PRAKTIKAL 1: Ekosistem Tanah ± Biota Tanah dan Siratan Makanan Tujuan I.

Mengenalpasti jenis makrofauna dan mikrofauna ke atas dua kawasan yang berbeza. II. Mengkaji kesan kehadiran makrofauna dan mikrofauna ke atas ekosistem di dalam tanah. Pengenalan Sebuah ekosistem terbina dari tumbuhan, haiwan dan faktor abiotik yang saling berperanan dalam mengumpul, menyimpan dan menghasilkan tenaga. Sebagai contohnya tumbuhan (Pengeluar) mengumpul tenaga hasil dari proses fotosintesis dan menyimpan tenaga dalam bentuk karbohidrat. Haiwan pemakan tumbuhan ( Pengguna Primer ) pula memperolehi tenaganya dari memakan tumbuhan dan menyimpannya dalam bentuk lemak. Haiwan pemakan daging ( Pengguna Tertier ) juga dikenali sebagai pemangsa mendapat tenaga dari memakan pengguna primer. Aras pertukaran tenaga semakin berkurang apabila menaiki rantaian makanan (Miller dan Spoolman, 2010). Makrofauna ialah haiwan tanah yang agak besar seperti spesies-spesies arthropod, cacing tanah, siput, lipas tanah yang terdapat dalam sampah sarap daun atau tanah yang gembur (Nota Rujukan SCE 3107). Makrofauna bertindak sebagai pengurai akan mengurai tisu tumbuhan atau haiwan yang telah mati dan mempercepatkan proses dekomposisi bahan organik kepada cebisan-cebisan kecil supaya mudah untuk diuraikan. Dalam pada itu, sebahagian dari tenaga tersebut akan diserap ke dalam tanah dan akan digunakan kembali oleh tumbuhan. Selain itu, makrofauna turut berperanan dalam meningkatkan struktur tanah serta terlibat dalam kitaran nutrien (Biology: The Study of Life, 1993). Dalam sesebuah ekosistem tanah, perbezaan pH, kelembapan, kepadatan tanah dan jenis makanan yang terdapat pada satu ekosistem serta struktur tanah mempengaruhi kehadiran makrofauna.

Organisma makrofauna boleh diasingkan menggunakan corong Tulgren. Contohnya seperti semut. kami telah memerhatikan pelbagai jenis mesofauna yang terawet di dalam larutan formalin. suhu yang tinggi dan kelembapan yang rendah. Di dalam eksperimen yang telah kami jalankan. sebanyak 250cm3 tanah telah diambil untuk diasingkan biota tanah yang terdapat di dalamnya dengan menggunakan corong Tulgren. mesofauna tanah yang dijumpai perlu diperhatikan di bawah kanta pembesar adalah seperti hama. semasa kami mengambil contoh sampel tanah. mula-mula akan diletakkan di atas jaring dawai dan kemudian lampu akan dihidupkan selama dua hingga tiga hari. Namun demikian. lokasi yang kami pilih untuk mengambil contoh sampel tanah ialah di lorong kecil berhampiran Recsam dan blok sains. . Teknik corong Tulgren adalah berdasarkan tindak balas negatif haiwan-haiwan terhadap cahaya yang terang. cacing dan ulat gonggok. Kami perlu membandingkan contoh sampel kandungan tanah yang mengandungi biota tanah di antara dua kawasan yang berbeza. makrofauna yang boleh diasingkan melalui tangan dan boleh diperhatikan dengan mata kasar. Selepas dua hari. bertujuan untuk menghalau organisma tanah ke bawah dan seterusnya jatuh ke dalam bikar yang berisi larutan formalin (Nota Rujukan SCE 3107). Sampel tanah yang digunakan. Lampu yang digunakan adalah terang. Justeru. Oganisma akan bergerak menjauhi cahaya di dalam corong Tulgren dan masuk ke dalam silinder kon berisi formalin yang berperanan sebagai bahan pengawet. Selepas dua hari tersebut.

3 7.Keputusan CIRI-CIRI KAWASAN Kawasan 1 Kawasan 2 Jenis tumbuh-tumbuhan Pokok bunga Rumput Tahap keredupan Sederhana Sederhana Kelembapan tanah Agak lembab Sederhana pH tanah 6.4 Kepadatan tanah Sederhana Sederhana Tekstur tanah Tanah loam dan berbatu Sederhana kasar Suhu tanah 30 C 28 C Habitat Lorong kecil berhampiran Recsam dan blok Sains Bukit berhampiran pusat sumber .

a) Makrofauna besar Makrofauna Kelas Order Bilangan di kawasan 1 Bilangan di kawasan 2 Isipadu Tanah Isipadu Tanah : 250cm3 Cacing tanah Clitellata Haplotaxida 5 Semut Insecta Hymenoptera 14 1 12 : 250cm3 Anai-anai Kerengga - 5 2 .

Makrofauna Kawasan 1 8 Kawasan 2 - Bubuk 20 Cacing tanah 4 Hama Semut 16 56 4 44 Anai-anai - 20 Kerengga - 12 Kumpulan F Kumpulan G Kumpulan H Kumpulan I - 32 12 16 4 .

b) Makrofauna kecil Makrofauna Kelas Order Bilangan kawasan 1 di Bilangan kawasan 2 di Isipadu tanah : Isipadu tanah : 250cm3 Ulat gonggok Hama Kumpulan F Kumpulan G Kumpulan H Kumpulan I Arthropoda Arachnida Diplopoda Acari 2 4 250cm3 1 8 3 4 1 .

Seterusnya. berfungsi sebagai agen penyubur tanah. Cacing tanah ini akan selalu bergerak dan menembusi tanah secara tidak langsung ia memberi ruang pengudaraan yang baik kepada struktur tanah. Sebagai contoh makrofauna yang dijumpai dalam eksperimen yang dijalankan seperti cacing. Manakala semut penting dalam tanah kerana mereka mengubah persekitaran fizikal dan kimia serta menambahbaik kapasiti tanah untuk menakung air. cacing boleh menjadi pengurai yang baik kepada sampah organik yang terdapat pada tanah. pH 7.Perbincangan Dalam eksperimen ini. pH 6. 2011). Secara teorinya. kami telah mendapati bahawa jenis makrofauna yang berbeza terdapat di lokasi berbeza. Hal ini disebabkan oleh kandungan tanah di kedua-dua kawasan tersebut berbeza. Suhu kawasan 2 juga lebih rendah berbanding kawasan 1. Makrofauna ialah organisma bersaiz sederhana dalam lingkungan 2 mm. kami mendapati bahawa bilangan makrofauna yang dijumpai di kawasan 2 lebih banyak daripada kawasan 1. Di samping itu juga.4 berbanding kawasan 1. Makrofauna dikenalpasti sebagai µjurutera ekosistem¶ kerana mereka mengubahsuai struktur tanah dengan mengorek dan mencipta struktur yang lebih spesifik bagi membolehkan mereka bergerak dan melakukan aktiviti harian seperti membuat lubang dan sebagainya supaya tanah lebih berongga (Biological Resources.3. Justeru. keasidan dan kealkalian tanah merupakan salah satu faktor yang penting yang akan mempengaruhi jenisjenis organisma yang hidup dalam sesuatu kawasan itu (Nota Rujukan SCE 3107). Makrofauna di kawasan ini juga mempunyai sumber makanan yang cukup dan tidak mempunyai ancaman luar yang kuat. Disebabkan semut menambahkan keliangan . kawasan 2 lebih bersesuaian bagi kebanyakan makrofauna untuk hidup. serta lebih lembab seterusnya mendorong kepada kepelbagaian spesies makrofauna di kawasan tersebut. Setiap makrofauna mempunyai peranan yang tertentu dalam mengawal atur ciri fizikal dan proses kimia dalam tanah. Hal ini disebabkan kerana pH kawasan 2 lebih neutral. Berdasarkan keputusan yang diperolehi. Antara beberapa faktor lain yang mungkin menyumbang kepada kesuburan tanah kawasan 2 ini ialah tiadanya aktiviti manusia seperti penggunaan racun serangga dan aktiviti perkebunan. hasil kotoran cacing tersebut dijadikan sebagai nutrien kepada tanah.

2011).tanah. g2 e1 g1 h a e2 f e3 b d i c a Tumbuhan Bahan organik Bakteria Protozoa Nematod (pemakan akar) Nematod (pemakan kulat dan bakteria) e3 Nematod (pemangsa) Kulat Arthropod (pencincang-shredder) Arthropod (pemangsa) h b f c g1 d g2 e1 Burung Haiwan (tikus) e2 i . ia juga menyediakan ruang bagi akar untuk bertumbuh (Clive A. Edwards.

nematod (e1) ialah pengguna primer. Mesofauna ini menguraikan bahan organik melalui penghadaman bahan daripada tumbuhan. autotrof (rumput hijau) akan bertindak memerangkap tenaga cahaya untuk membina makanannya sendiri melalui proses fotosintesis. Kemudian. Justeru. selain daripada faktor abiotik. sebaliknya ia akan diuraikan oleh ulat-ulat untuk dikembalikan kepada tanah. tenaga yang tersimpan dalam tubuh haiwan tersebut tidak akan hilang. Lazimnya. 1993). tenaga yang diperangkap akan dipindahkan kepada pengguna seterusnya iaitu pengguna primer. 90% tenaga akan hilang kepada persekitaran sebagai tenaga haba. Berdasarkan siratan makanan ini. ulat ini akan berfungsi sebagai pengurai semulajadi. Dalam proses pemindahan tenaga ini. arthropod (g1) ialah pengguna sekunder. dalam sesuatu rantai makanan. tenaga yang hilang ini harus diambil lagi daripada matahari oleh pengeluar. arthropod (g2) ialah pengguna tertier manakala burung ialah pengguna di aras tertinggi. Apabila organisma di puncak siratan makanan mati (burung dan tikus). Mesofauna adalah organisma bersaiz antara 0. bilangan peringkat adalah terhad kerana pemindahan tenaga akan berkurangan di setiap peringkat sehinggalah semua tenaga habis digunakan. faktor biotik juga mempengaruhi dan saling beriteraksi untuk membentuk satu ekosistem semula jadi yang stabil dan seimbang.Dalam ekosistem tanah ini.1 mm dan 2 mm yang bertindak sebagai penukar daun reput (litter transformer). Salah satu contoh rantai makanan yang boleh dikenalpasti berdasarkan siratan makanan di atas ialah: rumput nematod (e1) arthropod (g1) arthropod (g2) burung (h) Rumput ialah pada aras trofik pertama (pengeluar). sekunder dan tertier (heterotrof). terdapat 2 subkomponen faktor biotik iaitu autotrof dan heterotrof. Mereka ini juga akan memakan kembali najis mereka dan najis organisma lain untuk . Autotrof terdiri daripada semua tumbuhan yang menjalankan proses fotosintesis iaitu ia bertindak sebagai pengeluar manakala heterotrof terdiri daripada semua haiwan dan saprofit yang tidak boleh membina makanannya sendiri tetapi bergantung kepada haiwan lain ataupun tumbuhan dan dikenali sebagai pengguna (Biology: The Study of Life. Merujuk kepada rajah siratan makanan ini.

Walaupunpun cara ini adalah agak lambat. membakar dan membanjir juga patut digalakkan. Selain itu. salah satunya dengan menggunakan racun organik tanpa menggunakan racun serangga serta racun rumpai untuk menjamin kualiti pertanian. Kaedah biologi seperti membiak serangga pemusnah juga patut dikaji dan dipraktikkan oleh para petani. petani-petani haruslah mencari satu jalan yang sesuai tanpa menjejaskan hasil tanaman mereka. Kebanyakan mikrofauna adalah protozoa dan nematod yang heterotrofik serta memerlukan karbon organik bagi tumbesaran. 2011). penggunaan tangan. seterusnya menguraikan lagi bahan organik untuk menghasilkan nutrien yang penting bagi organisma lain (Biological Resources. Tindakan ini menyediakan habitat baik bagi aktiviti mikrobial.menggunakan nutrien dan bahan lain untuk aktiviti harian mereka. Kaedah fizikal dan pengurusan seperti penggunaan cangkul. Mikrofauna pula adalah organisma bersaiz kurang daripada 100 mm. Kita juga boleh mengamalkan teknik penanaman bergilir. Kebaikan menggunakan bahan-bahan ini ialah kita dapat menentukan keaktifannya dan menyediakan mengikut keadaan yang diperlukan. Petani-petani boleh menanam tanaman serta sayur-sayuran secara bergilir-gilir dengan sayur-sayuran yang berlainan jenis untuk menjaga serta mengekalkan kesuburan tanah (Allan Suman Pillai. tetapi adalah berkesan sekiranya kita dapat mengekalkan keindahan alam sekitar daripada dicemari racun rumpai dan bahan-bahan bukan organik. Bagi mengatasi masalah rumpai dan rumput. jentera penggembur. Pengurusan tanah yang kita amalkan boleh memberi kesan kepada kesuburan tanah. . Contoh racun organik adalah penggunaan lada hitam dan bawang putih. 2011). Sistem pintar penyemburan racun rumpai organic patut diperkembangkan dan digunapakai. kesihatan manusia juga tidak akan terjejas kesan daripada memakan tanaman tersebut. tambahan pula bahanbahan ini adalah mudah didapati di negara kita. 2009). Cara ini adalah sesuai dan amat praktikal untuk digunapakai oleh petani-petani tempatan. Mereka berfungsi dalam penguraian melalui memakan dan memproses partikel organik yang kecil dalam tanah yang mendap. membazirkan masa dan tenaga petani. Mikrofauna juga mendiami usus organisma lain yang lebih besar untuk menguraikan bahan selulos (Biological Resources.

Justeru. Di samping kitaran ini. kalium. Selain itu. . Kesimpulan Tanah yang subur mempunyai bilangan dan jenis makrofauna dan mikrofauna yang lebih banyak. Tanah 2 mempunyai warna yang lebih gelap disebabkan kandungan bahan organiknya yang lebih banyak. Tanah yang subur mempunyai faktor yang membolehkan organisma untuk hidup dalam tanah tersebut. Aktiviti biota tanah adalah penting kerana ia meningkatkan kitaran nutrien dalam tanah secara pantas ke dalam bentuk mineral tanah. penghasilan mukus bersama rembesan air dalam tubuh biota tanah seperti cacing juga meningkatkan aktiviti mikroorganisma tanah yang lain. Hal ini diikuti dengan penghasilan bahan organik yang banyak. Justeru. fosforus dan kalsium yang boleh digunakan oleh pokok-pokok.Biota tanah memberi manfaat kepada produktiviti tanah dan menyumbang kepada kebolehidupan ekosistem yang lain-lain. Biota tanah juga menguraikan bangkai haiwan dan tumbuhan serta menggerakkan fosforus di dalam tanah (Tunira Bhadauria dan Krishan Gopal Saxena. 2009). biota tanah boleh meningkatkan pengmineralan nitrogen melalui kesan terus atau tidak terus ke atas komuniti mikrobioal. didapati sampel tanah 2 mempunyai makrofauna yang lebih banyak berbanding sampel tanah 1. akan terdapat banyak nutrien seperti nitrogen.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful