You are on page 1of 24

TL10203 PRINSIP PENGAJARAN DAN BACAAN KERYN EDNA BINTI RICHARD CT10210369

KAJIAN TERHADAP TAHAP MINAT MEMBACA DI KALANGAN MURID SK LOK YUK BT. 1 KUDAT

ABSTRAK Kajian ini merupakan satu usaha untuk mengenal pasti tahap minat membaca di kalangan murid SK Lok Yuk Bt. 1 Kudat. Kajian ini hanya melibatkan sebuah sekolah sahaja dan saiz sampel adalah berskala kecil, hanya 50 responden daripada 359 orang murid diambil kira untuk menjawab 6 soalan soal selidik yang berkaitan dengan aktiviti membaca. Responden terdiri daripada muridmurid yang belajar dalam darjah 2 hingga darjah 6 dan terdiri daripada murid yang tahu membaca. Pemilihan murid sekolah rendah sebagai responden kerana mereka merupakan antara golongan yang aktif dalam pengambilan bahan-bahan bacaan. Fokus kajian ini adalah untuk mengetahui faktor yang mempengaruhi tahap sebenar amalan membaca di kalangan murid-murid SK Lok Yuk Bt 1 Kudat. Instrumen kajian adalah dalam bentuk soalan soal selidik dan sampel kajian diperolehi melalui kaedah Convenience Sampling iaitu sampel diperolehi secara rawak di kalangan murid darjah 2 hingga darjah 6.

PENGENALAN 1

TL10203 PRINSIP PENGAJARAN DAN BACAAN KERYN EDNA BINTI RICHARD CT10210369

Murid-murid di peringkat sekolah rendah merupakan antara golongan yang sedang menjalani proses asas pembinaan jatih diri. Di peringkat inilah segala elemen-elemen asas kehidupan mula disemai dan dipupuk. Pelbagai pendekatan dilakukan di peringkat ini untuk membimbing murid-murid untuk mengenal dan memahami kemahiran asas membaca, menulis, mengira dan menaakul (4M). Sebagai langkah pengukuhan bagi kemahiran tersebut, murid-murid perlu menguasai kemahiran membaca bagi membolehkan mereka menerokai bidangbidang ilmu pengetahuan baru dari masa ke semasa. Membaca bukan sekadar ke arah mendapatkan ilmu pengetahuan, malah ia juga menjadi kunci ke arah peningkatan kemhiran dalam sesuatu bidang ilmu. Minat membaca dapat merapatkan jurang pengetahuan murid dengan tahap pengetahuan terkini. Dengan kata lain, murid yang minat membaca sentiasa dapat mengemaskini pengetahuannya mengikut peredaran ilmu dari masa ke semasa. Kertas kajian ini akan membincangkan dapatan kajian yang dapat mengukur dan meninjau sejauh mana minat membaca murid, khususnya murid-murid SK Lok Yuk Bt. 1 Kudat. Bahagian awal kajian ini adalah untuk membincangkan tentang kepentingan membaca di kalangan murid-murid sekolah rendah khususnya. Kertas kajian ini juga akan membentangkan data hasil soal selidik yang dijalankan terhadap 50 responden dan seterusnya menilai kecenderungan minat murid-murid terhadap aktiviti membaca. Di peringkat akhir kertas kajian ini akan menghuraikan tentang hasil kajian dan mengemukakan beberapa cadangan atau pendekatan yang dapat meningkatkan minat membaca di kalangan murid-murid di SK Lok Yuk Bt. 1 Kudat.

TL10203 PRINSIP PENGAJARAN DAN BACAAN KERYN EDNA BINTI RICHARD CT10210369

MEMBACA DAN KEPENTINGANNYA DI KALANGAN MURID-MURID SEKOLAH Kemahiran membaca merupakan kemahiran yang wajib ada pada setiap individu tanpa mengira batas sosial mahupun peringkat usia. Membaca merupakan satu aktiviti atau kemahiran yang sukar diterjemah kerana aktiviti ini melibatkan pelbagai proses dalam diri dan minda seseorang individu itu. Melalui aktiviti membaca, ia mampu menjadikan seseorang individu itu seorang celik dalam bidang ilmu yang diceburinya dan mampu dijadikan sebagai bahan rujukan oleh orang lain mahupun dirinya sendiri. Malahan tidak salah jika dikatakan bahawa kebolehan membaca membuka seluas-luasnya pintu masuk ke alam pengetahuan manusia, ini seperti ungkapan Membaca menjadikan seorang itu berisi (Lord Bacon:1561) seorang ahli falsafah Inggeris, dalam Shahrom TM Sulaiman(2002). Kesan ini tergambar secara jelas apabila setiap agama terbesar di dunia menghargai ilmu dengan mempunyai kitab suci masing-masing untuk dibaca. Islam sendiri meletakkan kepentingan membaca secara jelas apabila ayat pertama diwahyukan kepada manusia memerintahkan manusia mencari ilmu, dengan erti kata lain membaca. Perkataan Iqraq (Bacalah) telah diulang sebanyak dua kali (dalam ayat pertama dan ketiga) dan seterusnya dalam ayat keempat perkataan Bacalah telah dikaitkan dengan Aklam (pena). Pelbagai tafsiran yang diberikan dalam menyatakan maksud membaca. Bagi Yahya Othman (2004), pembacaan adalah proses yang dinamik, memerlukan komunikasi yang aktif dan bermakna antara pembaca dan penulis, membaca juga dikatakan sebagai proses yang aktif bagi membina makna daripada teks bertulis yang berkaitan dengan pengalaman dan pengetahuan pembaca. Selain itu, Frank Smith (1971) menerangkan bahawa proses membaca ialah satu proses kognitif. Di samping itu, Goodman (1970), seorang tokoh psikolingusitik mengatakan bahawa proses membaca perlu dianggap sebagai proses interaksi antara pembaca dan bahasa yang bertulis. Oleh yang demikian, membaca merupakan satu proses komunikasi yang melibatkan penggunaan minda secara optimum dengan mentafsir makna yang terdapat di dalam teks yang dibaca dan aktiviti membaca seharusnya bersifat aktif iaitu bukan sekadar menyerap idea yang dilontarkan oleh penulis tetapi lebih bersifat berdialog antara pembaca dengan penulis.

TL10203 PRINSIP PENGAJARAN DAN BACAAN KERYN EDNA BINTI RICHARD CT10210369

Berdasarkan Laporan Tabiat Membaca Rakyat Malaysia pada tahun 1996 yang dijalankan oleh Perpustakaan Negara Malaysia, secara purata rakyat Malaysia hanya membaca dua buah buku setahun. Manakala pada tahun 1995 dilaporkan 9 juta naskhah buku terbitan DBP dalam pelbagai bidang tersadai di dalam stor sama ada ia tidak terjual ataupun tidak laku, situasi ini menunjukkan sikap masyarakat kita yang tidak gemar membaca. Timbul pelbagai alasan dan sebab dikemukakan yang menyumbang kepada berlakunya situasi ini. Antara alasan yang paling kerap didengar ialah berkenaan buku-buku yang terdapat di pasaran tidak menawan hati pembaca. Buku-buku yang dijual di kedai buku kebanyakannya menjual buku teks dan buku rujukan. Jika terdapatpun, buku-buku ini dijual dengan harga yang mahal terutamanya buku ilmiah yang diimport membuatkan pembeli berfikir dua kali untuk membelinya. Hal ini berlaku dalam kalangan pelajar institusi pengajian tinggi lantas memaksa mereka membuat salinan fotokopi buku tersebut jika menjadi rujukan utama. Hal ini sudah semestinya menyumbangkan kepada berlakunya situasi ini. Selain itu, sikap masyarakat di negara ini yang tidak menitikberatkan aktiviti keilmuan juga penyumbang kepada kadar pembacaan yang rendah. Persepsi atau tanggapan membaca hanya ketika di sekolah, institusi pengajian tinggi, perpustakaan dan kedai buku semata-mata merupakan antara alasan yang sering didengar. Rentetan daripada itu, terdapat golongan remaja yang lebih tertarik dan berminat membelek-belek majalah hiburan namun tidak mampu membelinya. Terdapat juga golongan pelajar yang berminat membeli bahan bacaan yang berbentuk komik ringan kerana memaparkan gambar dan cerita sekali gus sebagai cara untuk mereka menghilangkan seketika tekanan belajar. Menurut Amin Shakib (1997), salah satu alasan menarik yang dikemukakan ialah para pelajar terlalu sibuk dengan pelajaran serta aktiviti sekolah sehingga menyebabkan tidak ada masa untuk mereka menjadikan tabiat membaca sebagai hobi. Beliau juga menekankan sistem pendidikan hari ini yang terlalu berorentasikan peperiksaan, menyebabkan ramai pelajar yang terpaksa menumpukan perhatian sepenuhnya pada buku teks sehingga menganggap adalah membuang masa membaca buku-buku lain selain buku teks. Satu perkara yang tidak dapat dinafikan, masyarakat pada zaman dunia tanpa sempadan kini sering berlumba-lumba 4 mengejar kemewahan dan berkemungkinan hanya berkesempatan membelek-belek akhbar dan hanya

TL10203 PRINSIP PENGAJARAN DAN BACAAN KERYN EDNA BINTI RICHARD CT10210369

membaca berita yang menarik sahaja. Demikian juga dengan pembangunan pesat teknologi pada masa kini yang lebih banyak mendedahkan masyarakat kepada televisyen, video, satelit dan seumpama dengannya yang menyebabkan semakin kurang golongan yang membaca. Misalnya, masyarakat di Malaysia dewasa ini sering kedapatan lebih seronok menggunakan telefon bimbit sama ada membuat sistem pesanan ringkas ataupun bermain permainan video yang terdapat dalam telefon bimbit mereka ketika berada di dalam bas atau di manamana sahaja berbanding dengan mengisi masa kosong tersebut dengan membaca buku. Dalam era ledakan teknologi maklumat masa kini, perolehan maklumat dan ilmu pengetahuan tidak hanya terbatas melalui pembacaan semata-mata. Masyarakat kini sudah mempunyai banyak alternatif lain iaitu menerusi buku elektronik yang boleh dicapai melalui internet, capaian nota-nota kuliah yang disediakan dalam laman web penulis-penulis buku teks antarabangsa, artikel-artikel yang berkaitan boleh diperoleh atas talian melalui jurnal-jurnal antarabangsa. Bahan bahan ini boleh diperoleh dengan mudah dan kos yang jauh lebih rendah berbanding dengan membeli buku untuk dibaca. Senario ini jelas menunjukkan corak pembacaan masyarakat pada masa ini tidak lagi tertumpu kepada pembacaan buku semata-mata dan hal ini secara tidak langsung mempengaruhi tabiat membaca dalam kalangan masyarakat Natijahnya, terdapat pelbagai faktor yang menyumbangkan kepada kurangnya tabiat membaca dalam kalangan masyarakat kita pada hari ini khususnya golongan remaja. Sinergi pelbagai pihak adalah perlu dalam usaha memupuk minat membaca khususnya kepada golongan ini tanpa menuding jari kepada satu-satu pihak sahaja.

TL10203 PRINSIP PENGAJARAN DAN BACAAN KERYN EDNA BINTI RICHARD CT10210369

PENYATAAAN MASALAH Masalah kekurangan minat membaca di kalangan murid-murid sekolah rendah semakin kritikal pada masa kini, malah ini juga berlaku hingga peringkat umur yang lebih tinggi, termasuk orang dewasa sendiri. Keadaan demikian juga berlaku di SK Lok Yuk Bt. 1 Kudat. Berdasarkan rekod perpustakaan sekolah bagi tahun 2011, seramai 359 orang murid telah mendaftar sebagai ahli dan menerima hampir 70 peratusan kunjungan daripada ahli-ahlinya setiap minggu, namun begitu, hanya 557 buku yang telah dipinjam sepanjang tempoh Januari 2011 hingga November 2011. Ini membuktikan bahawa purata buku yang dibaca oleh murid sekolah ini sangat rendah iaitu 1.5 buah buku setiap seorang. Purata peminjaman buku yang rendah menunjukkan masih ramai murid yang tidak peka terhadap kepentingan membaca sebagai tunjang perkembangan ilmu pengetahuan mereka secara amnya. Persepsi bahawa membaca hanya perlu apabila adanya keperluan

sememangnya telah lama bertapak dalam minda masyarakat pada masa kini. Menurut Mahzan Arshad (2003), masyarakat pada masa kini boleh diibaratkan sebgai illiterate literates, atau lebih jelas lagi, iaitu kita hanya membaca sekiranya perlu, untuk menduduki peperiksaan, membuat tugasan, atau untuk melaksanakan sesuatu tugas yang memerlukan kita membaca. Sementara itu, Safiah Osman (1990) menyatakan bahawa betapa penting faktor motivasi kendiri dalam memupuk murid dengan tabiat membacanya. Jika seseorang itu tidak berminat untuk membaca, kita tidak dapat memaksanya untuk membaca. Kesedaran tentang pentingnya memupuk minat membaca perlu difahami oleh semua golongan masyarakat, khususnya murid-murid di peringkat sekolah rendah; seperti kata pepatah melentur buluh biar dari rebungnya. Perkembangan ilmu pengetahuan berlaku dengan amat pantas dan 6

TL10203 PRINSIP PENGAJARAN DAN BACAAN KERYN EDNA BINTI RICHARD CT10210369

ini menagih keprihatinan murid-murid untuk meningkatkan kadar bacaan mereka agar tidak ketinggalan dari segi ilmu pengetahuan dan kemahiran terkini. Memandangkan betapa pentingnya tabiat membaca di kalangan muridmurid sekolah, kertas kajian ini dijalankan khusus bagi meninjau sejauh manakah minat membaca di kalangan murid-murid SK Lok Yuk Bt. 1 Kudat.

TUJUAN KAJIAN Kajian ini bertujuan untuk meninjau minat membaca di kalangan murid SK Lok Yuk Bt. 1 Kudat. Kajian ini juga memberi tumpuan terhadap sejauh manakah murid-murid sekolah ini meletakkan kegiatan membaca dalam sesi pembelajaran dan kehidupan harian mereka. Kajian juga ini juga dapat memberi gambaran secara menyeluruh tentang tabiat membaca di kalangan murid-murid sekolah disamping dapat menjawab persoalan terhadap mengapakah murid-murid sekolah rendah menghadapi masalah untuk menyemai minat membaca dalam kehidupan harian mereka.

PERSOALAN KAJIAN Berpandukan kepada tujuan kajian di atas, maka beberapa soalan yang bekaitan telah dipilih dan dikenalpasti bagi mengesan tahap minat membaca di kalangan murid SK Lok Yuk Bt.1 Kudat. Di antaranya adalah seperti berikut: 1. Apakah jenis bahan bacaan yang kerap anda baca? 2. Apakah kategori / klasifikasi bahan yang kerap anda baca? 3. Berapa kerapkah anda membaca dalam seminggu? 4. Apakah tujuan anda membaca? 5. Di manakah anda mendapatkan bahan bacaan? 6. Apakah faktor / sebab yang menghalang anda membaca?

TL10203 PRINSIP PENGAJARAN DAN BACAAN KERYN EDNA BINTI RICHARD CT10210369

Selain itu, rekod keahlian perpustakaan SK Lok Yuk Bt. 1 Kudat juga dijadikan sumber maklumat bagi mengenalpasti sama ada sumber bacaan di perpustakaan sekolah ini dapat mempengaruhi minat membaca di kalangan murid sekolah ini.

OBJEKTIF KAJIAN Kajian dilakukan adalah bagi melihat kesedaran murid-murid SK Lok Yuk Bt. 1 Kudat terhadap budaya membaca. Selain itu juga, objektif kajian ini juga adalah untuk melihat tahap minat murid-murid SK Lok Yuk Bt. 1 Kudat terhadap budaya membaca mereka. Kajian juga dilakukan untuk memahami, menjaga, serta mengawal hasil yang akan diperoleh nanti. Hasil kajian akan di gunakan bagi mencari jalan penyelesaian untuk menggalakkan murid-murid SK Lok Yuk Bt. 1 Kudat membudayakan tabiat membaca.

BATASAN KAJIAN Penyelidikan ini hanya menumpukan murid-murid SK Lok Yuk Bt. 1 Kudat. Kajian ini dijalankan bertujuan untuk melihat sejauhmana tabiat membaca murid-murid SK Lok Yuk Bt. 1 Kudat. Kajian ini juga hanya tertumpu kepada Perpustakaan SK Lok Yuk Bt. 1 Kudat sebagai pusat murid-murid SK Lok Yuk Bt. 1 Kudat mendapatkan sumber bacaan yang mana perpustakaan ini merupakan tempat bagi murid-murid memperolehi sumber maklumat. Responden yang diambil pula hanya seramai 50 orang sahaja yang terdiri daripada murid-murid darjah 2 hingga darjah 6. Responden daripada murid darjah 1 tidak menjadi responden kerana mengambil kira tahap kematangan dan tahap kemahiran kefahaman membaca masih kurang.

TL10203 PRINSIP PENGAJARAN DAN BACAAN KERYN EDNA BINTI RICHARD CT10210369

KEPENTINGAN KAJIAN Kajian terhadap tabiat membaca di kalangan murid-murid SK Lok Yuk Bt. 1 Kudat adalah penting kerana dapat mengetahui kecenderungan minat membaca mereka. Setelah hasil kajian di perolehi, maklumat sama ada murid-murid SK Lok Yuk Bt. 1 Kudat ini minat membaca atau sebaliknya dapat diketahui, tindakan yang sewajarnya bolehlah di jalankan. Melalui hasil kajian didapati kebanyakan murid-murid SK Lok Yuk Bt. 1 Kudat tidak minat membaca melainkan atas sesuatu sebab, maka langkah-langkah untuk menggalakkan dan membudayakan tabiat membaca perlu dilaksanakan. Melalui kajian ini juga pihak sekolah dapat mengesan batasan atau kekangan yang menyebabkan murid-murid SK Lok Yuk Bt. 1 Kudat kurang minat untuk membaca. Setelah permasalahan sudah di kenal pasti tindakan yang selanjutnya bolehlah di jalankan. Kajian juga membolehkan perbandingan terhadap kesedaran membaca di kalangan murid-murid SK Lok Yuk Bt. 1 Kudat dilakukan. Setelah hasil kajian di perolehi, proses perbandingan boleh dijalankan dengan membandingkan tahap kesedaran membaca murid-murid SK Lok Yuk Bt. 1 Kudat berbanding dengan murid-murid di sekolah-sekolah lain. Melalui perbandingan, dapat di ketahui peringkat tahap kesedaran membaca murid-murid SK Lok Yuk Bt. 1 Kudat sama ada baik atau sebaliknya. Kesahihan dapat di peroleh melalui hasil kajian yang di jalankan. Persepsi muridmurid SK Lok Yuk Bt. 1 Kudat terhadap budaya membaca di buktikan melalui kajian yang sistematik dan mengandungi bukti-bukti yang sahih. Melalui kaedah 9

TL10203 PRINSIP PENGAJARAN DAN BACAAN KERYN EDNA BINTI RICHARD CT10210369

kajian yang di gunakan jawapan terhadap sesuatu masalah dapat di perolehi. Hasil kajian juga penting kerana data-data serta maklumat-maklumat yang di peroleh dapat di simpan dan di gunakan oleh generasi akan datang untuk di jadikan rujukan.

KAEDAH KAJIAN Kaedah kajian ini bermula dengan rekabentuk kajian, pemilihan sampel, instrumen yang digunakan dan juga analisis data. Kajian ini bertujuan untuk melihat kesedaran dan tahap minat murid-murid SK Lok Yuk Bt.1 Kudat terhadap budaya membaca.

1. Borang Soal Selidik Dalam kajian ini, kaedah borang soal selidik telah digunakan. Kaedah ini adalah merupakan antara kaedah yang paling digemari oleh para penyeldik dalam mendapatkan dan mengumpul maklumat yang dikehendaki. Kaedah ini sangat digemari oleh ramai pihak kerana sangat ringkas dan mudah digunakan. Borang soal selidik merupakan borang yang berisi soalan serta ruangan untuk jawapan di mana satu sampel borang digunakan untuk semua responden. Borang soal selidik hanya boleh dibentuk berdasarkan objektif penyelidikan untuk mengumpul data kajian. Kelebihan dalam menggunakan kaedah borang soal selidik iaitu setiap

responden disoal dengan soalan yang sama. Oleh itu, penyelidik boleh membuat perbandingan antara seorang responden dengan responden yang lain. Justeru, data yang dikumpul akan menjadi lebih mudah untuk diproses dengan menggunakan komputer. Faedah lain pula ialah kaedah ini akan

10

TL10203 PRINSIP PENGAJARAN DAN BACAAN KERYN EDNA BINTI RICHARD CT10210369

mempercepatkan kerja mengumpul data dan memastikan mutu data yang dikumpul adalah berkualiti. 2. Populasi Dan Sampel Kajian Populasi yang menjadi sasaran dalam kajian tabiat membaca ini adalah terdiri daripada murid-murid darjah 2 hingga darjah 6 yang sedang belajar di SK Lok Yuk Bt.1 Kudat. Kajian juga memfokuskan kepada Perpustakaan SK Lok Yuk Bt.1 Kudat sebagai medium utama dalam mencari populasi untuk digunakan dalam kajian ini. Populasi di perpustakaan tersebut meliputi penuntut lelaki dan perempuan yang akan di pilih secara rawak. Sampel dipilih berdasarkan penetapan atau pembatasan keatas aspek-aspek seperti murid mesti di antara darjah 2 hingga darjah 6 dan boleh membaca. Sampel kajian diperoleh melalui kaedah Convenience Sampling iaitu sampel dipilih secara rawak atau kebetulan. Persempelan secara rawak bermaksud setiap responden dalam kajian ini mempunyai peluang samada dipilih atau tidak dipilih. Pemilihan secara rawak ini mencerminkan secara keseluruhan populasi tersebut. Oleh yang demikian, pemilihan secara rawak adalah kunci kepada pencapaian matlamat bagi kajian ini. Pemilihan secara rawak ini dapat memberikan asas untuk membuat anggaran yang paling dekat dengan ciri-ciri populasi. Hanya 50 sampel diambil daripada 359 orang murid yang terdapat dalam populasi ini. 3. Instrumen Kajian Instrumen kajian atau alat kajian yang di gunakan untuk pengumpulan data dalam kajian tabiat membaca murid-murid SK Lok Yuk Bt.1 Kudat ialah satu set borang soal selidik. Borang soal selidik merupakan sejenis cara berstruktur yang dijalankan secara bertulis oleh sampel yang dikaji. Soalan-soalan yang spesifik disusun secara sistematik mengikut suatu pengaliran pemikiran yang tertentu. Soalan-soalan yang akan di berikan kepada responden terdiri daripada soalan tertutup. Responden hanya perlu memilih jawapan-jawapan yang telah disediakan. Responden hanya perlu menandakan pada mana-mana pilihan jawapan yang sesuai dengan diri mereka. Aras soalan yang dipilih adalah sangat rendah, ini disesuaikan dengan aras kematangan responden, iaitu di kalangan 11

TL10203 PRINSIP PENGAJARAN DAN BACAAN KERYN EDNA BINTI RICHARD CT10210369

murid sekolah rendah. Set soal selidik yang dijalankan melibatkan 2 bahagian utama, iaitu:3.1 Bahagian A Bahagian ini merupakan bahagian yang memerlukan responden untuk memberikan beberapa butiran ringkas tentang diri mereka, iaitu Jantina, Darjah atau Kelas semasa responden dan kebolehan membaca responden. 3.2 Bahagian B Bahagian ini terdiri daripada enam perkara yang berkaitan dengan kegiatan membaca, iaitu jenis bahan yang dibaca, kategori atau klasifikasi bahan bacaan, tujuan membaca, sumber mendapatkan bahan bacaan, kekerapan membaca dan faktor yang menghalang aktiviti membaca. Responden diberi peluang untuk memilih pilihan jawapan yang berkaitan dengan diri mereka dan responden tidak diwajibkan untuk menjawab mana-mana jawapan yang dianggap tidak relaven dengan diri responden.

Kajian sebenar telah dilaksanakan oleh penyelidik dan dibantu oleh beberapa ahli PUSTAKAWAN pada bulan Oktober 2011. Taburan sampel diperolehi daripada lokasi yang sama, iaitu semua responden adalah murid darjah 2 hingga darjah 6 SK Lok Yuk Bt. 1 Kudat.

DAPATAN KAJIAN Dapatan kajian ini terbahagi kepada dua bahagian yang utama, iaitu:1. Bahagian A : 2. Bahagian B: utama berkaitan minat membaca. BAHAGIAN A Dapatan kajian dalam Bahagian A bertujuan untuk mengumpul data berkaitan dengan peratusan responden lelaki dan perempuan mengikut darjah dan tahap kebolehan membaca bagi mereka yang terlibat. 12 Latar Belakang Responden. Maklum Balas Responden tentang enam persoalan

TL10203 PRINSIP PENGAJARAN DAN BACAAN KERYN EDNA BINTI RICHARD CT10210369

Lelaki Perempuan

Peratus 36% 64% Jadual A1: Responden Soal Selidik Berdasarkan Jantina.

Jantina

Jadual A1 di atas menunjuk taburan jantina responden yang terlibat dalam pelaksanaan soal selidik tentang tahap minat membaca. Bilangan murid perempuan yang menjadi responden lebih tinggi berbanding murid lelaki, iaitu 64% perempuan dan 36% lelaki. Bilangan responden perempuan lebih ramai kerana bilangan murid perempuan sekolah ini adalah lebih ramai berbanding lelaki.

Darjah Peratus 1 0% 2 10% 3 12% 4 20% 5 30% 6 28% Jadual A2: Bilangan Responden Mengikut Darjah. Jadual A2 menunjukkan taburan bilangan responden mengikut kelas atau darjah. Peratusan murid yang paling ramai menjadi responden kajian ini ialah kelas darjah 5 (30%), diikuti darjah 6 (28%), darjah 4 (20%), darjah 3 (12%) dan darjah 2 (10%). Murid darjah 1 tidak diambil sebagai responden kajian kerana penyelidik mengambil kira tahap kematangan menjawab soalan berbentuk soal selidik masih rendah dan tidak sesuai dijadikan responden. Peratus Ya 100% Adakah anda boleh membaca? Tidak 0% Jadual A3: Bilangan Responden Mengikut Tahap Kebolehan Membaca. Jadual A3 menunjukkan peratusan tahap kebolehan membaca di kalangan responden yang terlibat. Berdasarkan dapatan jadual A3, semua responden yang 13

TL10203 PRINSIP PENGAJARAN DAN BACAAN KERYN EDNA BINTI RICHARD CT10210369

terlibat adalah murid yang boleh membaca dan ini juga merupakan gambaran awal terhadap kebolehan sebenar murid-murid SK Lok Yuk Bt. 1 Kudat, khususnya dalam penguasaan kemahiran 4M.

BAHAGIAN B Dapatan dalam Bahagian B bertujuan untuk mengumpul data tentang tahap minat membaca bagi semua responden yang terlibat. Keseluruhan Bahagian B adalah terdiri daripada soalan soal selidik yang memfokuskan kepada 6 soalan utama seperti yang telah dinyatakan dalam Persoalan Kajian ini. Peratus Komik 64% Buku teks 60% Buku agama 58% Internet 54% Majalah hiburan 52% Majalah akademik 38% Surat khabar 34% Buku rujukan akademik 32% Risalah 14% Iklan 14% JADUAL B1: Jenis-jenis Bahan Bacaan Yang Dibaca Oleh Responden. Jadual B1 menunjukkan taburan kekerapan bagi jenis bahan bacaan yang dibaca oleh murid-murid SK Lok Yuk Bt. 1 Kudat. Berdasarkan data dalam jadual B1, peratusan bahan bacaan yang paling banyak dibaca ialah buku komik (64%), diikuti buku teks (60%), buku agama (58%), surat internet (54%), buku majalah rujukan hiburan(52%), Majalah akademik(38%), khabar(34%), Apakah jenis bahan bacaan yang kerap anda baca?

akademik(32%), Risalah(14%) dan Iklan(14%). Berdasarkan dapatan kajian di atas, ia mengambarkan bahawa murid-murid di peringkat usia 8 hingga 12 tahun masih memilih bahan bacaan yang berunsur hiburan dan bergambar sebagai bacaan utama, diikuti dengan buku teks dan buku agama, iaitu bahan yang selalu dibaca kerana ia merupakan bahan utama dalam pembelajaran di sekolah dan sekolah agama. Bahan bacaan lain seperti 14

TL10203 PRINSIP PENGAJARAN DAN BACAAN KERYN EDNA BINTI RICHARD CT10210369

dalam internet dan majalah hiburan juga mempunyai peratusan yang tinggi, ini mungkin dipengaruhi oleh faktor persekitaran keluarga yang kebanyakannya adalah kakitangan kerajaan atau mereka yang mempunyai capaian internet di rumah dan mempunyai kemampuan untuk membeli majalah-majalah berunsur hiburan. Lambakan suratkhabar dan rujukan berunsur akademik dalam talian juga menyebabkan ramai di antara responden kurang berminat membaca surat khabar cara lama. Bahan bacaan lain seperti risalah dan iklan merupakan bahan yang paling kurang dibaca.

Apakah kategori / klasifikasi bahan yang kerap anda baca? Peratus Bahan berkaitan dengan hiburan. 64% Bahan yang berkaitan dengan akademik. 52% JADUAL B2: Klasifikasi Bahan Bacaan Yang Dibaca oleh Responden. Berdasarkan Jadual B2, klasifikasi buku yang paling kerap dibaca oleh responden adalah bahan-bahan bacaan berkaitan dengan hiburan, iaitu sebanyak 64%, diikuti dengan bahan-bahan berkaitan dengan akademik, iaitu 52%. Peratusan ini adalah dipengaruhi oleh faktor usia responden yang masih muda dan masih mementingkan bahan-bahan yang berunsur hiburan dalam aktiviti harian mereka. Bahan berunsur akademik dibaca semata-mata untuk memenuhi keperluan dalam pembelajaran harian dan persediaan untuk peperiksaan sahaja.

4 1 3 2 5

Peratus jam 10% jam 12% jam 12% jam 18% jam ke atas. 48% JADUAL B3: Tempoh Kekerapan Bacaan Responden Dalam Seminggu.

Berapa kerapkah anda membaca dalam seminggu?

Jadual B3 menunjukkan tempoh kekerapan bacaan responden dalam masa seminggu. 48% daripada responden membaca melebihi 5 jam seminggu, diikuti 15

TL10203 PRINSIP PENGAJARAN DAN BACAAN KERYN EDNA BINTI RICHARD CT10210369

18% responden membaca selama 2 jam seminggu, manakala 12% responden hanya membaca antara 1 jam dan 2 jam seminggu, dan selebihnya sebanyak 10% responden membaca 4 jam seminggu. Peratusan responden yang membaca melebih 5 jam dianggap kurang memuaskan kerana bilangannya yang tidak sampai separuh, semua responden yang terlibat adalah murid-murid sekolah yang anggap golongan yang aktif dalam pengambilan bahan-bahan bacaan, jadual aktiviti harian yang banyak mungkin mendorong kepada peratusan ini dan selebihnya mungkin dipengaruhi oleh sikap responden sendiri yang lebih tertumpu kepada aktiviti riadah lain seperti bersukan dan sebagainya.

Apakah tujuan anda membaca? Pendidikan / Peperiksaan / Membuat tugasan sekolah. Mengetahui maklumat. Mengisi masa lapang. JADUAL B4: Tujuan Responden Membaca.

Peratus 48% 36% 16%

Berdasarkan Jadual B4, Seramai 48% responden berpendapat bahawa tujuan mereka membaca adalah semata-mata untuk memenuhi keperluan dalam pembelajaran harian seperti membaca untuk menyelesaikan tugasan sekolah dan untuk persediaan bahawa bagi menghadapi utama peperiksaan. hanya 36% responden mengetahui berpendapat tujuan membaca untuk

maklumat, kumpulan responden merupakan mereka yang selalu mengambil bahan bacaan seperti surat khabar, majalah dan internet. Manakala hanya 16% responden yang menganggap membaca adalah untuk mengisi masa lapang dan golongan ini merupakan antara responden yang membaca buku melebihi 5 jam seminggu.

Di manakah anda mendapatkan bahan bacaan? Perpustakaan Pinjam Beli sendiri 16

Peratus 68% 60% 46%

TL10203 PRINSIP PENGAJARAN DAN BACAAN KERYN EDNA BINTI RICHARD CT10210369

Internet Hadiah Sewa JADUAL B5: Sumber Bahan Bacaan Bagi Responden

30% 28% 0%

Jadual B5 menunjukkan sumber bahan bacaan yang diperolehi oleh para responden. Sebanyak 68% memilih perpustakaan sebagai tempat bagi mereka untuk mendapatkan bahan bacaan, 60% berpendapat bahawa bahan bacaan mereka diperolehi dengan meminjam daripada pihak-pihak lain, ini mungkin disebabkan kebanyakan buku yang dibaca oleh responden adalah buku pelajaran sekolah ataupun buku teks dan ini memungkinkan kepada peratusan ini. 46% responden membeli sendiri bahan bacaan, selain 30% responden membaca dalam talian internet dan sebanyak 28% mendapat bahan bacaan daripada hadiah. Tiada sumber bacaan yang diperolehi melalui kaedah sewaan.

Apakah faktor / sebab yang menghalang anda membaca? Harga bahan bacaan mahal. Banyak kerja. Kekurangan masa. Halangan bahasa. Persekitaran yang tidak menggalakkan untuk membaca. Tiada keperluan untuk membaca. Tidak minat dan kurang bermotivasi untuk membaca. JADUAL B6: Faktor Yang Menghalang Responden Membaca.

Peratus 66% 54% 50% 50% 44% 28% 24%

Berdasarkan jadual B6, 66% responden berpendapat bahawa harga bahan bacaan yang mahal menjadi faktor utama yang menghalang mereka membaca. Sebab ini mungkin boleh diterima kerana semua responden merupakan golongan yang tiada sumber pendapatan sendiri dan semuanya masih dibawah tanggungan ibu bapa ataupun penjaga. Manakala 54% responden berpendapat bahawa bebanan kerja yang banyak menghalang mereka membaca, ini mungkin disebabkan kebanyakan responden terpaksan menghabiskan masa yang lama untuk menyelesaikan kerja sekolah dan ditambah dengan tugas-tugas sampingan di rumah. 50% responden memilih sebab kekurangan masa dan halangan bahasa menjadi punca yang menghalang mereka membaca, ini disebabkan oleh tempoh pembelajaran di sekolah yang lama, ditambah dengan 17

TL10203 PRINSIP PENGAJARAN DAN BACAAN KERYN EDNA BINTI RICHARD CT10210369

kegiatan kokurikulum, tusyen dan bagi murid yang beragama Islam mungkin akan mengikuti kelas-kelas agama selepas waktu sekolah. Halangan bahasa terutamanya bagi murid-murid yang kurang fasih dengan bahasa lain seperti bahasa Inggeris, cina dan sebagai. Ini secara tidak langsung menghadkan sumber bacaan mereka. 44% responden berpendapat bahawa pengaruh persekitaran selalu menghalang mereka untuk membaca, keadaan ini berlaku mungkin disebabkan oleh pengaruh rakan-rakan, persekitaran yang bising, ruang tempat tinggal yang sempit dan tidak selesa. Manakala 28% responden menganggap membaca bukan suatu keperluan dan 24% yang tidak minat membaca dan tiada dorongan serta motivasi yang menggalakkan mereka membaca.

18

TL10203 PRINSIP PENGAJARAN DAN BACAAN KERYN EDNA BINTI RICHARD CT10210369

PERBINCANGAN Kajian ini merupakan satu usaha untuk mengenal pasti tahap sebenar minat membaca di kalangan murid-murid Sk Lok Yuk Bt. 1 Kudat. Untuk tujuan tersebut, satu soal selidik telah dijalankan terhadap 50 orang murid untuk menjawab 6 soalan utama kajian ini. Soalan pertama yang diajukan adalah untuk mengetahui jenis bahan bacaan yang selalu dibaca oleh murid-murid sekolah ini. Daripada dapatan yang diperolehi, ramai di antara murid sekolah ini lebih cenderung kepada bahan bacaan yang berunsur hiburan dan bergambar. Buku komik contohnya merupakan antara bahan bacaan yang paling banyak dibaca dan diikuti dengan majalah-majalah hiburan dan bahan-bahan bacaan dalam talian internet. Bahan bacaan akademik seperti buku teks dan buku agama sememangnya menjadi bahan bacaan utama, tetapi ini tidak mencerminkan minat membaca yang sebenar. Klasifikasi bahan bacaan murid sekolah ini lebih kepada bahan yang berunsur hiburan dan akademik. Persepsi bahawa membaca hanya untuk mengumpul maklumat dan membuat persediaan untuk tugasan sekolah dan peperiksaan sebenarnya telah lama disemai di kalangan murid pada masa kini. Oleh yang demikian, tidak hairanlah jika bahan bacaan utama adalah bahan bacaan yang dibekalkan oleh pihak sekolah atau bahan bacaan yang terdapat dalam perpustaan sekolah. Pengisian waktu sekolah yang panjang dan ditambah dengan aktiviti luar yang banyak seperti kelas Agama, kegiatan kokurikulum dan aktiviti riadah yang lain menyebabkan tempoh masa untuk aktiviti bacaan semakin kurang. Dapatan kajian berkenaan dengan tempoh masa membaca dalam seminggu mendapati murid yang membaca 5 jam dan ke atas dalam kurang daripada 50%. Peratusan ini walaupun dianggap tinggi jika dibandingkan dengan pilihan lain, namun ini memberi gambaran bahawa tabiat suka membaca masih di peringkat yang rendah dan perlu ditingkatkan lagi. Murid-murid masih dibebani dengan pelbagai aktiviti yang tidak mendorong minat membaca yang sebenar, membaca hanya ditekankan untuk tujuan peperiksaan dan menjawab soalan. Malahan ada dikalangan ibu bapa yang langsung tidak menggalakkan anak-anak mereka 19

TL10203 PRINSIP PENGAJARAN DAN BACAAN KERYN EDNA BINTI RICHARD CT10210369

untuk membaca buku-buku yang bukan berunsur akademik, seperti majalah dan novel contohnya. Keadaan ini menjadi lebih rumit lagi jika prestasi akademik murid yang dimaksudkan tidak memuaskan. Harga bahan bacaan yang tinggi seperti buku dan majalah pada masa kini sebenarnya menghalang murid-murid untuk membaca. Seperti yang kita sedia maklum bahawa murid-murid adalah golongan yang masih belum mempunyai pendapatan sendiri dan sumber kewangan mereka sepenuhnya masih dibawah tanggungan ibu bapa ataupun penjaga. Lebih rumit lagi bagi murid-murid yang mempunyai keluarga yang miskin dan kurang berkeupayaan dari segi sumber kewangan. Murid-murid kadang kala terpaksa melupakan masa untuk aktiviti membaca semata-mata untuk meluangkan masa bagi membantu ibu bapa dalam tugasan harian. Persekitaran sebegini sememang tidak menggalakkan murid untuk melakukan aktiviti berunsur peribadi seperti membaca. Walau bagaimanapun, Kajian ini sebenarnya telah memberi peluang kepada kita untuk mengesan tahap minat membaca di kalangan murid-murid sekolah dan memberi ruang kepada kita untuk cuba memahami situasi persekitaran yang menghalang minat membaca di kalangan murid sekolah ini.

KESIMPULAN Membaca amat penting dalam usaha memajukan diri, mengembangkan minda, serta meluaskan pandangan agar dapat meningkatkan prestasi dalam bidang atau kerjaya yang diceburi. Menerusi pembacaan, seseorang pelajar dapat mempelbagaikan Seseorang paradigma yang tentang cemerlang bidang yang akan diceburi kelak. dapat pelajar akademiknya seharusnya

memperlihatkan bahawa mereka mempunyai minat yang mendalam dalam kegiatan membaca dan dengan itu dapat meninggikan mutu ilmu yang dipelajarinya. Kajian ini telah cuba untuk mendedahkan minat membaca di kalangan murid-murid itu sendiri agar mereka sedar dan dapat meningkatkan kekuatan yang ada dan mengatasi kelemahan yang ditonjolkan dalam data yang diperlihatkan. 20

TL10203 PRINSIP PENGAJARAN DAN BACAAN KERYN EDNA BINTI RICHARD CT10210369

BIBLIOGRAFI Kementerian Pendidikan Malaysia. (1989). Penekanan-penekanan dalam pengajaran dan pembelajaran KBSM Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia. Safiah Osman (Ed.). (1990). Membaca: Satu pengenalan. Kuala Lumpur: Benta. Mohammad Haron. (1993). Pemahaman dan kesedaran pemahaman di kalangan pelajar-pelajar Melayu tingkatan tiga. Dalam Pendidikan di Malaysia: Arah dan cabaran, Kuala Lumpur: Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya. Muthusamy, M. (1994). Kesan dua strategi metakognisi terhadap pemahaman bacaan teks ekspositori. Disertasi Sarjana M. Ed. tidak diterbit, Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya, Kuala Lumpur. Mohammad Haron. (1998). Keupayaan metapemahaman dalam pembacaan dan pendengaran di kalangan pelajar tingkatan empat. Tesis Ph.D tidak diterbit, Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya, Kuala Lumpur. Nor Afzan Mohammad Yusuf. (2001). Budaya membaca masih rendah. Berita Harian, 30 Jun 2001. MahzanArshad. (2003). Pendidikan literasi Bahasa Melayu: Satu pendekatan bersepadu. Kuala Lumpur: Utusan. 21

TL10203 PRINSIP PENGAJARAN DAN BACAAN KERYN EDNA BINTI RICHARD CT10210369

Lampiran

SEKOLAH PENDIDIKAN DAN PEMBANGUNAN SOSIAL UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

BORANG KAJI SELIDIK

FOKUS KAJIAN TAHAP AMALAN MEMBACA DI KALANGAN MURIDMURID SK LOK YUK BT. 1 KUDAT

22

TL10203 PRINSIP PENGAJARAN DAN BACAAN KERYN EDNA BINTI RICHARD CT10210369

1.

BAHAGIAN A ( LATAR BELAKANG RESPONDEN ) PANDUAN: Sila tandakan ( ) bagi ruangan yang berkenaan. Jantina Lelaki Perempuan Darjah 1 2 3 4 5 6 Ya Tidak

2.

3.

Adakah anda boleh membaca?

1.

BAHAGIAN B: (MAKLUM BALAS RESPONDEN) PANDUAN: Sila tandakan ( ) bagi ruangan yang berkenaan. Apakah jenis bahan bacaan yang kerap anda baca? Tandakan ( ) Surat khabar Buku teks Majalah hiburan Majalah akademik Komik Iklan Risalah Buku rujukan akademik Buku agama Internet PANDUAN: Sila tandakan ( ) bagi ruangan yang berkenaan. Apakah kategori / klasifikasi bahan yang kerap anda Tandakan ( ) baca? Bahan berkaitan dengan hiburan. Bahan yang berkaitan dengan akademik. PANDUAN: Sila tandakan ( ) bagi ruangan yang berkenaan. 23

2.

TL10203 PRINSIP PENGAJARAN DAN BACAAN KERYN EDNA BINTI RICHARD CT10210369

3.

Berapa kerapkah anda membaca dalam seminggu? 1 jam 2 jam 3 jam 4 jam 5 jam ke atas.

Tandakan ( )

4.

PANDUAN: Sila tandakan ( ) bagi ruangan yang berkenaan. Apakah tujuan anda membaca Tandakan ( ) Mengisi masa lapang. Mengetahui maklumat. Pendidikan / Peperiksaan / Membuat tugasan sekolah. PANDUAN: Sila tandakan ( ) bagi ruangan yang berkenaan. Di manakah anda mendapatkan bahan bacaan? Tandakan ( ) Perpustakaan Beli sendiri Pinjam Internet Hadiah PANDUAN: Sila tandakan ( ) bagi ruangan yang berkenaan. Apakah faktor / sebab yang menghalang anda Tandakan ( ) membaca? Harga bahan bacaan mahal. Kekurangan masa. Tidak minat dan kurang bermotivasi untuk membaca. Tiada keperluan untuk membaca. Halangan bahasa. Persekitaran yang tidak menggalakkan untuk membaca. Banyak kerja.

5.

6.

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENJAWAB!

24

You might also like