SIMPULAN DAN IKATAN PENGENALAN Simpulan dan ikatan telah digunakan sejak berabad-abad lamanya.

Sukar di kesan, siapakah yang mula-mula menggunakan simpulan dan ikatan ini. Dipercayai penduduk Mesir menggunakan tali lebih kurang 5000 tahun yang lepas. Dianggarkan terdapat lebih kurang 3000 jenis ikatan. Tali digunakan pada sepanjang masa, tempat dan keadaan, seperti pelabuhan, penggunaan khas, perhiasan dan kegiatan luar. Terdapat empat definisi yang perlu diketahui tentang simpulan dan ikatan.

i. Simpulan (knotting) Biasanya simpulan menggunakan tali yang kecil dan sederhana saiznya. Digunakan pada benda-benda kecil dan sederhana. Contoh simpulan seperti buku sila, tindih kasih, simpul himpit dan lilit dua simpul.

ii. Ikatan (lashing) Ikatan digunakan untuk mengikat kayu, buluh, tiang, dan papan untuk membuat jambatan, tiang bendera, menara dan sebagainya. Contoh ikatan seperti ikatan seraya, ikatan serong, ikatan silang gunting dan lilit balak

iii. Sambat (splicing) Sambat digunakan untuk menyambung dua tali dan membuat sesuatu peralatan. Menyambung dua tali dengan menggunakan sambat adalah baik dan selamat semasa digunakan. Contoh sambat seperti sambat balik, sambat pendek dan sambat mata.

iv. Mematikan hujung tali (whipping) Seseorang pengakap tidak menggunakan tali sebelum tali itu di matikan. Ia bertujuan supaya tali tidak terburai di hujungnya. Contoh ikatan seperti lilit pemati biasa, lilit pemati selit dan sambat balik.

1

Ikatan ini juga digunakan untuk membuat gejet. mematikan simpulan pada anduh. SIMPULAN TINDIH KASIH Simpulan tindih kasih digunakan untuk membuat tanjul yang tidak boleh mencerut. tiang atau pancang. Simpulan ini berperanan sebagai penghubung kepada tali sebagai contoh mendirikan ampaian. Jika ikatkan simpulan rama-rama ini di hujung tali. ikatkan sebuah stopper knot bebas (contohnya simpulan angka no. SIMPULAN RAMA-RAMA Simpulan ini dianggap sebagai suatu simpulan yang paling selamat. 2 . dan mengikat khemah yang dilipat.‡ Ia berfungsi sebagai permulaan dan penamat atau untuk mematikan ikatan seraya. SIMPULAN BUKU SILA Simpulan buku sila digunakan untuk menyambung dua utas tali yang sama besar dan merupakan simpulan yang tegap serta tidak mudah lucut. ikatan silang gunting. Simpul ini mudah terikat di tengah sebuah tali apabila anda tidak memiliki tambatan akhir. ikatan lantai. dan mudah terikat.8) ke hujung tali untuk memastikan keselamatan. Ia juga digunakan untuk mengikat benda-benda kecil seperti mengikat layar kapal.SIMPULAN MANUK Ikatan ini digunakan untuk mengikat tali pada kayu balak. bungkusan. ikatan silang nombor lapan. kuat. Ia juga digunakan untuk kerja-kerja menyelamat iaitu dengan cara mengikatkan tali pada pinggang. penyambung kepada khemah.

I. Gajet yang dibuat perlu menggunakan kemahiran simpulan dan ikatan yang telah dipelajari. Kedua-dua punca atau hujung tali tersebut senang dibuka semula II. misalnya tali perahu dengan tali kapal 3 . IKATAN BUNGA KETI Kegunaannya : Simpulan ini digunakan bagi menyambung hujung tal yang tidak sama besar. Setiap kumpulan dikehendaki membuat gajet seperti rak kasut.SITUASI PENGGUNAAN Pelajar dikehendaki membentuk kumpulan yang mengandungi lima orang dalam satu kumpulan. ampaian atau lain-lain gajet mengikut kreativiti kumpulan. tempat pinggan mangkuk. menyambung tali yang sama besar saiznya dan untuk mematikan ikatan barang-barang. IKATAN BUKU SILA Kegunaannya : Ikatan buku sila digunakan untuk mengikat kain pembalut luka.

III. IKATAN BUNGA KETI BERGANDA Kegunaannya : Simpulan bunga keti berganda digunakan untuk menyambung dua tali yang tidak sama besar dan dapat digunakan dengan selamat IV. IKATAN LILIT 2 SIMPUL / SIMPUL BELIT Kegunaannya : Bagi mengikat tali pada tiang untuk mematikan ikatan ke pokok atau Ke pacang kerana cara begini mudah di buka dan tidak mudah tanggal ikatannya 4 .

5 .V. IKATAN SIMPUL MANUK (Clove Hitch) Kegunaannya : Simpulan ini akan digunakan sebagai permulaan untuk mengikat pada kayu atau sebagainya.

SIMPULAN PENGAIL (Fisherman¶s Knot) Kegunaannya : Simpulan pengail digunakan untuk menyambung tali pada mata kail atau menyambung tali yang licin VII. Ia juga digunakan untuk menguatkan bahagian yang tidak kukuh 6 . IKATAN SIMPUL PULIH Kegunaannya : Simpulan ini digunakan bagi memendekkan tali yang panjang tanpa memotongnya.VI.

VIII. IKATAN LILIT BALAK Kegunaannya : Untuk mengikat tapi pada balak dan untuk memindahkan atau mengheret kayu atau batang balak 7 .

tunjuk cara atau demostrasi dan berasakan pelajar (kendiri). Guru perlu menyampaikan maklumat penting sahaja dan ia perlu disokong oleh bahan bantu mengajar. i. paparan slaid. Interaksi dua hala perlu diwujudkan agar pembelajaran aktif dapat diterapkan. grafik dengan iringan muzik agar ia menjadi lebih menarik minat pelajar. Kaedah Demonstrasi atau Tunjuk Cara Kaedah ini membolehkan pelajar melihat secara langsung sesuatu tugasan dilaksanakan sekaligus mengetahui cara. guru perlu menggunakan kreativiti dalam bahan bantu mengajar seperti video. teknik. objektif atau matlamat tugasan yang diberikan. Hasil daripada paparan tersebut pelajar dapat melihat sendiri contoh sesuatu kemahiran atau prosedur sebenar dilaksanakan dan secara tidak langsung pelajar dapat mengikuti contoh yang telah diperhatikan dengan baik. Bagi menjadikan maklumat yang disampaikan menarik. 8 . grafik animasi dan sebagainya.STRATEGI PELAKSANAAN Strategi pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran dalam bahan bantu mengajar ini melalui tiga kaedah iaitu secara kuliah. Kaedah Kuliah Kaedah kuliah digunakan oleh guru secara aktif yang mana semasa penyampaian pelajar dibenarkan untuk bertanya sekiranya terdapat kemusykilan dan permasalahan berkaitan dengan tajuk pembelajaran. Maklumat yang ingin disampaikan boleh ditunjukkan melalui video. ii.

namun pelajar perlu melakukan tugasan secara kendiri yang mana pelajar dapat menilai sendiri tugasan yang dilaksanakan. Kaedah ini dikenali sebagai penemuan terbimbing atau kaedah limitasi (Bilbrough & Jones. 1968). Semasa pelajar melakukan tugasan. iv. Buddy system juga berperanan dalam membantu pelajar belajar kemampuan pelajar dalam melaksanakan tugasan yang adalah berbeza. pelajar dikehendaki menyesuaikan tugasan dengan situasi yang diberikan oleh guru. Dengan kaedah ini ia dapat memberikan pelajar banyak peluang untuk meluahkan perasaan.iii. Melalui pendekatan dapat mengembangkan tahap kognitif sekaligus memupuk pembangunan arah kendiri. Penemuan Terbimbing Hasil daripada pemerhatian dan amali yang dilakukan oleh pelajar. mencuba dan menjadi kreatif tetapi perlakuan dihadkan dengan tugas yang diberi oleh guru. Penerangan awal hanya maklumat penting sahaja dan selebihnya pelajar perlu melakukan tugasan secara maksimum. guru perlu memantau dan memberi teguran sekiranya ada kesalahan yang dilakukan. 9 . Berasaskan Pelajar (Kendiri) Walaupun semasa proses penerangan kaedah kuliah digunakan.

. 10 .. Ianya juga senang dibuka semula. kain pembalut luka dan mengikat barang.Ikatan Buku Sila. Selalunya digunakan untuk mematikan ikatan seperti menyambung tali yang sama saiz.

. 11 . Digunakan untuk menyambung tali yang tidak sama besar atau saiz untuk menarik beban berat seperti perahu mahupun menarik sang kerbau.Ikatan Bunga Keti..

... Simpulan ini digunakan untuk memendekkan tali yang panjang tanpa memotongnya. Cara ikatan ini amat sesuai digunakan untuk mengikat tali sampan (kerbau pun boleh) ke tiang atau pokok. Simpul Pulih..... Digunakan sebagai pemula ikatan pada tiang atau mengikat kayu. Simpul Belit.. 12 .Simpul Manuk. malah mudah dibuka semula ikatannya. Ianya tidak mudah tanggal atau terlucut.

Simpulan ini amat sesuai untuk kerja ..Simpul Tindih Kasih..kerja menyelamat atau alat sokongan untuk memanjat. 13 .

tiang khemah dan yang seangkatan dengannya. Biasanya digunakan untuk mengikat kayu berpalang misalnya membuat tangga... Ikatan ini lebih kukuh dan tidak mudah terluncut atau tercabut. Mulakan dengan ikatan simpul manuk terlebih dahulu..Ikatan Seraya.. Ikatan Silang. 14 .

. tiang khemah dan apa-apa aje la yang sesuai mengikut keperluan korang supaya lebih teguh dan perkasa gitu! Ikatan Silang Tungku. Selalunya dipasang atau digunakan sekali pada kaki meja.Digunakan untuk mengikat 2 batang kayu secara bersilang. kerusi.. 15 .

kehidupan seharian. mencari dan menyelamat serta bidang perkapalan dan sebagainya. seni. pengakap. memancing. 16 .KESIMPULAN Secara kesimpulan ikatan dan simpulan dapat dibahagikan kepada beberapa penggunaannya seperti mendaki.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful