PENGAJARAN KOLABORATIF

h ~ 1 ~ e l O

Laila Hairani Bt Abdullah Sanggura Institut Perguruan Bahasa-Bahasa Antarabangsa
Definisi- Pengajaran Kolaboratif 1. Satu urusan yang melibatkan (biasanya) dua orang guru yang bekerjasama secara kolaboratif di setiap peringkat pengajaran: merancang dan menyediakan rancangan pengajaran, melaksanakan dan menilai pencapaian aspek yang ditumpukan dalam mata pelajaran. (Sturman, 1992). 2. Pengajaran sebenar yang dilaksanakan secara kolaboratif oleh dua orang guru yang sama atau berbeza disiplin kepada sekumpulan pelajar dalam kelas yang sama pada waktu yang sama. Urusan pengajaran seperti ini menekankan perkongsian bersama agihan kuasa dan membuat keputusan antara guru-guru tersebut. (Nunan, 1992) 3. Dalam pengajaran kolaboratif, guru saling bergantungan untuk memberi dan menerima idea/maklumat, sokongan moral dan galakan apabila menghadapi kesukaran samada secara peribadi atau professional. (Hargreaves, 1995). 4. Kolaborasi meningkatkan keberkesanan dan kreativiti hasil dari cantuman buah fikiran dua orang yang digembelingkan.

5. Guru tidak bekerja secara bersendirian sebaliknya merujuk kepada satu sama lain untuk mendapatkan idea demi kemajuan atau penambahbaikan.

6. Pengajaran kolaboratif menggembelingkan kekuatan, keyakinan dan kepakaran guru-guru yang dapat membantu mereka menghadapi cabaran pembaharuan atau arus perubahan dengan lebih baik.

7. Pengajaran Kolaboratif - satu sumber pembelajaran secara profesional melalui rundingan persahabatan dan komen ikhlas dari rakan sejawat.

8. Kolaborasi antara guru merupakan satu mekanisme yang kuat untuk guru meninjau pandangan dan amalan pengajaran-pembelajaran masingmasing (Bailey,1996).

Buku Panduan Kursus Pemantapan Pelaksanaan Kurikulum Pendidikan Islam KBSR 2008

9. Perancangan Kolaboratif menggalakkan percambahan pemikiran yang kreatif dan produk yang dihasilkan bersama lebih baik mutunya dari yang dihasilkan sendirian.

10. Kolaborasi di dalam kelas memberi peluang untuk masing-masing memerhatikan ‘satu model’ yang sedang mengajar.

Faktor-faktor yang menentukan kejayaan Pengajaran Kolaboratif 1. Guru-guru perlu berkongsi prinsip falsafah pendidikan yang sama untuk memudahkan mereka berkomunikasi dan bersetuju akan nilai asas yang menentukan prestasi murid. 2. Guru digalakkan mencari sendiri pasangan/ahli yang sesuai untuk membentuk pakatan/pasukan bagi melaksanakan Pengajaran Kolaboratif. 3. Kejayaan sesuatu Pengajaran Kolaboratif bergantung kepada sejauhmana kesediaan setiap ahli memberi sumbangan kepada pasukan/pakatan tersebut. 4. Keperluan murid di sekolah merupakan asas utama untuk pembentukan pasukan Pengajaran Kolaboratif. 5. Penggemblingan sumber seperti kepakaran, minat, pengetahuan, kemahiran, pengalaman, personaliti dan masa setiap ahli dalam pasukan tenaga pengajar sangat penting khususnya dalam Pengajaran Kolaboratif pelbagai disiplin. 6. Kemudahan prasarana seperti ruang/bilik yang tersedia ada, alat teknikal, bahan pengajaran dan pembantu yang boleh digunakan untuk Pengajaran Kolaboratif perlu dipertimbangkan untuk menentukan keberkesanannya. 7. Pakatan kolaboratif memberi peluang kepada guru untuk membuat refleksi demi menggalakkan penilaian yang kritis dan mendalam tentang pedagogi masing-masing. 8. Wawasan yang terhasil dari refleksi dan penilaian yang berterusan menggalakkan perkembangan profesional diri. 9. Setiap ahli perlu memiliki kekuatan ego yang cukup kuat untuk meluahkan pendapat, fikiran atau perasaan agar dapat berbincang dengan pasangannya. 10. Kekuatan ego membolehkan seseorang mengenalpasti kelebihan, kemahiran dan kepakaran rakan sejawat tanpa rasa tergugat (Shannon and Meath-Lang, 1992). 11. Setiap ahli hendaklah berkongsi pendapat bahawa Pengajaran Kolaboratif boleh dilihat sama ada sebagai satu hubungan persahabatan atau satu perkahwinan yang saling melengkapkan.

Buku Panduan Kursus Pemantapan Pelaksanaan Kurikulum Pendidikan Islam KBSR 2008
~ 2 ~

Model Pengajaran Kolaboratif - Freudenstein (1991) Ada tiga bahagian utama dalam latihan pengajaran: 1. Pra-pengajaran – peringkat perancangan dan persediaan. 2. Pengajaran – peringkat persembahan dan pelaksanaan. 3. Pasca-pengajaran – peringkat penilaian dan pengubahsuaian

Diadaptasi dr Model Peng. Kolaboratif Freudenstein (1991)

Buku Panduan Kursus Pemantapan Pelaksanaan Kurikulum Pendidikan Islam KBSR 2008
~ 3 ~

P. Issues and problems in primary education. Freeman & J. (1995). g n i h c a e t d n a g n i n r a e l e g a u g n a l e v i t a r o b a l l o C . Freudenstein. (1992). London: Cassell. Smyth (Ed. Richards (Eds. 18-22). Team teaching: a case study from Japan In D.120-140).Rujukan. . Cambridge: Cambridge University Press Sturman. Bailey. Suraya Sulyman.). In J. Cambridge: Cambridge University Press. (pp. B.). R. N. A.). Kennedy & J. A Proposal For Team Collaborative Teaching Language Classrooms at Lower Secondary Level of Secondary Schools in Peninsular Malaysia. Beyond collaboration: Critical teacher development in the . (1992). Collaborative language teaching: A coinvestigation In D. The role of collaborative dialogue in teacher education.). pp. University of Warwick. B. postmodern age. 149-179). 260 –280. In D. (pp. Cambridge University Press a r o b a l l o C . . (1992). Cambridge: Cambridge University Press.C. g n i h c a e t e g a u g n a l n i g n i n r a e l r e h c a e T Nunan. (pp. 141-161). D. & Meath-Lang. Walton-on-Thames: Nelson Jarvis (Eds. unpublished M.(1995). g n i h c a e t d n a g n i n r a e l e g a u g n a l e v i t a r o b a l l o C Buku Panduan Kursus Pemantapan Pelaksanaan Kurikulum Pendidikan Islam KBSR 2008 ~ 4 ~ t n e m p o l e v e d r e h c a e t n o s e s r u o c s i d l a c i t i r C . In C. F. Cambridge: Shannon. in association with the Center for British Teachers. g n i h c a e t d n a g n i n r a e l e g a u g n a l e v i t T L E y r a m i r P n i s e u s s i d n a s a e d I . Nunan . (pp. Hargreaves. Nunan (Ed.(1996).(1991).Ed dissertation.

David W. atau pun pujian guru. 3. membantu di antara satu sama lain untuk memenuhi kehendak tugasan individu atau kumpulan. bekerjasama untuk mencapai sesuatu sasaran yang merupakan suatu ganjaran seperti hadiah. Saling kebergantungan positif Bila terdapatnya saling bergantungan secara positif. menyokong dan menghormati sesama murid. Spencer Kagan dan Miguel Kagan. 5. penggunaan resos seperti lembaran kerja di mana 2 orang berkongsi untuk menyelesaikannya. Slavin. Di samping itu. Beberapa orang sarjana terkemuka yang banyak menyumbangkan tenaga mereka terhadap pembelajaran koperatif ada Robert E. 1. Ahli-ahli kumpulan juga akan merasa bahawa mereka memerlukan satu sama lain untuk mencapai sesuatu matlamat. 6. Buku Panduan Kursus Pemantapan Pelaksanaan Kurikulum Pendidikan Islam KBSR 2008 ~ 5 ~ . 4.PEMBELAJARAN KOPERATIF Pembelajaran koperatif adalah satu pendekatan mengajar di mana murid bekerja bersama dalam kumpulan belajar yang kecil. Johnson dan Roger T. Lantas. Saling bergantungan peranan secara positif pula merupakan situasi di mana setiap ahli dipertanggungjawabkan satu peranan dan mereka perlu sandar menyandar pada peranan setiap ahli untuk berjaya. Ini seterusnya membawa mesej bahawa kepimpinan dalam sesuatu kumpulan adalah dikongsi berdasarkan peranan masing-masing. setiap individu akan memastikan kumpulan mereka berjaya. sijil kejayaan. Misalnya. ahli-ahli di dalam sesuatu kumpulan akan bekerjasama dalam cara yang dapat menyokong pembelajaran setiap ahli kumpulan. Prinsip-prinsip asas pembelajaran koperatif ialah: Saling kebergantungan positif 1. Ada banyak cara seseorang guru dapat menstrukturkan pembelajaran yang berteraskan unsur saling bergantungan secara positif. Johnson. 2. ia dikenali sebagai saling bergantungan resos secara positif. Dalam kes ini. Teknik-teknik dalam pembelajaran koperatif adalah sangat sesuai dalam kelas dengan pelbagai kebolehan kerana ia menggalakkan perasaan positif dengan saling menghargai. Kebertanggungjawaban individu Interaksi serentak Penglibatan saksama Interaksi bersemuka Kemahiran sosial Pemprosesan kumpulan.

2. Di samping itu. Dalam kelas koperatif. akan memotivasikan mereka untuk memastikan setiap ahli mencapai prestasi yang baik. Dalam kelas tradisional. Setiap ahli disedarkan bahawa kejayaan diri mereka bergantung kepada ahli-ahli kumpulan yang lain dan dengan itu. Dalam kerja kumpulan yang lain. tidak ada cara untuk memastikan yang setiap murid mendapat peluang yang saksama untuk belajar. Interaksi serentak mempertingkatkan penglibatan aktif setiap murid dan mempertingkatkan potensi belajar setiap murid. Johnson dan Holubec (1986) salah satu disiplin dalam kumpulan koperatif adalah memastikan ahli kumpulan berjumpa secara bersekemuka semasa bekerja untuk menyempurnakan tugasan dan meraikan kejayaan masingmasing. Ahli-ahli dalam kumpulan akan dipilih secara rawak untuk menjawab. perbincangan boleh berlaku di dalam setiap kumpulan pada masa yang sama. 4. resos ataupun jawapan. Kebertanggungjawaban individu Setiap ahli di dalam kumpulan bertanggungjawab untuk belajar dan menyumbang kepada tugasan/aktiviti kumpulan demi kejayaan kumpulan masing-masing. Buku Panduan Kursus Pemantapan Pelaksanaan Kurikulum Pendidikan Islam KBSR 2008 ~ 6 ~ . Menurut Johnson. Penglibatan saksama Dalam pembelajaran koperatif. Interaksi bersemuka Ahli-ahli kumpulan dapat berdialog atau berbincang dalam kedudukan yang berhampiran di antara satu sama lain dan menunjukkan persefahaman serta kemajuan. di mana semua murid mesti melibatkan diri secara saksama dan oleh itu setiap murid akan menjadi ahli kumpulan yang aktif dalam proses pembelajaran. mestilah ada penglibatan saksama. interaksi seperti perbincangan atau persembahan berlaku secara tersusun. Masing-masing dikehendaki untuk menduduki ujian perseorangan tanpa bantuan rakanrakan sekumpulan dan markahnya akan diambilkira untuk menentukan kejayaan kumpulannya. menerang atau menghujah. ia dapat juga memupuk semangat kekitaan dan seterusnya menggalakkan penglibatan aktif setiap ahli. Kedudukan mata-bertentang-mata dapat memberangsangkan perkongsian idea. Interaksi serentak berlaku bila mana murid bekerja atau terlibat secara serentak dalam kumpulan koperatif mereka. 3.

memberi galakan. Meningkatkan prestasi akademik murid. ahli-ahli juga harus digalakkan untuk mereflek secara berkumpulan. c. Pelajar bukan sahaja perlu kemahiran sosial untuk pergi bekerja di tempat di mana saling bergantungan dan kerja berpasukan adalah amalan biasa. 7. Pelajarpelajar pendiam juga bermanfaat kerana mereka juga akan terus berusaha untuk mempelajari kemahiran sosial. Borang Penilaian Kendiri boleh digunakan untuk tujuan tersebut. b. d. Pemprosesan Kumpulan Ahli-ahli kumpulan akan menilai kembali usaha mereka serta kemajuan kumpulan dari segi pencapaian matlamat. kepercayaan. Di samping itu. Tambahan pula. dan menyemak pemahaman bagi membolehkan kumpulan berfungsi secara efektif. Pemerolehan kemahiran sosial adalah penting dalam kejayaan hidup. f. mendengar. Implikasi Pembelajaran Koperatif Antara implikasi utama pembelajaran koperatif boleh disenaraikan seperti berikut: a. g. Semasa pemerosesan kumpulan. Mengeratkan persahabatan yang positif. Buku Panduan Kursus Pemantapan Pelaksanaan Kurikulum Pendidikan Islam KBSR 2008 ~ 7 ~ . 6. Di samping itu. membuat keputusan dan lain-lain. Meningkatkan kemampuan pemikiran kritikal murid. ahli-ahli boleh mereflek secara individu tentang cara perfungsian atau perjalanan kumpulan meraka pada hari tersebut atau selepas mengakhiri sesuatu unit. memberikan pertolongan dan meminta pertolongan dan pengelasan ataupun meminta penjelasan dalam nada serta intonasi yang menurut normanorma masyarakat. Meningkatkan penyertaan murid dalam menyiapkan tugas. Kemahiran ini akan memupuk ciri-ciri kepimpinan.5. Meningkatkan motivasi murid untuk mencari ilmu pengetahuan. Mewujudkan semangat tolong menolong dan menghargai pendapat sesama murid. mereka juga akan membuat refleksi tentang kumpulan masing-masing telah berfungsi dengan baik. Meningkatkan kemahiran bergaul antara guru dan murid. Kemahiran Sosial Kemahiran-kemahiran yang terlibat di dalam pembelajaran koperatif seperti mengikut giliran. mereka juga membuat cadangan supaya kumpulan tersebut akan berfungsi dengan lebih efektif lagi. e.

h. Buku Panduan Kursus Pemantapan Pelaksanaan Kurikulum Pendidikan Islam KBSR 2008 ~ 8 ~ . New Jersey. Learning Mathematics dan Cooperative Learning plans for Teachers. Norjoharuddeen Mohd Nor dan En. Slavin. Roger T. Robert E. Memperbaiki kefahaman dan sikap murid terhadap pembelajaran dan cara belajar yang berkesan. Ia bukan sahaja membentuk kerjasama di kalangan kumpulan malah memberi peluang menjernihkan proses pemikiran mereka. Johnson. Research dan Practice. Ahmad Ramli . Cooperative Learning: Theory. Pembelajaran Koperatif harus diimplementasikan dalam pengajaran dan pembelajaran bagi meningkatkan kecemerlangan. Johnson. RUJUKAN: Nota-nota yang dibekalkan oleh En. David W. Keberkesanannya memang tidak dapat dipertikaikan. Fasilitator-Fasilitator RECSAM.

pelajar dikehendaki memikul tanggungjawab atas pembelajaran diri sendiri. 7. Davidson. 2. Apabila pelajar-pelajar membiasakan diri dengan cara bekerjasama. Kedua-duanya membangunkan kemahiran sosial dan pembinaan pasukan. 6. Peter.. Sumber : Matthews. di antara Persamaan Kolaboratif Antara Pembelajaran Koperatif dan Pembelajaran 1. Dalam kedua-dua situasi. 9. Kedua-dua pembelajaran telah menolong meningkatkan pengetahuan dan kejayaan pelajar . saling bergantung antara satu sama lain untuk memperoleh ilmu. Cooper.Banding & Beza Di Antara Pembelajaran Koperatif Dan Pembelajaran Kolaboratif Pembelajaran kolaboratif adalah berasaskan pembelajaran koperatif. Hawkes. 3. Jadual berikut merumuskan persamaan dan perbezaan pembelajaran koperatif dan pembelajaran kolaboratif. 5. Kedua-duanya menggunakan kepelbagaian kebolehan pelajar. Kedua-dua strategi memantapkan kemahiran kognitif beraras tinggi. pengajaran dan pembelajaran dialami oleh guru dan murid. 4. guru berperanan sebagai fasilitator. mereka akan berkembang untuk menjadi pelajar-pelajar kolaboratif. Kedua-dua bentuk pembelajaran memerlukan pelajar menyampaikan idea dalam kumpulan kecil. cara yang mudah adalah dengan menjalankan pembelajaran koperatif di mana guru dapat mengawal lebih banyak pembolehubah dalam kelas. James L. Dalam bilik darjah koperatif dan kolaboratif. Building bridges between cooperative and collaborative learning Perbezaan Kolabaratif Antara Pembelajaran Koperatif dan Pembelajaran Buku Panduan Kursus Pemantapan Pelaksanaan Kurikulum Pendidikan Islam KBSR 2008 ~ 9 ~ . Untuk mewujudkan bilik darjah kolaboratif. Kedua-dua strategi mementingkan pembelajaran aktif. Dalam kedua-dua situasi. Neil.. 8. Roberta S.

Maktab Perguruan Sandakan Beg Berkunci No. Tel: 089-218610 Faks: 089-213814 13 Mei 2000 http://www. Sabah. Pelajar menyimpan draf untuk kerja-kerja lanjutan. Pelajar menerima latihan dalam kemahiran berkumpulan dan sosial. soalan itu dijawab oleh kumpulan itu sendiri. 90009 Sandakan. kerja 4 Pelajar dikehendaki menghantar kerja di akhir pelajaran untuk dinilai.. 31. Pelajar-pelajar menilai prestasi individu dan kumpulan dengan dibimbing oleh guru.net Buku Panduan Kursus Pemantapan Pelaksanaan Kurikulum Pendidikan Islam KBSR 2008 ~ 0 1 ~ . 5 Pelajar-pelajar menilai prestasi individu dan kumpulan tanpa dibimbing oleh guru Sumber Jabatan Ilmu Pendidikan.. 3 Aktiviti kumpulan dipantau oleh guru.teachersrock. 1 2 Aktiviti distrukturkan di mana setiap pelajar memainkan peranan spesifik. MPSS.Bil Dalam Pembelajaran Koperatif. Jika timbul persoalan. mendengar dan mencampur tangan kegiatan kumpulan jika perlu. Mereka dikehendaki membangunkan kemahiran sedia ada untuk mencapai matlamat pembelajaran Pelajar-pelajar merunding dan meng-organisasi usaha sendiri. Guru memantau. Guru cuma membimbing pelajar ke arah penyelesaian persoalan. Dalam Pembelajaran Kolaboratif Adalah dipercayai bahawa pelajar telah memiliki kemahiran sosial yang dikehendaki.

T. 2. Hasil pembelajaran : 6. Menghuraikan isi kandungan surah alMaun Menyatakan pengajaran ayat dari surah al-Maun Aras 3 : Buku Panduan Kursus Pemantapan Pelaksanaan Kurikulum Pendidikan Islam KBSR 2008 ~ 1 1 ~ .Contoh Rancangan Mengajar Secara Kolaboratif Tahun 4 Bagi Sekolah-Sekolah Program j-QAF Asuhan Tilawah al-Quran Persediaan sebelum mengajar. isi penting dan pengajaran surah al-maun. Di akhir pelajaran murid dapat : Aras 1 Aras 2 : : memahami maksud ayat dari surah al-Maun secara Keseluruhan menyatakan perkara penting yang terdapat di dalam surah al-Maun.W. Kehidupan berkualiti. 4. dan mensyukuri nikmatnya Prinsip Islam Hadhari : i. Guru j-QAF hedaklah menyediakan persediaan mengajar yang sama berdasarkan persediaan mengajar GPI 1. Bidang Isi Pelajaran Masa Fokus Pemikiran Amalan : : : : : Asuhan Tilawah al-Quran Memahami Surah al-Maun ayat 1-3 60 minit Penghayatan Memahami makna. GPI dan guru j-QAF bersama-sama berbincang untuk menyediakan BBM mengikut kesesuaian yang akan diajar. : Meningkatkan amalan baik terhadap anak yatim. : Sentiasa mentaati perintah Allah S. 3. Keimanan dan ketaqwaan kepada Allah ii.. Penguasaan ilmu pengetahuan iii. fakir miskin untuk bertaqwa kepada Allah. Guru pendidikan Islam ( GPI ) dan guru j-QAF bersama-sama merancang mengenai tajuk pelajaran yang akan diajar. 5.

4 VCD surah dan pengertiannya 9.1 LCD dalam Power Point / gambar 2.2 Perbincangan kumpulan. Pengetahuan sedia ada : Murid boleh membaca ayat dari surah al-Maun yang telah dipelajarinya 11.4 Kajian masa depan (usaha pengetahuan) meningkatkan kemahiran /ilmu 8.3 Gambar yang berkaitan 10.7.1 LCD 2. Persediaan guru GPI / j-QAF : 1. 6.3 Gambar berkaitan anak yatim 4. Strategi pengajaran dan pembelajaran ( Lampiran ) Buku Panduan Kursus Pemantapan Pelaksanaan Kurikulum Pendidikan Islam KBSR 2008 ~ 2 1 ~ . Kaedah 6.2 Lembaran kerja 3.3 Sumbang saran 6.1 Penerangan . Sumber pengajaran dan pembelajaran : 1.2 Carta ayat dan terjemahan 3. 6.

Set Induksi ( 3 minit ) Gambar anak yatim dan fakir miskin Bersoal jawab berkaitan gambar Ini gambar apa? Guru menayangkan gambar anak yatim dan fakir miskin Murid menjawab soalan yang diajukan oleh guru Buku Panduan Kursus Pemantapan Pelaksanaan Kurikulum Pendidikan Islam KBSR 2008 1 ~ 3 ~ . Guru membimbing murid membaca doa. Murid menjawab salam guru.Contoh : Rancangan Pelajaran Harian ( Asuhan Tilawah Al-Quran Tahun 4) Aktiviti P & P Masa Kandungan Guru A Guru B Aktivit murid Catatan Pendahuluan ( 2 minit ) Memberi salam Bacaan Doa Guru masuk ke kelas dan memberi salam kepada murid. Membantu membetulkan bacaan doa murid-murid dan adab ketika berdoa. Guru berdiri mengikut kesesuaian tempat. Murid membaca doa.

Guru B membantu guru A mem-bimbing murid menjawab soalan. Guru B membantu men-catat jawapan murid di papan hitam Murid mendengar penerangan guru dengan teliti Murid mencatat jawapan Murid bertanya dan menjawab soalan guru mengikut arahan LCD guru sebagai fasilitator Guru B Aktivit murid Catatan Langkah 1 ( 15 minit ) Memahami maksud ayat dari surah alMaun ayat 1-3 Buku Panduan Kursus Pemantapan Pelaksanaan Kurikulum Pendidikan Islam KBSR 2008 1 ~ 4 ~ . Siapakah yang dikatakan anak yatim? Guru B membantu guru A memapar-kan perkara yang ditayang-kan di LCD berkaitan dengan maksud ayat 1-3 surah alMaun.Aktiviti P & P Masa Kandungan Guru A Aras 1 Pengenalan surah Nama surah Tempat diturunkan Sebab diturun-kan Guru memberi penerangan pengenalan surah maksud ayat dari surah Maun (1-3) Guru bersoal jawab kepada murid tentang maksud ayat 1-3 surah al-Maun Contoh soalan i. Nyatakan hukum orang yang tidak me membantu anak yatim iii. Siapakah orang yang mendustakan agama? ii.

maksud “ yang mendustakan agama” Penilaian i. Langkah 2 ( 15 minit ) Cara berbuat baik terhadap anak yatim dan orang miskin Guru menerangkan isi-isi penting berdasar kepada paparan LCD : Bersoal jawab KBKK Contoh : i. Apakah maksud anak yatim dan orang miskin Guru B membantu memaparkan LCD isi berkaitan Murid menjawab soalan guru. Maksud “ miskin” iii. LCD Kad imbasan Guru B Aktivit murid Catatan Guru B mengawasi muridmurid Guru B mengedarkan kad imbasan yang berkaitan dengan isi pelajaran Murid memaparkan kad imbasan (jawapan) atau memaparkan Murid menjawab soalan guru Buku Panduan Kursus Pemantapan Pelaksanaan Kurikulum Pendidikan Islam KBSR 2008 1 ~ 5 ~ .Aktiviti P & P Masa Kandungan Guru A Aras 2 Menyenaraikan perkara penting yang terdapat di dalam surah al-Maun. Istilah “ yatim” ii.

Mengikut arahan guru melengkapkan peta minda Buku Panduan Kursus Pemantapan Pelaksanaan Kurikulum Pendidikan Islam KBSR 2008 1 ~ 6 ~ . Nyatakan contoh “ orang yang mendustakan agama” Guru memperbaiki jawapan murid Langkah 3 (20 minit ) Huraian isi kandungan surah al-Maun ayat 1-3 Peranan kita terhadap anak yatim dan miskin Golongan yang mendustakan agama Guru membahagikan murid kepada 3 kumpulan Guru B membantu membimbing dalam sessi perbincangan Murid berbincang isi kandungan surah al-Maun ayat 1-2 Lembaran kerja Guru mengarahkan murid berbincang: i. Peranan terhadap anak yatim dan orang miskin Guru B mengedarkan kertas peta minda sepada setiap murid.Aktiviti P & P Masa Kandungan Guru A Guru B Aktivit murid Catatan ii.

Guru mengarahkan setiap kumpulan untuk melengkapkan peta minda yang diedarkan. Aktivit murid Catatan Contoh peta minda Nama Surah Jumlah Ayat Surah al-Maun Tempat turun surah Buku Panduan Kursus Pemantapan Pelaksanaan Kurikulum Pendidikan Islam KBSR 2008 ~ 7 1 ~ .Aktiviti P & P Masa Kandungan Guru A ii. Guru B Mengawasi dan membimbing murid melengkapkan peta minda.

Guru membantu kumpulan menampal peta minda mereka di dinding dalam kelas mereka.Aktiviti P & P Masa Kandungan Guru A Guru B Aktivit murid Catatan Isi kandungan surah. Guru B mengawasi murid semasa perbincangan. Murid menjawab soalan yang dikemukan oleh guru ¡ ¢ ¦ Buku Panduan Kursus Pemantapan Pelaksanaan Kurikulum Pendidikan Islam KBSR 2008 1 ~ 8 ~ ¢ . Contoh Senaraikan golongan yang mendustakan agama ¤ £ ¥ ¨ © § Guru B mencatatkan jawapan murid dipapan hitam. Murid melengkapkan peta minda. Wakil kumpulan membaca hasil perbincangan mereka.

Guru membantu menyoal murid soalan yang berkaitan Penilaian (Guru menyoal murid) Siapakah mereka yang digolongkan sebagai “ yang mendustakan agama”? Buku Panduan Kursus Pemantapan Pelaksanaan Kurikulum Pendidikan Islam KBSR 2008 1 ~ 9 ~ .Aktiviti P & P Masa Kandungan Guru A Guru B Aktivit murid Catatan Guru mengarahkan setiap wakil setiap kumpulan untuk menampalkan peta minda mereka di dinding pada tempat yang telah ditentukan di dalam kelas mereka Guru memastikan juga supaya murid mematuhi arahan.

Aktiviti P & P Masa Kandungan Guru A Guru B Aktivit murid Catatan Rumusan dan Penilaian Penutup ( 5 minit ) Guru mengingatkan murid supaya mengamalkan sifat mahmudah dan menjauhi sifat mazmumah Guru juga menasihati murid supaya mengamalkan isi pelajaran ayat 1-3 surah al-Maun Guru B bersama guru A menasihati murid supaya mengamal-kan tingkah laku yang baik ketika bersama anak yatim dan fakir miskin Mendengar nasihat guru dengar teliti Buku Panduan Kursus Pemantapan Pelaksanaan Kurikulum Pendidikan Islam KBSR 2008 2 ~ 0 ~ .

Hasil pembelajaran : Diakhir pelajaran murid dapat : Aras 1 : menyatakan fardhu ain dan fardhu kifayah Aras 2 : menjelaskan contoh-contoh fardhu ain dan fardhu kifayah Aras 3 : menyatakan perbezaan erti fardhu ain adan fardhu kifayah Kaedah : Penerangan. 6. Strategi pengajaran dan pembelajaran ( Lampiran ) Buku Panduan Kursus Pemantapan Pelaksanaan Kurikulum Pendidikan Islam KBSR 2008 ~ 1 2 ~ . Sumber pengajaran dan pembelajaran : LCD Lembaran kerja Carta Carta gambar yang berkaitan 9. 5. Perbincangan.Contoh Rancangan Mengajar Secara Kolaboratif Tahun 2 Bagi Sekolah-Sekolah Program j-QAF Asas Ulum Syari’ah ( Ibadah ) 1. 5.1 Pemikiran : murid mengetahui dan memahami fardhu ain dan fardhu kifayah. 4.2 Amalan : mengamalkan fardhu ain dan fardhu kifayah 5. Guru pendidikan islam ( GPI ) dan guru j-QAF bersama-sama merancang mengenai tajuk pelajaran yang akan diajar. 11.3 Penghayatan : murid mengaplikasikan dalam kehidupan seharian 5. Pengetahuan sedia ada : murid pernah melakukan amalan fardhu ain dan fardhu kifayah 8. 3. GPI dan guru j-QAF bersama-sama berbincang untuk menyediakan BBM mengikut kesesuaian yang akan diajar. Persediaan guru GPI / j-QAF : LCD dalam Power Point / gambar Gambar-gambar yang berkaitan dengan fardhu ain dan fardu kifayah. Simulasi 2. Sumbang saran. 10.4 Prinsip Islam Hadhari : Pembangunan ekonomi yang seimbang dan konprehensif (v) Penguasaan ilmu pengetahuan ( iv ) . Guru j-QAF hedaklah menyediakan persediaan mengajar yang sama berdasarkan persediaan mengajar GPI Bidang : Asas Ulum Syar'iah ( Ibadah ) Isi pelajaran : Fardhu Ain dan Fardhu Kifayah Masa : 30 minit Fokus 5. Kekuatan pertahanan ( x ) . 7. Persediaan sebelum mengajar.

kumpulan dan individu. Guru menampal carta berkaitan pengertian Fardu Ain dan Fardhu Kifayah.Contoh : Rancangan Pelajaran Harian ( Ibadah Tahun 2) Aktiviti P & P Masa Kandungan Guru A Mukadimah ( 2 minit ) Memberi salam Bacaan Doa Guru masuk ke kelas dan memberi salam kepada murid. Murid menjawab salam guru. Langkah 1 ( 5 minit ) Pengertian Fardhu Ain dan Fardhu Kifayah Aras 1 Guru memberi penerangan mengenai pengertian Fardhu Ain dan Fardhu Kifayah. Memastikan setiap murid memberi tumpuan dan dapat membaca carta yang dipamerkan . murid menyiapkan lembaran kerja yang diberikan oleh guru. Guru meminta murid membaca pengertian Fardu Ain dan Fardhu Kifayah berdasarkan carta secara kelas. Guru membimbing murid membaca doa. Murid membaca doa. kumpulan dan individu. membantu membetulkan bacaan doa muridmurid dan adab ketika berdoa. Membantu guru A mengedar lembaran kerja dan membuat penilaian berdasarkan lembaran kerja yang diberikan kepada murid dan mengklafikasikan murid mengikut aras. carta lembaran kerja Buku Panduan Kursus Pemantapan Pelaksanaan Kurikulum Pendidikan Islam KBSR 2008 2 ~ 2 ~ . Guru B Guru berdiri mengikut kesesuaian tempat. murid membaca carta secara kelas. Aktivit murid Catatan murid melihat carta yang dipamerkan. Membahagikan lembaran kerja kepada semua murid.

Membantu menampal gambar di papan hitam. Memastikan murid memberi tumpuan terhadap pengajaran dan pembelajaran. Guru B mengambil alih peranan Guru A sebagai fasilitator utama dan Guru A menjadi pembantu kepada Guru B pada peringkat ini dan seterusnya. Guru B Bersama membantu guru A dan murid untuk bergerak dalam kumpulan mengikut aras. Wakil kumpulan mem-bentang hasil kerja masingmasing. murid bergerak ke kumpulan masingmasing mengikut arahan guru. Bersama guru A membuat penilaian pada aras 2. menolong rakan. Guru meminta murid menyebut semula contoh-contoh mengikut kategori Fardhu Ain dan Fardhu Kifayah. Guru bersoal jawab dengan murid mengenai contoh-contoh Fardhu Ain. Guru meminta murid mengklasifikasikan gambar-gambar Fardhu ain dan Fardhu Kifayah.Aktiviti P & P Masa Kandungan Guru A Aras 2 Contoh Fardhu Ain bentuk gambar Solat Puasa Langkah 2 ( 8 minit ) Menuntut ilmu berbuat baik kepada ibubapa Contoh Fardhu kifayah bentuk gambar Membersihkan kelas. Bersama guru A memberi penjelasan dan penerangan kepada murid dalam melakukan aktiviti murid secara berkumpulan. Aktivit murid Catatan ∗ Guru-guru saling bertukar peranan. LCD / Carta Bahan Maujud Simulasi contoh : membersihkan kelas dan memungut sampah Lembaran Kerja Penyediaan Alatan : Gunting dan gam. Guru membahagikan murid kepada kumpulan kecil mengikut aras. Membuat penilaian murid pada aras 2. Murid berinteraksi dalam kumpulan masing-masing untuk menjalankan tugasan yang diberi oleh guru. Murid mendengar penerangan guru dengan teliti. Guru mempamerkan contoh-contoh Fardhu Ain melalui gambar. Murid berada di dalam kumpulan masing-masing selepas penilaian aras 1. Membantu murid untuk menjawab soalan yang diberikan oleh guru A. Buku Panduan Kursus Pemantapan Pelaksanaan Kurikulum Pendidikan Islam KBSR 2008 2 ~ 3 ~ .

Bersama Guru A mengedar-kan lembaran kerja kepada murid. Buku Panduan Kursus Pemantapan Pelaksanaan Kurikulum Pendidikan Islam KBSR 2008 2 ~ 4 ~ Aktivit murid Guru B Guru menampal ‘flash card’ yang menjelaskan tentang perbezaan Fardhu Ain dan Fardhu Kifayah.Aktiviti P & P Masa Kandungan Guru A Langkah 3 ( 5 minit ) Perbezaan erti Fardhu ain dan Fardhu Kifayah Guru menerangkan tentang perbezaan Fardhu Ain dan Fardhu Kifayah. Membantu guru A menunjukkan gambar dan menggalakkan ransangan interaksi di antara guru dengan murid. Penilaian Penutup ( 5 minit ) Guru menasihati murid agar melaksanakan Fardhu ain dan Fardhu Kifayah di dalam kehidupan seharian. Catatan Gambar Fardhu Ain Solat murid sedang mengaji Gambar Fardu Kifayah membasuh kereta memungut sampah gambar mendengar nasihat guru. Guru meminta murid menyebut semula tentang perbezaan Fardhu ain dan Fardhu Kifayah berdasarkan gambar. . Guru membimbing dan mengawasi murid semasa menjawab lembaran kerja. murid mendengar penerangan guru. menjawab soalan melalui lembaran kerja yang disediakan. murid memberi tindakbalas terhadap soalan guru. Murid di dalam kumpulan berbincang dengan soalan guru. Bersama guru A membimbing dan mengawasi murid menjawab lembaran kerja yang disediakan. Guru bersoaljawab dengan murid mengenai perbezaan Fardhu Ain / Fardhu Kifayah. Bersama memastikan murid memberi tumpuan dan bersedia menjawab soalan.

Guru B membantu murid menyebut dan membaca bacaan rukuk.Aktiviti P & P Masa Kandungan Guru A Pengukuhan Kem Bestari Solat Bacaan ruku’ meminta dan membimbing murid membaca dalam ruku’. murid membaca bacaan ruku’. Carta solat Aktivit murid Catatan Buku Panduan Kursus Pemantapan Pelaksanaan Kurikulum Pendidikan Islam KBSR 2008 2 ~ 5 ~ .

Menjelaskan beriman kepada kitab Allah. 4. 6. Aras 3. Fokus : Pemikiran .2 Kehidupan berkualiti . Guru j-QAF hendaklah menyediakan berdasarkan persediaan mengajar GPI . 5. Penghayatan – Mengaplikasikan dalam kehidupan seharian. Menyatakan pengertian kitab Aras 2.4.1 Keimanan dan ketakwaan kepada Allah. Prinsip Asas Islam Hadhari :4. Amalan – Sentiasa membaca Al-Quran . Kaedah-kaeadah : Buku Panduan Kursus Pemantapan Pelaksanaan Kurikulum Pendidikan Islam KBSR 2008 ~ 6 2 ~ .Contoh Rancangan Pengajaran Kolaboratif Secara Koperatif Tahun 3 -Asas Ulum Syariah ( Aqidah ) Persediaan sebelum mengajar Guru Pendidikan Islam (GPI ) dan Guru j-QAF bersama-sama merancang mengenai tajuk pelajaran yang akan diajar. Guru Pendidikan Islam (GPI) dan Guru j-QAF bersama-sama berbincang untuk menyediakan bahan-bahan untuk mengajar (BBM) mengikut kesesuaian yang akan diajar. Bidang : Asas Ulum Syariah (Aqidah ) 2. Isi pengajaran : Beriman kepada Kitab 3.Murid mengetahui dan memahami tentang Rukun Iman. persediaan yang sama 1. Masa : 30 minit 4. 4.4.4.3. Penguasaan ilmu pengetahuan. Hasil Pembelajaran: Aras 1. Menyatakan kelebihan Al-Quran berbanding dengan kitab lain.

Penerangan Sumbangsaran Perbincangan 7. Strategi Pengajaran dan Pembelajaran (Lampiran ) Buku Panduan Kursus Pemantapan Pelaksanaan Kurikulum Pendidikan Islam KBSR 2008 ~ 7 2 ~ . Sumber Pengajaran dan pembelajaran LCD Lembaran kerja Carta Kotak beracun Marker pen Kad imbasan 8. 10. Pengetahuan sedia ada.Murid telah mengetahui tentang Rukun Iman. Persediaan Guru Pendidikan Islam (GPI) / j-QAF LCD Bahan maujud (Al-Quran ) 9.

Murid membaca doa. Murid mendengar dan bernasyid bersama-sama. Memasang pita rakaman lagu tersebut dan memastikan pita rakaman lagu berjalan lancar. Pengalaman pembelajaran Murid Murid menjawab salam guru. Membantu membetulkan bacaan doa murid-murid dan adab ketika berdoa. Guru membimbing murid membaca doa. Pita rakaman Buku Panduan Kursus Pemantapan Pelaksanaan Kurikulum Pendidikan Islam KBSR 2008 2 ~ 8 ~ . Guru B Guru berdiri mengikut kesesuaian tempat. Catatan Set Induksi (3 minit) Nasyid “Rukun Iman” Rukun Iman enam perkara Semua muslim wajib percaya Pertama Beriman Kepada Allah Kedua Beriman kepada malaikat Ketiga Beriman kepada Kitab Keempat Beriman kepada Rasul Kelima Beriman kepada Hari Qiamat Keenam Beriman Qadha’ dan Qadar (Lagu P.Cadangan Pengalaman Dan Pembelajaran Masa Mukadimah (2 minit) Kandungan Memberi salam Bacaan doa Guru A Guru masuk ke kelas dan memberi salam kepada murid.RamleeRukun Islam) Guru mengarahkan murid untuk mendengar dan menyanyikan nasyid “Rukun Iman” .

Contoh kitab: 1. Guru mengarahkan murid memberi maklumbalas kepada soalan secara lisan dan bergilir di dalam kumpulan. Guru bertanya kepada murid sambil memegang Al-Quran di tangannya. Guru memastikan setiap kumpulan melantik wakil untuk membentangkan pendapat kumpulan mereka. Guru boleh bertanya untuk menggalakkan cetusan idea di kalangan murid dan memberi bimbingan jika perlu. “Apakah yang saya pegang ini?” “ Sebutkan namanama kitab Allah yang wajib diketahui”. Setiap kumpulan memilih seorang murid untuk mewakili mereka bagi menyampaikan maklumbalas kumpulan. 4.Cadangan Pengalaman Dan Pembelajaran Masa Langkah 1 (5 minit) Aras 1. Pengalaman pembelajaran Murid Murid bergerak dan membentuk kumpulan yang ditentukan. 2. Soalan : Apakah ini? (Al-Quran) Kitab Allah ialah kalam Allah yang diwahyukan kepada Rasulrasulnya. Guru B Guru B membantu guru A membahagikan murid ke dalam beberapa kumpulan kecil supaya lebih licin dan teratur. Taurat Injil Zabur Al-Quran Kandungan Guru A Guru membahagikan murid kepada beberapa kumpulan kecil (4-5 orang murid). Guru B membantu guru A mengawal selia murid melaksanakan aktiviti di dalam kumpulan seperti yang diarahkan. Guru A dan guru B boleh membahagikan bilangan kumpulan untuk dikawal selia oleh mereka secara serentak. 3. Murid saling bertanya dan menjawab soalan guru mengikut arahan serta giliran yang ditetapkan. Catatan Benda maujud “Al-Quran” Buku Panduan Kursus Pemantapan Pelaksanaan Kurikulum Pendidikan Islam KBSR 2008 2 ~ 9 ~ . Menyatakan pengertian Kitab Allah Menyebut kitab yang wajib diketahui.

Guru B Setiap wakil kumpulan membentangkan maklumbalas kumpulan mereka.Cadangan Pengalaman Dan Pembelajaran Masa Kandungan Guru A Contoh : Murid A bertanya kepada murid B “Apakah kamu selalu membaca Al-Quran?” Murid B menjawab dan bertanya semula kepada murid C dan murid C menjawab. Guru mengarahkan setiap kumpulan melantik seorang wakil untuk membentangkan secara lisan maklumbalas mereka kepada soalan yang dikemukakan. Seterusnya aktiviti bersoaljawab ini diteruskan kepada murid D dan kembali kepada murid A. Pengalaman pembelajaran Murid Contoh : Kumpulan yang berada di ruang hadapan kelas dikawal selia oleh guru A dan ruang di belakang kelas dikawal selia oleh guru B. Catatan Buku Panduan Kursus Pemantapan Pelaksanaan Kurikulum Pendidikan Islam KBSR 2008 3 ~ 0 ~ .

3. Kitab Allah adalah wahyu yang menjadi panduan kepada manusia. Guru mengarah setiap murid dalam kumpulan untuk mengambil kotak beracun yang diberikan oleh guru. Langkah 2 (5minit) Aras 2: Menjelaskan beriman kepada Kitab Allah 1. Buku Panduan Kursus Pemantapan Pelaksanaan Kurikulum Pendidikan Islam KBSR 2008 3 ~ 1 ~ . Murid yang mendapat kotak beracun itu akan membaca soalan yang terdapat di dalamnya.Guru B mengambil alih peranan guru A sebagai fasilitator utama dan 2. Wakil murid akan menjawab soalan yang terdapat di dalam kotak tersebut. Murid akan mengikut arahan guru . Guru B Pengalaman pembelajaran Murid Catatan Murid berada di dalam kumpulan masing-masing. Sumbangsaran di antara ahli kumpulan. Guru sentiasa mengawasi kumpulan murid . Guru menyelia atau memantau aktiviti permainan kotak beracun pada setiap kumpulan murid. Guru juga mengawasi murid supaya tidak berlaku perebutan dan pergaduhan semasa permainan ini dijalankan.Cadangan Pengalaman Dan Pembelajaran Masa Kandungan Guru A Guru membantu guru B untuk memberi maklumbalas. Kitab Allah mengandungi aturan hidup yang benar. Kotak berancun: Soalan yang berkaitan dengan isi kandungan buku teks. Bimbingan atau membetulkan jawapan murid jika perlu. ∗ Guru-guru saling bertukar peranan (A dan B) . Allah telah menurun-kan kitab kepada Rasulrasulnya.

Isi : 1. Permainan kotak beracun “Siapa cepat dia dapat” Langkah 3 (5minit) Aras 3: Menyatakan kelebihan Al-Quran berbanding dengan kitab-kitab lain. Carta yang mengandungi kelebihan AlQuran. Manusia mempunyai kelemahan . Guru mengenalpasti murid yang perlu diberi bimbingan untuk melaksanakan tugasan yang diberikan.W. Ketua kumpulan murid ber-peranan sebagai jurutulis bagi melengkapkan jadual tugasan yang diberikan. Guru mengenalpasti kumpulan murid yang perlu diberi pemulihan atau pengayaan. Guru B Pengalaman pembelajaran Murid Catatan guru A menjadi pembantu kepada guru B pada peringkat ini dan seterusnya. Al-Quran merupakan mukjizat teragung kepada Nabi Muhammad S. Murid-murid yang lain di dalam setiap kumpulan saling berbincang dan memberi idea.Cadangan Pengalaman Dan Pembelajaran Masa 4. Guru membahagikan kertas kosong kepada setiap kumpulan murid. Kertas kosong/ majung Pensil warna Marker pen. Guru berperanan mengawasi murid di dalam setiap kumpulan. Guru A Kumpulan murid yang dapat menjawab soalan akan diberi markah oleh guru. Guru memaklumkan kepada setiap kumpulan untuk melengkapkan jadual aktiviti yang diberikan.A. Buku Panduan Kursus Pemantapan Pelaksanaan Kurikulum Pendidikan Islam KBSR 2008 3 ~ 2 ~ . Kandungan Manusia memerlukan kitab Allah kerana : Sebagai panduan untuk hidup sempurna.

Pengalaman pembelajaran Murid Setiap murid di dalam kumpulan bekerjasama untuk melengkapkan dan menceriakan tugasan. 5. Guru B Guru memastikan setiap kumpulan murid dapat menyelesaikan tugasan yang diberi mengikut masa yang ditetapkan. Guru A Guru mengarahkan murid berbincang dalam kumpulan masing-masing untuk mencari jawapan berpandukan carta yang dipaparkan di papan hitam. Guru membuat penilaian.Cadangan Pengalaman Dan Pembelajaran Masa 2. Guru mengarahkan wakil kumpulan untuk membentangkan hasil tugasan. Buku Panduan Kursus Pemantapan Pelaksanaan Kurikulum Pendidikan Islam KBSR 2008 3 ~ 3 ~ . Al-Quran memansuhkan syariat yang terdapat di dalam kitab Allah sebelumnya. kemas dan dipamerkan di dalam kelas. Syariat di dalamnya untuk seluruh manusia. Aktiviti “melengkapkan jadual”. Catatan 3. Kandungan Allah memelihara AlQuran daripad penyelewengan sehingga hari kiamat. 4. Kumpulan yang dapat menghasilkan tugasan yang diberikan dengan lengkap. Al-Quran menjadi penawar kepada penyakit.

kumpulan dan individu. Mendengar nasihat guru dengan tenang dan istiqamah. Pengalaman pembelajaran Murid Murid berserdia menjawab semua soalan yang diberikan oleh guru. Beriman kepada Kitab Allah. Kelebihan Al-Quran. Membantu murid menyebut dan membaca bacaan tahiyyat awal. Memastikan agar murid member i maklumbalas di atas soalan guru. Guru menasihati murid supaya sentiasa membaca Al-Quran dan mengamalkan isi kandungan Al-Quran. Guru meminta dan membimbing murid membaca tahiyyat awal. Guru A Guru meminta murid menyatakan semula tentang nama-nama kitab yang wajib diketahui. Catatan (5 minit) Pengukuhan : Kem Bestari SolatBacaan Tahiyyat Awal Murid membaca tahiyyat awal dengan betul dan lancar. Buku Panduan Kursus Pemantapan Pelaksanaan Kurikulum Pendidikan Islam KBSR 2008 3 ~ 4 ~ . Pengertian kitab-kitab yang wajib diketahui. Guru B Bersama guru A berperanan untuk memastikan murid menjawab sama ada secara kelas. Carta tahiyyat awal.Cadangan Pengalaman Dan Pembelajaran Masa Penutup (5minit) Kandungan Rumusan dan penilaian.

Buku Panduan Kursus Pemantapan Pelaksanaan Kurikulum Pendidikan Islam KBSR 2008 ~ 5 3 ~ .

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful