T

KANAK-KANAK PINTAR CERDAS, BERBAKAT DAN KREATIF DAN PERKEMBANGAN FIZIKAL, SOSIAL DAN EMOSI

pandai serta pintar. Ini bermaksud kanakkanak yang mempunyai bakat merupakan seseorang yang mempunyai kebolehan yang ada secara semulajadi. Ini bermakna kanakkanak yang kreatif mampu menjana sesuatu idea yang baru berdasarkan kepada aplikasi ilmu yang mereka pelajari. seni visual dan seni tari (Bob Algonzine dan Jim Ysseldyke. banyak akal. cerdik. Beliau menakrif seseorang itu sebagai seorang yang pintar cerdas apabila mematuhi lapan kriteria khusus berikut. Pintar cerdas seringkali dikaitkan dengan seseorang yang mempunyai Intellectual Quotient (IQ) yang tinggi iaitu berada pada tahap IQ 130 dan ke atas. berbakat bermaksud mempunyai kebolehan semulajadi. Kreatif dan Berbakat? Kanak-kanak yang pintar cerdas kebanyakannya mempunyai potensi yang tinggi dalam perkembangan dan pertumbuhan jika dibandingkan dengan seseorang yang normal. dan mengembangkan sesuatu idea baru atau idea asli. membentuk dan memilih keadaan yang menjurus kepada sesuatu maklumat. 1. Kewujudan golongan individu luar biasa . cerdik. bakat spesifik dalam akademik ataupun kreatif. Howard Gardner pula mendifinisikan kecerdasan sebagai satu cara memproses maklumat dan juga cara berfikir. Potensi pengasingan oleh kerosakan otak 2. Maryland telah mendefinisikan pelajar kreatif dan berbakat sebagai pelajar pertengahan atau pelajar sekolah menengah yang telah dikenalpasti secara sah mempunyai bakat dalam bidang seperti kebolehan intelektual umum. Cerdas pula membawa bermaksud sempurna akal.Topik 1: Apa Itu Pintar Cerdas. Individu yang pintar cerdas boleh mengenalpasti kelemahan dan kelebihan mereka sendiri malah mereka menentukan cara yang sesuai menggunakan kelebihan mereka serta meminimumkan kelemahan mereka. 2006). Sternberg dan Kaufman mendifinisikan pintar cerdas sebagai satu kepintaran yang lebih berfokus kepada kebolehan mengadaptasi. pandai. Beliau juga berpendapat bahawa kecerdasan merupakan hasil atau produk daripada interaksi antara genetik dan persekitaran yang perlu berada bersama bagi memberi hasil sebenar kepada kecerdasan. Dalam Kamus Dewan edisi keempat . menghasilkan. kreatif pula bermaksud mempunyai kebolehan mencipta. Menurut Kamus Dewan edisi keempat. Kamus Dewan edisi keempat telah mengistilahkan pintar sebagai cekap. licin serta mahir dalam membuat sesuatu pekerjaan.

mempunyai minat yang umum kepada dunia). Operasi teras yang boleh dikenalpasti 4. Disokong dari kajian psikologi 7. Walaupun begitu. membaca dengan kerap dan baik). Pintar cerdas juga boleh dilihat dari aspek sosial (memahami konsep sosial. menjadi kanak-kanak yang pintar cerdas yang memiliki kecerdasan bermaksud kanak-kanak itu perlu mahir dalam sesuatu perkara yang juga membawa maksud mereka itu sentiasa berkebolehan melakukan semua perkara yang dilakukannya. ramai orang yang telah ditanya sebagai responden setuju bahawa terdapat tiga aspek berkaitan pintar cerdas. Sejarah evolusi dan evolusi yang boleh diterima akal 6. . Menurut Moira Thomson (2006) pula. memberi sebab-sebab yang logik dan dengan fikiran yang terbuka. dan kebanyakan sekolah membina definisi mereka sendiri berdasarkan kepada prinsip yang dinyatakan di kebanyakan buku yang diterbitkan. Walaubagaimanapun. Sejarah perkembangan yang khusus bersama dengan prestasi yang menggalakan 5. Kebanyakan guru juga bersetuju bahawa kanak-kanak yang pintar cerdas adalah individu yang memerlukan perancangan aktiviti yang . 2003). Jika mengikut pandangan kajian Jane Piirto (1999). di dalam penulisan Margaret Sutherland (2008) ada mengulas bahawa pelabelan seseorang kanak-kanak sebagai pintar cerdas sememangnya sesuatu yang baik. Tiada definisi yang spesifik dan khusus yang dapat dinyatakan terhadap kecerdasan tetapi banyak buku panduan telah diterbitkan.A. di New Zealand mendefinisikan pintar cerdas dalam terma bersifat pembelajaran yang menunjukan kebolehan yang luar biasa dalam mencapai prestasi yang menyerlah.3. mengakui kesalahan yang telah dilakukan. Aspek yang kedua pula ialah kebolehan lisan (boleh menangani sesuatu topik perbualan dengan baik. Aspek yang pertama ialah kebolehan menyelesaikan masalah yang praktikal yang mana mereka akan melihat masalah itu dari pelbagai sudut. Kerentanan untuk mengekod sistem symbol Beliau turut berpendapat bahawa kecerdasan seseorang itu tidak sama seperti cara berfikir yang cenderung untuk kekal konsisten dan tidak berkaitan dengan jenis maklumat yang akan diproses ( Sousa D. Disokong oleh penemuan psikometrik 8.

Definisi berdasarkan sekolah mengikut kepada Moira Thomson (2006) manyatakan bahawa pembelajaran seorang yang pintar cerdas dalam sekolah seharusnya dalam keadaan yang sistematik untuk membentuk satu corak intervensi untuk membantu perkembangan proses perkembanan bakat individu tersebut. Selain itu. (4) seni pertari dan visual. kreatif dan artistik alam. terdapat juga definisi berdasrkan sekolah berkaitan dengan pintar cerdas. Bagi definisi kecerdasan berdasarkan sekolah yang baru pula mencadangkan kecerdasan seorang kanak-kanak pintar cerdas berlaku dalam kalangan seluruh masyarakat dalam pelbagai budaya dan tidak semestinya berpandukan keputusan peperiksaan sematamata. (3) kreatif. Kecerdasan seseorang yang pintar cerdas juga diberi maksud tambahan iaitu lebih kepada satu kebolehan yang matang jika dibandingkan dengan kebolehan perkembangan (Jane Piirto. Intervensi seperti ini tidak hanya bergantung kepada arahan guru sahaja untuk mana-mana definisi yang tertentu trhadap pintar cerdas tetapi memberi langkah berjaga-jaga yang mana sesetengah individu itu adalah sememangnya pintar cerdas dan di situlah guru memainkan peranan untuk membantu perkembangan . tetapi secara dilihat dalam kebolehan individu tersebut yang tinggi dalam intelektual. Kanakkanak yang mempunyai pencapaian yang cemerlang termasuk individu yang berpotensi serta berkebolehan dalam mana-mana enam bidang kecerdasan yang dinyatakan. Dalam definisi Marland.memerlukan tahap penguasaan pembelajaran yang tinggi dan diberi peluang yang luas dalam kokurikulum bagi mengembangkan lagi kebolehan mereka. terdapat dua definisi pintar cerdas berdasarkan sekolah iaitu definisi kecerdasan berdasarkan sekolah yang lama dan juga definisi kecerdasan berdasarkan sekolah yang baru. Di Amerika Syarikat menggunakan definisi Marland bagi mendefinisikan kanak-kanak pintar cerdas berdasarkan sekolah yang lama yang menyatakan bahawa kecerdasan seseorang yang pintar cerdas terbahagi kepada enam jenis kecerdasan iaitu (1) intelektual. (2) akademik spesifik. 1999). (5) kepimpinan dan (6) psikomotor. Public Law 91-230 telah mendefisikan seorang yang pintar cerdas dan berbakat adalah golongan yang dikenali sebagai seseorang yang layak secara professional yang secara kebajikannya mempunyai kebolehan yang terserlah. Program yang khusus adalah perlu bagi menyedari sumbangan mereka terhadap diri sendiri dan negara. Golongan seperti ini memerlukan program pembelajaran yang berbeza dengan/atau perkhidmatan yang bertahap lebih tinggi berbanding dengan program-program yang dianjurkan oleh sekolah untuk pelajar-pelajar normal yang biasa. menurut Jane Piirto (1999).

Ciri-ciri mereka sebagai golongan pintar cerdas jelas dapat dilihat dari aspek kognitif. berbakat dan kreatif termasuklah untuk sokongan sosial dan emosional. memberi makna pendekatan kepada kecerdasan pelbagai yang merangkumi kadar kebolehan yng luar biasa. akademik. kreatif dan berbakat Walaupun seseorang kanak-kanak itu dikenali sebagai pintar cerdas. tingkah laku dan komunikasi. mengakui bahawa pintar cerdas dan berbakat menunjukan pengecualian dalam hubungan dengan rakan sebaya yang berlatar belakang sama dan menyediakan peluang pembelajaran yang berbeza untuk individu pintar cerdas. sekolah seharusnya membina definisi kecerdasan yang.mereka. dapat mengenalpasti bahawa individu tersebut berkemungkinan pintar cerdas dalam satu atau lebih kecerdasan. Kanak-kanak yang dilabelkan sebagai seorang yang pintar cerdas. fizikal. membenarkan pengenalpastian kedua-dua potensi dan prestasi. kreatif dan berbakat. (4) Berkebolehan dalam menguasai banyak isi kandungan pelajaran . Ciri-ciri pintar cerdas. Aspek Kognitif Ciri-ciri (1) Ingatan yang kuat (2) Tahap pemikiran tinggi (3) Berminat kepada sesuatu yang kompleks dan mencabar minda (4) Memproses maklumat dengan cepat Akademik (1) Berprestasi tinggi dalam pencapaian (2) Memahami dan mempelajari sesuatu yang kompleks dengan mudah (3) Berkebolehan dalam penyelesaikan masalah. tetapi mereka tidaklah sentiasa berjaya dalam segala yang mereka lakukan. Kecerdasan serta bakat yang mereka miliki adalah terhad kepada beberapa bidang yang khusus sahaja. kreatif dan berbakat mempunyai ciri-ciri tertentu.

Dalam akademik pula. Masalah yang mereka hadapi boleh dilihat dari aspek kognitif. Ini adalah kerana golongan pintar cerdas ini sukakan perkara yang kompleks yang mencabar kebolehan mereka. Rakan-rakan sebaya Mereka juga tidak mempunyai nilai kesabaran yang tinggi serta suka bertindak dengan terburu-buru dalam melakukan sesuatu perkara. kanak-kanak pintar cerdas seharusnya menjalani kurikulum yang berlainan daripada kanak-kanak normal yang lain bagi mengelakan proses pembelajaran kanak-kanak yang lain terganggu. hakikatnya golongan pintar cerdas ini mempunyai masalah mereka sendiri. mereka sememangnya sering mendapat keputusan yang cemerlang. Kanak-kanak yang pintar cerdas mudah berasa bosan dengan arahan yang mudah serta berulang kerana mereka jemu dengan sesuatu yang mudah bagi mereka. Tetapi. Kanak-kanak yang pintar cerdas cenderung untuk menyoal guru sewaktu di dalam kelas sehingga keluar dari topik pengajaran malah menyebabkan rakan yang lain menjadi keliru disamping menggangu proses pengajaran dan pembelajaran yang sedang dijalankan.Fizikal Tingkah laku (1) Kebolehan fizikal dan mental yang berbeza (1) Bersifat gigih serta berorientasikan matlamat (2) Pengamatan yang luar biasa (3) Rasa humor yang tinggi (4) Sensitiviti yang tinggi daripada orang biasa Komunikasi (1) Perbendaharaan kata yang betul digunakan semasa bertutur (2) Penguasaan bahasa yang tinggi Jadual 1: Ciri-ciri pintar cerdas Masalah yang sering dialami kanak-kanak pintar cerdas Ramai golongan masyarakat berpandangan bahawa seorang yang pintar cerdas merupakan seorang yang sentiasa berjaya dalam segala yang mereka lakukan tanpa ada sebarang masalah. Potensi yang tinggi yang ditunjukan mereka dalam akademik sudah semestinya membuatkan para ibu bapa kanak-kanak tersebut berasa gembira dan bangga dan . Oleh itu.

Perkembangan kanak-kanak pintar cerdas boleh diukur dari segi fizikal. Kebanyakkan golongan ini lebih selesa untuk bergaul dengan golongan yang lebih tua daripada mereka. Dari segi tingkah laku pula. Walaupun mereka sentiasa cemerlang dalam akademik tetapi kebanyakkan rakan-rakan disekeliling selalunya akan menganggap golongan pintar cerdas ini menunjuk-nunjuk dengan kehebatan mereka. kebanyakkan kanak-kanak pintar cerdas yang mempunyai kecerdasan dalam bidang matematik tidak dapat menguasai subjek yang lain dengan baik. kanak-kanak yang pintar cerdas mudah merasa tertekan. kanak-kanak pintar cerdas tidak begitu ketara jika dibandingkan dengan kanak-kanak biasa. Mereka amat mementingkan kesempurnaan dan sentiasa ingin berjaya tetapi dari pandangan orang lain mereka ini dilihat sebagai seorang yang degil. 2006). golongan ini sangat sensitif dan mudah tersinggung apabila dikritik atau ditegur. (Bob Algonzine dan Jim Ysseldyke. Emosi Dan Sosial Kanak-Kanak Cerdas Perkembangan kanak-kanak normal dan kanak-kanak pintar cerdas adalah hampir sama tetapi masih berbeza.menganggap mereka mampu menguasai semua matapelajaran yang kemudiannya akan memberi tekanan kepada mereka. Kanak-kanak yang pintar kebanyakannya berkebolehan dalam bidang yang terhad sahaja. Adalah penting juga bagi golongan pintar cerdas ini mendapat seorang rakan yang mementingkan persahabatan tetapi bukan untuk populariti semata-mata seperti mana yang sering dilakukan oleh golongan biasa yang lain. Sebagai contoh. Keadaan sosial dan emosi kanak-kanak yang pintar cerdas sangat berkait rapat dengan satu sama lain. Ini menunjukan bahawa kebolehan yang mereka miliki selalunya hanya berfokus kepada satu bidang sahaja. Dari segi perkembangan fizikal. Golongan pintar cerdas dan mencari persahabatan Kanak-kanak pintar cerdas tidak memilih kawan berdasarkan kepada umur kronoligi tetapi berdasarkan kepada minat yang sama. Mereka mempunyai perkembangan tubuh badan yang sama dan normal seperti kanak-kanak biasa. Dari segi emosi pula. Topik 2: Perkembangan Fizikal. Kebolehan kanak-kanak yang pintar cerdas yang mampu menyiapkan tugas lebih awal daripada rakan yang lain akan menyebabkan mereka berasa bosan dan kemudiannya akan mengganggu rakan-rakan yang lain di dalam kelas. Ini menunjukkan bahawa mereka amat mementingkan kualiti daripada kuantiti rakan . emosi dan sosial.

seorang rakan adalah seseorang yang boleh membantu. 2002).mereka. hubungan persahabatan memberi sokongan. Pada tahap ini teman bermain adalah penting yang mana mereka memerlukan kawan dan saling membenarkan sesama sendiri berkongsi barang mainan.keselesaan. satu peringkat yang memerlukan seseorang untuk mereka berkongsi minat yang sama. menyokong dan menggalakkan. . tahap inis erring berlaku pada kanak-kanak yang berumur antara 11 atau 12 tahun. Pada masa ini juga mereka akan menyedari bahawa persahabatan itu merupakan satu hubungan yang mendalam dan berpanjangan yang melibatkan kepercayaan. pada tahap ini. pendapat dan keyakinan mereka. Bagi mereka. Tahap keempat ialah empati yang mana pada masa inilah kanak-kanak itu menyedari bahawa sesebuah persahabatan memerlukan seseorang untuk memberi keselesaaan dan sokongan antara satu sama lain. kepercayaan. Hubungan persahabatan yang rapat memberi peluang untuk mereka meluahkan perasaan. Selepas itu. Tahap yang terakhir ialah satu tahap yang memerlukan satu tempat yang boleh memberi mereka tempat berlindung dan merasa selamat. tahap yang ketiga pula adalah satu tahap yang memerlukan bantuan dan sokongan daripada orang lain. kenikmatan dan kebaikan malah bagi mereka sahabat yang sebenar hanya akan mencari kebaikan antara satu sama lain tanpa menyalahkan perbuatan sahabat mereka sendiri. Seseorang yang pintar cerdas sememangkan memandang hubungan persahabatan dengan serius dan tidak mmemandang remeh sesuatu hubungan yang telah mereka bina. Pada peringkat ini mereka tidak lagi mementingkan teman bermain tetapi seseorang yang boleh dibawa mendengar luahan mereka. kesetiaan dan penerimaan yang tidak bersyarat. Tahap pertama merupakan tahap awal sesebuah persahabatan itu berlaku.mengikut tahap umur. Tahap ini juga merupakan satu tahap yang mana mereka akan berkongsi masalah serta akan membina hubungan rapat dengan orang lain. Tahap ketiga ini merupakan ciri-ciri yang boleh dilihat pada seseorang yang berumur antara 9 hingga 11 tahun. Terdapat lima peringkat persahabatan . Konsep persahabatan kanak-kanak telah membentuk satu hierarki yang merangkumi perkaitan peringkat umur. harapan dan kepercayaan mereka terhadap persahabatan menjadi semakin komplek apabila umur semakin meningkat (Gross. Tahap yang kedua pula akan kelihatan antara umur 7-9. Persepsi serta pendirian mereka inilah yang sedikit sebanyak menyebabkan mereka tidak mempunyai ramai rakan.

Tidak suka berkongsi tanggungjawab dengan orang lain untuk mengelakkan hasil yang tidak sempurna: ‘saya lebih suka buat ini sendiri’ 7. Sentiasa mengkritik kesalahan diri sendiri 3. Sifat mereka yang sangat mementingkan kesempurnaan ini menjadi satu tekanan yang berkesan kearah pencapaian yang cemerlang. Seseorang yang mementingkan kesempurnaan neurotik pula adalah seseorang yang sentiasa berasa tidak puas hati kerana mereka berpandangan bahawa diri mereka tidak pernah melakukan sesuatu yang mencukupi untuk merasa puas hati. Sentiasa merendah-rendahkan orang lain 5. Mereka lebih suka untuk menjadi seseorang yang teliti dari pelajar yang sederhana. Schuler juga menekankan bahawa sikap mementingkan kesempurnaan ini boleh dilihat sebagai teliti secara sihat ataupun neurotik. Rasa ingin tahu yang sangat tinggi 2.SIKAP-SIKAP KANAK-KANAK PINTAR CERDAS Mementingkan kesempurnaan Kanak-kanak yang pintar cerdas kebanyakkan mereka amat mementingkan kesempurnaan dan tidak suka akan kegagalan. Menurut Patricia Schuler (2002). Seseorang yang mementingkan kesempurnaan secara sihat adalah seseorang yang puas hati dengan hasil kerja mereka sendiri. telah merumuskan kajiannya berkaitan kanak-kanak pintar cerdas yang mementingkan kesempurnaan dalam semua perkara yang mereka lakukan. Merasa sangat rendah diri dengan orang lain . Cenderung untuk memperbesarkan kesalahan diri mereka sendiri: ‘saya tidak bagus dalam semua benda’ 4. seorang kaunselor dan konsultan pendidikan di New York. Takut untuk mencuba sesuatu perkara baru 6. Seseorang itu boleh dikatakan mementingkan kesempurnaan apabila mereka mempunyai tanda-tanda seperti berikut: 1. Apabila berada di dalam satu kumpulan kanak-kanak pintar cerdas sentiasa menekankan kesempurnaan.

Ibu bapa mempunyai peranan yang sangat penting dalam membendung perkara ini. Walaupun begitu.8. Ibu bapa perlu sentiasa menasihati mereka untuk membuat yang terbaik supaya mereka menggunakan usaha dalam melakukan sesuatu perkara selain daripada memberitahu mereka bahawa sesuatu kejayaan itu hasil daripada usaha yang gigih. sikap mementingkan kesempurnaan dalam kalangan kanak-kanak pingtar cerdas boleh dibendung dengan beberapa langkah. kanak-kanak pintar cerdas yang dimasukkan ke dalam kelas kumpulan kanak-kanak pintar cerdas akan menunjukkan prestasi yang lebih baik pada penilaian-penilaian yang akan dijalankan daripada belajar bersama-sama kanak-kanak pintar biasa. Terdapat dalam kalangan guru yang tidak memberi perhatian kepada kanakkanak pintar cerdas bagi mengelakkan mereka sombong tetapi memberi kesan yang buruk kepada kanak-kanak pintar cerdas tersebut. Dalam akademik. Cenderung untuk berasa tertekan dan akan merasa hilang yakin semula walaupun telah berjaya mendapat kejayaan dalam suatu perkara yang mereka lakukan. Kebanyakkan ibu bapa masa sekarang sering memuji anak-anak mereka contohnya paling cantik. Ibu bapa seharusnya memberi rasa sayang yang tidak berbelah bagi terhadap mereka. paling pandai atau paling berjaya yang secara tidak langsung akan menimbulkan jangkaan yang tidak realistik dan menyebabkan mereka akan meninggi diri apabila bersama-sama dengan rakan mereka. paling bijak. Ibu bapa perlu cuba untuk memisahkan tingkahlaku anak-anak mereka terhadap perkara yang boleh dianggap satu kritikan atau pujian dari diri mereka sendiri. melindungi dan mengawasi anak-anak walaupun mereka merupakan seorang kanak-kanak yang cerdas tetapi mereka tetap seorang kanak-kanak yang belum matang tahap pemikiran dan pengalaman dalam membuat sesuatu keputusan. Keadaan ini akan mempengaruhi konsep kendiri kanak-kanak itu. ibu bapa tidak boleh menjadi terlalu melindungi anak-anak mereka supaya mereka. Setiap perkara dan dorongan daripada ibu bapa sering memberi kesan yang baik kepada kanak-kanak yang pintar cerdas ini. Ibu bapa juga menunjukkan kepada mereka bahawa mereka seharusnya mengambil berat dengan pandangan orang lain. Walaupun begitu. Sentiasa guna perkataan ‘Itu adalah perkara yang tidak baik untuk dilakukan’ daripada menggunakan ‘Kamu tidak baik’. Adalah menjadi satu kepentingan ibu bapa kepada kanak-kanak pintar cerdas untuk terus menjalankan tanggungjawab untuk membimbing. kanak-kanak pintar cerdas akan mendapat . Dalam konsep kendiri.

Konsep kendiri boleh memberi kesan kepada akademik. kanak-kanak itu akan berpandangan bahawa keputusan mereka dalam sesuatu matapelajaran tidak akan bagus dan akan mendapat keputusan yang kurang baik. Selain itu. Dari segi sosial pula. . Kanak-kanak pintar cerdas dan berbakat ini sangat mementingkan penampilan mereka contohnya pakaian yang cantik atau keadaan tubuh badan yang langsing dan sebagainya. kanak-kanak pintar cerdas akan menjadi sedikit sentitif dengan keadaan dan perasaan orang yang berada di sekeliling mereka. mereka juga sensitif dari konsep kendiri fizikal.kesan positif atau negatif bergantung kepada konsep mereka terhadap diri mereka sendiri. Mereka akan cepat mudah terasa dengan perkara-perkara yang berlaku disekeliling mereka. Dalam akademik. sosial dan fizikal mereka.

Supporting Gifted And Talented Pupils In The Secondary School.M. (2008). . Reis. Perfectionism in gifted children and adolescents. The Sosial and emotional development of gifted children:What do we know? (pp. S. In M. Developing the gifted and talented young learner. (2006). M.(1999) 2nd ed. Schuler P..Neithart. Sutherland M.Inc. Robinson & S. N. California: Corwin Press. Moon (Eds. London: SAGE Publications Ltd. A.). Talented Children And Adult ‘Their Development And Education’. How the gifted Brain Learns.United States of America: Prentice-Hall. Inc Thomsom N. TX:Prufrock Press. (2002). (2003).71-79). Sousa D. London: Paul ChairmanPublishing. Waco. M.Bibliografi Piirto J.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful