BAB II

SOROTAN KAJIAN

2.1

Pengenalan

Bab ini akan membincangkan perkara-perkara yang berkaitan dengan kajian yang dijalankan di mana ia dapat menyokong dan menjadi garis panduan kepada pengkaji. Antara perkara yang dibincangkan ialah ciri-ciri keluarga bahagia, kajiankajian lalu sebagai sorotan kajian dengan memfokuskan kepada tajuk kajian, dan membincangkan faktor-faktor yang mempunyai hubungan dengan pembentukan keluarga bahagia di kalangan staf akademik Fakulti Pendidikan, UTM. Faktor-faktor yang akan diterangkan secara lebih terperinci ialah faktor suami isteri, faktor keilmuan, faktor hubungan ahli kerabat, dan faktor ekonomi.

2.2

Pengertian Keluarga Bahagia

15 Keluarga secara sinonimnya ialah rumahtangga, dan keluarga adalah satu institusi sosial yang asas kerana ia menjadi penentu (determinant) utama tentang apa jenis warga masyarakat dan apa taraf tamadun yang akan terbina. Sudah menjadi satu teori ulung bahawa keluarga menyuburi (nurture) dan membentuk (cultivate) manusia yang berhemah dan budiman, keluarga yang sejahtera adalah tiang dalam pembinaan masyarakat dan tamadun yang sejahtera (Sufean Hussin dan Jamaluddin Tubah, 2004 : 1)

Menurut Paizah Ismail (2003 : 129), ‘keluarga’ disebut sebagai usrah. Mengikut al-Mu’jam al-Kabir dan Lisan al-Arab ia bererti ‘pertalian yang kuat’. Dalam pengertian inilah Allah SWT menggunakan perkataan berkenaan dalam firman-Nya :



  

Maksudnya: “Kami telah menciptaka mereka dan menguatkan persendian tubuh mereka”. (Surah Al-Insaan : 28)

Menurut Dr Leha @ Zaleha Muhamat (2005: 2), perkataan ‘keluarga’ ialah komponen masyarakat yang terdiri daripada suami, isteri dan anak-anak atau suami dan isteri sahaja (sekiranya pasangan berkenaan masih belum mempunyai anak sama ada anak kandung/angkat atau pasangan terus meredhai kehidupan dengan tanpa dihiasi dengan gelagat dan karenah kehidupan anak-anak). Pengertian ini hampir sama dengan pengertian keluarga yang dijelaskan oleh Zakaria Lemat (2003: 71) iaitu, keluarga merupakan kelompok paling kecil dalam masyarakat, sekurangkurangnya dianggotai oleh suami dan isteri atau ibu bapa dan anak-anak. Ia adalah asas pembentukan sesebuah masyarakat. Kebahagiaan masyarakat adalah bergantung kepada setiap keluarga yang menganggotai masyarakat.

Takrif keluarga dari satu skop yang lebih luas menurut William J. Goode (1988: 9), menjelaskan keluarga sebagai suatu unit sosial yang ekspresif atau

16 emosional, ia bertugas sebagai agensi instrumental untuk struktur sosial yang lebih besar, kesemua institusi dan agensi lain bergantung kepada sumbangannya. Misalnya, tingkah laku peranan yang dipelajari dalam keluarga menjadi model atau prototaip untuk tingkah laku yang diperlukan dalam segmen masyarakat lain.

Justeru, keluarga merupakan sebuah sistem asas dalam pembentukan sesebuah masyarakat yang lazimnya terdiri daripada suami atau bapa, isteri atau ibu dan anak-anak. Setiap ahli keluarga perlu memainkan peranan masing-masing supaya sistem kekeluargaan itu berjalan dengan sempurna.

Menurut Aminah Hj Zakaria (2003: 224), kebahagiaan adalah sesuatu yang abstrak yang tidak dapat dilihat oleh mata, tidak boleh diukur, ditimbang atau dibeli dengan wang dan harta. Kebahagiaan : sesuatu keadaan yang dirasai oleh manusia di dalam dirinya, iaitu ketenangan hati, kelapangan dada dan kerehatan atau keselesaan dhamir’. Ianya berpunca dari dalam diri manusia bukan dari luar.

Zakaria Lemat (2003: 72) pula memberi takrifan bahagia iaitu, sesuatu yang tidak dapat dilihat yang lahir dari hati seseorang dengan sifat-sifat mulia dan terpuji serta amanah, bersyukur, sangka baik terhadap orang lain dan sebagainya yang kalau dikaitkan dalam sesebuah rumahtangga bahawa kebahagiaan itu merupakan suatu yang amat perlu dalam kehidupan berkeluarga kerana ia menjamin matlamat hidup sama ada di dunia mahupu di akhirat .

Pandangan Sarjana Islam seperti Imam Al-Ghazali telah membahagikan konsep kebahagian kepada dua iaitu, kebahagian di dunia dan kebahagiaan di akhirat. Imam Al-Ghazali menyarankan untuk mendapatkan kebahagiaan terbahagi kepada empat iaitu kemuliaan jiwa, kemuliaan tubuh badan, kemuliaan zahiriah, dan kemuliaan kurniaan Allah (Zakaria Lemat, 2003). Firman Allah SWT :

17

  

    

  

Maksudnya: “Wahai Tuhan kami kurniakanlah kepada kami kebahagiaan di dunia dan kebahagiaan di akhirat dengan sebaiknya dan jauhilah kami dari seksaan neraka”. (Surah Al-Baqarah : 201)

Menurut pandangan Barat, keluarga bahagia atau keluarga sejahtera ialah keluarga yang memiliki dan menikmati segala kemewahan material. Anggotaanggota keluarga tersebut memiliki kesihatan yang baik yang memungkinkan mereka menikmati limpahan kekayaan material. Bagi mencapai tujuan ini, seluruh perhatian, tenaga dan masa ditumpukan kepada usaha merealisasikan kecapaian kemewahan kebendaan yang dianggap sebagai perkara pokok dan prasyarat kepada kesejahteraan (Dr. Hasan Hj. Mohd Ali, 1993 : 15). Kini, terdapat segelintir keluarga di Malaysia juga beraggapan bahawa memenuhi keperluan material adalah ciri utama kebahagiaan rumahtangga. Ia sepatutnya dimiliki mengikut keperluan semasa dan bukannya mengikut kehendak hawa nafsu sehingga membebankan pasangan terutamanya suami.

Pandangan yang dinyatakan oleh Barat jauh berbeza dengan konsep keluarga bahagia yang diterapkan oleh Islam. Menurut Dr. Hasan Hj. Mohd Ali (1993: 18 – 19) asas kepada kesejahteraan dan kebahagiaan keluarga di dalam Islam terletak kepada ketaqwaan kepada Allah SWT. Keluarga bahagia adalah keluarga yang mendapat keredhaan Allah SWT. Allah SWT redha kepada mereka dan mereka redha kepada Allah SWT. Firman Allah SWT:

             
Maksudnya: “Allah redha kepada mereka dan mereka redha kepadaNya, yang demikian itu, bagi orang yang takut kepada-Nya”. (Surah Al-Baiyyinah : 8)

18

Menurut Paizah Ismail (2003 : 147), keluarga bahagia ialah suatu kelompok sosial yang terdiri dari suami isteri, ibu bapa, anak pinak, cucu cicit, sanak saudara yang sama-sama dapat merasa senang terhadap satu sama lain dan terhadap hidup sendiri, boleh hidup dengan gembira, mempunyai objektif hidup yang jelas sama ada secara individu atau secara bersama, optimistik dan mempunyai keyakinan terhadap sesama sendiri, merasa selesa dengan apa yang ada dan sebagainya.

Kesimpulannya, keluarga bahagia ialah sebuah keluarga yang terbentuk berlandaskan Al-Quran dan Sunnah untuk mencapai kebahagiaan di dunia dan di akhirat. Kebendaan bukanlah sebagai ukuran untuk membentuk keluarga bahagia sebagaimana yang telah dinyatakan oleh negara Barat.

2.3

Ciri-ciri Keluarga Bahagia

Pada dasarnya, keluarga bahagia sukar diukur memandangkan ia merupakan satu perkara yang abstrak dan hanya boleh ditentukan oleh pasangan yang berumahtangga. Namun, terdapat beberapa ciri-ciri keluarga bahagia yang boleh dijadikan panduan kepada pasangan yang ingin membentuk keluarga bahagia. Ciriciri tersebut ialah:

2.3.1

Rumahtangga Didirikan Berlandaskan Al-Quran Dan Sunnah

Asas yang paling penting dalam pembentukan sebuah keluarga bahagia ialah rumahtangga yang dibina atas landasan taqwa, berpandukan Al-Quran dan Sunnah

19 dan bukannya atas dasar cinta semata-mata. Ia menjadi panduan kepada suami isteri sekiranya menghadapi pelbagai cabaran yang akan timbul dalam kehidupan berumahtangga. Firman Allah SWT:

 

      

Maksudnya: “Kemudian jika kamu selisih faham / pendapat tentang sesuatu, maka kembalilah kepada Allah (Al-Quran) dan Rasulullah (Sunnah)”. (Surah An-Nisa’ : 59)

2.3.2

Rumahtangga berasaskan kasih sayang (mawaddah warahmah)

Tanpa ‘al-mawaddah’ dan ‘al-Rahmah’, masyarakat tidak akan dapat hidup dengan tenang dan aman terutamanya dalam institusi kekeluargaan. Dua perkara ini sangat-sangat diperlukan kerana sifat kasih sayang yang wujud dalam sebuah rumahtangga dapat melahirkan sebuah masyarakat yang bahagia, saling menghormati, percaya-mempercayai dan tolong-menolong. Firman Allah SWT : Tanpa kasih sayang,

perkahwinan akan hancur, kebahagiaan hanya akan menjadi angan-angan sahaja.

                       
Maksudnya: “Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya diantaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir”.

20 (Surah Ar-Rum : 21)

Seharusnya, dalam menjalinkan hubungan antara suami isteri ketenangan dan keutuhan hidup bersama berasaskan kasih sayang diutamakan, bukannya Allah perkahwinan yang berasaskan kepada tuntutan hawa nafsu semata-mata. tidak akan wujud dalam perkahwinan seperti ini. Firman Allah:

mengutuk perkahwinan yang hanya berasaskan tuntutan nafsu kerana kebahagiaan

                       
Maksudnya: “Dan (diharamkan juga kamu mengawini) wanita yang bersuami, kecuali budak-budak yang kamu miliki (Allah Telah menetapkan hukum itu) sebagai ketetapan-Nya atas kamu. dan dihalalkan bagi kamu selain yang demikian (yaitu) mencari isteriisteri dengan hartamu untuk dikawini bukan untuk berzina”. (Surah An-Nisa’ : 24)

2.3.3

Mengetahui Peraturan Berumahtangga

Setiap keluarga seharusnya mempunyai peraturan yang patut dipatuhi oleh setiap ahlinya yang mana seorang isteri wajib taat kepada suami dengan tidak keluar rumah melainkan setelah mendapat izin, tidak menyanggah pendapat suami walaupun si isteri merasakan dirinya betul selagi suami tidak melanggar hukum syarak, dan tidak menceritakan hal rumahtangga kepada orang lain. Anak pula wajib taat kepada kedua ibu bapa selagi perintah keduanya tidak bertentangan dengan

21 larangan Allah. Lain pula peranan sebagai seorang suami atau bapa. Suami

merupakan ketua keluarga dan menjadi tanggungjawab suami memastikan setiap ahli keluarganya mematuhi peraturan dan memainkan peranan masing-masing dalam keluarga supaya sebuah keluarga bahagia dapat dibentuk. Firman Allah SWT :

                                                 
Maksudnya: “Kaum laki-laki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh Karena Allah Telah melebihkan sebahagian mereka (laki-laki) atas sebahagian yang lain (wanita), dan Karena mereka (laki-laki) Telah menafkahkan sebagian dari harta mereka. sebab itu Maka wanita yang saleh, ialah yang taat kepada Allah lagi memelihara diri ketika suaminya tidak ada, oleh Karena Allah Telah memelihara (mereka)[290]. wanita-wanita yang kamu khawatirkan nusyuznya, Maka nasehatilah mereka dan pisahkanlah mereka di tempat tidur mereka, dan pukullah mereka. Kemudian jika mereka mentaatimu, Maka janganlah kamu mencari-cari jalan untuk menyusahkannya. Sesungguhnya Allah Maha Tinggi lagi Maha besar”. (Surah An-Nisa’: 34)

2.3.4

Menghormati dan Mengasihi kedua ibu bapa

22

Perkahwinan bukanlah semata-mata menghubungkan antara kehidupan kedua-dua pasangan tetapi ia juga melibatkan seluruh kehidupan keluarga kedua-dua belah pihak terutamanya, hubungan terhadap ibu bapa kedua-dua pasangan. Oleh itu, pasangan yang ingin membina sebuah keluarga bahagia seharusnya tidak mengenepikan ibu bapa dalam urusan pemilihan jodoh terutamanya anak lelaki. Anak lelaki perlu mendapat restu kedua-dua ibu bapanya kerana perkahwinan tidak akan memutuskan tanggungjawabnya terhadap kedua-dua ibu bapanya. Selain itu, pasangan juga perlu mengasihi ibu bapa supaya mendapat keberkatan untuk mencapai kebahagiaan dalam berumahtangga. Terdapat banyak ayat Al-Quran dan hadis yang menerangkan kewajipan seorang anak terhadap ibu bapanya. Antaranya :

Firman Allah SWT:

                      
Maksudnya: Dan kami wajibkan manusia (berbuat) kebaikan kepada dua orang ibu- bapanya. dan jika keduanya memaksamu untuk mempersekutukan Aku dengan sesuatu yang tidak ada pengetahuanmu tentang itu, maka janganlah kamu mengikuti keduanya. Hanya kepada-Ku-lah kembalimu, lalu Aku khabarkan kepadamu apa yang Telah kamu kerjakan. (Surah al-Ankabut : 8)

23 Hadis daripada Al-Hakim dan Ahmad meriwayatkan daripada Abu Rimthah katanya (Drs. Abdul Ghani Azmi Haji Idris, 2005 : 771) :

ّ َ ‫إ ِن ْت َهَي ْت إ ِلى رسوْل اللهِ صلى الل سه عَل َي ْسهِ وَس سل ّم‬ َ َ ُ ِ ُ َ َ ُ َ ْ َ َ َ ّ ّ ُ ُ ُ ِ َ ‫فَسمعْت ُه ي َقوْل : ب ِر أ ُمك وَأ َباك وَأ ُخت َك وَأ َخاك ث ُم‬ ّ َ َ َ َ (‫أ َد ْناك أ َد ْناك . )صحيح‬ َ
Maksudnya: “Aku sampai kepada Nabi SAW maka aku mendengar baginda bersabda : Buatlah kebaktian kepada ibumu, dan bapamu, saudara perempuanmu, saudara lelakimu, kemudian yang lebih dekat dan yang lebih dekat.” (Sahih)

24 2.3.5 Menjaga hubungan kerabat dan ipar

Antara tujuan ikatan perkahwinan ialah untuk menyambung hubungan keluarga kedua-dua belah pihak sama ada hubungan dengan saudara mara mahupun adik beradik (ipar) isteri ataupun suami. Melalui hubungan ini, ia akan dapat mengelakkan kerenggangan hubungan dalam keluarga sekaligus dapat membina sebuah keluarga bahagia kerana, terdapat beberapa masalah perceraian berlaku adalah disebabkan kerenggangan dengan kerabat dan ipar. tolong menolong sesama mereka. Antaranya : Banyak ayat yang memerintahkan supaya diperkukuhkan hubungan sanak saudara, berbuat baik dan

Firman Allah :

                                   
Maksudnya: Sembahlah Allah dan janganlah kamu mempersekutukan-Nya dengan sesuatupun. dan berbuat baiklah kepada dua orang ibu-bapa, karib-kerabat, anak-anak yatim, orangorang miskin, tetangga yang dekat dan tetangga yang jauh, dan teman sejawat, ibnu sabil dan hamba sahayamu. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong dan membanggabanggakan diri. (Surah An-Nisaa’ : 36)

25

Hadis daripada Al-Bukhari dan Muslim meriwayatkan daripada Anas ra. bahawa Rasulullah SAW bersabda (Drs. Abdul Ghani Azmi Haji Idris, 2005 : 787):

‫من أ َحب أ َن ي ُب ْسط ل َه فِى رِزقِ سهِ وَي ُن ْس سأ َل َه فِ سى‬ ْ ْ ْ ّ َ ْ َ َ ُ ُ َ َ ْ (‫أ َث َرِهِ فَل ْي َصل رحمه . )صحيح‬ ُ َ ِ َ ْ ِ
Maksudnya: “Barangsiapa yang suka supaya ia dimurahkan/dilapangkan rezekinya dan dipanjangkan umurnya maka hendaklah ia menghubungkan pertalian keluarganya.” (Sahih)

2.4

Faktor-Faktor Yang Mempunyai Hubungan Dengan Pembentukan Keluarga Bahagia

Membina sebuah keluarga bahagia dalam rumahtangga bukanlah suatu perkara yang mudah. Terdapat banyak faktor yang mendorong pasangan suami isteri boleh membentuk keluarga bahagia yang diredhai Allah SWT. Antara faktor-faktor yang dinyatakan dalam kajian ini ialah faktor suami isteri, faktor keilmuan, faktor hubungan ahli kerabat, dan faktor ekonomi.

2.4.1

Faktor suami isteri

Suami isteri merupakan tunjang utama dalam pembentukan sebuah keluarga bahagia. Damainya sebuah institusi perkahwinan itu bergantung kepada hubungan dan peranan suami isteri untuk membentuk keluarga masing-masing. Menurut Wan Mahmood bin Wan Yaacob (1998: 8), dalam ucapan perasmian Seminar Pemantapan Keluarga Siri Ke IV, perlakuan suami atau siteri boleh mempengaruhi keharmonian

26 sesebuah rumahtangga. Fenomena suami ataupun isteri tidak lagi menghormati di antara satu sama lain sering terjadi pada masa kini. Ibu bapa atau ketua keluarga perlu memainkan peranan terutamanya saling hormat-menghormati di antara satu sama lain kerana anak-anak akan mudah terpengaruh dengan tingkah laku mereka.

Menurut Papia dan Olds, krisis rumahtangga, pertengkaran dan keadaan yang tidak harmonis menjadikan anak-anak mempunyai perasaan yang berbelah bahagi, serba salah, bimbang, rasa bersalah, cepat tersinggung, cepat marah, menghadapi ketegangan, murung dan banyak lagi tingkah laku kecelaruan sahsiah anak. Oleh itu, suami isteri harus mewujudkan ketenteraman, rasa kasih sayang, menstabilkan keadaan rumahtangga dan mengukuhkan institusi kekeluargaan agar wujudnya suasana keluarga bahagia (Iran bin Herman, 2003 : 48-49). Firman Allah :

                      
Maksudnya: Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir. (Surah Ar-Ruum : 21)

Walaupun ketenteraman rumahtangga tanpa krisis dan kesefahaman merupakan faktor penyumbang kepada kebahagiaan rumahtangga, tetapi tanggungjawab suami isteri seharusnya tidak diketepikan sebagai elemen yang boleh menjadi punca keretakan dalam rumahtangga. Sesetengah pasangan lupa bahawa mereka mempunyai tanggungjawab yang perlu dilaksanakan. Suami isteri perlu menjalankan tanggungjawab sebagai suami, isteri, dan tanggungjawab bersama.

27

Suami merupakan ketua keluarga yang memainkan peranan paling penting untuk membentuk sebuah keluarga bahagia. Suami yang bahagia ialah suami yang sanggup berkorban dan berusaha untuk kepentingan keluarga dan rumahtangga daripada yang lain iaitu memberi makan makanan yang baik untuk anak-anak dan isteri, menjaga hak isteri, memberi pakaian yang bersesuain dengan pakaian Islam, mendidik anak-anak dan isteri dengan didikan Islam yang sebenar serta memberi tempat perlindungan. Antara firman Allah dan hadis yang menerangkan tanggungjawab suami ialah : Firman Allah SWT:

                     
Maksudnya: Isteri-isterimu adalah (seperti) tanah tempat kamu bercocok tanam, Maka datangilah tanah tempat bercocok-tanammu itu bagaimana saja kamu kehendaki. dan kerjakanlah (amal yang baik) untuk dirimu, dan bertakwalah kepada Allah dan Ketahuilah bahwa kamu kelak akan menemui-Nya. dan berilah kabar gembira orang-orang yang beriman. (Surah Al-Baqarah : 223)

Hadis daripada Al-Bukhari dan Muslim meriwayatkan daripada Abu Mas’ud alAnsari ra bahawa Rasulullah SAW bersabda (Drs. Abdul Ghani Azmi Haji Idris, 2005 : 503):

َ ً َ َ ُ ْ ُ َ ‫إ ِذا أ َن ْفقَ ال ْمسل ِم ن َفقة عَلى أ َهْل ِهِ وَهُ سوَ ي َحت َس سب ُها‬ َ َ ِ ْ ‫كان َت ل َه صد َقَة‬ ً َ ُ ْ َ (‫)صحيح‬

28 Maksudnya : “Apabila seorang muslim membelanjakan satu nafkah ke atas isterinya dengan mengharapkan pahala dari Allah maka nafkah yang dibelanjakan itu adalah satu sedekah baginya. (Sahih)

Isteri solehah ialah isteri yang tahu menjaga hak suami, harta suami, anakanak, menjaga maruah diri dan juga maruah suami serta membantu menjalankan urusan keluarga dengan sifat ikhlas, jujur, bertimbang rasa, amanah, dan bertanggungjawab. Tanggungjawab isteri terhadap ahli keluarganya amatlah besar dan ia hendaklah taat terhadap segala perintah suaminya selagi tidak bertentangan dengan syarak. Ketaatan isteri terhadap suami dijelaskan dalam hadis Rasulullah (Drs. Abdul Ghani Azmi Haji Idris, 2005 : 514):

َ َ ‫ل َ ي َصل ُح ل ِب َشرٍ أ َن ي َسجد َ ل ِب َشرٍ وَل َسوْ صسل ُح ل ِب َشسر‬ َ َ ُ ْ ْ ُ ْ ٍ َ َ ‫أ َن يسجد ل ِبشر ل َمرت ال ْمرأ َةَ أ‬ ‫َ ْ ن ت َسجد َ ل ِزوْجها‬ ُ ْ ْ ُ ْ َ ٍ َ َ َ ُ ْ َ ْ َ ِ َ (‫من عَظ َم ِ حقهِ عَل َي ْها )حسن‬ ّ َ َ ْ ِ
Maksudnya: “Tidaklah patut bagi seorang manusia sujud kepada manusia, dan jika patutlah manusia sujud kepada manusia tentulah aku menyuruh wanita supaya sujud kepada suaminya kerana besarnya hak suami atas isterinya.” (Hasan)

2.4.2

Faktor keilmuan Membentuk sebuah keluarga bahagia bukanlah bergantung kepada

pengalaman semata-mata. Setiap pasangan hendaklah mempunyai ilmu pengetahuan yang kukuh dalam semua aspek dan bukannya hanya mengutamakan ilmu perkahwinan semata-mata. Pasangan perlu memahirkan diri dalam pelbagai bidang ilmu antaranya ilmu ekonomi, sosial, akhlak, ibadah dan sebagainya. rumahtangga secara rasionalnya. Ilmu pengetahuan mampu menyelesaikan segala masalah yang melanda dalam

29

Membina sebuah keluarga bahagia dengan asas yang kukuh terutamanya dengan pengetahuan keagamaan dapat menjadikan individu berfikir, dan bertindak sesuai dengan fitrah insaniah yang diberikan oleh Allah SWT. Keluarga Islam harus selalu meningkatkan kualiti pemikiran Islam yang sebenarnya sesuai dengan perubahan zaman. Hingga kini terdapat keluarga Islam yang tidak dapat membezakan di antara ciri-ciri kehidupan masyarakat Islam dan masyarakat muslim yang sebenarnya (Asmah Bee Mohd Noor, 2003: 92-93).

Menurut Wan Mahmood bin Wan Yaacob (1998: 7), dalam ucapan perasmian Seminar Pemantapan Keluarga Siri Ke IV, beliau menjelaskan bahawa pengabaian terhadap pendidikan agama dalam segenap kehidupan merupakan faktor utama berlakunya kegagalan pentadbiran rumahtangga. Islam meletakkan suami sebagai bapa dan pemimpin utama untuk memimpin setiap ahli keluarga ke jalan yang baik dan diredhai Allah SWT. Jika mereka jahil dan tidak mengetahui serta memahami selok belok agama, maka keluarga yang dipimpin juga akan menghadapi masalah. Akhirnya matlamat untuk membina sebuah keluarga bahagia tidak akan terlaksana.

Jelasnya, pendidikan keluarga dalam Islam merupakan suatu proses berlaku berterusan. Sejak di tahap kanak-kanak, remaja, berkahwin, bercucu, dan di tahaptahap seterusnya, keluarga Islam harus memahami tujuan kehidupannya yang sebenar menurut Al-Quran. Al-Quran sebagai panduan dan rujukan utama untuk umat Islam telah mencirikan pelbagai aspek ilmu pengetahuan berhubung dengan kehidupan manusia di muka bumi ini.

2.4.3

Faktor hubungan ahli kerabat

30 Setiap pasangan yang telah berkahwin perlu menyesuaikan diri dengan keadaan ahli keluarga pasangan masing-masing. Perkara ini sangat penting supaya tidak berlaku salah faham yang boleh mengeruhkan keharmonian rumahtangga yang baru ingin dibina. Asas yang paling utama ialah mengadakan hubungan yang erat dengan ibu bapa kedua-dua belah pihak. Imam Ali dalam Prof Sheikh Ibrahim Amini (1994: 144), mengatakan : “Menjalinkan persahabatan dan bergaul dengan cara baik dapat menghindarkan seseorang dari melakukan perbuatan-perbuatan yang tidak baik”. Cerita tentang Alqamah yang mengutamakan isteri daripada ibunya sehingga menyebabkannya dia tidak boleh mengucapkan dua kalimah syahadah tatkala ajalnya tiba. Pujukan Rasulullah SAW untuk memaafkan anaknya tidak diendahkan oleh ibunya sehingga Rasulullah SAW memerintahkan Alqamah dibakar, barulah ibunya memafkannya. Sebaik sahaja beliau dimaafkan oleh ibunya, dengan mudah sahaja lidahnya mengucapkan dua kalimah syahadah seterusnya meninggal dunia (Kamarul Azmi Jasmi, 2004 : 10). Berdasarkan cerita Alqamah ini, sebagai anak seharusnya tidak mengenepikan ibu bapa walaupun telah berkahwin terutamanya anak lelaki. Anak lelaki masih mempunyai tanggungjawab terhadap kedua ibu bapanya. Pengajarannya, kebahagiaan sebuah keluarga bahagia juga bergantung kepada redha kedua ibu bapa dan tidak boleh mengenepikan mereka dalam urusan ini.

Al-Imam al-Nawawi menjelaskan bahawa selain ibu bapa, seorang anak juga perlu menjaga hubungan kekeluargaan dengan kerabat-kerabat sebelah ibu dan bapa. Al-Nawawi menjelaskan bahawa seorang anak dikira berbakti kepada ibu bapanya sekiranya dia menjaga hubungan yang baik dengan kerabat-kerabat mereka (Kamarul Azmi Jasmi, 2004 : 11). Islam juga turut menggalakkan supaya diutamakan kaum kerabat terlebih dahulu sekiranya ingin memberikan sedekah kerana melalui cara ini ia akan dapat membantu mengeratkan hubungan kekeluargaan disamping mendapat ganjaran pahala bersedekah. Firman Allah :

31

                         
Maksudnya: Mereka bertanya tentang apa yang mereka nafkahkan. Jawablah: "Apa saja harta yang kamu nafkahkan hendaklah diberikan kepada ibu-bapak, kaum kerabat, anak-anak yatim, orangorang miskin dan orang-orang yang sedang dalam perjalanan." dan apa saja kebaikan yang kamu buat, Maka Sesungguhnya Allah Maha mengetahuinya. (Surah Al-Baqarah : 215)

2.4.4

Faktor ekonomi

Pengurusan ekonomi dalam rumahtangga seharusnya tidak dipandang remeh oleh setiap pasangan. Menurut Dr. Johari bin Mat (1998: 12), kedudukan ekonomi yang tidak stabil menyebabkan masalah akan timbul dalam rumahtangga. Ia akan terjadi sekiranya suami tidak dapat memberi nafkah yang secukupnya, atau isteri terlalu mementingkan aspek material di luar kemampuan suami atau keluarga. Sebaiknya, setiap keluarga harus mengukur kemampuan masing-masing agar jangan sampai aspek ekonomi rumahtangga sebagai sebab bergolaknya keluarga dan penghalang untuk membentuk sebuah keluarga bahagia.

Suami isteri atau ibubapa sepatutnya bijak dalam menyusun, mengatur, dan merancang kewangan keluarga. Melalui kejayaan mengurus kewangan keluarga, kesejahteraan hidup ahli keluarga akan terjamin dan kejayaan dalam semua aspek akan dapat dicapai (Nik Mustapha Nik Hassan, 2004 : 2). Oleh itu, sangat penting suami isteri merancang kewangan keluarga dari segi pendapatan dan perbelanjaan

32 supaya tidak berlakunya pembaziran atau perbelanjaan yang keterlaluan sehingga membebankan pasangan kerana Allah benci kepada pembaziran. Firman Allah :

                  
Maksudnya: “Hai anak Adam, pakailah pakaianmu yang indah di setiap (memasuki) masjid, makan dan minumlah, dan janganlah berlebih-lebihan. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berlebih-lebihan”. (Surah Al-A’raf : 31)

Terdapat pasangan yang sanggup berhutang semata-mata untuk mengejar kemewahan tanpa melihat kemampuan yang ada pada diri masing-masing. Orang yang bijaksana akan menghindari hutang dan tidak akan meminjam wang untuk keperluan-keperluan yang tidak penting. Perekonomian yang berdasarkan pinjaman (dengan riba), yang diterima dari bank-bank dan sejenisnya, menurut Islam dan akal yang waras adalah salah dan keji (Prof Sheikh Ibrahim Amini, 1994: 171-172).

Oleh itu, pasangan perlu merancang setiap perbelanjaan dan bukannya hanya mengikut tuntutan nafsu yang ingin memenuhi kehidupan meterial. Perbelanjaan tanpa perancangan menyebabkan kehidupan sentiasa terasa terhimpit dengan masalah kewangan tetapi sekiranya ia mampu dirancang, ia dapat mengelak seseorang daripada beban hutang dan muflis. Ibrahim Amini (1994 : 171) mengatakan : “Saya menjamin bahawa orang yang membelanjakan wangnya secara sederhana sahaja tidak akan menjadi miskin”. Imam Ja’far dalam Prof Sheikh

33 Menurut Nik Mustapha Hj. Nik Hassan (2004: 7), kebiasaannya perbelanjaan boleh dibahagikan kepada empat bahagian iaitu keperluan asas (makanan, pakaian, tempat, tinggal, pelajaran, pengangkutan, dan sebagainya), keperluan kesenangan (keselesaan tempat tinggal seperti memasang penghawa dingin dan sebagainya), tabungan dan pelaburan, dan akhir sekali sedekah, wakaf, hibah, dan sebagainya (Nik Mustapha Hj. Nik Hassan, 2004: 7). Walaubagaimanapun, pengagihan perutukan perbelanjaan untuk keempat-empat bahagian tersebut bergantung kepada kemampuan pendapatan. Sekiranya pasangan mampu mengambil insiatif ini,

sekurang-kurangnya setiap pasangan yang ingin membina sebuah keluarga bahagia bebas daripada beban ekonomi keluarga.

34 2.6 Kajian Lepas

Penyelidik telah menyorot beberapa kajian ilmiah lepas yang berkaitan dengan tajuk. Sorotan kajian yang dibincangkan ini mempunyai kaitan secara tidak langsung dengan faktor-faktor pembentukan keluarga bahagia.

Kajian Rozumah Baharudin et al. (1999), yang bertajuk Institusi Keluarga Islam Di Malaysia Fungsi Dan Kesejahteraan mendapati subsampel suami dan isteri secara keseluruhan melaporkan bahawa mereka memperolehi kebahagiaan dalam perkahwinan adalah kerana wujudnya persefahaman dengan pasangan masingmasing 66%, dan wujudnya sikap bertanggungjawab terhadap keluarga mereka 21.7%.

Kajian Hamidah Ab. Rahman (2004), dalam kertas kerja bertajuk Faktor Penyumbang Kepada Masalah Keluarga Tunggal Dan Penceraian: Kajian Kes Di Negeri Johor Darul Takzim, mendapati responden sangat bersetuju bahawa penyumbang kepada masalah keluarga tunggal yang utama ialah faktor ekonomi iaitu tidak berkeupayaan berbelanja mewah (skor min 4.02), diikuti faktor pengangguran (sukar mendapat pekerjaan), dan faktor urbanisasi (tekanan hidup di bandar lebih tinggi) masing-masing diberi skor min 3.44. Manakala penyumbang utama masalah kepada perceraian ialah faktor ekonomi (skor min 3.80), faktor komunikasi (3.60), faktor urbanisasi, dan faktor pengabaian tanggungjawab masing-masing skor min 3.40. Kajian ini menetapkan skil 1 bermaksud sangat tidak bersetuju dan skil 5 bermaksud sangat setuju.

Kajian yang dijalankan oleh Noraishah (2004), bertajuk Persepsi Masyarakat Felda Air Tawar Dua Terhadap Perlaksanaan Modul Keluarga Sakinah Dalam Membentuk Keluarga Bahagia mendapati, jumlah responden bersetuju Modul Keluarga Sakinah berperanan dalam membantu menyelesaikan masalah rumahtangga (67.28%), mengajar responden lebih bertanggungjawab terhadap keakraban dalam

35 hubungan kekeluargaan (89.86%), menjadikan ahli keluarga saling hormatmenghormati (85.20%), perubahan menjadi suami atau isteri yang baik (87.10%), memberi ilmu dan penghayatan terhadap ilmu kekeluargaan berlandaskan syariat (94.0%), dan menjadikan responden lebih bersikap tenang dalam menangani masalah rumahtangga (90.8%).

2.7

Kesimpulan

Faktor-faktor yang mempunyai hubungan dengan pembentukan keluarga bahagia yang telah dibincangkan perlu dikaji, dan diberi perhatian supaya pembentukan sebuah keluarga bahagia yang diidamkan oleh setiap pasangan dapat diperkukuhkan terutamanya di kalangan staf akademik, Fakulti Pendidikan UTM.