GAYA PEMBELAJARAN

Pengertian

Gaya bermaksud cara. Maka gaya pembelajaran seseorang merujuk kepada cara pembelajarannya.Di bawah konteks psikologi pendidikan, gaya pembelajaran ialah cara seseorang pelajar memberi tumpuan dan tindakan untuk memproses dan memperoleh serta memperolehi maklumat, ilmu atau pengalaman yang baru.

Mengikut Hunt (1981), gaya pembelajaran merujuk kepada syarat-syarat pendidikan yang membolehkan pembelajaran paling berkesan. Seterusnya, menurut Peterson (1979) dan Stewart (1981), gaya pembelajaran ialah pendekatan pengajaran yang paling digemari oleh seseorang murid. Selain itu, Entwistle (1981) pula, gaya pembelajaran merujuk kepada tingkah laku konsisen seorang pelajar dalam cara ia belajar.

Kesimpulannya, gaya pembelajaran bermasksud cara seseorang menerima dan memproses maklumat dalam pelbagai cara yang berbeza-beza. Teori hubungan gaya pembelajaran menekankan kepada sebanyak mana murid belajar dan memperoleh pengalaman pembelajarean bergantung pada gaya pembelajaran dan bukan persoalan tentang pelajar itu hebat atau pintar. Ahli psikologi pendidikan menjalankan kajian berhubung gaya pembelajaran manusia dan hasil kajian mereka adalah berasaskan faktor warisan, cara didikan dan persekitaran. Setiap individu mempunyai peluang untuk menerima dan memproses maklumat dalam cara yang berbeza.

aktivis 5. pragmatis 1. intonasi suara.Terdapat gaya-gaya pembelajaran yang berbeza seperti 1. teoris 7. taktik/kinestetik. imej-imej dan gambar rajah serta gemar membaca pada diri sendiri. perhiasan dalam bilik darjah yang boleh meningkatkan lagi keberkesanan proses pembelajaran dan pengajaran. reflektor 6. Tetapi bagi pelajar auditori. visual 2. 2. kebanyakan orang mempunyai cara yang unik untuk menguasai sesuatu bahan pembelajaran yang sukar. Murid yang berkelompok visual ini lebih mudah terangsang dan terdorong unutk memberi penumpuan terhadap pengajaran guru sekiranya guru menggunakan bahan-bahan visual yang menarik. Murid auditori Terdapat juga gaya pembelajaran seperti murid auditori. auditori 3. isyarat badan. menyebut.Jenis-Jenis Gaya Pembelajaran Mengikut Dunn (2000). murid boleh meneruskan aktiviti mambaca. mendengar kuliah dan perbincangan. cahaya. Satu lagi definisi gaya pembelajaran ialah ia merujuk kepada unsur-unsur alam sekitar seperti bunyi. Selapas diperlihatkan bahan ± bahan visual. Murid-murd seperti ini suka mendengar dengan cara membaca. mencatat dan perbincangan untuk menyerap maklumat. 4. kelajuan dan butiranbutiran lain sangat penting bagi mereka memahami makna tersirat apabila mereka . graf. pitch. Murid visual Murid yang menggunakan gaya pembelajaran jenis visual (pandang) belajar dengan cepat dan berkesan dengan melihat carta.

3. meraka dapat mengingat dan memproses maklumat. murid ini biasanya akan melibatkan diri secara rela dalam prosese pembelajarn. Mereka kan menganalisis dan berfikir secara mendalam tentang sesuatu perkara sebelum wujud. Namun demikian. membaca teks secara lantang dan menggunakan pita rakaman. Murid reflektor Murid reflektor suka berfikir dan mengkaji semula maklumat atau pengetahuan supaya dapat disesuaikan dengan skema-skema mental yang wujud. murid refleksi dapat menambah lebih maklumat untuk masa jangka panjangnya. Murid aktif hanya melibatkan diri jika guru melibatkan setiap dalam proses pembelajaran dan keperluan individu diambil kira. murid ini biasanya mendapat manfaat yang paling banyak melalui aktiviti bercerita. Muridmurid ini juga lebih cenderung hand-on dan suka belajar secara penemuan(Solomon. 4. guru perlu bijak mengendalikan murid-murid golongan ini kerana kadang kala proses renungan terlalu banyak dan panjang boleh merugikan . Ini kerana. Oleh hal demikian.1998). Aktivis Murid yang belajar dengan cara aktivis suka mengambil bahagian yang aktif dalam proses pembelajaran dan menganggap pengetahuan baru sebagai milik peribadinya. Apabila mereka berinteraksi dengan ruang sekitar. yakni meneroka dan menyiasat secara aktif persekitaran fizikal mereka. guru tidak perlu menggunakan paksaan untuk melibatkan mereka dalam proses pembelajaran. merasa dan meraba secara aktif persekitarannya.mendengar sesuatu. Murid taktik/kinestetik Jenis gaya pembelajaran bagi murid taktik/kinestetik di mana murid-murid belajar melalui pergerakan seperti sentuhan. Oleh itu. 5. Oleh itu. Mereka belajar dengan cara yang paling berkesan melalui pendekatan hand-on.

7. Murid teori Murid yang digolongkan sebagai teoris sentiasa menganalisis dan mencari buktibukti supaya dapat membuat generalisasi hukum atau teori. sensing dan imaginasi untuk mendorong murid menganalisis. Pembelajaran berlaku secara aktif semasa reka melalui proses meyelesaikan masalah. 6. conceptualization dan uji kaji. implikasi gaya pembelajaran ialah daripada segi bimbingan daripada seorang guru. Murid pragmatis mampu menyelesaikan masalah secara bijak. Kesan yang dapat dilihat adalah dalam sistem kurikulum iaitu guru perlu meletakkan dan menekankan intuisi. mengorganisasikan konsep dan prinsip serta mencadangkan idea-idea dan hubungan-hubungan. Murid pragmatik mampun menyelesaikan masalah. Jadi guru sepatutnya mereka satu bentuk bimbingan untuk menghubungkan bentuk gaya pembelajaran dengan mengambil unsur pengalaman. perasaan. Pragmatis Pelajar pragmatis membina semula pengalaman dan mengambil bahagian yang aktif dalam menyelesaikan masalah.masa dan kurang mencapai hasil pembelajaran dalam jangka masa yang ditetapkan. memberi alasan dan menyelesaikan masalah secara tersusun. Selain itu. Hal ini juga boleh mendatangkan kekeliruan dalam pembelajaran. refleksi. Guru boleh mendedahkan murid dengan . Murid ini juga sentiasa mencuba manganalisis dan mensintesiskan data. Implikasi Gaya Pembelajaran Dalam Pendidikan Gaya pembelajaran telah memberi kesan terhadap sistem pendidikan negara ini.

Apabila seseorang anak atau anak murid tidak mahu belajar. konflik dalam personaliti. Disebabkan gaya pembelajaran seseorang pelajar berbeza. Tumpuan yang keterlaluan terhadap alasan seseorang anak enggan belajar telah mengetengahkan lebih banyak punca masalah daripada cara membantu anak ini belajar mengikut gayanya yang tersendiri. guru atau ibu bapa akan fokus pada IQ. Mereka berpendapat bahawa mengenali murid melalui pendekatan dan saluran yang mudah akan membolehkan guru mendekati dan menyesuaikan startegi pengajaran dengan gaya pembelajaran murid tersebut. Menurut Hunt dan Sullivan (1974) mecadangkan agar guru atau ibu bapa memerhati seseorang anak dari saluran yang memudahkan dari aspek kognitif. Guru sepatutnya melaksanakan pelbagai bentuk teknik penilaian yang memberi fokus pada perkembangan terhadap kapasiti otak secara keseluruhan yang berkaitan dengan gaya pembelajaran. . Tetapi yang berlaku dalam kehidupan seharian ialah kita masih mahu sesuatu perlakuan pada anggapan positif. motivasi. kekal dan diamalkan oleh semua orang. masalah emosi. daripada memahami bahawa setiap individu yang mempunyai gaya pembelajaran yang berbeza-beza.pelbagai unsur pengalaman di dalam bilik darjah seperti unsur bunyi-bunyian. visual. Seperti yang diketahui bahawa. malah perbualan dan percakapan. setiap manusia mempunyai perbezaan. nilai dan orentasi sensori. Gaya pembelajaran menentukan pencapaian dalam peperiksaan. pergerakan. muzik. penilaian perlulah dijalankan keatas semua pelajar.

Tindak balas yang lambat berpunca daripada beberapa elemen. Sehubungan itu. Sesetengah murid dapat belajar bersendirian . ada dalam kalangan murid yang memerlukan masa yang lebih panjang berbanding rakan-rakanya yang lain. Tempoh masa belajar 2.Perbezaan Individu Dalam Gaya Pembelajaran Terdapat beberapa perbezaan inidividu yang dapat dilihat dengan jelas iaitu 1. Tempoh masa belajar Seseorang murid yang lambat memberikan tindak balas tidak bermakna tidak berjaya mencapai hasil pembelajaran seperti murid yang cepat bertindak balas. Pembelajaran kendiri 3. Tempoh masa tersebut tidak sepatutnya menjadi alasan sehingga hasil pembelajaran tidak tercapai. guru perlu berusaha untuk mencari cara yang sesuai dengan kehendak dan keupayaan murid. Tumpuan 4. 2. Tempoh masa yang diperuntukkan kepada murid perlu sesuai dengan gaya pembelajaran murid dan dengan itu hasil pembelajaran akan mudah tercapai. antaranya kurang tumpuan dan kurang aktif yang ada kaitan dengan tingkah laku pembelajaran. Pembelajaran kendiri Guru akan mendapati bahawa antara perbezaan individu dalam gaya pembelajaran ialah cara murid itu belajar. Guru tidak boleh mengandaikan bahawa semua murid mampu menyiapkan tugasan dalam waktu yang ditetapkan. Guru perlu akui bahawa tempoh masa belajar dalam kalangan murid adalah tidak sama. Reaksi terhadap situasi yang baru 1.

terdapat juga murid yang tidak mampu belajar secara sendirian sebaliknya sentiasa memerlukan bimbingan dan tunjuk ajar guru. Pengetahuan guru berhubung dengan hal ini akan menjadikan guru lebih bersedia dan mampu mengendalikan pengajaran dengan berkesan kerana mengenali murid dan tahu tindakan yang wajar berdasarkan perbezaan murid-muridnya. Guru-guru tidak sepatutnya meneruskan pengajarannya sedangkan ada di dalam kalangan muridnya yang didapati sudah hilang tumpuan. Ada murid yang mudah hilang tumpuan apabila menerima gangguan walaupun gangguan tersebut sebenarnya kecil. Antara tindakan guru dalam mengatasi perkara ini ialah:- . Tetapi. Pada waktu guru memberikan tumpuan kepada murid yang memerlukan bimbinganya. Ada juga murid yang memerlukan bantuan guru pada waktu-waktu tertentu sahaja.tanpa memerlukan banyak bantuan. Sesetengah murid mampu memberikan tumpuan dalam jangka masa yang panjang. guru juga perlu menyalurkan aktiviti yang sesuai kepada muridnya yang pantas dan cepat dalam menyiapkan tugasan mereka. bimbingan dan tunjuk ajar daripada guru. Terdapat juga perlakuan murid yang berbeza-beza yang bergantung pada suasana dan masa. Guru perlulah sentiasa sedar akan hal tesebut sekiranya hal begitu berlaku. Selain itu. Tumpuan Kapasiti tumpuan setiap individu adalah tidak sama. Sehubungan itu. manakala sesetengahnya pula tidak mampu bertahan lama. 3. terdapat juga murid yang mula lena dan tidak kurang juga ada yang fikiranya melayanglayang entah ke mana. guru perlu merancang pengajarannya dengan kelas dan teliti bagi memastikan bahawa semua muridnya memperoleh ilmu dan kemahiran.

a) Sebut nama murid yang didapati sudah lama hilang tumpuan. 4. e) Suara guru harus lantang dan ulang beberapa kali fakta yang dirasakan tidak diberikan tumpuan oleh murid. Tugasan yang panjangan dan agak banyak sesuai kepada murid yang kapasiti tumpuanya panjang. guru perlu sedar tentang perlakuan muridnya apabila berlaku situasi baru. murid bertukar bilik darjah. Reaksi murid terhadap situasi baru berlaku apabila murid naik kelas pada setiap awal tahun. Reaksi terhadap situasi yang baru Reaksi murid terhadap situasi baru turut mempengaruhi proses pembelajaran mereka. d) Ajak murid menyanyi. Antara yang boleh dilakukan oleh guru ialah:- . kuiz atau guna kartun untuk memulihkan tumpuan murid yang sudah mula hilang. elok diberikan tugasan yang dipecah-pecahkan atau bilangan tugasan yang kecil pada suatu waktu dan ditambah lagi dengan tugasan seterusnya setelah murid menyiapkan tugasan sebelumnya. Sehubungan itu. c) Mengemukakan soalan-soalan yang menyebabkan murid berasa teruja untuk menjawab. Dalam hal ini. f) Menyediakan tugasan yang berbeza mengikut kapasiti tumpuan murid. antaranya sejauh mana situasi baru itu meninggalkan kesan terhadap murid. Bagi kumpulan yang kapasiti tumpuan terhad dan mudah diganggu. beri masa kepada murid untuk relaks atau beri mereka masa peluang untuk memenuhi keinginan mereka untuk tahu pemilik bunyi tapak kaki yang sedang menuju kearah kelas mereka. b) Berhenti seketika daripada meneruskan pengajaran. guru boleh mengambil beberapa pendekatan bagi membentuk kerisauan murid yang berdepan dengan situasi baru kerana sekiranya keadaan tersebut tidak dibendung akan menjejaskan pembelajaran murid tersebut. murid bertukar sekolah atau murid bertukar aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

c) merancang aktiviti kesukaan murid d) mengabungkan aktiviti lama yang penuh diikuti oleh murid dengan aktiviti baru. b) Membenarkan murid menggunakan buku-buku yang pernah digunakan pada tahun sebelum ini. . guru perlulah memainkan perananya agar murid yang kurang bersedia untuk menghadapi subjek baru akan segera menyesuaikan diri f) Guru perlu bersikap adil kepada muridnya dan meberikan masa yang cukup untuk murid menyesuaikan diri dengan situasi baru serta menguasai pembelajaran subjek baru. e) Memberikan perhatian kepada murid apabila murid diperkenalkan dengan subjek baru.a) Memperkenalkan situasi baru dengan perkara-perkara lama yang telah biasa kepada murid. Oleh itu. seperti meletakkan murid berdekatan dengan rakan lamanya.

Kepelbagaian starategi dan kaedah pengajaran dan pembelajaran 3. intelek dan sosial di antara satu sama lain. terdapat murid yang cerdas dan mudah memahami isi pelajaran yang disampaikan oleh guru. pengayaan dan sebgainya untuk melayan pelajar yang berbeza dari aspek jasmani. intelek. . Oleh itu. Kumpulan ini memerlukan guru yang penyabar dan penyanyang. guru juga akan berdepan dengan murid yang tidak berminat terhadap sesi pengajaran gurunya. emosi. klip. rohani. Selain itu. guru perlu mengkaji perbezaan muridmuridnya dan menentukan perkara-perkara yang berikut menurut tahap pelajarnya iaitu 1. Ini telah menunjukkan bahawa setiap orang pelajar di dalam bilik darjah adalah unik yang berbeza di antara satu sama lain. Penyampaian guru 1. Penentuan Hasil Pembelajaran Hasil pembelajaran hendaklah berasaskan keupayaan dan kemampuan murid. emosi dan sosialnya. Perbezaan individu merupakan cabaran terbesar kepada guru.IMPLIKASI PERBEZAAN INDIVIDU DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Faktor-faktor genetik dan persekiataran telah mempengaruhi perkembangan manusia melahirkan pelajar yang berbeza dari segi jasmani. Sehubungan itu. cepat berasa bosan dan tumpuan terhadap pengajaran sangat pendek. dimana guru perlu mendekati mereka dan memberikan tunjuk ajar secara individu atau secara kumpulan kecil. guru haruslah merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran mengikut strategi dan pendekatan yang sesuai seperti aktiviti berkumpulan. Kepelbagaian bahan dan peralatan mengajar 4. pemulihan. Penentuan hasil pembelajaran 2. Terdapat juga kumpulan sederhana yang akan memahami isi pelajaran sekiranya guru mengajar berbentukan alat-alat bantu mengajar seperti gambar. video atau pita rakaman. Di dalam sesebuah kelas.

seseorang guru perlu menentukan hasil pembelajaran yang sesuai dengan muridnya. Walau apa sekalipun keadaan yang berada di dalam kelas.Guru tidak boleh sama sekali mengharapkan hasil pembelajaran kumpulan ini sama dengan hasil pembelajaran kumpulan cerdas. Hasil pembelajaran bagi murid yang cerdas perlu lebih tinggi arasnya berbanding kumpulan yang lemah. 2. seseorang guru perlu mempunyai kekuatan melaksanakan tugas dan tanggungjawabnya. Guru boleh menyediakan tugasan murid yang pelbagai aras bagi memastikan semua murid mendapat manfaat. guru boleh menggunakan pelbagai aktiviti bermain sebagai usaha menarik minat murid menguasai sesuatu pengetahuan dan kemahiran tanpa disedari oleh murid bahawa mereka sebenarnya sedang belajar. Bagi murid yang kurang berminat belajar. Kepelbagaian Strategi Dan Kaedah Pengajaran Dan Pembelajaran Perbezaan murid menentukan kesediaan mereka menghadapi pembelajaran. iaitu mengikut kemampuan murid. Bagi murid-murid yang mempunyai gaya berfikir yang tinggi. Manakala sesetengah pula sangat teruja untuk belajar dan bersemangat menguasai pengetahuan dan kemahiran.Maka. Guru yang sentiasa kreatif menyediakan pelbagai strategi dan kaedah pengajaran dan pembelajaran bagi memastikan semua murid mencapai hasil pembelajaran masing-masing. guru boleh menyediakan aktiviti analisis atau penyelesaian masalah dengan menggunakan borang grafik. Sesetengah murid kurang bersedia kerana kurang minat dan tidak bersemangat. .

matahari. guru boleh mendorong pembelajaran aktif dengan menggunakan audio visual yang menarik. burung atau arnab yang terdapat di pusat pembelajaran dapat dimanfaatkan. bunga. bersyair dan berpantun. guru sepatutnya mampu menjadi seorang magician dan saintis. murid-murid akan mendapat manfaat walaupun wujud perbezaan antara murid. 4.3. Guru boleh mewujudkan pusat pembelajaran di satu sudut di luar bilik darjah di mana bahan-bahan hidup seperti daun. Dalam mata pelajaran Sains dan Matermatik. murid dipertonton atau diperdengarkan dengan rakaman tersebut. ikan. Murid pasti gembira dan sentiasa mahu mengambil bahagian tanpa disedari mereka sedang belajar berkomunikasi dan wujud unsur peneguhan berbahasa. Sediakan aktiviti lakonan dengan merakamkan lakonan atau nyanyian murid. Kepelbagaian Bahan Dan Peralatan Mengajar Bagi murid yang kurang berminat belajar. Malahan. seseorang guru sepatutnya mengasah bakat mereka untuk bercerita. Kanak-kanak gemar menyanyi dan berlakon. Setelah itu. Sekiranya. Dalam mata pelajaran saster dan bahasa. langit. bukit-bukau dan sebagainya mampu mendorong murid berfikir dan belajar. berseloka. guru mampu mempelbagiankan penyampaian. Elemen-elemen persekitaran seperti awan. Penyampaian Guru Guru wajar menjadikan diri mereka sebagai seorang penghibur yang berbakat. guru mempunyai peralatan ICT untuk menarik minat belajar dalam kalangan muridnya. Pada masa sekarang. guru boleh mendorong murid sendiri menghasilkan bahan pengajaran mereka. .

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful