PENGENALAN

Kesusasteraan merupakan wadah fikiran dan perasaan yang dijalin oleh bahasa yang indah. Keindahan kesusasteraan memukau deria rasa dan deria intelek peminatnya. Setiap bangsa mempunyai kesusasteraan yang dibanggakan. Bermula dengan tradisi lisan, kemudian beralih kepada tulisan dan kini kesusasteraan memasuki ruang siber. Kesusasteraan bermula di teratak rakyat pada zaman primitif, berkembang di istana raja, merendang semula di ruang masyarakat perindustrian, dan kini memasuki dunia siber.

Dr. Sohaimi Abdul Aziz, pensyarah dari USM menyatakan bahawa ruang perjalanan yang dilalui oleh kesusasteraan sama dengan ruang perjalanan tamadun manusia itu sendiri. Sejarah kesusasteraan memperlihatkan perkembangan yang berliku-liku. Setiap zaman itu membawa persoalan yang tersendiri kepada kesusasteraan. Setiap zaman memberi fungsi yang tertentu kepada kesusasteraan. Bermula dengan fungsi untuk manusia sebagai wahana hiburan dan pengajaran, kesusasteraan kemudian berfungsi untuk dirinya sahaja. Pada peringkat awal, fungsi ekonomi yang dimiliki oleh kesusasteraan tidak begitu menyerlah.

Namun semenjak kesusasteraan diangkat sebagai satu bidang ilmu maka fungsi ekonominya semakin jelas. Hakikat ini jelas apabila kedudukan pengajian kesusasteraan di universiti menampilkan dirinya bukan sahaja sebagai satu bidang ilmu tetapi juga sebagai satu peluang dalam bidang pekerjaan.

Graduan yang lahir dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dengan membuat pengkhususan dalam bidang kesusasteraan berpeluang melamar pekerjaan di beberapa sektor khususnya dalam bidang pendidikan seperti guru,
1

Husin dan Siti Hajar (1986). Husin dan Siti Hajar (1975)... Husin dan Siti Hajar (1985). lebih baik. Sastera mampu membentuk tamadun sesuatu bangsa kerana ia bukan sahaja mempunyai hubungan yang rapat dengan masyarakat namun ia juga terlibat dengan pergolakan-pergolakan yang berlaku dalam masyarakat tersebut. KESUSASTERAAN 1. Menurut Abd.-an¶ menjadikan ia bermaksud kumpulan buku-buku yang indah bahasanya dan baik isinya. sastera merupakan hasil seni yang disampaikan melalui bahasa. Ahmad dalam buku Kamarudin Hj. Sektor pendidikan menawarkan peluang pekerjaan yang paling banyak khususnya pada peringkat sekolah. kata µsastera¶ berasal daripada kata Sanskrit µcastra¶ yang bererti kitab atau buku. Manakala sektor penerbitan dan kewartawanan agak terhad.0 Pengenalan Kesusasteraan Menurut Hashim Awang dalam buku Kamarudin Hj. Kata sastera Melayu adalah gabungan dua perkataan. karya sastera membicarakan apa yang berlaku dan apa yang terlihat pada sesuatu masyarakat sambil mengemukakan sikap dan pandangan pengarangnya. iaitu µsastera¶ dan µMelayu¶.penerbitan dan kewartawanan. Husin dan Siti Hajar mengatakan bahawa penambahan kata µsu¶ yang bermaksud indah. Halim A. 2 . dan juga dengan penambahan imbuhan apitan µke. Menurut Baharuddin Zainal dalam buku yang sama iaitu buku Kamarudin Hj. Kebanyakan pelajar yang membuat pengkhususan dalam bidang kesusasteraan merupakan bakal guru. Hashim Awang dalam buku yang sama iaitu buku Kamarudin Hj. lebih berfaedah.

seloka. iaitu prosa dan puisi. Puisi pula merujuk kepada hasil kesusasteraan yang ditulis dengan "tidak menuruti tatabahasa". 3 . kedua-dua bentuk kesusasteraan sememangnya tidak terpisah daripada kita. Contoh bagi kesuasteraan puisi termasuklah sajak. Ia sebenarnya tidak terdiri daripada ayat-ayat yang lengkap. mantera dan sebagainya. lirik. essei dan sebagainya. Dalam kehidupan sehari-harian. Biasanya ayat-ayat dalam kesusasteraan akan disusun dalam bentuk karangan. pantun. Secara kasarnya ia boleh dikategorikan kepada 2 kategori yang besar menurut bentuk bahasa yang digunakan. Kesusasteraan dapat dilahirkan dalam pelbagai bentuk bahasa. Contohnya. Prosa merujuk kepada hasil kesusteraan yang ditulis dalam ayat-ayat biasa. iaitu dengan menggunakan tatabahasa mudah. melainkan terdiri daripada frasa-frasa yang disusun dalam bentuk baris-barisan.1. syair. Prosa adalah satu bentuk kesusasteraan yang lebih mudah difahami berbanding dengan puisi.1 Definisi dan Konsep Sastera Kesusasteraan pada lahiriahnya wujud dalam masyarakat manusia melalui bentuk tulisan dan juga wujud dalam bentuk lisan. puisi merupakan bahasa yang berirama dan apabila dibaca pembaca akan berasa rentaknya. Contoh bagi kesusasteraan prosa ialah cerpen. Pada lazimnya. Dan kita sendiri pula akan menggunakan pelbagai peribahasa dan pepatah yang indah-indah yang sebenarnya juga merupakan kesusasteraan. novel. gurindam. kita akan mendengar muzik yang mengandungi lirik lagu yang merupakan hasil sastera. skrip drama.

Penubuhan Angkatan Sasterawan ¶50 (ASAS ¶50) pada 6 haribulan Ogos 1950 telah menjadi tunjang kepada perjuangan para penulis. atau novella yang bermaksud µsuatu benda kecil yang baru¶. sama ada yang menuntut kemerdekaan. Novel adalah karya yang mengungkapkan aspek-aspek kehidupan dan kemanusiaan yang lebih mendalam serta terperinci dan pengajiannya pula disampaikan dengan begitu halus dan teliti. mahupun penulis yang ingin menyedarkan masyarakat tentang isu-isu sosial. Perkataan µnovel¶ berasal daripada bahasa Latin iaitu novellus dan novies yang bermaksud µbaru¶. Shahnon Ahmad dalam buku Kamarudin Hj. Novel muncul dan berkembang dalam Kesusasteraan Melayu kira-kira satu abad yang lalu. Husin dan Siti Hajar (1979) menyatakan novel ialah suatu bentuk pentafsiran rencaman hidup manusia yang terbina dalam bentuk sastera cereka. kemunculan novel adalah lebih awal daripada cerpen. Dalam kalangan penulis Inggeris dan Amerika pula.2 Kesusasteraan Melayu Moden Peralihan dari tradisional ke moden berlaku kepada sastera Melayu pada awal abad ke 20. 4 . Karyakarya juga tidak lagi muncul dalam bentuk sastera tradisional. Perubahan tersebut jelas dapat dilihat dalam bentuk gaya penulisan dan temanya seringkali tema berkisar tentang isu-isu sosial dan ketidakadilan. terutama setelah tamat Perang Dunia kedua.Manakala novel adalah satu bentuk kesusasteraan yang baru dibandingkan dengan genre lain mengikut perkembangan masa secara krononogi. 1. Jika dibandingkan dengan cerpen. novel bermaksud menggunakan suatu konsentrasi kehidupan pada suatu saat yang tegang serta pemusatan kehidupan yang tegas.

Kisah-kisah perjuangan bagi meneruskan hidup sebegini bukanlah asing dalam novel-novel Melayu pada waktu itu. Novel-novelnya yang ditulis pada tahun-tahun enam puluhan mempunyai latarbelakang negara Singapura. Di antaranya ialah Sasterawan Negara Malaysia. terdapat juga novel-novel alternatif yang bertemakan cinta. 5 . pelayan dan rumah ibu ayam ini. kasih sayang dan perkahwinan yang merupakan bahan bacaan yang popular terutama di kalangan anak-anak muda. keruntuhan moral di kota dan pergelutan untuk meneruskan kehidupan di tengahtengah kehancuran selepas perang.Semangat berkarya ini dapat dijana dan diperkukuhkan kerana di sini jugalah menjadi tempat ramai penulis-penulis hebat di Nusantara bermastautin dan menjadikan Singapura sebagai medan dan juga inspirasi untuk melahirkan karyakarya agung mereka. Terdapat juga mengandungi unsur-unsur erotik seperti novel pengantin baru. Selain tema ini. Singapura. selepas Perang Dunia Kedua. Novel ini menggambarkan kemiskinan. Antaranya ialah novel Salina. A Samad Said. yang menceritakan tentang kehidupan masyarakat terutama orang Melayu di Kampung Kambing.

Namanya ialah Shahnon Ahmad. Dia terpaksa balik kampong. A. panjang atau lama dalam sejarah. beliau menyambung pelajarannya di Maktab Sultan Abdul Hamid. Benarlah Shahnon menjadi seorang raja yang jauh. dia menjadi pegawai kadet Askar Melayu Diraja dengan mengikuti latihan tentera di Port Dickson sehingga Mei 1955. Alor Star dan mendapat School Certificate 1953. 1942-46. Stelah lulus darjah enam.H. Kemudian dia mendapat peluang menjadi guru bahasa Inggeris di Sekolah Menengah Gunung Alor Star sehingga 1957. Kemudian dia menjadi guru sementara di Kuala Terengganu. Jika kita perhalusi µShah¶ dalam bahasa Arab maknanya raja dan µNon¶ di sebuah tempat yang jauh. Peluang inilah 6 . Canberra di bawah pimpinan Prof. Shahnon Ahmad mendapat pendidikan di Sekolah Melayu Sik. Bertukar pula ke Maktab Abdul Hamid untuk menjadi guru bahasa sehingga 1963. Suatu perubahan yang radikal dalam hidupnya ialah pada Mei 1968 bekerja sebagai Pegawai Penyelidik Bahagian Perkamusan di Universiti Kebangsaan Australia. Di kampung dia menjadi penganggur. Malang tidak berbau kakinya telah patah dalam suatu latihan untuknya menyambung pelajaran ketenteraan di England.RANJAU SEPANJANG JALAN KARYA SHAHNON AHMAD 1. Shahnon Ahmad pernah dinobatkan sebagai µRaja Novelis Malaysia¶. kemudian bertukar ke Sekolah Bukit Besar sampai 1960.John hingga 1971. Sik Kedah. yang dilahir di Kampung Banggul Derdap. Pada tahun 1954. dilantik menjadi guru kanan bahasa dan kesusasteraan Melayu hingga 1967.0 Latar Belakang Karyawan Pada 13 januari 1933 merupakan kelahiran seorang sasterawan besar Malaysia.

Mereka mengusahakan sawah mereka dengan penat jerih. Kedaifan keluarga petani ini bertambah teruk apabila Lahuma meninggal dunia akibat terpijak onak nibung. Jeha si ibu dan tujuh anak perempuan mereka iaitu Sanah. Makanan. Walau untuk satu musim. Namun tenaga Lahuma tidak terganti walaupun dengan gabungan tenaga Jeha dan anak-anak perempuannya. Tetapi dengan ketiadaan Lahuma. semuanya datang daripada hasil padi. yang hidup pada pertengahan abad ke-20. Lebar dan Kiah. Hidup dan mati mereka semuanya bergantung pada hasil padi. selalunya Lahuma mengerjakan sawah mereka dan dibantu oleh Jeha. 1. Padi menjadi segala-galanya bagi mereka. padi tidak boleh terkurang. Menjadi keluarga anak tani bukannya mudah. Kemudian pulang ke Malaysia dan menjadi pensyarah di Maktab Perguruan Sultan Idris selama lapan bulan. Jenab. 7 . wang. Liah. Sebelum itu. Semek. Milah. Mereka mempertahankan pokok-pokok padi mereka daripada banjir.1 Sinopsis Ranjau Sepanjang Jalan Kisahnya berkisar sebuah keluarga petani iaitu Lahuma si bapa. Jeha bersama anak-anak perempuannya pula memikul beban mengerjakan sawah. Pokok padi boleh mati jika ditenggelami air.digunakannya untuk belajar sehingga memperolehi ijazah sarjana muda dalam Pengajian Peradaban Asia Tenggara. Dari MPSI itu Shahnon berhijrah ke Universiti Sains Malaysia dan menyiapkan ijazah sarjananya dengan mengkaji sajak-sajak kabur. serangan ketam dan burung-burung tiak.

Shahnon Ahmad mendapat namanya dalam novel melalui Ranjau Sepanjang Jalan. sementara yang lainnya melihatnya dari segi moral dan evalutif dan lain lagi memahaminya dari sudut ilmiah yang telah mapan. pakaian serta tempat tinggal kerana keperluan ini sangat berkait rapat dengan kualiti hidup manusia. Banjir. Istilah kemiskinan ini adalah sangat subjektif dan komparatif. serangan ketam-ketam dan burung-burung tiak menjadikan Jeha tidak keruan dan akhirnya Jeha menjadi gila dan meninggalkan pula beban mengusahakan sawah kepada anak-anak dara Jeha. Makna lain kemiskinan juga adalah apabila sesutau tempat itu tidak mempunyai jaringan pendidikan dan pekerjaan yang boleh menjana pendapatan serta meningkatkan taraf hidup sekumpulan masyarakat. 8 .2 Persoalan Yang Dibangkitkan Dalam Novel Persoalan yang jelas terpapar dalam novel Ranjau Sepanjang Jalan karya Shahnon Ahmad ialah soal kemiskinan masyarakat tani di desa. Bila padi mula menguning. Malangnnya Jeha tidak dapat bertahan dengan segala kesusahan yang diharunginya sendirian tanpa Lahuma. burung tiak pula datang menyerang.Ketam-ketam mematahkan tangkai padi yang muda. memakan padi. 1. yang banyak mendedahkan masalah kemiskinan masyarakat tani di desa Banggul Derdap yang telah membawa kepada penderitaan sehingga ke akhir hayat. Isu kemiskinan merupakan masalah global yang dihadapi oleh kebanyakan negara membangun pada masa sekarang. Kemiskinan adalah keadaan dimana berlaku kekurangan terhadap perkara-perkara yang biasa diperlukan oleh seseorang individu seperti makanan dan minuman.

apabila ketam datang Jeha dan Lahuma akan terpaksa mengutip ketam itu tidak mengira siang dan malam supaya hasil tanaman mereka akan menjadi. kekurangan modal. Tetapi hal tersebut sangat jelas bahawa tanpa padi. Masyarakat Melayu pada masa itu rata-rata terdiri daripada golongan petani yang serba kekurangan. Novel tersebut diilhamkannya pada sekitar tahun 1960-an apabila keadaan masyarakat Melayu pada masa itu terbiar di desa-desa terpencil. Keadaan tersebut jelas digambarkan oleh Shahnon Ahmad dalam karyanya iaitu novel Ranjau Sepanjang Jalan. Melalui ancaman ketam yang menyerang padi-padi yang baru ditanam. masyarakat tani khususnya boleh kebuluran. Jika dibiarkan ketam tersebut mematahkan batang padi maka hasil tanaman mereka akan musnah dan meraka 9 .Shahnon Ahmad lebih merasai segala penderitaan yang dihadapi oleh masyarakat tani kerana latar novel ini merupakan novel kelahiran beliau sendiri iaitu Kampung Banggul Derdap. akibat dasar yang diamalkan oleh penjajah. Persoalan kemiskinan petani di kawasan pendalaman yang sangat menonjol dalam novel Ranjau Sepanjang Jalan ini. Tambahan juga kegiatan pertanian para petani di Kampung Banggul Derdap dihalang ataupun disekat oleh unsur-unsur bencana alam dan musuh-musuh padi. Melalui novel ini kita mampu merasai keperitan dan kesusahan hidup golongan miskin. Persoalan dalam novel ini begitu bermanfaat untuk dihayati sesiapa sahaja tidak mengira lapisan umur. Shahnon Ahmad juga mengambarkan bagaimana pentingnya padi kepada kehidupan penduduk Kampung Banggul Derdap walau pun hanya diceritakan melalui watak keluraga Jeha dan Lahuma sahaja. Antara faktor-faktor kemiskinan petani di Kampung Banggul Derdap ialah kekurangan tanah. dan kekurangan tenaga.

Shahnon telah memperlihatkan betapa terbatasannya keupayaan manusia kampung menghadapi binatang-binatang 10 . Makan bergantung kepada sawah. anak-anak kita akan mati.. kita wajib melawan. Dalam novel Ranjau Sepanjang Jalan .´ (Shahnon Ahmad.tidak ada sumber untuk dimakan. namun jika kita melihat dewasa ini masyarakat yang rajin dan cekal begini boleh menjadi kaya kerana mereka melakukan sesuatu pekerjaan dengan bersungguhsungguh untuk hidup. Biar siapa datang menyerang. membeli baju dan kain serta membiayai anak-anaknya terpaksa berhenti seketika daripada bersekolah akibat daripada masalah kewangan. Tidak ada nasi. Mati hidup bergantung kepada sawah. ³Padi mesti ditanam. Itulah satu-satunya hidup keturunan kita dari dahulu sehingga sekarang. kita mesti lawan. Sakit segar bergantung kepada kepada sawah. Mesti dijaga. 1995:185) Sememangnya bagi penduduk kampung. Biar datang seribu musuh. Sebenarnya pemikiran mereka masa itu masih miskin. Shahnon Ahmad ingin memberitahu bahawa keperluan beras itu perlu ada untuk masyarakat desa supaya mereka tidak akan kebuluran. Sawah nadi segar kita sejak datuk nenek dahulu lagi. Petikan dibawah mengambarkan betapa pentingnya padi kepada kehidupan keluarga Lahuma .Anak-anak kita perlu makan siang malam. Begitu seksa hidup menjadi penduduk desa menurut Shahnon Ahmad. Itulah hidup anak kita. Dia mesti dipupuk dan dijaga. tanpa padi mereka akan mati menurut Shahnon Ahmad.. Malahan juga hanya melalui hasil pendapatan daripada menjual padi Jeha boleh mengupah orang untuk membaiki atap. Itulah hidup kita.´ ³.

Dan beliau memberi simpatinya dengan amat mendalam dengan ikhlas dan berkesan bahawa manusia harus terus berjuang untuk menghadapi bahaya keganasan dan kekejaman alam ini.kecil yang buas. Dalam novel tersebut juga kita merasai bagaimana kedaifan hidup golongan petani. 11 . Sebelum Shahnon Ahmad belum pernah ada pengarang yang menyentuh isu-isu kemiskian secara terperinci. sanak saudaranya miskin. kerana keluarganya sendiri miskin. Kemiskianan dan keperluan rakyat juga diangkat oleh Shahnon dalam novel-novelnya yang lain seperti novel Seluang Menodak Baung. Shahnon berjaya membawa pembaca merasa kesan kemiskianan hidup tersebut dan pembaca juga seperti pemerhati sahaja dan tidak terdaya melakukan apa-apa sepanjang menghayati novel Ranjau Sepanjang Jalan karya Shahnon Ahmad. tema kemiskinan ini sebenarnya sudah sebati dengan kehidupan Shahnon. duri. walau apapun di sebalik kesusahan dan kemiskinan tersebut telah terserlah sebutir permata yang bernilai dan murni. Ini kerana. tambahan juga penuntut-penuntut sangat miskin dan setiap kali berulang-alik dari Pulau Pinang ke Sik itu tidak lain yang dicapainya iaitu hanya kemiskinan sepanjang jalan. dan ranjau yang membunuh. onak. murid-murid yang pernah beliau didik semasa memegang jawatan sebagai guru adalah miskin. Persoalan kemiskian menjadi pilihan oleh Shahnon Ahmad dalam karya kreatifnya.

1. kita akan dapati beliau seorang yang sangat peka dengan pergolakan kemasyarakatannya. Kekuatan yang dapat dilihat pada Shahnon Ahmad adalah dari segi perjuangan beliau terhadap masyarakat terutamanya masyarakat melayu sendiri. jelas menunjukkan bahawa Shahnon Ahmad ingin melihat bagaimana sastera dapat berperanan sebagai alat perjuangan masyarakat. Berdasarkan persoalan yang terdapat dalam novel beliau. tetapi keutamaannya adalah perjuangan. Beliau begitu peka terhadap masalah kemiskinan orang melayu. Di sini. Menerusi novel-novelnya. Shahnon Ahmad sering kali membawa pembaharuan dan perubahan dalam membinaan novel-novelnya. 12 . selaras dengan perkembangan masa dan masyarakat. dapat kita lihat bahawa Shahnon Ahmad bukanlah materialistik. sejak 1960-an. Bagi Shahnon tiada gunanya sebuah karya besar atau agung kalau tidak mempunyai impak kepada masyarakat. Sastera baginya ialah alat yang berkesan untuk membangunkan masyarakat. Mengikuti perkembangan penulisan Shahnon Ahmad. Shahnon Ahmad sering menegaskan betapa sayang dan cinta kepada bangsanya. Penampilan Shahnon Ahmad dalam arena karya kreatif. Peristiwa negara akan diberinya makna-makna mengikuti tafsiran seorang sasterawan.3 Perjuangan Dan Sumbangan Shahnon Ahmad Dalam Bidang Kesusasteraan Kepada Pembangunan Masyarakat Melayu Sepanjang penglibatannya dalam menghasilkan karya sastera selama lebih kurang 40 tahun. khasnya novel banyak menimbulkan keinsafan dan kesedaran kepada masyarakat tanah air terutamanya golongan atasan supaya tidak mengeksploit golongan bawahan.

Tidak syak lagi Shahnon Ahmad merupakan puncak kejayaan penulis-penulis novel di Malaysia. 13 . Isu pembangunan tercerna dalam novel Srengenge. Kita ramai novelis. Shahnon Ahmad sesungguhnya pengarang yang amat luar biasa bakatnya. Kebijaksanaan Shahnon Ahmad menghadirkan rasa loya penulis sebagai pembaca dengan variasi metafora dan unsur figuratif yang mantap mendorong penulis untuk mengkaji maksud tersirat yang disembunyikan lewat duri nibung. Malah kekuatan bahasa novelnya sangat kuat dan mengasyikkan. mungkin tidak keterlaluan kalau saya katakan bahawa kejayaan Shahnon Ahmad di dalam penulisan novel tidak ada siapa yang dapat mencabarnya. Wak Da. Hasilnya. politik dan kebudayaan tempatan yang diterjemahkan dengan penuh simbolik. kemiskinan dalam novel Ranjau Sepanjang Jalan. politik dalam novel Menteri. Shahnon Ahmad mendapati karya-karya beliau membuka ruang untuk penulis menjana pemikiran yang kritis. nanah. Karya-karya beliau memberi jalan kepada penulis untuk melihat dasar kehidupan. kewujudan Negara Belantara dalam novel Patriarch yang tidak berpijak pada latar realistik secara lansung menarik deria analisis penulis untuk mendalami erti kewujudan watak seperti Partriarch. burung tiak dan ketam yang beribu dalam Ranjau Sepanjang Jalan. Shahnon Ahmad membuktikannya sebagai karyawan versatile. Begitu juga. unsur islam dalam al-Syiqaq dan sebagainya. Mek Besah dan Jusuh Hitam.Kemampuannya menghasilkan karya yang pelbagai menunjukkan kemahiran luar biasanya sebagai penulis.

mendalami dan menganalisis karya-karya malar segar yang beliau hasilkan. Tema beliau iaitu kemiskinan. Hasil tulisan sasterawan Shahnon Ahmad bersifat merentas zaman. Keupayaan ini adalah satu kekuatan yang dimiliki Sasterawan Negara Shahnon Ahmad. Anak kelahiran Banggul derdap. Kekuatan sifat itulah menjadikan pembaca generasi baru tidak berasa terpinggir untuk terus membaca. Sik. Dalam masa yang sama. politik dan budaya menjadi tema sepanjang zaman yang memikat hati khalayak pelbagai generasi. Shahnon Ahmad menampilkan dirinya sebagai pengarang dan masyarakat desa yang begitu cinta akan desa dan warga desanya sendiri melalui karya kreatif. Kemampuan dan keupayaan Shahnon mengungkat permasalahan masyarakat terutamanya dari aspek politik dan kebudayaan melayu sangat mengesankan. Nilai kedesaan yang ada pada Shahnon sebagai pengarang melayu ini adalah satu perkara penting yang jarang dapat dirasai dalam karya-karya terkini. agama. 14 . Kedah ini mengadunkan pengalaman beliau sebagai anak desa yang melihat kepincangan sistem sosial dan pemerintahan dengan tautan perlambangan-perlambangan alamiah yang meyakinkan. Karya-karya Pramoedya digemari kerana kekuatan ideologi serta bahasanya.Pendekatan seperti itu yang dapat ditemukan dalam karya-karya Shahnon memperlihatkan keghairahannya terhadap beberapa pengarang idolanya seperti Pramoedya Ananta Toer dan Patrick White. manakala Patrick White lantaran kemampuan beliau mengetengahkan warna setempat dalam karya-karyanya. keupayaan Shahnon Ahmad sebagai lidah masyarakat menjadi antara sebab utama karya-karya sasterawan mapan ini menarik minat meskipun daripada kalangan angkatan pembaca dan sasterawan muda. Jelas sekali.

Keunggulan karya-karya Shahnon Ahmad dalam merentas zaman berjaya menarik perhatian pembaca dan penulis muda apabila Shahnon tekal menjadi dirinya sendiri.Karya-karya Shahnon Ahmad mampu berdiri sebagai satu bahan dokumentasi yang baik terutamanya dalam konteks kebudayaan dan alam pemikiran melayu. Dalam hal ini. Melalui pengalaman demi pengalaman dan rasa tidak puas hati terhadap sesetengah sistem pemerintahan yang dilihat menindas kaum melayu terutamanya golongan petani. pembaca dan penulis muda berpeluang menyimpan maklumat yang diberikan Shahnon Ahmad secara fiksi itu dalam sistem memori. Hal ini sangat bermanfaat kepada penulis muda apabila berdepan dengan situasi-situasi yang memerlukan penulis memanfaatkan bahan dokumentasi Shahnon Ahmad dalam konteks interteks. Shahnon menjadi suara masyarakat yang diterjemahkan dalam bentuk cereka. Beliau mempelopori sikap yang dinamakan Malay Power (Hamzah Hamdani dan Zeti Aktar Jaffar : 2007) apabila melihat betapa lemahnya orang 15 . Shahnon senang menjadikan karya beliau sebagai medium pemberotakan dirinya sebagai rakyat. pembaca dan penulis muda masih mampu menanggapi isu-isu tersirat yang ditampilkan Shahnon Ahmad. Sumbangan yang paling agung dan unggul Shahnon dalam bidang penulisan adalah kerana beliau seorang penulis yang begitu sensasi terhadap peristiwaperistiwa penting yang berlaku di dalam dan di luar lingkungan masyarakat bangsanya. Melalui perincian dan pemerian Shahnon Ahmad tentang selok-belok kehidupan masyarakat melayu. Sungguhpun segala pemberotakan dan rasa tidak puas hati Shahnon ditempiaskan dalam bentuk fiksyen.

Sebab dan akibat ini adalah mendorongnya meningkat dari pemikiran membela orang yang miskin untuk berhadapan dengan kekejaman dan kekuatan alam kepada pemikiran membela orang atau bangsanya apabila terpaksa berhadapan dengan kekuatan manusia. Beliau menjadi teladan kepada pembaca terutamanya penulis muda untuk bangkit menjadi lebih kreatif. Kesungguhan dan nilai sensitiviti yang tinggi terhadap kehidupan dan persekitarannya menjadikan Shahnon Ahmad memenangi kategori cerpen dengan judul ³Kepikunan´ dan menerima anugerah Mastera 2010. Shahnon Ahmad menyuntik semangat penulis muda untuk kenal kewajipan yang dipikul sebagai penulis berhemah dan bertanggungjawab dengan pendekatan sastera kerana Allah. bangsa dan negara melalui wacana sastera perdana. Kewujudan dan sumbangan Shahnon Ahmad dalam dunia sastera negara akan kekal menjadi perbicaraan penting sepanjang zaman. yakin dengan apa-apa yang ditulis dan mampu menjadi pembela agama. Apa yang paling mengamit atau menyentuh perasaannya adalah manusia itu tidak mampu merasai nilai seperti mana yang seharusnya dirasai dan dinikmati oleh seoarang yang bergelar manusia. Persoalan inilah yang ingin ditonjolkan sebenar-benarnya oleh Shahnon Ahmad dalam beberapa novelnya. Shahnon Ahmad bukanlah seorang pemikir yang mendahului zamannya tetapi beliau tetap merupakan pelopor yang paling sensitif terhadap perubahanperubahan penting yang melibatkan bangsanya. ekonomi dan sosial menekan seperti peristiwa 13 Mei 1969.Melayu apabila keadaan politik. 16 .manusia riak.

Shahnon Ahmad ibarat permata di tengah sahara dan hanya jauhari yang mengenal manikam.Lantaran itu. 17 .

Shahnon Ahmad merupakan salah seorang Sasterawan Negara yang memainkan peranan dalam bidang kesusasteraan yang masyarakt melayu ini. namun sebenarnya kesusasteraan ini dapat menyedarkan pembaca terutamanya masyarakat melayu pada masa ini yang sedang leka dibawa zaman. Beliau begitu peka terhadap masyarakat melayu dalam menhasilkan karya-karyanya seperti novel Ranjau Sepanjang Jalan yang menceritakan tentang kemiskinan masyarakat melayu yang tinggal di kampungkampung. Shahnon Ahmad merupakan seorang sasterawan yang unggul dalam menhasilkan karya-karyanya. ekonomi mahupun politik. contohnya melalui novel Ranjau Sepanjang Jalan karya Shahnon Ahmad. Jelaslah bahawa kesusasteraan mada masa kini lebih kepada menekankan soal pembangunan masyarakat melayu samada dari segi sosial. Beliau menitik beratkan soal bangsa melayu iaitu bangsanya sendiri. Selain menjadi hiburan bacaan di masa yang lapang.KESIMPULAN Bidang kesusasteraan masa kini telah membawa impak yang besar dan membuka mata masyarakat melayu terutamanya para pembaca dan karyawankaryawan yang lain. Kesusasteraan ini juga telah membawa para pembaca mengenal erti kehidupan sebenar masyarakat melayu. menekankan soal 18 .

S. No Harvest But A Thorn : Ranjau Sepanjang Jalan. http://ms. Shahnon. Kreativiti dalam Penciptaan Karya Sastera. Hizairi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. (1997).). (Ed. trans. Amin Petaling Jaya: Fajar Bakti Mohamed Pitchay Gani (Ed. (1991).org/wiki/Shahnon_Ahmad 19 . A. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Singapura: Angkatan Sasterawan '50 & National Library Board. (2005). Leksikon: Direktori penulis Melayu Singapura pasca 1965.)(2005). Angkatan Sasterawan ¶50. Sutan Baginda. Ooi Eng Lye.org/wiki/Portal:Sastera http://ms. Mohamed Pitchay Gani bin Mohamed Abdul Aziz.wikipedia. (2005). 55 tahun dalam persuratan.BIBILIOGRAFI Ahmad. (2000). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Dari gerhana ke puncak purnama: Biografi ASAS ¶50. Ahmad.wikipedia. Othman. Novel-novel Terpilih Shahnon Ahmad: Satu Kajian Pendekatan Gender.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful