LAPORAN KAJIAN TINDAKAN Nama dan Alamat Sekolah SEKOLAH MENENGAH TEKNIK SEPANG, 43800 DENGKIL, SELANGOR DARUL

EHSAN. Nama Pengkaji JURIAH BINTI IBRAHIM Tajuk Kajian MEMPERMUDAHKAN PENDARABAN DUA MATRIKS TINGKATAN 5 PD2 DAN 5 KE1 DENGAN KAEDAH PETUNJUK GRID

ABSTRAK Masalah kajian berfokus kepada kaedah mencari hasil darab dua matriks pelbagai peringkat. Saya bersama 10 orang pelajar Melayu dari Kelas 5 KE1 dan 5 PD2 yang terdiri daripada 5 orang pelajar lelaki dan 5 orang pelajar perempuan telah terlibat melaksanakan kajian ini. Antara kesilapan yang telah dikesan melalui ujian-ujian yang telah dijalankan terhadap 10 orang responden tersebut ialah kesilapan memilih pasangan elemen yang perlu didarabkan dalam hubungan baris Matriks pertama dan lajur Matriks pasangannya. Selain daripada itu, mereka juga tidak dapat mencari hubungkait antara pasangan-pasangan elemen dalam kedua-dua Matriks yang telah didarabkan sama ada perlu ditambah atau tidak, dan seterusnya mereka gagal menulis jawapan hasil darab antara dua Matriks dengan susunan elemen yang betul. Justeru itu, saya telah cuba menerapkan Kaedah “Petunjuk Grid” sebagai salah satu jalan mudah bagi membantu responden tersebut mencari jawapan yang tepat bagi hasil darab dua matriks. Saya telah menggunakan kaedah pemerhatian dan memeriksa lembaran kerja bertulis pelajar untuk mendapatkan maklumbalas terhadap penggunaan kaedah ini. Akhirnya, keputusan menunjukkan pencapaian responden semakin baik. Walaubagaimanapun, mereka masih perlu diberi galakan untuk terus berusaha memperbaiki kemahiran tersebut serta memperkembangkan kemahiran-kemahiran lain untuk mempertingkatkan lagi prestasi matapelajaran Matematik mereka secara keseluruhannya.

2

1.0

REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALU

Sejak dari mula melangkahkan ke dunia perguruan, saya dapati antara topik dalam silibus Matematik Menengah Atas yang mudah diajar dan senang diterima oleh pelajar adalah topik Matriks. Walaubagaimanapun, terdapat satu-satunya subtopik di dalam tajuk tersebut yang sukar difahami oleh pelajar iaitu berkenaan dengan pendaraban dua matriks. Pendaraban dua matriks adalah satu subtopik yang sangat penting dalam tajuk Matriks kerana ianya ada berhubungkait dengan pengajaran subtopik seterusnya iaitu Penyelesaian Persamaan Serentak Dengan Kaedah Matriks. Soalan berkaitan dengan Penyelesaian Persamaan Serentak Dengan Kaedah Matriks ini pula adalah merupakan satu soalan yang wajib dijawab oleh pelajar dalam Kertas 2, Bahagian A. Hal demikian menjadi lebih penting lagi berikutan di dalam Kertas 2 pula, secara keseluruhannya terdapat dua soalan berkaitan Penyelesaian Persamaan Serentak yang mana kedua-dua soalan ini dapat diselesaikan dengan mudah menggunakan kaedah matriks. Disini, ingin saya tekankan bahawa kegagalan pelajar dalam mencari hasil darab dua matriks akan memberikan impak yang besar kepada jawapan yang diberikan oleh pelajar, baik di dalam Kertas 2, mahupun di dalam Kertas 1. Saya juga telah membincangkan masalah ini bersama dengan rakan-rakan dalam panitia dan kebanyakannya juga menyuarakan masalah yang sama terutamnya bagi kelas-kelas pertengahan. Semasa pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas, saya dapati sebahagian besar daripada mereka gagal mengaitkan pasangan elemen yang perlu didarabkan. Selain daripada itu, mereka juga tidak dapat menulis hasil darab dengan nilai dan susunan elemen yang betul. Apabila saya bertanyakan masalah ini kepada mereka, kebanyakannya menjawab mereka tidak ada petunjuk yang jelas untuk menghubungkan pasangan-pasangan elemen yang patut didarabkan dan bagaimanakah bentuk susunan jawapan di dalam Matriks yang akan terhasil. Ada juga di kalangan pelajar yang tidak faham tentang konsep bilakah masanya pasangan elemen yang didarab itu perlu ditambah

3

atau tidak dan berapa pasangan yang patut ditambah bagi setiap pasangan Matriks yang didarabkan. Persoalannya, perlukah saya memaksa pelajar menghafal bagaimana mendarab beberapa contoh pasangan matriks dalam peringkat yang berlainan? Adakah teknik yang saya ajar selama ini amat membosankan? Apakah yang boleh saya lakukan untuk menarik minat serta perhatian pelajar untuk menjawab subtopik ini dengan baik? Mampukah saya membantu pelajar? Justeru itu, masalah ini telah membuatkan saya tercari-tercari bagaimanakah caranya dapat saya membantu pelajar untuk mendapat satu gambaran yang jelas berkenaan dengan teknik yang betul dalam mencari hasil darab dua matriks. Kesukaran mengaitkan hubungan serta perkaitan darab antara dua pasang matriks menyebabkan mereka sering berasa bosan apabila berhadapan dengan permasalahan ini kerana tiada petunjuk yang jelas bagi mereka untuk menjawab soalan ini dengan baik. Keadaan inilah yang perlu diperbaiki dengan segera Saya percaya, sekiranya keadaan ini dapat diperbaiki, sudah pasti jumlah markah yang akan diperolehi oleh para pelajar terutamanya bagi mereka yang lemah dalam subtopik ini dapat dipertingkatkan dan seterusnya menambah peratusan pencapai mata pelajaran Matematik sekaligus mencapai gred purata yang lebih baik.

4

2.0

FOKUS KAJIAN

Kami hanya memfokuskan kajian kami ini kepada cara mendarab dengan mudah setiap pasangan dua matriks, walaupun pada hakikatnya masih ada terdapat beberapa topik lain yang masih sukar dikuasai dengan baik oleh pelajar. Antara kesilapan-kesilapan yang dikesan dalam jawapan pelajar adalah: • • • kesilapan memilih pasangan elemen yang perlu didarabkan dalam hubungan baris matriks pertama dan lajur matriks pasangannya. tidak dapat mencari hubungkait antara pasangan-pasangan elemen dalam keduadua matriks yang telah didarabkan sama ada perlu ditambah atau tidak. Gagal menulis jawapan hasil darab antara dua matriks dengan susunan elemen yang betul. Saya percaya dan amat yakin dengan menggunakan Kaedah “Petunjuk Grid” yang diperkenalkan ini, ianya dapat membantu pelajar mengatasi masalah menghubungkait setiap elemen berkaitan dalam proses mendarab dua matriks. Diharap, pengukuhan kemahiran tersebut akan menjadi bonus untuk mereka memperolehi markah pada bahagian kertas soalan yang berkaitan seterusnya meningkatkan lagi kecemerlangan mereka dalam mata pelajaran Matematik.

5

3.0

OBJEKTIF KAJIAN

Selepas kajian ini selesai dilaksanakan, para pelajar diharap dapat mencapai objektifobjektif berikut: i. Objektif Umum

Mencapai kelulusan 100% lulus dalam mata pelajaran Matematik dalam Peperiksaan SPM dan seterusnya meningkatkan pencapaian gred purata nilai bagi mata pelajaran Matematik sekaligus membantu meningkatkan gred purata nilai keseluruhan sekolah. ii. • Objektif Khusus Mendapatkan petunjuk yang jelas dalam memilih pasangan elemen yang perlu didarabkan dalam hubungan di antara baris matriks pertama dan lajur matriks pasangannya. • Mencari garis panduan dalam menentukan hubungkait antara pasangan-pasangan elemen dalam kedua-dua matriks yang telah didarabkan sama ada perlu ditambah atau tidak. • Menentukan dasar proses menulis jawapan bagi hasil darab antara dua matriks dengan susunan elemen yang betul.

4.0

KUMPULAN SASARAN

Kajian ini melibatkan 10 orang pelajar dari kelas 5 Perdagangan 2 dan 5 Kejuruteraan Elektrik 1 yang terdiri daripada 5 orang pelajar lelaki dan 5 orang pelajar perempuan.

6

5.0 5.1

PELAKSANAAN KAJIAN Analisis Tinjauan Awal Masalah

Sebelum memulakan langkah-langkah yang seterusnya dalam menjalankan kajian ini, tinjauan awal masalah akan dikenalpasti, bertujuan untuk memahami dengan lebih mendalam masalah berkaitan. Tinjauan dilakukan dengan mengumpulkan data-data seperti di bawah: • Berdasarkan analisis keputusan Ujian Topikal berkaitan topik Matriks, Tingkatan 5 2009 menunjukkan responden ini memperolehi markah di bawah 35% dan ia jelas menunjukkan mereka gagal menjawab soalan berkaitan dengan mencari hasil darab dua matriks dengan betul. • Bagi Ujian Khas mencari hasil darab dua matriks melibatkan pelbagai pasangan dengan peringkat yang berlainan bagi mengenalpasti bilangan soalan yang dapat dijawab dengan betul, didapati hampir kesemua mereka tidak dapat menjawab dengan tepat hampir kesemua soalan. • Latihan bagi mengesan kesilapan dan kecuaian yang sering dilakukan oleh pelajar dalam mencari hasil darab dua matriks menumpu kepada kecuaian pelajar memilih pasangan elemen yang perlu didarabkan dalam hubungan baris matriks pertama dan lajur matriks pasangannya, tidak dapat mencari hubungkait antara pasangan-pasangan elemen dalam kedua-dua matriks yang telah didarabkan sama ada perlu ditambah atau tidak, dan seterusnya kegagalan pelajar menulis jawapan bagi hasil darab dua matriks dengan susunan elemen yang betul.

7

5.2

Aktiviti KAEDAH “PETUNJUK GRID” ( dijalankan dalam tempoh 4 minggu)

Cara Pelaksanaan: Aktiviti 1 (Individu) • • Para pelajar diberikan empat pasangan matriks yang mempunyai peringkat yang berbeza. Guru meminta pelajar membuat perkaitan terlebih dahulu sama ada keempatempat pasang matriks tadi boleh didarabkan ataupun tidak dan apakah peringkat matriks yang akan terhasil berdasarkan peringkat-peringkat pasangan matriks tersebut. • • Pelajar kemudiannya diminta mencari hasil darab bagi pasangan matriks yang boleh didarabkan Pelajar diminta untuk menyemak sama ada hasil darab yang diperolehi bagi setiap matriks yang didarabkan adalah betul atau salah berdasarkan semakan awal tadi. Aktiviti 2 (Individu) • • Para pelajar diberikan satu pasang matriks yang boleh didarabkan. Guru meminta pelajar membuat perkaitan terlebih dahulu sama ada pasangan matriks itu tadi boleh didarabkan ataupun tidak dan apakah peringkat Matriks yang akan terhasil berdasarkan peringkat pasangan matriks tersebut. • Pelajar diminta menurunkan matriks yang pertama ke bawah sedikit daripada matriks kedua tanpa menggerakkannya ke kiri atau ke kanan.

8

Pelajar kemudianya diarahkan membuat garisan-garisan melintang berdasarkan setiap baris matriks pertama dan garisan-garisan menegak berdasarkan setiap lajur matriks kedua.

Guru menerangkan kepada pelajar fungsi setiap titik persilangan daripada grid yang terhasil iaitu sebagi petunjuk hubungan darab setiap elemen berkaitan dalam matriks pertama dan kedua, di mana setiap titik tersebut menunjukkan kedudukan elemen bagi hasil darab dua matriks tersebut.

Pelajar diarahkan untuk menyemak sama ada hasil darab yang diperolehi daripada “Petunjuk Grid” tadi betul atau salah berdasarkan semakan awal melibatkan peringkat matriks.

• •

Aktiviti yang sama diulang untuk tiga pasangan matriks lagi Guru menyemak jawapan pelajar.

Contoh penyelesaian : Penggunaan Kaedah “Petunjuk Grid”: Soalan 1:
5    6   

Peringkat matriks yang terhasil 1 titik persilangan (1 baris dan 1 lajur) (1 X 1)
1(5)+2(6)

(1 X 2)
sama

(2 X 1)

(1

2)

Hasil (1 X 1)

= (1(5) + 2(6) ) = (17 ) Soalan 2:
− 4    3     1  5  −1  4  

Peringkat matriks yang terhasil 2 titik persilangan (2 baris dan 1 lajur) (2 X 1)
1(-4)+(-1)(3) 5(-4)+4(3)

(2 X 2)

(2 X 1)

sama Hasil (2 X 1)

= 

4 1 1( − ) + (− )( 3)   − 7    =     4  5( − ) + 4(3)   − 8 

9

Soalan 4:
−3   1  2  0  9  6  −2  7  

Peringkat matriks yang terhasil 4 titik persilangan (2 baris dan 2 lajur) (2 X 2)
2(-3)+9(1) 0(-3)+6(1) 2(-2)+9(7) 0(-2)+6(7)

(2 X 2)

(2 X 2)

sama Hasil (2 X 2)

=  = 

 2( −3) + 9(1) 0( −3) + 6(1)
3 6 59   42  

2( −2) + 9(7)   0(−2) + 6(7)  

Soalan 5:
4  1 5  −4   5  9  

− 4   1 

0 8

−2   6  

Peringkat matriks yang terhasil 4 titik persilangan (2 baris dan 2 lajur) (2 X 2)
(-4)(4)+0(1)+(-2)(5) 1(4)+8(1)+6(5)

(2 X 3)
sama

(3 X 2)

Hasil (2 (-4)(-4)+0(5)+(-2)(9)X 2) 1(-4)+8(5)+6(9)

=  = 

( −4)( 4) + 0(1) + ( −2)( 5) 1( 4) + 8(1) + 6(5) 
−2  90  

( −4)( −4) + 0(5) + ( −2)( 9)    1( −4) + 8(5) + 6(9) 

 − 26  42

Aktiviti 3 (berpasangan) • Setiap pasangan pelajar diberikan satu set matriks daripada kotak A dan satu set matriks daripada kotak B. 10

Setiap pasangan pelajar diminta membentuk 4 pasangan matriks yang boleh didarabkan (set matriks daripada kotak A didarabkan dengan set matriks daripada kotak B.

Salah seorang daripada mereka akan menjawab soalan yang telah dibentuk tadi dengan cara yang sama sepertimana arahan guru di dalam Aktiviti 2, manakala seorang lagi akan menyemak jawapan yang dihasilkan oleh rakannya.

• •

Aktiviti ini dijalankan secara bergilir-gilir sehingga keempat-empat soalan tadi selesai dijawab. Jawapan pelajar disemak.

Aktiviti 4 (Penilaian) • • Guru menyemak dan menganalisis hasil kerja pelajar. Ujian khas dijalankan pada akhir sesi kajian bagi mengenalpasti penguasaan konsep dan kemahiran pelajar dalam mencari hasil darab dua matriks.

Jadual 1 : Pencapaian responden mengira hasil darab dua matriks pelbagai peringkat sebelum menggunakan Kaedah “Petunjuk Grid” Bil. Nama 11 Bilangan soalan yang dijawab

1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10.

Azril Ashraf Bin Azahar Muhammad Azfar Bin Asnawi Muhammad Farid Bin Yunos Muhammad Fauzi Bin Amir Jundi Muhammad Hafiz Bin Noor Razman Hazira Binti Hamdan Mariatul Qadthiah Binti Shafie Nurhaziqah Binti Ramlan Nur’ Atiqah Binti Ahmad Zailan Siti Farhanim Binti Aliman

dengan betul (4 soalan) 0 1 0 0 0 1 1 1 1 2

Jadual 2 : Pencapaian responden mengira hasil darab dua matriks pelbagai peringkat menggunakan Kaedah “Petunjuk Grid” Bil. 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. Nama Azril Ashraf Bin Azahar Muhammad Azfar Bin Asnawi Muhammad Farid Bin Yunos Muhammad Fauzi Bin Amir Jundi Muhammad Hafiz Bin Noor Razman Hazira Binti Hamdan Mariatul Qadthiah Binti Shafie Nurhaziqah Binti Ramlan Nur’ Atiqah Binti Ahmad Zailan Siti Farhanim Binti Aliman Bilangan soalan yang dijawab dengan betul (6 soalan) 5 5 6 6 6 4 5 6 4 6

Jadual 3 : Pencapaian responden mengira hasil darab dua matriks pelbagai peringkat menggunakan Kaedah “Petunjuk Grid” (Aktiviti Berkumpulan) Bilangan soalan yang dijawab dengan betul (4 soalan) 4 4 4 4

Bil. 1. 2. 3. 4.

Nama Azril Ashraf Bin Azahar Muhammad Azfar Bin Asnawi Muhammad Farid Bin Yunos Muhammad Fauzi Bin Amir Jundi Muhammad Hafiz Bin Noor Razman Hazira Binti Hamdan Mariatul Qadthiah Binti Shafie

12

5.

Nurhaziqah Binti Ramlan Nur’ Atiqah Binti Ahmad Zailan Siti Farhanim Binti Aliman

4

Refleksi Setelah melaksanakan aktiviti-aktiviti berkaitan beberapa kali, jelas terdapat peningkatan dalam kemahiran pelajar mengira hasil darab dua matriks dengan tepat. Ini adalah berdasarkan jumlah soalan yang berjaya dijawab dengan betul oleh setiap pelajar tersebut setelah menggunakan Kaedah “Petunjuk Grid”. Dengan menggunakan Kaedah “Petunjuk Grid”ini, ianya dapat memberi petunjuk yang jelas kepada pelajar untuk mengaitkan setiap elemen dalam pasangan matriks yang akan didarabkan. Jadi, kesilapan-kesilapan lampau tidak mungkin akan berulang kembali.

Cadangan Penambahbaikan Kajian

13

Saya bercadang untuk menambah soalan yang berkaitan dengan penyelesaian persamaan matriks yang melibatkan hasil darab antara dua matriks, di mana pelajar perlu mencari nilai satu atau dua pembolehubah di dalam persamaan matriks tersebut sebagai tambahan aktiviti pada masa akan datang. Ini adalah bertujuan bagi mengukuhkan lagi kemahiran pelajar mengira hasil darab dua matriks menggunakan Kaedah “Petunjuk Grid”. Contoh : Persamaan Matriks
3   − 3 3s   ( −1 3) =  r   − 5 15      

Penyelesaian

r  5 

− 2 1  18    =   4s 3  8s     

− 4   7 

r  − 2  3  1 

2  2  = s   −11  

4  8 

14

Lampiran 1 Ujian Mencari Hasil Darab Dua Matriks Pelbagai Peringkat FIND THE PRODUCT OF EACH OF THE FOLLOWING PAIRS OF MATRICES Activity 1 : Complete the table below Matrix A Matrix B Order of Matrix A B Does AB exist Order of AB The product of AB

(2

5)

1    6 

 1 3   2 4 

5    6 

1  3

4  6

(1

8)

1  4

0 6

7   − 3

4  1 5 

4  9 6 

16

Lampiran 2 FIND THE PRODUCT OF EACH OF THE FOLLOWING PAIRS OF MATRICES Activity 2 : Complete the table below (Kaedah “Petunjuk Grid”) Matrix A Matrix B Order of Matrix A B Does AB exist Order of AB The product of AB

(1

2)

5    6 

1  5

−1  4 

− 4    3 

17

2  0

9  6

− 3   1

− 2  7 

− 4   1

0 8

− 2  6 

4  1 5 

−4  5  9  

18

 − 2  0   5   

( −1

− 3)

4 0 1 8  

 9 0 − 5 − 2 4 4   

19

Lampiran 3 Kad-kad Untuk Aktiviti 3 (Mengira hasil darab pasangan matriks) KOTAK A KOTAK B

(2

− 3) 1

X2

 − 4 2  3   

X1

 2 − 1 2 0 1   

X2

( −3

5) 1

X2

 − 2 2  3   

X1

1 4   5 − 2 3 7 8   

X2

(4

−2

1) 1

X3

0  2 2  

X1

21