dalam sesebuah organisasi .blogspot.

Menunjukkan gambaran menyeluruh mengenai aktiviti yang dilakukan. Carta aliran kerja ialah gambaran secara grafik atau gambarajah ke atas tindakantindakan yang terlibat dalam sesuatu aktiviti atau prosedur. http://books. Penggunaan simbol-simbol tertentu dalam carta aliran adalah perlu disediakan selepas penyediaan proses kerja. Memberikan kefahaman kakitangan mengenai tugas dan tanggungjawab masing-masing.my/books? id=eQ995zdkW0gC&pg=PA41&lpg=PA41&dq=definisi+carta+aliran&source=bl&ots=uN ErbMKQK&sig=mhAS4Q1loYcymlX4VOVPps9FXfI&hl=en&ei=hZY5TODYC5G2rAeHuP35C A&sa=X&oi=book_result&ct=result&resnum=2&ved=0CBkQ6AEwATgK#v=onepage&q= definisi%20carta%20aliran&f=false Carta aliran kerja bolehlah dimaksudkan sebagai gambaran secara grafik atau gambarajah ke atas tindakan-tindakan yang terlibat dalam aktiviti atau prosedur. Menunjukkan dimana berlaku kelewatan. Carta ini sangat berguna untuk memahami logik masalah yang hendak diselesaikan.com. Rujuk proses kerja akitiviti yang terlibat. ii. Apabila carta alir telah dibina. Langkah-langkah bagi penyediaan carta aliran adalah seperti berikut: i. Carta alir selalunya dibina di peringkat awal apabila sesuatu masalah pengaturcaraan hendak diselesaikan. iii.google. adalah mudah untuk menulis atur cara komputer dalam apa jua bahasa pengaturcaraan.Dengan lain perkataan carta alir menunjukkan algoritma dalam bentuk grafik. Dengan adanya carta aliran akan dapat: i. iaitu dengan menunjukkan secara jelas dan ringkas peringkat permulaan dan peringkat selesai. ‘bottle neck’ dan kerja berulang- ulang. Carta aliran kerja menggambarkan secara grafik atau gambarrajah ke atas tindakantindakan yang terlibat dalam satu-satu aktiviti. Setiap langkah yang diambil hendaklah mengikut urutan yang betul dan jelas dilihat. .

html Simbol-simbol yang digunakan:- 2.iaitu menunjukkan peringkat permulaan dan peringkat selesai yang dijelaskan secara ringkas. “bottleneck’ dan kerja berulang-ulang. simbol pilihan/keputusan. Simbol-simbol tertentu digunakan dalam carta aliran. Ia juga dapat menunjukkan gambaran menyeluruh mengenai aktiviti yang dilakukan.com/doc/2882944/MAKSUD-ISTILAH-KONSEPSejenis alat berfikir Membantu mengurus fikiran . simbol aliran. Gunakan simbol-simbol carta aliran yang ditetapkan. Pengurusan Grafik Menghasilkan tujuan yang jelas untuk belajar kandungan pelajaran Memperlihatkan apa yang sudah diketahui sebagai asas untuk belajar yang baru Secara aktif mencadang dan menilai kemungkinan perhubungan dalam kandungan yang dikaji Mentadbir proses berfikir mereka sendiri http://www. iii. Simbol-simbol itu termasuklah simbol tindakan.ii.simbol tindakan serentak dan simbol penyambung. Sediakan carta aliran kerja terperinci berdasarkan proses kerja aktiviti tersebut. http://gurubashid. http://www.com/blog/fail-meja-ketua-panitia-dan-manual-prosedur-kerja/cartaaliran-kerja.scribd.slideboom. carta aliran juga dapat menunjukkan di mana berlaku kelewatan. Selain itu.com/presentations/145399/Pengajaran-Pembelajaran-KBAT Memberi penjelasan untuk kefahaman pelajar. Carta aliran memberikan kefahaman kepada staf mengenai tugas dan tanggungjawab masing-masing. Carta aliran kerja diperlukan kerana ia dapat memperlihatkan dengan jelas setiap langkah atau tindakan yang perlu diambil mengikut urutan yang betul.

Tidak akan berfungsi tanpa kemahiran berfikir Bentuk dan corak boleh diubahsuai http://www. Membuat urutan. Membanding dan membeza. 12. Membuat analogi. Menyusun mengikut keutamaan.edu. 11.scribd. 4. Mentafsir maklumat. Membuat inferens. menyenarai dan menganalisis fakta dan data untuk membantu menghurai masalah / situasi / kandungan Antaranya adalah : 1.moe. 5.my/pspnns/Unit_PSM&HE. Menerangkan sebab. 2.com/doc/4025887/Kemahiran-Berfikir? secret_password=&autodown=doc Digunakan untuk mengumpul.PKG/kbkk. Mengusul periksa andaian. 10. 7. 8. http://btpn. Membuat ramalan. Mengkelaskan. Membuat keputusan.htm . 6. 9. 3. Membuat gambaran mental.

Membaca .Tajuk 5 dan Kefahaman Pentaksiran dan Penilaian dalam Kemahiran Lisan.

n – kumpul ✔ Masalah – mklmt ○ Sukar pncapian ekspresi mrd kan bhsa lisan ○ Xbyk bertutur ○ Sukar komunik asi ○ Sukar igt & atur bleh komunik asi dgn msyrkt  cerita semula .  Ujian Diagnostik : ✔ Mengesan mslh pmbljrn yg dihadapi murid & puncanya bg membolhkn intervensi/p rogram yg khusus dsediakan bg mmbntu mrd berkenaan  Komponen bhsa lisan : ✔ Fonologi – bunyi ✔ Semantik – makna ✔ sintaksis – susunan ✔ morfologi – prbhn makna ✔ pragmatik – pggunaan  dpt lafaz ucap tatasusil a. Ujian idea. penem nada patan (tekana  Kenalp n asti suara).Kemahir an/ kompone n DEFINISI & KONSEP TUJUAN PENTAKSIR AN CARA PENTAKSIRAN LAIN-LAIN Matlamat pengajaran Bahasa Lisan  Kenalp sti  kemahir kelema an han & menyeb kekuata ut & n murid bunyika  Utk n bunyi2 meranc bahasa ang dgn RPI/RP penguja H ran  Utk kata2/ay tentuka at dalam n intonasi. emosi & Diagnostik nilai. : ✔ T’capai melalui ✔ Ujian pncapaian saringandarjah knlpsti mrd pguasaan & brmslh kefasihan bhsa ✔ Pemerhatia yg tggi.  Dpt ajuk bunyi perkataa n & ayat yg didengar  bersoal jwb utk dpt mklmt  menyata kan perminta an ikt situasi  dpt bergaul & beriterak si   bahasa ekspresif : ✔ bhsa yg digunakan o pggunanya utk menyatakan  Komponen pemikiran. an murid  Utk baiki kelema han & tetapka n interve nsi awal. mslh yg jeda dihada serta pi pljr helaan  Utk yang kemaju betul.

Membolehkan murid bertutur menggunakan ayat yg tersusun. Untuk berinteraksi dgn org lain (menyampaikan perasaan. 4. syarahan 3. Mendengar dgn baik. bercerita 5. memahami. Mengunakan bahasa yg baik mengikut situasi. 4.Penilaian Kemahiran Bahasa Penilaian Kemahiran Lisan • Kemahiran lisan melibatkan dua kemahiran asas iaitu kemahiran mendengar dan kemahiran bertutur. dan mentafsir apa yg didengar. kehendak. Berkebolehan memberi arahan dgn berkesan. Bertutur dgn nada. intonasi. menyatakan perasaan dan kehendak) 5. • Kemahiran mendengar =Kemahiran paling asas =Berlaku pada peringkat penerimaan =Murid yg telah menguasai kemahiran ini mampu bertutur. 3. Melatih murid mendengar & memahami pertuturan org lain. dll). Melatih murid agar berkeyakinan & percaya kpd diri (berani bercakap. Kemahiran lisan boleh dinilai melalui aktiviti seperti yang berikut: 1. Menyebut perkataan / ayat dgn betul 2. perkataan yg sesuai. • Kemahiran bertutur =Melafazkan bunyi2 bahasa drpd alat2 artikulasi =Peringkat penglahiran =Perlu ditiru & diajuk =Model bahasa lemah hasil ajukan yg lemah. • Tujuan kemahiran lisan : 1. Bertutur dgn tenang menggunakan gaya yg betul 2. perbahasan 4. Kemahiran-kemahiran yang boleh 1. & sebutan yg betul. tp model bahasa baik tidak semestinya menjamin ajukan yg baik. perbincangan • • . Bercerita & membuat laporan menggunakan bahasa yg menarik & betul. 5. memahami perkara yg didengar. 3. & perbendaharaan kata yg luas. & menghormati pertuturan org lain. bacaan kuat 2. 6.

mengesan kelancaran dalam sebutan. kemahiran bertutur. kemahiran membaca. 5. 3. soalan. aras kesukaran perlu sesuai dengan kebolehan murid. 4. 2. pernyataan. Aspek-aspek dalam Sukatan Bahasa Melayu dan Pemulihan Khas Bahasa Kemahiran Kemahiran bahasa meliputi kemahiran mendengar. pelbagai bentuk soalan seperti soalan bertumpu dan bercapah digunakan untuk merangsang murid berfikir. memahami. Kemahiran mendengar merujuk kepada keupayaan murid mendengar dengan teliti. 4. Kemahiran bahasa ini merupakan teras kepada penguasaan bahasa baku.deklamasi sajak 11.mendengar dan memberi respon secara lisan Penilaian lisan membolehkan guru : 1. Instrumen penilaian lisan boleh dipelbagaikan merangkumi soalan dan aktiviti yang memerlukan respon murid dalam bentuk lisan. mengesan amalan dan sikap murid secara serta merta. dan kemahiran menulis. • • • http://pentaksiranbahasamelayu. 3.com/2009/09/penilaian-kemahiranbahasa. aktiviti/bahan boleh merangsang murid mengeluarkan idea. temu bual 8. Cth : PLBS menyediakan instrumen 1. nyanyian 10. ilustrasi dan bahan rangsangan perlu jelas dan mudah difahami.• 6. mengesan kemajuan dan pencapaian murid dalam kemahiran mendengar dan bertutur secara gramatis. dan menghayati perkara yang didengar dalam . soal jawab 9. 2. hafazan 7. mengesan kebolehan murid dalam kemahiran membaca dan menghafaz.blogspot.html Tajuk 6 Kajian Sukatan dan Huraian Sukatan Pelajaran 1. mendapat maklumat serta-merta tentang pengetahuan dan kefahaman murid.

perasaan. pendapat. sumber. Kemahiran membaca merujuk kepada keupayaan murid membaca dengan sebutan. dan pengisian kurikulum. Aktiviti Cadangan Aktiviti / Nota dalam lajur ketiga mengandungi cadangan aktiviti pengajaran dan pembelajaran serta bahan bantu belajar di bilik darjah. serta dapat memberikan maklum balas. Murid juga digalakkan menggunakan kreativiti mereka untuk menghasilkan penulisan bahan ilmu dan imaginatif. jeda. dan prosedur pengajaran yang relevan dan berkesan. sistem bahasa. hasil pembelajaran juga membantu dalam membuat pengukuran dan penilaian pencapaian murid. Hasil pembelajaran dibina dengan menyepadukan kemahiran bahasa. kaedah.pelbagai situasi pengucapan. contohnya kemahiran meramal dan membuat pilihan menggunakan kajian masa depan atau mengaplikasikan jenis kecerdasan pelbagai yang unik bagi seseorang murid. Penekanan perlu diberikan pada aspek pemahaman dan penaakulan pelbagai bahan ilmu dan sastera secara kritis dengan menggunakan pelbagai teknik bacaan. Hasil pembelajaran Hasil pembelajaran ialah pernyataan yang ditafsirkan daripada objektif kurikulum bahasa. Selain itu. Hasil pembelajaran dapat membantu guru memilih kandungan. murid berupaya menghayati teks yang dibaca. Pendekatan yang berfokus pada gaya pembelajaran yang pelbagai dapat membantu murid mencapai hasil pembelajaran. Kemahiran bertutur merujuk kepada keupayaan murid berbicara secara lisan untuk menjalin hubungan. Semua cadangan ini hanyalah sebagai . menyampaikan maklumat. Penekanan diberikan pada pengucapan yang menggunakan tatabahasa yang betul. tanda baca dan ejaan yang betul. Cadangan tersebut disesuaikan dengan Huraian Hasil Pembelajaran serta mengambil kira elemen yang terkandung dalam pengisian kurikulum. serta mengeluarkan idea melalui pelbagai jenis penulisan kreatif yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan dan pengalaman peribadi dengan menggunakan ayat yang gramatis. intonasi. Kemahiran menulis merujuk kepada keupayaan murid menulis perkataan dan ayat. murid perlu menguasai kemahiran berbahasa yang terdapat dalam setiap hasil pembelajaran. Pernyataan hasil pembelajaran merupakan petunjuk yang jelas tentang set kemahiran yang perlu dicapai oleh murid. Di samping itu. serta tulisan yang jelas dan kemas. dan kelancaran yang betul. Oleh itu. dengan sebutan dan intonasi yang betul secara sopan. serta idea yang kritis dan kreatif.

Kepentingan Bahan Mengikut Charles F. . Husin ( 1988: 242) merumuskan kepentingan BBM seperti berikut: a) Memberi rangsangan dan minat murid-muird. Kamarudin Hj. Finn dan Edgar Dale ( 1964 : 65 ) kepentingan BBM bolehlah dirumuskan seperti berikut: a) BBM menyediakan satu asas yang kuat untuk sesuatu konsep b) Sebagai daya penarik penting kepada seseorang pelajar c) Dapat menghasilkan pembelajaran yang lebih kekal d) Memberi pengalaman sebenar yang boleh merangsangkan aktiviti sendiri di kalangan pelajar e) Dapat membina pemikiran yang berterusan. b) Menyediakan dasar kukuh untuk perkembangan kefahaman dan corak pemikiran dan mengurangkan gerak balas lisan yang tidak diperlukan daripada murid-murid. f) Boleh membantu pemahaman dan perkembangan perbendaharaan kata pelajar. Hoban. Guru boleh mengubah suai atau memilih teknik atau aktiviti lain yang sesuai dengan kebolehan murid. g) Boleh memberi pengalaman baru dan menjadikan pembelajaran lebih mendalam dan beragam.panduan untuk guru. James D. Tajuk 7 Bahan Bantu Belajar 1. seperti melalui filem bergerak.

e) Dapat menguatkan kefahaman dan mempercepatkan perkembangan perbendaharaan kata. Dalam tugasan ini jenis-jenis sumber pengajaran dan pembelajaran yang terlibat ialah bahan bercetak. Semua jenis-jenis bahan ini mempunyai ciri-ciri yang berbeza tetapi akan mencapai hasil yang sama iaitu untuk memastikan murid-murid memahami isi-isi pelajaran serta mencapai objektif pembelajaran. http://www. Jenis Bahan Terdapat beberapa jenis sumber atau alat bantu pengajaran dan pembelajaran yang boleh digunakan untuk membantu guru dalam proses pembelajaran.c) Membekalkan dasar perkembangan pembelajaran dan menjadikan pembelajaran mereka lebih kekal. f) Ia mendorong murid-murid untuk menyiasat dan dengan demikian dapat menambahkan lagi bacaan murid-murid. d) Menyediakan pengalaman baru yang tidak diperolehi dengan mudah oleh cara-cara lain. Sebagai rumusannya BBM adalah sangat penting kerana dapat: a) Menjimatkan masa b) Dapat mempelbagaikan kegiatan atau aktiviti-aktiviti murid-murid c) Menyeronokkan murid-murid. objektif yang hendak dicapai akan menjadi lebih mudah untuk dilaksanakan dan . Menerusi penggunaan bahan-bahan ini.com/doc/12807608/Definisi-ABM 2.scribd. murid-murid akan lebih tertarik untuk melihat serta mendengar apa yang hendak disampaikan oleh guru dan secara tidak langsung murid dapat memberikan tumpuan dengan sepenuhnya kepada guru. menjadikan pembelajaran murid-murid lebih mendalam dan beragam. bahan teknologi maklumat dan bahan maujud. Dengan cara ini juga.

sentuhan dan bauan murid-murid. Bahan ini boleh disentuh dan boleh dibaca secara terus. Aplikasi penggunaan bahan maujud boleh menggunakan situasi. Bahan cetak Bahan bercetak boleh didefinisikan sebagai bahan yangmempunyai tulisan dan wujud secara fizikal. Realia awet pula mestilahberasal daripada benda hidup yang kemudiannya diawet dan disimpan di dalam bendalir kimia. gambaran atau kenyataan sebenar. Bahan yang pertama ialah bahan hidup yang sebenar dalam dunia realiti dan masih hidup contohnya cacing tanah. Manakala dari segi sumber P&P pula bahanbahan yang mungkin terlibat ialah alat komputer. Manakala bahan bukan hidup pula ialah seperti jentera ataupun bangunan. OHP. Ciri . Jenis bahan maujud yang ketiga ialah spesimen. Bahan maujud terbahagi pula kepada 3 jenis iaitu realia asli. Murid akan didedahkan dengan pengalaman sebenar di mana melibatkan pengalaman sedia ada mereka dan juga merangsang penggunaan deria penglihatan. Contoh bahan hidup yang boleh dijadikan spesimen ialah daun-daun. Kebiasaanya spesimen selalu didapati dalam bentuk bahan awetan.hasilnya akan lebih memuaskan serta memberi manfaat kepada kedua belah pihak iaitu murid-murid dan guru itu sendiri. Bahan Maujud Sumber pengajaran dan pembelajaran bahan maujud adalah merupakan bahan konkrit atau bahan sebenar yang boleh disentuh dan dipegang. baik digunakan dalam keadaan hidup ataupun yang sudah diawetkan. pendengaran. Realia asli terbahagi kepada dua iaitu bahan yang hidup dan bahan bukan hidup. alat tulis dan perkakas sains. rasa. realia awet dan spesimen. Contoh bahan maujud bukan sahaja tergolong dalam sumber P&P sahaja malah kota atau bangunan yang kekal serta alam persekitaran juga boleh dikatakan sebagai bahan maujud. Spesimen ialah sample atau contoh hidupan yang dapat mewakili kumpulan hidup-hidupan tertentu yang mempunyai sifat-sifat atau ciri-ciri yang lazimnya terdapat pada kumpulan hidup tersebut. Bahan maujud ini juga adalah nyata yang ada di lingkungan alam.

surat khabar. rangkaian LAN dan akhir sekali ialah multimedia. mereka boleh menggunakan portal pendidikan.penting pada bahan bercetak ialah ianya mestilah dihasilkan melalui cetakan dan bukan hasil daripada tulisan tangan mana-mana individu. buku teks dan sebagainya yang dihasilkan secara bercetak. Bahan bercetak meliputi buku. Teknologi Maklumat (Information Technology) ataupun IT adalah teknologi dunia yang terkini dan dapat memberi banyak manfaat jika digunakan secara betul. Kebiasaaannya bahan bercetak selalu didapati dalam bentuk buku yang tebal contohnya buku teks. jurnal. Ia juga tidak boleh disunting dan akan menjadi masalah apabila berlakunya peredaran zaman di mana isi kandungan buku tersebut menjadi ketinggalan dan tidak terkini. Jadi ia sukar untuk dibawa kerana berat. Penggunaan sumber ini perlulah dikendalikan oleh guru yang berkemahiran kerana pengguanaan IT secara terancang dan bersesuaian dapat meningkatkan kecekapan proses dan keberkesanan P&P itu. kad katalog. Selain itu ia adalah bahan yang kekal dan mudah dirujuk pada bila-bila masa. Semuanya dihasilkan oleh penulis-penulis atau pereka-pereka yang mahir dan terkenal di bidang masing-masing. Bahan teknologi maklumat Bahan teknologi maklumat merupakan sumber pengajaran dan pembelajaran yang semestinya mendapat perhatian daripada murid-murid. Ini kerana buku-buku selalunya perlu disunting terlebih dahulu kemudian dicetak seterusnya diedar di mana ia mengambil masa yang agak lama untuk mengikut peredaran zaman. Sumber pengajaran dan pembelajaran ini telah digunakan secara meluas oleh guru-guru di sekolah sejak beberapa lama kerana kelebihan yang terdapat pada bahan ini. internet dan intranet. Komputer adalah alat atau bahan utama yang perlu digunakan oleh guru . Kelebihannya yang lain ialah ia mudah alih dan mudah diakses yang menyebabkan ia menjadi sumber pengajaran dan pembelajaran yang terkenal dan selalu digunakan. Bahan bercetak seperti ini banyak disimpan di pusat sumber atau di perpustakaan ataupun di arkib. majalah. Bahan ini murah dan senang didapati di mana-mana. kamus. Namun begitu terdapat beberapa kelemahan yang ada pada bahan bercetak ini. Bagi guru yang menggunakan sumber P&P ini. ensiklopedia.

. Kesesusaian a. Sesuai dengan isi pelajaran murid-murid d. dapat digelapkan dan sebagainya. c.scribd. Walaubagaimanapun tidak dinafikan kelemahan yang mungkin timbul tetapi ia akan dapat diatasi dengan mudah sekiranya pengisian yang menarik daripada guru dihasilkan. e. Sesuai dari segi tajuk. f. seperti sama ada elektrik. Selain itu murid-murid mudah untuk mengulangkaji apa yang telah dipelajari dan guru juga mudah untuk membuat suntingan sekiranya guru mendapati terdapat perubahan yang perlu dibuat.com/doc/21171336/PSK-TUJUAN-PENGGUNAAN-SUMBERPENGAJARAN-DAN-PEMBELAJARAN-sid 3. plug. Kelebihan bahan ini ialah murid-murid cepat mudah faham kerana mereka akan tertarik dengan grafik yang ada pada bahan ini di mana secara tidak langsung telah menarik perhatian mereka. bahasa. Ciri-ciri Bahan 1.untuk menyampaikan isi pelajaran dalam proses P&P. Saiz bahan bantu belajar yang direka adalah sesuai digunakan di dalam bilik darjah untuk kelihatan semua murid. Harus membawa manfaat kepada guru dan murid-murid. Banyak kelebihan bahan ini di mana jika ia digunakan secara betul jadi guru perlu selalu memantau pergerakan murid-murid semasa proses P&P sedang berlangsung. kandungan dan pengalaman murid-murid. Sesuai dengan perkembangan kognitif kanak-kanak b.perisian yang percuma disediakan oleh kerajaan di mana isi perisian tersebut bertepatan dengan sukatan pelajaran yang sedia ada. sesuai dengan keadaan fizikal bilik darjah dan sekolah. Secara keseluruhannya penggunaan bahan teknologi maklumat ini adalah banyak kelebihannya berbanding kelemahan yang ada dan dengan bimbingan daripada guru. http://www. Pada masa kini guru-guru sudah mempunyai kemudahan kerana terdapat perisian.

Ini dapat menjimatkan tenaga. . Boleh digunakan oleh murid-murid pada bila-bila masa bagi mengkukuhkan ilmu mereka. b. selamat digunakan oleh murid-murid supaya tidaka mendatangkan sebarang kemalangan yang tidak diingini. 2. Boleh digunakan dalam beberapa subjek. c. d. Pelbagai kegunaan a. h.g. kos. Contohnya. masa atau sebagainya dalam P&P. bahasa melayu dengan matematik. Contoh: Guru dapat menyimpan semua bahan pengajaran dalam komputer dan ini menjimatkan tenaga dan kos yang diperlukan untuk menyediakan BBM.

s. Menyenangkan guru untuk menyimpan.tahan lasak. mudah disimpan .15) mengariskan beberapa kriteria pemilihan bahan seperti berikut: 1.3. 1991. dalam Zaiton Zainal. Begitu juga fakta yang dikemukakan haruslah kemas kini. Teknik seperti bunyi yang jelas. Kepentingan ciri Bahan Bantu Mengajar ini juga dijelaskan oleh Razali (1990. Sebagai panduan am. telah menyenaraikan beberpa ciri penting dalam membuat pemilihan media pengajaran. Di sini diturunkan beberapoa kajian yang berkaitan dengan ciri-ciri bahan yang akan digunakan sewaktu pengajaran pembelajaran.s. bahasa. Ini memberi peluang kepada murid belajar dengan lebih berkesan. saiz penglihatan dan warna harus juga diambil kira. Beliau turut menekankan ciri fizikal seperti selamat digunakan. 12). Abdul Rahim ( 1989. senang dibawa. b. mudah digunakan dan disimpan. tahan lama dan ekonomi 3. Bahan-bahan ini adalah lebih baik jika boleh dikaitkan dengan mata pelajaran lain. Senang digunakan semasa di dalam bilik darjah. dalam Zaiton Zainal. tepat. Beberapa kajian telah turut dijalankan dalam memastikan ciri-ciri yang sesuai. c. tepat dengan tajuk 2. difahami dan dimudah alih oleh guru mahupun murid- murid. Menurut beliau kesesuaian dari segi tajuk. kandungan dan pengalaman pelajar itu sendiri adalah penting. saiz yang mudah dilihat serta menarik perhatian pelajar 4. tidak berat sebelah dan logik. 1991. Ini bagi memastikan segala Bahan Bantu Mengajar yang digunakan oleh guru mahupun pelajar mesti membawa manfaat kepada kedua-dua pihak. Kesemua aspek ini amat berguna kepada guruguru kerana beliau banyak menekankan cara pemilihan yang tepat. ringkas dan sentiasa kemas kini. m. Mudah Alih a. m. Ciri-ciri Bahan Bantu Mengajar Proses untuk menyediakan atau memilih Bahan Bantu Mengajar yang bersesuaian tidak sepatutnya diabaikan.

iaitu pelajar dapat sesuatu gambaran yang lebih tepat akan sesuatu bahan atau perkara dan menyenangkan lagi penyimpanan maklumat. dalam Zaiton Zainal. Kajian berkaitan penggunaan warna di dalam penyediaan Bahan Bantu Mengajar juga telah dijalankan oleh Barry ( 1976.s. boleh dibuat oleh guru sahaja atau bersama pelajar dengan bimbingan guru. kepelbagaian penggunaan. Bahan itu perlulah sederhana dan mudah didapati. m. Seterusnya. 2002. Manakala Fungsi warna pula adalah sebagai kod yang menyenangkan ingatan dan mengingat kembali sesuatu imej. 13 ) memberi beberapa ciri pemilihan bahan yang boleh diambil kira oleh seseorang guru iaitu bahan tersebut tidak semestinya mahal. 1991. Di mana dalam kajian ini. boleh digunakan lebih dari satu mata pelajaran. Ia juga mudah di bawa. dalam Suzita Mohd Resad. Noraziah (1981. Kajian Barry ialah tentang keberkesanan arahan dan gambar berwarna yang realistik dan bukan realistik. 21). beliau telah menguji dua teori yang berlainan tentang kepentingan warna dalam pembelajaran dengan alat pandang. m. Tajuk 8 Rancangan Pengajaran dan Pembelajaran . mudah disimpan dan tidak merbahaya.s. Hasil kajian beliau mendapati warna memberi suatu demensi untuk pemahaman yang lebih.5. ringan dan mudah diganti.

Format Penulisan: Rancangan Pengajaran Harian Mata Pelajaran Kelas Bilangan Tarikh Tajuk Tema Hasil Pembelajaran/ Objektif Masa Pengetahuan Sedia Ada Penerapan Nilai Bahan Bantu Mengajar Pendekatan Terapi Langkah Set Induksi (5 minit) Langkah 1 (15 minit) Langkah 2 (15 minit) Langkah 3 (10 minit) Langkah 4 (10 minit) Penutup (5 minit) B. PEMILIHAN BAHAN BANTU MENGAJAR: Prinsip pemilihan Bahan Bantu Mengajar: : : : : : : : : : : : : : Aktiviti P & P Elemen Bestari Kandungan . Komponen Rancangan Pengajaran Harian A.1. Rancangan Pendidikan (RPI) 2.

pemikiran dan tingkah laku. b) Bahan yang mudah kepada yang kompleks. Bahan .Terdapat beberapa garis panduan pemilihan bahan pengajaran. Sesuai – Pemilihan bahan hendaklah mempunyai hubungan kesesuian dengan perkara-perkara seperti berikut : a) Objektif dan matlamat pengajaran bahasa b) Pendekatan. g) Bahan masakini kepada masa akan datang. 3. Menepati . dan prinsipprinsip pemilihan bahan pengajaran bahasa dirumuskan seperti yang berikut : 1. c) Bahan yang mengandungi fakta terasing kepada bahan yang mempunyai hubungan yang bersepadu. bahan-bahan yang dipilih dapat memberikan rangsangan untuk pelajar berfikir dan mendorong mereka untuk terus belajar. kaedah dan teknik pengajaran c) Keadaan pelajar d) Suasana pembelajaran e) Minat pelajar 2. .Ketepatan bahan pengajaran dimaksudkan sebagai isi kandungan bahan pengajaran yang menepati kandungan kurikulum pengajaran. Mencabar . Oleh yang demikian.Terdapat tiga konsep penting yang perlu wujud dalam proses pembelajaran iaitu rangsangan.bahan yang mengandungi ciri-ciri berikut : a) Bahan yang konkrit kepada bahan yang abstrak.Satu strategi pemeringkatan bahan pembelajaran yang dapat mencabar pemikiran pelajar ialah bahan-bahan yang dipilih itu mesti terdiri daripada bahan. d) Bahan yang khusus kepada bahan yang umum (induktif) e) Bahan yang umum kepada yang khusus (deduktif) f) Bahan yang umum kepada teori.

REFLEKSI – Amalan refleksi ada amat penting untuk peningkatan profesionalisme keguruan. Ini akan memydahkan pelajar membuat rujukan atau memahami sesuatu konsep.Bahan pengajaran yang dipilih hendaklah sentiasa berfungsi. guru dapat menggunakan teori pengajaran dan pembelajaran untuk menilai kebaikan dan kelemahan pengajaran serta pembelajaran muridnya. jadual.pengajaran yang dipilih mestilah menunjukkan perkaitan antara aspek kandungan bahasa. graf. 4. Ketepatan sesuatu bahan dengan kurikulum pengajaran bahasa adalah berdasarkan ciri-ciri yang berikut: a) Isi kandungan sesuai dengan kemampuan dan kehendak pelajar. lalu membaiki dan mengubahsuai rancangan. Mudah alih . A. Menarik a) Reka letak. proses pembelajaran dan pengajaran. rajah.dan tidak terlalu berat atau besar. Dengan penggunaan proses refleksi. 5. kaedah dan teknik mengajar ke arah meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. boleh dibawa kemana-mana. b) Susunan bahan c) Mengandungi maklumat atau fakta yang yang tepat. b) Saiz huruf cetak atau saiz huruf haruslah sesuai dengan peringkat umur pelajar. Jimat dan mudah .Sekiranya untuk menghasilkan bahan bantu mengajar tersebut dibeli. .sebaliknya bahan tersebut boleh dihasilkan dengan kreativiti guru contohnya dengan menggunakan bahan terbuang. c) Bahan pengajaran mengandungi arahan yang jelas. 6. carta. lukisan. gambar atau kartun mestilah disusun berhampiran dengan sesuatu maklumat yang berkaitan. peta. d) Maklumat yang kemaskini e) Perbendaharaan kata yang sesuai f) Bahan pengajaran yang diperakui.tidak semestinya mahal.

scribd.Sumber rujukan: http://www.com/doc/25146893/Konsep-Bahan-Bantuan-Mengajar-Dan-Ciri .

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful