BAB 1

PENGENALAN

1.1 Pendahuluan

Bahasa Melayu sudah sekian lama menjadi bahasa perhubungan, bahasa kebangsaan dan bahasa pengantar utama dalam system pendidikan di Malaysia. Dari aspek pendidikan sekolah rendah khasnya, mata pelajaran bahasa Melayu merupakan mata pelajaran teras. Antara kemahiran yang diterapkan dalam mata pelajaran ialah kemahiran lisan, kemahiran bacaan dan kemahiran menulis. Oleh itu, sudah sewajarnyalah bahasa Melayu sudah tidak menjadi masalah kepada masyarakat Malaysia umumnya dan kepada pelajar khasnya. Namun begitu, daripada beberapa kajian yang telah dilakukan didapati bahawa bahasa Melayu masih menjadi masalah. Kelemahan murid-murid menguasai bahasa Melayu dengan betul kerisauan serta rungutan dalam kalangan ibu-bapa, guru-guru dan para cendekiawan.

Menurut laporan Lembaga Peperiksaan, penguasaan murid-murid terhadap bahasa Melayu dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) khususnya dalam aspek penulisan karangan masih membimbangkan (Mahyuddin, 1999). Selain daripada lemah menyusun fakta-fakta penting, murid-murid juga lemah dalam aspek penulisan karangan seperti aspek ejaan.

Menurut Mahyuddin (1999), jika ditinjau dari sudut bahasa Melayu itu sendiri, aspek yang diberi penekanan ialah kemahiran asas berbahasa dan tatabahasa yang sebelum ini tidak diberi tumpuan. Penguasaan terhadap kemahiran-kemahiran asas dapat menyumbang kepada kemahiran-kemahiran seperti kemahiran berfikir dan kemahiran belajar (PPK,1994). Berdasarkan Sukatan Pelajaran (1993), Kurikulum Sekolah Rendah bertujuan untuk membolehkan murid-murid : i. Menguasai bahasa Melayu dengan memuaskan sesuai dengan kedudukannya sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara. ii. Menguasai kemahiran asas bahasa iaitu bertutur, membaca dan menulis dalam bahasa pengantar sekolah rendah.

Menurut Awang Sariyan (1983) dan Rahimah Hj Sarban (1988) aspek ejaan dalam penulisan merupakan aspek tatabahasa yang perlu dikuasai oleh murid-murid sekolah. Kesalahan yang dilakukan oleh murid_murid pada peringkat awal akan berlanjutan hingga ke peringkat yang lebih tinggi. Dalam bidang penulisan pula, kelemahan menguasai ejaan akan menjejaskan komunikasi bidang itu sendiri. Kesalahan ejaan akan terbawa-bawa dalam situsi penulisan Negara. Oleh hal yang demikian, kajian ini penting untuk mengkaji teknik yang terbaik untuk mengatasi masalah yang telah diutarakan ini. 1.2 Latar Belakang Kajian Tujuan penyelidikan ini adalah untuk membuktikan keberkesanan teknik latih tubi dalam usaha mengurangkan kesilapan ejaan dalam penulisan karangan dalam penulisan karangan bahasa Melayu seterusnya membantu meningkatkan kualiti penulisan karangan. Penyelidikan dijalankan dengan melibatkan sekumpulan muridyang dipilih secar rawak dan dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan kawalan dan kumpulan eksperimen yang mempunyai tahap yang sederhana. Sebelum pengajaran dijalankan ke atas kumpulan eksperimen, ujian pra terlebih dahulu dijalankan untuk kedua-dua kumpulan tersebut bagi mendapatkan data untuk perbandingan.

Ujian Pra Kumpulan Eksperimen Kumpulan Kawalan 10 jam Sesi P&P Ujian Pos Selepas sesi Soal Selidik P&P Rajah 1. Keputusan ujian pra dan ujian pos dikumpul dan dianalisi bagi menguji keberkesanan teknik yang dijalankan. iaitu kumpulan eksperimen diajar menggunakan teknik latih tubi manakala kumpulan kawalan diajar tanpa menggunakan teknik latih tubi. Pada peringkat akhir kajian. kedua-dua kumpulan ini diuji menggunakan ujian pos yang dijalankan pada masa yang sama. kedua-dua kumpulan ini. Data yang diperoleh akan dianalisis untuk menentukan sama ada teknik yang dipilih sesuai atau tidak dalam usaha mengurangkan kesilapan ejaan dalam penulisan karangan bahasa Melayu.Selepas itu.1: Reka Bentuk Kuasai Eksperimental dalam Pengajaran dan Pembelajaran .

ii. .6 Hipotesis Kajian Ho1 : Bilangan kesilapan ejaan bagi kumpulan eksperimen adalah lebih ketara berbanding murid dalam kumpulan kawalan Ho2 : Perbezaan min bilangan kesilapan antara ujian pra dan ujian pos lebih ketara bagi kumpulan eksperimen berbanding kumpulan kawalan. 1. Adakah teknik latih tubi lebih berkesan jika dibandingkan dengan pembelajaran yang tidak menggunakan teknik latih tubi. 1.1.7 Batasan Kajian Kajian ini akan ditadbir ke atas 40 orang murid di SK Permatqang Raja di daerah Larut Matang.4 Objektif Kajian Dalam kajian ini pengkaji telah menggariskan tiga objektif kajian iaitu : i. ii.3 Tujuan Kajian Kajian ini bertujuan untuk menentukan keberkesanan teknik latih tubi dalam usaha untuk mengurangkan kesilapan ejaan di samping untuk menggalakkkan pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Bahasa Melayu Penulisan seterusnya dapat meningkatkan mutu penulisan karangan bahasa Melayu murid-murid. Hal ini bermakan segala dapatan kajian hanya benar dalam konteks muridmurid di sekolah itu sahaja. 1. 1. Oleh sebab kajian ini tertumpu kepada murid tahun 5 daripada sebuah sekolah rendah sahaja. Adakah teknik latih tubi dapat mengurangkan kesilapan ejaan dalam penulisan karangan bahasa Melayu. Mengkaji sejauh mana teknik latih tubi dapat mengurangkan kesilapan ejaan dalam penulisan. Mengkaji keberkesanan latih tubi dari segi mutu karangan murid tahun 5. segala interpretasi yang berkaitan dengan dapatan-dapatan kajian adalah spesifik pada situasi yang tertentu sahaja dan hanya boleh diaplikasikan di sekolah yang dikaji sahaja.4 Persoalan Kajian Dalam kajian ini pengkaji telah menggariskan persoalan-persoalan kajian seperti berikut : i.

. Selain itu wujud juga kesukaran terutamanya terdapat maklumat palsu daripada sampel kajian. Latih Tubi Teknik latih tubi adalah aktiviti pengulangan fakta-fakta atau kecekapan yang dipelajari.Faktor yang tidak dapat Faktor yang tidak dapat dikawal oleh pengkaji adalah ketepatan data. Teknik juga boleh didefinisikan sebagai pengendalian suatu organisasi yang benar-benar berlaku di dalam bilik darjah dimana ia digunakan untuk mencapai sesuatu objektif. Teknik Menurut Kamus Dewan Bahasa (2007). Secara keseluruhannya. Tujuannya untuk mencapai taraf penguasaan kemahiran disamping menjamin kekekalannya.8 Definisi Istilah Istilah-istilah yang digunakan dalam kajian ini adalah seperti berikut : i. Keberkesanan teknik latih tubi bergantung kepada kemahirankemahiran interpersonal individu kerana kerjasama yang diberikan bukan semudah yang dijangkakan dan kemahiran itui tidak terjadi dengan sendirinya dan dalam sekelip mata sahaja. 1. kita tahu setiap individu memproses maklumat dengan cara yang berbeza.Teknik ini sesuai digunakan untuk pengajaran bahasa Melayu. (1990) pula mendefinisikan teknik adalah satu muslihat atau strategi atau taktik yang digunakan oleh guru yang mencapai hasil segera yang maksimum pada waktu mengajar sesuatu bahagian bahasa tetentu. Juriah Long et al. Hal ini adalah kerana kemungkinan segelintir sampel kajian tidak memberikan tumpuan sewajarnyan semasa menjawab soalan apabila mereka sedar tentang penglibatannya dalam proses penilaian untuk kajian sahaja. karang-mengarang dan sebagainya. Teknik yang dipilih haruslah sejajar dengan kaedah yang digunakan dan seirama dengan pendekatan yang dianuti. Dalam kajian ini wujud kekangan masa yang agak terhad dan akan sedikit sebanyak mempengaruhi data yang dibuat. Perbezaan individu juga mungkin mempengaruhi data yang dibuat. ii. teknik adalah kaedah mencipta sesuatu hasil seni seperti muzik. teknik boleh didefinisikan sebagai merupakan suatu alat yang digunakan oleh guru bahasa bagi menyampaikan bahan-bahan pengajaran yang telah dipilih untuk pelajar-pelajarnya.

Maka tidak timbul tanggapan penulisan karangan penting sebab bahasa penulisan karangan penting sebab bahasa tulisan bukan sahaja difahami malah member peluang untuk berfikir. Selain itu. . dalam Nuwairi Hj Khazaai : 1992) iv. ejaan ditakrifkan sebagai keseluruhan jalinan-jalinan kaedah yang mengatur pemakaian tanda-tanda atau gabungan visual untuk melambangkan kesatuan fonologi sesuatu bahasa. Ejaan Menurut Amran dalam Nuwairi Hj Khazaai (1992). 2000). Nik Safiah Karim (1998) menghuraikan bahawa penulisan adalah hasil pertuturan kerana suara tidak dapat disampaikan ke tempat yang jauh. Maka penulisan mengambil alih peranan pertuturan. Hal ini dapat member maklumat kepada guru dalam memilih teknik bersesuaian dan menarik minat murid.iii. Manakala Zaaba (1965) pula mendefinisikan penulisan sebagai hasil daripada kepandaian atau kemahiran mengubah atau menyusun kata-kata untuk dijadikan rangkai kata dan seterusnya dijadikan ayat. Penulisan Menurut Kamus Dewan (2007). 1. (Mat Alwi bin Musa. penulisan didefinisikan sebagai satu perihal atau kegiatan menulis atau mengarang. cerita. laporan dan penerangan. bahasa Melayu bermaksud salah satu daripada mata pelajaran teras yang diajar berdasarkan sukatan pelajaran sekolah rendah. Dalam konteks kajian.9 Kepentingan Kajian Secara rasionalnya teknik latih tubi dijalankan untuk membantu pengkaji mengenal pasti kebaikan dan kelemahan yang diperoleh hasil daripada perlaksanaan teknik pengajaran tersebut. v. kajian pembelajaran menggunakan teknik latih tubi juga akan mendedahkan teknik yang berkesan dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) mata pelajaran Bahasa Melayu Penulisan kepada pihak lain untuk membuat penilaian refleksi. Bahasa Melayu Merujuk kepada bahasa yang telah diiktiraf oleh kerajaan Malaysia sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi Negara. Rumus ituterdir daripada symbolsimbol tulisan yang secara konvensional diterima oleh anggota masyarakat bahasa berkenaan (Hartmann.

Pengkaji meerasakan. Sekiranya terdapat kesalahan ejaan yang dilakukan semasa menyalin karangan tersebut. beberapa buah karangan yang perlu disalin semula . teknik latih tubi ini amat berkesan dijalankan untuk penulisan karangan.Dalam penggunaan teknik latih tubi ini murid akan diberikan. kerana melalui cara ini murid akan dapat menyalin lebih banyak perkataan. Secara tidak langsung murid telah didedahkan dengan lebih banyak pendedahan ejaan yang betul. . Hasil kajian ini diharapkan dapat mengubah pendirian murid terhadap mata pelajaran Bahasa Melayu Penuliisan iaitu mata pelajaran yang mudah dikuasai.

. Sebelum ini beberapa kajian telah dijalankan oleh pengkaji-pengkaji daripada dalam dan luar Negara untuk mengetahui mengapa dan bagaimana kesalahan tersebut boleh berlaku.BAB 2 TINJAUAN LITERATUR 2.1 PENGENALAN Kajian kesalahan ejaan telah diberi tumpuan yang mendalam dan dianggap satu aspek yang penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Hal ini mungkin berpunca daripada kurangnya penjelasan dan penekanan aspek ejaan dalam proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah..u c... murid tidak mengambil berat tentang ejaan sama ada malas atau kerana sengaja tidak mengambil endah tentang ejaan. Pola u.. ..i d. Di samping itu juga. Pola e pepet.u e...2.. Pola a.2 LITERATUR BERKAITAN Menurut Awang Sariyan (1983).i b... Menurut Mat Alwi (2000) dalam kajiannya di Kelantan dan Terengganu menunjukkan 54... Hal ini demikian kerana aspek ejaan memainkan peranan penting dalam penulisan karangan. Antaranya..u g. Pola e pepet. Pola i.. pengaruh iklan dan media cetak yang tidak seragam dalam penggunaan sistem ejaan baru juga turut dilihat sebagai faktor kekeliruan ini..u contoh : adek sepatutnya adik contoh : aros sepatutnya arus contoh : cerdek sepatutnya cerdik contoh : gemok sepatutnya gemuk contoh : bilek sepatutnya bilik contoh : bingong sepatutnya bingung contoh : kueh sepatutnya kuih contoh bunoh sepatutnya bunuh (dalam Mat Alwi bin Musa..3 Kajian Literatur 2.. 2..3.. Pola i. 2000) menyatakan kesilapan dalam ejaan adalah disebabkan oleh beberapa faktor.. Selain itu. dalam bahasa Melayu terdapat 18 keselarasan vocal untuk membentuk kata daripada dua sukukata yang diakhiri dengan konsonan daripada 18 pola tersebut 8 pola sahaja didapati mengelirukan murid dan mereka kurang memahami peraturan baharu serta sering mengeja salah iaitu : a. terdapat juga murid yang tidak faham atau kurang arif tentang aturan ejaan baru.. Pola a........i f.53% guru-guru menyatakan masalah ejaan berpunca daripada bahasa daerah atau dialek tempatan..1 Kajian Dalam Negara Para pengkaji bahasa turut mengkaji kesilapan bahasa dari aspek ejaan.i h.... Pola u.

Sharifah Fakhirah dan Teoh Boon Seong (1986) telah meninggalkan satu analisis kesalahan pembelajaran bahasa Melayu oleh dekumpulan pelajar Tingkatan 1. Kesimpulan kajian.15 kali bagi setiap murid.. murid-murid masih lemah dalam ejaan. ii. Berdasarkan analisa kajian. ii. Kesilapan penggunaan imbuhan sebanyak 26 kali bersamaan 3. Sampel kajiannya ialah seramai 75 orang murid di dua buah sekolah di Melaka. iii.74%. Tujuan kajian ialah untuk meninjau kesalahan dalam bentuk ejaan umum. Purata kesilapan ejaan ialah 5..Abdul Kadir Amin (1981) membuat kajian terhadap murid tahun 6.. Kajian beliau menjurus kepada kesalahan utama yang dilakukan oleh murid-murid dalam penulisan karangan. Menurut kajian mereka kesalahan ejaan yang dilakukan terbahagi kepada tiga iaitu : i. kata dasar kata berimbuhan kekeliruan fungsi Contoh kesalahan ejaan kata dasar : i. sengaja ditulis sengeja banjir ditulis banjil basikal ditulis basikat Contoh kesalahan ejaan kata berimbuhan seperti berikut : i. iii. didapati bahawa kesilapan ejaan mencatatkan 387 kali iaitu bersamaan dengan 54.68% dan purata kesilapan ialah 0. bermacam-macam ditulis bemacam-macam kesejukan ditulis kesejukkan melindungi ditulis menglindungi ..35 kali bagi setiap murid.¶di.kan¶ dan µdi.. ii. Kesilapan lebih umum ialah penggunaan imbuhan µpe¶. iii.¶.

µlapuran¶ (75. iii.ialah mengeja gabungan kata. Kajian beliau berdasarkan kertas jawapan Bahasa Melayu dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM). Daripada hasil kajiannya. Ahmad Zaharani (2006) dan Abd Hamid Mahmud (1982) telah menjalankan kajian ke atas pelajar tingkatan 5 dan tingkatan 6. µsamada¶ (65. Penguasaan ejaan murid-murid didapati mencapai tahap yang tertinggi dengan min 72.2. Mohd Arop bin Mohd Wazir (1986) telah membuat kajian terhadap murid-murid tahun 4 Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) di tiga buah sekolah rendah di Selangor. Antara kelemahan yang dikesan.7 dan mod 85. µperabut¶ (84. kata pinjaman dan kata depan. Pada peringkat ini. kajian juga telah dijalankan oleh beberapa orang pengkaji.4%). kesalahan ejaan yang kerap dilakukan ialah perkataan µpelancung¶ (99.6%). µstesyen¶ (89. Koh Boh Boon (1985) membuat kesimpulan bahawa kebanyakan siswazah masih belum biasa dengan Sistem Ejaan Rumi Bahasa Melayu dan penggunaan pasangan perkataan µpenuntun¶ dengan µpenonton¶.5. Menurut beliau. Hasil kajian mendapati bahawa pelajar-pelajar menghadapi masalah dalam penggunaan vocal disebabkan pengaruh dialek. di dalam ditulis didalam di awan ditulis diawan dimasuki ditulis di masuki Daripada sejumlah 107 jumlah kesalahan ejaan 22 daripadanya dilakukan oleh murid berbahasa ibunda Melayu. Sementara 12 kesalahan dilakukan murid-murid lain Koh Boh Boon (1985) membuat kajian mengenai kesalahan ejaan dan tatabahasa Melayu yang dilakukan oleh sekumpulan siswazah. µsecucuk¶ dengan µsecocok¶.9%). Pengaruh dialek dan bahasa basahan lebih banyak mempengaruhi kesalahan . Kajiannya adalah terhadap empat orang murid bagi setiap sekolah. Daripada dapatan kajian ini. 36 dilakukan oleh murid berbahasa ibunda Mandarin dan 37 yang berbahasa Tamil.6%) dan µtelahpun¶ (63.2%). median 79.3%). µresmi¶ dan µrasmi¶ dan µtempuh¶ dan µtempoh¶. beliau membuat kesimpulan bahawa KBSR telah Berjaya menerapkan kemahiran ejaan bahasa Melayu. µpamiran¶ (88.8%).Contoh kesalahan ejaan berkaitan kekeliruan fungsi pula seperti berikut : i. Seramai 45 orang murid iaitu 56% daripadanya dapat menjawab separuh atau tidak dapat menjawab langsung ejaan kata pinjaman. ii.

cara penyebutan sesuatu kata yang tidak betul dalam bahasa Melayu akan mempengaruhi cara kata tersebut ditulis kerana kata tersebut dieja mengikut sebutan. pembentukan struktur ayat dan rangkai kata. Contoh perkataan yng dieja mengikut sebutan oleh bahasa ibunda : i. Menurut beliau. setelah televisyen dieja dieja satelah talivisyen Selain itu. Contohnya : i. iv. iii. hingga hendah berhenti dieja dieja dieja ingge endah berenti Kamaruddin Husin (1986) telah membuat kajian tentang penyerapan bahasa Melayu dalam kalangan guru pelatih bukan Melayu di maktab-maktab Perguruan di Kuala Lumpur. ii.ejaan pelajar-pelajar terutamany pelajar yang berasal dari negeri Kedah berbanding pelajar dari Johor. meraung-raung belakang paling penting dieja dieja dieja dieja meraun-raun belakan palin pentin Kajian oleh Narayanan Kunci Rawan (1993) terhadap murid-murid tahun 3 Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (SRJK) Tamil di Petaling Jaya dan di Johor mendapati bahawa aspek ejaan murid-murid dipengaruhi oleh bahasa ibunda dan bahasa kolokial. terdapat juga bukti yang pelajar cenderung untuk menggantikan µng¶ di posisi akhir perkataan dengan µn¶ dalam tulisan mereka. ii. ii. Contoh : i. . penggunaan kata. iii. Hasil kajian mendapati bahawa 70% jumlah kesilapan yang dilakukan oleh guru-guru pelatih berkenaan terdiri daripada aspek ejaan.

Golongan behaviorisis berpendapat bahawa pemerolehan adalah sesuatu perlakuan yang terjadi melalui ulangan perlakuan itu.3.H. Teori ini berpandangan bahawa µbahasa terjadi hasil daripada operasi rangsangan dan gerak balas yang bergantung pada cirriciri naluri manusia¶. . dan J. (1981) dan Mischel.S.2 Kajian Luar Negara Kajian oleh Flower. (1974) mendapati bahawa kesalahan bahasa yang dilakukan pelajar-pelajar disebabkan oleh pengaruh bahasa ibunda. kemahiran bahasa dapat diperoleh. Perkara-perkara seperti latihan dan latih tubi amat penting dijalankan dengan kerap untuk membolehkan pemerolehan bahasa berlaku sehingga menjadi amalan kebiasaan. murid-murid hendaklah diberi peluang untuk berlatih berulang kali bagi membentuk tabiat dalam diri mereka. Teknik ini berasaskan kepada Teori Behaviorisme yang dipelopori oleh beberapa tokoh terkenal seperti Thorndike. Murid gred 10 dan 12 melakukan 12% kesilapan ejaan. muridmurid gred 6 melakukan sekurang-kurangnya satu kesilapan ejaan daripada 60% perkataan yang dieja. dalam Mahyudin Abas : 1999) Kesalahan ejaan dalam penulisan juga dipengaruhi oleh bahasa ibunda pelajar-pelajar. bahasa ialah proses perilaku yang berdasarkan operasi rangsangan dan tindak balas. (Riz Gerald.2. Skinner dan Pavlov. Oleh hal yang demikian. Dengan ini. 2.(1988) menyatakan kesilapan ejaan murid gred 4 dan 5 ialah 10%. Menurut Adenan Ayob dan Nathan Sellapan (2009). teori ini menekankan perilaku. Hal ini dinyatakan oleh Graves. dan individu banyak belajar melalui pengalaman otaknya. Justeru . T.R. D.Hayes.4 Pendekatan dan Teori Teknik latih tubi bukanlah satu idea baru. Kesilapan ejaan adalah lebih kerap bagi murid gred 6 di Nothern California. Menurut mereka lagi. L.

.dalam kajian ini pengkaji akan mengkaji sejauh manakah kesilapan ejaan dapat dikurangkan dengan menggunakan teknik latih tubi melalkui penulisan karangan bahasa Melayu.2. pelajar sekolah menengah. guru-guru pelatih mahupun pelajar university. Oleh sebab itu. dapatlah dirumuskan bahawa terdapat banyak kajian kes telah dijalankan oleh pengkaji lepas menunjukkan masalah kesilapan ejaan dilakukan oleh semua pelajar sama ada pelajar sekolah rendah.5 Kesimpulan Daripada hasil tinjauan literature.

Murid akan diberi beberapa buah karangan untuk disalin tanpa mengandungi kesilapan ejaan. Sedeh (2008). Sekiranya berlaku. Pembolehubah tidak bersandar dalam kajian ini ialah teknik latih tubi manakala pembolehubah bersandar pula adalah pencapaian murid dalam ujian pra dan ujian pos bagi memperoleh bilangan kesalahan ejaan. . instrument kajian. Kumpulan kawalan diasingkan daripada pembolehubah eksperimen. Mohd.1 Pengenalan Dalam kajian ini metodologi yang digunakan tertumpu kepada keberkesanan teknik latih tubi untuk mengurangkan kesilapan ejaan dalam penulisan karangan Bahasa Melayu murid tahun 5.BAB 1 METODOLOGI KAJIAN 3. populasi dan sampel kajian. didedahkan kepada pembolehubah eksperimen dan kemudian dinilai semula. prosedur kajian untuk mengumpul data dan kaedah untuk menganalisis data yang diperoleh. Menurut Norhisyam b. kumpulan eksperimen diberi penilaian awal. Metodologi kajian yang digunakan melibatkan reka bentuk ujian. murid akan diminta menyalinnya semula. Seramai 20 orang murid sebagai sampel bagi kumpulan eksperimen dan 20 orang murid lagi sebagai kumpulan kawalan. 3. Kajian ini melibatkan dua kumpulan murid iaitu murid kumpulan kawalan dan kumpulan eksperimen.2 Reka bentuk kajian Reka bentuk kajian ini menggunakan kuasi eksperimen iaitu reka bentuk kawalan tak serupa dengan menjalankan Ujian Pra dan Ujian Pos.

Jadual 3.1 : Reka Bentuk Kajian Teknik Pengajaran Tidak Menggunakan Teknik Latih Tubi Jenis Kumpulan Murid Bilangan Murid Jumlah Murid Kawalan 20 orang Menggunakan Teknik Latih Tubi Eksperimen 20 orang 40 orang .

Kumpulan eksperimen diajar menggunakan teknik latih tubi dan kumpulan kawalan diajar mengikut teknik tradisional.1 : Reka Bentuk Proses Kajian .Setiap kumpulan pelajar terdiri daripada murid yang pelbagai keupayaan. Reka bentuk kajian adalah seperti rajah 3. Responden (40 orang) Sampel Kawalan (20 orang) Sampel Eksperimen ( 20 orang) Ujian Pra Tidak Menggunakan Teknik Latih Tubi Menggunakan Teknik Latih Tubi Ujian Pos Data diperoleh Analisis Data Rajah 3.1. Selepas itu kedua-dua kumpulan diuji pencapaian dengan ujian pos.

2010 21.06.2010 14. Murid membuat pembetulan Menjalankan aktiviti P&P menggunakan teknik Latih Tubi 9 Menyemak dan membetulkan kesilapan ejaan. 16.05. 21. 17. 4.2010 25. 2.06. 7.05. 3.2010 07. 12. Murid membuat pembetulan Ujian Pos Semakan Ujian dan Pengumpulan data 15. 25. 20. 18. Murid membuat pembetulan Menjalankan aktiviti P&P menggunakan teknik Latih Tubi 8 Menyemak dan membetulkan kesilapan ejaan.06.2 : Jadual Pelaksanaan Kerja Bil Aktiviti Tarikh Pelaksanaan 1. 19. 22. 9. 10.06.03.2010 24.06.05.03. 11.2010 05. Murid membuat pembetulan Menjalankan aktiviti P&P menggunakn Teknik Latih Tubi 6 Menyemak dan membetulkan kesilapan ejaan. Murid membuat pembetulan Menjalankan aktiviti P&P menggunakan Teknik Latih Tubi 2 Menyemak dan membetulkan kesilapan ejaan.2010 17.2010 12. Mengenal pasti masalah Menjalankan Ujian Pra Membuat pengumpulan data ujian pra Menjalankan aktiviti P&P menggunakan Teknik Latih Tubi 1 Menyemak dan membetulkan kesilapan ejaan.2010 27.05.2010 24.05. Murid membuat pembetulan Menjalankan aktiviti P&P menggunakan Teknik Latih Tubi 3 Menyemak dan membetulkan kesilapan ejaan.05.2010 28.06.03. 23.2009 23. 14. 5.04.04.2010 26.2010 02. Murid membuat pembetulan Menjalankan aktiviti P&P menggunakan Teknik Latih Tubi 7 Menyemak dan membetulkan kesilapan ejaan.05.2010 . 8.2010 19. 6.2010 30. Murid membuat pembetulan Menjalankan aktiviti P&P menggunakan Teknik Latih Tubi 10 Menyemak dan membetulkan kesilapan ejaan.2010 03.2010 26.2010 23.2010 31.05.Jadual 3.2010 21. 13. 24. 15.05.06.05.2010 30. Murid membuat pembetulan Menjalankan aktiviti P&P menggunakan Teknik Latih Tubi 5 Menyemak dan membetulkan kesilapan ejaan. Murid membuat pembetulan Menjalankan aktiviti P&P menggunakan Teknik Latih Tubi 4 Menyemak dan membetulkan kesilapan ejaan.06.05.2010 10.2010 12.05.

Tahap pencapaian murid dikenalpasti melalui ujian bulanan dan peperiksaan yang dijalankan oleh pihak sekolah.4.3 Sampel Kajian Sampel kajian ini terdiri daripada murid-murid yang sedang mengikuti pelajaran formal dalam Tahun 5 di daerah Larut Matang iaitu di Sekolah Kebangsaan Permatang Raja. Ujian ini diberikan kepada murid daripada kedua-dua kumpulan iaitu kumpulan kawalan dan kumpulan eksperimen.4. Berdasarkan maklum balas daripada kajian rintis. Mereka dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu 20 orang murid kumpulan eksperimen dan 20 orang murid kumpulan kawalan.3. Pantai Remis. Murid dikehendaki menyalin dua buah karangan secara imlak iaitu menulis semula karangan yang dibacakan oleh guru. Perak.4 Instrumen Kajian Instrumen kajian yang dipilih adalah kertas ujian penulisan bagi tahun 5 berdasarkan format Ujian Pencapaian Sekolah Rendah. suatu kajian rintis telah dijalankan pada 4 Mei 2010 di SK Jelutong. Perak. beberapa penambahbaikan telah dilakukan kepada instrumen kajian. Kedua-dua ujian ini menggunakan karangan yang sama dari segi jenis karangan dan aras kesukarannya. Maklum balas kuantitif daripada kajian rintis yang juga digunapakai untuk memastikan kesesuaian makna/maksud item dalam mengukur pembolehubah yang ditetapkan. Seramai 40 orang murid dipilih secara rawak untuk menjadi sampel kajian ini. Kajian tersebut melibatkan 20 orang murid Tahun 5 Arif. Jumlah perkataan ini bersesuaian dengan skema yang dikehendaki dalam peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah(UPSR). Kesahan konstruk instrument akan ditentukan dalam kajian sebenar melalui analisis faktor kerana pengiraan analisis tersebut hanya boleh dijalankan sekiranay terdapat jumlah sampel yang besar (melebihi 40).1 Kajian Rintis Sejajar dengan prosedur piawai dalam penyediaan alat ukur kajian. . 3. Murid ini dipilih kerana mereka tidak menghadapi peperiksaan umum dalam tahun kajian ini dijalankan. Murid diminta menyalin dua buah karangan yang panjang satu-satunya lebih kurang daripada 80 patah perkataan. Ujian Pra dan Ujian Pos dijalankan untuk membuat perbandingan untuk mengesan pencapaian murid berdasarkan penggunaan teknik latih tubi dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. salah sebuah sekolah yang terletak di kawasan luar Bandar. Kertas ujian ini mengandungi 2 buah karangan. 3. Changkat Jering. 3.2 Kesahan dan kebolehpercayaan instrument kajian Kesahan muka dan kesahan kandungan instrument ditentukan melalui siri pemurnian instrumen oleh pengkaji bagi menepati bidang serta konstruk yang diukur.

Satu set ujian diedarkan kepada sampel kajian. Maklumat-maklumat ini telah memberi gambaran tentang masalah yang dihadapi dan merangka langkah-langkah kajian.5 Prosedur Pengumpulan Data Kajian ini dilakukan di Sekolah Kebangsaan Permatang Raja. dan 3. E3 : Kekeliruan fungsi 3.3. Sampel diminta menulis dua buah karangan berdasrkan tajuk yang diberi dalam masa 1 jam. iaitu sampel kajian berdasarkan keputusan ujian bulanan dan ujian penggal. Data-data yang diperoleh dianalisis secara kuantitif dengan menggunakan perisisan hamparan elektronik ± Microsoft Excel dengan matlamat kajian dan bagi menjawab semua soalan kajian yang telah dinyatakan dalam bab 1. Senarai nama murid di sekolah ini diperolehi daripada Jadual Kedatangan Murid dengan bantuan pihak pentadbir sekolah dan guru kelas yang terlibat. Kekeliruan fungsi Kesilapan tersebut ditandai seperti berikut : 1. Kata dasar 2. Kata berimbuhan 3. . E2 : Kata berimbuhan. Pengkaji telah memilih sampel berdasarkan persampelan rawak mudah. Data kajian merupakan kesilapan-kesilapan ejaan dari aspek : 1. Jenis persampelan ini dipilih kerana populasi yang ada mempunyai peluang yang sama rata untuk dipilih sebagai sampel kajian. Kertas ujian ini mengandungi 2 soalan karangan. E1 : Kata dasar 2. pengkaji telah melihat pencapaian murid-murid tahun 5. Ukuran yang akan digunakan ialah bilangan kesilapan ejaan dan min kesilapan ejaan. Bagi tujuan ini. Hal ini bermakna sebanyak 80 karangan akan dianalisis untuk mendapatkan data yang diperlukan. Selain itu.6 Kaedah Analisis Data Hasil daripada data yang dikumpul daripada ujian pra dan ujian pos dianalisis untuk memerihalkan pencapaian murid sebelum dan selepas mengikuti pembelajaran menggunakan teknik latih tubi. Pengumpulan data kajian dilakukan menerusi ujian mengarang. pengkaji telah mendapat maklumat mengenai prestasi pencapaian sekolah dalam peperiksaan UPSR terutamanya mata pelajaran bahasa Melayu.

Perbincangan akan merangkumi reka bentuk kajian. Kajian telah diperjelaskan secara terperinci bagi mengumpul data. Dapatan kajian serta analisa data yang diperoleh daripada kajian ini akan dibincangkan secara terperinci dalam Bab 4.7 Kesimpulan Bab ini membincangkan secara keseluruhan metodologi kajian ini dijalankan. subjek kajian dan instrument. .Perbezaan bilangan kesalahan menggunakan formula : Jumlah kesilapan dalam Ujian Pos-Jumlah kesilapan ejaan dalam Ujian Pra Manakala pengiraan min dibuat menggunakan formula : Min = Jumlah bilangan kesalahan Jumlah murid 3.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful